Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-6-07/2021 DAN CB-45-5-11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-6-07/2021
High Court of Malaysia25 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rcumstances of each case might vary. As such, each case should be decided based on the facts involved. ….. [75] From the above cases, we are of the view that the law on the operation of s. 34 of the Penal Code is well settled. We have no reason to depart from this established principle on common intention. As stated ea”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-6-07/2021 DAN CB-45-5-11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
SAL SUHAIMI BIN AB RASHID
2
JOHARI BIN HUSSIN
3
NORFARA DIANA BINTI MUSA (NO. K/P: 821127065468) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kesemua Orang Kena Tuduh (OKT) dipertuduhkan dengan pertuduhan seperti berikut:
12
BAHAWA KAMU PADA 25 JULAI 2020 JAM LEBIH KURANG 30 TENGAH MALAM, BERTEMPAT DI HADAPAN RUMAH NO. 323 BLOK 14 FELDA LAKUM, LANCHANG, DALAM DAERAH TEMERLOH, DALAM NEGERI PAHANG, DALAM MENCAPAI NIAT BERSAMA KAMU TELAH DIDAPATI MENGEDAR DADAH BERBAHAYA BERAT BERSIH 18.11 GRAM HEROIN DAN MONOACETYLMORPHINES (5.93 GRAM HEROIN DAN 12.18 GRAM MONOACETYLMORPHINES). OLEH ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 39B(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39B(2) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN
12
BAHAWA KAMU PADA 25 JULAI 2020 JAM LEBIH KURANG 30 TENGAH MALAM, BERTEMPAT DI HADAPAN RUMAH NO. 323 BLOK 14 FELDA LAKUM, LANCHANG, DALAM DAERAH TEMERLOH, DALAM NEGERI PAHANG, DALAM MENCAPAI NIAT BERSAMA KAMU TELAH DIDAPATI DALAM
Schedule
JADUAL PERTAMA DAN JADUAL KETIGA AKTA RACUN 1952 IAITU RACUN JENIS NITRAZEPAM BERAT BERSIH 0.58 GRAM, OLEH ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 30(3) AKTA RACUN 1952 YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 30(5) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN. [2] Pihak pendakwaan telah mengemukakan enam orang saksi yang terdiri daripada pegawai polis, ahli kimia dan saksi awam sebelum menutup kes pendakwaan. Kes Pendakwaan [3] Penelitian keterangan pendakwaan menunjukkan pada 24.07.2020, SP 4 telah menerima satu maklumat berkenaan dengan aktiviti pengedaran dadah. Pada lebih kurang jam 12.30 pagi serbuan telah dibuat di No. 323, Blok 14 Felda Lakum, 28500 Lanchang, Pahang. Pegawai polis menyatakan bahawa sebelum serbuan dilakukan terdapat dua orang lelaki dan seorang perempuan sedang berada di ruang garaj kenderaan di hadapan pintu masuk rumah tersebut. [4] Apabila pihak polis sampai di tempat tersebut mereka telah bertindak melarikan diri. SP 4 menyatakan ketika itu dia nampak seorang lelaki yang kemudiannya dikenali sebagai Sal Suhaimi telah membuang satu beg pinggang berwarna coklat menggunakan tangan kanan ke atas tanah. [5] SP 4 telah dapat camkan ketiga-tiga individu tersebut di mahkamah. Individu yang lari itu adalah Sal Suhaimi bin Ab Rashid (OKT 1) dan Norfara Diana binti Musa (OKT 3). Seorang lagi lelaki iaitu Johari bin Hassan (OKT 2) SP 4 menyatakan masih berada di kerusi batu. OKT 2 telah dicamkan. [6] Keterangan pendakwaan juga menyatakan bahawa terdapat sedikit tindakan agresif sebelum tangkapan dilakukan. Apa yang jelas ialah OKT 1 dan OKT 3 telah cuba melarikan diri ketika serbuan ini. Sementara OKT 2 tidak melarikan diri disebabkan kakinya ketika itu mengalami kecederaan. [7] SP 6 semasa memberikan keterangan menyatakan bahawa dia telah dimaklumkan oleh SP 4 bahawa terdapat maklumat penagihan dan penyalahgunaan dadah di No. 323, Felda Lakum Lanchang, Pahang. SP 6 sahkan keterangan SP 4 bahawa semasa serbuan dilakukan terdapat dua orang lelaki melayu dan satu perempuan duduk di meja hadapan garaj. SP 6 menyatakan pada masa itu ketiga-tiga individu itu sedang berbual-bual. Keterangan juga menunjukkan pintu pagar rumah tidak berkunci dan terbuka sedikit. [8] SP 6 menyatakan dia yang menangkap OKT 1. SP 6 menyatakan seperti berikut: “Semasa dia melarikan diri itu sambil dia terus campak beg ke tanah saya dan team terus terkam suspek dan menangkapnyalah.” [9] Selanjutnya SP 6 menyatakan: “Pasa masa itu beg itu berada pada badannya. Dalam keadaan sepintas lalu itu dia pegang beg kemudian dia terus campak ke tanah. Dia melarikan diri, saya dengan team terus menangkap dia.” [10] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa satu kes prima facie dapat dibuktikan apabila elemen-elemen kesalahan telah dapat dibuktikan oleh Pendakwa Raya di akhir kes pendakwaan. Ini telah diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan v PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti berikut: “[43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either: (i) by adducing credible direct evidence of that ingredient; (ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or (iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra ) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof.” [11] Ia juga dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Sanderasegaran Nithenanham [2024] 4 CLJ 823 seperti berikut: “[34] Hence, based on the statutory provisions and authorities cited above, what is pertinent for the trial judge at the end of the prosecution case is to determine whether the prosecution has established a prima facie case and a prima facie case is established if all elements of the charge have been proved by credible evidence. …” Elemen Kesalahan [12] Adakah dadah yang dikatakan ditemui dalam serbuan adalah dadah berbahaya seperti yang diperuntukan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Bagi menjawab persoalan ini mahkamah ini meneliti laporan kimia (P13) dan keterangan ahli kimia yang membawa natijah bahawa ahli kimia menyediakan P13 bahawa ujian yang dilakukan mendapati: Sampul Surat ‘H’ (i) 13 peket plastik lutsinar masing-masing bertanda "H1" hingga "H13" yang setiap satu mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna putih. Setelah dianalisis saya mendapati berat bersih bahan tersebut ialah sejumlah 483.5 gram yang mengandungi 5.8 gram heroin dan 12.0 gram monoacetylmorphines. (ii) Tiga peket plastik lutsinar masing-masing bertanda "H14" hingga "H16" yang setiap satu mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna merah jambu. Setelah dianalisis saya mendapati berat bersih bahan tersebut ialah sejumlah 6.30 gram yang mengandungi 0.13 gram heroin dan 0.18 gram monoacetyimorphines. Sampul Surat “S” Lima peket plastik lutsinar masing-masing bertanda "S1" hingga "S5" yang setiap satu mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis saya mendapati berat bersih bahan tersebut ialah sejumlah 298.0 gram yang mengandungi 197.0 gram methamphetamine. [13] Pada masa yang sama mahkamah juga meneliti rantaian keterangan dan pengendalian dadah oleh pegawai serbuan dan pegawai penyiasat semasa dadah dikemukakan di Jabatan Kimia adalah teratur. Mahkamah ini mendapati tiada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapat pemutusan rantaian barang kes iaitu dadah berbahaya dalam kes ini. [14] Oleh itu mahkamah ini berpuas hati bahawa dadah-dadah dalam kes ini adalah dadah berbahaya. Ini bermakna elemen pertama telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Adakah OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan berkenaan dadah-dadah tersebut [15] Pegawai penyiasat dalam kes ini telah menyatakan bahawa dia telah diserahkan barang-barang kes dan bersama-sama OKT-OKT daripada SP 4. Barang-barang kes yang diakui telah dihantar ke Jabatan Kimia dan diperolehi laporan kimia iaitu P13. Kesan cap jari telah cuba diperolehi dan setelah rujukan dibuat kepada Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia adalah didapati tidak boleh dibuat perbandingan kerana tidak cukup sifat dan tidak dikesan dengan rekod jenayah iaitu di P19. Pelbagai cap jari itu menurut SP 5 dibuat terhadap barang kes dadah. [16] Adakah dadah di dalam milikan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3. Keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan menunjukkan bahawa ketiga-tiga OKT berada di kawasan berhampiran dengan garaj dan sedang berbual-bual. SP 4 dan SP 6 dalam keterangan mereka menyatakan semasa serbuan dilakukan OKT 1 telah berlari dan membawa beg dan membuangkannya ke kawasan yang ditandakan ‘X’ dalam gambar yang kemudiannya didapati dadah berbahaya. OKT 3 juga turut melarikan diri tetapi tiada apa-apa barang yang dibawanya atau dilihat mencampakkan apa-apa barang. Sementara OKT 2 yang mempunyai keterbatasan pergerakan tidak dilihat melarikan diri seperti OKT 1 dan OKT 3 dan juga tidak mencampakkan apa-apa barang. [17] Persoalan yang timbul dalam kes ini adalah keberadaan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 di sekeliling meja di kawasan garaj itu menunjukkan bahawa kesemua OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan mengenai dadah-dadah itu. Mahkamah mendapati tiada secebis keterangan oleh SP 4, SP 5 dan SP 6 yang dapat mengesahkan bahawa OKT 2 dan OKT 3 mengendalikan atau memegang dadah-dadah tersebut. Namun OKT 2 dan OKT 3 berada berdekatan dengan dadah-dadah tersebut. Adakah ia satu keterangan yang menunjukkan bahawa OKT 2 dan OKT 3 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Kedatangan OKT 2 dan OKT 3 disahkan oleh SP 1. SP 1 iaitu bapa kepada OKT 1 tidak kenal rapat dengan OKT 2 dan OKT 3. [18] Malahan SP 5 semasa pemeriksaan balas oleh peguam OKT 3 menyatakan bahawa keterlibatan OKT 2 dan OKT 3 adalah disebabkan mereka berada bersama-sama OKT 1 semasa serbuan dilakukan. [19] Mahkamah ini mendapati keterangan yang jelas dan konsisten saksi-saksi pendakwaan iaitu SP 4 dan SP 6 bahawa OKT 1 telah lari dan mencampakkan beg yang mengandungi dadah-dadah tersebut. Kelakuan OKT 1 tersebut pada hemat mahkamah ini menunjukkan bahawa dia mempunyai pengetahuan bahawa terdapat dadah-dadah di dalam beg tersebut. Ia boleh menyebabkan mahkamah ini membuat inferens bahawa OKT 1 mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut. Mahkamah merujuk kes Abdullah Zawawi bin Yusof v PP [1993] 3 MLJ 1 yang menyatakan seperti berikut: “We now come to what does seem to us to be evidence of a potent kind against the appellant, namely his conduct in taking to his heels upon Insp Mat Yusoff announcing the discovery of the drugs in the box. This conduct of the appellant was consistent with his having known of the presence of the drugs in the box before their discovery, indicating thereby a sense of guilt. On the other hand, it was conduct equally consistent with the appellant having been in a state of pure panic, bearing in mind that it was only after Insp Mat Yusoff announced the discovery of the drugs that the appellant took to his heels. An innocent man faced with the prospect of arrest on a capital charge might foolishly react in that way. It is true that the appellant himself denied running away but we agree with the judge that the appellant lied on this point, but this does not preclude us from drawing such inferences as may be justified from the evidence adduced by the prosecution. The Jamaican Privy Council case of DPP v Brooks 2, cited to us by the learned deputy public prosecutor, where the accused, who occupied the driver's seat of a stationary van which contained more than 1000 lbs of ganja, together with several others in the van, scrambled out and ran off, when police officers hurried towards the van, is, therefore, readily distinguishable.” [20] Hal ini berbeza di dalam kes ini. Dalam kes ini setelah serbuan dilakukan OKT 1 telah didapati berada bersamanya beg yang akhirnya dicampakkan ke kawasan rumah tersebut. Mahkamah berpendapat tindakan itu adalah kelakuan yang perlu diambil kira dalam kes ini. [21] Dalam kes ini keterangan menunjukkan bahawa sebaik sahaja pasukan polis memperkenalkan diri dan melakukan serbuan, OKT 1 melarikan diri bersama-sama dengan beg yang kemudiannya dicampakkan ke tanah. Mahkamah berpendapat kelakukan OKT 1 ini adalah konsisten dengan pengetahuan dia mengenai dadah-dadah tersebut. [22] Ini ditambah pula dengan keterangan SP 4 dan SP 6 yang menyatakan bahawa beg tersebut dibawa oleh OKT 1 sebelum dia mencampakkannya. Ini menunjukkan OKT 1 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut di dalam beg itu. [23] Persoalan yang timbul ialah adakah OKT 2 dan OKT 3 mempunyai milikan bersama dadah tersebut dengan OKT 1. Jambatan penghubung di antara OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 ialah penggunaan seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi menunjukkan OKT-OKT mempunyai niat bersama. [24] Dalam kes ini mahkamah mendapati tiada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapatnya perancangan untuk melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah-dadah tersebut bagi membolehkan penggunaan seksyen 34 Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun adalah menjadi undang-undang yang jelas bahawa niat bersama itu boleh timbul serta merta atau secara spontan dan tidak perlu ditunjukkan terdapatnya perancangan awal bagi melakukan kesalahan jenayah tersebut. Ini telah dinyatakan dalam kes (1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng, And (4) Ng Ah Kiat v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 336 seperti berikut: “In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rests on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (The Supreme Court (of India) on Criminal Law 1950–1960 by J.K. Soonavala page 188 to 193).” [25] Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Farose Tamure Mohamad Khan v. PP & Other Appeal [2016] 9 CLJ 769 berkenaan dengan kedudukan seksyen 34 Kanun Keseksaan seperti berikut: “[66] The existence of a common intention is a question of fact in each case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances of the case. Direct evidence as proof is difficult to procure because the common intention is essentially a state of mind. Invariably inferences have to rely upon arising from such acts or conduct of the accused, the manner in which the accused arrived at the scene, the nature of injury caused by one or some of them or such other relevant circumstances available. The totality of the circumstances must be taken into consideration in arriving at a conclusion whether there is a common intention to commit the offence for which the accused could be convicted. The facts and circumstances of each case might vary. As such, each case should be decided based on the facts involved. ….. [75] From the above cases, we are of the view that the law on the operation of s. 34 of the Penal Code is well settled. We have no reason to depart from this established principle on common intention. As stated earlier, the existence of a common intention is a question of fact of each of the case to be proved as a matter of inference from the circumstances of the case.” [26] Selain daripada itu Mahkamah juga mendapati bahawa bagi maksud pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan, ia tidak menghendaki kesemua Tertuduh berada di tempat kejadian bagi pemakaian seksyen 34 tersebut. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Sabarudin Non v. PP & Other Appeals [2005] 1 CLJ 466 seperti berikut: “….. They argue that since neither of their clients was present at either the scene of the abduction nor at the place where the deceased was done unto death, nor at the scene where her body was cast into the ravine s. 34 has no application to the 4th and 5th accused. With respect, as a matter of law, we are unable to agree with this submission. In our judgment, presence in every case is not necessary for s. 34 to apply. In our judgment, s. 34 should be interpreted having regard to modern technological advances. The early decisions on the section, admittedly by the Privy Council, that held presence to be essential for s. 34 to bite were handed down at a time when modes of communication were not as advanced as today. It would, in our judgment, be a perversion of justice if we are required to cling on to an interpretation of the section made at a time when science was at a very early stage of development….” [27] Walau bagaimanapun mahkamah berpendapat bagi menunjukkan terdapatnya niat bersama yang berlaku secara spontan tersebut perlu diteliti sama ada terdapat keterangan yang dapat menunjukkan niat bersama secara spontan. Misalnya, terdapat keterangan yang menunjukkan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 berurusan dengan dadah-dadah tersebut semasa berada di meja di hadapan garaj tersebut. Ia wujud sekiranya terdapat keterangan yang menunjukkan kegiatan urus niaga berkaitan dadah-dadah tersebut. Niat bersama juga wujud jika terjumpanya sejumlah wang atau dadah-dadah tersebut telah berada dengan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3. Keterangan-keterangan tersebut dapat menunjukkan bahawa terdapatnya niat bersama yang berlaku secara spontan bagi melakukan kesalahan tersebut. [28] Walau bagaimanapun dalam kes ini tiada secebis keterangan yang dapat menunjukkan perkara tersebut. Apa yang ada ialah OKT 2 dan OKT 3 berada di tempat di mana OKT 1 berada. Adakah keterangan ini dapat menunjukkan hubungan dadah tersebut dengan OKT 2 dan OKT 3. Adakah disebabkan OKT 2 dan OKT 3 berada di tempat yang sama dengan OKT 1 yang akhirnya didapati telah mencampakkan beg yang mengandungi dadah, menyebabkan OKT 2 dan OKT 3 boleh dikatakan memiliki mempunyai kawalan dan milikan dadah-dadah tersebut? [29] Dalam hal ini mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Gunalan a/l Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197. Semasa penganalisaan keterangan pembelaan yang mana ianya hampir sama dengan kes ini iaitu apabila terdapatnya beberapa orang mengelilingi suatu tempat yang sama. Namun dalam kes tersebut ianya berlaku dalam rumah. Sebaliknya dalam kes ini ia berlaku di hadapan rumah. Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “[14] In the present case the crucial evidence against the first and third accused to prove possession of the drug is the fact that the two of them were found sitting down cross-legged on the floor, shirtless, with the drug and other appurtenances in front of them when the police burst into the room. On those facts the trial judge found the first and third accused to be in possession of the drug. The second accused was found to be in possession of the drug pursuant to s. 34 of the Penal Code on the basis of common intention. This is based solely on the allegation that he attempted to prevent the police from entering the room by pushing against the door. The evidence of the three accused were dismissed by the trial judge as mere denial and failed to cast any reasonable doubt on the prosecution case. [15] In this case the first and third accused in their defence emphatically stated that when the police entered the room they were standing up and the first accused was reading the invitation card given to him by the third accused. In other words they were nowhere near the drug in question as stated by SP4 and SP6. This was confirmed by the second accused. To determine the reasonableness of the defence story one need to consider the circumstances prevailing at the time the raid on the house was conducted. According SP4, the raid was carried out by a team consisting of nine officers at around 10.25pm. It is an admitted fact that one of the member of the police party was bitten by a dog outside the house. As SP4 and his team approached the house he saw the front door of the house wide opened and they straight away rushed into the house. He noticed a number of male Indians sitting in the lounge. He then identified himself as police officer and directed his men to arrest them. In the circumstances I tend to agree with the defence submission that there is bound to be a lot of noises and because of that the second accused said he looked out to see what was happening. It is against that backdrop that the defence story ought to have been evaluated to see whether it cast any reasonable doubt on the prosecution case. In the circumstances I must say that I wholly agree with what was said by Abdul Aziz JCA in his dissenting judgment which reads: It was submitted by counsel for the first appellant after the close of the prosecution case, whose submission was adopted by counsel for the other appellants, that in those circumstances the first and third appellants would have been aware of the presence of the police and it was incredible that if they had been sitting cross-legged facing the drugs before the police arrived they would have continued to remain in that position when the police burst into the combing room. It was a point that merited serious consideration because even though the first and third appellants would have had only four or five seconds within which to react to the knowledge of the presence of the police, the normal reaction one would expect of a person in that situation would be instinctively instantaneous. He would instantly at least jump up and get away from the incriminating drugs. Yet the judge disposed of the point on the basis that the Chief Inspector and the other witness, the sixth prosecution witness, Detective Lance Corporal Duraiyappa, appeared to be truthful witnesses and what they said they saw must have been so. If a fact is in itself incredible it does not become any the less incredible simply because the person who relates it appears to be truthful. To accept it as true beyond reasonable doubt, to be able to entertain no doubt as to its truth, one has to have a reason for accepting it as credible in the circumstances. The judge does not say that in his judgment it was not incredible in the circumstances and give his reasons for saying so. He merely relied on the apparent truthfulness of the witnesses.” [30] Penelitian kepada keterangan kes ini menunjukkan bahawa pemerhatian yang dibuat oleh SP 4 sebelum serbuan dibuat berkenaan dengan apa yang dilakukan oleh OKT 2 dan OKT 3 adalah seperti berikut: “S : Berada di kerusi batu sedang buat apa? J : Sedang menghadap satu sama lain, tengah duduk di kerusi batu. So apabila kita sampai di hadapan itu saya berhenti terus, dua daripada tiga individu itu melarikan diri di tepi sebelah kiri rumah. Apabila kita berada di hadapan rumah itu, di bahagian kiri.” [31] Ini adalah menunjukkan bahawa tiada sebarang keterangan yang menunjukkan apakah yang dilakukan oleh OKT 2 dan OKT 3 terhadap dadah-dadah tersebut. Ia juga tidak dapat menunjukkan bahawa OKT 2 dan OKT 3 mempunyai kaitan dengan dadah-dadah tersebut. Ia ditambah pula dengan keterangan yang jelas berkenaan dengan beg yang dikatakan telah dicampakkan oleh OKT 1. Fakta dan keterangan ini tidak dapat mengaitkan OKT 2 dan OKT 3 dengan dadah-dadah tersebut. Pengedaran [32] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan terhadap OKT 1 dan mahkamah telah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah menunjukkan bahawa OKT 1 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Berdasarkan kepada berat dadah yang terlibat dalam kes ini bagi pertuduhan pertama maka mahkamah menggunakan anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 iaitu anggapan pengedaran terhadap OKT 1 dalam kes ini. Mahkamah ini berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT 1 bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB 1952. [33] Sementara itu bagi OKT 2 dan OKT 3 Mahkamah berpendapat bahawa milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut tidak dapat dibuktikan di akhir kes pendakwaan. Oleh itu tidak timbul penggunaan anggapan di bawah 37 (da) ADB 1952 terhadap OKT 2 dan OKT 3. Ini bermakna pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT 2 dan OKT 3 bagi pertuduhan pertama. [34] Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan kedua terhadap OKT 1. [35] Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT 2 dan OKT 3 bagi pertuduhan kedua. [36] Mahkamah ini berpendapat sekiranya tiada keterangan berkaitan dengan pengedaran dadah-dadah di bawah anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 atau pengedaran dadah seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta tersebut, mahkamah perlu membuat dapatan tersebut di akhir kes pendakwaan dan tidak menunggu di akhir kes pembelaan. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Abdillah bin Labo Khan v Public Prosecutor [2002] 3 MLJ 298 seperti berikut: “There are two other submissions made by the learned deputy that require to be addressed. The first is her argument that the trial judge did in fact make a specific finding to the effect that the appellant was found in possession of the drugs in question. However, it is to be observed that this finding was made in the concluding passage of his judgment, after he had considered and dealt with the appellant's evidence in defence to the charge. That, in our view is, with respect, wholly inadequate. The direction, if any, should have been administered by the trial judge unto himself when he was considering the evidence led by the prosecution. In other words, it should have been done at the close of the prosecution's case. So, this submission of the learned deputy comes to nothing.” [37] Dalam erti kata lain mahkamah tidak perlu memanggil pembelaan OKT 2 dan OKT 3 semata-mata untuk mendengar versi pembelaan OKT 2 dan OKT 3 sedangkan berdasarkan keterangan yang ada di hadapan mahkamah tiada sebarang keterangan yang dapat menunjukkan bahawa OKT 2 dan OKT 3 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan mengenai dadah-dadah tersebut bagi membolehkan anggapan pengedaran digunakan untuk pertuduhan di bawah seksyen 39B ABD 1952. Ini ditambah pula dengan tiadanya keterangan yang mengesahkan terdapatnya kesan cap jari atau DNA terhadap dadah-dadah tersebut yang boleh mengaitkannya dengan OKT 2 dan OKT 3. [38] Oleh itu Mahkamah berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT 2 dan OKT 3 di atas pertuduhan di bawah seksyen 39B ABD 1952. OKT 2 dan OKT 3 dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. [39] Sementara itu bagi pertuduhan kedua di bawah seksyen 30 Akta Racun 1952 pula, berdasarkan kepada penganalisaan keterangan yang sama Mahkamah berpendapat pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT 2 dan OKT 3. Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa OKT 2 dan OKT 3 mempunyai milikan kepada racun tersebut. Oleh itu OKT 2 dan OKT 3 dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan kedua. [40] Akhirnya, bagi OKT 1 mahkamah berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua. Oleh itu OKT 1 dipanggil untuk membela diri bagi pertuduhan-pertuduhan pindaan seperti berikut: Pertuduhan Pindaan Pertama Bahawa kamu pada 25 Julai 2020 jam lebih kurang 12.30 tengah malam, bertempat di hadapan rumah No. 323 Blok 14 Felda Lakum, Lanchang, dalam Daerah Temerloh, dalam Negeri Pahang, telah didapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 18.11 gram Heroin dan Monoacetylmorphines (5.93 gram Heroin dan 12.18 gram Monoacetylmorphines). Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Kedua Bahawa kamu pada 25 Julai 2020 jam lebih kurang 12.30 tengah malam, bertempat di hadapan rumah No. 323 Blok 14 Felda Lakum, Lanchang, dalam Daerah Temerloh, dalam Negeri Pahang, telah didapati dalam kawalan kamu racun yang disenaraikan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga Akta Racun 1952 iaitu racun jenis Nitrazepam berat bersih 0.58 gram. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama. Bertarikh: 05 hb. September 2024 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwaan Ain-Nur Amiyerra Awod Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak OKT 1 Mohd Taufik bin Md Tahir Tetuan Rizal Hashim Kuantan, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak OKT 2 Ahmad Nizam bin Hamid Tetuan Sazali & Lim Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak OKT 3 Bob S Arumugam Tetuan Bob Arumugam Kuantan, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.