KETULAN MAMPAT DAUN-DAUN KERING YANG DIBUNGKUS DENGAN PLASTIK LUTSINAR DISYAKI DADAH JENIS CANNABIS (GANJA) DITANDAKAN “MT2 DAN MT3”. [45] Berdasarkan P5 ini, Mahkamah dapati SP1 sekadar menyatakan tandaan “MT2” dan “MT3”. Beliau tidak menyatakan berkenaan tandaan-tandaan lain yang terdapat pada dua ketulan mampat tersebut. Maka timbul persoalan, adakah terdapat tandaan lain selain MT2 dan MT3. [46] Mahkamah juga meneliti keterangan SP2 melalui Penyataan Bertulis (WSP2) di perenggan 10, beliau menyatakan bahawa: S/N y/Ya9IocjUaok9Kq1vZ2Uw Page 17 of 30 “10. Saya telah memeriksa sampul barang kes PDRM bertanda “MZH” bersama borang permohonan (Borang POL 31) dengan nombor repot polis: Perai 846/19. Hasil pemeriksaan ke atas sampul barang kes PDRM tersebut saya dapati di dalamnya dua balutan plastik bertanda “MT2” dan “MT3” yang masing-masing mengandungi satu bongkah bahan tumbuhan mampat” [47] SP2 dalam keterangannya tidak menyebut secara penuh mengenai semua tandaan yang terdapat pada plastik lutsinar (P17A dan P18A) tersebut semasa beliau menerima barang kes daripada SP1. Beliau sekadar menyatakan “MT2 dan MT3”, iaitu sepertimana yang dicatatkan oleh SP1 di dalam P5. Isunya adakah SP2 benar-benar memeriksa barang kes pada masa ianya diterima atau sekadar mengikut apa yang dicatatkan oleh SP1 dalam P5. [48] Memandangkan Isu tandaan-tandaan pada barang kes belum diselesaikan oleh pihak Pendakwaan, bagaimana wujudnya tandaan-tandaan tersebut adalah dipersoalkan. Memandangkan tiada penjelasan diberikan, ia menimbulkan keraguan yang munasabah sama ada dadah yang dianalisis oleh SP2 memang merupakan dadah yang sama yang dirampas daripada tertuduh, atau dadah tersebut adalah dadah yang berbeza sepenuhnya. Hal ini penting untuk dipastikan bagi menjamin integriti rantaian keterangan dan untuk mewujudkan hubungan yang kukuh antara tertuduh dan pertuduhan. [49] Di dalam keadaan wujudnya kelompangan dalam keterangan mengenai tandaan yang terdapat pada barang kes, Mahkamah ini berpendapat bahawa timbulnya keraguan mengenai identity barang kes tersebut, maka penjelasan mengenainya amatlah diperlukan. S/N y/Ya9IocjUaok9Kq1vZ2Uw Page 18 of 30 [50] Walaupun Mahkamah ini cenderung untuk mempertimbangkan kemungkinan bahawa tandaan-tandaan tersebut dibuat oleh SP5, malangnya, pendirian ini tidak sejajar dengan prinsip undang-undang yang mapan yang mahkamah ini wajib untuk memeliharanya. Prinsip asas bahawa anggapan tidak bersalah harus di beri kepada tertuduh. [51] Mahkamah merujuk kepada kes Ooi Choo Hock vs. PP [2014] 2 MLJ 200 yang menyatakan bahawa “The presumption of innocence must favour the accused, and any favourable inferences, substantial contradictions, discrepancies, or omissions should be granted to them, regardless of their perceived insignificance”. Penjagaan dan kawalan barang kes [52] Selanjutnya pihak pembelaan menimbulkan isu penjagaan dan kawalan barang kes, di mana pihak pembelaan berhujah bahawa SP5 tidak menjelaskan di mana dan bagaimana beliau mengawal dan menyimpan dua ketulan mampat yang disyaki Cannabis selama tempoh dua jam iaitu bermula pada jam 2054 (8.54malam) semasa SP5 membuat laporan polis sehinggalah barang-barang kes itu diserahkan kepada SP1 pada jam 2315 (11.15 malam). [53] Mahkamah dapati hujahan Pembelaan atas isu ini adalah berasas kerana dalam tempoh tersebut berbagai perkara boleh berlaku, tambahan pula dalam kes ini pihak Pendakwaan telah gagal untuk menjelaskan mengenai tandaan-tandaan “13.02.2019, PR0846/19 dan tandatangan ringkas” dalam dakwat biru tua atau hitam yang terdapat pada plastik lutsinar yang membaluti dua ketulan mampat dadah jenis Cannabis tersebut. S/N y/Ya9IocjUaok9Kq1vZ2Uw Page 19 of 30 [54] Kegagalan SP5 untuk menjelaskan mengenai penjagaan dan kawalan terhadap barang kes dalam tempoh yang dinyatakan di atas telah menyebabkan kelompangan dalam rantaian keterangan dan menimbulkan keraguan yang serius mengenai identiti barang kes dan memudaratkan kes Pendakwaan. Sampul barang kes “MZH” [55] Isu seterusnya yang dibangkitkan oleh pihak Pembelaan adalah mengenai satu sampul barang kes PDRM bertanda “MZH” yang dihantar ke Jabatan Kimia dan diterima oleh SP2. [56] Pihak Pembelaan telah merujuk kepada pernyataan bertulis SP1 (WSP1) di mana tiada keterangan oleh SP1 bahawa beliau telah membungkus atau memasukkan dua ketulan mampat tersebut di dalam sampul barang kes dan membuat tandaan "MZH" ataupun "MZH1", ataupun meterai "POLIS DI-RAJA MALAYSIA 595". Penyimpanan barang kes selepas proses dusting [57] Pihak Pembelaan juga membangkitkan isu penyimpanan barang kes selepas proses dusting dan berhujah dengan merujuk kepada WSP1 di perenggan 12, 13 dan 14. SP1 menyatakan bahawa pada 14.02.2019 jam lebih kurang 1805hrs, beliau telah mengeluarkan barang kes yang disimpan di dalam peti besi untuk diambil gambar. [58] SP1 mengarahkan Jurufoto untuk mengambil gambar barang kes dan seterusnya membuat proses dusting bagi mengesan cap jari, tetapi S/N y/Ya9IocjUaok9Kq1vZ2Uw Page 20 of 30 kesan cap jari gagal ditimbulkan kerana permukaan plastik yang membaluti barang kes dadah tersebut tidak rata. [59] Keterangan SP1 adalah setakat beliau mengeluarkan barang kes dari dalam peti besi dan SP1 tidak menerangkan apa yang berlaku kepada barang kes tersebut setelah diambil gambar dan membuat proses dusting. [60] Timbul persoalan adakah pada 14.2.2019, barang kes (dua ketulan mampat) tersebut disimpan semula dengan selamat ke dalam peti besi yang sama atau dibiarkan di tempat gambar-gambar tersebut dirakam. [61] Keterangan SP1 yang selanjutnya menyatakan bahawa pada 15.02.2019 jam lebih kurang 1130 hrs, beliau telah pergi ke stor barang kes berpusat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas Pulau Pinang untuk mendaftarkan motosikal yang dirampas berserta satu (1) bungkusan plastik barang kes PDRM yang bertanda “MZH1". Barang kes tersebut telah diserah kepada Jurustor iaitu Koperal Mohd Zaidi Bin Omar. Kesemua barang kes tersebut didaftar dengan no pendaftaran barang kes (N)0003/19. [62] Pada hari yang sama iaitu 15.02.2019 jam lebih kurang 1545 hrs, SP1 telah pergi ke Jabatan Kimia, Pulau Pinang untuk menghantar barang kes dadah iaitu satu (1) Sampul Barang kes PDRM yang bertanda "MZH" di dalamnya mengandungi dua (2) ketulan mampat daun-daun kering yang dibungkus dengan plastik lutsinar disyaki dadah jenis cannabis ditanda "MT2" dan "MT3" bersama-sama borang POL 31. Barang kes telah diserahkan kepada ahli kimia iaitu Puan Teh Lay S/N y/Ya9IocjUaok9Kq1vZ2Uw Page 21 of 30 Theng dan satu resit bernombor 19-FR-P-01642 dikeluarkan dan diserahkan kepada SP1. [63] Pihak Pembelaan berhujah bahawa SP1 di dalam keterangannya tidak menyatakan siapakah yang membungkus dua ketulan mampat ke dalam bungkusan yang bertanda “MZH”. [64] Dalam isu ini, Mahkamah dapati semasa disoal balas SP1 memberi keterangan yang berikut: PB: Jadi terima repot, kamu telah membuat pemeriksaan ke atas barang-barang kes, pemeriksaan ke atas tertuduh, membuat tandaan ke atas barang-barang kes dan selepas itu? SP1: Selepas itu barang kes kita bungkus menggunakan plastik barang kes PDRM untuk dihantar ke Jabatan Kimia. Manakala barang kes seperti beg, fail biru dan juga motosikal kita daftarkan barang kes di stor barang kes berpusat di IPD SPU. [65] Berdasarkan keterangan lisan SP1 seperti petikan di atas, didapati barang kes ada dibungkus menggunakan plastik barang kes. Manakala di dalam WSP1 di perenggan 14, SP1 menyatakan “pada 15.2.2019 jam lebih kurang 1545hrs, saya telah pergi ke Jabatan Kimia untuk menghantar barang kes dadah iaitu (1) sampul barang kes PDRM ditanda “MZH”……” [66] Apa yang jelas daripada keterangan lisan dan Penyata Bertulis SP1, beliau tidak menyatakan siapakah yang membungkus barang kes dan siapakah yang membuat tandaan “MZH”. [67] Pihak Pembelaan telah merujuk kepada kes Public Prosecutor v Sivakumar Ammasi [2003] 6 CLJ 152 yang menyatakan seperti berikut: S/N y/Ya9IocjUaok9Kq1vZ2Uw Page 22 of 30 "SP6, the investigating officer did not testify that he packed and sealed the exhibits in envelopes marked A, B and C before sending them to the chemist. However, SP3 the chemist testified that he received three envelopes marked A, B and C containing the drugs. The question is, where did these envelopes come from? Who repacked them? Who sealed the envelopes? SPI the police photographer testified that the said exhibits were taken out on 18 October 1998 to be photographed SP6, the investigating, officer said he received the exhibits from DSP Ramli on 17 October 1998 and kept them in his cabinet to which no one else other than him had access. Yet there was no explanation as to the packages, A, B, C tendered to the chemist. This is a chasmic void in the prosecution's case. How did the drugs get out of the safe cabinet of SP6 to be labelled as packages marked A, B and C. This gap in the prosecution 's case is very serious and must be given sufficient consideration by the court. There is now clearly a doubt as to whether the exhibits actually sent to the chemist were the same exhibits that were said to have been safely secreted in the cloistered chambers of SP6's cabinet. In this respect it is appropriate to refer to Teoh Hoe Chye v. PP; Yeap Teong Team [1987] 1 CLJ 471; [1987] CLJ 386 (Rep) where the then Supreme Court also made a similar critical comment as to the absence of explanations as to what happened to the exhibits between the time they were handed to the investigating officer and to the time they were examined by the chemist. SP4 DSP Ramli testified that on 16 October 1998 at about 10.50pm he arrested the accused and seized the exhibits. He then said that he handed over the exhibits to SP6 the investigating officer on 17 October 1998 at about 1.55am However SP6 said that he received the exhibits from DSP Ramli at 1.30am DSP Ramli did not explain as to where the exhibits were, or who had custody of it from 10.50pm to the time he handed them to SP6. On this ground that there S/N y/Ya9IocjUaok9Kq1vZ2Uw Page 23 of 30 is a doubt as to the exhibits seized and considering the break in the chain of evidence, this court has to acquit the accused. " [68] Selanjutnya pihak Pembelaan telah merujuk kepada kes Chai Tee Keiong v Public Prosecutor [2014/ 2 MLJ 246 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: "A break or a gap in the chain of evidence is a perennial problem for the prosecution. While it shows that the prosecution's witnesses are telling the truth, the defence takes advantage of it and uses it in their favour. The only way to overcome this undue advantage is for the prosecution to advance a reasonable explanation for the break or the gap in the chain of evidence. But the non-explanation by the prosecution as to the doubts or discrepancies as to the exhibits be it in regard to their weights, description, packagings or markings must be construed as fatal". [69] Mahkamah menerima hujahan pembelaan bahawa SP1 telah gagal memberikan penjelasan mengenai perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Atas kegagalan SP1 yang tersebut telah menyebabkan terputusnya rantaian keterangan mengenai jagaan dan kawalan barang kes dan menimbulkan keraguan dalam kes Pendakwaan. [70] Mahkamah juga meneliti Borang Penyerahan Exhibit Kepada Stor Barang-Barang Kes yang ditandakan sebagai P15. Mahkamah dapati pada borang ini terdapat dua tarikh yang berbeza, iaitu 13.2.2019 dan 15.5.2019. Manakala jenis ekshibit yang disimpan di stor adalah “(1) bungkusan barang kes bertanda “MZH2”. [71] SP1 dalam keterangannya mengesahkan bahawa beliau telah mengambil satu bungkusan bertanda “MZH” dari Jabatan Kimia pada 26.4.2019. Selanjutnya pada 15.5.2019, SP1 telah menghantar satu S/N y/Ya9IocjUaok9Kq1vZ2Uw Page 24 of 30 bungkusan barang kes bertanda “MZH2” ke stor barang kes berpusat di IPD Seberang Perai Utara. [72] SP1 menjelaskan seperti berikut: “saya telah menambah nombor 2 di sebelah tandaan MZH kerana apabila saya daftar barang kes tersebut di stor merupakan pendaftaran yang kedua selepas saya daftar MZH1 pada 15.2.2019”. [73] Mahkamah ini telah merujuk kepada Borang Penyerahan Exhibit Kepada Stor Barang-Barang Kes [ekshibit P14] yang mencatatkan bahawa SP1 telah menyerahkan motosikal bertanda MT dan bungkusan plastik PDRM bertanda MZH1 pada 15.2.2019. Ini merupakan pendaftaran kali pertama yang dimaksudkan oleh SP1. [74] Selanjutnya, pada tarikh yang sama, SP1 telah menyerahkan 1 sampul barang kes PDRM yang mengandungi barang kes dadah berbahaya dengan tandaan MZH kepada Jabatan Kimia. [75] Pada 26.4.2019, SP1 telah mengambil semula bungkusan plastik dengan tandaan MZH tersebut daripada Jabatan Kimia. Kemudian, pada 15.5.2019, SP1 telah menghantar bungkusan plastik barang kes bertanda MZH2 ke stor barang kes. Ini merupakan pendaftaran kali kedua di stor barang kes sebagaimana yang dimaksudkan oleh SP1. [76] Mahkamah dapati keterangan SP1 mengenai pendaftaran kali kedua adalah mengelirukan kerana bungkusan plastik barang kes yang bertanda MZH tidak pernah didaftarkan di stor sebelum 15.5.2019. Dengan kata lain pendaftaran bungkusan plastik bertanda MZH di stor barang kes pada 15.5.2019 adalah pendaftaran kali pertama. S/N y/Ya9IocjUaok9Kq1vZ2Uw Page 25 of 30 [77] Keterangan SP1 mengenai pendaftaran barang kes dadah telah menambahkan lagi kekeliruan dan keraguan berhubung dengan identiti barang kes. Dalam kata lain, adakah barang kes dadah berbahaya yang diterima semula daripada Jabatan Kimia adalah barang kes dadah yang sama yang didaftarkan di stor barang kes pada 15.5.2019 dan seterusnya barang kes yang sama dikemukakan ke Mahkamah sebagai ekshibit. [78] Mahkamah ini merujuk kes Mohd Osman bin Pawan v. PP [1989] 2 MLJ 110, antara lain penghakiman Supreme Court menyatakan: “In a serious case such as this it is pertinent to emphasize again that investigation officers should not treat the custody of exhibits lightly so as to leave a gap in the chain of evidence relating to the exhibits before their production in court.” [79] Dalam kes Public Prosecutor v. SIM, ODITA, Muhammad Architects Sdn. Bhd. [2008] 3 CLJ 623 telah diputuskan seperti berikut: “[10] It was also the contention of the defence that there is break in chain of evidence, as during the testimonies of the prosecution and the defence witnesses, evidence tends to show that there is opportunity for tampering to exist, if the opportunity of tampering existed, there would be a break in the chain of evidence, irrespective of whether the opportunity was taken or not.” [80] Berdasarkan perbincangan di atas, Mahkamah ini mendapati wujud kelompangan dalam rantaian keterangan berkenaan dengan barang kes dadah yang menjadi subjek dalam kes ini dan sekaligus menimbulkan keraguan ke atas kes Pendakwaan. S/N y/Ya9IocjUaok9Kq1vZ2Uw Page 26 of 30 Elemen Kedua: Tertuduh mempunyai pemilikan (jagaan / kawalan dan pengetahuan) ke atas kesemua dadah berbahaya tersebut pada tempat, masa dan tarikh yang dipertuduhkan [81] Untuk membuktikan elemen pemilikan, pihak Pendakwaan perlu mengemukakan keterangan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan tentang dadah yang dijumpai. [82] Di dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] MLJ 237) Mahkamah telah memutuskan bahawa "…a person is said to be in possession of a thing if he has the power to deal with it as the owner to the exclusion of all other persons." [83] Selanjutnya maksud "custody", "control" and "possession" telah dibincangkan dalam kes Leow Nghee Lim v. Red [1955] CLJU 53; [1956] 1 MLJ, yang menyatakan seperti berikut: "Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and power of control over them, not amounting to possession. Control must be proved as a fact and it must arise from the relation of the person to the goods, irrespective of whether they are contraband. Probably the most helpful definition of possession is: - "The relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons." This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge. A man must know of the S/N y/Ya9IocjUaok9Kq1vZ2Uw Page 27 of 30 existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge." [84] Selanjutnya mengenai “pengetahuan”, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Parlan bin Dadeh v. Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717 yang memutuskan bahawa: "Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge." [85] Secara ringkasnya, elemen "pemilikan" adalah merujuk kepada keupayaan pemiliknya untuk berurusan dengan sesuatu barang (dalam kes ini adalah dadah) dengan mengecualikan akses orang lain dan pemilik tersebut mempunyai pengetahuan tentang dadah yang merupakan subjek dalam pertuduhan. [86] Pihak Pendakwaan telah mengemukakan fakta dan inferens yang berikut untuk membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut: