(vi) 200 grammes or more in weight of cannabis; otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written 25 law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug;”. [33] Di dalam kes PP v Ouseng Sama-Ae [2008] 1 CLJ 337 di muka surat 342, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) telah menggariskan S/N nes1y0AxwUOs3jumvnPlPg elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan jika ia bergantung kepada anggapan statutori di bawah s.37(da) di mana YA Hakim menyatakan: "Now, in order to establish a prima facie case against the accused by reliance 5 on the presumption under s. 37(da) of the Act, the prosecution had to prove: (i) that the accused was in actual possession of the drug in question; and (ii) that the accused at the material time had knowledge of the drug found to be in his possession, that is to say that he had 'mens rea possession'.”. 10 [34] Elemen pengetahuan dapat dibuktikan melalui inferens daripada perbuatan Tertuduh yang relevan di bawah s.8 Akta Keterangan 1950 iaitu reaksi Tertuduh yang menggeletar dan menggigil semasa dia ditahan di SJR dengan beg galas P19 di badannya. Seperkara lagi, Mahkamah mendapati beg P21 yang mengandungi dadah di dalam beg P19 tersebut 15 bukanlah sukar untuk dibuka dan hanya berzip sahaja manakala dadah tersebut berada dalam balutan plastik dan peket plastik kecil lutsinar yang boleh dengan mudah dilihat isi kandungan masing-masing semasa pemeriksaan dibuat oleh SP5 dan SP7. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati Tertuduh mempunyai pengetahuan yang dia memiliki barang 20 salah iaitu dadah berbahaya dalam balutan plastik P4(A2) dan P4(A3) serta peket plastik lutsinar P12(A – F) tersebut (rujuk Lin Lian Chen v PP [1992] 1 CLJ Rep 285 dan Parlan Bin Dadeh [2008] 6 MLJ). [35] Mahkamah ini tidak dapat memberikan favourable inference 25 kepada Tertuduh memandangkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah mencukupi iaitu keterangan yang credible (boleh dipercayai) untuk membolehkan Tertuduh diperintahkan membela dirinya atas pertuduhan pindaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Keterangan yang telah dinilai secara maksimum juga boleh 30 S/N nes1y0AxwUOs3jumvnPlPg mensabitkan Tertuduh atas dakwaan pengedaran dadah jika dia tidak mematahkan (rebut) keterangan pihak pendakwaan dengan mengemukakan keterangan atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu, Tertuduh perlu menjelaskan tentang dadah yang dirampas dari beg P19 yang digalasnya. 5 [36] Kembali kepada kes Denish Madhavan (supra), saya merujuk kepada perenggan yang berikut di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan: “[17] The idea of exclusivity features in the meaning of "possession" in 10 criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg. [1955] 1 LNS 53: ... It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether 15 innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is 20 that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. … 25 [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [Penekanan ditambah] 30 [37] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah telah mendapati prima facie, Tertuduh mempunyai kuasa untuk mengendalikan dadah-dadah tersebut yang berada dalam beg P19 kerana berada dalam kawalan dan milikan S/N nes1y0AxwUOs3jumvnPlPg fizikalnya. Dalam menjelaskan maksud kes prima facie, telah diputuskan oleh Mahkamah dalam kes PP v Khee Thuan Giap [2017] 1 LNS 1838 seperti berikut: “… A prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if 5 unrebutted or unexplained would warrant a conviction. Based on the established principle of law, before the Court can rule that a prima facie case has been made out, a maximum evaluation of the credibility of the witnesses must be done at the close of the case for the prosecution … 10 [15] Maximum evaluation means the assessment process for the essential purpose of analysing the credibility and reliability as well as trustworthiness of the evidence of the prosecution. Credible evidence is evidence which had been filtered and which had gone through the process of evaluation and any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected (see PP v. Ong Cheng 15 Heong [1998] 4 CLJ 209). Thus, what is required by a trial Court is to test the evidence of a witness from all angles as well as its reliability and credibility by considering the entire evidence placed before the Court. The evidence must not be accepted at face value but must be tested and evaluated before reliance can be placed on each piece of evidence 20 adduced. Further, the trial Court has the duty to consider the evidence which favours the defence. This requires a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution and if there is any such doubt, there can be no prima facie case (Balachandran v. PP (supra)). 25 [16] The above principle of law on maximum evaluation should be read together with the principle relating to judicial appreciation of evidence which is set out in the following words of Gopal Sri Ram JCA in Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97. A trier of fact who makes findings 30 based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness’s evidence, runs the risk of having his findings corrected on appeal…”. [Penekanan ditambah] [38] Dalam kes Mahkamah Persekutuan, Francis Okechukwu 35 Nwankwo v PP, Criminal Appeal No.: B-05(m)-631-12/2019 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “[21] We have noted the trite principle mere possession of a thing without the mental element or mens rea and knowledge of the nature of the thing S/N nes1y0AxwUOs3jumvnPlPg will not incriminate the possession. Both the physical and mental elements must be fulfilled to establish possession in the criminal context. [See Saad bin Ibrahim v PP [1968] 1 MLJ 58; Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237]. … [41] We appreciate the trite principle that the onus is on the PP to exclude 5 the possibility of access by others to the place of discovery. [See Abdullah Zawawi bin Yusoff v PP [1993] 2 MLJ 1]. Be that as it may, it is trite law that the duty on the PP is only to produce in Court all witnesses necessary for the unfolding of the narrative. Besides that, the PP has the discretion as to which witness to call. In the landmark case of Ti 10 Chuee Hiang v PP [1995] 2 MLJ 433, Edgar Joseph Jr, FCJ speaking for the FC remarked: “On the other hand, it is clear law that the prosecution must have in court all witnesses from whom statements have been taken, but they have a discretion whether to call them or not. (See Teh Lee Tong v PP [1956] MLJ 194). That discretion, however, must be exercised having 15 regard in the interests of justice, which includes being fair to the accused (per Lord Parker CJ in R v Oliva [1965] 3 All ER 116 at p 122; [1965], 2 WLR 1028 at p 1035), and to call witnesses essential to the unfolding of the narrative on which the prosecution case is based, whether the effect of their testimony is for or against the prosecution (per Lord Roche in the 20 Ceylon Privy Council case of Seneviratne v R [1936] 3 All ER 36 at p 49, applied in R v Nugent [1977] 3 All ER 662; [1977] 1 WLR 789”. [Penekanan ditambah] [39] Keterangan-keterangan yang didapati oleh Mahkamah ini melalui 25 saksi pendakwaan SP1 sehingga SP7 adalah memadai di peringkat kes prima facie iaitu sesuatu keterangan yang credible atau boleh dipercayai. Keterangan ini adalah mencukupi untuk Mahkamah ini memanggil Tertuduh untuk membela diri bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah berbahaya dalam 30 pertuduhan tersebut. Setelah diterangkan 3 pilihan, Tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan memanggil 2 orang saksi untuk menyokong kes pembelaan. 35 S/N nes1y0AxwUOs3jumvnPlPg KES PEMBELAAN Keterangan Tertuduh (SD1) [40] Tertuduh memberi keterangan secara bersumpah dan memberitahu Mahkamah dia bekerja kampung. Pada 22.3.2020 dia berada di Sedim untuk membaiki rumah bapa saudaranya. Pada jam 9.00 5 pagi, SP4 telah datang ke rumah bapa saudara Tertuduh dan mengajaknya balik ke kampung di Batu Kurau. Hari itu adalah hari Ahad dan Tertuduh telah habis kerjanya membuat rumah. Mereka bertolak pada jam 10.00 pagi dan Tertuduh menumpang motorsikal SP4. Tertuduh memberitahu dia nampak SP4 menggalas sebuah beg dan kemudian SP4 10 meletakkan beg itu ke dalam raga motorsikal. Tertuduh mendakwa dia tidak melihat dan tidak tahu apa isi kandungan beg itu. [41] Mereka menaiki motorsikal dan apabila tiba di Pekan Mahang, SP4 melihat ada SJR di hadapan, lebih kurang 200 meter. SP4 kononnya 15 berhenti mengejut di sebelah kedai nasi ayam yang berhampiran dan bertanya sama ada Tertuduh memiliki lesen motor dan Tertuduh menjawab dia ada lesen “L” sahaja untuk menunggang motorsikal seorang. Mereka berjumpa seorang yang bernama Saiful (SD2) di situ. Tertuduh menunggu di luar kedai sahaja kerana tugasnya “menunggu 20 motor” manakala SP4 bersembang dengan SD2. Kemudian SP4 menyuruh Tertuduh membawa motorsikalnya dan SP4 akan menaiki motorsikal dengan SD2. Ini kerana Tertuduh mendakwa SP4 tidak memiliki lesen motorsikal. 25 [42] Kemudian SP4 memberikan kunci motorsikalnya kepada Tertuduh lalu dia bertolak dari kedai makan itu menghala ke SJR. Tertuduh mendakwa SP4 berkata “Tak apa, hang pergi jalan dulu. Saya nak beli S/N nes1y0AxwUOs3jumvnPlPg nasi.”. Sampai di SJR Tertuduh ditahan oleh seorang anggota polis iaitu SP6 dan bukan SP5 atau SP7, kononnya dua orang anggota polis itu tiada di SJR tersebut. Tertuduh diminta oleh SP6 untuk mengeluarkan kad pengenalan dan lesen lalu dia mengeluarkan dokumen tersebut dari poket belakang seluar jeans yang dipakainya. Semasa itu beg galas berada 5 dalam raga motorsikal dan dia memberitahu polis beg itu kepunyaan Hairon yang berada di kedai makan sedang membungkus nasi di Pekan Mahang. Selepas setengah jam barulah SP5, SP7 dan Kpl Nurul Faizal datang menaiki van dan membawa Tertuduh ke balai polis. Tertuduh mendakwa semasa dia menandatangani Borang Bongkar, dokumen itu 10 belum dilengkapkan dan adalah kertas kosong sahaja. Tertuduh juga mendakwa dipaksa menggalas beg itu untuk diambil gambar di IPD. Keterangan SD2 [43] SD2 adalah rakan SP4 dan kenalan Tertuduh iaitu mereka adalah 15 sekampung dan sudah kenal 3-4 tahun. Saksi memberitahu Mahkamah dia bekerja membawa kenderaan “backhoe”. Keterangan dalam pemeriksaan utamanya di muka surat 192 – 193 Nota Keterangan adalah seperti berikut: 20 “S: Selepas itu apa berlaku? Kawan ini minta tolong bawa kawannya balik. Si Hairon ini minta tumpang kawan dia balik. Apa dia tanya sama kamu? Dia cakap ada roadblock. 25 Mahkamah: Di minta tumpang siapa balik? Kawan ini. Kawan si Hairon. 30 S/N nes1y0AxwUOs3jumvnPlPg Mahkamah: Kawan dia yang tumpang balik? Macam mana ini? Saya tak faham Peguambela Hairon minta tumpang. 5 Hairon minta tumpang daripada kamu ke? Ya, tumpang saya balik. Apa yang dia katakan kepada kamu? 10 Dia cakap lesen tak ada. Adakah kamu setuju untuk menghantar dia? Ada tetapi lambat sedikit. 15 Kemudian, apa berlaku? Apa yang dibuat oleh Hairon? Dia tumpang. Dia balik dulu. Hairon balik dulu. Hairon balik dulu? Ya. 20 ...”. [44] Selepas itu dia menukar jawapan dan mengatakan Tertuduh balik dahulu. SD2 nampak ada beg hitam dalam raga motorsikal. Seterusnya SD2 memberitahu Mahkamah selepas 30 minit baru mereka berdua bertolak balik kerana ramai orang membeli/membungkus makanan untuk 25 dibawa balik. Rumah SD2 terletak di Batu Kurau. SD2 bersetuju jika dia hendak melalui SJR tersebut ke Mahang yang terletak seelpas sempadan negeri Kedah, dia akan memerlukan kebenaran untuk merentas negeri kerana telah bergerak dari Perak ke Kedah. 30 [45] Semasa pemeriksaan balas, SD2 mengakui keluarga Tertuduh hanya meminta pertolongannya untuk memberi keterangan di Mahkamah S/N nes1y0AxwUOs3jumvnPlPg lebih kurang sebulan sebelum tarikh sambung bicara. SD2 juga memberitahu jaraknya dengan motorsikal itu yang diletakkan di tepi jalan ialah lebih kurang 2 meter. SD2 menafikan bahawa dia mereka cerita untuk membantu Tertuduh. Saksi ditanya jarak rumahnya dengan kedai makan itu dan dia menjawab 20 km. SD2 juga bersetuju kawasan di Batu 5 Kurau juga ada kedai makan. Apabila ditanya nama kedai nasi ayam itu yang dia biasa di kawasan itu, SD2 tidak pasti nama kedai tersebut. Oleh itu TPR mencadangkan bahawa kedai nasi ayam itu tidak wujud kerana saksi tidak dapat mengingati nama kedai itu sedangkan dia mengakui selalu pergi ke kedai itu dan SD2 menjawab “Tidak setuju”. 10 [46] Dalam pemerhatian saya ke atas tingkah laku SD2 di Mahkamah, saya mendapati saksi ini kelihatan seperti “takut” dan menukar-nukar jawapannya seperti dalam petikan keterangan di atas. Banyak juga perkara yang SD2 tidak ingat walaupun SD2 menyatakan dia pasti ada 15 berjumpa SP4 dan Tertuduh pada 22.3.2020 sebab dia ada buat kerja di Pekan Mahang. Mahkamah mengambil judicial notice bahawa pada masa awal PKP (hari kelima), pekerjaan membawa “backhoe” seperti itu bukan termasuk di bawah “essential services” dan oleh itu, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah mendapati keterangan SD2 tidak munasabah 20 berbanding keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan. Malah SD2 bersetuju juga dalam tempoh PKP tiada aktiviti yang tidak berbentuk “urgent” boleh dilakukan. Umum tahu bahawa larangan semasa PKP termasuk “Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting kepada negara iaitu air, elektrik, 25 tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.” S/N nes1y0AxwUOs3jumvnPlPg [47] Mahkamah berpendapat keterangan SD2 perlu diteliti dengan waspada kerana tiada keterangan sokongan bebas bagi keterangan saksi ini. Adalah tidak munasabah juga dalam tempoh pergerakan yang ketat semasa PKP fasa pertama SD2 boleh merentas negeri 20 km dari rumahnya untuk membeli nasi ayam. SP4 juga dalam pemeriksaan balas 5 menafikan ada pergi ke kedai di SJR dan berjumpa “kawan yang lain” pada 22.3.2020 kerana SP4 berada di Kuala Lumpur. Nama “kawan yang lain” itu pula tidak ada ditanyakan kepada SP4 semasa kes pendakwaan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa keterangan SD2 ini hanyalah suatu afterthought kerana SP4 tidak pernah ditanya dengan terperinci 10 mengenai “kawan yang lain” itu dan cadangan pada masa itu ialah SP4 hendak minum kopi dengan kawannya itu sedangkan TIDAK ada mana-mana orang yang boleh makan dan minum di luar pada masa itu seperti diakui oleh Tertuduh sendiri. 15 Keterangan SD3 [48] Saksi terakhir pembelaan ialah Kpl Nurul Faisal Bin Md Sabri, salah seorang anggota yang bertugas di SJR pada hari kejadian. Secara ringkasnya, saya boleh simpulkan bahawa saksi ini dipanggil untuk menidakkan keseluruhan keterangan yang telah diberikan oleh SP5, SP6 20 dan SP7 (rujuk kepada Nota Keterangan muka surat 209 – 225). Di awal keterangannya SD3 sudah menafikan ada memberikan percakapan kepada SP6. Selepas mendapati keterangan SD3 adalah bercanggah dengan hampir 75% rakaman percakapannya, Mahkamah telah meminta penjelasan daripada SD3 mengenai percanggahan tersebut. Bantahan 25 oleh SD3 iaitu penjelasannya adalah kerana SP6 tidak mengambil rakaman percakapannya di hadapan SD3 sendiri dan tidak mendapatkan tandatangan SD3 di atas rakaman percakapan di bawah s.112 KAJ tersebut. SD3 juga menafikan bahawa dia bertugas pada hari tersebut di S/N nes1y0AxwUOs3jumvnPlPg SJR dan hanya tiba di situ dengan SP5 dan SP7 manakala SP6 yang menunjukkan kepada mereka dadah yang dijumpai. Mahkamah membuat ruling bahawa terdapat percanggahan yang material pada keterangan SD3 di Mahkamah dan akan mengadakan trial-within-a-trial (TWT). . 5 [49] Semasa SP6 dipanggil semula untuk memberi keterangan dalam TWT, beliau menafikan semua tuduhan yang dibuat oleh SD3 terhadapnya. SP6 juga memberitahu Mahkamah bahawa adalah perkara yang biasa untuk anggota polis memberi percakapan yang sama seperti kandungan dalam laporan tangkapan. Seperkara lagi, percakapan SD3 10 dirakam di Pejabat Narkotik (bilik SP6), dan pada masa itu pegawai atasan beliau (Insp. Zaki) berada di pejabatnya di sebelah bilik SP6. Setelah berpuas hati dengan keterangan SP6 tentang bagaimana percakapan itu dirakam, Mahkamah telah menandakannya sebagai P30. Kemudian Mahkamah memutuskan tidak perlu memanggil SD3 semula 15 kerana penjelasan mengenai percanggahan keterangan telahpun diberikan oleh SD3 tempohari. Oleh itu, Mahkamah merizabkan ruling (sama ada kebolehpercayaan SD3 telah berjaya dicabar oleh pihak pendakwaan) ke atas impeachment proceedings ke keputusan di aknit kes pembelaan. 20 [50] Prosedur pencabaran kebolehpercayaan saksi ialah seperti diputuskan dalam kes Muthusamy v PP [1947] 1 MLRH 587 di mana mahkamah menyatakan di muka surat 589: “The proper way to apply the sections is this. On the request of either side, the Court reads the former statement. If there is no serious discrepancy the Court 25 so rules and no time is wasted. The first necessity is to read it with the confident expectation that it will be different from the evidence but looking judicially to see whether the difference really is so serious as to suggest that the witness is unreliable. S/N nes1y0AxwUOs3jumvnPlPg Differences may be divided into four classes: