Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-67-05/2021 PENDAKWA RAYA
BA-45A-67-05/2021
High Court of Malaysia6 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“6004.3 grammes read with s. 34 of the Penal Code. The cannabis seized and analysed by the Government Chemist had been produced and tendered as exhibits. That would be sufficient, At any rate, there was evidence that SP7 gave the monies to SP4 and t”
“ow consistent the story is with itself, how it stands the test of cross-examination, and how far it fits in with the rest of the evidence and the circumstances of the case (see Bhojraj v. Sitaram AIR [1936] PC 60). It must, however, be observed that S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ **Note : Serial number will be used to verif”
“ILING portal 35 DNA discovered and the CCTV footage, clearly shows beyond doubt that both the accused had possession and knowledge of the impugned drugs found in the car. (see Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1956] 1 MLJ 28, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 and Chan Pean Leon v. PP [1956]”
“ion and knowledge of the impugned drugs found in the car. (see Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1956] 1 MLJ 28, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 and Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 22 MLJ 237. [40] Melalui saksi-saksi yang telah dipanggil oleh pihak pendakwaan satu keterangan p”
“ness demonstrably tells lies, his evidence must be looked upon with suspicion and treated with caution, but to say that it should be entirely rejected would be to go too far (see Khoon Chye Hin v. PP [1961] CLJU 41; [1961] CLJU 41; [1961] 1 LNS 41; [1961] MLJ 105). It has also been held that discrepancies and contradic”
“e looked upon with suspicion and treated with caution, but to say that it should be entirely rejected would be to go too far (see Khoon Chye Hin v. PP [1961] CLJU 41; [1961] CLJU 41; [1961] 1 LNS 41; [1961] MLJ 105). It has also been held that discrepancies and contradictions there will always be in a case. In consider”
“i benar dan kredibel. Tiada sebab untuk saya meragui dan menolak keterangan SP7 yang bertindak sebagai AP dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota polis. (Rujuk kes Public Prosecutor v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129 [1962] 1 LNS 129 ) Saya juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan berkenaan kebolehpercayaan keterang”
“e absence of any element of inherent improbability, the evidence of any witness, whether a police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted (see PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 99; [1962] CLJU 99; [1962] 1 LNS 99; [1962] MLJ 257)." (see Andy Baqindah v. PP [2000] 3 CLJ 289 at 292) [32”
“y, the evidence of any witness, whether a police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted (see PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 99; [1962] CLJU 99; [1962] 1 LNS 99; [1962] MLJ 257)." (see Andy Baqindah v. PP [2000] 3 CLJ 289 at 292) [32] Peguambela Tertuduh Pertama juga menghujahkan t”
“ering them, what the court has to decide is whether they are of such a nature as to discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy (see De Silva v. PP [1964] CLJU 32; [1964] CLJU 32; [1964] 1 LNS 32; [1964] MLJ 81). The Indian Supreme Court has pointed out that one hardl”
“er they are of such a nature as to discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy (see De Silva v. PP [1964] CLJU 32; [1964] CLJU 32; [1964] 1 LNS 32; [1964] MLJ 81). The Indian Supreme Court has pointed out that one hardly comes across a witness whose evidence does not”
“has pointed out that one hardly comes across a witness whose evidence does not contain a grain of untruth or at any rate exaggerations, embroideries or embellishments (see Ugar v. State of Bihar AIR [1965] SC 277). It is useful to refer to PP v. Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No 2) [1976] CLJU 184; S/N C6hmBkEbgkPgCe”
“24 being unshaken in cross-examination is not per se an all-sufficient acid test of credibility. The inherent probability of a fact in issue must be the prime consideration (see Muniandy & Ors v. PP [1966] CLJU 110; [1966] CLJU 110; [1966] 1 LNS 110; [1966] 1 MLJ 257). It has been held that if a witness demonstrably te”
“ma dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Maksud keraguan yang munasabah telah diterangkan di dalam kes Public Prosecutor v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115. Menurut Hakim Sharma, keraguan munasabah adalah keraguan yang membuat anda teragak-agak tentang kebenar”
“n a grain of untruth or at any rate exaggerations, embroideries or embellishments (see Ugar v. State of Bihar AIR [1965] SC 277). It is useful to refer to PP v. Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No 2) [1976] CLJU 184; S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this documen”
“s pembelaan. Justeru saya meragui keterangan pembelaan. Saya mendapati ia adalah pembelaan yang difikirkan kemudian. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1980] CLJU 138 A correct statement of the law is that failure of the defence to cross-examine the prosecution witnesses on”
“7 to SP4 and from SP4 to SP7 after the successful operation, cannot affect the prosecution's case. [51] It is our judgment that the evidence of SP4 need no corroboration at all (PP v. Mohamed Halipah [1981] CLJ 155; [1981] CLJ (Rep) 238; PP v. Padi Abdullah [1989] 1 CLJ 816; [1989] 2 CLJ (Rep) 361; PP v. Neoh Wan Kee [”
“ent that the evidence of SP4 need no corroboration at all (PP v. Mohamed Halipah [1981] CLJ 155; [1981] CLJ (Rep) 238; PP v. Padi Abdullah [1989] 1 CLJ 816; [1989] 2 CLJ (Rep) 361; PP v. Neoh Wan Kee [1984] CLJU 135; [1984] 1 LNS 135; Namasiyiam & Ors v. PP [1987] 1 CLJ 540; [1987] CLJ (Rep) 241, SC; and Tee Thian See”
“stage merely goes to show the weight that the court attached to the appellant's defence which is permitted by the law. On this point we would like to refer to the case of PP v. Badrulsham bin Baharom [1987] CLJU 72; [1987] 1 LNS 72; [1988] 2 MLJ 585, wherein Lim Beng Choon J at p. 591 said that: ... So we are left with”
“an Kedua. Setiap kes mestilah dilihat dan dinilai berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan di dalam kes itu sendiri. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Wan Mohamad Lufti Jaafar lwn. PP[2018] CLJU 987 [2018] 1 LNS 987 yang memutuskan: S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ **Note : Serial number will be used to verify”
“Mahkamah ini. Ketiadaan keterangan forensic seperti CCTV, cap jari atau DNA langsung tidak mencacatkan kes pendakwaan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Mohd Khairul Azwan Zakaria & Anor v. PP [2024] CLJU 1115 yang memutuskan seperti berikut: [40] The other reason urged on behalf of the accused was the absence of”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-67-05/2021 PENDAKWA RAYA
2
AMIRUL ASRI BIN SHAARI LATAR BELAKANG [1] Tertuduh-tertuduh telah dituduh mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) Pertuduhan terhadap Tertuduh-Tertuduh adalah seperti berikut:- ` PERTUDUHAN: "Bahawa kamu bersama-sama pada 27/08/2020 jam lebih kurang 5.20 petang bertempat di kawasan tempat letak kereta Giant Mall, Jalan SS 6/12 Kelana Jaya, Petaling Jaya, di dalam Daerah Petaling di negeri Selangor Darul Ehsan bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya jenis "CANNABIS" sejumlah berat bersih 27,846.8 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. HUKUMAN: Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan di bawah Seksyen 39B (2) ADB adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati. KES PENDAKWAAN [2] Keterangan kes pihak pendakwaan adalah seperti yang telah direkodkan daripada 11 orang saksi pendakwaan. Namun begitu saya nyatakan ringkasan kepada keterangan tersebut. [3] Pada 22/08/2020 jam lebih kurang 8.00 malam D/Kpl Anbalagan A/L Vasu (SP7) yang bertindak sebagai Penyamar Sulit / Agent Provocatuer (AP) telah mendapat satu maklumat pengedaran dadah jenis Ganja / Cannabis daripada sumber berdaftar. SP7 telah mengarahkan sumber untuk memperkenalkannya kepada pengedar dadah yang dikenali sebagai "Din". SP7 telah mendapatkan nombor telefon Din dan telah diperkenalkan kepada Din melalui percakapan telefon. Semasa perbualan dengan Din, S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ Din telah bersetuju berjumpa dengan SP7 di The Mines Balakong pada 23/08/2020 @ jam lebih kurang 11.30 malam. [4] Pada 23/08/2020 jam lebih kurang 11.25 malam, SP7 telah meletakkan kereta di hadapan The Mines Balakong. Beberapa minit kemudian, SP7 nampak sebuah kereta Myvi putih nombor pendaftaran WVV 41 (Myvi putih) yang dinaiki oleh 1 lelaki Melayu yang telah berhenti berhampiran kereta SP7. Lelaki Melayu itu kemudiannya telah menelefon SP7 untuk camkan beliau. Dia kemudiannya telah menghampiri SP7 dan memperkenalkan dirinya Din manakala SP7 memperkenalkan dirinya sebagai Roy. SP7 telah mengecamkan Tertuduh Pertama sebagai Din di Mahkamah. [5] Semasa pertemuan antara SP7 dan Tertuduh Pertama, mereka telah berbincang mengenai stok dan harga ganja dimana Tertuduh Pertama mengatakan harga bagi ganja 10 kilogram ke atas adalah lebih kurang RM4,000.00 sekilogram manakala harga bagi ganja yang kurang dari 10 kilogram adalah lebih dari RM4,700 sekilogram. SP7 telah bersetuju untuk mengambil stok ganja lebih dari 10 kilogram memandangkan beliau mempunyai banyak pelanggan. Selepas itu beberapa panggilan telefon telah dibuat berkenaan stok ganja tersebut yang dikatakan oleh Tertuduh Pertama akan sampai dari Kelantan. S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ [6] Pada 27/08/2020, sebelah pagi, SP7 telah bersetuju untuk menempah ganja sebanyak 30 kilogram dan telah diberitahu oleh Tertuduh Pertama bahawa tempat pertemuan adalah di kawasan tempat letak kereta Pasaraya Giant, Kelana Jaya dan urusan penjualan dadah ini adalah secara kiri kanan. Tertuduh Pertama juga telah maklumkan SP7 bahawa barang 30 kilogram ganja sudah ada dan telah dibungkus sebanyak 2 kotak dan dia akan datang dengan 2 kereta kerana dia hendak berjumpa dengan SP7 terlebih dahulu untuk melihat duit sebelum kawannya menghantar ganja tersebut. SP7 juga memberitahu bahawa dia akan datang dengan menaiki HRV warna putih. [7] Di sisi lain, pada hari yang sama 27/08/2020 jam 2.00 petang, satu taklimat telah diberikan oleh SP4 iaitu ketua serbuan kes ini kepada pegawai dan anggota polis berkenaan jual beli dadah ganja di kawasan tempat letak kereta Pasaraya Giant, Jalan SS6/12, Kelana Jaya, Selangor. Taklimat mengatakan SP7 akan bertindak sebagai AP dan akan berada dalam kereta jenis Honda HRV WD 7175 C (HRV). SP4 telah menubuhkan pasukan-pasukan bertindak dan pemerhati dalam membuat pemerhatian dan tangkapan. SP7 juga telah diberi wang cetakan fotostat lebih kurang RM120,000.00 untuk digunakan sebagai bayaran untuk bekalan yang akan diterima olehnya. S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ [8] Pada 27/08/2020, SP4 telah mengambil tempat di Pasaraya Giant terlebih dahulu. Seperti yang dijanjikan pada jam 5.10 petang, SP7 telah masuk dan ambil kedudukan di tempat Ietak kereta di pasaraya Giant. Kemudian SP7 telah membuat panggilan kepada Tertuduh Pertama dan memberitahunya bahawa beliau sudah sampai dan parkir kereta di kedudukan B-13. Dalam masa 5 minit kemudian SP7 lihat Tertuduh Pertama telah turun dari bahagian pemandu Myvi putih dan berjalan menghala ke kereta beliau. Beliau telah keluar dari kereta dan berjumpa dengan Tertuduh Pertama yang telah meminta tunjukkan duit dahulu. SP7 telah tunjukkan wang cetakan fotostat lebih kurang RM120,000.00 kepada Tertuduh Pertama secara rambang dan tutup semula beg duit tersebut. Tertuduh Pertama mahu mengira duit dahulu tetapi SP7 telah meminta agar Tertuduh Pertama tunjukkan ganja terlebih dahulu. Tertuduh Pertama kemudiannya telah buat panggilan kepada seseorang dan beritahu untuk bawa kereta dan pakir di sebelah HRV putih yang ada pakir kosong. [9] Pada masa itu, SP7 nampak kereta Myvi wama perak nombor pendaftaran VDB 925 (Myvi perak) menghala ke tempatnya dan pakir disebelah kereta beliau. Tertuduh Pertama telah arahkan pemandu Myvi perak untuk pakir mengundur. Tertuduh Pertama telah bawa SP7 ke bahagian belakang Myvi perak dimana SP7 S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ nampak pemandunya adalah seorang lelaki Melayu. Di Mahkamah SP7 telah camkan lelaki Melayu itu adalah Tertuduh Kedua. Kemudian Tertuduh Pertama telah buka bonet belakang kereta (but kereta) Myvi perak dan SP7 nampak terdapat 2 kotak. Tertuduh Pertama telah buka salah satu kotak dan tunjukkan kandungan kotak itu dan SP7 nampak dadah ganja yang dibalut dengan plastik lutsinar. Selepas itu, SP7 telah bagi isyarat garu kepala kepada SP4 dan pasukan serbuan. [10] Melihat isyarat itu, SP4 telah arahkan pasukannya membuat halangan kepada kedua buah kereta Myvi tersebut, SP4 dan pasukannya telah menghampiri Tertuduh Pertama dan kenalkan diri polis. Tertuduh Pertama cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap selepas pergelutan yang berlaku dalam jarak 5 hingga 10 meter dari tempat SP7 berdiri. Ini menyebabkan D/Kpl. 184185 mengalami kecederaan di kepala akibat dirempuh oleh Tertuduh Pertama. Tertuduh Kedua yang kelihatan ketakutan juga telah diarahkan untuk keluar dari Myvi perak dan ditangkap. Manakala pasukan Inspektor Mohd Rashshidy bin Ab Rahman @ Ab Rahim.(SP6) telah menangkap 3 orang lelaki melayu iaitu Sidinoazizi Bin Sidik (B3), Muhammad Nasrullah Bin Abdullah (B4) dan Syamim Syazni Bin Mohd Shasteri (B5) yang berada di dalam S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ Myvi putih. Pemeriksaan pada tubuh badan ke atas kesemua saspek tidak menjumpai apa-apa barang salah. [11] Dengan disaksikan oleh kesemua saspek dan saksi polis, SP4 telah buat pemeriksaan di dalam but Myvi perak dan telah menjumpai 2 kotak bertulisan "Acson Premium Copper Pancake Coil" dimana setiap kotak didalamnya berisi 15 ketulan mampat dedaun kering yang dibalut dengan plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis ganja (anggaran berat keseluruhan ialah: 30,000 gram). SP4 telah rampas dan membuat penandaan kepada barang kes sebelum ianya diserahkan kepada pegawai penyiasat Inspektor G/25691 Darwis Bin Aripin (SP11) . [12] Kesemua barang kes telah diterima oleh SP11 dimana beliau telah membuat penandaan serta menyimpan baik sebelum ia diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. [13] Ahli Kimia Dr. Saravana Kumar a/l Jayaram (SP5) telah menjalankan 4 ujian dan berpuashati dengan keputusan keempat-empat ujian tersebut dan telah mencapai keputusan yang konklusif bahawa kesemua bahan tumbuhan tersebut adalah "Cannabis" seberat 27,846.8 gram. Cannabis adalah dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 2 ADB. S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ TUGAS MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN [14] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah harus meneliti bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara maksima untuk menentukan sama ada pendakwaan telah membuktikan kes prima facie atau tidak. Ia adalah seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Bukti yang dikemukakan haruslah begitu kukuh dan boleh dipercayai yang membuktikan setiap unsur kesalahan dan hanya boleh dipatahkan dengan pembuktian sebaliknya. Ini adalah kerana, jika Tertuduh-Tertuduh memilih untuk tetap berdiam diri, dia boleh disabitkan bersalah. (Rujuk kes Looi Kow Chai & Anor v. Pendakwa Raya [2003] 1 CLJ 734; PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457); Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 ) SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN KES PRIMA FACIE [15] Elemen-elemen pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap Tertuduh Pertama dan Kedua adalah seperti berikut:
1
Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 2. Tertuduh Pertama dan Kedua mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya.
3
Tertuduh Pertama dan Kedua telah mengedar dadah berbahaya
4
Tertuduh Pertama dan Kedua bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya Elemen Pertama: Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 [16] Di dalam kes ini, tiada keraguan bahawa rampasan dadah yang dibuat telah dibuktikan adalah dadah berbahaya jenis Cannabis seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama, ADB. Ini adalah seperti yang disahkan melalui keterangan Ahli Kimia SP5 dan Laporan Kimia yang telah dikemukakan dan ditandakan sebagai ekshibit P26. [17] Saya juga mendapati tidak terdapat lompang di dalam rantaian keterangan berkenaan identiti barang kes dadah semenjak ia dirampas sehinggalah ia dikemukakan di Mahkamah. Saksi-saksi telah mengenal pasti 30 ketulan mampat bahan tumbuhan yang dibalut dengan plastik lutsinar dan diperkuatkan dengan pita pelekat lutsinar dengan tandaan-tandaan yang dibuat oleh mereka. Setiap saksi telah membuat pengecaman yang positif terhadap barang kes tersebut di Mahkamah. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah:- ia adalah barang kes yang sama yang telah dirampas daripada but Myvi perak dan dibuat penandaan oleh SP4, diterima oleh SP11 dan S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ dibuat penandaan oleh beliau dan dihantar untuk analisis oleh SP5 dan kemudian dikemukakan di Mahkamah ini. Elemen Kedua: Tertuduh Pertama dan Kedua mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya Elemen Ketiga: Tertuduh Pertama dan Kedua telah mengedar dadah berbahaya [18] Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen milikan dan pengetahuan Tertuduh Pertama dan Kedua terhadap dadah jenis Cannabis yang dirampas dari but Myvi perak menyebabkan anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB bagi membuktikan intipati pengedaran dadah beroperasi. Justeru saya akan membincangkan kedua-dua intipati ini secara bersekali. [19] Anggapan pengedaran dibawah seksyen ini hanya boleh beroperasi apabila pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa Tertuduh Pertama dan Kedua dibuktikan memiliki dadah berbahaya jenis Cannabis melebihi berat statutori 200 gram. bermaksud pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen fizikal dan mental (pengetahuan) Tertuduh-Tertuduh terhadap dadah berbahaya jenis Cannabis tersebut. Seksyen 37 (da) ADB menyatakan seperti berikut:- (da) any person who is found in possession of-S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ
VI
(vi) 200 grammes or more in weight of cannabis, otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug; [20] Dadah berbahaya itu dikatakan berada dalam milikan setiap Tertuduh apabila ia berada dalam kedudukan, sama ada dari segi fizikal atau mental yang membolehkan Tertuduh Pertama dan Kedua berurusan dengannya sebagai pemilik dengan mengecualikan semua orang lain. Saya merujuk kepada kes Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237,Thomson J menjelaskan sebagai:- "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edn., p. 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ To put it otherwise, there is a physical element and a mental element, which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. [21] Di dalam kes ini, SP7 adalah saksi penting pendakwaan yang telah bertindak sebagai AP. Beliau telah diperkenalkan kepada Tertuduh Pertama dan kemudiannya telah berjumpa dan berbincang tentang jual beli dadah pada 23/08/2020 di The Mines. Setelah persetujuan harga jual beli dicapai, pada hari kejadian, Tertuduh Pertama telah menghampiri kereta SP7 dan ingin melihat wang bagi penjualan dadah tersebut yang mana SP7 telah tunjukkan wang cetakan tersebut secara rambang. Apa yang dilakukan oleh Tertuduh Pertama selepas itu adalah menelefon seseorang yang menyebabkan kereta Myvi perak yang dipandu oleh Tertuduh Kedua datang menghampiri mereka. Tertuduh Pertama arahkan Tertuduh Kedua untuk melakukan parkir mengundur di sebelah kereta HRV. Arahan ini dipatuhi oleh Tertuduh Kedua. Tertuduh Pertama telah buka but Myvi perak dan SP7 nampak 2 kotak yang S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ berada di dalam but Myvi perak itu. Kemudiannya Tertuduh Pertama telah buka salah 1 kotak dan tunjukkan kandungan kotak yang mengandungi dadah ganja yang dibalut dengan plastik lutsinar. [22] Keterangan SP7 tidak berdiri sendiri tetapi juga disokong oleh keterangan SP4 yang membuat pemerhatian di tempat kejadian. SP4 nampak Tertuduh Pertama keluar dari tempat duduk pemandu Myvi putih menuju ke kereta SP7 dan berjumpa dengan SP7. Beliau juga nampak Myvi perak yang dipandu oleh Tertuduh Kedua meletakkan kereta di sebelah kereta SP7. Beliau juga nampak Tertuduh Pertama bawa SP7 ke bahagian belakang kereta Myvi perak dan but Myvi perak telah dibuka sebelum nampak isyarat garu kepala daripada SP7. [23] Fakta-fakta ini membuktikan elemen fizikal bahawa Tertuduh Pertama dan Kedua sememangnya berada dalam milikan mereka dadah berbahaya tersebut. Dalam kedudukan ini Tertuduh Pertama dan Kedua, pada bila-bila masa, apabila setiap dari mereka mahu, boleh berurusan dengan dadah tersebut dengan mengecualikan orang lain. Terdapat juga keterangan yang banyak yang menunjukkan pengetahuan Tertuduh Pertama dan Kedua terhadap dadah berbahaya yang dirampas. Ia bermula dengan perbincangan jual beli dadah melalui telefon dan bersemuka antara Tertuduh S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ Pertama dengan SP7 diikuti dengan perjumpaan antara mereka; wang belian ditunjukkan oleh SP7 dan dadah ditunjukkan oleh Tertuduh Pertama dengan bantuan Tertuduh Kedua yang membawa dadah di dalam but keretanya. Di dalam kes ini, tujuan utama SP7 ke Pasaraya Giant adalah untuk membeli dadah ganja daripada Tertuduh Pertama. Pada hari tersebut Tertuduh Kedua memandu Myvi perak secara berseorangan dan telah mematuhi semua arahan Tertuduh Pertama bagi membolehkan dadah ditunjukkan kepada SP7. Dalam keadaan ini tentulah Tertuduh Kedua tahu apa yang dibawanya. Tidak mungkin dia tidak tahu kewujudan dadah yang berada di dalam but kereta yang dipandunya itu. Disamping itu, SP4 juga mengatakan Tertuduh Kedua kelihatan ketakutan ketika ditangkap. Keterangan-keterangan sebegini menunjukkan pengetahuan Tertuduh Pertama dan Kedua terhadap dadah tersebut. [24] Apatah lagi keterangan daripada saksi-saksi pendakwaan juga mengatakan bahawa Tertuduh Pertama telah cuba melarikan diri sehingga merempuh anggota polis dan menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis tersebut. Tindakan Tertuduh Pertama yang melarikan diri adalah keterangan yang membuktikan dia tahu berkenaan dadah Cannabis tersebut. Cadangan oleh peguambela kepada saksi pendakwaan semasa sesi soal balas bahawa S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ Tertuduh Pertama melarikan diri kerana takut apabila diserbu oleh 8 orang berpakaian preman telah dinafikan oleh saksi-saksi terutamanya ketua serbuan iaitu SP4. Ini adalah kerana menurut SP4, semasa serbuan dibuat beliau telah memperkenalkan diri sebagai polis yang menyebabkan Tertuduh Pertama melarikan diri. Saya merujuk kepada kes Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717, yang memutuskan: [36] The law relating to evidence of conduct is thus patent. If there is no evidence to show that the conduct is influenced by any fact in issue or relevant fact as required by s. 8 then it is not admissible as it would then be an equivocal act justifying inferences favourable to the accused being drawn. If it satisfies the requirement of s. 8 it is admissible. It must be observed that the degree of proof required to establish evidence of conduct would depend on the nature of the conduct. Conduct like the flight of an accused is a more positive act and is easily established. On the other hand conduct like the accused looking stunned, nervous, scared or frightened is very often a matter of perception and more detailed evidence may be required. Once admitted the court cannot resort to any other explanation for the conduct or draw inferences on its own accord to render it inadmissible. The S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ onus is on the accused to explain his conduct pursuant to s.
9
Such explanation must not be in their barest possible form, but with a reasonable fullness of detail and circumstance (see R v. Stephenson [1904] 68 JP 524). The onus may be discharged even in the course of the case for the prosecution, for example, by way of cross-examination of relevant witnesses. If not so done it can be discharged only at the defence stage. However, the evidence admissible under the section must be confined to what is necessary for the purposes enumerated. Elemen Keempat: Tertuduh Pertama dan Kedua, bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya tersebut [25] Untuk membuktikan niat bersama antara Tertuduh Pertama dan Kedua, pihak pendakwaan mesti menunjukkan hubungan atau kaitan antara mereka berdua untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah. Saya merujuk kepada kes Namasiyiam Doraisamy v Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 241, apabila Hakim Mahkamah Agung Syed Agil Barakbah menyatakan: In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. [26] Hubungan atau nexus dapat dilihat melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan, yang menggambarkan hubungan antara Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua. Ini dapat dilihat melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan yang menyatakan bahawa satu urusan jual beli dadah Cannabis akan berlaku antara Tertuduh Pertama dengan SP7 di tempat letak kereta Pasaraya Giant. SP7 mengatakan perbincangan dengan Tertuduh Pertama, memaklumkan bahawa dia akan menggunakan dua buah kereta kerana dia ingin melihat duit dahulu. Maklumat ini benar berlaku apabila saksi-saksi pendakwaan mengatakan Tertuduh Pertama telah keluar berseorangan dari Myvi putih yang dipandunya untuk berjumpa dengan SP7. Setelah melihat duit, Tertuduh Pertama telah menelefon seseorang. Ini menyebabkan Tertuduh Kedua memandu Myvi perak ke tempat SP7 dan Tertuduh Pertama berada. Untuk menunjukkan dadah Cannabis kepada SP7, Tertuduh Pertama telah arahkan Tertuduh Kedua pakir kereta secara mengundur. S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ Tertuduh Pertama telah buka but Myvi perak yang dipandu oleh Tertuduh Kedua dan seterusnya menunjukkan dadah tersebut kepada SP7. Keterangan-keterangan ini menunjukkan hubungan dan nexus antara Tertuduh Pertama dan Kedua. Fakta-fakta ini secara kolektif menunjukkan terdapat niat bersama dan kerjasama antara Tertuduh Pertama dan Kedua bagi mencapai niat mereka menjual dadah Cannabis tersebut kepada SP7. Oleh itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen niat bersama seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Kredibiliti Keterangan Saksi-Saksi Pendakwaan [27] Dalam saya menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan, pertamanya, saya mempercayai keterangan SP7 sebagai benar dan kredibel. Tiada sebab untuk saya meragui dan menolak keterangan SP7 yang bertindak sebagai AP dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota polis. (Rujuk kes Public Prosecutor v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129 [1962] 1 LNS 129 ) Saya juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan berkenaan kebolehpercayaan keterangan AP yang perlu diterima oleh Mahkamah ini. Di dalam kes Wan Mohd Azman Hassan v. PP [2010] 4 CLJ 529 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ [31] In the case of an agent provocateur's evidence however, the statutory approval for the admission of such evidence as governed by s. 40A of the Act, is indisputable. The need for admission of an agent provocateur's evidence has been alluded to earlier in this judgment. The special provision as found in s. 40A of the Act is provided to address this very need. The law too is silent on the need to subject such evidence to a balancing exercise. [32] Learned counsel of the appellant urged this court to apply the balancing exercise requirement in the interest of fairness. But the principle of fairness cuts both ways. In the fight against the drug menace, Parliament has deemed it fit that such evidence of an agent provocateur be admissible without any restrictions. The trial judge is no longer vested with a discretion to exclude such evidence. The court is only to interpret legislations and not to add new elements especially when the words in statutes are clear and unambiguous. [33] There is thus no further need to subject that evidence to any balancing exercise as proposed by learned counsel in his submission. The contention that this omission is a misdirection by learned trial judge therefore cannot be substantiated. S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ [28] Peguam Tertuduh Pertama menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah mengemukakan 2 set keterangan di Mahkamah dimana set pertama dari keterangan SP4 sendiri yang mengatakan SP7 tidak pernah berjumpa dengan Tertuduh Pertama sebelum dari hari kejadian, manakala set keterangan kedua adalah dari keterangan SP7 dan Pegawai Penyiasat SP11 yang mengatakan SP7 ada bertemu dengan Tertuduh Pertama sebelum itu. [29] Setelah saya meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP4, SP7 dan SP11, saya mendapati keterangan SP4, SP7 dan SP11 tidak membentuk 2 set keterangan berbeza seperti yang dihujahkan oleh peguambela. Saya menerima keterangan SP4, SP7 dan SP11 sebagai keterangan yang benar dan kredibel. Namun begitu keterangan SP7 berkenaan isu sama ada SP7 telah bertemu dengan Tertuduh Pertama sebelum itu, adalah keterangan yang lebih tepat memandangkan SP7 adalah AP yang telah berurusan dengan seorang lelaki bernama Din bagi membolehkan urusan jual beli dadah itu direalisasikan pada 27/08/2020. Atas komunikasi antara SP7 dengan Tertuduh Pertama sebelum hari kejadian telah menjelaskan bagaimana SP7 mengenali Tertuduh Pertama dan bagaimana Tertuduh Pertama boleh mengenali SP7 pada hari kejadian. Keterangan SP7 yang mengatakan beliau telah berjumpa Tertuduh Pertama di The Mines sebelum hari kejadian S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ adalah konsisten dengan kejadian yang berlaku pada 27/08/2020. SP4 sendiri nampak Tertuduh Pertama keluar dari kereta Myvi putih menuju ke kereta HRV yang dinaiki oleh SP7 dan bertemu dengan SP7. Jika mereka saling tidak mengenali dan hanya berurusan melalui telefon bagaimana pertemuan itu berlaku dengan mudah seperti keterangan SP7 dan SP4. Perlu diingat urusan ini melibatkan 30 ketulan mampat Cannabis yang berharga RM120,000.00. Adalah lebih munasabah untuk SP7 dan Tertuduh Pertama bertemu dahulu sebelum urusan sebenar dilaksanakan. [30] Apatah lagi keterangan SP4 berkenaan isu pertemuan terdahulu antara Tertuduh Pertama dan SP7 bukanlah keterangan secara terus memandangkan peranan beliau adalah sebagai ketua serbuan berbanding peranan SP7 yang bertindak sebagai AP yang berurusan secara terus dengan Tertuduh Pertama. SP4 juga bertindak berdasarkan maklumat yang diberikan oleh SP7. Untuk SP4 menjalankan tugasannya sebagai ketua serbuan, maklumat jual beli dadah akan dilakukan adalah lebih penting dan utama berbanding sama ada SP7 ada bertemu terlebih dahulu dengan Tertuduh Pertama atau tidak. Malah, keterangan berkenaan jual beli dadah akan berlaku adalah konsisten dan utuh diberikan oleh saksi-saksi ini. Dalam saya menilai keterangan saksi-saksi ini saya merujuk S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ kepada kes Ngooi Lee Jin v. Rex 1940] CLJU 62 [1940] 1 LNS 62
1
Terrell J memutuskan:- Admittedly the two eye witnesses for the prosecution PC 1871, who was on traffic duty at the junction of Coleman Street and North Bridge Road, and Hodgins, who had a bird's eye view of the whole accident from his flat at 16 Meyer Mansons situated at the same junction, differed in certain respects. The learned Magistrate accepted both witnesses as witnesses of truth, but finally accepted the testimony of Hodgins as being an accurate record of what happened. Mr. Braddell advanced the proposition that in circumstances where a Magistrate believes both witnesses and they contradict one another, the prosecution case has not been established beyond reasonable doubt, and the accused is entitled to an acquittal. No authority was cited in support of this proposition which appears to be quite untenable. The fact is that having two accounts before him which differed in material respects, the learned Magistrate accepted the evidence of Hodgins in preference to that of the PC, not because he thought the PC was a liar, but because he considered him honestly mistaken or inaccurate in his observation or memory. S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ I know of no rule of law which could prevent a Magistrate from so deciding. [31] Saya juga mendapati keterangan SP7 dan SP11 bahawa SP7 pernah bertemu dengan Tertuduh Pertama sebelum 27/08/2020 kekal utuh walau pun kedua-dua mereka telah disoal balas oleh peguam Tertuduh Pertama dan Kedua. SP11 di dalam keterangan soal balasnya menyatakan hasil siasatannya SP7 telah menulis di diari siasatannya (ID) bahawa SP7 telah bertemu dengan Din sebelum dari tarikh kejadian. Tiada sebab untuk saya menolak keterangan mereka. Dalam masa yang sama tiada sebab untuk saya menolak keterangan SP4 dan SP6 berkenaan serbuan yang dilakukan kerana keterangan mereka berkenaan kejadian serbuan juga kekal utuh dari mula hingga akhir. Saya merujuk kepada kes PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim (No:3) [1999] 2 CLJ 215. Augustine Paul H telah memberikan panduan berkenaan penilaian keterangan saksi-saksi seperti berikut: The Privy Council has stated that the real tests for either accepting or rejecting the evidence of a witness are how consistent the story is with itself, how it stands the test of cross-examination, and how far it fits in with the rest of the evidence and the circumstances of the case (see Bhojraj v. Sitaram AIR [1936] PC 60). It must, however, be observed that S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ being unshaken in cross-examination is not per se an all-sufficient acid test of credibility. The inherent probability of a fact in issue must be the prime consideration (see Muniandy & Ors v. PP [1966] CLJU 110; [1966] CLJU 110; [1966] 1 LNS 110; [1966] 1 MLJ 257). It has been held that if a witness demonstrably tells lies, his evidence must be looked upon with suspicion and treated with caution, but to say that it should be entirely rejected would be to go too far (see Khoon Chye Hin v. PP [1961] CLJU 41; [1961] CLJU 41; [1961] 1 LNS 41; [1961] MLJ 105). It has also been held that discrepancies and contradictions there will always be in a case. In considering them, what the court has to decide is whether they are of such a nature as to discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy (see De Silva v. PP [1964] CLJU 32; [1964] CLJU 32; [1964] 1 LNS 32; [1964] MLJ 81). The Indian Supreme Court has pointed out that one hardly comes across a witness whose evidence does not contain a grain of untruth or at any rate exaggerations, embroideries or embellishments (see Ugar v. State of Bihar AIR [1965] SC 277). It is useful to refer to PP v. Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No 2) [1976] CLJU 184; S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ [1976] CLJU 184; [1976] 1 LNS 184; [1977] 1 MLJ 15 where Raja Azlan Shah FJ (as His Highness then was) said at p. 19: ... in my opinion, the discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened. The question is whether existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. In the absence of any contradiction, however, and in the absence of any element of inherent improbability, the evidence of any witness, whether a police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted (see PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 99; [1962] CLJU 99; [1962] 1 LNS 99; [1962] MLJ 257)." (see Andy Baqindah v. PP [2000] 3 CLJ 289 at 292) [32] Peguambela Tertuduh Pertama juga menghujahkan terdapat 2 set keterangan daripada SP4, SP6 dan SP7, dimana SP6 mengatakan S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ sebelum kejadian, beliau tidak tahu berkenaan penggunaan kereta Myvi putih oleh saspek; dikatakan timbul persoalan sama ada semasa taklimat serbuan, maklumat ini ada diberikan. Peguam juga menyatakan terdapat perbezaan keterangan sama ada SP7 nampak tangkapan dilakukan atau tidak; dan sama ada kotak yang berisi dadah telah terbuka semasa rampasan. Menurut peguambela, perbezaan keterangan ini telah membentuk dua set keterangan yang berbeza yang menyebabkan keterangan saksi-saksi pendakwaan menjadi tidak kredibel. [33] Saya mendapati hujahan peguambela adalah berkisar kepada perbezaan kecil dalam keterangan saksi-saksi yang tidak membentuk apa-apa percanggahan material. Setelah saya meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, saya mendapati peranan SP4 adalah sebagai ketua serbuan, SP6 pula berperanan sebagai salah seorang pegawai serbuan dan telah membuat tangkapan terhadap B3, B4 dan B5 manakala SP7 bertugas sebagai AP. Saya mendapati saksi-saksi ini mempunyai peranan masing-masing dalam transaksi jual beli dan serbuan tersebut dan telah memberikan keterangan berdasarkan apa yang mereka telah lakukan dan alami. Justeru, tidak mungkin keterangan mereka akan sama satu persatu. Ini adalah kerana, jika setiap inci keterangan mereka sama, terdapat kemungkinan saksi-saksi ini S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ mereka-reka cerita. Saya merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Raja Azlan Shah, Hakim Mahkamah Persekutuan (pada masa itu) PP v. Datuk Haji Harun Idris (NO 2) [1976] CLJU 184; [1976] 1 LNS 184. Maka tidak hairanlah jika SP6 mengatakan maklumat yang beliau tahu berkenaan jual beli dadah itu adalah ia akan berlaku di pasaraya Giant antara SP7 dengan Din dan balacinya. Tidak perlu SP6 mengetahui segala butiran kerana beliau adalah pegawai serbuan yang akan bertindak berdasarkan arahan daripada SP4. SP4 pula sebagai ketua serbuan secara konsisten mengatakan beliau tahu berkenaan Myvi putih yang akan digunakan oleh Din. Disamping itu saya mendapati tidak terdapat percanggahan keterangan sama ada menyaksikan penangkapan atau tidak. Sesuai dengan peranannya sebagai AP, setelah serbuan dilakukan beliau mengatakan beberapa minit kemudian beliau telah beredar dari tempat kejadian. Saya juga mendapati keterangan berkenaan Tertuduh Pertama membuka salah satu kotak berisi dadah dan menunjukkan dadah di dalamnya, kekal utuh. Keterangan SP7 adalah konsisten dan disokong oleh keterangan SP4 yang nampak salah satu kotak itu dalam keadaan terbuka semasa rampasan dibuat. Keterangan-keterangan ini tidak bercanggah dengan keterangan SP6 yang hanya datang ke kereta Myvi perak selepas membuat tangkapan S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ terhadap B3, B4 dan B5 dan menyaksikan SP4 membuka dua kotak berisi dadah itu. Situasi ini berlaku apabila SP4 membuka kotak kotak tersebut di hadapan semua saspek. Kesimpulannya keterangan saksi-saksi ini kekal kredibel dan boleh diterima. [34] Peguambela juga menghujahkan keterangan SP7 sewajarnya ditolak kerana SP7 tidak merekodkan perbualan telefon antaranya dengan Din. Peguam juga menghujahkan terdapat keterangan yang disembunyikan apabila rekod telefon tidak dikemukakan dan ketiadaan wang cetakan RM120,000.00. Saya menolak hujahan ini kerana, seperti yang saya telah jelaskan, keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah kredibel dan utuh dari mula hingga akhir. Bukanlah satu kewajiban untuk pihak polis merekodkan perbualannya dengan saspek dalam setiap tugasan yang dilakukannya. Disamping itu tiada keperluan untuk pihak pendakwaan mengemukakan rekod telefon dan wang cetakan RM120,000.00 tersebut memandangkan melalui keterangan yang ada telah membentuk satu kes prima facie terhadap Tertuduh Pertama dan Kedua. Setiap kes mestilah dilihat dan dinilai berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan di dalam kes itu sendiri. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Wan Mohamad Lufti Jaafar lwn. PP[2018] CLJU 987 [2018] 1 LNS 987 yang memutuskan: S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ [16] Isu seterusnya fakta jual-beli dadah antara SP4 dengan Perayu tidak dibuktikan. Peguam Perayu berhujah bahawa pihak pendakwaan tidak membawa keterangan rekod daripada syarikat talipon mengenai panggilan yang dibuat dan diterima antara talipon bimbit SP4 dengan Perayu. Pendakwaan juga gagal membuktikan apa-apa salinan foto pesanan ringkas antara talipon bimbit Perayu dengan SP4. [17] Kami juga menolak hujah ini. Keterangan SP4 adalah "consistent" dari awal hingga akhir. Pertemuan secara bersemuka berlaku pada 23.7.2014 di mana sumber telah memperkenalkan Perayu kepada SP4. Persetujuan jual-beli dadah dicapai. Tawar-menawar harga dipersetujui. Jumlah dadah Cannabis sebanyak 3 kilogram juga dipersetujui serta tarikh, tempat dan masa serahan ditetapkan iaitu 25.7.2014 jam 10.00 malam. Lebih kurang pukul 11.40 malam apabila Perayu gagal ke tempat yang dipersetujui, SP4 menghantar pesanan ringkas kepada Perayu bertanyakan kedudukan urusan jual-beli tersebut. Perayu menjawab dan meminta SP4 "standby" kerana Perayu ingin menghantar isterinya pulang ke rumah terlebih dahulu. .. S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ [21] Kami menolak hujah ini. Apa yang dibangkitkan oleh peguam Perayu, beliau memerlukan pihak pendakwaan membuktikan kes mereka bukan melampaui tahap keraguan yang munasabah tetapi melampaui sebarang keraguan. Hujah ini bertentangan dengan prinsip undang-undang mantap. [35] Saya juga merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Nanda Kumar Kunyikanan & Anor v. PP [2011] 8 CLJ 406 yang memutuskan bahawa ketiadaan wang tersebut tidak menimbulkan keraguan munasabah memandangkan kes ini adalah kes pengedaran dadah dan bukan kes rasuah yang melibatkan wang rasuah. Keterangan AP sewajarnya diterima kerana undang-undang telah menetaplan bahawa keterangan AP tidak memerlukan apa-apa keterangan sokongan. Hakim Abdul Malik Ishak dalam penghakimannya menyatakan seperti berikut: [47] Next, it was argued that the prosecution failed to produce the monies in the sum of RM22,000. We ask ourselves, was it necessary to produce and tender the monies? We answer this question in the negative. We are not dealing with a charge of corruption where monies passed from the complainant to the accused should be tendered as evidence. Here, both A1 and A2 were jointly charged for trafficking in cannabis, to wit,
6004
6004.3 grammes read with s. 34 of the Penal Code. The cannabis seized and analysed by the Government Chemist had been produced and tendered as exhibits. That would be sufficient, At any rate, there was evidence that SP7 gave the monies to SP4 and the monies were counted by A1 and A2 and after the arrest of both A1 and A2, SP4 returned the monies to SP7. [50] In our judgment, the absence of any record in regard to the handing over of RM22,000 from ACP Isnin to SP7 and from SP7 to SP4 and from SP4 to SP7 after the successful operation, cannot affect the prosecution's case. [51] It is our judgment that the evidence of SP4 need no corroboration at all (PP v. Mohamed Halipah [1981] CLJ 155; [1981] CLJ (Rep) 238; PP v. Padi Abdullah [1989] 1 CLJ 816; [1989] 2 CLJ (Rep) 361; PP v. Neoh Wan Kee [1984] CLJU 135; [1984] 1 LNS 135; Namasiyiam & Ors v. PP [1987] 1 CLJ 540; [1987] CLJ (Rep) 241, SC; and Tee Thian See v. PP [1997] 5 CLJ 654). The sterling and impeccable evidence of SP4 weighed heavily in favour of the prosecution. [36] Peguambela juga menghujahkan bahawa maklumat berkenaan lelaki ia adalah S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ keterangan dengar cakap. Saya mendapati hujahan peguambela adalah tanpa asas memandangkan di dalam kes ini, urusan jual beli dadah ini telah dilakukan oleh AP sendiri. SP7 telah hadir ke Mahkamah dan memberikan keterangan bahawa beliau telah dicamkan sebagai Tertuduh Pertama. Justeru ia bukan keterangan dengar cakap. [37] Saya juga mendapati tiada keterangan yang disembunyikan oleh pihak pendakwaan dan dalam siasatan pihak polis. Keterangan saksi berkenaan CCTV adalah jelas dan telus. Encik Mohd Nazri bin (SP9) adalah seorang saksi bebas yang bertugas sebagai penyelia keselamatan di pasaraya Giant itu. Beliau telah memberikan keterangan bahawa gambar yang dikemukakan di Mahkamah iaitu P17 (K) (L) dan (M) menunjukkan rakaman CCTV yang paling hampir dengan tempat kejadian. Rakaman CCTV yang dilihat oleh SP11 dengan SP9 telah diambil gambar oleh SP11 dan telah dikemukakan di Mahkamah. SP11 telah menjelaskan bahawa gambar rakaman CCTV tersebut menunjukkan kedudukan tempat kejadian adalah agak jauh dari kamera CCTV tersebut. Atas alasan tersebut SP11 menyatakan beliau tidak menghantar rakaman CCTV yang disimpan dalam bentuk pemacu pena kepada pihak forensik untuk dianalisa. Saya menerima keterangan ini sebagai S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ benar. Ini adalah kerana saya sendiri dapat melihat di gambar P17
k
(K), (L) dan (M) yang menunjukkan kedudukan tempat kejadian yang agak jauh dari tempat kamera CCTV yang paling hampir itu berada. Apa yang dapat dilihat di dalam gambar-gambar rakaman CCTV itu adalah figura-figura manusia dan kereta yang tidak dapat dikenal pasti kecuali dijelaskan oleh saksi-saksi yang berada di tempat kejadian. [38] SP11 juga telah menjelaskan bahawa penimbulan cap jari dari Myvi perak telah dilakukan oleh anggota polis bernama Bob Irwan yang telah meninggal dunia. Namun begitu keputusan cap jari menunjukkan empat dari cap jari tersebut tidak cukup sifat manakala satu darinya mempunyai cukup sifat tetapi tidak ada dikesan dengan mana-mana rekod jenayah. Keterangan ini menunjukkan usaha SP11 didalam siasatan ini walau pun keputusannya tidak dapat membantu mana-mana pihak. Justeru tiada penyembunyian keterangan yang dilakukan dalam siasatan kes ini. [39] Saksi-saksi pendakwaan telah disoal balas oleh peguam Tertuduh Pertama dan Kedua dan soalan-soalan itu telah dijawab dengan jujur. Dari keterangan yang dikemukakan, adalah tidak boleh dinafikan bahawa pada hari kejadian Tertuduh Pertama dan Kedua telah ditangkap dengan 30 kilogram dadah Cannabis di dalam but S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ kereta Myvi perak, hasil dari perbincangan dan pertemuan antara SP7 dan Tertuduh Pertama dan penglibatan Tertuduh Kedua yang membawa dadah Cannabis untuk ditunjukkan kepada SP7. Keterangan sebegini cukup kuat (over whelming) dan tidak boleh diabaikan oleh Mahkamah ini. Ketiadaan keterangan forensic seperti CCTV, cap jari atau DNA langsung tidak mencacatkan kes pendakwaan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Mohd Khairul Azwan Zakaria & Anor v. PP [2024] CLJU 1115 yang memutuskan seperti berikut: [40] The other reason urged on behalf of the accused was the absence of fingerprints evidence and photos from the CCTV footage which were not tendered as evidence before the court and if the photos were produced, it will conclusively show whether the personal items were actually placed at the back seat or in the boot of the said car. [41] With respect, we beg to differ. From the evidence which we have endeavoured, we find that the absence of forensic evidence such as fingerprints and photos not tendered before the court as asserted by the defence were only a minor issue. We find no necessity for us to deliberate at length on this issue raised, safe to say that the direct evidence i.e. testimonies of the material witnesses (PW1, PW2, PW3, PW9 and PW10, S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ DNA discovered and the CCTV footage, clearly shows beyond doubt that both the accused had possession and knowledge of the impugned drugs found in the car. (see Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1956] 1 MLJ 28, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 and Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 22 MLJ 237. [40] Melalui saksi-saksi yang telah dipanggil oleh pihak pendakwaan satu keterangan prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan, ketidakpanggilan saksi-saksi iaitu B3, B4 dan B5 sebagai saksi pendakwaan tidak mencacatkan atau menimbulkan apa-apa lompang di dalam kes pendakwaan. Ini ada kerana mereka hanyalah penumpang kereta Myvi putih dan tidak banyak yang telah diperkatakan tentang ketiga-tiga individu ini melainkan mereka telah ditangkap bersama-sama dengan Tertuduh Pertama dan Kedua. Mereka juga telah ditawarkan kepada pihak pembelaan untuk dijadikan saksi mereka. Dalam situasi ini, inferen yang tidak memihak kepada pihak pendakwaan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 adalah tidak terpakai. Kesimpulan di Akhir Kes Pendakwaan [41] Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksima, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh Pertama dan Kedua bahawa S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ mereka berdua bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya seperti pertuduhan yang telah dirangka terhadap mereka. Saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen di bawah seksyen 39B(1) (a) ADB elemen fizikal dan mental serta niat bersama bahawa Tertuduh-Tertuduh telah ada dalam milikan mereka dadah berbahaya jenis Cannabis dan mengetahui mereka memiliki dadah berbahaya tersebut. Justeru anggapan dibawah seksyen 37 (da) ADB beroperasi. Memandangkan dadah Cannabis yang terlibat melebihi berat 200 gram, maka Tertuduh Pertama dan Kedua dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, telah mengedar dadah berbahaya tersebut. Oleh yang demikian Tertuduh-Tertuduh dipanggil untuk membela diri. KES PEMBELAAN [42] Tertuduh Pertama (SD1) dan Kedua (SD2) telah memberikan keterangan secara bersumpah. Mereka juga telah memanggil dua orang saksi pembelaan iaitu Muhammad Sharif bin Abdullah (SD3) dan Muhammad Nasrullah bin Abdullah (SD4 / B4). Keterangan saksi-saksi pembelaan secara terperinci adalah seperti yang telah direkodkan oleh Mahkamah ini. Saya nyatakan ringkasan kepada pembelaan mereka. S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ [43] Tertuduh Pertama menyatakan pada 27/08/2020, dia telah membuat perancangan dengan Tertuduh Kedua, SD3, SD4, B3 dan B5 untuk keluar makan-makan. Tempat berkumpul adalah di pasaraya Giant pada jam 5 petang kerana SD3 hendak menyelesaikan kerjanya terlebih dahulu di situ. Pada masa yang dijanjikan Tertuduh Pertama telah datang bersama SD4, B3 dan B5 dengan menaiki kereta Myvi putih. Setelah sampai, dia telah berjumpa dengan SD3 yang datang menaiki sebuah kereta Proton Saga warna perak. SD3 telah meminta bantuan Tertuduh Pertama untuk menyelesaikan kerjanya iaitu menyerahkan barang kepada pelanggannya bernama Johor, kerana SD3 perlu ke tandas sekejap. Barang tersebut akan dibawa oleh Tertuduh Kedua yang memandu Myvi perak manakala Johor akan datang memandu kereta Honda putih, dengan nombor plat 7175. Menurutnya, Tertuduh Kedua dan Johor akan memberhentikan kereta berdekatan kereta SD3. SD3 juga telah menyerahkan dua buah telefon bimbitnya kepada Tertuduh Pertama supaya mudah Johor dan Tertuduh Kedua menghubunginya. Apabila ditanya apakah barang tersebut? SD3 mengatakan ia adalah dua kotak barang alat ganti pendingin hawa. Justeru, Tertuduh Pertama telah bersetuju untuk membantu SD3. S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ [44] Tertuduh Pertama telah menunggu di kereta SD3 dan nampak kereta HRV pakir di sebelah kiri kereta SD3. SP7 telah turun dari kereta dan mengaku dirinya sebagai Johor. Pada masa yang sama, Myvi perak yang dipandu oleh Tertuduh Kedua sampai dan berhenti berdekatan dengan kereta SP7. Selepas itu, Tertuduh Pertama dan SP7 telah ke arah but Myvi perak dan telah dibuka oleh Tertuduh Kedua. Tertuduh Pertama telah bertanya kepada SP7 sama ada itu adalah barang yang dia mahu ambil, tetapi tiba-tiba ada sekumpulan lelaki dari pelbagai arah datang seperti ingin menyerang dengan membawa pistol. Tertuduh Pertama telah berlari untuk menyelamatkan diri kerana tidak tahu siapa yang menyerang dan menghambatnya. Tertuduh Pertama menafikan dia mempunyai pengetahuan dan kaitan tentang dadah di dalam Myvi perak itu. [45] Keterangan Tertuduh Pertama telah disokong oleh Tertuduh Kedua. Dia juga mengatakan SD3 telah meminta bantuannya untuk mengambil alat ganti pendingin hawa dari rakannya iaitu seorang lelaki Cina bernama Alex yang tinggal di Pandan Mewah Heights Condominium dan membawanya ke pasaraya Giant. Tertuduh Kedua telah bersetuju kerana rumah Alex berdekatan dengan rumah kakaknya di Ukay Perdana berbanding rumah SD3 di Damansara. Justeru, dia telah ke Pandan Mewah Heights S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ Condominium pada jam 430 petang dan telah berjumpa Alex di Iobi lif. Alex telah meletakkan 2 kotak tersebut ke dalam but Myvi perak. Tertuduh Kedua kemudiannya telah memandu ke pasaraya Giant. Sampai di tempat letak kereta, Tertuduh Kedua telah nampak kereta SD3 yang dipakir dan juga Tertuduh Pertama yang sedang berdiri disitu. Justeru, Tertuduh Kedua telah berhentikan keretanya dan membuka but kereta dari dalam. Tidak lama kemudian, dia telah didatangi oleh polis dan ditangkap. Tertuduh Kedua menafikan mempunyai pengetahuan dan kaitan dengan dadah di dalam 2 kotak tersebut. Dia hanya mengetahui dua kotak tersebut mengandungi alat ganti pendingin hawa. [46] Keterangan SD3 juga menyokong keterangan Tertuduh Pertama dan Kedua. SD3 mengatakan dia telah kenal Tertuduh Pertama dan Kedua semenjak tahun 2018 atau 2019. Dia mengaku telah mengajak Tertuduh-Tertuduh dan rakan-rakan yang lain pergi makan. SD3 juga mengakui ada meminta tolong Tertuduh Kedua untuk mengambil alat ganti pendingin hawa daripada Alex. Menurut SD3, Alex adalah pembekal dadah ganja. Namun begitu dia telah memberitahu Tertuduh Kedua bahawa barang yang diambil adalah alat ganti pendingin hawa. SD3 juga mengatakan sebenarnya, dialah yang telah berurusan melalui telefon dengan Johor untuk jual beli dadah tersebut. Menurut SD3, dia tidak pernah berjumpa Johor S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ tetapi tahu Johor adalah seorang lelaki berbangsa India dari percakapannya. Persetujuan adalah penjualan dadah ganja sebanyak 30 kilogram dengan harga RM4000.00 sekilogram dan harga keseluruhan adalah RM120,000.00. SD3 juga mengatakan dia telah menggunakan nama samaran dan telah membuat persetujuan untuk berjumpa di tempat letak kereta pasaraya Giant. Semasa di pasaraya Giant dia telah berjumpa dengan Tertuduh Pertama dan meminta Tertuduh Pertama menyerahkan barang dari kereta Tertuduh Kedua kepada Johor kerana dia hendak ke tandas. Dia juga telah memberitahu Tertuduh Pertama bahawa barang tersebut adalah alat ganti pendingin hawa. SD3 juga mengatakan dia telah menyerahkan dua telefon bimbitnya kepada Tertuduh Pertama supaya dia dapat menjawab panggilan daripada Johor dan Tertuduh Kedua. Selepas ke tandas dalam 10 ke 15 minit, SD3 telah kembali ke tempat letak kereta tetapi mendapati serbuan polis telah dilakukan. Ini menyebabkan dia takut dan terus beredar dari situ. [47] Pada 14/07/2021, SD3 telah ditangkap polis atas kesalahan dadah dan telah dihukum 5 tahun penjara dari tarikh dia ditangkap dan 10 kali sebatan. Semasa memberikan keterangan di Mahkamah, SD3 telah dibawa dari Penjara Kajang. SD3 mengatakan bahawa dia memberikan keterangan kerana dia telah disapinakan dan diberikan S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ perlindungan oleh Mahkamah (dibawah seksyen 132 Akta Keterangan 1950). [48] SD4 juga telah memberikan keterangan menyokong keterangan Tertuduh Pertama, Kedua dan SD3 dan mengesahkan ada nampak SD3 datang pada hari tersebut. Dia juga mengatakan nama panggilan Tertuduh Pertama bukan Din tetapi Pok Be. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [49] Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir pembelaan, Mahkamah hendaklah mempertimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan secara maksima dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Maksud keraguan yang munasabah telah diterangkan di dalam kes Public Prosecutor v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115. Menurut Hakim Sharma, keraguan munasabah adalah keraguan yang membuat anda teragak-agak tentang kebenaran kesimpulan yang anda capai setelah meneliti kesemua keterangan. Menurut kes Mahkamah Persekutuan Balachandran v. PP (supra) pembuktian melampaui keraguan yang munasabah mempunyai dua aspek iaitu beban undang-undang (legal burden) terhadap pihak pendakwaan yang perlu membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala di pihak Tertuduh adalah beban pembuktian (evidential S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ burden) untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Seperti di dalam kes ini, penggantungan kepada anggapan yang diperuntukkan oleh undang-undang untuk membuktikan elemen penting pertuduhan tersebut adalah dibolehkan. Dalam keadaan ini beban bukti khusus berbanding dengan beban bukti am, bertukar kepada pihak pembelaan untuk menyangkal anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian. Rujuk kes Mahkamah Agung di dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311. SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN KES MELAMPAUI KERAGUAN MUNASABAH [50] Saya telah meneliti secara maksima pembelaan yang telah dikemukakan oleh Tertuduh Pertama dan Kedua. Saya mendapati keterangan pembelaan yang dikemukakan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Saya enggan untuk mempercayai keterangan Tertuduh-Tertuduh bahawa mereka tidak mengetahui berkenaan dadah Cannabis tersebut tetapi mengatakan ia adalah alat ganti pendingin hawa. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kes ini melibatkan AP dan terdapat perbincangan antara Tertuduh Pertama dengan SP7 bagi merealisasikan urusan jual beli dadah. SP7 sendiri dengan konsistennya mengatakan dia telah berjumpa dengan Tertuduh S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ Pertama sebelum hari serbuan. juga mengatakan perjumpaannya dengan Tertuduh Pertama pada hari serbuan merupakan perjumpaan pada kali kedua. [51] Saya mendapati keterangan SP7 dan saksi-saksi pendakwaan adalah lebih munasabah, kredibel dan boleh diterima berbanding keterangan Tertuduh-Tertuduh dan saksi-saksinya. Menurut SP7, beliau diberitahu oleh Tertuduh Pertama bahawa dia akan datang dengan 2 buah kereta kerana dia ingin melihat duit dahulu. Ia konsisten dengan keterangan SP7 dan SP4 bahawa Tertuduh Pertama telah datang bersendirian tanpa membawa dadah tetapi meminta agar wang ditunjukkan dahulu oleh SP7. Apabila wang ditunjukkan barulah Tertuduh Pertama membuat panggilan telefon yang menyebabkan Tertuduh Kedua yang membawa dadah datang mendekati mereka bagi membolehkan dadah tersebut ditunjukkan kepada SP7. [52] Di samping itu saya juga mendapati, ia bukanlah satu kebetulan nama Tertuduh Pertama berbanding nama SD3 adalah saksi pembelaan yang telah diberikan perlindungan di bawah seksyen 132 Akta Keterangan 1950. SD3 mengatakan dia menggunakan nama Din sebagai nama samaran semasa berurusan dengan Johor S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ kerana tidak mahu dia dikenali. SD4 pula mengatakan nama panggilan Tertuduh Pertama adalah Pok Be dan bukan Din. Nama panggilan Pok Be ini hanya timbul semasa kes pembelaan dan tidak pernah timbul semasa kes pendakwaan. Keterangan ini saya dapati hanyalah alasan bagi menutup fakta yang benar. Saya lebih mempercayai keterangan SP7 yang pada hari tersebut sedang menjalankan tugasnya sebagai AP dan mengatakan telah berurusan dan bertemu yang dicamkan sebagai Tertuduh Pertama. [53] Apabila saya menilai keterangan saksi pembelaan, saya mendapati keterangan mereka meragukan dan sukar untuk dipercayai.
Preamble
Menurut SD3, dia yang telah menyuruh Tertuduh Kedua mengambil 2 kotak dari Alex dan mendakwa kotak itu berisi alat ganti pendingin hawa Dia juga menyuruh Tertuduh Kedua datang ke pasaraya Giant untuk dia menyerahkan 2 kotak itu kepada pelanggannya Johor. Sebaliknya apabila dia berjumpa dengan Tertuduh Pertama, dia telah meminta Tertuduh Pertama yang menguruskan penyerahan 2 kotak itu kepada Johor kerana dia hendak ke tandas. Jika keterangan saksi-saksi pembelaan adalah benar, mengapa SD3 tidak meminta Tertuduh Kedua sahaja menyerahkan 2 kotak Tertuduh Kedua telah diarahkan pergi ke kereta SD3 yang diparkir S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ di sebelah kereta SP7. Mengapa perlu melibatkan Tertuduh Pertama memandangkan barang yang terlibat pendi sahaja? Tidak lain dan tidak bukan, keterangan pihak pembelaan sedemikian rupa hanyalah untuk menjelaskan mengapa Tertuduh Pertama menghampiri dan berjumpa dengan SP7 pada hari tersebut dan mengapa Tertuduh Kedua datang kemudian bersama dadah di but keretanya. Saya mendapati keterangan saksi-saksi pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah di dalam kes pendakwaan. [54] Peguam Tertuduh Pertama sendiri bertanya kepada SD3, mengapa tidak meminta Johor menunggu sahaja sementara SD3 pergi ke tandas. Mengapa perlu menyuruh Tertuduh Pertama menguruskan penyerahan kotak berisi ganja itu? SD3 dalam jawapannya keselamatan. Sekali lagi sukar untuk saya mempercayai keterangan sebegini memandangkan transaksi jual beli dadah ini melibatkan 30 kilogram dadah ganja yang berharga RM120,000.00. atau kelewatan disini jika SD3 menguruskannya sendiri. Manakala adalah lebih selamat jika SD3 menguruskan sendiri transaksi yang melibatkan RM120,000.00. Pihak pembelaan hanya menjelaskan berkenaan penyerahan ganja tetapi tidak menjelaskan berkenaan S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ penyerahan duit jualan tersebut. Justeru, saya enggan mempercayai keterangan pembelaan memandangkan ia tidak konsisten dengan keterangan SD3 sendiri yang mengatakan persetujuan antara dia dan Johor adalah penjualan ganja 30 kilogram dengan balasan harga sebanyak RM120,000.00. [55] Pihak pembelaan juga telah mengemukakan keterangan bahawa semasa hari kejadian, sebelum ke tandas SD3 telah memberikan dua buah telefon bimbitnya kepada Tertuduh Pertama bagi membolehkan Johor dan Tertuduh Kedua menelefonnya. Saya meragui keterangan begini memandangkan telefon bimbit adalah terlalu peribadi kepada seseorang dan tidak munasabah untuk SD3 sewenang-wenangnya menyerahkannya kepada Tertuduh Pertama. Sekali lagi saya mendapati keterangan pembelaan adalah sedemikian rupa hanyalah untuk menjelaskan keterangan pihak pendakwaan yang mengatakan Tertuduh Pertama telah pergi berjumpa dengan SP7 pada hari kejadian dan kehadiran Tertuduh Kedua ke tempat tersebut dengan membawa 2 kotak berisi ganja di dalam but kereta yang dipandunya. Keterangan sebegini selain ia sukar untuk dipercayai, gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Berbanding keterangan pihak pembelaan, keterangan pihak pendakwaan adalah lebih munasabah dan kredibel berkenaan mengapa S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ Tertuduh Pertama berjumpa dengan SP7 iaitu untuk SP7 menunjukkan wang kepada Tertuduh Pertama dan kemudiannya Tertuduh Kedua datang membawa bekalan ganja dan ditunjukkan kepada SP7. [56] Saya juga telah menilai keterangan SD4 yang menyokong keterangan Tertuduh Pertama, Kedua dan SD3 dan atas alasan-alasan yang telah saya nyatakan, keterangan SD4 adalah diragui dan tidak dapat membantu kes pembelaan. [57] Walau pun watak Sharif telah ditimbulkan semasa soal balas saksi-saksi pendakwaan, namun demikian tiada keterangan yang menunjukkan kewujudan seorang bernama Sharif telah dimaklumkan kepada pihak polis. Saksi-saksi polis menafikan mengetahui tentang kewujudan Sharif sebelum mereka memberikan keterangan di Mahkamah. Memang benar, beban membuktikan kes adalah atas pihak pendakwaan, namun begitu kewujudan penama Sharif yang hanya timbul semasa perbicaraan dijalankan menyebabkan saya meragui kebenaran kes pembelaan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Teng Howe Sing v. PP [2009] 3 CLJ 733 yang memutuskan seperti berikut: [30] With regard to the above contention of the appellant it is our judgment that it is misconceived. By commenting on the failure of the appellant to provide all relevant information S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ regarding "Ho Seng" to the police at the time of his arrest or when his cautioned statement (D2) was recorded five days after his arrest does not mean that the learned trial judge had imposed on the appellant a duty to speak/disclose them in his cautioned statement nor did he draw any adverse inference against the appellant. The learned trial judge's comments on the late disclosure of the real identity of "Ho Seng" at the defence stage merely goes to show the weight that the court attached to the appellant's defence which is permitted by the law. On this point we would like to refer to the case of PP v. Badrulsham bin Baharom [1987] CLJU 72; [1987] 1 LNS 72; [1988] 2 MLJ 585, wherein Lim Beng Choon J at p. 591 said that: ... So we are left with nothing more than the bare oral assertion of the accused that it was Noor Azlan who asked him to collect the bag on behalf of the former and that the accused himself had no knowledge of the contents of P3. If that be the case, one would hardly imagine that he would not have told either PW3 or PW5 at the railway station at Alor Setar at the time of his arrest that P3 belonged to Noor Azlan instead of saying that there was nothing in P3. S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ [32] Applying the principle in Badrulsham 's case to the facts of the instant case, the learned trial Judge was correct to conclude that the appellant had two opportunities to provide information about "Ho Seng", ie, at the time of his arrest and five days later during recording of his cautioned statement but he failed to do so. We are therefore of the view that in the circumstances, the appellant's failure to provide relevant information about "Ho Seng" for the police to carry out a thorough investigation into the probability of his defence, entitled the learned trial judge to disbelieve him. [58] Apatah lagi setelah diteliti rekod keterangan yang telah dikemukakan, nama Alex bukan sahaja tidak pernah timbul semasa siasatan polis, malah ia juga tidak pernah ditimbul semasa kes pendakwaan. Keterangan bahawa Tertuduh kedua diminta oleh Sharif untuk mengambil 2 kotak berisi dadah dari Pandan Mewah Heights Condominium juga tidak pernah timbul semasa kes pendakwaan. Kewujudan kereta Proton Saga perak bernombor 3756 yang dipakir bersebelahan dengan kereta HRV juga tidak pernah timbul semasa kes pendakwaan. Bukankah kewujudan kereta Proton Saga perak ini penting kepada kes pembelaan bagi menunjukkan pembelaan mereka adalah benar. Apatah lagi kereta S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ itu didakwa telah dipakir di sebelah HRV dinaiki SP7. Namun begitu isu ini tidak pernah ditanya kepada saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP7 sendiri. Fakta-fakta ini hanya timbul semasa kes pembelaan. Justeru saya meragui keterangan pembelaan. Saya mendapati ia adalah pembelaan yang difikirkan kemudian. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1980] CLJU 138 A correct statement of the law is that failure of the defence to cross-examine the prosecution witnesses on the matter merely goes to the credibility of their testimony, to wit, the fact that they found the ammunition in the appellant's trouser pockets remains unshaken. KESIMPULAN [59] Di akhir kes pembelaan, setelah membuat penilaian maksima, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bahawa Tertuduh Pertama dan Kedua memiliki dan mengetahui bahawa mereka sedang memiliki dadah berbahaya jenis Cannabis. Mahkamah telah mendapati Tertuduh Pertama dan Kedua telah bersama-sama dianggap mengedar dadah berbahaya tersebut berdasarkan berat dadah Cannabis yang melebihi berat statutori 200 gram seperti peruntukan seksyen 37 (da) ADB. Mahkamah juga mendapati pembelaan telah S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ gagal menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes pendakwaan dan mematahkan pengoperasian anggapan tersebut. Justeru setiap Tertuduh disabitkan bersalah atas pertuduhan yang dihadapi oleh mereka. HUKUMAN [60] Saya telah mendengar hujahan daripada kesemua pihak sebelum memutuskan hukuman yang setimpal terhadap Tertuduh Pertama dan Kedua. Saya telah mengambil kira kepentingan awam sebagai faktor utama dimana dadah adalah musuh utama negara. Saya juga mengambil kira bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh Pertama dan Kedua adalah satu kesalahan yang serius yang melibatkan dadah Cannabis dalam jumlah yang banyak iaitu 27,846.8 gram iaitu jauh melebihi anggapan statutori 200 gram yang diperuntukkan oleh undang-undang. Mahkamah mesti memberikan isyarat yang jelas kepada Tertuduh-Tertuduh dan bakal-bakal pesalah bahawa hukuman berat menanti mereka apabila disabitkan dengan kesalahan ini. Ini bagi melindungi orang awam dari pengedar dadah seperti Tertuduh Pertama dan Kedua. Ia juga menjadi faktor deteren bukan sahaja terhadap Tertuduh-Tertuduh tetapi juga kepada bakal-bakal bakal pesalah di luar sana. [61] Selain dari itu latar belakang, umur mereka dan bahawa mereka tiada rekod kesalahan lampau telah saya pertimbangkan sebagai S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ faktor mitigasi. Justeru saya melihat Tertuduh-Tertuduh mempunyai potensi untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dan menjadi manusia berguna. Justeru Mahkamah enggan untuk menjatuhi hukuman mati tetapi memutuskan hukuman pemenjaraan adalah wajar. Oleh kerana dadah yang terlibat adalah dalam jumlah yang banyak dan kes ini telah diputuskan setelah pebicaraan penuh dimana masa dan kos juga telah digunakan untuk Mahkamah mencapai kepada suatu keputusan sabitan bersalah, mahkamah enggan untuk menjatuhi hukuman sebatan minima 12 kali sebatan tetapi menjatuhi hukuman sebatan sebanyak 15 kali. [62] Justeru Mahkamah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dari tarikh Tertuduh-Tertuduh ditangkap dan 15 kali sebatan iaitu suatu hukuman alternatif selain dari hukuman mati. BERTARIKH PADA 6 OGOS 2024 ROSZIANAYATI AHMAD Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah 3 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ Perayu / Peguambela Tertuduh Pertama dan Kedua Dato' Sivananthan bersama Cik Nabila Habib dan Muhamad Yusuf Tetuan Sivananthan Peguambela dan Peguamcara Suite No. 1, 117-01, PJX Tower No. 16A, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan [Sebelum kes pembelaan Tertuduh Kedua diwakili oleh Puan Tina Ong dari Tetuan Tina Ong] Responden / Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Bin Mohd Mokhtar Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Aras 5, No 45,Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya S/N C6hmBkEbgkPgCelEmbdsQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.