Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) KES JENAYAH NO.: WA-45B-7-11/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
WA-45B-7-11/2022
High Court of Malaysia5 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kepentingan awam. Sebaliknya, tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan adalah memadai dan memenuhi syarat kepentingan awam untuk Tertuduh berubah sikap. [33] Brown Acting CJ dalam kes Abdul Karim v R [1954] MLJ 86 menyatakan seperti berikut: “In the matter of punishment, the ‘type of offence’ is the concern of the Legisl”
“, wujud suatu “flexibility” untuk Mahkamah menjatuhkan hukuman yang sesuai berdasarkan kepada hal keadaan dan fakta sesuatu kes di hadapannya. Dalam kes Public Prosecutor v Jesicca Lim Lu Ping & Anor [2004] MLJU 159: “Despite decades of sentencing by the Malaysian courts no golden rule has evolved in the sentencing of”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) KES JENAYAH NO.: WA-45B-7-11/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh di dalam kes ini dihadapkan dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pihak Pendakwaan telah mengemukakan seramai 11 orang saksi dalam usahanya untuk membuktikan kes ini terhadap Tertuduh.
2
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh bagi pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
3
Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati bahawa satu kes prima facie di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan telah berjaya dibuktikan. Oleh itu, Tertuduh telah diperintahkan untuk membela diri bagi pertuduhan pindaan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, iaitu: “Bahawa kamu pada 15.3.2022 di antara jam lebih kurang 4.10 pagi di Jalan Kepong, dalam Daerah Sentul, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyebabkan kematian ke atas Sam Kok Wah (KP: 750729-01-6677) dengan menyebabkan bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian ke atasnya, dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.”
4
Setelah pertuduhan pindaan dibaca dan diterangkan kepada Tertuduh, Tertuduh telah mengaku bersalah.
5
Mahkamah ini berpuas hati bahawa setelah diterangkan, Tertuduh benar-benar faham sifat dan akibat pengakuan bersalah beliau dan telah menerima pengakuan salah ini.
6
Fakta kes adalah sebagaimana keterangan saksi-saksi pendakwaan iaitu:
6
6.1 Pada 14.3.2022 jam lebih kurang 10.30 malam Si mati bersama-sama beberapa orang rakan telah pergi ke Laman Rimbunan, Kepong untuk berborak dan minum. Selepas beberapa jam di sana, Si mati telah dihubungi oleh SP6 meminta Si mati pergi ke Good Place Lounge tempat SP6 bekerja.
6
6.2 Di antara jam 1.00 hingga 2.00 pagi 15.3.2022 SP4 bersama Si mati telah pergi ke sana dengan menaiki kereta Si mati iaitu Honda CRV VW 2938. Di situ, Si mati dan SP4 telah berjumpa dengan SP5 dan Tertuduh.
6
6.3 Setelah beberapa ketika, berlaku pertengkaran mulut antara Tertuduh dan Si mati. Pertengkaran ini menyebabkan berlakunya aksi tolak-menolak antara mereka berdua. Ia akhirnya dileraikan oleh SP5 dan SP6.
6
6.4 Selepas itu, SP5 dan Tertuduh telah keluar dan turun dari tempat tersebut. Ini diikuti oleh Si mati dan SP4. Ketika ini, apabila Si mati nampak Tertuduh, berlaku sekali lagi pertengkaran mulut antara mereka. SP5 dan SP6 sekali lagi meleraikan pertengkaran ini.
6
6.5 SP4 dan Si mati kemudiannya telah masuk ke dalam kereta Honda CRV Si mati dan bergerak pergi. Kereta dipandu oleh Si mati dan SP4 duduk di bahagian penumpang hadapan.
6
6.6 Melihat keadaan ini, Tertuduh secara tiba-tiba masuk ke dalam kereta KIA Sportage WNR93 warna Silver milik SP5 dan terus mengekori Si mati.
6
6.7 Dalam perjalanan pulang, Si mati telah memberitahu SP4 yang terdapat sebuah kereta sedang mengekori mereka dan telah memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk melihat. Selepas Si Mati turun dari kereta, SP4 yang masih berada di dalam kereta Honda CRV telah mendengar bunyi Si mati dilanggar.
6
6.8 SP4 seterusnya turun dari kereta dan nampak Si mati terbaring di atas jalan. Pada masa yang sama, SP4 juga nampak sebuah kereta berwarna Silver memecut pergi dengan laju.
6
6.9 Tertuduh yang memandu kereta milik SP5 kemudiannya telah kembali ke Good Place Lounge dan memeritahu SP5 yang dia telah melanggar Si mati dan meminta SP5 untuk pergi ke Simpang Public Bank untuk melihat keadaan Si mati.
6
6.10 SP5 dan SP6 kemudiannya telah pergi ke tempat kejadian dan mendapati Si mati terbaring di atas jalan raya. Ambulans yang dihubungi telah membawa Si mati ke Hospital Desa ParkCity di mana SP9 telah membuat pemeriksaan awal. Si Mati kemudiannya dipindahkan ke Hospital Selayang.
6
6.11 Di bahagian kecemasan Hospital Selayang, Si mati pada awalnya telah dirawat oleh SP8 dan kemudiannya pembedahan di kepala Si mati telah dilakukan oleh SP1. Pada jam 4.40 petang 15.3.2022, Si mati telah disahkan meninggal dunia.
6
6.12 SP2, pakar Perubatan Forensik yang menjalankan bedah siasat terhadap Si mati mengesahkan bahawa punca kematian adalah disebabkan kecederaan kepala akibat trauma (Trauma Head Injury). Tiada kesan panyakit lain yang boleh menyebabkan kematian berdasarkan keterangan SP2. [7] Fakta kes ini setelah diterangkan kepada Tertuduh, telah diterima dan diakui oleh Tertuduh. RAYUAN/MITIGASI OLEH TERTUDUH [8] Peguambela Tertuduh telah mengemukakan perkara-perkara berikut sebagai mitigasi Tertuduh:
8
8.1 Tertuduh telah mengaku salah dan ini adalah satu faktor mitigasi yang penting untuk diambil kira khususnya ia telah menjimatkan masa Mahkamah.
8
8.2 Tertuduh berusia 38 tahun ketika kejadian dan 41 tahun ketika perbicaraan dijalankan. Dia telah bertunang dan merupakan anak ke 3 dari 4 adik beradik. Bekerja sebagai peniaga hasil laut, mengimport dan mengedar ketam kepada restoran di sekitar Kuala Lumpur. Perniagaan ini merupakan perniagaan keluarga yang diwarisi oleh Tertuduh untuk menanggung keluarganya.
8
8.3 Ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh.
8
8.4 Tertuduh mengaku telah insaf atas apa yang berlaku dan tempoh tahanan selama lebih dari 2 tahun sebelum kes ini dibicarakan telah menyedarkan Tertuduh tentang keperitan hidup di penjara.
8
8.5 Tertuduah juga menghujahkan yang fakktor kepentingan awam perlu diambil kira, di mana Tertudah pada usia 40an masih mempunyai peluang untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat. HUJAHAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN [9] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa kesalahan ini merupakan satu kesalahan yang serius di mana satu nyawa telah hilang. Penekanan diberikan di mana seorang isteri telah kehilangan suami, seorang anak telah kehilangan ayah. Kehilangan ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana tekanan emosi yang dihadapi oleh keluarga Si mati perlu diambilkira. [10] Pihak pendakwaan mengesahkan yang ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh dan memohon hukuman penjara antara 15 ke 20 tahun dikenakan terhadap Tertuduh.
para
[11] Setelah mempertimbangkan fakta kes dan hujahan daripada kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah mendapati Tertuduh bersalah dan mensabitkan beliau atas kesalahan sepertimana pertuduhan pindaan yang dikenakan dan menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun berkuatkuasa dari tarikh beliau ditangkap iaitu pada 15.3.2020. ALASAN HUKUMAN [12] Dalam kes ini, hukuman maksimum yang diperuntukkan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan adalah hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda. Namun, tanggungjawab untuk menentukan hukuman yang bersesuaian adalah di dalam bidang kuasa dan terletak di bahu Mahkamah. (Pendakwa Raya lwn Karthiselvam a/l Vengatan [2008] 3 MLJ 368). [13] Dalam kes New Tuck Shen v Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 27, Hakim Wan Yahya menyatakan: “The right to impose punishment on a guilty party is absolutely the discretion of the court. It will exercise that power judicially but will not tolerate any encroachment or even semblance of encroachment either by the prosecution or the defence in respect of such right.” [14] Memandangkan hukuman yang ditetapkan bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan hanyalah hukuman maksimum, maka Mahkamah ini mempunyai budi bicara untuk menetapkan hukuman yang difikirkan sesuai. Dalam kes R v Ball [1951] 35 Cr App R 164, dinyatakan bahawa: “Our law does not, therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe.” [15] Oleh yang demikian, wujud suatu “flexibility” untuk Mahkamah menjatuhkan hukuman yang sesuai berdasarkan kepada hal keadaan dan fakta sesuatu kes di hadapannya. Dalam kes Public Prosecutor v Jesicca Lim Lu Ping & Anor [2004] MLJU 159: “Despite decades of sentencing by the Malaysian courts no golden rule has evolved in the sentencing of accused persons following a conviction in criminal cases. Neither have the court evolved a cast iron formula to be followed in sentencing. However, there has always been a general flexibility principle that all courts have a flexible and free discretion to be exercised judicially and with a judicial conscience in deciding the period in which a guilty criminal will be incarcerated in prison.” [16] Dalam menjatuhkan hukuman di dalam kes ini, saya telah mengambil kira prinsip undang-undang sedia ada. Pengakuan salah oleh Tertuduh [17] Kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh adalah serius, dan ini diakui sendiri oleh Tertuduh. Namun, faktor pengakuan salah oleh Tertuduh tetap diambil kira oleh Mahkamah lebih-lebih lagi pengakuan ini dibuat “at first instance” sebaik sahaja Mahkamah ini meminda pertuduhan dari seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada satu kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun yang sama. [18] Pengakuan salah merupakan satu faktor mitigasi yang memihak kepada Tertuduh. Ia telah menjimatkan masa dan kos walaupun dalam kes ini, pengakuan salah dibuat selepas Tertuduh diperintahkan membela diri bagi satu pertuduhan pindaan oleh Mahkamah. [19] Dalam kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v Public Prosecutor [1988] 1 MLJ 167, Mohamed Azmi HMA menyatakan: “… It is generally accepted that the extent of the reduction on account of a plea of guilty would be between one-quarter and one-third of what otherwise would have been the sentence.” [20] Walaupun kesalahan ini adalah merupakan satu kesalahan yang serius, di mana satu nyawa telah hilang, saya mengambil kira faktor pengakuan salah oleh Tertuduh kerana tidak terdapat alasan yang kukuh untuk menafikan Tertuduh mengenai faedah ini. Ini adalah kesalahan pertamaTertuduh [21] “It has long been accepted that a first offender should received some mitigation of sentence for most offences. The leniency accorded to a first offender recognizes human frailty and yet shows respect for the offender as a rational individual, capable of responding to the censure inherent in the sentence passed.” (Mallal’s Criminal Procedure (7th Ed), ms 496) [1352]. [22] Tertuduh yang melakukan kesalahan kali pertama seharusnya diberikan layanan yang berbeza berbanding dengan mereka yang mempunyai rekod kesalahan lampau. Prinsip penghukuman yang berpadanan (“Proportionality in sentencing”) [23] Hukuman yang dijatuhkan semestinya berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan. Sememangnya tidak dapat dipertikai bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh adalah serius, malah ini diakui sendiri oleh Tertuduh. Satu nyawa telah melayang akibat dari tindakan Tertuduh. [24] Walau bagaimanapun, fakta dan keadaan persekitaran kes ini (surraouding circumstances) menunjukkan bahawa tindakan Tertuduh bukanlah sesuatu yang dirancang. Ia berlaku secara spontan (spontaneous). Hukuman maksimum ataupun hukuman yang lebih berat seharusnya dikhaskan kepada keadaan fakta kes yang lebih serius ataupun teruk. [25] Prinsip ini menghendaki hukuman yang dijatuhkan mestilah berpadanan dengan tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan. “The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrence does not justify the sentence in passing a sentence of greater length than what the facts of the offence warrant.” (kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v Public Prosecutor [1988] 1 MLJ 167). [26] Jelas bahawa kesalahan ini bukanlah dilakukan ketika Tertuduh sedang melakukan apa-apa jenayah lain. Ia bukan sesuatu yang dirancang. (premeditated). [27] Melihat kepada keadaan dan fakta yang wujud dalam kes ini, saya berpuas hati bahawa dalam pertimbangan kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh, hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dan berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan. Kepentingan awam [28] Faktor kepentingan awam merupakan faktor utama dan penting yang perlu diambil kira dalam menjatuhkan hukuman. (lihat kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256; Public Prosecutor v Darmalingam [1987] 2 MLJ 519; & Public Prosecutor v Tia Ah Leng [2000] 5 MLJ 401). [29] Dalam kes New Tuck Shen v Public Prosecutor, Hakim Wan Yahya menyatakan: “Public interest varies according to time, place and circumstances of each case including its nature and prevalence. What may be of public interest in one place may differ from another. Similarly, inducement to turn from criminal ways into honest living can take several forms and will have to depend to a greater extent on the attitude of the offender and his suitability for any particular type of reformation.” [30] Tertuduh dalam kes ini merupakan seorang ahli perniagaan yang berusia 41 tahun yang mewarisi perniagaan keluarga dan menanggung seluruh keluarganya. [31] Dalam kes R v Ball [1951] 35 Cr App R 164, dijelaskan: “The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living.” [32] Dalam kes ini, saya yakin bahawa Tertuduh telah benar-benar insaf atas kesalahan yang dilakukannya dan hukuman pemenjaraan yang lebih lama tidak akan memberi sebarang faedah kepada kepentingan awam. Sebaliknya, tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan adalah memadai dan memenuhi syarat kepentingan awam untuk Tertuduh berubah sikap. [33] Brown Acting CJ dalam kes Abdul Karim v R [1954] MLJ 86 menyatakan seperti berikut: “In the matter of punishment, the ‘type of offence’ is the concern of the Legislature, which has provided the maximum punishment which can be inflicted for a serious offence of the type. The particular offence, and the particular offender, are the concern of the court, whose business it is to decide what punishment is merited upon the facts of the individual case within the limits which the Legislature has approved. Any tendency to standardize punishment for any type of offence is to be deplored because it means that the individual offender is being punished not upon the facts of his particular case but because he committed an offence of that type.” [34] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dijelaskan sebelum ini, saya berpendapat hukuman yang dijatuhkan terhadap Tertuduh dalam kes ini adalah memadai, berpatutan dan wajar. Ia adalah dalam ruang lingkup seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang hanya menetapkan hukuman maksimum dan berlandaskan kepada prinsip-prinsip undang-undang sedia ada. [35] Hukuman ini dijatuhkan selepas pertimbangan yang wajar dibuat untuk mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Bertarikh : 04 Mei 2026 (AZHAR BIN ABDUL HAMID) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (7) Kuala Lumpur Pihak-Pihak:- Pendakwa Raya : Syajaratudur binti Abd Rahman Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Tertuduh : Vasudevan Appu Tetuan Vasudevan A & Rodwan Chambers
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.