Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN PERBICARAAN JENAYAH NO. DA-45B-3-03/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD AZAM BIN SEMAN PERBICARAAN JENAYAH : DA-45B-4-03/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
DA-45B-3-03/2022
High Court of Malaysia11 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“he next issue is whether the prosecution had established that the appellants had a common object in the commission of the offence in the alternative charge. The words “common object” in s. 149 of the Penal Code do not necessarily bear the same meaning as the words “common intention” in s. 34 of the Penal Code. In Sukha”
“rumah OKT3 sebelum kejadian. Tiada sebarang keterangan sokongan yang dapat mengesahkan perkara ini yang telah dikemukakan oleh pihak PR. Rujukan Puan TPR ke atas kes P v Nirmala a/p Subramaniam & ors [2017] MLJU 657 adalah bagi pandangan Mahkamah ini di luar konteks dan panduan di dalam kes R v Turnbull [1976] 1 All ER”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN PERBICARAAN JENAYAH NO. DA-45B-3-03/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD AZAM BIN SEMAN PERBICARAAN JENAYAH : DA-45B-4-03/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
2
MOHD ZARUDDIN BIN SEMAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes ini melibatkan 3 orang Tertuduh (OKT) yang pada awalnya dituduh secara berasingan bagi 2 kes yang berlainan. Namun ia melibatkan fakta kes yang sama serta kejadian sama dan oleh yang demikian, kedua-dua kes dibicarakan bersama-sama. Ketiga-tiga OKT dituduh melakukan kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh Kamsani bin Mohamed (si mati). Pertuduhan ke atas mereka dibaca bersama-sama seksyen 149 KK di mana ia dilakukan bersama-sama dengan 2 lagi iaitu Che Muhammad Sayusi bin Che Musa yang masih bebas dan Mohd Rozi bin Seman yang telah meninggal dunia. [2] Pertuduhan-pertuduhan ke atas kesemua OKT adalah seperti berikut:
a
Kes No. DA-45B-3-03/2022 “Bahawa kamu bersama-sama dua orang yang telah dituduh iaitu Mohd Rizal bin Seman (No. K/P : 830205-03-5139) dan Muhamad Zarudin bin Seman (No. K/P : 930718-03-5159), seorang yang masih bebas iaitu Che Muhammad Sayusi bin Che Musa (No. K/P : 910527-03-5991) dan seorang yang telah meninggal dunia iaitu Mohd Rozi bin Seman (No. K/P : 790914-03-5051), pada 27 Januari 2020 di antara jam lebih kurang 12.30 pagi hingga 1.30 pagi, bertempat di Stesen Minyak Shell Batu 31, Jalan Machang-Kuala Krai, di dalam Jajahan Machang, di dalam Negeri Kelantan, adalah ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang di mana tujuan bersama kamu adalah untuk mengakibatkan kematian Kamsani bin Mohamed (No. K/P : 811224-03-5819) dan semasa kamu berada di dalam perhimpunan tersebut semua ahli kumpulan tersebut atau lebih daripada seorang daripada kamu dalam melaksanakan tujuan bersama kamu telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Kamsani bin Mohamed (No. K/P 811224-03-5189), iaitu satu kesalahan di mana ahli-ahli perhimpunan mengetahui mungkin dilakukan dalam melaksanakan tujuan bersama perhimpunan tersebut dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun tersebut.”
b
Kes No. Da-45B-4-03/2022 “Bahawa kamu bersama-sama seorang yang telah dituduh iaitu Mohd Azam bin Saman (No. K/P : 970116-03-5561), seorang yang masih bebas iaitu Che Muhammad Sayusi bin Che Musa (No. K/P : 910527-03-5991) dan seorang yang telah meninggal dunia iaitu Mohd Rozi bin Seman (No. K/P : 790914-03-5051) pada 27 Januari 2020 di antara jam lebih kurang 12.30 pagi hingga 1.30 pagi, bertempat di Stesen Minyak Shell Batu 31, Jalan Machang-Kuala Krai, di dalam Jajahan Machang, di dalam Negeri Kelantan, adalah ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang di mana tujuan bersama kamu adalah untuk mengakibatkan kematian Kamsani bin Mohamed (No. K/P : 811224-03-5819) dan semasa kamu berada di dalam perhimpunan tersebut semua ahli kumpulan tersebut atau lebih daripada seorang daripada kamu dalam melaksanakan tujuan bersama kamu telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Kamsani bin Mohamed (No. K/P : 811224-03-5819), iaitu satu kesalahan di mana ahli-ahli perhimpunan mengetahui mungkin dilakukan dalam melaksanakan tujuan bersama perhimpunan tersebut dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun tersebut.” [3] Bagi maksud Alasan Penghakiman ini, OKT-OKT akan dirujuk seperti berikut:-
a
Mohd. Rizal bin Seman - OKT1
b
Muhammad Zarudin bin Seman - OKT2
c
Mohd. Azam bin Seman - OKT3 Fakta Kes [4] Kesalahan tersebut dikatakan dilakukan apabila kesemua OKT berada di dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang untuk mengakibatkan kematian Kamsani bin Mohamed di mana salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut telah melaksanakan tujuan bersama perhimpunan tersebut iaitu dengan melakukan perbuatan membunuh. Kejadian tersebut berlaku pada 27/1/2020 di antara jam 12.30 pagi ke 1.30 pagi bertempat di Stesen Minyak Shell Batu 31, Jalan Machang-Kuala Kerai, daerah Machang, Kelantan. [5] Pihak Pendakwa Raya (PR) telah memanggil seramai 10 orang saksi yang secara amnya telah membuktikan bahawa pada 26/1/2020 pada jam lebih kurang 10 malam, si mati telah keluar dari rumahnya dengan menaiki motorsikal. Si mati telah memaklumkan kepada SP8 iaitu adik iparnya bahawa dia hendak berjumpa dengan Raja Lanun di Batu 30, Machang, Kelantan. [6]
Preamble
Menurut SP8, selepas si mati keluar, SP8 dan Ajim telah mengekori si mati dengan menaiki kereta Perodua MyVi milik isteri si mati. Apabila sampai di Stesen Minyak Shell di Batu 30 Machang, SP8 telah melihat si mati telah diserang dan ditetak sebanyak 3 kali yang menurut SP8 dilakukan oleh ketiga-tiga OKT dengan menggunakan pedang. Pada masa tersebut terdapat 5 orang individu termasuk ketiga-tiga OKT. [7] SP8 telah cuba untuk menyelamatkan si mati namun SP8 turut dicederakan apabila telah ditetak dengan menggunakan pedang dan SP8 juga telah dilanggar oleh kereta apabila SP8 cuba melarikan diri. Selepas simati dan SP8 ditetak, kesemua penyerang telah meninggalkan tempat kejadian. Si mati telah dibawa ke hospital namun telah meninggal dunia semasa di dalam perjalanan ke Hospital Machang. Beban pembuktian pihak Pendakwa Raya [8] Apabila pertuduhan ke atas kesemua OKT dibuat berdasarkan seksyen 149 KK, maka secara amnya, apabila kesalahan tersebut dilakukan oleh seorang anggota perhimpunan, maka setiap anggota perhimpunan tersebut dianggap melakukan kesalahan itu pada masa kejadian tersebut dilakukan. Perkara ini pernah diulas oleh Thomson CJ di dalam kes Francis & ors v PP [1959] 1 LNS
28
[9] Sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang menurut seksyen 141 KK, hendaklah dibuktikan mengandungi seramai lima orang atau lebih yang bertujuan bersama melakukan tujuan yang dinyatakan di perenggan (a) hingga (e) di mana bagi maksud kes ini adalah di bawah perenggan (c) iaitu dengan tujuan hendak melakukan apa-apa khianat atau pencerobohan jenayah, atau lain-lain kesalahan (rujuk; Lim Chew Yoong v Regina [1960] 1 LNS 61). [10] Memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan bunuh, maka di bawah seksyen 300 KK telah mengklasifikasikan kesalahan mematikan orang dengan salah di bawah seksyen 299 KK sebagai membunuh di dalam 4 keadaan. [11] Seperti yang digarispandukan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Sainal Abidin bin Mading v. PP [1999] 4 MLJ 497 / [1999] 4 CLJ 215, di dalam membuktikan kes di bawah Seksyen 302 KK, pihak PR wajib membuktikan elemen-elemen pertuduhan iaitu:-
a
mangsa adalah si mati;
b
Mangsa telah mati akibat dari bencana tubuh/kecederaan yang dialaminya;
c
bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah akibat dari perbuatan setiap OKT; dan
d
bencana tubuh yang dikenakan ke atas mangsa adalah cukup pada lazimnya menyebabkan kematian. [12] Jalinan dari nas-nas duluan, maka bagi kes ini, pihak PR perlu di dalam membuktikan satu kes prima facie ke atas kesemua OKT membuktikan:
a
terdapat satu perhimpunan haram yang menyalahi undang-undang untuk melakukan apa-apa khianat atau pencerobohan jenayah, atau lain-lain kesalahan;
b
OKT-OKT adalah anggota kepada perhimpunan tersebut; dan
c
Salah seorang dari anggota perhimpunan tersebut telah melakukan perbuatan yang telah menyebabkan kematian ke atas si mati di mana perbuatan tersebut telah dibuat termasuk di dalam mana-mana kategori yang dinyatakan di dalam perenggan (a) hingga (d) seksyen 300 KK. Analisis dan dapatan Mahkamah [13] Berdasarkan kepada keterangan pihak PR, Mahkamah merumuskan bahawa secara amnya, kematian serta identiti si mati iaitu Kamsani bin Mohamed adalah telah dibuktikan. Ia dapat ditelusuri melalui keterangan oleh Aidawati binti Salleh (SP6) iaitu isteri si mati dan Muhammad Iman (SP7) iaitu anak si mati. [14] Selain itu, Mahkamah turut berpuashati untuk merumuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan bahawa si mati telah mengalami kecederaan luka-luka tetak pada bahagian muka yang telah mengakibatkan pendarahan yang berlebihan. Darah tersebut telah memasuki saluran pernafasan si mati yang mengakibatkan kematian si mati. Perkara ini telah dapat dibuktikan melalui keterangan SP2 iaitu Pakar Forensik. [15] Kedua-dua elemen berkaitan identiti si mati serta sebab kematiannya tidak dipertikaikan oleh peguam kesemua OKT. [16] Namun isu yang menjadi perhatian Mahkamah kini adalah sama ada pihak PR telah berjaya membuktikan kewujudan satu perhimpunan tersebut di bawah seksyen 149 KK dan keduanya sama ada OKT-OKT adalah sebahagian dari perhimpunan tersebut. Perkara ini juga adalah merupakan teras kepada hujahan peguam OKT-OKT. [17] Bagi maksud ini, pihak PR bersandarkan hampir sepenuhnya kepada keterangan oleh SP8. Peguambela OKT-OKT menghujahkan bahawa keterangan SP8 tidak wajar diterima kerana SP8 dihujahkan sebagai seorang saksi yang berkepentingan dan turut merupakan seorang “rakan sejenayah”. [18] Adalah tidak dinafikan bahawa SP8 adalah merupakan adik ipar kepada si mati dan terdapat kemungkinan SP8 mempunyai elemen untuk memberi keterangan yang memihak. Prinsip berkaitan saksi-saksi yang mempunyai kepentingan telah dibincangkan di dalam banyak nas duluan dan Mahkamah akur dengan keperluan untuk bersikap waspada dalam menilai dan menerima keterangan SP8 sebagai saksi yang berkepentingan seperti yang telah diputuskan di dalam kes Rikky Purba v. PP [2014] 4 MLJ 569 /[2014] 3 CLJ 607/[2014] 2 MLRA 140 seperti berikut; "[43] It is pertinent to note that the sole eye-witness in this case is PW12, the wife of the deceased and she herself had been involved in the fight where she suffered injuries which is the subject matter of the second charge. Therefore, her evidence ought to be treated with caution. In Magendran a/l Mohan v. Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1; [2011] 1 CLJ 805; the Federal Court had this to say:- It is clear to us that from her testimony she was an interested witness with a grudge against the appellant and had a purpose of her own to serve. In our judgment her evidence must be treated with caution and requires corroboration. [44] The Indian Supreme Court in Raju @ Balachandran and Ors v State of Tamil Nadu AIR 2013 SC 983 broadly identified four categories of witnesses as follows:-
33
For the time being, we are concerned with four categories of witnesses - a third party disinterested and unrelated witness (such as a bystander or passer-by); a third party interested witness (such as a trap witness); a related and therefore an interested witness (such as the wife of the victim) having an interest in seeing that the accused is punished; a related and therefore an interested witness (such as the wife or brother of the victim) having an interest in seeing the accused punished and also having some enmity with the accused. But, more than the categorization of a witness, the issue really is one of appreciation of the evidence of a witness. A court should examine the evidence of a related and interested witness having an interest in seeing the accused punished and also having some enmity with the accused with greater care and caution than the evidence of a third party disinterested and unrelated witness. This is all that is expected and required. (Emphasis Added.)". [penekanan ditegaskan] [19] Selain itu, SP8 turut dibuktikan terlibat di dalam pergaduhan di dalam kejadian tersebut. Ini terbukti apabila SP8 turut dituduh di Mahkamah Mejistret Machang bagi satu kesalahan di bawah seksyen 147 KK iaitu sebagai satu ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang yang telah menggunakan kekerasan atau keganasan. SP8 telah mengakusalah ke atas pertuduhan tersebut dan telah dihukum. [20] Adalah menajdi satu prinsip atau peraturan yang hampir menjadi undang-undang bahawa hakim telah diberi amaran tentang bahaya mensabitkan kesalahan hanya di atas keterangan rakan sejenayah yang tidak disokong. Perkara ini telah dibincang oleh Mahkamah Agung di dalam kes Yap Ee Kong v. PP & Anor [1980] 1 LNS 117; [1981] 1 MLJ 144 yang telah menyatakan; “On examining the background facts as a whole we feel that this view of the learned judge amounted to serious misdirection in law. First, it is not disputed that Othman was an accomplice. It is trite law that although an accomplice is a competent witness a conviction is not illegal merely because it proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice. All leading authorities have stated in clear terms that it has long been a rule of practice or rule of prudence which has become virtually equivalent to a rule of law for the judge or jury to be warned of the danger of convicting on the uncorroborated testimony of an accomplice. It is a matter of prudence except where circumstances make it safe to dispense with it that there must be corroboration of the evidence of an accomplice. In the much quoted case of R v Baskerville [1916] 2 KB 658 Lord Reading C.J. speaking of the rule of practice accepted "as virtually equivalent to a rule of law" requiring corroboration in this type of cases said: "If after the proper caution by the judge the jury nevertheless convict the prisoners, this court will not quash the conviction merely on the ground that the accomplice's testimony was uncorroborated? In considering whether or not the conviction should stand, this court will review all the facts of the case, and will bear in mind that the jury had the opportunity of hearing and seeing the witnesses when giving their testimony. But this court, in the exercise of its powers will quash a conviction even when the judge has given to the jury the warning or advice above mentioned if this court, after considering all the circumstances of the case, thinks the verdict unreasonable or that it cannot be supported having regard to the evidence." [penekanan ditegaskan] [21] Di atas kewaspadaan ini, Mahkamah telah meneliti keterangan yang diberikan oleh SP8 yang melalui beberapa peringkat pemeriksaan iaitu dari pemeriksaan utama, pemeriksaan balas serta pemeriksaan semula. Selain itu, Mahkamah turut menimbang keterangan yang diberikan oleh SP8 semasa lawatan ke tempat kejadian. [22] Di dalam pemerhatian Mahkamah, SP8 didapati telah secara bersungguh-sungguh memberi keterangan bahawa ketiga-tiga OKT berada di tempat kejadian dan SP8 mengenali mereka. SP8 turut mengesahkan bahawa ketiga-tiga merekalah yang telah menyebabkan kecederaan ke atas si mati dan juga ke atas dirinya. [23] Keterangan SP8 ini walaubagaimanapun tidak disokong oleh mana-mana keterangan saksi yang lain kecuali SP9 yang telah mengesahkan bahawa SP9 pernah membawa SP8 ke rumah Azam iaitu OKT3. Ini sekadar menyokong keterangan SP8 bahawa selain OKT3, SP8 turut melihat OKT1 dan OKT2 di rumah OKT3. Namun, keterangan SP9 tidak lansung mendedahkan sama ada OKT1 dan OKT2 turut berada di rumah OKT3 tersebut. [24] Keterangan ini menjejaskan hujahan pihak PR bahawa pengecaman SP8 ke atas kesemua OKT adalah berdasarkan kepada pertemuan awalan yang pernah berlaku di rumah OKT3 sebelum kejadian. Tiada sebarang keterangan sokongan yang dapat mengesahkan perkara ini yang telah dikemukakan oleh pihak PR. Rujukan Puan TPR ke atas kes P v Nirmala a/p Subramaniam & ors [2017] MLJU 657 adalah bagi pandangan Mahkamah ini di luar konteks dan panduan di dalam kes R v Turnbull [1976] 1 All ER 549 adalah juga tersasar. [25] Ini diberatkan lagi apabila Mahkamah mendapati bahawa kejadian di dalam kes ini berlaku pada jam 1230 malam dan ia juga di dalam keadaan kelam kabut. Walaupun SP1, yang merupakan pekerja di stesen Shell tersebut pada malam kejadian, mengesahkan terdapat pencahayaan yang membolehkan SP1 nampak kejadian, namun keterangan SP1 ini perlu Mahkamah nilai dengan membandingkannya dengan keterangan jurugambar polis iaitu SP3 dan anggota polis MPV iaitu SP5 yang bersetuju bahawa tempat tersebut adalah gelap. Di dalam masa yang sama SP1 menyatakan bahawa di tempat kejadian tiada lampu dan gelap dan hanya bergantung kepada lampu dari surau di sebelah dalam stesen Shell tersebut. [26] Di atas analisis ini, Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP8 secara khususnya berkenaan dengan identiti OKT1 dan OKT2 serta perlakuan kesemua OKT semasa kejadian tersebut adalah sangat meragukan dan tidak selamat untuk diterima. Ini kerana SP8 tidak dibuktikan mengenali OKT1 dan OKT2 dan bagaimana SP8 dapat mengecam kehadiran mereka di dalam suasana yang gelap dan kelam kabut tersebut. [27] Peguam OKT-OKT telah menekankan di dalam pemeriksaan balas mereka ke atas SP8 serta di dalam hujahan mereka berkaitan persoalan bagaimana SP8 mengenali OKT1 dan OKT2 sedangkan mereka tidak tinggal di Kelantan. Peguambela telah menghujahkan SP8 tidak menyatakan yang benar berkaitan SP8 mengenali OKT1 dan OKT2 dan menegaskan SP8 hanya berjumpa dengan mereka semasa sama-sama ditahan di lokap. [28] Pada hemat Mahkamah, hujahan dan fakta yang dibangkitkan oleh peguambela OKT-OKT mempunyai asasnya apatah lagi di atas kegagalan pihak PR mengemukakan keterangan bagi mengesahkan bagaimana sebenarnya SP8 mengenali OKT1 dan OKT 2. [29] Selain dari itu, Mahkamah turut mendapati bahawa keterangan SP8 semasa pemeriksaan utama dan semasa lawatan di tempat kejadian adalah dengan tegas mengatakan bahawa apabila SP8 sampai di tempat kejadian, SP8 telah melihat si mati telah diserang dan SP8 telah datang untuk membantu namun dia juga telah diserang dan mengalami kecederaan. SP8 turut menegaskan bahawa tempat kejadian tersebut adalah cerah dengan kehadiran 15 kereta. [30] Namun keterangan ini telah mula bertukar apabila SP8 diperiksabalas oleh peguam OKT-OKT. Apabila ditunjukkan rakaman CCTV iaitu ID22, keterangan SP8 mulai berubah terutamanya keterangan utama berhubung si mati telah diserang oleh ketiga-tiga OKT. [31] Mahkamah berpandangan bahawa percanggahan yang berlaku adalah sangat material dan penting. Keterangan SP8 adalah sangat penting bagi menunjukkan penglibatan OKT-OKT dalam mencederakan si mati, bagaimana si mati dicederakan sehingga menyebabkan kematian dan objek-objek yang digunakan untuk mencederakan si mati. Sekiranya, memang benar OKT-OKT berada di tempat kejadian, isu yang timbul adalah siapa yang menetak si mati dan seterusnya menyebabkan kematian ke atas si mati tetap menjadi tanda tanya. [32] Di dalam kes Selamparasan a/l Kalimuthoo lwn Pendakwa Raya [2016] 4 MLJ 8, Mahkamah Rayuan telah membebaskan OKT daripada pertuduhan di bawah Seksyen 302 KK apabila wujud percanggahan keterangan di kalangan saksi-saksi utama. Mahkamah menyatakan; “[28] Percanggahan-percanggahan dikalangan saksi utama pendakwaan adalah terhadap pencahayaan di tempat kejadian. Pencahayaan ini adalah material. Isu pencahayaan ini memberi kesan terhadap fakta sama ada perayu walaupun memegang parang di tangan adakah beliau turut menetak si mati. Hakim bicara yang asal telah membuat andaian apabila memanggil perayu untuk membela diri bahawa perayu turut terlibat menetak mangsa dengan parang. Apa yang dilihat oleh saksi SP7 dan SP9 adalah perayu menetak bahagian belakang badan si mati. Saksi SP12 mengesahkan kecederaan di belakang si mati tidak fatal. Tidak ada saksi melihat apa yang telah berlaku selepas si mati lari masuk ke dalam semak. Menurut keterangan SP10, perayu tidak terlibat dalam menetak si mati walaupun mengakui perayu ada memegang parang. Malahan SP10 menyatakan mendengar perayu dan OKT3 memberitahu OKT1 supaya lepaskan dan jangan menetak si mati (ms 155 AR Jld 1).” [33] Selanjutnya, Mahkamah turut menimbang keterangan SP8 berkaitan kereta Perodua Myvi bewarna kuning yang dinaikinya bersama-sama dengan Azim sampai selepas kereta Perodua Myvi bewarna merah. Selain itu, keterangan ini tidak sama dengan cerita awal semasa di peringkat pemeriksaan utama. SP8 juga bersetuju bahawa si mati yang telah mengambil pedang dari kereta Perodua Myvi berwarna kuning yang mana juga bercanggah dengan keterangan beliau sendiri. [34] Keterangan daripada SP8 yang berubah dan berbeza semasa peringkat pemeriksaan balas dan pemeriksaan utama ditambah pula dengan pendekatan SP8 menggunakan jawapan tidak pasti dan tidak setuju untuk menyelamatkan cerita yang diterangkan terlebih dahulu di peringkat pemeriksaaan utama telah menjejaskan kewibawaan SP8 sebagai saksi. [35] Pertimbangan Mahkamah selanjutnya adalah berkaitan rakaman CCTV yang dikemukakan oleh peguambela OKT-OKT dan ditanda sebagai ID. Keterangan SP10 iaitu Pegawai Penyiasat mendedahkan bahawa SP10 telah mendapatkan rakaman kejadian melalui CCTV dan ianya telah dihantar ke Makmal Forensik PDRM pada 31/1/2020 untuk dianalisis. Berlanjutan itu Laporan Analisis Unit Siasatan Audio telah dikemukakan kepada SP10 dan laporan tersebut telah dikemukakan oleh PR dan ditandakan oleh Mahkamah sebagai P24. Namun rakaman CCTV tersebut tidak pula dikemukakan oleh pihak PR. [36] Tindakan ini menimbulkan persoalan yang besar kepada Mahkamah yang pada hemat Mahkamah membangkitkan inferens yang menentang di bawah misalan (g) seksyen 114 Akta Keterangan 1950. Syarat pemakaian inferens tersebut telah dibincangkan di dalam kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492, di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa: “An adverse inference can be inferred when one party withholds not just any document, but a material document in his possession, or when one party fails to provide a witness, but a crucial witness, in court.” [37] Mahkamah berpandangan bahawa rakaman CCTV tersebut adalah satu bukti yang material yang sesungguhnya dapat merungkai naratif PR serta yang paling penting dapat menyokong keterangan SP8. Kegagalan mengemukakan rakaman CCTV ini bukan sahaja telah merencatkan naratif PR malahan telah menjadikan keterangan SP8 sebagai tidak berwibawa untuk diterima dan disandarkan oleh Mahkamah ini. [38] Perkara selanjutnya adalah berkaitan sama ada pihak PR telah berjaya membuktikan kesemua OKT adalah ahli kepada perhimpunan sepertimana yang diperlukan di bawah seksyen 149 KK. Perlu diingatkan bahawa pihak PR di dalam pertuduhan serta hujahan mereka menegaskan bahawa ketiga-tiga OKT ini bersama-sama dengan seorang yang bernama Che Muhammad Sayusi bin Che Musa dan Mohd Rozi bin Seman. Mereka ini juga merupakan ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang tersebut. [39] Prinsip berkaitan seksyen 149 ini telah dibincangkan dengan Panjang lebar di dalam kes Fam Meng Siong & Anor v PP [2012] 7 CLJ 557 oleh Mahkamah Rayuan seperti berikut; “Common Object [22] The next issue is whether the prosecution had established that the appellants had a common object in the commission of the offence in the alternative charge. The words “common object” in s. 149 of the Penal Code do not necessarily bear the same meaning as the words “common intention” in s. 34 of the Penal Code. In Sukha & Ors v. State of Rajasthan AIR 1956 GC 513, the Supreme Court of India held that: a common object is different from a common intention in that it does not require prior concert and a common meeting of minds before the attack, and an unlawful object can develop after the people get together. (tekanan diberikan) [23] Section 149 of the Code does not require proof of a prearranged plan and a common intention which a prosecution involving s. 34 of the Code would require (Chandran & Ors v. PP [1992] 2 SLR 265). [24] Section 149 speaks of “common object” of the assembly as opposed to “common intention” of several persons in s. of the Penal Code. [25] In Lalji & Ors v. State of UP AIR 1989 SC 754, the Supreme Court of India held that: Section 149 makes every member of an unlawful assembly at the time of committing of the offence guilty of that offence. The section creates a constructive or vicarious liability of the members of the unlawful assembly for the unlawful acts committed pursuant to the common object by any other member of that assembly. However, the vicarious liability of the members of the unlawful assembly extends only to the act done in pursuance of the common object of the unlawful assembly, or to such offences as the members of the unlawful assembly knew to be likely to be committed in prosecution of that object. Once the case of a person falls within the ingredients of the section the question that he did nothing with him own hands would be immaterial. [26] Gour’s “Penal Law of India” (7th edn.) at p. 710 states: The purpose for which the members of the assembly set out or which they desired to achieve is the object. Each member may have an object in view and may also have his own idea of the means with which that object is to be achieved and the extent to which he is prepared to go for attaining it. If the object desired by all the members is the same, the knowledge that that is the object which is being pursued is shared by all the members and they are in general agreement as to how it is to be achieved; the object then becomes the common object of the assembly. Normally, a determination to achieve an object includes a resolve to meet with force any resistance to its attainment. A common object may be found by express agreement after mutual consultations but that is not necessary. It may be formed at any stage by all or some members of the assembly and the other members may join and accept it. It may be modified or altered or abandoned at any stage. What the common object of the unlawful assembly is at a particular stage of the incident is essentially a question of fact to be determined by keeping in view the nature of the assembly, the arms it carries and the behaviour of its members at or near the scene of the incident.” (tekanan diberikan) [27] In our judgment, there was sufficient evidence before the learned judge which point to the ‘common object’ of the appellants based on the evidence of PW7, PW8 and PW21.” [40] Setakat keterangan yang dikemukakan, Mahkamah langsung tidak mendapati apa-apa keterangan yang ditawarkan oleh pihak PR untuk membuktikan bahawa ketiga-tiga OKT bersama-sama dengan dua lagi nama yang disebut mempunyai apa-apa perancangan untuk berhimpun dan melakukan perkara yang bersalahan di sisi undang-undang. Tidak ada sebarang keterangan daripada mana-mana saksi PR yang menyatakan si mati ingin berjumpa dengan OKT1 di Stesen Minyak Batu 31 untuk bergaduh sebaliknya kesemua saksi menyatakan si mati ingin bertemu Raja Lanun di Batu 30 di sebuah kedai makan mereka berbincang untuk berbincang. [41] Siapa Raja Lanun dan apa peranan Raja Lanun, adakah kesemua OKT termasuk dua lagi adalah sebahagian dari kumpulan Raja Lanun, apakah kejadian pergaduhan di stesen minyak tersebut adalah angkara kumpulan Raja Lanun, adalah merupakan sebahagian dari persoalan-persoalan yang tidak dapat diberi jawapan oleh pihak PR. Ia sebaliknya meninggalkan kelompongan yang besar serta material di dalam naratif PR. [42] Sebaliknya rakaman CCTV menunjukkan bahawa keadaan yang huru hara semasa kejadian serta tidak lansung menunjukkan OKT-OKT bertindak menyerang si mati. Namun sebaliknya, si mati yang kelihatan melibas pedang ke arah kereta yang dipandu oleh OKT1. Rakaman CCTV turut mencadangkan bahawa OKT-OKT telah cuba untuk melarikan diri. [43] Di samping itu, Mahkamah telah turut mendapati bahawa pihak PR turut tidak mengemukakan keterangan berkaitan dua nama yang dinyatakan di dalam pertuduhan iaitu Che Muhammad Sayusi bin Che Musa dan Mohd Rozi bin Seman. Apakah peranan mereka dan bagaimana mereka juga dikatakan menyertai perhimpunan tersebut. Walaupun Mahkamah sedar bahawa Mohd Rozi bin Seman telah turut tercedera dan meninggal dunia di dalam kejadian tersebut, namun tiada apa-apa keterangan yang ditawarkan bagi menjelaskan apa yang berlaku. [44] Dengan ketiadaan keterangan-keterangan ini, maka ia sama sekali telah menjejaskan pembuktian pihak PR ke atas elemen penting di dalam pertuduhan iaitu wujudnnya satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang yang berhimpun bagi melakukan satu objektif yang menyalahi undang-undang. [45] Di dalam keseluruhan analisis ini, Mahkamah turut memutuskan bahawa terdapat versi pendakwaan yang berbeza-beza dan adalah tidak selamat untuk Mahkamah berpegang kepada keterangan SP8 semata-mata. [46] Mahkamah menegaskan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah perlu membuat analisis maksimum ke atas keseluruhan keterangan. Mahkamah berpandukan dengan apa yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Lee Hock Lai [2004] 1 CLJ 57, yang telah menghuraikan maksud penilaian maksima seperti berikut; “In my view the “maximum evaluation” refers to a proper and complete evaluation of all the evidence adduced to determine whether a prima facie case has or not been made out Thus, all the evidence adduced has to be scrutinised properly and this should not be just a perfunctory, cursory evaluation or an exercise of skimming over the surface of the evidence only. The prosecution must make out the ingredients of the charge with the evidence adduced. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution’s case at this stage of the proceedings itself then it cannot be said that a ‘prima facie’ has been made out the defence ought not to be called merely to clear or clarify the doubts. The benefit of the doubt, if any, at the end of the prosecution’s case must go to the accused.” Kesimpulan [47] Di atas penilaian maksimum, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak PR telah gagal membuktikan satu kes prima facie. Mahkamah berpandangan bahawa berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan, adalah tidak selamat untuk memerintahkan OKT-OKT untuk membela diri. Sehubungan dengan itu, kesemua OKT adalah dengan ini dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh : 6hb. Mac, 2024 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : Aida Fatimah binti Abd Jabar Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan Blok 5, Tingkat Bawah Kompleks Kota Darul Naim 15050 Kota Bharu Kelantan Bagi Pihak Perayu : Muhammad Hasif bin Hasan Nik Nur Adilla binti Nik Sauki Tetuan Hasif Kumar & Co. Peguambela & Peguamcara Lot 1546 A3, Kampung Kasa 17000 Pasir Mas Kelantan Tarikh Bicara : 4hb. Julai, 2023 Tarikh Keputusan : 11hb. Januari, 2024 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Kanun Keseksaan (KK) ➢ Akta Keterangan 1950 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Francis & ors v PP [1959] 1 LNS 28 ➢ Lim Chew Yoong v Regina [1960] 1 LNS 6 ➢ Sainal Abidin bin Mading v. PP [1999] 4 MLJ 497 / [1999] 4 CLJ 215 ➢ Rikky Purba v. PP [2014] 4 MLJ 569 /[2014] 3 CLJ 607/[2014] 2 MLRA 140 ➢ Yap Ee Kong v. PP & Anor [1980] 1 LNS 117; [1981] 1 MLJ 144 ➢ P v Nirmala a/p Subramaniam & ors [2017] MLJU 657 ➢ R v Turnbull [1976] 1 All ER 549 ➢ Selamparasan a/l Kalimuthoo lwn Pendakwa Raya [2016] 4 MLJ 8 ➢ Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 ➢ Fam Meng Siong & Anor v PP [2012] 7 CLJ 557
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.