Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-101-10/2022 PENDAKWA RAYA
WA-45A-101-10/2022
High Court of Malaysia16 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [41] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai seba”
“court in determining whether that accused had the requisite means rea. It is in reality a commonsense approach.” [23] Berdasarkan petikan kes-kes di atas dan kes PR lwn Lim Chsung Meng dan Chen Hui [2015] MLJU 2234 (Mahkamah Rayuan) serta Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 milikan adalah keadaan di mana seseo”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-101-10/2022 PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh (OKT) telah ditahan ketika cuba melarikan diri dari satu sekatan jalan raya yang dilakukan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur dalam operasi mencegah aktiviti mat rempit di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
2
Pegawai Tangkapan (SP3) telah mengarahkan OKT untuk berhenti di sekatan jalan raya yang dibuat, tetapi OKT telah berpatah balik melawan arus untuk melarikan diri. OKT telah bertindak memecut 2 motosikal yang dinaikinya melalui Jalan Mara tetapi telah terjatuh ketika cuba keluar melalui Jalan Mara ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.
3
Semasa SP3 menghampiri OKT untuk membuat tangkapan, telah berlaku pergelutan ketika OKT cuba sekali lagi untuk melarikan diri.
4
Pemeriksaan dalam raga motosikal yang dibuka dengan menggunakan kunci yang diserahkan oleh OKT dibuat oleh SP3 dan mendapati 1 beg kertas warna coklat yang mengandungi 1 plastik Best Express warna putih. Di dalamnya terdapat 2 plastik lutsinar berisi ketulan kristal warna putih disyaki dadah.
5
Tuduhan: Bahawa kamu pada 28 Mei 2022 pada jam lebih kurang 11.15 malam di Jalan Tuanku Abdu Rahman di dalam Daerah Dang Wangi di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine, berat 380.9 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
6
Bagi membuktikan kesalahan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan 3 elemen iaitu: i. Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya; ii. OKT mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut; dan iii. OKT mengedar dadah berbahaya tersebut.
7
Selain daripada itu, pihak pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa dadah berbahaya yang dikemukakan di Mahkamah ketika perbicaraan adalah merupakan dadah berbahaya yang sama yang dirampas daripada OKT dan disahkan dadah berbahaya oleh Ahli Kimia yang menjalankan analisis.
8
Ahli Kimia (SP1) mengesahkan telah menerima 2 paket plastik yang mengandungi bahan kristal jernih masing-masing bertanda MZ3 & MZ4 (P8 & P9) daripada Pegawai Penyiasat (SP5) dan mengesahkan setelah analisis dijalankan, mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 380.9 gram.
9
Satu laporan kimia telah disediakan oleh SP1 iaitu P6 yang mengesahkan perkara ini.
10
Methamphetamine disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
11
Berpandukan kepada keputusan kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah dengan ini menerima keterangan SP1 tentang jenis dan berat dadah yang dianalisis kerana tidak wujud sebarang sebab untuk Mahkamah memutuskan sebaliknya memandangkan keterangan SP1 bukanlah sesuatu yang ‘inherently incredible’ dan OKT juga tidak mengemukakan sebarang keterangan rebuttal dari pakar lain. Bahan yang disahkan sebagai Methamphetamine oleh SP1 merupakan bahan yang sama yang dirampas oleh SP3 dan dikemukakan di Mahkamah
12
Keterangan yang dikemukakan menunjukkan SP3 selepas tangkapan dan rampasan dibuat telah membuat tandaan A1 sehingga A4 pada barang-barang yang dirampas (rujuk para [4] di atas) dan mengeluarkan Borang Senarai Geledah (P15) dan Borang Serah Menyerah (P16) sebelum menyerahkan P8, P9, P15 & P16 kepada SP5. Tandaan yang dibuat oleh SP3 telah dicamkan olehnya ketika eksibit P8 & P9 dikemukakan.
13
SP5 pula selepas menerima eksibit-eksibit ini telah membuat tandaannya sendiri iaitu MZ3 & MZ4 sebelum diserahkan kepada SP1. Tandaan ini juga telah dicamkan oleh SP5. SP5 juga sahkan telah menerima semula eksibit yang sama dari SP1 selepas analisis selesai dijalankan oleh SP1.
14
SP1 mengesahkan telah menerima eksibit-eksibit ini dengan tandaan MZ3 & MZ4 dan melekatkan pelekat Jabatan Kimia dengan nombor makmal 22-FR-B-13860 sebelum analisis dijalankan. Tandaan ini telah disahkan oleh SP1 dan SP1 juga mengesahkan telah menyerahkan eksibit yang sama kepada SP5 setelah selesai analisis dijalankan bersama satu laporan kimia P6.
15
Berdasarkan keterangan dari saksi-saksi yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa rantaian pergerakan barang-barang kes bermula dari waktu ia dirampas di tempat kejadian sehinggalah ia dikemukakan semula ketika perbicaraan tidak terputus dan menunjukkan 5 bahawa ia adalah barang kes yang sama sepertimana dirampas bagi keeempat-empat pertuduhan. (Kes Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345; Gunalan A/L Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 489; dan Luke Nnaemeka Ugwu v Pendakwa Raya [2016] 400, berkaitan).
16
Eksibit dadah dalam kes ini telah dijumpai oleh SP3 di dalam raga motosikal nombor pendaftaran VFA 2037 yang ditunggang oleh OKT. Raga ini dibuka menggunakan kunci yang diserahkan sendiri oleh OKT kepada SP3 selepas OKT ditahan.
17
Pemilik berdaftar motosikal ini SP4 (P26) mengesahkan motosikal ini dibeli oleh OKT menggunakan namanya dan dia (SP4) tidak pernah menggunakan motosikal ini pada bila-bila masa sekali pun dan hanya melihat motosikal ini pada hari ianya dibawa keluar dari kedai.
18
SP4 juga mengesahkan tidak ada menyimpan kunci motosikal ini dan pada hari kejadian dia berada di rumahnya seperti alamat dalam P26.
19
Milikan boleh dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung ataupun dengan menggunapakai andaian di bawah seksyen 37(d) Akta dengan membuktikan jagaan atau kawalan. Selain daripada jagaan atau kawalan, untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai milikan, elemen pengetahuan (knowledge) juga perlu ditunjukkan.
20
Perkataan milikan tidak diberikan sebarang tafsiran di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun begitu, dalam kes Toh Ah Lok And Mak Thiam v Rex [1949] 1 MLJ 54, Mahkamah menyatakan: “Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristics. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him a power of disposal over the thing, and lastly must be conscious of his possession of the thing.” “I have given the most careful consideration to the meaning of the word “custody” in section 37(d) of the Ordinance under consideration and have come to the conclusions that it means actual physical control. The word “control” in the same section must, therefore, be construed to mean any form of control other than actual physical control. Other names for “custody” are “physical possession”, “de facto possession” and “detention.” It is referred to in 25 Halsbury’s Laws (2nd Edn.) 194, para 327, in these terms: “The word ‘possession’ may mean effective, physical or manual control, or occupation, evidenced by some outward act, sometimes called de facto possession or detention.”
21
Dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, milikan ditafsirkan seperti berikut: “Possession” itself as regards to criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304):- “A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belongs to him, for an example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which is the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.”
22
YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853 menyatakan: “Whether the prosecution has established means rea possession in a given case is a question of fact depending on the facts and circumstances of each case. Proof of knowledge in a criminal case is, short of a voluntary confession by an accused, like many other states of a guilty mind in a criminal case, a fact to be gathered inferentially from proved facts and surrounding circumstances. In particular the acts done by an accused and other circumstances provide valuable assistance to a court in determining whether that accused had the requisite means rea. It is in reality a commonsense approach.”
23
Berdasarkan petikan kes-kes di atas dan kes PR lwn Lim Chsung Meng dan Chen Hui [2015] MLJU 2234 (Mahkamah Rayuan) serta Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 milikan adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam kedudukan yang membolehkan beliau berupaya untuk mengambil sebarang tindakan yang beliau fikirkan bersesuaian terhadap sesuatu barangan, bila perlu, dengan menyingkirkan peranan orang lain.
24
Bagi pertuduhan yang dihadapi oleh OKT, keterangan menunjukkan yang motosikal ini walaupun didaftarkan atas nama SP4 tetapi adalah digunakan sepenuhnya oleh OKT. Raga motosikal ini juga telah dibuka oleh SP3 dengan menggunakan kunci yang diserahkan oleh OKT kepada SP4 dan ia ada bersama dengan kunci motosikal tersebut. Ini menunjukkan OKT mempunyai kawalan/jagaan terhadap eksibit dadah berkenaan.
25
Selain daripada itu, tingkah laku OKT yang cuba melarikan diri yang dapat dilihat melalui rakaman CCTV (P12) yang dikemukakan melalui SP2 yang menyokong keterangan SP3 juga boleh mendatangkan inferen bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenainya. Rujuk kes Parlan bin Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717 & Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853, keputusan Mahkamah Rayuan oleh YA Gopal Sri Ram yang menggunapakai prinsip common sense approach.
26
Keseluruhan keterangan ini menunjukkan bahawa OKT mempunyai jagaan dan kawalan terhadap P8 & P9 memandangkan dia adalah pemilik sebenar motosikal tersebut tersebut dan tiada keterangan menunjukkan yang motosikal tersebut ada digunakan oleh individu lain.
27
Inferen tentang pengetahuan juga dapat disimpulkan daripada keterangan yang sama dengan menggunakan common sense approach sepertimana yang dinyatakan dalam kes Chan King Yu v PP (supra).
28
Dalam keadaan ini, saya berpuas hati bahawa OKT mempunyai milikan terhadap dadah yang ditemui dan dirampas dan elemen ini telah dibuktikan melalui keterangan langsung oleh saksi-saksi pendakwaan.
29
Manakala bagi elemen pengedaran, andaian statutori di bawah seksyen 37(da) Akta adalah terpakai memandangkan berat dadah dalam pertuduhan adalah melebihi daripada berat yang ditetapkan.
30
Di peringkat ini, seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah telah menggariskan prosedur yang perlu diambil oleh Mahkamah iaitu Mahkamah perlu menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di tahap maksimum dan memutuskan adakah keterangan yang telah dikemukakan ini mencukupi untuk mensabitkan OKT sekirannya OKT memilih untuk berdiam diri. Sekiranya ya, maka satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Rujuk kes Ahmad Najib bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393.
31
Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, setelah memberikan penilaian di tahap maksimum sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, Mahkamah ini memutuskan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. OKT dengan ini diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan mengedar dadah berbahaya sepertimana pertuduhan pertama, kedua dan ketiga serta memiliki dadah berbahaya bagi pertuduhan keempat.
32
OKT memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dalam pembelaannya dan mengemukakan seorang saksi.
33
Secara ringkasnya, OKT mendakwa bahawa pada sebelah petang hari kejadian, motosikal ini telah dipinjam oleh SD2 dan hanya dipulangkan kepadanya pada malam sebelum dia ditangkap. Manakala eksibit dadah yang ditemui dalam raga motosikal tersebut sebenarnya diletakkan oleh SD2 tanpa pengetahuannya.
34
Selain daripada itu, OKT juga mendakwa rantaian keterangan mengenai perjalanan eksibit dadah juga sebenarnya telah terputus kerana selepas dia ditangkap, eksibit dadah yang ditemui dalam raga telah diletakkan semula ke dalam raga motosikal tersebut tanpa dikunci dan motosikal tersebut telah diletakkan berdekatan dengan sekatan jalan raya yang masih diteruskan dan tidak dibawa balik ke balai polis sebaik sahaja selesai tangkapan.
35
OKT juga mendakwa tidak pernah memberikan kunci raga kepada SP3 kerana kunci tersebut ada bersama kunci motosikal iaitu satu gugusan/ring dan bukannya disimpan berasingan.
36
OKT mengakui ada cubaan olehnya untuk melarikan diri sebelum tangkapan oleh SP3 tetapi menafikan ada berlaku pergelutan. OKT juga mendakwa yang dia cuba lari daripada sekatan jalan raya kerana tidak memiliki lesen memandu dan motosikal itu tiada cukai jalan.
37
SD2 yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh pula mengesahkan bahawa dia ada meminjam motosikal ini pada petang hari kejadian bagi tujuan untuk menghantar barang. Menurutnya, setelah selesai menghantar barang di Ampang, dia telah menerima satu pesanan untuk 12 mengambil barang di Selayang untuk dihantar ke Balakong pada keesokan harinya. Barang yang diambil di Selayang kemudiannya diletakkan di dalam raga motosikal ini dan ketika motosikal ini dipulangkan kepada OKT, OKT tidak mengetahuinya dan dia terlupa untuk mengambilnya.
38
SD2 juga telah mengecamkan eksibit P8 & P9 sebagai barang yang diambil di Selayang kerana menurutnya walaupun ketika menerima eksibit tersebut ia dalam 1 beg coklat yang berlipat dua, tetapi dia telah nampak kandungannya iaitu P8 & P9 ketika “adjust” dalam raga.
39
Adalah menjadi tugas Mahkamah, selepas pihak pembelaan menutup kes untuk memberi pertimbangan kepada keseluruhan keterangan yang ada di hadapannya bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui batasan kemungkinan yang munasabah (beyond reasonable doubt).(rujuk seksyen 182A kanun Tatacara Jenayah, kes Olier Sheikh Awoyal Shekh v PP [2017] 2 CLJ 141, Balachandran v PP (supra), Mat v PP [1963] 263, Ganapathy Regasamy v PP [1998] 2 CLJ 1, Nenggani Asmo v PP [2014] 1 MLJ 501, Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282 & Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773).
40
Apa yang dimaksudkan dengan keraguan yang munasabah hendaklah suatu pembelaan yang bukannya berbentuk rekaan (fictitious), penafian semata-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814).
41
Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai sebagaimana dalam kes ini, maka tertuduh bertanggungan untuk mematahkan (rebut) andaian tersebut di atas imbangan kemungkinan (On the balance of probabilities). Lihat PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89.
42
Dakwaan OKT tentang terputusnya rangkaian keterangan berkaitan perjalanan eksibit dadah hingga menjejaskan identiti eksibit ini, saya dapati tiada bermerit kerana saya telah memberikan pertimbangan di tahap maksimum terhadap keterangan SP3, SP5 dan SP1 tentang isu ini dan telah menerima keterangan mereka sebagai benar.
43
Saya memutuskan yang dakwaan ini tanpa ada sebarang keterangan lain untuk menyokongnya tidak dapat menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah kerana ketiga-tiga saksi ini merupakan pejawat awam yang menjalankan tugasan mereka tanpa ada sebarang kepentingan peribadi.
44
Bagi isu berkaitan P12, rakaman CCTV yang dikemukakan adalah tidak lengkap. Saya telah meneliti keterangan SP2 dan mendapati perkara ini diakui oleh SP2 bahawa terdapat baki lebih kurang 30 minit rakaman yang wujud tetapi telah tidak dikemukakan di Mahkamah. Kebarangkalian baki rakaman ini mungkin akan menyokong dakwaan OKT semangnya wujud dan pihak pendakwaan telah tidak menggunakan kesempatan untuk menggunakan peruntukan seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah untuk memanggil semula SP2 ataupun SP5 bagi mengemukakannya sebagai rebuttal evidence. Rujuk kes Public Prosecutor v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705.
45
Harus diingat bahawa beban pembuktian kes adalah terletak di bahu pihak pendakwaan. Keadaan ini mewujudkan suatu suppression of evidence dan mengundang pemakaian adverse inference di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan terhadap pihak pendakwaan.
46
Kewujudan dan intipati keterangan SD2 bukanlah sesuatu yang diada-adakan selepas OKT diperintahkan untuk membela diri kerana individu ini dan peranannya telah dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan ketika pihak pendakwaan membentangkan kes mereka. Namun, tiada siasatan dijalankan oleh SP5. Oleh itu, ia bukanlah suatu bentu pembelaan afterthought sepertimana yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan. Tambahan pula, dakwaan SD2 tentang eksibit dadah yang ditemui dalam raga motosikal tersebut sebenarnya diletak olehnya dan OKT tidak mempunyai pengetahuan mengenainya tidak dicabar oleh pihak pendakwaan.
47
Seterusnya, dakwaan OKT yang tidak mempunyai lesan memandu dan motosikal tersebut pada ketika itu tidak mempunyai cukai jalan yang sah tidak dicabar oleh pihak pendakwaan. Oleh itu, tindakannya cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya adalah sesuatu yang munasabah.
48
Dengan berpandukan kepada prinsip yang diasaskan oleh Suffian H (pada ketika itu) dalam kes Mat v PP [1963] 263, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam isu milikan dan dengan itu telah berjaya menyangkal andaian pengedaran statutori yang digunapakai. Pihak pendakwaan dengan ini telah gagal untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt).
49
OKT dengan ini dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dikenakan. Bertarikh : 13 Mei 2026 (AZHAR BIN ABDUL HAMID) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (7) Kuala Lumpur Pihak-Pihak:- Bagi pihak Pendakwaan : Syajaratudur binti Abd Rahman Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Tertuduh : Anwar bin Ab Raof Tetuan Anwar Raof & Co
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.