Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-32-10/2020 PENDAKWA RAYA
KA-45A-32-10/2020
High Court of Malaysia21 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“cutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property.”. [pene”
“of this document via eFILING portal [76] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whet”
“mething in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained”
“LJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation b”
“tidak kurang daripada 12 sebatan. [89] Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the”
“principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation”
“n or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “… It is”
“a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] [55] Berdasarkan keseluruh”
“f course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] [53] Berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes di atas, dan be”
“n yang bertujuan untuk menggerakkan siasatan, dan bukanlah suatu fakta atau keterangan lengkap tentang kejadian yang berlaku. Mahkamah Rayuan dalam kes Timhar Jimdani Ong and Anor v Public Prosecutor [2009] MLJU 906 telah memutuskan: “The Police Report by Inspector Willie (P12) Let us first deal with P12 i.e the police”
“t, Mahkamah ini telahpun menerima keterangan Pengadu tentang kewujudan seluar tersebut. Pembelaan telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Abdul Rashid bin Hanapi v. Public Prosecutor [2022] MLJU 356, berkaitan kegagalan Pendakwaan mengemukakan ‘sling bag’ yang dikatakan mengandungi dadah. Mahkamah Rayu”
“l be used to verify the originality of this document via eFILING portal hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. [89] Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-32-10/2020 PENDAKWA RAYA
1
OKT telah dituduh dengan 1 pertuduhan bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 30.07.2019 jam lebih kurang 12.10 tengah malam, bertempat di dalam sebuah bilik nombor 3 di dalam sebuah rumah beralamat F84, Taman Nilam Jalan Air Hangat, Mukim Kuah, di dalam daerah Langkawi, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis “Methamphetamine” seberat 62.72 gram. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie atas pertuduhan dan telah memerintahkan OKT membela diri.
4
OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah (sebagai SD1) dan Pembelaan hanya mengemukakan keterangan OKT sahaja tanpa keterangan saksi-saksi lain. Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan keterangan Pembelaan, serta keseluruhan keterangan yang dikemukakan di peringkat Pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan seterusnya telah gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 atas imbangan kebarangkalian. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT serta menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan.
5
OKT tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
6
Bertindak atas maklumat aktiviti dadah, pada 29.7.2019, jam lebih kurang 11.30 malam, Pengadu (SP5) bersama anggota daripada Balai Polis Kuah, IPD Langkawi telah pergi ke sebuah rumah beralamat NO. F84, Taman Nilam, Jalan Ayer Hangat, Mukim Kuah, Langkawi, Keda (“rumah tersebut”). Pengadu dan anggota beliau telah dipecahkan kepada 2 kumpulan yang mana kumpulan pertama membuat pemerhatian di belakang rumah tersebut, manakala kumpulan kedua membuat pemerhatian di bahagian hadapan rumah tersebut. Pemerhatian telah dilakukan pada jarak lebih kurang 10 meter. Setelah lebih kurang 30 minit pemerhatian, Pengadu dapati pintu belakang rumah terbuka tetapi tiada pergerakan keluar masuk dan keadaan dalam rumah terang dengan cahaya lampu.
7
Pada jam lebih kurang 12.10 pagi pada 30.7.2019, Pengadu dan anggota telah membuat serbuan melalui pintu belakang rumah yang terbuka dan masuk ke dalam rumah tersebut sambil memperkenalkan diri polis. Semasa masuk ke dalam rumah tersebut di bahagian ruang tamu rumah, Pengadu dapati tiada orang di bahagian tersebut. Pengadu dapati rumah tersebut mempunyai 3 buah bilik dan hanya satu bilik sahaja yang terang dengan cahaya lampu iaitu bilik yang ketiga yang berdekatan dengan dapur (“bilik ketiga tersebut”). Pengadu menghampiri bilik ketiga tersebut dan mendapati pintu bilik bertutup. Pengadu telah membuka pintu bilik ketiga tersebut dan mendapati ianya tidak berkunci. Pengadu kemudiannya menyerbu bilik ketiga tersebut dan memperkenalkan diri polis. Semasa masuk ke dalam bilik ketiga tersebut, Pengadu nampak OKT sedang baring atas lantai dan Pengadu juga nampak berhampiran OKT terdapat beberapa paket plastik lutsinar serta 1 alat penimbang. Setelah menyedari kehadiran polis, OKT tiba-tiba bingkas bangun dan bertindak agresif untuk melarikan diri tetapi berjaya ditahan.
8
Pengadu kemudiannya telah membuat pemeriksaan pada badan OKT dan menemui 2 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dalam poket hadapan sebelah kanan seluar pendek berwarna coklat yang dipakai oleh OKT. Pengadu turut menjumpai wang tunai pelbagai note berjumlah RM130.00 dalam poket seluar bahagian hadapan sebelah kiri.
9
Selanjutnya, Pengadu telah membuat pemeriksaan dalam bilik ketiga tersebut dan menjumpai 9 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Heroin dan 1 alat penimbang di atas lantai bilik tersebut. Jarak kedudukan 9 paket plastik tersebut adalah lebih kurang 10 inci dari tempat OKT baring sebelum ditahan. Namun begitu, 9 paket plastik bahan disyaki dadah jenis Heroin ini bukan menjadi hal perkara (subject matter) pertuduhan terhadap OKT di Mahkamah ini.
10
Pengadu kemudiannya telah merampas kesemua barang kes dan menyediakan Borang Senarai Geledah (eksibit P17). Pengadu seterusnya telah membawa OKT berserta barang rampasan balik ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (“BSJND”), IPD Langkawi.
11
Sampai di BSJND, IPD Langkawi Pengadu telah menimbang semula barang kes yang dirampas dan Pengadu dapati bahawa anggaran berat bagi 2 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu adalah 90.0 gram.
12
Pada 30.7.2019 jam lebih kurang 2 pagi, Pengadu telah menyerahkan kesemua barang kes berserta dokumen laporan polis Kuah/005259/19 (eksibit P16), Borang Senarai Geledah (eksibit P17) dan Borang Serah Terima Barang Kes (eksibit P18) kepada pegawai penyiasat (SP7). Pada jam lebih kurang 2.30 pagi, SP7 telah menyimpan semua barang kes yang diterima dalam laci berkunci kabinet besi yang berada dalam bilik SP7 dan hanya beliau yang memegang dan mempunyai akses kepada bilik tersebut.
13
Pada 31.7.2019 jam lebih kurang 9 malam, SP7 telah mengeluarkan barang-barang kes dan telah mengarahkan jurufoto (SP2) untuk mengambil sebanyak 8 keping gambar serta membuat ‘dusting’ pada barang kes. Kemudiannya, SP7 telah simpan semula barang-barang kes tersebut ke dalam laci berkunci kabinet besi yang sama.
14
Pada 1.8.2019, jam lebih kurang 11.35 pagi, SP7 telah menyerahkan 1 sampul surat bertanda ‘SA’ (eksibit P4) yang di dalamnya mengandungi 2 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah bertanda ‘S1’ dan ‘S2’ (eksibit P5 dan P6) berserta satu sampul surat bertanda ‘SB’ yang di dalamnya mengandungi 9 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah bertanda ‘A1’ hingga ‘A9’ kepada ahli kimia (SP1) dan telah menerima 1 resit kimia dengan nombor makmal 19-FR-K-05090 (eksibit P2).
15
Pada 2.8.2019 jam lebih kurang 1.45 petang, SP7 bersama Pengadu dan jurufoto (SP2) telah pergi ke rumah tersebut untuk mengambil gambar lokasi kejadian sebanyak 8 keping gambar (eksibit P10A-H) dan SP7 turut menyediakan rajah kasar tempat kejadian (eksibit P22).
16
SP1 mengesahkan bahawa beliau telah menerima 2 sampul surat bertanda ‘SA’ (eksibit P4) dan ‘SB’ yang bermeterai “POLIS DIRAJA MALAYSIA 417” bersama borang permohonan (Pol 31) dan kemudiannya beliau telah mengeluarkan 1 resit kimia (eksibit P2) yang telah ditandatanganinya dan diserahkan kepada SP7. SP1 mengesahkan bahawa semasa menerima kedua-dua sampul surat bertanda ‘SA’ (eksibit P4) dan ‘SB’ tersebut, kedua-dua sampul surat dan meterai dalam keadaan baik.
17
SP1 mengesahkan bahawa dalam sampul surat bertanda ‘SA’ (eksibit P4) mengandungi 2 paket plastik bertanda ‘S1’ dan ‘S2’ (eksibit P5 dan P6) yang mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, SP1 mendapati bahan tersebut adalah 87.48 gram yang mengandungi 62.72 gram Methamphetamine. Manakala dalam sampul surat bertanda ‘SB’ pula mengandungi 9 paket plastik bertanda ‘A1’ hingga ‘A9’ yang mengandungi bahan kristal dan serbuk berwarna putih. Setelah dianalisis, SP1 mendapati bahan tersebut ialah 41.44 gram yang mengandungi 1.49 gram Heroin dan 0.20 gram Monacetylmorphines.
18
Setelah selesai menjalankan analisis, baki bahan masing-masing telah SP1 masukkan ke dalam 2 paket plastik berasingan JKM yang dibekalkan oleh beliau dan ditandakan dengan ‘SA-H’ (eksibit P7) dan ‘SB-H’ serta nombor makmal yang sama. SP1 kemudiannya turut memasukkan paket-paket plastik tersebut berserta kandungan dan paket-paket plastik asal ke dalam sampul surat masing-masing bertanda ‘SA’ dan ‘SB’ dan kedua-dua sampul surat itu SP1 meteraikan dengan label keselamatan JKM.
19
SP1 mengesahkan bahawa sepanjang dalam simpanan beliau, eksibit-eksibit tersebut disimpan dalam kabinet besi berkunci kepunyaan beliau di dalam bilik kebal di mana kunci hanya SP1 yang menyimpannya. Dan sepanjang masa analisis dijalankan, eksibit-eksibit tersebut berada dalam kawalan dan pemerhatian beliau.
20
SP1 seterusnya telah menyediakan satu laporan kimia bertarikh 29.12.2019 bernombor makmal 19-FR-K-05090 (eksibit P3). Pada 21.1.2020 jam 3 petang, SP1 telah menyerahkan semula kesemua eksibit-eksibit tersebut bersama laporan kimia (eksibit P3) kepada SP7.
21
SP7 mengesahkan telah menerima semula eksibit-eksibit tersebut berserta laporan kimia (eksibit P3) daripada SP1 dalam keadaan bersil JKM bernombor makmal 19-FR-K-05090 dan telah menyimpannya dalam laci berkunci kabinet besi beliau yang berada di pejabat SP7.
22
Pada 10.2.2020 jam lebih kurang 10.45 pagi, SP7 telah menghantar sampul-sampul surat bersil JKM bertanda ‘SA’ (eksibit P4) dan ‘SB’ tersebut kepada jurustor iaitu Sarjan Toni Kamarul Zaman di stor barang kes, IPD Langkawi bagi tujuan pendaftaran barang kes tersebut dan jurustor telah mendaftar dengan nombor daftar 95/19 pada buku Daftar Barang Kes (Pol 261) (eksibit P24). SP7 telah turut menurunkan tandatangan beliau pada buku tersebut.
23
Mahkamah ini perlu membuat keputusan di akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ.
24
Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
25
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a) bahawa dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan dalam Seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut; c) bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952
26
SP1 (ahli kimia) telah mengesahkan bahawa 2 paket plastik bertanda ‘S1’ dan ‘S2’ (eksibit P5 dan P6) yang mengandungi bahan kristal jernih yang setelah dianalisis, didapati mengandungi 62.72 gram Methamphetamine. Methamphetamine tersenarai dalam
Schedule
Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan Kimia oleh SP1 yang telah ditandakan sebagai eksibit P3. [27] Pihak pembelaan tidak mempertikaikan jenis dadah atau berat yang dirampas. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpuashati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ini pada tahap prima facie. Elemen (b): bahawa OKT mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut [28] Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah] [29] Dadah yang dirampas telah ditemui di dalam poket bahagian hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai oleh OKT. Pada peringkat kes Pendakwaan, pihak Pembelaan mempertikaikan keterangan Pengadu selaku pegawai serbuan berkenaan serbuan yang telah dilakukan. [30] Dalam hujahannya Pembelaan mempertikaikan keterangan lisan Pengadu berbanding laporan polis (eksibit P16) yang dibuat oleh Pengadu. Pembelaan menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan lisan Pengadu, beliau menyatakan bahawa serbuan dilakukan dengan memasuki pintu belakang sambil perkenalkan diri polis dan Pengadu pergi ke ruang tamu. Apabila mendapati di ruang tamu tiada sesiapa, Pengadu telah pergi menyerbu bilik ketiga yang didapati lampu sedang menyala. Fakta ini dihujahkan oleh Pembelaan adalah bertentangan dengan eksibit P16 yang menyatakan bahawa apabila Pengadu memasuki rumah tersebut melalui pintu belakang, beliau terus ke bilik ketiga berdekatan dapur dan masuk ke dalam bilik ketiga tersebut. [31] Di samping itu juga, Pembelaan menghujahkan bahawa SP5 tidak bercakap benar kerana semasa serbuan di rumah tersebut, terdapat tuan rumah dan penghuni lain dan berdasarkan keterangan Pengadu, selepas OKT ditangkap di bilik ketiga, Pengadu telah mengarahkan pemeriksaan rumah tersebut secara menyeluruh. Pembelaan menghujahkan bahawa jika pemeriksaan menyeluruh dijalankan, sudah pasti tuan rumah (SP3) dan isterinya (SP4) serta cucu-cucu mereka akan ditemui dalam rumah tersebut. Sebaliknya Pembelaan menegaskan bahawa SP3 menyatakan bahawa beliau dan isterinya (SP4) sedar dari tidur sendiri dan telah berjumpa SP5 dan anggota serbuan di bahagian luar rumah berdekatan pintu belakang. Turut dihujahkan bahawa SP5 telah merahsiakan fakta tentang kewujudan SP3, SP4 dan cucu-cucu mereka dan hanya timbul sewaktu pemeriksaan balas. Pembelaan turut menghujahkan bahawa fakta kewujudan penghuni-penghuni rumah ini penting kerana dapat mengesahkan tentang kejadian tangkapan yang berlaku pada malam tersebut. [32] Selain itu juga, Pembelaan menghujahkan bahawa Pendakwaan telah gagal memanggil penama Zaidi dan Khuzi yang merupakan anak kepada tuan rumah (SP3) dan juga penghuni bilik ketiga tersebut. Pembelaan menegaskan bahawa kedua-dua penama tersebut disahkan oleh bapa mereka sendiri (SP3) mempunyai masalah berkaitan dadah. Dakwaan Pembelaan adalah bahawa dadah yang ditemui dalam poket bahagian hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai oleh OKT sebenarnya ditemui dari dalam sebuah beg yang bukan milik OKT yang digantung pada tingkap bilik ketiga tersebut. Pembelaan menghujahkan bahawa kegagalan Pendakwaan memanggil kedua-dua penama tersebut telah memprejudiskan OKT memandangkan kemungkinan dadah tersebut ada kaitan dengan kedua-dua penama tersebut tidak boleh diketepikan. [33] Berkenaan percanggahan antara keterangan lisan Pengadu dan eksibit P16 (laporan polis), pada pendapat Mahkamah ini bukanlah berkenaan fakta yang material. Ini kerana fakta bahawa Pengadu dan anggota serbuan telah memasuki rumah tersebut melalui pintu belakang tidak pernah disembunyikan. Hanya kerana Pengadu tidak menyatakan keseluruhan kronologi kejadian serbuan secara terperinci dalam eksibit P16 tidak menjadikan keterangan lisan beliau bercanggah mahupun meragukan. [34] Di samping itu juga, suatu laporan polis pertama ataupun laporan tangkapan (seperti dalam kes di Mahkamah ini) adalah laporan awal berkenaan tangkapan yang bertujuan untuk menggerakkan siasatan, dan bukanlah suatu fakta atau keterangan lengkap tentang kejadian yang berlaku. Mahkamah Rayuan dalam kes Timhar Jimdani Ong and Anor v Public Prosecutor [2009] MLJU 906 telah memutuskan: “The Police Report by Inspector Willie (P12) Let us first deal with P12 i.e the police report which the defence attacked as being lacking in the factual particulars now narrated by the prosecution witnesses. This report was made by Insp. Willie immediately after the arrest of the appellants and the recovery of the drugs in their hotel room. It consisted of a brief statement of the items recovered pursuant to the search made in room 808, particulars of the appellants and the seizure of the drugs. This police arrest report is thus merely a brief account of what had transpired in room 808. It is a formal procedure undertaken by the police following the arrest of a suspect to a crime. It is a first information report to facilitate further investigation. It puts the wheels of investigation into a crime in action. It need not, in our view, particularise all the details of actions taken or observations made by the arresting officer. A first information report or any police report need not contain the entire case for the prosecution. Its main purpose is merely to give information of an offence. The information contained in the police report, thus may only state the brief details of the time, and place of the alleged offence and the particulars of the offenders if available. Further details will surely be recorded later by the investigating officer in any statements recorded from potential witnesses including that of the arresting officer himself. Thus any omission or shortcomings in that police report cannot in our view be fatal to the prosecution’s case or be held to be materially inconsistent with its narration of the facts during the trial.”. [penekanan ditambah] [35] Selanjutnya kegagalan Pengadu mendedahkan berkenaan kehadiran penghuni-penghuni lain semasa memberi keterangan lisan pada pendapat Mahkamah ini juga bukanlah suatu ketinggalan yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau. Ini kerana semasa pemeriksaan balas, Pengadu tidak pernah menafikan kewujudan penghuni-penghuni tersebut. Malahan pihak Pendakwaan telahpun memanggil SP3 dan SP4 sebagai saksi Pendakwaan yang mana keterangan mereka tentang kejadian serbuan oleh Pengadu pada tarikh kejadian adalah jelas tidak bercanggah dengan keterangan Pengadu. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa Pengadu adalah seorang saksi yang kredibel dan keterangan beliau diterima oleh Mahkamah ini. [36] Tambahan pula, Mahkamah ini turut berpendapat bahawa hanya kerana seseorang saksi menyatakan sesuatu yang agak berbeza dengan seseorang saksi yang lain, tidak secara automatik menjadikan keterangan saksi-saksi tersebut bercanggah atau meragukan. Perbezaan keterangan antara saksi-saksi mungkin berlaku akibat perbezaan perspektif dan sebagainya. Malahan, perbezaan dalam keterangan kadang kala akan lebih mengukuhkan fakta serta menunjukkan bahawa saksi-saksi tersebut bercakap benar. Sesuatu keterangan yang betul-betul sama dan tepat pula boleh menimbulkan keraguan bahawa ianya mungkin keterangan yang telah diajar (coach) atau direka-reka. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Chean Siong Guat v Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 63, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “Discrepancies may, in my view, be found in any case for the simple reason that no two persons can describe the same thing in exactly the same way. Sometimes what may appear to be discrepancies are in reality different ways of describing the same thing, or it may happen that the witnesses who are describing the same thing might have seen it in different ways and at different times and that is how discrepancies are likely to arise. These discrepancies may either be minor or serious discrepancies.”. [penekanan ditambah] [37] Juga di dalam kes Pie Bin Chin v Public Prosecutor [1985] 1 MLJ 234, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “I shall be dealing with the first point last. As regards the second ground of appeal, my attention had been drawn to various discrepancies between PW 1's evidence itself as well as between him and his wife. This, by itself, according to Counsel for the Appellant, is good enough reason for the learned President to reject the complainant's story. Discrepancies are no doubt present in this case, as they do ostensibly appear in most cases in evidence of witnesses for the prosecution as well as the defence. The transcripts of most evidence, when thoroughly tooth-combed by any able lawyer, never failed to yield some form of inconsistencies, discrepancies or contradictions but these do not necessarily render the witness's entire evidence incredible. It is only when a witness's evidence on material and obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole evidence is to be disregarded. Forgetfulness and failure to recall exactly certain events, which did not seem to be important to the witness, do not necessarily shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief. Various persons are endowed with varying powers of cognition, attentiveness and perception, so that it is not uncommon for two witnesses to a common event to describe it in slightly differing versions. Thus the slight dissimilarity between the evidence of the complainant and his wife is explicable. It was further contended that the inconsistencies in the evidence of the complainant itself should make his story unreliable. It is true that he gave capricious accounts of certain facts but then those matters relate mostly to subsidiary issues. He was understandably vague on details on sequence of events relating to the payments but of the payments themselves and the amount paid on each occasion the witness's evidence was positive and categorical. I agree with the learned President's findings on this not only because he, having seen and heard the witness is in a better position than I am to evaluate the credibility of the witnesses, but also because I accept that no witness of truth can account for the details of events which had transpired some 17 months previously with precision.”. [penekanan ditambah] [38] Berkenaan isu kegagalan memanggil kedua-dua penama Zaidi dan Khuzi untuk memberi keterangan berkenaan dadah yang diketengahkan oleh Pembelaan sebenarnya ditemui dalam beg yang digantung pada tingkap bilik ketiga tersebut, Mahkamah telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan berkenaan perkara ini. [39] Fakta bahawa bilik ketiga tersebut sebenarnya dihuni oleh penama Zaidi dan Khuzi tidak pernah dinafikan oleh saksi-saksi Pendakwaan terutamanya SP7. Malahan keterangan SP3 dan SP4 dengan jelas membuktikan bahawa bilik tersebut memang dihuni oleh Zaidi dan Khuzi. [40] Namun begitu, fakta bahawa OKT juga telah ditemui dan ditahan dalam bilik ketiga tersebut juga tidak dapat dinafikan. Ini kerana SP3 sendiri telah mengesahkan bahawa OKT ditangkap di rumah tersebut dan SP3 sendiri tidak mengenali OKT. Malahan Pembelaan juga tidak pernah menafikan bahawa OKT memang sebenarnya ditangkap di bilik ketiga tersebut. [41] Apa yang dipertikaikan adalah penemuan dadah oleh Pengadu yang dikatakan sebenarnya telah ditemui dari dalam sebuah beg yang digantung pada tingkap bilik ketiga tersebut. [42] Pada peringkat Pendakwaan, setelah Mahkamah meneliti dan mempertimbangkan keseluruhan keterangan Pengadu, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan beliau adalah kredibel dan boleh dipercayai. Tiada sebab untuk Pengadu menganiaya OKT kerana beliau tidak mengenali OKT sebelum daripada tarikh tangkapan. [43] Di samping itu juga, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa dadah sebagaimana dalam pertuduhan adalah ditemui dari dalam poket seluar bahagian hadapan sebelah kanan seluar dipakai OKT. Sehubungan itu, walaupun bilik tersebut sebenarnya dihuni oleh penama Zaidi dan Khuzi tetapi dadah ditemui secara fizikal pada bahagian badan OKT sendiri. Oleh itu, jika pun kedua-dua penama Zaidi dan Khuzi tidak dipanggil memberikan keterangan, pada pendapat Mahkamah ini sudah mencukupi untuk membuktikan jagaan atau kawalan OKT secara langsung terhadap barang kes dadah tersebut, berdasarkan kepada keterangan Pengadu. [44] Di samping itu juga, walaupun dihujahkan oleh Pembelaan bahawa gambar acu pakai seluar tersebut menunjukkan seluar tersebut longgar, Mahkamah ini berpendapat sebaliknya. Pada pendapat Mahkamah ini, gambar acu pakai seluar (eksibit P9A-C) tersebut jelas menunjukkan seluar tersebut muat atau fitting pada OKT. Malahan pihak Pembelaan tidak pernah semasa pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakawaan mencadangkan apakah sebenarnya seluar yang dipakai oleh OKT semasa tangkapan. Adalah tidak munasabah OKT pada masa tangkapan tidak memakai sebarang seluar. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan Pengadu disokong oleh gambar eksibit P9A-C membuktikan bahawa barang kes dadah memang sebenarnya ditemui pada badan OKT. [45] Di samping itu juga, Mahkamah ini turut berpandangan bahawa kegagalan memanggil penama Zaidi dan Khuzi untuk memberikan keterangan juga tidak memprejudiskan OKT, dan juga tidak mewajarkan Mahkamah ini untuk menggunapakai anggapan bertentangan (adverse inference) di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 [Akta 56] (“AK 1950”). Lebih-lebih lagi kerana kewujudan penama-penama tersebut tidak pernah dinafikan oleh Pendakwaan, malahan mereka turut disenaraikan sebagai antara saksi-saksi Pendakwaan. Sebagaimana, yang telah diputuskan di dalam kes Munusamy V Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492: “It is essential to appreciate the scope of section 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case.”. [penekanan ditambah] [46] Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi Pendakawaan, terutamanya Pengadu, tidak dinafikan bahawa semasa serbuan, OKT berada di dalam bilik ketiga tersebut. Semasa ditahan, OKT sedang baring dan setelah ditahan, dadah yang menjadi perkara pertuduhan terhadap OKT di Mahkamah ini ditemui dalam poket bahagian hadapan sebelah kanan seluar dipakai OKT. Keterangan Pengadu ini disokong oleh laporan polis beliau (eksibit P16) dan juga Borang Senarai Geledah (eksibit P17) yang mengesahkan jumpaan barang kes dadah di poket bahagian hadapan sebelah kanan seluar dipakai OKT. Malahan eksibit P16 dengan jelas menyatakan warna dan jenis seluar dipakai OKT iaitu seluar pendek berwarna coklat, yang mana deskripsi tersebut sama dengan gambar seluar pada eksibit P9A-C. Pada pendapat Mahkamah ini, pembuktian jagaan dan kawalan OKT terhadap barang kes dadah tersebut adalah berdasarkan keterangan langsung iaitu melalui keterangan lisan saksi-saksi pendakwaan dan juga keterangan-keterangan dokumen. [47] Selanjutnya Mahkamah juga perlu menentukan sama ada OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang dirampas. Sebagaimana keterangan oleh Pengadu yang telah diterima oleh Mahkamah ini, barang kes dadah yang dirampas telah ditemui dalam poket seluar yang dipakai oleh OKT sendiri. Dalam hal ini, tidak mungkin tidak, OKT pastinya mengetahui apa yang ada dalam poket seluar yang dipakai oleh beliau. Tambahan pula, kedua-dua paket plastik yang mengandungi dadah tersebut adalah tidak dibaluti oleh apa-apa bungkusan lain dan merupakan paket plastik lutsinar yang boleh dilihat dengan jelas isi kandungannya. Sehubungan itu, adalah mustahil untuk OKT tidak mengetahui apa isi kandungan yang terdapat dalam kedua-dua paket plastik lutsinar tersebut. [48] Sebagaimana telah diputuskan dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property.”. [penekanan ditambah] [49] Pihak Pembelaan turut mempertikaikan keterangan Pengadu yang menyatakan bahawa semasa serbuan dibuat, OKT sedang baring di atas lantai dalam bilik tersebut, dan apabila pasukan serbuan memasuki bilik tersebut, OKT lalu bangkit dan cuba melarikan diri. Pembelaan menegaskan bahawa ketika serbuan dibuat, OKT sedang tidur lena dan beliau tidak bertindak sebagaimana dinyatakan oleh Pengadu. [50] Penelitian Mahkamah ini mendapati bahawa Pengadu tidak pernah menyatakan bahawa OKT sedang berjaga semasa serbuan dibuat. Sebaliknya apa yang dikatakan oleh Pengadu dalam keterangan utama beliau adalah OKT sedang baring atas lantai bilik ketiga tersebut. Malahan Pengadu turut mengakui cadangan Pembelaan bahawa semasa Pengadu memasuki bilik ketiga tersebut, OKT sedang tidur. Dihujahkan juga oleh Pembelaan bahawa tindakan OKT cuba melarikan diri adalah akibat terkejut kerana apabila OKT terjaga, OKT menyedari beberapa orang tidak dikenali memasuki bilik ketiga tersebut. [51] Dalam hal ini, walaupun tidak dinafikan OKT sedang tidur di atas lantai di bilik ketiga semasa serbuan dibuat, namun begitu, fakta bahawa barang kes dadah yang dirampas ditemui dalam poket seluar yang dipakai oleh OKT sendiri serta tindakan OKT cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota serbuan, memberikan tanggapan bahawa OKT sebenarnya mengetahui isi kandungan kedua-dua paket plastik dadah yang ditemui. Reaksi dan pelakuan OKT ini adalah relevan bagi membuktikan pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas. [52] Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] (“AK 1950”), sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] [53] Berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes di atas, dan berdasarkan kepada fakta-fakta bahawa dadah ditemui dalam poket seluar yang dipakai OKT, bahawa dadah dalam paket plastik lutsinar juga mudah dilihat dan juga diketahui isi kandungannya, serta juga reaksi serta perlakuan OKT semasa serbuan dilakukan, inferens yang boleh dibuat adalah OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah tersebut. Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa pemilikan dan pengetahuan telah berjaya dibuktikan secara keterangan langsung oleh pihak Pendakwaan. [54] Pengadu dan SP7 juga bukanlah saksi yang berkepentingan. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] [55] Berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan dan dapatan yang diputuskan oleh Mahkamah ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen (b) ini secara keterangan langsung. Elemen (c): bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut [56] Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minima 50 gram iaitu anggapan pengedaran juga telah berjaya dibangkitkan. Di samping itu juga, pihak pembelaan tidak mengemukakan sebarang hujahan berkenaan isu pengedaran ini. Identiti Dan Rantaian Keterangan Barang Kes [57] Pihak Pembelaan mempertikaikan identiti 2 paket plastik dadah yang dirampas (eksibit P5 dan P6). Hujahan pembelaan adalah bahawa pengecaman oleh Pengadu adalah meragukan dan tidak dapat disahkan. [58] Berkenaan perkara ini, Mahkamah sendiri telah meneliti kedua-dua paket plastik eksibit P5 dan P6 tersebut dan mendapati bahawa terdapat kesan calitan berwarna hitam dan tarikh tetapi didapati telah kabur pada kedua-dua eksibit tersebut. Mahkamah juga telah turut membandingkan eksibit P5 dan P6 dengan gambar P9D. Mahkamah mendapati bahawa calitan hitam yang terdapat pada eksibit P5 dan P6 berada di tempat yang sama sebagaimana pada gambar P9D. Gambar P9D telah dirakam oleh jurufoto (SP2) pada 31.7.2019 jam lebih kurang 9.29 malam, iaitu sehari selepas tarikh rampasan dan tangkapan. Sehubungan itu, Mahkamah ini menerima pengecaman positif oleh Pengadu berkenaan eksibit dadah yang dirampas iaitu eksibit P5 dan P6 dan mendapati bahawa eksibit P5 dan P6 adalah barang kes yang telah dirampas pada malam kejadian. [59] Selain itu juga, SP7 juga telah mengecamkan eksibit P5 dan P6 berdasarkan tandaan ‘S1’ dan ‘S2’ serta tandatangan berwarna merah yang dibuat oleh beliau. Perbandingan yang sama telah dibuat oleh Mahkamah ini dan mendapati bahawa tandaan oleh SP7 masih jelas dan gambar P9D turut menunjukkan bahawa tandaan SP7 tersebut juga wujud semasa gambar barang kes tersebut dirakam. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa tiada isu berkenaan identiti barang kes dadah yang dirampas sebagaimana yang telah dikemukakan di Mahkamah. [60] Selanjutnya Pembelaan turut menghujahkan bahawa kegagalan pihak Pendakwaan mengemukakan beberapa eksibit, terutamanya seluar pendek yang dipakai oleh OKT pada malam kejadian, telah mengakibatkan terdapatnya pecahan rantaian keterangan. [61] Fakta kehilangan barang-barang kes yang dirujuk sebagai barang kes am disahkan oleh Pegawai Penyiasat Warisan (SP6). Barang-barang kes am yang terlibat adalah sehelai seluar pendek berwarna coklat berjenama ‘PDI Shorts’ yang dipakai oleh OKT pada malam tangkapan, wang tunai pelbagai note berjumlah RM130.00, 1 alat penimbang elektronik tanpa jenama dan sesalinan Bil SADA. [62] Kehilangan barang-barang kes am ini disedari oleh pihak Pendakwaan semasa Pengadu (SP5) mula memberikan keterangan beliau pada 13.10.2023. Pada tarikh perbicaraan tersebut, Pengadu telah memaklumkan bahawa selain daripada barang-barang kes dadah yang telah beliau camkan di Mahkamah, barang-barang kes am tersebut tiada di Mahkamah. Namun begitu Pengadu mengesahkan bahawa kesemua barang kes yang dirampas beliau telah diserahkan kepada SP7. [63] Selanjutnya, berdasarkan keterangan pegawai penyiasat warisan (SP6) pula, pada 20.11.2023, beliau telah menerima arahan daripada Ketua Bahagian Siaasatan Jenayah Narkotik Daerah (KBSJND), IPD Langkawi untuk membuat carian barang kes am bersangkut kes ini. Pada jam lebih kurang 10 pagi, SP6 bersama SP7 dan penjaga stor (SP8) telah membuat carian barang-barang kes am tersebut di pejabat Jabatan Siasatan Jenayarah Narkotik yang bertempat di Balai Polis Air Hangat, Langkawi dan juga di stor barang kes IPD Langkawi. Namun begitu, hasil carian mereka tidak berjaya menemui barang-barang kes am tersebut. [64] Selanjutnya, ekoran kegagalan menemui barang-barang kes am tersebut, SP6 telah diarahkan oleh KBSJND, IPD Langkawai membuat 1 laporan polis berkaitan kehilangan tersebut. Susulan itu, SP6 telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan barang-barang kes am tersebut sebagaimana Kuah Rpt 11341/23 (eksibit P20). [65] Pembelaan menghujahkan bahawa kegagalan mengemukakan barang-barang kes am tersebut, terutamanya seluar pendek tersebut, mengakibatkan kegagalan Pendakwaan mengaitkan OKT dengan dadah yang menjadi hal perkara (subject matter) kepada pertuduhan dan sekaligus gagal membuktikan pemilikan OKT terhadap dadah-dadah tersebut. [66] Berkenaan kegagalan mengemukakan seluar pendek tersebut, Mahkamah ini telahpun menerima keterangan Pengadu tentang kewujudan seluar tersebut. Pembelaan telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Abdul Rashid bin Hanapi v. Public Prosecutor [2022] MLJU 356, berkaitan kegagalan Pendakwaan mengemukakan ‘sling bag’ yang dikatakan mengandungi dadah. Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa ‘sling bag’ yang tidak dikemukakan semasa perbicaraan merupakan keterangan utama yang mengaitkan OKT dengan dadah yang dirampas, dan kegagalan Pendakwaan dalam kes tersebut mengemukakan ‘sling bag’ telah mengakibatkan wujudnya pecahan rantaian keterangan barang kes dadah yang dirampas. [67] Mahkamah telah meneliti keputusan kes yang dirujuk oleh Pembelaan ini. Dalam hal ini, Mahkamah ini mendapati bahawa dalam kes Abdul Rashid bin Hanapi (supra) di atas, ‘sling bag’ yang dimaksudkan hanya dibuat pengecaman oleh saksi-saksi pendakwaan melalui gambar. Tiada sebarang penjelasan oleh pihak pendakwaan tentang kegagalan mengemukakan ‘sling bag’ tersebut. Di samping itu juga Mahkamah Rayuan dalam keputusannya turut mempertimbangkan fakta yang tidak dicabar iaitu bahawa terdapat seorang lagi dalam kenderaan yang tidak ditangkap dan memungkinkan versi bahawa kemungkinan barang kes dadah telah dibaling dari kenderaan tersebut, berserta kegagalan pengemukaan ‘sling bag’ oleh Pendakwaan, sebagai suatu yang berkemungkinan dan mampu menimbulkan keraguan yang munasabah. [68] Berbalik kepada fakta kes di Mahkamah ini, seluar pendek yang tidak dikemukakan di Mahkamah telah didapati hilang dan laporan polis (eksibit P20) telahpun dibuat berkaitan kehilangan tersebut. Jikapun dikatakan terdapat kelompangan dalam pengendalian barang-barang kes am tersebut, namun begitu, kelompangan ini telahpun diberikan penjelasan (rujuk Zaifull bin Muhammad v. Public Prosecutor [2913] 2 MLJ348). [69] Di samping itu, sebagaimana yang telahpun diputuskan oleh Mahkamah ini bahawa Mahkamah ini menerima keterangan saksi-saksi Pendakwaan bahawa sememangnya wujud seluar pendek yang dipakai oleh OKT di mana dadah ditemui, yang turut disokong oleh laporan polis (eksibit P16), Borang Senarai Geledah (eksibit P17) dan gambar P9A-C, Merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Phung Geok Hoay lwn Pendakwa Raya [2013] 3 MLJ 728 yang dirujuk oleh pihak Pendakwaan: “[27] Kami tidak bersetuju. Kami mendapati keterangan SP4 dan SP7 saling sokong menyokong antara satu sama lain mengenai penemuan bungkusan mengandungi dadah di poket baju yang dipakai oleh perayu. Laporan polis (P9) dan borang bongkar (P8) juga menyokong penemuan tersebut. Hakim bicara telah meneliti isu ini di ms 97–98 rekod rayuan, Jil 1. Kami tidak mendpati apa-apa kecacatan dalam alasan penghakiman hakim bicara dalam isu ini. [28] Perlu diambil perhatian bahawa baju bukanlah merupakan hal perkara pertuduhan yang sekiranya tidak dikemukakan di mahkamah akan menjejaskan kes pihak pendakwaan. Dengan ketiadaan baju ini sebagai ekshibit sekalipun, terdapat keterangan lain yang kukuh untuk hakim bicara mendapati perayu bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya.”. [penekanan ditambah] [70] Sehubungan itu, berdasarkan keputusan kes di atas dan fakta-fakta yang telah dihuraikan di atas, Mahkamah ini berpendapat semata-mata dengan kegagalan mengemukakan barang-barang kes am, terutamanya seluar pendek tersebut semasa perbicaraan, tidak menjejaskan kes Pendakwaan, kerana terdapat keterangan-keterangan lain yang mampu membuktikan kewujudan seluar tersebut di samping pembuktian pemilikan dan pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang diarmpas. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [71] Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT iaitu: a) bahawa dadah Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan di dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa pihak pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan OKT ke atas barang kes dadah tersebut, secara keterangan langsung (direct evidence); c) bahawa oleh kerana pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pemilikan OKT terhadap dadah tersebut, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 iaitu anggapan pengedaran juga telah berjaya dibangkitkan. [72] Sehubungan itu, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memerintahkan OKT untuk membela diri atas pertuduhan. KES PEMBELAAN [73] Di peringkat pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan hanya OKT sahaja yang memberi keterangan. [74] Keterangan OKT secara umumnya menyatakan bahawa pada hari kejadian, beliau telah pergi ke rumah tempat kejadian untuk berjumpa dengan penama Zaidi. Tujuan perjumpaan hanya untuk lepak dan bersembang sahaja. OKT maklumkan bahawa beliau biasa melepak di rumah Zaidi dan kebiasaannya beliau akan ke rumah Zaidi pada sebelah malam. OKT turut memaklumkan bahawa apabila sampai di rumah Zaidi pada malam tersebut, OKT telah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci dan terus ke bilik ketiga tersebut. Semasa sampai di bilik ketiga tersebut, Zaidi berada dalam biliknya dan mereka bersembang sehinggalah Zaidi memberitahu yang dia perlu keluar sekejap. OKT turut memaklumkan bahawa pada hari tersebut, beliau tidak berapa sihat dan setelah makan ubat, OKT telah terlena di tempat tidur Zaidi dalam bilik ketiga tersebut. OKT hanya tersedar apabila sekumpulan lelaki yang tidak dikenali menyerbu masuk ke dalam bilik ketiga tersebut dan menangkap OKT. OKT turut menafikan penemuan dadah dalam seluar pendek yang dipakai beliau. Sebaliknya menyatakan bahawa dadah-dadah yang dirampas telah ditemui dalam sebuah beg yang disangkut pada tingkap bilik ketiga tersebut. Malahan OKT turut menafikan yang seluar pendek tersebut milik beliau, sebaliknya seluar pendek tersebut didakwa diambil oleh polis dari bilik Zaidi kerana OKT ada nampak seluar sedemikian disangkut di tingkap bilik Zaidi pada malam kejadian. ANALISIS DAN DAPATAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [75] Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. [76] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah] [77] Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1) [78] Pembelaan OKT secara ringkasnya menafikan pemilikan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang telah dirampas. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan mendapati bahawa fakta bahawa OKT telah ditangkap di rumah tempat kejadian pada tarikh dan masa sebagaimana dalam pertuduhan tidak dipertikaikan. Malahan pihak Pembelaan juga tidak menafikan bahawa OKT telah pergi ke rumah tempat kejadian dan masuk ke dalam bilik ketiga tersebut dan telah ditangkap semasa berada dalam bilik ketiga tersebut. [79] Pembelaan mendakwa bahawa dadah yang dirampas tidak ditemui pada seluar yang dipakai oleh OKT, sebaliknya diambil dari sebuah beg hitam berzip yang disangkut pada tingkap bilik tersebut. Secara umumnya, Pembelaan menegaskan bahawa dadah yg dirampas bukan milik OKT kerana bilik tersebut bukan biliknya dan OKT hanya datang untuk lepak dengan Zaidi. [80] Berkenaan isu ini, Mahkamah ini mendapati bahawa tidak dinafikan bilik tersebut adalah bilik kepada anak SP3 dan SP4 ie Zaidi dan Khuzi berdasarkan keterangan-keterangan SP3 dan SP4. Namun begitu, dadah yang dirampas telah ditemui dalam poket seluar yang dipakai oleh OKT. Sekiranya OKT mendakwa bahawa dadah tersebut milik Zaidi ataupun Khuzi, maka pihak pembelaan perlulah membuktikan dakwaan mereka. Saksi awam bernama Zaidi bin Hashim dan Khuzi bin Hashim telahpun ditawarkan kepada pihak pembelaan, namun begitu, tidak pada bila-bila masa di peringkat pembelaan, pihak Pembelaan memaklumkan kepada Mahkamah hasrat untuk memanggil kedua-dua orang saksi awam tersebut yang dikatakan penghuni asal bilik tersebut. [81] Di samping itu juga, OKT menegaskan bahawa semasa beliau sampai di rumah tersebut, penama Zaidi ada dalam bilik ketiga tersebut. Namun begitu, keterangan SP3 iaitu bapa kepada Zaidi menyatakan bahawa pada tarikh kejadian, kedua-dua anak beliau iaitu Zaidi dan Khuzi tiada di rumah kerana pergi bekerja. Berdasarkan penelitian Mahkamah ini, saksi SP3 adalah seorang saksi yang kredibel kerana beliau merupakan seorang saksi awam yang tidak mengenali OKT dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan OKT. [82] Selanjutnya, walaupun Pembelaan pada peringkat kes Pendakwaan lagi telah menafikan bahawa seluar pendek di mana dadah yang menjadi hal perkara pertuduhan terhadap OKT ini adalah dipakai oleh OKT pada malam kejadian, tetapi apa sebenarnya seluar yang dipakai oleh OKT pada malam kejadian tidak pernah ditanya mahupun dicadangkan kepada mana-mana saksi Pendakwaan. Pembelaan tidak pernah mencadangkan atau menjelaskan apakah sebenarnya seluar yang dipakai oleh OKT pada malam OKT ditangkap kepada mana-mana saksi Pendakwaan pun, malahan semasa keterangan utama OKT sendiri, tidak pernah diperjelaskan apakah sebenarnya seluar dipakai OKT pada malam kejadian. Jenis seluar (iaitu seluar jeans Levis) yang dipakai OKT hanya timbul semasa pemeriksaan balas OKT pada peringkat Pembelaan. Setelah Mahkamah ini mempertimbangkan keseluruhan keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan keterangan OKT berkenaan perkara ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan berkenaan jenis seluar yang dikatakan dipakai OKT pada peringkat kes pembelaan adalah satu keterangan berbentuk rekaan semata-mata (afterthought). [83] Selanjutnya, Mahkamah ini turut berpendapat bahawa kegagalan untuk memanggil saksi-saksi penama Zaidi dan Khuzi, dan juga kegagalan mengemukakan cadangan berkenaan seluar dipakai OKT pada malam kejadian, terjumlah kepada kegagalan mengemukakan keterangan sokongan terhadap versi pembelaan. Sebagaimana diputuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.” [84] Di samping itu juga, OKT sendiri mengakui bahawa beliau tidak mengenali Pengadu (SP5) mahupun SP7(IO) dan dengan itu pada pendapat Mahkamah ini juga, tiada sebarang alasan atau sebab untuk pihak polis menganiaya OKT. [85] Berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan pembelaan dengan keterangan-keterangan pada peringkat pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah bersifat penafian dan rekaan semata-mata. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v Public Prosecutor and another appeal [2015] 2 MLJ 293: “…A mere denial does not amount to a credible defence…”. [86] Dengan itu Mahkamah ini memutuskan bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan, dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB 1952 yang telah dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian. [87] Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. Mahkamah dengan ini mensabitkan OKT bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama sebagaimana dalam pertuduhan. Hukuman [88] Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada mengenakan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. [89] Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah] [90] Walaupun autoriti kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 KK, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952. [91] Setelah mendengar hujahan mitigasi OKT dan hujahan pemberatan hukuman oleh pendakwaan, dan juga setelah Mahkamah mempertimbangkan bahawa berat dadah yang terlibat di dalam kes ini hanyalah 62.72 gram Methamphetamine dan juga berdasarkan kepada keseluruhan fakta kes, Mahkamah ini berpendapat bahawa kes ini bukanlah suatu kes yang mewajarkan hukuman mati dijatuhkan. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mempertimbangkan tujuan penggubalan Akta 846 ini dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT. [92] Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan terhadap OKT. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 20 Oktober 2024. Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguambela OKT: Ahmad Taufiq bin Baharum Tetuan Abdul Halim Said & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.