Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-5-02/2021, BA-45A-6-02/2021, BA-45A-7-02/2021, BA-45-1-02/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN ZOWIE CHOONG KIM LIANG [KP NO.: 800314-07-5693] PENDAHULUAN [ 1 ] Tertuduh Zowie Choong Kim Liang menghadapi empat pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) dan dua pertuduhan di bawah seksyen 12(2) Akta yang sama. [ 2 ] Pertuduhan-pertuduhan tersebut seperti berikut – 45A-5-02/2021 (P7) “Bahawa kamu pada 19.8.2019, jam lebih kurang 7.45 malam di alamat no. B-13-16, Pangsapuri Suria Mas, Jalan PJS 10/11E, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya seberat 116.72 gram 3, 4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” 45A-6-02/2021: Pertuduhan pertama (P8): “Bahawa kamu pada 19.8.2019, jam lebih kurang 7.45 malam di alamat no. B-13-16, Pangsapuri Suria Mas, Jalan PJS 10/11E, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya seberat 1204.7 gram Cannabis. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Pertuduhan kedua (P8A): “Bahawa kamu pada 19.8.2019, jam lebih kurang 7.45 malam di alamat no. B-13-16, Pangsapuri Suria Mas, Jalan PJS 10/11E, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya seberat 806.95 gram Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” 45A-7-02/2021 (P9) “Bahawa kamu pada 19.8.2019, jam lebih kurang 7.45 malam di alamat no. B-13-16, Pangsapuri Suria Mas, Jalan PJS 10/11E, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya seberat 119.98 gram Para-methoxymethylamphetamine (PMMA). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” 45-1-02/2021 Pertuduhan pertama (P10): “Bahawa kamu pada 19.8.2019, jam lebih kurang 7.45 malam di alamat no. B-13-16, Pangsapuri Suria Mas, Jalan PJS 10/11E, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya seberat 4.12 gram Ketamin. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” Pertuduhan kedua (P10A) “Bahawa kamu pada 19.8.2019, jam lebih kurang 7.45 malam di alamat no. B-13-16, Pangsapuri Suria Mas, Jalan PJS 10/11E, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya seberat 1.156 gram Nimetazipam. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” [ 3 ] Tertuduh pernah dirujuk ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan bagi kes no: 45A-26-03/2020 yang telah selesai dibicarakan dan disahkan waras semasa kejadian dalam kes itu. Walau bagaimanapun, menurut pemerhatian peguam bela yang bijaksana, Tertuduh yang hadir pada 30.1.2023 di hadapan mahkamah, diperhatikan berkeadaan tidak stabil dari segi mental kerana percakapan yang incoherent oleh peguam bela dan peguam bela yang bijaksana tidak dapat berbincang atau menerima arahan dari Tertuduh. Mahkamah dimaklumkan ibu Tertuduh juga tidak dapat berinteraksi baik dengan Tertuduh. [ 4 ] Disebabkan khuatir keadaan mental Tertuduh telah merosot sejak sabitan lepas, peguam bela yang bijaksana telah membuat permohonan di bawah seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah (“KPJ”) untuk merujuk semula Tertuduh ke hospital yang sama bagi menentukan Tertuduh layak dibicarakan dan boleh membela diri bagi pertuduhan-pertuduhan di mahkamah ini. Pihak pendakwaan tiada bantahan kepada permohonan itu dan mahkamah telah membenarkan permohonan tersebut. [ 5 ] Melalui surat bertarikh 24.3.2023 pihak Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan (kandungan 24) telah mengesahkan Tertuduh waras semasa kejadian dalam pertuduhan, sedar akan sifat dan akibat perbuatannya serta mampu untuk mengetahui bahawa perbuatan-perbuatan tersebut adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang. Tertuduh berada dalam keadaan stabil, layak dibicarakan dan mampu membela diri. [ 6 ] Pada 11.1.2024 Tertuduh telah menukar pengakuan dan mengaku salah kepada semua pertuduhan. Pertuduhan telah dibacakan kepada Tertuduh dalam Bahasa Cina (Mandarin). Mahkamah telah berpuas hati Tertuduh faham pertuduhan yang diterjemahkan kepadanya dan faham sifat dan akibat pengakuan salah itu. Pihak pendakwaan telah mengemukakan Fakta Kes (P11) yang diterjemah kepada Tertuduh dan diakui benar. Seterusnya, pihak pendakwaan telah mengemukakan eksibit dokumentari dan fizikal (P12 hingga P30) yang turut diakui benar oleh Tertuduh. [ 7 ] Setelah mahkamah mendapati pengakuan salah Tertuduh adalah tidak bersyarat, Tertuduh telah disabitkan atas kesemua pertuduhan P7 hingga P10A. Setelah mahkamah mendengar mitigasi Tertuduh yang dikemukakan peguam bela yang bijaksana dan faktor pemberat daripada Timbalan Pendakwa Raya (“TPR”) yang terpelajar, mahkamah telah menjatuhkan hukuman seperti berikut – a. Bagi kesalahan mengedar dadah P7, P8, P8A dan P9 – penjara seumur hidup dan 12 sebatan rotan. Kesemua hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh tangkap; b. Bagi kesalahan memiliki dadah P10 dan 10A – penjara tiga tahun dari tarikh tangkap dan berjalan serentak [ 8 ] Tertuduh telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah ini. FAKTA KES PENDAKWAAN [ 9 ] Pihak pendakwaan mengemukakan Fakta Kes P11 yang dibacakan kepada Tertuduh dalam Bahasa Mandarin dan diakui benar. Ringkasnya, Tertuduh ditahan ketika berada di dalam kereta di laluan pandu lalu Restoran McDonalds Bandar Utama, Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Dalam pemeriksaan ke atas Tertuduh, 5 anak kunci dirampas dan Tertuduh telah memandu arah pasukan polis ke rumah sewanya seperti alamat dalam pertuduhan yang dapat diakses menggunakan kunci tersebut. [ 10 ] Hasil pemeriksaan pihak polis dalam bilik kedua, sebelah kiri rumah tersebut menjumpai barang kes yang disahkan dadah berbahaya oleh Ahli Kimia melalui Laporan Kimia P16 seperti dikemukakan. HAK TERTUDUH YANG MENGAKU SALAH UNTUK MERAYU TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH [ 11 ] Seksyen 305 Kanun Prosedur Jenayah (“KPJ”) menghadkan rayuan seorang Tertuduh yang mengaku salah kepada takat dan keabsahan hukuman itu – “When an accused person has pleaded guilty and being convicted by a Magistrate on such plea, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence." KEABSAHAN (LEGALITY) HUKUMAN YANG DIJATUHKAN KE ATAS TERTUDUH [ 12 ] Persoalan yang boleh dibangkitkan berkaitan isu ini adalah sama ada prosedur pengakuan salah oleh Tertuduh dibuat secara teratur. Dalam kes ini, mahkamah telah memastikan prosedur pengakuan salah telah diikut secara teratur. [ 13 ] Tertuduh diwakili oleh seorang peguam bela semasa prosiding berjalan. Ahli keluarga Tertuduh juga turut hadir dalam mahkamah. Semua pertuduhan terhadap Tertuduh telah dibacakan dengan diterjemahkan kepada Tertuduh dalam bahasa ibundanya iaitu Mandarin oleh jurubahasa mahkamah. Mahkamah dimaklumkan Tertuduh faham semua pertuduhan yang dibacakan kepadanya dan telah mengaku salah. Jurubahasa mahkamah telah menerangkan hukuman yang boleh dikenakan ke atas Tertuduh dalam Bahasa Mandarin dan mahkamah dimaklumkan bahawa Tertuduh faham sifat dan akibat pengakuan salah tersebut serta masih mengaku salah. Mahkamah sendiri telah mendapatkan kepastian dari Tertuduh yang diterjemahkan oleh jurubahasa dan Tertuduh mengakui dia ingin mengaku salah serta menganggukkan kepalanya kepada soalan mahkamah. [ 14 ] Pihak pendakwaan telah mengemukakan Fakta Kes (P11) yang telah diterjemahkan kepada Tertuduh oleh jurubahasa. Tertuduh memahami Fakta Kes yang dibacakan dan mengakui kandungannya. [ 15 ] Selepas itu, pihak pendakwaan telah mengemukakan barang kes dokumentari dan fizikal yang berkaitan (P12 hingga P30) yang kesemuanya telah dirujuk kepada Tertuduh oleh jurubahasa Mandarin dan telah diakui oleh Tertuduh tanpa apa-apa bantahan. [ 16 ] Dari pemerhatian mahkamah, Tertuduh memahami dan mengakui kandungan Fakta Kes P11, dan kesemua eksibit yang dikemukakan. Mahkamah melihat peguam bela yang bijaksana turut memastikan Tertuduh memahami prosiding dan eksibit yang dikemukakan. Mahkamah berpuas hati pengakuan salah Tertuduh dibuat tanpa syarat lalu mensabitkan Tertuduh dengan semua pertuduhan terhadapnya. TAKAT HUKUMAN YANG DIKENAKAN TERHADAP TERTUDUH [ 17 ] Hukuman bagi pertuduhan P7, P8, P8A dan P9 iaitu kesalahan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(2) ADB 1952 ialah hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang dari 12 sebatan. Sementara bagi kesalahan memiliki dadah di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 dalam pertuduhan P10 dan P10A, hukuman yang diperuntukkan ialah denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. [ 18 ] Sebelum menjatuhkan hukuman yang sesuai terhadap Tertuduh, mahkamah telah mendengar hujahan mitigasi bagi pihak Tertuduh oleh peguam bela yang bijaksana. Dalam hujah mitigasinya secara ringkas, peguam yang bijaksana menyatakan – • Tertuduh berusia 39 tahun, bujang dan tiada pekerjaan tetap; • Tertuduh disahkan menghidap skizofrenia (Schizophrenia) walaupun dia didapati waras semasa kejadian dalam pertuduhan; • Merupakan anak sulung dalam keluarga, bapa telah tiada; • Tertuduh belajar hanya sehingga SPM saja (tingkatan lima); • Tertuduh telah mengaku salah sebelum perbicaraan dan membantu menjimatkan masa mahkamah dan pendakwaan; • Terdapat satu sabitan lampau bagi kesalahan dalam transaksi yg sama dengan kes ini di bawah seksyen 12(2) / 39A(2) ADB 1952; • Tertuduh berada dalam reman sejak ditangkap; • Dalam kesemua kes ini Tertuduh telah mengaku salah pada hari ini. Sabitan lampau Tertuduh berkaitan dengan kes ini iaitu dalam satu transaksi. Justeru tiada konflik antara kepentingan awam dan kepentingan peribadi jikalau pesalah pertama diberikan satu lagi peluang untuk balik ke pangkal jalan. • Telah insaf dan pohon diberikan hukuman alternatif penjara seumur hidup dalam kes ini dari tarikh tangkap dan berjalan serentak bagi kesalahan mengedar dan memiliki dadah. [ 19 ] Sementara itu, TPR yang terpelajar mengemukakan faktor-faktor pemberat untuk pertimbangan mahkamah, ringkasnya – • Walaupun Tertuduh mengaku salah, pihak pendakwaan memohon hukuman mati dikenakan kerana ini adalah suatu kesalahan yang amat serius. Keseriusan kesalahan yang dilakukan Tertuduh digambarkan apabila Parlimen mengekalkan hukuman mati apabila memasukkan hukuman alternatif pemenjaraan seumur hidup dan minima 12 sebatan rotan; • Masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah telah merosakkan masyarakat negara ini sehingga kini; • Kepentingan awam perlu diberi pertimbangan yang lebih dalam kes-kes seperti ini; • Hukuman yang dijatuhkan hendaklah menjadi faktor pencegahan dan pengajaran kepada Tertuduh dan orang lain; • Bilangan barang kes banyak dan jenis dadah yang berbagai menunjukkan Tertuduh berniat untuk mengedar dadah. KEPUTUSAN MAHKAMAH MENGENAI HUKUMAN [ 20 ] Mahkamah mempunyai dua pilihan hukuman dalam kes ini, sama ada hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan minima 12 sebatan – “Section 39B. Trafficking in dangerous drug.