Pihak pembelaan menghujahkan bahawa keterangan daripada saksi pembelaan telah mewujudkan keraguan yang munasabah yang mana Mahkamah ini wajar S/N ElAh7dYCNEy7ZwuwauFj1g membebaskan kesemua OKT-OKT daripada pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH ATAS VERSI PEMBELAAN OKT-OKT DAN NOTIS ALIBI OKT-OKT (EKSIBIT D56/57 dan 58) [94] Berhubung dengan pembelaan OKT1, pada hari kejadian (14.8.2020) OKT1 bersama Tan Liang Hong (SP6), telah bergerak ke Melaka pada pukul 11.30 pagi untuk mengedar pelitup muka untuk pelajar di sekolah. Menurut keterangan OKT1/SD1, adalah satu amalan syarikat bahawa invoice (eksibit P55) bertarikh 13.8.2022 telah dikeluarkan satu hari lebih awal sebelum penyerahan pelitup muka dibuat kepada SJK (C) Masjid Tanah. OKT1 dikatakan sampai ke pejabatnya dari Melaka pada jam 4.00 petang. Pada jam lebih kurang 4.30 petang, OKT1 telah ke tempat kejadian dan berada di rumah SP4 dari jam 4.50 petang sehingga 6.30 petang. SP4 dikatakan telah menyokong alibi keterangan OKT1. [95] OKT1 menyatakan yang beliau dijemput oleh SP20 di perkarangan pondok keselamatan untuk menggunakan kad akses yang dipegang SP20. OKT1 terus ke parking di Tingkat 1 dan telah melihat beberapa individu berkerumun di Tingkat 1 dan beliau melihat si mati sedang duduk di atas lantai dan OKT1 melihat SP10 sedang memarahi, menampar dan menendang si mati sambil memegang tin arak. [96] OKT1 cuba mengangkat tangan si mati menggunakan paip getah yang berada bersebelahan si mati memandangkan keadaan si mati S/N ElAh7dYCNEy7ZwuwauFj1g kebasahan. OKT1 telah menegur SP10 dan berlaku pertikaman lidah antara mereka. Pihak pembelaan mengatakan bahawa ketidak puasan hati SP10 terhadap OKT1 telah dibangkitkan pembelaan di awal kes pendakwaan. [97] OKT1 dikatakan beredar dari tempat kejadian dan pergi ke rumah SP4. Pada jam 6.30 petang, OKT1 dan SP4 pergi ke tempat parking dan melihat SP9 sedang mengejut si mati. SP9 meminta OKT1 menghantar simati ke hospital dan SP9 dimarahi oleh SP10. [98] OKT1 menyatakan bahawa beliau tidak mengenali OKT3. OKT1 hanya tahu OKT3 adalah rakan niaga SP20. OKT1 menawarkan untuk menghantar OKT3 dan SP20 ke kedai cuci kereta di kajang. OKT1 dan SP4 terserempak dengan OKT3 dan SP20 berdekatan lif. [99] OKT1 hanya mengetahui mengenai kematian mangsa ketika ditangkap polis. [100] OKT1 menyatakan bahawa beliau percaya SP9 dan SP10 telah memberi keterangan palsu di Mahkamah untuk menyelamatkan diri SP10 daripada pertuduhan membunuh. OKT1 menafikan beliau memukul simati. [101] Persoalan kritikal yang perlu diputuskan oleh Mahkamah adalah sama ada keterangan OKT1 berjaya menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Atau pembelaan OKT-OKT hanyalah suatu penafian kosong atau berfikiran terkemudian (an afterthought). S/N ElAh7dYCNEy7ZwuwauFj1g [102] Pihak pembelaan di peringkat ini bergantung kepada notis alibi yang difailkan masing-masing (eksibit D56, D57 dan D58). [103] Prinsip undang-undang adalah jelas mengenai notis alibi. Apa yang dikatakan sebagai pembelaan alibi telah diputuskan oleh YA Nordin Hassan (HMP) di dalam kes PP v Muhammad Khairuanuar Baharuddin & Another Appeal [2025] 1 CLJ 517 yang mana YA Nordin Hassan (HMP) telah menyatakan seperti berikut: “The Respondent's Notice Of Alibi [50] The defence of alibi and its procedures are provided for under s. 402A of the Criminal Procedure Code. The alibi defence essentially is that the accused was somewhere else other than at the time and place of the offence committed. In a landmark case on alibi, this court in Ku Lip See v. PP [1981] CLJU 155; [1981] 1 LNS 155; [1982] 1 MLJ 194 Abdul Hamid FJ explained the issue of alibi in the following manner: A determination whether particular evidence is evidence in support of alibi entails a consideration whether the evidence shows or tends to show that by reason of the presence of the accused at some particular place or area at a particular time he cannot be or is unlikely to be at the place where the offence is committed. It is difficult if not impossible to envisage with reference to a particular charge what evidence amounts or does not amount to evidence in support of a defence of alibi. It depends very much on the facts of each particular case. It has been described that "What is ordinarily meant by an alibi is that the accused's presence elsewhere is essentially inconsistent with his presence at the time and place alleged, and therefore with participation in the crime. An alibi may absolutely preclude the possibility of presence at the alleged time and place of the act, or the alibi may not involve absolute impossibility, but only high improbability and yet be convincing." (see Criminal Law Review 1978 pp. 277-8 and also on p. 278 where it is further stated that "a true alibi S/N ElAh7dYCNEy7ZwuwauFj1g defence consists of an affirmative proof of the defendant's presence somewhere other than at the time and place alleged.") [51] The burden cast upon the accused to establish the defence of alibi is to raise a reasonable doubt only. (see Illian & Anor v. PP [1988] CLJU 139; [1988] 1 LNS 139; [1988] 1 MLJ 421 (SC)). [104] Mahkamah ini mulakan dengan keterangan mengenai keberadaan OKT1 di tempat kejadian. Keterangan SP10 yang merupakan saksi mata di dalam kes ini bahawa beliau melihat OKT1, OKT2 dan OKT3 bersama-sama beberapa individu lain telah memukul simati. SP10 merupakan seorang saksi mata yang kredible dan tidak ada sebab untuk Mahkamah ini merumuskan bahawa SP10 merupakan rakan subahat dalam kes ini sepertimana dihujahkan oleh pihak pembelaan. Mahkamah juga mendapati tidak ada keterangan daripada SP10 sendiri bahawa beliau mengenali OKT1, OKT2 dan OKT3 untuk menganiaya mereka. Untuk bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan adalah sama sekali tidak berasas kerana tidak disokong oleh dapatan YA Hakim yang mendengar keterangan saksi dan demeanour saksi-saksi pendakwaan di peringkat pendakwaan dan tidak ada satu pun dapatan YA Hakim bahawa SP10 merupakan saksi yang tidak kredible atau seorang rakan subahat sepertimana dihujahakan pihak pembelaan. [105] Manakala keterangan SP16 menguatkan lagi keberadaan OKT1 pada pukul 2.00 petang di tempat kejadian apabila SP16 menyatakan bahawa semasa rondaan dibuat pada pukul 2.00 petang pada hari kejadian, beliau telah melihat kenderaan Hilux (dipandu oleh OKT1) dan mengecam OKT1 sebagai pemandu kereta Hilux telah berada di parking Tingkat 1. S/N ElAh7dYCNEy7ZwuwauFj1g [106] Dalam hal ini, Mahkamah mendapati bahawa keterangan OKT1 bahawa beliau telah sampai ke tempat kejadian pada pukul 4.30 petang setelah Kembali dari Melaka adalah bertentangan dengan keterangan SP16 yang bukan sahaja melihat kenderaan Hilux telah berada di parking Tingkat 1 pukul 2.00 petang. Malahan SP16 mengecam OKT1 sebagai pemandu kereta berkenaan. Keberadaan OKT1 di tempat kejadian adalah selari dengan tempoh kejadian antara pukul 2.00 petang sehingga 7.30 malam pada 14.8.2020, iaitu tempoh pembunuhan dilakukan. Menurut pegawai penyiasat (SP21), pergaduhan dikatakan berlaku dari pukul 2.30 petang dan berlarutan sehingga pukul 6.00 petang. Bukan itu sahaja, keterangan SP16 menguatkan lagi keterangan SP10 bahawa OKT1 telah memukul simati. [107] Manakala keterangan SD6 yang cuba diketengahkan oleh pihak pembelaan untuk menyokong keterangan OKT1 berkaitan OKT1 balik ke pejabat pada pukul 4.00 dan keluar semula pada pukul 4.30 petang juga gagal membantu OKT1 kerana SD6 tidak ingat mengenai tempoh masa tersebut kerana kejadian telah lama berlaku. [108] Oleh itu, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa terdapat percanggahan keterangan OKT1 di Mahkamah dengan tempoh masa alibi sepertimana dinyatakan di dalam D56 dan OKT1 gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah mengenai keberadaannya semasa kejadian berlaku. [109] OKT2 (juga dirujuk sebagai Kartik oleh SP10) bergantung kepada keterangan kakak ipar beliau (SD5) bahawa OKT2 berada di rumah S/N ElAh7dYCNEy7ZwuwauFj1g antara 9.00 pagi sehingga 3.15 petang pada hari kejadian. Namun rakaman CCTV menunjukkan bahawa OKT2 telah sampai di tempat kejadian jam 3.21 petang. Keterangan SD5 bahawa OKT3 telah Kembali ke rumah pada pukul 5.50 jelas tidak disokong oleh mana-mana keterangan CCTV. Oleh itu, terdapat selar masa yang menunjukkan keberadaan OKT2 di tempat kejadian dan keterangan SP10 yang melihat OKT2 memukul simati. SD5 juga tidak berada di tempat kejadian untuk menafikan OKT2 tidak melakukan perbuatan memukul simati. [110] Alibi OKT3 adalah beliau berada di kedai cuci kereta dari jam 2.45 petang sehingga 4.00 petang. OKT3 bergantung kepada keterangan SD4 mengenai alibi OKT3. Namun Mahkamah ini mendapati bahawa SD4 tidak kredible kerana telah memberikan keterangan di Mahkamah bahawa beliau telah mengenali OKT3 selama lebih satu tahun. Namun keterangan SD4 di Mahkamah bercanggah dengan rakaman percakapan beliau (eksibit P61). Susulan Mahkamah ini mendapati percanggahan tersebut, Mahkamah ini telah membenarkan pihak pendakwaan meneruskan dengan prosiding kebolehpercayaan saksi menurut seksyen 145 Akta Keterangan. Percanggahan ketara antara keterangan SD4 dan P61 adalah jelas berkaitan dengan perkenalan antara beliau dengan OKT3. Menurut P61, SD4 tidak kenal dengan OKT3. Bahkan tidak mengetahui nama penuh dan nombor telefon OKT3. Dalam hal ini, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa SD4 tidak kredible untuk Mahkamah menerima keterangan SD4 berkaitan alibi OKT3. Mahkamah juga mengambilkira keterangan SD4 bahawa pihak peguambela ada menghubungi SD4 sebelum pihak polis mengambil rakaman percakapan SD4. S/N ElAh7dYCNEy7ZwuwauFj1g [111] Mahkamah ini juga membenarkan pihak pembelaan memanggil semula SP4 dan SP21. Hakikatnya tidak ada keterangan SP4 dan SP21 yang dapat menyokong pembelaan alibi OKT-OKT dan menyangkal keterangan melimpah ruah dari saksi-saksi pendakwaan. Manakala siasatan oleh SP21 juga mendapati bahawa tidak pernah menimbulkan bahawa OKT1 dan OKT2 berada di rumah SP4 sepertimana pembelaan alibi mereka. [112] Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan OKT serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa mengikut prinsip yang diputuskan di dalam Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, OKT-OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Kesemua OKT disabitkan dengan pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sebelum hukuman dijatuhkan, kesemua OKT diberikan peluang membuat meitigasi. [113] Peguambela telah membuat mitigasi bagi pihak kesemua OKT. Ia dimulakan dengan OKT1 berumur 39 tahun. Telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak berumur antara 2 sehingga 11 tahun. Telah direman selama 5 tahun. Ini bukan kes “rarest among the rare”. Tidak melibatkan senjata yang ganas. Tidak ada kesalahan lampau. Manakala OKT2 berumur 35 tahun dan belum berkahwin. OKT3 berumur 36 tahun. Telah berkahwin. Tidak ada kesalahan lampau. Peguambela memohon menggunakan budibicara untuk tidak mengenakan hukuman gantung sampai mati. S/N ElAh7dYCNEy7ZwuwauFj1g [114] Pihak pendakwaan berhujah mengenai faktor pemberat supaya Mahkamah mengambilkira faktor kepentingan yang mengatasi kepentingan peribadi kesemua OKT-OKT. Memandangkan ia adalah suatu kesalahan yang serius, pihak pendakwaan memohon supaya hukuman gantung sampau mati dikenakan. Namun, sekiranya Mahkamah menggunakan budibicara mengenakan hukuman penjara, pihak pendakwaan memohon penjara maksimum dapat dikenakan sebagai pengajaran kepada kesemua OKT-OKT dan sebagai faktor untuk kesedaran kepada Masyarakat akan kesalahan serius ini. [115] Setelah menimbangkan mitigasi OKT-OKT dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, mengambilkira Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2022 dan trend semasa hukuman bagi kesalahan yang serupa, Mahkamah ini berpendapat bahawa kesalahan yang dilakukan bukanlah suatu kesalahan yang “rarest of the rare”. OKT wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat setelah selesai menjalani hukuman penjara. Oleh hal yang demikian, Mahkamah ini memerintahkan hukuman penjara 35 tahun dari tarikh ditangkap dan 12 kali sebatan bagi setiap OKT.