Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45-3-02/2022 & KA-45A-10-003/2022 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
KA-45A-10-03/2022
High Court of Malaysia16 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ary to S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45-3-02/2022 & KA-45A-10-003/2022 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
1
NAN (KANAK-KANAK)
2
ASMA ‘AQILA BINTI NAZARI (NO. KP: 990828-02-5538)
3
MOHD NUR HAZWAN BIN OTHMAN (OKT 3)
4
QHAIRUN NIESA BIN MAHAMAD … ORANG KENA TUDUH (NO. KP: 991128026040)
5
SITI AZURA BINTI TOPANI (NO. KP: 930803-14-6224)
6
ZULKHAIRI BIN JAMA’AL AZAHAR (OKT 6) (NO. KP: 890816025313) ALASAN PENGHAKIMAN S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g
1
OKT1 - OKT6 telah dituduh melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang berikut: a) bagi kes nombor KA-45-3-02/2022, satu pertuduhan di bawah subseksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(2) Akta yang sama, yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan; dan b) bagi kes nombor KA-45A-10-003/2022, dua pertuduhan masing-masing di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
2
Pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT1 – OKT6 adalah seperti yang berikut: Kes No. KA-45-3-02/2022 “Bahawa kamu bersama-sama pada 9/11/2020, jam lebih kurang 03.45 pagi, di sebuah rumah di alamat No. 180, Jalan Tanah Merah, Kampung Tanah Merah D, 06000 Jitra, di dalam Daerah Kubang Pasu, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Monoacetylmorphines seberat 6.8 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”. Kes No. KA-45A-10-003/2022 Pertuduhan Pertama: “Bahawa kamu bersama-sama pada 9/11/2020, jam lebih kurang 03.45 pagi, di sebuah rumah di alamat No. 180, Jalan Tanah Merah, Kampung Tanah Merah D, 06000 Jitra, di dalam Daerah Kubang Pasu, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 181.1 gram. Oleh yang demikian, kamu bersama-sama telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”. Pertuduhan Kedua: “Bahawa kamu bersama-sama pada 9/11/2020, jam lebih kurang 03.45 pagi, di sebuah rumah di alamat No. 180, Jalan Tanah Merah, Kampung Tanah Merah D, 06000 Jitra, di dalam Daerah Kubang Pasu, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 1405.4 gram. Oleh yang demikian, kamu bersama-sama telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
3
Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen-elemen pertuduhan terhadap OKT1 – OKT6 pada tahap prima facie bagi kesemua pertuduhan terhadap mereka dan telah melepas dan membebaskan OKT1 – OKT6 tanpa dipanggil membela diri.
4
Pihak Pendakwaan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
5
Bertindak atas maklumat, pada 9.11.2020, lebih kurang pukul 3.35 pagi, Pengadu (SP1) bersama anggota serbuan telah tiba di sebuah rumah beralamat No. 180, Jalan Tanah Merah, Kampung Tanah Merah D, 06000 Jitra, Kedah (rumah tempat kejadian) dan telah melakukan pemerhatian selama 10 minit. S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g Pemerhatian SP1 mendapati bahawa rumah tersebut dalam keadaan gelap tetapi ada nyalaan cahaya lampu di bilik pertama sebelah kanan rumah. SP1 turut mendapati bahawa pagar hadapan rumah dalam keadaan tertutup dan berkunci, pintu hadapan rumah dalam keadaan tertutup dan tiada sebarang pergerakan keluar dan masuk ke rumah tersebut. SP1 kemudiannya telah mengarahkan kesemua anggota serbuan memanjat pagar hadapan rumah tersebut. Setelah sampai di pintu hadapan rumah tersebut, SP1 mendapati pintu hadapan rumah dalam keadaan bertutup dan berkunci.
6
SP1 telah mengetuk pintu hadapan rumah tersebut beberapa kali sambil memperkenalkan diri polis dan OKT1 telah datang membuka pintu. SP1 kemudiannya terus menahan OKT1 dan membuat pemeriksaan fizikal ke atas OKT1 tetapi tidak menemui apa-apa barang salah. OKT1 kemudiannya diletakkan di ruang tamu. SP1 seterusnya telah memasuki bilik pertama sebelah kanan dan menemui OKT2 yang sedang tidur di atas katil dan setelah OKT2 sedar kehadiran SP1, OKT2 telah terjaga dan SP1 telah menahan OKT2 dan juga dibawa ke ruang tamu. SP1 telah mengarahkan anggotanya mengawal OKT1 dan OKT2 di ruang tamu rumah tersebut.
7
Seterusnya, SP1 telah membuat pemeriksaan terhadap bilik kedua dalam rumah tersebut dan menemui OKT3 dan OKT4 yang sedang tidur dan kedua-dua mereka tersedar apabila SP1 S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g memperkenalkan diri polis. SP1 telah menahan OKT3 dan OKT4 dan telah turut membuat pemeriksaan fizikal ke atas OKT3, yang mana pada OKT3 telah ditemui satu anak kunci kereta berlambang Proton di dalam poket seluar hadapan sebelah kanan seluar jeans Panjang jenama Lee Cooper yang dipakai oleh OKT3. Pemeriksaan fizikal oleh anggota wanita terhadap OKT4 tidak menemui apa-apa barang salah. Kedua-dua OKT3 dan OKT4 juga dibawa ke ruang tamu.
8
SP1 kemudiannya telah meneruskan pemeriksaan terhadap bilik ketiga dan telah menemui OKT5 dan OKT6 yang juga sedang tidur di atas katil, dan kedua-dua mereka telah sedar apabila SP1 memperkenalkan diri polis. SP1 telah menahan OKT5 dan OKT6 di dalam bilik ketiga tersebut dan pemeriksaan fizikal ke atas kedua-duanya, tidak menemui apa-apa barang salah. OKT5 dan OK6 juga turut dibawa ke ruang tamu rumah. SP1 kemudiannya membuka lampu ruang tamu rumah dan menjalankan pemeriksaan di dalam rumah dengan disaksikan oleh kesemua
9
Hasil pemeriksaan SP1 ke atas rumah tersebut, telah menjumpai di atas lantai ruang tengah rumah, satu beg canvas berzip berwarna hitam bercorak bulat-bulat dengan zip beg tersebut dalam keadaan terbuka dan mudah dilihat. Pemeriksaan ke dalam beg tersebut menemui 12 bungkusan plastik lutsinar berisi dadah berbahaya disyaki Heroin, satu bungkusan plastik S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g berwarna hijau bertulisan ‘GUANYINWANG’ yang mana di dalamnya mengandungi satu bungkusan plastik bertulis ‘AAA’ berisi dadah disyaki syabu, dan 24 bungkusan plastik lutsinar pelbagai saiz berisi dadah disyaki syabu. SP1 telah turut menyediakan Senarai Bongkar (eksibit P22) kepada kesemua OKT dan ditandatangani mereka. SP1 kemudiannya telah merampas kesemua barang kes yang ditemui dan telah membawa kesemua barang kes berserta keenam-enam OKT balik ke JSJN, IPK Kedah untuk tindakan lanjut. Kesemua barang kes berada dalam kawalan SP1 sepanjang perjalanan balik ke IPK Kedah.
10
Setelah sampai di IPK Kedah, SP1 telah membuat tandaan ke atas barang kes dadah dengan menurunkan tandatangan SP1 dan tarikh serta tandaan-tandaan seperti yang berikut: a) Satu beg canvas berzip berwarna hitam bercorak bulat-bulat – ditanda ‘T’ (eksibit P3); b) 12 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah Heroin – ditanda ‘T1’ hingga ‘T12’ (eksibit-eksibit P4 – P15); c) satu bungkusan plastik berwarna hijau bertulisan ‘GUANYINWANG’ – ditanda ‘T13’ (eksibit P17); d) satu bungkusan plastik lutsinar bertulisan ‘AAA’ berisi bahan disyaki dadah syabu – ditanda T13 (eksibit P18); e) 24 bungkusan plastik lutsinar pelbagai saiz berisi dadah disyaki syabu – ditanda ‘T14’ hingga ‘T37’ (eksibit-eksibit P20A – P20X).
11
SP1 kemudiannya telah membuat satu laporan polis berhubung tangkapan dan rampasan sebagaimana Jitra/008181/20 (eksibit P21). Seterusnya, kesemua barang kes dan keenam-enam OKT telah dibawa ke IPD Kubang Pasu dan SP1 telah menyerahkan laporan polis (eksibit P21), kesemua barang kes dadah yang dirampas, Senarai Bongkar (eksibit P22) dan juga Sijil Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P23) kepada pegawai penyiasat
12
SP8 mengesahkan bahawa pada 9.11.2020, lebih kurang pukul 5.00 petang, beliau telah menerima barang kes dan dokumen-dokumen berkaitan tangkapan dan rampasan daripada SP1. SP8 juga telah turut membuat tandaan-tandaan seperti yang berikut ke atas barang-barang kes yang diterima: a) Satu beg canvas berzip berwarna hitam bercorak bulat-bulat – ditanda dengan tandatangan SP8, tandaan ‘K’ dan tarikh 09/11/2020 (eksibit P3); b) 12 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah Heroin – ditanda dengan tandatangan SP8, tandaan ‘K1’ hingga ‘K12’ dan tarikh 09/11/2020 (eksibit-eksibit P4 – P15); c) satu bungkusan plastik berwarna hijau bertulisan ‘GUANYINWANG’ – ditanda dengan tandatangan SP8, tandaan ‘KK’ dan tarikh 09/11/2020 (eksibit P17); S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g d) satu bungkusan plastik lutsinar bertulisan ‘AAA’ berisi bahan disyaki dadah syabu – ditanda dengan tandatangan SP8, tandaan ‘K13’ dan tarikh 09/11/2020 (eksibit P18); e) 24 bungkusan plastik lutsinar pelbagai saiz berisi dadah disyaki syabu – ditanda dengan tandatangan SP8, tandaan ‘‘K14’ hingga ‘K37’ dan tarikh 09/11/2020 (eksibit-eksibit P20A – P20X); f) Satu seluar jeans Panjang jenama Lee Cooper - ditanda dengan tandatangan SP8, tandaan ‘A’ dan tarikh 09/11/2020 (eksibit P26); g) Satu anak kunci kereta berlambang Proton - ditanda dengan tandatangan SP8, tandaan ‘A1’ dan tarikh 09/11/2020.
13
Setelah membuat tandaan beliau dan menimbang semula barang-barang kes dadah, SP8 telah menyimpan barang kes di dalam almari besi berkunci di dalam pejabatnya dan hanya SP8 mempunyai kunci ke atas almari besi berkunci tersebut.
14
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 6.20 petang, SP8 telah mengarahkan jurufoto (SP3) untuk merakam empat keping gambar barang kes (eksibit P27A-D) dan membuat dusting ke atas barang kes. Hasil dusting tidak menimbulkan cap jari yang sempurna. Pada hari yang sama juga, lebih kurang pukul 7.45 petang, SP8 telah mengarahkan SP3 untuk merakam satu keping gambar acu pakai OKT3 (eksibit P32).
15
Pada 10/11/2020 lebih kurang pukul 11.15 pagi, SP8 telah memasukkan barang kes yang merupakan beg canvas berzip berwarna hitam bercorak bulat-bulat (eksibit P3), 12 bungkusan plastik lutsinar (eksibit-eksibit P4 – P15), satu bungkusan plastik berwarna hijau bertulisan ‘GUANYINWANG’ (eksibit P17), satu bungkusan plastik lutsinar bertulisan ‘AAA’ (eksibit P18) dan 24 bungkusan plastik lutsinar pelbagai saiz (eksibit-eksibit P20A-X) ke dalam satu kotak barang kes bertanda ‘E’ bermeterai PDRM 71 (eksibit ID2). Pada lebih kurang pukul 11.43 pagi, SP8 telah menyerahkan kotak bertanda ‘E’ tersebut kepada ahli kimia (SP7) untuk tujuan analisis. SP8 telah turut menerima resit kimia dengan nombor makmal 20-FR-K-06547 (eksibit P40) daripada SP7 sebagai bukti penyerahan.
16
Pada 10/11/2020 lebih kurang pukul 5.00 petang, SP8 telah pergi bersama SP3 dan SP1 ke rumah tempat kejadian dan SP8 telah mengarahkan SP3 untuk merakamkan 21 keping gambar tempat kejadian (eksibit-eksibit P24A-U). SP8 juga telah melakar rajah kasar tempat kejadian secara kasar dan kemudiannya telah melukis semula rajah kasar tersebut ketika SP8 tiba di IPD Kubang Pasu.
17
Pada 14.11.2020 lebih kurang pukul 3.30 petang, SP8 telah turut mendaftarkan satu beg barang kes bernombor siri 155141 kepada penjaga stor barang kes (SP2) dan didaftarkan dengan nombor daftar ER 576/20 (eksibit P30).
18
Selanjutnya pada 26.9.2021, lebih kurang pukul 1.30 petang, SP8 telah mengambil semula kotak barang kes bertanda ‘E’ daripada SP7 dan turut menerima laporan kimia dengan nombor makmal yang sama (eksibit P53). Seterusnya, pada hari yang sama lebih kurang pukul 3.30 petang, SP8 telah mendaftarkan kotak barang kes bertanda ‘E’ tersebut kepada SP2 dan didaftarkan dengan nombor daftar ER 612/21.
19
Keterangan SP7 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 10.11.2020 lebih kurang pukul 11.43 pagi, beliau telah menerima satu sampul surat bertanda ‘E’ dan bermeterai Polis DiRaja Malaysia 71 (eksibit ID2) daripada SP8 dan SP7 telah mengeluarkan Resit Kimia dengan nombor makmal 20-FR-K- 06547 (eksibit P40) sebagai bukti pendaftaran dan penerimaan sampul eksibit ID2 tersebut.
20
SP7 mengesahkan bahawa kotak bertanda ‘E’ (eksibit ID2) mengandungi satu beg bertanda ‘K’ (eksibit P3) berisi 12 paket plastik bertanda ‘K1’ hingga ‘K12’ (eksibit-eksibit P4 – P15) yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna putih, satu paket plastik bercap GUANYINWANG bertanda KK (eksibit P17) yang berisi satu paket plastik bertanda K13 (eksibit P18) yang mengandungi bahan kristal jernih, dan 24 paket plastik bertanda ‘K14’ hingga ‘K37’ (eksibit-eksibit P20A-X) yang mengandungi bahan kristal jernih.
21
Setelah dianalisis, SP7 mendapati bahawa bahan ketulan dan serbuk berwarna putih dalam 12 paket plastik bertanda ‘K1’ hingga ‘K12’ mengandungi Heroin seberat 181.1 gram dan Monoacetylmorphines seberat 6.8 gram. SP7 turut mendapati bahawa bahan kristal jernih dalam satu paket plastik bercap ‘GUANYINWANG’ dan 24 paket plastik bertanda ‘K14’ hingga ‘K37’ tersebut mengandungi 1405.4 gram Methamphetamine. Kesemua bahan-bahan dalam eksibit P4 – P15, eksibit P18 dan P20A-X tersebut telah dihomogen menjadi serbuk bagi tujuan analisis. Baki bahan dari eksibit-eksibit P4 – P15 telah SP7 masukkan ke dalam 12 paket plastik berasingan yang dibekalkan oleh beliau dan ditandakan dengan nombor makmal yang sama (eksibit-eksibit P41 – P52). Baki bahan dari eksibit P18 pula telah SP7 masukkan ke dalam satu paket plastik berasingan yang dibekalkan oleh beliau dan ditandakan dengan nombor makmal yang sama (eksibit P16). Baki bahan dari eksibit-eksibit P20A–X telah SP7 masukkan ke dalam satu paket plastik berasingan yang dibekalkan oleh beliau dan ditandakan dengan nombor makmal yang sama (eksibit P19). Kemudian SP7 telah memasukkan semula kesemua barang kes ke dalam kotak bertanda ‘E’ (eksibit ID2) dan dimeterai dengan label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia.
22
SP7 selanjutnya telah menyediakan laporan kimia bertarikh 19.9.2021 dengan nombor makmal yang sama (eksibit P53) dan pada 26.9.2021 lebih kurang pukul 1.30 petang, SP7 telah S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g menyerahkan semula kotak bertanda ‘E’ tersebut (eksibit ID2) bersama laporan kimia (eksibit P53) kepada SP8. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN
23
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT1 – OKT6 bagi pertuduhan-pertuduhan terhadap mereka selaras dengan kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”).
24
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
25
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a) bahawa dadah jenis Heroin, Methamphetamine dan Monoacetylmorphines adalah dadah-dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT1 – OKT6 mempunyai milikan (iaitu jagaan dan kawalan) serta pengetahuan terhadap dadah-dadah berbahaya tersebut; dan c) OKT1 dan OKT6 telah, dengan niat bersama, mengedarkan dadah-dadah berbahaya tersebut. S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g Elemen (a): a) bahawa dadah jenis Heroin, Methamphetamine dan Monoacetylmorphines adalah dadah-dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Jadual Pertama ADB 1952
26
Keterangan SP7 dan juga Laporan Kimia (eksibit P53) mengesahkan bahawa dadah-dadah yang dianalisis adalah dadah-dadah berbahaya jenis Heroin seberat 181.1. gram, Methamphetamine seberat 1405.4 gram dan Monoacetylmorphines seberat 6.8 gram.
27
Kesemua pihak Pembelaan juga tidak mempertikaikan jenis dan berat dadah yang analisis oleh SP7 dan menerima fakta bahawa dadah-dadah yang dianalisis oleh SP7 adalah daripada jenis dan berat sebagaimana dalam keterangan dan Laporan Kimia (eksibit P53) yang dikemukakan. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Elemen (b): bahawa OKT1 – OKT6 mempunyai milikan (iaitu jagaan dan kawalan) serta pengetahuan terhadap dadah-dadah berbahaya tersebut
28
Bagi membuktikan elemen pemilikan, pihak Pendakwaan perlu membuktikan bahawa kesemua OKT mempunyai jagaan dan S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g kawalan serta pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas.
29
Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah]
30
Dadah yang dirampas dikatakan telah ditemui di atas lantai di ruang tengah rumah dalam keadaan terdedah dan mudah dilihat serta zip beg canvas tersebut juga dalam keadaan terbuka. Ruang tengah rumah tersebut adalah sebagaimana ditunjukkan dalam gambar eksibit P24T dan U.
31
Berdasarkan keterangan SP1, semasa serbuan beliau telah mendapati bahawa pagar rumah tersebut bertutup dan merupakan pagar yang menggunakan remote. SP1 dalam keterangannya turut menyatakan bahawa semasa beliau mengetuk pintu hadapan rumah, pintu rumah telah dibuka oleh OKT1 dari dalam. SP1 turut menyatakan bahawa pintu grill rumah telah dibuka oleh OKT1 menggunakan kunci.
32
Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa terdapat keraguan tentang pemilikan OKT1-OKT6 terhadap dadah-dadah berbahaya tersebut dan juga bahawa OKT1-OKT6 tiada pengetahuan tentang barang kes dadah yang dirampas.
33
Berkenaan isu pemilikan, Pembelaan menghujahkan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen jagaan dan kawalan kesemua OKT ke atas rumah tersebut. Ini kerana terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa terdapat akses orang lain terutamanya oleh penama Zamani ke atas rumah tersebut.
34
Di samping itu juga, Pembelaan menghujahkan bahawa fakta tiada kunci rumah dirampas daripada rumah tersebut mahupun daripada mana-mana OKT menimbulkan keraguan tentang fakta serbuan yang dinaratifkan oleh SP1.
35
Selanjutnya, pihak Pembelaan turut menghujahkan bahawa reaksi OKT1-OKT6 yang dikatakan terkejut adalah konsisten dengan fakta bahawa serbuan dilakukan pada lebih kurang pukul 3.45 pagi, kesemua OKT kecuali OKT1 sedang tidur semasa serbuan dilakukan dan kesemua anggota serbuan berpakaian biasa (preman). Reaksi terkejut yang dinyatakan oleh SP1 dalam keterangannya bukanlah menunjukkan pengetahuan, sebaliknya merupakan reaksi biasa seseorang apabila dikejutkan dalam S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g keadaan sebagaimana yang berlaku pada awal pagi hari kejadian.
36
Pihak Pendakwaan pula menghujahkan bahawa pemilikan dan pengetahuan OKT1 – OKT6 terhadap barang kes dadah yang dirampas adalah berdasarkan kepada fakta-fakta bahawa barang kes dadah ditemui berada di atas lantai ruang tengah rumah dalam keadaan terdedah dan mudah dilihat, dan OKT1 – OKT6 berada di dalam rumah tersebut dan rumah berkunci dari dalam semasa serbuan.
37
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dan hujahan pihak-pihak berkenaan elemen pemilikan ini. Mahkamah ini mendapati bahawa fakta-fakta berikut adalah tidak dicabar dan tidak dinafikan, iaitu: a) bahawa rumah tempat kejadian adalah rumah yang disewa oleh SP6 daripada SP4; b) rumah tersebut juga telah disewakan semula (sublet) oleh SP6 kepada orang lain; c) semasa serbuan, pintu pagar adalah tertutup dan pintu pagar tersebut menggunakan remote (jenis pagar elektrik); S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g d) semasa serbuan, OKT2 – OKT6 sedang tidur, kecuali OKT1 yang telah membuka pintu hadapan rumah apabila dipanggil; dan e) tiada kunci rumah dirampas oleh SP1 mahupun SP8 (pegawai penyiasat);
38
Setelah Mahkamah ini meneliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi Pendakwaan, Mahkamah ini bersetuju bahawa terdapat kemungkinan akses oleh orang lain terhadap rumah tersebut. Ini berdasarkan kepada fakta bahawa tiada kunci rumah atau kunci mangga grill ditemui mahupun dirampas daripada mana-mana OKT ataupun daripada rumah tersebut. Mengenai isu kunci rumah ini, adalah meragukan bagaimana kunci rumah tersebut tidak ditemui dan dirampas oleh SP1 mahupun oleh mana-mana anggota serbuan. Berdasarkan keterangan SP1, OKT1 dikatakan telah membuka pintu grill hadapan rumah menggunakan kunci. Adalah sangat janggal untuk mana-mana anggota serbuan untuk tidak merampas kunci rumah yang dikatakan telah digunakan untuk membuka pintu rumah, dalam keadaan dadah ditemui di dalam rumah. Tiada penjelasan diberikan oleh SP1 mengenai perkara ini, manakala SP8 pula sekadar menyatakan bahawa beliau tidak melakukan siasatan tentang kunci rumah kerana tidak diserahkan oleh SP1.
39
Pada pendapat Mahkamah ini, fakta-fakta ini amatlah meragukan kerana perkara utama yang kebiasaannya dilakukan oleh anggota serbuan apabila melibatkan serbuan di rumah adalah mencari dan memperoleh kunci rumah yang berkaitan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana berdasarkan keterangan SP6 bahawa beliau telah menyerahkan kunci rumah tersebut kepada OKT3. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa inferens yang boleh dibuat adalah bahawa pada malam serbuan, pintu rumah tersebut sebenarnya tidak berkunci ataupun kunci rumah tersebut dipegang oleh orang lain yang tiada di dalam rumah tersebut. Fakta-fakta dan inferens ini turut menunjukkan bahawa terdapat orang lain yang mempunyai kuasa untuk menggunakan rumah tersebut, dan ianya tidak terhad kepada OKT1-OKT6 sahaja.
40
Dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v Public Prosecutor [2019] 6 MLJ 231, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[34] Applying the observations set out in the authorities cited above to the facts in the present case, the irresistible inference that may be drawn in the circumstances is that the appellant knew about the incriminating items found in the first bedroom as well as in the second bedroom. It is not in dispute that he was alone in the said premises at the material time. No doubt that the second bedroom was locked and none of the keys found with the appellant can be used, but it is pertinent to note that the air S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g conditioner and the light were on. Later, the keys to the second bedroom were found near the bathroom in front of the second bedroom. Further, during surveillance the appellant was seen coming in and out from the said premises. What is more glaring was the fact that the keys to the main grill of the said premises were recovered from the appellant. The key card and the keys to the first bedroom were found in the sling bag which the appellant was seen carrying all the time. The next point which has a strong bearing on the issue is the evidence of PW7, the property agent who identified the appellant as the one who rented the said premises. All things considered, PW7’s evidence when is viewed in its entirety showed that the appellant had care and management over the said premises at that material time. [35] In such a situation, the appellant ‘has the power to exclude other persons from the enjoyment of the property’. Even more to the point is the fact that the appellant’s finger prints which were found on one of the incriminating packages. Further, the appellant’s DNA was found on the other items such as on a pink towel (P64A) and a comforter (P65A) found on the bed of the first bedroom and on a purple toothbrush (P58A) and a multi coloured towel (P60A) found in the second bathroom. [36] In our judgment, all this admissible evidence when taken together lead to the conclusion that at all material time, the offending drugs were in thecustody and control of the appellant. The irresistible inference that must be drawn in the S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g circumstances was that the appellant all along knew about the drugs found in the said premises.”. [penekanan ditambah]
41
Di samping itu juga, dadah tersebut juga tidak ditemui di dalam bilik di mana OKT1 – OKT6 ditemui dan ditahan, sebaliknya ditemui di ruang tengah rumah tersebut yang merupakan ruangan umum/bersama (common area). Selain itu juga, terdapatnya keterangan daripada SP6 yang menyatakan bahawa terdapat orang lain terutamanya penama Zamani yang turut dikatakan menghuni rumah tersebut dan juga mempunyai kunci rumah dan akses kepada rumah tersebut.
42
Fakta bahawa barang kes dadah telah ditemui di ruang tengah rumah, yang merupakan ruangan bersama (common area), turut menimbulkan inferens bahawa jika rumah tersebut boleh diakses oleh orang lain, maka beg tersebut juga mungkin boleh diletakkan oleh mana-mana orang yang mempunyai akses kepada rumah tersebut, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana kes terhadap OKT1 – OKT6 ini adalah merupakan satu kes tip-off, yang mana serbuan telah dilakukan ekoran daripada maklumat yang diterima oleh pihak polis. Di samping itu juga, fakta turut menunjukkan bahawa kesemua OKT (kecuali OKT1 yang membuka pintu rumah) sedang tidur di dalam bilik-bilik di rumah tersebut dengan pintu yang bertutup sebelum serbuan dilakukan. Jika terdapat orang lain yang mempunyai akses kepada rumah tersebut, terdapat kemungkinan orang tersebut S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g juga boleh meletakkan beg tersebut di ruang tengah rumah setelah kesemua OKT masuk tidur di bilik mereka tanpa pengetahuan mereka.
43
Adalah menjadi tanggungjawab pihak Pendakwaan untuk mengecualikan (exclude) akses oleh mana-mana orang terhadap rumah tersebut dan bukannya beban kepada pihak Pembelaan untuk membuktikan kewujudan akses orang lain terhadap rumah tersebut. Sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Abdullah Zawawi Bin Yusoff v. Public Prosecutor [1993] 3 MLJ 1: “Given the fact that this was a case where the police were acting on a tip-off, the onus was not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility.” [penekanan ditambah]
44
Fakta-fakta berkenaan wujud penama lain yang mempunyai akses kepada rumah tersebut adalah tidak dinafikan berdasarkan kepada keterangan SP6. Pihak pendakwaan tidak pernah membuat permohonan untuk menyoal balas SP6 di bawah seksyen 154 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] untuk menganggap SP6 sebagai saksi hostile, mahupun memohon untuk mencabar (impeach) kredibiliti SP6 tersebut di bawah seksyen 155 Akta 56. Oleh itu, pihak Pendakwaan sendiri tidak boleh sewenang-wenangnya memilih mana keterangan SP1 S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g yang patut diterima dan ditolak oleh Mahkamah ini dalam hal keadaan kredibiliti SP6 tidak dicabar langsung.
45
Selanjutnya, berkenaan isu bahawa OKT1 – OKT6 kelihatan terkejut, Mahkamah ini berpendapat bahawa berdasarkan kepada fakta-fakta dihujahkan oleh Pembelaan iaitu serbuan dilakukan pada lebih kurang pukul 3.45 pagi, kesemua OKT sedang tidur kecuali OKT1 yang telah membuka pintu hadapan, kehadiran anggota polis yang ramai dan berpakaian biasa (preman) juga turut boleh menimbulkan inferens bahawa ianya merupakan reaksi biasa seseorang dalam keadaan sedemikian yang terkejut melihat kehadiran ramai orang di dalam rumah pada awal pagi, dan bukannya menimbulkan inferens bahawa mereka mengetahui akan kewujudan dadah-dadah berbahaya di dalam rumah tersebut. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa sekiranya terdapat dua inferens yang boleh ditimbulkan daripada sesuatu fakta, maka inferens yang memihak kepada tertuduh hendaklah diterimapakai oleh Mahkamah. Ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 yang telah memutuskan seperti yang berikut: “8 For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;”. [penekanan ditambah]
46
Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa OKT1 – OKT6 mempunyai akses eksklusif terhadap rumah tersebut dan bahawa pengetahuan OKT1 – OKT6 terhadap dadah-dadah berbahaya tersebut juga telah gagal dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Dengan itu juga, pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen pemilikan OKT1 – OK6 terhadap dadah-dadah berbahaya yang dirampas. Dalam hal ini juga, andaian pengedaran juga telah gagal dibangkitkan oleh pihak Pendakwaan, dan elemen niat bersama juga telah gagal dibuktikan oleh pihak Pendakwaan.
47
Sehubungan itu, berdasarkan keseluruhan alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g pendakwaan telah gagal membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie dan dengan itu, Mahkamah ini memerintahkan supaya OKT1 – OKT6 dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri atas kesemua pertuduhan terhadap mereka. Bertarikh : 21 Ogos 2025. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Timbalan Pendakwa Raya: Mohd Rizal bin Fadzil Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah S/N U7pZ9a6EGk2k2hhuH4bG3g Peguam bagi pihak OKT1 Syed Muhammad Anwar Bin dan OKT2: Syed Lokman Hakim Tetuan Haffiz Zuhair Adawiah & Co. Peguam bagi pihak OKT3, Burhanudeen Bin Abdul Wahid OKT4, OKT5 dan OKT6:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.