Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-6-07/2021 DAN CB-45-5-11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-6-07/2021
High Court of Malaysia19 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“evidence **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 45 was adduced to justify the court's admission of the deposition under section 32 of the Evidence Act. Evidence was also adduced that at Changloon the appellant was the active party in the unloading and it was he”
“rcumstances of each case might vary. As such, each case should be decided based on the facts involved. ….. [75] From the above cases, we are of the view that the law on the operation of s. 34 of the Penal Code is well settled. We have no reason to depart from this established principle on common intention. As stated ea”
“an anak saudara kepada Simati oleh itu mahkamah perlu menolak keterangan SP18. Mahkamah memutuskan tidak ada anggapan undang-undang saksi yang berkepentingan tidak boleh dipercayai, Balasingham v. PP [1959] CLJU 8; [1959] MLJ 193. Pihak pembelaan gagal mengemukakan apa-apa bukti yang menunjukkan SP18 tidak boleh diperc”
“kepada Simati oleh itu mahkamah perlu menolak keterangan SP18. Mahkamah memutuskan tidak ada anggapan undang-undang saksi yang berkepentingan tidak boleh dipercayai, Balasingham v. PP [1959] CLJU 8; [1959] MLJ 193. Pihak pembelaan gagal mengemukakan apa-apa bukti yang menunjukkan SP18 tidak boleh dipercayai dan mempuny”
“aan. [49] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa pada peringkat pembelaan pihak pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan. Ia seperti yang dinyatakan dalam kes Mat v PP [1963] CLJU 82; [1963] MLJ 263. Tiada tanggungjawab pihak pembelaan untuk membuktikan ketidakbersalahannya (Rosli bin Yus”
“h tidak dapat dinafikan bahawa pada peringkat pembelaan pihak pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan. Ia seperti yang dinyatakan dalam kes Mat v PP [1963] CLJU 82; [1963] MLJ 263. Tiada tanggungjawab pihak pembelaan untuk membuktikan ketidakbersalahannya (Rosli bin Yusof v PP [2021]”
“m tersebut adalah versi pendakwaan sementara keterangan OKT 1 menyatakan dia tidak membuang beg hitam tersebut. Peguam telah merujuk kepada kes Deputy Public Prosecutor v Arumugam a/l Manigam Pillay [1995] MLJU 416 dan Tai Chai Keh v PP [1948-1949] MLJ Supp 105. [53] Sebaliknya, Timbalan Pendakwa Raya berhujah bahawa k”
“ote : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 42 evidence is to be accepted or not" (Tong Soon Tiong & Ors v. FA Securities Sdn Bhd [2013] 2 CLJ 448; [2013] MLJU 1585 [FC]). [120] Hence, "where the Court is called upon to deal with the evidence of the interested witness,”
“leh Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan pendekatan untuk meneliti keterangan-keterangan saksi yang berkepentingan dalam kes Teoh Kiang Hong v. Theow Say Kow @ Teoh Kiang Seng, Henry & Other Appeals [2024] CLJU 3133 seperti yang berikut: “[117] That said, a rejection of evidence of witnesses on ground of being interes”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-6-07/2021 DAN CB-45-5-11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
SAL SUHAIMI BIN AB RASHID
2
JOHARI BIN HUSSIN
3
NORFARA DIANA BINTI MUSA (NO. K/P: 821127065468) ALASAN PENGHAKIMAN (NOMBOR 2) Pendahuluan [1] Kesemua Orang Kena Tuduh (OKT) dipertuduhkan dengan pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada 25 Julai 2020 jam lebih kurang 12.30 tengah malam, bertempat di hadapan rumah No. 323 Blok 14 Felda Lakum, Lanchang, dalam Daerah Temerloh, dalam Negeri Pahang, dalam mencapai niat bersama kamu telah didapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 18.11 gram Heroin dan Monoacetylmorphines (5.93 gram Heroin dan 12.18 gram Monoacetylmorphines). Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 25 Julai 2020 jam lebih kurang 12.30 tengah malam, bertempat di hadapan rumah No. 323 blok 14 Felda Lakum, Lanchang, dalam Daerah Temerloh, dalam Negeri Pahang, dalam mencapai niat bersama kamu telah didapati dalam kawalan kamu racun yang disenaraikan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga Akta Racun 1952 iaitu racun jenis Nitrazepam berat bersih 0.58 gram, oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] Pihak pendakwaan telah mengemukakan enam orang saksi yang terdiri daripada pegawai polis, ahli kimia dan saksi awam sebelum menutup kes pendakwaan. Kes Pendakwaan [3] Penelitian keterangan pendakwaan menunjukkan pada 24.07.2020, SP 4 telah menerima satu maklumat berkenaan dengan aktiviti pengedaran dadah. Pada lebih kurang jam 12.30 pagi serbuan telah dibuat di No. 323, Blok 14 Felda Lakum, 28500 Lanchang, Pahang. Pegawai polis menyatakan bahawa sebelum serbuan dilakukan terdapat dua orang lelaki dan seorang perempuan sedang berada di ruang garaj kenderaan di hadapan pintu masuk rumah tersebut. [4] Apabila pihak polis sampai di tempat tersebut mereka telah bertindak melarikan diri. SP 4 menyatakan ketika itu dia nampak seorang lelaki yang kemudiannya dikenali sebagai Sal Suhaimi telah membuang satu beg pinggang berwarna coklat menggunakan tangan kanan ke atas tanah. [5] SP 4 telah dapat camkan ketiga-tiga individu tersebut di mahkamah. Individu yang lari itu adalah Sal Suhaimi bin Ab Rashid (OKT 1) dan Norfara Diana binti Musa (OKT 3). Seorang lagi lelaki iaitu Johari bin Hassan (OKT 2) SP 4 menyatakan masih berada di kerusi batu. OKT 2 telah dicamkan. [6] Keterangan pendakwaan juga menyatakan bahawa terdapat sedikit tindakan agresif sebelum tangkapan dilakukan. Apa yang jelas ialah OKT 1 dan OKT 3 telah cuba melarikan diri ketika serbuan ini. Sementara OKT 2 tidak melarikan diri disebabkan kakinya ketika itu mengalami kecederaan. [7] SP 6 semasa memberikan keterangan menyatakan bahawa dia telah dimaklumkan oleh SP 4 bahawa terdapat maklumat penagihan dan penyalahgunaan dadah di No. 323, Felda Lakum, Lanchang, Pahang. SP 6 sahkan keterangan SP 4 bahawa semasa serbuan dilakukan terdapat dua orang lelaki melayu dan seorang perempuan duduk di meja hadapan garaj. SP 6 menyatakan pada masa itu ketiga-tiga individu itu sedang berbual-bual. Keterangan juga menunjukkan pintu pagar rumah tidak berkunci dan terbuka sedikit. [8] SP 6 menyatakan dia yang menangkap OKT 1. SP 6 menyatakan seperti berikut: “Semasa dia melarikan diri itu sambil dia terus campak beg ke tanah saya dan team terus terkam suspek dan menangkapnyalah.” [9] Selanjutnya SP 6 menyatakan: “Pasa masa itu beg itu berada pada badannya. Dalam keadaan sepintas lalu itu dia pegang beg kemudian dia terus campak ke tanah. Dia melarikan diri, saya dengan team terus menangkap dia.” [10] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa satu kes prima facie dapat dibuktikan apabila elemen-elemen kesalahan telah dapat dibuktikan oleh Pendakwa Raya di akhir kes pendakwaan. Ini telah diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan v PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti berikut: “[43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof.” [11] Ia juga dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Sanderasegaran Nithenanham [2024] 4 CLJ 823 seperti berikut: “[34] Hence, based on the statutory provisions and authorities cited above, what is pertinent for the trial judge at the end of the prosecution case is to determine whether the prosecution has established a prima facie case and a prima facie case is established if all elements of the charge have been proved by credible evidence. …” Elemen Kesalahan [12] Adakah dadah yang dikatakan ditemui dalam serbuan adalah dadah berbahaya seperti yang diperuntukan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Bagi menjawab persoalan ini mahkamah ini meneliti laporan kimia (P13) dan keterangan ahli kimia yang membawa natijah bahawa ahli kimia menyediakan P13 bahawa ujian yang dilakukan mendapati: Sampul Surat ‘H’
i
13 peket plastik lutsinar masing-masing bertanda "H1" hingga "H13" yang setiap satu mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna putih. Setelah dianalisis saya mendapati berat bersih bahan tersebut ialah sejumlah 483.5 gram yang mengandungi 5.8 gram heroin dan 12.0 gram monoacetylmorphines.
II
(ii) Tiga peket plastik lutsinar masing-masing bertanda "H14" hingga "H16" yang setiap satu mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna merah jambu. Setelah dianalisis saya mendapati berat bersih bahan tersebut ialah sejumlah 6.30 gram yang mengandungi 0.13 gram heroin dan 0.18 gram monoacetyimorphines. Sampul Surat “S” Lima peket plastik lutsinar masing-masing bertanda "S1" hingga "S5" yang setiap satu mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis saya mendapati berat bersih bahan tersebut ialah sejumlah 298.0 gram yang mengandungi 197.0 gram methamphetamine. [13] Pada masa yang sama mahkamah juga meneliti rantaian keterangan dan pengendalian dadah oleh pegawai serbuan dan pegawai penyiasat semasa dadah dikemukakan di Jabatan Kimia adalah teratur. Mahkamah ini mendapati tiada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapat pemutusan rantaian barang kes iaitu dadah berbahaya dalam kes ini. [14] Oleh itu mahkamah ini berpuas hati bahawa dadah-dadah dalam kes ini adalah dadah berbahaya. Ini bermakna elemen pertama telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Adakah OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan berkenaan dadah-dadah tersebut [15] Pegawai penyiasat dalam kes ini telah menyatakan bahawa dia telah diserahkan barang-barang kes dan bersama-sama OKT-OKT daripada SP 4. Barang-barang kes yang diakui telah dihantar ke Jabatan Kimia dan diperolehi laporan kimia iaitu P13. Kesan cap jari telah cuba diperolehi dan setelah rujukan dibuat kepada Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia adalah didapati tidak boleh dibuat perbandingan kerana tidak cukup sifat dan tidak dikesan dengan rekod jenayah iaitu di P19. Pelbagai cap jari itu menurut SP 5 dibuat terhadap barang kes dadah. [16] Adakah dadah di dalam milikan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3. Keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan menunjukkan bahawa ketiga-tiga OKT berada di kawasan berhampiran dengan garaj dan sedang berbual-bual. SP 4 dan SP 6 dalam keterangan mereka menyatakan semasa serbuan dilakukan OKT 1 telah berlari dan membawa beg dan membuangkannya ke kawasan yang ditandakan ‘X’ dalam gambar yang kemudiannya didapati dadah berbahaya. OKT 3 juga turut melarikan diri tetapi tiada apa-apa barang yang dibawanya atau dilihat mencampakkan apa-apa barang. Sementara OKT 2 yang mempunyai keterbatasan pergerakan tidak dilihat melarikan diri seperti OKT 1 dan OKT 3 dan juga tidak mencampakkan apa-apa barang. [17] Persoalan yang timbul dalam kes ini adalah keberadaan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 di sekeliling meja di kawasan garaj itu menunjukkan bahawa kesemua OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan mengenai dadah-dadah itu. Mahkamah mendapati tiada secebis keterangan oleh SP 4, SP 5 dan SP 6 yang dapat mengesahkan bahawa OKT 2 dan OKT 3 mengendalikan atau memegang dadah-dadah tersebut. Namun OKT 2 dan OKT 3 berada berdekatan dengan dadah-dadah tersebut. Adakah ia satu keterangan yang menunjukkan bahawa OKT 2 dan OKT 3 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Kedatangan OKT 2 dan OKT 3 disahkan oleh SP 1. SP 1 iaitu bapa kepada OKT 1 tidak kenal rapat dengan OKT 2 dan OKT 3. [18] Malahan SP 5 semasa pemeriksaan balas oleh peguam OKT 3 menyatakan bahawa keterlibatan OKT 2 dan OKT 3 adalah disebabkan mereka berada bersama-sama OKT 1 semasa serbuan dilakukan. [19] Mahkamah ini mendapati keterangan yang jelas dan konsisten saksi-saksi pendakwaan iaitu SP 4 dan SP 6 bahawa OKT 1 telah lari dan mencampakkan beg yang mengandungi dadah-dadah tersebut. Kelakuan OKT 1 tersebut pada hemat mahkamah ini menunjukkan bahawa dia mempunyai pengetahuan bahawa terdapat dadah-dadah di dalam beg tersebut. Ia boleh menyebabkan mahkamah ini membuat inferens bahawa OKT 1 mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut. Mahkamah merujuk kes Abdullah Zawawi bin Yusof v PP [1993] 3 MLJ 1 yang menyatakan seperti berikut: “We now come to what does seem to us to be evidence of a potent kind against the appellant, namely his conduct in taking to his heels upon Insp Mat Yusoff announcing the discovery of the drugs in the box. This conduct of the appellant was consistent with his having known of the presence of the drugs in the box before their discovery, indicating thereby a sense of guilt. On the other hand, it was conduct equally consistent with the appellant having been in a state of pure panic, bearing in mind that it was only after Insp Mat Yusoff announced the discovery of the drugs that the appellant took to his heels. An innocent man faced with the prospect of arrest on a capital charge might foolishly react in that way. It is true that the appellant himself denied running away but we agree with the judge that the appellant lied on this point, but this does not preclude us from drawing such inferences as may be justified from the evidence adduced by the prosecution. The Jamaican Privy Council case of DPP v Brooks 2, cited to us by the learned deputy public prosecutor, where the accused, who occupied the driver's seat of a stationary van which contained more than 1000 lbs of ganja, together with several others in the van, scrambled out and ran off, when police officers hurried towards the van, is, therefore, readily distinguishable.” [20] Hal ini berbeza di dalam kes ini. Dalam kes ini setelah serbuan dilakukan OKT 1 telah didapati berada bersamanya beg yang akhirnya dicampakkan ke kawasan rumah tersebut. Mahkamah berpendapat tindakan itu adalah kelakuan yang perlu diambil kira dalam kes ini. [21] Dalam kes ini keterangan menunjukkan bahawa sebaik sahaja pasukan polis memperkenalkan diri dan melakukan serbuan, OKT 1 melarikan diri bersama-sama dengan beg yang kemudiannya dicampakkan ke tanah. Mahkamah berpendapat kelakukan OKT 1 ini adalah konsisten dengan pengetahuan dia mengenai dadah-dadah tersebut. [22] Ini ditambah pula dengan keterangan SP 4 dan SP 6 yang menyatakan bahawa beg tersebut dibawa oleh OKT 1 sebelum dia mencampakkannya. Ini menunjukkan OKT 1 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut di dalam beg itu. [23] Persoalan yang timbul ialah adakah OKT 2 dan OKT 3 mempunyai milikan bersama dadah tersebut dengan OKT 1. Jambatan penghubung di antara OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 ialah penggunaan seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi menunjukkan OKT-OKT mempunyai niat bersama. [24] Dalam kes ini mahkamah mendapati tiada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapatnya perancangan untuk melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah-dadah tersebut bagi membolehkan penggunaan seksyen 34 Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun adalah menjadi undang-undang yang jelas bahawa niat bersama itu boleh timbul serta merta atau secara spontan dan tidak perlu ditunjukkan terdapatnya perancangan awal bagi melakukan kesalahan jenayah tersebut. Ini telah dinyatakan dalam kes (1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng, And (4) Ng Ah Kiat v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 336 seperti berikut: “In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rests on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (The Supreme Court (of India) on Criminal Law 1950–1960 by J.K. Soonavala page 188 to 193).” [25] Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Farose Tamure Mohamad Khan v. PP & Other Appeal [2016] 9 CLJ 769 berkenaan dengan kedudukan seksyen 34 Kanun Keseksaan seperti berikut: “[66] The existence of a common intention is a question of fact in each case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances of the case. Direct evidence as proof is difficult to procure because the common intention is essentially a state of mind. Invariably inferences have to rely upon arising from such acts or conduct of the accused, the manner in which the accused arrived at the scene, the nature of injury caused by one or some of them or such other relevant circumstances available. The totality of the circumstances must be taken into consideration in arriving at a conclusion whether there is a common intention to commit the offence for which the accused could be convicted. The facts and circumstances of each case might vary. As such, each case should be decided based on the facts involved. ….. [75] From the above cases, we are of the view that the law on the operation of s. 34 of the Penal Code is well settled. We have no reason to depart from this established principle on common intention. As stated earlier, the existence of a common intention is a question of fact of each of the case to be proved as a matter of inference from the circumstances of the case.” [26] Selain daripada itu Mahkamah juga mendapati bahawa bagi maksud pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan, ia tidak menghendaki kesemua Tertuduh berada di tempat kejadian bagi pemakaian seksyen 34 tersebut. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Sabarudin Non v. PP & Other Appeals [2005] 1 CLJ 466 seperti berikut: “….. They argue that since neither of their clients was present at either the scene of the abduction nor at the place where the deceased was done unto death, nor at the scene where her body was cast into the ravine s. 34 has no application to the 4th and 5th accused. With respect, as a matter of law, we are unable to agree with this submission. In our judgment, presence in every case is not necessary for s. 34 to apply. In our judgment, s. 34 should be interpreted having regard to modern technological advances. The early decisions on the section, admittedly by the Privy Council, that held presence to be essential for s. 34 to bite were handed down at a time when modes of communication were not as advanced as today. It would, in our judgment, be a perversion of justice if we are required to cling on to an interpretation of the section made at a time when science was at a very early stage of development….” [27] Walau bagaimanapun mahkamah berpendapat bagi menunjukkan terdapatnya niat bersama yang berlaku secara spontan tersebut perlu diteliti sama ada terdapat keterangan yang dapat menunjukkan niat bersama secara spontan. Misalnya, terdapat keterangan yang menunjukkan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 berurusan dengan dadah-dadah tersebut semasa berada di meja di hadapan garaj tersebut. Ia wujud sekiranya terdapat keterangan yang menunjukkan kegiatan urus niaga berkaitan dadah-dadah tersebut. Niat bersama juga wujud jika terjumpanya sejumlah wang atau dadah-dadah tersebut telah berada dengan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3. Keterangan-keterangan tersebut dapat menunjukkan bahawa terdapatnya niat bersama yang berlaku secara spontan bagi melakukan kesalahan tersebut. [28] Walau bagaimanapun dalam kes ini tiada secebis keterangan yang dapat menunjukkan perkara tersebut. Apa yang ada ialah OKT 2 dan OKT 3 berada di tempat di mana OKT 1 berada. Adakah keterangan ini dapat menunjukkan hubungan dadah tersebut dengan OKT 2 dan OKT 3. Adakah disebabkan OKT 2 dan OKT 3 berada di tempat yang sama dengan OKT 1 yang akhirnya didapati telah mencampakkan beg yang mengandungi dadah, menyebabkan OKT 2 dan OKT 3 boleh dikatakan memiliki mempunyai kawalan dan milikan dadah-dadah tersebut? [29] Dalam hal ini mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Gunalan a/l Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197. Semasa penganalisaan keterangan pembelaan yang mana ianya hampir sama dengan kes ini iaitu apabila terdapatnya beberapa orang mengelilingi suatu tempat yang sama. Namun dalam kes tersebut ianya berlaku dalam rumah. Sebaliknya dalam kes ini ia berlaku di hadapan rumah. Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “[14] In the present case the crucial evidence against the first and third accused to prove possession of the drug is the fact that the two of them were found sitting down cross-legged on the floor, shirtless, with the drug and other appurtenances in front of them when the police burst into the room. On those facts the trial judge found the first and third accused to be in possession of the drug. The second accused was found to be in possession of the drug pursuant to s. 34 of the Penal Code on the basis of common intention. This is based solely on the allegation that he attempted to prevent the police from entering the room by pushing against the door. The evidence of the three accused were dismissed by the trial judge as mere denial and failed to cast any reasonable doubt on the prosecution case. [15] In this case the first and third accused in their defence emphatically stated that when the police entered the room they were standing up and the first accused was reading the invitation card given to him by the third accused. In other words they were nowhere near the drug in question as stated by SP4 and SP6. This was confirmed by the second accused. To determine the reasonableness of the defence story one need to consider the circumstances prevailing at the time the raid on the house was conducted. According SP4, the raid was carried out by a team consisting of nine officers at around 10.25pm. It is an admitted fact that one of the member of the police party was bitten by a dog outside the house. As SP4 and his team approached the house he saw the front door of the house wide opened and they straight away rushed into the house. He noticed a number of male Indians sitting in the lounge. He then identified himself as police officer and directed his men to arrest them. In the circumstances I tend to agree with the defence submission that there is bound to be a lot of noises and because of that the second accused said he looked out to see what was happening. It is against that backdrop that the defence story ought to have been evaluated to see whether it cast any reasonable doubt on the prosecution case. In the circumstances I must say that I wholly agree with what was said by Abdul Aziz JCA in his dissenting judgment which reads: It was submitted by counsel for the first appellant after the close of the prosecution case, whose submission was adopted by counsel for the other appellants, that in those circumstances the first and third appellants would have been aware of the presence of the police and it was incredible that if they had been sitting cross-legged facing the drugs before the police arrived they would have continued to remain in that position when the police burst into the combing room. It was a point that merited serious consideration because even though the first and third appellants would have had only four or five seconds within which to react to the knowledge of the presence of the police, the normal reaction one would expect of a person in that situation would be instinctively instantaneous. He would instantly at least jump up and get away from the incriminating drugs. Yet the judge disposed of the point on the basis that the Chief Inspector and the other witness, the sixth prosecution witness, Detective Lance Corporal Duraiyappa, appeared to be truthful witnesses and what they said they saw must have been so. If a fact is in itself incredible it does not become any the less incredible simply because the person who relates it appears to be truthful. To accept it as true beyond reasonable doubt, to be able to entertain no doubt as to its truth, one has to have a reason for accepting it as credible in the circumstances. The judge does not say that in his judgment it was not incredible in the circumstances and give his reasons for saying so. He merely relied on the apparent truthfulness of the witnesses.” [30] Penelitian kepada keterangan kes ini menunjukkan bahawa pemerhatian yang dibuat oleh SP 4 sebelum serbuan dibuat berkenaan dengan apa yang dilakukan oleh OKT 2 dan OKT 3 adalah seperti berikut: “S : Berada di kerusi batu sedang buat apa? J : Sedang menghadap satu sama lain, tengah duduk di kerusi batu. So apabila kita sampai di hadapan itu saya berhenti terus, dua daripada tiga individu itu melarikan diri di tepi sebelah kiri rumah. Apabila kita berada di hadapan rumah itu, di bahagian kiri.” [31] Ini adalah menunjukkan bahawa tiada sebarang keterangan yang menunjukkan apakah yang dilakukan oleh OKT 2 dan OKT 3 terhadap dadah-dadah tersebut. Ia juga tidak dapat menunjukkan bahawa OKT 2 dan OKT 3 mempunyai kaitan dengan dadah-dadah tersebut. Ia ditambah pula dengan keterangan yang jelas berkenaan dengan beg yang dikatakan telah dicampakkan oleh OKT 1. Fakta dan keterangan ini tidak dapat mengaitkan OKT 2 dan OKT 3 dengan dadah-dadah tersebut. Pengedaran [32] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan terhadap OKT 1 dan mahkamah telah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah menunjukkan bahawa OKT 1 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Berdasarkan kepada berat dadah yang terlibat dalam kes ini bagi pertuduhan pertama maka mahkamah menggunakan anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 iaitu anggapan pengedaran terhadap OKT 1 dalam kes ini. Mahkamah ini berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT 1 bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB 1952. [33] Sementara itu bagi OKT 2 dan OKT 3 Mahkamah berpendapat bahawa milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut tidak dapat dibuktikan di akhir kes pendakwaan. Oleh itu tidak timbul penggunaan anggapan di bawah sesyen 37 (da) ADB 1952 terhadap OKT 2 dan OKT 3. Ini bermakna pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT 2 dan OKT 3 bagi pertuduhan pertama. [34] Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan kedua terhadap OKT 1. [35] Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT 2 dan OKT 3 bagi pertuduhan kedua. [36] Mahkamah ini berpendapat sekiranya tiada keterangan berkaitan dengan pengedaran dadah-dadah di bawah anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 atau pengedaran dadah seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta tersebut, mahkamah perlu membuat dapatan tersebut di akhir kes pendakwaan dan tidak menunggu di akhir kes pembelaan. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Abdillah bin Labo Khan v Public Prosecutor [2002] 3 MLJ 298 seperti berikut: “There are two other submissions made by the learned deputy that require to be addressed. The first is her argument that the trial judge did in fact make a specific finding to the effect that the appellant was found in possession of the drugs in question. However, it is to be observed that this finding was made in the concluding passage of his judgment, after he had considered and dealt with the appellant's evidence in defence to the charge. That, in our view is, with respect, wholly inadequate. The direction, if any, should have been administered by the trial judge unto himself when he was considering the evidence led by the prosecution. In other words, it should have been done at the close of the prosecution's case. So, this submission of the learned deputy comes to nothing.” [37] Dalam erti kata lain mahkamah tidak perlu memanggil pembelaan OKT 2 dan OKT 3 semata-mata untuk mendengar versi pembelaan OKT 2 dan OKT 3 sedangkan berdasarkan keterangan yang ada di hadapan mahkamah tiada sebarang keterangan yang dapat menunjukkan bahawa OKT 2 dan OKT 3 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan mengenai dadah-dadah tersebut bagi membolehkan anggapan pengedaran digunakan untuk pertuduhan di bawah seksyen 39B ABD 1952. Ini ditambah pula dengan tiadanya keterangan yang mengesahkan terdapatnya kesan cap jari atau DNA terhadap dadah-dadah tersebut yang boleh mengaitkannya dengan OKT 2 dan OKT 3. [38] Oleh itu Mahkamah berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT 2 dan OKT 3 di atas pertuduhan di bawah seksyen 39B ABD 1952. OKT 2 dan OKT 3 dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. [39] Sementara itu bagi pertuduhan kedua di bawah seksyen 30 Akta Racun 1952 pula, berdasarkan kepada penganalisaan keterangan yang sama Mahkamah berpendapat pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT 2 dan OKT 3. Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa OKT 2 dan OKT 3 mempunyai milikan kepada racun tersebut. Oleh itu OKT 2 dan OKT 3 dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan kedua. [40] Akhirnya, bagi OKT 1 mahkamah berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua. Oleh itu OKT 1 dipanggil untuk membela diri bagi pertuduhan-pertuduhan pindaan seperti berikut: Pertuduhan Pindaan Pertama Bahawa kamu pada 25 Julai 2020 jam lebih kurang 12.30 tengah malam, bertempat di hadapan rumah No. 323 Blok 14 Felda Lakum, Lanchang, dalam Daerah Temerloh, dalam Negeri Pahang, telah didapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 18.11 gram Heroin dan Monoacetylmorphines (5.93 gram Heroin dan 12.18 gram Monoacetylmorphines). Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Kedua Bahawa kamu pada 25 Julai 2020 jam lebih kurang 12.30 tengah malam, bertempat di hadapan rumah No. 323 Blok 14 Felda Lakum, Lanchang, dalam Daerah Temerloh, dalam Negeri Pahang, telah didapati dalam kawalan kamu racun yang disenaraikan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga Akta Racun 1952 iaitu racun jenis Nitrazepam berat bersih 0.58 gram. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama. Pembelaan OKT 1 [41] Ketika memberikan pembelaan OKT 1 telah memanggil tiga orang saksi iaitu OKT 1 sendiri, Johari bin Hussin (SD 2) dan Norfara Diana binti Musa (SD 3). OKT 1 dalam keterangannya menyatakan bahawa pada hari kejadian terdapat serbuan yang dilakukan oleh empat hingga lima orang yang berpakaian biasa ke rumahnya. OKT 1 mengesahkan dia dan Norfara Diana telah lari, Johari tidak lari. OKT 1 mengesahkan bahawa kawan-kawannya datang ke rumahnya untuk berbual-bual pada hari kejadian iaitu 25.07.2020. [42] OKT 1 juga menyatakan bahawa semasa SD 2 dan SD 3 datang ke rumahnya mereka tidak membawa apa-apa barang. Mereka dikatakan tiba di rumah tersebut pada jam lebih kurang 10.00 hingga 11.00 malam. Serbuan telah dilakukan kira-kira 20 minit selepas kedua-dua SD 2 dan SD 3 sampai ke rumah tersebut. OKT 1 menyatakan bahawa sebab beliau lari ialah kerana takut oleh sebab tidak mengetahui siapakah yang telah membuat serbuan tersebut. Apa yang penting dalam keterangan OKT 1 ialah dia menafikan bahawa ada membawa beg semasa lari atau memegang apa-apa barang. OKT 1 juga menyatakan dia tidak membuang apa-apa barang. OKT 1 dalam pemeriksaan balas menyatakan bahawa SD 2 dan SD 3 datang sekali. SD 2 yang membawa kereta. [43] Semasa dicadangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya bahawa OKT 1 memakai satu beg pinggang semasa kejadian tersebut tidak dipersetujui oleh OKT 1. OKT 1 juga menafikan bahawa terdapatnya perbincangan berkenaan dengan dadah bersama-sama SD 2 dan SD 3. OKT 1 mengesahkan bahawa dia ada ditunjukkan dengan pouch bag dan dalam pouch bag tersebut terdapat dompet di mana terdapatnya kad pengenalan beliau. Namun begitu OKT 1 menafikan bahawa pouch bag tersebut adalah miliknya. Begitu juga OKT 1 menafikan bahawa terdapatnya 23 peket plastik lutsinar yang berisi dadah dalam beg tersebut. OKT 1 juga turut menafikan bahawa ada alat timbang di dalam pouch bag tersebut yang digunakan untuk pengedaran dadah. OKT 1 juga tidak bersetuju bahawa dia berada dalam keadaan takut dan gelisah kerana ditahan oleh pihak polis disebabkan dia tahu bahawa dia terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. [44] Penelitian kepada keterangan OKT 1 menunjukkan bahawa dia menafikan mempunyai kaitan dengan pouch bag tersebut dan peket-peket plastik lutsinar yang ditemui dalam begnya serta tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan dadah tersebut. Apa yang lebih penting ialah OKT 1 menafikan penglibatan dia dalam aktiviti pengedaran dadah. [45] Seterusnya SD 2 mengesahkan bahawa pada malam tersebut dia, OKT 1 dan SD 3 berada di luar rumah OKT 1. SD 2 mengesahkan bahawa dia tidak membawa apa-apa barang ketika pergi ke rumah tersebut. SD 2 juga mengesahkan dia tidak nampak SD 3 ada membawa apa-apa barang. SD 2 juga menyatakan bahawa dia tidak nampak terdapatnya beg hitam di atas meja atau pinggang OKT 1. SD 2 juga mengesahkan bahawa dia tidak nampak OKT 1 menyerahkan kad pengenalan kepada pihak polis. SD 2 juga menyatakan kali pertama dia nampak beg hitam tersebut selepas mereka ditangkap oleh pihak polis dan ditunjukkan beg hitam. Beg itu dikatakan telah ditunjukkan oleh pihak polis di balai polis. SD 2 tidak nampak apa yang berada dalam beg hitam tersebut. SD 2 mengesahkan bahawa dia tidak melarikan diri kerana dia tidak boleh melarikan diri. SD 2 juga menyatakan bahawa dia tidak nampak apa-apa plastik berisi apa-apa bahan semasa kejadian tersebut. Semasa pemeriksaan balas, SD 2 mengesahkan bahawa dia adalah kawan kepada OKT 1. Seterusnya SD 2 juga menyatakan dia tidak nampak OKT 1 dan SD 2 ditangkap. SD 2 juga menyatakan dia tidak nampak OKT 1 membuang beg. Dia juga tidak nampak OKT 1 cuba melawan pihak polis pada masa kejadian tersebut. SD 2 menyatakan sebelum kejadian itu dia berbual kosong dengan OKT 1 dan SD 3 lebih kurang 5 minit. [46] Seterusnya, Norfara Diana binti Musa (SD 3) dalam keterangannya menyatakan bahawa dia kenal OKT 1. Dalam keterangannya dia menyatakan bahawa dia telah pergi ke rumah OKT 1 dengan kawan. Kawan yang menghantarnya dengan menaiki motosikal. Semasa SD 3 sampai ke rumah tersebut dikatakan oleh SD 3 bahawa OKT 1 berada di hadapan rumah iaitu di bahagian luar. SD 3 melarikan diri pada malam tersebut kerana terkejut. SD 3 menyatakan bahawa pihak polis tidak memperkenalkan diri sebelum serbuan tersebut dan tiada polis wanita dalam anggota serbuan. SD 3 mengesahkan bahawa dia tidak perasan sama ada terdapat beg hitam bersama-sama OKT 1 pada hari kejadian. Dia juga tidak nampak alat penimbang berat. Pada masa yang sama SD 3 juga tidak nampak OKT 1 membaling apa-apa barang. Ketika pemeriksaan balas SD 3 menyatakan bahawa pada malam tersebut mereka berbual-bual berkenaan dengan kawan-kawan dan mengesahkan bahawa dia dihantar oleh seorang kawan iaitu seorang budak. [47] Apa yang jelas daripada keterangan SD 3 tersebut ialah dia berada di tempat kejadian semasa serbuan dilakukan. SD 3 telah melarikan diri, SD 3 tidak nampak OKT 1 membaling beg hitam tersebut. SD 3 tidak nampak beg hitam tersebut sebelum ini. SD 3 telah datang ke rumah OKT 1 dengan seorang orang kampung dengan menaiki motosikal. Ia tidak seperti keterangan SD 2 yang menyatakan dia pergi ke rumah OKT 1 bersama-sama dengan SD 3 dengan menaiki kereta yang dipandu oleh SD 2. [48] Apa yang jelas daripada keterangan OKT 1, SD 2 dan SD 3 ialah OKT 1 tidak membaling atau mencampak beg semasa lari dan beg tersebut tidak pernah ditemui atau dilihat oleh SD 2 dan SD 3 pada malam kejadian. Persoalannya ialah adakah keterangan-keterangan ini telah dapat menimbulkan keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan. Ini adalah disebabkan keterangan daripada saksi-saksi pendakwaan terutamanya pegawai serbuan mengesahkan bahawa OKT 1 telah dilihat lari dan mencampakkan beg tersebut. Malahan dua orang saksi pendakwaan iaitu pegawai serbuan dan anggota mengesahkan menemui beg tersebut dan ianya telah dikemukakan sebagai eksibit di Mahkamah. Pada masa yang sama alat penimbang juga ditemui di tempat kejadian. Plastik-plastik kosong juga dijumpai dalam beg tersebut bersama-sama dengan dadah. Apakah keterangan SD 2 dan SD 3 serta OKT 1 itu dapat mengakaskan keterangan pihak pendakwaan. [49] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa pada peringkat pembelaan pihak pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan. Ia seperti yang dinyatakan dalam kes Mat v PP [1963] CLJU 82; [1963] MLJ 263. Tiada tanggungjawab pihak pembelaan untuk membuktikan ketidakbersalahannya (Rosli bin Yusof v PP [2021] 4 MLJ 479). [50] Malahan dalam kes ini disebabkan pihak pendakwaan menggunakan anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952, maka Mahkamah perlu menimbangkan sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan telah berjaya menyanggah anggapan pengedaran. (Lihat Mohamad Radhi bin Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169). Mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan oleh SD 2, SD 3 dan OKT 1 sendiri hanya memperihalkan berkenaan dengan kejadian tersebut. Hujahan Peguam OKT 1 dan Timbalan Pendakwa Raya [51] Dalam hujahan bertulis peguambela OKT 1 menyatakan bahawa dalam kes ini terdapat keterangan yang berbeza di antara versi pendakwaan dan pembelaan. Ia adalah berkaitan dengan beg hitam yang dikatakan telah dicampak oleh OKT 1. Keterangan pendakwaan melalui SP 4 menyatakan bahawa OKT 1 telah mencampak beg tersebut. Namun demikian, versi pembelaan pula menyatakan bahawa OKT 1 tidak mencampakkan beg tersebut. Malahan ia disokong oleh keterangan SD 2 dan SD 3 yang tidak nampak OKT 1 mencampakkan beg hitam tersebut. Mahkamah ini perlu berhati-hati dengan keterangan SD 2 dan SD 3 tersebut kerana keterangan mereka menyatakan bahawa kedudukan mereka pada malam kejadian tersebut tidak membolehkan mereka nampak bahawa OKT 1 telah mencampak beg tersebut. [52] Ini bermakna hanya keterangan SP 4 yang menyatakan OKT 1 membuang beg hitam tersebut adalah versi pendakwaan sementara keterangan OKT 1 menyatakan dia tidak membuang beg hitam tersebut. Peguam telah merujuk kepada kes Deputy Public Prosecutor v Arumugam a/l Manigam Pillay [1995] MLJU 416 dan Tai Chai Keh v PP [1948-1949] MLJ Supp 105. [53] Sebaliknya, Timbalan Pendakwa Raya berhujah bahawa keterangan pembelaan adalah hanya merupakan penafian semata-mata. Ia apabila pembelaan OKT 1 menyatakan bahawa dia tidak memegang apa-apa beg dan tidak membuang apa-apa barang semasa kejadian tersebut. Ia adalah keterangan yang tidak munasabah dan bercanggah dengan keterangan SP 4. SP 4 dalam keterangan mengikut Timbalan Pendakwa Raya telah menyatakan nampak OKT 1 mencampakkan beg hitam tersebut. Di dalam beg hitam tersebut ditemui dadah dan alat penimbang. Analisa Di Akhir Kes Pembelaan OKT 1 [54] Tanggungjawab Mahkamah di akhir perbicaraan telah dinyatakan dengan jelas dan nyata di bawah seksyen 182A KPJ seperti yang berikut: “182A Procedure at the conclusion of the trial
1
At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.” [55] Pada awalnya wajar Mahkamah ini meneliti hujahan Timbalan Pendakwa Raya dan peguam OKT 1 yang menyatakan terdapatnya dua versi yang berbeza berkenaan dengan kejadian tersebut oleh saksi pembelaan dan pendakwaan. Apa yang dapat difahami daripada keterangan pihak pendakwaan ialah pada masa kejadian tersebut serbuan telah dilakukan oleh SP 4 dan anggotanya. Ketika itu OKT 1 melarikan diri dan telah dilihat mencampakkan satu beg hitam yang mana di dalamnya mengandungi dadah. [56] Sebaliknya keterangan SD 2 dan SD 3 serta OKT 1 menyatakan bahawa tiada sebarang beg hitam yang dibawa oleh OKT 1 pada malam kejadian tersebut. Malahan SD 2 dan SD 3 yang berada sebelum serbuan itu dilakukan mengesahkan tidak melihat OKT 1 memegang atau berada dengannya beg hitam yang berkenaan. SD 3 menyatakan bahawa beg hitam itu hanya diketahuinya setelah ditunjukkan oleh pihak polis ketika telah ditangkap. Ia ditunjukkan di balai polis. [57] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah tidak boleh menolak keterangan anggota polis sekiranya keterangan tersebut adalah sesuatu yang berkemungkinan. Keterangannya hendaklah diterima. Perkara ini telah dinyatakan oleh Mahkamah dalam kes PP v Mohamed Ali [1962] 1 MLJ 257. Hakim Thomson CJ menyatakan seperti berikut: “In the second place, the refusal to accept the evidence of the Police witness was very offensive. That witness said there was a 20 miles per hour speed limit in force. His evidence was not accepted and the only reason stated for refusing to accept it was that no evidence was “adduced to substantiate it”. The witness is a traffic policeman, presumably by reason of his rank of some experience. He was unlikely to be mistaken and to refuse to accept his evidence on a point like this on the ground that it was not “substantiated” was neither more nor less than to call him a liar. If Magistrates are going to adopt this sort of attitude to Police evidence in connection with road traffic cases there will be an end to all law enforcement in the country. When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.” [58] Dalam kes ini adakah keterangan SP4 bahawa OKT 1 berlari ketika SP 4 dan pasukannya sampai ke rumah tersebut dan mencampakkan satu beg hitam adalah sesuatu yang tidak berkemungkinan dan mustahil. Adalah suatu yang jelas bahawa ia adalah suatu kemungkinan dan tidak mustahil. Oleh itu versi pendakwaan melalui SP 4 berkenaan dengan kejadian pada malam serbuan tersebut perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah dan tidak boleh ditolak mentah-mentah oleh Mahkamah. [59] Sebaliknya adakah keterangan OKT 1, SD 2 serta SD 3 bahawa mereka tidak pernah melihat beg hitam tersebut dipegang atau berada bersama-sama dengan SD 1 adalah suatu yang tidak berkemungkinan ataupun mustahil. Mahkamah ini berpendapat keterangan ini juga bukannya suatu perkara yang tidak berkemungkinan atau mustahil. Oleh itu jelas terdapat dua versi yang berbeza di antara keterangan pembelaan dan pendakwaan. Persoalannya keterangan yang manakah yang perlu diberikan keutamaan dalam kes ini. [60] Jika dilihat kepada kes Tai Chai Keh v Public Prosecutor (supra) setelah menganalisa keterangan yang dikemukakan di hadapan Hakim Laville J yang membuat pemerhatian seperti berikut: “I have already set out my reasons for accepting the prosecution evidence; the defence evidence in no way weakened it, and it is clear that the accused had precise knowledge of the whereabouts of the arms. If he obtained this from See Yo Poh there was no reason to take him to find them instead of See Yo Poh. The conclusion is therefore that See Yo Poh did not have such knowledge and that accused was in possession of the arms and ammunition.” [61] Hakim Spenser Wilkinson menyatakan seperti yang berikut ketika menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan: “It was one of the grounds of appeal that this conclusion reached by the learned trial Judge was not a fair and proper inference from the evidence before him and with this contention we agreed. It seems clear to us that there may have been other reasons why the appellant was taken to point out the revolver and not See Yo Poh. Presumably the police suspected the appellant of the offence with which he was later charged; but, if he had not been taken to point out the revolver, there would have been substantially no admissible evidence against him. Where there is more than one inference which can reasonably be drawn from a set of facts in a criminal case, we are of opinion that the inference most favourable to the accused should be adopted.” [62] Apa yang jelas daripada keputusan kes Tan Chai Keh (supra) tersebut pada hemat Mahkamah ialah kewujudan dua inferens dalam keterangan pendakwaan dan pembelaan. Sebaliknya Mahkamah perlu melihat bahawa inferens yang lebih memihak kepada pembelaan perlu diberikan keutamaan sekiranya ia suatu yang inferens yang munasabah berdasarkan fakta-fakta dan keterangan dalam sesuatu kes. [63] Dalam hal ini Mahkamah perlu membezakan di antara versi pembelaan dan versi pendakwaan dan penggunaan prinsip di dalam kes Tan Chai Keh (supra) tersebut. Apa yang jelas dalam kes Tan Chai Keh (supra) ialah berkaitan dengan dua inferens yang berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan. Ia bukan membawa maksud pada hemat Mahkamah versi pendakwaan atau versi pembelaan. Ini adalah disebabkan sudah barang tentu versi pembelaan akan berbeza dengan versi pendakwaan. Apakah disebabkan versi pembelaan adalah berbeza dengan versi pendakwaan maka versi pembelaan perlu diberi keutamaan berdasarkan kepada kes Tan Chai Keh (supra). Jika pendekatan sedemikian digunakan ia akan membawa kesan bahawa semua kes pembelaan yang mengemukakan versi yang berbeza dengan pendakwaan akan menyebabkan Tertuduh dibebas dan dilepaskan. Pada hemat Mahkamah bukan ini yang dimaksudkan dalam kes Tan Chai Keh (supra) tersebut. [64] Dalam kes ini fakta bahawa beg hitam tersebut telah dilihat bersama-sama dengan OKT 1 oleh SP 4 dan anggota serbuan adalah suatu yang munasabah untuk menyatakan bahawa beg hitam tersebut ada bersama-sama dengan OKT 1 semasa serbuan dan OKT 1 telah mencampakkannya. Begitu juga keterangan SD 2 dan SD 3 yang menyatakan beg hitam tersebut tidak bersama-sama dengan OKT 1 adalah satu inferens yang munasabah. Ini adalah disebabkan tempoh masa SD 2 dan SD 3 berada bersama-sama dengan OKT 1 adalah munasabah untuk mengesahkan bahawa OKT 1 tidak bersama-sama beg hitam tersebut. [65] Penelitian kepada keterangan pembelaan dan pendakwaan ini jelas menunjukkan terdapat dua versi yang berbeza. Ia bukannya boleh dijadikan asas untuk menyatakan dua inferens yang berbeza. Apa yang ada ialah dua set keterangan yang berbeza. Oleh itu disebabkan terdapat dua set keterangan yang berbeza di antara pihak pembelaan dan pendakwaan ia tidak menyebabkan set keterangan pembelaan perlu diutamakan dan prinsip dalam kes Tan Chai Keh (supra) tidak terpakai dalam kes ini. [66] Apa yang penting dalam kes ini ialah adakah keterangan-keterangan yang dikemukan oleh pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan seperti yang telah dinyatakan dalam kes Mat v PP (supra) dan Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301 yang tidak perlu diperpanjangkan di sini. Keterangan OKT 1, SD 2 dan SD 3 menyatakan bahawa beg hitam itu tidak berada atau kelihatan berada bersama-sama OKT 1 sebelum kejadian serbuan dilakukan oleh SP 4. Adakah ia suatu keraguan yang munasabah? Ini adalah disebabkan keterangan SP 4 dan anggota serbuan menyatakan bahawa beg tersebut memang ada bersama-sama dengan OKT 1 dan dicampakkan oleh OKT 1. Ia mencadangkan bahawa kewujudan beg tersebut berdasarkan keterangan SP 4 dan anggota serbuan adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan semasa kes pendakwaan. [67] Namun demikian, yang menjadi isu dalam kes ini ialah adakah beg hitam yang mengandungi dadah itu tersebut berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT 1. Inilah yang menjadi teras utama kepada keterangan SD 2 dan SD 3 yang menyatakan beg hitam itu tidak berada dalam kawalan atau milikan OKT 1 semasa malam kejadian tersebut. [68] Apa yang lebih menarik dalam kes ini ialah dakwaan SD 2 dan SD 3 berkenaan beg hitam tersebut bukanlah sesuatu yang boleh diketepikan oleh Mahkamah ini. Ini adalah disebabkan keterangan pendakwaan tidak mengemukakan sebarang keterangan sokongan bagi mengesahkan keterangan SP 4 dan anggota serbuannya bahawa beg hitam tersebut berada di dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT 1. Ini disebabkan tiadanya laporan cap jari atau laporan DNA yang dapat mengesahkan bahawa OKT 1 mempunyai pengetahuan, kawalan dan milikan beg hitam yang ditemui dadah di dalamnya. Sekiranya ada laporan cap jari dan laporan DNA OKT 1 maka dengan jelas dan nyata keterangan SD 2 dan SD 3 berkenaan dengan ketiadaan beg hitam tersebut dalam kawalan, milikan dan pengetahuan OKT 1 dapat ditepis dan boleh ditolak oleh Mahkamah. Ia juga akan menyebabkan tiada keraguan munasabah yang ditimbulkan oleh OKT 1 dalam kes ini. [69] Sebaliknya, dalam kes ini ketiadaan laporan cap jari dan laporan DNA walaupun ia bukan keterangan utama tetapi hanya keterangan sokongan telah menyebabkan keterangan SD 2 dan SD 3 serta OKT 1 sendiri berkenaan OKT 1 tidak mempunyai kawalan, milikan dan pengetahuan beg hitam yang mempunyai dadah tersebut telah menimbulkan satu isu dan keraguan yang munasabah bagi kes pendakwaan. [70] Pada masa yang sama Mahkamah perlu mengambil perhatian bahawa tugas pembelaan pada peringkat ini hanya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Ini bermakna kewujudan keterangan yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah sudah memadai untuk pembelaan. Pada masa yang sama juga Mahkamah perlu berhati-hati dalam meneliti keterangan SD 2 dan SD 3. Ini disebabkan mereka adalah saksi yang berkepentingan. SD 2 dan SD 3 telah dituduh bersama-sama sebelum ini dan dibebaskan dan dilepaskan pada akhir kes pendakwaan. SD 2 dan SD 3 tidak dapat ditolak kemungkinan bahawa mereka memberi keterangan dengan tujuan untuk menyelamatkan OKT 1. [71] Dalam hal ini wajar Mahkamah meneliti apakah yang dimaksudkan dengan saksi yang berkepentingan. Sarkar Law of Evidence 20th edition Vol 1 Lexis Nexis 2021 di halaman 144 menyatakan seperti yang berikut: “A witness cannot be be said to be an interested witness merely by virtue of being a relative of the victim. The witness may be called “interested” only when he or she derives some benefit from the result of litigation as seeing an accused punished [Sadayappn v State, AIR 2019 SC 2191].” [72] Dalam kes ini SD 2 dan SD 3 adalah tidak dapat dinafikan merupakan kenalan kepada OKT 1. Malahan pada awalnya mereka juga dituduh bersama-sama dengan OKT 1. Namun demikian adakah keadaan sedemikian menyebabkan mereka boleh dikategorikan sebagai saksi berkepentingan dan jika mereka saksi berkepentingan adakah keterangan mereka boleh ditolak disebabkan merupakan saksi berkepentingan. Dalam kes ini Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan nilai keterangan saksi yang berkepentingan dalam kes Suthakar Sivakumar lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2024] 10 CLJ 335 seperti yang berikut: “[76] Sehubungan dengan ini, kami berpendapat alasan yang diberikan oleh MT untuk tidak menerima hujahan ini juga adalah alasan yang tidak salah. MT telah menyatakan seperti yang berikut: [35] Peguam bela berhujah SP18 adalah saksi yang berkepentingan kerana beliau adalah anak kepada SP20 dan anak saudara kepada Simati oleh itu mahkamah perlu menolak keterangan SP18. Mahkamah memutuskan tidak ada anggapan undang-undang saksi yang berkepentingan tidak boleh dipercayai, Balasingham v. PP [1959] CLJU 8; [1959] MLJ 193. Pihak pembelaan gagal mengemukakan apa-apa bukti yang menunjukkan SP18 tidak boleh dipercayai dan mempunyai motif untuk menganiaya OKT-OKT. Tambahan pula, keterangan SP18 disokong oleh keterangan SP19 dan SP21. Mahkamah merumuskan SP18 memberikan keterangan kerana kebetulan beliau berada di tempat kejadian dan melihat kejadian yang berlaku pada malam tersebut. Keterangannya tidak berat sebelah dan tidak ada kecenderungan untuk menolong SP20 dan Simati. Jika pun benar hujahan peguam bela OKT-OKT bahawa SP18 adalah saksi yang berkepentingan (dinafikan) kekuatan kes pihak pendakwa bukan hanya bergantung kepada keterangan SP18 sahaja. Terdapat keterangan langsung dari SP19 dan SP21 yang membuktikan OKT-OKT secara niat bersama telah melakukan pembunuhan ke atas Simati. [77] Kami juga mendapati dan bersetuju bahawa tiada alasan undang-undang untuk menolak keterangan saksi-saksi semata-mata kerana mereka ialah saksi-saksi yang berkepentingan. Sehubungan dengan ini, MT telah dengan betulnya merujuk kepada kes Balasingam v. PP [1959] CLJU 8; [1959] 1 LNS 8; [1959] MLJ 193 yang dengan betulnya menyatakan: After all there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances. (penekanan ditambah)” [73] Ia turut ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan pendekatan untuk meneliti keterangan-keterangan saksi yang berkepentingan dalam kes Teoh Kiang Hong v. Theow Say Kow @ Teoh Kiang Seng, Henry & Other Appeals [2024] CLJU 3133 seperti yang berikut: “[117] That said, a rejection of evidence of witnesses on ground of being interested witness alone is not justifiable, if evidence on record was otherwise trustworthy (Munshi Prasad v. State of Bihar AIR 2001 SC 3031); or consistent and corroborated (Abdul Rashid Abdul Rahman Patel v. State of Maharashtra, [2007] 9 SCC 1 (7). Thus, "they may be related to each other but that does not mean and imply total rejection of the evidence: interested they may be but in the event they are so - it is the predominant duty of Court to be more careful in the matter of scrutiny of the evidence of these interested witnesses and if on such a scrutiny it is found that the evidence on record is otherwise trustworthy, question of rejection of the same on the ground of being interested witnesses would not arise. As noticed above, it is the totality of the evidence, which matters and if the same creates a confidence of acceptably (sic) of such an evidence, question of rejection on being ascribed as 'interested witness' would not be justifiable." (Munshi Prasad v. State of Bihar AIR 2001 SC 3031). [118] In some cases, the evidence of interested witness can be safely relied on and accepted without corroboration where his evidence had a ring of truth (Jaisy v. State Rep. by Inspector of Police, AIR 2012 SC 478); or intrinsically good (Ashok Rai v. State of UP, AIR 2014 SC (Supp) 1007). [119] In civil cases, a similar approach ought to be adopted that if the testimony of an interested witness "was tainted then some form of corroboration was required in order for the court to act on it. It must be borne in mind that there is no legal presumption that the evidence of an interested witness is to be disbelieved. Eventually everything falls back on the court to decide whether his evidence is to be accepted or not" (Tong Soon Tiong & Ors v. FA Securities Sdn Bhd [2013] 2 CLJ 448; [2013] MLJU 1585 [FC]). [120] Hence, "where the Court is called upon to deal with the evidence of the interested witness, the approach of the Court, while appreciating the evidence of such witnesses must not be pedantic. The Court must be cautious in appreciating and accepting the evidence given by the interested witnesses but the Court must not be suspicious of such evidence. The primary endeavour of the Court must be to look for consistency. The evidence of a witness cannot be ignored or thrown out solely because it comes from the mouth of a person who is closely related to the victim." (Jayabalan v. UT of Pondicherry, [2010] 1 SCC 199).” [74] Dalam kes ini Mahkamah ini berpendapat fakta bahawa SD 2 dan SD 3 telah dituduh bersama-sama dengan OKT 1 tidak dapat ditunjukkan semasa SD 2 dan SD 3 memberikan keterangan telah memberikan keterangan dengan tujuan untuk membantu pembebasan dan perlepasan OKT 1. Mahkamah mendapati semasa mereka memberikan keterangan tiada sebarang petanda dari tingkah laku mereka di Mahkamah cuba melindungi keterangan yang tidak memihak kepada OKT 1. Malahan semasa memberikan keterangan berkaitan dengan beg hitam tersebut SD 2 dan SD 3 menyatakan mereka tidak nampak beg hitam tersebut dibuang oleh OKT 1 disebabkan mereka berada di kawasan yang berbeza daripada tempat OKT 1 dikatakan membaling beg hitam tersebut. [75] Selain daripada itu SD 2 dan SD 3 juga telah memperihalkan bahawa mereka berdua telah pergi ke rumah OKT 1 pada malam tersebut untuk berbual-bual. Walaupun terdapat keterangan yang berbeza berkenaan sama ada SD 3 datang berseorangan ke rumah tersebut atau bersama-sama dengan SD 2. Ini adalah disebabkan SD 3 menyatakan beliau datang ke rumah OKT 1 bersama dengan seorang lain dengan menggunakan motosikal. Sementara keterangan SD 2 menyatakan dia datang bersama-sama SD 3. Mahkamah berpendapat perbezaan keterangan tersebut tidak menjejaskan fakta bahawa SD 2 dan SD 3 berada bersama-sama dengan OKT 1 di rumah tersebut semasa mereka berada di rumah tersebut mereka tidak melihat beg hitam tersebut ada bersama-sama dengan OKT 1. [76] Seterusnya, Mahkamah juga perlu menimbangkan adakah keterangan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT 1 adalah satu keterangan pemikiran terkemudian. Pada hemat Mahkamah ini persoalan sama ada beg hitam itu wujud atau tidak telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa kes pendakwaan. Ini dapat dilihat melalui soalan-soalan yang dikemukakan kepada saksi-saksi pendakwaan bahawa OKT 1 tidak mencampakkan beg hitam tersebut yang tidak dipersetujui oleh saksi-saksi pendakwaan tersebut. Ini bermakna pada hemat Mahkamah ianya telah dibangkitkan pada peringkat pendakwaan dan tidak hanya dibangkitkan di peringkat pembelaan. [77] Dalam hal ini adalah wajar Mahkamah merujuk kepada kes Da Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195. Adalah wajar untuk Mahkamah ini menelusuri fakta kes tersebut bagi memahami bagaimana sesuatu keterangan pembelaan boleh dikatakan sebagai penafian semata-mata seperti yang berikut: “The four boxes were carried in a bus which entered Malaysia at Changloon. The bus had come from Haadyai and carried the appellant as a passenger and visitor. It had to stop at the Immigration and Customs check points at Changloon, the border town. Unfortunately for the appellant and unknown to him, an order had been issued for his detention. At the Immigration Office, he was told he would not be allowed to proceed in the bus and he had therefore to unload his luggage. He held his brief case and he had to return to the bus to recover his other luggage. He was the only one detained and therefore the only one with reason to unload. What was unloaded was one other bag and the four boxes. The appellant did not dispute that the bag was his but strenuously throughout his trial denied any connection with the four boxes. The prosecution evidence traced the loading of the four boxes in Haadyai to their detention at Changloon. Evidence was adduced that the appellant had to pay excess fare for the bulky boxes and that he was the one who had brought the boxes along for transport. Part of the evidence consisted of a deposition at the Preliminary Enquiry of a witness who could now not be traced. The deposition was admitted over the protest of counsel for the appellant. We are however fully satisfied that sufficient evidence was adduced to justify the court's admission of the deposition under section 32 of the Evidence Act. Evidence was also adduced that at Changloon the appellant was the active party in the unloading and it was he who at the request of the customs opened the boxes. The boxes were found to contain mounted Siamese face masks but the dangerous drugs which were subsequently found to be hidden inside the masks were not discovered until later in Kuala Lumpur, again in the presence of the appellant. In the meantime the boxes remained in the custody of Chief Inspector Yeoh. Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to establish a prima facie case against the appellant. The High Court at Alor Star accepted it and called on the defence. The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.” [78] Mahkamah ini berpendapat pembelaan yang dikemukakan oleh OKT 1 melalui keterangannya dan keterangan SD 2 dan SD 3 bukanlah suatu pemikiran terkemudian. Ia telah disuarakan seawal kes pendakwaan. Oleh itu ia tidak wajar ditolak oleh Mahkamah ini dan wajar mempertimbangkannya sama ada ia telah menimbulkan keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan. [79] Mahkamah ini berpendapat OKT 1 telah berjaya menyanggah anggapan pengedaran dadah di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 dan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [80] Akhirnya, Mahkamah berpendapat pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah terhadap OKT 1 bagi kedua-dua pertuduhan. OKT 1 dibebas dan dilepaskan daripada kedua-dua pertuduhan. Bertarikh: 24 hb. Januari 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwaan Intan Nor Hilwani binti Mat Rifin Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Pendakwaan Negeri Pahang Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak OKT 1 Mohd Taufik bin Md Tahir Tetuan Rizal Hashim Kuantan, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.