Tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut. Elemen Pertama: Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 [6] Di dalam kes ini, tidak keraguan lagi bahawa dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan 3,4- methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB. Ia juga telah disahkan melalui keterangan Ahli Kimia (SP2) dan laporan kimia iaitu ekshibit P17. Mahkamah mendapati tidak terdapat lompang di dalam rantaian keterangan berkenaan barang kes tersebut semenjak ia dirampas sehinggalah ia dikemukakan di Mahkamah. Saksi-saksi telah mengenal pasti dadah-dadah tersebut melalui penandaan-penandaan yang dibuat. Setiap saksi telah membuat pengecaman yang positif terhadap barang kes dadah tersebut di Mahkamah sehingga kesimpulan yang dapat dibuat adalah:- ia adalah barang kes yang sama yang telah dirampas oleh pihak polis, diserahkan kepada pegawai penyiasat, dihantar untuk analisis oleh Ahli Kimia dan dikemukakan di Mahkamah ini. Elemen Kedua: Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut Elemen Ketiga: Tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut. [7] Adalah menjadi undang-undang yang mantap, bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya bermaksud pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen fizikal dan mental (pengetahuan) tertuduh berkaitan dengan dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan 3,4- methylenedioxymethamphetamine (MDMA). [8] Dadah berbahaya itu dikatakan berada dalam milikan tertuduh apabila dia berada dalam kedudukan, sama ada dari segi fizikal atau mental yang membolehkannya untuk berurusan dengannya sebagai pemilik dengan mengecualikan semua orang lain. Mahkamah merujuk kepada kes Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237,Thomson J - "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edn., p. 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element, which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case ..Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. [9] Di dalam kes ini, apabila pemeriksaan dibuat terhadap Tertuduh, telah dijumpai di dalam poket hadapan sebelah kanan seluarnya kunci kepada kereta Mercedes tersebut. Apabila pemeriksaan dibuat terhadap kereta tersebut, telah dijumpai serangkai kunci, yang mempunyai (2) anak kunci dan (I) cip berwarna biru (P14 A dan B) di ruangan hadapan berhampiran gear dalam kenderaan tersebut. SP4 dan pasukannya telah dipandu arah oleh Tertuduh ke rumah No B-29-I0,Blok B, Main Place Residence, USJ 21, Subang Jaya, Selangor (rumah tersebut). Dengan menggunakan serangkai kunci yang dirampas tersebut, Tertuduh telah membuka kunci kepada rumah tersebut tempat dimana dadah-dadah berbahaya tersebut dijumpai iaitu bagi kes No. BA-45A-108-09/2021 dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 284.9 gram dan bagi kes No: BA-45-22-09/2021 dadah berbahaya jenis 3,4- MethyIenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 0.69 gram. Semasa sampai di rumah tersebut tiada sesiapa di rumah itu. [10] Keterangan SP4 mengatakan kunci kereta Mercedes berada di dalam poket seluar Tertuduh dan dirampas dari poket seluar Tertuduh manakala serangkai kunci kepada rumah tersebut di rampas dari bahagian gear hadapan kereta Mercedes tersebut kekal utuh walau pun beliau telah disoal balas oleh peguam Tertuduh. Keterangan berkaitan kunci kereta dan kunci rumah tersebut mengaitkan Tertuduh dan membuktikan elemen fizikal bahawa Tertuduh berada di dalam kedudukan boleh berurusan dengan dadah yang berada di dalam rumah tersebut pada bila-bila masa dia mahu dengan mengecualikan orang lain. [11] Selain elemen fizikal, pihak pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah yang berada di dalam rumah tersebut. Ini dapat dilihat apabila Tertuduh sendiri yang telah membawa SP4 dan pasukannya ke rumah tempat dimana dadah-dadah berbahaya itu dijumpai dan dengan menggunakan kunci rumah yang dirampas dari dalam kereta Mercedes, rumah tersebut telah dapat dibuka. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Tertuduh tahu berkenaan dadah yang berada di dalam rumah tersebut. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Lim Son Heng v. PP [2014] CLJU 414 yang memutuskan seperti berikut:- [13] As regards the argument by learned counsel for the appellant that there was no evidence of the exclusivity of possession of the said premises to render the appellant as its occupier, we refer to the elucidation by Taylor J on the concept of possession in the case of Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 22 MLJ 28 at p 31: 'The dictionary definition brings in the idea of exclusiveness. It is often said that "possession must be exclusive". This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from the enjoyment of the property.' [14] With respect, it is incorrect to argue that just because someone else has access to the house, the person occupying that house would lose exclusive possession of all the things inside the house. R v. Woodman [1974] 2 All ER 955 is a case concerning theft of scrap metal from a factory site, where the owners had put up fencing around the site to keep out trespassers. The owners themselves were unaware that remnants of scrap metal still remained in the factory. Lord Widgery CJ in delivering the judgment of the Court of Criminal Appeal held that: "We have formed the view without difficulty that the recorder was perfectly entitled to do what he did, that there was ample evidence that English China Clays were in control of the site and had taken considerable steps to exclude trespassers as demonstrating the fact that they were in control of the site, and we think that in ordinary and straightforward cases if it is once established that a particular person is in control of a site such as this, then prima facie he is in control of articles which are on the site." [15] On the facts of the present case, there can be no doubt that the appellant had possession of all the things inside the premises to the exclusion of other people. This is evidenced from the fact that he made sure he locked the grille door with a padlock before he left the premises, the keys to the premises were found with him. In such a situation, the appellant "has the power to exclude other persons from the enjoyment of the property" as explained by Taylor J in Leow Nghee Lim. [12] Kesimpulannya, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya. Mahkamah mendapati bahawa Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah berbahaya yang dijumpai di dalam rumah tersebut. Manakala bagi membuktikan elemen pengedaran bagi kes No. BA-45A-108-09/2021, Mahkamah mendapati peruntukan anggapan di bawah seksyen 37 (da) (xvi) ADB adalah beroperasi memandangkan berat dadah jenis Methamphetamine itu melebihi berat statutori 50 gram iaitu seberat 284.9 gram seperti pertuduhan yang dihadapi oleh Tertuduh. KES PEMBELAAN [13] Apabila pertuduhan dibacakan,Tertuduh telah minta untuk dibicarakan. Dia telah memberikan keterangan bersumpah. Keterangan pembelaan adalah seperti berikut: Pada tarikh 22/07/2020 jam 5 petang, Tertuduh mengatakan kawannya yang datang dari Johor bernama Sio Yong Huang (Sio) menelefonnya memberitahu bahawa dia telah datang ke Kuala Lumpur beberapa hari dan ingin berjumpa dengan Tertuduh. Sio telah mengajaknya untuk keluar minum bersama. Tertuduh mengatakan Sio telah sampai ke rumahnya pada jam sekitar 7 malam dengan membawa sebuah kereta Mercedes Benz dan membawanya ke Hotel Ritz Carlton. Di hotel, Tertuduh dan Sio duduk berbual-bual dan minum. Sio kemudiannya telah memanggil seorang perempuan untuk mengurut. Sio kemudiannya telah keluar dari bilik tersebut. 10 minit kemudian, Sio masuk semula ke bilik hotel tersebut dengan sekumpulan polis. Polis telah bertanyakan kepada Tertuduh berkenaan dadah dan memukulnya manakala Sio pula telah digari. Tertuduh menafikan terdapat rampasan kunci Mercedes daripadanya tetapi mengatakan dia rasa kunci itu dirampas dari Sio dan Sio yang telah menunjukkan kereta itu kepada polis. Tertuduh juga mengatakan kunci rumah yang dirampas daripadanya adalah kunci rumahnya yang terletak di Jenjarum. Tertuduh juga mengatakan polis ada menjumpai kunci dari dalam kereta Mercedes tersebut tetapi dia tidak tahu kunci itu kunci apa. Tertuduh mengatakan dia mendengar Sio memberitahu polis yang kunci itu adalah kunci Main Place. Tertuduh menafikan kunci tersebut adalah miliknya dan menafikan pernah pergi ke kondominium Main Place tersebut. Tertuduh mengatakan rumah itu telah ditunjukkan oleh Sio dan polis yang telah membuka kunci rumah tersebut dan menggelidah rumah tersebut dan menjumpai dadah dalam rumah tersebut. Tertuduh menafikan dadah-dadah yang dijumpai dalam rumah tersebut adalah miliknya. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [14] Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir pembelaan, Mahkamah hendaklah mempertimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan secara maksima dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Maksud keraguan yang munasabah telah diterangkan di dalam kes Public Prosecutor v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115. Menurut Hakim Sharma, keraguan munasabah adalah keraguan yang membuat anda teragak-agak tentang kebenaran kesimpulan yang anda capai setelah meneliti kesemua keterangan. (Rujuk juga kes Mahkamah Agung di dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311.) SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN KES MELAMPAUI KERAGUAN MUNASABAH [15] Mahkamah telah mendengar dan membuat penilaian maksima terhadap keterangan saksi-saksi pembelaan dan keseluruhan keterangan yang dikemukakan. Mahkamah juga telah meneliti hujahan pihak-pihak serta undang-undang yang berkenaan dan Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka diluar keraguan munasabah bagi kesemua pertuduhan terhadap Tertuduh. Ini bermakna Tertuduh telah gagal menimbulkan apa-apa keraguan munasabah di dalam kes pihak pendakwaan dan mematahkan pengoperasian anggapan pengedaran di bawah seskyen 37 (da) ADB bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB. Justeru Tertuduh disabitkan bersalah bagi pertuduhan-pertuduhan yang dihadapinya. [16] Keterangan penting pihak pendakwaan bagi mengaitkan Tertuduh dengan rumah dimana dadah ditemui adalah kunci rumah tersebut yang dijumpai dari dalam kereta Mercedes dimana kunci kereta tersebut berada di dalam poket seluar Tertuduh dan dirampas darinya. SP4 juga mengatakan Tertuduh telah memandu arah beliau dan pasukannya ke rumah tersebut dan dengan menggunakan kunci yang dirampas dari dalam kereta Mercedes. Tertuduh telah membuka kunci rumah tersebut tempat dadah berbahaya dijumpai. Keterangannya ini kekal utuh dari mula hingga akhir. [17] Keterangan yang diberikan oleh Tertuduh adalah menyalahkan Sio dengan mengatakan bahawa kereta Mercedes adalah kereta Sio dan ia telah dirampas daripada Sio. Tertuduh juga menafikan pernah berada di dalam rumah tersebut tetapi mengatakan dia tinggal di Jenjarum dan kunci yang dirampas daripadanya adalah kunci rumahnya di Jenjarum. [18] Saya mendapati keterangan sebegini gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Ia juga gagal menyangkal anggapan pengedaran dadah berbahaya jenis Methamphetamine di bawah seksyen 37 (da) (xvi) ADB. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, keterangan bahawa kunci Merrcedes dirampas daripada poket seluar kanan hadapan Tertuduh adalah kekal utuh sepanjang saksi-saksi pendakwaan memberikan keterangannya dan gagal diganggu gugat oleh pihak pembelaan. Saya mempercayai keterangan mereka terutamanya keterangan ketua serbuan SP4. Saya lebih mempercayai keterangan mereka berbanding keterangan Tertuduh sendiri memandangkan ia lebih konsisten dengan pembuktian kes ini. [19] Keterangan ini menunjukkan bahawa kereta Mercedes tersebut adalah sebenarnya (possession)