Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-60-08/2019 & KA-45-22-08/2019 PENDAKWA RAYA
KA-45-22-08/2019
High Court of Malaysia23 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ment via eFILING portal ultimate test, and there is only one test in a criminal case, is whether the evidence establishes the guilt of the accused beyond reasonable doubt’ (see S v Leve (CA&R 163/12) [2013] ZAECGHC 5 (31 January 2013) (South Africa). (Emphasis added.);”
“eed only raise a reasonable doubt that he committed the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal crime (see R v Lizotte 1950 CanLll 48 (SCC); [1951] SCR 115); and”
“on or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclus”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”. [penekanan ditambah] Elemen (c): bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut [66] Berhubung elemen ini, memandangkan Mahkamah ini telah memutuskan bahawa wujudnya k”
“idak meletakkan tandaan ‘M’ pada eksibit P25 tersebut, pada pandangan Mahkamah ini tidak menjejaskan identiti eksibit terbabit. [39] Dalam kes Zaifull Bin Muhammad v Pendakwa Raya and another appeal [2013] MLJU 11, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] With respect, we could not agree with the pr”
“eruntukan yang menghalang pertuduhan dikemukakan sama ada secara berasingan ataupun bersekali (combine). Pendakwa Raya merujuk kepada kes Public Prosecutor v Atik Hussin Bin Abu Bakar And Other Cases [2016] MLJU 968 bahawa **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal”
“MDA dan MDMA yang beratnya tidak membolehkan pertuduhan di bawah sek 39B dikenakan, sepatutnya diasingkan kepada pertuduhan2 yang berasingan. [27] Dalam kes Public Prosecutor v Chee Hong Ket & Anor [2022] MLJU 2998 pula, Mahkamah Tinggi telah menerima 4 pertuduhan yang melibatkan 4 jenis dadah berbeza yang ditemui dala”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-60-08/2019 & KA-45-22-08/2019 PENDAKWA RAYA
1
OKT telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama bagi kes KA-45A-60-08/2019. OKT turut dituduh melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(1) Akta yang sama bagi kes KA- 45-22-08/2019.
2
Pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: Kes KA-45A-60-08/2019: “Bahawa kamu pada 09.07.2018, jam lebih kurang 8.15 malam, di tepi jalan simpang tiga berdekatan pasar Padang Matsirat, Mukim Padang Matsirat, dalam daerah Langkawi, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah mengedar dadah jenis Heroin seberat 23.8 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”. Kes KA-45-22-08/2019: “Bahawa kamu pada 09.07.2018, jam lebih kurang 8.15 malam, di tepi jalan simpang tiga berdekatan pasar Padang Matsirat, Mukim Padang Matsirat, dalam daerah Langkawi, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah memiliki dadah jenis Monoacetylmorphines seberat 4.4 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.”.
3
Kedua-dua kes tersebut di atas telah dibicarakan secara bersama dan pada hari pertama perbicaraan iaitu pada 20.6.2023, pihak Pembelaan telah mengemukakan bantahan awal terhadap pertuduhan-pertuduhan yang telah dikemukakan terhadap OKT. Bantahan awal pihak Pembelaan adalah berkaitan dengan 2 pertuduhan berasingan iaitu 1 pertuduhan bagi kesalahan pengedaran dadah berbahaya (Heroin seberat 23.8 gram) dan 1 lagi pertuduhan bagi kesalahan pemilikan dadah berbahaya (Monoacetylmorphines seberat 4.4 gram) bagi dadah yang ditemui dalam bungkusan yang sama.
4
Setelah Mahkamah ini membenarkan kedua-dua pihak untuk berhujah mengenai isu bantahan awal oleh Pembelaan ini, Mahkamah ini telah pada 25.7.2023 memutuskan menolak bantahan awal pihak Pembelaan dan mengekalkan pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT sebagaimana dikemukakan oleh pihak Pendakwaan dalam eksibit C dan eksibit D, dan perbicaraan telah dijalankan.
5
Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen-elemen pertuduhan terhadap OKT pada tahap prima facie dan telah melepas dan membebaskan OKT tanpa dipanggil membela diri bagi kedua-dua pertuduhan.
6
Pihak Pendakwa Raya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
7
Pada 9.7.2018, jam lebih kurang 7.45 petang, Pengadu (SP4) bersama sepasukan anggota BSJND IPD Langkawi dan Balai Polis Kuala Teriang, Langkawi, Kedah telah membuat rondaan di kawasan Padang Matsirat dan setelah 30 minit rondaan dan mendapati tiada apa-apa aktiviti yang mencurigakan, Pengadu telah mengarahkan anggota serbuan yang menaiki kereta untuk memasuki jalan simpang tiga yang berdekatan dengan Pasar Padang Matsirat. Semasa melalui jalan tersebut, Pengadu nampak seorang lelaki Melayu (OKT) dalam keadaan mencurigakan sedang duduk di atas sebuah motosikal jenis Honda EX-5 bernombor pendaftaran KDF 5507 (“motosikal tersebut”), berwarna hitam dalam keadaan enjin dimatikan di tepi jalan berdekatan simpang tiga tersebut.
8
Pengadu telah mengarahkan anggota serbuan ke tempat OKT berada untuk membuat pemeriksaan dan apabila anggota serbuan menghampiri OKT, sambil Pengadu memperkenalkan diri sebagai anggota Polis, OKT telah bertindak mengambil satu plastik berwarna hijau dari raga motosikal dan mencampakkannya ke atas tanah. OKT juga cuba menghidupkan motosikal tersebut, tetapi Pengadu dan anggota serbuan berjaya menghalang OKT. Pengadu kemudiannya telah mematikan motosikal tersebut dan juga merampas kunci motosikal tersebut.
9
Selepas itu OKT telah diarahkan turun dari motosikal tersebut dan Pengadu telah mengarahkan D/Kpl 138741 Nakhizan (SP6) untuk membuat pemeriksaan badan OKT tetapi tiada barang salah yang dijumpai.
10
Seterusnya, Pengadu telah mengambil satu plastik berwarna hijau yang dicampakkan oleh OKT ke atas tanah dalam keadaan berikat dan hasil pemeriksaan, mendapati di dalamnya mengandungi bungkusan surat khabar berbahasa Malaysia. Pemeriksaan Pengadu ke atas bungkusan surat khabar tersebut menjumpai 1 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Heroin. Pengadu dan anggota serbuan kemudiannya telah membawa OKT berserta barang kes yang dirampas ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), IPD Langkawi untuk tindakan lanjut. Pengadu juga telah mengarahkan L/Kpl 17456 Indra untuk membawa motosikal tersebut ke IPD Langkawi.
11
Semasa di IPD Langkawi, Pengadu telah menimbang 1 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah yang dirampas itu dan anggaran berat adalah 453.0 gram. Pengadu kemudiannya telah membuat laporan polis Kuala Teriang RPT:000944/18 (eskibit P21). Pengadu juga telah menyediakan Borang Senarai Geledah bertarikh 9.7.2018 (eksibit P22) dan Borang Serah Terima Barang Kes kepada Pegawai Penyiasat (eksibit P23).
12
Pada 9.7.2018, jam lebih kurang 1045 malam, Pengadu telah menyerahkan semua barang kes yang dirampas kepada Pegawai Penyiasat (SP5). SP5 telah mengesahkan menerima barang-barang kes yang telah diserahkan oleh Pengadu kepada beliau dan telah membuat tandaan-tandaan berikut:
a
tandaan ‘SA’ pada plastik berwarna hijau (eksibit P25);
b
tandaan ‘S2’ dan ‘S3’ pada 2 keratan surat khabar Bahasa Malaysia (eksibit P26A dan P26B);
c
tandaan ‘S1’ pada 1 paket plastic lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Heroin (eksibit P6); dan
d
tandaan ‘S4’ pada 1 gugusan kunci. [13] SP5 juga mengesahkan telah menerima 1 Borang Senarai Geledah (eksibit P22) yang ditandatangi oleh Pengadu dan OKT, serta laporan polis Kuala Teriang/000944/18 (eksibit P21). SP5 kemudiannya telah menandatangai Borang Serah Terima Barang Kes (eksibit P23) yang disediakan oleh Pengadu. Pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 11 malam, SP5 telah menyimpan kesemua barang kes yang diterima daripada Pengadu ke dalam laci berkunci kabinet besi dalam bilik SP5 dan hanya SP5 yang mempunyai kunci dan akses kepada bilik SP5 dan kabinet besi berkunci tersebut. [14] Pada 12.7.2018 jam lebih kurang 8 pagi, SP5 telah mengeluarkan barang kes dadah iaitu eksibit P6 dan telah menyimpan eksibit P6 tersebut ke dalam sebuah kotak bertanda ‘SA’ (eksibit P5) yang disediakan oleh SP5 dan kemudiannya telah di seal PDRM 417 untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis. [15] Selanjutnya pada hari yang sama, jam lebih kurang 11.55 pagi, SP5 telah menyerahkan kotak eksibit P5 yang berisi eksibit P6 kepada SP1 di Jabatan Kimia Malaysia, Alor Setar. SP1 mengesahkan menerima kotak eksibit P5 dan telah mengeluarkan 1 resit kimia bernombor makmal 18-FR-K-03436 (eksibit P2). [16] Keterangan SP1 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 12.7.2018 jam lebih kurang 11.55 pagi, beliau telah menerima 1 kotak bertanda ‘SA’ bermeterai Polis DiRaja Malaysia 417 (eksibit P5) daripada SP5 dan SP1 telah daftarkan barang-barang kes tersebut dengan Nombor Makmal 18-FR-K-03436. SP1 telah serahkan Resit Kimia (eksibit P2) dengan nombor makmal yang sama sebagai bukti pendaftaran dan penyerahan kotak eksibit P5 tersebut. SP1 turut mengesahkan bahawa kotak bertanda ‘SA’ (eksibit P5) mengandungi 1 paket plastik bertanda ‘S1’ (eksibit P6) yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna Putih. Setelah dianalisis, SP1 mendapati bahawa bahan ketulan dan serbuk berwarna Putih tersebut mengandungi 23.8 gram Heroin dan 4.4 gram Monoacetylmorphines. Bahan-bahan dalam eksibit P6 tersebut telah dihomogen menjadi serbuk bagi tujuan analisis, dan baki bahan telah SP1 masukkan ke dalam 1 paket plastik berasingan yang disediakan oleh beliau dan ditandakan dengan tandaan ‘SA-H’ serta nombor makmal yang sama (eksibit P7). Kemudian SP1 telah masukkan semula paket plastik tersebut (eksibit P7) berserta paket plastik asal (eksibit P6) ke dalam kotak asal bertanda ‘SA’ (eksibit P5). SP1 kemudiannya telah memeteraikan kotak eksibit P5 dengan label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia. [17] SP1 selanjutnya telah menyediakan laporan kimia bertarikh 19.3.2019 dengan nombor makmal yang sama (eksibit P3) dan pada 1.4.2019 jam 3 petang, SP1 telah menyerahkan semula kotak eksibit P5 tersebut bersama laporan kimia (eksibit P3) kepada SP5. ISU BANTAHAN AWAL TERHADAP PERTUDUHAN [18] Pihak Pembelaan telah mengemukakan bantahan awal terhadap keputusan pihak Pendakwaan mengemukakan 2 pertuduhan terhadap OKT iaitu pertuduhan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama bagi dadah berbahaya jenis Heroin seberat 23.8 gram (bagi kes KA-45A-60-08/2019), dan pertuduhan di bawah subseksyen 12(2) ADB1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(1) Akta yang sama bagi dadah berbahaya jenis Monoacetylmorphines seberat 4.4 gram (bagi kes KA-45-22-08/2019), yang mana berdasarkan hujahan pihak Pembelaan dan bersandarkan kepada laporan kimia yang diserahkan oleh pihak Pendakwaan kepada Pembelaan, melibatkan dadah yang ditemui dalam paket yang sama yang mengandungi 2 jenis dadah iaitu Heroin dan Monoacetylmorphines. [19] Bantahan awal pihak Pembelaan adalah berdasarkan fakta bahawa kedua-dua jenis dadah tersebut adalah campuran Heroin dan Monoacetylmorphines yang berdasarkan kepada anggapan di bawah seksyen 37(da)(iiia) ADB 1952, pihak Pendakwaan sepatutnya mengemukakan hanya 1 pertuduhan pengedaran dadah berbahaya sahaja terhadap OKT bagi campuran kedua-dua dadah tersebut, dan bukannya memisahkan kepada 2 pertuduhan berbeza sebagaimana yang dilakukan oleh pihak Pendakwaan dalam kes ini. [20] Bagi menyokong hujahannya, Pembelaan telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes PP v. Samundee Devan Muthu Kerishnan [2006] 3 CLJ 161 dan juga Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat bertarikh 20.7.1984 yang menjelaskan tentang pindaan kepada perenggan 37(da)(iiia) ADB 1952 melalui Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1984 [Akta A596]. Pihak Pembelaan juga berhujah bahawa OKT diprejudiskan dengan 2 pertuduhan yang berasingan yang bertentangan dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. [21] Pihak Pendakwaan pula menghujahkan bahawa berdasarkan ADB 1952, tiada peruntukan yang menghalang pertuduhan dikemukakan sama ada secara berasingan ataupun bersekali (combine). Pendakwa Raya merujuk kepada kes Public Prosecutor v Atik Hussin Bin Abu Bakar And Other Cases [2016] MLJU 968 bahawa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa untuk memulakan sesuatu prosiding jenayah kepada Peguam Negara dan berdasarkan seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”), Peguam Negara adalah Pendakwa Raya. Selain itu juga, dihujahkan bahawa permohonan adalah pramatang kerana pihak Pendakwaan belum lagi memanggil mana-mana saksi untuk memberikan keterangan. [22] Mahkamah ini telah meneliti bantahan awal pihak Pembelaan ini dan memutuskan bahawa berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara diberi kuasa dan budibicara untuk memulakan sesuatu prosiding jenayah dan berdasarkan seksyen 376 KTJ, Peguam Negara adalah Pendakwa Raya. Juga berkaitan 2 pertuduhan yang dihujahkan bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Johnson Tan Han Seng v Public Prosecutor (And Other Cases) [1977] 2 MLJ 66 telah memutuskan spt berikut: “The language of this provision is very wide, for it includes the word "discretion" which means liberty of deciding as one thinks fit. In view of the deliberate decision of our constitution-makers to write this provision into our constitution I do not think that it can be said that it must be read subject to article 8. Rather, in my view, the contrary: article 8 it is that must be read subject to article 145(3).” [23] Berdasarkan keputusan kes di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa kuasa menentukan pertuduhan terhadap OKT adalah terletak pada Pendakwa Raya untuk melaksanakannya berdasarkan budibicara beliau, dan bahawa penyediaan 2 pertuduhan terhadap OKT tidaklah bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan Perkara 8 tersebut adalah tertakluk kepada Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan sebagaimana diputuskan di dalam kes Johnson Tan Han Seng (supra) di atas. [24] Di samping itu juga, Mahkamah ini mendapati bahawa kedua-dua pertuduhan terhadap OKT adalah melibatkan pertuduhan pengedaran dan pertuduhan pemilikan dadah berbahaya. Dadah berbahaya ditafsirkan sebagai “any drug or substance which is for the time being comprised in the First Schedule”. Seterusnya Jadual Pertama ADB 1952 pula menyenaraikan jenis-jenis dadah berbahaya yang termasuklah antaranya Heroin dan Monoacetylmorphines. Kesalahan pengedaran atau pemilikan dadah berbahaya yang mana jika melibatkan mana-mana dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952 tersebut, maka setiap jenis dadah yang terlibat boleh dipertuduhkan dengan pertuduhan yang berbeza. Bagi setiap jenis dadah, ia boleh melibatkan kesalahan yang berbeza dan pertuduhan yang berbeza boleh disediakan bagi setiap jenis dadah. Oleh itu, penyediaan 2 pertuduhan berbeza oleh pihak Pendakwaan, adalah pada pandangan Mahkmah ini tidak bertentangan dengan undang-undang. [25] Seterusnya, Mahkamah ini turut mendapati bahawa kes Samundee Devan di peringkat Mahkamah Tinggi yang dirujuk oleh Pembelaan telahpun dibatalkan keputusan semasa rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan, di mana di peringkat Mahkamah Rayuan, keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi telah dibatalkan dan 2 pertuduhan asal telah dikekalkan. Keputusan Mahkamah Rayuan selanjutnya telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan. Kedua-dua keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ini boleh dirujuk dalam Samundee Devan a/l Kerishnan Muthu v Public Prosecutor [2009] 1 MLJ 697 dan Samundee Devan a/l Kerishnan Muthu v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607. [26] Selanjutnya, dalam kes Khow Ngee Sun v. PP [2014] 4 MLJ 131, di mana dalam kes tersebut pihak Pendakwaan telah mengemukakan satu pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB 1952 bagi dadah yang ditemui di dalam paket-paket dadah yang telah dihomogen oleh ahli kimia yang didapati mengandungi 4 jenis dadah. Mahkamah Rayuan dalam keputusannya bersetuju bahawa 3 daripada 4 jenis dadah yang terlibat iaitu Methamphetamine, MDA dan MDMA yang beratnya tidak membolehkan pertuduhan di bawah sek 39B dikenakan, sepatutnya diasingkan kepada pertuduhan2 yang berasingan. [27] Dalam kes Public Prosecutor v Chee Hong Ket & Anor [2022] MLJU 2998 pula, Mahkamah Tinggi telah menerima 4 pertuduhan yang melibatkan 4 jenis dadah berbeza yang ditemui dalam satu paket plastik yang sama. [28] Menggunapakai keputusan-keputusan dalam kes-kes tersebut di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa hujahan Pembelaan mengenai isu ini adalah tidak bermerit. [29] Selanjutnya, berkenaan isu pindaan kepada perenggan 37(da)(iiia) ADB 1952 yang telah dibuat melalui Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1984 [Akta A596], Mahkamah ini telah meneliti Penyata Rasmi Dewan Rakyat (Hansard) yang dikemukakan dan mendapati bahawa pindaan tersebut adalah bertujuan bagi memasukkan monoacetymorphines ke dalam peruntukan seksyen 37 iaitu peruntukan berkaitan ‘anggapan’ pengedaran dadah berbahaya. Ia tidaklah bertujuan bagi menetapkan bahawa dadah jenis Heroin dan Monoacetylmorphines yang ditemui dalam campuran yang sama mestilah dipertuduhkan dalam satu pertuduhan yang sama. [30] Sehubungan itu, berdasarkan alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah menolak bantahan awal pihak Pembelaan dan memutuskan bahawa perbicaraan diteruskan dengan 2 pertuduhan sebagaimana dikemukakan oleh pihak Pendakwaan. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN KES PRIMA FACIE [31] Mahkamah ini perlu membuat keputusan di akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT bagi kedua-dua pertuduhan selaras dengan kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”). [32] Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah] Intipati Kesalahan [33] Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a) bahawa dadah jenis Heroin dan Monoacetylmorphines adalah dadah-dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT mempunyai milikan (iaitu jagaan atau kawalan) dan pengetahuan mengenai dadah tersebut; c) dan bagi pertuduhan kes KA-45A-60-08/2019, bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah jenis Heroin dan Monoacetylmorphines adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan di dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952; dan isu rantaian keterangan [34] Keterangan SP1 dan juga Laporan Kimia (eksibit P3) mengesahkan bahawa dadah yang dianalisa adalah dadah berbahaya jenis Heroin (seberat 23.8 gram) dan Monoacetylmorphines (seberat 4.4 gram). [35] Pihak Pembelaan tidak mempertikaikan jenis dadah yang diperolahi oleh SP1. Namun begitu pihak Pembelaan mempertikaikan identiti barang kes dadah yang dianalisa oleh SP1. Beberapa alasan diketengahkan oleh Pembelaan bagi mempertikaikan identiti barang kes dadah yang terlibat. [36] Alasan pertama adalah berkenaan penandaan oleh pegawai serbuan (SP4) terhadap plastik hijau (eksibit P25) yang dikatakan telah ditanda ‘M’ dalam Pernyataan Saksi SP4 (eksibit P20) sedangkan eksibit fizikal tidak tertera sebarang tandaan ‘M’. [37] Berkenaan isu ini, Mahkamah telah meneliti dan mendapati bahawa berdasarkan keterangan SP3 (jurufoto) yang telah merakam gambar barang kes terutamanya gambar P14E pada 10.7.2018 jam 5.58 petang iaitu sehari selepas tarikh serbuan, memang jelas tiada tandaan ‘M’ pada plastik hijau (eksibit P25) tersebut. Selanjutnya Mahkamah telah turut meneliti sendiri plastik hijau (eksibit P25) dan telah mendapati bahawa tandatangan serta tarikh yang ditulis dgn dakwat biru yang tertera pada eksibit P25 tersebut adalah sama dengan seperti dalam gambar P14E. [38] Sehubungan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa plastik hijau (eksibit P25) yang telah dikemukakan dan dicamkan oleh SP4 dalam Mahkamah adalah plastik yang sama sebagaimana yang telah dirampas. Tambahan pula SP4 sendiri telah membuat pengesahan bahawa eksibit P25 adalah plastik yang sama spt mana dirampas dan telah menjelaskan bahawa berkemungkinan beliau terkhilaf dan tidak membuat tanda ‘M’ pada eksibit P25 tersebut. Di samping itu juga, barang kes lain yang turut dinyatakan di perenggan 15 Pernyataan Saksi SP4 (eksibit P20) tertera tandaan ‘M’ pada setiap satu barang kes dinyatakan. Dalam hal ini, memandangkan SP4 sendiri telah membuat pengecaman positif terhadap barang kes (eksibit P25) dan terdapatnya penjelasan daripada SP4 sendiri tentang kemungkinan kekhilafan beliau tidak meletakkan tandaan ‘M’ pada eksibit P25 tersebut, pada pandangan Mahkamah ini tidak menjejaskan identiti eksibit terbabit. [39] Dalam kes Zaifull Bin Muhammad v Pendakwa Raya and another appeal [2013] MLJU 11, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] With respect, we could not agree with the prosecution on this issue. We are of the view that, in the circumstance of this case, it is incumbent on the prosecution to offer some explanation for the discrepancies. With the discrepancies left unexplained, this created a reasonable doubt as to the identity of the drug exhibit. In the circumstance, the defence should not have been called at the close of the prosecution case.”. [penekanan ditambah] [40] Berdasarkan keputusan kes tersebut di atas, Mahkamah ini menerima penjelasan diberikan oleh SP4 tentang kekhilafan tandaan M pada eksibit P25 tersebut dan percanggahan yang wujud tidak menjejaskan identiti eksibit P25 tersebut. [41] Alasan lain yang diketengahkan oleh Pembelaan adalah bahawa keterangan lisan SP1 bertentangan dengan keterangan di perenggan 10 Pernyataan Saksi beliau sendiri (eksibit P1). Pembelaan menghujahkan bahawa semasa keterangan lisan, SP1 menyatakan bahawa beliau telah menghomogenkan barang yang berada dalam plastik eksibit P6 sebelum menjalankan analisa supaya bahan tersebut menjadi sebati dan sampel perwakilan yang diambil secara rawak akan mewakili keseluruhan sampel yang telah dihomogen tersebut. Sedangkan dalam perenggan 10 eksibit P1 pula menyatakan ‘… Kemudian saya menghomogenkan bahan tersebut secara berasingan dan seterusnya telah menjalankan ujian-ujian kimia berikut:’. [42] Pembelaan menghujahkan bahawa percanggahan kedua-dua keterangan tersebut menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 1 bahan berbentuk ketulan dan serbuk, yang berada dalam kotak bertanda ‘SA’ (eksibit P5), yang mewajarkan SP1 untuk menghomogenkan bahan secara berasingan. [43] Di samping itu juga, Pembelaan telah turut mengemukakan borang Pol 31 (eksibit D8) yang merupakan borang permohonan oleh pihak polis untuk analisa dijalankan ke atas barang kes dadah. Eksibit D8 telah dikemukakan melalui SP1 yang telah menerima borang asal Pol 31 tersebut. [44] Pembelaan menghujahkan bahawa berdasarkan eksibit D8 di perenggan 4 tertera tarikh dan masa barang kes didapati oleh polis iaitu ‘25/05/2018 @ 0030hrs”. Pembelaan menghujahkan bahawa berdasarkan eksibit D8, tarikh dan masa barang kes didapati atau diperolehi adalah berbeza dengan laporan polis (eksibit P21) iaitu tarikh rampasan dan tangkapan pada 9.7.2018 jam lebih kurang 8.15 malam. Memandangkan tiada penjelasan oleh pihak Pendakwaan berkenaan perkara ini, maka keterangan ini menunjukkan bahawa wujud keraguan terhadap identiti barang kes yang dirampas dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. [45] Selanjutnya, Pembelaan turut mempertikaikan berkenaan isu penerimaan barang kes oleh SP5 di mana berdasarkan laporan kimia (eksibit P3) dan keterangan ahli kimia (SP1), barang kes dadah telah dikembalikan kepada SP5 pada 1.4.2019, sedangkan Pernyataan Saksi SP5 (eksibit P27) di perenggan 20 dan 21 dinyatakan bahawa SP5 telah menerima semula barang kes dadah (iaitu kotak eksibit P5) berserta laporan kimia pada 19.3.2019. Tiada sebarang penjelasan diberikan oleh SP5 tentang percanggahan ini. [46] Pihak pendakwaan menghujahkan dalam hujahan balas bahawa tarikh 19.3.2019 sememangnya wujud pada eksibit P3 dan begitu juga tarikh 1.4.2019 dan perbezaan fakta ini bukanlah fatal kerana kedua-dua saksi pendakwaan iaitu SP1 dan SP5 telah mengecamkan dokumen-dokumen tsbt. [47] Dalam hal ini Mahkamah tidak bersetuju dgn hujahan Pendakwaan bahawa percanggahan-percanggahan ini tidak fatal. Ini kerana apabila berlakunya keraguan atas identiti barang kes, rantaian keterangan barang kes adalah satu perkara yang perlu dibuktikan dan diperjelaskan oleh pihak pendakwaan bagi mengesahkan bahawa barang kes dadah yang dikemukakan di Mahkamah adalah barang kes dadah yang sama sebagaimana yang telah dirampas oleh SP4. Sebagaimana diputuskan dlm kes Muklis bin Jafar lwn Pendakwa Raya [2018] Supp MLJ 239 di mana Mahkamah Persekutuan telah turut merujuk kepada kes Teoh Hoe Chye v Public Prosecutor, Yeap Teong Tean v Public Prosecutor [1987] 1 Mlj 220 seperti berikut: “[5] Rujukan dibuat kepada kes Mohd Osman bin Pawan v Public Prosecutor [1989] 2 MLJ 110 di mana di ms 109 Mohamed Yusoff SCJ berkata: It is to be observed that the law is clear that it is unnecessary to call every witness to ensure that there is no break in the chain of evidence (see Su Ah Ping v Public Prosecutor). But when there is doubt as to the identity of the exhibits, as in this case, failure to adduce evidence to provide the necessary link in the chain of evidence would be fatal to the prosecution’s case Teoh Hoe Chye v Public Prosecutor. In the present case we find that there is such a failure and as such the conviction under s 39B(1)(a) cannot stand.”. [penekanan ditambah] [48] Lebih-lebih lagi dalam keadaan tiada sebarang penjelasan daripada SP5 mengenai percanggahan ini. Keterangan SP5 dalam Pernyataan Saksi beliau adalah keterangan utama yang dikemukakan oleh Pendakwaan sendiri dan percanggahan yang wujud tentang penyerahan semula barang kes dadah kepada SP5 daripada SP1 menimbulkan keraguan terhadap apakah sebenarnya barang kes yang telah diterima oleh SP5 pada 19.3.2019 dan selanjutnya dikemukakan di Mahkamah sedangkan tarikh penyerahan barang kes berdasarkan keterangan SP1 dan laporan kimia (eksibit P3) adalah berbeza. [49] Pada pendapat Mahkamah ini, keraguan yang timbul ini bukanlah keraguan atas fakta yang kecil tetapi merujuk kepada fakta tentang rantaian keterangan barang kes dadah itu sendiri yang merupakan hal perkara (subject matter) kepada pertuduhan, yang mana pada pandangan Mahkamah ini adalah satu percanggahan yang material dan menimbulkan keraguan atas identiti barang kes. [50] Selanjutnya juga, Mahkamah ini turut mendapati terdapat percanggahan berkenaan penandaan pada kertas surat khabar Bahasa Malaysia (eksibit P26A dan P26B) yang dikatakan telah membaluti barang kes dadah yang dirampas. Jelas berdasarkan keterangan SP5 dalam Pernyataa Saksi beliau (eksibit P27), SP5 telah membuat penandaan ‘S2’ dan ‘S3’ pada surat khabar terbabit. [51] Namun begitu, berdasarkan gambar P14G & H dan juga penelitian Mahkamah ini sendiri pada kertas surat khabar fizikal (eksibit P26A dan P26B) di Mahkamah, tandaan yang ada pada kedua-dua surat khabar tersebut adalah tandaan ‘SB’ dan ‘SC’. Sekali lagi tiada penjelasan dikemukakan oleh pihak pendakwaan berkenaan percanggahan ini dan dengan itu percanggahan ini kekal sebagai keterangan yang bercanggah. [52] Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Gunalan a/l Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197: “The second issue raised in this appeal is the manner in which the learned trial judge dealt with the discrepancies in the testimonies of SP4 and SP6, as to what they saw the first accused was doing when they entered the room. What need to be considered is whether the discrepancies relate to material aspects of the case or otherwise. As stated in Sarkar on Evidence (15th Ed) p 112: Minor discrepancies are possible even in the version of truthful witnesses and such minor discrepancies only add to the truthfulness of their evidence (see Sidhan v State of Kerala
1986
Cri LJ 470 473 (Ker)). But discrepancies in the statements of wit-nesses on material points should not be lightly passed over, as they seriously affect the value of their testimony (see Brij Lal v Kunwar 36 A 187:; 18 CWN 649:; A 1914 PC 38). The main thing to be seen is whether the inconsistencies go to the root of the matter or pertain to insignificant aspects thereof. In the former case, the defence may be justified in seeking advantage of the incongruities obtaining in the evidence. In the latter, however no such benefit may be available to it (see Krishna Pillai Sree Kumar v State of Kerala A 1981 SC 1237 12391981 Cri LJ 734).”. [penekanan ditambah] [53] Dalam kes Zaifull Bin Muhammad v Pendakwa Raya and another appeal [2013] MLJU 11, Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan seperti berikut: “[35] With respect, we could not agree with the prosecution on this issue. We are of the view that, in the circumstance of this case, it is incumbent on the prosecution to offer some explanation for the discrepancies. With the discrepancies left unexplained, this created a reasonable doubt as to the identity of the drug exhibit. In the circumstance, the defence should not have been called at the close of the prosecution case.”. [penekanan ditambah] [54] Berdasarkan fakta-fakta yang menunjukkan wujudnya percanggahan-percanggahan yang melibatkan identiti barang kes dadah dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati secara keseluruhan wujud percanggahan-percanggahan yang ketara atau material terhadap pengendalian dan rantaian barang kes dadah yang dirampas yang membawa kepada keraguan terhadap identiti dadah yang telah dikemukakan di Mahkamah ini. Dalam hal keadaan tiada penjelasan diberikan oleh pihak Pendakwaan, maka percanggahan-percanggahan tersebut telah menimbulkan keraguan serius terhadap identiti barang kes yang telah dikemukakan di Mahkamah. Elemen (b): bahawa OKT mempunyai milikan (iaitu jagaan atau kawalan) dan pengetahuan terhadap dadah tersebut [55] Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas. [56] Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [57] Dadah yang dirampas dikatakan telah diambil oleh OKT dari raga motosikal yang ditunggangnya dan seterusnya OKT telah mencampakkan plastik hijau yang mengandungi barang kes dadah ke atas tanah. Berdasarkan keterangan SP4 motosikal tersebut bernombor pendaftaran KDF 5507 berwarna hitam. [58] Pembelaan menghujahkan bahawa terdapat juga percanggahan ke atas isu identiti motosikal ini terutama dalam keadaan motosikal terbabit tidak dikemukakan ke Mahkamah sebagai eksibit. [59] Mahkamah ini telah meneliti keterangan berkenaan isu motosikal ini dan percanggahan yang dihujahkan oleh Pembelaan dan mendapati terdapat merit atas itu ini. Walaupun nombor pendaftaran motosikal tersebut adalah sama sebagaimana dalam Pernyataan Saksi SP4 (eksibit P20) tetapi warna motosikal sebagaimana dinyatakan oleh SP4 adalah berbeza dengan gambar motosikal yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan (eksibit 14A-D). Lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana motosikal secara fizikal tidak dikemukakan di Mahkamah ini atas alasan telah dikembalikan kepada keluarga, walhal tiada sebarang bukti penyerahan telah dibuat. Ini sekali lagi menimbulkan keraguan tentang motosikal yang digunakan OKT yang dikatakan di mana dadah dlm beg plastik hijau telah diambil dari raga motosikal dan dibuang oleh OKT. [60] Alasan yang diberikan oleh SP5 adalah bahawa SP5 menerima arahan daripada Ketua Polis Daerah Langkawi melalui arahan lisan untuk menyerahkan semua barang kes kenderaan kepada keluarga OKT. Namun begitu, tiada sebarang dokumen penyerahan motosikal tersebut disediakan. [61] Selanjutnya, keterangan SP7 iaitu pegawai penyiasat ganti pula menyatakan bahawa beliau telah membuat satu laporan polis iaitu Kuah Rpt 11760/23 (eksibit P32) berkenaan kehilangan motosikal KDF 5507 tersebut berserta 1 gugusan kunci motosikal. Berdasarkan keterangan SP7 juga, beliau telah membuat laporan polis eksibit P32 tersebut setelah carian dibuat di stor barang kes IPD Langkawi, sekitar IPD Langkawi dan juga Balai Polis Kuala Teriang, Langkawi. [62] Pada pendapat Mahkamah ini, berdasarkan keterangan SP5 dan SP7 sendiri, terdapat percanggahan tentang isu kehilangan motosikal KDF 5507 dan 1 gugusan kunci motsikal tersebut. SP5 menyatakan motosikal telah diarahkan diserah kembali kepada keluarga OKT sedangkan SP7 pula menyatakan motosikal tersebut bersama kuncinya telah hilang. Penelitian Mahkamah ini juga mendapati bahawa adalah tidak munasabah untuk sebuah motosikal yang menjadi bahan bukti dalam suatu kesalahan dilupuskan atau diserahkan kepada keluarga tanpa sebarang dokumen penyerahan. Dalam hal ini Mahkamah ini mendapati bahawa kelompangan atau percanggahan ini adalah material dan telah menimbulkan keraguan terhadap keterangan saksi-saksi pendakwaan tentang kejadian sebenar yang telah berlaku dan menjejaskan kredibiliti-kredibiliti mereka. Sehubungan itu, Mahkamah ini mengambil pendekatan berhati-hati dalam mempertimbangkan keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan ini. [63] Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim v Public Prosecutor And Another Appeal [2004] 3 Mlj 405 seperti berikut: “23 We shall only refer to another Federal Court judgment in Lai Kim Hon & Ors v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 84. In that case, in a passage quoted by the Court of Appeal in the instant appeal, Abdul Hamid FCJ (as he then was) said: Viewed as a whole it seems clear that the finding of fact made by the trial judge turned solely on the credibility of the witnesses. The trial judge heard the testimony of each witness and had seen him. He also had the opportunity to observe the demeanour of the witnesses. Discrepancies will always be found in the evidence of a witness but what a judge has to determine is whether they are minor or material discrepancies. And which evidence is to be believed or disbelieved is again a matter to be determined by the trial judge based on the credibility of each witness. In the final analysis it is for the trial judge to determine which part of the evidence of a witness he is to accept and which to reject. Viewed in that light we did not consider it proper for this court to substitute its findings for that of the learned trial judge.”. [64] Di samping itu, memandangkan Mahkamah ini telahpun membuat dapatan bahawa identiti barang kes dadah yang dikemukakan di Mahkamah adalah meragukan berdasarkan fakta-fakta yang telah dibincangkan sebelum ini, maka isu berkenaan pemilikan ini juga tidak lagi menjadi relevan. Apatah lagi wujud keraguan tentang kewujudan motosikal yang dikatakan telah digunakan oleh OKT yang mana plastik hijau yang dikatakan berisi dadah tersebut telah diambil daripada motosikal terbabit dan seterusnya dibuang ke atas tanah. Akibat daripada keseluruhan percanggahan-percanggahan yang dihujahkan, Mahkamah ini berpendapat bahawa terdapat keraguan pada identiti barang kes dadah yang dirampas, yang membawa kepada kegagalan pihak Pendakwaan membuktikan pemilikan dan pengetahuan ke atas barang kes dadah yang dirampas. Percanggahan-percanggahan tersebut memberikan dua versi tentang kejadian yang sebenarnya berlaku. [65] Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 yang telah memutuskan seperti berikut: “8 For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is ‘Yes’, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is ‘No’ then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”. [penekanan ditambah] Elemen (c): bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut [66] Berhubung elemen ini, memandangkan Mahkamah ini telah memutuskan bahawa wujudnya keraguan terhadap identiti barang kes dadah yang dikemukakan di Mahkamah yang membawa kepada kegagalan pembuktian jenis dadah berbahaya yang terlibat, dan bahawa wujud juga keraguan terhadap pembuktian elemen pemilikan, maka elemen pengedaran dadah berbahaya tersebut tidak lagi menjadi relevan. ISU NOTIS ALIBI [67] Pihak Pembelaan telah mengemukakan Notis Alibi bertarikh 1.8.2023 (eksibit D33) kepada pihak Pendakwaan. Berdasarkan Notis Alibi tersebut, OKT menyatakan bahawa pada tarikh dan masa kejadian, OKT berada di hadapan Kedai Alat Telekomunikasi NT Kaseh Enterprise, Kampung Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah bersama-sama sepupu OKT yang bernama Mohammad Sheqal bin Mohd Zaki (No. KP : 960408-02- 5745). [68] Semasa keterangan SP7, isu notis alibi dan siasatan yang telah dijalankan oleh SP7 dikemukakan oleh Pembelaan. Sebahagian rakaman (portion) di bawah seksyen 112 KTJ penama tersebut telah turut dikemukakan sebagai eksibit D34. [69] Berdasarkan eksibit D34 tersebut, penama tersebut menyatakan bahawa pada hari kejadian (9.7.2018), dalam jam 8 ke 9 malam selepas isyak, penama telah ke gerai di Jalan Ulu Melaka untuk membeli top up dan barang di satu kedai. Setelah selesai membeli barang, penama telah keluar dari kedai dan terserempak dengan OKT dan mereka bersembang. [70] Pembelaan menghujahkan bahawa berdasarkan Notis Alibi yang telah dikemukakan dan siasatan yang telah dijalankan oleh SP7 ke atas Notis Alibi tersebut, menunjukkan sekali lagi keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya Pengadu (SP4) dan SP6 adalah tidak kredibel. [71] Berdasarkan penelitian Mahkamah ini, tidak timbul isu tiada siasatan dijalankan oleh SP7 terhadap Notis Alibi dikemukakan. Namun begitu, apa yang hendak ditimbulkan oleh Pembelaan adalah bahawa berdasarkan siasatan SP7 tersebut terdapat keraguan atas kejadian sebenar yang telah berlaku sebagaimana keterangan Pengadu (SP4) dan SP6. [72] Sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1: “The whole purpose of alibi is to alert the prosecution to the fact that an alibi might be relied upon so that they may have the opportunity before trial of making such investigation as they think fit (see Vasan Singh v Public Prosecutor [1988] 3 MLJ 412 at p 414).”. [73] Dan Mahkamah Persekutuan dalam kes Duis Akim & Ors v Public Prosecutor [2014] 1 MLJ 49 pula telah memperjelaskan tentang pembelaan alibi seperti berikut: “[92] Now, the following legal principles on the defence of alibi are relevant in the present namely:
a
‘the defense of alibi must preclude the possibility that the accused could have been physically present at the place of the crime or its vicinity at or about the time of its commission’ (see Regina v Youssef (1990) 50 A Crim R1 at pp 2[96]3);
b
the correct ‘approach to be adopted in regard to an alibi defence, [85] is to consider the alibi in the light of the totality of the evidence and the court’s impression of the witnesses. If there are identifying witnesses, the court should be satisfied not only that they are honest, but also that their identification of the accused is reliable. The ultimate test, and there is only one test in a criminal case, is whether the evidence establishes the guilt of the accused beyond reasonable doubt’ (see S v Leve (CA&R 163/12) [2013] ZAECGHC 5 (31 January 2013) (South Africa). (Emphasis added.);
c
as such ‘it would be wrong to reason that if the evidence of the state witnesses, considered in isolation, is credible the alibi must therefore be rejected. The correct approach is to consider the alibi in the light of all the evidence in the case and the court’s impressions of the witnesses and from that totality to decide whether the alibi might reasonably be true’ (see R v Hlongwane 1959 (3) SA 337);
d
‘(O)nce the trial court accepted that the alibi evidence could not be rejected as false, it was not entitled to reject it on the basis that the prosecution had placed before it strong evidence linking the appellant to the offences. The acceptance of the prosecution’s evidence could not, by itself alone, be a sufficient basis for rejecting the alibi evidence. Something more was required. The evidence must have been, when considered in its totality, of the nature that proved the alibi evidence to be false’ (see S v Liebenberg 2005(2) SACR 355 (SCA). (Emphasis added.);
e
‘(I)t is trite that once an accused person pleads an alibi he does not assume the burden to prove it is true. The onus is on the prosecution to prove by evidence the alibi is false and to place the accused squarely at the scene of crime’ (see Mutachi Stephen v Uganda). The evidence of his alibi need only raise a reasonable doubt that he committed the crime (see R v Lizotte 1950 CanLll 48 (SCC); [1951] SCR 115); and
f
the alibi of an accused does not have to be corroborated by independent evidence in order to raise a defence (see R v Letourneau [1994] BCJ No 265 (QL)(CA), 61).”. [74] Berdasarkan keputusan-keputusan dinyatakan di atas, jelas bahawa pembelaan Alibi adalah bertujuan memberikan notis awal tentang pembelaan yang akan diketengahkan oleh pihak pembelaan dalam satu-satu prosiding jenayah, dan tindakan yang perlu diambil oleh pihak penguatkuasaan yang menjalankan siasatan. [75] Pada pendapat Mahkamah ini, di peringkat Pendakwaan kes, tiada keperluan untuk pihak Pendakwaan membuktikan bahawa sama ada pembelaan Alibi yang dikemukakan itu benar ataupun sebaliknya. Apa yang penting adalah apabila di peringkat Pembelaan, pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa tindakan siasatan telah diambil untuk menjalankan siasatan terhadap Notis Alibi diberikan dan bahawa pembelaan Alibi tersebut adalah palsu. Ini kerana di peringkat Pendakwaan, tiada sebarang keterangan diperolehi daripada OKT sendiri dan juga keterangan Alibi yang diketengahkan, dan oleh itu pembelaan Alibi tersebut belum lagi timbul untuk dipertikaikan, mahupun keterangan Alibi tersebut masih lagi belum dibuktikan dan belum diuji semasa proses pemeriksaan saksi. [76] Namun begitu, dalam hal keadaan kes di hadapan Mahkamah ini, memandangkan Mahkamah ini sendiri telah memutuskan bahawa kredibiliti saksi-saksi Pendakwaan terutamanya saksi-saksi polis adalah dipersoalkan, maka isu pembelaan Alibi memberikan kesan kepada kredibiliti saksi-saksi tersebut adalah tidak lagi relevan. KESIMPULAN [77] Sehubungan itu, berdasarkan keseluruhan alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie terhadap pertuduhan-pertuduhan ke atas OKT bagi kes KA-45A-60-08/2019 dan KA-45-22-08/2019. Dengan ini, Mahkamah ini memerintahkan supaya OKT dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri bagi kedua-dua pertuduhan. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh : 30 September 2024. Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.