Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45SO-8-09/2019, WA-45SO-9- 09/2019, WA-45SO-10-09/2019, WA-45SO-11-09/2019 dan WA- 45SO-12-09/2019
WA-45SO-11-09/2019
High Court of Malaysia30 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“o cast a reasonable S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 110 doubt in the prosecutor’s case (see Rajagopal v PP [1976] CLJU 122 and Goh Yoke v PP [1969] CLJU 48) [44] To establish legal insanity, the accused must present a prima faci”
“an accused, oral or written, made to any person. As can be noted, the section is also drafted widely in the sense that the statement can be made to any person. [72] By comparison, Section 113 of the Criminal Procedure Code (CPC) reads:”
“used S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 to impeach the credit of the witness in the manner provided by the Evidence Act 1950 [Act 56].”
“ify the originality of this document via eFILING portal 108 require medical attention and treatment. These conditions, however do not necessarily render one as legally insane under section 84 of the Penal Code, so as to accord a complete defence in criminal law when an offence has been committed. [40] In medical insani”
“s business methods or by exhorting those whom he may be expected to influence or control, which will promote the observance of the obligation (see Lim Chin Aik v. Reginam ([1963] 1 All ER 223 at 228, [1963] AC 160 at 174).” [149] Berbalik kepada kes ini, seperti yang dinyatakan terdahulu, setelah rampasan terhadap tele”
“6ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 110 doubt in the prosecutor’s case (see Rajagopal v PP [1976] CLJU 122 and Goh Yoke v PP [1969] CLJU 48) [44] To establish legal insanity, the accused must present a prima facie case, supported by reasonable ma”
“te the objects of the statute by encouraging greater vigilance to prevent the commission of the prohibited act.” [148] Di United Kingdom, Majlis Privy dalam kes Sweet v. Parsley [1969] 1 All ER 347; [1970] AC 132 telah memberikan penghakiman yang berkaitan seperti berikut: “But where the subject-matter of a statute is”
“vidence Act 1950. [24] I find support for the view in the unreported cases of PP lwn. Siti Noor Aishah Atam (No. 2) [2017] 1 LNS 684 and Pendakwa Raya v. Jusninawati bt Abdul Ghani [2016] 1 LNS 1657; [2016] MLJU 1256 that was brought to my attention by the learned DPP. In the said cases, the court held that a confessio”
“h ‘restrictive’. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan YA Hakim Collin Lawrence Sequerah (YA pada ketika itu) yang menyatakan seperti berikut dalam kes Public Prosecutor v Abu Hasan Chan bin Abdullah [2020] MLJU 2472: “[71] The language in which Section 18A SOSMA was drafted is fairly plain and simple. It clearly rende”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45SO-8-09/2019, WA-45SO-9- 09/2019, WA-45SO-10-09/2019, WA-45SO-11-09/2019 dan WA- 45SO-12-09/2019
1
Mahadi bin Mamat (“OKT”) telah dituduh dengan lapan (8) pertuduhan untuk kesalahan-kesalahan berkaitan keganasan di bawah Kanun Keseksaan (“KK”).
2
Kesalahan-kesalahan tersebut adalah seperti berikut: i) P1: Mencari sokongan terhadap perbuatan pengganas dengan membuat ancaman untuk membuat serangan ke atas kuil Sri Maha Mariamman Seafield-s. 130J (1) (b) KK; ii) P2: Mencari sokongan terhadap perbuatan pengganas dengan membuat ancaman untuk membunuh empat (4) orang warganegara Malaysia-s. 130J (1) (b) KK; iii) P3: Bersetuju memberi latihan senjata api kepada ahli kumpulan WhatsApp “Sejati Sejiwa” dalam persediaan untuk membuat ancaman pengganas-s.130F (a) KK; iv) P4: Memberikan arahan untuk melakukan perbuatan pengganas kepada ahli kumpulan WhatsApp “Sejati Sejiwa” S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 dalam persediaan melakukan perbuatan pengganas – s. 130F (b) KK; v) P5: Dengan niat untuk melakukan kegiatan pengganas, mendapatkan enam (6) butir ‘pipe bomb’ – s. 130JD (1) KK; vi) P6: Dengan niat untuk melakukan kegiatan pengganas, mendapatkan sepucuk pistol semi-automatik CZ 75B dan 15 butir peluru Luger 9mm – s. 130JD (1) KK; vii) P7: Merekrut beberapa orang lain untuk mendapatkan kumpulan WhatsApp “Sejati Sejiwa” untuk melakukan perbuatan pengganas – s . 130E KK; viii) P8: Mempunyai item-item yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State di dalam sebuah telefon bimbit Alcatel – s. 130JB (1) (a) KK
3
Kertas-kertas pertuduhan (P1-P8) juga diperturunkan di sini: i) Pertuduhan Pertama: Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan No. Kes : WA-45SO-08-09/2019 Bahawa kamu antara 7 Januari 2019 dan 5 Mei 2019, di alamat Pejabat Counter-Terrorism, Bahagian E8, Cawangan Khas Bukit Aman, dengan pengetahuan telah mencari sokongan bagi berlakunya perbuatan pengganas dengan membuat ancaman untuk membuat serangan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, di Persiaran Kewajipan, USJ, dalam daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, melalui aplikasi WhatsApp di dalam kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” dengan menggunakan nombor telefon 019-7864147, dan oleh yang demikian kamu S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah seksyen 130J(1) Kanun yang sama. ii) Pertuduhan Kedua: Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan No. Kes : WA-45SO-09-09/2019 Bahawa kamu pada 20 Januari 2019 dan 10 Mac 2019, di alamat Pejabat Counter-Terrorism, Bahagian E8, Cawangan Khas Bukit Aman, dengan pengetahuan telah mencari sokongan bagi berlakunya perbuatan pengganas dengan membuat ancaman untuk membunuh empat (4) orang warganegara Malaysia melalui aplikasi WhatsApp di dalam kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” dengan menggunakan nombor telefon 019-7864147, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah seksyen 130J(1) Kanun yang sama. iii) Pertuduhan Ketiga: Seksyen 130F(a) Kanun Keseksaan No. Kes : WA-45SO-10-09/2019 Bahawa kamu antara 4 Mei 2019 dan 5 Mei 2019, di alamat Pejabat Counter-Terrorism, Bahagian E8, Cawangan Khas Bukit Aman, dengan pengetahuan telah bersetuju untuk memberikan latihan dalam penggunaan senjata api kepada ahli kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” yang bersedia untuk melibatkan diri dalam perbuatan pengganas melalui aplikasi WhatsApp di dalam kumpulan perbualan S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 “Group sejati sejiwa” dengan menggunakan nombor telefon 019-7864147, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130F(a) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah seksyen 130F Kanun yang sama. iv) Pertuduhan Keempat: Seksyen 130F(b) Kanun Keseksaan Bahawa kamu antara 7 Januari 2019 dan 5 Mei 2019, di alamat Pejabat Counter-Terrorism, Bahagian E8, Cawangan Khas Bukit Aman, dengan pengetahuan telah memberikan arahan dalam melaksanakan perbuatan pengganas kepada ahli kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” yang bersedia untuk melibatkan diri dalam perbuatan pengganas melalui aplikasi WhatsApp di dalam kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” dengan menggunakan nombor telefon 019-7864147, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130F(b) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah seksyen 130F Kanun yang sama. v) Pertuduhan Kelima: Seksyen 130JD(1) Kanun Keseksaan Bahawa kamu antara 19 Januari 2019 dan 4 Mei 2019, di alamat Pejabat Counter-Terrorism, Bahagian E8, Cawangan Khas Bukit Aman, dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas, telah melibatkan diri dalam mendapatkan enam (6) butir S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 bom paip (“pipe bom”) sebagai persediaan untuk melakukan niat itu, melalui aplikasi WhatsApp di dalam kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” dengan menggunakan nombor telefon 019-7864147, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130JD(1) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama. vi) Pertuduhan Keenam: Seksyen 130JD(1) Kanun Keseksaan Bahawa kamu antara 19 Januari 2019 dan 5 Mei 2019, di alamat Pejabat Counter-Terrorism, Bahagian E8, Cawangan Khas Bukit Aman, dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas, telah melibatkan diri dalam mendapatkan sepucuk pistol semi-automatik CZ 75B dan lima belas (15) butir peluru jenis “Luger 9mm” sebagai persediaan untuk melakukan niat itu, melalui aplikasi WhatsApp di dalam kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” dengan menggunakan nombor telefon 019-7864147, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130JD(1) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama. vii) Pertuduhan Ketujuh: Seksyen 130E Kanun Keseksaan No. Kes : WA-45SO-12-09/2019 Bahawa kamu pada 7 Januari 2019, di alamat Pejabat Counter-Terrorism, Bahagian E8, Cawangan Khas S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 Bukit Aman, dengan pengetahuan telah merekrut ahli kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” untuk menyertai dalam perlakuan perbuatan pengganas melalui aplikasi WhatsApp di dalam kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” dengan menggunakan nombor telefon 019-7864147, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130E Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama. viii) Pertuduhan Kelapan: Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan No. Kes : WA-45SO-12-09/2019 Bahawa kamu pada 5 Mei 2019 jam lebih kurang 5.45 petang, di alamat No. 90, Kampung Teris, dalam Daerah Hulu Terengganu, dalam Negeri Terengganu Darul Iman, telah memiliki item-item yang berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS) dan perlakuan perbuatan pengganas di dalam sebuah telefon bimbit bewarna hitam/emas jenama Alcatel (Nombor IMEI: 359365071657492), dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah seksyen 130JB(1) Kanun yang sama. Kes Pendakwaan [4] Seramai dua puluh empat (24) orang saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan kes prima facie terhadap OKT. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
5
Fakta yang telah dibentangkan oleh saksi-saksi pendakwaan secara ringkasnya adalah seperti seperti berikut.
6
Hasil maklumat risikan, Insp Mohamad Syahmi bin Mohd Pauzi (“SP13”) telah mengesan aktiviti yang menunjukkan sokongan kepada aktiviti keganasan yang dijalankan melalui kumpulan perbualan WhatsApp ‘Grup silaturrahim’ dan ‘Group sejati sejiwa’ yang masing-masing ditubuhkan pada 11.10.2018 dan 7.1.2019.
7
Pada 2.5.2019 jam lebih kurang 0930 hingga 1700, SP13 telah memanggil Saksi Terlindung 1 (“SP21”), Saksi Terlindung 2 (“SP23”), dan Saksi Terlindung 3 (“SP22”) secara berasingan untuk hadir ke Bilik Pelawat Cawangan Khas Bukit Aman bagi menjalankan siasatan ke atas ahli kumpulan perbualan WhatsApp ‘Grup silaturrahim’ dan ‘Group sejati sejiwa’. Hasil pemeriksaan secara fizikal ke atas telefon bimbit SP21 - SP23, SP13 mendapati ada kumpulan perbualan WhatsApp ‘Grup silaturrahim’ dan ‘Group sejati sejiwa’, yang mengandungi perbualan menyokong aktiviti keganasan dan telah melaporkan perkara tersebut kepada pegawai atasannya.
8
Pada 3.5.2019, jam lebih kurang 8.00 pagi, Insp Mohamad Fadhil bin Ab Wahab (“SP19”) telah menerima satu maklumat risikan keselamatan mengenai seorang individu yang bernama Mahadi bin Mamat dengan nombor K/P: 850805-11-5405 (OKT) yang dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.
9
Pada 5.5.2019 jam lebih kurang 5:45 petang, SP19 dan pasukannya telah menahan OKT di bawah Akta Kesalahan Keselamatan S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 (Langkah-Langkah Khas) 2012 (“SOSMA”) di alamat No. 90, Kg. Teris, 21700 Kuala Berang, Terengganu.
10
SP19 telah membuat pemeriksaan tubuh OKT dan mendapati di dalam poket kanan seluar jenis jeans yang dipakai oleh OKT terdapat satu (1) unit telefon bimbit jenama Alcatel berwarna hitam/emas [P109]. SP19 telah merampas telefon bimbit tersebut. Menurut SP19, OKT telah memberikan nombor kata laluan iaitu tal3344 untuk membuka telefon P109 kepada SP19, dan kata laluan telefon P109 yang diberikan oleh OKT telah ditulis di atas kertas dan ditampal pada belakang telefon P109.
11
SP19 telah turut merampas sebilah pedang samurai bersarung tulisan jawi [P129] yang digantung di belakang pintu rumah OKT dan sekeping kad pengenalan nama Mahadi bin Mamat (No. KP: 850805-11- 5405) [P130] yang berada di atas sofa ruang tamu.
12
Pada 6.5.2019 jam lebih kurang 09.15 pagi, OKT telah memberikan maklumat kepada pegawai penyiasat kes ini, ASP Muhammad Safwan bin Muhamad Ismail (“SP24”) bahawa pistol dan bom yang dibungkus dalam plastik sampah warna hitam telah dibuang ke dalam sungai di satu tempat dipanggil Gajah oleh penduduk setempat. SP24 telah membuat satu laporan polis bersabit Kuala Berang/001628/19 [P152] berhubung maklumat yang diterima daripada OKT.
13
Pada 6.5.2019 jam lebih kurang 09.30 pagi, pihak polis telah dipandu arah oleh OKT ke satu jambatan menghala ke Tasik Kenyir ke Sg Tong Setiu, Hulu Terengganu. Setibanya di sana, OKT telah menunjukkan kepada SP24 tempat barang tersebut dibuang. Pihak polis telah cuba untuk mencari barang tersebut namun tidak menjumpai apa-S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 apa barang yang dimaksudkan oleh OKT. SP24 telah membuat satu laporan polis bersabit Kuala Berang/001634/19 [P153] berhubung operasi ini.
14
Selepas operasi itu, SP24 telah kembali menyoal siasat OKT kembali untuk mendapatkan lokasi senjata api. Pada 6.5.2019 jam lebih kurang 11.00 pagi, OKT memberitahu SP24 bahawa dia ingin menunjukkan tempat lain di mana dia menanam senjata api bertempat di sebuah ladang kelapa sawit di Kg Teris, Kuala Berang, 21700 Terengganu. Seterusnya, pihak polis telah dipandu arah oleh OKT ke dalam kawasan hutan atas bukit Kg. Teris, Hulu Terengganu, Terengganu, dan OKT telah memandu arah pihak polis ke tempat objek yang dipercayai senjata api disembunyikan oleh OKT. Hasil pemeriksaan di tempat yang ditunjukkan oleh OKT, pihak polis telah berjaya menjumpai bungkusan plastik hitam [P79(A), P80(A) dan P81(A)] dalam keadaan ditanam. Pemeriksaan ke atas kandungan bungkusan plastik tersebut telah menjumpai pistol jenis CZ 75B CAL 9mm Luger [P45], satu kelopak peluru [P46] dan 3 bungkusan yang mengandungi 15 butir peluru jenis 9mm Luger USA [gambar barang kes - P63(37)]. SP24 telah membuat satu laporan polis bersabit Kuala Berang/001637/19 [P154] berhubung dengan operasi di ladang kelapa sawit, Kg Teris tersebut.
15
Pada 10.5.2019 jam lebih kurang 9.15 pagi, bertempat di IPD Kuala Berang, SP24 telah menyoal siasat OKT mengenai kedudukan bom yang disimpan. OKT telah mendedahkan kepada SP24 bahawa terdapat 6 butir bom buatan sendiri yang dibungkus menggunakan plastik hitam ditanam berjauhan dengan tempat OKT tanam pistol yang telah dijumpai. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10
16
SP24 telah meminta OKT untuk menulis maklumat yang dia ingin dedahkan kepada pihak polis di atas sehelai kertas putih. Sebelum OKT menulis di atas kertas tersebut, SP24 telah menerangkan kepada OKT syarat-syarat di bawah Seksyen 112 (2) dan (3) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”). Selepas itu, OKT telah menulis di atas sehelai kertas putih perkataan-perkataan yang berikut:- “Saya Mahadi Bin Mamat no. kad pengenalan Malaysia tidak ingat, lahir pada 5.8.1985 telah menanam 6 biji bom paip yang dibungkus di dalam plastik hitam. Bom paip tersebut saya ambil dari Kenyir di tepi jalan dan kemudian telah bawa balik ke rumah saya. Keesokan pagi sekitar pukul 10 saya ke Hutan Datap untuk tanam bungkusan hitam berserta 6 biji bom di dalamnya. Bom tersebut saya tanam 5 hari sebelum puasa pada tahun ini.” [P159]
17
Selepas OKT siap menulis di atas kertas tersebut, SP24 telah meminta OKT untuk menurunkan tandatangannya, cap jarinya, namanya dan tarikh di atas kertas tersebut. SP24 juga telah menurunkan tandatangannya di atas kertas tersebut.
18
Pada 10.5.2019 jam lebih kurang 9.24 pagi, SP24 telah membuat satu laporan polis bersabit Kuala Berang/001703/19 [P160] berhubung dengan pendedahan OKT tersebut.
19
Selepas itu, dengan dipandu arah oleh OKT, pihak polis telah pergi ke dalam kawasan hutan atas bukit Kg. Teris Hulu Terengganu, Terengganu, dan OKT telah memandu pihak polis ke tempat objek yang dipercayai bom disembunyikan oleh OKT. Hasil pemeriksaan di tempat yang ditunjukkan oleh OKT, pihak polis telah berjaya menjumpai satu S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 guni bewarna putih [P87(A)] dalam keadaan ditanam. Apabila guni putih tersebut dibuka, terdapat satu (1) beg plastik hitam [P88(A)] di dalam guni putih tersebut. Setelah beg plastik hitam tersebut dibuka, pasukan Unit Pemusnahan Bom telah menjumpai enam (6) bungkusan plastik hitam berbentuk silinder yang diselotape yang disyaki ‘pipe bomb’ [gambar barang kes – P67(60-63)].
20
Terdapat rakaman percakapan-rakaman percakapan atau pernyataan bertulis OKT yang telah direkodkan oleh beberapa orang pegawai polis seperti berikut:- i) Rakaman Percakapan OKT bertarikh 26.05.2019 [P27] yang dirakam oleh Insp Norazli bin Muktar (SP3); ii) Rakaman Percakapan OKT bertarikh 27.05.2019 [P28] yang dirakam oleh ASP Mukram bin Jakaria (SP4); iii) Rakaman Percakapan OKT bertarikh 24.05.2019 [P29] yang dirakam oleh ASP Noor Haslina binti Ismail (SP5); dan iv) Pernyataan Bertulis OKT bertarikh 24.05.2019 [P163] yang dirakam oleh ASP Muhammad Safwan bin Muhamad Ismail (SP24).
21
Kesemua pernyataan OKT di atas telah diterima masuk sebagai keterangan di bawah s. 18A SOSMA.
22
Atas permohonan pihak pendakwaan di bawah seksyen 14 SOSMA, pada 29.7.2020, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA Dato’ Ahmad Sharir bin Mohd Salleh telah mengadakan suatu siasatan secara tertutup (inquiry in camera) dan telah menyoal Saksi Terlindung 1 (SP21), Saksi Terlindung 2 (SP23), dan Saksi Terlindung 3 (SP22) tanpa S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 kehadiran OKT dan peguamnya. Selepas itu, Mahkamah berpuas hati tentang keperluan untuk melindungi identiti ketiga-tiga saksi ini.
23
Terdapat perbualan dan perbincangan OKT di dalam dua kumpulan perbualan WhatsApp iaitu ‘Grup silaturrahim’ dan ‘Group sejati sejiwa’. Kumpulan perbualan WhatsApp iaitu ‘Grup silaturrahim’ dianggotai oleh OKT, SP21 dan SP22, manakala kumpulan perbualan WhatsApp ‘Group sejati sejiwa’ dianggotai oleh OKT, SP21, SP22 dan SP23.
24
SP24 telah menganalisa kesemua telefon bimbit yang diserahkan kepadanya [P109, P120, P141 dan P143] dan mendapati telefon bimbit SP21 [P120] mempunyai perbualan lengkap kumpulan WhatsApp Group sejati sejiwa dan kumpulan WhatsApp Grup silaturrahim. SP24 telah membuat keputusan untuk meneliti telefon bimbit SP21 secara menyeluruh dan mendapati terdapat perbualan dalam group WhatsApp Group sejati sejiwa yang mempunyai unsur keganasan.
25
Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, semasa tangkapan OKT dijalankan, SP19 telah merampas satu (1) unit telefon bimbit jenama Alcatel berwarna hitam/emas [P109] yang terdapat di dalam poket kanan seluar jenis jeans yang dipakai oleh OKT. OKT telah memberikan nombor kata laluan iaitu tal3344 untuk membuka telefon P109 kepada SP19. SP19 telah memberikan keterangan bahawa password telefon P109 yang diberikan oleh OKT telah ditulis di atas kertas dan ditampal pada belakang telefon P109.
26
Pada 19.6.2019 jam lebih kurang 11.20 pagi, SP24 telah menyerahkan P109 kepada Insp Nur Zahirah binti Mustapha (SP18) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 untuk tujuan pemeriksaan/analisis. Berdasarkan kepada hasil penganalisaan di atas, SP18 telah menyalin hasil pemeriksaan terhadap barang kes P109 ke dalam satu (1) pendrive yang bertanda 19F2526 [P103]. SP24 juga telah menyediakan Laporan Pemeriksaan Seksyen Jenayah Komputer bertarikh 01.08.2019 (No. Rujukan Makmal: 19F2526) [P112].
27
Pada 6.8.2019 jam lebih kurang 10.00 pagi, SP24 telah menyerahkan pendrive P103 yang mengandungi analisa telefon bimbit P109 kepada Prof. Madya Dr. Mohd Hizam Hanafiah (SP17) yang mempunyai kepakaran dalam bidang keganasan.
28
Pada 9.1.2020 jam lebih kurang 3:00 petang, SP17 telah menyerahkan kembali pendrive P103, dan satu Laporan Saksi Mengenai Pendrive 19F2526 (Rpt: Kuala Berang 1623/19) bertarikh 9.1.2020 [P106] kepada SP24.
29
Berdasarkan kepada laporan P106 yang disediakan oleh SP17, analisis SP17 adalah sebagaimana berikut:-
i
Kandungan pendrive iaitu 10 keping gambar dan 5 buah video tersebut adalah berupa bahan propaganda untuk menyokong Daesh@ISIS, menyeru umat Islam menyokong perjuangan dan jihad perang Daesh@ISIS, sebuah kumpulan pengganas yang mempergunakan nama Islam untuk kepentingan mereka.
II
(ii) Paparan info berkaitan militan Daesh dan keupayaan Daesh@ISIS mengendalikan pelbagai jenis senjata dan S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg serangan bertujuan menarik sokongan Muslim terhadap Daesh@ISIS.
III
(iii) Propaganda agar menyokong Pengebom Bunuh Diri (PBD) atau Operasi Mati Syahid (OMS) mengikut tafsiran Daesh@ISIS adalah merbahaya kepada umat Islam di Malaysia.
IV
(iv) Informasi dan kandungan dalam pendrive berupaya menggelabui mata umat Islam di Malaysia agar menyokong Daesh@ISIS serta mentafsir Islam dalam perspektif yang salah dan bertentangan dengan ASWJ yang diamalkan di Malaysia.
v
Hasil analisis dan keterangan menunjukkan bahawa pemilik bahan yang terdapat dalam pendrive ini mempunyai talian yang kuat dengan Daesh@ISIS, penyokong tegar kumpulan Daesh@ISIS dan keganasan dan amat berbahaya serta mengancam keamanan dan keselamatan negara. [30] SP18 yang telah membuat analisis forensik ke atas telefon bimbit jenama Alcatel berwarna hitam/emas [P109] telah mengesahkan nombor telefon dan no IMEI bagi P109 seperti berikut: i) No telefon: 019-7864147 ii) [31] Berdasarkan Laporan Telco – Subscriber Information untuk nombor telefon 019-7864147 [P96], pihak telco Celcom telah mengesahkan bahawa nombor telefon 019-7864147 telah didaftarkan di atas nama seorang individu yang bernama Esmah binti Ab Rahman (No. Kad Pengenalan: 640808-03-5798). S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [32] Berdasarkan perakuan di bawah seksyen 90A(2) Akta Keterangan 1950 [P166] bersama pengeluaran maklumat “family tree” penama Mahadi bin Mamat bertarikh 09/10/2019 [P165] oleh Jabatan Pendaftaran Negara (“JPN”), SP24 mendapati bahawa penama Esmah binti Ab Rahman adalah ibu kepada OKT. SP24 juga mendapati bahawa Esmah binti Ab Rahman telah meninggal dunia melalui rekod JPN tersebut. [33] SP24 turut menerima satu salinan sah daftar kematian penama Esmah Binti Ab Rahman bertarikh 16.10.2019 [P169] daripada JPN. Dokumen P169 mengesahkan bahawa penama Esmah Binti Ab Rahman telah meninggal dunia pada 10.10.2018 pada jam lebih kurang 5.37 petang. [34] Secara keseluruhan, hasil siasatan SP24 mendapati OKT merupakan pemilik kepada telefon bimbit jenama Alcatel warna hitam dan warna emas [P109] yang menggunakan nombor 019-7864147 berdasarkan tangkapan yang dilakukan oleh SP19. Selain itu, siasatan juga mendapati OKT merupakan ‘creator’ kepada Group sejati sejiwa dalam aplikasi WhatsApp yang digunakan untuk mencari sokongan bagi berlakunya perbuatan pengganas dengan membuat ancaman untuk melakukan serangan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield. [35] Selain itu, OKT juga menggunakan aplikasi WhatsApp Group sejati sejiwa untuk mencari sokongan bagi berlakunya perbuatan pengganas dengan membuat ancaman untuk membunuh empat (4) orang warganegara Malaysia. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [36] Seterusnya hasil siasatan SP24 mendapati OKT menggunakan aplikasi WhatsApp Group sejati sejiwa untuk memberikan latihan dalam penggunaan senjata api dan arahan dalam melaksanankan perbuatan pengganas kepada ahli kumpulan WhatsApp sejati sejiwa yang bersedia untuk melibatkan diri dalam perbuatan pengganas. [37] OKT melalui aplikasi WhatsApp Group sejati sejiwa juga telah merancang untuk melakukan perbuatan pengganas dengan melibatkan diri dalam mendapatkan enam (6) butir bom paip dan sepucuk pistol semi-automatik CZ 75B serta lima belas (15) butir peluru jenis “Luger 9mm” sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas. [38] OKT turut menggunakan aplikasi WhatsApp Group sejati sejiwa bagi merekrut ahli kumpulan tersebut untuk menyertai dalam perlakukan perbuatan pengganas. [39] Siasatan SP24 juga mendapati telefon bimbit jenama Alcatel warna hitam dan warna emas [P109] yang dimiliki OKT mengandungi item-item yang berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State dan perlakuan perbuatan pengganas. Dapatan di Akhir Kes Pendakwaan [40] Menurut s 180 (4) KTJ, di peringkat ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Berkaitan tafsiran prima facie, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat selepas mempengerusikan panel rayuan sembilan (9) Hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 mengesahkan tafsiran prima facie seperti berikut: S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg “[44] As to what constitutes 'a prima facie' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive ". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof.” S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [41] Pihak pendakwaan perlu mengemukakan keterangan-keterangan yang boleh dipercayai yang membuktikan setiap intipati pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan terhadap OKT yang jika tidak diakas atau tidak boleh dijelaskan oleh OKT, akan mengakibatkan OKT disabitkan dengan kesalahan-kesalahan sepertimana dalam pertuduhan-pertuduhan terhadapnya. [42] Keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan perlulah dinilai secara maksima berlandaskan penilaian positif ke atas kredibiliti dan kebolehpercayaan saksi-saksi pendakwaan yang telah diuji melalui pemeriksaan balas bagi menentukan sama ada intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT telah dipenuhi. Sebarang keraguan yang munasabah membolehkan keputusan dibuat menyebelahi OKT, yang bermakna tiada kes prima facie telah dibuktikan dan melayakkan OKT dilepas dan dibebaskan. [43] Mahkamah ini telah meneliti keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap OKT secara maksima dan berpuas hati dengan keterangan-keterangan berikut yang membentuk satu pembuktian prima facie kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKT. [44] Sebelum Mahkamah ini pergi kepada intipati-intipati pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT, pertamanya, Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT adalah pemilik telefon bimbit P109 yang menggunakan nombor 019-7864147. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [45] Mahkamah ini juga berpuas hati bahawa tidak ada keraguan yang munasabah bahawa OKT adalah “Abu Eldi” dalam kumpulan WhatsApp ‘Group sehati sejiwa’ yang menggunakan nombor 019-7864147. [46] SP19 telah memberikan keterangan bahawa ketika OKT ditangkap, sebuah telefon bimbit berjenama Alcatel warna hitam dan warna emas bersama 1 kad sim putih (P109) telah dirampas dari dalam poket kanan seluar jenis jeans yang dipakai oleh OKT. Hasil semakan telefon P109 mendapati no. IMEI adalah 359365071657492 dan 359365071657534 dan kad sim putih mempunyai no. Siri: 896019170469868534. [47] SP19 juga telah memberikan keterangan bahawa telefon P109 mempunyai kata laluan: tal3344 yang mana kata laluan tersebut telah ditulis di atas kertas dan ditampal pada belakang telefon P109. SP19 telah mengecam kedua-dua telefon P109 sebagai telefon yang dirampas daripada OKT dan kertas bertampal di belakang P109 yang mengandungi kata laluan telefon tersebut di Mahkamah ini. [48] Selanjutnya, OKT juga ada membuat pengakuan melalui rakaman percakapan OKT mengenai telefon OKT seperti berikut: Rakaman Percakapan OKT bertarikh 26.05.2019 (P27) yang dirakam oleh SP3 “Saya Mahadi bin Mamat (No. IC 850805-11-5405), saya mengaku selain rumah ibadat berkenaan, saya juga mencadangkan serta merancang untuk membuat serangan ke atas Tommy Thomas, Siti Kassim, Mujahid dan Mat Sabu serta pusat hiburan. Saya amat marah terhadap beberapa individu berkenaan kerana isu video tarian Jabatan Kehakiman serta isu LGBT yang makin menjadi-jadi. Saya S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg membuat perancangan ini melalui kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’ dengan menggunakan telefon jenis Alcatel (019-7864147).” Rakaman Percakapan OKT Bertarikh 27.05.2019 (P28) yang dirakam oleh SP4 “ii. Saya Mahadi Bin Mamat (No IC 850805-11-5405) mengaku sebagai pemilik telefon bimbit jenama Alcatel warna hitam dan emas iaitu (019-7864147) yang saya beli pada awal dan 2018 dengan harga RM200 di Pasaraya Mydin, Kuala Terengganu. No kata laluan untuk buka telefon bimbit saya ialah tal3344. Saya mengaku telah mencipta akaun facebook ‘Eldi Islam Full’ dan kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’ menggunakan telefon bimbit berkenaan. Saya mengaku telah simpan sebanyak 5 buah video dan 17 gambar berkaitan kumpulan pengganas ISIS. iii. Saya mengaku menggunakan telefon bimbit milik saya jenama Alcatel untuk mencari dan dapatkan senjata api jenis raifel, bom, pistol melalui facebook milik saya iaitu ‘Eldi Islam Full’. Saya mengaku telah berhubung dengan penama Akel Syam yang saya percaya ialah Akel Zainal sebagai mujahidin bersama kumpulan pengganas di Syria. Saya juga telah bertanya kepada Akel Syam adakah mempunyai senjata api.” Rakaman Percakapan OKT bertarikh 24.05.2019 (P29) yang dirakam oleh SP5 “Telefon bimbit saya telah diambil oleh pihak polis semasa mereka menangkap saya di rumah saya alamat S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg 25, Kampung Teris, Kuala Berang, Terengganu. Saya tidak ingat jenama telefon bimbit saya. Seingat saya nombor telefon yang saya gunakan pada telefon bimbit yang pihak polis ambil adalah 019-7864147. Nombor tersebut didaftarkan atas nama saya Mahadi bin Mamat, No kad pengenalan 850805-11-5405. Nombor telefon tersebut adalah nombor celcom. Telefom bimbit milik saya mempunyai password dan tiada siapa yang tahu password telefon bimbit tersebut kecuali saya sahaja. Hanya saya gunakan telefon bimbit tersebut. Password telefon bimbit tersebut tal3344. Telefon bimbit tersebut mempuyai WhatsApp dan facebook. Gambar profile whatsaap saya adalah gambar Al Qassam dan id saya adalah EIDI ISLAM manakala gambar profil akaun facebook saya juga adalah gambar Al Qassam adalah mujahidin Palestin.” [Penekanan diberikan] [49] OKT juga ada membuat pengakuan melalui rakaman percakapan OKT bertarikh 24.05.2019 jam 09:00 (P163) kepada SP24 mengenai no telefon OKT seperti berikut: “Saya Mahadi Bin Mamat no kad pengenalan 850805115405 mahu mendedahkan maklumat akaun media sosial saya kepada pegawai penyiasat saya Insp Muhammad Safuan Bin Muhamad Ismail. 1) facebook - Eldi Islam Full / Tal 3344 -Eldi Chang (tidak ingat) 2) no talifon 0197864147 S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg Tujuan saya memberitahu maklumat ini adalah bertujuan siasatan boleh dijalankan sepenuhnya ke atas saya.” [Penekanan diberikan] [50] SP18 telah membuat analisis forensik kepada telefon P109 dan mengesahkan no telefon dan no IMEI bagi P109 seperti berikut: a. No telefon: 0197864147 b. [51] No telefon dan IMEI bagi P109 telah ditunjukkan kepada Mahkamah ini apabila SP18 membuka data tersebut pada laporan analisis P109 di dalam pendrive bertanda MF (P115) yang merupakan data yang diekstrak daripada telefon P109 milik OKT. [52] SP24 telah membuat semakan kepada Syarikat Celcom Sdn Bhd bagi tujuan pengesahan no telefon, IMEI serta no. sim kad bagi telefon tersebut. Hasil permohonan tersebut, Syarikat Celcom Sdn Bhd telah mengemukakan Laporan Telco – Subscriber Information (P96) untuk nombor telefon 019-7864147, dimana pihak Celcom telah mengesahkan bahawa nombor telefon 019-7864147 telah didaftarkan di atas nama seorang individu yang bernama Esmah binti Ab Rahman (No. Kad Pengenalan: 640808-03-5798), dan IMEI No: 35936507165749. [53] Melalui emel bertarikh (P99A), pihak Celcom juga telah mengemukakan laporan maklum balas simkad (P100) bagi mengesahkan no sim kad bagi nombor telefon 019-7864147 adalah no. Siri: 896019170469868534 sebagaimana no siri simkad pada telefon P109 yang dirampas daripada OKT. SP24 juga telah memberikan keterangan bahawa beliau telah membuka laporan analisis P109 di dalam pendrive bertanda MF (P115) yang merupakan data yang S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg diekstrak daripada telefon P109 milik OKT dan mengesahkan no telefon P109 milik OKT adalah 0197864147. [54] Seterusnya, SP24 juga telah mengesan penama Esmah binti Ab Rahman (No. Kad Pengenalan: 640808-03-5798) melalui permohonan kepada JPN (P164) yang mana SP24 mendapati melalui maklum balas JPN pada Surat Pengeluaran Maklumat Family Tree Bertarikh 9/10/2019 (P164) bahawa penama Esmah binti Ab Rahman adalah ibu kepada Mahadi bin Mamat iaitu dalam OKT dalam kes ini. SP24 juga mendapati bahawa Esmah binti Ab Rahman telah meninggal dunia pada 10/10/2018 pada jam lebih kurang 5.37 petang melalui dokumen salinan sah daftar kematian (P169) yang dibekalkan oleh pihak JPN. [55] Bagi mengesahkan OKT adalah pemilik telefon P109, SP24 telah membuka laporan analisis P109 di dalam pendrive bertanda MF (P115) yang merupakan data yang diekstrak daripada telefon P109 milik OKT dimana didalamnya terkandung gambar-gambar di dalam telefon P109. SP24 telah menunjukkan terdapat gambar-gambar muka OKT didalam telefon P109 tersebut di dalam mahkamah. [56] Mahkamah ini berpuas hati bahawa berdasarkan fakta dan keterangan-keterangan diatas, adalah jelas bahawa OKT merupakan pemilik telefon P109 dengan no telefon 019-7864147. [57] Bagi pihak OKT, peguambela yang bijaksana berhujah bahawa pernyataan-pernyataan bertulis OKT tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan kerana terdapat beberapa keraguan dan percanggahan dalam eksibit-eksibit P27, P28, P29, P159 dan P163 yang antara lainnya adalah seperti berikut: S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg a) Tandatangan OKT yang berbeza-beza pada setiap eksibit; b) Naratif mengenai kejadian yang dikatakan kelihatan begitu sempurna seolah-olah dibacakan kepada OKT, khususnya P27 dan P28; c) Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tulisan yang tidak baik yang menggambarkan keadaan OKT tidak mempunyai minda yang sempurna; dan d) Merujuk kepada eksibit P163 dan P183, dilihat bahawa terdapat duplikasi di mana SP24 telah meminta OKT menulis semula P163 dengan memasukkan tarikh dan masa. [58] Peguambela yang bijaksana juga menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan pegawai-pegawai perakam iaitu SP3 dan SP4, saksi-saksi ini mengakui bahawa tidak ada sebarang prosedur yang diikuti bagi merakam percakapan OKT di eksibit P27 dan P28 dan SP3 dan SP4 dikatakan turut tidak dapat memberi penjelasan mengenainya. [59] Adalah juga hujahan peguambela yang bijaksana bahawa peruntukan s. 18A SOSMA tidak harus diambil kira secara literal semata-mata. Meskipun dinyatakan apa-apa pernyataan (“any statement”) hendaklah diterimapakai sebagai keterangan, adalah penting untuk menilai dan mengambil kira sama ada pernyataan tersebut adalah palsu atau benar dan sama ada ia adalah pernyataan daripada OKT yang diberikan secara sukarela, tanpa ugutan dan/atau paksaan dan bukan disalin/diambil (dictated) daripada pihak lain. [60] Adalah menjadi hujahan peguambela yang bijaksana juga bahawa memandangkan terdapat perkara-perkara yang meragukan dalam eksibit-eksibit tersebut seperti dinyatakan di atas, OKT telah S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg diprejudiskan dan oleh itu keterangan yang merupakan rakaman percakapan-rakaman percakapan OKT tidak wajar diterima sebagai keterangan. [61] S. 18A SOSMA digubal bagi membolehkan penerimaan masuk pernyataan yang dibuat oleh seorang tertuduh kepada mana-mana orang, sama ada secara lisan atau bertulis. Ia adalah satu peruntukan yang berbeza dengan s. 113 KTJ yang merupakan satu peruntukan yang lebih ‘restrictive’. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan YA Hakim Collin Lawrence Sequerah (YA pada ketika itu) yang menyatakan seperti berikut dalam kes Public Prosecutor v Abu Hasan Chan bin Abdullah [2020] MLJU 2472: “[71] The language in which Section 18A SOSMA was drafted is fairly plain and simple. It clearly renders admissible statements made by an accused, oral or written, made to any person. As can be noted, the section is also drafted widely in the sense that the statement can be made to any person. [72] By comparison, Section 113 of the Criminal Procedure Code (CPC) reads:
113
Admission of statements in evidence
1
(1)Except as provided in this section, no statement made by any person to a police officer in the course of a police investigation made under this Chapter shall be used in evidence.
2
(2)When any witness is called for the prosecution or for the defence, other than the accused, the court shall, on the request of the accused or the prosecutor, refer to any statement made by that witness to a police officer in the course of a police investigation under this Chapter and may then, if the court thinks fit in the interest of justice, direct the accused to be furnished with a copy of it and the statement may be used S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg to impeach the credit of the witness in the manner provided by the Evidence Act 1950 [Act 56].
3
(3)Where the accused had made a statement during the course of a police investigation, such statement may be admitted in evidence in support of his defence during the course of the trial.
4
(4)Nothing in this section shall be deemed to apply to any statement made in the course of an identification parade or falling within section 27 or paragraph 32(1) (a), (i) and (j) of the Evidence Act 1950.
5
(5)When any person is charged with any offence in relation to-
a
(a)the making; or
b
(b)the contents, of any statement made by him to a police officer in the course of a police investigation made under this Chapter, that statement may be used as evidence in the prosecution’s case. [73] As can be appreciated, Section 18A SOSMA suffers from none of the restrictions contained in Section 113 CPC, most specifically that which is contained in sub section (1) thereof. [74] Any objection that a statement made under Section 18A SOSMA is inadmissible for failure to comply with Section 113 CPC is appropriately met with the Latin maxim “generalia specialibus non deroganf which means that the general provisions of the law must yield to special provisions of the law which means in this case that the provision in Section 18A SOSMA overrides the more general provisions in the CPC and the Evidence Act 1950. [75] I find support for this view from the case of PP v Aszroy Achoi [2018] 8 CLJ 762, a decision by Ravinthran Paramaguru J (as His Lordship, now JCA, then was), where it was held: S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg “[23] Counsel for accused objected to the statement on the ground that it is not admissible under the Criminal Procedure Code. I overruled the objection as the SOSMA is a special law that governs trials of security offences. In accordance with the basic principle of statutory interpretation captured in the Latin maxim “generalia specialibus non derogant “ which means that the general provisions of the law must yield to special provisions of the law, I hold that s. 18 overrides any impediment to the admission of the said statement that is found in the Criminal Procedure Code or the Evidence Act 1950. In fact, s. 18 is found in Part VII of SOSMA and s. 17 enacts that Part VII shall have effect notwithstanding any inconsistency with the Evidence Act 1950. [24] I find support for the view in the unreported cases of PP lwn. Siti Noor Aishah Atam (No. 2) [2017] 1 LNS 684 and Pendakwa Raya v. Jusninawati bt Abdul Ghani [2016] 1 LNS 1657; [2016] MLJU 1256 that was brought to my attention by the learned DPP. In the said cases, the court held that a confessionary statement of an accused person can be admitted under s. 18A without regard to the provisions of the Criminal Procedure Code and the Evidence Act 1950.”[Penekanan diberikan]. [62] Adalah jelas bahawa di dalam kes ini banyak maklumat yang telah diperolehi oleh pihak polis daripada OKT sendiri berdasarkan pengetahuan OKT ke atas kesalahan yang dipertuduhkan. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa sebarang catatan yang menunjukkan pengetahuan tertuduh ke atas kesalahan yang dipertuduhkan yang diambil oleh pihak polis semasa siasatan kes dijalankan terjumlah kepada “statement”. Mahkamah ini dirujuk kepada takrifan no. 3 “statement” menurut Black’s Law Dictionary (18th Edition) seperti berikut: “1. Evidence. A verbal assertion or non-verbal conduct intended as an assertion. 2. A formal and exact presentation S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg of facts. — Also termed (for plaintiff) statement of cause of action. 3. Criminal procedure. An account of a person’s knowledge of a crime, taken by the police during their investigation of the offence. Cf. Confession. 4. Statement of the case (2). [Penekanan diberikan] [63] Selain itu dan berbalik kepada peruntukan s. 18A SOSMA, ianya adalah merupakan undang-undang khas yang terpakai bagi kes-kes kesalahan keselamatan. Peruntukan di bawah SOSMA hendaklah digunapakai walaupun terdapat ketidakselarasan atau percanggahan dengan undang-undang am seperti KTJ dan Akta Keterangan 1950 Prinsip undang-undang “generalia specialibus non derogant” adalah dengan ini terpakai. [64] Seksyen 17 SOSMA memperuntukan bahawa:- “This Part shall have effect notwithstanding any inconsistent with the Evidence Act 1950 (Act 56).” [65] Di dalam kes PP v. Jusninawati Abdul Gani [2016] 1 LNS 1657 Nordin Hassan J (YA ketika itu) telah memutuskan bahawa:- “[14] Pertamanya, di bawah SOSMA 2012, apa-apa pernyataan oleh OKT kepada mana-mana orang, sama ada secara lisan atau bertulis hendaklah diterima sebagai keterangan. Ini diperuntukkan di bawah seksyen 18A yang menyatakan : “Any statement by an accused whether orally or in writing to any person at any time, shall be admissable in evidence. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [15] Seksyen 18A ini adalah di bawah Bahagian VII, Akta berkenaan dan di bawah Bahagian VII ini juga iaitu seksyen 17 dinyatakan dengan jelas seperti berikut: “This Part shall have effect notwithstanding any inconsistent with the Evidence Act 1950 (Act 56).” [16] Peruntukan seksyen 17 dan 18A SOSMA 2012 adalah jelas dan tidak perlu diberikan sebarang interpretasi lain dan tanggungjawab mahkamah adalah untuk memberi kesan kepada peruntukan-peruntukan tersebut yang telah diluluskan oleh Parlimen. (Rujuk PP v. Sihabduin bin Haji Salleh & Anor [1990] 2 MLJ 273). [17] Sehubungan itu, selain dari keterangan lisan dari saksi-saksi pendakwaan, 5 rakaman percakapan OKT kepada pihak polis juga merupakan keterangan dalam kes ini.” [Penekanan diberikan] [66] Oleh yang demikian, peruntukan seksyen 18A SOSMA adalah berhubung dengan kebolehterimaan pernyataan tertuduh sebagai keterangan di dalam Mahkamah, dan bukanlah berkaitan prosedur pengambilan pernyataan/rakaman percakapan tertuduh. [67] Mahkamah ini juga mendapati walaupun rakaman percakapan-rakaman percakapan OKT telah dibuat menurut s. 18A SOSMA, pegawai-pegawai perakam iaitu SP3, SP4, SP5, SP24 telah menyatakan bahawa mereka telah membacakan syarat-syarat di bawah s. 112 (2) dan
3
KTJ kepada OKT sebelum pernyataan OKT dirakamkan. Syarat-syarat di bawah seksyen 112 (2) dan (3) KTJ memberi perlindungan kepada seorang tertuduh semasa pernyataannya direkodkan oleh pihak polis. Perlindungan sebegini tidak wujud di bawah s. 18A SOSMA. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [68] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana bahawa pembacaan syarat-syarat di bawah s.
2
dan (3) KTJ ini boleh menjadikan kebolehterimaan pernyataan tertuduh tersebut di bawah seksyen 18A SOSMA lebih selamat kerana di bawah seksyen 112 (2) dan (3) KTJ, walaupun OKT mempunyai kewajipan untuk bercakap benar, pegawai polis yang merakamkan pernyataan OKT perlu memaklumkan bahawa OKT boleh menolak daripada menjawab jika jawapan itu akan menyebabkan dia dibabitkan pada sesuatu tuduhan jenayah atau penalti atau perlucuthakan. [69] S. 18A SOSMA mengatasi sekatan undang-undang yang wujud di dalam KTJ dan Akta Keterangan 1950 berkenaan dengan kebolehterimaan pernyataan tertuduh sebagai keterangan. Oleh yang demikian kesemua pernyataan OKT yang diambil oleh pihak polis sepanjang siasatan kes ini diterima sebagai keterangan oleh Mahkamah ini. Mahkamah ini berpuas hati bahawa tidak ada keadaan atau keterangan yang dizahirkan di Mahkamah ini tentang wujudnya sebarang paksaan atau dorongan ataupun unsur-unsur kekerasan terhadap OKT semasa pernyataan OKT direkodkan. [70] Seterusnya, melalui perbualan WhatsApp kumpulan ‘Group sehati sejiwa’, Mahkamah ini mendapati bahawa tidak ada keraguan bahawa OKT adalah Abu Eldi yang menggunakan nombor telefon 019-7864147. [71] SP18 yang membuat analisis forensik kepada telefon P109 telah mengesahkan no telefon dan no IMEI bagi P109 seperti berikut: a. No telefon: 0197864147 b. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [72] Semasa memberikan keterangan, SP18 juga telah membuka laporan analisis P109 di dalam pendrive bertanda MF (P115) yang merupakan data yang diekstrak daripada telefon P109 milik OKT. SP18 telah mengesahkan bahawa wujudnya aplikasi WhatsApp pada telefon P109 tersebut dan terdapat kumpulan perbualan watsapp ‘Grup silaturrahim’ dan ‘Group sejati sejiwa’ dalam telefon P109 di hadapan mahkamah. [73] SP24 telah membuat perbandingan antara: i) laporan analisis di dalam pendrive bertanda MF (P115) yang merupakan data yang diekstrak daripada telefon P109 milik OKT; dan ii) laporan analisis di dalam pendrive bertanda 19F4647 (P124) yang merupakan data yang diekstrak daripada telefon P120 milik saksi terlindung 1 (SP21). Hasil siasatan dan penelitian terhadap kedua-dua laporan tersebut, SP24 mengesahkan bahawa ia adalah merupakan kumpulan perbualan watsapp ‘Grup silaturrahim’ dan ‘Group sejati sejiwa’ yang sama. [74] Di samping itu OKT telah membuat pengakuan melalui rakaman percakapannya mengenai kumpulan perbualan ‘Group sejati sejiwa’ seperti berikut: Rakaman Percakapan OKT bertarikh 26.05.2019 (P27) yang dirakam oleh SP3 “Saya Mahadi bin Mamat (No. IC 850805-11-5405), saya mengaku pada awal Januari 2019 telah mewujudkan kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’ dan masih aktif semasa saya ditangkap yang merupakan pecahan dari kumpulan ‘Silaturahim’. Keahlian kebanyakannya dari kumpulan S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg ‘Silaturahim’ tidak dimasukkan dalam kumpulan ‘Sejati Sejiwa’ ini. Di antara ahli yang saya kenali iaitu Abu Amri, Abu Qital, Akh Dayyan, Husin, Abu Omar, Abu Fauzan, Abu Anas dan dua orang ahli (nama tidak ingat) warganegara Indonesia. Saya mengaku tujuan mewujudkan kumpulan ini bagi menggantikan kumpulan ‘Silaturahim’ kerana tidak percaya kepada beberapa orang ahli dalam kumpulan ‘Silaturahim’ yang macam mata polis. Kumpulan ‘Sejati Sejiwa’ dijadikan sebagai tempat baru untuk berkongsi cerita perang, semangat jihad untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan isu semasa serta untuk merancang bagi mendapatkan senjata api dan rancangan serangan. Saya mengaku kumpulan ‘Sejati Sejiwa’ saya arahkan melakukan ke atas kuil di Selangor tempat pembunuhan ahli bomba Adib dengan menggunakan bom petrol. Saya juga merancang melakukan serangan ke atas Tommy Thomas, Siti Kasim, Mujahid dan Mat Sabu dalam kumpulan ‘Sejati Sejiwa’. Saya beri arahan kepada semua ahli kumpulan untuk melakukan serangan itu. Bagi menjayakan rancangan ini, saya telah mendapatkan senjata api dan bom daripada Akel Syam. Saya juga telah merancang untuk membuat latihan menggunakan pistol dengan menembak pokok getah di kebun getah milik saya di Hulu Telemung. Saya beri arahan kepada semua ahli kumpulan semua turut serta dengan latihan itu. Namun rancangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana saya telah ditangkap polis. …… Saya Mahadi bin Mamat (No. IC 850805-11-5405), saya mengaku selain rumah ibadat berkenaan, saya juga S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg mencadangkan serta merancang untuk membuat serangan ke atas Tommy Thomas, Siti Kassim, Mujahid dan Mat Sabu serta pusat hiburan. Saya amat marah terhadap beberapa individu berkenaan kerana isu video tarian Jabatan Kehakiman serta isu LGBT yang makin menjadi-jadi. Saya membuat perancangan ini melalui kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’ dengan menggunakan telefon jenis Alcatel (019-7864147).” Rakaman Percakapan OKT Bertarikh 27.05.2019 (P28) yang dirakam oleh SP4 “i. Saya Mahadi Bin Mamat (No IC 850805-11-5405) anak kepada ayah saya bernama Mamat Bin Abdullah dan ibu saya bernama Asmah Binti Abdul Rahman. Saya mengaku pada awal bulan satu 2019 telah mencipta kumpulan WhatsApp yang saya berikan nama ‘Sejati Sejiwa’. Tujuan saya cipta kumpulan WhatsApp ini ialah untuk kongsi video, gambar dan berita perang ISIS. Tujuan lain ialah untuk luah rasa tidak puas hati terhadap isu semasa melibatkan agama dan kaum seperti isu pembunuhan bomba Adib di kuil di Kuala Lumpur. Saya juga mengaku di dalam kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’ telah merancang dan ajak ahli kumpulan WhatsApp ‘’Sejati Sejiwa’ untuk membuat serangan bersenjata di atas kuil tempat Adib terbunuh termasuk serang sami di kuil tersebut. Saya mengaku bagi menjayakan serangan ke atas kuil saya mengaku telah mula mencari orang yang ada menjual senjata api termasuk di pasaran gelap. Saya mengaku telah merancang untuk serang dan bunuh Tommy Thomas, Siti Kasim, Mat Sabu, Mujahid. Saya mengaku tidak puas hati dengan video tarian S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg Tommy Thomas, Siti Kasim yang bertentangan dengan ajaran Islam. Saya mengaku telah merancang untuk membuat serangan ke atas pusat hiburan disko. Saya mengaku untuk buat serangan tersebut. Saya mengaku merancang mendapatkan senjata api raifel, bom dan pistol.” [75] Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan secara prima facie bahawa OKT merupakan pemilik telefon P109 dengan nombor telefon 019-7864147 dan OKT juga merupakan ‘Abu Eldi’ dalam kumpulan perbualan WhatsApp ‘Grup silaturrahim’ dan ‘Group sejati sejiwa’. Pembuktian Pertuduhan-Pertuduhan Pertuduhan Pertama: Mencari sokongan terhadap suatu perbuatan pengganas dengan membuat ancaman untuk membuat serangan di kuil Sri Maha Mariamman Seafield, di Persiaran Kewajipan, USJ (s. 130J (1)(b) KK) [76] S.130J(1)(b) KK memperuntukkan seperti berikut: “Soliciting or giving support to terrorist groups or for the commission of terrorist acts 130J. (1) Whoever knowingly and in any manner solicits support for, or gives support to—
a
any terrorist group; or
b
the commission of a terrorist act, shall be punished with imprisonment for life or imprisonment for a term not exceeding thirty years, or with fine, and shall S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg also be liable to forfeiture of any property used or intended to be used in connection with the commission of the offence.” [77] Maksud ‘sokongan’/’support’ menurut seksyen 130J(2)(k)(i) KK adalah: “(2) For the purposes of subsection (1), ‘support’ includes -
k
using social media or any other means to -
i
advocate for or to promote a terrorist group, support for a terrorist group or the commission of a terrorist act; or
II
(ii) further or facilitate the activities of a terrorist group.” [78] Pertamanya, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa sejak 7.1.2019 sehingga 5.5.2019, dalam menyatakan hasratnya untuk menyerang Kuil Sri Maha Mariamman Seafield OKT telah mencari sokongan melalui perbualan kumpulan WhatsApp ‘Group sejati sejiwa’. Ini jelas dilihat dalam: i. Gambar 16, P26 Tarikh 7/1/2019 jam 22.38 “Kita bom kuil hindu dulu akhi, Balas kematian bomba” ii. Gambar 1120, P26 Tarikh 5/5/2019 jam 00.04 “Bsr pahala khi..jngn lma2 durian msuk angin.ini psan akel.kita kna atur cpt2” [79] Elemen seterusnya yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di bawah pertuduhan pertama ialah OKT dengan pengetahuan telah mencari sokongan bagi berlakunya perbuatan pengganas dengan membuat ancaman untuk membuat serangan di Kuil Sri Maha S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg Mariamman Seafield, di Persiaran Kewajipan, USJ, dalam daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan. [80] Terdapat 53 perbualan OKT menerusi P26 yang telah menunjukkan bahawa OKT mencari sokongan untuk menyerang ‘kuil india’ bagi maksud “Balas kematian bomba”. 53 perbualan tersebut telah diekstrak oleh pihak pendakwaan seperti berikut: i. Tarikh 7/1/2019 jam 22.38 – Kita bom kuil hindu dulu akhi – Balas kematian bomba (Gambar 16) ii. Tarikh 7/1/2019 jam 22.43 – kita buat bom petrol kita lempar kat pokok biar mampus pokok itu (Gambar 17) iii. Tarikh 7/1/2019 jam 22.52 – Kalau kita ada senjata lgi pawer.kita serang kuil itu dan tembak sami babi itu (Gambar 20) iv. Tarikh 7/1/2019 jam 22.56 – Rifer kita beli dgan bom.cepat sikit ada kesan kuil itu (Gambar 23) v. Tarikh 7/1/2019 jam 23.03, 23.04 & 23.05 – Janji kita hancurkan kuil itu – Baru kafir gentar – Geram sampai skrang klau fikir kuil india bunuh bomba itu – Tiada mf bagi india kuil celaka itu (Gambar 25) vi. Tarikh 7/1/2019 jam 23.10 – Mercun cedera buat apa.bom terus (Gambar 28) vii. Tarikh 7/1/2019 jam 23.12 – Kita sama2 musnahkan kuil itu akhi (Gambar 29) viii. Tarikh 7/1/2019 jam 23.19 – Ya akhi..kuil apa2 pun kita harus hancurkan (Gambar 33) ix. Tarikh 7/1/2019 jam 23.48 – Nanti kita bom kuil itu (Gambar 49) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg x. Tarikh 7/1/2019 jam 23.52 – Terbaik.misi kita buat smpai jadi hancurkan kuil itu (Gambar 51) xi. Tarikh 8/1/2019 jam 00.04 – Bln 3 kita hancurkan kuil itu (Gambar 57) xii. Tarikh 9/1/2019 jam 00.04 – Abu amri dan husin kita srh mrk hancurkan kuil dan kita bedua bunuh sami.biar kita ada senjata dlu (Gambar 84) xiii. Tarikh 12/1/2019 jam 23.25 – Dpat senjata akhi abu amri husin bls kmatian bomba itu (Gambar 148) xiv. Tarikh 12/1/2019 jam 23.36 – Jangan sedih husin.dpat senjata nanti husin pergi serang kuil india untuk lepas geram itu (Gambar 150) xv. Tarikh 15/1/2019 jam 21.02 – Jngn ada putus persahabatan antara kita.nyawa bomba tidak terbalas lgi (Gambar 176) xvi. Tarikh 18/1/2019 jam 22.48 – Kita bli pistol bom.biar mampus hancur sami kuil itu (Gambar 264) xvii. Tarikh 18/1/2019 jam 22.56 – kesian kluarga bomba itu.kita klau duduk diam kita akan bdosa (Gambar 266) xviii. Tarikh 28/1/2019 jam 11.56 – Apa2pun kita bls kuil kafir itu dlu akhi (Gambar 303) xix. Tarikh 28/1/2019 jam 11.57, 11.58 & 11.59 – Ya akhi.akhi pergi ambil gambar – Akhi ambil gambar tngok line di situ – Klau ok.kita jumpa bincang kita hancurkan kuil itu (Gambar 303) xx. Tarikh 28/1/2019 jam 13.03 – Klau line ok.tiada polis.kita masuk serang kuil itu (Gambar 304) xxi. Tarikh 28/1/2019 jam 17.01 – Kita msuk serang dgan pedang je (Gambar 304) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg xxii. Tarikh 28/1/2019 jam 19.15 – Kita hancur kuil akhi. (Gambar 306) xxiii. Tarikh 28/1/2019 jam 22.39 – Husin akhi bincang dgan dia.sebab kita berempat yg tahu misi serang kuil ini. (Gambar 310) xxiv. Tarikh 28/1/2019 jam 23.07 & 23.08 – Sebab kita akan bunuh sami celaka itu – Baru adil klau dpt bunuh sami itu (Gambar 317) xxv. Tarikh 28/1/2019 jam 23.11 – Kuil india yg bunuh bomba kita itu akhi.guna pedang saja kita tiada pistol (Gambar 318) xxvi. Tarikh 28/1/2019 jam 23.18 – Bln 4 akhi.kita jupa bincang dlu.buat pelan kita tidak blh serbu tiada pelan bgitu.mujahidin serbu kafir hrus ada pelan (Gambar 320) xxvii. Tarikh 28/1/2019 jam 23.22 – Minyak petrol kita sdia dua bks.kita tdk mhu kuil itu ada lgi. (Gambar 320) xxviii. Tarikh 30/1/2019 jam 18.34 – Kite jumpa dlu bincang untuk hancur kuil.abu dayyan ade pistol ke x (Gambar 335) xxix. Tarikh 30/1/2019 jam 18.36 – Bls kmatian bomba tu.hina kita klau kita tidak bls. (Gambar 337) xxx. Tarikh 30/1/2019 jam 18.48 – Nk hncur kuil kna pantas (Gambar 345) xxxi. Tarikh 30/1/2019 jam 18.53, 18.54 & 18.55 – Sami tu kita pedang biar icu – kita bkar kereta dan kuil dia habis2 – kita buat keje pantas (Gambar 348) xxxii. Tarikh 30/1/2019 jam 19.45 – Mane blh mcm tu akhi.husin tahu kita nk musnah kuil dan icu sami (Gambar 360) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg xxxiii. Tarikh 4/2/2019 jam 20.35 – Minum air msak bnyk2 akhi.kita nk dpatkan senjata jugak wlau mcm mne pun.kmatian bomba hrus di bls (Gambar 395) xxxiv. Tarikh 14/2/2019 jam 14.11 – Ya akhi..misi kita hancur kuil.kita jgan ckap kosong (Gambar 412) xxxv. Tarikh 14/2/2019 jam 14.28 – Sumpah demi Allah kita akan hancur kuil (Gambar 418) xxxvi. Tarikh 14/2/2019 jam 22.31 – Tidak payah jauh lagi.hancur kuil hindu dulu husin (Gambar 429) xxxvii. Tarikh 21/2/2019 jam 11.15 – lepas kita serang kuil kita tidak boleh duduk malaysia lagi.kita pergi negara kamu.abg tengah ejas senjata api. duduk di bumi ni banyak masalah.demi Allah tunggu je senjata api (Gambar 435) xxxviii. Tarikh 14/3/2019 jam 11.33 – Dosa kita biarkan tiada tindakan atas kematian bomba tu (Gambar 489) xxxix. Tarikh 17/3/2019 jam 20.23 – nanti kita serang kuil india.kita bakar smpai tinggal arang (Gambar 515) xl. Tarikh 19/3/2019 jam 22.48, 22.49, 22.50 & 22.55 – Kita guna moto akhi – Bom kuil – No kita tukar – Abu dayyan abu amri jga line.kita bdua lempar bom– Ya akhi.akhi blatihlah (Gambar 592) xli. Tarikh 20/3/2019 jam 00.04 & 00.07 – Sbb tu kita kna guna moto akhi – Cepat dan pantas – Ya akhi..kita kna guna moto.nk lempar cpt2 (Gambar 600) xlii. Tarikh 20/3/2019 jam 10.34 – Bkar mcm mercun.bom tu blh matikan 10 org.x sedap bawak isteri (Gambar 605) xliii. Tarikh 20/3/2019 jam 12.45 – Kita serang kuil india tu dulu akhi (Gambar 607) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg xliv. Tarikh 22/3/2019 jam 12.54 – kuil tu kmudian kita serang. (Gambar 638) xlv. Tarikh 23/4/2019 jam 15.26 – Btl khi..nk bls kuil india yg bunuh bomba islam kita tu khi…kami nk bls kuil tu. (Gambar 841) xlvi. Tarikh 23/4/2019 jam 15.39 – Aamiin..kita serang kuil india tu sama2 nti khi (Gambar 842) xlvii. Tarikh 4/5/2019 jam 00.18 – Udara dh dpt tdi khi.yg kita esk atau lusa.ana tnggu hr ni kita.akel ubah jd esk atau lusa.lpas dpt akel vc mujahidin dia di sana.ana bgi thu demi buat kita lbih smangat.akel sruh kita jga diri baik2.jga sahabat.bkar durian lari cpt2.bhati hti.cara guna kyu tngok di tube.akel sruh kita kmas psukan kita. (Gambar 1062) xlviii. Tarikh 4/5/2019 jam 00.21 – Ya khi..kita kmas psukan akel psan jngn lama2 bila dpt durian psukan kita. (Gambar 1063) xlix. Tarikh 4/5/2019 jam 00.33 – Kuil yg bnuh bomba tu dlu khi kita serang (Gambar 1067) l. Tarikh 4/5/2019 jam 00.55 – Selangor dlu khi kuil india yg bnuh bomba tu dlu. (Gambar 1074) li. Tarikh 4/5/2019 jam 01.02 & 01.16 – Kuil india yg bunuh bomba kita dulu khi kita target – Kita buat hbis durian kat kuil india tu khi.akel jnji dia akn sdia yg baru (Gambar 1076) lii. Tarikh 4/5/2019 jam 01.47 – Ya khi.ana usaha hbis sdya upaya.dgn mujahidin thai mcm2 dugaan ancaman ana dpt.hri2 ana mintak senjata untuk bls kuil india tu.tiba2 akel hdir bantu kita smua Alhamdulillah (Gambar 1080) liii. Tarikh 5/5/2019 jam 00.04 – Bsr pahala khi..jngn lma2 durian msuk angin.ini psan akel.kita kna atur cpt2 (Gambar 1120). S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [81] SP13 adalah “handler” kepada SP21, SP22 dan SP23. Melalui keterangan SP13, “kuil india” yang dimaksudkan adalah merujuk kepada Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, di Persiaran Kewajipan, USJ, dalam daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan di mana seorang bomba bernama Muhammad Adib bin Mohd Kassim telah meninggal dunia akibat daripada rusuhan yang berlaku di kuil tersebut. Perkara ini adalah atas semakan SP13 terhadap berita semasa ketika itu. Perkara yang sama juga disahkan oleh SP24. [82] Apabila P26 dirujuk kepada semua saksi yang dilindungi iaitu SP21, SP22 dan SP23, ketiga-tiga saksi secara jelas telah menyatakan tujuan utama kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” ditubuhkan adalah bagi menyerang Kuil Sri Maha Mariamman Seafield bagi membalas dendam bagi kematian bomba bernama Adib. [83] Pihak pendakwaan berhujah bahawa OKT bersungguh-sungguh dalam mencari sokongan untuk menyerang “kuil india” bagi tujuan membalas dendam kematian anggota bomba bernama Adib. Mahkamah ini dapat melihat kesungguhan OKT tersebut bila mana OKT menzahirkan kesanggupannya untuk mencari pistol dan bom bagi tujuan serangan tersebut. Perkara ini dapat dilihat melalui perbualan oleh OKT yang dikenali sebagai Abu Eldi di dalam P26 seperti berikut: i. Tarikh 7/1/2019 jam 22.56 – Rifer kita beli dgan bom.cepat sikit ada kesan kuil itu (Gambar 23) ii. Tarikh 7/1/2019 jam 23.10 – Mercun cedera buat apa.bom terus (Gambar 28) iii. Tarikh 7/1/2019 jam 23.48 – Nanti kita bom kuil itu (Gambar 49) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg iv. Tarikh 9/1/2019 jam 00.04 – Abu amri dan husin kita srh mrk hancurkan kuil dan kita bedua bunuh sami.biar kita ada senjata dlu (Gambar 84) v. Tarikh 18/1/2019 jam 22.48 – Kita bli pistol bom.biar mampus hancur sami kuil itu (Gambar 264) vi. Tarikh 28/1/2019 jam 23.22 – Minyak petrol kita sdia dua bks.kita tdk mhu kuil itu ada lgi. (Gambar 320) vii. Tarikh 4/5/2019 jam 01.47 – Ya khi.ana usaha hbis sdya upaya.dgn mujahidin thai mcm2 dugaan ancaman ana dpt.hri2 ana mintak senjata untuk bls kuil india tu.tiba2 akel hdir bantu kita smua Alhamdulillah (Gambar 1080) [84] Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa OKT tidak bercakap kosong memandangkan di dalam perbualan kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” (P26), OKT sendiri telah menyatakan seperti berikut: i. Tarikh 14/2/2019 jam 14.11 – Ya akhi..misi kita hancur kuil.kita jgan ckap kosong (Gambar 412) [85] Seterusnya, pihak pendakwaan menghujahkan lagi bahawa rakaman percakapan atau pernyataan OKT yang dirakamkan oleh Insp Norazli bin Mukhtar (SP3) juga dapat membuktikan niat OKT mencari sokongan dan menyatakan berkenaan hasrat untuk menyerang Kuil Sri Maha Mariamman Seafield:- Rakaman Percakapan OKT bertarikh 26.05.2019 (P27) yang dirakam oleh SP3 “Saya mengaku tujuan mewujudkan kumpulan ini bagi menggantikan kumpulan ‘Silaturahim’ kerana tidak percaya kepada beberapa orang ahli dalam kumpulan S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg ‘Silaturahim’ yang macam mata polis. Kumpulan ‘Sejati Sejiwa’ dijadikan sebagai tempat baru untuk berkongsi cerita perang, semangat jihad untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan isu semasa serta untuk merancang bagi mendapatkan senjata api dan rancangan serangan. Saya mengaku kumpulan ‘Sejati Sejiwa’ saya arahkan melakukan ke atas kuil di Selangor tempat pembunuhan ahli bomba Adib dengan menggunakan bom petrol. Saya juga merancang melakukan serangan ke atas Tommy Thomas, Siti Kasim, Mujahid dan Mat Sabu dalam kumpulan ‘Sejati Sejiwa’. Saya beri arahan kepada semua ahli kumpulan untuk melakukan serangan itu. Bagi menjayakan rancangan ini, saya telah mendapatkan senjata api dan bom daripada Akel Syam. Saya juga telah merancang untuk membuat latihan menggunakan pistol dengan menembak pokok getah di kebun getah milik saya di Hulu Telemung. Saya beri arahan kepada semua ahli kumpulan semua turut serta dengan latihan itu. Namun rancangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana saya telah ditangkap polis. …….. “Saya Mahadi bin Mamat (No. IC 850805-11-5405) pada Januari 2019 dalam kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’, saya mengaku telah mencadangkan dan mengajak ahli untuk menyerang kuil tempat bomba melayu Islam telah terkorban (Kuil Seafield Kuala Lumpur). Kenyataan saya telah disokong oleh ahli kumpulan selepas mengikuti perkembangan perhimpunan ICERD yang diadakan di Kuala Lumpur. Saya mengaku pada mulanya mahu S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg menyertai perhimpunan ICERD tetapi tidak jadi kerana terlalu jauh dari tempat tinggal saya. Saya juga mengaku menyatakan sekiranya saya tidak membalas dendam demi Adib nanti saya akan berdosa sebagai orang Islam. Saya arahkan ahli kumpulan untuk melakukan serangan ke atas kuil itu dengan mengguna bom petrol.” [86] Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa rakaman percakapan atau pernyataan OKT yang dirakamkan oleh ASP Mukram Zakaria (SP4) juga dapat membuktikan niat OKT mencari sokongan dan menyatakan berkenaan hasrat untuk menyerang Kuil Sri Maha Mariamman Seafield:- Rakaman Percakapan OKT Bertarikh 27.05.2019 (P28) yang dirakam oleh SP4 “Saya Mahadi Bin Mamat (No IC 850805-11-5405) anak kepada ayah saya bernama Mamat Bin Abdullah dan ibu saya bernama Asmah Binti Abdul Rahman. Saya mengaku pada awal bulan satu 2019 telah mencipta kumpulan WhatsApp yang saya berikan nama ‘Sejati Sejiwa’. Tujuan saya cipta kumpulan WhatsApp ini ialah untuk kongsi video, gambar dan berita perang ISIS. Tujuan lain ialah untuk luah rasa tidak puas hati terhadap isu semasa melibatkan agama dan kaum seperti isu pembunuhan bomba Adib di kuil di Kuala Lumpur. Saya juga mengaku di dalam kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’ telah merancang dan ajak ahli kumpulan WhatsApp ‘’Sejati Sejiwa’ untuk membuat serangan bersenjata di atas kuil tempat Adib terbunuh termasuk serang sami di kuil tersebut. Saya mengaku bagi menjayakan serangan ke atas kuil saya mengaku telah mula mencari orang yang ada menjual senjata api termasuk di S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg pasaran gelap. Saya mengaku telah merancang untuk serang dan bunuh Tommy Thomas, Siti Kasim, Mat Sabu, Mujahid. Saya mengaku tidak puas hati dengan video tarian Tommy Thomas, Siti Kasim yang bertentangan dengan ajaran Islam. Saya mengaku telah merancang untuk membuat serangan ke atas pusat hiburan disko. Saya mengaku untuk buat serangan tersebut. Saya mengaku merancang mendapatkan senjata api raifel, bom dan pistol.” [87] Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, Mahkamah ini mendapati OKT telah mencari sokongan dan menyatakan berkenaan hasrat untuk menyerang Kuil Sri Maha Mariamman Seafield sejak 7 Januari 2019 sehinggalah 5 Mei 2019. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan secara prima facie elemen-elemen pertuduhan pertama terhadap OKT. Pertuduhan Kedua: Mencari sokongan terhadap suatu perbuatan pengganas dengan membuat ancaman untuk membunuh empat (4) orang warganegara malaysia iaitu Tommy Thomas @ Mohan a/l K Thomas, Mohamad bin Sabu, Mujahid bin Haji Yusof dan Siti Zabedah binti Kasim melalui kumpulan WhatsApp “group sejati sejiwa” (s.130J(1)(b) KK) [88] Untuk pertuduhan kedua di bawah s.130J (1) (b) KK, pada 20.1.2019 dan 10.3.2019, terdapat empat (4) perbualan WhatsApp OKT/Abu Eldi dalam P26 yang menyatakan seperti berikut: i. Tarikh 20/1/2019 jam 20.44 – Akhi tngok video hakim menari geram mahu di bom saja mereka (Gambar 269) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg ii. Tarikh 20/1/2019 jam 20.49 & 20.52 – Tembak mampus saja siti kasim babi itu – Kalau ada senjata kita senarai siti kasim untuk ditembak (Gambar 271) iii. Tarikh 20/1/2019 jam 21.02, 21.04 & 21.05 – Kna tembak mampus siti kasim itu.mat sabu harus kita bunuh juga – Menteri agama mujahid kita bunuh juga – Kita ada senjata nanti.kita buat senarai untuk kita bunuh mrk. (Gambar 273) iv. Tarikh 10/3/2019 jam 13.29 & 13.30 – Siti kassim kita harus bunuh – Babi siti kassim tu (Gambar 473) [89] Mahkamah ini mendapati OKT dengan pengetahuannya telah mencari sokongan bagi berlakunya perbuatan pengganas dengan membuat ancaman untuk membunuh empat (4) orang warganegara Malaysia iaitu Thommy Thomas @ Mohan a/l K Thomas, Mohamad bin Sabu, Mujahid bin Haji Yusof dan Siti Zabedah binti Kasim. P178, P179, P180 dan P181 adalah cabutan daftar nama orang-orang yang diancam untuk dibunuh yang telah diterima oleh SP24 yang telah menerima cabutan daftar kad pengenalan penama-penama tersebut. [90] Menurut SP1 dan SP2, ancaman yang dibuat oleh OKT berlaku berikutan video tular yang menunjukkan Peguam Negara, Tommy Thomas ketika itu menari bersama peguam Siti Zabedah binti Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim. Perkara yang sama juga dinyatakan oleh SP13 iaitu “handler” kepada saksi dilindungi iaitu SP1 dan SP2 dalam keterangan mereka di mahkamah. [91] Niat OKT dalam membuat ancaman membunuh keempat-empat penama tersebut juga dapat dilihat melalui rakaman percakapannya yang dirakam oleh SP3 dan SP4 seperti berikut: S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg Rakaman Percakapan OKT bertarikh 26.05.2019 (P27) yang dirakam oleh SP3 “Saya mengaku tujuan mewujudkan kumpulan ini bagi menggantikan kumpulan ‘Silaturahim’ kerana tidak percaya kepada beberapa orang ahli dalam kumpulan ‘Silaturahim’ yang macam mata polis. Kumpulan ‘Sejati Sejiwa’ dijadikan sebagai tempat baru untuk berkongsi cerita perang, semangat jihad untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan isu semasa serta untuk merancang bagi mendapatkan senjata api dan rancangan serangan. Saya mengaku kumpulan ‘Sejati Sejiwa’ saya arahkan melakukan ke atas kuil di Selangor tempat pembunuhan ahli bomba Adib dengan menggunakan bom petrol. Saya juga merancang melakukan serangan ke atas Tommy Thomas, Siti Kasim, Mujahid dan Mat Sabu dalam kumpulan ‘Sejati Sejiwa’. Saya beri arahan kepada semua ahli kumpulan untuk melakukan serangan itu. Bagi menjayakan rancangan ini, saya telah mendapatkan senjata api dan bom daripada Akel Syam. Saya juga telah merancang untuk membuat latihan menggunakan pistol dengan menembak pokok getah di kebun getah milik saya di Hulu Telemung. Saya beri arahan kepada semua ahli kumpulan semua turut serta dengan latihan itu. Namun rancangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana saya telah ditangkap polis. …. Saya Mahadi bin Mamat (No. IC 850805-11-5405), saya mengaku selain rumah ibadat berkenaan, saya juga mencadangkan serta merancang untuk membuat serangan ke atas Tommy Thomas, Siti Kassim, Mujahid dan Mat Sabu S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg serta pusat hiburan. Saya amat marah terhadap beberapa individu berkenaan kerana isu video tarian Jabatan Kehakiman serta isu LGBT yang makin menjadi-jadi. Saya membuat perancangan ini melalui kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’ dengan menggunakan telefon jenis Alcatel (019-7864147).” Rakaman Percakapan OKT Bertarikh 27.05.2019 (P28) yang dirakam oleh SP4 “Saya Mahadi Bin Mamat (No IC 850805-11-5405) anak kepada ayah saya bernama Mamat Bin Abdullah dan ibu saya bernama Asmah Binti Abdul Rahman. Saya mengaku pada awal bulan satu 2019 telah mencipta kumpulan WhatsApp yang saya berikan nama ‘Sejati Sejiwa’. Tujuan saya cipta kumpulan WhatsApp ini ialah untuk kongsi video, gambar dan berita perang ISIS. Tujuan lain ialah untuk luah rasa tidak puas hati terhadap isu semasa melibatkan agama dan kaum seperti isu pembunuhan bomba Adib di kuil di Kuala Lumpur. Saya juga mengaku di dalam kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’ telah merancang dan ajak ahli kumpulan WhatsApp ‘’Sejati Sejiwa’ untuk membuat serangan bersenjata di atas kuil tempat Adib terbunuh termasuk serang sami di kuil tersebut. Saya mengaku bagi menjayakan serangan ke atas kuil saya mengaku telah mula mencari orang yang ada menjual senjata api termasuk di pasaran gelap. Saya mengaku telah merancang untuk serang dan bunuh Tommy Thomas, Siti Kasim, Mat Sabu, Mujahid. Saya mengaku tidak puas hati dengan video tarian Tommy Thomas, Siti Kasim yang bertentangan dengan ajaran Islam. Saya mengaku telah merancang untuk S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg membuat serangan ke atas pusat hiburan disko. Saya mengaku untuk buat serangan tersebut. Saya mengaku merancang mendapatkan senjata api raifel, bom dan pistol.” [92] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa OKT telah mencari sokongan dengan membuat ancaman untuk membunuh empat (4) orang warganegara Malaysia apabila telah membuat ugutan bunuh sebanyak dua (2) kali iaitu pada tarikh 20 Januari 2019 dan 10 Mac 2019. Pertuduhan Ketiga: OKT telah bersetuju untuk memberikan latihan dalam penggunaan senjata api kepada ahli kumpulan WhatsApp “sejati sejiwa” dalam persediaan untuk melakukan suatu perbuatan pengganas (S. 130F(a) KK) [93] S.130F KK menyatakan: “Providing training and instruction terrorist groups and persons committing terrorist acts 130F Whoever knowingly provides training or instruction, or agrees to provide training or instruction-
a
(a)in the making or use of any explosive or other lethal device;
b
(b)in carrying out a terrorist act; or
c
(c)in the practice of military exercises or movements, to a member of a terrorist group or a person engaging in, or preparing to engage in, the commission of a terrorist act shall be punished with imprisonment for a term which may extend to thirty years, and shall also be liable to fine.” S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [94] Mahkamah ini mendapati melalui P26 terdapat 13 perbualan WhatsApp OKT yang menunjukkan antara 4.5.2019 dan 5.5.2019, OKT telah bersetuju untuk memberikan latihan dalam penggunaan senjata api kepada ahli kumpulan WhatsApp “Group sejati sejiwa” dalam persediaan untuk melakukan suatu perbuatan pengganas. Perkara ini dapat dilihat jelas dengan merujuk kepada tarikh perbualan daripada OKT/Abu Eldi di P26 seperti berikut: i. Tarikh 4/5/2019 jam 00.39 – Ya khi.akel ni ktua.org dia rmai di stiap negeri mlysia kita.kita psukan kita.jgn x jdi misi kita.latihan kita fikir mcm mne khi (Gambar 1070) ii. Tarikh 4/5/2019 jam 00.42 & 00.45 – Kbun ana lh khi – Kbun ana ada rata ada bukit ada tanah.tengah hari kita buat ltihan.kita bedil pkok kbun ana (Gambar 1071) iii. Tarikh 4/5/2019 jam 01.23 – Akel kata dana jgan risau ada bnyk.abu dayyan diam knp khi?kita x blh bpecah..utara psukan mrk.kita psukan kita.latihan dulu yg pting (Gambar 1077) iv. Tarikh 4/5/2019 jam 18.19 – Kita hrus buat ltihan khi2 (Gambar 1097) v. Tarikh 4/5/2019 jam 19.11 & 19.13 – Esk kita dpt kyu.temu jnj khi2 urus dan kita buat latihan khi – Kita x mhu siapa2 ksn kita.nti kita buat ltihan khi (Gambar 1102) vi. Tarikh 5/5/2019 jam 00.05 – Yak hi.latihan plak nti.sampai kyu esk ana buat latihan sorang dlu.akel psan bljar dri tube kyu (Gambar 1122) vii. Tarikh 5/5/2019 jam 00.16 – Kbun ana jgan risau sblum buat ltihan 1jam dduk btenang bkn ape tkut2 ada org.klau mrk dngar mesti org kata tembak ayam hutan (Gambar 1123) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg viii. Tarikh 5/5/2019 jam 00.24 & 00.26 – Kbun ana tanah rata ada tanah berbukit ada.tanah berbukit x blh buat latihan bgema bunyi – Akel bnyk senjata khi..xpyh risau peluru kyu.jnji biar mahir (Gambar 1124) ix. Tarikh 5/5/2019 jam 00.33 – klau dah pndai mhir ana ajar khi2.ana latih khi2 guna senjata 1pluru tembak pkok kyu je.x ckup sruh akel tambah (Gambar 1125) x. Tarikh 5/5/2019 jam 00.42 & 00.48 – Ya khi..latihan kna blatih 1hri.klau tngok di tube mudah je – kita buat ltihan nti khi.biar ana blatih dlu khi2 (Gambar 1126) xi. Tarikh 5/5/2019 jam 00.50 – Ya khi ana jdi jrulatih nti hahahaa (Gambar 1127) xii. Tarikh 5/5/2019 jam 08.27 – Puasa ke dua jmpa kita jgan lma2 buat pelan latihan lgi.durian ni ana smpan atau buka spaya x msuk angin (Gambar 1133) xiii. Tarikh 5/5/2019 jam 16.46 – Smpan dlu esk ana buka untuk buat latihan ana (Gambar 1165). [95] Kesungguhan OKT sepertimana yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan juga dapat dilihat bilamana OKT telah bersetuju untuk memberikan latihan dalam penggunaan senjata kepada ahli kumpulan perbualan WhatsApp “Group sejati sejiwa” yang bersedia untuk melibatkan diri dalam perbuatan pengganas. Pihak pendakwaan menzahirkan bahawa OKT telah bersungguh-sungguh mengajak ahli kumpulan “Group sejati sejiwa” untuk melakukan latihan senjata api bagi mencapai objektif menyerang kuil Seri Mariamman seperti berikut: i. Tarikh 4/5/2019 jam 00.39 – Ya khi.akel ni ktua.org dia rmai di stiap negeri mlysia kita.kita psukan kita.jgn x jdi misi kita.latihan kita fikir mcm mne khi (Gambar 1070) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg ii. Tarikh 4/5/2019 jam 01.23 – Akel kata dana jgan risau ada bnyk.abu dayyan diam knp khi?kita x blh bpecah..utara psukan mrk.kita psukan kita.latihan dulu yg pting (Gambar 1077) iii. Tarikh 4/5/2019 jam 18.19 – Kita hrus buat ltihan khi2 (Gambar 1097) iv. Tarikh 4/5/2019 jam 19.11 & 19.13 – Esk kita dpt kyu.temu jnj khi2 urus dan kita buat latihan khi – Kita x mhu siapa2 ksn kita.nti kita buat ltihan khi (Gambar 1102) [96] Pihak pendakwaan menzahirkan lagi bahawa OKT juga telah menawarkan kebunnya bagi tujuan latihan tersebut dan kemudiannya bersetuju untuk menjadi jurulatih dalam latihan tersebut melalui keterangan berikut dalam P26: i. Tarikh 5/5/2019 jam 00.16 – Kbun ana jgan risau sblum buat ltihan 1 jam dduk btenang bkn ape tkut2 ada org.klau mrk dngar mesti org kata tembak ayam hutan (Gambar 1123) ii. Tarikh 5/5/2019 jam 00.24 & 00.26 – Kbun ana tanah rata ada tanah berbukit ada.tanah berbukit x blh buat latihan bgema bunyi – Akel bnyk senjata khi..xpyh risau peluru kyu.jnji biar mahir (Gambar 1124) [97] OKT juga telah menyatakan bahawa dia akan berlatih dahulu menggunakan senjata api melalui perbualannya seperti berikut: i. Tarikh 5/5/2019 jam 00.05 – Yak hi.latihan plak nti.sampai kyu esk ana buat latihan sorang dlu.akel psan bljar dri tube kyu (Gambar 1122) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg ii. Tarikh 5/5/2019 jam 00.42 & 00.48 – Ya khi..latihan kna blatih 1 hri.klau tngok di tube mudah je – kita buat ltihan nti khi.biar ana blatih dlu khi2 (Gambar 1126) [98] OKT juga bercadang untuk membuka bungkusan mengandungi senjata bagi membolehkan dia berlatih melalui perbualannya seperti berikut: i. Tarikh 5/5/2019 jam 16.46 – Smpan dlu esk ana buka untuk buat latihan ana (Gambar 1165) [99] OKT seterusnya bersetuju memberikan latihan melalui perbualannya: i. Tarikh 5/5/2019 jam 00.33 – klau dah pndai mhir ana ajar khi2.ana latih khi2 guna senjata 1pluru tembak pkok kyu je.x ckup sruh akel tambah (Gambar 1125) ii. Tarikh 5/5/2019 jam 00.50 – Ya khi ana jdi jrulatih nti hahahaa (Gambar 1127) [100] Pihak pendakwaan menzahirkan lagi bahawa OKT turut mengarahkan agar perjumpaan untuk latihan dijalankan pada puasa kedua. i. Tarikh 5/5/2019 jam 08.27 – Puasa ke dua jmpa kita jgan lma2 buat pelan latihan lgi.durian ni ana smpan atau buka spaya x msuk angin (Gambar 1133) [101] Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa terdapat bukti prima facie bahawa OKT telah bersetuju untuk memberikan latihan dalam penggunaan senjata api kepada ahli kumpulan WhatsApp “sejati sejiwa” S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg dalam persediaan untuk melakukan suatu perbuatan pengganas menurut s.130F(a) KK. Pertuduhan keempat : Memberikan arahan dalam melaksanakan perbuatan pengganas kepada ahli kumpulan perbualan “group sejati sejiwa” yang bersedia untuk melibatkan diri dalam perbuatan pengganas (s.130F(b) KK) [102] Melalui aplikasi WhatsApp kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” Mahkamah ini mendapati adalah jelas sejak 7.1.2019 sehingga 5.5.2019, OKT telah memberikan arahan untuk melakukan perbuatan pengganas kepada ahli kumpulan WhatsApp “Group sejati sejiwa”. Ini dapat dilihat jelas dengan merujuk kepada 2 perbualan daripada OKT seperti berikut:- i. Gambar 17, P26 Tarikh 7/1/2019 jam 22.42 & 22.43 Pokok tu india sembah.pokok itu kita racun mampus dulu.india tidak blh lihat pokok besar.pokok bsr bgi mrk ada puaka – Kita buat bom petrol kita lempat kat pokok biar mampus pokok itu ii. Gambar 1154, P26 Tarikh 5/5/2019 jam 14.13 kyu jgan akel risau akel bila2 blh bgi kat kita.jnji kita kmas pelan bhati hti.ana jga khi2 smua. [103] Mahkamah ini juga mendapati OKT dengan pengetahuan telah memberikan arahan dalam melaksanakan perbuatan pengganas kepada ahli kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” yang bersedia untuk S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg melibatkan diri dalam perbuatan pengganas dengan merujuk kepada perbualan-perbualan daripada OKT seperti berikut:- i. Tarikh 7/1/2019 jam 22.42 & 22.43 – Pokok tu india sembah.pokok itu kita racun mampus dulu.india tidak blh lihat pokok besar.pokok bsr bgi mrk ada puaka – Kita buat bom petrol kita lempat kat pokok biar mampus pokok itu (Gambar 17) ii. Tarikh 7/1/2019 jam 22.52 – Kalau kita ada senjata lagi pawer.kita serang kuil itu dan tembak sami babi itu (Gambar 20) iii. Tarikh 7/1/2019 jam 23.19 – Ya akhi..kuil apa2pun kita harus hancurkan (Gambar 33) iv. Tarikh 7/1/2019 jam 23.48 – Nanti kita bom kuil itu (Gambar 49) v. Tarikh 7/1/2019 jam 23.52 – Terbaik.misi kita buat smpai jadi hancurkan kuil itu (Gambar 51) vi. Tarikh 8/1/2019 jam 00.03, 00.04 & 00.05 – Ok akhi.kita jumpa bincang dulu akhi – Bln 3 kita hancurkan kuil itu –15 kita jumpa dulu (Gambar 57) vii. Tarikh 8/1/2019 jam 23.51 & 23.52 – Mampuskan semua mereka akhi – akhi guna bom petrol dulu (Gambar 81) viii. Tarikh 8/1/2019 jam 23.55 & 23.56 – Kita harus cari dana dlu akhi – Ada wang semua senjata kita blh dpt (Gambar 82) ix. Tarikh 9/1/2019 jam 00.04 – Abu amri dan husin kita sruh mrk hancurkan kuil dan kita bdua bunuh sami.biar kita ada senjata dlu (Gambar 84) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg x. Tarikh 12/1/2019 jam 20.57 & 21.01 – Akhi urus balas dulu ke india itu.ana mahu lihat akhi dulu. Kes kuil itu – Akhi ada kl akhi hrus urus dengan husin kuil itu (Gambar 119) xi. Tarikh 12/1/2019 jam 21.06 & 21.08 – Akhi kaji dulu jln itu – 2minggu masa akhi kaji jln itu dlu (Gambar 120) xii. Tarikh 12/1/2019 jam 21.15 – Akhi urus dulu semua (Gambar 122) xiii. Tarikh 12/1/2019 jam 21.46 – Disko harus di bom semua (Gambar 131) xiv. Tarikh 12/1/2019 jam 23.36 – Jangan sedih husin. dpat senjata nanti husin pergi serang kuil india untuk lepas geram itu (Gambar 150) xv. Tarikh 20/1/2019 jam 20.49 & 20.52 – Tembak mampus saja siti kasim babi itu – Kalau ada senjata kita senarai siti kasim untuk ditembak (Gambar 271) xvi. Tarikh 20/1/2019 jam 21.02, 21.04 & 21.05 – Kna tembak mampus siti kasim itu.mat sabu harus kita bunuh juga – Menteri agama mujahid kita bunuh juga – Kita ada senjata nanti.kita buat senarai untuk kita bunuh mrk (Gambar 273) xvii. Tarikh 28/1/2019 jam 11.57, 11.58 & 11.59 – Ya akhi.akhi pergi ambil gambar – Akhi ambil gambar tngok line di situ – Klau ok.kita jumpa bincang kita hancurkan kuil itu (Gambar 303) xviii. Tarikh 28/1/2019 jam 13.03, 16.54, 17.01 & 17.03 – Klau line ok.tiada polis.kita masuk serang kuil itu – Kita jupa kita bincang nanti – Kita msuk serang dgan pedang je – Ana ada satu pedang.akhi2 ade x pedang – Klau akhi x ade kita bli (Gambar 304) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg xix. Tarikh 28/1/2019 jam 19.15 & 19.17 – Kita hancur kuil akhi – Husin harus sama juga ikut kita.sebab kita berempat kan (Gambar 306) xx. Tarikh 28/1/2019 jam 22.39 – Husin akhi bincang dgan dia.sebab kita berempat yg tahu misi serang kuil ini (Gambar 310) xxi. Tarikh 28/1/2019 jam 23.07 & 23.08 – Sebab kita akan bunuh sami celaka itu – Baru adil klau dpt bunuh sami itu (Gambar 317) xxii. Tarikh 28/1/2019 jam 23.11 – Kuil india yg bunuh bomba kita itu akhi.guna pedang saja kita tiada pistol (Gambar 318) xxiii. Tarikh 28/1/2019 jam 23.18 – Bln 4 akhi.kita jupa bincang dlu.buat pelan kita tidak blh serbu tiada pelan bgitu.mujahidin serbu kafir hrus ada pelan (Gambar 320) xxiv. Tarikh 30/1/2019 jam 18.34 – Kite jumpa dlu bincang untuk hancur kuil.abu dayyan ade pistol ke x (Gambar 335) xxv. Tarikh 30/1/2019 jam 18.37 – Kita jpa cmeron dlu akhi – Bincang (Gambar 338) xxvi. Tarikh 30/1/2019 jam 18.53, 18.54 & 18.55 – Sami tu kita pedang biar icu – Kita bkar kereta dan kuil dia hbis2 – Kita buat keje pantas (Gambar 348) xxvii. Tarikh 30/1/2019 jam 19.01 – Misi kita lpas hancur kuil tu.kita msuk disko.kita bkar disko plak (Gambar 351) xxviii. Tarikh 30/1/2019 jam 19.06 – Kita hrus buat pangilan ancaman kepada bgunan kerajaan akhi (Gambar 353) xxix. Tarikh 30/1/2019 jam 22.06 – Akhi bincang dgan husin misi hancur kuil sama2 (Gambar 366) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg xxx. Tarikh 14/2/2019 jam 14.07 – Kita jumpa bincang hancur kuil itu akhi (Gambar 412) xxxi. Tarikh 14/2/2019 jam 14.27 – Ya akhi..misi hancur kuil jgan antara kita ada kje atau msalah (Gambar 417) xxxii. Tarikh 14/2/2019 jam 22.31 – Tidak payah jauh lagi.hancur kuil hindu dulu husin (Gambar 429) xxxiii. Tarikh 10/3/2019 jam 13.29 & 13.30 – Siti kassim kita harus bunuh – Babi siti kassim tu (Gambar 473) xxxiv. Tarikh 10/3/2019 jam 19.34 – Bila dpt senjata nanti kita ajar kafir tu satu psatu (Gambar 475) xxxv. Tarikh 14/3/2019 jam 11.32, 11.33 & 11.35 – Semua kena on – Dosa kita biarkan tiada tindakan atas kematian bomba tu – Tu kita kna jmpa bincang atur rapi2 (Gambar 489) xxxvi. Tarikh 14/3/2019 jam 12.48 – Kita bincang nati akhi..bnyak kuil kita blh musnah (Gambar 503) xxxvii. Tarikh 17/3/2019 jam 20.23 – nanti kita serang kuil india.kita bakar smpai tinggal arang (Gambar 515) xxxviii. Tarikh 18/3/2019 jam 17.33 – Gereja dgan kuil – Kita serang kuil dlu (Gambar 538) xxxix. Tarikh 18/3/2019 jam 18.00 – Kita dah ade senjata. Kita susun gerak kerja kita dgan terbaik.kita kna hebat dari polis (Gambar 549) xl. Tarikh 19/3/2019 jam 22.13 – Ana dgan abu dayyan ambil senjata lepas tu kami naik cmeron akhi (Gambar 579) xli. Tarikh 19/3/2019 jam 22.48, 22.49, 22.50 & 22.55 – Kita guna moto akhi – Bom kuil – No kita tukar – Abu dayyan abu amri jga line.kita bdua lempar bom (Gambar 592) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg xlii. Tarikh 20/3/2019 jam 00.04 & 00.07 – Memang kena guna motor – Cepat dan pantas – Ya akhi..kita kna guna moto.nk lempar cpt2 (Gambar 600) xliii. Tarikh 20/3/2019 jam 12.45 – Kita serang kuil india tu dulu akhi. (Gambar 607) xliv. Tarikh 22/3/2019 jam 12.54 – akhi atur pelan.kita serang kuil lain.kuil itu kmudian kita serang (Gambar 638) xlv. Tarikh 22/3/2019 jam 18.47 – Kita ambil bom sama2.ana takut.tlong teman ana – Dlu ana brani – Masa dulu berani (Gambar 668) xlvi. Tarikh 24/3/2019 jam 08.50 – Kita ambil sama2 (Gambar 688) xlvii. Tarikh 24/3/2019 jam 08.55 – sbb tu ana nk akhi abu sengat abu amri ke dpn (Gambar 688) xlviii. Tarikh 24/3/2019 jam 21.29 – Akhi atur pelan.akhi cerita ke ana (Gambar 696) xlix. Tarikh 25/3/2019 jam 13.59 – yg penting akhi pelan misi kita (Gambar 707) l. Tarikh 25/3/2019 jam 14.04 – bincang pelan akhi bgi thu ke ana (Gambar 710) li. Tarikh 25/3/2019 jam 17.28 – Buat pelan misi.citer ke ana.esk ana ambil durian.gane2pun kita jumpa. (Gambar 716) lii. Tarikh 27/3/2019 jam 09.37 – Terbaik akhi…jgan fikir barang.lpas ni akhi2 buat latihan.yg penting sabar jgan gopoh (Gambar 729) liii. Tarikh 3/4/2019 jam 21.17 – Nanti khi ikut arahan ana (Gambar 764) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg liv. Tarikh 23/4/2019 jam 15.39– Aamiin..kita serang kuil india tu sama2 nti khi (Gambar 842) lv. Tarikh 2/5/2019 jam 21.28 – Cari tmpat selamat khi (Gambar 1024) lvi. Tarikh 4/5/2019 jam 00.18 – Udara dh dpt tdi khi.yg kita esk atau lusa.ana tnggu hr ni kita.akel ubah jdi esk atau lusa.lpas dpt akel vc mujahidin dia di sana.ana bgi thu demi buat kita lbih smangat.akel sruh kita jga diri baik2.jga sahabat.bkar durian lari cpt2.bhati hti.cara guna kyu tngok di tube.akel sruh kita kmas psukan kita. (Gambar 1062) lvii. Tarikh 4/5/2019 jam 00.30 – Kna buat latihan khi. (Gambar 1066) lviii. Tarikh 4/5/2019 jam 00.39 – Ya khi.akel ni ktua.org dia rmai di stiap negeri mlysia kita.kita psukan kita.jgn x jdi misi kita.latihan kita fikir mcm mne khi (Gambar 1070) lix. Tarikh 4/5/2019 jam 00.53 – Kita bljar dlm tube cara guna.latihan kbun ana.ganu ana ade kuil tokong juga khi (Gambar 1073) lx. Tarikh 4/5/2019 jam 00.55 – Selangor dlu khi kuil india yg bnuh bomba tu dlu (Gambar 1074) lxi. Tarikh 4/5/2019 jam 01.02 & 01.16 – Kuil india yg bnuh bomba kita dlu khi kita target – Kita buat hbis durian kat kuil india tu khi.akel jnji dia akn sdia yg baru (Gambar 1076) lxii. Tarikh 4/5/2019 jam 01.23 – Akel kata dana jgan risau ada bnyak.abu dayyan diam knp khi? kita x blh bpecah..utara psukan mrk.kita psukan kita.latihan dlu yg pting (Gambar 1077) lxiii. Tarikh 4/5/2019 jam 18.19 – Kita hrus buat ltihan khi2 (Gambar 1097) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg lxiv. Tarikh 4/5/2019 jam 19.11 & 19.13 – Esk kita dpt kayu.temu janji khi2 urus dan kita buat latihan khi – Kita x mhu siapa2 ksn kita.nti kita buat ltihan khi (Gambar 1102) lxv. Tarikh 5/5/2019 jam 00.04 – jngn lma2 durian msuk angin.ini psan akel.kita kna atur cpt2 (Gambar 1120) lxvi. Tarikh 5/5/2019 jam 00.11 – Ya khi.latihan plak nti.smpai kyu esk ana buat latihan sorang dlu.akel psan bljar dri tube kyu (Gambar 1122) lxvii. Tarikh 5/5/2019 jam 00.48 – kita buat ltihan nti khi.biar ana blatih dlu khi2 (Gambar 1126) lxviii. Tarikh 5/5/2019 jam 08.17 – Ana x ambil lgi kyu.kita jmpa dlu.klau nk kyu ana msg akel.atur jmpa (Gambar 1131) lxix. Tarikh 5/5/2019 jam 08.20 & 08.27 – kita jmpa dlu kyu x ambil lgi – Puasa ke dua jmpa kita jgan lma2 buat pelan latihan lgi. (Gambar 1133) lxx. Tarikh 5/5/2019 jam 08.42 – kita jmpa buat pelan.kyu x pyh ambil lgi (Gambar 1135) lxxi. Tarikh 5/5/2019 jam 08.58 – kyu x ambil lgi.stop dlu.jmpa dlu buat plan.jgan gopoh2.hati2 btenang. (Gambar 1136) lxxii. Tarikh 5/5/2019 jam 09.55 – Ana x blh ambil kyu lgi jmpa dlu (Gambar 1139) lxxiii. Tarikh 5/5/2019 jam 09.59 – Btl tu khi jmpa untuk buat srangan (Gambar 1140) lxxiv. Tarikh 5/5/2019 jam 14.03 & 14.05 – puasa ke dua kita jmpa ana mintak dana nti khi – Buat plan kmas2 rapi2 khi (Gambar 1153) lxxv. Tarikh 5/5/2019 jam 14.13 – kyu jgan akel risau akel bila2 blh bgi kat kita.jnji kita kmas pelan bhati hti.ana jga khi2 smua. (Gambar 1154) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [104] Terdapat juga beberapa keterangan yang menunjukkan bahawa ahli kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” bersedia untuk melibatkan diri dalam perbuatan pengganas. Ini dapat dilihat dari keterangan SP21 dan SP22, dua (2) sesi perjumpaan telah diadakan di antara ahli kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” sebelum OKT ditangkap. [105] Perbualan-perbualan di dalam P26 menunjukkan ahli kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa” ada membincangkan perancangan untuk membuat serangan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield secara terperinci dan kerap. [106] Hasil siasatan SP24 juga mendapati seramai 4 orang termasuk OKT telah ditangkap dan 3 yang lain telah dijatuhkan hukuman. Antara individu yang telah ditangkap adalah Mohamad Husin bin Jamal, Amru Lubis, dan Ibrahim. Mohamad Husin bin Jamal telah dijatuhkan hukuman selama 2 tahun di bawah seksyen 130 JB(1)(a) Kanun Keseksaan, Amru Lubis telah dijatuhkan hukuman selama 20 tahun dibawah seksyen 130 F(a) Kanun Keseksaan dan 130 JB(1)(a) Kanun Keseksaan. [107] Melalui keterangan-keterangan di atas, Mahkamah ini mendapati pertuduhan keempat terhadap OKT di bawah s. 130F (b) KK juga telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan secara prima facie. Pertuduhan Kelima : OKT dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas, telah melibatkan diri dalam mendapatkan enam (6) butir bom paip (“pipe bom”) sebagai persediaan untuk melakukan niat itu (S.130JD(1) KK). [108] Peruntukan Seksyen 130JD(1) KK adalah seperti berikut: S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg “Preparation of terrorist acts 130JD. (1) Whoever, with the intention of committing a terrorist act or assisting another to commit a terrorist act, engages in any conduct in preparation for giving effect to such intention shall be punished with imprisonment for a term not exceeding seven years, and shall also be liable to fine.
2
For the purposes of subsection (1), it shall be irrelevant whether the intention and preparation relate to one or more particular terrorist act” [109] Seterusnya, ‘perbuatan keganasan’/’terrorist act’ pula telah didefinisikan di bawah seksyen 130B(2) KK seperti berikut : “(2) For the purposes of this Chapter, ‘terrorist act’ means an act or threat of action within or beyond Malaysia where -
a
the act or threat falls within subsection (3) and does not fall within subsection (4);
b
The act is done or the threat is made with the intention of advancing a political, religious or ideologfical cause; and
c
The act or threat ia intended or may reasonably be regarded as being intended to -
i
Intimidate the opublic or a section of the public; or
II
(ii) Influence or compel the Government of Malaysia or the Government of any State in Malaysia, any other government, or any international organisation to do or refrain from doing any act.
3
An act or threat of action falls with the subsection if it -
a
involves serious bodily injury to a person. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg
b
endangers a person’s life;
c
causes a person’s death;
d
creates a serious risk to the health or the safety to the public or a section of the public;
e
Involves serious damage to property;
f
involves the use of firearms, explosives or other lethal devices,” [Penekanan diberikan] [110] Pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa OKT telah dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas, telah melibatkan diri dalam mendapatkan enam (6) butir bom paip (“pipe bom”) sebagai persediaan untuk melakukan niat itu sejak 19.1.2019 sehinggalah 4.5.2019 melalui aplikasi WhatsApp di dalam kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa”. Perkara ini dapat dilihat jelas dengan merujuk kepada 2 perbualan daripada OKT seperti berikut:- i. Gambar 264, P26 Tarikh 19/1/2019 jam 22.46 & 22.48 Ana usaha senjata.dengan sahabat petani.klau dpt ana bgi tahu – Kita bli pistol bom.biar mampus hancur sami kuil itu ii. Gambar 1115, P26 Tarikh 4/5/2019 jam 22.55 Dia x ade ana kaji durian ni tido dgan durian [111] Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati OKT dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas, telah melibatkan diri dalam mendapatkan enam (6) butir bom paip (“pipe bom”) sebagai persediaan untuk melakukan niat itu dengan merujuk kepada perbualan-perbualan daripada OKT seperti berikut:- S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg i. Tarikh 19/1/2019 jam 22.46 & 22.48 – Ana usaha senjata.dengan sahabat petani.klau dpt ana bgi tahu – Kita bli pistol bom.biar mampus hancur sami kuil itu (Gambar 264) ii. Tarikh 20/1/2019 jam 20.55 – Susah nk dpatkan senjata.ana usaha dgan dengan shabat fb.smpai skrang tiada jwapan dari mrk (Gambar 272) iii. Tarikh 20/1/2019 jam 20.58 – Akhi usaha juga.tengok gambar mrk.gambar btl senjata dia di fb.bila tanya senjata tiada jawapan dari mrk (Gambar 272) iv. Tarikh 23/1/2019 jam 21.40 – Org patani tiada jwpan akhi.sdgkan mrk bnyk senjata.ana rasa mrk takut ke ana akhi (Gambar 281) v. Tarikh 25/1/2019 jam 00.18 – Berat org patani ni akhi.ana mhu ejas senjata api.tpi jwapan teruk dpt dalam fb bkn main hbat dia (Gambar 285) vi. Tarikh 28/1/2019 jam 11.25 – Ya akhi..susah nk dpt senjata org patani tidak bls bila ana tanya mhu bli senjata (Gambar 301) vii. Tarikh 2/2/2019 jam 20.16 – Kwan fb patani dia add ana.dia msg ana di fb.mesti kwan dia sruh add ana.sedar2 tawar senjata api dan tanya senjata api nk buat ape.pelik soalan dia (Gambar 391) viii. Tarikh 2/2/2019 jam 20.24 – Dgan dia ade senjata api ana rasa dia add fb ana dan hta msg.kite nk bil senjata api dia tanya nk buat ape.ana kate jgan tnya.dia terus tnya.smpai nk bedil ana (Gambar 393) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg ix. Tarikh 4/2/2019 jam 20.35 – Minum air msak bnyk2 akhi.kita nk dptkan senjata jugak wlau mcm mne pun.kmatian bomba hrus di bls (Gambar 395) x. Tarikh 14/2/2019 jam 14.30 & 14.32 – Ana bosan msg org2 thai tu tanya senjata – Susah bincang dgan mrk senjata api (Gambar 419) xi. Tarikh 14/2/2019 jam 14.36 – Akhi abu dayyan msg geng2 patani.mrk ade senjata.tapi mrk bnyak soal.akhi jwab soalan mrk.ana bosan tanya snjata dgan mrk (Gambar 420) xii. Tarikh 21/2/2019 jam 11.15 – lepas kita serang kuil kita tidak boleh duduk Malaysia lagi.kita pergi negara kamu.abg tengah ejas senjata api.duduk di bumi ni banyak masalah.demi Allah tunggu je senjata api. (Gambar 435) xiii. Tarikh 6/3/2019 jam 16.03 – Tunggu lah ana usaha senjata. (Gambar 456) xiv. Tarikh 6/3/2019 jam 18.03 – Ade dia kata.bom raifel pistol semua ade.ana tengah msg dia.ana kol sembang dia takut.ana nasihat jgan takut. (Gambar 457) xv. Tarikh 7/3/2019 jam 19.30 – Cerah harapan kita untuk dapat senjata (Gambar 461) xvi. Tarikh 19/3/2019 jam 22.14 – Kita ade bom.akhi pndai guna x (Gambar 586) xvii. Tarikh 19/3/2019 jam 22.22 – Seminggu baru kita blh ambil bom tu akhi (Gambar 587) xviii. Tarikh 19/3/2019 jam 22.48, 22.49 & 22.50– Kita guna moto akhi – Bom kuil – No kita tukar – Abu dayyan abu amri jga line.kita bdua lempar bom (Gambar 592) xix. Tarikh 20/3/2019 jam 00.02 – 5 biji.berat 200g 400g (Gambar 599) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg xx. Tarikh 22/3/2019 jam 12.54 – di luar ana tengok dah akhi sengat amri tu.nti kita jmpa akhi dayyan.bom 2 3 hari lgi smpai.bom ana pergi ambil. (Gambar 638) xxi. Tarikh 22/3/2019 jam 17.18 – Berita gembira.bom dah siap (Gambar 640) xxii. Tarikh 22/3/2019 jam 17.42 – Bom dh siap.akel syam kata blh ambil dah bom tu.kita ambil sama2… (Gambar 646) xxiii. Tarikh 22/3/2019 jam 17.50 – Siap dah akhi.5 biji..bom ni ana knal.bom batu.infek kuat dari bom tentera (Gambar 648) xxiv. Tarikh 22/3/2019 jam 18.11 & 18.12 – Bom ni kuat akhi.padu bom bulat tentera – Batu 50kg blh hncur terbelah (Gambar 651) xxv. Tarikh 23/3/2019 jam 09.31 – Sama dgan bom kita tu.bom ikan bleran je isi.mukin bom ni timbul x tgelam (Gambar 665) xxvi. Tarikh 23/3/2019 jam 18.47 & 18.48 – Kita ambil bom sama2.ana takut.tlong teman ana – Dlu ana brani – Masa dulu berani (Gambar 668) xxvii. Tarikh 23/3/2019 jam 22.32 – Akel syam tanya bila nk ambil durian.ana kata lusa (Gambar 679) xxviii. Tarikh 24/3/2019 jam 08.47 & 08.48 – Musim mcm ni biasa lah akhi.durian ana tengah fikir nk ambil mne – Kita kena ambil – Kena ambil durian. (Gambar 687) xxix. Tarikh 24/3/2019 jam 08.50 & 08.55 – Kita ambil sama2 – smpai skrg ana fkir durian nk ambil mne durian. (Gambar 688) xxx. Tarikh 25/3/2019 jam 13.59 – durian ana ambil sendiri. (Gambar 707) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg xxxi. Tarikh 25/3/2019 jam 14.02 – Esk ana ambil durian (Gambar 709) xxxii. Tarikh 25/3/2019 jam 17.13 – Ya akhi..ana ambil (Gambar 714) xxxiii. Tarikh 25/3/2019 jam 17.28 – esk ana ambil durian.gane2pun kita jumpa. (Gambar 716) xxxiv. Tarikh 26/3/2019 jam 08.49 – Wsalam akhi.ana tunggu akel syam (Gambar 719) xxxv. Tarikh 26/3/2019 jam 13.40 – Mana org akel ni..sakit dada sakit kepala tunggu (Gambar 720) xxxvi. Tarikh 26/3/2019 jam 16.04 – Akel ckap barang dah masuk.dari kelantan hta.xade lgi ni.ana tunggu msg akel (Gambar 721) xxxvii. Tarikh 27/3/2019 jam 08.57, 09.16 & 09.30 – Wslam dayyan tunggu akel – Jdi.dari kelantan hata bom.dia sruh ana tunggu je akhi – Akhi sudah sedia pelan ke belum (Gambar 728) xxxviii. Tarikh 28/3/2019 jam 22.29 – Sabar akhi.5 hari lgi (Gambar 735) xxxix. Tarikh 29/3/2019 jam 08.55 – 4hari lgi akhi (Gambar 735) xl. Tarikh 29/3/2019 jam 09.34 – Wsalam durian smpai 4 hri lgi (Gambar 736) xli. Tarikh 29/3/2019 jam 20.50 – Akel sruh sbar.senjata msuk jln tikus (Gambar 740) xlii. Tarikh 29/3/2019 jam 21.07 – tpi dia sruh kita jln durian dlu.baru dpt senjata api. (Gambar 743) xliii. Tarikh 29/3/2019 jam 21.11 – biar ana dpt bom dari akel. (Gambar 744) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg xliv. Tarikh 3/4/2019 jam 18.22 – Lmbat durian.kita sbar khi (Gambar 759) xlv. Tarikh 3/4/2019 jam 21.12 – Ya ana mintak mcm tula.takut durian x letup.ade pistol.akel sruh durian dlu (Gambar 760) xlvi. Tarikh 23/4/2019 jam 15.26 – kami tiada senjata.tu kami minta tolong dengan akel.akel nak bagi dah hari tu.tu kami tunggu jawapan dari akel lagi ni khi (Gambar 841) xlvii. Tarikh 3/5/2019 jam 21.07 – Ok khi ana bwak durian. (Gambar 1054) xlviii. Tarikh 4/5/2019 jam 00.06 – Utara dh dpt durian tdi khi.kita esk atau lusa dpt durian (Gambar 1059) xlix. Tarikh 4/5/2019 jam 00.30 – akel durian je tpi ana mintak kyu bgi slalu nk pthan diri dan durian msuk angin. (Gambar 1066) l. Tarikh 4/5/2019 jam 01.47 – Ya khi.ana usaha hbis sdya upaya.dgn mujahidin thai mcm2 dugaan ancaman ana dpt.hri2 ana mintak senjata untuk bls kuil india tu.tiba2 akel hdir bantu kita smua Alhamdulillah (Gambar 1080) li. Tarikh 4/5/2019 jam 11.26 & 11.33 – Ana tngah tnggu ni khi hri ni atau esk akel sruh ana tnggu – Ana pergi ambil brg sorang je khi klau akel msg ana (Gambar 1083) lii. Tarikh 4/5/2019 jam 18.09 – Berita gembira tdi ana g ambil durian 2jam khi (Gambar 1091) liii. Tarikh 4/5/2019 jam 18.10 – Gambar yang dipercayai bom (Gambar 1092 – 1094) liv. Tarikh 4/5/2019 jam 18.11 – Durian khi (Gambar 1094) lv. Tarikh 4/5/2019 jam 18.12 – Dlm plastik balut khi.klau nk buka ana tkut letup (Gambar 1096) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg lvi. Tarikh 4/5/2019 jam 18.41 – Gambar yang dipercayai bom (Gambar 1100-1101) lvii. Tarikh 4/5/2019 jam 22.18 – Mlm ni ana tidur dgan durian.akel kata x bhaya selagi x cucuh sumbu (Gambar 1109) lviii. Tarikh 4/5/2019 jam 22.24 – Berat bsr durian kita (Gambar 1112) lix. Tarikh 4/5/2019 jam 22.26 & 22.27 – Bsar lengan ade lh khi.mesti kuat gegar nti – Klah bom biasa akel kata (Gambar 1113) lx. Tarikh 4/5/2019 jam 22.55 – Dia x ade ana kaji durian ni tido dgan durian (Gambar 1115) [112] Mahkamah ini juga telah menilai keterangan yang telah diberikan oleh ASP Muhammad Safwan bin Muhamad Ismail (SP24) berkenaan dengan pendedahan OKT yang membawa kepada penemuan tempat 6 butir bom disembunyikan. [113] Pada 10.5.2019 jam lebih kurang 9.15 pagi, bertempat di IPD Kuala Berang, SP24 telah menyoal siasat OKT mengenai kedudukan bom yang disimpan. OKT telah mendedahkan kepada SP24 bahawa terdapat 6 butir bom buatan sendiri yang dibungkus menggunakan plastik hitam ditanam berjauhan dengan tempat OKT tanam pistol yang telah dijumpai. [114] SP24 telah meminta OKT untuk menulis maklumat yang dia ingin dedahkan kepada pihak polis di atas sehelai kertas putih. Sebelum OKT menulis di atas kertas tersebut, SP24 telah menerangkan kepada OKT syarat-syarat di bawah Seksyen 112 (2) dan (3) Kanun Tatacara S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg Jenayah. Selepas itu, OKT telah menulis di atas sehelai kertas putih perkataan-perkataan yang berikut:- “Saya Mahadi Bin Mamat no. kad pengenalan Malaysia tidak ingat, lahir pada 5.8.1985 telah menanam 6 biji bom paip yang dibungkus di dalam plastik hitam. Bom paip tersebut saya ambil dari Kenyir di tepi jalan dan kemudian telah bawa balik ke rumah saya. Keesokan pagi sekitar pukul 10 saya ke Hutan Datap untuk tanam bungkusan hitam berserta 6 biji bom di dalamnya. Bom tersebut saya tanam 5 hari sebelum puasa pada tahun ini.” [P159] [115] Selepas OKT siap menulis di atas kertas tersebut, SP24 telah meminta OKT untuk menurunkan tandatangannya, cap jarinya, namanya dan tarikh di atas kertas tersebut. SP24 juga telah menurunkan tandatangannya di atas kertas tersebut. [116] Kemudian, pada 10.5.2019 jam lebih kurang 9.24 pagi, SP24 telah membuat satu laporan polis bersabit Kuala Berang/001703/19 [P160] berhubung dengan pendedahan OKT tersebut. [117] Selepas itu, pihak polis telah dipandu arah oleh OKT ke dalam kawasan hutan atas bukit Kg. Teris Hulu Terengganu, Terengganu, dan OKT telah memandu pihak polis ke tempat objek yang dipercayai bom disembunyikan oleh OKT. Hasil pemeriksaan di tempat yang ditunjukkan oleh OKT, pihak polis telah berjaya menjumpai satu guni bewarna putih [P87(A)] dalam keadaan ditanam. Apabila pasukan guni putih tersebut dibuka, terdapat satu (1) beg plastik hitam [P88(A)] di dalam guni putih tersebut. Setelah beg plastik hitam tersebut dibuka, pasukan Unit Pemusnahan Bom telah menjumpai enam (6) bungkusan plastik hitam S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg berbentuk silinder yang diselotape yang disyaki pipe bomb [gambar barang kes – P67(60-63)]. [118] Rakaman percakapan atau pernyataan OKT yang dirakamkan oleh pihak polis juga telah membuktikan niat OKT untuk melakukan suatu perbuatan pengganas, di mana OKT telah melibatkan diri dalam mendapatkan enam (6) butir bom paip (“pipe bom”) sebagai persediaan untuk melakukan niat itu seperti berikut:- Rakaman percakapan OKT bertarikh 26.05.2019 [P27] yang dirakam oleh SP3 i. “Bagi menjayakan rancangan ini, saya telah mendapatkan senjata api dan bom daripada Akel Syam.” ii. “Saya Mahadi bin Mamat (No. IC 850805-11-5405), saya mengaku pada 4.5.2019 @ 18.36 saya berkongsi gambar bom ke dalam kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’. Saya mengaku telah membuka plastik hitam tersebut dan dapati ada 3 bungkusan plastik hitam. Saya mengaku telah buka satu plastik hitam dan dapati bom batang paip disaluti dengan surat khabar. Saya mengaku koyak surat khabar berkenaan dan mendapati bom paip PVC sepanjang lebih kurang 8 inci yang berwarna hitam serta mempunyai sumbu panjang lebih kurang sejengkal. Saya mengaku bahawa gambar bom ini adalah sama dengan bom semasa saya ditangkap polis.” Pernyataan bertulis OKT bertarikh 27.05.2019 [P28] yang dirakam oleh SP4 S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg i. “Saya mengaku bagi menjayakan serangan ke atas kuil saya mengaku telah mula mencari orang yang ada menjual senjata api termasuk di pasaran gelap.” ii. “Saya mengaku merancang mendapatkan senjata api raifel, bom dan pistol.” iii. “Saya mengaku menggunakan telefon bimbit milik saya jenama Alcatel untuk mencari dan dapatkan senjata api jenis raifel, bom, pistol melalui facebook milik saya iaitu ‘Eldi Islam Full’. Saya mengaku telah berhubung dengan penama Akel Syam yang saya percaya ialah Akel Zainal sebagai mujahidin bersama kumpulan pengganas di Syria. Saya juga telah bertanya kepada Akel Syam adakah mempunyai senjata api.” iv. “Saya mengaku pada 4 Mei 2019 lebih kurang jam 2pm telah terima mesej melalui messenger facebook dari Akel Syam maklum kepada saya untuk ambil bom (durian) di dalam longkang tepi jalan Tasik Kenyir, Gua Musang (papan tanda elektrik TNB). Saya mengaku pada hari yang sama iaitu 4 Mei 2019 menggunakan motosikal isteri saya no TAL3344 ambil satu bungkusan plastik hitam yang mengandungi bom dan terus bawa balik ke rumah saya di alamat 25 Kg Teris Hulu Telemong, Kuala Berang, Terengganu. Saya mengaku 4 Mei 2019 lebih kurang jam 6.30pm telah ambil gambar bom dan hantar dalam kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’. Saya mengaku telah buka plastik hitam tersebut dan dapati ada 3 bungkusan plastik hitam. Saya mengaku telah buka satu plastik hitam dan dapati bom batang paip disaluti dengan surat khabar. Saya S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg mengaku telah koyak surat khabar berkenaan dapati bom paip PVC panjang lebih kurang 8 inci berwarna hitam mempunyai sumbu hitam panjang lebih sejengkal. Saya mengaku telah simpan bom (durian) di reban ayam belakang rumah saya. Saya mengaku pada 5 Mei 2019 lebih kurang jam 11am menggunakan TAL3344 telah bawa bungkusan plastik hitam bom (durian) dan saya sorok sebalik salah satu pokok kelapa sawit di kebun milik saya di Hulu Telemong, Terengganu.” v. “Saya mengaku seterusnya tanam bom (durian) di kaki bukit lebih kurang 300 meter dari tempat saya tanam pistol (kayu). Saya mengaku telah tanam guna dahan kayu yang saya jumpa di tempat berkenaan.” Rakaman percakapan OKT bertarikh 24.05.2019 [P29] yang dirakam oleh SP5 i. “Pihak polis ada tanya saya, di mana “barang” namun saya diamkan diri. Saya faham dan tahu bahawa “barang” yang pihak polis tanya adalah pistol dan bom.” ii. “Pistol dan bom tidak dijumpai oleh pihak polis kerana pistol dan bom tersebut saya telah sembunyikan di kebun hutan yang berhampiran dengan kebun getah milik mak ayah saya, Saya sembunyikan pistol dan bom dengan cara menanam barang-barang tersebut di dalam tanah. Seingat saya, saya ada beritahu kepada Abu Qital dan Abu Amri yang saya telah tanam pistol dan bom tersebut. Seingat saya, barang yang saya tanam adalah satu pistol dan enam bom batang paip.” S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg iii. “Seingat saya, saya ada mesej Akel Zainal melalui facebook bertanya soalan “ada senjata ke tak?”, Akel Zainal jawab dia ada senjata dan bertanya kepada saya, saya nak senjata apa? Kayu ke durian. Saya respon dengan bertanya semula “apa itu durian dan kayu?”. Akel Zainal jawab durian merujuk pada bom manakala kayu adalah pistol.” iv. “Selepas seminggu perjumpaan ahli group WhatsApp “Sehati Sejiwa”, pada waktu petang, saya telah terima mesej daripada Akel Syam melalui akaun facebook milik saya bernama EIDI ISLAM yang menyatakan “durian” (bom) telah diletakkan di tempat yang dijanjikan iaitu kawasan berhampiran papan tanda “kabel eletrik” iaitu di tepi jalan kawasan Tasik Kenyir, Terengganu. Saya jawab ok. Saya pun kemudian bertolak daripada rumah saya dengan menaiki motosikal saya TAL 3344, Honda Wave warna hitam ke Tasik Kenyir. Sampai di kawasan papan tanda elektrik tersebut, saya cuba cari “durian” namun tak jumpa. Selepas lebih kurang 20 minit, saya jumpa satu plastic berwarna hitam berada di tepi papan tanda kabel elektrik tersebut. Saya ambil plastic tersebut dan letakkan ke dalam raga motosikal saya dan bawa balik ke rumah saya yang beralamat 25, kampong Teris, Kuala Berang, Terengganu. Sampai di rumah saya, saya letakkan di tepi rumah dan saya ada buka plastic hitam tersebut. Saya nampak bom batang paip berada dalam beg plastik hitam tersebut. Saya nampak ada enam bom batang paip dan saya telah keluarkan satu S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg bom batang paip dan ambil gambar bom tersebut menggunakan telefon bimbit milik saya yang kini telah diambil oleh pihak polis semasa saya ditangkap. Saya hantar gambar satu bom batang paip ke dalam group whatsaap “Sehati Sejiwa “ dan maklumkan kepada ahli group yang saya telah ambil. Selepas itu saya masukkan balik bom tersebut ke dalam beg plastic hitam semula dan saya biarkan di tepi rumah saya. Petang itu, hujan turun dan plastik hitam yang ada 6 bom batang paip dimasuki air sedikit. Kemudian saya ubah plastic hitam tersebut di tepi reban ayam namun plastik hitam tersebut terkena hujan juga sikit. Keesokkan harinya, saya telah bawa beg plastik hitam yang mengandungi 6 bom batang paip ke kebun milik mak dan ayah saya menaiki motosikal saya TAL 3344 warna hitam jenama Honda Wave. Semasa saya sampai di kebun tersebut, saya ada mesej Akel Sham melalui akaun facebook beritahu kayu tidak perlu dan bom batang paip bazir. Saya tidak beritahu yang bom tersebut telah kena hujan. Saya telah terima mesej daripada Akel Syam yang menyatakan kayu (pistol) telah diletakkan di tempat yang sama dengan tempat yang saya ambil durian semalam. Saya pun sembunyikan plastic hitam yang ada 6 bom batang paip dalam semak di kebun mak ayah saya. Saya kemudian menaiki motosikal saya TAL 3344 warna hitam jenama honda wave ke Tasik Kenyir dan ambil kayu (pistol) di tempat yang sama saya jumpa bom batang paip. Kemudian saya balik semula ke kebun mak ayah saya S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg di Kampung Teris, Kuala Berang. Sampai di kebun, saya ada beritahu group “Sehati Sejiwa” yang saya telah ambil pistol dan hantar gambar pistol tersebut ke dalam group. Saya telah sembunyikan pistol tersebut di dalam tanah manakala 6 bom batang paip saya telah masukkan ke dalam guni dan tanam di dalam tanah. Saya tanam bom dan pistol di kawasan hutan namun dekat dengan kebun mak ayah saya. Ahli group iaitu Abu Qital ada nasihat supaya tanam bom dan pistol tersebut tetapi mereka tidak tahu bahawa saya sebenarnya telah sembunyikan pistol dan 6 batang paip bom sebelum Abu Qital nasihatkan saya.” v. “Kebun mak ayah saya seluas 3 ekar dan mempunyai pokok getah dan kelapa sawit. Selepas saya, tanam pistol dan 6 bom batang paip tersebut, saya berehat di kebun mak ayah saya dan kemudian balik ke rumah saya yang beralamat 25, kampong Teris Kuala Berang. Sampai sahaja di rumah, saya pun ditangkap pihak polis.” vi. “Saya pergi kerja menaiki motosikal saya, nombor pendaftaran TAL 3344 warna hitam. Motosikal ini didaftarkan atas nama isteri saya iaitu Siti Fatimah Binti Hamid. Saya menggunakan motosikal tersebut untuk pergi ke mana-mana sahaja termasuk pergi ke kawasan Tasik Kenyir untuk mengambil pistol dan bom.” [119] Tiada keperluan untuk SP24 mematuhi seksyen 27 Akta Keterangan 1950 berkenaan penemuan enam butir bom paip tersebut S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg atas dasar bahawa kes terhadap OKT ini menggunapakai prosedur SOSMA. S.20 SOSMA menyatakan seperti berikut: ‘Documents or things seized or howsoever obtained
20
All documents or things seized or howsoever obtained whether before or after a person has been charged for a security offence and the contents of the documents or things shall be admissible as evidence.’ [120] Oleh yang demikian, tidak ada isu mengenai kebolehterimaan masuk enam butir bom paip ini memandangkan s.20 SOSMA memperuntukkan bahawa apa jua barang kes yang dirampas sebelum atau selepas OKT dituduh bagi kesalahan keselamatan harus diterima masuk sebagai keterangan. [121] Enam (6) butir bom paip (“pipe bom”) telah disahkan oleh Insp Muhammad Ridzuan Bin Muhd Azmi (SP7) bahawa sekiranya kesemua 6 butir bom paip tersebut meletup, ia boleh mengakibatkan kemusnahan dan kecederaan yang serius dalam radius 50 meter dari lokasi bom tersebut diletakkan. Ini menunjukkan bahawa OKT mempunyai senjata dan kekuatan untuk melakukan suatu perbuatan pengganas. [122] SP7 yang berperanan membuat pemeriksaan dan uji bukti terhadap 6 butir bom paip [gambar barang kes - P68(13)] telah menyediakan satu laporan uji bukti barang kes berkait Kuala Berang Rpt 1623/19 dan Kuala Berang Rpt 1708/19 bertarikh 24.5.2019 [P34]. Hasil daripada uji bukti, SP7 mendapati enam (6) butir bom paip tersebut boleh menghasilkan letupan dan sekiranya kesemua enam (6) butir bom paip meletup, impak kemusnahan dan kecederaan akan terhasil dalam radius 50 meter dari lokasi setiap barang kes ini diletakkan. Bebola besi dan S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg paip PVC yang digunakan dalam pembinaan semua bom paip berfungsi untuk menambah kesan serpihan (fragmentations effect) serta meningkatkan impak kemusnahan dan kecederaan. [123] Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, terdapat keterangan prima facie bahawa OKT dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas, telah melibatkan diri dalam mendapatkan enam
6
butir bom paip (“pipe bomb”) sebagai persediaan untuk melakukan niat itu. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen-elemen di bawah s.130JD(1) KK. Pertuduhan Keenam OKT dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas, telah melibatkan diri dalam mendapatkan sepucuk pistol semi-automatik CZ 75B dan lima belas (15) butir peluru jenis “Luger 9mm” sebagai persediaan untuk melakukan niat itu (s.130JD(1) KK) [124] Mahkamah ini seterusnya mendapati OKT dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas, telah melibatkan diri dalam mendapatkan sepucuk pistol semi-automatik CZ 75B dan lima belas (15) butir peluru jenis “Luger 9mm” sebagai persediaan untuk melakukan niat itu sejak 19 Januari 2019 sehinggalah 5 Mei 2019 melalui aplikasi WhatsApp di dalam kumpulan perbualan “Group sejati sejiwa”. Perkara ini dapat dilihat jelas dengan merujuk kepada 2 perbualan daripada OKT seperti berikut:- i. Gambar 264, P26 Tarikh 19/1/2019 jam 22.46 & 22.48 Ana usaha senjata.dengan sahabat petani.klau dpt ana bgi tahu – Kita bli pistol bom.biar mampus hancur sami kuil itu S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg ii. Gambar 1166, P26 Tarikh 5/5/2019 jam 16.49 & 16.50 Ya khi..bratnya x smpai 1kg – Bsr snjata ni ana sentuh rasa.esk ana buka [125] Niat OKT seterusnya dapat dilihat melalui perbualan-perbualan daripada OKT seperti berikut:- i. Tarikh 19/1/2019 jam 22.46 & 22.48 – Ana usaha senjata.dengan sahabat petani.klau dpt ana bgi tahu – Kita bli pistol bom.biar mampus hancur sami kuil itu (Gambar 264) ii. Tarikh 20/1/2019 jam 20.55 – Susah nk dpatkan senjata.ana usaha dgan dengan shabat fb.smpai skrang tiada jwapan dari mrk (Gambar 272) iii. Tarikh 20/1/2019 jam 20.58 – Akhi usaha juga.tengok gambar mrk.gambar btl senjata dia di fb.bila tanya senjata tiada jawapan dari mrk (Gambar 272) iv. Tarikh 23/1/2019 jam 21.40 – Org patani tiada jwpan akhi.sdgkan mrk bnyk senjata.ana rasa mrk takut ke ana akhi (Gambar 281) v. Tarikh 25/1/2019 jam 00.18 – Berat org patani ni akhi.ana mhu ejas senjata api.tpi jwapan teruk dpt dalam fb bkn main hbat dia (Gambar 285) vi. Tarikh 28/1/2019 jam 11.25 – Ya akhi..susah nk dpt senjata org patani tidak bls bila ana tanya mhu bli senjata (Gambar 301) vii. Tarikh 30/1/2019 jam 18.35 – Klau polis serang kita.klau kite ade pistol kita lebih kuat (Gambar 336) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg viii. Tarikh 2/2/2019 jam 20.16 – Kwan fb patani dia add ana.dia msg ana di fb.mesti kwan dia sruh add ana.sedar2 tawar senjata api dan tanya senjata api nk buat ape.pelik soalan dia (Gambar 391) ix. Tarikh 2/2/2019 jam 20.24 – Dgan dia ade senjata api ana rasa dia add fb ana dan hta msg.kite nk bil senjata api dia tanya nk buat ape.ana kate jgan tnya.dia terus tnya.smpai nk bedil ana (Gambar 393) x. Tarikh 4/2/2019 jam 20.35 – Minum air msak bnyk2 akhi.kita nk dptkan senjata jugak wlau mcm mne pun.kmatian bomba hrus di bls (Gambar 395) xi. Tarikh 14/2/2019 jam 14.30 & 14.32 – Ana bosan msg org2 thai tu tanya senjata – Susah bincang dgan mrk senjata api (Gambar 419) xii. Tarikh 14/2/2019 jam 14.36 – Akhi abu dayyan msg geng2 patani.mrk ade senjata.tapi mrk bnyak soal.akhi jwab soalan mrk.ana bosan tanya snjata dgan mrk (Gambar 420) xiii. Tarikh 21/2/2019 jam 11.15 – lepas kita serang kuil kita tidak boleh duduk Malaysia lagi.kita pergi negara kamu.abg tengah ejas senjata api.duduk di bumi ni banyak masalah.demi Allah tunggu je senjata api. (Gambar 435) xiv. Tarikh 6/3/2019 jam 16.03 – Tunggu lah ana usaha senjata. (Gambar 456) xv. Tarikh 6/3/2019 jam 18.03 – Ade dia kata.bom raifel pistol semua ade.ana tengah msg dia.ana kol sembang dia takut.ana nasihat jgan takut. (Gambar 457) xvi. Tarikh 7/3/2019 jam 19.30 – Cerah harapan kita untuk dapat senjata (Gambar 461) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg xvii. Tarikh 7/3/2019 jam 20.09 – nanti kita dapat senjata api satu sorang.5laras kita beli.satu sorang.baru kita kuat (Gambar 463) xviii. Tarikh 10/3/2019 jam 13.03 – Dia sruh sambung pasport akhi org patani tu – Pistol dgan dia (Gambar 472) xix. Tarikh 14/3/2019 jam 11.42 – Masalah kita x dapat pistol lgi (Gambar 492) xx. Tarikh 18/3/2019 jam 17.16, 17.28, 17.30 & 17.31 – Screenshot (Gambar 531 - 536) xxi. Tarikh 18/3/2019 jam 17.34 & 17.35 – Dia tnya bila nk – Kat masjid kristal terengganu ana ni (Gambar 539) xxii. Tarikh 18/3/2019 jam 17.37 – Ambil pistol kna sama2 x blh ana prgi sorang2 (Gambar 540) xxiii. Tarikh 18/3/2019 jam 17.38 & 17.40 – Ana x bls lgi msg bila nk pistol tu.dia tanya bila – Dia letak je.kita ltak duit dlm pam tndas balut dgan kertas (Gambar 541) xxiv. Tarikh 18/3/2019 jam 17.42 & 17.43 – Lpas tu kita ambil pistol – Ana takut ambil sorang – Kita kena ambil sama2 (Gambar 542) xxv. Tarikh 18/3/2019 jam 17.48 – Lpas blik cmeron kita ambil pistol (Gambar 545) xxvi. Tarikh 18/3/2019 jam 17.55 & 17.57 – Screenshot (Gambar 546-548) xxvii. Tarikh 18/3/2019 jam 18.39 – Senjata blh hata kat Pahang.ana bincang dah (Gambar 550) xxviii. Tarikh 18/3/2019 jam 18.43, 18.44 & 18.45 – Screenshot (Gambar 553-560) xxix. Tarikh 18/3/2019 jam 18.56 – Ok ana dgan abu dayyan ambil pistol (Gambar 564) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg xxx. Tarikh 18/3/2019 jam 18.56 – Screenshot (Gambar 564) xxxi. Tarikh 18/3/2019 jam 21.17 & 21.38 – Screenshot (Gambar 572 - 575) xxxii. Tarikh 18/3/2019 jam 22.02 – Ya akhi.kita akan dpt senjata (Gambar 576) xxxiii. Tarikh 18/3/2019 jam 22.12 – Screenshot (Gambar 577 - 579) xxxiv. Tarikh 19/3/2019 jam 22.13 – Ana dgan abu dayyan ambil senjata lepas tu kami naik cmeron akhi (Gambar 579) xxxv. Tarikh 29/3/2019 jam 21.07 – Ya akhi..senjata api 6 dia tunjuk ke ana.siap letak nama ana lgi.gambar dia pdm lepas tu.kat msg fb x elok tunjuk dia kata.tpi dia sruh kita jln durian dlu.baru dpt senjata api.pistol ana tengok baru2 semua.6.dia selip nama ana di pistol baru tu (Gambar 743) xxxvi. Tarikh 3/4/2019 jam 21.12 – Ya ana mintak mcm tula.takut durian x letup.ade pistol.akel sruh durian dlu (Gambar 760) xxxvii. Tarikh 4/5/2019 jam 00.25 – Kyu tu pistol khi.5 dia bgi. (Gambar 1065) xxxviii. Tarikh 4/5/2019 jam 00.30 – akel durian je tpi ana mintak kyu bgi slalu nk pthan diri dan durian msuk angin. (Gambar 1066) xxxix. Tarikh 4/5/2019 jam 01.47 – Ya khi.ana usaha hbis sdya upaya.dgn mujahidin thai mcm2 dugaan ancaman ana dpt.hri2 ana mintak senjata untuk bls kuil india tu.tiba2 akel hdir bantu kita smua Alhamdulillah (Gambar 1080) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg xl. Tarikh 4/5/2019 jam 18.11 – Esk ana prgi ambil kyu (Gambar 1095) xli. Tarikh 4/5/2019 jam 18.18 – Esk ana ambil kyu plak khi (Gambar 1097) xlii. Tarikh 4/5/2019 jam 18.27 – Esk akel hta kyu 5 untk kita khi (Gambar 1098) xliii. Tarikh 4/5/2019 jam 19.11 – Esk kita dpt kyu. (Gambar 1102) xliv. Tarikh 4/5/2019 jam 22.21 – Esk kayu smpai 5 kuat pasukan kita khi (Gambar 1111) xlv. Tarikh 4/5/2019 jam 23.44 & 23.47 – esk kayu plak. – Mesti lgi berat kyu dgan peluru2 lgi esk (Gambar 1118) xlvi. Tarikh 4/5/2019 jam 23:59 – ana pergi ambil kyu dlu esk. (Gambar 1119) xlvii. Tarikh 5/5/2019 jam 00.05 & 00.07 – Kyu x msuk angin..durian msuk angin – Esk khi smpai kyu (Gambar 1121) xlviii. Tarikh 5/5/2019 jam 00.11 – smpai kyu esk ana buat latihan sorang dlu.akel psan bljar dri tube kyu (Gambar 1122) xlix. Tarikh 5/5/2019 jam 00.38 – Klau ikut akel xnk bagi lgi kyu.tapi ana mintak juga2 kyu. (Gambar 1125) l. Tarikh 5/5/2019 jam 08.12 – Ya khi..kyu ana x ambil lgi. (Gambar 1130) li. Tarikh 5/5/2019 jam 08.17 – Ana x ambil lgi kyu.kita jmpa dlu.klau nk kyu ana msg akel.atur jmpa (Gambar 1131) lii. Tarikh 5/5/2019 jam 08.20 – Ya khi…kita jmpa dlu kyu x ambil lgi.biar org akel dulu simpan (Gambar 1133) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg liii. Tarikh 5/5/2019 jam 08.31 – Nti ana smpan,ana kmas2.kyu ambil kmudian (Gambar 1134) liv. Tarikh 5/5/2019 jam 08.42 – kita jmpa buat pelan.kyu x pyh ambil lgi. (Gambar 1135) lv. Tarikh 5/5/2019 jam 08.58 – kyu x ambil lgi.stop dlu.jmpa dlu buat plan.jgan gopoh2.hati2 btenang. (Gambar 1136) lvi. Tarikh 5/5/2019 jam 09.55 – Ana x blh ambil kyu lgi jmpa dlu (Gambar 1139) lvii. Tarikh 5/5/2019 jam 14.13 – kyu jgan akel risau akel bila2 blh bgi kat kita. (Gambar 1154) lviii. Tarikh 5/5/2019 jam 15.17 – Akel dh ltak senjata nti ana info khi (Gambar 1161) lix. Tarikh 5/5/2019 jam 16.37 – Ya khi.blh dh brg.x buka lgi (Gambar 1162) lx. Tarikh 5/5/2019 jam 16.41 – Akel bgi stu dlu 4lgi kmudian (Gambar 1163) lxi. Tarikh 5/5/2019 jam 16.43 – Gambar yang dipercayai pistol (Gambar 1164) lxii. Tarikh 5/5/2019 jam 16.46 – Smpan dlu esk ana buka untuk buat latihan ana (Gambar 1165) lxiii. Tarikh 5/5/2019 jam 16.49 & 16.50 – Ya khi..bratnya x smpai 1kg – Bsr snjata ni ana sentuh rasa.esk ana buka (Gambar 1166) [126] Melalui keterangan ASP Muhammad Safwan bin Muhamad Ismail (SP24) jelas OKT telah mendedahkan lokasi senjata api yang disembunyikan. Menurut SP24, pada 6.5.2019 jam lebih kurang 11.00 pagi, OKT memberitahu SP24 bahawa dia ingin menunjukkan tempat lain di mana dia menanam senjata api bertempat di sebuah ladang kelapa S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg sawit di Kg Teris, Kuala Berang, 21700 Terengganu. Seterusnya, pihak polis telah dipandu arah oleh OKT ke dalam kawasan hutan atas bukit Kg. Teris, Hulu Terengganu, Terengganu, dan OKT telah memandu arah pihak polis ke tempat objek yang dipercayai senjata api disembunyikan oleh OKT. [127] Hasil pemeriksaan di tempat yang ditunjukkan oleh OKT, pihak polis telah berjaya menjumpai bungkusan plastik hitam [P79(A), P80(A) dan P81(A)] dalam keadaan ditanam. Pemeriksaan ke atas kandungan bungkusan plastik tersebut telah menjumpai pistol jenis CZ 75B CAL 9mm Luger [P45], satu kelopak peluru [P46] dan 3 bungkusan yang mengandungi 15 butir peluru jenis 9mm Luger USA [gambar barang kes - P63(37)]. [128] SP24 ada membuat satu laporan polis bersabit Kuala Berang/001637/19 [P154] berhubung dengan operasi di ladang kelapa sawit, Kg Teris tersebut. [129] Seterusnya rakaman percakapan atau pernyataan OKT yang dirakamkan oleh pihak polis juga telah membuktikan niat OKT untuk melakukan suatu perbuatan pengganas, di mana OKT telah melibatkan diri dalam mendapatkan sepucuk pistol semi-automatik CZ 75B dan lima belas (15) butir peluru jenis “Luger 9mm” sebagai persediaan untuk melakukan niat itu. Rakaman percakapan OKT adalah seperti berikut: Rakaman percakapan OKT bertarikh 26.05.2019 [P27] yang dirakam oleh SP3 i. “Bagi menjayakan rancangan ini, saya telah mendapatkan senjata api dan bom daripada Akel Syam.” S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg ii. “Saya mengaku pada 5.5.2019 @ 1637, saya telah berkongsi gambar pistol ke dalam kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’. Saya mengaku dan mengesahkan bahawa gambar pistol ini adalah sama dengan pistol semasa pihak polis membuat tangkapan ke atas saya”. Pernyataan bertulis OKT bertarikh 27.05.2019 [P28] yang dirakam oleh SP4 i. “Saya mengaku bagi menjayakan serangan ke atas kuil saya mengaku telah mula mencari orang yang ada menjual senjata api termasuk di pasaran gelap.” ii. “Saya mengaku merancang mendapatkan senjata api raifel, bom dan pistol.” iii. “Saya mengaku menggunakan telefon bimbit milik saya jenama Alcatel untuk mencari dan dapatkan senjata api jenis raifel, bom, pistol melalui facebook milik saya iaitu ‘Eldi Islam Full’. Saya mengaku telah berhubung dengan penama Akel Syam yang saya percaya ialah Akel Zainal sebagai mujahidin bersama kumpulan pengganas di Syria. Saya juga telah bertanya kepada Akel Syam adakah mempunyai senjata api.” iv. “Saya mengaku pada 5 Mei 2019 lebih kurang jam 2pm telah terima mesej dari Akel Syam melalui messenger facebook maklum pada saya bahawa pistol (kayu) telah diletakkan di tempat yang sama dengan bom (durian) iaitu di tepi jalan Tasik Kenyir - Gua Musang. Saya mengaku mengunakan motosikal milik isteri saya jenis honda wave no TAL3344 telah S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg pergi ke tempat tersebut dan telah ambil bungkusan warna hitam yang saya percaya adalah pistol berdasarkan bentuk barang tersebut. Saya menuju hutan Hulu Telemong belakang Felda Setiu dan tanam bungkusan mengandungi pistol berkenaan. Saya telah korek tanah guna dahan kayu yang saya jumpa di tempat berkenaan. Saya mengaku seterusnya tanam bom (durian) di kaki bukit lebih kurang 300 meter dari tempat saya tanam pistol (kayu). Saya mengaku telah tanam guna dahan kayu yang saya jumpa di tempat berkenaan.” Rakaman percakapan OKT bertarikh 24.05.2019 [P29] yang dirakam oleh SP5 i. “Pihak polis ada tanya saya, di mana “barang” namun saya diamkan diri. Saya faham dan tahu bahawa “barang” yang pihak polis tanya adalah pistol dan bom.” ii. “Pistol dan bom tidak dijumpai oleh pihak polis kerana pistol dan bom tersebut saya telah sembunyikan di kebun hutan yang berhampiran dengan kebun getah milik mak ayah saya, Saya sembunyikan pistol dan bom dengan cara menanam barang-barang tersebut di dalam tanah. Seingat saya, saya ada beritahu kepada Abu Qital dan Abu Amri yang saya telah tanam pistol dan bom tersebut. Seingat saya, barang yang saya tanam adalah satu pistol dan enam bom batang paip.” iii. “Seingat saya, saya ada mesej Akel Zainal melalui facebook bertanya soalan “ada senjata ke tak?”, Akel S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg Zainal jawab dia ada senjata dan bertanya kepada saya, saya nak senjata apa? Kayu ke durian. Saya respon dengan bertanya semula “apa itu durian dan kayu?”. Akel Zainal jawab durian merujuk pada bom manakala kayu adalah pistol. Saya jawab saya hendak tengok kayu. Kemudian Akel Zainal tunjuk gambar kayu (pistol). Seingat saya, Akel Zainal ada tunjuk gambar pistol lebih kurang 5 gambar, Taklama kemudian, Akel Zainal padam gambar tersebut. Saya tanya kenapa padam gambar pistol. Akel Zainal jawab bahaya dan takut facebook detect gambar tersebut.” iv. “Seingat saya, gambar pistol yang pernah Akel Zainal hantar kepada saya melalui akaun facebook miliknya bernama Akel Syam kepada akaun facebook milik saya bernama EIDI ISLAM, saya ada berkongsi di dalam group “Sehati Sejiwa”. Saya masih ada gambar pistol tersebut kerana sebelum Akel Zainal padam gambar tersebut dari perbualan kami melalui facebook messenger, saya sempat buat “screenshoot”. Saya juga beritahu pada ahli group WhatsApp “Sehati Sejiwa” yang saya dapat gambar pistol atau digelar kayu tersebut dari Akel Syam (nama lain adalah Akel Zainal) yang berada di Syria dan berjihad di sana. Saya juga beritahu yang Akel Zainal menyuruh saya lakukan serangan ke atas kuil, tokong dan gereja di Malaysia Abu Qital dan Abu Amri respon “bagus”. Saya jawab “ye akhi”. Abu Qital respon dengan menyuruh saya dapatkan pistol S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg tersebut daripada Akel Syam untuk tujuan membuat serangan kuil hindu di Selangor yang mana serangan tersebut akan dilaksanakan oleh saya, Aky Dayang, Abu Qital, Abu Amri, dan Husin bagi tujuan membalas dendam atas kematian Adi (ahli bomba yang meninggal dunia semasa rusuhan di Selangor).” v. “Kemudian saya ada mesej ke akaun faecbook Akel Syam dan beritahu bahawa sahabat-sahabat saya hendak kayu (pistol) untuk membuat serangan ke atas kuil. Akel Syam tanya “Dah plan ke tidak?”, Saya jawab “Dah ada”. Akel Syam jawab ok dan dia akan atur dan urus kayu tersebut. Akel Syam beritahu kayu akan dihantar ke Kuala Terengganu tapi di mana tempat kayu tersebut akan diletakkan. Saya jawab saya tidak tahu dan Akel Syam adakah kayu tersebut boleh diletakkan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Saya jawab boleh tapi saya takut hendak ambil kayu tersebut. Akel Syam tidak respon pertanyaan saya.” vi. “Kemudian saya ada mesej dalam group whatsaap “Sehati Sejiwa” beritahu bahawa Akel Syam hennak letak pistol di Masjid Kristal, Kuala Terengganu dan saya takut untuk ambil pistol tersebut. Abu Qital respon yang dia akan temankan saya ambil senjata tersebut. Saya jawab “tak payah ambil, ambil lain kali sahaja”. Abu Qital balas “ok”. Aky Dayang juga ada respon cakap, beritahu Akel Syam hantar pistol di Pahang sahaja dan dia akan teman kan saya ambil S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg kayu tersebut. Kesemua ahli group “Sehati Sejiwa” adalah menyokong kumpulan ISIS.” vii. “Akel Syam hantar mesej melalui akaun facebook bertanya bila saya hendak ambil kayu?, saya jawab, kayu akan diambil di Pahang. Akel Syam tanya kenapa di Pahang?. Saya jawab sahabat saya akan teman saya ambil kayu kerana saya takut untuk ambil kayu tersebut seorang diri. Akel Syam cakap ok dan kayu tersebut akan diletakkan di dalam tandas RnR.” viii. “Tak lama kemudian, saya hantar mesej kepada Akel Syam yang plan untuk ambil kayu di RnR Pahang tidak jadi. Akel Syam cakap ok dan minta saya buat plan lain semula. Saya ada pm (personal message) pada Aky Dayang yang saya takut untuk ambil kayu tersebut. Aky Dayang jawab ok. Saya juga ada beritahu dalam group WhatsApp “Sehati Sejiwa” yang plan untuk ambil pistol di RnR, Pahang tak jadi. Abu Qital ada tanya di mana tempat yang ok untuk Akel Syam hantar kayu. Saya jawab, kawasan Tasik Kenyir adalah tempat yang ok. Semua ahli group WhatsApp “Sehati Sejiwa” setuju dengan cadangan saya.” ix. “Kemudian saya telah mesej Akel Syam melalui facebook bahawa kayu boleh dihantar di kawasan Tasaik Kenyir. Akel Syam jawab ok dan dia beritahu bahawa kayu tersebut akan diletakkan di papan tanda “kabel elektrik” serta dia ada hantar gambar papn tanda kepada saya tapi saya tidak boleh tengok gambar tersebut. Kemudian Akel Syam, suruh saya S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg tekan link yang dia bagi. Saya pun buka link tersebut dan tengok gambar papan tanda “kabel eletrik”.” x. “Saya telah terima mesej daripada Akel Syam yang menyatakan kayu (pistol) telah diletakkan di tempat yang sama dengan tempat yang saya ambil durian semalam. Saya pun sembunyikan plastic hitam yang ada 6 bom batang paip dalam semak di kebun mak ayah saya. Saya kemudian menaiki motosikal saya TAL 3344 warna hitam jenama honda wave ke Tasik Kenyir dan ambil kayu (pistol) di tempat yang sama saya jumpa bom batang paip. Kemudian saya balik semula ke kebun mak ayah saya di Kampung Teris, Kuala Berang. Sampai di kebun, saya ada beritahu group “Sehati Sejiwa” yang saya telah ambil pistol dan hantar gambar pistol tersebut ke dalam group. Saya telah sembunyikan pistol tersebut di dalam tanah manakala 6 bom batang paip saya telah masukkan ke dalam guni dan tanam di dalam tanah. Saya tanam bom dan pistol di kawasan hutan namun dekat dengan kebun mak ayah saya. Ahli group iaitu Abu Qital ada nasihat supaya tanam bom dan pistol tersebut tetapi mereka tidak tahu bahawa saya sebenarnya telah sembunyikan pistol dan 6 batang paip bom sebelum Abu Qital nasihatkan saya.” xi. “Kebun mak ayah saya seluas 3 ekar dan mempunyai pokok getah dan kelapa sawit. Selepas saya, tanam pistol dan 6 bom batang paip tersebut, saya berehat di kebun mak ayah saya dan kemudian balik ke rumah saya yang beralamat 25, kampong S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg Teris Kuala Berang. Sampai sahaja di rumah, saya pun ditangkap pihak polis.” xii. “Saya pergi kerja menaiki motosikal saya, nombor pendaftaran TAL 3344 warna hitam. Motosikal ini didaftarkan atas nama isteri saya iaitu Siti Fatimah Binti Hamid. Saya menggunakan motosikal tersebut untuk pergi ke mana-mana sahaja termasuk pergi ke kawasan Tasik Kenyir untuk mengambil pistol dan bom.” [130] Sekali lagi, Mahkamah ini menekankan bahawa tiada keperluan untuk SP24 mematuhi s. 27 Akta Keterangan 1950 berkenaan penemuan sepucuk pistol jenis CZ 75B CAL 9mm Luger tersebut atas dasar bahawa kes terhadap OKT ini menggunapakai prosedur SOSMA. Isu berkenaan kebolehterimaan masuk sepucuk pistol jenis CZ 75B CAL 9mm Luger ini tidak timbul memandangkan s. 20 SOSMA memperuntukkan bahawa apa jua barang kes yang dirampas sebelum atau selepas OKT dituduh bagi kesalahan keselamatan harus diterima masuk sebagai keterangan. [131] ASP Ahmad Ikhwan Bin Md Nadzir (SP9) telah mengesahkan bahawa sepucuk pistol semi-automatik CZ 75B dan lima belas (15) butir peluru jenis “Luger 9mm” yang dirampas di dalam kes ini boleh berfungsi dengan baik (serviceable), dan ini menunjukkan bahawa OKT mempunyai senjata dan kekuatan untuk melakukan suatu perbuatan pengganas. [132] SP9 yang berperanan menjalankan pemeriksaan fizikal dan ujian tembak (serviceability) ke atas 1 pucuk pistol semi - automatik Model CZ 75 B [P45], 1 kelopak senjata api [P46] dan 15 butir peluru [P47(1-12), S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg P48(A-C), dan P48(A1-C1)] di dalam kes ini telah menyediakan satu Laporan Pemeriksaan / Ujian Serviceability bersabit Kuala Berang Rpt: 1623/2019, Rujukan Makmal: 19F2075 bertarikh 24.5.2019 [P54]. [133] Berdasarkan kepada hasil pemeriksaan fizikal dan ujian serviceability, SP9 mendapati bahawa 1 pucuk pistol semi - automatik Model CZ 75 B [P45] adalah senjata api yang boleh berfungsi dengan baik (serviceable). [134] Bagi 15 butir peluru [P47(1-12), P48(A-C), dan P48(A1-C1)], SP9 telah mengambil tiga (3) butir peluru diambil secara rawak dan telah diuji tembak dengan menggunakan 1 pucuk pistol semi - automatik Model CZ 75 B [P45]. SP9 mendapati tiga (3) butir peluru yang diuji boleh menghasilkan letupan dan berfungsi dengan baik (serviceable). [135] Mahkamah dengan ini mendapati pihak pendakwaan secara prima facie telah membuktikan kesemua elemen-elemen di bawah s. 130JD (1) KK. Pertuduhan Ketujuh OKT merekrut ahli kumpulan WhatsApp sejati sejiwa untuk menyertai dalam perlakukan perbuatan pengganas (s. 130E KK) [136] Seksyen 130E KK memperuntukkan seperti berikut: “Recruiting persons to be members of terrorist groups or to participate in terrorist acts 130E.Whoever knowingly recruits, or agrees to recruit, another person to be a member of a terrorist group or to participate in the commission of a terrorist act shall be S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg punished with imprisonment for a term which may extend to thirty years, and shall also be liable to fine.” [137] Tidak terdapat keraguan bahawa OKT lah yang telah mencipta kumpulan WhatsApp Group sejati sejiwa. Berdasarkan keterangan SP24 hasil analisa telefon bimbit OKT iaitu P103 mendapati kumpulan WhatsApp Group sejati sejiwa ini dicipta oleh OKT pada 7 .1.2019 serta melalui gambar P26. i. Gambar 12, P26 Tarikh 7/1/2019 Abu Eldi created “Group Sejati Sejiwa” [138] Keterangan-keterangan yang dizahirkan di Mahkamah ini menzahirkan bahawa setelah mencipta kumpulan WhatsApp Group sejati Sejiwa, OKT telah merekrut beberapa ahli seperti SP21, SP22, Husin AD ke dalam kumpulan WhatsApp Group sejati sejiwa pada hari kumpulan tersebut dicipta oleh OKT. Ini dilihat dari keterangan-keterangan yang berikut: i. Gambar 12, P26 Tarikh 7/1/2019 Abu Eldi added Qital Abu Eldi added Abu Amri ii. Gambar 13, P26 Tarikh 7/1/2019 Abu Eldi added Husin AD [139] OKT telah merekrut beberapa ahli seperti SP21, SP22 dan Husin AD ke dalam kumpulan WhatsApp Group sejati sejiwa untuk melakukan perbuatan pengganas melalui perbualan-perbualan berikut: S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg i. Gambar 16, P26 Tarikh 7/1/2019 jam 23.38 Kita bom kuil hindu dulu akhi – Balas atas kematian bomba itu ii. Gambar 29, P26 Tarikh 7/1/2019 jam 23.12 Kita sama2 musnahkan kuil itu akhi iii. Gambar 51, P26 Tarikh 7/1/2019 jam 23.52 Terbaik. misi kita buat sampai jadi hancurkan kuil itu [140] Mahkamah ini mendapati bahawa keseluruhan 5 perbualan oleh OKT menerusi P26 jelas menunjukkan bahawa OKT telah merekrut beberapa ahli ke dalam kumpulan WhatsApp Group sejati sejiwa seperti SP21, SP22, Husin AD untuk melakukan perbuatan pengganas dengan menyerang kuil bagi membalas dendam atas kematian Adib seorang ahli bomba. [141] SP13 yang merupakan handler kepada SP21, SP22 dan SP23 semasa memberikan keterangan telah menjelaskan bahawa “kuil india” yang dimaksudkan adalah merujuk kepada Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, di Persiaran Kewajipan, USJ, dalam daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan dimana seorang bomba bernama Muhammad Adib bin Mohd Kassim telah meninggal dunia akibat daripada rusuhan yang berlaku di kuil tersebut. Perkara ini adalah atas semakan SP13 terhadap berita semasa ketika itu. Perkara yang sama juga disahkan oleh SP24. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [142] Selain itu, keterangan SP21 dan SP22 turut mengesahkan bahawa OKT adalah individu yang telah merekrut mereka kedalam kumpulan WhatsApp Group sejati sejiwa bersama beberapa individu lain bagi tujuan menyerang Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield. [143] Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan secara prima facie pertuduhan terhadap OKT di bawah s. 130E KK. Pertuduhan Kelapan Telefon bimbit P109 kepunyaan OKT mempunyai item-item yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas (s. 130JB (1) (a) KK) [144] S.130JB(1)(a) KK memperuntukkan: “Possession, etc. of items associated with terrorist groups or terrorist acts 130JB. (1) Whoever-
a
has possession, custody or control of; or
b
provides, displays, distributes or sells, any item associated with any terrorist group or the commission of a terrorist act shall be punished with imprisonment for a term not exceeding seven years, or with fine, and shall also be liable to forfeiture of any such item.
2
In this section- "item" includes publications, visual recordings, flags, banners, emblems, insignia and any other thing displaying symbols associated with a terrorist group, terrorist act or ideology of a terrorist group; S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg "publications" includes all written, pictorial or printed matter, and everything of a nature similar to written or printed matter, whether or not containing any visible representation, or by its form, shape or in any other manner capable of suggesting words or ideas, or an audio recording and every copy, translation and reproduction or substantial translation or reproduction in part or in whole thereof.” [145] Pihak pendakwaan telah merujuk sekali lagi kepada kes PP v Abu Hasan Chan Bin Abdullah (supra) di mana dalam kes tersebut tertuduh telah dituduh bagi satu kesalahan di bawah perenggan 130J(1)(a) KK dan satu lagi kesalahan di bawah perenggan 130JB(1)(a) KK. Bagi pertuduhan di bawah perenggan 130JB(1)(a) KK, tertuduh telah dituduh memilki item-item yang berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS) dalam akaun Facebook miliknya atas nama “Abu Hassan Chan”. [146] Collin Lawrence Sequerah J (YA pada ketika itu) telah memberikan takrifan berkenaan apa yang terjumlah kepada “possession” di bawah perenggan 130JB(1)(a) KK seperti berikut: “[79] The offence under paragraph (a) of Section 130JB, is essentially one of possession, custody or control of certain items stipulated. [80] The locus classicus with respect to what amounts to possession is the case of Leow Ngee Lim v PP [1956] 1 MLJ 28, which held: “The dictionary definition brings in the idea of exclusiveness. It is often said that “possession must be exclusive.” This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal.” (Emphasis added) [81] It has already been proven earlier by the prosecution evidence that the Accused is the owner of the Facebook profile under the name of “Abu Hasan Chan”. This would position the Accused as having possession of the said Facebook account. [82] The prosecution’s case showed that there were 5 items found which were extracted from Abu Hasan Chan’s Facebook profile which are associated with the IS. [83] This evidence came from PW12 and his expert’s report (P85) which inter alia, stated as follows: “Abu Hasan Chan’s support for IS was also observed in his IS-linked images found in his Facebook account with the username‘Abu Hasan Chan’. In total, 5 IS-linked images were found. They are seen in IMAGE 1, IMAGE 2, IMAGE 3, IMAGE 4 and IMAGE 5 below. They bear the IS logo and symbol which are seen in the terrorist group’s black flag. The symbols on the logo when not associated to IS, are not extremist and read, ‘Lailahaillallah’, which means ‘There is no God but Allah’ and ‘Muhammadun Rasulullah’ which means ‘Muhammad is the Messenger of Allah’. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [84] The inevitable conclusion from this is that the 5 images found in the Accused’s Facebook account are items associated with the IS. As these 5 items were extracted from Abu Hasan Chan’s Facebook profile, the Accused therefore had possession of these items.” [147] Pihak pendakwaan seterusnya merujuk kepada kes Siti Noor Aishah Atam v PP [2018] 5 CLJ 44 di mana Mahkamah Rayuan bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara bahawa kesalahan di bawah seksyen 130JB KK merupakan satu kesalahan liabiliti ketat (strict liability), di mana beban untuk membuktikan bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau sebarang niat jahat terletak atas bahu tertuduh atas imbangan kebarangkalian. Petikan yang relevan di dalam kes tersebut diperturunkan di sini:- “[27] Dalam penghakimannya, hakim bicara yang bijaksana membuat dapatan bahawa kesalahan di bawah s. 130JB KK merupakan satu kesalahan liabiliti ketat. Hakim bicara yang bijaksana telah merujuk kepada beberapa nas luar dan dalam negara, Hansard, peruntukan di bawah Akta Tafsiran 1948/1967 serta meneliti peruntukan s. 130JB tersebut dalam membuat dapatan beliau bahawa kesalahan yang dipertuduhkan adalah satu kesalahan liabiliti ketat. ...... [28] Kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara yang bijaksana atas isu ini. Setelah kami hayati peruntukan s. 130JB KK seadanya, kami berpendapat pemilikan apa-apa item (12 buah buku dalam kes ini) yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas akan menjadi satu kesalahan tanpa perlu dibuktikan perayu mempunyai pengetahuan salah terhadap pemilikan 12 buah S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg buku tersebut. Dalam hal perkara ini, perayu mempunyai beban untuk menidakkan pengetahuan salah (mens rea) di pihaknya atas imbangan kebarangkalian. Untuk proposisi ini, kami bergantung pada keputusan Mahkamah Agung Kanada dalam kes R v. City Sault Ste Maria [1978] 2 SCR 1299 sebagai panduan, yang menyatakan seperti berikut: Three categories of offences are therefore now recognised (first) offences in which mens rea must be established, (second) offences of "strict liability" in which mens rea need not be established but where the defence of reasonable belief in a mistaken set of facts or the defence of reasonable care is available, and (third) offences of "absolute liability" where it is not open to the accused to exculpate himself by showing that he was free of fault. Offences which are criminal are in the first category. Public welfare offences are prima facie in the second category. Absolute liability offences would arise where the legislature has made it clear that guilt would follow on mere proof of the proscribed act. [29] Pandangan kami ditambahkuatkan lagi apabila dipertimbangkan hal perkara (subject matter) yang terlibat dalam pertuduhan yang membawa implikasi kepada soal keselamatan negara dan ketenteraman awam. Hal perkara yang membabitkan soal keselamatan negara sentiasa diberikan keutamaan dan pertimbangan dalam menentukan sesuatu kesalahan yang dipertuduhkan itu diklasifikasikan sebagai liabiliti ketat. Kami berpegang pada pandangan Majlis Privi melalui Lord Scarman dalam kes Gammon (Hong Kong) Ltd and Others v. Attorney General of Hong S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg Kong [1984] 2 All ER 503 di ms. 508, yang menyatakan seperti berikut: In their Lordships' opinion, the law relevant to this appeal may be stated in the following propositions (the formulation of which follows closely the written submission of the appellants' counsel, which their Lordships gratefully acknowledge): (1) there is a presumption of law that mens rea is required before a person can be held guilty of a criminal offence; (2) the presumption is particularly strong where the offence is 'truly criminal' in character; (3) the presumption applies to statutory offences, and can be displaced only if this is clearly or by necessary implication the effect of the statute; (4) the only situation in which the presumption can be displaced is where the statute is concerned with an issue of social concern; public safety is such an issue; (5) even where a statute is concerned with such an issue, the presumption of mens rea stands unless it can also be shown that the creation of strict liability will be effective to promote the objects of the statute by encouraging greater vigilance to prevent the commission of the prohibited act.” [148] Di United Kingdom, Majlis Privy dalam kes Sweet v. Parsley [1969] 1 All ER 347; [1970] AC 132 telah memberikan penghakiman yang berkaitan seperti berikut: “But where the subject-matter of a statute is the regulation of a particular activity involving potential danger to public health, safety or morals in which citizens have a choice whether they participate or not, the court may feel driven to S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg infer an intention of Parliament to impose, by penal sanctions, a higher duty of care on those who choose to participate and to place on them an obligation to take whatever measures may be necessary to prevent the prohibited act, without regard to those considerations of cost or business practicability which play a part in the determination of what would be required of them in order to fulfil the ordinary common law duty of care. But such an inference is not lightly to be drawn, nor is there any room for it unless there is something that the person on whom the obligation is imposed can do directly or indirectly, by supervision or inspection, by improvement of his business methods or by exhorting those whom he may be expected to influence or control, which will promote the observance of the obligation (see Lim Chin Aik v. Reginam ([1963] 1 All ER 223 at 228, [1963] AC 160 at 174).” [149] Berbalik kepada kes ini, seperti yang dinyatakan terdahulu, setelah rampasan terhadap telefon bimbit P109 dilakukan oleh SP19 daripada OKT, SP19 telah menyerahkan telefon bimbit P109 ini kepada SP24 untuk tujuan siasatan. SP24 telah menghantar telefon bimbit P109 ini ke Makmal Forensik Cheras untuk tujuan analisa oleh SP18 dan hasil analisa yang dilakukan oleh SP18 tersebut telah disimpan di dalam pendrive P103. Setelah SP24 menerima pendrive P103 daripada SP18, SP24 telah berjumpa dengan SP17 dan menyerahkan pendrive P103 kepada SP17 untuk mendapatkan pendapat saksi pakar SP17 berkenaan dengan kandungan yang terdapat di dalam pendrive P103. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [150] SP17 melalui keterangannya di Mahkamah dan Laporan Saksi Pakar (P106) telah memilih 10 keping gambar dan 5 buah video yang diperolehi daripada pendrive P103 dan telah membuat kesimpulan bahawa item-item tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS) ataupun DAESH serta perbuatan pengganas. [151] Berdasarkan kes Siti Noor Aisyah Atam (supra) kesalahan memiliki item-item keganasan ini merupakan kesalahan strict libility di mana pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai pengetahuan salah terhadap pemilikan item-item keganasan iaitu 10 keping gambar dan 5 buah video sepertimana dalam Laporan Saksi Pakar oleh SP17 iaitu P106. [152] Selain itu, rakaman percakapan OKT turut mengesahkan bahawa telefon bimbit P109 tersebut milik OKT yang mengandungi item-item berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS). Rakaman Percakapan OKT Bertarikh 27.05.2019 (P28) yang dirakam oleh SP4 “ii. Saya Mahadi Bin Mamat (No IC 850805-11-5405) mengaku sebagai pemilik telefon bimbit jenama Alcatel warna hitam dan emas iaitu (019-7864147) yang saya beli pada awal dan 2018 dengan harga RM200 di Pasaraya Mydin, Kuala Terengganu. No kata laluan untuk buka telefon bimbit saya ialah tal3344. Saya mengaku telah mencipta akaun facebook ‘Eldi Islam Full’ dan kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’ menggunakan telefon bimbit berkenaan. Saya mengaku telah simpan sebanyak 5 buah video dan 17 gambar berkaitan kumpulan pengganas ISIS. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg iii. Saya mengaku menggunakan telefon bimbit milik saya jenama Alcatel untuk mencari dan dapatkan senjata api jenis raifel, bom, pistol melalui facebook milik saya iaitu ‘Eldi Islam Full’. Saya mengaku telah berhubung dengan penama Akel Syam yang saya percaya ialah Akel Zainal sebagai mujahidin bersama kumpulan pengganas di Syria. Saya juga telah bertanya kepada Akel Syam adakah mempunyai senjata api.” Rakaman Percakapan OKT bertarikh 24.05.2019 (P29) yang dirakam oleh SP5 “Telefon bimbit saya telah diambil oleh pihak polis semasa mereka menangkap saya di rumah saya alamat 25, Kampung Teris, Kuala Berang, Terengganu. Saya tidak ingat jenama telefon bimbit saya. Seingat saya nombor telefon yang saya gunakan pada telefon bimbit yang pihak polis ambil adalah 019-7864147. Nombor tersebut didaftarkan atas nama saya Mahadi bin Mamat, No kad pengenalan 850805-11-5405. Nombor telefon tersebut adalah nombor celcom. Telefom bimbit milik saya mempunyai password dan tiada siapa yang tahu password telefon bimbit tersebut kecuali saya sahaja. Hanya saya gunakan telefon bimbit tersebut. Password telefon bimbit tersebut tal3344. Telefon bimbit tersebut mempuyai WhatsApp dan facebook. Gambar profile whatsaap saya adalah gambar Al Qassam dan id saya adalah EIDI ISLAM manakala gambar profil akaun facebook saya juga adalah gambar Al Qassam adalah mujahidin Palestin.” S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [153] Oleh itu, tidak ada keraguan bahawa OKT memiliki item-item yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Islamic State (IS) dan perbuatan pengganas di dalam sebuah telefon bimbit berwarna hitam/emas jenama Alcatel semasa tangkapan dilakukan terhadapnya oleh SP19. [154] Adalah menjadi hujahan di pihak OKT bahawa sekiranya kes pendakwaan dinilai secara menyeluruh, terdapat kelompangan, ketidaktentuan dan keraguan dalam kes pendakwaan. Peguambela yang bijaksana bagi pihak OKT menghujahkan persoalan yang timbul ialah sama ada OKT mempunyai niat dan/atau pengetahuan untuk melakukan perbuatan pengganas sepertimana dalam pertuduhan-pertuduhan terhadapnya. [155] Adalah menjadi tunjang utama pembelaan di pihak OKT bahawa keraguan timbul mengenai niat di pihak OKT melakukan kesalahan-kesalahan seperti mana dalam pertuduhan-pertuduhan terhadapnya memandangkan laporan psikiatri daripada Hospital Hulu Terengganu (P9) dan dokumen-dokumen perubatan yang lain yang dikeluarkan oleh Hospital Bahagia dan Klinik Penjara Sungai Buloh (P10 hingga P16) jelas menunjukkan bahawa OKT menghidap penyakit skizofrenia dan mempunyai masalah ketidakupayaan intelektual tahap ringan. [156] Peguambela yang bijaksana juga meingatkan Mahkamah bahawa semasa prosiding di Mahkamah, OKT juga beberapa kali menghadapi gangguan mental sehingga menyebabkan perbicaraan tergendala dan terpaksa ditangguhkan dan lanjutan itu, OKT telah dihantar semula ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan dan rawatan. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [157] Adalah dihujahkan lagi bahawa sehingga ke akhir kes pendakwaan, tidak ada sebarang keterangan lain yang dapat memperjelaskan isu ini mahupun penjelasan yang munasabah selain daripada OKT adalah tidak waras pada masa yang material. Oleh yang demikian, adalah menjadi hujahan di pihak OKT bahawa siasatan SP24 sebagai pegawai penyiasat terutama berkenaan kewarasan mental OKT adalah lemah dan tidak lengkap dan tanpa sebarang penjelasan mengenai keadaan dan kapasiti mental OKT, pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Peguambela yang bijaksana mengemukakan kes Selvaraju Mudaliar Kalliparamal v PP [2010] 2 MLRA 266 di mana Mahkamah dalam kes tersebut antara lain menyatakan bahawa sekiranya seorang mengalami skizofrenia dan tidak mengambil apa-apa ubat berkemungkinan orang itu tidak akan menyedari akibat perbuatannya. [158] Bagi menangani isu kapasiti mental OKT, pertamanya, Mahkamah ini mengingatkan bahawa bila mana timbul isu mengenai keadaan mental seseorang dan sistem perundangan, terdapat konsep “medical” dan “legal insanity”. Kedua-dua konsep tersebut melibatkan keadaan atau kesan ke atas minda seseorang. Perbezaan antara “medical insanity” dan “legal insanity” telah diterangkan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Mohd Rozani bin Yahaya (MPRJ No: 05(LB)-117-11/2023(D) melalui penghakiman Zabariah binti Mohd Yusof, HMP seperti berikut: “[39] The term “medical insanity” refers to a disorder of the mind which covers a whole range of mental health conditions which may impair one’s cognitive or emotional functions. It encompasses disorders such as anxiety, depression and other psychiatric conditions that may S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg require medical attention and treatment. These conditions, however do not necessarily render one as legally insane under section 84 of the Penal Code, so as to accord a complete defence in criminal law when an offence has been committed. [40] In medical insanity, the emphasis is on one’s mental health and well-being or psychological disorder, with the primary goal being the diagnosis, treatment and management of the mental disorder. It is a medical diagnosis based on one’s mental health condition. Persons experiencing medical insanity may still possess the capability to make informed decisions and can lead a life of normalcy with the appropriate medical intervention. Medical insanity is diagnosed by healthcare professionals premised on medical criteria and considerations, symptoms and the impact of mental illness on the individual’s daily functions. The consequences of a finding of medical insanity will primarily lead to medical treatment, therapy and other interventions aimed at managing and improving the individua’s mental health. Every person who is mentally ill is not, ipso facto, exempted from criminal responsibility. [41] Whereas, legal insanity involves a distinct set of criteria and considerations within the framework of the legal system. Unlike medical insanity, which involves a question of mental health only, legal insanity goes beyond mental health and pertains to one’s legal capacity and responsibility for their actions. It involves a legal determination that a person, due to a severe mental S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg disorder, is not criminally responsible for their actions. It is a legal status that affects the person’s accountability to his actions in a court of law. This accords the rationale of legal insanity being a recognized defence in criminal law, as it implies that, at the time when committing an offence, the accused was found to be in a state of not understanding the nature and consequences of his/her actions. Legal insanity is determined by legal standards, which may vary by jurisdiction. It entails assessments by mental health experts and legal professionals to analyse and evaluate the accused’s mental state at the time of the alleged offence committed. The consequences of legal insanity may result in the accused being declared not criminally responsible or being committed to a psychiatric institution instead of facing traditional criminal penalties. [42] For the accused, to succeed on the defence of legal insanity, the accused must establish, often through psychiatric or psychological evaluations, that he/she was not in control of his/her reasoning during the commission of the offence. This defence is anchored in section 84 of the Penal Code, which outlines the conditions under which an accused can be considered legally insane. [43] The burden of proof for medical and and legal insanity also differs. In legal insanity, the onus lies with the accused to prove his/her mental state at the time when the offence was committed pursuant to section 105 of the Evidence Act
1950
This burden though significant is not as onerous as the prosecution to prove the accused’s guilt. It is on a balance of probabilities and not merely to cast a reasonable S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg doubt in the prosecutor’s case (see Rajagopal v PP [1976] CLJU 122 and Goh Yoke v PP [1969] CLJU 48) [44] To establish legal insanity, the accused must present a prima facie case, supported by reasonable materials. This involves presenting evidence of the accused’s conduct before, during and immediately after the commission of the alleged offence, corroborated with the relevant medical documentation. The purpose is to convince the court that due to the accused’s mental capacity, the accused should be exempt from full criminal liability. [45]….. [46] Hence, when the defence of insanity is raised, there is a two-stage process before the defence of legal insanity is available to the accused. Firstly, there must be a finding that the accused was medically insane at the time when he committed the alleged offence. This is based on medical evaluation as explained in the earlier paragraphs of this judgment and lies with the medical expert to determine. This is not conclusive to disqualify that the accused as being legally insane. To determine whether the accused is legally insane, one must proceed to the second stage, namely, whether the accused, by reason of the psychiatric condition, has lost his cognitive faculties to a degree that he is incapable of knowing the nature of his act or that what he is doing is wrong or contrary to law. This stage is for the court to determine from the evidence adduced at the trial. This is in line with the ingredients which are listed under section 84 of the Penal Code, namely; S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg
i
Firstly, due to unsoundness of mind or mental illness at the time of commission of the act (medical requirement of mental illness); and
II
(ii) secondly, the accused is incapable of knowing the nature of the act, or incapable of knowing that his act was wrong, or incapable of knowing that the act is contrary to law (loss of reasoning requirement). [47] Both the medical requirement of mental illness (first stage) and the loss of reasoning requirement (second stage) would constitute legal insanity, which is a complete defence. In other words, legal insanity means, at the time of the commission of the offence, the person should be suffering from mental illness and also have loss of reasoning power which is clearly depicted in section 84 of the Penal Code. [48] The mere abnormality of the mind of a partial delusion, irresistible impulse or compulsive behavior of a psychopath does not accord any protection under section 84 of the PC. The term insanity carries different meanings in different contexts and describes varying degrees of mental disorders. It does not mean that every person suffering from mental illness is exempted from criminal responsibility. A person who is odd, irascible, and his brain is not quite right, or that the physical and mental ailments from which he suffered had rendered his intellect weak and affected his emotions or indulges in certain unusual acts, or has fits of insanity at short intervals or that the behavior is queer are insufficient to invoke the protection under section 84 of the PC. This falls under medical insanity. A S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg court is concerned with legal insanity, and not with medical insanity.” (see Bapu @ Gajraj Singh v State of Rajasthan, Appeal (Crl.) 1313 of 2006).” [159] Dalam kes PP v Misbah bin Saat [1997] 3 MLJ 495 Hakim Visu Sinnadurai menyatakan seperti berikut: “Unsoundness of mind is relevant in criminal proceedings under two main circumstances: (a) whether the accused was of unsound mind when he committed the offence; and (b) whether he is fit to stand trial.” …. The fundamental principles underlying these aspects of the law should be emphasized; (a) a person ought not to be convicted if at the time of the alleged wrongdoing he did not know what he was doing; and (b) during a trial, an accused person must understand the charge and the consequences that follow from it. An accused person must also be in a position to understand and follow the trial. …. The terms 'fitness to plead', 'fitness to stand trial', 'fitness to be tried' and 'fitness to make defence' in the context of a person of unsound mind to stand trial are generally used to mean the same thing.” [Penekanan diberikan] [160] Bagi mengaplikasikan prinsip-prinsip yang digariskan dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan di atas, adalah penting untuk melihat latarbelakang, fakta dan keterangan-keterangan yang telah dibentangkan di hadapan Mahkamah ini. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [161] Dalam kes ini, Mahkamah telah menghantar OKT untuk penilaian psikiatrik di atas permohonan peguambela dan seterusnya hasil kepada penilaian tersebut mendapati bahawa OKT layak untuk dibicarakan. S. 342 KTJ memperuntukkan kelayakan seseorang tertuduh untuk dibicarakan (fitness for trial). Seksyen tersebut memperuntukkan seperti berikut: “(1) When a Judge or a Magistrate holding a trial has reason to suspect that the accused person is of unsound mind and consequently incapable of making his defence, he shall in the first instance investigate the fact of such unsoundness.” [162] Mahkamah ini telahpun mendapati bahawa OKT layak dibicarakan dan perbicaraan telahpun diteruskan. Ini adalah berikutan pihak pendakwaan telahpun mengemukakan penilaian psikiatrik dan keterangan saksi yang menunjukkan bahawa OKT dalam keadaan mental yang waras dan sedar ketika pada tarikh-tarikh pertuduhan dan layak dibicarakan dan mampu untuk membela diri terhadap pertuduhan-pertuduhan ke atasnya. Maka beban untuk membuktikan keadaan mental OKT adalah kini di atas bahu pihak pembelaan. [163] Dalam kes PP v. Pham Ti Tuyet Mai [2019] 6 CLJ 325 Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: "According to s. 105 of the Evidence Act 1950, the burden of proof in a case where insanity is set up as a defence is upon the accused person...." S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [164] Dalam kes John Nyumbei v. PP [2007] 2 CLJ 509 Mahkamah Rayuan memutuskan (dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan) seperti berikut: “(1) There is a distinction between the notion of legal insanity and that of medical insanity. Not every form of insanity exempts a person from criminal liability. Only legal insanity under s. 84 Penal Code provides that exemption. (para 13).
1a
The specie of insanity addressed by s. 84 is one that impairs the cognitive faculties of a person. Its nature and extent must be that as to make the offender incapable of knowing the nature of his act, or that what he is doing is wrong or contrary to law. The criminality of an act must thus be determined by this test in s. 84 as distinguished from the medical test. (para 13)
2
When the defence of insanity is raised, it is incumbent on the court to consider two matters, viz: (i) whether the accused person has established that at the time of committing the act he was of unsound mind; if so (ii) whether his unsoundness of mind was of a degree as to make him incapable of knowing the nature of his act as being wrong or against the law. In so doing, the court may also consider the circumstances which come after the crime. (paras 14 & 20).[Penekanan diberikan]
3
The total effect of DW2's opinion was that the appellant was not of unsound mind at the time he committed the offence. Indeed, the said expert's testimony showed that the appellant was capable of knowing the nature of his act as being against the law. In short, the appellant was not insane. Likewise, the appellant's act in disposing off the skull after S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg severing the deceased's head showed a degree of guilt and an effort to avoid detection. (paras 19 & 20)” [165] OKT perlu membuktikan bahawa (a) dia tidak waras semasa dia melakukan kesalahan dan (b) tahap ketidakwarasannya adalah sehingga ke tahap dia tidak boleh menilai sama ada tindakannya adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. [166] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa dalam cubaan untuk membuktikan OKT tidak mempunyai kapasiti mental untuk melakukan kesalahan-kesalahan sepertimana dipertuduhkan, pihak pembelaan telah mengemukakan soalan-soalan yang merujuk OKT sebagai seorang yang mempunyai masalah pembelajaran dan mempunyai schizophrenia terutamanya kepada saksi-saksi pendakwaan yang mengambil keterangan daripada OKT seperti berikut: i) SP3: Insp Norazli bin Mukhtar: Apabila ditanyakan oleh pihak pembelaan keadaan OKT ketika menulis keterangan, SP3 menyatakan bahawa OKT normal ketika memberikan keterangan dan menulis keterangan pada P27. ii) SP4: ASP Mukram bin Zakaria: Apabila ditanyakan oleh pihak pembelaan keadaan OKT ketika menulis keterangan, SP3 menyatakan bahawa OKT agak lambat ketika memberikan keterangan dan menulis keterangan pada P28 iii) SP5: Nor Haslina binti Ismail: Apabila ditanyakan oleh pihak pembelaan keadaan OKT ketika memberikan keterangan, SP3 menyatakan bahawa OKT normal ketika memberikan keterangan dan menulis keterangan pada P29. Malah SP5 turut dicabar dengan soalan yang mana pihak pembelaan menyatakan bahawa keterangan yang diberikan adalah S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg terlalu “cantik” dan “tersusun” untuk seorang yang mempunyai masalahan mental seperti OKT dan SP5 telah tegas menyatakan tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. iv) SP24: ASP Muhammad Safwan bin Muhamad Ismail: Apabila ditanyakan oleh pihak pembelaan keadaan OKT, SP3 menyatakan bahawa OKT normal ketika memberikan keterangan dan menulis keterangan pada P159 dan P163. SP24 memaklumkan SP24 berpendapat sebegitu kerana OKT boleh menjawab semua soalan yang dikemukakan kepadanya dan tiada masalah ketika menulis keteranganya apabila diminta. [167] Selanjutnya, ketika dikemukakan D183 iaitu keterangan bertulis OKT dimana OKT telah menzahirkan maklumat media sosial dan telefon yang mana keterangannya adalah menyerupai P163 dan disoal balas oleh pihak pembelaan mengenai mengapa keterangan D183 menyerupai P163, SP24 telah memaklumkan bahawa ketika cubaanya untuk mengakses media sosial OKT ketika ditahan, OKT telah menulis keterangan seperti dalam D183. Apabila cubaan oleh SP24 untuk mengakses kepada media sosial OKT tidak berjaya, SP24 telah menyuruh OKT untuk mengingati dan menulis kembali maklumat media sosial OKT pada P163 untuk menguji ingatan OKT berkaitan maklumat media sosial tersebut. Penelitian SP24 terhadap D183 dan kemudiannya P163 mendapati ia adalah maklumat yang sama. [168] Mahkamah ini juga telah meneliti perbualan-perbualan OKT yang dizahirkan dalam kumpulan perbualan WhatsApp “Group sejati sejiwa” (P26) dan mendapati bahawa OKT tidak mungkin tidak tahu akan S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg tindakannya kerana OKT mempunyai keupayaan untuk mengatur strategi dan memberikan arahan bagi melaksanakan hasrat melakukan kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan terhadapnya. Mahkamah ini juga mendapati OKT konsisten dalam perancangannya dan perbualannya tidak menunjukkan yang dia tidak tahu apa yang diperkatakan dan apa yang hendak dilakukannya. Dalam lain perkataan, tidak terzahir bahawa ‘cognitive function’ OKT terjejas. Perbualannya adalah jelas dan tidak menunjukkan sesuatu yang menzahirkan bahawa OKT tidak faham akan apa yang dirancangkannya. Saksi-saksi pendakwaan jelas memberikan keterangan bahawa OKT bertindak normal dan Mahkamah ini juga telah membuat penelitian dan pemerhatian bahawa tidak ada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan OKT tidak waras dan tidak tahu akan perbuatannya. [169] Mahkamah ini mendapati terdapat keterangan yang melimpah ruah (overwhelming) yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT merupakan pemilik kepada telefon bimbit jenama Alcatel warna hitam dan warna emas P109 yang menggunakan nombor 019-7864147 yang mengandungi item-item yang berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State dan perlakuan perbuatan pengganas. [170] Pihak pendakwaan juga telah berjaya membuktikan bahawa OKT telah mencipta kumpulan WhatsApp Group sejati sejiwa yang digunakan untuk mencari sokongan bagi berlakunya perbuatan pengganas dengan membuat ancaman untuk melakukan serangan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dan membunuh empat (4) orang warganegara Malaysia. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [171] Pihak pendakwaan juga berjaya menunjukkan bahawa OKT melalui kumpulan WhatsApp Group sejati sejiwa turut memberikan latihan dalam penggunaan senjata api serta arahan dalam melaksanankan perbuatan pengganas kepada ahli kumpulan WhatsApp sejati sejiwa yang bersedia untuk melibatkan diri dalam perbuatan pengganas. [172] OKT juga didapati telah merancang untuk melakukan perbuatan pengganas dengan melibatkan diri dalam mendapatkan enam (6) butir bom paip dan sepucuk pistol semi-automatik CZ 75B serta lima belas
15
butir peluru jenis “Luger 9mm” sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas melalui aplikasi WhatsApp Group sejati sejiwa juga. [173] Mahkamah ini seterusnya mendapati OKT turut menggunakan aplikasi WhatsApp Group sejati sejiwa bagi merekrut ahli kumpulan tersebut untuk menyertai dalam perlakukan perbuatan pengganas. [174] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, serta nas undang-undang yang dirujuk serta prinsip kes-kes terdahulu, Mahkamah ini mendapati kesemua elemen-elemen kesalahan-kesalahan sepertimana pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT telahpun berjaya dibuktikan secara prima facie oleh pihak pendakwaan menurut s. 180 KTJ. [175] OKT dengan itu telah diarahkan untuk membela diri. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg Pembelaan [176] Di peringkat ini, adalah perlu ditekankan bahawa beban pembuktian masih berada di pihak pendakwaan iaitu kes pendakwaan perlu dibuktikan di luar keraguan yang munasabah. Tugas OKT adalah untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Definisi keraguan yang munasabah telah diterangkan dengan jelas dalam kes Miller v Minister of Pensions [1947] 2 ALL ER 372 di mana Hakim Denning telah menyatakan: “[The degree of cogency] ... need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of a doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible, but not in the least probable', the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice.” [177] Definisi keraguan yang munasabah diulas lagi oleh Hakim Sharma dalam kes PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 seperti berikut: “The following definition of ‘reasonable doubt’ is often quoted: “It is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge. It has again been said that “reasonable doubt’ is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there.’ Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.” [178] OKT telah memanggil seramai tujuh (7) orang saksi termasuk dirinya di peringkat ini. [179] OKT dalam keterangannya mengakui bahawa dia menghidapi penyakit mental, mendengar bisikan suara dan mendengar dinding dan langit serta semua di sekelilingnya bercakap sejak dia berusia 18 tahun. Bisikan suara-suara tersebut menyuruh OKT untuk membunuh diri, berperang dan menyatakan OKT bahawa dia datang dari 3 juta tahun dahulu dan perlu pulang ke tanah asal. Menurut OKT lagi bisikan suara menyuruhnya untuk berperang, menolong orang Islam dan membunuh orang kafir dengan berperang di Syria dan Palestin. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [180] OKT memaklumkan bahawa jika dia memakan ubat, suara-suara tersebut akan diam dan jika tidak akan terdapat bisikan. OKT memaklumkan bahawa dia pernah hendak membunuh diri di penjara dan pernah dimasukkan ke Hospital Tg. Rambutan sebanyak 2 kali. Menurut OKT bisikan suara-suara tersebutlah yang menyuruhnya menyerang kuil orang kafir, tetapi OKT tidak tahu di mana. [181] OKT seterusnya memaklumkan bahawa tujuan dia menubuhkan kumpulan WhatsApp adalah untuk berperang dan mengakui bahawa nama yang digunakan dalam kumpulan WhatsApp itu adalah Abu Eldi. OKT mengakui bahawa dia telah bercakap mengenai orang kafir, berperang di Syria, di Palestin di dalam group WhatsApp dan paling banyak berbual adalah Abu Qital, Abu Amri, Akhi Dayyan. OKT juga menyatakan bahawa ayat-ayat di dalam WhatsApp tersebut adalah berpandukan bisikan suara-suara tersebut. OKT mengakui bahawa dia telah menggunakan telefon bimbitnya dalam berkomunikasi di kumpulan WhatsApp tersebut. [182] OKT seterusnya menyatakan bahawa dia cuba mencari sokongan orang kampung untuk ancaman bunuh 4 orang warganegara Malaysia dalam “Grup sejati sejiwa” atas alasan mereka orang kafir yang menyembah matahari juga kerana bisikan suara. [183] OKT menyatakan lagi bahawa dia tidak pernah menggunakan senjata dan tidak tahu bagaimana untuk memberikan latihan senjata api dan 6 bom paip yang dijumpai oleh pihak polis hasil dari maklumat yang dia berikan adalah daripada Akel zainal, Abu amri, Abu dayyan, Abu Qital dan dia telah menerima bom-bom tersebut daripada Abu amri, Abu dayyan dan Abu Qital. OKT menyatakan bahawa dia telah menerima S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg bom dan pistol di tepi jalan dan telah menanam senjata dalam tanah di kampungnya di Terengganu. [184] Menurut OKT dia telah ditangkap kerana video perang yang ada dalam simpanannya dan video orang kafir membunuh orang islam dan menurut OKT lagi video ini diberi oleh Akel Zainal, Abu Qital Abu Dayyan, Abu Amri dan dia telah menyimpan video ini kerana disuruh oleh bisikan suara. [185] OKT juga menyatakan bahawa dokumen rakaman percakapan OKT P27 dan P28 bukan ditulis olehnya dan bukan ditandatangan olehnya. [186] OKT mengakui bahawa dia pandai membaca tetapi kurang pandai menulis. [187] Semasa soalan balas OKT tidak bersetuju bahawa dia dalam keadaan sedar ketika menaip dalam group sehati sejiwa dan apabila dibacakan rakaman percakapannya P27, OKT bersetuju bahawa kandungan P27 adalah sama sebagaimana perbualan kumpulan WhatsApp Sejati Sejiwa. [188] OKT telah mengganguk kepala setuju apabila ditanyakan bahawa rakaman percakapan OKT P29 adalah dibuat olehnya dan apabila dirujuk dengan perbualan-perbualan kumpulan WhatsApp Sejati Sejiwa OKT mengakui setiap perbualan Abu Eldi adalah perbualannya dalam dalam kumpulan WhatsApp Sejati Sejiwa tersebut. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [189] OKT telah mengakui perbualan pada gambar-gambar perbualan seperti berikut: i. Pertuduhan 1: Mencari sokongan membuat ancaman untuk membuat serangan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield – Gambar 16, 20, 23, 25, 148, 150 ii. Pertuduhan 2 : Membuat ancaman untuk membunuh empat
4
orang warganegara Malaysia – Gambar 269, 271, 273, 473 iii. Pertuduhan 3: Memberikan latihan dalam penggunaan senjata api – Gambar 1070, 1071, 1097, 1102, 1122-1127 iv. Pertuduhan 4: Memberikan arahan dalam melaksanakan perbuatan pengganas – Gambar 57, 81, 82, 84, 119, 303, 304, 320, 335, 338, 592 v. Pertuduhan 5: mendapatkan enam (6) butir bom paip (“pipe bom”) – Gambar 264, 272, 301, 456, 648, 651, 1091-1094 vi. Pertuduhan 6: mendapatkan sepucuk pistol semi-automatik CZ 75B dan lima belas (15) butir peluru jenis “Luger 9mm” - Gambar 264, 272, 301, 456 vii. Pertuduhan 7: merekrut ahli kumpulan perbualan “Grup Sejati Sejiwa” untuk menyertai dalam perlakuan perbuatan pengganas – Gambar 12, 16, 29, 51 [190] OKT telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa maksud “kayu” adalah pistol dan “durian” adalah bom. [191] Semasa pemeriksaan balas, OKT telah mengakui bahawa dia dalam keadaan tahu dan sedar ketika perbualan dalam grup Sejati Sejiwa berlaku. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [192] Dr Ian Lloyd, seorang konsultan di Unit Psikiatri Forensik Hospital Bahagia Ulu Kinta telah dipanggil lagi untuk memberi keterangan dan kali ini oleh OKT di peringkat pembelaan. Beliau telah memberikan “specialised assessment” ke atas OKT untuk menentukan sama ada OKT mempunyai kapasiti mental untuk melakukan kesalahan-kesalahan seperti mana OKT dipertuduhkan dan juga berkaitan dengan “criminal responsibility” di pihak OKT. Dr Ian Lloyd telah menjalankan “retrospective assessment menurut kertas-kertas pertuduhan bagi menentukan sama ada OKT “fit to plea” di mahkamah. [193] OKT telah diperiksa oleh Dr Ian Lloyd pada 24.10.2019 dan 20.2.2021. Antara lain Dr Ian Lloyd menyatakan: “Observation on 24/10/2019, OKT was not very cooperative, need time to develop rapport, after that, assessment was much easier. On OKT’s admission, OKT have mild auditory hallucination. Present symptom of schizophrenia. After starting medication, the issue resolved. OKT did not have any delusion, mania or depression. The diagnosis via examination as ordered by court: 1) schizophrenia – he only had auditory hallucination and heard voices. OKT has no delusion. (Delusion - Fixed belief eg persecutory). OKT have random voices that did not give any command and also did not give any comment on his actions. OKT have basic hallucination. 2) mild intellectual disabilities. Charge sheet provided by court helps to assess his criminal responsibility. Conducted direct assessment on OKT over a number of days during his admission to S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg assess his mental condition retrospectively and current mental state. Interview with OKT’s wife and sister to gain insight to OKT’s level of functioning through his behaviour at home to be able to understand OKT’s behaviour previously, level of education and level of functioning in society. As OKT’s level of education was until form 3, he was able to work in palm plantation, managed to married twice, and had 2 childrens – the level of functioning is acceptable and have capacity to learn as aged even in the face of schizophrenia and mild intellectual disabilities. Observation on 20/2/2021, similar to first admission but still have hallucination, percakapan kembali relevan. Tiada gejala ilusi, mania atau kemurungan. Medication increased due to presence of hallucination. Maybe due to stress level in prison. If OKT defaulted from medication, signs and symptom will re-occur. If medication taken regularly, function as normal. If stop – symptom will re-ocurr, some may take months or years. Symptoms will not emerged immediately. Any disorder effects the brain, but in schizophrenia, it depends on symptoms. 90 percent hears voices and it is the character of the voice that determined it. Many don’t act on the voices when cognitive reserve is intact.” [194] Semasa pemeriksaan balas keterangan Dr Ian Lloyd antara lain adalah seperti berikut: “There are only 5 forensic psychiatrists in Malaysia. The difference is only forensic psychiatrist can do S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg retrospective assessment and assessment of mental state of the patient at the time when offence was committed. [In reference to P10 & P14 which stated OKT was “waras”]: although OKT has mental disorder, mental cognitive will determine the phase of mental disorder. OKT knows the consequence and on that background, his cognitive function was intact as he was able to understand. OKT’s cognitive function was intact and referred to page 5, P14 - daya tumpuan, ingatan, judgement and problem solving are intact. [In reference to OKT’s WhatsApp conversation]; OKT’s ability to text and receive WhatsApp messages: OKT is able to use a device, able to type out messages, it requires cognitive capacity and knowledge to use the device and for the receiver to understand the message. Since the message made sense, it showed that OKT is able to articulate himself. [In reference to OKT’s WhatsApp conversation]: a. Photo 15 – 18: cognitive is functioning – in terms whether he is capable - able to use smartphone, able to communicate, sentence structure is shorter but nevertheless relatively spelling intact, can be understood. b. Photo 269 - 273: as in the previous conversation, here goes to show he has cognitive ability to not just communicate, but to instruct and plan task to some S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg extent. Despite having mental disorders, he is still capable.” [195] Semasa pemeriksaan semula, Dr Ian Lloyd menyatakan lagi bahawa segala perbualan OKT dalam WhatsApp yang dirujuk menunjukkan bahawa OKT telah menghantar mesej-mesej tersebut dengan kerelaannya. Dr Ian Lloyd menerangkan antara lain: “Psychotic will impair functioning to an extent and a person thoughts will be disordered. If a person are writing or texting, it will produced disorganized thoughts. Once speaks or writes, it will reflects. Because text are organized and have meaning, OKT is unlikely impacted by hallucination.” [196] Dr Ian Lloyd ditanya lagi sama ada beliau pernah memeriksa orang yang mengalami halusinasi dan skizofrenia seperti OKT tetapi boleh menghantar mesej tanpa memahami apa yang dinyatakan dalam hantaran mesej tersebut, Dr Ian Lloyd menyatakan: “the consequence of particular action is the act in question. Sanity defence does not consider capacity to understand nature of act. In determining whether there was mental disorder or no mental disorder, only by communicating one will reflect. The ability to think of consequence is of choice” [197] SD3 ialah Dato’ Dr Norhayati Nordin, bekas Pengarah Hospital Bahagian Ulu Kinta. Secara ringkasnya, keterangan beliau ialah beliau telah menerima surat daripada Mahkamah untuk menilai “fitness to plea” bagi OKT. Kes telah diterima pada tahun 2019 dan beliau ada S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg mengeluarkan sijil Pengarah Perubatan P16 dan laporan ringkas P15 mengenai OKT. [198] Sebagai Senior Consultant, apabila OKT dimasukkan ke hospital, akan ada satu pasukan yang membantu beliau. Pemerhatian dilakukan setiap hari dan OKT akan dipantau 24 jam. Pemeriksaan fizikal akan dilakukan secara harian dan Dr Ian Lloyd akan melakukan rondaan apabila perlu. Jika ada isu atau memerlukan sijil Pengarah Perubatan, SD3 akan menemu bual dan akan maklum kepada kepada wad. SD3 akan melakukan pemerhatian cara berjalan, makan dan seterusnya merancang cara menemu bual pesakit. Bagi tujuan “history taking”, pemeriksaan dilakukan terhadap gaya bercakap dan tingkah laku OKT supaya dapat menilai “flow of thought” dan melakukan mental state assement. [199] SD3 telah berjumpa dengan OKT sebanyak sekali secara bersemuka dan pemerhatian mendapati OKT seperti orang biasa, memberi kerjasama dan ‘good eye contact’. Walau bagaimanapun, OKT dikatakan tidak ‘proactive’ dan hanya bila ditanya barulah OKT akan menjawab. [200] Selain temuduga sendiri, SD3 membuat rujukan rekod dan laporan dari Dr. Ian, SD2. SD3 akan mengesahkan dahulu laporan sebelum SD3 menemu bual OKT. [201] Mengenai kesan ubat yang diberikan kepada OKT, SD3 memaklumkan bahawa ubat olamzypine dan anti muscular diberikan apabila berlaku physcosis/kecelaruan filkiran dan pesakit boleh menyusun pemikiran dengan teratur kerana ubat ini memberi ‘mood’ baik S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg dan jika ‘mood’ tidak stabil, SD3 akan membantu menstabilkannya untuk mengurangkan gejala. Rawatan ini juga menghalang keadaan kecelaruan fikiran berulang. [202] SD3 juga memaklumkan bahawa tugasnya hanyalah untuk penilaian “fitness to plea” iaitu sama ada OKT faham akibat dan kesan pertuduhan terhadapnya bagi membolehkan OKT membela diri. Bagi Sijil Pengarah Perubatan, penilaian dilakukan hanya kepada mental state pada masa penilaian sahaja. Untuk penilaian ketika masa pertuduhan, ianya akan dinilai oleh pakar forensik psikiatri. [203] SD3 memaklumkan keadaan ‘mild intellectual disabilities’ OKT menunjukkan OKT jenis ‘independent’ dan tidak memerlukan sokongan. [204] SD3 mengesahkan bahawa melalui penilaian ‘fitness to plea’, menunjukkan OKT mampu untuk membela diri. SD3 telah membacakan pertuduhan-pertuduhan kepada OKT dan OKT mengetahui alasan dia dibawa ke hospital. OKT mengetahui mengenai watsapp group dalam pertuduhan. OKT mengetahui pertuduhan-pertuduhan yang SD3 telah bacakan. OKT turut juga memahami hukuman-hukuman untuk kesalahan tersebut. [205] Dalam pemeriksaan balas, SD3 bersetuju bahawa beliau bukan ‘forensic psychiatrist’ dan pemeriksaan yang beliau lakukan ke atas OKT hanyalah bagi tujuan fitness to plea dan bukan penilaian semasa tarikh pertuduhan. [206] Puan Amizah Mamat (SD4) adalah kakak kepada OKT. SD4 antara lain telah menceritakan mengenai latar belakang OKT dan S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg keluarga mereka. SD4 mengesahkan mengenai kejadian OKT pernah melakukan cubaan bunuh diri serta pernah memaklumkan kepadanya bahawa OKT ada mendengar suara. [207] Semasa pemeriksaan balas, SD4 mengakui perkara bahawa OKT mampu berfungsi seperti orang biasa dan bersetuju bahawa OKT tidak pernah dibawa untuk mendapatkan rawatan. [208] SD5 ialah Dr. Muhammad Redzuan Mohammed Ramlan yang merupakan seorang doktor yang bertugas di Jabatan Psikiatrik di Hospital Kuala Lumpur. Beliau merupakan doktor yang memeriksa OKT ketika OKT berada di Penjara Sg. Buloh pada tahun 2019. Beliau telah menyediakan laporan perubatan P11 dan P12 daripada rekod perubatan di Penjara Sg. Buloh yang merupakan hasil pemeriksaan Jabatan Psikiatrik Hospital Sg. Buloh. [209] SD5 mengakui bahawa SD5 bukan pakar ‘forensic psychiatry’ dan tidak mampu menilai keadaan mental OKT semasa tarikh pertuduhan. SD5 menyatakan laporan P11 dibuat berdasarkan pemeriksaan terhadap OKT oleh pakar yang lain semasa OKT hadir menerima rawatan. [210] SD6 ialah Dr Farah Sabreena A. Aziz yang merupakan doktor yang memeriksa OKT ketika OKT berada dalam tahanan reman di Kuala Terengganu pada tahun 2019. SD6 telah menyediakan laporan perubatan P9 yang merupakan hasil pemeriksaan semasa OKT hadir di Jabatan Psikiatrik Hospital Hulu Terengganu. [211] SD6 mengesahkan bahawa beliau tiada kepakaran dalam bidang ‘forensic psychiatry’ dan tidak mempunyai kepakaran untuk menilai S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg keadaan mental OKT semasa tarikh pertuduhan dan laporan P9 dibuat berdasarkan keadaan semasa OKT hadir menerima rawatan di Jabatan Psikiatrik Hospital Hulu Terengganu. [212] SD7 adalah isteri kepada OKT. SD7 telah memaklumkan bahawa OKT mempunyai masalah mental dan tidak pernah dibawa untuk mendapatkan sebarang rawatan. SD7 mengakui bahawa OKT boleh berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. [213] Dalam menilai pembelaan OKT dan juga kes pendakwaan adalah jelas bahawa tiada penafian dari OKT bahawa dialah Abu Eldi yang telah membuat penghantaran-penghantaran mesej dalam P26. Adalah jelas juga bahawa pembelaan OKT adalah berkenaan dirinya yang mengalami skizofrenia dan halusinasi di mana versi OKT ialah akibat dari itu dia tidak boleh dikatakan mempunyai niat untuk melakukan kesalahan-kesalahan sepertimana dipertuduhkan. [214] Prinsip undang-undang mengenai pembelaan di bawah s. 84 KK dan juga di bawah s. 105 Akta Keterangan 1950 telah dijelaskan terdahulu di peringkat pendakwaan. [215] Mahkamah ini mendapati keterangan Dr Ian Lloyd, Konsultan Unit Psikiatri Forensik, Hospital Bahagia Hulu Kinta telah mematahkan pembelaan OKT. Adalah jelas bahawa keadaan atau kapasiti mental OKT tidak terjatuh dalam kategori ‘legal insanity’ di bawah s. 84 KK.
Preamble
Menurut laporan P10 dan P14, Dr Ian Lloyd telah memberi pandangan bahawa kapasiti mental OKT berfungsi baik semasa dia melakukan kesalahan-kesalahan sepertimana pertuduhan dan bahawa OKT adalah waras pada masa yang material. OKT boleh memahami apa yang S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg dihantarnya melalui aplikasi kumpulan WhatsApp di mana ‘cognitive function’ OKT dikatakan mempunyai daya tumpuan yang baik, ingatan dan ‘judgment and problem solving are intact’ (rujuk P14 muka surat 5). [216] Dr Ian Lloyd telah dirujuk dengan P26 yang mengandungi perbualan-perbualan WhatsApp OKT dan memberi keterangan bahawa OKT menunjukkan keupayaan untuk menghantar mesej-mesej dan menerima mesej-mesej. OKT boleh menggunakan alat komunikasi iaitu P109 serta boleh menaip mesej-mesej yang memerlukan kapasiti kognitif dan pengetahuan yang membolehkan penerima mesej-mesej tersebut memahami mesej-mesej OKT. Mesej-mesej tersebut adalah masuk akal (made sense). Ini menunjukkan OKT mampu mengartikulasikan dirinya. [217] Apabila dirujuk dengan gambar 15 -18 dan 269-273, Dr Ian Lloyd menyatakan: a. Gambar 15-18- cognitive is functioning-in terms whether he is capable-able to use smartphone, able to communicate, sentence structure is shorter but nevertheless relatively spelling intact, can be understood. b. Gambar 269-273 – as in the previous conversation, here goes to show he has cognitive ability to not just communicate, but to instruct and plan task to some extent. Despite having mental disorders, he is still capable. [218] Mahkamah ini berpuas hati bahawa berdasarkan keterangan Dr Ian Lloyd dan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di peringkat pendakwaan, OKT gagal menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa keadaan mentalnya terjatuh dalam pengecualian di bawah s. 84 KK. S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg [219] Mahkamah ini tidak dapat menerima pembelaan OKT bahawa dia telah menghantar mesej-mesej dalam aplikasi WhatsApp kerana dia telah mendengar arahan daripada suara-suara yang mengarahkan dia menulis menaip dan menghantar mesej-mesej untuk berjihad tersebut tanpa sedar. Ini adalah kerana apabila dirujuk kepada mesej-mesej berbentuk peribadi (sebagai contoh OKT ada menghantar gambar seorang wanita dalam kumpulan WhatsApp sejati sejiwa dan mengatakan bahawa wanita itu adalah calon isteri keduanya) dan ditanyakan sama ada ini mesej ini dihantar atas arahan suara-suara yang berbisik kepadanya, OKT mengambil pendirian bahawa dia tidak mengingati mesej yang dihantar tersebut. [220] OKT telah memberikan keterangan-keterangan yang tidak konsisten mengenai sumber 6 biji bom yang disembunyikan, latihan yang ingin diberikan kepada ahli-ahli kumpulan sejati sejiwa yang sama sekali bercanggah dengan pernyataan-pernyataan yang telah diberikannya dalam P29 dan P27. [221] Namun demikian, Mahkamah ini mendapati, pernyataan-pernyataan OKT secara keseluruhannya menzahirkan niat di pihaknya melakukan kesalahan-kesalahan sepertimana pertuduhan-pertuduhan terhadapnya. [222] Berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan yang dikemukakan di peringkat pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini mendapati OKT telah gagal membuktikan bahawa dia tidak waras semasa dia melakukan kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan terhadapnya. Skizofrenia dan halusinasi yang dikatakan dialami oleh OKT tidak sampai ke tahap sehingga dia tidak boleh menilai sama ada S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg tindakannya adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. OKT juga gagal menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa tidak ada niat di pihaknya untuk melakukan kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan terhadapnya. [223] Berlandaskan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan, serta nas undang-undang yang dirujuk serta prinsip kes-kes terdahulu, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah ke atas OKT bagi kesemua pertuduhan yang dihadapinya. Oleh yang demikian, OKT telah disabitkan dengan kesemua pertuduhan-pertuduhan terhadapnya. Hukuman [224] Mitigasi yang dikemukakan oleh OKT adalah seperti berikut: i. OKT mempunyai seorang isteri yang kini tidak dapat bekerja tetap kerana menghidap SLE; ii. OKT hanya mempunyai tahap pendidikan sehingga tingkatan 3 dan tidak mempunyai sebarang kelulusan seperti sijil kemahiran; iii. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa OKT menyertai mana-mana kumpulan pengganas mahupun telah direkrut oleh mana-mana entiti pengganas ataupun pernah ke luar negara bagi tujuan menyertai kumpulan pengganas; iv. Oleh sebab keadaan mentalnya, OKT mudah dipengaruhi dan terdorong dengan ‘false belief’ yang mana telah S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg menjurus kepada kesalahan-kesalahan sepertimana pertuduhan-pertuduhan terhadapnya; [225] OKT memohon agar Mahkamah mengambil kira isu kesihatan mental OKT sebagai faktor mitigasi, di mana dalam keadaan ini, OKT hanya harus diberi keutamaan untuk pulih, iaitu dari segi perubatan dan kaunseling dan hukuman pemejaraan yang panjang semata-mata bukanlah suatu penyelesaian yang terbaik. [226] Kesalahan keganasan adalah dibawah Bahagian VIA KK dimana ia merangkumi sebanyak 28 seksyen daripada seksyen 130B sehingga seksyen 130TA. Kesalahan dibawah Bahagian VIA Kanun Keseksaan turut disenaraikan di dalam Jadual Pertama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) [Akta 747] dan ditakrifkan sebagai kesalahan keselamatan di bawah seksyen 2 SOSMA. [227] Undang-undang mengenai kesalahan keganasan di negara ini telah diperkenalkan kerana kesedaran atas keseriusan jenayah ini bukan sahaja di peringkat antarabangsa tetapi juga di peringkat domestik. Keganasan atau terrorism adalah jenayah yang mengugat ketenteraman sejagat. Maka wujud keperluan bagi Malaysia memiliki undang-undang keselamatan yang khusus menangani dan mencegah pelampau keganasan. Adalah penting bagi mencegah sebarang elemen keganasan dari meluas, termasuk doktrin ketaasuban melampau. [228] Setelah menimbang mitigasi OKT dan kepentingan awam terutama sekali kepentingan awam dan keseriusan kesalahan keganasan/terrosim, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman-hukuman ke atas OKT seperti berikut: S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg
1
Seksyen 130J (1) (b) KK – hukuman pemenjaraan selama sepuluh (10) tahun dari tarikh tangkap (bagi kes No. WA- 45SO-8-09/2019);
2
Seksyen 130J (1) (b) KK – hukuman pemenjaraan selama sepuluh (10) tahun dari tarikh tangkap (bagi kes No. WA- 45SO-9-09/2019);
3
Seksyen 130F (a) KK - hukuman pemenjaraan selama sepuluh (10) tahun (bagi kes No. WA-45SO-10-09/2019);
4
Seksyen 130F (b) KK – hukuman pemenjaraan selama enam (6) tahun (bagi kes No. WA-45SO-11-09/2019);
5
Seksyen 130JD (1) KK-hukuman pemenjaraan selama lima (5) tahun (bagi kes No. WA-45SO-11-09/2019);
6
Seksyen 130JD (1) KK – hukuman pemenjaraan selama lima (5) tahun (bagi kes WA-45SO-11-09/2019);
7
Seksyen 130JB (1) (a) KK – hukuman pemenjaraan selama sepuluh (10) tahun (bagi kes No. WA-45SO-12-09/2019; dan
8
Seksyen 130E KK – hukuman pemenjaraan selama lima (5) tahun (bagi kes No. WA-45SO-12-09/2019). [229] Kesemua hukuman pemenjaraan adalah bermula dari tarikh tangkap iaitu 5 Mei 2019 serta berjalan secara serentak. Tarikh: 1 Februari 2025 sgd [NOORIN BINTI BADARUDDIN] Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg Timbalan Pendakwa Raya TPR Datuk Nazran bin Mohd Sham TPR Mohamad Mustaffa P. Kunyalam TPR Nur Ainaa binti Ridzwan TPR Mohammad Fakhrurrazi bin Ahmad Salim TPR Low Qin Hui TPR Saifuddin bin Rafiee TPR Fazeedah binti Faik TPR Rajdeep Singh Peguam Bagi Pihak Tertuduh Puan Farida binti Mohammad Encik Khairul Naim bin Rafidi Tetuan Farida & Company (Ampang) S/N ogAIBnxga06ojfTl7FXzg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.