Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO. CA-45A-5-09/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD RONI BIN AYOB (NO. K/P: 940214-02-6469) DIBICARAKAN BERSAMA
CA-45A-5-09/2020
High Court of Malaysia10 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“speedy disposal of cases; such a policy prejudices nobody in light of the many complaints of ageing cases before. The explanatory notes, clarifying the amendment of s. 3 of the CJA introduced by the Amendment Act A1031 or 1998 reads: Pada masa ini, semasa mendengar kes, jika mahkamah membuat keputusan tentang kebolehte”
“. PP [2012] 5 CLJ 537; [2012] 5 MLJ 293, semasa memutuskan bahawa sesuatu “keputusan” yang dibuat berkaitan prima facie bukanlah suatu keputusan dalam ertikata yang diperuntukkan dalam s. 3 Courts of Judicature Act 1964 yang membolehkan rayuan dibuat, memutuskan seperti berikut: S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w **Note : Seri”
“red to, and in the event of a conviction, may be sentenced to imprisonment or fined (Seaman v. Burley [1896] 2 QB 344; Armand v. Home Secretary and Minister of Defence of Royal Netherlands Government [1943] AC 147; Hamid's on Criminal Procedure). [17] The rationale for non-final decisions being non-appealable is primar”
“)(iiia) ADB : Muhammed Hassan v PP (supra), Public Prosecutor v. Lingeswaran a/l Nagasamy [2018] CLJU 371; [2018] 10 MLJ 158, Chan Pean Leon v PP [1956] CLJU 17; [1956] 22 MLJ 237, Leow Nghee Lim v R [1955] CLJU 53; [1956] 22 MLJ 28, PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 dan PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209. [52”
“ah Mahkamah ini akan memakai anggapan di bawah s.37(da)(iiia) ADB : Muhammed Hassan v PP (supra), Public Prosecutor v. Lingeswaran a/l Nagasamy [2018] CLJU 371; [2018] 10 MLJ 158, Chan Pean Leon v PP [1956] CLJU 17; [1956] 22 MLJ 237, Leow Nghee Lim v R [1955] CLJU 53; [1956] 22 MLJ 28, PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4”
“erti dibangkitkan oleh Peguam OKT yang membolehkan Mahkamah ini memilih versi yang memihak kepada OKT : PP v Egbulefu George Okechukwa [2019] 1 LNS 868;[2019] MLRHU 633, PP v Anya Michael Onyedikachi [2017] MLJU 371. [40] Apapun, yang jelas ialah motosikal terbabit berada dalam kawalan OKT untuk tempoh lebih 8 jam, sat”
“hati keadaan ini dibuktikan oleh Pihak Pendakwaan, barulah Mahkamah ini akan memakai anggapan di bawah s.37(da)(iiia) ADB : Muhammed Hassan v PP (supra), Public Prosecutor v. Lingeswaran a/l Nagasamy [2018] CLJU 371; [2018] 10 MLJ 158, Chan Pean Leon v PP [1956] CLJU 17; [1956] 22 MLJ 237, Leow Nghee Lim v R [1955] CLJ”
“ADB kerana ini bertentangan dengan “rule against double presumption” sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Alma Nudo Atenza v. PP & Another Appeal [2019] 5 CLJ 780; [2019] 3 MLRA 1; [2019] MLJU 280. [27] Dalam kes PP v. Ouseng Sama-Ae [2008] 1 CLJ 337, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) telah menggari”
“ahan material dalam isu ini. Tiada dua versi seperti dibangkitkan oleh Peguam OKT yang membolehkan Mahkamah ini memilih versi yang memihak kepada OKT : PP v Egbulefu George Okechukwa [2019] 1 LNS 868;[2019] MLRHU 633, PP v Anya Michael Onyedikachi [2017] MLJU 371. [40] Apapun, yang jelas ialah motosikal terbabit berada”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO. CA-45A-5-09/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD RONI BIN AYOB (NO. K/P: 940214-02-6469) DIBICARAKAN BERSAMA
1
OKT dihadapkan dengan tiga (3) pertuduhan dalam dua kes. S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 [2] Bagi kes CA-45A-5-09/2020, OKT dihadapkan dengan pertuduhan mengedar dadah berbahaya iaitu Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 16.9 gram (9.5 gram Heroin dan 7.4 gram Monoacetylmorphines), yang merupakan kesalahan di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) dan boleh dihukum di bawah s. 39B(2) Akta yang sama.
3
Bagi kes CA-45-4-09/2020, OKT dihadapkan dengan dua pertuduhan. Pertuduhan Pertama ialah berada dalam kawalannya 2.64 gram dadah berbahaya Methamphetamine, yang merupakan kesalahan di bawah s. 12(2) ADB dan boleh dihukum di bawah s. 12(3) Akta yang sama. Pertuduhan kedua ialah berada dalam kawalannya 3.46 gram dadah berbahaya jenis yang sama, Methamphetamine, yang merupakan kesalahan di bawah s. 12(2) ADB dan boleh dihukum di bawah s. 12(3) Akta yang sama.
4
Di akhir kes Pendakwaan –
a
bagi kes CA-45A-5-09/2020, Mahkamah ini telah melepas dan membebaskan OKT daripada pertuduhan asal di bawah s. 39B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah s. 39B(2) Akta yang sama. Sebaliknya Mahkamah telah memanggil OKT untuk membela diri terhadap pertuduhan pindaan di bawah s. S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w 3 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta yang sama.
b
bagi kes CA-45-4-09/2020, Mahkamah ini telah memanggil Responden untuk membela diri terhadap kedua-dua pertuduhan di bawah s. 12(2) ADB dan boleh dihukum di bawah s. 12(3) Akta yang sama. [5] Pendakwa Raya merayu terhadap keputusan Mahkamah ini di akhir kes Pendakwaan bagi kes CA-45A-5-09/2020. OKT pula memfailkan rayuan silang bagi semua keputusan Mahkamah di akhir kes Pendakwaan. APAKAH PIHAK PENDAKWAAN BOLEH MERAYU TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH INI DI AKHIR KES PENDAKWAAN? [6] Mahkamah Persekutuan dalam Karpal Singh Ram Singh v. PP [2012] 5 CLJ 537; [2012] 5 MLJ 293, semasa memutuskan bahawa sesuatu “keputusan” yang dibuat berkaitan prima facie bukanlah suatu keputusan dalam ertikata yang diperuntukkan dalam s. 3 Courts of Judicature Act 1964 yang membolehkan rayuan dibuat, memutuskan seperti berikut: S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w “[16] Section 3 of the CJA defines 'decision' to mean judgment, sentence or order, but does not include any ruling made in the course of a trial or hearing of any cause or matter which does not finally dispose of the rights of the parties. It is not disputed here that the appeal relates to a criminal matter, as witnessed by the procedure adhered to, and in the event of a conviction, may be sentenced to imprisonment or fined (Seaman v. Burley [1896] 2 QB 344; Armand v. Home Secretary and Minister of Defence of Royal Netherlands Government [1943] AC 147; Hamid's on Criminal Procedure). [17] The rationale for non-final decisions being non-appealable is primarily geared towards the speedy disposal of cases; such a policy prejudices nobody in light of the many complaints of ageing cases before. The explanatory notes, clarifying the amendment of s. 3 of the CJA introduced by the Amendment Act A1031 or 1998 reads: Pada masa ini, semasa mendengar kes, jika mahkamah membuat keputusan tentang kebolehterimaan apa-apa keterangan atau dokumen, pihak yang tidak berpuas hati boleh memfailkan rayuan. Jika rayuan sedemikian difailkan, mahkamah terpaksa memberhentikan pendengaran kes itu sementara menanti keputusan rayuan itu oleh mahkamah atasan. Ini menyebabkan pendengaran itu lambat selesai, lebih-lebih lagi apabila rayuan difailkan terhadap tiap-tiap keputusan yang dibuat oleh mahkamah bicara. Pindaan ini dicadangkan untuk membantu mempercepat pendengaran kes di mahkamah bicara. .... [19] In order for a decision to be final, the defence must first be heard, and after a maximum evaluation of the total evidence a decision eventually be made. It is at that conclusive stage, when the fate of the appellant is known, the right of appeal is triggered (Saad bin Abas & Anor v. Public Prosecutor [1998] 4 CLJ 575; [1999] 1 MLJ 129; Maleb bin Su v. Public Prosecutor; Cheak Yoke Thong [1984] 1 MLJ 311; [1984] 2 CLJ (Rep) 232)... [20] A scrutiny of the scope of the term 'decision' in s. 3 of the CJA reveals that its definition does not extend to the types of 'judgments or orders' which can be termed as 'interlocutory'. In other words, if a judgment or order is not final, in the sense that it does not finally dispose of the rights of the parties in the trial, then it would not fall within the definition of the word 'decision' under s. 3 of the CJA, and thus not appealable... (emphasis added)” S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w [7] Mahkamah ini dapati bahawa prinsip yang dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Karpal Singh ini dalam menentukan “keputusan” bagaimana yang dianggap boleh dirayu adalah seperti dinyatakan dalam perenggan 20 keputusannya, khususnya ayat yang menyebut “if a judgment or order is not final, in the sense that it does not finally dispose of the rights of the parties in the trial, then it would not fall within the definition of the word 'decision' under s. 3 of the CJA, and thus not appealable.” [8] Prinsip yang sama dijelaskan dengan terperinci oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Lecthumanan Suppiah [2009] 5 CLJ 652. Mahkamah Persekutuan dengan jelas memutuskan dalam kes Lecthumanan ini apabila timbul keadaan seperti di hadapan Mahkamah ini - dimana Mahkamah ini memutuskan untuk melepas dan membebaskan OKT daripada pertuduhan asal di bawah s. 39B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah s. 39B(2) Akta yang sama, dan memanggil Responden untuk membela diri terhadap pertuduhan pindaan di bawah s. 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta yang sama – maka inilah waktu yang sesuai untuk Pihak Pendakwaan merayu terhadap keputusan itu dan bukannya menunggu sehingga di akhir kes Pembelaan. S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w [9] Mahkamah Persekutuan memutuskan selanjutnya dalam Lecthumanan andainya di akhir kes Pembelaan Mahkamah mensabitkan OKT di bawah pertuduhan terpinda, Pihak Pendakwaan tidak boleh merayu terhadap sabitan di bawah pertuduhan terpinda dengan mengharapkan Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan itu dan memohon Mahkamah Rayuan untuk memanggil OKT membela diri di bawah pertuduhan asal. Mahkamah Persekutuan memutuskan pada peringkat itu, Mahkamah Rayuan hanya akan memutuskan mengenai pertuduhan terpinda dan bukan pertuduhan asal dan Pihak Pendakwaan tidak boleh lagi membangkitkan perihal pertuduhan asal pada peringkat itu. [10] Pada masa sama Mahkamah Persekutuan dalam kes Letchumanan memutuskan dengan jelas bahawa rayuan OKT adalah tidak kompeten kerana kes pihak Pembelaan belum diputuskan lagi. [11] Bersandarkan keputusan kes-kes tersebut, Mahkamah ini mengemukakan Alasan Penghakiman ini hanya untuk rayuan Pihak Pendakwaan. Tiada Alasan Penghakiman dikemukakan untuk rayuan oleh OKT kerana rayuannya pada tahap ini adalah tidak kompeten. S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w FAKTA KES PENDAKWAAN [12] 7 saksi Pendakwaan memberi keterangan. SP1 dan SP6 adalah anggota polis yang terlibat dalam penangkapan OKT yang membawa kepada penemuan barang kes. SP2 adalah ahli kimia yang menganalisa barang kes. SP3, SP4 dan SP5 adalah saksi awam. SP7 adalah Pegawai Penyiasat. [13] Pada 5.4.2020 jam lebih kurang 7.30 petang, SP1 bersama pasukannya melakukan rondaan dan pemantauan OPS Covid-19 PKP di kawasan Jalan Selingkong, Nenasi, Daerah Pekan, Pahang. Apabila terlihat OKT - yang ketika itu sedang menunggang motosikal no. pendaftaran JQB 6955 - dalam keadaan yang mencurigakan, SP1 mengekori OKT dalam jarak 30 - 40 meter sehingga sampai di kawasan “snap check”, tempat di mana SP6 serta beberapa anggota polis lain menjalankan sekatan jalan. SP1 nampak apabila motosikal OKT sampai di kawasan “snap check” itu, SP6 cuba menahan OKT dengan memberikan isyarat tangan, tetapi OKT hanya memperlahankan motosikal dan cuba mengelak ke kiri jalan. Apabila SP6 berjaya menahan motosikal tersebut, OKT didapati tidak memberikan kerjasamasa dan telah berlaku pergelutan, sehingga menyebabkan SP6 kemudiannya bertindak menggari OKT. S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w [14] Apabila SP1 sampai di kawasan “snap check” tersebut, SP1 memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan meminta SP6 membuka gari OKT dan mengarahkan OKT mengeluarkan pengenalan diri. OKT telah menyerahkan kad pengenalan atas nama Mohd Roni bin Ayob. [15] Pada waktu yang sama, OKT turut menyerahkan 1 beg berzip (P19) berwarna biru kehijauan yang berada dalam raga motosikal yang beliau tunggang itu. [16] SP1 telah membuat pemeriksaan ke atas beg berzip tersebut dan telah menjumpai :
i
(1) paket plastik lutsinar yang didalamnya berisi ketulan dan serbuk berwarna putih/perang disyaki dadah jenis Heroin;
II
(ii) (1) paket plastik lutsinar yang didalamnya berisi ketulan dan serbuk berwarna kekuningan disyaki dadah jenih Heroin;
III
(iii) (1) paket plastik lutsinar yang didalamnya berisi serbuk dan ketulan kerjernihan disyaki dadah jenis Syabu; dan S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w
IV
(iv) (1) paket plastik berwarna biru yang didalamnya mengandungi 192 biji pil kemerah-merahan berlogo WY dan 2 biji pil kehijau-hijauan berlogo WY disyaki dadah jenis Yaba. [17] Setelah SP1 selesai jalankan pemeriksaan tersebut, OKT dibawa ke Balai Polis Nenasi bersama dengan barang kes. Selepas SP1 mengeluarkan borang pemeriksaan (P11), SP1 membuat laporan polis Nenasi Repot 00196-198/2020 (P10). Kemudiannya SP1 serahkan semua barang kes kepada SP7 dan borang penyerahan/penerimaan barang kes (P12) dikeluarkan. [18] Siasatan SP7 menunjukkan SP3 adalah pemilik berdaftar motosikal yang ditunggang oleh OKT. Namun motosikal itu berada dalam milikan SP4 yang membelinya dari SP3. SP4 pula telah membenarkan SP5 menggunakan motosikal itu. Menurut keterangan SP5, beliau telah membawa motosikal itu dari Johor ke Pahang. [19] Menurut SP5 pada hari kejadian beliau menggunakan motosikal terbabit untuk ke sawah. Semasa di sawah, SP5 didatangi OKT untuk meminjam motosikal itu kerana OKT memberitahu motosikalnya rosak.
Preamble
Menurut SP5, semasa beliau meminjamkan motosikal itu kepada OKT, beliau pasti bahawa tiada apa-apa dalam raga motosikal tersebut. S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w [20] SP2 telah membuat analisa terhadap barang-barang kes yang dikemukakan kepadanya oleh SP7 dan laporannya (P21) telah mengesahkan:
i
bahan ketulan dan serbuk berwarna perang daripada satu peket plastik lutsinar bertanda "M2" (P15A) daripada sampul surat “A” tersebut mengandungi 3.9 gram Heroin dan 2.8 gram Monoacetylmorphines.
II
(ii) bahan ketulan dan serbuk berwarna kuning daripada satu peket plastik lutsinar bertanda “M3”(P16A) daripada sampul surat “B” tersebut mengandungi 5.6 gram Heroin dan 4.6 gram Monoacetylmorphines.
III
(iii) bahan kristal jernih daripada daripada satu peket plastik lutsinar bertanda “M4”(P17A) daripada sampul surat “C” mengandungi 3.46 gram Methamphetamine.
IV
(iv) pil-pil berwarna merah daripada satu peket plastik berwarna biru bertanda “M5”(P18A) daripada sampul surat “D” mengandungi 2.62 gram methamphetamine; dan S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w
v
pil-pil berwarna hijau daripada satu peket plastik berwarna biru bertanda “M5”(P18A) daripada sampul surat “D” mengandungi 0.02 gram methamphetamine. [21] Heroin, Monoacetylmorphines dan Methamphetamine adalah disenaraikan sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama ADB. DAPATAN MAHKAMAH [22] S. 180(4) Kanun Prosedur Jenayah dengan jelas memperuntukkan bahawa di akhir kes Pendakwaan, Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan suatu kes prima facie melalui keterangan-keterangan yang diterima oleh Mahkamah sebagai boleh dipercayai, yang membuktikan setiap intipati pertuduhan, yang jika tidak disangkal atau dijelaskan oleh OKT, akan membawa kepada sabitan terhadap OKT. [23] Sejajar dengan kehendak itu, dalam memberi pertimbangan kepada bukti-bukti yang dikemukakan oleh Pihak Pendakwaan, Mahkamah ini telah melakukan penelitian dan penilaian maksima terhadap semua keterangan yang dikemukakan dan berpuashati dan menerima keterangan semua saksi Pihak Pendakwaan khususnya saksi-saksi S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w utama iaitu SP1, SP5, SP6 dan SP7 dan berpuashati bahawa keterangan-keterangan menunjukkan:
i
OKT telah menyerahkan P19 kepada SP1 dan SP1 membuka P19 di hadapan OKT dan mendapati P19 mengandungi barang-barang kes yang disyaki dadah;
II
(ii) tiada orang lain selain OKT yang menunggang motosikal terbabit semasa kejadian;
III
(iii) motosikal itu dan P19 serta isi kandungannya yang ditemui dari raga yang terletak di bahagian hadapan motosikal itu berada dalam kawalan OKT sepenuhnya pada masa kejadian;
IV
(iv) walaupun motosikal itu didaftarkan atas nama SP3, keterangan SP3 jelas menunjukkan bagaimana motosikal itu berada dalam milikan SP4 selepas dibeli oleh SP4. SP4 kemudiannya meminjamkan motosikal itu kepada SP5 pada masa kejadian;
v
SP5 merupakan orang terakhir yang menggunakan motosikal itu sebelum SP5 meminjamkannya kepada OKT; dan S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w
VI
(vi) keterangan SP5 adalah jelas bahawa sewaktu motosikal itu diserahkan olehnya kepada OKT, beliau pasti tiada apa-apa barang yang terdapat dalam raga yang terletak di bahagian hadapan motosikal itu. Milikan dadah oleh OKT berjaya dibuktikan [24] Pembuktian mengenai pengedaran dadah didahului dengan milikan dadah terbabit. Undang-undang memerlukan Pihak Pendakwaan membuktikan actus reus dan mens rea OKT berkaitan milikan dadah terbabit. [25] Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa P19 yang mengandungi dadah yang dinyatakan dalam laporan SP2 di P21 berada dalam milikan OKT. Ini dibuktikan dengan keterangan yang menunjukkan OKT mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dan perihal P19 itu dan kandugan P19. [26] Mahkamah ini hendaklah membuat dapatan mengenai milikan OKT terhadap P19 dan kandungan P19 terlebih dahulu sebelum Mahkamah ini boleh menggunapakai andaian pengedaran menurut s. 37 (da) ADB: Muhammad Hassan v. PP [1998] 2 CLJ 170. Pembuktian mengenai S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w milikan ini wajib dibuktikan oleh Pihak Pendakwaan dengan mengemukakan keterangan terus, dan bukannya menggunapakai andaian milikan menurut s.37(d) ADB dan selepas itu meminta Mahkamah ini menggunapakai s. 37 (da) ADB kerana ini bertentangan dengan “rule against double presumption” sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Alma Nudo Atenza v. PP & Another Appeal [2019] 5 CLJ 780; [2019] 3 MLRA 1; [2019] MLJU 280. [27] Dalam kes PP v. Ouseng Sama-Ae [2008] 1 CLJ 337, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) telah menggariskan elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh Pihak Pendakwaan jika ia bergantung kepada anggapan statutori di bawah s. 37(da) ADB seperti berikut: “Now, in order to establish a prima facie case against the accused by reliance on the presumption under s. 37(da) of the Act, the prosecution had to prove:
i
that the accused was in actual possession of the drug in question; and (ii) that the accused at the material time had knowledge of the drug found to be in his possession, that is to say that he had 'mens rea possession'.” [28] Atas alasan itu, Mahkamah ini hendaklah meneliti keterangan di hadapan Mahkamah ini, dan membuat dapatan sama ada keterangan saksi-saksi Pendakwaan adalah boleh dipercayai dan membuktikan bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan P19 itu dan kandungannya iaitu dadah. S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w [29] Setelah meneliti keterangan SP1, SP6 dan SP5 mengenai bagaimana perihal P19 itu yang mengandungi semua dadah yang dinyatakan dalam P21 itu ditemui, mengambil kira jangka waktu motosikal itu berada dalam kawalan OKT, serta keterangan SP1 dan SP6 mengenai tingkahlaku OKT sejurus sebelum OKT ditahan bersama motosikal terbabit bersama P19 itu, Mahkamah ini berpuashati bahawa keterangan SP1, SP5 dan SP6 adalah boleh dipercayai dan membuktikan bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dan perihal P19 itu dan kandungannya iaitu dadah seperti dinyatakan dalam P21. [30] Tingkahlaku OKT sejurus sebelum OKT ditahan di tempat kejadian adalah fakta yang relevan menurut s. 8(2) Akta keterangan 1950. Tentunya Mahkamah ini tidak bergantung kepada fakta itu semata-mata sebagai keterangan yang menunjukkan tanpa keraguan munasabah bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dan perihal P19 itu. Tetapi keterangan ini dinilai secara menyeluruh bersama-sama keterangan lain yang dikemukakan oleh SP1, SP6 dan SP5. [31] Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP6 bahawa di snap check beliau cuba menahan OKT bersama motosikalnya dengan memberi isyarat tangan tetapi OKT hanya memperlahankan motosikalnya dan cuba mengelak ke kiri jalan. Keterangan SP6 disokong oleh keterangan S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w SP1 yg menjelaskan terdapat 3 anggota polis dan 3 anggota Rela lain di kawasan snap check tersebut semasa OKT melaluinya, yang turut melihat kejadian seperti dalam keterangan SP6 itu. [32] SP1 buat tandaan dalam rajah kasar tempat kejadian (P13) – dengan tandaan 1, 2, 3 untuk kedudukan anggota polis, dan A, B, C untuk kedudukan anggota Rela. SP1 membuat tandaan X dalam P13 sebagai tempat di mana OKT dikatakan cuba melarikan diri di kawasan snap check tersebut. [33] Mahkamah ini memutuskan tindakan OKT mengelak ke kiri jalan seperti keterangan SP6 dinilai bersama keterangan SP1 mengenai kedudukan semua anggota polis dan RELA serta kedudukan OKT, dengan mengambil kira fakta mengenai tempat kejadian, tidak memberi sebarang andaian seperti yang cuba dibangkitkan oleh Pihak Pendakwaan bahawa OKT cuba mengelak atau melarikan diri dari anggota polis yang bertugas. [34] Namun demikian, Mahkamah ini menerima keterangan SP6 bahawa apabila OKT memberhentikan motosikalnya, OKT tidak memberi kerjasama kepada anggota polis sehingga berlaku pergelutan antara OKT dengan anggota polis yang bertugas. S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w [35] Mahkamah ini tentunya tidak boleh membuat dapatan mengenai elemen pengetahuan OKT terhadap beg P19 dan dadah yg terkandung dalam P19 semata-mata berdasarkan pergelutan OKT dengan anggota polis. Malah, bukannya begitu kes Pendakwaan. Mahkamah ini menerima keterangan SP6 bahawa hanya selepas tangannya digari oleh SP6 untuk memberhentikan pergelutannya dan kemudian gari dibuka semula oleh SP6 barulah OKT memberi kerjasama dengan memberi kad pengenalannya dan menyerahkan beg yang terletak dalam raga motosikal yang ditunggangnya. [36] Mahkamah ini juga menerima keterangan SP1 dan SP6 mengenai perkara-perkara berikut:
i
jarak yang amat dekat antara OKT dengan beg P19 yang berada dalam raga motosikal yang ditunggang OKT;
II
(ii) hanya OKT seorang yang menunggang motosikal itu pada waktu OKT ditahan. Ini menghalang orang lain dari mempunyai akses terhadap beg P19 itu; dan
III
(iii) OKT sendiri yg menyerahkan beg P19 kepada SP1. S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w [37] Mahkamah ini seterusnya memutuskan adalah tidak munasabah bagi OKT tidak nampak P19 yang terletak di dalam raga motosikal, yang berada dalam kedudukan betul-betul di hadapannya. Andainya keterangan dan fakta adalah berbeza, contohnya P19 ini dijumpai dalam suatu kotak barang yang diletakkan di bahagian hujung tempat duduk bahagian belakang motosikal, maka ia bolehlah mendorong Mahkamah ini membuat rumusan berlainan. Tapi ini bukan keadaannya dalam kes ini. [38] Selain itu keterangan juga menunjukkan OKT telah menggunakan motosikal itu bukan dalam jangka waktu yang singkat yang memungkinkan OKT tidak tahu akan kewujudan P19 dalam raga motosikal tersebut. Ini juga bukan keadaaannya dalam kes ini. [39] Keterangan SP5 menyatakan OKT telah ambil motosikal itu dari beliau lebih kurang jam 8 - 9 pagi dan menurut SP5 beliau mengetahui OKT ditahan pada jam lebih kurang 5 petang. SP1 pula menyatakan OKT ditahan di tempat kejadian pada jam 7.30 malam. Dalam hal ini, Mahkamah ini menerima keterangan SP1 mengenai waktu sebenar OKT ditahan dan bukannya keterangan SP5. Menurut keterangan SP5, beliau mengetahui mengenai waktu OKT ditahan polis melalui budak kampung. Mahkamah ini telah meneliti jawapan SP5 terhadap beberapa soalan S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w Mahkamah kepadanya mengenai masa motosikal diambil oleh OKT dan masa SP5 mengetahui bahawa OKT ditahan polis, dan membandingkannya dengan keterangan SP1. Mahkamah ini memutuskan tiada percanggahan material dalam isu ini. Tiada dua versi seperti dibangkitkan oleh Peguam OKT yang membolehkan Mahkamah ini memilih versi yang memihak kepada OKT : PP v Egbulefu George Okechukwa [2019] 1 LNS 868;[2019] MLRHU 633, PP v Anya Michael Onyedikachi [2017] MLJU 371. [40] Apapun, yang jelas ialah motosikal terbabit berada dalam kawalan OKT untuk tempoh lebih 8 jam, satu jangka waktu yang cukup lama untuk Mahkamah ini membuat rumusan bahawa OKT tentunya nampak dan seterusnya mempunyai pengetahuan mengenai kewujduan P19 yang terletak dalam raga di hadapannya. [41] Berdasarkan dapatan Mahkamah ini bahawa keterangan menunjukkan OKT mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dan perihal P19 itu yang mengandungi semua dadah yang dinyatakan dalam P21. S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w [42] Bersandarkan semua dapatan seperti yang dinyatakan, Mahkamah ini putuskan terdapat keterangan terus berkaitan milikan OKT terhadap P19 dan kandungannya. Anggapan pengedaran dadah di bawah s. 37(da)(iiia) ADB [43] Mahkamah ini memutuskan walaupun OKT didapati mempunyai milikan P19 dan kandungannya, maka sebelum Mahkamah ini menggunapakai anggapan pengedaran dadah di bawah s. 37(da)(iiia) ADB terhadap OKT, Mahkamah ini perlu menilai keterangan di hadapan Mahkamah ini secara menyeluruh dan berpuashati bahawa terdapat “express affirmative finding” bahawa pemilikan P19 dan kandungannya semata-mata menjurus kepada OKT sahaja. [44] Mahkamah Persekutuan dalam Muhammed Hassan v PP [1998] 2 CLJ 170 memutuskan: “ ... to constitute "possession" under s. 37(da) of the Act, so as to be capable of forming one of the ingredients thereunder thereby giving rise to the presumption of trafficking, there must be an express affirmative finding (as opposed to legal presumption) of possession as understood in criminal law, based on evidence. .... to arrive at the presumption of "trafficking" under s. 37(da), a finding of being "in possession" of the drug is necessary (in addition, of course, to proof of the relevant minimum quantity specified). S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w ... In our view, to constitute "possession" under s. 37(da) of the Act, so as to be capable of forming one of the ingredients thereunder thereby giving rise to the presumption of trafficking, there must be an express affirmative finding (as opposed to legal presumption) of possession as understood in criminal law, based on evidence. .... But a court should be extremely cautious and slow to infer from a statute that Parliament intended to impose on the defendant an onerous duty to prove his innocence in a criminal case. Furthermore, offences involving the trafficking of dangerous drugs are among the most serious in the criminal calendar. Any ambiguity in s. 37(da) should be resolved in favour of the accused by placing the burden of proving possession of the substances involved on the prosecution. We would further add that in so construing as we do, we see no injustice to the prosecution. In a proper case where the evidence so warrants and the amount of the dangerous drug reaches or exceeds the quantity specified in s. 37(da); there is nothing to prevent a trial court from coming to a factual finding of possession as understood in criminal law thereby attracting the presumption of trafficking under the said s. 37(da) which, of course, is rebuttable.” [45] Menggunakan prinsip dalam kes Muhammed Hassan, Mahkamah memutuskan Mahkamah ini akan memakai anggapan di bawah s.37(da)(iiia) ADB hanya setelah menilai semula semua keterangan Pihak Pendakwaan dan mengambil kira nilai keterangan SP5 dan SP7 semasa disoalbalas oleh Peguam OKT mengenai individu Mohd Yusof Abdul Razak atau “Usop” atau “Yusof”. [46] Peguam OKT menyoalbalas SP5 perihal seorang bernama “Usop” atau “Yusof”. SP5 tidak menafikan kewujudan individu bernama “Usop” atau “Yusof”. Namun SP5 tidak setuju dengan cadangan Peguam OKT bahawa Usop inilah yang merupakan orang terakhir yang menggunakan S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w motosikal itu sebelum motosikal itu diserahkan kepada OKT. SP5 juga tidak bersetuju bahawa Usop turut berada di sawah semasa motosikal itu diserahkan oleh SP5 kepada OKT. [47] SP7 dalam keterangannya menyatakan pada 10.4.2020 – 5 hari selepas OKT ditahan – beliau telah pergi ke suatu rumah untuk mengesan individu bernama Mohd Yusof bin Abdul Razak. Setelah menyoal ayah kepada penama Mohd Yusof bin Abdul Razak, SP7 dimaklumkan bahawa beliau sudah lama tidak berjumpa anaknya Mohd Yusof bin Abdul Razak dan tidak tahu di mana anaknya berada. [48] Setelah meneliti semua keterangan tersebut, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Peguam OKT bahawa individu bernama “Usop” atau “Yusof” bukanlah suatu “fictitious character”. Mahkamah ini juga bersetuju bahawa tindakan Peguam OKT membangkitkan perkara berkaitan “Usop” atau “Yusof” ini di peringkat kes Pendakwaan adalah bagi membolehkan Pihak Pendakwaan menjawab dan membuktikan kebenaran atau sebaliknya perihal individu bernama “Usop” atau “Yusof” tersebut. Ini selanjutnya akan mengelakkan sebarang usaha Pihak Pendakwaan kelak membangkitkan bahawa perihal individu bernama “Usop” atau “Yusof” ini adalah fikiran terkemudian di pihak Pembelaan. Ini sejajar dengan prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Agung dalam S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w Alcontara Ambross Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 CLJ 705 yang menyatakan sebegini: “Speaking generally, in a criminal trial, the whole point and purpose of the defence having to put its case to such of the prosecution witnesses as might be in a position to admit or deny it, is to enable the prosecution to check on whether an accused's version of the facts is true or false, and thus avoid the adverse comment, that the defence is a recent invention in other words, "kept up its sleeve", as it were - and revealed for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock, thus detracting from the welght to be accorded to the defence. However, failure on the part of the defence to put its case as aforesaid, can never, by itself, relieve the prosecution of its duty of establishing the charge against the accused beyond any reasonable doubt.” [49] Walaupun Mahkamah ini memutuskan bahawa individu “Usop” atau “Yusof” ini bukanlah suatu karektor rekaan, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak hujahan peguam OKT bahawa kegagalan pihak Pendakwaan menunjukkan kepada Mahkamah usaha keras untuk mengesan “Usop” atau “Yusof” sehingga membawa kepada kegagalan Pihak Pendakwaan membawanya sebagai saksi di Mahkamah telah menimbulkan prejudis yang serius kepada OKT. SP7 telah melakukan usaha yang munasabah untuk menjejaki “Usop” atau “Yusof” ini. Keadaan akan berbeza andainya SP7 tidak membuat apa-apa tindakan walaupun individu ini dibangkitkan oleh OKT. [50] Mahkamah juga tidak bersetuju bahawa inferens di bawah s. 114(g) Akta Keterangan terpakai kepada Pihak Pendakwaan disebabkan S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w kegagalan membawa Mohd Yusof sebagai saksi. Sebaliknya, Mahkamah ini menggunapakai prinsip yg diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ghazalee Kassim & Ors v PP [2009] 4 CLJ 737 bahawa apa yang perlu ditunjukkan kepada Mahkamah oleh Pihak Pendakwaan ialah tiada langsung tindakan mereka yang menunjukkan Pihak Pendakwaan berniat untuk menggalang Mohd Yusof dikemukakan sebagai saksi. Tindakan SP7 yang berusaha mencari Mohd Yusof adalah munasabah dan mencukupi. Mahkamah Persekutuan dalam kes ini memutuskan: “In Mohd Shamshir Mohd Rashid v. PP[4] the Court of Appeal discussed at length the prosecution's discretion whether to call a witness or not and the implications for not doing so. In this appeal before us, there is no evidence to show that the prosecution had intentionally withheld the production of Ah Meng as witness. In fact, as mentioned earlier, according to the PW4, Ah Meng could not be traced. Anybody in Ah Meng's position would have just lost himself. To be traced and to come to court after leading police to the arrest of the three Appellants is going to expose himself to, possibly, his death. The other way of looking at the issue is, if it is true that the Ah Meng owes the 3rd appellant RM25,000, Ah Meng must have been a big time gambler. If he is so, he must be quite well known for the appellant, at least, to assist the police in tracing Ah Meng. We bear in mind that there is no obligation on the defence to assist the police in any way in their investigation[5] but on the facts of this case, if what the 3rd appellant say is true, then he should be able to give some information to the police as to where Ah Meng could be found.” [51] Mahkamah ini memutuskan ketiadaan keterangan Mohd Yusof tidak memudaratkan kes Pihak Pendakwaan kerana terdapat keterangan lain bagi menyokong kes Pendakwaan. Namun demikian, Mahkamah ini memutuskan walaupun bahawa walaupun kegagalan Pihak Pendakwaan mengesan “Usop” atau “Yusof” tidak menimbulkan prejudis yang serius S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w kepada OKT, Mahkamah ini memutuskan disebabkan individu “Usop” atau “Yusof” ini berjaya ditunjukkan kewujudannya oleh OKT pada peringkat ini secara positif maka Pihak Pendakwaan perlu membuktikan tanpa apa-apa keraguan munasabah mengenai OKT mempunyai milikan dadah terbabit “to the exclusion of others” untuk Mahkamah ini membuat “express affirmative finding” bahawa pemilikan P19 dan kandungannya semata-mata menjurus kepada OKT sahaja. Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa OKT mempunyai "power to deal with [the drugs] to the exclusion of others", walaupun tidak perlu ditunjukkan bahawa OKT mempunyai "exclusive possession" terhadap P19. Hanya setelah Mahkamah ini berpuashati keadaan ini dibuktikan oleh Pihak Pendakwaan, barulah Mahkamah ini akan memakai anggapan di bawah s.37(da)(iiia) ADB : Muhammed Hassan v PP (supra), Public Prosecutor v. Lingeswaran a/l Nagasamy [2018] CLJU 371; [2018] 10 MLJ 158, Chan Pean Leon v PP [1956] CLJU 17; [1956] 22 MLJ 237, Leow Nghee Lim v R [1955] CLJU 53; [1956] 22 MLJ 28, PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 dan PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209. [52] Bersandarkan kepada dapatan-dapatan tersebut, Mahkamah ini memutuskan untuk tidak menggunapakai anggapan di bawah s.37(da)(iiia) ADB terhadap OKT. Atas alasan itu, Mahkamah ini S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w memutuskan Pihak Pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie di bawah s. 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah s. 39A (2) ADB dan bukannya di bawah s. 39B (1)(a) ADB. Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan-
a
bagi kes CA-45A-5-09/2020, OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan asal di bawah s. 39B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah s. 39B(2) Akta yang sama. Sebaliknya OKT dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan pindaan di bawah s.12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta yang sama.
b
bagi kes CA-45-4-09/2020, OKT dipanggil untuk membela diri terhadap kedua-dua pertuduhan di bawah s. 12(2) ADB dan boleh dihukum di bawah s. 12(3) Akta yang sama. PENUTUP [53] Bagi kes CA-45A-5-09/2020, OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan asal di bawah s. 39B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah s. 39B(2) Akta yang sama. Sebaliknya OKT dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan pindaan di bawah s.12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta yang sama. S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w [54] Keputusan ini dibuat setelah Mahkamah ini dapati walaupun Pihak Pendakwaan berjaya membuktikan milikan OKT terhadap P19 dan kandungannya, namun hanya setelah Mahkamah ini berpuashati bahawa OKT mempunyai “power to deal with [the drugs] to the exclusion of others”, barulah Mahkamah ini boleh membuat “express affirmative finding” mengenai milikan P19 oleh OKT. Hanya selepas itu Mahkamah ini akan memakai anggapan di bawah s.37(da)(iiia) ADB bahawa OKT mengedar dadah terbabit. [55] Mahkamah ini dapati individu bernama “Usop” atau “Yusof” yang berjaya ditunjukkan kewujudannya oleh OKT pada peringkat ini yang dibangkitkan oleh OKT sebagai telah menggunakan motosikal terbabit sebelum motosikal itu diserahkan kepada OKT, menyebabkan Mahkamah ini memutuskan untuk tidak memakai anggapan di bawah s.37(da)(iiia) ADB terhadap OKT. Bertarikh pada : 30 Disember 2024 -t.t- (MOHD RADZI BIN HARUN) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w PIHAK-PIHAK : Pendakwa Raya: Puan Ain Fadilla binti Md Ali Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pahang No. 402, Tingkat 4, Mahkota Square Jalan Mahkota 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur Peguam OKT: Encik Amirul Ridzuan bin Hanif bersama Puan Nur Syafiah Athirah binti Ahmad Shafique The Law Office of Amirul & Athirah No 10-09, Menara Centara Jalan Tuanku Abdul Rahman 50350 Chow Kit, Kuala Lumpur S/N 1kVonymrkUGOV3keLYjY0w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.