(f) Selepas dari itu, barang kes berada di dalam jagaan serta kawalan SP6 yang telah melaksanakan tugasnya untuk menganalisis barang-barang kes tersebut dan pada 8/1/2019 dan 20/12/2018, SP6 telah menyerah kembali barang-barang kes tersebut di dalam kotak asal yang dikemukakan beserta 7 laporan kimia yang ditandakan sebagai P80, P81, P91, P92, P93, P94 dan P95. [8] Di dalam pertimbangan Mahkamah ini, Mahkamah tidak mendapati sebarang perkara di mana keterangan SP6 boleh diputuskan sebagai secara nyata adalah luar biasa ("inherently incredible"). Mahkamah di peringkat ini berhak untuk menerima keterangan SP6 sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221 seperti berikut; "We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into the details of what he did in the laboratory, step by step." [9] Mahkamah turut berpuashati bahawa barang-barang kes yang dikemukakan dan yang dianalisis oleh SP6 serta dikemukakan di Mahkamah ini adalah barang-barang kes yang sama. Ia sepertimana keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Gunalan Ramachandran v. PP [2004] 4 CLJ 551 di mana Hakim Abdul Hamid Mohammad, HMR (pada ketika itu) menyatakan; "This is because, as far as I am aware, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court failing which the prosecution's case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Sunny Ang v. PP [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195 (FC) (fold). In a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist. So long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist is the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution's case should fall. In the instant case, there was no break in the chain of evidence whatsoever, from the day it was seized until the date of trial. The missing exhibits did not contain any drugs. They were empty plastic packets and a weighing machine. Their existence could be seen from the photographs, not to mention oral evidence." [10] Perhatian Mahkamah dibawa oleh peguam OKT berkaitan kesan koyakan pada setiap bungkusan serbuk iaitu merujuk kepada barang kes yang bertulisan “Guan Yin Wang Refined Chinese Tea”. Ia menunjukkan setiap bungkusan mengandungi 3 lapisan iaitu plastik lutsinar, plastik bewarna hijau muda dan plastik lutsinar yang mengandungi serbuk putih. Di lapisan ketiga terdapat tulisan seperti “marker” bertulisan tangan bewarna biru. [11] Peguam menghujahkan bahawa pihak PR tidak mengemukakan keterangan siapa yang membuat koyakan tersebut dan ini meninggalkan kesan ke atas identiti barang-barang kes tersebut (rujuk; Sia Pang Liong v PP [2013] 2 MLJ 490). Peguam menghujahkan bahawa ini memungkinkan wujudnya gangguan (tempering) ke atas barang-barang kes tersebut dan ia menyebabkan integriti barang kes tersebut telah dikompromi (rujuk; PP v Khoo Cong Ban [2015] 2 CLJ 36). [12] Mahkamah telah meneliti keterangan SP4 dan bersetuju bahawa tiada penjelasan diberikan oleh SP4 maupun SP5 berkaitan kesan koyakan ini. Perkara ini tidak berbangkit semasa SP4 dan SP5 disoal semasa pemeriksan balas dan ia menjawab mengapa tiada penjelasan disediakan oleh SP4. Namun isu yang sama berbangkit semasa Pegawai Penyiasat iaitu SP7 memberi keterangan di mana semasa pemeriksaan balas, SP7 telah disoal dan menyatakan: Saya rujuk kepada Barang Kes teh hijau, plastik-plastik. Semasa Insp terima Barang Kes daripada pengadu, tidak ada sebarang kesan torehan daripada pengadu, setuju?. Tidak setuju. Insp sendiri tidak pernah membuat apa-apa torehan pada Barang Kes teh hijau tu?. Betul. Teh hijau ini ada berapa lapis, dari plastik luar sampai ke dalam?. 3 lapis. Kesan torehan tu jika ada, berapa lapis?. 3 lapis. Semasa terima Barang Kes, Insp tidak melihat pengadu membuat torehan di hadapan Insp, setuju?. Setuju. Siapa yang buat torehan itu, jika ada, Insp tidak tahu lah?. Betul, cuma saya dimaklumkan Insp Rajaram. [13] Penjelasan SP7 ini menjelaskan bahawa kesan koyakan disebabkan torehan yang diterimanya semasa barang-barang kes tersebut diserahkan oleh SP4 kepadanya. Jika dilihat keterangan SP4, adalah jelas barang-barang kes selepas dari rampasan berada di dalam jagaan SP4 pada setiap masa. Oleh itu, Mahkamah merumuskan bahawa tiada alasan bagi Mahkamah untuk merumuskan bahawa terdapat satu kompromi ke atas identiti barang kes kerana jelas ia berada di dalam jagaan SP4 dari masa ia ditemukan sehinggalah ianya diserahkan kepada SP7. [14] Mahkamah turut mengambil perhatian bahawa jumlah dadah yang ditemui di dalam kes ini adalah terlalu banyak. Ia pada pandangan Mahkamah tidak akan menjejaskan kandungan dadah yang berada di dalam plastik-plastik bertulisan “Guan Yin Wang Refined Chinese Tea”. Kesan torehan atau koyakan tersebut pada pandangan Mahkamah adalah tidak menjejaskan sama ada rantaian keterangan berkaitan barang kes maupun identiti dadah sepertimana yang telah disahkan oleh SP6. [15] Sehubungan dengan itu Mahkamah merumuskan bahawa dadah yang dipersoalkan adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamime dan 3,4-Metylenedioxymethamphetamine sepertimana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB serta racun jenis Nitrazepam sepertimana di bawah Akta Racun