Hasil siasatan menunjukkan OKT telah menikam Simati dan mengetahui bahawa tindakan menikam Simati di bahagian dada boleh menyebabkan kematian Simati.” [5] Setelah berpuas hati OKT faham akan pertuduhan pilihan yang dibacakan dan diterangkan kepadanya dan OKT faham sebab dan akibat pengakuannya serta telah mengakui fakta kes dan dokumen-dokumen yang dikemukakan sebagai ekshibit, OKT telah disabitkan dengan pertuduhan pilihan yang telah ditandakan sebagai P19. Setelah mendengar mitigasi peguambela OKT dan hujahan pihak pendakwaan, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh (7) tahun dari tarikh tangkap dan denda RM3000 jika gagal bayar enam (6) bulan penjara. Mitigasi OKT [6] OKT berumur 46 tahun semasa hukuman dijatuhkan ke atasnya. OKT pada masa kejadian tinggal di flat di tempat kejadian seperti mana yang dinyatakan dalam pertuduhan pilihan. Pada masa yang material, OKT tinggal bersama isteri, ibu dan dua (2) orang anak perempuannya. Setelah ditangkap, isteri dan 2 anak perempuannya tidak dapat dikesan lagi manakala ibunya telah ditempatkan di rumah orang tua di Cheras. Rumah yang menjadi tempat tinggal OKT dan keluarganya telah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana bayaran telah tertunggak dan tidak diselenggara. [7] Kejadian dikatakan berlaku akibat dari OKT yang telah menegur si mati kerana si mati dikatakan menjual dadah di kawasan perumahan Flat Sri Sabah. Keterangan ini telah dimaklumkan oleh OKT kepada pihak polis semasa dalam siasatan lagi. Pergaduhan berlaku kerana OKT dikatakan marah akan perbuatan si mati yang menjual dadah di kawasan Flat Sri Sabah tersebut. Pergaduhan yang tercetus menjadi serius sehingga membawa kedua-dua OKT dan si mati ke kaunter kedai runcit di mana OKT telah mengambil sebilah gunting yang berada di kaunter kedai runcit tersebut dan menikam si mati. [8] Adalah menjadi mitigasi OKT, tikaman yang dilakukannya adalah satu tindakan ‘random’ di mana dia tidak berhasrat membunuh si mati dan tidak menyangka tindakannya telah mengakibatkan kematian si mati. [9] Dalam pernyataannya kepada pihak polis, OKT dikatakan telah menyatakan bahawa dia benar-benar insaf dan menyesali akan apa yang telah berlaku. Si mati juga dikatakan mempunyai sejarah penyakit jantung yang mungkin juga menyebabkan kematiannya. [10] OKT pada masa perbicaraan telah berada dalam tahanan selama 54 bulan dan telah kehilangan isteri, anak-anak, ibunya dan saudara-saudara terdekat yang telah memberikan impak ke atasnya. OKT telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan yang sama lagi. [11] OKT juga dikatakan menghidap HIV akibat menagih dadah sebelum ini dan perkara ini jugalah dikatakan yang telah menyebabkan OKT marah dengan si mati kerana OKT sendiri telah menjadi mangsa dadah. OKT dikatakan berniat baik tetapi caranya salah. Peguambela OKT juga berhujah bahawa tiada ‘brutality’ yang dilakukan ke atas si mati dan kes ini dikatakan satu kes terpencil. OKT dikatakan telah cuba menyelamatkan (“revive”) si mati dan telah meminta tolong apabila si mati jatuh akibat kecederaan yang dialaminya. OKT sendiri telah menghubungi pihak polis dan telah menyerah diri dan meyerahkan barang kes iaitu gunting yang digunakan untuk menikam si mati. OKT juga dihujahkan telah memberi kerjasama kepada pihak polis dan telah mahu mengaku salah sejak dari awal lagi dan telah benar-benar menyesal. OKT telah juga berterima kasih kepada pihak pendakwaan yang sudi menawarkan pertuduhan pilihan kepadanya. Dapatan [12] Tidak dapat dinafikan bahawa perbuatan OKT ke atas si mati adalah satu perbuatan yang berbahaya yang akan mengakibatkan satu kecederaan yang ‘fatal’. OKT sememangnya patut bersyukur kerana pihak Pendakwa Raya bersetuju mengemukakan pertuduhan pilihan, kerana akibat pertuduhan dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan akan membawa kepada hukuman mati. [13] Mahkamah mempunyai tanggungjawab yang berat demi menjaga kepentingan orang ramai. Hakim Abdoolcader (pada masa itu) dalam kes PP vs Teh Ah Cheng (1976) 2 MLJ 186 di muka surat 187 telah menyatakan: “In sentencing generally the public interest must necessarily be one of the prime considerations..." [14] Raja Azlan Shah (C.J. (Malaya) (DYMM Tuanku pada masa itu) pernah menyatakan dalam Loh Hock Seng vs PP [1980] [17] 2 MLJ 13 bahawa: "sentencing in a criminal case must of course bear relation to the particular circumstances of the offender as well as the particular circumstances of the offence." [15] Hakim Hashim Yeop Sani (pada masa itu) dalam kes PP vs Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 dimuka 258 telah juga menyatakan: “The correct approach (in sentencing) is to strike a balance, as far as possible, between the interest of the public and the interests of the accused". [16] Hakim yang sama juga telah memetik apa yang dinyatakan oleh Lord Goddard L.C.J. dalam Rex vs Grondkowski (1946) 1 AER 560, 561 yang menyatakan: "The judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often nowadays thought, or seems to be thought, that the interests of justice means only the interests of the prisoners." [17] Mahkamah sama sekali tidak ‘condone’ kepada perbuatan OKT namun dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT, Mahkamah ini mengambil kira mitigasi OKT di mana: a) OKT telah mengaku salah (dan OKT sejak dari awal lagi mahu mengaku salah dan menunggu representasinya sebanyak dua kali diterima oleh Pendakwa Raya); b) OKT adalah pesalah pertama; c) Usianya (lebih kurang 41 tahun) yang masih boleh dianggap muda semasa kejadian; d) OKT telah benar-benar insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang serupa lagi. OKT juga telah menzahirkan rasa bersalah akan perbuatannya dengan meminta pertolongan dan menghubungi pihak polis dan telah menyerah diri kepada pihak polis; e) OKT didorong oleh keinginan untuk menghalang perbuatan si mati yang dikatakan mengedar dadah di kawasan tempat tinggalnya yang mengakibatkan pergaduahan berlaku di antara mereka sehingga mengakibatkan tikaman yang fatal kepada si mati; f) Pengakuan salah OKT telah menjimatkan masa Mahkamah. [18] Dalam kes Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134 Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman Lee Hun Hoe (Hakim Besar (Borneo) pada ketika itu ) menyatakan: “Whether a person is a hardened criminal or not I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expenses of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many particularly the witnesses.” [19] Mahkamah ini berpandangan bahawa apabila seorang tertuduh mengaku salah diskaun hukuman mesti diberikan kepadanya. Dalam kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v. Public Prosecutor [1988] 1 MLJ 167, Mohamed Azmi HMP dalam keputusannya bagi pihak Mahkamah Agung ketika itu menyatakan: “For determining the length of custodial sentence in pleading guilty cases, the test to be adopted could be found in R.V. Boyd [1980] 2 Cr. App. R(S) 234 where Cumming-Bruce LJ said: The policy of the Courts is that where a man does plead guilty, which does give rise to public advantage and avoids the expense and nuisance of a trial, which may sometimes be a long one, the court encourages pleas of guilty by knocking something off the sentence which would have been imposed if there had not been a plea of guilty. So one asks oneself, if there had been a plea of not guilty, and he had been convicted, what would have been the appropriate sentence? The answer to that is that the appropriate sentence in these circumstances would not have been more than three years. That points to the fact that this sentence was rather on the heavy side, because it did not give sufficient allowance for the plea of guilty.” [20] Tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKT adalah satu kesalahan yang serius di mana hukuman maksima adalah 30 tahun. Pihak pendakwaan juga telah memohon satu hukuman berbentuk deteren dikenakan. Mahkamah ini mengambil kira bahawa satu nyawa telah terkorban akibat perbuatan OKT. Sememangnya salah satu pertimbangan yang perlu diberikan dalam menjatuhkan hukuman adalah kepentingan awam (lihat kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256) [21] Mahkamah ini telah pun mengambil kira kepentingan awam dalam kes ini. Mahkamah ini berpandangan kepentingan awam memerlukan satu hukuman yang mencukupi untuk menghalang dan memberikan pengajaran bukan sahaja kepada OKT tetapi juga kepada orang awam yang mungkin melakukan kesalahan yang serupa. [22] Jumlah diskaun yang wajar diberikan telah digariskan oleh Mahkamah Agung ketika itu dalam kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v. Public Prosecutor [1988] 1 MLJ di muka surat 171, di mana Mohamed Azmi Hakim Mahkamah Agung ketika itu menyatakan: “It is generally accepted that the extent of the reduction on account of a plea of guilty would be between one-quarter and one-third of what otherwise would have been the sentence.” [23] Setelah menimbangkan kepentingan awam dan mitigasi OKT, Mahkamah ini mendapati hukuman 7 tahun penjara dari tarikh tangkap dan denda RM3000 jika gagal bayar 6 bulan penjara adalah hukuman yang wajar dan setimpal dikenakan ke atas OKT. Tarikh: 14 Julai 2025 sgd [NOORIN BINTI BADARUDDIN] Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur TIMBALAN PENDAKWA RAYA TPR Mohamad Shahrizzat bin Amadan