bahawa tertuduh membawa dadah tersebut untuk tujuan pengedaran. [44] Mahkamah ini bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa 3 individu ini tidak diperlukan untuk membukti kesalahan di bawah seksyen 39B. [45] Peguam juga cuba membangkitkan: (i) tiada bukti DNA/cap jari ditemui pada dadah tersebut dan (ii) cara dadah itu dibungkus dan dilabelkan sebagai teh cina bermakna tertuduh tidak ada pengetahuan tentang identiti sebenar barang tersebut. [46] Mahkamah ini mendapati kedua-dua hujahan ini tidak bermerit. Ketiadaan bukti DNA/cap jari tidak bermakna tertuduh tidak mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah tersebut. Seseorang individu boleh mengendalikan sesuatu barang tanpa meninggalkan kesan DNA atau cap S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g jari. Tambahan pula, kaedah pembungkusan dengan melabelkannya sebagai teh cina mencadangkan usaha untuk menyembunyikan sifat sebenar kandungan yang seterusnya bermaksud (secara tersirat) bahawa tertuduh berpengetahuan akan dadah-dadah tersebut. Oleh itu, hujahan peguam ini tidak cukup untuk menjejaskan kes pendakwaan. [47] Bagi elemen pengedaran, mengambilkira tafsiran pengedaran dibawah seksyen 2 ADB 1952 dan dari fakta diatas adalah jelas bahawa dadah yang dijumpai dalam bagasi tertuduh seberat 4,292.3gram dan cara dadah disembunyikan sebegitu rapi untuk dibawa dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak adalah terjatuh dibawak tafsiran seksyen 2 ADB. Mahkamah merujuk kepada kes Methan Aydroos Mohamed Pillai Naina Mohamed v PP [2013] 1 LNS 968 di manan Azahar Mohamed HMR (pada ketika itu) memberi penghakiman seperti berikut: “[27] In this instant case, the appellants was aprehended in the act of carrying ketamine weighing in total 5759.3 grammes , which in our view an amount much larger than was likely to be used for his own consumption. And what is more glaring was the manner on how the drugs were concealed in the photo frames; this indicated an intention to avoid detection. Drugs traffickers would use all kinds of tricks or deception to conceal the drugs from being detected by enforcement agencies (see: the Hock Leong v PP [2008] 4 CLJ 764) And the most telling evidence is that the appellant had brought the drugs from India into Malaysia. This was sufficient to lead to a strong and irresistible inference that the purpose for which the appellant was in in possession of the drugs he was carrying was to transfer the possession of the offending drug to another party S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g in our country. (see Ong Ah Guan v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64 and Mohamad Yazri b. Minhat v PP [2003] 2 CLj 65 ; [2003] 2 MLJ 241).” [48] Cara dadah dijumpai dan tindakan tertuduh meninggalkan Semenanjung Malaysia ke Sarawak menunjukkan pengedaran seperti diperuntukkan di bawah seksyen 2 ADB. [49] Berkaitan rantaian keterangan barang kes, Mahkamah mendapati keterangan SP3, SP4 dan SP7 tidak diragui. Barang kes yang dirampas oleh SP4 bersama anggota beliau dan kemudian diserahkan kepada Pegawai Penyiasat (SP7) dan diambil gambar oleh SP2 dan seterusnya diserahkan kepada Ahli Kimia (SP3) adalah barang kes yang sama. Perkara ini tidak pernah diragui oleh pembelaan sendiri dari tarikh dirampas dari tertuduh sehinggalah ke peringkat analisa oleh Jabatan Kimia Malaysia. [50] Oleh yang demikian, atas alasan-alasan serta analisis di atas, Mahkamah ini mendapati kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap tertuduh seperti dalam pertuduhan. Maka, tertuduh diarah untuk membela diri dengan 3 pilihan diberikan oleh Mahkamah. Tetuduh telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Dalihan yang dibangkitkan pada peringkat pembelaan [51] Mahkamah telah mendengar kes pembelaan pada 23.9.2024 dan 26.9.2024, tertuduh memberi keterangan secara bersumpah (SD1). Tertuduh turut memanggil saksi lain iaitu Pegawai Penyiasat kes lain untuk memberi keterangan (SD2). S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g [52] Peguam tertuduh berhujah bahawa pembelaan yang dibangkitkan dalam kes ini bukanlah bersifat afterthoughts. Pada setiap masa, pembelaan tertuduh adalah bahawa bagasi (ekshibit P7) itu sebenarnya dimiliki oleh Zulfakar. Lebih-lebih lagi, pembelaan ini telahpun dikemukakan kepada SP4 pada peringkat pendakwaan. [53] Peguam seterusnya mencadangkan bahawa pembelaan yang dibangkitkan di peringkat pembelaan bukanlah penafian kosong. Semasa perbicaraan pada 23.9.2024, tertuduh hanya menceritakan bagaimana dia mendaftar masuk bagasi di bawah namanya. Ia sememangnya bukan satu bentuk "admission" mahupun "confession". Malah, tertuduh juga pernah menegaskan bahawa ketika itu, adalah tidak munasabah untuk dia mengetahui kandungan sebenar bagasi tersebut. Selain itu, apabila tertuduh ditahan, dia segera memaklumkan kepada polis bahawa bagasi itu sebenarnya adalah milik Zulfakar. [54] Lebih-lebih lagi, orang yang bernama “Zulfakar” sering disebut dalam kes ini dan tertuduh juga sentiasa menegaskan bahawa bagasi itu sebenarnya adalah milik Zulfakar. Menurut peguambela, fakta ini penting kerana Zulfakar adalah orang yang menanggung keseluruhan perbelanjaan penerbangan tertuduh dan tertuduh bersetuju menolong membawa bagasi itu kerana berasa terhutang budi terhadapnya. Atas sebab ini tertuduh langsung tidak menyoal Zulfakar apabila Zulfakar meminta tertuduh membawa bagasi tersebut. [55] Peguam juga berhujah bahawa ketika Zulfakar ditahan di Lapangan Terbang Miri, dia juga didapati membawa barang-barang serupa dengan yang terkandung dalam bagasi (ekshibit P7) dalam kes ini. Ini telah disahkan oleh SD2 semasa perbicaraan bertarikh 26.9.2024. S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g [56] Namun begitu, peguam menegaskan bahawa SP7 (iaitu Pegawai Penyiasat bagi kes ini) dilihat evasive apabila soalan dibangkitkan mengenai potensi peranan Zulfakar dalam kes ini. Dalam erti kata lain, apabila Zulfakar tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam kes ini, ia adalah fatal. Memandangkan peranan yang begitu besar yang dimainkan oleh Zulfakar, sudah pasti beliau mesti hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangan. Tanpa keterangan beliau, terdapat lebih daripada satu inferens yang boleh dibuat dalam kes ini. [57] Peguam seterusnya berhujah bahawa doktrin wilful blindness tidak patut digunapakai dalam kes ini kerana hal keadaan kes ini yang mana tertuduh bersetuju untuk membawa bagasi itu atas permintaan Zulfakar. Malah, dia hanya berusia 19 tahun pada masa itu dan adalah munasabah jika tertuduh tidak mempersoalkan niat sebenar Zulfakar yang menyuruh tertuduh tolong membawa bagasi itu memandangkan Zulfakar telah menanggung keseluruhan perbelanjaan perjalanan tertuduh. [58] Selain itu, peguambela berkata kedua-dua Iqmal dan Syamil adalah saksi material yang sepatutnya dipanggil ke Mahkamah ini (walaupun kedua-duanya tidak dikaitkan secara langsung dengan bagasi). [59] Begitu juga, seperti yang dibangkitkan di peringkat pendakwaan, peguam menumpukan hujahannya sekali lagi pada isu sama ada bagasi itu dikunci pada masa material. Hujahan ini cuba untuk memisahkan hubungan tertuduh dengan bagasi serta kandungan di dalamnya. S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g [60] Oleh itu dan ditambah dengan keterangan yang diberikan oleh tertuduh sepanjang perbicaraan, peguam memohon supaya tertuduh dilepaskan dan dibebaskan. Hujahan pihak pendakwaan di peringkat kes pembelaan [61] Pihak pendakwaan berhujah bahawa tertuduh gagal mengemukakan keraguan munasabah dalam kes ini. Seperti yang dapat dilihat di bawah, pembelaan yang dibangkitkan oleh tertuduh adalah penafian semata-mata. Dalam kes Ong Hooi Beng v PP [2015] MLJU 22, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut:- “ [22] In our opinion whether or not a defence amounts to a mere denial is to be determined not by the fact that it is coupled with an explaination but by the nature of the explaination. A denial may be well coupled with an explaination but if the explaination is merely to deflect the prosecution’s evidence without answering the real questions in controversy to reasonably dislodge the prosecution’s evidence it remains a mere denial for what it is worth.” [62] Sudah menjadi undang-undang mantap bahawa apabila tertuduh diperintahkan membela diri, beban pembuktiannya adalah untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Apa yang terjumlah kepada "keraguan yang munasabah" tidak bermakna sebarang “imaginary doubt” atau “pure conjecture” (lihat PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16). [63] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan, pihak pendakwaan berhujah bahawa tertuduh hanya mereka-reka versi S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g cerita lain untuk mengelak daripada liabiliti. Tertuduh cuba bergantung kepada keterangan SD2, tetapi pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan SD2 hanya memberi sedikit / tiada bantuan pun kepada Mahkamah ini memandangkan peranan SD2 hanya terhad kepada menangkap dan menyiasat Zulfakar. Dalam erti kata lain, SD2 tidak mempunyai hubungan dengan tertuduh dalam kes ini. [64] Justeru, satu-satunya bukti yang dikemukakan oleh tertuduh ialah keterangannya sendiri. Sehubungan itu, pihak pendakwaan menggesa Mahkamah ini memberikan sedikit atau tiada nilai probatif terhadap keterangan yang diberikan oleh tertuduh. Menurut pihak pendakwaan, cerita tertuduh adalah tidak masuk akal. [65] Pertama, tertuduh memberi keterangan bahawa dia dan Zulfakar baru mengenali hampir sebulan. Dua orang lagi (Iqmal dan Syamil) hanya dikenali oleh tertuduh ketika mendarat di KLIA2. Tertuduh juga tidak mengetahui latar belakang Zulfakar secara menyeluruh dan tertuduh juga tidak mempunyai nombor telefon Iqmal dan Syamil. Bagaimanapun, berdasarkan pernyataan saksi tertuduh (PSD1), pihak pendakwaan berhujah (dalam perenggan [28] hujahan bertulis) bahawa tertuduh sebenarnya memberikan cerita yang berbeza: S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g [66] Kedua, pihak pendakwaan mengambil pendirian bahawa tertuduh di sini adalah seorang yang berpendidikan. Tujuan sebenar tertuduh datang ke KL bukanlah untuk merayau dan/atau melawat KLCC sama sekali. Pelan awal sebenarnya adalah menginap 3 hari tetapi kemudian dipendekkan kepada 1 hari sahaja. Agak jelas, tujuan perjalanan ke KL adalah untuk "business purposes". [67] Ketiga, tertuduh berkata ini adalah kali pertamanya melancong ke Kuala Lumpur. Namun, seperti yang boleh dilihat daripada rakaman CCTV di KLIA2, tertuduh nampaknya sudah biasa dengan lapangan terbang itu dan boleh bergerak tanpa masalah/hesitation. [68] Tambahan pula, tertuduh dan tiga rakannya (Zulfakar, Iqmal, Syamil) sebenarnya telah merancang untuk mendaftar masuk secara berasingan untuk mengelak pihak berkuasa daripada mengesan niat mereka mengedar dadah ke Sarawak. [69] Malah, apabila tertuduh disoal balas oleh pihak pendakwaan semasa di peringkat pembelaan, tertuduh sendiri mengakui tujuan dia datang ke KL adalah untuk membawa dadah dan mengedarnya di Sarawak. Ini adalah keterangan yang sangat penting oleh tertuduh di Mahkamah. Lebih-lebih lagi, apabila tertuduh diperiksa semula, tertuduh memberi keterangan bahawa dia tidak mempunyai penjelasan mengapa dia bersetuju dengan soalan pihak pendakwaan bahawa "tujuan lawatannya adalah untuk mengedar dadah di Sarawak". Pemeriksaan Balas SD1 (TPR) S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g : Saya katakan sebenarnya kamu tahu tujuan kamu datang ke Kuala Lumpur adalah untuk ambil dadah dan bawa balik ke Miri. Setuju? : Setuju. Pemeriksaan Semula SD1 (P/B En. Shah) : Tadi DPP ada tanya kamu, setuju kamu datang ke KL sebenarnya untuk membawa balik dadah ke Miri dan kamu setuju. Betul ke jawapan kamu itu? : Tidak. : Jadi kenapa kamu jawab setuju tadi? Ke kamu tidak faham soalan ke cuba bagi penjelasan pada hakim. : Saya tidak ada penjelasan. [70] Sehubungan itu dan memandangkan berat dadah yang dibawa oleh tertuduh dalam kes ini (iaitu 4,292.3g methamphetamine), berkemungkinan besar dia membawanya untuk tujuan pengedaran. [71] Oleh itu, dengan bergantung kepada semua hujahan yang disebut di atas dan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan, pihak pendakwaan meminta Mahkamah ini untuk mensabitkan tertuduh seperti dalam pertuduhan. Keputusan Mahkamah di akhir kes pembelaan [72] Setelah mempertimbangkan dengan teliti keseluruhan keterangan, hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pihak pembelaan serta prinsip undang-undang yang berkaitan, Mahkamah ini memutuskan bahawa tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan munasabah S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g terhadap kes pendakwaan. Walaupun pihak pembelaan telah membangkitkan beberapa isu mengenai identiti bagasi itu, peranan individu lain dan “tidak mengetahui” dadah di dalam bagasi itu, pembelaan-pembelaan ini apabila dinilai secara kritikal tidak cukup untuk membebaskan tertuduh. [73] Intipati pembelaan tertuduh adalah dakwaan bahawa bagasi yang mengandungi dadah itu bukan miliknya tetapi milik kenalannya (Zulfakar) dan dia tidak mengetahui kandungan sebenar bagasi itu. Walaupun tertuduh cuba untuk meletakkan tanggungjawab ke atas Zulfakar, keterangan dan keadaan kes menjejaskan kebolehpercayaan pembelaan ini. [74] Hujahan bahawa bagasi itu milik Zulfakar dan bukannya tertuduh adalah tidak konsisten dengan keterangan-keterangan dalam kes ini. Ekshibit P7, iaitu bagasi yang mengandungi dadah, adalah ditandakan dengan nama tertuduh dan pas masuk tertuduh. Ini mewujudkan hubungan yang jelas antara tertuduh dan bagasi yang menjadikan anggapan undang-undang di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 terpakai. Pihak pembelaan tidak mengemukakan sebarang bukti yang meyakinkan atas imbangan keberangkalian untuk menyangkal anggapan ini. Pembelaan yang semata-mata menegaskan bahawa bagasi itu milik Zulfakar tanpa bukti sokongan lain melemahkan kredibiliti versi tertuduh tentang kejadian. Dalam erti kata lain, pembelaan tertuduh hanyalah self-serving. [75] Penekanan pihak pembelaan terhadap ketiadaan bukti DNA atau cap jari pada bagasi atau dadah itu juga tidak meyakinkan. Adalah undang-undang mantap bahawa ketiadaan bukti sedemikian tidak S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g seterusnya menafikan elemen “milikan dan kawalan”. Seperti yang dinyatakan oleh pihak pendakwaan, seseorang boleh mengendalikan barang/dadah tanpa meninggalkan kesan DNA atau cap jari. Tambahan pula, dengan cara dadah itu sengaja disembunyikan dengan mengguna bungkusan teh untuk mengaburkan sifat sebenar barang tersebut dengan tujuan untuk mengelak pengesanan dan fakta ini menyokong hujahan pihak pendakwaan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah. [76] Pembelaan tentang isu percanggahan dalam rakaman CCTV yang kononnya mendakwa bahawa “tertuduh tidak boleh berada di dua tempat serentak” juga adalah cacat. Walaupun percanggahan masa wujud, ia tidak menafikan bukti kukuh bahawa tertuduh mendaftar masuk bagasi tersebut pada masa kejadian. Rakaman CCTV, digabungkan dengan pas masuk, tag bagasi dan juga keterangan tertuduh sendiri, jelas membuktikan kaitan tertuduh dengan bagasi itu. Selain itu, kes pendakwaan tidak hanya bergantung pada bukti CCTV tetapi pada bukti dokumentari, fizikal dan juga keadaan yang mengaitkan tertuduh dengan kesalahan tersebut. [77] Tambahan pula, dakwaan bahawa “Zulfakar sepatutnya dipanggil sebagai saksi atau kegagalan berbuat demikian menimbulkan keraguan munasabah” adalah hujahan yang tidak bermerit. Jika memang benar bahawa Zulfakar merupakan individu yang menyuruh tertuduh membawa bagasi itu pada masa material, pihak pembelaan tidak pernah dihalang daripada mengeluarkan sepina terhadap Zulfakar dan memanggil Zulfakar sebagai saksi apabila tertuduh dipanggil membela diri. S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g [78] Pada pandangan Mahkamah, pihak pendakwaan tidak bertanggungjawab untuk memanggil setiap individu yang disebut oleh tertuduh, terutamanya apabila elemen-elemen penting pertuduhan telahpun dibuktikan. Pihak pendakwaan telah menunjukkan tanpa keraguan munasabah bahawa tertuduh memiliki dan mengawal bagasi yang mengandungi methamphetamine dan bahawa kuantiti dadah itu jauh melebihi kuantiti yang diguna untuk diri sendiri yang sekali gus menimbulkan anggapan pengedaran. [79] Hujahan tertuduh bahawa dia hanya bertindak atas permintaan Zulfakar kerana berasa terhutang budi dengannya adalah tidak masuk akal. Walaupun tertuduh berasa terhutang budi terhadap Zulfakar, beliau tidak sepatutnya secara membabi buta setuju mengangkut bagasi merentasi sempadan negeri tanpa mempersoalkan kandungannya. Umur tertuduh dan kekurangan pengalaman dalam perjalanan tidak mencukupi untuk memperjelaskan kekurangan pertimbangan yang rasional seorang yang berpelajaran. [80] Pihak pembelaan juga mencadangkan doktrin wilful blindness tidak terpakai dalam kes ini memandangkan tertuduh masih muda dan keadaan hubungannya dengan Zulfakar. Walau bagaimanapun, prinsip ini sebenarnya direka untuk menangani situasi seperti dalam kes ini di mana individu secara sedar mengelak daripada bertanya tentang fakta yang mungkin membawa kepada pengetahuan tentang kesalahan jenayah. Kegagalan tertuduh untuk bertanya kepada Zulfakar tentang kandungan bagasi itu, ditambah dengan tindakannya yang menerima permintaan Zulfakar untuk mengangkut bagasi itu, merupakan dan terjumlah kepada wilful blindness. Dalam undang-undang, ini bersamaan dengan pengetahuan sebenar. S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g [81] Isu sama ada bagasi itu dikunci atau boleh diakses oleh orang lain selepas ia didaftar masuk (seperti yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan) juga tidak meyakinkan. Pihak pendakwaan telah menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas bagasi sehingga ia didaftar masuk dan tiada bukti telah dikemukakan untuk mencadangkan bahawa bagasi itu telah dikacauganggu oleh kakitangan lapangan terbang. Hujahan bahawa dadah itu mungkin dimasukkan oleh individu yang tidak dikenali selepas tertuduh mendaftar masuk bagasi adalah spekulatif dan tidak disokong oleh sebarang bukti. Mahkamah ini mesti mengasaskan keputusannya berdasarkan fakta yang terbukti dan juga reasonable inferences, bukan berdasarkan sangkaan. [82] Dalam mempertimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan dalam kes ini, adalah jelas bahawa pihak pendakwaan telah memenuhi beban pembuktiannya. Identiti dadah, milikan dan kawalan bagasi tertuduh yang mengandungi dadah, dan anggapan pengedaran berdasarkan kuantiti dadah, semuanya membawa kepada kesimpulan bahawa tertuduh secara sedar terlibat dalam pengedaran dadah. Pembelaan-pembelaan yang cuba dibangkitkan malangnya tidak menimbulkan keraguan yang munasabah. [83] Pengedaran dadah adalah jenayah berat yang membawa kesan yang teruk, baik kepada tertuduh mahupun masyarakat dan negara. Dalam kes ini, kuantiti methamphetamine yang terlibat iaitu 4292.3g adalah jumlah yang besar dan kesan berbahaya daripada sejumlah besar dadah ini tidak perlu dihuraikan lebih lanjut. Adalah menjadi tanggungjawab asas Mahkamah untuk menegakkan kedaulatan undang-S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g undang dan memastikan mereka yang terlibat dalam pengedaran dadah bertanggungjawab atas tindakan mereka. [84] Berdasarkan keterangan di hadapan Mahkamah ini dan atas alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah dan pembelaan yang dibangkitkan oleh tertuduh tidak mencukupi untuk menyangkal bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Kesimpulan [85] Sehubungan itu, Mahkamah ini mensabitkan tertuduh atas kesalahan mengedar dadah. [86] Selepas mendengar rayuan oleh Peguambela tertuduh serta pemberatan oleh pihak pendakwaan dan setelah mengambil kira mitigasi oleh tertuduh sendiri, Mahkamah ini mengenakan hukuman 30 tahun penjara dari tarikh tangkap 22.7.2020 dan 12 kali sebatan. ………………………… LATIFAH HJ MOHD TAHAR HAKIM MAHAKAMAH TINGGI MALAYA BAHAGIAN JENAYAH, MTJ 4, SHAH ALAM 5 APRIL 2025 S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g PIHAK PENDAKWAAN: Tuan Mohammed Heikal bin Ismail Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor Level 11-13 Corporate Tower Ideal Convention (IDCC) Shah Alam Jalan Pahat 15/L Seksyen 15 40000 Shah Alam SELANGOR DARUL EHSAN. PEGUAMBELA: En. Shah Rizal bin Abdul Manan En. Nik Muammer Hurrie Bin Mohamad Sukri Tetuan N.M. Hurrie & Co. No.1-16B Jalan Putra Perdana 5D/1 Taman Putra Perdana 47130 Puchong SELANGOR DARUL EHSAN. S/N eYfGCsDbiEy9J4Wcfln19g