Schedule
Jadual Pertama ADB Akta 234 dan ia adalah dadah yang sama dirampas oleh SP5 serta yang dianalisis oleh SP1. Sama ada dadah-dadah tersebut berada di dalam milikan OKT [12] Elemen selanjutnya yang perlu dibuktikan adalah sama ada dadah-dadah yang dipersoalkan adalah berada di dalam milikan OKT. Bagi perkara ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870. [13] Berdasarkan kepada analisis Mahkamah ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah merumuskan dapatan-dapatan seperti berikut: a) SP2 iaitu ibu OKT telah mengesahkan bahawa rumah tersebut didiami oleh OKT; b) SP2 turut sahkan selain OKT, SP3 selalu balik ke rumah tersebut untuk mencuci rumah; c) SP3 mengesahkan pada 27/12/2021 OKT telah pulang ke rumah tersebut dan SP3 menyatakan bahawa SP3 tiada pengetahuan mengenai barang kes yang ditemui; d) semasa serbuan, hanya OKT sahaja yang berada di dalam rumah tersebut dan pemerhatian oleh pihak polis tidak mendapati mana-mana orang lain yang keluar atau masuk ke dalam rumah tersebut; e) barang-barang kes yang pertama dalam bilik pertama di atas lantai manakala barang kes yang kedua telah ditemui di bahagian dapur rumah tersebut; dan f) penemuan barang-barang kes tersebut adalah berdasarkan tindakan OKT yang telah memandu arah SP5 serta memuncungkan mulutnya ke arah barang kes. [14] Puan TPR menghujahkan bahawa paksi kes pendakwaan adalah dadah-dadah tersebut dijumpai di dalam sebuah rumah yang dihuni hanya oleh OKT. [15] Perhatian Mahkamah telah dibawa ke atas keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Lim Son Heng v. PP [2014] CLJU 414; [2014] 1 LNS 414; [2014] 6 MLJ 109 yang telah memutuskan seperti berikut: "[13] As regards the argument by learned counsel for the appellant that there was no evidence of exclusivity of possession of the said premises to render the appellant as its occupier, we refer to the elucidation by Taylor J on the concept of possession in the case of Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 1 MLJ 28 at p 31: The dictionary definition brings the idea of exclusiveness. It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from the enjoyment of the property. [14] With respect, it is incorrect to argue that just because someone else has access to the house, the person occupying the house would lose exclusive possession of all the things inside the house. R v. Woodman [1974] 2 All ER 955 is a case concerning theft of scrap metal from a factory site, where the owners had put up fencing around the site to keep out trespassers. The owners themselves were unaware that remnants of scrap metal still remained in the factory. Lord Widgery CJ in delivering the judgment of the Court of Criminal Appeal held that: We have formed the view without difficulty that the recorder was perfectly entitled to do what he did, that there was ample evidence that English China Clays were in control of the site and had taken considerable steps to exclude trespassers as demonstrating the fact that they were in control of the site, and we think that in ordinary and straightforward cases if it is once established that a particular person is in control of a site such as this, then prima facie he is in control of articles which are on the site. [15] On the facts of the present case, there can be no doubt that the appellant had possession of all the things inside the premises to the exclusion of other people. This is evidenced from the fact that he made sure he locked the grilled door with a padlock before he left the premises, the keys to the premises were found with him. In such a situation, the appellant 'has the power to exclude other persons from the enjoyment of the property' as explained by Taylor J in Leow Nghee Lim." [16] Keputusan Mahkamah Rayuan ini telah dirujuk oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Mahazir bin Md Salleh v PR [2017] MLJU 1978 yang merumuskan bahawa OKT mempunyai milikan eksklusif ke atas rumah di mana dadah ditemui. Mahkamah Rayuan menyatakan; “[15] Berdasarkan prinsip di atas dan setelah mempertimbangkan fakta dalam rekod, kami mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa perayu mempunyai penjagaan dan pengurusan rumah berkenaan, dan pendakwaan telah juga berjaya mengetepikan akses oleh orang lain ke dalam rumah tersebut viz-a-viz pemilikan dadah berbahaya tersebut. Dalam erti kata yang lain, perayu mempunyai milikan eksklusif ke atas rumah berkenaan.” [17] Peguam OKT telah membangkitkan isu berkaitan kawalan eksklusif ke atas rumah tersebut. Ini kerana menurut peguam, rumah tersebut tidak dibuktikan dihuni secara tetap oleh sesiapa malahan salah satu anak kunci juga dihujahkan sebagai telah hilang. Peguam turut membawa perhatian Mahkamah ini berkaitan keterangan SP6 iaitu Pegawai Penyiasat, yang telah mengesahkan bahawa rumah tersebut dibuka oleh bekas isteri OKT semasa lawatannya ke tempat kejadian. [18] Mahkamah berpandangan bahawa SP2 dan SP3 sendiri telah mengesahkan bahawa rumah tersebut adalah dihuni oleh OKT. Persoalan berkenaan kunci pendua serta isteri OKT yang mempunyai akses adalah tidak relevan. Ini kerana setakat ini tiada keterangan selain OKT yang turut menghuni rumah tersebut. Bagi Mahkamah ujian yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan pemilikan ke atas dadah-dadah tersebut dan bukannya pemilikan ke atas rumah tersebut. [19] Di dalam kes Mahazir bin Md Salleh (supra), Mahkamah Rayuan di dalam penghakimannya menyatakan; “Kami berpendapat dalih perayu bahawa orang luar boleh mempunyai akses dan berkemungkinan meletakkan dadah berkenaan merupakan satu dalih yang terlopong. Harus dicatatkan perayu tidak pada bila-bila masa di peringkat pendakwaan menyatakan secara spesifik siapakah orang itu dan bilakah orang itu masuk ke dalam rumahnya dan meletakkan kesemua dadah berbahaya tersebut, yang sebegitu besar jumlah dan nilainya, ke dalam laci kabinet dapurnya. Diperhatikan perayu telah gagal mencabar bahawa rumah itu dimiliki secara bersama dengan bekas isterinya, SP2. Tidak dicabar juga bahawa SP2 telah meninggalkan rumah itu sejak tahun 2010. Semenjak 2010 itu, perayu tinggal di rumah tersebut dengan anak sulungnya yang masih kecil (tadika) dan kadangkala ibunya, menziarahi. Menurut SP2 dan juga SP5, kakak perayu, kunci rumah berkenaan dipegang bersama oleh SP2 dan perayu. Pada masa serbuan dibuat, rumah berkenaan dalam keadaan berkunci sehingga perlu dipecahkan masuk oleh SP3. Selain itu ada juga kakak dan sanak saudaranya datang melawat. Namun, tidak seorang pun daripada mereka dikatakan meletakkan atau berkemungkinan meletakkan dadah tersebut. Tidak dinafikan semasa tangkapan dibuat hanya perayu yang berada di rumah. Dalam keadaan demikian, mana mungkin adanya orang lain yang meletakkan dadah tersebut di dalam rumah perayu. Dalih ini, pada pandangan kami lebih merupakan satu serkap jarang. Ini yang membezakan kes ini dengan kes Abdullah Zawawi, Ibrahim Mohamad & Anor v. PP, dan Azizan Yahaya v. PP, supra. Kes-kes tersebut dengan jelas menunjukkan adanya orang lain, yang dinamakan secara spesifik, yang boleh dikatakan berkemungkinan, tetapi tidak dipanggil, meletakkan dadah berkenaan. Yang jelas, perayu ialah penghuni rumah tersebut dan mempunyai kawalan dan penjagaan ke atas apa-apa jua barang di dalam rumah berkenaan. Oleh itu, kami menolak hujahan peguam bela atas isu ini.” [20] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpandangan bahawa barang-barang kes tersebut berada di dalam kedudukan yang membolehkan satu inferens bahawa hanya OKT sahaja yang boleh berurusan dengannya serta menidakkan orang lain dari berurusan dengannya. Oleh itu, Mahkamah merumuskan bahawa dadah tersebut berada di dalam jagaan serta kawalan OKT. [21] Selanjutnya, Mahkamah juga mengambilkira keterangan berkenaan reaksi OKT semasa serbuan di mana menurut SP5, OKT kelihatan gelisah dan cemas. [22] Keterangan-keterangan ini adalah relevan bagi menentukan pengetahuan OKT. Di dalam kes Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19; [2009] 1 CLJ 717, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan berkaitan pembuktian pengetahuan seperti berikut; “Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge” [23] Peguam OKT walaubagaimanapun menghujahkan bahawa OKT lah yang membuka pintu rumah tersebut dan tiada keterangan menunjukkan bahawa OKT telah cuba melarikan diri. Ini pada hujahan peguam menunjukkan bahawa OKT tidak mempunyai pengetahuan. [24] Mahkamah walaubagaimanapun berpandangan bahawa pada ketika itu, OKT berada di dalam keadaan yang tidak memungkinkan lagi OKT untuk bertindak sedemikian. Malahan menururt SP5, OKT telah bertindak agresif. Oleh itu, reaksi OKT sepertimana yang dinyatakan oleh SP5 adalah wajar dan selayaknya diterima. [25] Selain itu, Mahkamah turut mempertimbangkan keterangan berkaitan reaksi OKT yang memandu arah pihak polis serta memuncungkan mulutnya ke aras barang kes. Keterangan-keterangan ini adalah relevan di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 (Akta 56). Ini bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Siew Yoke Keong v PR [2013] 3 MLJ 630 di mana isu yang berbangkit adalah sama ada perbuatan Perayu menunjuk kepada kunci-kunci adalah maklumat yang membawa kepada penemuan fakta dan boleh diterima masuk di bawah seksyen 27 Akta 56. Mahkamah Persekutuan merumuskan; “[28] In the light of the authorities referred to, we hold that information admissible under s. 27 of the Evidence Act includes accused's statement, or his act or conduct such as pointing out which leads distinctly to the discovery of a fact. For such information to be admissible in evidence, there is no duty on the prosecution to prove the voluntariness of the information. Hence it is not necessary to conduct a trial within a trial to determine the voluntariness of the information. (see Amathevelli R Ramasamy v. PP [2008] 4 CLJ 413, CA per Raus Sharif JCA (now PCA), Francis Antonysamy v. PP [2005] 2 CLJ 481; [2005] 3 MLJ 389 FC, Mohd Ya'cob Demyati v. PP [2011] 4 CLJ 758; [2010] 1 LNS 1763, CA (affirmed by the Federal Court in Criminal Appeal No. 05-122-2008(N) on 2 November 2010, and the application to review the aforesaid decision was also dismissed by the Federal Court on 10 February 2011). Reverting to the facts of the present case, admittedly there is no evidence to show that Siew had given any statement to PW6 when asked by PW6 where the key was. However, PW6 testified that the bunch of eight keys was found on top of the lamp which was fixed above the door to the bathroom, and it was pointed by Siew. PW6 said that the location of the bunch of keys was such that one would not be able to see it if one was entering the bathroom. In other words, if Siew had not pointed it to PW6, the latter would not be able to retrieve the keys. Applying the authorities which we have referred to, we hold that Siew's act of pointing to the place where the bunch of keys was found amounted to information, and that information related distinctly to the discovery of a fact - the bunch of eight keys, ("the first fact") and was admissible under s. 27 of the Evidence Act 1950. The fact thereby discovered embraced the place where the bunch of eight keys was kept (on top of the lamp fixed above the door to the bathroom), and Siew's knowledge as to that (see Chong Soon Koy v. PP [1977] CLJU 20; [1977] 1 LNS 20; [1977] 2 MLJ 78). The importance of the first fact could be seen from what happened next. Using one of the keys from the bunch of the keys which he had retrieved earlier on, PW6 managed to open the door to the second room. PW6 saw a safe in the room. PW6 found the safe locked with a combination lock and a key. PW6 managed to find the key to the safe. It was found at the crook of one of the legs of the dining table in the living room. The key was pointed to PW6 by Siew. We hold that Siew's act of pointing to the place where the safe key was found amounted to information, and that information related distinctly to discovery of a fact - the safe key, ("the second fact"), and was admissible under s. 27 of the Evidence Act. The fact thereby discovered embraced the place where the key was kept (at the crook of one of the legs of the dining table which was in the living room), as well as Siew's knowledge as to that (see Chong Soon Koy v. PP (supra). In Chong Soon Koy (supra), the accused was charged with being in possession of a firearm and ammunition under s. 57(1)(a) and (b) of the Internal Security Act 1960. He was found guilty and sentenced to death. He appealed to the Supreme Court. The prosecution adduced evidence of certain information made by the accused under s. 27 of the Evidence Act 1950. In delivering the judgment of the Supreme Court, Suffian LP explained the operation of s. 27 of the Evidence Act: What about the operation of section 27 of the Evidence Act then? The evidence is as follows: One Fong Choon Leng was arrested. Partly as a result of information given by him about the existence of a firearm and its relation to the accused. On March 19, 1976, the accused was arrested by Special Branch. On April 7, 1976, Mr. Ong Thye Peng (PW3) of the C.I.D. recorded a statement from the accused. At approximately 3.55 p.m. while recording the statement Mr. Ong was given by the accused "information with regard to a firearm and some ammunition which he had hidden in the Berapit Hills in Bukit Mertajam ". Mr. Ong then stopped recording the statement and was with other police officers led by the accused to the foot of Berapit Hills. Mr. Ong continued his evidence as follows: The whole party trekked up hilly terrain for about an hour in single file, with accused leading the way. After an hour accused stopped and pointed to a spot which was sort of cavern formed by boulders... Inside the cavern accused pointed to a spot where I saw a slab of thin granite of 1½ ft. diameter oval. Underneath this granite was a black plastik container... I directed accused to carry this out of the cavern to open space outside. From this plastik container, accused took out two ammunition boxes... The accused opened one of the two containers. Inside were two packages. In one package there was an automatic Liama Special (P3 identified) and two magazines (P4 A and B identified)... In [another package] were 37 rounds of.32 ammunition (P7 and P6 identified). With reference to section 27 of the Evidence Act, which reads as follows: When any fact is deposed to as discovered in consequence of information received from a person accused of any offence in the custody of a police officer, so much of such information, whether such information amounts to a confession or not, as relates distinctly to the fact thereby discovered may be proved. What was the fact discovered? The fact discovered embraces the place from which the pistol and ammunition were produced and the knowledge of the accused as to this. What was the information supplied by the accused relating distinctly to the fact thereby discovered? It was "information with regard to a firearm and some ammunition which he had hidden in the Berapit Hills in Bukit Mertajam " in the words of Mr. Ong. All that evidence is admissible, since in the words of the Privy Council at page 77 in Pulukuri Kotayya v. King Emperor 74 IA 65, a decision on the equivalent section of the Indian Evidence Act: ...In their Lordships' view, it is fallacious to treat the fact discovered within the section as equivalent to the object produced, the fact discovered embraces the place from which the object is produced and the knowledge of the accused as to this, and the information given must relate distinctly to the fact. Information as to past user, or the part history, of the object produced is not related to its discovery in the setting in which it is discovered. Information supplied by a person in custody that 'I will produce a knife concealed in the roof of my house' does not lead to the discovery of a knife; knives were discovered many years ago. It leads to the discovery of the fact that a knife is concealed in the house of the informant to his knowledge, and if the knife is proved to have been used in the commission of the offence, the fact discovered is very relevant. But if to the statement the words be added 'with which I stabbed A,' these words are inadmissible since they do not relate to the discovery of the knife in the house of the informant. In view of the above authority all the evidence of Mr. Ong which we have reproduced is admissible and that evidence alone, apart from the cautioned statement, is enough to justify the verdict arrived at by the learned trial judge. (emphasis added). [29] In addition, it must be added that the evidence of Siew leading PW6 and the police team to the first house and pointing out the place where the bunch of eight keys was found, and later pointing out the place where the key to the safe was found would also be relevant and admissible as conduct under s. 8 of the Evidence Act. In this regard in Prakash Chand v. State, AIR [1979], SC 400, the Supreme Court of India said: For example, the evidence of the circumstances, simpliciter, that an accused person led a police officer and pointed out the place where stolen articles or weapons which have been used in the commission of the offence were found hidden, would be admissible as conduct, under section 8 of the Evidence Act, irrespective of whether any information contemporaneously with or antecedent to any such conduct falls within the purview of section 27 of the Evidence Act (videHimachal Pradesh Administration v. OM Prakash AIR [1972] SC 975). (see also Durlav Namasudra v. Emperor AIR [1932] Cal 297, 26 CWN 373, 37 Cr. LJ 546, Ramakrishnan v. Bombay State [1955] SC 104, [1955] Cr. LJ 196, dan Gurusamy v. PP [1964] CLJU 45; [1964] 1 LNS 45; [1965] 1 MLJ 245, PP v. Hashim Hanafi (supra), PP v. Kok Wah Kuan [2007] 6 CLJ 341).” [26] Bersandarkan kepada keterangan-keterangan ini, Mahkamah memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan bahawa dadah di rumah tersebut adalah sebenarnya berada di dalam pemilikan OKT. Sama ada OKT mengedar dadah-dadah tersebut [27] Elemen terakhir adalah berkaitan elemen pengedaran dadah tersebut di mana pihak PR bersandarkan sepenuhnya kepada seksyen 37(da) Akta 234 iaitu satu peruntukan andaian yang berpaksikan dapatan elemen pemilikan. [28] Di dalam kes ini, memandangkan elemen pemilikan telah berjaya dibuktikan maka Mahkamah berhak membuat dapatan bahawa satu kes prima facie pengedaran dibuktikan bawah seksyen 180(4) Akta 593 dengan membangkitkan anggapan pengedaran bawah seksyen 37(da) Akta 234. Pendekatan ini telah diputuskan sebagai betul di sisi undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman oleh YAA Tengku Maimun Tuan Mat KHN di dalam kes Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151 dan oleh yang demikian PR telah berjaya membuktikan elemen pengedaran. Rumusan di akhir kes pendakwaan [29] Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksimum keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan keterangan prima facie ke atas OKT bagi pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan dan oleh itu OKT diperintahkan untuk membeladiri bagi pertuduhan-pertuduhan tersebut. Kes pembelaan [30] OKT telah memilih untuk memberi keterangan sebagai SD1 dengan mengemukakan Penyataan Bertulis Saksi. Di dalam keterangannya, OKT antara lain menyatakan bahawa OKT baru sahaja tiba di rumah tersebut pada jam lebih kurang 8.30 pagi dan terus pergi mandi. OKT tidak bermalam di rumah itu dan tidak menetap di situ sebaliknya hanya datang lebih kurang seminggu sekali sahaja untuk melawat dan membersihkan kawasan rumah sahaja. OKT tidak tahu langsung siapa yang meletakkan barang dadah dalam rumah itu dan merayu pihak polis untuk menyiasat perkara ini demi keadilan. [31] OKT mengatakan bahawa kesemua barang kes yang dijumpai bukan miliknya dan OKT langsung tiada pengetahuan mengenainya. OKT hanya berada di rumah itu pada masa yang salah sehingga dituduh dan ditangkap. [32] Keterangan OKT ini disokong oleh keterangan bapanya iaitu SD2 yang telah mengesahkan bahawa tempat kejadian adalah rumah miliknya dan dibiarkan kosong. OKT dan adiknya iaitu SP2 yang diamanahkan untuk menengokkan rumah tersebut. Menurut SD2, ada sekali SD2 balik ke rumah tersebut pada 4/2/2021 dan mendapati keadaan rumah yang berselerak dan satu laporan polis telah dibuat pada 5/2/2021 kerana disyaki ianya telah dipecah masuk. Laporan tersebut adalah Pendang Rpt: 1693/21 yang telah ditandakan sebagai D43. [33] Berdasarkan kepada keterangan OKT dan SD2 ini, Mahkamah mendapati bahawa teras pembelaan OKT adalah sama seperti pendirian OKT semasa kes di peringkat pendakwaan iaitu tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut berada di dalam milikan eksklusif OKT memandangkan terdapat kemungkinan yang tidak dapat ditolak bahawa terdapat kemungkinan orang lain yang masuk ke rumah tersebut. Prinsip berkaitan pembelaan [34] Apabila berhadapan dengan isu perbezaan keterangan seperti ini, maka Mahkamah bertanggungjawab untuk menilai kembali keterangan keterangan-keterangan di peringkat pendakwaan. Apatah lagi di dalam kes ini dapatan Mahkamah di peringkat pendakwaan adalah bersandarkan kepada keterangan SP5 yang telah membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas rumah tersebut. [35] Asas ke atas dapatan Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah tertumpu kepada hanya OKT dijumpai di dalam rumah tersebut dan pengesahan oleh SP2 dan SP3 bahawa OKT menghuni rumah tersebut. Pada peringkat tersebut persoalan berkaitan salinan pendua kunci rumah yang hilang serta peranan isteri OKT yang membantu SP6 membuka rumah tersebut semasa lawatan ke tempat kejadian telahpun dibangkitkan. Analisis dan dapatan Mahkamah di peringkat pembelaan [36] Persoalan yang perlu berbangkit kini adakah wujud kemungkinan bahawa rumah tersebut adalah turut boleh diakses oleh orang lain selain OKT dan SP3 yang sekaligus mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes PR kerana wujud kemungkinan orang lain yang mempunyai akses ke atas rumah tersebut. [37] Ini merupakan satu elemen yang perlu dibuktikan sepenuhnya oleh pihak PR dan jika pihak PR gagal untuk menafikan akses orang lain ke atas rumah tersebut, maka ia akan sama sekali menjejaskan kes pihak PR. Pandangan ini merujuk kepada apa yang dinyatakan oleh Hakim Edgar Joseph Jr. HMA di dalam kes Abdullah Zawawi bin Yusof v. PP [1993] 4 CLJ 1; [1993] 3 MLJ 1, bahawa kemungkinan OKT akan di perangkap atau dianiaya terutamanya bagi kes-kes di mana polis bertindak berdasarkan maklumat adalah tidak boleh diketepikan. [38] Isu pertama yang berbangkit adalah berkenaan salinan pendua kunci ke atas rumah tersebut. Sejak dari kes di peringkat pendakwaan lagi peguam OKT telah membangkitkan berkenaan jumlah kunci pendua yang ada. Saksi-saksi pihak pendakwaan menyatakan bahawa salah satu kunci pendua kepada rumah tersebut telah didapati hilang. Tiada sebarang siasatan dijalankan berkenaan ke mana kunci ini hilang. [39] Ini membawa kepada isu kedua iaitu SP6 semasa menjalankan lawatan ke tempat kejadian, dapat memasuki rumah tersebut apabila pintu rumah tersebut dibuka oleh bekas isteri OKT. Tiada sebarang keterangan yang diberikan oleh SP6 siapakan isteri OKT ini dan pihak PR turut tidak memanggil bekas isteri OKT ini memberi keterangan ataupun ditawarkan kepada pihak OKT. [40] Semasa di peringkat kes pendakwaan, Mahkamah berpandangan pada ketika itu bahawa isu bekas isteri OKT membuka pintu adalah tidak relevan kerana paksi keterangan pihak PR pada ketika itu adalah OKT menurut SP2 dan SP3 adalah merupakan penghuni ke atas rumah tersebut. Tiada sebarang cadangan secara spesifik kewujudan orang lain yang masuk ke dalam rumah tersebut. [41] Namun dapatan ini perlu dipertimbangkan sekali lagi oleh Mahkamah ini di peringkat ini dengan membandingkannya dengan keterangan oleh SD2 yang menyatakan bahawa terdapat kesan-kesan rumah tersebut dipecah masuk oleh seseorang dan salah satu laporan polis iaitu D43 yang menunjukkan bahawa 8 bulan sebelum OKT ditangkap, rumah tersebut telah dipecah masuk. Malahan terdapat barangan di dalam rumah tersebut yang hilang. [42] Di samping itu, OKT dan SD2 turut mensyaki bekas isteri OKT pernah masuk ke dalam rumah tersebut bersama-sama teman lelakinya tanpa kebenaran mereka. [43] Keterangan ini mewujudkan kelompangan kerana fakta yang kekal adalah bukan OKT sahaja yang memegang kunci bagi memasuki rumah tersebut memandangkan bekas isteri OKT juga mempunyai kunci ke atas rumah tersebut. Keterangan SD2 dan disokong oleh D43 menunjukkan bahawa rumah tersebut pernah dipecah masuk oleh pihak ketiga. [44] Kegagalan pihak PR untuk memanggil atau sekurang-kurangnya menawarkan bekas isteri OKT pada pandangan Mahkamah telah membangkitkan anggapan yang bertentangan di bawah misalan (g) seksyen 114 Akta 56. Pada hemat Mahkamah keterangan bekas isteri OKT ini penting di dalam merungkaikan beberapa isu iaitu berkaitan kunci rumah, adakah bekas isteri OKT ataupun mana-mana orang lain turut mempunyai akses ke atas rumah tersebut serta dakwaan SD2 bahawa bekas isteri OKT dan temannya pernah memasuki rumah tersebut tanpa pengetahuan mereka. [45] Pandangan Mahkamah ini berteraskan apa yang telah dinyatakan oleh Mahkamah Agung di dalam kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] 1 CLJ 250 seperti berikut; "It is essential to appreciate the scope of section 114(g) of the Evidence Act 1950 lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but a material document by a party in his possession nor for non-production of just any witness but an only an important and material witness to the case." [46] Apabila wujud senario sepertimana yang diulas oleh Mahkamah, maka Mahkamah perlu berhati-hati di dalam menilai keseluruhan keterangan-keterangan pihak PR. Apatah lagi di dalam kes ini, tindakan SP5 membuat serbuan adalah berdasarkan kepada maklumat yang diterima dan menurut SP5, ia merupakan satu operasi besar yang mensasarkan premis. Dengan kata lain, ia berdasarkan kepada maklumat bahawa wujudnya dadah di dalam dalam rumah tersebut. [47] Di dalam kes Abdullah Zawawi bin Yusoff v. PP (supra), Hakim Edgar Joseph Jr. HMA telah menyatakan: "Given the fact that this was a case where the police were acting on a tip-off, the onus was not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility.". Selajutnya dinyatakan: "This question must be answered in favour of the appellant considering that there was more than one way in which the evidence adduced by the prosecution might be viewed. The evidence indeed could have been regarded as implicating the appellant or the wife or both of them or the informer or even the other man living in the house." Kesimpulan [48] Berdasarkan kepada analisis maksimum Mahkamah ini ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa OKT telah berjaya membangkitkan keraguan munasabah ke atas kes pihak PR. [49] Oleh yang demikian, OKT adalah dengan ini dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan. Bertarikh: 31hb Disember 2024 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya: Aisyah Al Humayrah Binti Kamaruzaman Timbalan Pendakwa Raya Wisma Darul Aman Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Jalan Tengku Bendahara 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Khairul Hafizuddin bin Ramli Ilyana Syafiqa binti Mohd Saad Tetuan Khairul Hafizuddin & Co. Peguambela & Peguamcara No. 63, Tingkat Atas Lorong Sepat 1, Off Jalan Gangsa Taman Wira Mergong 05150 Alor Setar Kedah Darul Aman Tarikh Keputusan : 20hb. November, 2024 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Dadah Berbahaya 1952 ➢ Kanun Tatacara Jenayah ➢ Akta Keterangan 1950 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151; ➢ Abdullah Zawawi bin Yusoff v. PP [1993] 4 CLJ 1; [1993] 2 MLJ 1; ➢ Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85; ➢ Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237; ➢ Gunalan Ramachandran v. PP [2004] 4 CLJ 551; ➢ Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113; ➢ Lim Son Heng v. PP [2014] CLJU 414; [2014] 1 LNS 414; [2014] 6 MLJ 109; ➢ Mahazir bin Md Salleh v PR [2017] MLJU 1978; ➢ Muhammad Lukman Mohamad v PP [2021] 7 CLJ 524; ➢ Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] 1 CLJ 250; ➢ Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19; [2009] 1 CLJ 717; ➢ PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; ➢ Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870; dan ➢ Siew Yoke Keong v PR [2013] 3 MLJ 630.