Content
1
WA-45A-94-11/2021
High Court of Malaysia29 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“pointing out the place where the bunch of eight keys was found, and later pointing out the place where the key to the safe was found would also be relevant and admissible as conduct under s 8 of the Evidence Act. In this regard in Prakash Chand v State AIR 1979 SC 400, the Supreme Court of India said: For example, the”
“efore the accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was pointed out by Gordon-Smith Ag. C.J. in the case of Toh Ah Lam and Mak Thim v Rex [1949] MLJ 54, supra, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed.” [2”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Tertuduh, Muhammad Qayum bin Mustafa Kamal telah didakwa dengan satu pertuduhan mengedar dadah berbahaya iaitu 296.7 gram cannabis, satu kesalahan di bawah s.39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) dan boleh dihukum di bawah s.39B (2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 20 Mac 2021 jam lebih kurang 4.30 petang bertempat di hadapan rumah alamat LNT 115, Kampung Medan Wira Utama, Batu Ampat Tin, Jalan Ipoh, dalam daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 296.7 gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama.” Kes Pendakwaan [3] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi bagi membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh.
4
Pada 20 Mac 2021 jam lebih kurang 4.30 petang, bertindak di atas maklumat yang diterima daripada orang awam, SP5 bersama tiga orang anggota polis/serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sentul, telah pergi ke alamat LNT 115, Kampung Medan Wira Utama, Batu Ampat Tin, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (“rumah tersebut”).
5
SP5 dan pasukan serbuan telah membuat pemerhatian selama beberapa minit dalam jarak lebih kurang 30 meter dari rumah tersebut dan kemudiannya telah nampak seorang lelaki melayu yang dikatakan mencurigakan keluar dari rumah tersebut. Lelaki tersebut yang kemudiannya dicamkan sebagai Tertuduh dikatakan sedang berjalan keluar dengan tangannya memegang beg yang dipakai di pinggang sambil melihat kiri dan kanan.
6
SP5 telah mengarahkan anggota serbuan menghala ke arah Tertuduh dan mereka kemudiannya telah memperkenalkan diri sebagai anggota polis. SP5 telah bertanyakan kepada Tertuduh sama ada Tertuduh ada menyimpan barang salah dan Tertuduh dikatakan mendiamkan diri.
7
SP5 telah membuat pemeriksaan ke atas beg pinggang warna kelabu bertulis “Gregory” yang dipakai di pinggang Tertuduh (P4) dan menjumpai di dalamnya dua (2) balutan plastik lutsinar yang mengandungi ketulan mampat disyaki dadah jenis cannabis. Turut dijumpai dalam P4 ialah satu dompet mengandungi kad pengenalan Tertuduh dan wang tunai RM200.00. [8]
Preamble
Menurut SP5 lagi, beliau dan pasukan serbuan telah masuk ke dalam rumah Tertuduh dan telah membuat pemeriksaan dalam rumah tersebut namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. [9] Selepas itu, hasil pandu arah Tertuduh, SP5 telah membuat pemeriksaan lanjut ke atas sebuah kereta bernombor pendaftaran WB9267L jenis Perodua warna merah (“kereta tersebut”) yang diletakkan berhampiran rumah tersebut. Hasil pemeriksaan dalam kereta tersebut, SP5 telah menjumpai dua (2) balutan plastik lutsinar disyaki dadah jenis cannabis dari dalam “dashboard” sebelah kiri bahagian pemandu. [10] SP5 juga menzahirkan bahawa hasil maklumat dari soal siasat yang dijalankan ke atas Tertuduh, beliau dan pasukan serbuan telah pergi ke kawasan hadapan International Islamic College Jalan 31/10a Taman Perindustrian IKS, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur pada tarikh yang sama iaitu 20 Mac 2021 jam lebih kurang 10.30 malam dan telah menahan penama-penama Hakim dan Siti Norazuani tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah bersama kedua-dua penama tersebut. [11] SP5 kemudiannya telah menyerahkan Tertuduh dan barang rampasan kepada SP6 sebagai pegawai penyiasat kes ini pada jam 3.00 pagi 21 Mac 2021. [12] Ahli Kimia SP1 yang telah menjalankan pemeriksaan dan analisa ke atas dua ketulan mampat (P4A dan P4B) yang dijumpai oleh SP5 dalam P4 mengesahkan bahawa P4A dan P4B adalah bahan tumbuhan dengan berat bersih 296.7 gram dari jenis cannabis iaitu sejenis dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah s.2 ADB. Analisa dan Dapatan Mahkamah Ujian Prima Facie [13] Di akhir kes pendakwaan, adalah tugas mahkamah untuk membuat penilaian ke atas keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi menentukan sama ada satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap Tertuduh menurut s. 180 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”). Panduan ujian prima facie adalah seperti yang telah diputuskan dan diterangkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai v PP [2003] 2 AMR 89 dan Mahkamah Agung dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 AMR 321. [14] Bagi menentukan sama ada di peringkat ini satu kes prima facie telahpun dibuktikan oleh pihak pendakwaan, keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan perlulah dinilai secara maksima di mana jalinan keterangan-keterangan yang dikemukakan perlu menyokong antara satu sama lain dan secara keseluruhannya membentuk satu kes prima facie. Menjadi keperluan juga bagi mahkamah menilai sekiranya terdapat kelompangan dan inferens yang timbul dari keterangan ikut keadaan yang seringkali disandarkan oleh pihak pendakwaan. Jika terdapat sebarang keadaan yang boleh melemahkan dapatan bersalah di pihak tertuduh, maka mahkamah perlu memberikan kelebihan kepada inferens yang menyebelahi tertuduh. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa keterangan ikut keadaan tidak boleh bergantung kepada hipotesis, atau teori atau spekulasi. Keterangan ikut keadaan itu mestilah menimbulkan satu inferens yang kukuh untuk menjadikan ianya keterangan yang terbaik (the best evidence). Elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan [15] Bagi membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh, tiga elemen perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan untuk kesalahan mengedar dadah seperti yang diperuntukkan oleh ADB. Elemen-elemen tersebut adalah: i. dadah yang terlibat adalah dadah berbahaya seperti yang tersenarai dalam Jadual Pertama kepada ADB; ii. dadah berbahaya tersebut mestilah berada dalam milikan Tertuduh; dan iii. Tertuduh mengedar dadah berbahaya tersebut. Elemen Pertama [16] Mahkamah ini berpuas hati bahawa tiada apa yang boleh dipertikaikan bahawa dua ketulan mampat (P4A dan P4B) yang dijumpai oleh SP5 dalam beg P4 adalah dadah berbahaya jenis cannabis seberat 296.7 gram selepas diperiksa dan dianalisa oleh SP1 iaitu ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya. SP1 mengesahkan bahawa cannabis adalah dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB. [17] Mahkamah Persekutuan dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221 telah memutuskan bahawa mahkamah berhak menerima pendapat pakar pada dasarnya selepas berpuas hati dengan ujian-ujian dan analisa yang telah dijalankan oleh ahli kimia ke atas dadah berbahaya tersebut melainkan pendapat tersebut adalah luar biasa atau tidak boleh diterima akal. Selagi terdapat keterangan yang kredibel yang diberikan oleh ahli kimia untuk menyokong pendapatnya, beliau tidak perlu membentangkan tindakan-tindakannya satu persatu semasa menjalankan pemeriksaan dan analisa ke atas dadah-dadah yang berkaitan. Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut telah menyatakan seperti berikut: “…the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.” [18] Peguambela Tertuduh yang bijaksana telah menimbulkan satu isu berkaitan dengan dadah P4A dan P4B yang dikatakan dijumpai dalam beg P4 iaitu sejenis beg pinggang (pouch bag) berwarna kelabu bertulisan “Gregory” yang menurut SP5 dipakai di pinggang Tertuduh semasa kejadian. [19] Peguambela Tertuduh yang bijaksana menghujahkan bahawa terdapat kecacatan dalam rantaian keterangan pihak pendakwaan bila mana rampasan P4 tidak dicatatkan oleh SP5 dalam borang serah menyerah (P17) antara beliau sebagai Pegawai Serbuan dan SP6 sebagai Pegawai Penyiasat. Adalah dihujahkan bahawa tidak ada sebarang keterangan oleh SP6 sebagai Pegawai Penyiasat tentang apa yang berlaku kepada P4 jika ianya benar-benar ada diserahkan kepada beliau oleh SP5. Peguambela yang bijaksana berhujah lagi bahawa tidak ada saksi-saksi lain seperti jurustor yang dipanggil oleh pihak pendakwaan bagi menerangkan di mana P4 disimpan. Peguambela menyatakan bahawa tanpa keterangan jurustor adalah salah untuk dianggap bahawa P4 telah disimpan di dalam stor eksibit di mana-mana balai polis dan juga adalah salah untuk dianggap bahawa tiada sebarang kacau ganggu telah berlaku terhadap P4. [20] Mahkamah ini mendapati ketiadaan catatan P4 di dalam borang serah menyerah P17 tidak mencacatkan kes pihak pendakwaan. SP5 dalam keterangannya mengakui bahawa beliau telah terlupa untuk mencatatkan rampasan P4 dalam P17. Walaupun benar P4 tidak dicatatkan dalam P17, namun demikian rantaian keterangan berkaitan dadah yang dirampas iaitu P4A dan P4B tidak boleh dikatakan telah terputus dan menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan. Ini adalah kerana, pertamanya, P4 telah dikemukakan di mahkamah dan telah dicamkan oleh SP5 dan SP6 sebagai beg pinggang atau ‘pouch bag’ yang telah dirampas oleh SP5 dan diserahkan serta diterima oleh SP6 pada 21.3.2021. SP6 telah membuat dan mengecam penandaan “B”, tandatangannya dan tarikh yang telah beliau buat pada P4 tersebut di mahkamah ini. SP6 dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau telah menyimpan barang-barang kes yang diterima daripada SP5 di dalam kabinet besi berkunci di biliknya. Kunci kabinet tersebut adalah di bawah kawalan dan jagaan SP6 dan tidak ada orang lain yang mempunyai akses kepada kabinet tersebut kecuali SP6. SP6 juga menyatakan bahawa kabinet besi yang beliau maksudkan itu juga hanya mengandungi eksibit-eksibit untuk kes ini sahaja. Maka tidak timbul keperluan bagi jurustor untuk datang ke mahkamah memberikan keterangan untuk menyatakan di mana dan bagaimana P4 disimpan. [21] Kemudiannya pada 30.3.2021 jam 9.30 pagi, SP6 telah mengeluarkan barang-barang kes ini termasuklah P4 di mana di dalamnya mengandungi dadah P4A dan P4B (tandaan B1 dan B2 yang telah dibuat oleh SP6) dan menyerahkan kepada Ahli Kimia iaitu SP1 di Jabatan Kimia Malaysia Petaling Jaya untuk ujian dan analisa. [22] Keduanya, SP1 iaitu Ahli Kimia juga telah mengesahkan dan mengecam P4 sebagai salah satu barang kes yang beliau telah terima daripada SP6 pada 30.3.2021 yang berisi dua ketulan mampat dadah bertanda B1 dan B2 (P4A dan P4B). Fakta ini telah disahkan lagi dalam P6, iaitu laporan kimia yang telah disediakan oleh SP1. Apabila menerima kembali barang-barang kes setelah analisa dibuat oleh SP1, SP6 menyatakan bahawa beliau telah menyimpan semula barang-barang kes ini di dalam kabinet besi berkunci di biliknya. [23] Ketiganya, SP4 iaitu isteri kepada Tertuduh sendiri telah mengecam P4 sebagai beg pinggang milik suaminya iaitu Tertuduh yang dikatakan berada di dalam rumah mereka semasa Tertuduh ditangkap oleh pihak polis pada hari kejadian. Maka kewujudan P4 tidak boleh dipertikaikan lagi. Tidak ada keraguan atau putusnya rantaian keterangan di dalam kes pendakwaan hanya kerana kegagalan SP5 untuk mencatatkan P4 dalam P17. Mahkamah ini mendapati tidak ada keraguan yang munasabah bahawa P4 adalah beg yang telah dirampas oleh SP5 yang mengandungi dua ketulan mampat P4A dan P4B yang menjadi subjek kepada pertuduhan terhadap Tertuduh di hadapan mahkamah ini di mana keterangan ini telah disokong oleh SP6 dan SP1. [24] Mahkamah ini berpuas hati bahawa elemen pertama telah dibuktikan secara prima facie oleh pihak pendakwaan. Elemen Kedua [25] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa terdapat keperluan untuk membuktikan elemen fizikal dan mental di pihak Tertuduh terlebih dahulu sebelum seseorang tertuduh boleh dikatakan memiliki dadah berbahaya di bawah ADB. Mahkamah perlu berpuas hati bahawa keterangan yang dikemukakan menunjukkan Tertuduh itu secara fizikalnya berada dalam satu situasi di mana dia boleh berurusan serta dapat mengecualikan orang lain dari berurusan dengan dadah berbahaya tersebut. Mahkamah juga perlu berpuas hati bahawa Tertuduh juga mempunyai niat untuk berurusan dengan dadah berbahaya tersebut bilamana terdapatnya keadaan yang membolehkan dia melakukannya. Dalam lain perkataan terdapat keperluan untuk membuktikan terdapatnya ‘animus possidendi’ di pihak Tertuduh. [26] Panduan diperoleh dari petikan tersohor Hakim Thomson dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 1 MLJ 237 yang menjelaskan seperti berikut: “Much difficulty arises from a failure to appreciate that in reality there are two separate questions involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit reas is whether he had knowledge of the nature of the thing possessed. Possession’ itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition pg 304): ‘A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may by presumed to intend to do so in case of need’ To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Once possession is proved, then before the accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was pointed out by Gordon-Smith Ag. C.J. in the case of Toh Ah Lam and Mak Thim v Rex [1949] MLJ 54, supra, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed.” [27] Hakim Taylor dalam kes Leow Ngee Lim v R [1956] 22 MLJ 28 menerangkan lagi bahawa definisi milikan telah menyiratkan elemen pengetahuan di pihak tertuduh. Hakim yang bijaksana telah menyatakan seperti berikut: “probably the most helpful definition of possession is the relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons. This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge.” [28] Hakim Taylor dalam kes yang sama telah menyatakan lagi seperti berikut: “A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.” [29] Justeru itu, jagaan dan kawalan ke atas dadah berbahaya semata-mata tidak memadai untuk membuktikan elemen milikan oleh seorang tertuduh di bawah ADB. Perbuatan fizikal atau jagaan ke atas dadah berbahaya perlulah diiringi dengan keterangan pengetahuan tertuduh akan dadah berbahaya tersebut. [30] Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 telah juga menerangkan maksud milikan dengan memetik kes Toh Ah Loh & Mak Thim v Rex [1949] 15 MLJ 54 dan menerangkan seperti berikut: “[20] Now, as to what the ingredients of possession in law has been established by a long line of cases. We find it unnecessary to discuss all of them here. Suffice that we refer to two of them. In Toh Ah Loh & Mak Thim v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] 15 MLJ 54, Gordon-Smith Ag CJ when delivering judgment of the Singapore Court of Appeal explained the meaning in law of the word "possession" when appearing in a statute. His lordship said: Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristics. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him a power of disposal over the thing, and lastly must be conscious of his possession of the thing. If these factors are absent, his possession can raise no presumption of mens rea, without which (except by statute) possession cannot be criminal.” [31] Dalam ketiadaan sebarang peruntukan mengenai andaian/anggapan statutori, elemen pengetahuan (“mens rea possession”) bagi maksud pengedaran dadah berbahaya di bawah ADB perlulah dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung (direct) ataupun keterangan ikut keadaan. Mahkamah Rayuan dalam kes Teh Hock Leong v PP [2008] 4 CLJ 764 telah menerangkan bahawa “mens rea possession” boleh dibuktikan secara tersirat melalui keseluruhan keterangan yang dikemukakan. Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “It is true that mens rea possession is an element of the offence of trafficking. But it is an element like the mental element in other crimes which cannot be established by direct evidence save in a case where an accused expressly admits the commission of the offence. It has, like the mens rea in other offences, to be established by circumstantial evidence. In other words it is an ingredient that is to be inferred from the totality of the circumstances of a particular case.” [32] Berpandukan kepada nas-nas yang dinyatakan di atas, mahkamah ini telah meneliti keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap Tertuduh berkaitan dengan elemen kedua ini. [33] SP5 telah menyatakan bahawa dadah P4A dan P4B telah dijumpai di dalam P4 yang dipakai oleh Tertuduh di pinggangnya semasa Tertuduh kelihatan sedang berjalan keluar dari rumahnya/rumah tersebut. Keterangan ini disokong oleh SP3 yang merupakan salah seorang anggota serbuan pada tarikh kejadian. [34] Adalah menjadi hujahan di pihak Tertuduh bahawa pihak pendakwaan telah mengemukakan lebih dari satu versi tentang penemuan P4A dan P4B iaitu dadah berbahaya yang dirampas semasa kejadian. [35] Menurut peguambela Tertuduh yang bijaksana, pertamanya, SP3 menyatakan di dalam pernyataan bertulisnya (PSP-3) bahawa Tertuduh ditangkap di hadapan rumah tersebut dan SP5 telah menjalankan pemeriksaan ke atas P4 yang dipakai di pinggang Tertuduh dan telah menjumpai empat (4) balutan plastic lutsinar yang didalamnya mengandungi ketulan mampat disyaki dadah jenis cannabis. [36] Namun dalam keterangan semasa di peringkat soalan utama SP3 menjawab dia tidak ingat, dan tak pasti. SP3 juga menyatakan bahawa selepas tangkapan berlaku, Tertuduh dibawa terus ke IPD Sentul KL dan apabila disoal balas telah menyatakan bahawa dia atau mana-mana anggota serbuan tidak masuk ke dalam rumah tersebut semasa kejadian. SP3 turut menyatakan tidak ada sesiapa pun di dalam rumah tersebut semasa serbuan dan dia tidak ada berjumpa sesiapapun di rumah tersebut semasa serbuan dibuat. [37] Keduanya, SP4 iaitu isteri kepada Tertuduh dalam keterangannya menjelaskan bahawa semasa serbuan berlaku, beliau sedang berada di dalam rumah tersebut dan beliau lah yang telah membuka pintu bagi anggota-anggota serbuan masuk ke dalam rumah setelah mereka mengetuk pintu dan bertanyakan Tertuduh. Menurut SP4, pada ketika itu, Tertuduh sedang mandi di dalam bilik air dalam rumah tersebut kerana mereka suami isteri sedang bersiap untuk ke satu majlis hari jadi jemputan oleh ahli keluarga mereka. Menurut SP4 lagi anggota-anggota serbuan seterusnya telah masuk ke dalam rumah tersebut dan menangkap Tertuduh yang baru selesai mandi dan keluar dari bilik air di sebelah dapur rumah tersebut. Dalam kata lain adalah menjadi keterangan SP4 bahawa Tertuduh ditangkap di dalam rumah tersebut dan telah tidak bersetuju bahawa tangkapan ke atas Tertuduh berlaku di luar rumah. SP4 juga menyatakan bahawa dia telah turut menyaksikan anggota-anggota serbuan menggeledah rumah tersebut namun mereka tidak menjumpai apa-apa barang salah. Adalah keterangan SP4 juga bahawa P4 tidak berada pada mana-mana bahagian badan Tertuduh. [38] Ketiganya, menurut SP3, Tertuduh ditangkap di hadapan rumah tersebut dan P4 dipakai oleh Tertuduh di bahagian pinggang Tertuduh di mana dua ketulan mampat P4A dan P4B dijumpai. Semasa pemeriksaan utama, SP3 telah menyatakan bahawa “pemeriksaan dalam beg Tertuduh menjumpai sedikit cannabis”. SP5 juga menyatakan dia dan anggota serbuan telah masuk ke dalam rumah dan melakukan pemeriksaan terhadap rumah tersebut namun tidak menemui apa-apa barang salah. SP5 mengesahkan kehadiran seorang perempuan iaitu isteri Tertuduh di dalam rumah tersebut semasa penggeledahan dilakukan dalam rumah tersebut. [39] Peguambela berhujah bahawa dengan versi keterangan yang berbeza-beza dan bercanggah di antara satu sama lain yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan, maka tidak terdapat keterangan yang boleh disandarkan atau dipercayai oleh Mahkamah kerana terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat dan oleh yang demikian, inferens yang memihak kepada Tertuduh wajar dibuat. [40] Mahkamah ini mendapati walaupun terdapat percanggahan dalam keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan iaitu SP3, SP4 dan SP5 dari segi sama ada anggota-anggota serbuan masuk atau tidak ke dalam rumah tersebut dan sama ada P4 dijumpai bersama Tertuduh di luar rumah atau di dalam rumah tersebut, suatu fakta yang tidak disangkal oleh mana-mana saksi ialah lokasi di mana P4 dijumpai adalah di rumah tersebut. Sama ada P4 dirampas di luar atau di dalam rumah tersebut, yang pasti, tidak ada keterangan atau cadangan yang timbul yang menunjukkan P4 dijumpai di tempat lain selain di rumah tersebut. [41] SP4 sendiri sebagai isteri kepada Tertuduh mengesahkan bahawa P4 adalah milik Tertuduh dan berada di rumah tersebut semasa serbuan dibuat oleh SP5 dan anggota-anggotanya. Apa yang pasti juga tidak ada keterangan yang menunjukkan dadah-dadah berbahaya P4A dan P4B dijumpai di mana-mana bahagian lain di dalam rumah tersebut yang memungkinkan akses ke atas dadah P4A dan P4B oleh orang lain. Keterangan SP5 dan SP3 tidak bercanggah tentang perihal penemuan dadah-dadah berbahaya P4A dan P4B di dalam P4. Tidak ada keterangan yang menafikan P4 telah dirampas oleh SP5 dan sama ada di bahagian luar atau dalam, lokasi rampasan P4 ialah di rumah tersebut. P4 telah diakui oleh isteri Tertuduh sendiri (SP4) bahawa ianya adalah milik Tertuduh. [42] Percanggahan keterangan antara saksi-saksi pendakwaan SP3, SP4 dan SP5 tidak menjejaskan elemen milikan dadah-dadah berbahaya di pihak Tertuduh. Sepertimana dapatan Mahkamah Rayuan dalam kes PP v Mohd Bandar Shah Nordin & Anor [2008] 4 MLJ 556: “Another relevant consideration is probabilities of the case. If a witness’ evidence is improbable, this would be a good reason for rejecting his evidence or according it very little weight. By the same token, where the evidence of a witness accords with the probabilities of the case, it would be a serious misdirection on the part of the trial court to give it little or no weight on grounds of credibility.” [Penekanan diberikan] [43] Melalui keterangan SP5, satu fakta dan keterangan penting yang dizahirkan dalam kejadian tangkapan ke atas Tertuduh pada tarikh kejadian ialah bukan sahaja SP5 telah menjumpai dadah berbahaya P4A dan P4B di dalam beg P4 yang dipakai di pinggang Tertuduh dan P4 disahkan milik Tertuduh, selepas itu SP5 juga telah dipandu arah oleh Tertuduh ke sebuah kereta (kereta tersebut) di mana SP5 telah menjumpai lagi dadah-dadah berbahaya di dalamnya. [44] Isteri Tertuduh SP4 juga mengesahkan bahawa hanya beliau dan Tertuduh sahaja yang menggunakan dan tiada individu lain yang mempunyai akses kepada kereta tersebut. SP4 mengesahkan lagi bahawa tiada orang lain yang menggunakan kereta tersebut sehingga tarikh kejadian. Adalah menjadi pembelaan Tertuduh semasa siasatan bahawa dadah-dadah yang dijumpai dalam kereta tersebut milik seorang bernama Aqim atau Hakim. SP5 dan anggotanya telah menahan penama Aqim atau Hakim berpandukan maklumat yang diberikan oleh Tertuduh namun tiada apa-apa barang salah dijumpai bersama Aqim atau Hakim. [45] Tertuduh kemudiannya telah dituduh memiliki dadah-dadah yang dijumpai dalam kereta tersebut di Mahkamah Majistret dan telah mengaku salah dan telah dihukum atas kesalahan tersebut. Keterangan-keterangan ini diperolehi daripada SP6 yang tidak dicabar oleh pembelaan. [46] Mahkamah ini mendapati tindakan Tertuduh memandu arah SP5 dan anggotanya kepada penemuan dadah dalam kereta tersebut adalah relevan dengan pertuduhan terhadap Tertuduh di mahkamah ini. Mahkamah Persekutuan dalam kes Siew Yoke Keong v PP [2013] 3 MLJ 630 telah memutuskan: “[29] In addition it must be stated that the evidence of Siew leading PW6 and the police team to the first house and pointing out the place where the bunch of eight keys was found, and later pointing out the place where the key to the safe was found would also be relevant and admissible as conduct under s 8 of the Evidence Act. In this regard in Prakash Chand v State AIR 1979 SC 400, the Supreme Court of India said: For example, the evidence of the circumstances, simpliciter, that an accused person led a police officer and pointed out the place where stolen articles or weapons which have been used in the commission of the offence were found hidden, would be admissible as conduct, under s 8 of the Evidence Act irrespective of whether any information contemporaneously with or antecedent to any such conduct falls within the purview of s 27 f the Evidence Act (vide Himachal Pradesh Administration v OM Prakash AIR 1972 SC 975).” [47] Tertuduh telah mengaku memiliki dadah-dadah yang dijumpai dalam kereta tersebut. Ini bermakna Tertuduh juga telah mengaku bahawa dia mempunyai pengetahuan ke atas dadah-dadah berbahaya di dalam kereta tersebut. Maka, fakta dan keterangan ini juga menunjukkan Tertuduh mempunyai kawalan dan pengetahuan mengenai dadah-dadah berbahaya P4A dan P4B yang dijumpai di badannya kerana penemuan dadah-dadah berbahaya di dalam kereta tersebut berlaku selepas sahaja penemuan dadah P4A dan P4B di badan Tertuduh. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana bahawa adalah tidak munasabah untuk mendapati Tertuduh tidak mempunyai pengetahuan ke atas dadah P4A dan P4B yang dijumpai dalam P4 yang dipakai di pinggangnya namun Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan mengenai dadah-dadah yang dijumpai dalam kereta tersebut. [48] Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan Tertuduh memandu arah SP5 dan pasukannya kepada dadah-dadah yang dijumpai dalam kereta tersebut selepas dadah-dadah P4A dan P4B dijumpai di badannya adalah satu ‘subsequent conduct’ yang menunjukkan pengetahuan Tertuduh bukan sahaja mengenai dadah-dadah yang dijumpai dalam kereta tersebut tetapi juga akan dadah-dadah P4A dan P4B yang dijumpai dalam P4 yang dipakai di pinggangnya. Mahkamah Persekutuan dalam kes Parlan Dadeh v Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717 menerangkan seperti berikut: “The law relating to evidence of conduct is thus patent. If there is no evidence to show that the conduct is influenced by any fact in issue or relevant fact as required by section 8 then it is not admissible as it would then an equivocal act justifying inferences favourable to the accused being drawn. If it satisfies the requirement of section 8 it is admissible. It must be observed that the degree of proof required to establish evidence of conduct would depend on the nature of the conduct. Conduct like the flight of an accused is a more positive act and is easily established. On the other hand conduct like the accused looking stunned, nervous, scared or frightened is very often a matter of perception and more detailed evidence may be required. Once admitted the Court cannot resort to any other explanation for the conduct or draw inferences on its own accord to render it inadmissible. The onus is on the accused to explain his conduct pursuant to section 9. Such explanation must not be in their barest possible form, but with reasonable fullness of detail and circumstance. The onus may be discharged even in the course of the case for the prosecution, for example, by way of cross-examination of relevant witnesses. If not so done it can be discharged only at the defence stage. However, the evidence admissible under the section must be confined to what is necessary for the purposes enumerated.” [49] Fakta yang menjadi isu (fact in issue) di dalam kes di hadapan Mahkamah ini ialah sama ada Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai dalam P4 iaitu P4A dan P4B. Mahkamah ini mendapati bahawa adalah selamat bagi pihak pendakwaan bergantung kepada ‘subsequent conduct’ Tertuduh yang telah memandu arah SP5 dan anggotanya kepada penemuan dadah-dadah berbahaya dalam kereta tersebut selepas jumpaan dadah P4A dan P4B di badan Tertuduh bagi menunjukkan Tertuduh juga mempunyai pengetahuan akan dadah-dadah P4A dan P4B yang dijumpai dalam P4 yang dipakai oleh Tertuduh di pinggangnya. [50] Adalah dapatan Mahkamah ini juga bahawa memandangkan berat dadah P4A dan P4B telah mengaktifkan anggapan pengedaran dadah di pihak Tertuduh, mustahil dadah-dadah P4A dan P4B adalah untuk ‘personal consumption’ Tertuduh. Berdasarkan ‘subsequent conduct’ Tertuduh ketika serbuan dan tangkapan dan juga bentuk P4A dan P4B dibungkus dan disimpan, jelas menunjukkan Tertuduh bukan sahaja mempunyai jagaan dan kawalan tetapi juga mempunyai pengetahuan berkenaan P4A dan P4B yang merupakan dadah berbahaya sebagaimana yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadapnya. Elemen Ketiga [51] Memandangkan berat dan jumlah dadah yang dijumpai adalah jauh melebihi dari yang dibenarkan di bawah ADB, mahkamah ini berhak untuk menggunapakai anggapan pengedaran di bawah s 37(da) ADB terhadap Tertuduh. Tertuduh dengan ini hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya dianggap sebagai mengedar dadah sepertimana yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadapnya. [52] Oleh yang demikian, berdasarkan fakta dan keadaan kes serta penilaian keseluruhan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan, mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan secara prima facie pertuduhan terhadap Tertuduh dan Tertuduh telah diperintahkan untuk membela diri. Pembelaan [53] Sebelum mahkamah ini menilai pembelaan Tertuduh, adalah penting untuk diulangi bahawa di peringkat ini beban untuk membuktikan kebersalahan Tertuduh dengan pertuduhan terhadapnya masih terletak di pihak pendakwaan di mana beban pembuktikan adalah di luar keraguan yang munasabah. Namun demikian, oleh kerana anggapan pengedaran telah terpakai terhadap Tertuduh, terdapat “evidential burden” di pihak Tertuduh untuk mengakas (“rebut”) dan mematahkan anggapan tersebut dengan mengemukakan keterangan atas imbangan kebarangkalian sepertimana yang dihuraikan dalam kes PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 PC dan Mohd Radzi v PP [2006] 1 CLJ 457. Beban mengemukakan keterangan atau “evidential burden” itu hanyalah berkaitan dengan anggapan pengedaran dan selain dari itu, Tertuduh hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan bagi membolehkannya dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan terhadapnya. Mahkamah ini perlu menilai pembelaan Tertuduh berdasarkan keterangan prima facie yang telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [54] Tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dan selain itu Tertuduh telah memanggil dua orang lagi saksi iaitu SD2, biras Tertuduh dan SD3, jiran Tertuduh. [55] Secara ringkasnya, versi Tertuduh ialah dia telah ditangkap di dalam rumah tersebut. Pada ketika itu dia sedang mandi kerana hendak bersiap bagi menghadiri majlis harijadi anak saudaranya (anak SD2) di kawasan berhampiran rumah Tertuduh. Menurut Tertuduh sewaktu ditahan, Tertuduh telah dibawa keluar dari rumah tersebut di mana pada ketika itu dia hanya memakai tuala mandi dan tidak memakai baju. Tertuduh menyatakan bahawa dia nampak anggota polis sedang menggeledah kereta milik isterinya. [56] Menurut Tertuduh lagi, pihak polis kemudiannya mengarahkannya untuk masuk ke rumah tersebut semula untuk memakai baju dan pihak polis ada bertanyakan dokumen pengenalan dirinya. Tertuduh menyatakan bahawa kesemua dokumen berada dalam dompet yang berada dalam beg yang menjadi barang kes di Mahkamah (P4). [57] Tertuduh menyatakan bahawa dia kemudiannya telah dibawa keluar dari rumah tersebut dan sewaktu dia dibawa masuk ke dalam kereta milik isterinya, dia melihat ada tiga orang lagi lelaki dalam kereta tersebut. Menurut Tertuduh lagi, dia dan lelaki-lelaki lain yang telah ditahan juga oleh pihak polis telah dibawa ke Taman Metropolitan Kepong dan Tertuduh disoal siasat di situ. [58] SD2 mengesahkan bahawa pada hari kejadian, sememangnya Tertuduh dan isterinya dijemput untuk menghadiri majlis harijadi anaknya tetapi kemudiannya telah menerima panggilan telefon daripada SP4 tentang tangkapan yang berlaku ke atas Tertuduh. [59] SD3 yang merupakan jiran Tertuduh memberikan keterangan bahawa pada hari kejadian, beliau yang tidak bekerja pada hari tersebut dan berada di rumahnya yang berhadapan dengan rumah Tertuduh telah mendengar bunyi bising dan seterusnya keluar dari rumahnya. SD3 menyatakan bahawa beliau nampak Tertuduh yang hanya memakai tuala mandi dan tidak berbaju dilihat sedang dikawal oleh beberapa orang lelaki dan berada di luar kereta di dalam kawasan rumah Tertuduh. SD3 ada pergi menjenguk secara dekat tetapi tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan telah pergi ke rumah seorang lagi jirannya selepas Tertuduh dibawa masuk oleh lelaki-lelaki tersebut masuk ke dalam rumah Tertuduh kembali. [60] Tertuduh di dalam keterangannya menyatakan lagi apabila dia dibawa keluar dari rumahnya dia melihat terdapat enam (6) orang yang telah dimasukkan ke dalam kereta milik isterinya termasuk beliau iaitu tiga
3
orang polis dan tiga (3) orang yang ditahan. Tertuduh menyatakan bahawa empat (4) orang lelaki duduk di bahagian belakang kereta isterinya iaitu seorang polis dan tiga (3) orang tahanan termasuk Tertuduh. Tertuduh kemudiannya menyatakan bahawa terdapat seorang lagi lelaki yang pada mulanya berada dalam kereta isterinya telah dipindahkan pula ke kereta lain dan kesemua lelaki yang ditahan termasuk Tertuduh telah dibawa ke Taman Metropolitan Kepong menggunakan kereta milik isteri Tertuduh. [61] Mahkamah ini mendapati versi atau cerita Tertuduh adalah tidak masuk akal. Pertamanya, seperti mana yang diyatakan terlebih dahulu cerita Tertuduh mengenai dia hanya memakai tuala mandi semasa dibawa keluar oleh pihak polis dan terdapatnya lelaki-lelaki lain berada dalam kereta isterinya tidak timbul di peringkat kes pendakwaan. Tidak pernah pada bila-bila masa sama ada semasa di peringkat pendakwaan, telah dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan versi pembelaan Tertuduh ini. Keperluan untuk mengajukan pembelaan di peringkat pendakwaan bukan sekadar kaedah teknikal undang-undang tetapi adalah kaedah penting keadilan (sila lihat keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Ng Tiam Kok & Yang Lain lwn PP [2013] 1 CLJ 632). [62] Keduanya, bagaimana seorang anggota polis boleh duduk di tempat duduk belakang kereta isteri Tertuduh bersama dua orang tahanan? Bukankah itu mengancam keselamatan anggota polis tersebut yang duduk diapit oleh dua orang yang ditahan? [63] Ketiganya, apakah keperluan pihak polis memindahkan orang-orang yang ditahan (sekiranya benar mereka ini wujud semasa kejadian) yang tidak ada kaitan dengan tangkapan Tertuduh dimasukkan ke dalam kereta milik isteri Tertuduh? Damanakah datangnya mereka ini? [64] Keempat, apakah keperluan pihak polis membawa Tertuduh dan tahanan-tahanan lain ke Taman Metropolitan Kepong, sebuah tempat awam dan yang terbuka untuk disoal siasat? [65] Mahkamah ini mendapati ‘recent invention’ oleh Tertuduh ini tidak berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah mengenai penemuan dadah P4A dan P4B dari dalam P4 iaitu beg milik Tertuduh. Setelah mendengar versi pembelaan Tertuduh, Mahkamah ini mendapati segala keterangan Tertuduh dan saksi-saksi pembelaan tidak menyentuh atau menafikan sama sekali kewujudan dadah-dadah berbahaya P4A dan P4B d dalam P4, milik Tertuduh. Dalam kata lain, pembelaan Tertuduh sama sekali tidak menafikan atau mencabar kewujudan P4 dan P4 adalah miliknya serta dadah P4A dan P4B telah dijumpai dalam P4. Tertuduh melalui versi pembelaannya cuba untuk memberikan gambaran bahawa tidak mungkin P4 yang mengandungi dadah P4A dan P4B dijumpai di badannya kerana dia hanya bertuala mandi sahaja semasa ditahan di dalam rumahnya namun Mahkamah ini mendapati ‘recent invention’ merupakan satu penafian kosong, pemikiran terkemudian dan tidak berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan. [66] Mahkamah Rayuan dalam kes Megat Halim Omar v PP [2009] 1 CLJ 154 telah menyatakan: “Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought or a recent invention as happened in this case.” [67] Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh Tertuduh tidak dapat menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kebenaran keterangan saksi-saksi pendakwaan bahawa dia memiliki dan mengetahui kandungan P4 iaitu P4A dan P4B adalah dadah berbahaya cannabis dan telah juga gagal mengakas anggapan pengedaran Timbalan Pendakwa Raya TPR Mohamad Shahrizzat bin Amadan Peguam Bagi Pihak Tertuduh Nik Mohamed Ikhwan Bin Nik Mahamud Yusoff Bin Ag Lah Tetuan Riza, Yusoff & Partners (Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.