Content
Page 1 of 31 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: PA-45A-51-09/2019 PENDAKWA RAYA LAWAN NORAZLIZAM BIN ABDUL RAHMAN (NO. K/P: 761209-07-5609)
PA-45A-51-09/2019
High Court of Malaysia12 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“roactive effort by the police to procure the attendance of such material, relevant and important eyewitnesses. [15]There was no attempt to fully utilise the prevailing and available provisions of the Criminal Procedure Code, in order to secure the attendance of the witnesses. The police failed to invoke the provisions”
“i (Hakim pada masa itu) berkaitan kegagalan pihak polis untuk menggunakan peruntukan-peruntukan di dalam KTJ bagi memastikan kehadiran saksi-saksi ke Mahkamah seperti berikut:- "[13]Section 32 of the Evidence Act 1950 is an exception to the general rule that hearsay evidence is inadmissible. Under s 32(1) of the Act, o”
“ses orang lain ke dalam kereta BMW tersebut, di mana barang kes ditemui. Prinsip ini adalah sebagaimana yang disebut oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Francis Okechukwu Nwankwo lawan PP & Another Appeal [2022] CLJU 2649. “[41] We appreciate the trite principle that the onus is on the PP to exclude the possibility of acces”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 31 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: PA-45A-51-09/2019 PENDAKWA RAYA LAWAN NORAZLIZAM BIN ABDUL RAHMAN (NO. K/P: 761209-07-5609)
a
(A) PENDAHULUAN [1] Norazlizam bin Abdul Rahman (“OKT”) telah dituduh di Mahkamah ini dengan pertuduhan pindaan seperti berikut: “Bahawa kamu pada 24.11.2018 jam lebih kurang 10.35 malam di kawasan tempat letak kenderaan di R&R Juru arah Utara beralamat di MK 6, Perhentian Lebuhraya Juru, 14000 Bukit Mertajam, Dalam Daerah Seberang Perai Tengah, di dalam Negeri Pulau Pinang, telah mengedar dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 1811.30gm [1690.8gram heroin dan 120.5 gram Monoacetylmorphines] dengan itu kamu telah melakukan satu S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 2 of 31 kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama”. [2] OKT mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Perbicaraan telah dijalankan dengan pihak Pendakwaan memanggil seramai 6 orang saksi untuk memberi keterangan. [3] Di akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Oleh itu OKT telah dilepaskan dan dibebaskan. [4] Semasa menyampaikan keputusan, Mahkamah ini secara ringkas menyatakan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa OKT memiliki dadah berbahaya tersebut. Memandangkan pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen milikan, maka Mahkamah mendapati elemen pengedaran juga tidak dapat dibuktikan.
b
(B) RINGKASAN KES PENDAKWAAN [5] Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi untuk memberi keterangan iaitu; SP1 - Insp Bahtiyar bin Bacho (Pemungut Barang Kes) SP2 - Noor Fadzlina binti Mohd Fauzi (Ahli Kimia) SP3 - ASP Pravin a/l Krishnan (Pengadu / Pegawai Serbuan) SP4 - Insp Muhammad Zulhisham Al Hakim bin Yahya (Anggota Serbuan) SP5 - Insp. Ahmad Safwan bin Mohd Rosslan (Pegawai Penyiasat) SP6 - Insp Noorakma binti Mohd Adzli (Pegawai Penyiasat Ganti) S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 3 of 31 [6] Pada 24 November 2018, jam lebih kurang 3.00 petang, SP3 telah menerima maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah di kawasan perhentian Rehat & Rawat Juru Arah Utara (R&R) Lebuhraya Utara Selatan. [7] Bertindak atas maklumat yang diterima, maka pada jam 6.30 petang, SP3 telah memberi taklimat kepada pegawai dan pasukannya berkenaan maklumat tersebut. [8] Pada jam lebih kurang 7.00 petang, SP3 dan pasukan telah bergerak ke kawasan R&R dengan menaiki tiga (3) buah kereta pasukan dan dua (2) buah motosikal. [9] Apabila sampai di kawasan R&R tersebut, pemantauan telah dilakukan. Selanjutnya pada jam 10.15 malam SP4 telah nampak sebuah kereta jenis BMW berwarna merah dengan nombor pendaftaran WLG 8600 (kereta BMW) di atas Lebuhraya Utara Selatan yang menghala ke Selatan. Kemudiannya kereta BMW telah membuat pusingan U di Plaza Tol Juru dan menghala ke arah Utara lalu berhenti di tepi lebuhraya berhadapan Stesen Minyak Shell di Plaza Tol Juru. [10] SP4 telah menghubungi SP3 melalui telefon bimbit dan memaklumkan mengenai pergerakan kereta BMW seperti yang beliau lihat. SP3 juga melihat kereta BMW berhenti selama lebih kurang 20 saat di hadapan Stesen Minyak Shell Plaza Tol Juru dan kemudiannya kereta BMW bergerak ke arah utara. [11] SP3 telah memberi arahan kepada anggota pasukan untuk mengekori kereta BMW tersebut. Kemudiannya pada jam 10.30 malam, kereta BMW telah berhenti di kawasan tempat letak kenderaan di R&R dengan kedudukannya menghala ke arah keluar R&R tersebut dan bersebelahan pembahagi jalan. S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 4 of 31 [12] SP3 melihat ada seorang lelaki di dalam kereta BMW, dan tiada orang lain bersamanya. Enjin kereta BMW pada masa itu masih hidup dan lampunya masih menyala, cermin tingkap di pintu bahagian pemandu telah diturunkan. [13] SP3 telah mengarahkan 3 buah kereta pasukan untuk memintas dan menghalang kereta BMW tersebut. Ketiga-tiga buah kereta pasukan telah menghalang kereta BMW dari arah belakang, hadapan dan di sebelah kanan. [14] SP3 telah menghampiri kereta BMW dan memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis kepada pemandu kereta BMW dengan menunjukkan kad kuasa. Pemandu kereta BMW dikatakan dalam keadaan gelisah, terkejut dan berpeluh. [15] SP3 telah mengarahkan pemandu kereta BMW turun dan keluar dari kereta, tetapi dia enggan. SP3 dan anggota pasukan telah menarik pemandu kereta BMW keluar dari kereta tersebut. [16] SP3 telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas pemandu kereta BMW dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. Pemeriksaan lanjut ke atas kereta BMW telah dijalankan oleh SP3 bersama SP4 dengan disaksikan oleh pemandu kereta BMW. [17] Hasil pemeriksaan ke atas kereta BMW telah menjumpai satu (1) bungkusan plastik lutsinar berwarna merah dalam keadaan terbuka terletak di atas kerusi penumpang belakang sebelah kiri. Di dalam bungkusan plastik lutsinar tersebut mengandungi dua (2) bungkusan plastik warna hitam. [18] Pemeriksaan ke atas dua (2) bungkusan plastik hitam tersebut mendapati seperti berikut:
i
Plastik Hitam Pertama mengandungi—
a
Satu (1) bungkusan plastik warna hitam berpita pelekat warna kuning di dalamnya mengandungi dua (2) S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 5 of 31 ketulan mampat bungkusan plastik berwarna hijau masing-masing dibalut kertas minyak berwarna coklat kemudian dibaluti dengan plastik lutsinar dan dibaluti plastik lutsinar berwarna putih berisi disyaki dadah jenis “Heroin Base”;
b
Satu (1) bungkusan plastik warna hitam berpita pelekat warna kuning di dalamnya mengandungi dua (2) ketulan mampat bungkusan plastik berwarna hijau masing-masing dibalut kertas minyak berwarna coklat kemudian dibaluti dengan plastik lutsinar dan dibaluti plastik lutsinar berwarna putih berisi bahan disyaki dadah jenis “Heroin Base”; dan
c
Satu (1) bungkusan plastik warna hitam berpita pelekat warna kuning di dalamnya mengandungi dua (2) ketulan mampat bungkusan plastik berwarna hijau masing-masing dibalut kertas minyak berwarna coklat kemudian dibaluti dengan plastik lutsinar dan dibaluti plastik lutsinar berwarna putih berisi bahan disyaki dadah jenis “Heroin Base”.
II
(ii) Plastik Hitam Kedua mengandungi—
a
Satu (1) bungkusan plastik warna hitam berpita pelekat warna kuning di dalamnya mengandungi dua (2) ketulan mampat bungkusan plastik berwarna hijau masing-masing dibalut kertas minyak berwarna coklat kemudian dibaluti dengan plastik lutsinar dan dibaluti plastik lutsinar berwarna putih berisi bahan disyaki dadah jenis “Heroin Base”; dan
b
Satu (1) bungkusan plastik warna hitam berpita pelekat warna kuning di dalamnya mengandungi dua (2) S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 6 of 31 ketulan mampat bungkusan plastik berwarna hijau masing-masing dibalut kertas minyak berwarna coklat kemudian dibaluti dengan plastik lutsinar dan dibaluti plastik lutsinar berwarna putih berisi bahan disyaki dadah jenis ‘Heroin Base’. [19] Pemeriksaan lanjut di dalam kereta tersebut turut menjumpai -
a
Satu (1) tin minuman bertulis “SARANG BURUNG” di tempat letak minuman di ruang tengah iaitu di antara kerusi pemandu dan kerusi penumpang hadapan;
b
Dua (2) resit bertulis “BAYERNZ SDN BHD” di atas nama Norazlizam dan beralamat 15 Soloh Muhibbah 5, B Garden 14000 Bukit Mertajam; dan Satu (1) batang anak kunci berserta alat kawalan jauh pada suis enjin kenderaan tersebut. [20] Seterusnya SP3 telah menahan pemandu kereta BMW, merampas kereta tersebut dan semua barang yang dijumpai. Pemandu kereta tersebut dan semua barang rampasan telah dibawa balik ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dengan menaiki kereta pasukan. [21] Semua barang rampasan adalah seperti yang disenaraikan dalam Borang Senarai Geledah [Ekshibit P3 dan P4]. SP3 juga telah membuat laporan polis berkenaan tangkapan dan rampasan barang kes seperti mana dalam Laporan Polis Bukit Tengah No. 13051/2018 bertarikh 25.11.2018 [Ekshibit P2]. [22] Kemudiannya SP3 telah menyerahkan pemandu kereta BMW dan semua barang rampasan kepada Pegawai Penyiasat (SP5) pada 25.11.2018 jam lebih kurang 8.00 pagi di pejabat Pegawai Penyiasat, S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 7 of 31 BSJND, IPD Seberang Perai Tengah seperti mana dalam Borang Serah Terima Barang Kes [ekshibit P5]. [23] Setelah menerima barang kes, SP5 telah mengambil tindakan-tindakan yang berikut:-
a
Menyimpan semua barang rampasan di dalam lokar besi yang terletak di dalam pejabatnya dan mengunci lokar tersebut. Kunci lokar hanya dimiliki oleh SP5.
b
Memaklumkan mengenai tangkapan dan rampasan dadah kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah SPT.
c
Membuat penandaan pada setiap barang rampasan.
d
Mengarahkan Jurufoto Kpl. 139594 Zulkefli bin Abdul Rahim untuk membuat pengesanan cap jari ke atas barang rampasan dan hasilnya negatif.
e
Menyimpan semula barang rampasan di dalam lokar yang berkunci di dalam pejabat SP5.
f
Mengarahkan Jurufoto mengambil gambar kereta BMW dan sebanyak 5 keping gambar telah dirakam oleh Jurufoto.
g
Pada 27.11.2018 jam 10.30 malam, SP5 telah pergi ke tempat kejadian bersama Jurufoto untuk merakam gambar tempat kejadian. Sebanyak 6 keping gambar tempat kejadian telah dirakam dan telah membuat lakaran rajah kasar tempat kejadian.
h
Pada 28.11.2018 jam 10.00 pagi, menerima pengesahan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan bahawa kereta BMW dengan nombor pendaftaran WLG 8600 adalah atas nama Noor Syafiqa binti Norazlizam [KPT: 951018-07-5232]. S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg
i
Pada hari yang sama jam lebih kurang 11.34 pagi, SP5 telah menghantar dua (2) sampul surat yang bertanda “SR(1)” dan “SR(2)” berserta satu borang POL 31 kepada Ahli Kimia iaitu Puan Noor Fadzlina binti Mohd Fauzi (SP2) untuk tujuan analisis. SP2 telah mengeluarkan resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia bagi mengesahkan penerimaan 2 sampul surat tersebut daripada SP5, seperti dinyatakan dalam Resit Rasmi [ekshibit P7]. [24] Hasil analisis kimia oleh SP2 mendapati bahawa dadah berbahaya yang telah dirampas oleh SP3 dari dalam kereta BMW adalah dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 1811.30 gram [1690.8 gram heroin dan 120.5 gram Monoacetylmorphines]; (Laporan Kimia No. Makmal: 18-FR-P-08946 dirujuk – Ekshibit P8.) [25] Pada 4.12.2018, pemandu kereta BMW (selepas ini dikenali sebagai OKT) telah dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
c
(C) HUJAHAN PIHAK-PIHAK DI AKHIR KES PENDAKWAAN Hujahan Pendakwaan [26] Hujahan Pendakwaan dapat diringkaskan seperti berikut:
i
Melalui keterangan SP3, pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan dan/atau kawalan ke atas barang kes dadah berbahaya yang mana pada masa dadah tersebut dijumpai, hanya OKT dan dadah tersebut berada di dalam kereta BMW tersebut. Maka S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 9 of 31 adalah jelas bahawa dadah berbahaya yang dirampas berada di dalam milikan fizikal OKT pada tarikh dan masa seperti yang dipertuduhkan.
II
(ii) OKT mempunyai pengetahuan bahawa barang yang dirampas dari dalam kereta BMW adalah dadah berbahaya. Tindakan OKT yang cuba untuk melarikan diri dengan membelok tayar bahagian hadapan motorkar ke kanan apabila pihak polis perkenalkan diri menunjukkan bahawa OKT ada pengetahuan mengenai dadah tersebut.
III
(iii) Apabila OKT berada dalam situasi dan keadaan yang mana dia tidak berpeluang untuk melarikan diri, maka OKT tidak meneruskan hasratnya untuk melarikan diri. Reaksi OKT yang gelisah, terkejut, berpeluh dan enggan keluar dari kereta BMW tersebut menunjukkan OKT mempunyai pengetahuan berkenaan barang kes tersebut.
IV
(iv) SP2 telah mengesahkan bahan yang telah dianalisis adalah dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 1811.30 gram [1690.8 gram heroin dan 120.5 gram Monoacetylmorphines].
v
Ketika rampasan, barang kes dadah tersebut berada di dalam beg plastik merah yang ditemui di atas kerusi penumpang bahagian belakang di sebelah kiri di dalam kereta BMW tersebut.
VI
(vi) Bahawa elemen milikan telah dipenuhi iaitu dadah yang dirampas berada dalam jagaan, kawalan dan OKT mempunyai pengetahuan mengenainya tanpa perlu bergantung kepada anggapan statutori di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952. S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 10 of 31
VII
(vii) Lanjutan daripada itu, pihak Pendakwaan menggunapakai anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran.
VIII
(viii) Keterangan oleh enam (6) orang saksi pendakwaan adalah kukuh, konsisten dan boleh dipercayai.
IX
(ix) Walaupun tiada kesan cap jari yang dapat ditimbulkan, tidak bermakna barang kes tidak berada di dalam milikan OKT. Berdasarkan keterangan SP3 dan SP4 adalah jelas bahawa barang kes dadah telah dirampas dari dalam kereta BMW yang dipandu oleh OKT semasa kejadian.
x
Pihak polis telah merakam percakapan Noor Syafiqa binti Norazlizam dan rakaman percakapan tersebut telah ditandakan sebagai ID61.
XI
(xi) Terdapat usaha yang memuaskan untuk mencari penama Noor Syafiqa binti Norazlizam melalui keterangan Pegawai Penyiasat Gantian (SP6) yang telah membuat beberapa usaha untuk mengesan penama tersebut.
XII
(xii) Oleh yang demikian, dokumen tersebut adalah tergolong di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950.
XIII
(xiii) Mengenai invois [ID 16 dan ID17] wajar dijadikan sebagai ekshibit P16 dan P17, ini kerana pihak Pembelaan tidak mencabar bahawa kedua-dua dokumen tersebut telah dirampas oleh SP3 di dalam kereta BMW yang dipandu oleh OKT. S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 11 of 31 Hujahan Pembelaan [27] Pihak Pembelaan berhujah bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT atas pertuduhan tersebut berdasarkan alasan-alasan yang berikut:
i
Terdapat percanggahan mengenai tempoh masa kereta BMW diekori dan pemantauan. SP3 dan SP4 menyatakan bahawa masa pemantauan ke atas kereta BMW adalah 15 minit sahaja, manakala keterangan SP5 bahawa kereta BMW yang dipandu oleh OKT telah diekori oleh pasukan serbuan selama 2 jam.
II
(ii) Terdapat percanggahan keterangan oleh SP3, SP4 dan SP5 mengenai keadaan kereta BMW semasa diserbu. SP3 mengesahkan bahawa kereta BMW tidak ada peluang untuk melarikan diri setelah dikepung oleh tiga (3) buah kereta pasukan serbuan. Manakala di dalam keterangan SP4, beliau mengesahkan bahawa kereta BMW masih cuba bergerak keluar ke kanan untuk melepaskan diri.
III
(iii) Reaksi OKT yang terkejut apabila secara tiba-tiba kereta BMW yang dipandunya telah dikepung merupakan satu reaksi yang biasa / normal bagi setiap orang yang berhadapan dengan situasi sebegitu. Tambahan pula pada masa tersebut, semua anggota serbuan seramai 5 – 6 orang ada mengeluarkan senjata api dan mengacukan kepada OKT.
IV
(iv) Dadah yang dijumpai dibalut beberapa lapis dan isi kandungan balutan tersebut tidak dapat dilihat oleh sesiapa dengan mata kasar. S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 12 of 31
v
Beg plastik hitam dalam beg plastik merah yang mengandungi balutan / bungkusan berisi dadah adalah senang / mudah untuk diubah dari satu tempat ke tempat yang lain.
VI
(vi) Kereta BMW bukan milik OKT. Carian JPJ (P18 dan P19) menunjukkan kereta BMW adalah milik Noor Syafiqa binti Norazlizam.
d
(D) TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [28] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah mempertimbangkan dan seterusnya memutuskan sama ada pihak Pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). “When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.” [29] Suatu kes prima facie berjaya dibuktikan apabila pihak Pendakwaan dapat mengemukakan keterangan-keterangan yang kukuh bagi membuktikan setiap elemen kesalahan yang dipertuduhkan, yang mana jika gagal dipatahkan akan membawa kepada sabitan, seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah: “For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 13 of 31 [30] Di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan mengenai prinsip-prinsip tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan seperti berikut: “[15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution’s case:
i
the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted…”.
e
(E) ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN YANG MESTI DIBUKTIKAN [31] Adalah menjadi beban kepada pihak Pendakwaan untuk membuktikan elemen-elemen pertuduhan seperti berikut:
a
Dadah yang dirampas adalah adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952; S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg
b
OKT mempunyai milikan (jagaan, kawalan dan pengetahuan) ke atas dadah berbahaya tersebut pada tempat, masa dan tarikh yang dipertuduhkan; dan
c
OKT telah melakukan perbuatan mengedar dadah.
f
(F) ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Elemen Pertama: dadah yang dirampas adalah adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 [32] SP2 ialah Ahli Kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang. Beliau telah menjalankan analisis ke atas barang kes dadah yang diterima daripada SP5. Hasil analisis menunjukkan bahawa dadah tersebut adalah jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 1811.3 gram. Beliau turut mengesahkan bahawa Heroin dan Monoacetylmorphines adalah dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Beliau telah menyediakan Laporan Kimia dengan No. Makmal: 18-FR-P-08946 [Ekshibit P8]. [33] Tiada cabaran yang material oleh Peguam Bela mengenai identiti dadah yang telah diterima dan dianalisis oleh SP2. [34] Mahkamah Persekutuan, dalam kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221, telah memberi garis panduan berhubung penerimaan keterangan Ahli Kimia sebagaimana yang berikut: “…the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 15 of 31 credible evidence is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.” [35] Berbekalkan prinsip dalam kes tersebut dan setelah mengambil kira kelulusan, pengalaman dan kepakaran SP2 sebagai seorang Ahli Kimia, Mahkamah ini menerima keputusan analisis yang dijalankan oleh SP2 berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah berbahaya sepertimana dalam Laporan Kimia [ekshibit P8]. Rantaian Keterangan dan Identiti Dadah Berbahaya [36] Mahkamah ini mendapati rantaian keterangan mengenai barang kes adalah baik dan terpelihara, iaitu bermula dari rampasan dadah berbahaya tersebut oleh SP3 sehingga diserahkan kepada SP2 untuk dianalisis. Barang kes dadah tersebut telah ditandakan dengan sempurna dan telah dicamkan oleh saksi-saksi pendakwaan semasa perbicaraan. Selain itu, tiada keterangan yang menunjukkan wujud kemungkinan kacau ganggu ke atas barang kes dadah tersebut. [37] Kesimpulannya, Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama bahawa dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya seperti yang ditafsirkan oleh Akta Dadah Berbahaya 1952 dan rantaian keterangan serta identiti barang kes dadah tersebut adalah utuh dan dipelihara dengan baik. Elemen Kedua: OKT mempunyai pemilikan (jagaan atau kawalan dan pengetahuan) ke atas dadah berbahaya tersebut pada tempat, masa dan tarikh yang dipertuduhkan S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 16 of 31 [38] Bagi membuktikan elemen ini, terdapat dua (2) elemen utama yang perlu dibuktikan iaitu:
a
Pertama: Elemen milikan secara fizikal iaitu merujuk kepada jagaan dan kawalan fizikal ke atas dadah berbahaya; dan
b
Kedua: Elemen mental iaitu pengetahuan. [39] Di dalam kes tersohor dan seringkali dijadikan rujukan iaitu Chan Pean Leon v. PP [1956] 22 MLJ 237, Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua elemen tersebut seperti berikut: “A movable thing is said to be in possession of a person when he is situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out.” [40] Berpandukan kes di atas, adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa bagi membuktikan seseorang itu mempunyai “milikan”, perlulah dibuktikan melalui keterangan bahawa seseorang itu mempunyai kawalan atau jagaan ke atas sesuatu barang tersebut dan bebas berurusan atau mengendalikan barang tersebut sepenuhnya tanpa penglibatan orang lain (power of disposal to the exclusion of others) dan mempunyai pengetahuan ke atas sesuatu barang tersebut. Jagaan atau Kawalan terhadap Dadah [41] Dadah tersebut dijumpai di dalam satu bungkusan plastik berwarna merah yang terletak di atas kerusi penumpang belakang di sebelah kiri di dalam kereta BMW yang dipandu oleh OKT. Pada setiap masa, S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 17 of 31 iaitu semasa serbuan, penemuan dan rampasan barang kes hanya OKT seorang berada di dalam kereta BMW tersebut. [42] Keterangan kes secara keseluruhannya bahawa jarak OKT dengan dadah tersebut adalah dekat. Mahkamah berpendapat bahawa walaupun OKT dan barang kes adalah pada jarak yang dekat, ianya tidak memadai dan tidak mencukupi bagi membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan ke atas barang kes dadah tersebut. [43] Prinsip ini adalah sebagaimana yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Roslan Hanapi v. Pendakwa Raya [2015] 6 CLJ 464 yang memutuskan— “Mere proximity to the bag containing the drug cannot by any stretch of the imagination be equated with custody or control. It must further be shown that the appellant either had physical care of the bag or had charge or dominion over the bag.”. [44] Dalam hal ini, pihak Pendakwaan mempunyai beban untuk menunjukkan bahawa OKT mempunyai jagaan fizikal terhadap barang kes tersebut dan mengetepikan kemungkinan akses orang lain ke dalam kereta BMW tersebut, di mana barang kes ditemui. Prinsip ini adalah sebagaimana yang disebut oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Francis Okechukwu Nwankwo lawan PP & Another Appeal [2022] CLJU 2649. “[41] We appreciate the trite principle that the onus is on the PP to exclude the possibility of access by others to the place of discovery. [See Abdullah Zawawi bin Yusoff v. PP [1993] 4 CLJ 1; [1993] 2 MLJ 1].”. [45] Berdasarkan keterangan SP5 bahawa kereta BMW yang dipandu oleh OKT pada tarikh kejadian bukan kepunyaan OKT. Hasil siasatan SP5 mengesahkan kenderaan tersebut kepunyaan Noor Syafiqa binti Norazlizam. Perkara ini sepertimana yang terzahir dalam Salinan S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 18 of 31 Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans Kereta No. Plat WLG 8600 (Ekshibit P18) dan Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan No. Plat WLG 8600 (Ekshibit P20). [46] Pembelaan OKT dalam kes ini ialah dadah tersebut bukan kepunyaannya dan OKT tiada pengetahuan mengenainya. Dadah tersebut adalah kepunyaan Noor Syafiqa binti Norazlizam atau teman lelakinya atau kawan-kawan mereka yang selalu menggunakan kenderaan tersebut. Dalam kata lain, teras pembelaan di dalam kes ini menjurus kepada eksklusiviti kenderaan tersebut di mana kereta BMW itu bukan kepunyaan OKT dan tidak digunakan oleh OKT seorang. [47] Dalam hal ini, keterangan Noor Syafiqa binti Norazlizam sebagai Pemunya Berdaftar (Registered Owner) kenderaan tersebut adalah material bagi membolehkan pihak pendakwaan mengetepikan atau menidakkan (negate) kemungkinan akses oleh individu lain ke dalam kereta BMW tersebut. Malangnya dalam kes ini, Noor Syafiqa binti Norazlizam tidak dipanggil memberi keterangan sebagai saksi Pendakwaan. Rakaman Percakapan Noor Syafiqah binti Norazlizam (ID61) [48] Pihak pendakwaan telah mengemukakan Rakaman Percakapan Noor Syafiqa (ID61) yang telah dirakam pada 26.11.2018 oleh SP5, iaitu dua hari selepas OKT ditangkap. [49] SP6 telah mengambil alih kertas siasatan pada 26.9.2023. Beliau telah mengarahkan D Kpl Nasrullah untuk menyerahkan sapina kepada Noor Syafiqa di dua alamat yang diketahui iaitu alamat pertama di No. 15 Solok Muhibbah 5, B Garden, Kampung Baru, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan alamat kedua di TS 2904 S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 19 of 31 Mukim 9, Kampung Tanah Liat, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Berdasarkan exhibit [50] SP6 juga mengesahkan bahawa semakan dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia mendapati tiada pergerakan keluar masuk oleh Noor Syafiqa binti Noorazlizam, maka besar kemungkinan beliau masih berada di dalam Malaysia. [51] SP6 juga telah membuat siaran media pada 2/4/2024 melalui Bernama.Com dan Malaysia Gazette, penama masih juga gagal dikesan. [52] Pihak pendakwaan berhujah bahawa kegagalan pihak polis untuk memanfaatkan ss. 47, 49, 118 dan 396 KTJ tidak menjadikan sesuatu rakaman percakapan atau kenyataan saksi tidak boleh diterima masuk. [53] Selanjutnya pendakwaan berhujah bahawa penama Noor Syafiqa binti Norazlizam adalah orang yang tidak dapat ditemui dan rakaman percakapan Noor Syafiqa binti Norazlizam dapat diterima masuk (admissible) di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 dan ID61 dijadikan sebagai ekshibit P61 [54] Berdasarkan keterangan SP6, Mahkamah mendapati usaha-usaha yang dijalankan oleh SP6 untuk mengesan Noor Syafiqa tidak memenuhi pra syarat yang perlu dipenuhi di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950. [55] Tindakan yang diambil oleh SP6 untuk mengesan Noor Syafiqa adalah memberi arahan kepada dua orang anggota Detektif untuk pergi ke alamat terakhir yang diketahui iaitu kali pertama pada 5/10/2023 jam 9.00pagi untuk menyerahkan sapina kepada Noor Syafiqa, mereka mendapati rumah di alamat tersebut dalam keadaan yang sudah lama ditinggalkan. S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 20 of 31 [56] Selanjutnya SP6 sendiri telah pergi kerumah di kedua-dua alamat tersebut pada 27/3/2024 jam 3.30pm dan pada 29/3/2024 jam 5pm dan beliau mendapati rumah tersebut tiada penghuni dan seperti sudah lama ditinggalkan. [57] Pada 3 dan 4 April 2024, SP6 pergi semula ke alamat-alamat tersebut untuk mengesan penama. Keadaan rumah di alamat tersebut masih sama, tiada berpenghuni dan seperti sudah lama ditinggalkan. [58] Mahkamah percaya tindakan SP6 yang pergi ke alamat-alamat rumah tersebut secara berulangkali adalah satu tindakan yang tidak proaktif kerana SP6 pada awalnya telah mengetahui rumah-rumah tersebut tidak ada penghuni, keadaannya seperti telah lama ditinggalkan dan terbiar. [59] SP6 sewajarnya mengambil tindakan yang lebih proaktif untuk mengesan Noor Syafiqa, iaitu berhubung dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan status terkini Noor Syafiqa. Melalui semakan di JPN akan diketahui status penama sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Besar kemungkinan juga SP6 boleh mendapatkan “family tree” Noor Syafiqa dan melalui “family tree” akan membolehkan usaha mencari saksi tersebut di kalangan anggota keluarganya. [60] Mahkamah juga berpandangan bahawa SP6 sewajarnya membuat semakan dengan KWSP, yang mana melalui carian KWSP mungkin dapat membantunya mengesan alamat tempat bekerja penama tersebut. [61] SP6 juga telah gagal untuk berhubung dengan mana-mana syarikat telekomunikasi bagi mengesan nombor telefon terkini Noor Syafiqa. Memandangkan dewasa ini telefon bimbit telah menjadi satu alat S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 21 of 31 komunikasi yang wajib ada bagi setiap individu, maka sudah pastilah Noor Syafiqa juga mempunyai telefon bimbit untuk kegunaannya. [62] Melalui keterangan SP6 bahawa beliau telah membuat siaran media untuk mengesan Noor Syafiqa di Bernama.Com dan Malaysian Gazett. Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan mengesan penama tersebut melalui dua media tersebut adalah tidak memadai. Ini kerana bukan semua orang membaca berita di saluran media tersebut. SP6 sepatutnya membuat hebahan di akhbar-akhbar arus perdana yang mempunyai pembaca yang ramai seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, NST dan akhbar arus perdana yang lain. [63] Meneliti keterangan SP5, rumusan yang dapat dibuat bahawa SP5 telah sedia maklum bahawa Noor Syafiqa merupakan saksi penting dalam kes ini. Oleh itu SP5 sepatutnya mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan kehadiran saksi tersebut. Sebagaimana yang dihujahkan oleh peguam bela bahawa Bon sewajarnya diberikan kepada saksi tersebut di awal kes disiasat. [64] Dalam perkara ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Lee Jun Ho & Ors [2009] 4 CLJ 90; [2009] 3 MLJ 400 yang telah diputuskan oleh Apandi Ali (Hakim pada masa itu) berkaitan kegagalan pihak polis untuk menggunakan peruntukan-peruntukan di dalam KTJ bagi memastikan kehadiran saksi-saksi ke Mahkamah seperti berikut:- "[13]Section 32 of the Evidence Act 1950 is an exception to the general rule that hearsay evidence is inadmissible. Under s 32(1) of the Act, one of the circumstances under which such a statement becomes admissible is where the person who made the statement 'cannot be found'. This was the basis upon which the prosecution tried to invoke when they attempted to produce and tender ID66 and ID67. For a witness to be clothed as 'who cannot be found' within the meaning of S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 22 of 31 s 32(1) of the Evidence Act 1950, such determination is a finding of fact, of which the onus is upon the prosecution to prove. [14] From facts adduced, I find that the police has failed to take all reasonably practicable steps to trace the witnesses. In fact there was not a single proactive effort by the police to procure the attendance of such material, relevant and important eyewitnesses. [15]There was no attempt to fully utilise the prevailing and available provisions of the Criminal Procedure Code, in order to secure the attendance of the witnesses. The police failed to invoke the provisions of Criminal Procedure Code; which empowers the court to issue a warrant in lieu of or in addition to summon a witness and to require that person to execute a bond for his appearance in court. The police also failed to invoke the provisions of s 118(1) of the Criminal Procedure Code whereby the police officer who desires any person, who is acquainted with the circumstances of a case, to be present in court, shall require that person to execute a bond to appear at the trial court. The prosecution also failed to utilise the provisions of s 396 of the Criminal Procedure Code whereby the public prosecutor may apply to court for any witness of any sizeable offence that intends to leave Malaysia and that witness's presence at the trial to give evidence is fatal for the trial, to be committed to the civil prison until trial or until he shall give satisfactory security that he will give evidence at the trial." S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 23 of 31 [65] Memandangkan SP5 tidak mengambil tindakan yang awal untuk memastikan kehadiran saksi tersebut ke Mahkamah, maka Mahkamah ini berpandangan bahawa tindakan mengesan saksi apabila kes sedang berjalan adalah satu usaha yang lemah tambahan pula dilakukan pada saat terakhir. [66] Berdasarkan perbincangan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa Pihak Pendakwaan telah gagal memenuhi pra syarat yang diperlukan di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950. Oleh kerana itu Mahkamah menolak ID61 dari diterima masuk sebagai keterangan. [67] Mahkamah ini berpendapat bahawa kegagalan pihak Pendakwaan memanggil Pemunya Berdaftar kereta BMW tersebut telah menimbulkan persoalan mengenai siapakah sebenarnya yang mempunyai jagaan, kawalan atau akses ke atas kenderaan tersebut sejurus sebelum serbuan dan tangkapan dilakukan. [68] Pihak Pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan bahawa OKT telah menggunakan kenderaan tersebut dalam satu tempoh tertentu dan pada setiap masa kenderaan tersebut berada dalam jagaan atau kawalan OKT sebelum dia ditangkap. [69] Pihak Pendakwaan hendaklah mengetepikan akses orang lain terhadap kereta tersebut. Prinsip ini adalah sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Ahmad Azhari Ahmad Zaini v. PP & Other Appeals [2015] 1 CLJ 157: “[43] Viewed in the light of the following facts, namely that the appellants were not the owner of the Mercedes; that there was no evidence for how long the first appellant had been driving the Mercedes; that no evidence was adduced as to who had access to the Mercedes prior to the arrest of the appellants; … and in the light of the S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 24 of 31 defence, we were of the view that the prosecution had failed to prove the charges against the appellants beyond reasonable doubt.”. [70] Kesimpulannya, semata-mata keberadaan OKT di dalam kereta BMW tersebut semasa ditahan dan terdapat dadah di dalam kereta tersebut, adalah tidak cukup untuk membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan terhadap dadah tersebut. [71] Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Noor Syafiqah menyebabkan pihak pendakwaan gagal menidakkan akses daripada individu lain terhadap kereta BMW dan barang kes dadah tersebut. Elemen Pengetahuan [72] Bungkusan plastik yang berisi dadah telah dijumpai di tempat duduk penumpang bahagian belakang di dalam kereta yang di pandu oleh OKT. Bungkusan plastik tersebut dalam keadaan berbalut dan kandungan bungkusan plastik tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar. [73] Berdasarkan keadaan bungkusan yang tersebut, isu yang timbul adakah OKT mempunyai pengetahuan mengenai kandungannya? Pihak Pendakwaan berhujah bahawa reaksi OKT yang dikatakan cuba melarikan diri dan tidak memberi kerjasama kepada pihak polis membuktikan OKT mempunyai pengetahuan. [74] Hujahan Pembelaan bahawa pada masa kejadian, kereta BMW yang dipandu oleh OKT telah dikepung oleh 3 buah kenderaan pasukan polis dan 2 buah motosikal. Pada masa yang sama semua anggota serbuan telah mengacukan senjata api, maka sudah pastilah seseorang yang berada di dalam kereta berseorangan pada waktu malam akan terkejut dan panik apabila berhadapan dengan situasi begitu. S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 25 of 31 [75] Mahkamah menerima hujahan peguam bela bahawa reaksi takut, terkejut dan panik merupakan reaksi yang normal dalam situasi yang tersebut dan reaksi tersebut tidak membuktikan bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang terletak di kerusi penumpang bahagian belakang. Adakah OKT cuba melarikan diri [76] Pihak peguam bela telah merujuk kepada gambar tempat kejadian (ekshibit P14) dan kedudukan kereta BMW tersebut berada di tempat yang ditandakan sebagai “X” di gambar 3, 4 dan 5. Manakala di gambar ke 6 menunjukkan kereta BMW yang dipandu oleh OKT berhenti berhampiran tandas dengan lampu kereta masih dinyalakan. Di gambar 3, 4, 5 dan 6 juga terdapat lori yang sedang diparkir di kawasan tersebut. [77] Berdasarkan kedudukan kereta BMW seperti di tempat bertanda “X” dan keterangan SP3 bahawa semasa serbuan, kereta BMW yang dipandu oleh OKT telah di kepung, dan terdapat lori yang diparkir di kawasan tersebut, maka tiada kemungkinan untuk OKT melarikan diri. [78] Mahkamah mendapati keterangan SP3 dan SP4 dalam isu OKT cuba melarikan diri adalah bercanggah. SP3 tidak dapat mengesahkan sama ada OKT cuba melarikan diri. SP3 bersetuju dengan cadangan pembelaan semasa di soal balas bahawa kereta yang dipandu oleh OKT tidak berpeluang melarikan diri. Diperturunkan petikan keterangan SP3 semasa soal balas seperti di bawah: “PB : Cross refer ID12. Kamu setuju dengan saya, dalam keadaan macam ini, ada kereta polis di depan, kereta polis di belakang, kereta polis di tepi, ada motor lagi di belakang, S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 26 of 31 setuju dengan saya pada masa ini kereta BMW memang tak ada apa-apa peluang untuk melarikan diri. Setuju. PB : Kamu kata kenderaan ini cuba belok berdasarkan apa yang kamu lihat tayar itu berpusing dan stereng digerakkan. Betul? Betul. PB : Tapi kenderaan BMW ini tak ada pergerakan pun. Betul? Betul. ” [79] Manakala keterangan SP4 pula semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas, beliau mengesahkan kereta BMW yang dipandu oleh OKT cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota serbuan. [80] Diperturunkan petikan keterangan SP4 dalam Pernyataan Bertulis SP4 (PSP4) seperti berikut: “13. Setelah menyedari kehadiran kami, saya nampak pemandu kereta tersebut cuba membelok ke arah kanan dan cuba keluar ke arah lebuhraya namun tidak berjaya kerana pasukan serbuan telah memintas kesemua bahagian kereta tersebut.” [81] Adalah dirumuskan bahawa keterangan SP3 bahawa kereta OKT tidak bergerak, tetapi keterangan SP4 bahawa kereta OKT cuba membelok ke arah kanan untuk melarikan diri. [82] Memandangkan kedua-dua SP3 dan SP4 berada di tempat yang sama pada masa yang sama dan melihat kereta yang sama, maka sewajarnya keterangan mereka tidak bercanggah, iaitu kedua-dua saksi akan mengesahkan dengan pasti keadaan kereta BMW tersebut semasa serbuan dilakukan. S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 27 of 31 [83] Berdasarkan kepada keterangan SP3 dan SP4, terdapat dua versi yang berbeza mengenai tingkah laku atau tindakan OKT pada masa serbuan, maka versi yang memihak kepada OKT wajar diterima bahawa OKT tidak cuba melarikan diri setelah dikepung oleh kereta pihak polis. [84] Mahkamah memutuskan bahawa tindakan OKT yang tidak cuba melarikan diri semasa serbuan menunjukkan OKT tiada pengetahuan mengenai bungkusan yang terletak di tempat duduk bahagian belakang kereta BMW tersebut mengandungi dadah berbahaya. [85] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa reaksi sahaja tanpa percubaan melarikan diri adalah tidak memadai untuk membuktikan pengetahuan Tertuduh. Rujuk kes Low Thiam Teck v. Public Prosecutor [2015] 3 MLJ 134: “[23] Both the appellant and the second accused did not resist arrest. There was no evidence of any overt act on their part other than 'terkejut'. In fact their conduct could only benefit the appellant's case as it negatived any inference of knowledge of the drugs from either the appellant or the second accused, particularly the appellant. With no evidence of fear adduced, let alone there was no attempt to escape or a struggle put up against the police, the prosecution had failed to establish any evidence upon which an inference of knowledge about the drugs in the car can be made. Without knowledge, the prosecution had failed to establish the ingredient of possession (refer case PP vs Salleh bin Zakaria & Anor [2010] 4 MLJ 25; [2010] 4 CLJ 671).” [86] Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohamad Alraziq bin Ramli vs PP [2023] 6 MLJ 584, yang telah menyokong prinsip dalam kes di atas dan menyatakan seperti berikut:- S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 28 of 31 “[44] Dalam kes Low Thiam Teck, dadah dijumpai di bahagian brek tangan di dalam kereta yang dipandu oleh perayu. Dalam kes itu, keterangan saksi pendakwaan ialah perayu kelihatan terkejut. Tetapi, Hakim Mahkamah Tinggi membuat inferen perayu ketakutan. Di peringkat rayuan, Mahkamah Rayuan memutuskan adalah munasabah untuk perayu terkejut bila diserbu oleh polis yang bersenjatakan pistol. Seterusnya, mahkamah juga memutuskan tanpa ada apa-apa keterangan sokongan, adalah tidak selamat untuk mahkamah membuat inferen pengetahuan semata-mata dengan bersandarkan kepada 'demeanour' perayu sahaja. [47] Pada pendapat kami, pembelaan perayu bahawa keretanya dipinjam oleh 'Aroy' bukanlah suatu pembelaan yang tidak munasabah, Keterangan SD2 dan SD3 menyokong keterangan perayu bahawa penama Aroy ini memang wujud. Maka versi pembelaan bahawa Aroy telah tertinggal barang di dalam kereta atau Amy telah meletak barang tersebut di dalam kereta untuk menganiaya perayu adalah kemungkinan yang tidak boteh ditolak kerana serbuan dibuat setengah jam selepas maklumat diterima dan konsisten dengan versi perayu bahawa kereta dipinjam oleh Aroy untuk tempoh yang singkat sahaja, ditambah dengan tingkah laku perayu yang tidak meronta atau melawan semasa ditangkap membolehkan inferen dibuat bahawa perayu tidak tahu barang yang berada di dalam kereta itu adalah dadah. Tanpa pengetahuan, pemilikan tidak dibuktikan. [48] Atas fakta kes ini, kami mendapati HMT telah terkhilaf apabila memutuskan perayu mempunyai pengetahuan hanya kerana perayu kelihatan terkejut.” [87] Berpandukan keputusan kedua-dua kes di atas, maka adalah dapatan Mahkamah ini bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang ditemui. S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 29 of 31 [88] Sebagai kesimpulan, Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen kedua bahawa OKT mempunyai pemilikan (kawalan, jagaan dan pengetahuan) ke atas dadah berbahaya tersebut pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dipertuduhkan. Elemen Ketiga: OKT telah melakukan perbuatan mengedar dadah. [89] Untuk elemen pengedaran, pihak Pendakwaan bergantung kepada anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952, bahawa OKT terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 1811.30 gram [1690.8gram heroin dan 120.5gram Monoacetylmorphines] yang mana dadah tersebut berada dalam milikan dan pengetahuan OKT. [90] Seperti mana dapatan Mahkamah di perenggan [88] di atas, pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen milikan, maka seseorang tidak boleh dikatakan mengedar dadah jika dia tidak memilikinya. Elemen milikan mestilah dibuktikan terlebih dahulu sebelum anggapan boleh digunakan. [91] Memandangkan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen pemilikan, maka anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak boleh dibangkitkan ke atas OKT (rujuk kes PP v. Alma Nudo Atenza v. PP & Anor App [2019] 5 CLJ 780). S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg
g
(G) KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [92] Setelah meneliti dan menilai keterangan saksi-saksi Pendakwaan secara penilaian yang maksimum, Mahkamah ini merumuskan bahawa di akhir kes Pendakwaan, pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan setiap elemen pertuduhan dengan sepenuhnya. [93] Mahkamah ini juga telah merujuk dan mengguna pakai ujian yang dinyatakan di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar (supra), dan mendapati pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Sekiranya OKT dipanggil membela diri dan dia memilih untuk berdiam diri, maka Mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan OKT dengan pertuduhan yang dihadapinya. [94] Oleh yang demikian, Mahkamah ini memerintahkan supaya OKT dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. …………………………… (FATHIYAH BINTI IDRIS) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Butterworth Pulau Pinang Bertarikh: 30 Ogos 2024 S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg Page 31 of 31 PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Pendakwaan: Mohd Azhar bin Hamzah Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang Bagi pihak Pembelaan: Hussaini bin Abdul Rashid Tetuan Hussaini & Co Peguam Bela dan Peguam Cara Negeri Pulau Pinang S/N x0GmGk2EoEmKhejmVez0Hg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.