Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-35-06/2019 PENDAKWA RAYA LAWAN
KA-45A-35-06/2019
High Court of Malaysia29 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Anor v Public Prosecutor [2010] 1 MLJ 749, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “It is a well established principle of law in dealing with the criminal liability under s 34 of the Penal Code that a pre-concert or pre-planning may develop on the spot or during the course of the commission of the offenc”
“on or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclus”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”. [penekanan ditambah] [21] Pihak pembelaan turut menimbulkan isu berkenaan tong speaker yang dikatakan telah diubahsuai. Pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah g”
“but benar-benar wujud ataupun tidak pada kenderaan tersebut. [30] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi dlm kes Public Prosecutor v Atchuth Ram Nair a/l Kumar & Anor and another case [2021] MLJU 1108 yg memutuskan: "In this Court's view the proof that the compartment was special and hidden was material”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-35-06/2019 PENDAKWA RAYA LAWAN
1
OKT1 dan OKT2 (isteri OKT1) telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574] (“KK”).
2
Pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 24 April 2018, jam lebih kurang 08.30 malam, di sekatan jalan raya Aksem KM 1.1 Arah Selatan di dalam daerah Kubang Pasu, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya Cannabis seberat 26953 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
3
Di akhir kes pendakwaan, setelah Mahkamah ini mempertimbangkan dan membuat penilaian maksima terhadap semua keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie atas pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 dan telah memerintahkan OKT1 dan OKT2 dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
4
Pihak Pendakwa Raya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
5
Pada 24.4.2018, jam lebih kurang 8.30 malam, Pengadu (SP7) bersama sepasukan anggota Troop 11 Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) sedang bertugas di SJR AKSEM KM1.1 arah Selatan (“lokasi kejadian”). Semasa bertugas, SP7 nampak salah seorang anggota yang sedang bertugas aktif kawalan bendera telah menahan sebuah kenderaan jenis Proton Gen2 berwarna kelabu nombor pendaftaran PGY 627 (“kenderaan tersebut”) dan telah mengarahkan pemandu kenderaan tersebut untuk ke tepi bagi tujuan pemeriksaan. Setelah kenderaan tersebut berhenti, SP7 mengarahkan pemandu kenderaan (OKT1) dan seorang wanita (OKT2) serta dua (2) orang kanak-kanak untuk keluar dari kenderaan tersebut. OKT1 kemudiannya telah diarahkan oleh SP7 untuk membuka bonet bahagian belakang kenderaan tersebut dan hasil pemeriksaan SP7 telah menemui satu (1) tong speaker yang diubah suai dan kelihatan pelik. Di celah/ruang keliling atas tong speaker tersebut terdapat kesan pernah dibuka dan digam semula. Setelah bahagian atas tong speaker tersebut dikopak, SP7 menemui dua puluh lapan (28) ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering yang dibalut dengan plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja. Turut dijumpai gelas plastik dan bekas Tupperware berisi durian di bonet belakang kenderaan tersebut. Pemeriksaan terhadap bahagian lain kenderaan tersebut tidak menemui apa-apa barang salah.
6
SP7 telah merampas kesemua barang kes dadah dan kenderaan tersebut, serta menahan OKT1, OKT2 dan dua (2) orang kanak-kanak dan dibawa balik ke IPD Kubang Pasu. Seterusnya, SP7 telah menyerahkan kesemua barang kes yang dirampas serta kesemua tangkapan kepada pegawai penyiasat (SP17).
7
Pada 26.4.2018, SP17 telah memasukkan dua puluh lapan (28) balutan plastik lutsinar ketulan mampat disyaki dadah ganja ke dalam dua (2) bekas kotak bertanda E1 dan E2 bermeterai Polis DiRaja Malaysia 71 (eksibit P2 dan P3). Pada hari yang sama jam lebih kurang 12.39 tengahari, SP17 telah menghantar kedua-dua eksibit P2 dan P3 bersama kandungannya ke Jabatan Kimia Alor Setar untuk dianalisa.
8
Keterangan SP1 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 26.4.2018 jam 12.39 tengahari, beliau telah menerima dua (2) bekas kotak bertanda E1 dan E2 bermeterai Polis DiRaja Malaysia 71 (eksibit P2 dan P3) daripada SP17 dan SP1 telah daftarkan barang-barang kes tersebut dengan Nombor Makmal 18-FR-K-02320. SP1 telah serahkan Resit Kimia (eksibit P4) dengan nombor makmal yang sama sebagai bukti pendaftaran dan penyerahan bekas kotak-kotak tersebut. SP1 turut mengesahkan bahawa dua (2) bekas kotak bertanda E1 dan E2 (eksibit-eksibit P2 dan P3) mengandungi keseluruhan dua puluh lapan (28) balutan plastik lutsinar ketulan mampat disyaki dadah ganja. Setelah dianalisis, SP1 mendapati bahawa ketulan-ketulan mampat tersebut mengandungi 26,953 gram Cannabis. Pada 26.3.2019, jam lebih kurang 12.30 tengahari SP17 telah mengambil semula dua (2) bekas kotak bertanda E1 dan E2 (eksibit-eksibit P2 dan P3) yang bermeterai Jabatan Kimia Malaysia dengan nombor makmal 18-FR-K-02320 daripada SP1 berserta dengan laporan kimia (eksibit P33).
9
Mahkamah ini perlu membuat keputusan di akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT1 dan OKT2 selaras dengan kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”).
10
Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
11
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a) bahawa dadah jenis Cannabis adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan di dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan dan pengetahuan mengenai dadah tersebut; c) bahawa OKT1 dan OKT2 telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah jenis Cannabis adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan di dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952
12
SP1 (ahli kimia) telah mengesahkan bahawa dua puluh lapan (28) balutan plastik lutsinar ketulan mampat yang setelah dianalisis, didapati mengandungi Cannabis seberat 26,953 gram. Cannabis ditakrifkan dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan Kimia oleh SP1 yang telah ditandakan sebagai eksibit P33.
13
Di samping itu juga, kedua-dua pihak Pembelaan dalam hujahan mereka tidak mempertikaikan jenis dan berat dadah sebagaimana dalam pertuduhan dan dengan itu elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan melalui keterangan SP1.
14
Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai jagaan atau kawalan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas.
15
Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions
18
Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.
19
Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”.
16
Dadah yang dirampas dikatakan telah ditemui dalam tong speaker yang telah diubahsuai dalam kenderaan tersebut. Semasa kejadian, kenderaan tersebut dipandu oleh OKT1, manakala OKT2 dan dua
2
orang kanak-kanak merupakan penumpang kenderaan tersebut. Berdasarkan keterangan SP8 (pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan), kenderaan tersebut didaftarkan atas nama Mohd Shahzurin bin Mohd Anuar sebagaimana disahkan melalui Maklumat Terperinci Kenderaan Dan Insurans (eksibit P92). Keterangan SP10 (pegawai Jabatan Pendaftaran Negara) pula mengesahkan bahawa penama Mohd Shahzurin bin Mohd Anuar telah meninggal dunia pada 28.6.2022 sebagaimana disahkan melalui Salinan Sah Daftar Kematian (eksibit P129). Rakaman percakapan di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] penama Mohd Shahzurin bin Mohd Anuar yang telah dirakam oleh pegawai penyiasat (SP17) telah diterima masuk sebagai keterangan oleh Mahkamah ini, selaras dengan peruntukan seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 [Akta 56], setelah Mahkamah ini mendapati bahawa elemen-elemen dalam peruntukan tersebut dipenuhi, dan ditandakan sebagai eksibit P150. Berdasarkan eksibit P150, penama Mohd Shahzurin bin Mohd Anuar telah mengesahkan bahawa kenderaan tersebut telah dibeli oleh beliau pada tahun 2006 dan apabila beliau gagal menjelaskan bayaran bulanan kenderaan tersebut dan pihak bank sedang dalam tindakan untuk menarik kenderaan tersebut, beliau telah dihubungi oleh OKT1 dan OKT1 telah berjanji untuk menyambung bayaran kenderaan tersebut dan juga telah membayar RM1,000.00 kepada beliau sebagai pampasan membenarkan OKT1 menggunakan kenderaan tersebut. Setelah itu, Mohd Shahzurin bin Mohd Anuar tidak lagi bertemu OKT1 dan juga kenderaan tersebut. Dalam eksibit P150 juga, Mohd Shahzurin bin Mohd Anuar mengesahkan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tersebut adalah PGY 627 tetapi warna kenderaan adalah berbeza iaitu warna asal adalah oren. Beliau juga turut mengesahkan bahawa beliau tidak pernah mengubahsuai tong speaker di bonet belakang kenderaan tersebut. [17] Pihak pembelaan mempertikaikan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan terhadap kenderaan tersebut kerana kenderaan tersebut turut boleh diakses oleh orang lain. Asas pihak Pembelaan berkenaan isu ini adalah bersandarkan kepada penemuan sijil lahir penama Mohammad Faiz bin Mohd Fauzi yang merupakan sebahagian daripada dokumen-dokumen dalam eksibit P149 yang telah ditemui dalam kenderaan tersebut oleh SP17. Berdasarkan sijil lahir penama Mohammad Faiz bin Mohd Fauzi, penama tersebut dilahirkan pada 11.12.1998, yang menjadikan penama tersebut berumur lebih kurang 20 tahun pada tarikh kejadian tangkapan OKT1 dan OKT2. Pembelaan menghujahkan bahawa memandangkan sijil lahir penama Mohammad Faiz bin Mohd Fauzi ditemui dalam kenderaan tersebut dan penama tersebut juga merupakan seorang dewasa pada tarikh kejadian, maka penama tersebut juga mempunyai akses kepada kenderaan tersebut. Kegagalan pegawai penyiasat asal (SP17) dan pegawai penyiasat warisan (SP18) untuk membuat siasatan terhadap penama tersebut juga menimbulkan kelompangan dalam kes pendakwaan tentang akses kepada kenderaan tersebut yang membawa kepada keraguan terhadap pemilikan ke atas barang-barang kes dadah yang ditemui. [18] Berkenaan isu ini juga, pihak Pembelaan mengetengahkan fakta bahawa berdasarkan laporan ahli kimia DNA (SP9) dan laporan kimia DNA (eksibit P96), DNA yang diperolehi daripada penutup mulut (eksibit P114) yang ditemui oleh Pegawai Siasatan Tempat Kejadian (SP13) mengandungi DNA tiga (3) penyumbang yang berbeza dan merupakan penyumbang lelaki. Pembelaan menghujahkan bahawa fakta tersebut turut menunjukkan bahawa kenderaan tersebut turut boleh diakses oleh orang lain selain OKT1 dan OKT2. [19] Setelah meneliti isu ini dan eksibit-eksibit berkaitan, Mahkamah ini mendapati bahawa semata-mata dengan penemuan sijil lahir atas penama Mohammad Faiz bin Mohd Fauzi tidak menunjukkan bahawa penama tersebut turut mempunyai akses kepada kenderaan tersebut. Lebih-lebih lagi berdasarkan sijil lahir penama tersebut (eksibit P149), jelas menunjukkan bahawa penama Mohammad Faiz bin Mohd Fauzi merupakan anak kepada OKT1. Mahkamah ini berpendapat bahawa dalam keadaan di mana kenderaan tersebut dipandu dan digunakan oleh OKT1, adalah tidak mustahil bahawa dokumen-dokumen pengenalan diri anak-anak OKT1 juga boleh ditemui berada dalam kenderaan tersebut. Penemuan sijil lahir penama tersebut semata-mata, pada pendapat Mahkamah ini bukanlah menjadikan penama tersebut secara automatik mempunyai akses kepada kenderaan tersebut. [20] Namun begitu, berdasarkan keterangan-keterangan lain yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terutamanya keterangan ahli kimia DNA yang menunjukkan bahawa wujud DNA orang lain pada penutup mulut (eksibit P114) yang ditemui dalam kenderaan tersebut, kemungkinan kenderaan tersebut boleh diakses oleh orang lain juga tidak dapat ditolak sepenuhnya. Ditambah dengan fakta penemuan sijil lahir penama Mohammad Faiz bin Mohd Fauzi (eksibit P149) dalam kenderaan tersebut, pada pendapat Mahkamah ini mampu menimbulkan inferens bahawa kebarangkalian kenderaan tersebut turut boleh diakses oleh orang lain juga wujud. Dalam keadaan di mana terdapat kebarangkalian wujud dua inferens yang berbeza, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Pembelaan, bahawa inferens yang memihak kepada Pembelaan hendaklah diterima pakai oleh Mahkamah ini. Ini selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 yang telah memutuskan seperti berikut: “8 For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is ‘Yes’, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is ‘No’ then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”. [penekanan ditambah] [21] Pihak pembelaan turut menimbulkan isu berkenaan tong speaker yang dikatakan telah diubahsuai. Pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa wujud ruangan/petak khas yang tersembunyi dalam bonet kenderaan tersebut. Ini kerana walaupun kenderaan tersebut dikemukakan di Mahkamah sebagai eksibit P88, namun begitu, bonet kenderaan tersebut tidak dibuka semasa pengecaman oleh SP7. Malah pihak Pendakwaan mengambil pendekatan membuat pengecaman kenderaan tersebut hanya berdasarkan gambar kenderaan sahaja bagi pengecaman oleh saksi-saksi pendakwaan yang lain. [22] Di samping itu juga, berdasarkan gambar-gambar kenderaan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, terdapat keraguan pada identiti kenderaan tersebut. Ini kerana terdapat gambar yang menunjukkan kenderaan tersebut seperti berwarna kuning, manakala ada gambar kenderaan tersebut yang menunjukkan seolah-olah gambar kenderaan yang diambil berwarna merah, sedangkan kenderaan yang dikemukakan iaitu eksibit P88 berwarna kelabu, yang mana menimbulkan inferens bahawa gambar kenderaan yang menunjukkan tong speaker yang telah diubahsuai berkemungkinan merujuk kepada kenderaan berbeza dan bukannya kenderaan yang dirampas pada tarikh kejadian. Sehubungan itu, dihujahkan oleh Pembelaan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan wujud ruangan/petak khas tersembunyi dalam bonet kenderaan tersebut yang membawa kepada kegagalan membuktikan pengetahuan OKT1 dan OKT2 terhadap barang kes dadah yang ditemui. [23] Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan-keterangan yang berkaitan dengan isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan ini. Mahkamah sendiri telah melihat kenderaan tersebut (eksibit P88) dan mendapati bahawa kenderaan tersebut berwarna kelabu. Semasa pengecaman kenderaan tersebut oleh SP7 di perkarangan Mahkamah, bonet kereta tidak dibuka berdasarkan alasan bahawa kunci kenderaan tersebut tidak lagi boleh membuka bonet kenderaan tersebut. [24] Dalam keadaaan di mana keadaan fizikal tong speaker yang dikatakan diubahsuai tidak dapat diperiksa dan diteliti secara fizikal oleh Mahkamah ini, keterangan lain yang wujud adalah gambar kenderaan tersebut sendiri. [25] Terdapat beberapa gambar kenderaan tersebut yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan iaitu eksibit P34A-J, P44A-D dan P47A-B. Semasa keterangan SP5 iaitu jurufoto, Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat gambar-gambar yang menunjukkan warna kenderaan yang berbeza. Eksibit P34A-J yang dikemukakan dan ditandakan sebagai eksibit di Mahkamah menunjukkan seolah-olah warna kenderaan tersebut berwarna kuning, sedangkan gambar eksibit P34A-J yang diterima oleh pihak Pembelaan berwarna merah. Gambar kenderaan di eksibit P44A pula menunjukkan seolah-olah kenderaan tersebut berwarna merah. Pada sepanjang perbicaraan, pihak Pendakwaan tidak mengemukakan sebarang keterangan atau penjelasan terhadap perbezaan ini. Walaupun terdapat cubaan oleh pihak Pendakwaan melalui statement from the bar bahawa akibat kekangan kewangan pihak PDRM, wujud masalah dalam cetakan printer gambar-gambar terbabit, tetapi penjelasan atau keterangan tersebut bukan dikemukakan oleh mana-mana saksi pendakwaan. Tiada penjelasan daripada jurufoto (SP5), pegawai serbuan (SP7) mahupun pegawai penyiasat (SP17) mengenai perbezaan pada gambar-gambar tersebut dan ini menjadikan identiti kenderaan tersebut meragukan. Walaupun Mahkamah ini sedia maklum bahawa gambar kenderaan tersebut bertindak sebagai keterangan sokongan dalam keadaan barang kes fizikal wujud, namun begitu, dalam hal keadaan kes di hadapan Mahkamah ini, walaupun kenderaan tersebut (eksibit P88) wujud dan telah dikemukakan sebagai keterangan, tetapi ruangan/petak khas tersembunyi yang dikatakan wujud pada bonet belakang kenderaan tersebut tidak dibuktikan secara fizikal. Sehubungan itu, gambar-gambar kenderaan tersebut yang menunjukkan kenderaan yang betul dengan ruangan/petak khas tersembunyi di belakang bonet kenderaan tersebut menjadi keterangan utama (primary) bagi membuktikan bahawa kenderaan tersebut benar-benar mempunyai ruangan/petak khas yang tersembunyi. [26] Keterangan gambar-gambar ini menjadi keterangan utama bagi membuktikan wujudnya ruangan khas tersembunyi di belakang bonet kenderaan yang betul, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana pihak Pendakwaan menggunapakai anggapan di bawah seksyen 37(h) ADB 1952 bagi membuktikan pengetahuan OKT1 dan OKT2 terhadap penyembunyian (concealment) dadah berbahaya yang dirampas. [27] Pihak Pendakwaan menghujahkan dadah yang disembunyikan dalam tong speaker yang telah diubahsuai di bahagian bonet belakang kenderaan tersebut menunjukkan niat OKT1 dan OKT2 untuk menyembunyikan dadah tersebut, lantas membuktikan pengetahuan OKT1 dan OKT2 terhadap pemilikan dadah berbahaya tersebut. Pihak pendakwaan turut menghujahkan bahawa berdasarkan keadaan ruang tong speaker yang telah diubahsuai tersebut yang telah mewujudkan ruang khas tersembunyi, membangkitkan anggapan di bawah seksyen 37(h) ADB 1952 iaitu pengetahuan OKT1 dan OKT2 terhadap penyembunyian dadah berbahaya tersebut. [28] Apa yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan ini dengan sendirinya menegaskan lagi kepentingan membuktikan wujudnya ruangan/petak khas terembunyi di bahagian bonet belakang kenderaan tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah turut mendapati bahawa jikalau pun pihak Pendakwaan hendak bergantung kepada keterangan SP2 bahawa wujud ubahsuai pada tong speaker di bahagian bonet kenderaan tersebut (eksibit P88), Mahkamah mendapati SP2 sendiri mengakui bahawa beliau tidak pakar dalam reka bentuk kenderaan tersebut iaitu reka bentuk model Proton Gen2. Malahan SP2 bersetuju bahawa pihak R&D Proton lebih pakar dalam menentukan reka bentuk model Gen2 tersebut. Walaupun SP2 dalam keterangannya menyatakan bahawa berdasarkan gambar P34E dan F, tong speaker dalam gambar-gambar tersebut sepatutnya kosong, tetapi dalam hal keadaan di mana Mahkamah ini telah mendapati bahawa gambar-gambar kenderaan tersebut adalah meragukan, dengan itu pengecaman SP2 melalui gambar-gambar tersebut juga tidak wajar diberikan pertimbangan yang berat. [29] Di samping itu juga, SP2 hanya menyatakan bahawa beliau mendapati terdapat ubahsuai pada tong speaker dalam kenderaan tersebut tetapi SP2 tidak pernah dengan jelas menyatakan bahawa ubahsuai pada tong speaker tersebut telah mewujudkan satu ruangan/petak khas yang tersembunyi pada kenderaan tersebut. Memandangkan Mahkamah sendiri tidak dapat melihat mahupun memeriksa secara fizikal ruangan/petak khas tersembunyi yang didakwa wujud dalam kenderaan tersebut (eksibit P88), maka Mahkamah sendiri tidak dapat menentukan sama ada ruangan/petak khas tersembunyi tersebut benar-benar wujud ataupun tidak pada kenderaan tersebut. [30] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi dlm kes Public Prosecutor v Atchuth Ram Nair a/l Kumar & Anor and another case [2021] MLJU 1108 yg memutuskan: "In this Court's view the proof that the compartment was special and hidden was material to the Prosecution's case as part of its burden in proving that both the Accused had knowledge of and access to the hidden compartment and thereby custody and control of the packets and aluminum foils in triggering the presumption of possession and knowledge of the dangerous drugs under section 37(d) of the DDA. In absence of that proof this Court finds there is gap in the Prosecution's case in this respect. There was no evidence by way of reference to a physical inspection of the Car at the trial or by way of a written report from Toyota or oral evidence by its officer that the compartment was in fact a hidden compartment."; [31] Mahkamah ini berpendapat bahawa kegagalan pihak Pendakwaan membuktikan kewujudan ruangan/petak khas tersembunyi dalam kenderaan tersebut mengakibatkan anggapan di bawah seksyen 37(h) ADB 1952 tidak terpakai. Seksyen 37(h) dengan jelas memperuntukkan bahawa bagi membolehkan anggapan pengetahuan terhadap penyembunyian tersebut dibangkitkan, perlulah dibuktikan terlebih dahulu wujudnya ruangan/petak khas tersembunyi dalam sesuatu kenderaan itu. [32] Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kewujudan ruangan/petak khas tersembunyi dalam kenderaan tersebut dan dengan itu anggapan di bawah seksyen 37(h) ADB 1952 juga telah gagal dibangkitkan. [33] Selanjutnya, dalam hal keadaan di mana anggapan di bawah seksyen 37(h) ADB 1952 tidak terpakai, Mahkamah masih perlu meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan bagi menentukan sama ada wujud sebarang keterangan yang boleh menunjukkan pengetahuan OKT1 dan OKT2 terhadap dadah berbahaya yang ditemui. Setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada sebarang keterangan yang telah dikemukakan yang boleh menimbulkan inferens wujudnya pengetahuan OKT1 dan OKT2 terhadap dadah yang ditemui. Tiada keterangan dikemukakan berkenaan reaksi OKT1 dan OKT2 semasa pemeriksaan kenderaan tersebut dijalankan mahupun semasa dadah ditemui, juga tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 telah mengambil sebarang tindakan untuk melarikan diri mahupun mengelak daripada memberikan sebarang kerjasama kepada SP7 semasa pemeriksaan dilakukan, yang kebiasaannya menimblkan inferens tentang pengetahuan terhadap dadah yang ditemui. [34] Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa pihak pendakwaan juga telah gagal membuktikan pengetahuan OKT1 dan OKT2 terhadap dadah berbahaya yang dirampas. [35] Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman bin Akif Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” Elemen (c): bahawa OKT1 dan OKT2 telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut [36] Berkenaan isu niat bersama, pihak pembelaan menghujahkan bahawa tidak wujud elemen niat bersama OKT 1 dan OKT2 untuk mengedarkan dadah berbahaya yang ditemui. Bagi membuktikan niat bersama, perlu dibuktikan wujudnya prearranged plan. [37] Dalam kes Wan Yurillhami bin Wan Yaacob & Anor v Public Prosecutor [2010] 1 MLJ 749, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “It is a well established principle of law in dealing with the criminal liability under s 34 of the Penal Code that a pre-concert or pre-planning may develop on the spot or during the course of the commission of the offence, but the crucial test is that such plan must precede the act constituting the offence. The existence of common intention is a question of fact and in each case it may be proved as a matter of inference from the circumstances of the case (see the cases of Mahbub Sha v Emperor AIR 1945 PC 118 and Suresh v State of Uttar Pradesh AIR 2001 SC 1344).” [38] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa OKT1 dan OKT2 berada di lokasi kejadian semasa kenderaan tersebut diperiksa dan ditahan. Malah, OKT2 sendiri telah menyerahkan passport miliknya kepada SP7 setelah OKT2 ditahan di lokasi kejadian. Turut dihujahkan bahawa adalah mustahil OKT1 dan OKT2 tidak menyedari berkenaan tong speaker yang diubahsuai di bahagian bonet belakang kenderaan tersebut kerana ianya telah menyebabkan ruangan bonet menjadi sempit dan beg-beg pakaian telah diletakkan di atas kerusi dalam kenderaan tersebut. [39] Mengambilkira fakta bahawa Mahkamah ini telah memutuskan bahawa kewujudan ruangan/petak khas tersembunyi pada kenderaan tersebut adalah meragukan, keterangan-keterangan lain yang wujud terutamanya terhadap OKT2, hanyalah fakta bahawa OKT2 berada di dalam kenderaan tersebut semasa pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian. [40] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa kehadiran seseorang di lokasi kejadian semata-mata tidak boleh secara automatik menimbulkan inferens bahawa wujud niat bersama untuk mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Dalam kes Public Prosecutor v Alfitrisham bin Ahmad and another appeal [2014] 6 MLJ 354, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[13] Common intention within the meaning of s 34 implies a prearranged plan. The prosecution relied on the fact that the second accused was a pillion rider on the motorcycle from where the drugs were found. Apart from the fact that the second accused was a pillion rider, there were no other facts or circumstances or conduct of the second accused from which an prearranged plan or common intention could be inferred between the first accused and the second accused (see Mahbub Shah v Emperor AIR 1945 PC 118; Public Prosecutor v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401). Mere presence as the pillion in our view is not sufficient to attach the liability of the second accused under s 34 of the Penal Code. Hence, we find no error on the part of the learned trial judge when His Lordship found that the prosecution has failed to prove the element of common intention.” [penekanan ditambah] [41] Merujuk kepada prinsip dan fakta kes Alfitrisham bin Ahmad (supra) di atas, adalah jelas bahawa kehadiran OKT2 semata-mata dalam kenderaan tersebut, tanpa sebarang keterangan lain yang boleh membuktikan wujudnya prearranged plan antara OKT1 dan OKT2, maka Mahkamah ini memutuskan tidak wujud sebarang niat bersama OKT2 untuk mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Tambahan pula, fakta bahawa OKT2 telah menyerahkan passport beliau kepada SP7 setelah OKT2 ditahan, tidak menunjukkan bahawa OKT2 mempunyai niat bersama untuk mengedarkan dadah berbaya tersebut. Malahan fakta ini turut mengukuhkan lagi bahawa OKT2 telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sebaik ditahan dan mampu menimbulkan inferens bahawa OKT2 tiada pengetahuan terhadap barang kes dadah yang ditemui. [42] Berdasarkan alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan juga telah gagal membuktikan elemen niat bersama OKT1 dan OKT2 untuk mengedarkan dadah berbahaya yang ditemui. [43] Di samping itu juga, berhubung elemen ini, memandangkan Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan pemilikan dan pengetahuan OKT1 dan OKT2 terhadap dadah berbahaya tersebut, maka isu berkenaan pengedaran serta niat bersama OKT1 dan OKT2 dalam mengedarkan dadah berbahaya tersebut tidak lagi menjadi relevan. Isu rantaian keterangan barang kes dan siasatan pegawai penyiasat yang tidak lengkap [44] Pihak pembelaan terutamanya OKT2, mempertikaikan identiti dadah yang dikemukakan di Mahkamah kerana terdapat perbezaan dalam kenyataan SP7 semasa perbicaraan dengan tandaan yang dibuat kepada eksibit barang kes dadah yang dirampas sebagaimana dinyatakan dalam Borang Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P58). [45] Mahkamah ini telah menilai dan meneliti keseluruhan keterangan SP7 dan eksibit P58 tersebut dan mendapati bahawa eksibit P58 hanya menyatakan tandaan yang dibuat oleh SP7 terhadap barang kes dadah yang ditemui adalah ‘M1 hingga M28’ sahaja. Dan semasa pengecaman barang kes dadah dibuat di dalam Mahkamah, SP7 telah mengesahkan dan camkan bahawa tandaan- tandaan M1 sehingga M28 adalah tandaan yang SP7 buat di samping ditulis tarikh 24.4.2018 dan tandatangan SP7. [46] Berdasarkan pemerhatian Mahkamah, sepanjang keterangan SP7 dan pengecaman barang kes dadah, SP7 telah membuat pengecaman positif terhadap kesemua barang kes dadah yang dirampas. Malahan SP7 telah secara positif menyatakan bahawa barang kes iaitu bahan tumbuhan dalam plastik Jabatan Kimia Malaysia (yang telah dileraikan) adalah tidak sama. Keterangan SP7 ini jelas tidak bercanggah kerana semasa SP7 menemui barang kes dadah yang dirampas, kesemua barang kes tersebut dalam bentuk ketulan mampat, manakala barang kes dadah yang dikemukakan semula di Mahkamah adalah dalam bentuk yang telah dileraikan semasa analisa dibuat oleh ahli kimia. Sehubungan itu, Mahkamah mendapati bahawa SP7 adalah seorang saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. [47] Berbalik kepada percanggahan yang diketengahkan oleh pembelaan yang melibatkan eksibit P58, walaupun SP7 sendiri bersetuju bahawa dalam eksibit P58 beliau tidak menyatakan terdapatnya tandaan tarikh kejadian dan tandatangan beliau pada setiap barang kes dadah yang dirampas, tetapi Mahkamah mendapati bahawa semasa pengecaman barang kes dalam Mahkamah, SP7 telah memberikan pengecaman positif dan juga telah menunjukkan sendiri kepada Mahkamah tandaan M1 hingga M28 yang dibuat oleh beliau, berserta tandatangan SP7 dan tarikh kejadian dengan pen berwarna merah. SP7 juga telah mengecamkan gambar barang kes dadah yang dirujuk iaitu eksibit P45A dan P45B. Gambar-gambar barang kes dadah tersebut (eksibit P45 A dan P45B) telah dirakam oleh SP5 pada 25.4.2018 pada jam lebih kurang 12.45 tengahari iaitu sehari selepas tarikh kejadian pada 24.4.2018. Dan berdasarkan gambar-gambar P45A dan P45B, tandaan M1 hingga M28 berserta tandatangan dan tarikh kejadian berwarna merah telahpun ada semasa rakaman gambar-gambar tersebut diambil. Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa ketinggalan menyatakan terdapat tarikh dan tandatangan SP7 dalam eksibit P58 bukanlah suatu percanggahan yang material, lebih-lebih lagi dalam keadaan SP7 telah mengecamkan kesemua barang kes yang dirampas dengan positif semasa perbicaraan dan dengan disokong oleh gambar-gambar P45A dan P45B, sememangnya tandaan sebagaimana dalam keterangan SP7 telahpun dibuat pada barang kes dadah yang dirampas. Hujahan pembelaan berkaitan isu ini adalah tidak bermerit. [48] Berhubung isu siasatan pegawai penyiasat yang tidak menyeluruh, memandangkan Mahkamah telahpun memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan pemilikan dan pengetahuan OKT1 dan OKT2 terhadap barang kes dadah yang dirampas, dengan itu isu ini tidak akan dihuraikan lebih lanjut. KESIMPULAN [49] Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie terhadap pertuduhan ke atas OKT1 dan OKT2 di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Dengan ini Mahkamah ini memerintahkan supaya OKT1 dan OKT2 dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 28 Jun 2024. Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Peguambela OKT1: Ali Munawar bin Razak Tetuan Ali & Fariz Peguambela OKT2: Burhanudeen bin Abdul Wahid Tetuan Burhan & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.