Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DI DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45A-26-06/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
DA-45A-26-06/2024
High Court of Malaysia21 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DI DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45A-26-06/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh telah dipertuduh bersama-sama isterinya yang dinamakan sebagai tertuduh kedua dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) ADB [Akta 342], Akta yang sama.
2
Selain pertuduhan tersebut, tertuduh dan isterinya juga dikenakan pertuduhan kedua di bawah seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.
3
Pada tarikh 16.7.2024 tertuduh telah membuat pengakuan salah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dihadapi setelah pertuduhan dibacakan dan setelah diterangkan tentang hukuman, tertuduh mengaku faham sifat dan akibat pengakuan salah yang dibuatnya. Walau bagaimanapun Mahkamah telah menetapkan tarikh baru untuk fakta dan hukuman yang ditetapkan pada 19.8.2024.
4
Pada tarikh 19.8.2024 tersebut tertuduh telah sekali lagi memilih untuk mengaku salah ke atas pertuduhan-pertuduhan yang dihadapinya apabila dibacakan kepadanya. Pertuduhan-pertuduhan yang dibuat pengakuan salah oleh tertuduh adalah sepertimana berikut: Pertuduhan pertama “Bahawa kamu bersama-sama pada 15/11/2023, jam lebih kurang 12.45 tengahari, disebuah rumah, bertempat di No. 26, Kg. Kusial Bharu, Kusial, di dalam Jajahan Tanah Merah, di dalam Negeri Kelantan telah mengedar dadah berbahaya iaitu 1049 gram CANNABIS dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan kedua “Bahawa kamu bersama-sama pada 15/11/2023, jam lebih kurang 12.45 tengahari, disebuah rumah, bertempat di No. 26, Kg. Kusial Bharu, Kusial, di dalam Jajahan Tanah Merah, di dalam Negeri Kelantan telah memiliki dadah berbahaya iaitu 73.75 gram CANNABIS dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”
5
Pada tarikh 19.8.2024 tersebut, pada sesi pertama kedua-dua pertuduhan telah dibaca semula kepada tertuduh dan tertuduh mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya serta faham sifat dan akibat daripada pengakuan salah yang dibuatnya. Kes kemudiannya telah ditangguhkan sebentar (stand down) untuk memberikan masa kepada tertuduh untuk berfikir.
6
Apabila kes dipanggil semula pada sesi kedua, pertuduhan-pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa dan saya sendiri telah menerangkan kepada tertuduh bahawa akibat pengakuan salah yang dibuatnya bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B(1) ADB 1952, terdapat peruntukan untuk hukuman mati (capital punishment) dan juga terdapat hukuman alternatif untuk penjara seumur hidup yang mencecah 30 tahun pemenjaraan.
7
Hukuman berbentuk sebatan tidak terpakai ke atas tertuduh yang sudah berusia 53 tahun semasa pengakuan salah dibuat.
8
Tertuduh telah faham dengan penjelasan yang saya lakukan dalam Bahasa Melayu dan Mahkamah percaya tertuduh sebagai seorang yang berbangsa Melayu maka tiada kekeliruan terdapat dipihak tertuduh tentang penjelasan yang saya berikan tersebut. Tertuduh masih memilih untuk mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.
9
Fakta kes telah dibacakan dan diakui oleh tertuduh dan setelah barang-barang kes dikemukakan dan ditanda sebagai ekshibit dan diakui, Mahkamah telah mensabitkan tertuduh ke atas kedua-dua pertuduhan berdasarkan pengakuan salah yang dibuatnya setelah berpuas hati bahawa pengakuan salah dibuat dengan sukarela dan tanpa bersyarat. Kehendak seksyen 173 Kanun Tatacara Jenayah telah dipenuhi oleh Mahkamah. Suatu tarikh lain diambil untuk pihak pendakwaan mendapatkan arahan lanjut bagi kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh kedua.
10
Pada masa material ini tertuduh diwakili peguam untuk tujuan mitigasi sebelum hukuman dijatuhkan. Peguam pihak tertuduh dan pihak Pendakwa Raya telah masing-masing berhujah untuk mitigasi dan pemberatan bagi hukuman. Setelah mengambil kira kesemua hujahan-hujahan tersebut, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman-hukuman sepertimana berikut: a) Pertuduhan pertama – Penjara seumur hidup untuk tempoh 30 tahun bermula dari tarikh tangkap; b) Pertuduhan kedua – 5 tahun penjara dari tarikh tangkap.
11
Tertuduh walaubagaimanapun kini merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman bagi pertuduhan pertama yang dikenakan Mahkamah. Berikut adalah alasan-alasan bagi keputusan yang dibuat oleh Mahkamah ini.
12
Bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran dadah pada 15/11/2023, jam lebih kurang 12.45 tengahari, Pengadu Inspektor G 25696 Johari bin Abu Hassan Shari bersama sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah telah pergi ke sebuah rumah beralamat No. 26, Kampung Kusial Bahru, Kusial 17500 Tanah Merah, Kelantan.
13
Apabila sampai di alamat berkenaan Pengadu dan pasukannya telah masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan yang tidak berkunci. Pengadu melihat OKT1 dan OKT2 berada di ruang tamu rumah berkenaan. Pengadu telah memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarahkan anggota pasukan menjalankan pemeriksaan ke atas badan kedua-dua OKT. Tiada apa-apa barang yang menyalahi undang-undang ditemui pada tubuh badan kedua-dua OKT.
14
Pengadu dan pasukan seterusnya menjalankan pemeriksaan di ruang tamu rumah berkenaan dan menjumpai di atas meja yang terdapat di ruang tamu berkenaan barang-barang kes seperti berikut: 6 i. 5 balutan plastik cerah berisi bahan tumbuhan kering disyaki ganja; ii. 3 bekas plastik cerah berpenutup (pelbagai bentuk) yang mengandungi bahan tumbuhan kering disyaki ganja; iii. 1 bekas plastik cerah berpelekat biru bertulis ‘Bamboo Toothpick’ yang mengandungi bahan tumbuhan kering disyaki ganja; dan iv. Sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk memotong ganja.
15
Pengadu telah menyoal siasat OKT1 tentang sama ada beliau ada menyimpan apa-apa barang salah yang lain. OKT1 telah membawa Pengadu dan anggota lain ke sebuah bilik di sebelah kiri pada bahagian rumah berkenaan. Pengadu dan anggota pasukan lain dengan disaksikan oleh kedua-dua OKT telah menjalankan pemeriksaan bilik berkenaan. Hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas bilik berkenaan Pengadu telah menjumpai satu beg plastik hitam di bawah satu meja yang terletak di tepi dinding sebelah kiri bilik berkenaan. Pengadu mendapati di dalam beg plastik hitam itu terdapat satu bungkusan plastik berwarna ungu bertulis dengan perkataan ‘Terima Kasih’ yang mengandungi: i. 8 balutan plastik cerah berisi bahan tumbuhan kering disyaki ganja; dan ii. 1 balutan kertas yang mengandungi bahan tumbuhan kering disyaki ganja.
16
Setelah selesai semua tangkapan dan barang kes dibawa pula ke pejabat BSJN IPD Tanah Merah. Pengadu telah membuat satu laporan 7 polis berkenaan tangkapan dan rampasan barang-barang kes yang dibuat sebagaimana Tanah Merah 005485-5487/2023. Barang-barang kes kemudiannya diserahkan kepada Inspektor G 27309 Inspektor Ahmad Murtadha bin Khairil Anwar yakni Pegawai Penyiasat di dalam kes ini.
17
Pegawai Penyiasat telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Negeri Kelantan untuk dianalisa. Hasil Analisa yang dijalankan oleh Ahli Kimia Nurrul ‘Izzah binti Ab Rahman yang telah mengeluarkan satu laporan kimia dengan no. makmal: 23-FR-D-07340. Beliau mendapati bahan tumbuhan kering yang ditemui di atas meja di ruang tamu rumah tersebut adalah dadah berbahaya jenis Cannabis dengan berat bersih 73.75 gram, manakala bahan tumbuhan kering yang ditemui di dalam satu plastik hitam di dalam bilik sebelah kiri bahagian hadapan rumah pula adalah dadah berbahaya jenis Cannabis dengan berat bersih 1949 gram.
18
Di dalam kes Amir Hassan Ali Usin v PP [2019] 3 CLJ 325 telah disenaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu hukuman hukuman dan faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:
1
The question of public interest (Kenneth John Ball [1935] 35
2
The age of the offender, his wealth, his character and background, the nature of the offence, the circumstances and manner in which the offence is committed (Mohd Jusoh bin Abdullah v PP [1947] 13 MLJ 131 and Nordin bin Kaman & Ors v PP [1983] 1 CLJ 313);
3
The need to strike a balance between the interests of the public and the interests of the offender (Public Prosecutor v
4
The question of deterrence to the offender and to would be offenders (see Reg v. Curran [1937] 57 Cr. App. R 945, where MacKenna J said: "As a general rule it is undesirable that a first sentence of immediate imprisonment should be very long, disproportionate to the gravity of the offence, and imposed... for reasons of general deterrence, that is as a warning to others. The length of a first sentence is more reasonably determined by considerations of individual deterrence)”;
5
Society’s abhorrence to this type of offence;
6
The rampancy of the offence;
7
The plea in mitigation;
8
When a convicted man is sent to prison, he is branded with a social stigma which he carries for the rest of his life;
9
The English warning in a passage in the English Sentencing System by Cross 3rd Edn., at p. 141 to the following effect: Prolonged and repeated imprisonment is destructive of family relationships and, by encouraging the prisoner's identification with the attitudes of the prison community, increases his alienation from normal society. In addition, long-term institutionalisation is all too likely to destroy a prisoner's capacity for individual responsibility and to increase the problems he must face when he returns to society.
9
Had the case proceeded for trial under the amended charge, it would take at least two weeks to complete it, thus by pleading guilty to the amended charge a great deal of time and expense had been saved. The full trial would cost the general public much expense as 18 witnesses were involved. Mitigasi Tertuduh [19] Tertuduh berusia 53 tahun dan berkahwin dengan tertuduh kedua namun mereka tiada anak. Tertuduh merupakan seorang tukang rumah. Pengakuan salah yang dibuat telah menjimatkan masa dan kos dan dengan itu dipohon agar hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan bagi pertuduhan pertama dan hukuman penjara yang minima dari tarikh tangkap bagi pertuduhan kedua. [20] Pengakuan salah dibuat dalam keadaan rela dan sedar dengan tertuduh faham sifat dan akibat pengakuan salah yang dibuat dan pohon hukuman sebat dikecualikan berdasarkan umur tertuduh. Hujahan pemberat Pendakwaan [21] Manakala pihak pendakwaan berhujah agar hukuman penjara seumur hidup yang mempunyai tempoh 30 tahun pemenjaraan dikenakan. Kesalahan yang menjadi pertuduhan adalah kesalahan yang serius namun pengakuan salah di peringkat awal kes patut diberikan pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman. [22] Dadah di dalam kes ini adalah disedia untuk tujuan pengedaran dan perbuatan tertuduh telah menyusahkan isterinya. Pihak pendakwaan walau bagaimanapun tidak memohon agar hukuman mati dijatuhkan dan sebatan perlu dikecualikan berdasarkan usia tertuduh. Pertimbangan Mahkamah [23] Di dalam kes Abdul Karim v Regina [1954] 1 LNS 3; [1954] 20 MLJ 86, Brown CJ telah memutuskan seperti berikut: “In the matter of punishment, the ‘type of offence’ is the concern of the Legislature, which has provided the maximum punishment which can be inflicted for a serious offence of that type. The particular offence, and the particular offender, are the concern of the Court, whose business it is to decide what punishment is merited upon the facts of the individual case within the limits which the Legislature has provided. Any tendency to standardise punishment for any type of offence is to be deplored because it means that the individual offender is being punished not upon the facts of his particular case but because he has committed an offence of that type.” [24] Faktor kepentingan awam merupakan faktor utama yang perlu dipertimbangkan sebelum satu hukuman dijatuhkan. Di dalam kes R v Kenneth John Ball [1951] 35 Cr App. R 164, Hilbery J telah memutuskan seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest life.” [25] Mahkamah juga merujuk kepada kes Mohamed Jusoh bin Abdullah and Another v PP [1947] 1 LNS 73; 13 MLJ 130 yang memutuskan seperti berikut: “In our view no sentence can be assessed by a simple mathematical formula. Many factors must be taken into account, according to the circumstances of each individual case. In that respect we would draw attention to the matters which should be taken into account in fixing punishments as set out in Halsbury’s Laws of England (Hailsham Edition) volume 9, para 365:The Court, in fixing the punishment for any particular crime, will take into consideration the nature of the offence, the circumstances in which it was committed, the degree of deliberation shown by the offender, the provocation which he has received, if the crime is one of violence, the antecedents of the prisoner up to the time of sentence, his age and character.” [26] Dalam kes ini, Mahkamah juga mengambilkira bahawa tertuduh telah memilih untuk mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan ditawarkan kepada tertuduh. Ini merupakan salah satu faktor yang boleh meringankan hukuman berbanding dengan kes yang telah berjalan sepenuhnya. Di dalam kes Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] 1 LNS 158, telah menyatakan: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” [27] Mahkamah juga merujuk kepada kes PP v. Kammon Wannga & Anor [2008] 9 CLJ 479; [2009] 8 MLJ 430 yang menyatakan bahawa sekiranya pengakuan salah dibuat secara lewat akan menjadi satu faktor untuk Mahkamah tidak meringankan hukuman. “[17] If a plea of guilty is made too late in the trial it may cease to have mitigating effect In PP v. Dato Nallakaruppan Solaimalai [1999] 2 CLJ 596, Arifin Jaka J said: Pengakuan salah oleh orang yang kena tuduh adalah salah satu faktor yang diambilkira oleh mahkamah apabila menjatuhkan hukuman dan merupakan salah satu faktor untuk meringankan hukuman. Di dalam kes sekarang, OKT telah mengaku salah hanya selepas dua belas hari perbicaraan dijalankan dan setelah pertuduhan asal telah dipinda. Banyak masa telah terbuang dan saksi-saksi telah mengaiami kesulitan. Oleh itu pengakuan salah yang dibuat oleh OKT di dalam keadaan ini tidaklah boleh diterima sebagai satu fakta yang boleh meringankan hukuman.” [28] Nas-nas berkaitan hukuman menunjukkan hukuman yang dijatuhkan terhadap tertuduh hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dengan mengambil kira faktor kepentingan awam serta kepentingan tertuduh. Mahkamah perlu membuat pertimbangan (strike a balance) antara kepentingan kedua-dua pihak dan menjatuhkan satu hukuman yang menjadikan satu pengajaran kepada tertuduh dan juga kepada orang awam (masses) yang ingin melihat pelaku-pelaku melanggar undang-undang mendapat satu hukuman yang sewajarnya. [29] Mahkamah telah menimbangkan mitigasi serta rayuan tertuduh dan faktor pemberat yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, Mahkamah juga mengambil kira faktor bahawa dadah yang dirampas oleh pihak polis daripada tertuduh adalah dadah jenis Cannabis yang disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seberat 1049 gram yang boleh diandaikan untuk tujuan pengedaran dadah. [30] Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Shahrul Azuwan Adanan & Anor [2013] 2 CLJ 686, di mana YA Abdul Rahman Sebeli (pada ketika itu) telah menyatakan seperti berikut: “[13] In passing sentence it is natural for the sentencing judge or magistrate to be sympathetic towards the offender. Invariably the offender cuts a lonely figure as he stands alone and subdued in the dock to face punishment. His demeanour, where he is charged with a crime involving the use of violence will be in total contrast with his conduct at the time he committed the offence. His plea in mitigation can sometimes be loaded with emotion, pleading all the usual problems of life. In such situation it is very easy to be swayed by sympathy but this is where the court must stand firm and not shirk from its responsibility to deal properly with evildoers. [14] The sentencing court must only consider circumstances that mitigate the crime and not those that are personal to the offender and unconnected to the crime such as hardship to the offender and his family if he is sent to prison. These are matters that the offender should have thought of before committing the offence. If he was brave enough to tempt fate and got caught he must be brave enough to face the natural and probable consequences of his act. But if for any valid reason there is a need to temper justice with mercy a proper balance has to be struck between sympathy for the offender and the pain and suffering that he had inflicted on his victim or the damage that his criminal activity had done to society.” [31] Kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah satu kesalahan yang serius di mana dadah tersebut sekiranya diedarkan akan merosakkan masyarakat, terutamanya anak-anak muda dan menyumbang kepada kegiatan jenayah yang lain. Tertuduh seharusnya tahu bahawa dadah adalah musuh utama negara dan perosak masyarakat, atas sebab ini undang-undang telah digubal dengan hukuman yang tegas untuk menangani masalah berleluasanya dadah. [32] Sebelum tarikh 4.7.2023 hukuman mati merupakan hukuman mandatori yang diperuntukkan undang-undang bagi kesalahan mengedar dadah dibawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang mana ianya merupakan satu-satunya hukuman yang perlu dijatuhkan Mahkamah bagi sabitan terhadap pertuduhan ini. Mahkamah tidak mempunyai budibicara untuk menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman mati walaupun faktor-faktor mitigasi telah dikemukakan bagi pihak tertuduh. [33] Walau bagaimanapun hukuman mati mandatori untuk sabitan bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 telah dipinda dengan adanya Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) yang berkuatkuasa pada 4.7.2023. [34] Seksyen tersebut yang terpinda berbunyi: “(2) Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall be guilty of an offence against this Act and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, be punished with whipping of not less than twelve strokes.” [34] Persoalannya bagaimanakah budibicara Mahkamah itu boleh digunakan dalam menentukan samada hukuman mati ataupun pemenjaraan seumur hidup yang perlu dijatuhkan. Di dalam nas Bachan Singh v State of Punjab [1980] 2 SCC 684 telah diputuskan bahawa hukuman pemenjaraan seumur hidup perlu dijatuhkan dan diutamakan namun hukuman mati patut dijatuhkan apabila terdapat keadaan khas (special reasons) untuk berbuat demikian. Keputusan ini diterimapakai sebagai “rarest of the rare doctrine”. [35] Berdasarkan nas tersebut, proposisi sebegini adalah menjadi pertimbangan: (i) Hukuman mati perlu dijatuhkan hanya di dalam situasi “extreme culpability”. (ii) Sebelum menjatuhkan hukuman mati, faktor-faktor latar belakang pesalah dan latar belakang jenayah tersebut perlu diambilkira. [36] Boleh disimpulkan bahawa hukuman pemenjaraan seumur hidup adalah menjadi keutamaan dalam menjatuhkan hukuman manakala hukuman mati adalah sebagai “exception”. Dengan kata lain, hukuman mati hanya beroperasi apabila hukuman pemenjaraan seumur hidup adalah suatu hukuman yang tidak memadai (inadequate) setelah mengambilkira keadaan keseriusan jenayah yang dilakukan. [37] Maka perlu dilakukan pertimbangan terhadap faktor mitigasi dan pemberat sebelum opsyen dilakukan Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman. [38] Persoalan yang perlu diberikan Mahkamah adalah: (i) Adakah terdapat sesuatu yang luar biasa (uncommon) tentang jenayah tersebut yang membuatkan hukuman pemenjaraan seumur hidup tidak memadai dan memerlukan hukuman mati. (ii) Adakah keadaan (circumstances) jenayah itu membuatkan tiada alternatif atau pilihan melainkan memerlukan hukuman mati dijatuhkan setelah mengambilkira secara maksimum faktor-faktor mitigasi yang berpihak kepada tertuduh. [39] Jika keadaan fakta kes tersebut memerlukan hukuman mati dijatuhkan maka Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman sedemikian (Machhi Singh v State of Punjab AIR SC 957) Kesimpulan [40] Oleh itu, Mahkamah setelah mengimbangi faktor-faktor pertimbangan di atas telah menggunakan budibicaranya dan berpuas hati bahawa hukuman mati tidak harus dijatuhkan terhadap tertuduh memandangkan tidak terdapat keadaan “rarest of the rare” di dalam kes ini. [41] Hukuman yang wajar dijatuhkan adalah pemenjaraan seumur hidup yang membawa kepada 30 tahun penjara bermula dari tarikh tangkap berdasarkan Akta Keadilan Jenayah 1953. Hukuman yang setimpal ini dapat memberikan mesej yang jelas bahawasanya Kerajaan Malaysia mengambil berat tentang perang terhadap penggunaan dadah. [42] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan, Mahkamah ini berpendapat hukuman yang dijatuhkan terhadap tertuduh adalah adil dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh. Bertarikh: 20 Januari 2025. AZMI BIN ABDULLAH Hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Kota Bharu. PEGUAM Pendakwaan: Khairul Anuar bin Wahab Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Pendakwaan Negeri Kelantan AG-3-03-06, Al-Waqah @ Tunjong, Tingkat 3, Bangunan H Elite Design 16010 Kota Bharu, Kelantan. Peguam Tertuduh: Azwani binti Abdul Rahman, Tetuan Amir Azwani & Jailani Norfaruqi Peguambela & Peguamcara Lot 2713A Wisma Haminah, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, 16150 Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.