Content
1
BA-45A-103-09/2021
High Court of Malaysia26 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“oing or offering to do an overt act of one or other of the kinds specified in paragraph (a) of the definition of 'traffic' and 'trafficking' in section 2... ... it is clear from the structure of the Drugs Act and the distinction drawn between the offence of having a controlled drug in one's possession and the offence o”
“apada Masyarakat. Tertuduh mohon agar Mahkamah dapat mengambil kira faktor mitigasi. [37] Pengakuan salah Tertuduh telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah. Kes Pendakwa Raya v Mohd Syahmi Mohd Fared [2015] CLJU 328 dirujuk. Keempat2 Responden berumur 23-24 tahun. Hukuman penjara yang panjang tidak membawa kebaikan kepa”
“Pihak pendakwaan menghujahkan terdapat keterangan mencukupi untuk membuktikan bahawa OKT memiliki kawalan dan jagaan ke atas P10 dan P13. [18] Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Sim Chee Hung v PP [2023] CLJU 488 yang mana dihujahkan bahawa fakta kes adalah sama dengan kes di hadapan Mahkamah. Mahkamah Rayuan memutusk”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
OKT di dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan pertuduhan-pertuduhan seperti berikut yang mana telah dibicarakan secara bersama : No Kes : BA-45A-102-09/2021 Bahawa kamu pada 10 September 2020 jam lebih kurang 10.15 pagi, di Mesin Pengimbas Domestik, Aras 3, KLIA 2, dalam Daerah Sepang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperedar dadah berbahaya iaitu Ketamine seberat 775.9 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH : BA-45A-102 & 103-09/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN WONG YAW HENG (NO.KP: 960926-12-6669) 2 bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama. No Kes : BA-45A-103-09/2021 Bahawa kamu pada 10 September 2020 jam lebih kurang 12.00 tengahari, di Pejabat Narkotik, Aras 2, KLIA2, dalam Daerah Sepang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 3049.2 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Setelah meneliti semua keterangan saksi-saksi pendakwaan dan eksibit-eksibit berkaitan, Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
3
Walau bagaimanapun, terdapat keterangan-keterangan yang mencukupi yang telah dikemukakan semasa perbicaraan oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan suatu kes prima facie bagi kesalahan di bawah seksyen 12(2) dan seksyen 39A(2) Akta yang sama.
4
Oleh yang demikian, berdasarkan kuasa di bawah seksyen 167 Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah ini telah meminda pertuduhan ke atas pertuduhan ke atas Tertuduh seperti berikut: PERTUDUHAN PINDAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Bahawa kamu pada 10.9.2020 jam lebih kurang 10.15 pagi, bertempat di Mesin Pengimbas Domestic Aras 3, KLIA 2 dalam Daerah Sepang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Ketamin seberat 775.9 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta yang sama. HUKUMAN Denda tidak melebihi RM100,000.00, atau penjara tidak melebihi tempoh 5 tahun, atau kedua-duanya sekali. PERTUDUHAN PINDAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Bahawa kamu pada 10.9.2020 jam lebih kurang 12.00 tengahari, bertempat di Pejabat Narkotik, Aras 3, KLIA 2 dalam Daerah Sepang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 3049.2 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta yang sama. HUKUMAN Penjara seumur hidup atau selama tempoh tidak kurang daripada 5 tahun dan juga hendaklah dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan.
5
Perbicaraan kes ini telah bermula pada 6.11.2023 yang mana perbicaraan telah didengar oleh YA Tuan Hasbullah Adam dan saya 4 telah mengambilalih sambung bicara kes ini pada 26.2.2024 dengan saksi pendakwaan SP9.
6
Pihak pendakwaan telah menutup kes pendakwaan pada 29.2.2024 setelah memanggil 11 orang saksi pendakwaan seperti berikut:
a
SP1 Sjn/D Mohd Sazman bin Abdullah @ Mat Ali (Jurustor)
b
SP2 D/Kpl Syarul Azam bin Muhammud (Jurufoto)
c
SP3 Rahman bin Mamat (Ahli Kimia)
d
SP4 Dr Saravana Kumar a/l Jayaram (Ahli Kimia)
e
SP5 SI Fadzil bin Sudin (Pegawai Tangkapan)
f
SP6 Muhammad bin Nasrun (Pengurus Operasi Luggage
g
SP7 Muhammad Fitri bin Zainal (Penyelia Keselamatan
h
SP8 Navindran Pillai (Penolong Pegawai Keselamatan
i
SP9 ASP Mohamad Syairazi bin Mohamad Shahapuzi (Peg.Tangkapan)
j
SP10 Insp Noraini binti Sulaiman (Pegawai Penyiasat)
k
SP11 Insp Heidir bin Nor Zairudin (Pegawai Penyiasat)
3
Naratif kes ini bermula pada 10.9.2020 jam lebih kurang 10.15 pagi, ketika SP5 sedang bertugas di kawasan selepas pemeriksaan suhu badan di Aras 3 KLIA2, SP5 telah menahan OKT dan seorang lelaki yang bernama Chung Chen Hiong bagi tujuan pemeriksaan rambang.
4
SP5 kemudian telah membuat pemeriksaan secara fizikal terhadap OKT dan penama Chung Chen Hiong namun tidak menjumpai sebarang barang salah.
5
Hasil pemeriksaan terhadap beg silang warna hitam P13 yang dibawa oleh OKT, SP5 telah menjumpai 1 peket plastik berwarna hijau bertulis ‘TIE GUAN YIN’ (P19A) yang mana di dalamnya terdapat 1 bungkusan plastik lutsinar bertulis ‘VERY GOOD’ yang berisi serbuk/ketulan jernih disyaki dadah (P19B). SP5 kemudian bertindak membuat rampasan terhadap barang kes tersebut.
6
Di dalam beg silang warna hitam (P20) yang dibawa oleh penama Chung Chen Hiong, tiada barang salah dijumpai.
7
OKT dan penama Chung Chen Hiong beserta barang kes telah dibawa ke Pejabat Narkotik KLIA2 bagi tujuan tindakan lanjut.
8
Di Pejabat Narkotik KLIA2, SP5 telah melakukan timbangan dan membuat tandaan terhadap barang kes serta membuat laporan polis (P45).
9
SP5 kemudian telah memaklumkan SP9 mengenai tangkapan terhadap OKT dan penama Chung Chen Hiong tersebut. Hasil soal siasat SP9 terhadap OKT, SP9 telah mendapat maklumat tentang satu beg yang telah didaftar masuk atas nama OKT.
10
SP9 kemudiannya bersama anggota-anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD KLIA dan OKT telah pergi ke kawasan Mesin Scanner Oversize Domestik di Aras 2, KLIA2 di mana SP9 mendapati terdapat 1 bagasi yang terdapat nama OKT. SP9 kemudian mengambil beg tersebut dan membawanya balik ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Aras 3 bersama OKT untuk pemeriksaan lanjut.
11
Hasil pemeriksaan, SP9 mendapati beg berjenama Deuter (P10) dan berbalut rapi dengan plastik lutsinar meliputi keseluruhan beg serta tidak terbuka. SP9 kemudian bertindak memotong plastik lutsinar itu bagi tujuan membuat pemeriksaan terhadap isi kandungan beg P10 tesebut.
12
Setelah beg Deuter P10 dibuka, SP9 telah menjumpai 1 beg warna merah bertulis ‘eco’ yang mana di dalamnya terdapat 4 bungkusan plastik lutsinar (P9(1), P9(5), P9(9), P9(13) ) masing-masing berisi
4
bungkusan plastik mampat bertulis ‘ALISHAN JIN XUAN TEA’ berwarna oren (P9(2), P9(6), P9(10), P9(14)) . Setiap bungkusan plastik tersebut setelah diperiksa mengandungi satu plastik lutsinar yang mengandungi ketulan mampat serbuk dan ketulan jernih disyaki dadah jenis Syabu (P9(3), P9(7), P9(11), P9(15) ) . SP9 telah buat timbangan dan dapati anggaran berat setiap ketulan seberat 1052 gram dan anggaran berat keseluruhan adalah 4208 gram.
13
Hasil pemeriksaan lanjut terhadap beg Deuter P10 itu, SP9 turut menemui pakaian-pakaian dan barang peribadi OKT. SP9 bertindak membuat rampasan terhadap barang-barang kes tersebut dan kemudian membuat laporan polis (P58).
14
Barang-barang serta tangkapan kemudiannya telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat iaitu SP10 dan SP11.
15
SP10 dan SP11 kemudiannya telah menghantar barang kes dadah ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.
16
SP3 adalah merupakan Ahli Kimia yang membuat analisa terhadap 1 peket plastik berwarna hijau bertulis ‘TIE GUAN YIN’ (P19A) yang mana di dalamnya terdapat 1 bungkusan plastik lutsinar bertulis ‘VERY GOOD’ (P19B). SP3 turut menyediakan Laporan Kimia P39 bagi hasil analisa ini.
17
SP4 adalah ahli Ahli Kimia yang membuat analisa terhadap 4 bungkusan plastik mampat bertulis ‘ALISHAN JIN XUAN TEA’ berwarna oren (P9(2), P9(6), P9(10), P9(14)) di mana setiap bungkusan plastik tersebut mengandungi satu plastik lutsinar(P9(3), P9(7), P9(11), P9(15)) yang mana mengandungi ketulan mampat serbuk dan ketulan jernih telah disahkan oleh SP4 sebagai dadah jenis Methamphetamine seberat 3049.2 gram. SP4 turut menyediakan Laporan Kimia P42 untuk analisa ini. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [7] Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah sebelum memangggil tertuduh membela diri. Rujuk Mohd Radhi bin Yaakop v PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 6 MLJ 169, Low Kow Chai & Anor v PP [2003] 2 MLJ 65; [2003] 1 CLJ 734, Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301; [2005] 1 CLJ 85. [8] Menurut Looi Kow Chai v PP [2003] 1 CLJ 734; (2203) 2 MLJ 65, Mahkamah Rayuan telah menggariskan satu formula penentuan kes prima facie seperti berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.” [9] Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah meneliti semua keterangan dan eksibit untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie ke atas tertuduh. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [10] Intipati bagi kedua-dua pertuduhan yang harus dibuktikan oleh pihak pendakwaan pada tahap prima facie adalah seperti berikut:
i
Bahan Kristal jernih yang dijumpai di dalam peket-peket plastik lutsinar itu adalah merupakan dadah yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952);
II
(ii) OKT mempunyai pemilikan, kawalan dan jagaan terhadap dadah yang terkandung di dalam peket-peket plastik yang dirampas dari beg silang warna hitam P13 dan beg deuter P10;
III
(iii) Dadah tersebut bertujuan untuk pengedaran. [11] Melalui keterangan ahli kimia, SP3 dan laporan kimia beliau P39, tiada pertikaian mengenai dadah yang dijumpai merupakan dadah berbahaya sepertimana dalam Jadual Pertama ADB 1952. Oleh itu, intipati (i) telah dibuktikan melalui saksi-saksi pendakwaan SP3 dan SP4. [12] Apa yang kritikal ialah mengenai intipati (ii) dan (iii). Iaitu sama ada terdapat bukti bahawa OKT mempunyai pemilikan ke atas dadah yang terkandung di dalam peket-peket plastik yang dirampas dari beg silang warna hitam P13 dan beg deuter P10 dan OKT membawa dadah tersebut bagi tujuan pengedaran. [13] Menurut seksyen 2 ADB 1952 pengedaran termasuk melakukan salah satu perbuatan-perbuatan ini, iaitu mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyorok, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, berusaha mendapatkannya, membekal atau mengedar sesuatu dadah berbahaya atau dengan cara lain di bawah penguatkuasaan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. [14] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan SP5 jelas membuktikan bahawa OKT telah menyandang P13 dan OKT seorang sahaja yang mempunyai kawalan ke atas bag silang tersebut. SP5 telah menjumpai bungkusan ‘TIE GUAN YIN’ (P19A) di dalam P10 yang mana di dalamnya mengandungi plastik bertulis ‘VERY GOOD’ (P19B) yang mengandungi dadah jenis Ketamine. [15] Manakala, berhubung dengan kawalan ke atas Bag Deuter P10, menurut keterangan SP6, OKT telah datang ke kedainya untuk membalut P10. OKT juga telah mendaftar masuk P10 atas namanya. Rakaman CCTV dirujuk bagi pembuktian atas keterangan-keterangan tersebut. [16] SP9 telah merampas bag Deuter yang masih berbalut plastik setelah bag tersebut diambil dan diletakkan ke Mesin Scanner Oversize Domestik yang mana diperiksa oleh SP9. [17] Pihak pendakwaan menghujahkan terdapat keterangan mencukupi untuk membuktikan bahawa OKT memiliki kawalan dan jagaan ke atas P10 dan P13. [18] Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Sim Chee Hung v PP [2023] CLJU 488 yang mana dihujahkan bahawa fakta kes adalah sama dengan kes di hadapan Mahkamah. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut. [19] Salah satu prinsip undang-undang yang terpakai dalam kes ini ialah ketiadaan ujian cap jari dan DNA tidak bermaksud terdapat kelompangan di dalam kes pendakwaan. Ini adalah kerana terdapat bukti-bukti sokongan lain yang menguatkan intipati jagaan, kawalan dan pengetahuan dalam kes ini. Sama ada terdapat kawalan, jagaan dan pengetahuan mengenai pengedaran dadah tersebut adalah persoalan fakta yang bergantung kepada setiap fakta kes. [20] Mahkamah juga berpuas hati bahawa OKT mempunyai kawalan dan jagaan ke atas P10 dan P13 dan memenuhi intipati pertuduhan (ii). Dengan demikian, anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) DDA 1952 terpakai dalam kes ini. Merujuk kepada kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Gopal Sri Ram JCA (ketika itu) memutuskan: “[76] In the present case, the presumption of trafficking under s. 37(da) did not apply against the appellant as there was no evidence that he had knowledge of the presence of the drugs in the specially constructed compartments of the luggage bags. What was established was only evidenceof custody and control of the luggage bags containing the drugs. This triggered the presumption of knowledge under s. 37(d) and not the presumption of trafficking under s. 37(da). [77] Since only custody and control of the drugs had been established against the appellant at the close of the prosecution case and not knowledge of the drugs, it should have been obvious to the appellant that it was the presumption of knowledge under s. 37(d) that applied against him and not the presumption of trafficking under s. 7(da), which required affirmative evidence of knowledge to be established by the prosecution, of which there was none. [78] Therefore, given the fact that only custody and control of the drugs had been proved against the appellant at the close of the prosecution case and D not knowledge of the presence of the drugs to trigger the presumption of trafficking under s. 37(da), there was absolutely no basis for the appellant’s concern that he would have to rebut the presumption of trafficking under s. 37(da) due to the failure by the learned trial judge to inform him verbally or in writing whether his defence was called on presumed trafficking or on direct trafficking. [79] On the factual matrix of the case, there were only two presumptions under the DDA that would apply against the appellant, either the presumption of knowledge under s. 37(d) or the presumption of trafficking under s. 37(da). The presumption of knowledge under s. 37(d) would apply upon proof of custody or control of the drugs and the presumption of trafficking under s. 37(da) would apply upon affirmative proof of knowledge of the drugs, ie, upon proof of mens rea possession of the drugs. Mere proof of physical custody or control of the drugs would not be sufficient to trigger the presumption of trafficking under s. 37(da). It is perhaps appropriate at this point to also mention that the court can only invoke either of the presumptions and not both.” [21] Prinsip mengenai anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) DDA 1952 terpakai apabila terbukti jagaan dan kawalan oleh OKT dikuatkan lagi oleh keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Reza Mohd Shah Ahmad Shah [2010] 1 CLJ 541. [22] Intipati (iii) iaitu pemilikan dadah tersebut bagi tujuan pengedaran. [23] Mahkamah meragui mengenai dadah yang dijumpai adalah bagi tujuan pengedaran. Autoriti-autoriti berkaitan takrifan seksyen 2 DDA 1952 dapat memberikan panduan kepada Mahkamah ini berhubung konteks bagaimana seksyen 2 terpakai. Menurut Abdul Manaf Muhamad Hassan v. PP [2006] 2 CLJ Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa:- "However, the mere act of carrying is not sufficient to constitute the offence of trafficking. This is clearly explained by Lord Diplock in Ong Ah Chuan v. Public Prosecutor; Koh Chai Cheng v. Public Prosecutor [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64, where at p. 68 he observed: To 'traffic' in a controlled drug so as to constitute the offence of trafficking under section 3 involves something more than passive possession or self-administration of the drug; it involves doing or offering to do an overt act of one or other of the kinds specified in paragraph (a) of the definition of 'traffic' and 'trafficking' in section 2... ... it is clear from the structure of the Drugs Act and the distinction drawn between the offence of having a controlled drug in one's possession and the offence of trafficking in it, that mere possession of itself is not to be treated as an act preparatory to or in furtherance of or for the purpose of trafficking so as to permit the conviction of the possessor of the substantive offence. To bring the provisions of sections 10 and 3(c) into operation some further step or overt act by the accused is needed, directed to transferring possession of the drug to some other person; and it is a consequence of the clandestine nature of the drug trade and the means adopted for the detection of those engaged in it, that the further step that the prosecution is most likely to be able to prove in evidence is the act of the accused in transporting the drug to some place where he intends to deliver it to someone else, whether it be the actual consumer or a distributor or another dealer.”(penekanan diberikan) [24] Berbanding dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Herlina Purnama Sari [2016] 1 LNS 1855 yang dirujuk pihak pendakwaan, terdapat fakta yang membezakan keputusan tersebut dengan kes di Mahkamah ini. Terdapat seorang lagi yang bernama Chung Cheng Hiong bersama dengan OKT di dalam kes ini. Kedua-dua mereka telah ditangkap. Pihak pendakwaan juga tidak memanggil Chung Cheng Hiong. Oleh itu, keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam PP v Herlina Purnama Sari (supra) adalah dibezakan kerana bukti pengedaran adalah bergantung kepada fakta sesuatu kes dan tidak terpakai dalam kes ini. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan berikut: “[37] The second error of the trial judge’s finding that to constitute trafficking, the mens rea possession must be accompanied by some overt act by the respondent. It is unfortunate that the Court of Appeal had also committed similar error in agreeing with the finding of fact of the trial judge by holding without any evidence that would show an overt act of one or other of the kind specified in the definition of trafficking in s 2 of Act 234 or specifically of conveying, transporting, carrying, moving or promoting from one place to another in the sense of doing so to promote the distribution of the drug to another”, the respondent could not be a trafficker but merely had passive possession of the impugned drugs. [38] With respect, the proposition that there must be in all cases an overt act in order to constitute trafficking is misconceived. It would be contrary to the definition of trafficking as provided for under s. 2 of the Act… [39] We are of the view that whether or not a person is a trafficker within the definition of s. 2 of the Act is dependent of the facts and circumstances of a given case. In this case, it is not in dispute that when the respondent was arrested she was carrying the luggage bag which amongst other things contained the impugned drugs. The respondent was apprehended in the act of carrying from one place to another a large amount of dangerous drugs. It is in evidence that the respondent was unaccompanied by any person when she carried the luggage bag. The luggage bag was registered in the respondent’s name when she checked in at the Air Asia check-in counter. The impugned drugs were found hidden in the two boxes. In fact, the drugs were neatly and securely concealed from view in both the boxes. We are of the view that the manner in which the impugned drugs were concealed in the luggage bag showed that the respondent knew the existence of the drugs there, and evinced the intention of the careful planning by the respondent to conceal the impugned drugs to avoid and escape detection” (PP v. Abdul Rahman Aktif [2007] 1 MLRA 568 and Teh Hock Leong v. PP [2008] 1 MLRA 548)” (penekanan diberikan) [25] Mahkamah ini menerima rakaman percakapan dan Iaporan polis OKT di peringkat pendakwaan sebagai eksibit D69 dan D49 sepertimana dihujahkan peguambela. [26] OKT menyatakan dalam laporan polisnya bahawa dadah tersebut telah dibawa atas arahan Chung Chen Heong. Dadah yang dijumpai di dalam P10 bag deuter juga tidak tersembunyi. Tiket penerbangan D64 menunjukkan tiket penerbangan OKT juga telah dibayar oleh Chung Cheng Heong. [27] Chung Chen Hiong telah terlibat dengan aktiviti pengedaran dan Perintah Tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 (D48) telah dikeluarkan atas beliau. [28] Oleh itu, persoalannya ialah siapakah sebenarnya pengedar dadah/trafficker di dalam kes ini. Mahkamah mendapati bahawa alasan Chung Cheng Hiong tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan atas sebab dadah tidak dijumpai pada Chung Cheng Hiong juga adalah diragukan. [29] Oleh itu, Mahkamah meragui OKT sebagai pengedar di dalam kes ini. KEPUTUSAN DI AKHIR PENDAKWAAN [30] Mahkamah ini mendapati bahawa intipati berkaitan identiti dadah berbahaya dan pemilikan barang kes oleh OKT telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan setelah mengambil kira dapatan-dapatan tersebut , Mahkamah ini menggunakan bidang kuasa di bawah seksyen 167 Kanun Tatacara Jenayah memutuskan terdapat suatu kes prima facie atas pertuduhan pindaan seperti berikut: BA-45A-102-09/2021 Bahawa kamu pada 10 September 2020 jam lebih kurang 10.15 pagi, di Mesin Pengimbas Domestik, Aras 3, KLIA2, dalam Daerah Sepang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperedar dadah berbahaya iaitu Ketamine seberat 775.9 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. BA-45A-103-09/2021 Bahawa kamu pada 10 September 2020 jam lebih kurang 12 tengah hari, di Pejabat Narkotik Aras 3, KLIA2, dalam Daerah Sepang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah memperedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 3049.2 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. KEPUTUSAN DI AKHIR PEMBELAAN [31] Hari ini ditetapkan untuk OKT membela diri atas 2 pertuduhan, iaitu pertuduhan pindaan di bawah seksyen 12(2) dan dihukum di bawah seksyen 39A(2) dan pertuduhan pindaan di bawah seksyen 12(2) dan dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. [32] Fakta kes dibacakan kepada OKT. OKT faham fakta kes dan mengakui fakta kes tersebut. OKT mengaku salah. [33] Mahkamah berpuas hati OKT telah mengaku salah tanpa syarat dan memahamai akibat pengakuannya. OKT juga telah mengakui semua barang kes sebagai benar. [34] Atas pengakuan tanpa syarat ini, Mahkamah mensabitkan OKT dengan kedua-dua pertuduhan terhadapnya. [35] Peguambela membuat mitigasi bagi pihak OKT. Tertuduh berumur 28 tahun. Berumur 24 tahun semasa ditangkap. Anak bongsu daripada 7 orang adik beradik. Tinggal di Sandakan. Ibubapa bergantung kepada beliau. Sebelum ditangkap, tertuduh ialah pelayan di kedai makan di Sandakan. Disebabkan PKP, beliau diberhentikan. Beliau terburu-buru mencari pekerjaan untuk kelansungan hidup semasa PKP. Beliau sanggup membawa barang bagi pihak kawan. [36] Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh. Beliau tidak pernah terlibat dengan kes jenayah. Menyesal dan berjanji untuk diberi peluang untuk kembali kapada Masyarakat. Tertuduh mohon agar Mahkamah dapat mengambil kira faktor mitigasi. [37] Pengakuan salah Tertuduh telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah. Kes Pendakwa Raya v Mohd Syahmi Mohd Fared [2015] CLJU 328 dirujuk. Keempat2 Responden berumur 23-24 tahun. Hukuman penjara yang panjang tidak membawa kebaikan kepada mereka. Hukuman penjara 5-6 tahun sebagai pengajaran kepada mereka. [38] Tertuduh bukan habitual offender. Berjanji tidak mengulangi perbuatan ini. Telah Direman 3 tahun 3 bulan. OKT beri Kerjasama kepada polis. Mohon hukuman penjara dari tarikh tangkap 10.9.2020. Hukuman penjara bagi kedua-dua kes berjalan serentak. [39] Manakala Timbalan Pendakwa Raya berhujah mengenai faktor pemberat bahawa OKT telah terlibat dalam pertuduhan yang serius yang asalnya trafficking dan menekankan factor-faktor berikut: i. Berat dadah ii. Pohon hukuman setimpal. iii. Dadah musuh negara. iv. Faktor kepentingan awam yang mengatasi faktor peribadi OKT. KEPUTUSAN MAHKAMAH [40] Mahkamah mengambil kira fakta mitigasi pengakuan salah OKT, ini adalah kesalahan pertama, umur OKT yang masih muda dan tempoh pemenjaraan yang telah dilalui sebagai satu bentuk hukuman dan mengambilkira umur OKT, beliau boleh berubah ke arah yang lebih baik. Dalam masa yang sama, Mahkamah juga perlu sentiasa menimbangkan kepentingan awam dalam kes sebegini yang menuntut hukuman yang setimpal dengan kesalahan – berat dadah, faktor pencegah dan lain. [41] Setelah menimbangkan faktor mitigasi oleh kedua-dua pihak, pemberat dan fakta dan keadaan kes, Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan 10 sebatan bagi kesalahan di bawah seksyen 12(2) dan dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hukuman penjara 1 tahun bagi kesalahan di bawah seksyen 12(2) dan dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. Hukuman penjara bagi kedua-dua kesalahan adalah berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 10.9.2020.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.