Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-13-01/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
WA-45A-13-01/2022
High Court of Malaysia6 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-13-01/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh (OKT) dalam kes ini menghadapi satu pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu: “Bahawa kamu pada 5 Mac 2021 jam lebih kurang 5.00 petang di Kawasan tepi Jalan Scott berhadapan bangunan Villa Scott dalam Daerah Brickfields di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya iaitu 103.6 gram Heroin dan 12.9 2 gram Monoacetylmorphines dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
2
Bagi membuktikan kesnya, pihak pendakwaan perlu membuktikan 3 elemen iaitu: i. Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya; ii. OKT mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut; dan iii. OKT mengedar dadah berbahaya tersebut.
3
Selain daripada itu, pihak pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa dadah berbahaya yang dikemukakan di Mahkamah ketika perbicaraan adalah merupakan dadah berbahaya yang sama yang dirampas daripada OKT dan disahkan dadah berbahaya oleh Ahli Kimia yang menjalankan analisis.
4
Dalam kes ini, Ahli Kimia (SP4) telah memberi keterangan bahawa beliau telah menjalankan analisis terhadap 7 paket plastik yang mengandungi bahan serbuk dan ketulan (P17-P23) yang diterima dari SP6, Pegawai Penyiasat.
5
Hasil analisis yang dijalankan, SP4 mengesahkan kandungan P17- P23 mengandungi 103.6 gram Heroin dan 12.9 gram Monoacetylmorphines.
6
Kedua-dua Heroin dan Monoacetylmorphines adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
7
Dapatan oleh Ahli Kimia ini (SP4), tidak dicabar oleh pihak pembelaan.
8
Berpandukan kepada keputusan kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah dengan ini menerima keterangan SP4 tentang jenis dan berat dadah yang dianalisis kerana tidak wujud sebarang sebab untuk Mahkamah memutuskan sebaliknya memandangkan keterangan SP2 dan SP3 bukanlah sesuatu yang ‘inherently incredible’ dan OKT juga tidak mengemukakan sebarang keterangan rebuttal dari pakar lain. Bahan yang disahkan sebagai Heroin dan Monoacetylmorphines oleh SP4 merupakan bahan yang sama yang dirampas oleh SP3 dan dikemukakan di Mahkamah
9
Kombinasi keterangan SP3 (Pegawai Tangkapan), SP6 (Pegawai Penyiasat) dan SP4 (Ahli Kimia) yang mengendalikan barang kes dadah P17-P23 jelas menunjukkan eksibit yang dikemukakan di Mahkamah pada hari perbicaraan merupakan barang kes dadah yang dirampas oleh SP3 di tempat kejadian.
10
Ketiga-tiga saksi ini masing-masing ada membuat tandaan pada barang kes dadah berkenaan dan ketika memberi keterangan, ketiga-tiganya telah membuat pengecaman positif terhadap tandaan yang mereka buat sebelum ini.
11
Berdasarkan keterangan daripada saksi-saksi yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa rantaian pergerakan barang-barang kes bermula dari waktu ia dirampas di tempat kejadian sehinggalah ia dikemukakan semula ketika perbicaraan adalah tidak terputus dan menunjukkan bahawa ia adalah barang kes yang sama sepertimana dirampas bagi keempat-empat pertuduhan. (Kes Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345; Gunalan a/l Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 489; dan Luke Nnaemeka Ugwu v Pendakwa Raya [2016] 400, berkaitan).
12
Menurut SP3 (Pegawai Tangkapan), bertindak atas maklumat yang diterima oleh beliau dan sepasukan polis pada 5.3.2021 jam lebih kurang 5.00 petang telah menyerbu sebuah kereta Honda City yang sedang parkir di tepi Jalan Scott berhadapan bangunan Villa Scott, Brickfields. Ketika ini, OKT sedang duduk sendirian di kerusi pemandu kereta tersebut.
13
Ketika serbuan ini, selepas SP3 memperkenalkan diri sebagai polis, OKT telah bertindak agresif dengan menggerakkan kereta sehingga melanggar kereta yang dinaiki anggota polis dan cuba melarikan diri dengan keluar dari kereta yang dinaikinya, namun berjaya ditangkap lebih kurang 10 meter dari kereta selepas berlaku pergelutan.
14
Hasil pemeriksaan kereta tersebut, SP3 telah menjumpai 1 beg plastik warna ungu bertulis “Thank You” (P16) di tempat duduk penumpang bahagian hadapan. Di dalam beg plastik ini, didapati mengandungi 4 paket plastik lutsinar setiap satu berisi serbuk dan ketulan merah jambu disyaki Heroin (P17-P20) dan 3 paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan keputihan disyaki Heroin (P21-P23). Turut dijumpai dalam P16 adalah wang tunai sejumlah RM14,700.00.
15
Kereta Honda City yang terbabit adalah dimiliki oleh SP2 (P33 & P33a, salinan hakmilik kereta) yang telah menyerahkan kereta ini kepada ejen kereta, SP1 pada 22.2.2021. Rujuk P5. SP1 seterusnya telah menyewakan kereta ini kepada seorang individu yang dikenali sebagai Kevin. Rujuk P7, perjanjian sewa kereta. Namun begitu, tiada maklumat lain yang diberikan oleh penyewa ini selain daripada nama Kevin dan nombor telefon bimbit.
16
Hasil semakan yang dibuat di syarikat Maxis mendapati nombor telefon bimbit ini hanya diaktifkan selepas dari tarikh kejadian P29 & P29a.
17
Milikan boleh dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung ataupun dengan menggunapakai andaian di bawah seksyen 37(d) Akta dengan membuktikan jagaan atau kawalan. Selain dari jagaan atau kawalan, untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai milikan, elemen pengetahuan (knowledge) juga perlu ditunjukkan.
18
Perkataan milikan tidak diberikan sebarang tafsiran di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun begitu, dalam kes Toh Ah Lok And Mak Thiam v Rex [1949] 1 MLJ 54, Mahkamah menyatakan: “Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristics. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him a power of disposal over the thing, and lastly must be conscious of his possession of the thing.” “I have given the most careful consideration to the meaning of the word “custody” in section 37(d) of the Ordinance under consideration and have come to the conclusions that it means actual physical control. The word “control” in the same section must, therefore, be construed to mean any form of control other than actual physical control. Other names for “custody” are “physical possession”, “de facto possession” and “detention.” It is referred to in 25 Halsbury’s Laws (2nd Edn.) 194, para 327, in these terms: “The word ‘possession’ may mean effective, physical or manual control, or occupation, evidenced by some outward act, sometimes called de facto possession or detention.”
19
Dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, milikan ditafsirkan seperti berikut: “Possession” itself as regards to criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304):- “A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belongs to him, for an example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which is the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.”
20
YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853 menyatakan: “Whether the prosecution has established means rea possession in a given case is a question of fact depending on the facts and circumstances of each case. Proof of knowledge in a criminal case is, short of a voluntary confession by an accused, like many 8 other states of a guilty mind in a criminal case, a fact to be gathered inferentially from proved facts and surrounding circumstances. In particular the acts done by an accused and other circumstances provide valuable assistance to a court in determining whether that accused had the requisite means rea. It is in reality a commonsense approach.”
21
Berdasarkan petikan kes-kes di atas, milikan adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam kedudukan yang membolehkan beliau berupaya untuk mengambil sebarang tindakan yang beliau fikirkan bersesuaian terhadap sesuatu barangan, bila perlu, dengan menyingkirkan peranan orang lain.
22
Bagi pertuduhan ini, kedudukan di mana P16-P23 ditemui menunjukkan yang OKT mempunyai bukan sahaja kawalan dan jagaan terhadapnya malah melalui tingkah laku OKT yang cuba melarikan diri juga boleh mendatangkan inferen bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenainya. Rujuk kes Parlan bin Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717.
23
Inferen tentang pengetahuan juga dapat disimpulkan berdasarkan keterangan yang sama dengan menggunakan common sense approach sepertimana yang dinyatakan dalam kes Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853 di mana dadah berbahaya ini ditemui bersebelahan dengan OKT yang pada ketika itu bersendirian di dalam kereta.
24
Dalam keadaan ini, saya berpuas hati bahawa OKT mempunyai milikan terhadap dadah yang ditemui dan dirampas. Pertuduhan dan elemen ini telah dibuktikan melalui keterangan langsung oleh saksi-saksi pendakwaan.
25
Manakala, bagi elemen pengedaran, andaian statutori di bawah seksyen 37(da) Akta adalah terpakai memandangkan berat dadah dalam pertuduhan adalah melebihi daripada berat yang ditetapkan.
26
Di peringkat ini, seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah telah menggariskan prosedur yang perlu diambil oleh Mahkamah iaitu Mahkamah perlu menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di tahap maksimum dan memutuskan adakah keterangan yang telah dikemukakan ini mencukupi untuk mensabitkan OKT sekirannya OKT memilih untuk berdiam diri. Sekiranya ya, maka satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Rujuk kes Ahmad Najib bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 dan Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393.
27
Berdasarkan daripada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, setelah memberikan penilaian di tahap maksimum sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, saya memutuskan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. OKT dengan ini diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan mengedar dadah berbahaya sepertimana pertuduhan.
28
Sebelum pembelaan OKT dimulakan, Peguambela OKT telah membuat permohonan supaya saya menarik diri daripada mendengar pembelaan OKT kerana OKT tidak yakin akan mendapat keadilan yang sewajarnya memandangkan dia pernah hadir di hadapan saya untuk pengecaman sebagai saksi (walaupun tidak dipanggil untuk memberi keterangan) dalam 1 kes lain iaitu WA-45A-29-08/2020, Pendakwa Raya lawan Mohd Said bin Hj Nyan & Muhammad Zakhwan bin Roslan dan namanya juga disebut sebagai orang ketiga yang ditangkap dalam kes tersebut, namun tidak dituduh.
29
Saya telah menolak permohonan ini kerana setelah meneliti Nota Keterangan kes tersebut, saya dapati tiada alasan ataupun sebab yang kukuh untuk saya menarik diri daripada meneruskan mendengar perbicaraan kes pada hari ini.
30
Dalam kes WA-45A-29-08/2020, Pendakwa Raya lawan Mohd Said bin Hj Nyan & Muhammad Zakhwan bin Roslan yang ditimbulkan itu, OKT telah dinamakan sebagai orang ketiga yang ditangkap ketika cuba melarikan diri dengan memandu sebuah kereta Alphard yang terdapat dadah berbahaya. Namun begitu, OKT tidak dituduh dalam kes tersebut sebaliknya telah dinamakan sebagai saksi.
31
Dalam kes tersebut juga, OKT telah dipanggil bagi tujuan pengecaman oleh pengadu.
32
Kes WA-45A-29-08/2020, Pendakwa Raya lawan Mohd Said bin Hj Nyan & Muhammad Zakhwan bin Roslan ini telah selesai perbicaraan penuh di hadapan saya sebelum kes hari ini dimulakan perbicaraan.
33
Dalam keadaan seperti yang dinyatakan di atas, saya memutuskan bahawa tiada sebab untuk saya mengecualikan diri daripada terus membicarakan kes ini kerana di sepanjang perbicaraan pada peringkat pendakwaan, tiada sebarang keadaan yang wujud untuk menunjukkan bahawa saya telah berlaku tidak adil ataupun kelihatan tidak adil dalam mengendalikan perbicaraan ataupun dalam membuat keputusan.
34
Oleh yang demikian, permohonan Peguambela OKT untuk saya menari diri adalah ditolak.
35
Pada peringkat ini, OKT telah memilih untuk berdiam diri dan tidak mengemukakan sebarang keterangan bagi pihaknya. Saya telah memaklumkan implikasi terhadapnya apabila dia membuat pilihan ini dan OKT mengaku faham dan masih memilih untuk berdiam diri.
36
Dalam keadaan ini, menurut prinsip seperti yang dinyatakan di perenggan [26] di atas, OKT dengan ini didapati bersalah bagi tuduhan mengedar dadah berbahaya sepertimana pertuduhan yang dikenakan.
37
OKT dalam rayuan mitigasinya memberitahu Mahkamah bahawa ini adalah merupakan kesalahan pertamanya dan ketika kejadian, beliau berusia 24 tahun.
38
Manakala pihak pendakwaan pula menghujahkan bahawa ini merupakan satu kesalahan yang serius dan faktor kepentingan awam mestilah diutamakan.
39
Setelah memberi pertimbangan terhadap hujahan kedua-dua pihak, OKT dengan ini didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah berbahaya sebagaimana pertuduhan di atas dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) berkuat kuasa dari tarikh tangkap (5.3.2021) dan 12 kali sebatan rotan. Bertarikh : 08 Mei 2026 (AZHAR BIN ABDUL HAMID) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (7) Kuala Lumpur Pihak-Pihak:- Bagi pihak Pendakwa Raya : Goh Ai Rene Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Tertuduh : Datuk N.Sivananthan & Nabilla Habib Tetuan Sivananthan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.