Content
Page 1 of 28 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: PA-45A-16-03/2019 BICARA BERSAMA PB-45A-14-04/2021 PENDAKWA RAYA
PA-45A-16-03/2019
High Court of Malaysia30 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“v. Denish A/L Madhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209; Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] CLJU 1226; [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mahkamah telah memberi panduan untuk menilai isu milikan, iaitu Hakim Bicara hendaklah menilai keteranga”
“y on the relevant presumptions under s 37 of the DDA”. [44] Selanjutnya di dalam kes-kes berikut; PP v. Denish A/L Madhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209; Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] CLJU 1226; [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mah”
“s 37 of the DDA”. [44] Selanjutnya di dalam kes-kes berikut; PP v. Denish A/L Madhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209; Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] CLJU 1226; [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mahkamah telah memberi panduan untuk men”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 28 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: PA-45A-16-03/2019 BICARA BERSAMA PB-45A-14-04/2021 PENDAKWA RAYA
1
RAVECHANDARAN A/L T.M. RAJOO (NO. K/P: 720603-07-5649)
2
MAI HONG QUYEN (NO. PASPORT:C0185031/VIETNAM) ALASAN PENGHAKIMAN
a
(A) PENDAHULUAN [1] Kedua-dua kes ini (No. Kes: PA-45A-16-03/2019 dan PB-45A-14- 04/2021) telah dibicarakan bersama, di mana di dalam setiap kes kedua-dua tertuduh (“OKT1” dan “OKT2”) telah dituduh mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan berkaitan niat bersama. S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 2 of 28 [2] Pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 dalam kes No: PA-45A-16- 03/2019 adalah seperti berikut: Bahawa kamu bersama-sama pada 21.08.2017 jam lebih kurang 4.55 petang di Kawasan Tempat Letak Kereta Pangsapuri Kelisa Residensi, Jalan Kelisa Emas 7, 13700 dalam Daerah Seberang Perai Tengah, dalam Negeri Pulau Pinang telah mengedar dadah berbahaya iaitu seberat 183.8 gram (142.5 gram Heroin, 41.3 gram monoacetylmorphines), dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. [3] Pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 dalam kes No: PB-45A-14- 04/2021 adalah seperti berikut:- Bahawa kamu bersama-sama pada 21.08.2017 jam lebih kurang 5.40 petang di alamat No.3A-15, Kelisa Residensi, Jalan Kelisa Emas 7, 13700 Daerah Seberang Perai Tengah, Dalam Negeri Pulau Pinang dalam mencapai niat bersama kamu telah mengedar dadah berbahaya iaitu sejumlah 232.69 gram (188.60 gram Heroin dan 44.09 gram monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [4] Pada 30 September 2024, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2 bagi kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB. Justeru, Mahkamah ini memerintahkan supaya OKT1 dan OKT2 dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri atas kedua-dua pertuduhan tersebut. [5] Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini melalui 2 Notis Rayuan (Nombor Rayuan: P-05(LB)-492-10/2024 dan P-05(LB)-494-10/2024) S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 3 of 28 berkaitan dengan keputusan melepas dan membebaskan kedua-dua OKT terhadap kedua-dua pertuduhan. Alasan Penghakiman ini adalah berkaitan dengan kedua-dua Notis Rayuan tersebut.
b
(B) KES PENDAKWAAN [6] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 12 orang saksi untuk membuktikan kedua-dua pertuduhan yang dihadapi oleh kedua-dua OKT. Kes ini bermula apabila pada 21.8.2017 jam 12.00 pm, Insp Pravin a/l Krishnan iaitu Pegawai Serbuan (SP1) telah menerima maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah oleh satu lelaki berbangsa India dan satu wanita berbangsa Vietnam di kawasan Pangsapuri Kelisa Residence, Jalan Kelisa Emas 7, 13700 Perai, Pulau Pinang (lokasi serbuan). [7] Selepas menerima maklumat, SP1 telah mengarahkan anggota untuk berkumpul dan satu taklimat telah disampaikan pada jam 1.00 pm dan taklimat selesai pada jam lebih kurang 2.00 pm. [8] Seterusnya pada jam 2.20 pm, SP1 bersama-sama 12 anggota yang lain (pasukan serbuan) telah pergi ke lokasi serbuan dengan menaiki 4 buah kereta pasukan yang tidak berlambang. Pasukan serbuan ini telah sampai ke lokasi serbuan pada jam lebih kurang 2.30 pm dan telah membuat pemantauan selama 30 minit di sekeliling lokasi serbuan. [9] Sepanjang tempoh pemantauan tersebut, SP1 tidak mendapati sebarang pergerakan keluar masuk di lokasi serbuan atau di mana-mana kenderaan. [10] SP1 telah memberi arahan kepada SP12 untuk masuk ke dalam pejabat kawalan keselamatan dan meneliti rakaman pada kamera S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 4 of 28 litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kehadiran saspek-saspek melalui rakaman cctv tersebut. [11] Pada jam 3.30 pm, SP12 telah memaklumkan kepada SP1 bahawa melalui pemerhatian pada rakaman CCTV, kelihatan ada pergerakan satu (1) lelaki berbangsa India (OKT 1) dan satu (1) wanita (OKT2) memasuki lif dan naik ke tingkat 3A. [12] SP1 bersama Kpl. Kamarul telah pergi ke Pejabat Pengurusan Pangsapuri untuk membuat pemerhatian pada rakaman CCTV bersama-sama SP12 yang masih berada di situ. Dalam masa yang sama, anggota pasukan serbuan yang lain membuat pemantauan di sekitar lokasi serbuan. [13] Pada jam 4.35 petang melalui rakaman CCTV, SP1 nampak kedua-dua suspek memasuki lif dan apabila sampai ke aras bawah, SP1 nampak OKT1 berjalan ke arah sebuah kereta yang diparkir di Lot G-
39
Kemudiannya SP1, SP12 dan Kpl. Kamarul segera keluar dari Pejabat Pengurusan dan pergi ke arah OKT1. SP1 lalu memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan SP12 telah menahan OKT1. [14] SP1 telah merampas kotak yang dipegang oleh OKT1 dan pemeriksaan di dalam kotak tersebut mendapati dua (2) plastik lutsinar kosong, dua (2) helai kertas putih dan terdapat kesan serbuk putih pada kotak tersebut. [15] SP1 telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas OKT1 dan menjumpai serangkai kunci, satu kad akses dan empat anak kunci di poket belakang seluar jeans jenama “Levi Strauss & Co” yang dipakai oleh OKT1. [16] Pada masa yang sama SP12 telah nampak OKT2 sedang berdiri di bahagian tepi bangunan sambil memegang di tangan kanannya satu
1
beg plastik. SP12 nampak OKT2 meletakkan beg plastik tersebut S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 5 of 28 di atas lantai di sisi kaki kanannya. SP12 telah pergi ke arah OKT2 dan merampas beg plastik tersebut dan membawa OKT2 ke tempat di mana SP1 dan OKT1 berada. [17] SP1 telah menjalankan pemeriksaan ke atas beg plastik tersebut dan mendapati pada beg plastik tersebut tertulis perkataan “CERIA 99”. Di dalam beg plastik “CERIA 99” tersebut terdapat dua (2) paket plastik hitam tertulis perkataan “Thank You”. Di dalam Paket plastik hitam yang pertama mengandungi lima (5) paket plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin (anggaran berat: 2267.3 gram). Manakala di dalam paket plastik hitam yang kedua mengandungi lima (5) paket plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin (anggaran berat: 2266.3 gram). [18] Seterusnya, pada jam lebih kurang 5.50 petang, kedua-dua OKT telah memandu arah SP1 bersama anggota serbuan pergi ke rumah beralamat No. 3A-15 Pangsapuri tersebut dengan menaiki lif. Apabila sampai di 3A-15, SP1 telah menyerahkan serangkai kunci yang dirampas daripada OKT1 kepada OKT1 untuk dia membuka pintu grille dan pintu kayu rumah tersebut. [19] Setelah OKT1 membuka kedua-dua pintu, dia telah membawa SP1 dan anggota yang lain ke sebuah bilik yang terletak di bahagian belakang (berdekatan dapur) sebelah kanan rumah tersebut. Pada masa tersebut tiada penghuni di dalam rumah tersebut. [20] OKT1 telah membuka pintu bilik tersebut lalu SP1 masuk ke dalam bilik tersebut dan menjalankan pemeriksaan dengan disaksikan oleh kedua-dua OKT. Hasil pemeriksaan, SP1 telah menjumpai dan merampas:- a. Satu (1) bungkusan plastik hitam bertulis “Thank you” dan “Terima Kasih” yang di dalamnya mengandungi lima (5) S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 6 of 28 paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis Heroin (Anggaran berat: 2267.8 gram). b. Satu (1) bungkusan plastik putih yang di dalamnya mengandungi lima (5) paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis Heroin (Anggaran berat: 2265.7 gram). c. Satu (1) bungkusan plastik putih yang di dalamnya mengandung tiga (3) paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis Heroin (Anggaran berat: 807.9 gram) d. Empat (4) bungkusan plastik putih yang di dalamnya mengandungi serbuk kafein (Anggaran berat: 6817.1 gram) e. Satu (1) beg bagasi bertulis “SWISH NAVY” yang di dalamnya mengandungi:
i
Satu (1) bekas plastik lutsinar berpenutup merah mengandungi serbuk kafein (anggaran berat:
423
423.9 gram)
II
(ii) Satu (1) paket plastik lutsinar mengandungi serbuk kafein (Anggaran berat: 655.7 gram)
III
(iii) Tiga (3) paket plastik mengandungi garam halus
IV
(iv) Lima (5) botol ENO
v
Satu (1) botol berisi cecair pewarna f. Satu (1) botol plastik bertulis “Propanol” di dalamnya berisi cecair disyaki kimia. g. Satu (1) alat penimbang digital bertulis “apex” h. Satu (1) alat pengisar bertulis “Panasonic” yang di dalamnya mengandungi: S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w
i
Satu (1) paket plastik lutsinar mengandungi serbuk putih disyaki heroin base (Anggaran berat: 4.15 gram)
II
(ii) Satu (1) bekas kaca
III
(iii) Satu (1) bilah gunting
IV
(iv) Satu (1) sudu i. Satu (1) besen plastik warna merah yang di dalamnya mengandungi:
i
Tiga (3) besen plastic
II
(ii) Satu (1) besen besi
III
(iii) Satu (1) penyodok plastic
IV
(iv) Satu (1) bungkusan plastik di dalamnya berisi plastik-plastik lutsinar kosong j. Satu (1) helai tuala k. Satu (1) ketuhar gelombang mikro yang di dalamnya mengandungi (1) dulang l. Satu (1) gulungan kertas-kertas putih m. Satu (1) kain cadar bercorak [21] SP1 seterusnya menjalankan pemeriksaan lanjut di bahagian lain rumah tersebut dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. SP1 telah menahan kedua-dua OKT dan merampas kesemua barang-barang kes. Selanjutnya kedua-dua OKT dan barang kes telah di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) untuk tindakan lanjut. [22] Di IPD SPT, SP1 telah mengambil tindakan iaitu membuat tandaan ke atas barang-barang kes, membuat Laporan Polis (ekshibit P3), dan menyediakan Borang Geledah (Ekshibit P4 dan P5). Setelah melaksanakan tindakan tersebut, SP1 telah menyerahkan kedua-S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 8 of 28 dua OKT serta barang-barang kes kepada Pegawai Penyiasat (SP3) sepertimana Borang Serah Terima (ekshibit P6). [23] Pada 24.8.2017, SP3 telah menghantar semua barang kes yang disyaki dadah berbahaya kepada En. Sukhairi bin Samsudin (Pegawai Sains / Ahli Kimia (SP2) untuk analisis kimia. Hasil analisis yang dijalankan oleh SP2, beliau mengesahkan bahawa barang kes yang diterima dan dianalisis adalah dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 183.8gram (142.5 gram Heroin dan 41.3gram Monoacetylmorphines) bagi kes PA-45A-16-03/2019. Manakala bagi kes PA-45A-16-04/2021, barang kes yang diterima dan dianalisis adalah jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 232.69 gram (188.60 gram Heroin dan 44.09 gram Monoacetylmorphines). [24] SP2 telah menyediakan Laporan Kimia (Ekshibit P12 dan P27) yang mengesahkan bahawa bahan yang dianalisis mengandungi dadah berbahaya yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB dengan berat bersih seperti yang dinyatakan di dalam kedua-dua pertuduhan. [25] SP3 telah membuat rampasan pakaian milik kedua-dua OKT dan telah membawa kedua-dua OKT ke Hospital Bukit Mertajam untuk pengambilan sampel darah untuk analisis DNA.
c
(C) HUJAHAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Pihak Pendakwaan [26] Pihak Pendakwaan mengemukakan hujahan seperti berikut: a. Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya. S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w
i
Pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP2 (Ahli Kimia) dan Laporan Kimia yang ditandakan sebagai P12 dan P27 bagi membuktikan elemen ini. Berdasarkan keterangan-keterangan ini, dapat disahkan bahawa dadah yang dirampas merupakan dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 183.8 gram (142.5 gram Heroin dan 41.3 gram Monoacetylmorphines) bagi kes PA-45A-16- 03/2019 serta Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 232.69 gram (188.60 gram Heroin dan 44.09 gram Monoacetylmorphines) bagi kes PA- 45A-16-04/2021 yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta 234.
II
(ii) SP2 juga dapat mengecam barang kes dadah tersebut dan mengesahkan bahawa barang kes tersebut adalah barang kes yang sama yang telah diserahkan kepadanya. b. OKT-OKT mempunyai pengetahuan dan pemilikan (jagaan dan kawalan) terdapat dadah tersebut.
i
Bagi membuktikan elemen pemilikan bagi kedua-dua kes, pihak pendakwaan bergantung kepada anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta 234 serta keterangan SP1, SP3, SP9 dan SP12.
II
(ii) Pihak pendakwaan berhujah berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, serbuan telah dibuat di dua tempat iaitu di tempat letak kereta dan di rumah tempat kejadian yang sememangnya OKT 1 dan OKT 2 mempunyai akses. S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 10 of 28
III
(iii) Barang kes dadah di tempat letak kereta berada dalam pemilikan eksklusif OKT2, sementara rangkai kunci dan akses kad turut dirampas daripada milikan fizikal OKT 1, yang membawa kepada penemuan barang kes di sebuah rumah di unit 3A-15, Pangsapuri Kelisa Residensi. Hal ini menunjukkan OKT 1 mempunyai kawalan dan jagaan terhadap barang kes yang dijumpai di rumah tempat kejadian. Begitu juga dengan OKT 2 yang sepanjang masa berada bersama OKT 1 dan pada masa yang sama didapati memiliki barang kes daripada jenis dadah berbahaya yang sama, cara bungkusan dan berat yang sama dengan barang kes yang dirampas di rumah tersebut. c. OKT 1 dan OKT 2 mengedar dadah berbahaya tersebut
i
Bagi membuktikan elemen pengedaran dadah berbahaya tersebut, pihak pendakwaan bergantung kepada takrifan di bawah seksyen 2 yang memperuntukkan bahawa perbuatan “keeping” iaitu “menyimpan” termasuk dalam definisi perbuatan “trafficking” iaitu “mengedar” di bawah seksyen 2 Akta 234.
II
(ii) Pihak pendakwaan berhujah bahawa OKT 1 dan OKT 2 mengedarkan barang kes dadah yang dipertuduhkan bagi kedua-dua kes yang dibicarakan dengan cara menyimpan dadah tersebut. S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 11 of 28 d. Kredibiliti saksi-saksi pendakwaan Pihak pendakwaan berhujah keterangan saksi pendakwaan adalah kredibel. Dihujahkan bahawa percanggahan yang wujud (sekiranya ada) dalam keterangan saksi pendakwaan tersebut adalah tidak menjejaskan pertuduhan pengedaran dadah yang dihadapi OKT 1 dan OKT 2 memandangkan milikan ke atas dadah tersebut telah dibuktikan. Pihak Pembelaan [27] Pihak Pendakwaan mengemukakan hujahan seperti berikut: a. Isu beg plastik yang dipegang oleh OKT 2 Pihak pembelaan berhujah bahawa dalam rakaman CCTV, beg plastik yang dipegang OKT 2 di dalam lif tidak dapat dikenal pasti, dan tidak dapat dipastikan sama ada ia merupakan beg plastik yang sama yang dirampas oleh SP12 dalam kes ini. b. Undang-undang mengenai milikan Pembelaan berhujah pihak pendakwaan gagal membuktikan pemilikan terhadap OKT. P1 dan P3 menyatakan beg plastik P15B berada di sisi kanan OKT 2, manakala SP12 menafikan beg plastik berada di atas lantai serta SP3 pula bersetuju bahawa P15B berada di atas lantai di tempat terbuka. Ini menimbulkan keraguan tentang kedudukan sebenar dadah yang dirampas tersebut. S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 12 of 28 c. Isu akses kepada rumah di mana dadah dirampas
i
Pihak pembelaan berhujah terdapat pelbagai individu yang mempunyai akses kepada rumah tersebut serta OKT-OKT tidak mempunyai pemilikan ekslusif dan kawalan ke atas dadah yang dijumpai.
II
(ii) SP3 telah menyatakan dalam keterangan beliau bahawa hanya satu set kunci dalam rampasan, dan terdapat satu set lagi dipegang oleh pemilik rumah, SP10. SP3 turut menyatakan SP10 telah memberikan lebih dari satu kad akses kepada SP9, dan SP 10 juga menyimpan satu kad akses. SP3 juga bersetuju terdapat ‘unidentified male DNA’ di rumah tersebut hasil dari ujian swap DNA di dalam rumah tersebut, konsisten dengan laporan DNA Jabatan Kimia Malaysia. d. Isu kewujudan watak ‘Anandaraj’
i
Pembelaan berhujah wujudnya seorang individu bernama Anandaraj dalam kes ini. Perjanjian sewa rumah dan resit pembayaran sewa rumah adalah atas nama beliau.
II
(ii) SP3 mengakui sewaktu di soal balas beliau tidak dapat sahkan maklumat berkenaan Anandaraj yang terkandung dalam telefon bimbit kerana beliau tidak pernah diserahkan telefon bimbit tersebut oleh SP1, menunjukkan kelompangan penyiasatan dan wujudnya keraguan. S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 13 of 28
d
(D) TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [28] Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah di akhir kes Pendakwaan untuk menentukan samada pihak Pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan: “Section 180. Procedure after conclusion of case for prosecution
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.”. [29] Satu kes prima facie berjaya dibuktikan apabila pihak Pendakwaan telah mengemukakan bukti yang kredibel yang dapat membuktikan elemen-elemen kesalahan yang jika tidak disangkal atau diperjelaskan membolehkan tertuduh disabitkan atas pertuduhan yang dihadapinya. Ini adalah seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah: “(4) For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”. [30] Sebagai panduan kepada Mahkamah ini mengenai tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: "[15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case: S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 14 of 28
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted..." [31] Mahkamah ini merujuk dan berpandukan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Balachandran vs PP (2005) 1 CLJ 85 yang memutuskan – “Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus, if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case. (rujuk juga kes Looi Kow Chai & Anor v. Pendakwa Raya [2003]1 CLJ 734; PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006]1 CLJ 457).”. S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 15 of 28
e
(E) ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN [32] Untuk membuktikan kesalahan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan elemen-elemen yang berikut:- a. dadah yang dirampas adalah dadah yang tersenarai di dalam Jadual Pertama ADB dengan berat bersih sepertimana dinyatakan di dalam kedua-dua pertuduhan; b. kedua-dua OKT mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut; dan c. kedua-dua OKT mempunyai niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan dalam melakukan kesalahan mengedar dadah berbahaya.
f
(F) ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [33] Adakah pihak pendakwaan di dalam kes ini telah berjaya membuktikan kes prima facie? Elemen Pertama: Dadah tersebut adalah dadah yang tersenarai di dalam Jadual Pertama ADB dengan berat bersih sepertimana dinyatakan di dalam kedua-dua pertuduhan [34] Untuk membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan telah memanggil SP2 iaitu Pegawai Sains/Ahli Kimia yang bertugas di Jabatan Kimia Malaysia Pulau Pinang. Beliau telah memberi keterangan berdasarkan pengalaman dan kelayakannya sebagai Pegawai Sains yang telah mengikuti pelbagai kursus dan bengkel yang berkaitan dengan tugasannya. S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 16 of 28 [35] Pihak Pembelaan di dalam pemeriksaan balas terhadap SP2 telah mencadangkan beberapa perkara untuk mencabar keterangan SP2, tetapi Mahkamah mendapati SP2 telah menjelaskan setiap isu yang dicabar dengan baik. Mahkamah ini berpuas hati bahawa setiap cabaran tersebut tidak menjejaskan keterangan SP2 berkaitan analisis yang telah dijalankan. [36] Setelah meneliti keterangan lisan SP2, penyataan bertulis dan Laporan Kimia (Eksibit P12 dan P27), Mahkamah ini mendapati SP2 telah memberi keterangan yang jelas bahawa hasil analisis ke atas barang kes yang disyaki dadah di dalam kedua-dua kes [PA-45A-16- 03/2019 dan PA-45A-16-04/2021] adalah dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 183.8 gram (142.5 gram Heroin dan 41.3 gram Monoacetylmorphines) serta Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 232.69 gram (188.60 gram Heroin dan 44.09 gram Monoacetylmorphines) seperti yang disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta 234. [37] Mahkamah ini mendapati keterangan SP2 bukanlah luar biasa (inherently incredible). Di dalam kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221 telah diputuskan seperti berikut; "We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into the details of what he did in the laboratory, step by step." [38] Berdasarkan kepada kelulusan, pengalaman dan kepakaran SP2, Mahkamah ini berpuas hati bahawa SP2 merupakan seorang pakar S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 17 of 28 menurut seksyen 45 Akta Keterangan 1950. Sehubungan itu Mahkamah ini menerima keterangan beliau sebagai keterangan pakar yang berkelayakan untuk menjalankan analisis kimia berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah tersebut. [39] Mahkamah ini memutuskan sedemikian dengan berpandukan keputusan dalam kes yang seringkali dirujuk dan dijadikan panduan iaitu kes Khoo Hii Chiang v. PP [1994] 2 CLJ 151 dan kes Chu Tak Fai v. Public Prosecutor [2006] 4 CLJ 931; [2007] 1 MLJ 201 yang menggariskan bagaimana keterangan Ahli Kimia seharusnya diterima oleh Mahkamah Rantaian Pergerakan Barang Kes [40] Mahkamah ini juga telah meneliti keterangan saksi-saksi berkaiatan rantaian pergerakan barang kes dadah dan mendapati keterangan saksi-saksi mengenai pergerakan barang kes bermula dari masa rampasan sehingga dikemukakan di Mahkamah adalah kukuh dan tiada kelompangan. Saksi-saksi telah membuat pengecaman yang positif keatas semua barang kes dadah yang dirampas melalui penandaan-penandaan yang dibuat. [41] Berdasarkan fakta yang dikemukakan, Mahkamah ini dapat membuat kesimpulan bahawa barang kes yang dirampas adalah barang kes yang sama dihantar untuk analisis dan barang kes yang sama dikemukakan semasa perbicaraan di Mahkamah ini. Elemen Kedua: Kedua-dua OKT mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut [42] Bagi membuktikan elemen milikan, terdapat 2 unsur utama yang mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan iaitu elemen milikan fizikal yang merujuk kepada jagaan dan kawalan fizikal ke atas dadah S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 18 of 28 berbahaya tersebut dan elemen mental iaitu pengetahuan tertuduh mengenai dadah tersebut. [43] Di dalam kes PP v Muhammad Nasir b Shaharudin (1994) 2 MLJ 576, Mahkamah telah menghuraikan maksud milikan seperti berikut: “Possession is not defined in the DDA. However, it is now firmly established that to constitute possession, it is necessary to establish that: (a) the person had knowledge of the drugs; and (b) that the person had some form of control or custody of the drugs. To prove either of these two requirements, the prosecution may either adduce direct evidence or it may rely on the relevant presumptions under s 37 of the DDA”. [44] Selanjutnya di dalam kes-kes berikut; PP v. Denish A/L Madhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209; Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] CLJU 1226; [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mahkamah telah memberi panduan untuk menilai isu milikan, iaitu Hakim Bicara hendaklah menilai keterangan yang bukan hanya menunjukkan tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah itu tetapi juga mempunyai kawalan atau jagaan. Kawalan atau jagaan adalah merangkumi kuasa tertuduh untuk berurusan atau melupuskan dadah itu pada bila bila masa seperti mana dia adalah pemilik dadah itu. [45] Mahkamah ini memetik keputusan di dalam kes Chan Pean Leon v PP (1956) 1 MLJ 237 di mana Thomson J telah mengupas maksud “possession” di dalam penghakimannya seperti berikut:- “…possession itself as regards the criminal law is described as follows in stephen’s Digest (9th Ediion pg 304)…A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 19 of 28 other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” [46] Berpandukan kepada nas yang dinyatakan di atas, adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa bagi membuktikan seseorang itu mempunyai “milikan”, perlulah dibuktikan melalui keterangan bahawa seseorang itu mempunyai kawalan atau jagaan ke atas sesuatu barang tersebut dan bebas berurusan atau mengendalikan barang tersebut sepenuhnya tanpa penglibatan orang lain (power of disposal to the exclusion of others) dan mempunyai pengetahuan ke atas sesuatu barang tersebut. [47] Pertuduhan dalam kes PA-45A-16-03/2019, adalah melibatkan penemuan dadah di dalam satu beg plastik (ekshibit P15B). Keterangan SP1 dan SP12 bahawa melalui rakaman CCTV mereka melihat OKT1 dan OKT2 masuk ke dalam lif sambil OKT1 memegang sebuah kotak dan OKT2 memegang satu beg plastik. [48] Apabila kedua-dua OKT sampai di tingkat bawah mereka keluar dari lif. SP1 dan SP12 nampak OKT1 menuju ke arah sebuah kereta manakala OKT2 telah hilang daripada pandangan mereka. SP1 telah mengarahkan SP12 untuk mengesan keberadaan OKT2. [49] Selanjutnya SP12 di dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau nampak OKT2 berdiri di tepi bangunan sambil memegang beg plastik di tangan kanannya. Kemudiannya OKT2 meletakkan beg plastik di atas lantai. SP12 pergi ke arah OKT2 dan telah merampas beg plastik tersebut dan menahan OKT2 lalu membawa OKT2 dan beg plastik tersebut ke tempat SP1 dan OKT1 berada. [50] SP1 pada masa tersebut berada di kawasan parkir bersama dengan OKT1 dan beliau tidak melihat tindakan SP12 yang merampas beg plastik tersebut, SP1 hanya menerima beg plastik tersebut apabila diserahkan oleh SP12 kepadanya. S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 20 of 28 [51] Keterangan SP1 di dalam pemeriksaan utama mengenai OKT2 dan beg plastik yang dirampas adalah seperti berikut “Saya juga telah arahkan Inspektor Tana untuk buat semakan wanita Vietnam. Selepas 5 minit Insp Tana dan Kpl Fadzin telah datang membawa satu wanita Vietnam ke arah saya dan Insp Tana telah serah kepada saya satu bungkusan plastik bertulis Ceria 99 yang dikatakan dipegang oleh wanita Vietnam di tangan kirinya. Setelah SP12 kenalkan diri sebagai pegawai polis, wanita Vietnam itu melepaskan plastik tersebut.”. [52] Berdasarkan keterangan SP1 yang tersebut, adalah jelas menunjukkan bahawa SP1 tidak melihat proses tangkapan terhadap OKT2 dan rampasan beg plastik tersebut. Keterangan SP1 mengenai perkara tersebut adalah berdasarkan apa yang diberitahu kepadanya oleh SP12. [53] Adakah SP12 memberitahu SP1 bahawa OKT2 memegang beg plastik di tangan kiri? Berdasarkan keterangan SP12, beliau menyatakan OKT2 memegang beg plastik di tangan kanan. Maka kenapakah SP1 dalam keterangannya tidak menyatakan yang sama seperti yang dikatakan oleh SP12 kepadanya. [54] Memandangkan keterangan SP1 dan SP12 yang tidak begitu memuaskan mengenai isu beg plastik tersebut, Mahkamah seterusnya meneliti keterangan Pegawai Penyiasat (SP3) untuk memastikan apakah hasil siasatan beliau mengenai beg plastik tersebut. Mahkamah memetik keterangan SP3 semasa pemeriksaan balas seperti berikut:- “PB: Saya katakan di dalam rakaman cctv tidak dapat dilihat dengan jelas beg yang dipegang oleh OKT2. SP3: Setuju S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 21 of 28 PB: Saya katakan beg yang dipegang dengan yang dirampas adalah berbeza. SP3: Setuju” [55] Berdasarkan keterangan SP3 yang tersebut, timbul keraguan adakah beg plastik yang dirampas sebenarnya beg plastik yang dipegang oleh OKT2? Isu beg plastik ini adalah penting untuk diperjelaskan oleh SP3 kerana di dalam beg plastik tersebut telah dijumpai dadah yang merupakan subjek dalam pertuduhan terhadap kedua-dua OKT. SP3 selaku pegawai penyiasat hendaklah memberi satu keterangan yang mantap berkaitan hasil siasatan di dalam kes ini. [56] Kedua-dua OKT dikatakan ada kaitan dengan beg plastik yang mengandungi dadah hanyalah berdasarkan rakaman CCTV yang kelihatan OKT2 memegang beg plastik. Tetapi adakah beg plastik yang dipegang oleh OKT2 itu adalah beg plastik yang sama yang dirampas? [57] Keterangan SP3 bahawa beg plastik yang dirampas adalah berbeza dengan beg plastik yang dipegang oleh OKT2 telah menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan. [58] Mahkamah mendapati semata-mata OKT1 memegang sebuah kotak yang mengandungi plastik-plastik kosong dan mempunyai kesan serbuk putih tidak dapat meyakinkan Mahkamah ini untuk membuat inferens bahawa OKT1 mempunyai kawalan atau jagaan dan pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai di dalam beg plastik yang dikatakan dirampas daripada OKT2. [59] Berdasarkan keterangan SP1, SP3 dan SP12 yang tidak konsisten mengenai beg plastik tersebut, maka ianya telah menimbulkan keraguan yang munasabah mengenai beg plastic tersebut. Dalam S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 22 of 28 keadaan ini faedah keraguan hendaklah diberikan kepada kedua-dua OKT. Penemuan dadah di dalam rumah beralamat 3A-15, Pangsapuri Kelisa Residensi: Adakah kedua-dua OKT memiliki dadah yang dijumpai di dalam rumah tempat serbuan secara niat bersama? [60] Di dalam kes PB-45A-14-04/2021, dadah berbahaya telah dijumpai di dalam sebuah bilik di dalam rumah beralamat 3A-15 selepas rumah dan bilik tersebut ditunjukkan oleh OKT-OKT kepada pasukan serbuan. [61] Memandangkan dadah tersebut dijumpai di dalam rumah, maka pihak pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan kaitan kedua-dua OKT dengan rumah tersebut dengan mengecualikan kemungkinan orang lain mempunyai akses terhadap rumah tersebut pada setiap masa yang material. [62] Keterangan saksi pihak pendakwaan bahawa kedua-dua OKT telah membawa pasukan serbuan ke rumah tersebut dan dengan menggunakan kunci yang dirampas daripada OKT1, pintu grille dan pintu kayu rumah tersebut telah berjaya dibuka. [63] Fakta bahawa OKT1 dapat mempunyai kunci pintu rumah tersebut adalah tidak mencukupi untuk membuktikan pengetahuan, jagaan dan kawalan dan untuk membentuk pemilikan dadah. [64] Berdasarkan Perjanjian Penyewaan (ekshibit P35) menunjukkan rumah tersebut disewakan oleh SP9 kepada seorang bernama Anandaraj. SP9 bukanlah pemilik rumah tersebut. Rumah tersebut sebenarnya dimiliki oleh SP10. Tindakan SP9 menyewakan rumah tersebut kepada Anandaraj tanpa pengetahuan SP10 merupakan satu tindakan yang tidak berintegriti. Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa SP9 mempunyai kuasa untuk mewakili SP10 S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 23 of 28 dalam urusan penyewaan rumah tersebut. SP9 tidak sepatutnya menamakan dirinya dalam perjanjian penyewaan sebagai Tuan rumah (Landlord). [65] Mahkamah harus menerima keterangan SP9 secara berhati-hati kerana Mahkamah berpandangan tingkah laku beliau yang berani menyamar sebagai tuan rumah menunjukkan beliau seorang yang tidak jujur. Kredibiliti beliau haruslah diragui. Keterangannya di Mahkamah adalah untuk menyatakan bahawa Anandaraj itu tidak berurusan dengannya di dalam urusan penyewaan rumah tersebut. [66] Adakah Anandaraj ini wujud atau merupakan satu watak rekaan? SP9 dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau hanya berurusan dengan OKT1 dan beliau tidak pernah kenal dengan Anandaraj. Anandaraj telah dinamakan sebagai penyewa atas arahan OKT1. Manakala SP10 langsung tidak ada pengetahuan tentang Anandaraj. [67] SP3 dalam keterangannya mengesahkan bahawa penama Anandaraj adalah wujud dan dia telah ditangkap oleh pihak polis. Tetapi SP3 tidak terlibat dalam proses penangkapan Anandaraj tersebut. Dalam siasatannya SP3 mengesahkan bahawa Anandaraj telah hadir semasa perjumpaan kedua untuk menyewa rumah tersebut. [68] Berdasarkan keterangan SP3, Mahkamah merumuskan bahawa Anandaraj adalah penyewa dan sebagai seorang penyewa rumah dia mempunyai akses ke atas rumah tersebut. SP3 tidak membuat siasatan yang rapi bagi menolak kemungkinan terdapatnya akses oleh orang lain khususnya Anandaraj terhadap rumah tersebut. [69] Memandangkan Anandaraj ini satu watak yang benar-benar wujud maka adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk mengesan dan membawanya ke Mahkamah sebagai saksi. S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 24 of 28 Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Anandaraj untuk mengecualikan akses Anandaraj terhadap rumah tersebut sememangnya menjejaskan kes pendakwaan dan sekaligus gagal membuktikan bahawa hanya kedua-dua OKT mempunyai akses terhadap rumah tersebut. [70] Walaupun pihak pendakwaan mengemukakan keterangan yang menunjukkan OKT-OKT mempunyai akses ke dalam rumah tersebut, namun ia tidak mencukupi untuk membuktikan secara prima facie bahawa dadah berbahaya yang dijumpai dalam rumah tersebut adalah dalam milikan OKT-OKT. Apa yang lebih penting adalah untuk pihak pendakwaan mengemukakan keterangan yang dapat mengecualikan akses oleh individu lain ke dalam rumah tersebut. [71] Yang berikut ialah keterangan SP3 semasa Pemeriksaan Balas. “Peguam : Kamu tak dapat kecualikan kehadiran individu lain di rumah tersebut SP3 : Setuju” [72] Keterangan SP3 ini jelas menunjukkan kegagalan pihak pendakwaan untuk mengecualikan akses individu lain ke rumah tersebut [73] Pihak pembelaan telah mengemukakan cadangan kepada saksi-saksi pendakwaan bahawa kedua-dua OKT membawa peralatan pembersihan kerana telah diarahkan oleh Anandaraj untuk membersihkan rumah tersebut. Walaupun begitu, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh saksi-saksi pendakwaan tanpa sebarang penjelasan. [74] Mahkamah berpendapat jalur pembelaan (line of defence) tersebut adalah munasabah. Mahkamah juga dapat melihat melalui rakaman CCTV bahawa OKT1 ada membawa baldi dan perkakasan yang biasa digunakan untuk tujuan pembersihan. Mahkamah tidak dapat S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 25 of 28 menolak kemungkinan kedua-dua OKT pergi ke rumah tersebut untuk membersihkannya. [75] Mahkamah ini berpendapat semata-mata kerana OKT1 mempunyai kunci rumah adalah tidak memadai untuk menunjukkan bahawa kedua-dua OKT mempunyai kaitan dengan dadah yang dijumpai di dalam rumah tersebut secara mens rea ataupun secara niat bersama. [76] Selanjutnya SP3 semasa disoal balas bersetuju dengan cadangan Peguambela bahawa terdapat “unidentified male DNA” di rumah tersebut. Mahkamah telah meneliti keterangan SP4 dan Laporan DNA (ekshibit P30) yang disediakannya dan mendapati tiada keterangan yang menunjukkan terdapatnya “unidentified male DNA” sebagaimana yang dicadangkan oleh pihak pembelaan. Bagaimanakah SP3 boleh bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan? Mahkamah mendapati keterangan SP3 adalah mengelirukan dan tidak konsisten dengan ekshibit P30. Jika benar terdapatnya “unidentified Male DNA”, ini mengukuhkan lagi kemungkinan akses oleh orang lain ke rumah tersebut. [77] Setelah menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan secara prima facie bahawa kedua-dua OKT mempunyai milikan ke atas dadah yang dijumpai sama ada secara mens rea atau pun secara niat bersama. Keterangan jelas menunjukkan mereka bukan pemilik rumah dan mereka bukan penyewa rumah tersebut. Elemen Ketiga: Kedua-dua OKT mengedar dadah secara niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan. [78] Pihak pendakwaan di dalam Ucapan pembukaan di perenggan 9 telah menyatakan seperti berikut: S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 26 of 28 “Pihak pendakwaan seterusnya akan membuktikan melalui saksi-saksi pendakwaan serta keterangan dokumentar bahawa OKT 1 dan OKT2 telah melakukan pengedaran, dengan menggunakan definisi pengedaran di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan pihak pendakwaan boleh membuktikan tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut, seterusnya menggunapakai anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta 234 bagi membuktikan pengedaran, bagi kedua-dua pertuduhan.”. [79] Mahkamah berpendapat semata-mata berdasarkan keterangan SP12 mengenai rampasan beg plastik yang mengandungi dadah berbahaya dari atas lantai dan juga keterangan SP1 bahawa OKT1 telah menunjukkan bilik yang di dalamnya terdapat dadah tidak cukup untuk membentuk perbuatan pengedaran sepertimana yang ditafsirkan menurut seksyen 2 ADB. [80] Mahkamah ini merujuk kes Ong Ah Chuan vs PP & Koh Chai Cheng vs PP (1980) CLJU 181 di mana Privy Council menyatakan seperti berikut:- “To "traffic" in a controlled drug so as to constitute the offence of trafficking under section 3 involves something more than passive possession or self-administration of the drug; it involves doing or offering to do an overt act of one or other of the kinds specified in paragraph (a) of the definition of "traffic" and "trafficking" in section 2.”. [81] Memandangkan pihak pendakwaan juga telah gagal membuktikan elemen milikan yang merupakan elemen penting dan utama bagi pertuduhan mengedar dadah berbahaya, maka kesalahan mengedar dadah di bawah seksyen 2 ADB 1952 atau berdasarkan anggapan statutori pengedaran di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB juga tidak dapat dibuktikan terhadap kedua-dua OKT. S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 27 of 28 (G) KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [82] Setelah meneliti dan menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan secara penilaian yang maksimum, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen-elemen kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan. [83] Mahkamah ini juga dengan mengguna pakai ujian untuk membuktikan kes prima facie seperti dijelaskan di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar (supra), mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap kedua-dua OKT menurut seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB. [84] Justeru, Mahkamah ini memerintahkan supaya kedua-dua OKT dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri ke atas kedua-dua Pertuduhan. …………………………… (FATHIYAH BINTI IDRIS) Hakim Mahkamah Tinggi Butterworth Pulau Pinang Bertarikh: 10 Disember 2024 S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w Page 28 of 28 PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Pendakwaan: Nur Fazliyana binti Ahmad Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang Bagi pihak Pembelaan: Muhammad Arif bin Shahruddin Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak Peguam Bela dan Peguam Cara Negeri Pulau Pinang S/N 9rvdu5amJ0ejZciY4Ta8w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.