Schedule
Jadual Pertama Akta Racun 1952. Ini adalah seperti yang disahkan melalui keterangan ahli kimia. Mahkamah mendapati tidak terdapat lompang di dalam rantaian keterangan berkenaan barang kes tersebut dimana semenjak ia dirampas sehinggalah ia dikemukakan di Mahkamah saksi-saksi telah mengenal pasti dadah dan bahan psikotropik tersebut melalui penandaan-penandaan yang dibuat. Berkenaan tarikh yang dicatatkan di Buku Daftar Barang Kes yang terlebih awal dari tarikh barang kes diterima dari Jabatan Kimia Malaysia, ia telah pun dijelaskan oleh Pengawai Penyiasat kes ini bahawa ia adalah amalan mereka untuk mendapatkan dahulu nombor daftaran barang kes dan tarikh yang terdapat di Buku Daftar Barang Kes adalah tarikh dimana ia didaftarkan. Saya mendapati ketinggalan mencatatkan tarikh kemasukan semula barang kes selepas ia diterima daripada Jabatan Kimia Malaysia adalah tidak fatal kerana ia telah pun dijelaskan dan saya menerima penjelasan tersebut. Setiap saksi telah membuat pengecaman yang positif terhadap barang kes dadah dan bahan psikotropik tersebut di Mahkamah sehingga kesimpulan yang dapat dibuat adalah:- ia adalah barang kes yang sama yang telah dirampas oleh pihak polis, dihantar untuk analisis oleh Jabatan Kimia dan dikemukakan di Mahkamah ini. Kewujudan 3 batang sudu plastik di dalam beg guni coklat itu juga tidak mencacatkan kes pendakwaan memandangkan sangat jelas sudu plastik itu tidak signifikan dan relevan dengan kes dadah dan racun di dalam kes ini. 2. Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut / Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan terhadap racun tersebut 3. Tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut. Elemen ‘milikan’ di bawah seksyen 37 (da) Akta Dadah Berbahaya 1952 [14] Adalah menjadi undang-undang yang mantap, bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut. Pembuktian ‘milikan’ bermaksud pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen fizikal dan mental (pengetahuan) tertuduh berkaitan dengan dadah berbahaya jenis cannabis. Apabila pihak pendakwaan berjaya membuktikan ‘milikan’ anggapan di bawah seksyen 37 (da) Akta Dadah Berbahaya 1950 bahawa tertuduh mengedar dadah berbahaya tersebut, boleh digunakan. Seksyen 37 (da) menyatakan seperti berikut:- (da) any person who is found in possession of- … (vi) 200 grammes or more in weight of cannabis; … otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug; [15] Dadah berbahaya itu dikatakan berada dalam milikan tertuduh apabila dia berada dalam kedudukan, sama ada dari segi fizikal atau mental yang membolehkannya untuk berurusan dengannya sebagai pemilik dengan mengecualikan semua orang lain. Mahkamah merujuk kepada kes Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237,Thomson J menjelasan ‘milikan’ sebagai:- "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edn., p. 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element, which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case… ..Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. Elemen ‘Jagaan’ dan ‘Kawalan’ di bawah seksyen 30 (4) Akta Racun 1952 [16] Seksyen 30 (4) Akta Racun pula memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang didapati mempunyai dalam jagaannya atau di bawah kawalannya sebarang bahan psikotropik akan dianggap telah memiliki bahan tersebut dan mengetahui sifat bahan tersebut, sehingga dia membuktikan sebaliknya. Ini bermakna pendakwaan perlu membuktikan tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan terhadap bahan psikotrik atau racun tersebut bagi membolehkan anggapan di bawah seksyen ini beroperasi. Peruntukan tersebut berbunyi begini:- (4) In any prosecution for an offence under this section, any person who is found to have in his custody or under his control any psychotropic substance shall be deemed to have been in possession of the substance and to have known the nature of the substance, until he proves to the contrary. [17] Elemen jagaan dan kawalan telah dijelaskan di dalam kes. Leow Nghee Lim v. Regina [1955] 1 LNS 53, Mahkamah tersebut mengatakan:- Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and power of control over them, not amounting to possession. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. Control must be proved as a fact and it must arise from the relation of the person to the goods, irrespective of whether they are contraband. An example may make this clearer. Suppose that one of the assistants in this case smoked a particular brand of tobacco, not sold in the shop and to the knowledge of the accused, kept it in that drawer. No doubt the accused could, at any time, tell the assistant to keep his tobacco somewhere else. He could resume possession of drawer. But so long as he allowed the assistants to keep their small personal things in the drawer, the things were in their control, not his. He could not reasonably order them to throw away harmless tobacco, consistently with the existing arrangement. The argument for control is based solely on the contraband nature of the thing - not on the circumstances in which it was kept. Manakala di dalam kes Public Prosecutor v. Ang Boon Foo [1979] 1 LNS 144 Gunn Chit Tuan J mengatakan ‘kawalan’ adalah di mana individu mempunyai kuasa untuk melupuskn harta tersebut, Beliau berkata:- But the court in the English case of Dollfus Mieg et Cie v Bank of England [1950] Ch 333 has said that the word 'control' "will cover the right to tell the possessor what is to be done" with property [18] Melalui penjelasan di dalam kes ini, ia bermakna ‘jagaan’ mempunyai unsur pembuktian yang kurang daripada ‘milikan’ tetapi mempunyai unsur eksklusiviti. Walaupun penjaga tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan barang tersebut, dia harus mengetahui di mana barang itu berada untuk menjalankan kawalan dan penjagaan ke atas barang tersebut. Secara ringkas, penjagaan mengandaikan pengetahuan tentang kewujudan dan di mana barang itu berada. Sementara itu, kawalan adalah keupayaan untuk berurusan dengan barang tersebut seolah-olah dia adalah pemiliknya dengan mengecualikan orang lain dan ia juga mempunyai kuasa untuk memindahkan barang itu. Adakah tertuduh mempunyai milikan, jagaan dan kawalan terhadap dadah dan racun tersebut [19] Di dalam kes ini Kpl Saravanan mengatakan bahawa semasa tertuduh ditangkap, beliau telah merampas daripada tertuduh sebatang anak kunci no. C-08-12 iaitu anak kunci bagi rumah di mana dadah dan racun tersebut ditemui. Namun begitu tiada sebarang kad akses yang dirampas daripada tertuduh. Saksi pendakwaan iaitu En Henry yang menguruskan penyewaan rumah tersebut kepada Carmen mengesahkan bahawa beliau telah menyerahkan kunci rumah tersebut bersama sekeping kad akses. Beliau juga mengesahkan untuk sampai ke rumah tersebut, seseorang perlu melalui beberapa titik akses seperti di lobi dan juga di lif kondominium tersebut. Kad akses ini penting bukan sahaja untuk naik ke rumah tersebut tetapi digunakan untuk turun dan keluar daripada kondominium tersebut. Keterangan saksi ini juga konsisten dengan keterangan pemilik rumah tersebut iaitu SP2 dan juga Carmen. [20] Ketiadaan kad akses pada tertuduh menimbulkan keraguan yang munasabah di dalam kes pendakwaan. Persoalannya, adakah tertuduh dikatakan mempunyai milikan fizikal terhadap rumah C-08- 12 itu seterusnya memiliki dadah berbahaya yang ditemui di dalamnya. Adakah tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan rumah itu seterusnya racun yang dijumpai dalam beg guni coklat tersebut untuk dianggap mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap racun tersebut? Di dalam kes ini tertuduh telah ditangkap di lobi kondominium kerana gagal untuk mendapatkan bantuan pengawal keselamatan untuk masuk ke kawasan lif kondominium tersebut. Adakah dalam posisi tersebut tertuduh berada dalam kedudukan sama ada dari segi fizikal atau mental yang membolehkan dia berurusan dengan dadah berbahaya tersebut sebagai pemilik dengan mengecualikan semua orang lain, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Adakah racun itu dikatakan dalam kawalan dan jagaan tertuduh apabila tertuduh sendiri tidak dapat masuk ke rumah tersebut. Jawapan kepada soalan ini adalah – Tidak. [21] Apatah lagi keterangan juga menunjukkan bahawa rumah C-08-12 bukan disewa oleh tertuduh tetapi telah disewa oleh Carmen. Carmen adalah orang yang telah menerima kunci dan kad akses daripada En Henry. Keterangan pihak pendakwaan juga menunjukkan bahawa Carmen telah balik ke rumah pada jam 11 malam dengan diiringi oleh tertuduh. Carmen juga mengesahkan untuk menggunakan lif kondominium tersebut, kad akses perlu digunakan. Adakah semasa Carmen dan tertuduh turun dari rumah tersebut, mereka menggunakan kad akses? Siapakah yang memegang kad akses pada waktu itu dan selepas itu, kerana semasa tertuduh ditangkap tiada kad akses dirampas daripadanya. Lebih kurang 12 jam selepas tertuduh ditangkap, semasa rampasan dadah berbahaya di rumah tersebut, tiada juga rampasan kad akses telah dibuat oleh Insp Darwis sama adà daripada tertuduh atau dari rumah itu. Kad akses hanya timbul dan dijumpai semasa pegawai penyiasat memberi keterangan. Kad akses itu ditemui oleh pegawai penyiasat hanya selepas rampasan dadah berbahaya dan bahan racun dibuat oleh Insp Darwis iaitu semasa pegawai penyiasat membuat siasatan di rumah tersebut. Saya mendapati, keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berkenaan kad akses ini menimbulkan keraguan yang munasabah di dalam kes pendakwaan sama ada benar tertuduh mempunyai milikan fizikal, kawalan dan jagaan terhadap rumah tersebut dan seterusnya dadah berbahaya dan racun tersebut. [22] Memang benar terdapat keterangan daripada Carmen yang mengatakan dia nampak tertuduh membawa beg kain guni warna coklat bertulis ‘Asean Tourism Forum’ iaitu P8. Terdapat juga pasport milik tertuduh dijumpai di dalam beg itu bersama dadah-dadah berbahaya dan racun tersebut. Namun begitu saya harus mengambil keterangan Carmen dengan berhati-hati memandangkan dia adalah orang yang menyewa rumah tersebut. Dia juga telah bersama-sama datang dan melepak dengan tertuduh di rumah itu. Soal balas-soal balas yang ditujukan kepada saksi ini oleh pihak pembelaan cenderung untuk menyalahkannya sebagai tuan punya beg coklat tersebut sekali gus dadah berbahaya dan bahan racun yang ada di dalamnya. Saya tidak akan membuat dapatan siapakah yang sebenarnya mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya dan mempunyai jagaan dan kawalan terhadap bahan racun itu tetapi cukup untuk saya menyatakan bahawa keterangan yang ada telah menimbulkan keraguan yang munasabah dan adalah tidak selamat untuk saya memanggil tertuduh membela diri bagi kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya. [23] Saya juga enggan untuk membuat inferen yang memihak kepada pihak pendakwaan berkenaan pasport tertuduh yang dikatakan bercampur dengan dadah berbahaya dan bahan racun di dalam beg coklat tersebut untuk membuktikan elemen pengetahuan. Sekali lagi saya harus berhati hati dengan keterangan seperti ini memandangkan jika dilihat kepada beg coklat tersebut, ia adalah satu beg guni kitar semula untuk diisi barangan manakala pasport adalah dokumen peribadi tertuduh. Sukar untuk saya mempercayai tertuduh telah dengan selesanya meletakkan pasportnya di dalam beg tersebut bercampur dengan bahan-bahan terlarang. Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa jika Mahkamah dihadapkan dengan 2 inferen yang berbeza, inferen yang memihak kepada tertuduh hendaklah Mahkamah gunakan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Goh Ming Han v. PP [2015] 3 CLJ 17 yang memutuskan seperti berikut:- [28] In this kind of situation the evidence that is favourable to the appellant must be taken to be the truth unless for good reasons the learned Judicial Commissioner had accepted the other contradictory evidence to be the truth, which unfortunately he did not when he accepted both versions to be true. It is trite jurisprudence that in a doubtful situation such as this the law leans in favour of the accused person. KESIMPULAN [24] Dari keterangan yang dikemukakan saya mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie berhubung isu milikan fizikal dan pengetahuan tertuduh terhadap dadah berbahaya tersebut. Justeru, anggapan di bawah seksyen 37 (da) Akta Dadah Berbahaya tidak boleh beroperasi untuk membuktikan pengedaran. Saya juga mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie berhubung isu jagaan dan kawalan tertuduh terhadap racun Clozapine tersebut. Justeru, anggapan di bawah seksyen 30 (4) Akta Racun 1952 tidak boleh beroperasi untuk membuktikan milikan dan pengetahuan tertuduh. Atas kegagalan pihak pendakwaan ini Mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri. Bertarikh pada 9 Januari 2024 ROSZIANAYATI BIN AHMAD Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah 3 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Perayu / Pendakwa Raya Maizatul Munirah Binti Abdul Rahman Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Aras 5, No 45,Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya Responden / Peguambela Muhammad Fadhli Bin Mat Sutris Tetuan Fadhli Sutris & Associates No. 35-1, Jalan Dataran Wangsa 1, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur,