Content
1
BA-45B-11-06/2020
High Court of Malaysia3 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“akim Augustine Paul dalam kes PP (no.3) [1999] 2 CLJ 215 menyatakan: S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 Procedure Code must mean a case which unrebutted would warrant a [35] Berdasarkan kepada naratif kes ini, pihak pendakwaan”
“ertuduh-tertuduh mempunyai common object tujuan yang sama untuk mencederakan simati. Peruntukan seksyen 149 Kanun Keseksaan terpakai. Kes PP v Mahendrakumar Letchumanan & Satu lagi & Rayuan yang lain [2017] CLJU 312 dirujuk. [32] Secara kesimpulannya, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa berasaskan kepada penilaian mak”
“KT3 dan OKT6 berada dalam kumpulan individu seramai 30 orang. T missing untuk mengaitkan kesemua OKT dengan pertuduhan terhadapnya. Mahkamah merujuk kepada Kes Mahkamah Rayuan PP v Willey Anak Salleh [2017] MLJU 1791 yang mana Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang telah melepas dan memb”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Pertuduhan kes BA-45B-10-06/2020 terhadap OKT1 hingga OKT4 adalah: 2018 jam lebih kurang 11.00 malam hingga 11.30 malam, bertempat di tepi jalan PJS 2B/3 Metro Square PJS2 Petaling Jaya, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul (NO.KP: 961109-14-5979) dan kamu telah melakukan satu S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca Pertuduhan kes BA-45B-11-06/2020 terhadap OKT5 adalah: lima lagi yang telah dituduh pada 6 Jun 2018 jam lebih kurang 11.00 malam hingga 11.30 malam, bertempat di tepi jalan PJS 2B/3 Metro Square PJS2 Petaling Jaya, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul (NO.KP: 961109-14-5979) dan kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca Pertuduhan kes BA-45B-14-04/2021 terhadap OKT6 adalah: h dituduh pada 6 Jun 2018 jam lebih kurang 11.00 malam hingga 11.30 malam, bertempat di tepi jalan PJS 2B/3 Metro Square PJS2 Petaling Jaya, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul (NO.KP: 961109-14-5979) dan kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca FAKTA KES [2] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 11 orang saksi sebelum menutup kes pendakwaan seperti berikut: S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 Saksi Nama Peranan SP1 Kpl Sulaimen bin Razak Jurufoto SP2 Vasanthi a/p Palasundaram Ibu simati SP3 Karthigesu a/l Perianan Orang awam yang menghubungi 999 SP4 Syamsullizan bin Yahya Penolong Pegawai Perubatan PPUM SP5 ASP Muruges a/l Rajandran Pegawai Tangkapan SP6 ASP Hasanul Izwat bin Yaacib Pegawai Tangkapan SP7 DSP Chandra Segaran a/l Ellapan Pegawai Tangkapan SP8 Insp Muhd Kammali bin Abdul Rahman Pegawai Kawad Cam SP9 Dr Prashant Naresh Samberkar Pakar Forensik Patologi, PPUM SP10 Mahendran a/l Maniam Pemilik kedai cuci kereta Apartment Desa Mentari 2 SP11 Ganapathy a/l Raja Rakan simati
3
SP11 di dalam keterangannya menyatakan bahawa SP11 dan rakannya bernama Thayalan (terdapat pihak peguambela dalam hujahannya sebagai Dayalan ) dan Rishi tinggal di Blok 4 Desa Mentari. Simati atau Appudoy adalah merupakan rakan SP11 dan tinggal di Blok 10 Desa Mentari.
4
Pada 6.6.2018, SP11 dan rakannya bernama Thayalan dan Rishi telah pergi ke Blok 10, Desa Mentari bagi tujuan bertemu dengan OKT 2 kerana pertelingkahan yang berlaku di antara Thayalan dan OKT 2 pada hari sebelumnya. SP11 dan rakan-rakannya telah pergi ke Blok 10 Desa Mentari dengan menaiki motosikal. S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
5
Sampai di Blok 10 Desa Mentari, SP11 telah menghubungi simati dan minta simati turun ke bawah kerana SP11 berpandangan mungkin simati kenal dengan OKT 2 dan beberapa orang di situ.
6
Simati kemudiannya turun ke bawah dan telah berbincang dengan OKT 2 dan rakan-rakannya. Selepas perbincangan, OKT 2 kelihatan tidak berpuasti dengan perbincangan tersebut dan telah bertanya
7
Simati kemudian menyuruh Thayalan untuk melempang OKT 2 sebanyak satu kali tetapi Thayalan enggan untuk melakukannya. SP11 kemudian bertindak melempang OKT 2.
8
SP11, simati, Thayalan dan Rishi telah pulang ke rumah.
9
Lebih kurang 15 minit kemudian, SP11 telah menerima satu (OKT 5) yang telah bertengkar dengan SP11. Pemanggil itu memanggil SP11 untuk ke Blok 10 dan mengajak SP11 bergaduh.
10
Selepas panggilan tersebut, SP11 mendapati terdapat beberapa nombor yang lain menghubunginya. Disebabkan takut dengan hal tersebut, SP11 telah menghubungi simati dan beritahu simati tentang hal ini. S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
11
Simati memberitahu SP11 untuk menunggu Simati di Blok 4 dan Simati akan pergi ke sana untuk berjumpa dengan SP11. SP11 kemudian dimaklumkan tentang kematian Simati selepas itu.
12
SP10 menyatakan bahawa pada hari kejadian, SP10 melihat lebih kurang 30 orang berada di hadapan kedai cuci kereta miliknya yang terletak di Blok 10, Desa Mentari. SP10 mendapati mereka seperti hendak gaduh dan SP10 telah meminta mereka untuk beredar. Mereka memberitahu akan beredar dalam masa 5 minit. SP10 kemudian pergi ke seberang kedainya dan bersembang dengan pemilik sebuah gerai burger yang berada bertentangan dengan kedai cuci keretanya sambil menunggu kumpulan yang berkumpul itu beredar.
13
SP10 menyatakan kesemua OKT berada di dalam kumpulan tersebut dan semuanya bertengkar (argue) kecuali OKT 4. SP10 nampak OKT 3 dan OKT 5 bertengkar dengan Simati tetapi tiada sebarang senjata yang dilihat. SP10 tidak mendengar apa yang dicakapkan oleh kumpulan tersebut kerana pemilik kedai burger dan isterinya sedang memasak burger dan SP10 juga sedang bermain dengan anak pemilik burger juga.
14
Tiba-tiba, isteri pemilik gerai burger telah menyuruh SP10 untuk melihat ke belakang dan SP10 nampak ada seorang lelaki berlari dan kemudian diikut dengan orang-orang yang lain. SP10 menyatakan dia tidak pasti sama ada orang-orang yang mengikut lelaki yang berlari itu ada membawa senjata atau tidak. Tetapi, SP10 menyatakan mereka berlari ke arah yang sama lelaki pertama itu berlari. SP10 juga menyatakan tempat itu adalah gelap dan mereka S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 berada di bawah pokok. SP10 juga tidak mendengar orang menjerit dan mana-mana orang menjerit kesakitan.
15
Kemudian, SP10 mendapati terdapat sebuah motosikal di tengah jalan dan OKT 6 sedang melibas motosikal tersebut dengan parang. SP10 telah memarahi OKT 6 dan OKT 6 kemudian beredar dengan menaiki motosikal. SP10 kemudian telah alihkan motosikal tersebut. Ketika itu, SP10 lihat separuh dari kumpulan itu telah berpatah balik.
16
SP10 kemudian telah menaiki motosikal dan menghala ke tempat di mana lelaki pertama itu lari dan nampak lelaki itu terbaring di tengah jalan dalam keadaan berdarah dalam jarak 100meter dari tempat di mana SP10 lihat lelaki itu mula berlari. Lelaki itu telah dicamkan sebagai Simati.
17
SP10 telah cuba untuk membawa Simati ke hospital tetapi tiada orang yang membantu SP10 dan Simati juga seorang yang berat dan berbadan besar. Ketika ini, Simati masih hidup dan SP10 lihat Simati mengalami kecederaan ditangannya.
18
Pada hari yang sama, lebih kurang jam 11.40 malam, semasa Kpl Jamaliah binti Osman bertugas di Pusat Kawalan Daerah, IPD Petaling Jaya, beliau telah menerima satu panggilan MERS 999 dari P. Karthigesu (SP3) memaklumkan kejadian seorang lelaki India ditetak di kawasan Blok 9 dan 10, Apartment Desa Mentari 2, Petaling Jaya. Susulan itu, Kpl Jamaliah telah menyalurkan maklumat kepada dua anggota peronda cegah jenayah yang menaiki kereta SL 797 untuk bergerak ke lokasi kejadian. Kpl Jamaliah telah S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 membuat satu laporan maklumat pertama Petaling Jaya Rpt: 6522/18 (ID14).
19
Sebelum itu, lebih kurang jam 11.30 malam, semasa SP3 sedang makan malam di salah sebuah kedai makan berhampiran Apartment Desa Mentari 2, SP3 mendengar jeritan seorang kenalannya memberitahu terdapat seorang lelaki India telah ditetak. SP3 telah pergi ke tempat orang ramai berkerumun dan mendapati seorang lelaki India sedang mengerang kesakitan sambil duduk dan memegang tangan kiri yang berdarah. Salah seorang lelaki Melayu yang berada di situ telah meminta SP3 menelefon pihak berkuasa di mana SP3 telah menelefon polis dan ambulan bagi melaporkan kejadian tersebut. SP3 berada di lokasi kejadian sehingga polis dan ambulan sampai.
20
Menurut SP4, pihak PPUM telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tesebut pada lebih kurang jam 11.50 malam. Bantuan ambulan dari PPUM yang diketuai oleh SP4 telah sampai di lokasi kejadian berhampiran Apartment Desa Mentari 2 pada 07.06.2018 lebih kurang jam 12.08 pagi. Di lokasi kejadian, SP4 mendapati seorang lelaki India berada dalam keadaan tidak sedar telah diduduk dan disandarkan. Terdapat luka pada tangan kiri lelaki itu. Melalui pemeriksaan awal, SP4 mendapati lelaki India tersebut tidak memberikan sebarang tindak balas dan tidak menunjukkan apa-apa tanda hidup (vital signs). SP4 telah memaklumkan hasil pemeriksaannya kepada anggota polis yang hadir ketika itu. Kes tersebut telah diserahkan untuk tindakan pihak polis. S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 [21] S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9
22
SP9 di dalam keterangannya juga menyatakan bahawa kecederaan tersebut boleh disebabkan oleh objek yang tajam, besar dan berat. Walaubagaimanapun, SP9 menyatakan bahawa Simati mempunyai peluang untuk hidup sekiranya diberikan rawatan perubatan dengan secepat mungkin.
23
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan satu kes prima facie di bawah s. 180 Kanun Tatacara Jenayah sebelum tertuduh dipanggil membela diri bagi menjawab pertuduhan tersebut.
24
Seksyen 180 kanun tatacara jenayah prosedur di akhir kes pendakwaan. S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10
25
Di dalam kes Mohamad Radhi Bin Yaakob V. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311, Mahkamah Agong telah memutuskan: "It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v. PP). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt".
26
Menyentuh isu yang sama, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) di dalam kes Looi Kow Chai & Anor V. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menyatakan: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal".
27
Dalam kes Balachandran V. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 Mahkamah Persekutuan memutuskan: "[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ' prima facie case ' in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase 'prima facie case ' is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary 11th Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 [22]...Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case".
28
Selanjutnya di dalam kes Public Prosecutor V. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[8] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] KES PENDAKWAAN [29] Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan:
302
Whoever commits murder shall be punished with death or imprisonment for a term of not less than thirty years but not exceeding forty years and if not sentenced to death, shall also be punished with whipping [30] Seksyen 300 Kanun Keseksaan menggariskan hal-hal keadaan yang dikatakan seseorang itu telah melakukan kesalahan membunuh orang iaitu,
300
Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder
a
if the act by which the death is caused is done with the intention of causing death;
b
if it is done with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused;
c
if it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; or
d
if the person committing the act knows that it is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death, and commits such act without any excuse for [31] Di dalam kes ini, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang bijaksana berhujah bahawa kesemua elemen-elemen yang perlu dibuktikan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan iaitu:
i
Ravindran a/l Sivanesan (No.KP: 961109-14-5979) telah mati susulan pengecaman SP2.
II
(ii) Mangsa telah mati akibat bencana tubuh/kecederaan yang dialaminya. Menurut keterangan SP9 dan laporan bedah siasat P30, kecederaan yang dialami oleh mangsa telah menyebabkan kematiannya.
III
(iii) bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh simati adalah akibat perbuatan tertuduh atau mana-mana orang yang berada dalam kumpulan tersebut. Pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP10 yang berada di tempat kejadian yang melihat OKT3 bertengkar dengan S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w simati. Dalam masa yang sama pihak pendakwaan menghujahkan bahawa walaupun SP10 tidak melihat siapakah yang menetak simati, pihak pendakwaan menghujahkan sepertimana perenggan 39 hujahan bertulisnya dilakukan oleh salah seorang individu yang berada di dalam kumpulan tersebut dan OKT6 kemudiannya dilihat menggunakan parang memotong sebuah motosikal. Ini menunjukkan sememangnya terdapat senjata yang berada bersama kumpulan tersebut . Pihak pembelaan tidak pernah memasukkan Notis pembelaan Alibi bahawa tertuduh tidak berada di tempat kejadian; dan
IV
(iv) Tertuduh-tertuduh mempunyai common object tujuan yang sama untuk mencederakan simati. Peruntukan seksyen 149 Kanun Keseksaan terpakai. Kes PP v Mahendrakumar Letchumanan & Satu lagi & Rayuan yang lain [2017] CLJU 312 dirujuk. [32] Secara kesimpulannya, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa berasaskan kepada penilaian maksima, Mahkamah ini wajar memutuskan kes prima facie ke atas tertuduh-tertuduh. KES PEMBELAAN [33] Secara ringkasnya kesemua Peguambela-peguambela yang bijaksana menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan intipati pertuduhan atas persoalan-persoalan pokok seperti berikut: S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w
a
Pihak pendakwaan gagal membuktikan actus reues dan mens rea ke atas tertuduh-tertuduh yang dikatakan telah membunuh mangsa;
b
Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh-tertuduh telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dilakukakan oleh tertuduh-tertuduh;
c
Percanggahan keterangan oleh SP3 dengan SP4 dan SP10 mengenai hal kematian magsa. SP10 menyatakan di Mahkamah bahawa beliau bercakap dengan mangsa dan mangsa terbaring di atas jalan dan masih bernafas sehingga ambulans sampai dan beliau nampak setelah kejutan dibuat ke atas dada mangsa, pernafasan mangsa telah berhenti;
d
Punca kematian bukan disebabkan oleh kecederaan dialami simati. Peguambela menghujahkan SP4 telah cuai dalam pengendalian pemeriksaan terhadap mangsa.
Preamble
Menurut keterangan SP9, seorang doktor pakar, melalui keterangannya di Mahkamah menyatakan mangsa memerlukan rawatan secepat mungkin yang mana ia boleh menyelamatkan mangsa. Kematian mangsa disebabkan kelewatan ambulans sampai dan kecuaian SP4 memberikan rawatan segera dan gagal membuat laporan MERS 999 berkenaan rawatan yang diberikan kepada mangsa sepertimana disahkan oleh SP9. S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w
e
SP10 tidak nampak apa yang berlaku semasa di kedai cuci kereta kerana ketika itu SP10 sedang bermain dengan anak peniaga burger dan SP10 membelakangkan kedai cuci keretanya. Apabila diminta oleh isteri peniaga burger untuk menoleh ke belakang, baharulah SP10 berpusing dan SP10 hanya nampak mangsa berlari dan dikejar oleh sekumpulan orang (lebih kurang 30 orang).
f
Pihak pendakwaan gagal memanggil saksi-saksi penting termasuk pegawai penyiasat asal, ASP Supari bin Muhammad, pegawai penyiasat ganti, P Saraswathi yang mana 3 bilah parang dijumpai di dalam salah satu bilik di rumah Saraswathi hasil daripada pandu arah OKT3 menunjukkan parang-parang tersebut yang berada di bawah katil sepertimana keterangan SP7. Begitu juga kegagalan pihak pendakwaan memanggil sebagai saksi Rishi dan Thayalan. Kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi penting menyebabkan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai terhadap pihak pendakwaan;
g
Atas kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi penting tersebut telah menyebabkan satu kelompangan pada kes pendakwaan dan Notis Alibi tidak relevan dalam kes ini;
h
Pada malam kejadian, keadaan pada malam tersebut adalah gelap dan menyebabkan SP10 tidak nampak siapa yang membunuh mangsa.
i
Tidak ada analisa DNA yang dibuat ke atas parang yang dijumpai untuk mengaitkan pembunuhan mangsa dengan OKT3.
j
OKT6 hanya dilihat melibas dengan parang sebuah motosikal. Akan tetapi, tiada parang dirampas daripada OKT6. Pegawai tangkapan juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH Keterangan ikut keadaan tidak mengaitkan OKT-OKT [34] Bersandarkan kepada prinsip undang-undang mantap yang telah diputuskan oleh Mahkamah atasan, adalah menjadi tugas Mahkamah ini membuat penilaian maksima atas keterangan saksi-saksi pendakwaan untuk memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie ke atas OKT1, OKT2, OKT3, OKT4, OKT 5 dan OKT6 (selepas ini dirujuk sebagai - -OKT ). Dalam erti kata lain, penilaian maksima menghendaki Mahkamah ini menilai kredibiliti saksi-saksi pendakwaan, percanggahan fakta dan juga apa-apa keraguan yang berbangkit daripada keterangan itu akibat fakta yang tidak jelas atau inferens yang memihak kepada pihak pembelaan susulan penilaian keterangan yang dikemukakan. Hakim Augustine Paul dalam kes PP (no.3) [1999] 2 CLJ 215 menyatakan: S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w Procedure Code must mean a case which unrebutted would warrant a [35] Berdasarkan kepada naratif kes ini, pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan ikut keadaan. Oleh itu, pihak pendakwaan memikul beban yang berat untuk mensabitkan kesemua OKT dengan pertuduhan yang telah dibuat ke atas mereka. Rujuk: Sunny Ang v PP [1965] 1 LNS 171; Jeyaraman & Ors v PP 1982] 1 LNS 126; [1982] 2 MLJ 306; PP v Magendran Mohan [2005] 3 CLJ 592. [36] Di dalam kes Sunny Ang v PP [1965] 1 LNS 171, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: I must draw your attention is that in this case, depending as it does on circumstantial evidence, is whether the cumulative effect of the evidence leads to the irresistible conclusion that it was the accused who committed this crime. Or is there some reasonably possible explanation such was [37] Persoalan pokok yang perlu Mahkamah putuskan ialah berdasarkan kepada keterangan mengikut keadaan, adakah daripada keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan yang secara kumulatifnya boleh mengaitkan OKT-OKT ke atas kecederaan yang dialami oleh mangsa, Ravindran a/l Sivanesan, adalah akibat perbuatan OKT-OKT. Dalam erti kata lain, sama ada pihak pembelaan telah membuktikan elemen ketiga atas pertuduhan yang dibuat ke atas kesemua OKT. Manakala elemen pertama tidak dicabar oleh pihak pembelaan dan keterangan dan dapatan SP9 S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w mengenai punca kematian mangsa juga tidak dicabar secara serius oleh pihak pembelaan. [38] Pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP10 dan keterangan ikut keadaan yang boleh mengaitkan OKT-OKT yang berada di dalam satu kumpulan individu lebih kurang 30 orang sebelum kejadian berlaku seperti berikut:
i
SP10 melihat OKT3 bertengkar dengan simati sebelum kejadian.
II
(ii) SP10 telah melihat SP6 melibas sebuah motosikal sebelum kejadian.
III
(iii) Anggapan pihak pendakwaan bahawa sudah pasti ia dilakukan oleh salah seorang individu yang berada dalam Kumpulan tersebut. Keterangan bahawa OKT6 dilihat melibas dengan parang sebuah motosikal menunjukkan bahawa terdapat senjata berada bersama Kumpulan tersebut.
IV
(iv) SP10 tidak melihat apa-apa senjata kerana tempat kejadian gelap dan Kumpulan itu berada di bawah pokok.
v
SP10 tidak mendengar apa-apa jeritan kerana ketika itu penjual burger sedang menggoreng burger menyebabkan SP10 tidak dapat dengar dengan jelas pertengkaran.
VI
(vi) SP6 memberi keterangan OKT3 telah pandu arah ke rumahnya bagi menunjukkan 3 bilah parang iaitu P23A, P24A dan P25A yang mana parang tersebut disembunyikan di bawah katil. [39] Setelah meneiliti secara maksima keterangan saksi-saksi pendakwaan, rumusan Mahkamah ini atas keterangan SP10 adalah seperti berikut: a. SP10 tidak pasti siapa yang menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Beliau tidak melihat siapa yang telah memotong tangan mangsa; b. SP10 berditi mengadap gerai burger dan tidak tahu apa yang berlaku semasa kumpulan berkenaan mengejar mangsa. c. SP10 mengecamkan OKT4 tidak ada kena mengena dengan kematian mangsa. OKT4 hanya berdiri di tepi jalan; d. SP10 hanya lihat berlaku pertelingkahan antara mangsa dengan OKT3 sebelum kejadian; e. SP10 hanya melihat OKT6 melibas parang kearah sebuah motosikal. f. OKT6 telah beredar dari tempat cuci kereta setelah ditegur oleh SP10. Inferen yang memihak kepada OKT6 ialah beliau tidak bersama kumpulan individu yang mengejar mangsa kerana telah beredar daripada tempat cuci kereta. S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w g. Tiada keterangan yang menunjukkan OKT6 berada bersama semasa perjumpaaan dengan SP11, Rishi, Thayalan, OKT2 dan mangsa. [40] Manakala OKT-OKT lain selain OKT3 dan OKT6, SP10 tidak memberikan sebarang keterangan yang mengaitkan OKT1, OKT2, dan OKT5. [41] Walau apapun keterangan SP10 mengenai OKT3 dan OKT6, ia tidak mencukupi bagi Mahkamah ini membuat inferen bahawa OKT-OKT terlibat. Tidak ada keterangan yang membuktikan niat membunuh mangsa yang menunjukkan perbuatan/kecederaan dilakukan oleh OKT-OKT telah menyebabkan kematian mangsa.
Preamble
Menurut keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Rajmorgan a/l Marimuthu v PP [2014] 5 MLJ 565, Hakim Zawawi Salleh (HMR) yang memberi keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan: the fact that the appellant was last seen with the deceased may have created suspicions of his guilt, but not enough to prove the case against him beyond reasonable doubt. It is trite that last seen evidence does not by itself necessarily leads to an irresistible inference that the appellant committed the crime unless the same is duly supported by other links in the chain of circumstances evidence unerringly pointing out the guilt of the appellant. It should also be noted that the last seen evidence is only relevant evidence to complete the chain of the circumstantial evidence; [42] Sehubungan itu, pihak pendakwaan mesti mempunyai bukti yang mengaitkan OKT3 dan OKT6 dengan mangsa dan adalah tidak mencukupi hanya bergantung kepada keterangan SP10 yang melihat S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w pertengkaran antara OKT3 dan mangsa dan melihat OKT6 memotong sebuah motosikal untuk mengaitkan lain-lain OKT berasaskan kepada seksyen 149 Kanun Keseksaan. [43] Tidak ada keterangan yang menunjukkan pertelingkahan antara OKT3 berlanjutan sehingga beliau menyebabkan kecederaan kepada mangsa, senjata parang (yang diragui oleh Mahkamah) juga tidak dibuat sebarang analisa DNA untuk meyakinkan profile DNA simati atau ada pada parang berkenaan. Selain itu, tidak ada keterangan yang menunjukkan OKT3 dan OKT6 berada dalam kumpulan individu seramai 30 orang. T missing untuk mengaitkan kesemua OKT dengan pertuduhan terhadapnya. Mahkamah merujuk kepada Kes Mahkamah Rayuan PP v Willey Anak Salleh [2017] MLJU 1791 yang mana Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang telah melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan yang sama kerana kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes berasaskan kepada keterangan ikut keadaan. Hakim Abdul Karim Abdul Jalil HMR (sekarang HMP) telah memutuskan berikut: There was no enmity shown between them; there was no previous history of hostility; no recovery of weapon from the respondent (as was found to be in doubt), and there was clear evidence to explain the cause of death of the deceased. All the more reason, the fight involved many persons and the respondent was not the last to be seen with the deceased, albeit last in the brawl. We would say that this concept should not be intermingled with the facts of the respondent seen to be last brawling with the deceased. The mere fact of been in close proximity, without more, is begging the question. S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w On this aspect alone, the reliance on this concept is clearly misconceived ed in limine. [44] Oleh itu, tidak ada keterangan secara konklusif yang menunjukkan kepada kesalahan OKT-OKT dengan kematian mangsa. Adalah tidak selamat bagi Mahkamah ini hanya bersandarkan kepada anggapan sepertimana dicadangkan oleh pihak pendakwaan untuk mengaitkan kesemua OKT dengan pertuduhan terhadap mereka. Kegagalan pendakwaan memanggil saksi-saksi penting [45] Berdasarkan kepada naratif kes ini, terdapat beberapa individu yang Mahkamah percaya merupakan saksi penting di dalam kes ini. Antaranya pegawai penyiasat adalah saksi penting untuk menjelaskan naratif siasatan kes pendakwaan. [46] ASP Supari adalah pegawai polis yang bertindak mengumpul bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian termasuklah selipar P10(9)-
12
(12), titisan darah P10(13)-(17), helmet P10 (19) (29)-(34), parang P10(37)-(38), pisau P10(39)-(40), satu kesan cap jari pada bilah parang P10(43) dan motosikal No. BNY P10(44)-(54). ASP Supari juga bertanggungjawab menghantar spesimen ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa perbandingan DNA. ASP Supari juga pegawai polis yang menghadiri pemeriksaan bedah siasat si mati. Pada setiap masa, semua barang kes berada di bawah jagaan dan kawalan ASP Supari. S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w [47] Selain itu, ASP Supari semestinya mempunyai pengetahuan mengenai kandungan percakapan OKT3 dan OKT-OKT lain. Begitu juga dengan dapatan melalui percakapan saksi-saksi lain. [48] ASP Supari mempunyai beban untuk menyiasat dan mengenalpasti tujuan sebenar dan identiti sekumpulan individu yang dilihat berkumpul di kedai cuci kereta pada malam kejadian. [49] Selain itu, dapatan mengenai apa-apa bukti pada parang J1, J2 dan J3 yang dirampas atas pandu arah OKT3 perlu ditunjukkan perkaitannya dengan pembunuhan simati melalui siasatan yang dijalankan oleh ASP Supari. [50] Kelompangan kerana ASP Supari tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan telah menimbulkan pelbagai keraguan dalam naratif kes pendakwaan. Dapatan yang diperolehi melalui penyiasatan yang dijalankan oleh ASP Supari adalah penting untuk dizahirkan dalam perbicaraan ini bagi memastikan satu perbicaraan yang adil. Dalam Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v. Public Prosecutor [2014] 5 MLJ 433, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: "As an investigating officer, PW6 has an onerous responsibility to investigate all aspects and fairly, including feature of the case which not only favours the prosecution but also the appellant The duty of the investigating officer is not merely to bolster up a prosecution case with such evidence as may enable the court to record a conviction but to bring out the real unvarnished truth (see Jamuna Chaudhary & Ors v. State of Bihar [1974] 3 Supreme Court Cases 774). S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w [51] Walaupun saksi ASP Supari ditawarkan oleh pihak pendakwaan sekiranya OKT-OKT diarahkan untuk membela diri, Mahkamah ini percaya pegawai penyisaat hendaklah dipanggil di peringkat ini untuk menjelaskan kelompangan kes pendakwaan. Kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi penting berkenaan telah memprejudiskan pihak pembelaan menyoal balas pegawai penyiasat. Rujuk Ti Chuee Hiang v PP [1995] 2 MLJ 433. [52] Penjelasan juga tidak diberikan mengenai ketiadaan saksi-saksi penting tersebut. Kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi penting yang material kepada kes pendakwaan telah menyebabkan satu kelompangan kepada kes pendakwaan. [53] Namun begitu, kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi pernting tersebut tidak mewajarkan Mahkamah ini menggunapakai seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak pendakwaan kerana pihak pendakwaan tidak boleh dikatakan cuba menyembunyikan atau menutup keterangan hanya atas kegagalan mengemukakan keterangan saksi berkenaan. Sebaliknya saksi-saksi tersebut telah ditawarkan kepada pihak pembelaan sekiranya Mahkamah memutuskan OKT-OKT dipanggil untuk membela diri. Percanggahan keterangan saksi pendakwaan SP3, SP4 dan SP10 S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w [56] [57] Pembelaan alibi di peringkat pendakwaan [58] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa pihak pembelaan gagal memberikan notis alibi di bawah seksyen 402A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). [59] Peruntukan seksyen 402A KPJ menghendaki tertuduh mengemukakan notis alibi untuk menyokong pembelaan alibi tertuduh. Rujuk keputusan Mahkamah Agong Yau Heng Fang v PP [1985] 2 MLJ 335. S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w [60] Mahkamah ini telah meneliti keterangan saksi dan tidak ada pembelaan alibi yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan di peringkat ini. Oleh itu, Mahkamah ini menolak hujahan pihak pendakwaan mengenai pembelaan alibi. Seksyen 149 Kanun Keseksaan [61] Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan pemakaian seksyen 149 Kanun Keseksaan. Walaupun terdapat satu kumpulan individu seramai 30 orang yang memenuhi keperluan statutori di bawah seksyen 141 Kanun Keseksaan, tidak ada bukti keterangan yang mensabitkan OKT-OKT dengan kematian mangsa untuk membuktikan pemakaian seksyen 149 Kanun Keseksaan. Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Hashim Ariffin & satu lagi v PP [2014] 3 MLRA 24 yang mana keputusan Thomson CJ dalam kes Francis & Ors v PP [1959] 1 MLRA 193 telah diterimapakai dan Mahkamah memutuskan seperti berikut: [62] Apa yang ingin kami tekankan di sini ialah bagi membuktikan satu kesalahan di bawah s149 KK, pihak pendakwaan adalah dikehendaki membuktikan penglibatan lima orang atau lebih anggota dalam sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang pada menjalankan tujuan bersama perhimpunan itu, atau sebagaimana yang diketahui oleh anggota perhimpunan itu sebagai mungkin dilakukan pada menjalankan tujuan itu. Apabila kesalahan telah dilakukan oleh salah seorang anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang, maka tiap-tiap orang yang menjadi anggota perhimpunan pada masa kesalahan itu adalah melakukan kesalahan itu. Justeru, adalah penting identiti anggota perhimpunan yang S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w menyalahi undang-undang yang melakukan kesalahan itu perlu dikenalpasti dan/atau dicamkan tanpa apa- [63] Setelah menilai secara maksima semua keterangan saksi pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas kesemua OKT. Keputusan ini adalah berpandukan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1; [2011] 1 CLJ 805: maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinised properly and not perfunctorily and superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such KESIMPULAN [64] Mahkamah ini melepaskan dan membebaskan OKT1, OKT2, OKT3, OKT4, OKT5 dan OKT6 daripada kesemua pertuduhan. S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w S/N K9EixbtrZUm3cs0KoxjU6w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.