Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-7-09/2021 DAN CB-45-4-09/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-7-09/2021
High Court of Malaysia17 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e purpose of the Act, there has to be established knowledge of such drug by the respondent. In Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237 Thomson J dealt with the issue of possession under the Common Gaming Houses Ordinance 1953 and at p 239 he observed: Possession’ itself as regards the criminal law is describe”
“e custody and control is not sufficient to establish possession for the purpose of the Act, there has to be established knowledge of such drug by the respondent. In Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237 Thomson J dealt with the issue of possession under the Common Gaming Houses Ordinance 1953 and at p 239 h”
“lah menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan dan bukannya bagi menentukan sama ada apa yang dinyatakan oleh pembelaan adalah suatu keterangan yang benar. Ini dinyatakan dalam kes Mat v PP [1963] MLJ 253 dan Murugiah v PP [1941] 1 MLJ 17 di mana Hakim Horne menyatakan seperti berikut: “It is necessary for hi”
“n keraguan munasabah bagi kes pendakwaan. Dalam erti kata lain adakah pihak pendakwaan telah membuktikan kes terhadap Tertuduh melampaui keraguan munasabah seperti yang dinyatakan dalam kes Mat v PP [1963] MLJ 263. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 [44]”
“P [2021] 7 CLJ 681 seperti berikut: “[45] It is trite law that it is not the duty of the appellant to prove his innocence or to call a particular witness to support his defence (see Tan Foo Su v. PP [1967] CLJU 179; [1967] 1 LNS 179; [1967] 2 MLJ 19; and Sandra Margaret Birch v. PP [1977] CLJU 114; [1977] 1 LNS 114; [1”
“f the appellant to prove his innocence or to call a particular witness to support his defence (see Tan Foo Su v. PP [1967] CLJU 179; [1967] 1 LNS 179; [1967] 2 MLJ 19; and Sandra Margaret Birch v. PP [1977] CLJU 114; [1977] 1 LNS 114; [1978] 1 MLJ 72). The law places upon the **Note : Serial number will be used to veri”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-7-09/2021 DAN CB-45-4-09/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh dalam kes ini telah dikemukakan dengan pertuduhan seperti berikut: Kes No. CB-45A-7-09/2021 Bahawa kamu pada 12 Julai 2020, jam lebih kurang 5.30 petang, bertempat di hadapan kedai Telefon Realme, Jalan Dagangan 7, Dalam Daerah Bera, Dalam Negeri Pahang, kamu telah didapati mengedar dadah-dadah berbahaya berat bersih 40.15 gram 2 heroin dan monoacetylmorphines (24.47 gram heroin dan 15.68 monoacetylmorphines), oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Kes No. CB-45-4-09/2021 Bahawa kamu pada 12 Julai 2020, jam lebih kurang 5.30 petang, bertempat di hadapan kedai Telefon Realme, Jalan Dagangan 7, Dalam Daerah Bera, Dalam Negeri Pahang, didapati dalam kawalan kamu racun jenis Etizolam seberat 4.97 gram, iaitu racun yang disenaraikan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga Akta Racun 1952, oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama.
2
Pada 12.07.2020, Pegawai Serbuan (SP5) telah menerima satu maklumat daripada orang awam yang enggan dikenali bahawa akan ada seorang lelaki melayu yang membawa sejumlah dadah yang banyak dengan menggunakan kereta jenis Proton Waja warna silver. Maklumat itu juga adalah berkaitan dengan lokasi kegiatan tersebut iaitu di sekitar kawasan bank di Bandar Triang. Suspek dijangka akan sampai di kawasan tersebut sekitar jam 4.00 petang hingga 7.00 malam pada 12.07.2020.
3
Berdasarkan kepada maklumat tersebut SP5 telah mengadakan taklimat yang menyusun anggota polis untuk menjalankan serbuan dengan membahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan 1 akan menggunakan motosikal untuk membuat pemerhatian dan memaklumkan kepada kumpulan serbuan dan tangkapan. Kumpulan 1 ini akan membuat rondaan dari semasa ke semasa untuk memastikan kehadiran Proton Waja warna silver di sekitar bank di Triang. Kumpulan 2 pula mengambil tempat di Kedai Serbaneka 7-Eleven. Tugasan Kumpulan 2 ini adalah membuat pemerhatian kehadiran kenderaan Proton Waja warna silver. Kumpulan 3 adalah diamanahkan untuk membuat serbuan dan kawalan. Kumpulan ini akan menaiki kereta Perodua Kembara. Keterangan berkenaan tiga kumpulan diberikan oleh SP5.
4
Pada 12.07.2020 jam 5.10 petang SP5 bersama Kumpulan 1 telah nampak kereta Proton Waja berwarna silver nombor pendaftaran BGK 886 telah bergerak dari arah Bandar Baru Triang masuk ke jalan tempat letak kereta dan berhenti di hadapan Kedai Serbaneka 7- Eleven. Semasa itu kereta itu dipandu oleh seorang lelaki tanpa penumpang lain.
5
Kereta tersebut diletakkan di hadapan kawasan letak kereta di hadapan Kedai Serbaneka 7-Eleven. SP5 nampak lelaki itu keluar dari kereta menuju ke Bank Simpanan Nasional (BSN). SP5 nampak lelaki itu mengeluarkan wang dari mesin ATM. Selepas itu SP5 nampak lelaki itu menuju ke Kedai Telefon Realme di Jalan Dagangan, Bera, Pahang. SP5 nyatakan kedai itu sebaris dengan Bank Simpanan Nasional. Ia 4 dapat dilihat melalui gambar P6(1). Dalam gambar itu Kedai Realme dan Kedai Serbaneka 7-Eleven dapat dilihat imejnya. Namun gambar Bank Simpanan Nasional tidak dapat dilihat dalam P6. SP5 camkan di Mahkamah bahawa lelaki melayu itu adalah Tertuduh dalam kes ini.
6
Pada jam 5.30 petang hari yang sama, SP5 telah arahkan Kumpulan 3 untuk bergerak dan menahan Tertuduh. SP5 telah merampas kunci kereta dari Tertuduh bersama dengan alat kawalan jauh. SP5 telah mengarahkan Tertuduh membuka pintu kereta BGK 886 dengan menggunakan kunci kereta tersebut.
7
Pemeriksaan dalam kereta itu telah ditemui satu beg galas warna hitam jenama Dashing. Turut dijumpai di dalam beg tersebut ialah satu beg kain yang di dalamnya dijumpai satu plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi empat plastik lutsinar berisi serbuk/ketulan warna keputihan disyaki dadah jenis Heroin.
8
SP5 dalam keterangan semasa pemeriksaan utama menyatakan bahawa tangkapan dibuat dalam Kedai Telefon Realme. Semasa tangkapan itu SP5 nyatakan Tertuduh dalam keadaan cemas.
9
Semasa pemeriksaan balas SP5 mengesahkan bahawa pemberi maklumat itu telah memberikan nombor plat kereta itu tanpa menyatakan warnanya. SP5 semasa pemeriksaan balas menyatakan dia tidak mempunyai pengetahuan sama ada kereta tersebut ada berhenti di mana-mana semasa beredar dari Triang ke Kedai 7-Eleven. Apa yang jelas semasa pemerhatian dibuat pada kereta itu di Kedai 7-Eleven Tertuduh seorang sahaja yang berada dalam kereta itu.
10
SP5 dalam keterangan semasa pemeriksaan balas mengesahkan bahawa Tertuduh terkejut semasa tangkapan dibuat ke atasnya. Dalam keterangan SP5 juga dinyatakan bahawa Tertuduh ada memaklumkan bahawa dia hendak ke Felda Mayam. Penahanan Tertuduh di dalam kedai tersebut menurut SP5 adalah disebabkan maklumat yang diterima dia ada bawa dadah. SP5 bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Tertuduh akan mengedarkan dadah-dadah itu di kawasan Bera.
11
Pegawai Penyiasat (SP6) telah menyatakan bahawa SP5 telah menyerahkan Tertuduh dan barang kes kepada SP6. SP6 telah menyimpan barang kes sebelum diserahkan kepada ahli kimia untuk dianalisa. SP6 menyatakan bahawa tiada siasatan yang dilakukan sama ada Tertuduh akan mengedarkan dadah-dadah tersebut kepada orang lain. Tempat penemuan dadah-dadah dan dadah-dadah itu telah dicamkan oleh SP6.
12
Keterangan saksi-saksi menunjukkan bahawa dadah-dadah itu dijumpai dalam kereta. Tertuduh telah diarahkan untuk membuka pintu kereta tersebut dengan alat kawalan jauh kenderaan itu.
13
Keterangan juga menunjukkan bahawa ibu Tertuduh (SP2) mengesahkan bahawa kereta BGK 886 adalah miliknya. Sebelum kejadian Tertuduh tidak memberitahu SP2 bahawa beliau hendak 6 menggunakan kenderaan itu. SP2 mengesahkan Tertuduh adalah penagih dadah tetapi tidak tahu sama ada menjalankan aktiviti pengedaran dadah. SP2 mengesahkan bahawa ramai orang menggunakan kereta itu iaitu anak-anaknya dan kawan-kawan. Tertuduh hanya kadang-kadang sahaja menggunakan kereta itu.
14
SP2 menyatakan bahawa kunci kereta itu digantung di tempat dalam rumah dekat pintu dan dekat bilik. Bila kunci itu diambil kereta itu boleh digunakan.
15
Keterangan ahli kimia (SP4) yang menjalankan analisis telah dilakukan setelah dadah-dadah itu dihantar oleh SP6 untuk dianalisa. Laporan kimia telah disediakan oleh SP4 dan dikemukakan sebagai P19.
16
Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes pendakwaan Mahkamah perlu meneliti sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan telah berjaya menimbulkan satu kes prima facie seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 180 Kanun Keseksaan dan frasa prima facie telah dijelaskan dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti berikut: “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
II
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). [43]Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra ) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof.” [17] Selain daripada itu Mahkamah perlu menimbangkan sama ada terdapatnya elemen kesalahan dalam kes ini. Elemen pertama ialah adakah barang yang dijumpai itu adalah dadah berbahaya ataupun bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952. Dalam kes ini Mahkamah mengambil perhatian kepada keterangan ahli kimia dan laporan kimia yang dikemukakan. Di samping itu Mahkamah juga meneliti keterangan berkenaan barang-barang kes yang dirampas di tempat kejadian yang kemudian dibawa ke balai polis serta dikemukakan kepada ahli kimia untuk ujian. Mahkamah juga meneliti P22 dan P23 iaitu senarai bongkar yang dikeluarkan oleh pihak polis dalam serbuan ini. Mahkamah juga meneliti keterangan pegawai serbuan dan pegawai penyiasat mendapati bahawa barang-barang kes tersebut telah dikendalikan dengan sewajarnya sehingga menyebabkan tiada sebarang keterangan yang mencadangkan terdapatnya pemutusan rantaian keterangan seperti yang dihujahkan oleh peguam Tertuduh. [18] Seterusnya Mahkamah perlu meneliti keterangan sama ada dadah-dadah dan racun tersebut berada dalam milikan, kawalan dan jagaan Tertuduh. Penelitian kepada keterangan menunjukkan bahawa pada masa yang matan serbuan telah dilakukan ke atas kereta yang dipandu berseorangan oleh Tertuduh. Ini berdasarkan kepada keterangan pegawai dan anggota sebuan yang telah membuat intipan ke atas Tertuduh berdasarkan maklumat yang diperolehi dari orang awam. Maklumat tersebut jelas menunjukkan sejajar dengan nombor kereta yang diekori oleh pihak polis sehingga ianya berhenti di parkir hadapan Kedai Serbaneka 7-Eleven. Pemeriksaan dilakukan dan mendapati bahawa kunci kereta tersebut dikendalikan oleh Tertuduh. Kereta tersebut dibuka oleh anggota polis menggunakan kunci yang diperolehi daripada Tertuduh. Dalam kereta tersebut setelah pemeriksaan dilakukan telah ditemui dadah dan racun berkenaan dalam kereta tersebut. Berdasarkan kepada keterangan ini adalah jelas bahawa pada masa dadah-dadah itu ditemui ia berada dalam kenderaan yang dipandu berseorangan oleh Tertuduh. Adalah jelas dan nyatakan bahawa Tertuduh pada masa serbuan dilakukan memiliki, mengawal dan mempunyai pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. [19] Oleh yang demikian disebabkan Mahkamah mendapati bahawa Tertuduh telah mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut maka Mahkamah menggunakan anggapan di bawah seksyen 37 (da) ABD 1952 berdasarkan kepada berat dadah-dadah tersebut untuk anggapan bahawa Tertuduh mengedar dadah. [20] Sementara bagi racun di bawah Akta Racun 1952 Mahkamah mendapati bahawa keterangan yang dianalisa di atas menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan, milikan dan pengetahuan berkenaan racun-racun tersebut. [21] Oleh itu Mahkamah memanggil berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan. Pembelaan [22] Tertuduh telah memberikan keterangan bersumpah. Dalam keterangan Tertuduh dinyatakan bahawa pada masa kejadian tersebut dia sedang menuju ke Felda Chemomoi untuk berjumpa kawan-kawan di kolam memancing. Setelah pulang daripada Felda Chemomoi dia dalam perjalanan daripada Kemayan menghala ke Pekan Kerayong untuk pergi ke Felda Sebertak dan Felda Mayam. [23] Pada masa itu Tertuduh menyatakan bahawa dalam perjalanan tersebut telefonnya telah jatuh dan pecah. Ini menyebabkan dia telah pergi ke kedai telefon bagi membeli sebuah telefon. Sebelum Tertuduh membeli telefon tersebut dia telah pergi ke Bank Simpanan Nasional untuk mengeluarkan wang sejumlah lebih kurang RM 800.00. Sebelum Tertuduh sempat membeli telefon, dia telah diserbu oleh individu yang kemudiannya disahkan sebagai anggota polis. [24] Tertuduh menyatakan bahawa dia telah diminta oleh pihak polis selepas serbuan dan tangkapan tersebut untuk mengikut mereka ke balai dan telah dinyatakan oleh seorang Sarjan bahawa Tertuduh dikatakan ingin mengedar dadah di Daerah Bera. Tertuduh telah disoal siasat dan meminta diberitahu di manakah barang-barang itu. Tertuduh menyatakan dia tidak tahu apa-apa. Seterusnya Tertuduh telah diambil kunci kereta daripada seluar oleh pegawai polis lalu pergi ke kereta dan membukanya. [25] Pada masa itu anggota polis telah membuat penggeledahan di bahagian hadapan kereta namun tidak ditemui apa-apa barang. Seterusnya anggota polis telah memasukkan tangannya di bawah bangku pemandu dan menjumpai satu beg warna hitam. Ketika dikemukakan pertanyaan adakah Tertuduh tahu mengenai beg warna hitam tersebut, Tertuduh menyatakan dia tidak tahu apa-apa berkenaannya. Seterusnya pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas kereta tersebut tiada barang-barang lain ditemui melainkan terdapat sebilah parang di dalam kereta tersebut. Setelah itu kereta dibawa ke balai polis. [26] Semasa pemeriksaan utama Tertuduh menegaskan bahawa dia tidak tahu berkenaan beg di dalam kereta tersebut. Di samping itu Tertuduh juga menyatakan pada hari kejadian dia masuk ke dalam kereta terus menghidupkan enjin, menyemak minyak, naikkan cermin pandang belakang dan terus memulakan perjalanan pada jam 9.00 pagi. Tertuduh juga menyatakan bahawa dia tidak menggunakan kereta tersebut setiap hari. Kereta tersebut ditinggalkan di rumah untuk kegunaan ahli keluarga dan kunci kereta tersebut digantung di tiang. Sesiapa pun boleh menggunakan kereta tersebut. [27] Semasa pemeriksaan balas Tertuduh telah menyatakan bahawa individu yang ditemuinya di Chemomoi adalah dikenali sebagai Abang Din Proton. Abang Din Proton menurut Tertuduh adalah pemilik syer dengan seorang yang membuka kolam ikan. Tertuduh menyatakan dia tidak selalu pergi ke kolam ikan tersebut. Tertuduh menyatakan pada hari tersebut dia tidak sempat sampai ke rumah pakciknya di Felda Mayam disebabkan telah berlaku kejadian seperti pertuduhan dalam kes ini. [28] Semasa pemeriksaan balas juga Tertuduh mengesahkan bahawa dia pergi dahulu ke kedai telefon baru pergi ke Bank Simpanan Nasional. Dia juga menyatakan keputusan untuk membeli telefon itu dibuat setelah telefonnya jatuh di kawasan Felda Chemomoi. Tertuduh juga memperihalkan berkenaan dengan kejadian tangkapan yang dilakukan terhadapnya dan mengesahkan bahawa pihak polis ada membuat pemeriksaan tehadap badan dan memaklumkan bahawa pihak polis mendapat maklumat berkenaan pengedaran dadah yang bakal dilakukan oleh Tertuduh. Tertuduh juga mengesahkan bahawa pihak polis yang mengambil kunci dari poket dan bukan dia yang menyerahkan kunci itu kepada polis disebabkan tangannya bergari dari belakang. [29] Tertuduh dalam pemeriksaan balas menafikan dakwaan bahawa dia tidak memberitahu polis akan fakta bahawa dia telah pergi berjumpa kawannya di Felda Chemomoi. Tertuduh menyatakan semasa pemeriksaan balas juga bahawa ada rokok, tayar dan jet kereta dalam bonet. Rokok itu adalah satu kotak dan bukannya satu karton. Ketika dikemukakan persoalan berkenaan dengan dadah seperti yang terdapat di P9, Tertuduh menafikan bahawa dia mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah tersebut. Pada masa sama dia juga menyatakan bahawa keterangan yang dikemukakan oleh dia bukannya sesuatu rekaan seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan. [30] Di dalam kes ini Mahkamah perlu meneliti sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dan sebelum itu adakah keterangan-keterangan itu telah berjaya menyanggah anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 yang telah digunakan oleh Mahkamah semasa memutuskan terdapatnya kes prima facie terhadap Tertuduh. [31] Selain daripada itu Mahkamah juga perlu di akhir kes pembelaan meneliti secara menyeluruh keterangan-keterangan yang dikemukakan dan sentiasa memberi perhatian bahawa tugas pendakwaan adalah untuk membuktikan kes terhadap Tertuduh melebihi keraguan yang munasabah. Adakah pihak pendakwaan dalam kes ini telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah seperti yang dinyatakan dalam kes Rosli Yusof v PP [2021] 7 CLJ 681 seperti berikut: “[45] It is trite law that it is not the duty of the appellant to prove his innocence or to call a particular witness to support his defence (see Tan Foo Su v. PP [1967] CLJU 179; [1967] 1 LNS 179; [1967] 2 MLJ 19; and Sandra Margaret Birch v. PP [1977] CLJU 114; [1977] 1 LNS 114; [1978] 1 MLJ 72). The law places upon the prosecution the burden to prove guilt of the appellant beyond reasonable doubt and not on the appellant to prove his innocence. Well-entrenched in jurisprudence is the rule that the conviction of the appellant must rest not on the weakness of the defence but on the strength of the prosecution. This principle is the corner stone of our criminal law.” [32] Penelitian kepada keterangan yang dilihat daripada kes ini ialah pihak pendakwaan menyatakan bahawa pihak polis telah mengekori kenderaan tersebut dan telah mengesahkan bahawa Tertuduh telah pergi ke tempat di mana tangkapan dilakukan. Dia telah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta sebelum memasuki kedai telefon dan kemudian keluar ke Bank Simpanan Nasional dan ditangkap sebelum dapat masuk semula ke dalam kedai telefon tersebut. Kunci kereta telah diperolehi daripada poket Tertuduh. Apabila kereta tersebut dibuka dadah-dadah yang berkenaan telah dijumpai di dalam beg hitam pada kenderaan tersebut. Apa yang menarik dalam kes ini adalah tindakan yang dilakukan oleh pihak polis adalah berdasarkan maklumat berkenaan dengan kenderaan yang digunakan oleh Tertuduh. Ini berdasarkan saksi-saksi polis. Keterangan juga menunjukkan bahawa nombor kereta itu telahpun dimaklumkan kepada pihak polis dan ia adalah sama dengan nombor kereta yang dipandu oleh Tertuduh. Dadah-dadah juga dijumpai dalam kereta tersebut. Ia menunjukkan bahawa maklumat yang diperolehi oleh pihak polis adalah konsisten dengan apa yang ditemui ekoran daripada penahanan Tertuduh dan kenderaan tersebut. [33] Oleh yang demikian di akhir kes pendakwaan Mahkamah telah mendapati bahawa keterangan-keterangan tersebut sudah dapat menunjukkan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie seperti yang digariskan dalam kes Abdullah Atan v PP & Other Appeals (supra). [34] Mahkamah ini juga mendapati keterangan yang tidak dapat diakaskan sebaliknya bahawa kenderaan tersebut boleh digunakan oleh banyak orang dan bukannya Tertuduh sahaja. Ini dapat dilihat melalui keterangan saksi pendakwaan berkenaan dengan kenderaan tersebut. Ini ditambah pula dengan keterangan yang menyatakan kunci kenderaan tersebut adalah berada di kawasan terbuka yang boleh diambil oleh mana-mana pihak. [35] Selain daripada itu keterangan yang dikemukakan juga menunjukkan bahawa tiada keterangan yang jelas menunjukkan bilakah tarikh terakhir sebelum Tertuduh menggunakan kenderaan tersebut dan adakah sesiapa yang telah menggunakan kenderaan tersebut sebelum kejadian. Apa yang ada ialah pada hari kejadian tersebut Tertuduh telah menggunakan kenderaan tersebut yang didakwa digunakan untuk bertemu kawannya dan kemudian telah pergi ke tempat kejadian sehingga tangkapan dilakukan. [36] Pada masa yang sama Mahkamah juga tidak boleh mengenepikan keterangan pihak pendakwaan yang menyatakan bahawa sepanjang tindakan pihak polis mengekori kereta tersebut, kereta dan Tertuduh tidak berhenti di mana-mana tempat sebelum sampai ke tempat tangkapan. Ini menunjukkan bahawa pada masa yang matan kenderaan tersebut sentiasa berada dalam kawalan Tertuduh sehinggalah Tertuduh ditangkap bersama-sama dengan dadah-dadah. [37] Dalam hal ini Mahkamah merujuk kepada keputusan Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1. Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan sabitan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi bagi satu pertuduhan di bawah seksyen 39B(1) (a) ADB 1952. Fakta dalam kes tersebut yang dapat diringkaskan bahawa kenderaan yang dipandu berseorangan oleh Tertuduh telah ditahan oleh pasukan polis dari Unit Narkotik dan menjumpai dadah di bahagian tempat duduk dalam kereta. Ini dapat dilihat di perenggan 2, 3 dan 4 seperti berikut: “[2] On 9 May 1996, at about 1am, acting on information received, ASP Nordin (PW5) and a team of police officers from Narcotics Unit Johor Bahru conducted a surveillance in the area of Jalan Kubur, Bakar Batu, Johor Bahru. At about 3.30am, PW5 saw a car bearing registration No TT 2161 approaching the surveillance area and it came to stop under a shed. PW5 and Detective Sergeant Badron (PW6) noticed that the respondent was the driver of the car and he was alone in the car. [3] When the respondent came out from the car and was about to lock the car, PW5 and his team moved towards the respondent, he introduced himself as police officer and arrested the respondent. PW5 then administered caution under s 37A of the Act to the respondent and asked whether there was any contraband inside the car. When the respondent answered in the negative PW5 then took possession of the car key and conducted a search inside the car. He found one package under the driver's seat and two packages under the front passenger's seat. The three packages were found to contain five blocks of compressed plant material. The chemist, Mision bin Sulaiman (PW4), analyzed the five blocks of compressed plant material and confirmed that they were cannabis as defined under s 2 of the Act having a net weight of 4,826.9g. The respondent was accordingly charged for trafficking of the cannabis under s 39B(1)(a) of the Act. [4] Before the learned trial judge PW6 in his evidence testified that he saw the respondent was alone inside the car when the car TT 2161 was approaching the surveillance area. He followed the car closely until it came to be parked under a shed near the said area.” [38] Dalam kes tersebut juga Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan pendekatan yang digunakan bagi kes ini seperti berikut: “[14] We agree with the submission of the prosecution that the proper approach to be adopted by the appellate court in the circumstances is that, having held that the cautioned statement was wrongly admitted, then it is for the court to scrutinize in totality other the evidence before it to see whether, quite apart from the cautioned statement, there is sufficient evidence to support the finding of the trial court. Regrettably the Court of Appeal failed to adopt such a course before coming to its conclusion. Hence, it falls upon this court to conduct such an exercise. The incontrovertible facts as found by the trial court was that the three packages were found in the car driven by the respondent. He was the only person in the car at the material time. One package was found under the driver's seat and two packages under passenger's seat. PW8 gave evidence that the car was in the possession of the respondent for more than seven months prior to his arrest. In the circumstances we think the trial judge was right to hold that at the material time the three packages were in the custody and control of the respondent. Indeed the Court of Appeal agreed with the trial judge. But mere custody and control is not sufficient to establish possession for the purpose of the Act, there has to be established knowledge of such drug by the respondent. In Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237 Thomson J dealt with the issue of possession under the Common Gaming Houses Ordinance 1953 and at p 239 he observed: Possession’ itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Ed) p 304: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. [15] And further down on the same page, he added: Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite.” [39] Dalam kes tersebut keterangan menunjukkan bahawa Tertuduh memandu kenderaan berseorangan dan dadah-dadah tersebut dijumpai dalam kenderaan tersebut. Namun Tertuduh dalam kes tersebut menafikan mempunyai pengetahuan kepada dadah-dadah tersebut. Mahkamah Persekutuan menyatakan dalam kes Abdul Rahman bin Akif (supra) bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut berdasarkan perkara berikut: “It is trite law that the court need not be convinced of the defence story to entitle the accused to an acquittal. The burden of proof on the accused is indeed a light one which is merely to cast a reasonable doubt on the prosecution's case (see Illian & Anor v Public Prosecutor [1988] 1 MLJ 421). In the present case the respondent's defence was that although he knew about the existence of the three packages in the car, which he claimed were put in the car by Jiri, but he had no knowledge that they contained drug. He was informed by Jiri that they contained cloth samples. Upon close scrutiny we find his story to be highly improbable for the following reasons. Firstly, if it is true that he came to Johor Bahru to collect cloth samples from Jiri, the question is what was the need to meet Jiri at around 3.30 in the morning. Certainly this could have been done at a more convenient time. Secondly, if the three packages contained cloth samples as claimed by the respondent the question arises why should they be hidden under the seats of the car as found by the police. The manner in which the three packages were concealed in the car goes to show that the appellant knew of the content of the three packages. In the circumstances, we find his story about the meeting with Jiri to be highly fictitious. It was no more than an attempt to show that he had no knowledge of the content of the three packages. In the final analysis, we are satisfied beyond reasonable doubt that the respondent had custody and control of the three packages and he knew that they contained drug. Having so found the next issue is whether the defence had, on the balance of probabilities, successfully rebutted the presumption of trafficking under s 37(da) of the Act (see Public Prosecutor v Yuraray [1969] 2 MLJ 89 as applied in Ng Chai Kem v Public Prosecutor [1994] 2 MLJ 210). In the present case the respondent did not offer any explanation whatsoever which goes towards rebutting the said presumption. It is our finding, therefore, that the presumption under s 37(da) of the Act stands unrebutted.” [40] Sebaliknya dalam kes ini keterangan Tertuduh semasa memberikan pembelaan menunjukkan bahawa kewujudan dadah-dadah tersebut tidak diketahui atau bukan dalam pengetahuannya. Ini adalah berdasarkan keterangan yang dikemukakan bahawa sebelum daripada kejadian dia telah pergi ke Felda Chemomoi berjumpa dengan beberapa orang termasuk Abang Din Proton terus memandu kenderaan tersebut sehingga diekori oleh pasukan polis dan ditangkap di hadapan Kedai 7-Eleven tersebut. Keterangan juga menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut dijumpai dalam beg hitam dan tidak menunjukkan terdapatnya bungkusan-bungkusan khusus yang boleh mencadangkan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan kewujudan beg hitam dan dadah-dadah tersebut. Ini ditambah pula dengan keterangan yang dikemukakan terlebih dahulu semasa pendakwaan bahawa kereta tersebut boleh digunakan oleh orang lain selain daripada Tertuduh. [41] Ini ditambah pula dengan keterangan pihak pendakwaan yang tidak dapat memastikan sama ada sejurus sebelum Tertuduh menggunakan kenderaan tersebut adakah kenderaan tersebut digunakan oleh orang lain atau bilakah kali terakhir Tertuduh menggunakan kenderaan tersebut bagi membolehkan pembelaan Tertuduh bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut dapat ditolak oleh Mahkamah. Ketiadaan keterangan sedemikian akan menyebabkan Mahkamah perlu menimbangkan pembelaan Tertuduh bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah tersebut walaupun dia mempunyai pengetahuan berkenaan dengan parang dan rokok yang ditemui dalam kenderaan tersebut. [42] Mahkamah ini berpendapat bahawa hujahan Timbalan Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa disebabkan Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan rokok dan parang dalam kereta tersebut maka dia juga perlu dinyatakan atau perlu diputuskan mempunyai pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Mahkamah berpendapat hujahan sedemikian adalah terlampau mudah dan tidak dapat dipertahankan. Jika Mahkamah menerima kenyataan sedemikian ia menyebabkan tidak bermakna penjelasan undang-undang dan otoriti-otoriti berkenaan dengan keterangan-keterangan yang diperlukan bagi menunjukkan pengetahuan di dalam satu kes jenayah. Dalam kes ini Mahkamah berpendapat bahawa pihak pembelaan telah berjaya pada tahap perimbangan kebarangkalian menyanggah anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952. [43] Seterusnya Mahkamah perlu pula meneliti sama ada keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah bagi kes pendakwaan. Dalam erti kata lain adakah pihak pendakwaan telah membuktikan kes terhadap Tertuduh melampaui keraguan munasabah seperti yang dinyatakan dalam kes Mat v PP [1963] MLJ 263. [44] Mahkamah Agong dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169 telah menjelaskan bagaimanakan pendekatan yang perlu diambil ketika meneliti pembelaan dalam satu kes jenayah. Mahkamah Agong menyatakan seperti berikut: “To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established ‘reasonable doubt’ test, rather than to delve in the ‘believable and convincing’ test before applying the ‘reasonable doubt’ test.” [45] Dalam kes tersebut juga Mahkamah dipandu arah apabila terdapatnya penggunaan anggapan yang perlu digunakan di dalam kes pengedaran dadah. Apabila Mahkamah perlu membuat dua tugas iaitu meneliti sama ada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan telah menyanggah anggapan pada tahap perimbangan kebarangkalian dan tugas kedua ialah untuk meneliti sama ada pembelaan yang dikemukakan oleh Tertuduh telah menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Ini dapat dilihat seperti berikut: “The other crucial issue which had arisen in this appeal was the manner in which the learned judge had approached the law on the right of the appellant to rebut the two applicable statutory presumptions under the Act. In the penultimate paragraph of his grounds of judgment the learned judge said at pp 115 to 116: It is a finding of fact that the defence has not rebutted the statutory presumption of s 37(d) on the balance of probability at all and it follows that the presumption of s 37(da) is also not rebutted. Nor has the defence raised any reasonable doubt in the prosecution case. And it is a finding of fact that the prosecution case against the accused has been proved beyond any reasonable doubt. (Emphasis supplied.) Whilst we could not disagree with what the learned judge had said earlier in his judgment that if the defence had succeeded in rebutting the presumption of possession under s 37(d), there was no need to rebut the presumption of trafficking under s 37(da), it did not follow that the presumption of trafficking would become irrebuttable merely because the defence had failed to rebut the presumption of possession. In our opinion unless the evidence in a particular case does not obviously so warrant, it is incumbent for the court to consider whether on the balance of probabilities, the evidence of the defence has rebutted the statutory presumption of trafficking under s 37(da) as a separate exercise even though the court is satisfied on balance that the presumption of possession under s 37(d) has not been rebutted. In this case, the failure to do so was a material misdirection and was fatal to the conviction.” [46] Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana dalam hujahannya di akhir kes pembelaan menyatakan bahawa keterangan Tertuduh adalah merupakan penafian semata-mata. Oleh yang demikian ianya tidak boleh dijadikan sandaran untuk menyatakan bahawa Tertuduh berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Ini adalah berkaitan dengan keterangan Tertuduh bahawa terdapat dua kali pemeriksaan pihak polis iaitu semasa di kedai telefon dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Bera. Ia juga berkaitan dengan keterangan Tertuduh menyatakan bahawa senarai geledah P22 telah ditandatangani olehnya atas arahan pegawai polis di IPD Bera. [47] Sementara itu berkenaan dengan dakwaan bahawa terdapat ahli keluarga lain Tertuduh yang menggunakan kenderaan tersebut juga tidak sepatutnya diterima oleh Mahkamah. Apa yang lebih menarik dalam kes ini ialah apabila Timbalan Pendakwa Raya berhujah bahawa pembelaan Tertuduh adalah rekaan semata-mata. Timbalan Pendakwa Raya telah menukilkan kes Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154 bagi menyokong hujahan bahawa keterangan Tertuduh semasa pembelaan adalah satu rekaan. Jika ditelusuri kes Megat Halim Megat Omar (supra) adalah didapati bahawa pembelaan yang dikemukakan adalah seperti yang terdapat di perenggan 52 hingga 62 alasan penghakiman kes tersebut seperti berikut: “[52] The learned trial judge upon evaluating the evidence had found as a matter of fact that the appellant had full knowledge of the drugs recovered in the brown bag. This fact came from his own admission pursuant to question under caution by SP9 that the cannabis found in the brown bag and in the JPS box, was his. [53] It was also a finding of fact that the appellant and his family were the occupiers of the house, including the room from where the drugs were found. [54] It was also the learned judge's finding that, that room was used to keep the appellant's clothing, meaning that it was in use by the appellant daily. [55] The learned judge concluded that it was impossible, in the circumstances of those facts, to say that the appellant had no knowledge of those drugs. [56] On the claim by the appellant in his defence that his two brothers had access to that room, this was rejected by the learned judge as unbelievable and not raising a reasonable doubt. [57] The appellant's evidence itself shows that the brothers had no keys to the house and as such the trial judge concluded that they could not access the house whenever they like. [58] The trial judge also dismissed the claim by the appellant that both Megat Haris and Megat Harun who had stayed in the room three months before the police raid, are drug addicts; thus implying that they could have left the drugs there. [59] This defence was also found to be unbelievable by the learned judge who said that it would be most unlikely that a drug addict could have just left a big amount of drugs in a room used daily by the appellant. [60] Our own perusal of the defence shows that the appellant's evidence had a gaping hole as regards Megat Harun being a resident of the second room from which the drugs were found. No serious questions were put to SP11, the investigating officer, regarding this matter, considering that this was the appellant's main thrust of defence. [61] We find no flaw in the learned judge's reasoning and his conclusion and inferences of the facts. [62] In our view, a serious discrepancy thus emerged in the appellant's own testimony, one that discredited the credibility of his defence.” [48] Sebaliknya keterangan dalam kes ini menunjukkan bahawa Tertuduh telah menafikan mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Di samping itu tiada keterangan yang dikemukakan bagi boleh mengakaskan keterangan tersebut. Mahkamah ini berpendapat pembelaan Tertuduh bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut dan fakta bahawa dia telah pergi ke Felda Chemomoi dan bertemu dengan rakannya serta keterangan bahawa pada hari kejadian dia mengambil kunci kereta dan terus memandu ke tempat rakannya adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan sebagai satu pembelaan yang sewajarnya. Pada hemat Mahkamah ia bukanlah satu rekaan semata-mata. [49] Persoalannya di sini adakah pembelaan yang dikemukakan oleh Tertuduh adalah merupakan penafian semata-mata atau pemikiran semula? Apa yang jelas keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan sendiri menunjukkan bahawa kenderaan tersebut boleh digunakan oleh ahli keluarga yang lain atau kawan-kawan Tertuduh telah disahkan oleh saksi pendakwaan sendiri di peringkat kes pendakwaan iaitu melalui keterangan SP2 iaitu ibu Tertuduh. Malahan fakta bahawa kunci kereta itu terletak di kawasan terbuka juga telah dinyatakan oleh saksi pendakwaan tersebut dan disahkan oleh Tertuduh dalam keterangannya. [50] Kepelbagaian pihak menggunakan kereta tersebut pada hemat Mahkamah ini bukanlah suatu pembelaan yang hanya dibangkitkan buat kali pertama oleh pembelaan semasa peringkat pembelaan tetapi ia telah ditimbulkan semenjak kes pendakwaan lagi oleh Tertuduh. Ini adalah disebabkan ianya telah diutarakan oleh pihak pendakwaan sejak daripada saksi pendakwaan memberikan keterangan. Ia membawa kepada suatu dapatan bahawa keterangan bahawa kenderaan tersebut boleh digunakan oleh ramai orang adalah tidak dapat dinafikan. Oleh itu dakwaan menyatakan ia adalah merupakan pembelaan yang tidak boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah tidak dapat dipertahankan. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Agong dalam kes Alcontara Ambross Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 CLJ 705 berkenaan tanggungjawab Mahkamah untuk mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan dan apakah yang dimaksudkan keterangan yang baharu direka dengan menyatakan seperti berikut: “Speaking generally, in a criminal trial, the whole point and purpose of the defence having to put its case to such of the prosecution witnesses as might be in a position to admit or deny it, is to enable the prosecution to check on whether an accused's version of the facts is true or false, and thus avoid the adverse comment, that the defence is a recent invention in other words, "kept up its sleeve", as it were - and revealed for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock, thus detracting from the weight to be accorded to the defence. However, failure on the part of the defence to put its case as aforesaid, can never, by itself, relieve the prosecution of its duty of establishing the charge against the accused beyond any reasonable doubt. At this stage, we would interpolate to remark - though we are digressing somewhat from the point concerning the onus of proof - that the Judge went so far as to hold "that the defence by its failure so to put such questions to the prosecution witnesses ought not to be allowed to raise such issues at the defence stage." In this, he was clearly wrong, since it is settled law, that although a Court may view with suspicion a defence which has not been put to the appropriate prosecution witnesses who might have personal knowledge of the points at issue, the Court is still bound to consider the defence, however weak, and to acquit if not satisfied that the prosecution has discharged the burden of proof which rests upon it. We are supported in this by the case of Lister v. Quaifee [1983] 1 WLR 48 decided by the Court of Appeal in England. May LJ in his judgment at p. 54 of the report said this: We have not found this at all an easy case but in the end we have come to the clear conclusion that the answer really lies in a proper appreciation of what s. 9 in fact achieves. As I have already said, this is that the contents of the statements read are evidence in the case just as if, and only to the extent as if, the makers of those statements had been called as witnesses in the trial and had given the evidence contained in the statements. If that had happened on the hearing before the King's Lynn justices in this case, and there had been no cross-examination about the possibility of mistake, or their evidence had not been challenged in any way, then when the defendant went into the witness box no doubt strong comment could have been made that nothing had been put to the witnesses about the possibility that the defendant might indeed have been able to and did buy the dress somewhere else, in Portsmouth in particular, on 2 July 1981. Although any such comment by the prosecutor would have had substantial force and might well have led the justices to view the defendant's evidence with a degree of scepticism, the position remains that the burden throughout was on the prosecutor and although the proper procedure of putting a defence case to prosecution witnesses had not been followed, it would have been open to the justices, having heard all three witness, to have said: Well, it may be that procedure laid down by Marks & Spencer was what should have happened, and it may have happened in at least the majority, if not every other case concerning a dress of this nature, but we have also seen the defendant. She has given evidence. We cannot say that her evidence cannot be true, and in those circumstances there must be a doubt in our minds and accordingly we must acquit. Stephen Brown J. said at page 55: This case has very many unsatisfactory features, but I have great sympathy with the justices in the position into which they were put, not through their own fault. In the end, however, it is they who had the duty of weighing the evidence which had been properly admitted before them and the decision of fact was entirely for them. Whilst it may be that this Court might itself have come to a different conclusion, none the less it seems to me to be impossible to interfere with the decision of the justices, which was fully within their competence. Therefore, I agree with May LJ that this appeal must be dismissed.” [51] Keterangan yang dikemukakan oleh Tertuduh di dalam pembelaannya pada hemat Mahkamah ini bukanlah suatu keterangan rekaan semata-mata. Ia perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah dan tidak boleh ditolak semata-mata disebabkan ia adalah rekaan atau pemikiran terkemudian atau penafian semata-mata. Sebaliknya keterangan tersebut adalah telah menimbulkan keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan. [52] Selain daripada itu Mahkamah juga perlu menimbangkan hujahan Timbalan Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa keterangan pembelaan adalah rekaan semata-mata terutama berkenaan dengan perjumpaan Tertuduh dengan individu di Felda Chemomoi yang hanya timbul pada peringkat pembelaan. Keterangan ini dilihat sekali dengan dakwaan bahawa penandatangan P22 dibuat atas arahan pegawai polis yang tiada sebarang keterangan yang menyokong dakwaan tersebut. Adakah disebabkan keterangan tersebut tidak dapat disokong oleh mana-mana keterangan maka ia boleh digolongkan sebagai keterangan rekaan. [53] Dalam hal ini Mahkamah perlu mengambil perhatian di peringkat pembelaan Mahkamah hanya meneliti keterangan bagi melihat sama ada pembelaan telah menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan dan bukannya bagi menentukan sama ada apa yang dinyatakan oleh pembelaan adalah suatu keterangan yang benar. Ini dinyatakan dalam kes Mat v PP [1963] MLJ 253 dan Murugiah v PP [1941] 1 MLJ 17 di mana Hakim Horne menyatakan seperti berikut: “It is necessary for him to convince the Magistrate of the truth of his explanation; it is sufficient if the explanation may reasonably be true even if the Magistrate is not convinced of its truth – Rex v Schama 11 Cr. App. R. 45.” [54] Dalam kes ini juga Mahkamah mendapati tiada keterangan semasa kes pendakwaan yang dapat menunjukkan bahawa terdapatnya kesan-kesan cap jari atau keterangan yang dapat mengaitkan Tertuduh secara saintifik kepada barang-barang kes tersebut. Walaupun ia bukannya keterangan utama namun ia dapat memberi sedikit cahaya kepada kes ini bagi menunjukkan hubung kait Tertuduh dengan dadah-dadah tersebut. Namun ia tiada dalam kes ini. Ini menyebabkan Mahkamah tidak boleh menyatakan bahawa pembelaan Tertuduh adalah sesuatu yang direka, penafian semata-mata atau pemikiran terkemudian. [55] Dalam kes ini setelah meneliti keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta membuat penilaian maksimum kepada keterangan-keterangan tersebut Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kedua-dua kes seperti pertuduhan melampaui keraguan munasabah terhadap Tertuduh. Oleh itu Mahkamah melepaskan dan membebaskan Tertuduh daripada kedua-dua pertuduhan. Bertarikh: 30hb. Oktober 2024 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwaan Intan Nor Hilwani binti Mat Ripin Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak Tertuduh Richard Bong dan Ivan Bong Tetuan Bong & Co Temerloh, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.