Fakta tertuduh beralih arah dalam pembelaannya jelas menunjukkan unconsisstencies yang terjumlah kepada satu pembelaan afterthought. [22] Oleh yang demikian, saya memutuskan bahawa pembelaan tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, maka pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh sehingga melampau keraguan munasabah. HUKUMAN [23] Tertuduh telah mengemukakan rayuan mitigasinya memohon agar hukuman paling minima dijatuhkan. Tertuduh berusia 33 tahun dan mempunyai seorang ibu dan lima (5) orang adik beradik di Bangladesh. Ini merupakan kesalahan beliau yang pertama dan telah menyesali atas perbuatannya. Tertuduh juga telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa semasa dalam tahanan. [24] Pihak pendakwaan mengesahkan tertuduh tiada sabitan lampau tetapi memohon hukuman yang maksima atas kepentingan awam kerana ini adalah kesalahan yang serius yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa. [25] Dalam menjatuhkan hukuman bersandarkan peruntukan undang-undang, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk menentukan jumlah tempoh pemenjaraan, mengikut prinsip hukuman sebagaimana digariskan dalam kes PP v Jafa bin Daud (1981) CLJU 28. [26] Juga telah diputuskan dalam kes New Tuck Shen lwn. Public Prosecutor [1982] CLJ 606 (Rep) bahawa hak untuk menjatuhkan hukuman ke atas pihak yang bersalah adalah mutlak atas budi bicara Mahkamah. [27] Berkenaan dengan kewajaran hukuman, saya berpandukan keputusan Mahkamah Rayuan dalam PP lwn Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864, yang membincangkan perundangan berkaitan hukuman. Telah diputuskan bahawa “that the Court has to consider various sentencing principles not only to the nature of the crime but also to each criminal and his antecedent and ultimately decide whether to be lenient or severe.” [28] Berikutan dengan berkuatkuasanya Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), mengikut s.34, s. 302 KK telah dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "with death" perkataan "or imprisonment for a term of not less than thirty years but not exceeding forty years and if not sentenced to death, shall also be punished with whipping of not less than twelve strokes". [29] Pindaan tersebut telah memberikan budi bicara kepada saya untuk mempertimbangkan hukuman alternatif sepertimana yang dinyatakan sahaja selain dari hukuman mati. [30] Niat Parlimen dalam meluluskan Akta 846 bukan sahaja memberikan ruang untuk budi bicara yang lebih fleksibel bagi kesalahan sebegini tetapi juga untuk memberi peluang kepada tertuduh untuk memperbaiki diri sebelum kembali kepada masyarakat dan keluarga. [31] Dalam menjalankan kuasa budi bicara bagi memutuskan pilihan atau tempoh hukuman, ianya perlu dilaksanakan dengan mengambil kira dan mempertimbangkan semua faktor mitigasi dan hujah pemberatan yang dikemukakan. [32] Ini bukan kes pembunuhan terancang atau pembunuhan kejam kerana tertuduh berada dalam pergelutan atas isu remeh dan kebetulan senjata pisau ada dipegang oleh salah seorang dari mereka. Tidak dinafikan ia tetap merupakan satu kesalahan yang serius, namun bukanlah dengan cara perbuatan yang ganas, yang mewajarkan hukuman mati. [33] Akhir sekali, saya merujuk kepada kes PP v Umapathi Ganesan [2023] 9 CLJ 625, yang mana, walaupun berkait dengan kes dadah, telah dibincangkan mengenai niat disebalik Akta 846 dan Yang Arif Hakim telah memutuskan seperti berikut: [20] Thus, in consideration of the spirit and intent of the Act 846, this Court holds the view that, unless the aggravating factors are exceptionally serious and outweighs the mitigating factors in any particular case, life imprisonment and whipping should be the preferred sentences under s. 39B(2). -Penekanan ditambah [34] Setelah mempertimbangkan rayuan mitigasi tertuduh dan hujahan pemberatan dari pihak pendakwaan, saya telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan 30 tahun dengan 12 kali sebatan, yang merupakan tempoh pemenjaraan dan jumlah sebatan paling minima yang boleh dikenakan terhadap tertuduh. [35] Hukuman yang telah dijatuhkan, pada pandangan saya adalah wajar, setimpal dan mengikut peruntukan undang-undang semasa. Bertarikh : 21hb Julai 2024 (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Perwakilan:- Bagi pihak Pendakwaan: Puan Siti Norliza binti Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Aras 2, Bangunan Dato’ Ja’afar Muhammad, Kota Iskandar, Nusajaya Johor. Bagi pihak tertuduh: Encik John Fernandez Tetuan R. Muthu & Co. Suite 6.13, 6th Floor, Menara TJB, No. 9, Jalan Syed Mohd Mufti, 80000 Johor Bahru, Johor