Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-5-02/2023, WA-45A-6-02/2023 & WA-45-5-02/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
WA-45-5-02/2023
High Court of Malaysia22 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [47] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai seba”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-5-02/2023, WA-45A-6-02/2023 & WA-45-5-02/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Berdasarkan maklumat yang diterima, SP11 dan sepasukan polis telah menahan seorang lelaki India (OKT) selepas mengejar dan berjaya menahan kereta Alza, nombor pedaftaran VDG 2062 yang dipandu OKT. Hasil pemerikasaan pada badan OKT, SP11 telah menjumpai:- 2 i. serangkai anak kunci yang mengandungi 1 batang kunci dan alat pengera berlogo Toyota; ii. 1 batang anak kunci bertulis COLEX; dan iii. 1 kad akses bertulis Platinum Victory Parking Access Card.
2
Pemeriksaan lanjut di dalam kereta telah membuahkan penemuan 1 beg berzip warna biru yang di dalamnya mengandungi 4 paket lutsinar masing-masing berisi bahan disyaki dadah Heroin di tempat duduk bahagian penumpang hadapan.
3
Lebih kurang 2 jam selepas tangkapan ini, dengan dipandu arah oleh OKT, SP11 dan pasukan telah pergi ke kawasan parkir kenderaan, lobi B2, PV20 Platinum Condo, di nombor 5, Jalan Ushawan 2 off Jalan Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur. Di sini, dengan menggunakan kunci kereta yang dirampas dari OKT, SP11 telah membuka sebuah kereta Toyota Wish, nombor pendaftaran WSY139.
4
Hasil pemeriksaan dalam kereta ini, SP11 telah menemui 1 plastik warna merah di tempat duduk penumpang bahagian belakang. Di dalam plastik ini, SP11 telah menjumpai 2 paket plastik lutsinar yang mengandungi bahan disyaki Heroin.
5
Lanjutan daripada tangakapan dan penemuan bahan-bahan ini, OKT telah dihadapkan ke Mahkamah dengan 4 pertuduhan iaitu:-
5
5.1 bagi kes WA-45A-5-02/2023; 2 pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 10 Februari 2022 jam lebih kurang 4.20 petang bertempat di bahu jalan Pusat Dagang 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, Petaling Jaya dalam daerah Brickfields dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya iaitu 44.5gram Heroin. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 10 Februari 2022 jam lebih kurang 4.20 petang bertempat di bahu jalan Pusat Dagang 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, Petaling Jaya dalam daerah Brickfields dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya iaitu 15.2gram Monoacetylmorphines. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
5
5.2 bagi kes WA-45A-6-02/2023; 1 pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; Pertuduhan Ketiga “Bahawa kamu pada 10 Februari 2022 jam lebih kurang 6.00 petang di tempat letak kereta lobi B2, PV20 Platinum Lake Condominium dalam daerah Wangsa Maju dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya iaitu 18.0gram Heroin. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
5
5.3 bagi kes WA-45-5-02/2023; 1 pertuduhan di bawah seksyen 12(2)/39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952; Pertuduhan Keempat “Bahawa kamu pada 10 Februari 2022 jam lebih kurang 6.00 petang di tempat letak kereta lobi B2, PV20 Platinum Lake Condominium dalam daerah Wangsa Maju dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memiliki dadah berbahaya iaitu 3.70gram Monoacetylmorphines. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.” [6] Kesemua 4 pertuduhan ini dibicarakan bersama. [7] Bagi membuktikan pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, pihak pendakwaan perlu membuktikan 3 elemen iaitu:- i. Bahan yang drampas adalah dadah berbahaya; ii. OKT mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut; dan iii. OKT mengedar dadah berbahaya tersebut. [8] Manakala bagi pertuduhan keempat pula, elemen (i) dan (ii) seperti di para 7(i) dan (ii) perlu dibuktikan. [9] Selain dari itu, pihak pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa dadah berbahaya yang dikemukakan di Mahkamah ketika perbicaraan adalah merupakan dadah berbahaya yang sama yang dirampas daripada OKT dan disahkan dadah berbahaya oleh Ahli Kimia yang menjalankan analisis. KES PENDAKWAAN Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya [10] Bagi pertuduhan pertama dan kedua, SP2 iaitu Ahli Kimia yang menjalankan analisis dalam kes ini mengesahkan telah menerima 4 paket plastik lutsinar bertanda A1-A4 (P16-P19) yang di dalamnya mengandungi dadah berbahaya jenis Heroin seberat 44.5gram dan 15.2gram Monoacetylmorphines seberat 15.2gram dari SP1. Rujuk laporan kimia P15. [11] Manakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, SP3 iaitu Ahli Kimia yang menjalankan analisis dalam kes ini mengesahkan telah menerima 2 paket plastik lutsinar bertanda B1 dan B2 (P28 & P29) yang di dalamnya mengandungi dadah berbahaya jenis Heroin seberat 18.0gram dan 15.2gram Monoacetylmorphines seberat 3.70gram dari SP10. Rujuk laporan kimia P26. [12] kedua-dua Heroin dan Monoacetylmorphines adalah disenaraikan di dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952. [13] Dapatan oleh kedua-dua Ahli Kimia ini, SP2 dan SP3 tidak dicabar oleh pihak pembelaan. [14] Berpandukan kepada keputusan kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah dengan ini menerima keterangan SP2 dan SP3 tentang jenis dan berat dadah yang dianalisis kerana tidak wujud sebarang sebab untuk Mahkamah memutuskan sebaliknya memandangkan keterangan SP2 dan SP3 bukanlah sesuatu yang ‘inherently incredible’ dan OKT juga tidak mengemukakan sebarang keterangan rebuttal dari pakar lain. Bahan yang disahkan sebagai Heroin dan Monoacetylmorphines oleh SP2 dan SP3 merupakan bahan yang sama yang dirampas oleh SP11 dan dikemukakan di Mahkamah [15] Bagi P16-P19, iaitu dadah berbahaya yang dinyatakan di dalam pertuduhan pertama dan kedua, keterangan SP11 (Pegawai yang melakukan tangkapan/rampasan), SP12 (Pegawai Penyiasat) yang menerima barang-barang kes ini dari SP11, SP2 (anggota yang menghantar dan menerima semula barang-barang kes ini) ke Jabatan Kimia dan SP2 (Ahli Kimia) telah mengesahkan yang P16-P19 yang dikemukakan di Mahkamah pada hari ini adalah barang kes dadah yang sama yang dirampas melalui tandaan-tandaan yang dibuat dan kemudiannya dicamkan. [16] Begitu juga dengan P28 & P29 bagi pertuduhan ketiga dan keempat. Pengecaman telah dibuat oleh SP11, SP12 (Pegawai Penyiasat), SP10 (anggota yang menghantar barang kes dadah) ke Jabatan Kimia dan SP3 (Ahli Kimia) yang mengesahkan yang eksibit ini adalah dadah berbahaya yang dirampas oleh SP11 ketika tangkapan dibuat. [17] Berdasarkan keterangan dari saksi-saksi yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa rantaian pergerakan barang-barang kes bermula dari waktu ia dirampas di tempat kejadian sehinggalah ia dikemukakan semula ketika perbicaraan tidak terputus dan menunjukkan bahawa ia adalah barang kes yang sama sepertimana dirampas bagi keeempat-empat pertuduhan. (Kes Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345, Gunalan A/L Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 489 dan Luke Nnaemeka Ugwu v Pendakwa Raya [2016] 400, berkaitan). Tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah tersebut [18] Bagi pertuduhan pertama dan kedua, menurut SP11, tangkapan terhadap OKT dibuat selepas beliau dan pasukan mengejar dan berjaya menyekat kereta Produa Alza VDG2062 yang dipandu oleh OKT. Bermula dari waktu SP11 mengesan kereta ini sehinggalah ia berjaya disekat, hanya OKT seorang sahaja yang berada di dalam kereta tersebut dan tiada individu lain selain dari OKT yang memandu kereta tersebut. [19] SP11 juga mengesahkan penemuan barang kes dadah P16-P19 di atas tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta tersebut. [20] Keterangan yang dikemukakan melalui SP5 iaitu ajen sewa kereta mengesahkan yang ia disewa oleh seorang lelaki berbangsa India tetapi menggunakan nama SP6. SP6 dalam keterangannya menafikan pernah menyewa kereta ini dan tidak mempunyai pengetahuan tentang dokumen sewaan P36 & P37 walaupun ia dibuat di atas namanya. [21] Manakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat, lanjutan dari tangkapan di atas, SP11 dalam keterangannya telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa dengan dipandu arah oleh OKT, beliau dan pasukan telah pergi ke tempat kejadian kedua. Di sini dengan menggunakan kunci yang dirampas daripada OKT, telah berjaya membuka kereta Toyota Wish WSY139 dan menjumpai P28 & P29 di tempat duduk penumpang bahagian belakang kereta tersebut. [22] Kereta ini menurut SP7 didaftarkan atas nama suaminya yang lumpuh akibat kemalangan yang berlaku pada tahun 2017. Pada tahun 2019, menurut SP7, kereta ini telah dijual kepada OKT secara tunai. Penjualan ini dibuat untuk menampung perbelanjaan perubatan suaminya. Namun, proses penukaran nama tidak dibuat akibat kesibukannya menjaga suami dan seterusnya apabila berlaku wabak Covid 19 dia telah terlupa tentang perkara ini. [23] Menurut SP7 lagi, dia diperkenalkan kepada OKT melalui SP8 yang merupakan rakan serumah OKT. SP8 yang merupakan pekerja kerani. SP7 mengesahkan bahawa memang dia yang memperkenalkan SP7 kepada OKT. [24] SP7 juga mengesahkan yang 1 kunci kereta ini telah diserahkan kepada OKT ketika proses penjualan ini berlaku dan dia tidak lagi menggunakan kereta ini selepas dari itu. ANALISIS KETERANGAN [25] Milikan boleh dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung ataupun dengan menggunapakai andaian di bawah seksyen 37(d) Akta dengan membuktikan jagaan atau kawalan. Selain dari jagaan atau kawalan, untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai milikan, elemen pengetahuan (knowledge) juga perlu ditunjukkan. [26] Perkataan milikan tidak diberikan sebarang tafsiran di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun begitu, dalam kes Toh Ah Lok And Mak Thiam v Rex [1949] 1 MLJ 54, Mahkamah menyatakan:- “Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristics. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him a power of disposal over the thing, and lastly must be conscious of his possession of the thing.” “I have given the most careful consideration to the meaning of the word “custody” in section 37(d) of the Ordinance under consideration and have come to the conclusions that it means actual physical control. The word “control” in the same section must, therefore, be construed to mean any form of control other than actual physical control. Other names for “custody” are “physical possession”, “de facto possession” and “detention.” It is referred to in 25 Halsbury’s Laws (2nd Edn.) 194, para 327, in these terms: “The word ‘possession’ may mean effective, physical or manual control, or occupation, evidenced by some outward act, sometimes called de facto possession or detention.” [27] Dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, milikan ditafsirkan seperti berikut:- “Possession” itself as regards to criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304):- “A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belongs to him, for an example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which is the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” [28] YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853 menyatakan: “Whether the prosecution has established means rea possession in a given case is a question of fact depending on the facts and circumstances of each case. Proof of knowledge in a criminal case is, short of a voluntary confession by an accused, like many other states of a guilty mind in a criminal case, a fact to be gathered inferentially from proved facts and surrounding circumstances. In particular the acts done by an accused and other circumstances provide valuable assistance to a court in determining whether that accused had the requisite means rea. It is in reality a common sense approach.” [29] Berdasarkan petikan kes-kes di atas, milikan adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam kedudukan yang membolehkan beliau berupaya untuk mengambil sebarang tindakan yang beliau fikirkan bersesuaian terhadap sesuatu barangan, bila perlu, dengan menyingkirkan peranan orang lain. [30] Bagi pertuduhan pertama dan kedua, kedudukan di mana P16-P19 ditemui menunjukkan yang OKT mempunyai bukan sahaja kawalan dan jagaan terhadapnya malah melalui tingkah laku OKT yang cuba melarikan diri juga boleh mendatangkan inferen yang OKT mempunyai pengetahuan mengenainya. Rujuk kes Parlan bin Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717 & Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853, keputusan Mahkamah Rayuan oleh YA Gopal Sri Ram yang menggunapakai prinsip common sense approach. [31] Manakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, penemuan P28 & P29 adalah hasil daripada tindakan OKT sendiri yang memandu arah SP11 ke tempat kejadian tersebut dan kereta dapat dibuka dengan menggunakan kunci yang dirampas daripada OKT ketika tangkapan di tempat kejadian pertama dan OKT sendiri menunjukkan P28 & P29 kepada SP11. Selain dari itu, keterangan SP7 menunjukkan yang OKT adalah pemilik kereta tersebut. [32] Keseluruhan keterangan ini menunjukkan bahawa OKT mempunyai jagaan serta kawalan terhadap P28 & P29 memandangkan dia adalah pemilik kereta tersebut dan tiada keterangan menunjukkan yang kereta tersebut ada digunakan oleh individu lain selepas OKT membelinya dari SP7. [33] Inferen tentang pengetahuan juga dapat disimpulkan dari keterangan yang sama dengan menggunakan common sense approach sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Chan King Yu v PP (supra). Selain dari itu, fakta bahawa jenis dadah berbahaya yang dirampas di kedua-dua tempat kejadian adalah sama juga adalah releven. [34] Dalam keadaan ini, saya berpuas hati bahawa OKT mempunyai milikan terhadap dadah yang ditemui dan dirampas dalam keempat-empat pertuduhan dan elemen ini telah dibuktikan melalui keterangan langsung oleh saksi-saksi pendakwaan. OKT telah mengedar dadah berbahaya tersebut [35] Manakala bagi elemen pengedaran, andaian statutori di bawah seksyen 37(da) Akta adalah terpakai memandangkan berat dadah dalam pertuduhan pertama, kedua dan ketiga adalah melebihi dari berat yang ditetapkan. [36] Di peringkat ini, OKT telah menimbulkan isu berkaitan Radhi’s Direction dengan mendakwa yang pengedar sebenar dalam kes ini adalah Edwin Nishan/Darwin Raj/Wing. [37] Menurut Mahkamah Persekutuan, dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v Public Prosecutor [2019] 6 MLJ 231, bukanlah tugas Mahkamah untuk menentukan siapa pengedar dadah sebenar. Sebaliknya hanya berkisar kepada adakah OKT merupakan seorang pengedar dadah yang sebenar. [38] Selain dari itu, kes Mohamad Radhi v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169 yang menjadi sandaran OKT juga boleh dibezakan dengan kes pada hari ini. Dalam kes Mohamad Radzi, seorang yang bernama Hashim yang didakwa sebagai pengedar sebenar berada bersama-sama Mohamad Radzi di tempat kejadian tetapi berjaya melarikan diri ketika diserbu. Keadaan ini berbeza dengan kes pada hari ini di mana, di tempat kejadian pertama, tidak ada individu lain selain dari OKT sepertimana keterangan SP11. [39] Dakwaan tentang kewujudan Edwin Nishan/Darwin Raj/Wing dan dadah adalah kepunyaan penama ini hanya wujud selepas 4 bulan OKT ditangkap dan hanya dibawa kepada pengetahuan SP12, SP13 (Pegawai Penyiasat) dan SP14 (Pegawai Penyiasat Warisan) pada waktu perbicaraan berlangsung. SP14 juga menjelaskan usaha untuk mengesan individu ini menemui kegagalan. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar untuk Mahkamah ini membuat suatu dapatan bahawa siasatan yang dilakukan dalam kes ini sebagai tidak lengkap. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [40] Di peringkat ini, seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah telah menggariskan prosedur yang perlu diambil oleh Mahkamah iaitu Mahkamah perlu menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di tahap maksimum dan memutuskan adakah keterangan yang telah dikemukakan ini mencukupi untuk mensabitkan OKT sekirannya OKT memilih untuk berdiam diri. Sekiranya ya, maka satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Rujuk kes Ahmad Najib bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, dan Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN. [41] Berdasarkan dari keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, setelah memberikan penilaian di tahap maksimum sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, Mahkamah ini memutuskan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. OKT dengan ini diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan mengedar dadah berbahaya sepertimana pertuduhan pertama, kedua dan ketiga serta memiliki dadah berbahaya bagi pertuduhan keempat. [42] OKT memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dalam pembelaannya. PEMBELAAN OKT [43] Secara ringkasnya pembelaan OKT adalah seperti berikut:-
43
43.1 OKT hanya mengenali individu bernama Wing lebih kurang 4 bulan sebelum kejadian dan membuat kerja kecil-kecilan dengan mengambil dan menghantar barang kepada orang-orang tertentu atas arahan Wing. Hanya diberitahu barang yang dihantar itu adalah agen pencuci.
43
43.2 Mendakwa memecut kereta ketika cuba ditahan di tempat kejadian pertama kerana menyangka kereta yang menghimpitnya adalah kereta samseng kerana tiada sesiapa memperkenalkan diri sebagai polis ketika itu.
43
43.3. Mengakui menolong Wing mengangkat kotak Sea Master ke dalam pejabat di Phileo Damansara sebagaimana dalam rakaman CCTV tetapi menyangka ia mengandungi agen pencuci. [44] OKT telah mengemukakan seramai 8 saksi pembelaan iaitu:-
44
44.1 SD2, seorang Pengurus Bangunan Phileo Damansara yang telah mengeluarkan rakaman CCTV yang diserahkan kepada
44
44.2 SD3 mengesahkan telah menerima rakaman ini dan kemudiannya membuat salinan di dalam satu pendrive.
44
44.3 SD4 adalah saksi yang memindahkan rakaman CCTV ini ke dalam cakera padat (CD).
44
44.4 SD5, pegawai polis yang diarahkan untuk mencari dan menangkap Wing tetapi tidak berjaya sebaliknya telah menangkap adik Wing iaitu SD6.
44
44.5 SD6 mengesahkan yang Wing adalah nama panggilan untuk adiknya yang bernama Edwin Nishan. Menurutnya, adiknya bekerja dengan menawarkan cleaning services. Ketika memberi keterangan mendakwa tidak tahu kerberadaan Wing di mana.
44
44.6 SD7 adalah seorang pemandu lori yang menyewa satu unit di Phileo Damansara dan kemudiannya sublet kepada seorang individu bernama Darwin Raj yang kemudiannya dicamkan sebagai Edwin Nishan melalui salinan kad pengenalan yang dikemukakan.
44
44.7 SD8 merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Brickfields, mengakui menerima surat dari peguambela dan peguamcara OKT berkaitan ivdividu yang dinamakan dan telah memanjangkan perkara itu kepada SP14 untuk diambil tindakan. TANGGUNGJAWAB MAHKAMAH DI AKHIR PERBICARAAN [45] Menjadi tugas Mahkamah selepas pihak pembelaan menutup kes untuk memberi pertimbangan kepada keseluruhan keterangan yang ada di hadapannya untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui batasan kemungkinan yang munasabah (beyond reasonable doubt).(rujuk seksyen 182A kanun Tatacara Jenayah, kes Olier Sheikh Awoyal Shekh v PP [2017] 2 CLJ 141, Balachandran v PP (supra), Mat v PP [1963] 263, Ganapathy Regasamy v PP [1998] 2 CLJ 1, Nenggani Asmo v PP [2014] 1 MLJ 501, Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282 & Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773). [46] Apa yang dimaksudkan dengan keraguan yang munasabah hendaklah suatu pembelaan yang bukannya berbentuk rekaan (fictitious), penafian semata-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [47] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai sebagaimana dalam kes ini, maka tertuduh bertanggungan untuk mematahkan (rebut) andaian tersebut di atas imbangan kemungkinan (on a balance of probabilities). Lihat PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [48] Setelah meneliti pembelaan yang dikemukakan, saya mendapati bahawa ia merupakan satu penafian semata-mata. Tidak ada seorang pun saksi yang dikemukakan dapat menunjukkan bahawa Wing adalah pemilik sebenar dadah dalam kes ini. [49] Keberadaan OKT dalam rakaman CCTV di dalam lif di bangunan Phileo Damansara pada pendapat saya bersifat neutral kerana apa yang kelihatan adalah OKT bersama seorang individu lain yang tidak dicamkan oleh mana-mana saksi secara positif sebagai Wing dan rakaman ini juga tidak menunjukkan kandungan kotak yang dibawa. Malah, dalam rakaman berkenaan OKT juga ada kelihatan membawa/menggalas satu beg sandang. [50] Mahkamah sebelum ini telah mempertimbangkan keterangan saksi-saksi pendakwaan khususnya SP11 dan menerima keterangan mereka dan memutuskan yang mereka merupakan saksi yang kredibel. Tiada sebab yang wujud untuk Mahkamah ini mencurigai ataupun menolak keterangan mereka. (rujuk kes PP v Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257, PP v Mohd Bandar Shah Nordin & Anor [2008] 4 MLJ 556). [51] Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah memutuskan bahawa pembelaan OKT hanyalah rekaan semata-mata dan gagal menyanggah kes pihak pendakwaan. [52] Dalam keadaan seperti yang dibincangkan di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa dadah berbahaya yang ditemui sememangnya adalah milik OKT. [53] Mahkamah ini juga mendapati bahawa tiada sebarang keterangan yang dikemukakan oleh OKT untuk menyangkal andaian statutori di bawah seksyen 37(da)(vi) Akta berkaitan elemen pengedaran dalam pertuduhan pertama, kedua dan ketiga yang dikenakan. KEPUTUSAN MAHKAMAH [54] Dengan berpandukan kepada prinsip yang diasaskan oleh Suffian H (pada ketika itu) dalam kes Mat v PP [1963] 263, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt). [55] OKT dengan ini didapati bersalah terhadap pertuduhan pertama, kedua dan ketiga di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan pertuduhan keempat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. HUKUMAN [56] Bagi pertuduhan Pertama, Kedua dan Ketiga setiap satu dikenakan hukuman penjara seumur hidup berkuat kuasa dari tarikh tangkap iaitu 10 Februari 2022 dan 12 kali sebatan rotan bagi setiap pertuduhan. [57] Bagi pertuduhan Keempat, penjara selama tempoh 3 tahun dari tarikh tangkap iaitu 10 Februari 2022 dan 3 kali sebatan rotan. [58] Kesemua hukuman penjara berjalan serentak. Bertarikh : 30 April 2026 (AZHAR BIN ABDUL HAMID) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (7) Kuala Lumpur Pihak-Pihak:- Bagi pihak Pendakwa Raya : Syajaratudur binti Abdul Rahman Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Tertuduh :
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.