Adakah Tertuduh mempunyai pengetahuan, kawalan dan pemilikan dadah-dadah tersebut [21] Dalam hal ini Mahkamah perlu berhati-hati disebabkan tempat di mana dadah-dadah itu ditemui dihuni oleh beberapa orang lain. Pada masa yang sama tempat dadah-dadah itu ditemui dalam bilik ketiga dipenuhi dengan pakaian kanak-kanak dan wanita. Apakah ini menunjukkan bahawa bilik tersebut dimasuki oleh orang lain selain daripada Tertuduh. [22] Keterangan menunjukkan bahawa penghuni-penghuni lain menyatakan bahawa mereka tidak masuk ke bilik ketiga tersebut atau sekurang-kurangnya tiada keterangan yang mencadangkan bahawa bilik tersebut diakses oleh orang lain semenjak Tertuduh tiba di rumah tersebut sehingga serbuan dijalankan. Ini ditambah pula terdapat keterangan yang menyatakan Tertuduh telah dilihat masuk ke dalam bilik tersebut ketika serbuan dilakukan. Ia dinyatakan oleh pegawai serbuan. Tiada sebarang sangkalan terhadap keterangan tersebut. Keterangan yang menyatakan Tertuduh telah menunjukkan dadah-dadah tersebut kepada pegawai serbuan di dalam bilik seterusnya secara tepat tidak dapat mencadangkan bahawa Tertuduh tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah tersebut di dalam bilik ketiga tersebut. [23] Keterangan yang menunjukkan Tertuduh telah menggunakan bilik ketiga tersebut tanpa digunakan oleh orang lain dan dadah-dadah itu diletakkan di tempat yang sukar untuk dilihat oleh orang lain melainkan Tertuduh sahaja menunjukkan bahawa dia mempunyai kawalan dan jagaan kepada dadah-dadah tersebut. Ini adalah disebabkan Tertuduh mempunyai kawalan atau memutuskan pada bila-bila masa untuk berurusan dengan dadah-dadah tersebut tanpa dapat dihalang oleh penghuni lain rumah tersebut. [24] Mahkamah ini berpendapat semata-mata disebabkan rumah tersebut dihuni oleh orang lain, tidak secara automatik menyebabkan Tertuduh tidak mempunyai kawalan, pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut melainkan terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa penghuni-penghuni lain mempunyai kawalan bersama terhadap dadah-dadah tersebut atau dadah-dadah berada di kawasan terbuka dalam rumah tersebut yang boleh digunakan oleh para penghuni lain rumah tersebut. [25] Keterangan SP9 menunjukkan hubungan di antara Tertuduh dengan bilik ketiga tersebut dinyatakan seperti berikut: : Ini berdasarkan keterangan puan ya. Puan kata barang tu yang Faizal tunjuk. Tunjuk kat mana? : Dia macam ni jalan cerita dia. Mula-mula polis sampai. Sebabnya macam ni. Polis sampai, pastu Faizal dalam bilik. Bila dia tahu polis dah nak serbu, dia lari ke belakang. Dia lari ke belakang pastu polis kejar, polis serbu dalam bilik tu lah. : Lari ke belakang. Ke belakang tu ke mana? : Ke dapur ke bilik air macam tu lah. : Ke dapur, bilik air. Kemudian polis kejar? : Ha ah. : Kemudian? : Lepastu polis tangkap dia. Suruh masuk dalam bilik. Makna nak geledah sekali lah tu kan. : Polis tangkap dia dan suruh masuk dalam bilik? : Hmmm : Kemudian? : Lepas tu masa tu Faizal masuk sekali. : Ni bilik mana puan? : Bilik nombor 3. Lepas tu dia ada bagi satu macam beg ke apa saya tak tahu. : Siapa? : Faizal lah. : Bagi 1 beg? Yang tadi puan kata puan tak ingat warna, bentuk, besar, kecik. Yang tu maksud puan? : Ha ah. [26] Malahan semasa pemeriksaan semula SP9 mengesahkan berkenaan dengan penyerahan barang kes kepada polis oleh Tertuduh seperti berikut: : Direct tak direct apa yang kamu nampaklah. Kenapa kamu cakap kamu tak bersetuju kamu tak nampak Faizal serah barang. Jadi, kamu ceritalah kenapa kamu nampak yang Faizal serah barang. Bagaimana kamu boleh nampak Faizal serah barang. Itu soalan saya. : Sebab tadi dia tanya, saya tak pasti warna dan apakan, jadi saya macam tak dapat jawab lah yang tu. [27] Ini mengesahkan keterangan SP9 semasa pemeriksaan semula seperti berikut: : Jadi apa yang berlaku selepas polis pergi ke bilik nombor 3, pergi kepada Faizal ni? Selepas itu apa yang berlaku? : Terus geledah bilik nombor 3 lah. : Ok. Selepas geledah ni, apa yang berlaku? : Saya nampak Faizal bagi kepada polis kotak hitam. : Baik. Kotak hitam ya? : : Kotak hitam tu, bentuk, saiz tu kamu ingat? : Ingat. : Jadi, kotak tu kotak apa ya? : Kotak reben rasanya. : Kotak reben rasanya ya? : Ha ah. : Faizal serahkan ni dimana? Dalam rumah? : Ya, dalam rumah. : Kemudian, selepas diserah dengan kotak hitam ni apa yang berlaku lagi? : Dan saya nampak dia serahkan kunci kereta. : Kamu nampak diserahkan kunci kereta ini di mana? Di rumah juga? : : Jadi selepas itu apa yang berlaku lepas dia serahkan kunci kereta ni? : Dia pergi ke kereta dan mengeluarkan satu lagi macam beg ke kotak ke macam itulah, warna hitam juga. : Dia pergi ke kereta ni ada diikuti oleh polis ke? : Ya. Diikuti polis. : Dan kamu nampak? : Ya, saya nampak. : Macam mana kamu boleh nampak ya? Pergi ke kereta, kamu cakap kereta ni ada sehari sebelum tu dia datang dan dia letak depan rumah ya? : : Jadi, kamu boleh nampak walaupun ada dalam rumah? : : Macam mana boleh nampak? : Bila buka pintu tu. Kereta tu terus nampak. Dia parking betul-betul depan rumah. : Ok. Jadi apa yang kamu nampak? : Dia serahkan beg hitam tu pada pihak polislah. : Serahkan? : Beg hitam kepada pihak polis. : Kamu nampak ni, kamu nampak dari bahagian mana rumah tu? : Dalam. : Dalam, bahagian mana ruang rumah? : Ruang tamu. : Jadi, masa polis geledah dan Faizal serahkan kamu cakap tadi beg hitam di bilik nombor 3 dan juga masa Faizal serah kunci dan kemudian polis ikuti ke kereta dan diserahkan beg hitam, di mana kamu berada dan juga yang lain-lain? : Saya di ruang tamu dan lain-lain pun di ruang tamu. [28] Keterangan ini adalah konsisten dengan keterangan yang diberikan oleh SP11 berkenaan terjumpanya barang kes di bilik nombor 3 dan telah dipandu oleh Tertuduh ke kereta di mana ditemui dadah. Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu berhati-hati bahawa SP9 adalah individu yang berada bersama-sama dalam rumah tersebut dan ditangkap bersama-sama Tertuduh semasa kejadian. Namun demikian keterangan yang dikemukakan oleh SP9 tersebut tidak menunjukkan bahawa SP9 ingin mengemukakan keterangan bagi menyelamatkan dirinya daripada pertuduhan seperti yang cuba dicadangkan oleh peguam Tertuduh semasa pemeriksaan balas. Selain daripada itu keterangan SP9 ini telah disokong oleh SP11 yang mana keterangannya sebagai anggota polis adalah sesuatu yang tidak wajar untuk ditolak disebabkan satu keterangan yang pada lazimnya tidak wajar diketepikan seperti yang dinyatakan dalam kes Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] 1 MLJ 257. Hakim Thomson CJ menyatakan seperti berikut: “If Magistrates are going to adopt this sort of attitude to Police evidence in connection with road traffic cases there will be an end to all law enforcement in the country. When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.” [29] Dalam kes Mohamed Ali (supra) Mahkamah mengambil perhatian bahawa keterangan polis tersebut dinyatakan dalam konteks keterangan berkaitan dengan kesalahan-kesalahan lalulintas. Namun apa yang dapat difahami daripada kes tersebut Mahkamah tidak boleh menolak keterangan polis semata-mata tidak mempercayai keterangan tersebut. [30] Penelitian kepada keterangan saksi SP11 dalam kes ini ia adalah didapati keterangan SP11 tidak ditunjukkan merekapalsu keterangan bagi memperkuatkan kes pendakwaan. Keterangan itu adalah biasa yang secara lazimnya mempunyai kebarangkalian wajar diterima oleh Mahkamah. [31] Semasa pemeriksaan balas ke atas SP11, beliau menyatakan seperti berikut: : Memang mereka menunggu En. Taufiq sebelum masuk? J : Sewaktu pemeriksaan ataupun serbuan dibuat, kronologi dia saya cerita. Sebaik sahaja berjaya menahan suspek pertama di dapur yang mana bilik ketiga adalah merupakan bilik yang paling hampir dengan saya pada waktu itu. Jadi saya secara spontan terus masuk ke bilik ketiga dulu bersama anggota serbuan yang ada dan telah berjaya menahan B2. Yang pertama kita secure dulu mana-mana suspek sebelum penggeledahan dibuat. Jadi bilik ketiga telah berjaya menahan suspek kemudian barulah dibuat pemeriksaan di bilik lain. … [32] Ini ditambah pula dengan keterangan SP13 iaitu pemilik rumah di mana Tertuduh ditangkap. SP13 mengesahkan bahawa pada hari kejadian 25.10.2019 dia, isterinya, Alif Azaki, Erma dan Tertuduh berada di rumah tersebut. SP3 juga menyatakan bahawa beliau mengenali Tertuduh lebih kurang 3 hingga 4 bulan. SP13 telah memperihalkan berkenaan dengan kejadian pada tarikh tersebut dengan menyatakan bahawa selepas polis masuk dalam rumah telah dilakukan pemeriksaan fizikal pada badan dan memeriksa kawasan dalam rumah. Pemeriksaan fizikal tersebut itu dibuat kepada SP13, Alif, Husna, Erma dan Tertuduh. Ia tidak menjumpai apa-apa barang salah. SP13 nampak bahawa polis buat pemeriksaan di bilik ketiga namun dia tidak pasti dimanakah Tertuduh berada ketika itu. [33] SP13 mengesahkan bahawa bilik ketiga tersebut bebas untuk keluar masuk oleh orang yang datang ke rumah tersebut. Mereka akan menyalin pakaian di bilik nombor tiga. [34] SP13 menyatakan bahawa semasa pemeriksaan balas mengesahkan bahawa pada masa serbuan tersebut dia dan Alif berada di bilik nombor satu, Husna di bilik nombor dua, Erma dan Tertuduh berada di ruang tamu. Di samping itu Erma juga disahkan oleh SP13 tidak pernah tidur di bilik nombor tiga. Tertuduh juga disahkan oleh SP13 sebelum kejadian tidak pernah tidur di bilik ketiga tetapi dia hanya masuk menukar pakaian sahaja. SP13 mengesahkan dia menyerahkan kunci kereta kepada pihak polis. Walau bagaimanapun SP13 mengesahkan dia telah dituduh bersama-sama dengan Tertuduh bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kemudian dibebaskan menjadi saksi polis. Apa yang menarik dalam keterangan SP13 berkenaan isu ini ialah apabila dia menyatakan seperti berikut: : Macam hari inilah? Setuju tak saya katakan sekiranya Encik Sulaiman tidak menjadi saksi polis hari ini, Encik Sulaiman juga mungkin dituduh bersama Faizal betul? : Betul. [35] Dalam kes ini juga terdapat suatu penyataan di bawah seksyen 37B(1) (b) ADB 1952 yang dikatakan dibuat oleh Tertuduh yang mana dicatatkan pegawai pemeriksa adalah Inspektor Mohd Taufik Ajmal bin Jamaluddin iaitu SP11. Dia adalah merupakan pegawai yang membuat serbuan dalam kes tersebut. Penyataan tersebut telah dikemukakan sebagai P31. [36] Dalam salinan asal penyataan tersebut yang bertulis tangan terdapat cap jari kiri dan kanan Tertuduh serta cap jari kiri dan kanan pegawai pemeriksa iaitu SP11. SP11 dalam keterangan dalam penyataan saksi menyatakan bahawa selepas soal siasat dibacakan kepada Tertuduh di bawah seksyen 37B(1) (b) ADB 1952 Tertuduh telah berada dalam keadaan cemas, gelisah dan ketakutan. Dia telah mengambil satu bekas plastik berpenutup warna hitam atas lantai bilik ketiga rumah dan telah menyerahkannya kepada SP11 dengan tangannya. Tertuduh bersama empat orang suspek yang lain serta pasukan serbuan telah melihat SP11 memeriksa bekas plastik tersebut yang menjumpai 6 peket plastik lutsinar pelbagai saiz setiap satu berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu. [37] Dalam kes ini Mahkamah mendapati bahawa maklumat yang diperolehi melalui seksyen 37B(1) (b) ADB 1952 ini adalah tidak ditunjukkan ianya tidak boleh diterima oleh Mahkamah. Ini adalah disebabkan semasa dokumen tersebut dikatakan telah disediakan oleh SP11 dan ditandatangani oleh Tertuduh dan SP11 ianya adalah suatu kertas kosong tidak dapat dibuktikan melalui keterangan saksi-saksi. Malahan ianya adalah dakwaan semata-mata. Hatta ia tidak dapat disahkan oleh SP13 dan SP9 yang berada di tempat kejadian tersebut. Oleh itu Mahkamah berpendapat maklumat yang diperolehi daripada seksyen 37B(1) (b) ADB 1952 maklumat tersebut boleh menjadi sebahagian daripada keterangan pihak pendakwaan. [38] Seterusnya SP11 dalam keterangannya menyatakan dia telah dipandu oleh Tertuduh untuk mengambil satu kunci alat kawalan jauh atas katil di bilik ketiga rumah. Tertuduh membawa SP11 dan pasukannya ke sebuah kereta Perodua Alza dan membuka kereta tersebut dengan menggunakan kunci alat kawalan jauh itu dan menjumpai satu bekas plastik berzip merah yang mana hasil pemeriksaan tersebut mendapati 4 peket plastik lutsinar pelbagai saiz yang dipercayai heroin. SP11 juga turut menjumpa wang tunai berjumlah RM1955.00 dan buku nota tercatat perkataan Kementerian Belia dan Sukan. Seterusnya kesemua barang kes tersebut telah diserahkan oleh SP11 kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya. [39] Berdasarkan keterangan SP11 dan SP12 serta SP13 tersebut ia menunjukkan bahawa bilik ketiga tersebut tidak dapat dikatakan tidak dimasuki oleh Tertuduh. Walaupun keterangan SP13 menunjukkan bahawa ada juga bilik tersebut dimasuki oleh orang lain sebelum ini namun tiada keterangan yang dapat menunjukkan bahawa beberapa ketika sebelum kejadian ada orang lain yang memasuki bilik tersebut. Apa yang ada ialah keterangan menunjukkan Tertuduh menurut SP13 ada masuk ke dalam bilik tersebut sejurus sebelum kejadian yang dikatakan bertujuan untuk Tertuduh menukar pakaian. [40] Di samping itu Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan SP11 yang memperihalkan berkenaan dengan serbuan tersebut telah menunjukkan bahawa Tertuduh yang tidak dapat disanggah keterangan SP11 tersebut telah membawa SP11 ke tempat bilik ketiga tersebut di mana dadah tersebut dijumpai di samping mengambil kunci kenderaan yang akhirnya ditemui dadah di dalam kereta tersebut yang dibuka melalui kunci alat kawalan tersebut. [41] Mahkamah juga mengambil perhatian bahawa penemuan dadah tersebut adalah dibuat ekoran daripada keterangan yang diberikan oleh OKT kepada SP11 melalui P31 tersebut. Mahkamah juga mendapati bahawa tiada keterangan yang dapat menunjukkan hubungan SP13 atau penghuni lain dengan dadah tersebut. Apa yang jelas ialah keterangan SP11, SP12, dan SP13 menunjukkan kaitan dadah tersebut dengan Tertuduh berdasarkan kepada Tertuduh yang menunjukkan dadah tersebut dalam bilik ketiga, Tertuduh yang dikatakan telah berada dalam bilik tersebut sejurus sebelum kejadian, Tertuduh yang membawa SP11 dan anggota ke kereta yang ditemui dadah tersebut. [42] Dalam hal ini Mahkamah perlu berhati-hati disebabkan pada masa serbuan tersebut terdapat orang lain dalam rumah tersebut. Ia mencadangkan bahawa Tertuduh tidak boleh dikatakan hanya orang yang mempunyai akses kepada bilik ketiga tersebut. Namun demikian keterangan SP13 dan SP11 serta SP12 tidak dapat menunjukkan bahawa orang lain yang berada di rumah tersebut mempunyai hubung kait dengan dadah tersebut. Ini menunjukkan bahawa dadah tersebut pada hemat Mahkamah mempunyai akses oleh Tertuduh. Borang Bongkar [43] Selain daripada itu Mahkamah juga perlu memberi perhatian kepada hujahan pihak pembelaan yang menyatakan bahawa terdapat butiran yang tidak tepat dalam borang senarai geledah [P32] yang tidak konsisten dengan laporan polis [P18]. Adalah didapati bahawa keterangan pegawai serbuan mengesahkan bahawa terdapat kesilapan dalam senarai geledah tersebut. Mahkamah telah meneliti senarai geledah tersebut dan mendapati terdapat pengulangan catatan di dalam senarai geledah tersebut. Penjelasan diberikan oleh saksi-saksi adalah terdapat kesilapan dalam penyediaan senarai geledah tersebut. Ia telah menyebabkan bilangan barang yang digeledah adalah berbeza di antara laporan polis dengan senarai geledah. Apa yang jelas ialah senarai barang-barang kes yang dirampas dan dikemukakan di Mahkamah telah disahkan oleh saksi-saksi pendakwaan. Oleh itu adalah wajar untuk Mahkamah meneliti kepada seksyen 64 KPJ berkenaan dengan senarai bongkar dan kesannya kepada sesuatu kes jenayah. Seksyen 64 KPJ menyatakan seperti berikut: “64 List of all things seized to be made and signed A list of all things seized in the course of a search made under this Chapter and of the places in which they are respectively found shall be prepared by the officer or other person making the search and signed by him.” [44] Hakikat seksyen 64 KPJ tersebut telah dinyatakan oleh Mahkamah dalam kes San Soo Ha v Public Prosecutor [1968] 1 MLJ 34 seperti berikut: “The third ground of appeal is that the provisions of section 64 of the Criminal Procedure Code had not been complied with. In my view, the provisions of the section are to be strictly followed to the extent it is possible to ensure that the incriminating articles obtained as a result of the search were recovered as alleged and leaves no room for doubt and to exclude the possibility of any concoction or malpractice of any kind. This section bears some resemblance to section 103 of the Indian Criminal Procedure Code which is more exhaustive than ours. Conviction or acquittal of an accused person invariably depends upon the credibility of witnesses as assessed by the trial court and never on the question whether a particular legal procedure has been complied with. The most that can be said about the failure to comply with the provision relating to search list is that it may cast doubt upon the bona fides of the parties conducting the search and accordingly afford ground for scrutiny; but if after close scrutiny the court arrives at the conclusion that the stolen articles were recovered from the possession of the accused person, it is obviously no defence to say that the evidence was obtained in an irregular manner. There is nothing in the law which makes such evidence inadmissible. (See Bashir Emperor AIR 1932 All 185; Bhattacharjee Emperor AIR 1940 Cal 85). In the present case the learned president had explored the evidence and came to the conclusion that the stolen articles were recovered from the possession of the appellant. I am therefore unable to see how the failure to prepare a search list by itself would entitle the appellant to an acquittal.” [45] Sementara itu dalam kes PP v Chin Hock Aun [1989] 1 MLJ 509 dinyatakan: “The requirement for the search list to be signed does not appear under s 65 itself but appears under preceding s 64 and I believe ss 64 and 65 were adapted from sub-s (2) and (3) of s 103 of the Indian Criminal Procedure Code and in the process a drafting error crept into our s 65; the words 'under this section' should really read 'under section 64'. Now, s 64 requires a list of all things seized under 'this Chapter' (ie Cap VI of the Criminal Procedure Code) and of the places in which they are respectively found to be prepared by the officer or other person making the search and signed by him. It will be noted that the search list is in respect of things seized under Cap VI of the Criminal Procedure Code. Chapter VI deals, inter alia, with the procedure in regard to the production of documents or other things for the purposes of any investigation, inquiry, trial or other proceeding (s 51), in regard to the production of postal articles (s 52), in regard to search warrants (s 54), in regard to warrants authorizing search for evidence of offences (s 56), in regard to search for persons wrongfully confined (s 58), in regard to search without warrant for stolen property (s 62), in regard to search warrant for counterfeit coins or currency and things connected therewith (s 62A and 62B), and in regard to summary search for stolen property under the written authority of the chief police officer (s 63). There is no provision in Cap VI for the sort of seizure done in this case. In this case the seizure was made without a search warrant under the provisions of the Dangerous Drugs Act 1952. The general provisions for seizure with or without search warrants are contained in s 27 of the Act and there is nothing in s 27 or any other section requiring that a search list be made of goods seized after a search save for s 30(3). Section 30(3) states that when any conveyance is seized under s 30, the seizing officer shall forthwith give notice in writing of such seizure and the grounds thereof to the owner of such conveyance but even then no such notice is required to be given where the seizure is made in the presence of the offender or the owner or his agents. Thus to my mind there is no legal obligation on the part of the raiding party in this case to prepare and deliver a search list under the terms of ss 64 and 65 of the Criminal Procedure Code. Even if I am wrong on the non-applicability of the said ss 64 and 65 to the present case, I am mindful of the case of San Soon Ha v PP [1968] 1 MLJ 34 and I am satisfied that no doubt has been cast on the bona tides of the police party conducting the raid at the hotel room. And no reasonable doubt has been created in my mind that, as the prosecution's case shows, there was no other bag apart from the briefcase seized in the room.” [46] Adalah tidak dapat dinafikan tujuan sesuatu borang pengeledahan disediakan ialah untuk membolehkan disahkan apakah barang-barang yang dirampas bagi mengelakkan daripada tohmahan bahawa pihak polis telah mengambil barang-barang yang tidak berkaitan daripada Tertuduh dalam sesuatu pemeriksaan di tempat kejadian. Pada hemat Mahkamah ia tidak menjadi salah satu keterangan yang boleh menyokong kes pendakwaan atau sebaliknya. Oleh itu ketiadaan maklumat yang tepat di dalam suatu borang pengeledahan tidak semestinya menyebabkan elemen kesalahan tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [47] Oleh itu Mahkamah mendapati bahawa Tertuduh mempunyai pemilikan, jagaan, kawalan dan pengetahuan berkenaan dadah-dadah tersebut bagi pertuduhan di dalam bilik ketiga tersebut.