Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO.: TAHUN 2023 DI ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
/akn/my/judgment/high-court/2023/f5aa8113-0596-487f-baea-dc1094cf36c7
High Court of Malaysia6 Sept 2023WA-45-20-11/2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“may be something in the accused's behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say “he must have known what it was” or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence.” [26] Di dalam kes di”
“(g) of the Evidence Act 1950 must be invoked against the prosecution. (See Kek Chuan v. PP [2013] 6 CLJ 98).” [55] Di dalam kes See Kek Chuan v. PP [2013] 6 CLJ 98 yang dirujuk oleh pihak Pembelaan, Mahkamah Rayuan memutuskan:”
“ire. Perlu ditekankan di sini, manakala Pendakwa Raya mempunyai budi bicara untuk memanggil sesiapa dan beberapa orang saksi yang difikirkan perlu, (lihat kes Adel Muhammed El Dabbah v. AG Palestine [1944] AC 156), namun Pendakwaan bertanggung jawab untuk **Note : Serial number will be used to verify the originality of”
“e other hand, it is clear law, that the prosecution must have in Court all witnesses from whom statements have been taken but they have a discretion whether to call them or not. (See Teh Lee Tong v. [1956] MLJ 194). That discretion, however, must be exercised having regard to the interests of justice, which includes be”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.” [21] Mahkamah telah meneliti segala keterangan yang ada dan hujahan kedua-dua pihak iaitu dari Timbalan Pendakwa Raya dan kedua-dua Peguambela Tertuduh-Tertuduh.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO.: TAHUN 2023 DI ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
1
MURUKAN A/L RAMAKRISHNAN
2
RAJA SEKAR SELVAM (NO. PASPORT: S8531729) ... RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dalam Perkara Perbicaraan Jenayah No: WA-45A-83-11/2021 dan WA-45-20-11/2021 DI ANTARA PENDAKWA RAYA DAN MURUKAN A/L RAMAKRISHNAN (NO. K/P: 831031-05-5619) RAJA SEKAR SELVAM (NO. PASPORT: S8531729)] ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Kedua-dua Tertuduh (OKT 1 dan OKT 2) telah dituduh bersama-sama di Mahkamah ini, bagi maksud mencapai niat bersama dengan dua (2) pertuduhan mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 493.61 gram dan Methaphetamine seberat 189.84 gram dan dua (2) pertuduhan memiliki dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 6.63 gram dan Monoacetylmorphine seberat 0.93 gram. [2] Di akhir kes Pendakwaan, setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah memutuskan bahawa di atas penilaian maksima, Pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap kedua-dua Tertuduh. Justeru kedua-dua Tertuduh telah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. [3] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. [4] Ini merupakan alasan-alasan terhadap keputusan ini. Antara lain adalah kegagalan Pendakwaan membuktikan intipati-intipati pertuduhan dengan hanya memanggil tiga (3) orang saksi sahaja, sedangkan Pendakwaan akui terdapat dua (2) orang saksi lagi yang memainkan peranan yang penting di dalam kes ini. Mereka ialah Hariharan Selvam dan Suresh @ Fire yang mana kegagalan memanggil kedua-dua mereka untuk memberi keterangan telah menyebabkan wujudnya kelompangan besar di dalam kes Pendakwaan dan sekaligus intipati-intipati kesalahan gagal dibuktikan. B. FAKTA KES PENDAKWAAN [5] Berdasarkan maklumat, pada 25.8.2020 jam Iebih kurang 3:00 petang, Pengadu, Inspektor Prabu (SP2) dan anggotanya telah menahan seorang lelaki (suspek) warganegara India di hadapan lif aras B2 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur bernama Hariharan Selvam, dengan sejumlah dadah dijumpai bersamanya. [6] Seterusnya pada pukul 3:10 petang dengan dipandu arah oleh suspek Hariharan Selvam (Hariharan), dengan menggunakan kad akses yang dirampas darinya, Hariharan telah membawa SP2 dan anggota serbuan ke alamat unit/rumah TKT 16-4 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur (kondo tersebut). [7] Sesampainya di unit tersebut, SP2 dapati pintu kayu dan grill tertutup dan berkunci. SP2 bersama pasukan telah umpil pintu grill besi dan tendang pintu kayu rumah sebanyak dua (2) kali sehingga terbuka. [8] SP2 dengan suspek Hariharan Selvam bersama D/Sjn Lian bersama pasukan serbuan telah masuk ke dalam unit/rumah tersebut dan ternampak dua lelaki India iaitu OKT 1 dan OKT 2 sedang duduk di atas lantai Bilik Utama sebelah kanan unit/rumah tersebut. OKT 1 telah bangun dan cuba untuk menutup pintu Bilik Utama tersebut tetapi SP2 bersama D/Sjn Lian berjaya menangkap mereka berdua. [9] SP2 memperkenalkan diri kepada kedua-dua OKT dan terlihat beberapa bungkusan plastik disyaki berisi dadah berbahaya berada di atas katil dan di atas lantai di dalam Bilik Utama tersebut. [10] Seterusnya SP2 telah menjalankan pemeriksaan atas katil Bilik Utama tersebut dan telah menjumpai:
a
(a) SATU (1) PLASTIK LUTSINAR BESAR BERISI BAHAN-BAHAN DISYAKI DADAH JENIS METHAMPHETAMINE (AB: 255 GRAM). (P8 (a))
b
(b) DUA (2) KETULAN MAMPAT DAUN-DAUN KERING DISYAKI DADAH JENIS GANJA YANG DIBALUT DENGAN PLASTIK LUTSINAR (AB: 478 GRAM). (P8 (B1-2))
c
(c) TIGA (3) PLASTIK LUTSINAR BERISI BAHAN-BAHAN DISYAKI DADAH JENIS HEROIN (AB: 175 GRAM). (P8 (C1- 3))
d
(d) SATU (1) BUNGKUSAN PLASTIK LUTSINAR BESAR DIDALAMNYA ADA PEKET-PEKET PLASTIK LUTSINAR KECIL YANG KOSONG.
e
(e) SERANGKAI KUNCI ADA LAPAN (8) ANAK KUNCI.
f
(f) SATU (1) KAD AKSES BERTULIS KOMPLEKS MUTIARA.
g
(g) SATU (1) TELEFON BIMBIT JENAMA SONY DISYAKI MILIK SUSPEK NO. 3.
h
(h) SATU (1) TELEFON BIMBIT JENAMA VIVO DISYAKI MILIK
i
(i) SATU (1) TELEFON BIMBIT JENAMA OPPO DISYAKI MILIK
j
(j) SATU (1) TELEFON BIMBIT JENAMA ZTE DISYAKI MILIK
k
(k) SATU (1) TELEFON BIMBIT JENAMA IPHONE DISYAKI MILIK SUSPEK NO.
1
1.
l
(l) SATU (1) DOMPET KECIL DI DALAMNYA ADA KAD PENGENALAN ATAS PENAMA MURUKAN A/L RAMAKRISHNAN, NO. K/P: 831031-05-5619, SATU (1) KAD BONUS LINK DAN SATU (1) KAD ATM HONG LEONG BANK NO. SIRI: 5399 7400 0226 4074. [11] SP2 seterusnya telah membuat pemeriksaan lanjut di atas lantai bilik berkenaan dan telah menjumpai:
a
(a) DUA (2) KETULAN MAMPAT DAUN-DAUN KERING DISYAKI DADAH JENIS GANJA YANG DIBALUT DENGAN PLASTIK LUTSINAR (AB: 47 GRAM). (P12 (a-b))
b
(b) TIGA (3) PEKET PLASTIK LUTSINAR KECIL BERISI BAHAN-BAHAN DISYAKI DADAH JENIS HEROIN (AB: 21 GRAM). (P13 (1-3))
c
(c) TIGA (3) PEKET PLASTIK LUTSINAR BERISI BAHAN-BAHAN DISYAKI DADAH JENIS METHAMPHETAMINE (AB: 20 GRAM). (P14 (1-3))
d
(d) SATU (1) ALAT TIMBANG JENAMA CAMRY.
e
(e) SATU (1) SUDU ALUMINIUM.
f
(f) SATU (1) ALAT IMPULSE SEALER TYPE PFS-200. (P23)
g
(g) SATU (1) BUNGKUSAN PLASTIK LUTSINAR BESAR DI DALAMNYA ADA SATU (1) IKATAN GELANG GETAH PLASTIK-PLASTIK KOSONG. [12] SP2 turut merampas dari dalam Bilik Utama tersebut, sehelai baju berwarna hitam bertulis RSS Security disyaki milik OKT 1. [13] Pemeriksaan SP2 ke atas bilik no. 2 sebelah kiri rumah tidak menjumpai apa-apa barang salah tetapi ada membuat rampasan sehelai baju lengan panjang jenama Garage warna kelabu disyaki milik Hariharan Selvam dan satu (1) pasport atas penama suspek Hariharan Selvam, no. pasport: U4215019. [14] Pemeriksaan SP2 ke atas bilik no. 3 sebelah kanan rumah, tidak menjumpai apa-apa barang salah tetapi SP2 ada membuat rampasan sehelai kain pelikat warna coklat disyaki milik suspek OKT 2 dan satu (1) pasport atas penama Raja Sekar Selvam (OKT 2), no. pasport: S8531729. [15] Pemeriksaan lanjut di bahagian lain rumah tidak menjumpai apa-apa barang salah. SP2 telah merampas kesemua barang kes dan telah menangkap ketiga-tiga mereka termasuk Hariharan Selvam. Seterusnya SP2 telah membawa barang kes dan ketiga-tiga mereka ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya. [16] Pada 1.9.2020 Pegawai Penyiasat iaitu SP3 telah menghantar barang-barang disyaki dadah tersebut ke makmal kimia dan telah diterima oleh Ahli Kimia, SP1. Hasil analisa Ahli Kimia (SP1) terhadap kesemua barang kes tersebut telah mendapati ianya adalah dadah-dadah berbahaya dengan jenis-jenis seperti berikut:
a
(a) Cannabis seberat 493.61 gram;
b
(b) Methamphetamine seberat 189.84 gram;
c
(c) Heroin seberat 6.63 gram;
d
(d) Monoacetylmorphines seberat 0.93 gram. C. ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN [17] Elemen-elemen yang perlu dibuktikan secara prima facie dalam kes di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap Tertuduh-Tertuduh (OKT 1 dan OKT 2) ialah:
i
(i) Dadah-dadah tersebut berada di dalam milikan Tertuduh-Tertuduh;
Subparagraph
(ii) Dadah-dadah tersebut adalah dadah berbahaya;
Subparagraph
(iii) OKT mengedar dadah-dadah tersebut. [18] Dan untuk pertuduhan-pertuduhan di bahawa Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 elemen-elemen yang perlu dibuktikan secara prima facie adalah:
i
(i) Dadah-dadah tersebut berada di dalam milikan Tertuduh;
Subparagraph
(ii) Dadah-dadah tersebut adalah dadah berbahaya. D. PERTUDUHAN
a
(a) PERTUDUHAN PERTAMA (WA-45A-83-11/2021) Bahawa kamu bersama-sama pada 25.8.2020 jam Iebih kurang 3:10 petang bertempat di Tingkat 16-4 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, di dalam Daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis [berat bersih: 493.61 gram], dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
b
(b) PERTUDUHAN KEDUA (WA-45A-83-1112021) Bahawa kamu bersama-sama pada 25.8.2020 jam Iebih kurang 3:10 petang bertempat di Tingkat 16-4 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, di dalam Daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine [berat bersih: 189.84 gram], dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)
a
(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
c
(c) PERTUDUHAN KETIGA (WA-45A-83-11/2021) Bahawa kamu bersama-sama pada 25.8.2020 jam Iebih kurang 3:10 petang bertempat di Tingkat 16-4 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, di dalam Daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mencapai niat bersama telah memiliki dadah berbahaya jenis Heroin [berat bersih: 6.63 gram], dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
d
(d) PERTUDUHAN KEEMPAT (WA-45-20-11/2021) Bahawa kamu bersama-sama pada 25.8.2020 jam lebih kurang 3:10 petang bertempat di Tingkat 16-4 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, di dalam Daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mencapai niat bersama telah memiliki dadah berbahaya jenis Monoacetylmorphines [berat bersih: 0.93 gram], dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. E. BEBAN PEMBUKTIAN [19] Tanggungjawab Pendakwaan di peringkat kes Pendakwaan adalah untuk menunjukkan bahawa di atas “maximum evaluation” satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Seksyen 180 Kanun Acara Jenayah berbunyi seperti berikut: “Procedure after conclusion of case for prosecution
Subsection
(1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
Subsection
(2) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
Subsection
(3) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.” [20] Di dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “(i) At the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
Subparagraph
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the anwer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
Subparagraph
(iii) after the defence is called, if the accused elects to remain silent, then convict;
Subparagraph
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.” [21] Mahkamah telah meneliti segala keterangan yang ada dan hujahan kedua-dua pihak iaitu dari Timbalan Pendakwa Raya dan kedua-dua Peguambela Tertuduh-Tertuduh. Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa di atas “maximum evaluation” kesemua intipati-intipati kesalahan telah berjaya dibuktikan. Justeru, satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan dan Tertuduh perlu dipanggil untuk membela diri. Pihak Pembelaan menghujahkan sebaliknya dan menghujahkan kedua-dua OKT perlu dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri, memandangkan satu kes prima facie telah gagal dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. [22] Manakala, Pembelaan tidak mempertikaikan bahawa dadah-dadah tersebut adalah seperti pertuduhan-pertuduhan namun dari awal lagi mereka telah tidak bersetuju bahawa milikan telah berjaya dibuktikan Pendakwaan. Ini adalah kerana Pendakwa Raya gagal membuktikan bahawa dadah-dadah tersebut adalah di dalam milikan ekslusif kedua-dua Tertuduh memandangkan Pendakwa Raya gagal menangkis kemungkinan orang-orang lain juga mempunyai akses kepada dadah-dadah tersebut, khususnya Hariharan Selvam yang turut ditangkap dan dituduh bersama di Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Hariharan Selvam (Hariharan) ini walau bagaimanapun, tidak dituduh di Mahkamah Tinggi dan tidak pula dipanggil untuk memberi keterangan. Seorang lagi suspek ialah “Fire” atau nama sebenarnya adalah Suresh a/l Sokinggam yang turut tidak dipanggil untuk memberi keterangan yang menyebabkan wujudnya kelompangan di dalam kes Pendakwaan. Ini akan dibincangkan kemudian. F. UNDANG-UNDANG MENGENAI MILIKAN DAN PENGETAHUAN [23] Di dalam kes PP v. Danish Madhavan [2009] 2 CLJ 209, Mahkamah Persekutuan telah menafsirkan milikan seperti berikut: “[18] Thomson J, in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17, said that “possession” for the purposes of criminal law involves possession itself - which some authorities term “custody” or "control" - and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th edn, p. 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.” [24] Di dalam kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17 yang dirujuk di dalam kes PP v. Denish Madhavan (supra), Thompson J menyatakan seperti berikut: “Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Ed), p 304): “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individualcase. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so.” Based on the above decisions, the Prosecution must discharge the duty to prove that the Accused had custody or control and knowledge of the drugs. (Mens rea possession)” [25] Mengenai pengetahuan, di dalam kes yang sama Mahkamah Persekutuan menyatakan: “[16] In the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 MLJ 237, Thomson J held at Pg 239: “Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused's behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say “he must have known what it was” or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence.” [26] Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, kedua-dua OKT tidak dilihat menyentuh atau sedang membungkus dadah-dadah berkenaan tetapi dadah-dadah adalah dilihat hanya berkedudukan berhampiran (close proximity) dengan kedudukan Tertuduh-Tertuduh. Namun, ianya tidak semestinya membuktikan dadah-dadah itu kepunyaan OKT-OKT. [27] Di dalam kes Low Thiam Teck v. PP [2014] 1 LNS 1104, Mahkamah Rayuan memutuskan: “Physical proximity to the drugs per se is insufficient to prove possession without proof of knowledge.” Mere proximity to the bag containing the drug cannot by any stretch of imagination be equated with custody or control. It must further be shown that the appellant either had physical care of the bag or had charge or dominion over the bag. At the highest, the evidence merely showed that perhaps the appellant had some mementory custody of the bags together with the Second OKT. In such circumstances there was no possession (Warner v. Metropolitan Police Commissioner [1969] 2 AC 256)”
c
(c) the Court of Appeal in the case of Roslan Hanapi v. PP [2015] 6 CLJ 464 held: “…... evidence of close proximity to the drugs was neither here nor there, given the fact that the store was accessibles to family members of the Second Accussed and even to the public.” [28] Di dalam kes PP v. Mok Kar Poh [2001] 5 CLJ 206, Mahkamah memutuskan: “there is to be both a physical and mental element before possession can be made out,” and further held “the mere fact that the said offending article (ie, the drug) was in physical proximity to the accused does not ipso facto give rise to the inference that the accused intends to deal with it as if it belonged to him.” G. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [29] Adalah menjadi kes Pendakwaan bahawa dadah-dadah tersebut dijumpai di dalam unit kondo di dalam Bilik Utama bersama-sama kedua-dua OKT. Yang membawa anggota serbuan yang diketuai oleh SP2 (Inspektor Prabha) ke unit kondo tersebut adalah Hariharan (seorang suspek). Menurut SP2, terdapat beberapa bungkusan plastik disyaki mengandungi dadah dilihat berada di atas katil dan lantai di dalam Bilik Utama tersebut ketika beliau dan anggota serbuan memecah masuk ke dalam rumah/unit tersebut. Tidak pula SP2 melihat kedua-dua OKT sedang memegang atau memasukkan dadah-dadah tersebut ke dalam plastik-plastik berkenaan. Mahkamah telah tidak mengambil kira apa-apa maklumat yang diberikan Hariharan kepada SP2 bahawa kononnya OKT 1 terlibat dengan dadah-dadah ini, kerana ini adalah dengar cakap kerana Hariharan tidak hadir untuk memberi keterangan, “self serving” dan amat memprejudiskan OKT 1. Setelah mengambil kira keseluruhan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, serta mengambil kira hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah memutuskan seperti di bawah ini: Pendakwaan gagal membuktikan bahawa OKT-OKT mempunyai milikan ekslusif terhadap dadah-dadah tersebut [30] Perlu ditekankan di sini bahawa adalah menjadi tanggung jawab pihak Pendakwaan untuk membuktikan bahawa OKT-OKT mempunyai milikan ekslusif terhadap dadah-dadah tersebut. Di dalam ertikata lain Pendakwaan perlu membuktikan bahawa orang lain tidak mempunyai akses kepada dadah-dadah tersebut dan beban ini terletak di atas bahu Pendakwa Raya dan bukan di atas Tertuduh sepertimana diputuskan oleh Mahkamah-Mahkamah atasan seperti berikut: [31] Di dalam kes Husin bin Sitorus v. PP [2012] 7 CLJ 205, Mahkamah Rayuan memutuskan: “[15] There is a welter of authoritative precedents which have held that for possession to be established, accessibility by others to the place where the drugs are found should be excluded by evidence by the prosecution (Pendakwa Raya v. Kang Ho Soh [1991] 3 CLJ 2914; [1992] 1 MLJ 360, Public Prosecutor v. Tang Chew Weng [1969] 1 LNS 141; [1969] 2 MLJ 17). The onus is not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility and the issue must be answered in favour of the appellant if there were more than one way in which the evidence adduced by the prosecution might be viewed such as in the present case, implicating the appellant or the other persons who were present in the boat. (Abdullah Zawawi bin Yusoff v. Public Prosecutor [1993] 4 CLJ 1; [1993] 3 MLJ 1). In other words, exclusivity of custody and control of the drugs ought to be established by the prosecution.” [32] Di dalam kes Ang Kian Chai v. PP & Anor [2012] 4 MLRA 456, Mahkamah Rayuan memutuskan: “[28] The factual matrix showed that the appellant was not alone in the said house when SP4 and his police party gained access inside the said house. Chen Jing and a child of about four years old were also there - inside the said house. Yet, the learned JC invoked the presumption under s. 37(d) of the DDA against the appellant and found him to be in possession of the raw opium. In our judgment, before the learned JC could invoke s. 37 (d) of the DDA against the appellant the prosecution ought to have excluded Chen Jing from having custody or control of the raw opium at the material time. This exclusion can only be achieved if the prosecution were to call Chen Jing as a witness or if the prosecution were to tender the s. 112 statement of Chen Jing. Alas, all these were not done. The Federal Court in Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 held that the non-tendering of the statement of the owner of the vehicle or the failure of the prosecution to call the owner of the vehicle as a witness raised the pertinent question of who was in actual control of the vehicle immediately prior to the date of arrest. The Federal Court also held that it was the duty of the prosecution to exclude the possibility that other individuals could not have had custody or control of the vehicle immediately prior to the date of arrest. Now, applying the principles in that case to the present appeal at hand, we categorically say that the prosecution had failed to exclude the possibilities that Chen Jing or even Chen Jing’s husband (Goo Aik Hiang) or even Khoo Teck Huat whose name was on the water bill of the said house could have had custody or control or access to the raw opium. [29] It is trite law that the onus is not on the appellant to prove the possibility of access to the raw opium by others but rather that onus falls on the prosecution to prove to the court that others could not possibly had access to the raw opium. To put it in another way, it is the duty of the prosecution to exclude such possibility and to prove that the appellant had exclusive possession of the raw opium (Abdullah Zawawi Yusoff v. Pendakwa Raya [1993] 4 CLJ 1; [1993] 3 MLJ 1 SC).” [33] Di dalam kes Abdullah Zawawi Yusuff v. Pendakwa Raya [1993] 4 CLJ 1, Mahkamah Agung memutuskan: “[14] Thus, to sum up, the common usage, plain, natural and ordinary meaning of “exclusive” is “excluding or to exclude all others; not shared or divided”. In the context of drugs possession, “exclusive possession” can be construed to mean that the place where the drugs are found must be “exclusive” to the accused... ........ [16] There is a plethora of cases decided by the courts on this point. The principle as discernible from those cases is simply these: there is a burden of proof on the prosecution to exclude the possibility of access by others to the place where the drugs are found. A failure by the prosecution to establish this would result in an acquittal of the accused; for example:
i
(i) Public Prosecutor v. Chan Peng Fatt [2000] 1 MLJ 179. The court found that the accused did not have exclusivity to the attic where the drugs were found; therefore, he was acquitted and discharged.
Subparagraph
(ii) Public Prosecutor v. Md Alim bin Samad [1998] 1 MLJ 260. The rooms where the drugs were found were accessible by different people frequenting the house. The court held that knowledge alone not enough to establish control.
Subparagraph
(iii) Lee Chee Meng v. Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 322. There were access by third parties to the premises, thus exclusivity of use of the premises had not been proved and the accused was acquitted.
Subparagraph
(iv) Pang Chee Meng v. Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137. The accused was acquitted even though the drugs were found in his room, but, as he shared the room with several others, the prosecution had not proved exclusive use of the room or exclusive custody or control of the drugs.
v
(v) Public Prosecutor v. Basri bin Salihin [1994] 2 MLJ 476. The bin where the drugs were found was accessible to the general public and the accused had no exclusive control over it. Therefore, the accused was acquitted and discharged.” [34] Di dalam kes ini, dari keterangan-keterangan yang terkumpul, bukan sahaja Pendakwaan gagal memastikan orang lain tidak mempunyai akses kepada dadah-dadah tersebut melainkan kedua-dua Tertuduh (OKT 1 dan OKT 2), malahan kemungkinan orang yang memiliki dadah tersebut, ialah Hariharan Selvam sendiri iaitu suspek yang membawa pasukan serbuan ke unit itu, yang memiliki kad Access ke unit itu. Adalah tidak dipertikaikan bahawa Hariharan Selvam dan Raja Sekar Selvam (OKT 2) adalah adik-beradik. Hariharan dikatakan juga tinggal di unit/rumah tersebut. Pasport antarabangsanya juga telah dijumpai di salah satu bilik unit/rumah tersebut. Hariharan selepas membawa Polis ke unit (rumah) tempat kejadian, telah turut ditangkap bersama OKT 1 dan OKT 2 dan seterusnya telah dituduh bersama di Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Anehnya semasa kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Hariharan tidak pula dituduh (i.e dia dibebaskan) dan tidak ada penjelasan terperinci diberikan oleh pihak Pendakwaan mengenai perkara ini. [35] Lebih aneh lagi, Hariharan tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Ini bukan sahaja telah mewujudkan kelompangan di dalam kes Pendakwaan malahan ini terjumlah kepada satu “suppression of evidence”. Justeru, satu anggapan bertentangan di bawah Seksyen 114 (g). Akta Keterangan perlu dikenakan terhadap Pendakwaan. Dengan kegagalan pihak Pendakwaan memanggil Hariharan yang tinggal bersama di unit tersebut untuk memberi keterangan, inferens yang boleh dibuat ialah dadah-dadah tersebut adalah milikan Hariharan. Ini dikukuhkan lagi dengan keterangan bahawa Hariharan telah ditangkap di blok tersebut sebelum kejadian ini oleh SP2 dan anggota sebuan dengan memiliki dadah-dadah dari jenis yang sama yang dijumpai di Bilik Utama. Tambahan pula, Hariharan mempunyai kad Access kepada unit/rumah tersebut dan tidak pula dijumpai kad Access di dalam milikan OKT 1 dan OKT 2. [36] Terdapat seorang lagi watak yang wujud yang mana tidak dinafikan oleh saksi-saksi Pendakwaan. Namanya ialah Suresh @ Fire. Kemungkinan besar Suresh @ Fire turut tinggal di rumah tersebut tidak dapat diketepikan. Ini adalah kerana, Suresh @ Fire ini adalah Penyewa Utama unit tersebut dan telah menandatangani satu Tenancy Agreement dengan tuan punya unit/rumah tersebut bernama Birendra Chhetri a/l Rambahadur seperti di P40. Justeru, kemungkinan dadah-dadah tersebut dimiliki oleh Suresh @ Fire ini tidak boleh diketepikan. Namun, Suresh @ Fire juga gagal dipanggil untuk memberi keterangan oleh pihak Pendakwaan. Inferens yang boleh dibuat ialah jika dia dipanggil, nescaya dia akan memberi keterangan yang memihak kepada kedua-dua Tertuduh. Justeru, inferens bertentangan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan, juga perlu dikenakan terhadap Pendakwaan dengan kegagalan ini. [37] Di dalam kes ini, pihak Pendakwaan hanya memanggil tiga (3) orang saksi sahaja iaitu SP1 (Ahli Kimia), SP2 (Pegawai Serbuan) dan SP3 (Pegawai Penyiasat) walaupun Alcontara Notice telah diberikan oleh pihak Pembelaan apabila dicadangkan beberapa kali watak-watak yang terlibat khususnya Hariharan dan Suresh @ Fire. Perlu ditekankan di sini, manakala Pendakwa Raya mempunyai budi bicara untuk memanggil sesiapa dan beberapa orang saksi yang difikirkan perlu, (lihat kes Adel Muhammed El Dabbah v. AG Palestine [1944] AC 156), namun Pendakwaan bertanggung jawab untuk memastikan tidak wujudnya kelompangan di dalam kes Pendakwaan akibat dari “failure to unfold the narrative of the prosecution’s case”. [38] Di dalam kes PP v. Chia Leong Foo [2004] 4 CLJ 649, Mahkamah Persekutuan menyatakan: “In a criminal case, the prosecution, provided there is no wrong motive, has a discretion whether or not to call a particular witness, and specifically has a discretion not to call in support of its case a witness whom it does not believe to be a witness of truth. But there is an obligation on the prosecution to call as witnesses persons whose evidence is essential to unfold the narrative upon which its case is based.” [39] Di dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “(4) Notwithstanding that the prosecution has complete discretion as to the choice of witnesses to be called at the trial, it has a duty to call all necessary witnesses essential to the unfolding of the narrative of the prosecution’s case. In the present case, the question as to how the vehicle came to be in the custody and control of both accused still remained unanswered.” [40] Mahkamah juga mengambil maklum bahawa terdapat banyak otoriti-otoriti yang menyarankan bahawa di atas kepentingan keadilan, saksi-saksi yang mana pernyataan saksi telah dirakamkan perlu hadir ke Mahkamah. Di dalam kes Ti Chuee Hiang v. PP [1995] 3 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “On the other hand, it is clear law, that the prosecution must have in Court all witnesses from whom statements have been taken but they have a discretion whether to call them or not. (See Teh Lee Tong v. [1956] MLJ 194). That discretion, however, must be exercised having regard to the interests of justice, which includes being fair to the accused (per Lord Parker CJ in Oliva v. R [1965] 2 WLR 1028, 1035) and to call witnessess essential to the unfolding of the narrative on which the prosecution case is based, whether the effect of their testimony is for or against the prosecution (per Lord Roche in the Ceylon Privy Council case of Seneviratne v. R [1936] 3 All E.R 36, at 49, applied in R. v. Nugent [1976] 65 Cr. App. R. 40).” [41] Perkara ini turut dinyatakan di dalam kes Teh Lee Tong v. Rex [1951] 2 LNS 96. [42] Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah mendapati Hariharan adalah seorang saksi yang amat penting namun Pendakwaan gagal memanggilnya untuk memberi keterangan menyebabkan wujudnya kelompangan di dalam kes Pendakwaan. Kehadirannya ke Mahkamah untuk memberi keterangan bagi pihak Pendakwaan berupaya menutup kelompangan tersebut. Malahan, dia mampu menjawab apa-apa kemusykilan yang menyelubungi pihak Pembelaan tentang apa yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian kerana dia ditangkap bersama pada hari kejadian dan melihat apa yang berlaku pada masa kejadian. Dia adalah saksi mata. Dia juga berupaya menjelaskan siapakah pemilik sebenar dadah-dadah tersebut yang tidak mampu dijawab oleh SP2. Rakaman percakapannya telah turut dirakamkan. [43] Kegagalan Pendakwaan untuk memastikan kehadirannya (secure his attendance) dengan membuat satu tahanan sivil atau apa-apa cara mengikut prosidur KAJ contohnya dilepaskan dengan bon jaminan (lihat Seksyen 118 KAJ) supaya dia hadir memberi keterangan pada tarikh bicara, adalah amat fatal. Tidak pula pihak Pendakwaan menjelaskan secara terperinci kenapa tindakan sedemikian tidak diambil walhal Pendakwaan sedia maklum bahawa dia adalah warganegara India dan selepas dibebaskan oleh Mahkamah Majistret dan tidak dituduh di Mahkamah Tinggi, sudah pastinya dia akan melarikan diri. [44] Suresh @ Fire telah turut dirakamkan percakapannya seperti di ID
45
[45] Namun, Suresh juga tidak dipanggil memberi keterangan. Tidak pula Pendakwaan menerangkan kenapa dia tidak hadir memberi keterangan dan jika tidak dapat dikesan, apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mengesannya. SP1 dan SP2 bersetuju Suresh @ Fire ini adalah saksi penting dan telah memberi keterangan bahawa Suresh @ Fire ini telah ditahan untuk kesalahan dadah selang beberapa hari selepas OKT 1 dan OKT 2 ditangkap. (Justeru, Rakaman Percakapan kedua-dua mereka juga tidak dapat diterima masuk di bawah Seksyen 32 (1) (i) Akta Keterangan kerana pra-syarat/kehendak seperti di atas gagal dipatuhi Pendakwaan). Di atas kegagalan ini inferensi bertentangan perlu dikenakan terhadap pihak Pendakwaan. Wujudnya beg misteri berwarna pink yang di bawa oleh anggota serbuan yang melemahkan lagi kes Pendakwaan dan amat fatal [46] Semasa di dalam pemeriksaan balas, SP2 bersetuju bahawa beliau tidak langsung menyebut mengenai terdapatnya satu (1) beg plastik warna pink telah di bawa bersama oleh pasukan serbuan semasa serbuan dan tangkapan terhadap Hariharan dan kedua-dua Tertuduh dibuat. Beg pink ini tidak pernah dinyatakan oleh SP2 semasa memberi keterangan semasa pemeriksaan utama. Begitu juga SP3. Ianya juga tidak menjadi sebahagian daripada eksibit yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan [sila lihat gambar-gambar eksibit P34 (1-5)]. Malahan ianya tidak juga dinyatakan di dalam Borang Serah Menyerah (P21) dan Borang Geledah (P20). SP2 bersetuju beg ini memang wujud dan di bawa naik ke unit tempat kejadian (16-4) semasa serbuan. Apa kandungan dan tujuan menjadi tanda tanya. Perkara ini hanya timbul ketika di soal balas oleh Peguambela OKT 2 terhadap SP2 seperti berikut: “PBT2 : Masa tangkapan di lobi dibuat, tuan ada ...tuan dan team tuan ada satu beg pink. : Setuju. : Dan beg ini dibawa naik atas ke tingkat 16-4 ke dalam unit tersebut, setuju? : Setuju. : Apa kandungan beg itu memang tak ada sebarang bukti di mahkamah hari ini, setuju? : Setuju.” [47] Mahkamah memutuskan ini adalah satu “serious suppression of evidence” dan anggapan bertentangan perlu dikenakan terhadap pihak Pendakwaan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan. Ianya telah juga mengakibatkan kelompangan di dalam kes Pendakwaan dan juga telah menimbulkan satu keraguan yang munasabah. [48] Malahan, pihak Pembelaan telah mencadangkan/menyarankan bahawa beg pink tersebut telah digunakan oleh pasukan serbuan untuk membawa dadah-dadah tersebut (dari luar) dan diletakkan di tempat kejadian seolah-olah dadah-dadah tersebut memang dijumpai di Bilik Utama unit/rumah tersebut seperti keterangan. Di dalam ertikata lain, dadah-dadah ini telah di“planted”. Cadangan/saranan ini adalah serius kerana ia juga memberi kesan serius terhadap kredibiliti dan reliabiliti keterangan-keterangan yang diberikan SP2 khususnya dan SP3, Mahkamah berpendapat cadangan/saranan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana mungkin ada kebenarannya memandangkan Pendakwaan gagal memanggil saksi-saksi lain, khususnya Hariharan untuk memberi gambaran yang sebenar, ataupun saksi-saksi Polis lain dari kalangan anggota serbuan untuk mematahkan saranan atau cadangan tersebut. Tanpa memanggil Hariharan khususnya, cadangan/saranan bahawa dadah-dadah tersebut adalah di“planted” tidak berjaya dipatahkan Pendakwaan sedangkan SP2 bersetuju bahawa jika Hariharan datang memberi keterangan dia boleh memberi penjelasan lanjut dan mengesahkan versi mana yang benar. Tiada usaha di buat untuk mendapatkan rakaman CCTV dan tiada Buku Pelawat dirampas [49] Adalah tidak dipertikaikan, di zaman moden ini di mana-mana ceruk bangunan mewah sekarang ini akan dipantau oleh alat-alat CCTV. Jika ada kejadian jenayah berlaku, keterangan melalui rakaman CCTV in merupakan keterangan terus (direct) yang paling berkesan. Banyak kes-kes jenayah dapat diselesaikan atau pesalah-pesalah berjaya di bawa ke muka pengadilan melalui rakaman CCTV. Ini diakui oleh Pegawai Serbuan, SP2 di dalam kes ini. [50] SP2 bersetuju bahawa adalah tidak dipertikaikan bahawa identiti kesemua orang yang mempunyai akses ke unit/rumah berkenaan adalah penting dalam kes pengedaran dadah. Sekiranya rakaman CCTV dan Buku Pelawat dirampas dan disiasat, maka persoalan mengenai siapa yang keluar dan masuk ke unit/rumah tersebut sememangnya boleh dijawab. [51] Pembelaan menyarankan bahawa kegagalan Polis (SP2 dan SP3) untuk merampas rakaman CCTV dan Buku Pelawat untuk di bawa ke Mahkamah memprejudiskan kedua-dua OKT dan inferens bertentangan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan perlu dikenakan terhadap pihak Pendakwaan. [52] Namun, SP2 telah gagal merampas rakaman-rakaman CCTV sama ada di dalam lif, di Lobi mahupun di Tingkat 16 tersebut sedangkan SP2 mempunyai kuasa di bawah Seksyen 64 dan 65 KAJ untuk berbuat sedemikian. [53] Berikut adalah sedutan sebahagian keterangan SP2 mengenai rakaman CCTV semasa disoal balas oleh Peguam OKT 2: “PBT2 : Kalau kita nampak CCTV kita boleh tengok siapa yang keluar masuk tingkat 16, setuju? : Sekiranya pintu depan rumah dia ada CCTV kita boleh rujuk. : Ok, di bahagian lif kalau ada CCTV tingkat 16 kita boleh tahu siapa turun siapa masuk, setuju? : Sekiranya ada CCTV ya, betul. : Sekiranya ada CCTV, ok. Di bahagian lobi juga kalau ada CCTV kita boleh tahu identiti-identiti siapa naik turun, setuju? : Setuju. : Dan, identiti mereka boleh.... boleh dikenal pasti dengan rampasan buku pelawat ataupun rampasan rakaman CCTV, boleh didapatkan. Setuju? : Setuju.” [54] SP3, sebagai Pegawai Penyiasat tidak juga merampas kedua-duanya selepas kejadian. Di dalam kes Tan Teck Seng & Anor v. PP [1990] 2 CLJ 103 yang dirujuk pihak Pembelaan, Mahkamah memutuskan: “[58] Learned counsel for the appellants submitted had the visitors’ registration book and the CCTV recording been tendered in court, it would reveal the persons who had entered the said apartment and would be able to exclude Udang, Boy, Efa, Nazir and all the first appellant’s workers. [59] In our view, there is force in the submission. The visitors’ registration book and the CCTV recording could clear the doubt whether others have access to the said apartment. Had the visitors’ registration book and CCTV recording been produced, the learned trial judge would be in better position to verify to prosecution’s case. [60] The non-production of the visitors’ registration book and CCTV recording, in our view, amounted to a withholding or suppression of evidence and if was produced, it would be unfavourable to the prosecution and consequently, the adverse presumption under s.
g
(g) of the Evidence Act 1950 must be invoked against the prosecution. (See Kek Chuan v. PP [2013] 6 CLJ 98).” [55] Di dalam kes See Kek Chuan v. PP [2013] 6 CLJ 98 yang dirujuk oleh pihak Pembelaan, Mahkamah Rayuan memutuskan: “[113] For completeness I should also refer to pertinent passages from an earlier Court of Appeal decision in See Kek Chuan v. PP [2013] 6 CLJ 98 which is referred to by the defence in its written submissions, which examined the issue of the making available of CCTV recording, as follows: “[29] The importance of the CCTV footage cannot be doubted. It would clear the lingering doubt of whether Ah Fatt carried the black bag and threw it to the floor and bolted at the lobby of the said hotel leaving the appellant to face the music, so to speak, or it was the appellant who was all alone was seen by PW3 carrying the black bag in his right hand and entering the lobby of the said hotel and was placed under arrest by PW3. Had the CCTV footage being produced, the High Court Judge would be in a better position to verify the prosecution’s version. Bereft of the CCTV footage, the High Court Judge should have invoked the presumption under s. 114 (g) of the Evidence Act 1950 bearing in mind “that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it” and acquitted and discharged the appellant without calling for his defence. [30] Right from the very start, the importance of the CCTV footage was highlighted by the defence. PW4 was categorical when he testified that the police had requested and was given the CCTV tape. PW9 testified that there were CCTVs focussed at 32 locations at the said hotel and also at the lobby. These CCTVs would surely verify the version of the prosecution if tendered. Yet, not a single CCTV tape was produced and tendered by the prosecution. [33] In our judgment, the non-production of the CCTV footage amounts to a withholding or suppression of evidence and if it was produced, it would be unfavourable to the prosecution and, consequently, the adverse presumption under s. 114 (g) of the Evidence Act 1950 must be invoked against the prosecution.” [56] Di dalam kes Mahkamah Rayuan, See Kek Chuan v. PP (supra), Mahkamah Rayuan berpandangan dengan tiadanya CCTV dirampas, maka wujudlah keadaan seperti berikut, sama seperti di dalam kes ini: “[114] Further, the investigating officer (PW9) admitted in evidence during cross-examination that he did not know how many people had entered and left the condominium unit before the arrest, he could not identify who brought the drugs into the condominium unit and even agreed that there existed a possibility that any one of the five individuals could have been responsible to have placed the drugs in the condominium unit.” [57] Masalah di atas boleh diatasi dengan merampas rakaman CCTV, Buku Pelawat dan pemantauan sebelum kejadian, yang gagal dilakukan oleh pihak Polis. Malahan, misteri beg plastik pink yang dicadangkan/disarankan oleh Pembelaan sebagai beg yang mengandungi dadah yang di bawa naik oleh pasukan serbuan dan diletakkan di Bilik Utama akan terjawab. Keraguan sama ada Unit/Rumah mempunyai tiga (3) Bilik atau lima (5) Bilik [58] Pihak Pembelaan telah mempertikaikan rajah kasar (P27) yang menunjukkan unit/rumah tersebut mempunyai tiga (3) bilik sahaja seperti jawapan SP2 dan SP3 sedangkan mengikut Pembelaan, sebenarnya unit/rumah tersebut mempunyai lima (5) bilik yang turut didiami oleh beberapa penghuni lain iaitu Suresh @ Fire, David seorang keturunan Pakistan dan Raj, seorang lelaki beragama Hindu dari Indonesia. SP2 dan SP3 tidak bersetuju tentang saranan ini, menyebabkan pihak Pembelaan mencabar TPR dan membuat permohonan supaya Mahkamah melawat tempat kejadian untuk memastikan jumlah bilik sebenar bagi unit/rumah tersebut. Permohonan ini dibantah dengan keras oleh TPR. [59] Mahkamah memutuskan bahawa memadangkan TPR sendiri membantah permohonan ini, Pendakwaan sepatutnya memberi pencerahan mengenai isu ini dengan secara alternatifnya memanggil saksi-saksi yang berkenaan iaitu sama ada tuan punya unit/rumah tersebut iaitu Encik Birendra Chhetri atau mana-mana AJK Management Corporation Kondominium tersebut untuk mengesahkan mengenai hal ini. Dengan kegagalan TPR sedemikian, persoalan sama ada unit/rumah tersebut mempunyai tiga (3) bilik atau lima (5) bilik tidak dapat dipastikan. Pihak Pembelaan berpendirian memang terdapat lima (5) bilik di unit/rumah tersebut yang mana selain daripada kedua-dua OKT, Hariharan, Suresh @ Fire, David dan Raj turut mendiami di unit/rumah tersebut yang memungkinkan dadah-dadah tersebut adalah milikan mereka, dan bukan kedua-dua OKT. Justeru Mahkamah memutuskan kegagalan memanggil saksi-saksi ini mengundang inferensi bertentangan dikenakan terhadap Pendakwaan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan. Kelemahan lain di dalam siasatan Polis [60] Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan lain di dalam siasatan Polis bagi kes ini, yang menunjukkan siasatan yang tidak menyeluruh. Mahkamah telah menekankan bahawa siasatan yang menyeluruh dan adil oleh Pegawai Penyiasat adalah penting bagi setiap kes. Di dalam kes PP v. Syed Afif Fikri Syed Abu Hussin [2020] 1 LNS 863, Mahkamah menyatakan: “Selanjutnya saya ingin mengulas berkenaan isu penyiasatan kes, khususnya mengenai tindakan SP6 selaku Pegawai Penyiasat kes. Diakui bahawa kekuatan sesuatu kes itu adalah bergantung sepenuhnya kepada hasil siasatan yang dijalankan disertakan dengan lain-lain bahan bukti. Untuk hasil penyiasatan yang baik, pastinya memerlukan suatu corak penyiasatan yang lengkap dijalankan. Di dalam soal ini, peranan seorang Pegawai Penyiasat kes amatlah penting. Perlu dilihat akan apakah aspek siasatan yang telah dilakukan sama ada ianya suatu penyiasatan yang benar-benar menyeluruh ataupun tidak. Mengkaji serta meneliti akan keseluruhan tugasan penyiasatan yang telah dijalankan oleh Pegawai Penyiasat kes ini, iaitu SP6, penyiasatan yang dilakukan olehnya bolehlah diibaratkan penyiasatan yang tidak menyeluruh. Cara dan corak siasatan yang dijalankan oleh Pegawai Penyiasat Kes ini tidak begitu kemas. Meneliti kepada Penyiasatan yang dilakukan, didapati corak penyiasatannya adalah tidak dilakukan secara menyeluruh… Sekiranya “finger dusting” ada dilakukan dan hasilnya dikemukakan di Mahkamah, ia mungkin dapat menunjukkan cap jari pemilik sebenar. Analisa cap jari merupakan satu-satunya keterangan bebas yang dapat membantu kes pendakwaan untuk menentukan siapa pemilik sebenar plastik P7A dan P7B serta 24 peket plastik dadah-dadah tersebut. Oleh itu, SP6 sepatutnya melakukan siasatan yang lebih mendalam.” [61] Di dalam kes ini, lima (5) buah telefon bimbit telah dirampas yang tidak dikemukakan ke Mahkamah. Adalah wajar kelima-lima telefon ini perlu dihantar untuk dianalisa khususnya mengenai kandungannya oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau/dan juga Bahagian Forensik PDRM. Ini adalah penting kerana hasil dari penganalisaan kandungan tersebut mampu menunjukkan keterangan yang selain dari memihak kepada Pendakwaan ada kemungkinan juga ianya memihak kepada pihak Pembelaan juga. Justeru Tertuduh-Tertuduh dinafikan hak mereka untuk mendapatkan pengadilan yang adil. Di dalam kes Yahya Hussein Mohsen Abdulrab v. PP [2021] 9 CLJ 414, Mahkamah memutuskan “the failure to produce the handphone had denied the accussed of a fair trial.”. [62] Walaupun terdapat beberapa kekurangan lain di dalam kes Pendakwaan, adalah memadai bagi Mahkamah menyandarkan keputusan Mahkamah dengan kekurangan-kekurangan di atas sahaja. Adalah undang-undang mantap bahawa apa-apa kekurangan (infirmities) yang terdapat di dalam kes Pendakwaan, manfaat ini perlu diberikan kepada pihak Pembelaan. (Lihat kes Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohamad Abdul Rahman v. PP [2013] 7 CLJ 843). H. KESIMPULAN [63] Mengambil kira segala keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh Pendakwa Raya dan mengambil kira jawapan soal balas oleh Peguam kedua-dua Tertuduh dari saksi-saksi Pendakwaan khususnya SP2 dan SP3, serta cadangan-cadangan yang diajukan pihak-pihak Tertuduh dan mengambil kira kekurangan-kekurangan yang terdapat di dalam kes Pendakwaan hingga menyebabkan intipati-intipati kesalahan (khususnya milikan) telah gagal dibuktikan bagi maksud menentukan sama ada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan Pendakwaan, dengan menggunakan kaedah “maximum evaluation” maka satu persoalan telah diajukan oleh Mahkamah seperti kehendak kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar (supra) seperti berikut: “Jika sekarang Mahkamah memanggil kedua-dua tertuduh untuk membela diri dan mereka memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mendapati mereka bersalah di atas keterangan-keterangan yang sedia ada di hadapan Mahkamah?” [64] Jawapan Mahkamah adalah tidak (negative). Justeru, Mahkamah memutuskan bahawa satu kes prima facie telah gagal dibuktikan Pendakwa Raya dan kedua-dua Tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa mereka dipanggil untuk membela diri. Tarikh: 30 Oktober 2023 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Kuala Lumpur. Pihak-Pihak Pendakwa Raya: Tuan Mohd Isa bin Mohamed Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Aras 5, No. 45, Lot 4G7, Presint 4 Persiaran Perdana 62100 PUTRAJAYA Peguam Responden Encik Saha Deva Pertama: Tetuan Saha & Associates Suite 203, 2nd Floor Wisma Bandar No. 18 Jalan Tunku Abdul Rahman 50100 KUALA LUMPUR Peguam Responden Dato’ Sheelan Kedua: Tetuan Sheelan Arjunan D-2-23, Block D, Putra Makestik Jalan Kasipillay 51200 KUALA LUMPUR
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.