Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45B-2-04/2019 PENDAKWA RAYA
KA-45B-2-04/2019
High Court of Malaysia4 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ificant is not as onerous as the prosecution to prove the accused’s guilt. It is on a balance of probabilities and not merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case (see Rajagopal v PP [1976] CLJU 122 and Goh Yoke v PP [1969] CLJU 48) [44] To establish legal insanity, the accused must present a prima faci”
“n melampaui keraguan yang munasabah. [75] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whe”
“for medical and legal insanity also differs. In legal insanity, the onus lies with the accused to prove his/her mental state at the time when the offence was committed pursuant to section 105 of the Evidence Act 1950. This burden though significant is not as onerous as the prosecution to prove the accused’s guilt. It i”
“r bin Baharuddin and another appeal [2024] 6 MLJ 397 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[58] As on the sentence, and having considered the new amendment of the Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023 and submission by parties, we find the murder of the deceased, a child at the age of two”
“blish, often through psychiatric or psychological evaluations, that he/she was not in control of his/her reasoning during the commission of the offence. This defence is anchored in section 84 of the Penal Code, which outlines the conditions under which an accused can be considered legally insane. [43] The burden of pro”
“principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation”
“ng the judgment of the Court of Appeal said: … As to what circumstantial evidence is, it is needful to quote only that part of the summing up to the jury that is set out in Idris v Public Prosecutor [1960] MLJ 296 at p 297; [1960] 1 LNS 40: With regard to the definition of circumstantial evidence I can give you no bett”
“rosecution to prove the accused’s guilt. It is on a balance of probabilities and not merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case (see Rajagopal v PP [1976] CLJU 122 and Goh Yoke v PP [1969] CLJU 48) [44] To establish legal insanity, the accused must present a prima facie case, supported by reasonable ma”
“encukupi pada lazimnya menyebabkan kematian' atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'sufficient in ordinary course of nature to cause death' ada dijelaskan dalam kes State Of AP v. Rayavarapu Punnayya & Anor [1977] AIR 45 seperti yang berikut:”
“t" di bawah s. 300(c) yang dinyatakan di atas telah juga disentuh dalam kes Zulkiple Mohamad di mana dinyatakan: [34] In another Singapore Court of Appeal decision, it was held in Wang Wenfeng v. PP [2012] SGCA 47 that if the bodily injury intentionally inflicted was sufficient in the ordinary course of nature to cause”
“KT yang telah mengakibatkan kecederaan dialami kedua-dua si mati yang telah mengakibatkan kematian mereka. [48] Teori ‘last seen together’ ini telah dibincangkan dalam kes Zarmayade Abdullah lwn. PP [2024] CLJU 1277, pada mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut: **Note : Serial number will be used to”
“n hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada mengenakan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. [88] Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45B-2-04/2019 PENDAKWA RAYA
1
OKT telah dituduh dengan dua pertuduhan membunuh dua orang kanak-kanak, masing-masing bagi kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574].
2
Pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: Pertuduhan Pertama: “Bahawa kamu pada 08.01.2019, jam antara lebih kurang 11.00 malam sehingga 12.00 tengah malam, bertempat di sebuah rumah beralamat No. 11, Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan, di dalam Daerah Yan di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah membunuh Nurul Hanim binti Idris, (No. My Kid : 141119-02-0148) dan dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua: “Bahawa kamu pada 08.01.2019, jam antara lebih kurang 11.00 malam sehingga 12.00 tengah malam, bertempat di sebuah rumah beralamat No. 11, Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan, di dalam Daerah Yan di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah membunuh Muhammad Hafiz bin Idris, (No. My Kid : 171130-02-0349) dan dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie atas kedua-dua pertuduhan dan telah memerintahkan OKT membela diri terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.
4
OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah (sebagai SD1) dan pihak Pembelaan tidak mengemukakan keterangan saksi pembelaan yang lain. OKT mengetengahkan pembelaan ‘insanity’ di bawah seksyen 84 Akta 574. Selanjutnya, pada akhir kes pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT telah gagal dalam pembelaannya di bawah seksyen 84 Akta 574 atas imbangan kebarangkalian bagi kedua-dua pertuduhan. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT atas kedua-dua pertuduhan membunuh serta menjatuhkan hukuman mati bagi kedua-dua pertuduhan tersebut. OKT tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
5
Pada 08.01.2019, lebih kurang pukul 11 malam, semasa SP12 yang merupakan ibu kepada Nurul Hanim binti Idris (si mati pertama) dan Muhammad Hafiz bin Idris (si mati kedua), serta bapa saudara kedua-dua si mati (SP18) sedang tidur di rumah mereka di alamat sebagaimana dalam pertuduhan, telah dikejutkan dengan suara OKT memanggil nama ‘Deris’ dengan kuat.
6
Kemudian SP12 telah mendengar bunyi pintu dapur rumah ditendang dengan kuat hingga terbuka. SP12 seterusnya mendengar seperti bunyi orang bergaduh dan bergelut. SP12 telah keluar dari bilik dan melihat SP18 dan OKT sedang bergaduh dan OKT telah melibas pedang ke arah muka SP18. SP12 juga melihat OKT memegang 2 bilah pedang pada kedua-dua tangannya.
7
SP12 telah bertanya ‘apa bising-bising ni?’ dan OKT telah pergi ke arah SP12 dan bertindak cuba menikam perut SP12 dengan sebilah pedang di tangan kanannya, tetapi pedang tersebut terkena di bahagian langsir hadapan pintu bilik. SP12 terkejut dengan serangan dari OKT dan terus melarikan diri keluar dari biliknya dan berlari keluar rumah melalui pintu dapur. Sebelum melepasi pintu dapur, SP12 sempat melihat OKT masuk ke dalam biliknya di mana kedua-dua si mati sedang tidur lena.
8
SP12 kemudiannya telah terus keluar dari rumah dan pergi ke rumah SP13 untuk meminta bantuan. SP13 telah membenarkan SP12 berlindung di rumahnya dan tidak lama kemudian, mereka melihat ibu SP12 iaitu Puan Jamilah juga telah berlari keluar dari rumah ketakutan serta turut berlindung di rumah SP13. Ketika itu, SP12 dan SP13 berada di hadapan pintu rumah SP13 manakala SP18 pula berlari keluar ke bahagian kawasan lapang bersebelahan rumah yang menghadap pintu dapur rumah SP12.
9
Tidak lama kemudian, SP12, SP13 dan SP18 melihat OKT telah keluar dari rumah SP12 dengan hanya membawa sebilah pedang. SP12 dan SP13 telah melarikan diri dengan masuk ke dalam rumah SP13, manakala SP18 pula masih berada di luar rumah. SP18 melihat OKT telah pergi ke hadapan rumah SP13 dan berkata ‘Anak-anak dah mandi darah dah!’. SP12, SP13 dan SP16 (anak SP13) turut mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh OKT itu. Selanjutnya, SP13 telah membuka sedikit tingkap rumahnya dan melihat OKT telah menaiki motosikalnya yang diparkir di hadapan rumah SP12 dan beredar dari situ. SP13 juga turut melihat OKT meletakkan sebilah pedang di bahagian raga motosikalnya sebelum beredar. Hanya setelah SP18 mengetuk pintu rumah SP13 dan memaklumkan OKT telah benar-benar beredar barulah SP13 membuka pintu rumahnya.
10
Selepas itu, SP12 diikuti oleh SP13, SP16 dan SP18 telah balik semula ke rumah SP12 untuk melihat apa yang telah berlaku di rumahnya. SP12 telah memasuki bilik tidurnya dan apabila membuka lampu bilik, SP12 mendapati kedua-dua anaknya iaitu si mati pertama dan si mati kedua, berlumuruan darah dengan kesan sembelihan di leher. SP12 juga mendapati kedua-dua anaknya telah meninggal dunia di atas katil dan terdapat sebilah pedang krom yang ditinggalkan di atas katil berdekatan dengan mayat-mayat si mati.
11
Keadaan mayat-mayat si mati juga telah turut dilihat oleh SP13, SP16 dan SP18. Mereka semua kemudiannya telah keluar dari bilik tidur SP12 dan menunggu kedatangan pihak polis di luar rumah.
12
SP4 sebagai anggota yang bertugas di Bilik Gerakan DCC, Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, Kedah mengesahkan bahawa pada 8.1.2019, lebih kurang pukul 11.35 malam, telah menerima panggilan daripada “MERS 999 KL” yang menyatakan terdapat satu insiden amuk yang berlaku di kawasan Kuala Sungai Yan, Kedah. SP4 telah menghubungi anggota Patrol Car (MPV) KD 185 yang bertugas untuk menghala ke tempat kejadian.
13
Pada jam lebih kurang 11.45 malam, SP4 telah menerima makluman daripada anggota MPV KD 185 mengesahkan terdapat satu kes amuk di tempat kejadian dan memohon bantuan anggota lain untuk datang ke sana, kerana suspek merupakan seorang lelaki yang agresif, serta didapti dua orang kanak-kanak telah dibunuh. SP4 juga diminta untuk memanggil ambulans kerana terdapat mangsa yang cedera di tempat kejadian.
14
SP4 telah menghubungi anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Yan, Kedah untuk menghantar bantuan anggota ke tempat kejadian. SP4 selanjutnya telah memaklumkan kejadian kepada Inspektor G. Siva a/l Kurunanadi dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD) IPD Yan iaitu SP8. Seterusnya SP4 telah membuat laporan polis berkenaan kejadian sebagaimana Yan Repot/000108/19 pada 9.1.2019, lebih kurang pukul 1.19 pagi sebagai laporan maklumat pertama (eksibit P32).
15
SP8 mengesahkan bahawa pada 8.1.2019, beliau telah dihubungi oleh Inspektor G. Siva a/l Karunanadi bahawa terdapat kejadian amuk di kawasan Kuala Sungai Yan, Kedah dan dua kanak-kanak telah didapati dibunuh. SP8 kemudiannya pada 9.1.2019, lebih kurang pukul 12.30 pagi, telah pergi bersama jurufoto (SP2) ke rumah tempat kejadian. Sampai di rumah tempat kejadian, SP8 telah memasuki bilik tidur kejadian iaitu sebuah bilik tidur di ruang tingkat bawah rumah tersebut dan menemui 2 mayat kanak-kanak, iaitu si mati pertama dan si mati kedua, berada di atas katil dengan kesan-kesan kelar di leher dan tengkok kedua-duanya.
16
SP8 kemudiannya telah menghubungi pihak forensik IPK Kedah dan memohon bantuan untuk hadir ke tempat kejadian bagi membantu siasatan.
17
Pada tarikh sama (9.1.2019), lebih kurang pukul 12.30 pagi, SP6 (pegawai tangkapan) telah dimaklumkan oleh SP4 berkenaan satu kes amuk di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan, Kedah. Beliau bersama beberapa anggota polis telah pergi ke lokasi kejadian dan semasa berada di sebuah titi jambatan kecil di Kuala Sungai Yan tersebut, beliau terdengar ada orang menjerit ‘Itu Amir’ dan SP6 serta anggotanya telah terus ke tempat tersebut. Apabila SP6 dan anggota sampai berhampiran titi tersebut, OKT cuba melarikan diri dengan menunggang motosikalnya. Semasa ditahan, telah berlaku pergelutan antara OKT dengan SP6 dan anggota polis kerana OKT cuba untuk melarikan diri. Akibat pergelutan dengan anggota polis, OKT mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelah kiri dan kanan, calar-calar di bahagian tangan kiri dan kanan, serta luka di bahagian siku sebelah kanan. SP6 turut membuat rampasan ke atas motosikal yang ditunggang OKT untuk tindakan siasatan lanjut. Laporan tangkapan OKT serta rampasan motosikal OKT kemudiannya telah dibuat oleh SP6 sebagaimana Yan Repot 000109/2019 (eksibit P105).
18
Setelah OKT dibawa balik ke IPD Yan, Kedah, SP6 telah membuat rampasan satu seluar jeans berwarna biru bertulisan ‘Levi Strauss & Co.’ (eksibit P110) yang dipakai oleh OKT yang didapati mempunyai kesan darah, untuk siasatan lanjut. Borang Bongkar (eksibit P106) bagi rampasan seluar jeans tersebut telah dikeluarkan oleh SP6 dan ditandatangani oleh OKT. Laporan polis bagi rampasan seluar jeans tersebut juga telah dibuat oleh SP6 sebagaimana Yan Repot 000110/19 (eksibit P107).
19
Hasil analisis ahli kimia DNA (SP15) mengesahkan bahawa terdapat kesan darah kedua-dua si mati pada kuku jari tangan OKT (eksibit-eksibit P114 dan P115), baju T putih berkolar saiz L (eksibit P55) yang ditemui di rumah OKT, dan seluar jeans (eksibit P110) yang dipakai oleh OKT pada malam kejadian. Pada pedang yang ditemui berdekatan mayat kedua-dua si mati (eksibit P99) turut terdapat kesan darah si mati kedua.
20
Keterangan Pakar Patologi Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (SP1 dan SP14) mengesahkan bahawa punca kematian kedua-dua si mati adalah ‘Sharp force trauma to the neck’ yang mana kecederaan dialami kedua-dua si mati bersifat maut secara langsung ataupun kematian serta merta (instantaneous) yang memang tiada peluang untuk diselamatkan. Keterangan SP1 dan SP14 disokong oleh laporan post morterm kedua-dua si mati (eksibit P3 dan eksibit P130).
21
Mahkamah ini perlu membuat keputusan di akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ.
22
Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
23
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: a) bahawa simati dalam pertuduhan pertama (si mati pertama) dan si mati dalam pertuduhan kedua (si mati kedua) telah mati; b) bahawa si mati pertama dan si mati kedua telah mati akibat daripada bencana tubuh/kecederaan di bahagian leher yang dialami mereka; c) bahawa bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh simati pertama dan simati kedua adalah akibat perbuatan OKT; d) bahawa perbuatan menyebabkan bencana tubuh/mencederakan tersebut dilakukan oleh OKT dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh/kecederaan kepada si mati pertama dan si mati kedua, dan bencana tubuh/kecederaan dimaksudkan adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Kanun Keseksaan. Elemen (a): bahawa simati dalam pertuduhan pertama (si mati pertama) dan si mati dalam pertuduhan kedua (si mati kedua) telah mati
24
Elemen ini merupakan satu elemen yang tidak dapat dinafikan mahupun disangkal. Mayat kedua-dua si mati telah dicamkan oleh SP21 (bapa kedua-dua si mati) dan SP8 (pegawai penyiasat) semasa sesi post mortem dijalankan. Di samping itu juga, gambar-gambar post mortem yang telah dirujuk kepada SP12, SP13, SP16, SP18 dan SP21 mengesahkan bahawa si mati pertama adalah Nurul Hanim binti Idris dan si mati kedua adalah Muhammad Hafiz bin Idris. Laporan post mortem kedua-dua si mati juga turut telah mengesahkan bahawa punca kematian kedua-dua si mati adalah ‘Sharp force trauma to the neck’.
25
Di samping itu juga, pihak Pembelaan juga tidak pernah menafikan mahupun mempertikaikan elemen pertama ini iaitu bahawa kedua-dua si mati telah mati. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa elemen pertama ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Elemen (b): bahawa si mati pertama dan si mati kedua telah mati akibat daripada bencana tubuh/kecederaan di bahagian leher yang dialami mereka
26
Bagi elemen ini, keterangan SP1 telah mengesahkan bahawa punca kematian si mati pertama adalah ‘Sharp force trauma to the neck’ yang turut disokong oleh laporan post mortem berkaitan (eksibit P3). Manakala SP14 pula turut mengesahkan bahawa punca kematian si mati kedua juga adalah ‘Sharp force trauma to the neck’ yang turut disokong oleh laporan post morterm berkaitan P130).
27
Berdasarkan laporan post mortem disediakan oleh SP1 (eksibit P3), post mortem ke atas si mati pertama telah dijalankan pada 9.1.2019 lebih kurang pukul 2.05 petang hingga 3.55 petang di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
28
Dalam keterangannya, SP1 telah menjelaskan bahawa beliau telah menjalankan pemeriksaan luaran terhadap si mati pertama dan hasil pemeriksaan diringkaskan seperti yang berikut: a) Mayat si mati pertama dalam keadaan baik iaitu tiada perubahan akibat proses pembusukan; b) Didapati bahagian kepala dan badan dan anggota tubuh atas si mati pertama berlumuran darah dan didapati juga bahawa kaku mayat juga telah terbentuk sepenuhnya; dan c) Tiada kesan kecederaan pada kemaluan dan tubuh si mati
29
Hasil pemeriksaan luaran juga mendapati si mati pertama mengalami kecederaan luaran yang diringkaskan seperti yang berikut: a) luka tikaman yang cetek berhampiran tepi luar mata kiri; b) luka hirisan yang dalam di pipi kanan dan telinga kanan yang telah membelah cuping telinga tersebut dan memotong otot pipi kanan; c) luka-luka hirisan di tepi kanan dan di hadapan leher dan juga di rahang bawah kanan. SP1 mendapati luka-luka tersebut telah dihasilkan oleh hirisan-hirisan berganda yang bertindih iaitu sekurang-kurangnya 11 hirisan telah menghasilkan luka di leher dan tiga hirisan telah menghasilkan luka di rahang bawah kanan. Luka di leher adalah sepanjang 14 cm dan sedalam 3.5 cm dan luka ini telah mendedahkan tulang belakang leher serta larinks dan arteri karotid kanan yg terpotong; d) luka hirisan yang cetek sepanjang 8 cm di tepi kiri kepala serta sekurang-kurangnya lima luka hirisan di tepi kiri leher dan rahang bawah kiri yang bersifat cetek ke separa dalam; e) ada sekurang-kurangnya lapan luka hirisan yg cetek di bahagian belakang leher serta luka hirisan yang dalam di sebelah kanan belakang leher yang dihasilkan oleh sekurang-kurangnya tiga hirisan yg bertindih; f) luka tetakan sepanjang 3 cm di bahagian tengah belakang kepala; g) dua luka hirisan sepanjang 8 cm dan 3 cm di kawasan bahu kiri; h) ada sekurang-kurangnya empat kesan lebam yang berbentuk landasan di bahagian atas belakang badan; i) ada sekurang-kurangnya lapan luka hirisan yang cetek di bahagian atas dan tengah belakang badan; j) dua luka tikaman di belakang badan; k) luka-luka hirisan yang cetek di belakang lengan atas kanan, di belakang ibu jari kiri dan di sebelah hadapan lutut kanan.
30
Selanjutnya SP1 turut mengesahkan dalam keterangannya tentang hasil pemeriksaan dalaman yang dijalankan, seperti yang berikut: a) Pemeriksaan kepada bahagian kepala: Pendarahan di bawah lapisan kulit kepala di bahagian belakang kepala. Ada kesan tetakan di luar tengkorak di sebelah belakang kepala tetapi tiada pendarahan pada selaput otak dan tiada tanda kecederaan atau sakit biasa pada otak. b) Pemeriksaan dalaman bahagian leher: Bahagian atas kelenjar tiroid telah terpotong. Larinks telah terpotong dua. Vena jugular kanan serta arteri karotid kanan dan saraf vagus kanan telah terpotong sepenuhnya. Otot-otot di sebelah kanan leher juga telah terpotong sepenuhnya. Ada kesan-kesan hirisan pada sebelah hadapan tulang-tulang di bawah tulang belakang leher. c) Pemeriksaan dalaman bahagian dada: Kesan hirisan pada tulang selangka kiri tetapi tiada luka tikaman yang menembusi sangkar dada dan organ-organ dada juga tidak menunjukkan tanda-tanda kecederaan atau penyakit biasa. d) Pemeriksaan dalaman bahagian abdomen: Tiada kecederaan atau sakit biasa pada organ-organ abdomen.
31
SP1 dalam keterangannya juga mengesahkan bahawa kecederaan yang menyebabkan kematian si mati pertama adalah kecederaan yang diringkaskan sebagai hirisan di tepi kanan dan hadapan leher. SP1 turut mengesahkan bahawa kecederaan dialami si mati pertama bersifat maut secara langsung yang memang tiada peluang untuk diselamatkan. SP1 turut mengesahkan bahawa kecederaan dialami si mati juga tidak mungkin diakibatkan oleh kemalangan dan juga bukanlah ‘self-inflicted’.
32
Berdasarkan keseluruhan fakta-fakta dan keterangan dikemukakan oleh SP1 ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa kematian si mati pertama adalah akibat daripada kecederaan di bahagian leher yang dialaminya.
33
Berdasarkan laporan post mortem disediakan oleh SP14 (eksibit P130), post mortem ke atas si mati kedua telah dijalankan pada 9.1.2019 lebih kurang pukul 2.15 petang hingga 4.00 petang di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
34
Dalam keterangannya, SP14 telah menjelaskan bahawa beliau telah menjalankan pemeriksaan luaran terhadap si mati kedua dan hasil pemeriksaan diringkaskan seperti yang berikut: a) Mayat si mati kedua dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan tanda pereputan; b) Kaku mayat telah terbentuk sepenuhnya; c) Lebam mayat kelihatan pada permukaan belakang badan; d) Tiada kecacatan fizikal pada jasad bayi tersebut; e) Terdapat beberapa helai rambut pada genggaman tangan kanan.
35
Hasil pemeriksaan luaran juga mendapati si mati kedua mengalami kecederaan luaran yang diringkaskan seperti yang berikut: a) Dua luka hirisan yang berukuran 7 cm dan 10 cm Panjang yang bersilang antara satu sama lain pada permukaan hadapan bahagian bawah kiri dagu; b) Satu jurang luka yang besar dan panjang 13 cm merentangi permukaan hadapan leher daripada kanan ke kiri yang mana jurang luka tersebut terdiri daripada kira-kira enam hingga tujuh campuran luka hirisan dan tetakan yang mana ia mendedahkan otot-otot leher, saluran darah di leher, bahagian larinks dan tulang belakang leher yang telah tercedera; c) Beberapa luka hiris kecil dan cetek di kawasan sekitar dagu, pangkal leher, permukaan sisi belakang kiri kepala, permukaan belakang telinga kiri, permukaan belakang leher/tengkuk, permukaan sisi belakang kanan kepala, cuping telinga kanan dan bahu kanan; d) Kesan lecet dan lebam pada telingan kanan, bahu kiri dan siku kiri.
36
Selanjutnya SP14 turut mengesahkan dalam keterangannya tentang hasil pemeriksaan dalaman yang dijalankan, seperti yang berikut: a) Otot leher kiri dan kanan telah terputus sepenuhnya; b) Rawan thyroid iaitu salah satu rawan yang membentuk larinks juga telah terpotong sepenuhnya; c) Pada kelenjar thyroid terdapat kesan-kesan potongan; d) Kedua-dua arteri karotid kiri dan kanan serta vena jugular kiri dan kanan juga telah terpotong sepenuhnya; e) bhg atas saluran pemakanan esofagus yang terletak di belakang larinks juga telah terpotong sepenuhnya; f) pada tulang belakang leher yang melibatkan tulang cervical kedua hingga keenam, pada permukaan hadapan tulang-tulang tersebut terdapat sekurang-kurangnya enam hingga tujuh kesan potongan; g) terdapat juga pendarahan pada permukaan dalam kulit kepala di bahagian atas ataupun verteks. Namun begitu, tempurung kepala tidak retak dan tiada kecederaan pada organ otak; h) Pemeriksaan pada bahagian dada dan abdomen tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kecederaan. Tiada juga penyakit yang dapat dilihat dengan mata kasar ditemui semasa pemeriksaan dalaman organ-organ tersebut.
37
SP14 dalam keterangannya juga mengesahkan bahawa punca kematian si mati kedua adalah kecederaan daya tajam pada bahagian leher yang mana ia merujuk kepada kecederaan jurang luka yang besar yang telah memotong saluran darah utama di leher serta saluran pernafasan iaitu bahagian larinks. Keterangan SP14 turut mengesahkan bahawa kecederaan dialami si mati kedua bersifat maut secara langsung ataupun kematian serta merta (instantaneous). Selanjutnya SP14 turut mengesahkan bahawa kecederaan dialami si mati kedua juga tidak mungkin diakibatkan oleh kemalangan.
38
Berdasarkan keseluruhan fakta-fakta dan keterangan dikemukakan oleh SP14 ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa kematian si mati kedua adalah akibat daripada kecederaan di bahagian leher yang dialaminya.
39
Di samping itu juga, pihak Pembelaan juga tidak pernah menafikan mahupun mempertikaikan elemen kedua ini iaitu bahawa kedua-dua si mati telah mati akibat daripada bencana tubuh/kecederaan di bahagian leher yang dialami mereka. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa elemen kedua ini juga telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Elemen (c): bahawa bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh si mati pertama dan si mati kedua adalah akibat perbuatan OKT
40
Bagi elemen ini, pihak Pendakwaan bergantung kepada keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) kerana tiada saksi mata yang melihat secara jelas OKT telah melakukan kecederaan yang dialami oleh kedua-dua si mati yang membawa kepada kematian mereka.
41
Dalam membuktikan keterangan mengikut keadaan ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Pathmanabhan a/l Nalliannen v Public Prosecutor and other appeals [2017] 3 MLJ 141 telah memutuskan seperti yang berikut: “[173] The law is well settled on the standard of proof required in criminal cases where the evidence presented before the court to prove the commission of the offence by the accused person is circumstantial in nature.
174
In Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] 1 MLJ 307, Thomson CJ, said that ‘… where the evidence is wholly circumstantial what has to be considered is not only the strength of each individual strand of evidence but also the combined strength of these strands when twisted together to make a rope’.
175
In Ahmad Najib bin Aris v Public Prosecutor [2007] 2 MLJ 505; [2007] 2 CLJ 229, Abdul Aziz Mohamad JCA (as he then was), delivering the judgment of the Court of Appeal said: … As to what circumstantial evidence is, it is needful to quote only that part of the summing up to the jury that is set out in Idris v Public Prosecutor [1960] MLJ 296 at p 297; [1960] 1 LNS 40: With regard to the definition of circumstantial evidence I can give you no better definition than quote to you the words of Lord Cairns in the case of Belhaven & Stenton Peerage reported in 1875–6 Appeal Cases, p 279: My Lords, in dealing with circumstantial evidence we have to consider the weight which is to be given to the united force of all the circumstances put together. You may have a ray of light so feeble that by itself it will do little to elucidate a dark corner. But on the other hand you may have a number of rays, each of them insufficient, but all converging and brought to bear upon the same point, and when united, producing a body of illumination which will clear away the darkness which you are endeavouring to dispel. In other words circumstantial evidence consists of this: that when you look at all the surrounding circumstances, you find such a series of undesigned, unexpected coincidences that, as a reasonable person, you find your judgment is compelled to one conclusion. If the circumstantial evidence is such as to fall short of that standard, if it does not satisfy that test, if it leaves gaps then it is of no use at all …”. [penekanan ditambah]
42
Pihak Pendakwaan telah menghujahkan bahawa keterangan saksi-saksi Pendakwaan berjaya membuktikan bahawa OKT yang telah mengakibatkan kecederaan yang dialami oleh kedua-dua si mati. Pendakwaan berhujah berdasarkan kepada fakta-fakta berikut: a) OKT merupakan individu terakhir yang dilihat ada bersama kedua-dua si mati di dalam rumah pada hari kejadian; b) Sejurus keluar dari rumah tersebut, OKT terus pergi ke hadapan rumah SP13 dan mengeluarkan kata-kata ‘Anak-anak dah mandi darah’; c) Keterangan oleh ahli kimia DNA (SP15) yang mengesahkan terdapat kesan DNA kedua-dua si mati pada baju OKT (eksibit P55), seluar jeans yang dipakai OKT (eksibit P110) dan kuku OKT (eksibit-eksibit P114 dan P115); d) Keterangan SP12 dan SP18 yang melihat OKT masuk ke rumah tersebut pada malam kejadian dengan memegang dua bilah pedang di kedua-dua tangannya; e) OKT juga telah cuba menyerang SP12 tetapi gagal mengakibatkan sebarang kecederaan, dan dilihat oleh SP12 memasuki ke dalam bilik tidurnya di mana kedua-dua si mati sedang tidur; f) OKT juga telah menyerang dan mencederakan SP18 menggunakan pedang yang dibawanya; g) Pedang krom (eksibit P99) yang dibawa OKT ditinggalkan di atas tilam berhampiran mayat kedua-dua si mati.
43
Mahkamah ini telah meneliti hujahan pihak Pendakwaan berkenaan fakta-fakta dikemukakan bagi membuktikan elemen ini. Fakta bahawa OKT merupakan individu terakhir yang dilihat bersama kedua-dua si mati di dalam rumah tersebut telah disahkan oleh SP12. Berdasarkan keterangan SP12, apabila mendengar bunyi bising-bising di luar biliknya dan setelah pintu rumah ditendang dengan kuat, SP12 telah pergi melihat apa yang berlaku dan mendapati SP18 dan OKT sedang bergelut.
44
Apabila SP12 bertanya ‘Ada apa ni bising-bising?’, OKT telah datang ke arah SP12 dan telah cuba menyerang SP12 dengan salah satu pedang dibawanya tetapi tidak berjaya. Bilik SP12 hanya mempunyai langsir pintu, dan setelah OKT gagal menyerangnya, SP12 telah terus melarikan diri keluar dari bilik. Semasa SP12 berlari keluar menuju ke arah pintu dapur, SP12 sempat melihat OKT memasuki biliknya yang mana pada ketika itu kedua-dua si mati sedang tidur. Pada ketika itu, SP18 juga telah berlari keluar dari rumah tersebut.
45
Setelah SP12 berjaya melarikan diri ke rumah SP13 dan berlindung di rumah tersebut, OKT telah keluar dari rumah tersebut dan mengeluarkan kata-kata ‘Anak-anak dah mandi darah dah’. SP12, SP13 dan SP18 mengesahkan mendengar OKT mengeluarkan kata-kata tersebut. Malahan, berdasarkan keterangan SP18, setelah beliau berjaya lari keluar dari rumah tersebut, SP18 telah berdiri di hadapan rumah yang dapat melihat secara jelas pintu dapur rumah tersebut. Tidak lama selepas itu, SP18 telah melihat OKT keluar dari rumah dan pergi ke hadapan rumah SP13 dan mengeluarkan kata-kata tersebut. Selepas itu, apabila OKT melihat SP18 memerhatikannya, OKT telah cuba menyerang SP18 lagi tetapi SP18 telah melarikan diri. SP18 kemudiannya melihat OKT menunggang motosikalnya dan beredar dari rumah tersebut.
46
Berdasarkan keterangan SP12, SP18 dan juga SP21 rumah tempat kejadian hanya mempunyai satu pintu akses iaitu pintu dapur. Pintu satu lagi di bahagian hadapan rumah telah lama tidak digunakan dan ditutup kerana telah diubah suai menjadi bilik. Siasatan SP8 juga mengesahkan fakta ini.
47
Pendakwaan menghujahkan bahawa memandangkan OKT merupakan individu terakhir yang dilihat telah memasuki bilik di mana kedua-dua si mati sedang tidur, dan setelah OKT keluar dari bilik tersebut, kedua-dua si mati telah ditemui mati di atas katil tempat mereka sedang tidur, maka inferens yang boleh dibuat berdasarkan teori ‘last seen together’ adalah bahawa OKT yang telah mengakibatkan kecederaan dialami kedua-dua si mati yang telah mengakibatkan kematian mereka.
48
Teori ‘last seen together’ ini telah dibincangkan dalam kes Zarmayade Abdullah lwn. PP [2024] CLJU 1277, pada mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[39] Kami bersetuju dengan hujahan TPR di atas dan dengan dapatan HMT. Kami merujuk kepada kes Salem Anak Brayon v. PP [2022] 1 LNS 2917 yang dirujuk oleh TPR di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[52] Another important point was also advanced before us by the Respondent concerning the principle of the last person having been seen together with the deceased before she was discovered dead. PW17, the sole eye-witness to the incident, who was accepted by the LJ to be a credible and truthful witness testified that the Appellant was with the deceased when she left the room after the incident when the commotion stopped. Another witness, PW14, testified that she saw the Appellant leave the Deceased's room around 10.20pm.
53
Our attention was drawn to the Indian Supreme Court decision of Ashok v. State of Maharashtra [2015] 4 Supreme Court 393 where the Supreme Court of India held that: "The "last seen together" theory has been elucidated by this Court in Trimukh Marotiu Kirkan v. State of Maharashtra [2006] 10 SCC 106, in the following words: "Where an accused is alleged to have committed the murder of his wife and the prosecution succeeds in leading evidence to show that shortly before the commission of crime they were seen together or the offence takes place in the dwelling home where the husband also normally resided, it has been consistently held that if the accused does not offer an explanation how the wife received injuries or offers an explanation which is found to be false, it is a strong circumstance which indicates that he is responsible for commission of the crime. Thus, the doctrine of last seen together shifts the burden of proof on the accused, requiring him to explain how the incident had occurred. Failure on the part of the accused to furnish any explanation in this regard, would give rise to a very strong presumption against him."
54
Under the circumstances of this case where, in our view, the 'last seen together' theory applies, the burden shifted to the Appellant to proffer a strong and cogent explanation and rebut the presumption that his act or series of acts led to the Deceased's death and the inference that he committed the acts. The absence of such an explanation would be detrimental to his defence. (See Nika Ram v. State of H.P. [1972] 2 SCC 80; Kanhaiya Lal v. State of Rajasthan [2014] 4 SCC 715)."
40
Berdasarkan keseluruhan fakta kes ini, kami bersetuju dengan dapatan HMT bahawa keterangan menunjukkan Perayu adalah orang terakhir bersama Simati sebelum beliau dijumpai mati. Oleh itu, HMT tidak terkhilaf dalam menggunapakai prinsip "last seen together" terhadap Perayu.”. [penekanan ditambah]
49
Berdasarkan autoriti dan keterangan saksi-saksi Pendakwaan dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa teori ‘last seen together’ ini terpakai terhadap OKT. Ini kerana OKT telah memasuki rumah tersebut dan menyerang SP12 dan SP18 menggunakan dua bilah pedang yang dibawanya. OKT juga telah dilihat oleh SP12 memasuki bilik tidur di mana kedua-dua si mati sedang tidur. SP12 melihat OKT membawa kedua-dua pedang di tangannya semasa memasuki bilik tidurnya. SP18 telah melihat OKT telah keluar dari rumah tersebut melalui pintu dapur yang merupakan satu-satunya pintu untuk keluar dari rumah tersebut. SP12, SP13 dan SP18 telah mendengar OKT mengeluarkan kata-kata ‘Anak-anak dah mandi darah dah’ dan selanjutnya SP18 telah melihat OKT menunggang motosikal dan beredar dari rumah tersebut. SP13 turut menyatakan bahawa semasa melihat OKT beredar dari hadapan rumahnya, SP13 nampak OKT meletakkan satu pedang di dalam raga motor OKT. Keterangan SP13 ini turut menyokong fakta bahawa OKT telah membawa dua bilah pedang semasa memasuki rumah tersebut dan penemuan satu pedang krom (eksibit P99) di atas katil di mana mayat kedua-dua si mati ditemui menunjukkan bahawa OKT telah meninggalkan salah satu pedang dibawanya di dalam bilik tidur tempat kejadian. Oleh itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa OKT adalah merupakan individu yang telah mengakibatkan kecederaan yang mengakibatkan kematian terhadap kedua-dua si mati.
50
Selain itu juga, keterangan DNA yang mengesahkan bahawa terdapat kesan darah kedua-dua si mati pada kuku OKT, seluar jeans yang dipakai OKT dan juga T-shirt OKT, turut menimbulkan inferens bahawa OKT adalah orang terakhir bersama kedua-dua si mati dan merupakan individu yang telah menyebabkan kecederaan yang membawa kepada kematian kedua-dua si mati. Ini kerana berdasarkan keterangan SP12, kedua-dua si mati ditinggalkan beliau dalam keadaan sedang tidur dan selepas OKT keluar dari rumah tersebut, kedua-dua si mati telah ditemui mati dengan kecederaan di bahagian leher mereka.
51
Berdasarkan keterangan SP1, kecederaan yang mengakibatkan kematian si mati pertama boleh diakibatkan oleh objek tajam dan berat seperti parang atau pedang. SP1 telah dirujuk dengan eksibit P99 (pedang krom yang ditemui di atas katil) dan eksibit P91 (mata pedang) dan mengesahkan bahawa kedua-dua eksibit tersebut boleh menghasilkan kecederaan sebagaimana yang dialami oleh si mati pertama.
52
Berdasarkan keterangan SP14 pula, kecederaan yang mengakibatkan kematian si mati kedua boleh diakibatkan oleh objek tajam, pipih dan berat. SP14 telah turut dirujuk dengan eksibit P91 (mata pedang) dan mengesahkan bahawa pada pandangan beliau, boleh menyebabkan hirisan tajam pada bahagian leher si mati kedua.
53
Eksibit P99 (pedang krom) dan eksibit P91 (mata pedang) telah dicamkan oleh SP12 sebagai senjata yang dibawa oleh OKT semasa memasuki rumah dan menyerangnya.
54
Sehubungan itu, berdasarkan keseluruhan fakta dinyatakan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh si mati pertama dan si mati kedua adalah akibat perbuatan OKT. Sehubungan itu, pihak Pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen pertuduhan ini. Elemen
d
(d): bahawa perbuatan menyebabkan bencana tubuh/mencederakan tersebut dilakukan oleh OKT dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh/kecederaan kepada si mati pertama dan si mati kedua, dan bencana tubuh/kecederaan dimaksudkan adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Kanun Keseksaan [55] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa OKT tidak mempunyai niat untuk menyebabkan kematian kedua-dua si mati. Secara umumnya, pada peringkat ini juga, pihak Pembelaan mencadangkan bahawa OKT tidak tahu apa yang telah berlaku pada hari dan waktu kejadian. [56] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa apa yang perlu dibuktikan bukanlah niat OKT untuk menyebabkan kematian, tetapi niat OKT untuk mengakibatkan kecederaan, dan kecederaan yang dialami oleh kedua-dua si mati adalah cukup pada lazimnya menyebabkan kematian, sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 300(c) Akta 574. Dalam erti kata lain, dalam membuktikan niat membunuh OKT, pihak Pendakwaan bergantung kepada peruntukan subseksyen 300(c) Akta 574. [57] Pemakaian subseksyen 300(c) Akta 574 ini telah dibincangkan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammad Akmal Zuhairi Azmal & Yang Lain lwn. PP [2025] 4 CLJ 837. Dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[85] Seterusnya, salah satu elemen yang penting dalam pembuktian s. 300(c) ialah kecederaan luka-luka bakar yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. Penekanan di sini adalah pada frasa "lazimnya untuk menyebabkan kematian". (In the ordinary course of nature to cause death). [86] Kamus Dewan Perdana oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di ms. 1269, mentafsirkan makna perkataan "lazim" sebagai "biasa" atau "selalu". Di sini, perkataan lazimnya untuk menyebabkan kematian membawa maksud kebiasaannya atau selalunya membawa kematian. Sehubungan itu, pihak pendakwaan mesti membuktikan melampaui keraguan yang munasabah bahawa kecederaan luka-luka bakar yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada kebiasaannya atau selalunya untuk menyebabkan kematian. [87] Maksud frasa 'mencukupi pada lazimnya menyebabkan kematian' atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'sufficient in ordinary course of nature to cause death' ada dijelaskan dalam kes State Of AP v. Rayavarapu Punnayya & Anor [1977] AIR 45 seperti yang berikut:
16
In Clause 3 of Section 300, instead of the words likely to cause death occurring in the corresponding clause (b) of section 299, the words "sufficient in the ordinary course of nature" have been used. Obviously, the distinction lies between a bodily injury likely to cause death and a bodily injury sufficient in the ordinary course of nature to cause death. The distinction is fine but real and if overlooked, may result in miscarriage of justice. The difference between Clause (b) of section 299and Clause (3) of section 300 is one of the degree of probability of death resulting from the intended bodily injury. To put it more broadly, it is the degree of probability of death which determines whether a culpable homicide is of the gravest, medium or the lowest degree. The word "likely" in clause (b) of section 299 conveys the sense of probable as distinguished from a mere possibility. The words "bodily injury...sufficient in the ordinary course of nature to cause death" mean that death will be "most probable" result of the injury, having regard to the ordinary course of nature. (penekanan ditambah) [88] Selanjutnya, maksud "sufficient" di bawah s. 300(c) yang dinyatakan di atas telah juga disentuh dalam kes Zulkiple Mohamad di mana dinyatakan: [34] In another Singapore Court of Appeal decision, it was held in Wang Wenfeng v. PP [2012] SGCA 47 that if the bodily injury intentionally inflicted was sufficient in the ordinary course of nature to cause death, s. 300(c)murder would have been committed "as a matter of course". Chan Sek Keong CJ speaking for the court also touched on the issue of "sufficiency" at p. 602:
33
33."Sufficiency" in this context refers to the high probability of death in the ordinary course of nature (Rajwant Singh v. State of Kerala, AIR 1966 SC 1874 at 1879). The test of whether a bodily injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death is objective - it is not necessary for the accused to have known or intended the potentially fatal consequence of inflicting the bodily injury. It is sufficient that the accused intentionally caused the particular bodily injury inflicted (Tan Chee Wee at [42]-[43]). Hence, a fatal act accidentally caused is a defence to a charge of s. 300(c)murder. (penekanan ditambah)”. [penekanan ditambah] [58] Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut di atas, niat yang perlu dibuktikan bukanlah niat menyebabkan kecederaan sehingga mengakibatkan kematian, tetapi cukup dengan sekadar niat untuk menyebabkan kecederaan tersebut, dan kecederaan tersebut pula cukup, secara lazimnya akan menyebabkan kematian. Secara ‘lazimnya’ pula membawa maksud bahawa kecederaan yang dialami selalunya akan mengakibatkan kematian. [59] Niat seseorang tidak boleh dibuktikan melalui keterangan langsung, sebaliknya hanya boleh dibuktikan melalui inferens berdasarkan fakta-fakta dikemukakan. Dalam kes ini, niat untuk menyebabkan kecederaan perlu dilihat dari keseluruhan fakta kes dikemukakan. [60] Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dikemukakan oleh Pendakwaan dan mendapati bahawa fakta OKT telah datang ke rumah tempat kejadian dengan membawa dua bilah pedang adalah tidak dinafikan, malah terdapat keterangan jelas daripada SP12 dan SP18 yang melihat OKT memegang dua bilah pedang. OKT juga telah bertindak menyerang SP12 dan SP18 semasa di dalam rumah tersebut. [61] Selain itu juga, terdapat fakta bahawa sebaik keluar dari rumah tersebut, OKT telah pergi ke hadapan rumah SP13 dan mengeluarkan kata-kata ‘Anak-anak dah mandi darah dah’. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pendakwaan bahawa tindakah OKT ini merupakan perlakuan yang boleh diterima pakai di bawah seksyen 8 Akta Keterangan [Akta 56]. [62] Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta 56, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607. [63] Di samping itu juga, pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa elemen ini turut dibuktikan melalui keterangan pakar SP1 dan SP14 yang telah menjalankan post mortem terhadap kedua-dua si mati. [64] Dalam kes Muhammad Akmal Zuhairi Azmal & Yang Lain lwn. PP (supra) tersebut, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa dalam menentukan sama ada kecederaan yang dialami oleh si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian adalah suatu persoalan fakta yang perlu ditentukan oleh Mahkamah: “[89] Kembali kepada kes ini, isu sama ada kecederaan luka bakar yang dialami oleh si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian merupakan suatu persoalan fakta yang perlu ditentukan oleh mahkamah. Dalam membuat dapatan fakta ini, mahkamah perlu mempertimbangkan segala keterangan yang relevan terutamanya keterangan forensik dan perubatan seperti keterangan pakar yang melakukan bedah siasat terhadap si mati dan laporan bedah siasat serta keterangan pakar lain dalam bidang ini. Keterangan pakar-pakar ini amat penting dalam membantu mahkamah menentukan isu sama ada kecederaan luka bakar tersebut pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian kepada si mati. Mahkamah juga perlu meneliti keterangan lain yang relevan seperti keterangan saksi-saksi selepas kejadian si mati ditekap dengan seterika wap berkenaan yang boleh menunjukkan keadaan si mati setelah mengalami kecederaan berkenaan. (Lihat PP v. Muhammad Khairuanuar Baharuddin & Another Appeal [2025] 1 CLJ 517; PP v. Sanderasegaran Nithenanham [2024] 4 CLJ 823; Zulkiple Mohamad v. PP [2022] 1 CLJ 673). [90] Dinyatakan di sini juga keterangan pakar tidak sama sekali mengikat hakim bicara dalam membuat dapatan fakta berhubung isu ini tetapi akan membantu hakim bicara membuat dapatan fakta berkenaan dan dalam kes ini sama ada kecederaan pada si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian. Keterangan pakar in boleh diterima di bawah s. 45 Akta Keterangan 1950.”. [65] Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan di atas, Mahkamah ini perlu meneliti keseluruhan keterangan pakar dan juga keterangan-keterangan lain dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, bagi menentukan fakta bahawa kecederaan dialami kedua-dua si mati secara lazimnya cukup untuk menyebabkan kematian ataupun tidak. [66] Keterangan SP1 mengesahkan bahawa kecederaan dialami si mati pertama bersifat maut secara langsung yang memang tiada peluang untuk diselamatkan. SP1 dalam keterangannya turut menyatakan bahawa walau apa pertolongan kecemasan perubatan yang mungkin boleh diberikan, tidak mengubah hakikat bahawa kematian pasti berlaku. SP1 turut mengesahkan bahawa kecederaan dialami si mati pertama juga tidak mungkin diakibatkan oleh kemalangan dan juga bukanlah ‘self-inflicted’. [67] Keterangan SP14 pula mengesahkan bahawa kecederaan dialami si mati kedua bersifat maut secara langsung ataupun kematian serta merta (instantaneous). SP14 turut menyatakan bahawa bagi kecederaan yang dialami oleh si mati kedua, peluang untuk diselamatkan (chances of survival) hampir tidak ada. Selanjutnya SP14 turut mengesahkan bahawa kecederaan dialami si mati kedua juga tidak mungkin diakibatkan oleh kemalangan. Juga berdasarkan laporan post mortem (eksibit P130) yang disediakan oleh SP14, didapati tiada sebarang penyakit tertentu yang boleh menyumbang atau menyebabkan kematian pada si mati kedua. [68] Mahkamah telah meneliti keterangan kedua-dua orang saksi pakar SP1 dan SP14 ini dan berdasarkan kecederaan yang dialami oleh kedua-dua si mati iaitu kecederaan di bahagian leher dalam keadaan kedua-dua leher hampir putus sepenuhnya, Mahkamah ini berpendapat bahawa kecederaan yang dialami oleh kedua-dua si mati, secara lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian. Sehubungan itu, secara keseluruhannya Mahkamah ini mendapati bahawa OKT mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan terhadap kedua-dua si mati dan kecederaan dialami kedua-dua si mati tersebut secara lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian. KEPUTUSAN PADA AKHIR KES PENDAKWAAN [69] Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT iaitu: a) bahawa simati dalam pertuduhan pertama (si mati pertama) dan si mati dalam pertuduhan kedua (si mati kedua) telah mati; b) bahawa si mati pertama dan si mati kedua telah mati akibat daripada bencana tubuh/kecederaan di bahagian leher yang dialami mereka; c) bahawa bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh si mati pertama dan si mati kedua adalah akibat perbuatan OKT; d) bahawa perbuatan menyebabkan bencana tubuh/mencederakan tersebut dilakukan oleh OKT dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh/kecederaan kepada si mati pertama dan si mati kedua, dan bencana tubuh/kecederaan dimaksudkan adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Kanun Keseksaan. [70] Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas kedua-dua pertuduhan terhadapnya. NARATIF KES PEMBELAAN [71] Pada peringkat pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan Pembelaan tidak memanggil mana-mana saksi lain, walaupun pada awalnya pihak Pembelaan berniat untuk memanggil Dr Ian Lloyd Anthony, Pakar Perunding Forensik Psikiatri dan Ketua SubKepakaran Forensik Psikiatri KKM, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan, yang telah mengeluarkan Laporan Perubatan Forensik Psikiatri (eksibit P186) ke atas OKT. [72] Keterangan OKT secara umumnya menyatakan bahawa 2 atau 3 hari sebelum kejadian, OKT telah pergi berjumpa SP21 (bapa kedua-dua si mati) di rumah SP21. Kemudiannya mereka telah keluar pergi ke kedai kopi dan semasa di kedai kopi, OKT telah meminta bantuan untuk mencarikan OKT pekerjaan dan SP21 memaklumkan bahawa jika hendak ke Kuala Lumpur jauh dan OKT sudah berumur. Kemudian OKT telah meminta bantuan SP21 untuk menghantarnya ke rumah kakak OKT di Alor Setar. SP21 menyatakan sudah malam dan SP21 juga mengatakan bahawa dia ada kerja untuk menghantar ibu mertuanya ke klinik. Selepas habis bersembang, lebih kurang pukul 10.30 – 11 mlm, SP21 pun beredar. OKT seterusnya menyatakan bahawa OKT tidak ingat dan tidak sedar langsung apa yang telah berlaku sehinggalah OKT mendengar suara dari belakang yang mengatakan OKT telah melanggar polis. Pihak Pembelaan turut merujuk kepada rakaman percakapan OKT di bawah seksyen 112 KTJ (eksibit D189) yang telah dikemukakan melalui SP8 pada peringkat kes Pendakwaan. OKT mengesahkan bahawa keterangannya sebagaimana dalam keterangan eksibit D189 adalah benar. [73] Semasa soal balas oleh Pendakwaan, OKT mengakui bahawa pada hari kejadian OKT telah menaiki motosikal keluar dari rumahnya. Namun begitu, OKT tidak bersetuju yang dia telah menaiki motosikalnya ke rumah SP21 dan menafikan mengetahui atau sedar apa yang telah berlaku. ANALISIS DAN DAPATAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN [74] Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. [75] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah] [76] OKT telah memilih memberi keterangan bersumpah dan secara umumnya pembelaan OKT mengetengahkan fakta bahawa OKT tidak sedar dan tidak mengetahui apa yg telah berlaku semasa kejadian. Dalam erti kata lain, OKT mengetengahkan pembelaan ‘insanity’ sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 84 Akta 574. [77] Dalam menentukan pembelaan di bawah seksyen 84 Akta 574 ini, beban pembuktian adalah terletak kepada pihak Pembelaan. Pembelaan perlu membuktikan bahawa OKT semasa melakukan kesalahan tersebut tidak tahu atau tidak sedar apa yang dilakukannya, ataupun tahu apa yang dilakukannya tetapi tidak mengetahui apa yang dilakukan adalah salah. Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Mohd Rozani bin Yahya, Rayuan Jenayah 05(LB)-117-11/2023(D) tlh memutuskan pada 4.10.2024 bahawa: “[42] For the accused, to succeed on the defence of legal insanity, the accused must establish, often through psychiatric or psychological evaluations, that he/she was not in control of his/her reasoning during the commission of the offence. This defence is anchored in section 84 of the Penal Code, which outlines the conditions under which an accused can be considered legally insane. [43] The burden of proof for medical and legal insanity also differs. In legal insanity, the onus lies with the accused to prove his/her mental state at the time when the offence was committed pursuant to section 105 of the Evidence Act 1950. This burden though significant is not as onerous as the prosecution to prove the accused’s guilt. It is on a balance of probabilities and not merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case (see Rajagopal v PP [1976] CLJU 122 and Goh Yoke v PP [1969] CLJU 48) [44] To establish legal insanity, the accused must present a prima facie case, supported by reasonable materials. This involves presenting evidence of the accused’s conduct, before, during and immediately after the commission of the alleged offence, corroborated with the relevant medical documentation. The purpose is to convince the court that due to the accused’s mental capacity, the accused should be exempt from full criminal responsibility.”. [penekanan ditambah] [78] Berdasarkan keputusan PP v. Mohd Rozani bin Yahya (supra) di atas, jelas beban pembuktian pembelaan ‘insanity’ terletak kepada Pembelaan pada tahap atas imbangan kebarangkalian. Dan ini dapat dilakukan dengan antaranya menunjukkan fakta-fakta berkaitan perlakuan/perbuatan OKT sebelum, selepas dan semasa kejadian, di samping keterangan-keterangan sokongan berkaitan kedudukan kesihatan mental secara perubatan. [79] Berbalik kepada kes OKT ini, tiada sebarang keterangan berbentuk keterangan perubatan mahupun kesihatan mental OKT dikemukakan oleh pihak Pembelaan. Pembelaan hanya mengemukakan rakaman percakapan OKT (eksibit D189) yang secara ringkasnya menyatakan OKT tidak sedar apa yang berlaku semasa kejadian. [80] Keterangan SP21 (bapa kedua-dua si mati) yang merupakan rakan rapat kepada OKT menyatakan bahawa beliau mengenali OKT sejak kecil dan amat mengenali OKT. SP21 juga menyatakan yang beliau tidak pernah bergaduh dengan OKT. Namun begitu, menurut SP21, OKT merupakan seorang yang perengus iaitu seorang yang baran dan cepat marah. Keterangan SP8 yang merupakan pegawai penyiasat kes juga mengesahkan bahawa berdasarkan siasatan beliau, OKT merupakan seorang yang pemarah dan seorang yang bengis. [81] Sepanjang menjalankan siasatan, SP8 mengakui beliau tidak merujuk OKT untuk sebarang penilaian keadaan kesihatan mental kerana berdasarkan siasatan dijalankan, beliau mendapati bahawa OKT seorang yang waras. Siasatan beliau telah dijalankan dengan menemubual keluarga terdekat OKT iaitu bekas isteri OKT, adik ipar OKT, anak-anak OKT dan rakan-rakan terdekat OKT yang mengesahkan OKT seorang yang waras. Tanpa sebarang bukti berbentuk perubatan, kelakuan OKT yang pemarah, bengis dan perengus tidak boleh dianggap sebagai tidak waras, lebih-lebih lagi kerana berdasarkan keterangan SP8, walaupun OKT pemarah, tetapi beliau tidak berkelakuan sedemikian terhadap anak-anaknya. Ini menunjukkan bahawa sifat pemarah, bengis atau perengus OKT adalah sifat yang boleh dikawal. [82] Di samping itu, siasatan SP8 turut mendapati bahawa motif perbuatan OKT adalah berasaskan dendam kerana sebelum kejadian, OKT dan bapa kedua-dua si mati (SP21) telah berbincang di mana OKT telah meminta SP21 untuk membawa OKT ke Alor Setar untuk mencari pekerjaan tetapi SP21 tidak dapat membawa OKT atas alasan mahu membawa ibu mertuanya ke hospital. Namun begitu, pada keesokan harinya, SP21 tidak membawa ibu mertua ke hospital dan telah meletakkan kenderaan di hadapan rumah. Pada masa yang sama, SP21 telah bekerja di jeti ikan seperti biasa. Oleh kerana SP21 tidak dapat membantu OKT untuk membawa OKT ke Alor Setar dan dalam masa yang sama SP21 juga tidak membawa ibu mertuanya ke hospital, OKT berpendapat bahawa dia telah ditipu oleh SP21. Fakta-fakta tersebut di atas, pada pendapat Mahkamah ini adalah fakta-fakta yang relevan yang menunjukkan kelakuan OKT sebelum kejadian berlaku. [83] Setelah Mahkamah ini meneliti keseluruhan keterangan pembelaan dan juga keterangan-keterangan yang telah dikemukakan di peringkat Pendakwaan, Mahkamah ini berpendapat bahawa pembelaan dikemukakan OKT hanyalah satu penafian semata-mata. Ini kerana berdasarkan fakta kes yang dinaratifkan pada peringkat Pendakwaan, jelas tindakan-tindakan OKT menunjukkan bahawa beliau sedar dan mengetahui apa yang dilakukan. [84] Eksibit P186 yang merupakan laporan perubatan Forensik Psikiatri ke atas OKT yg dikemukakan oleh Pendakwaan adalah bertujuan bagi menentukan keadaan mental OKT sama ada layak untuk dibicarakan ataupun tidak. Laporan tersebut juga menjelaskan bahawa berdasarkan pemerhatian oleh pihak Hospital Bahagian Ulu Kinta, mendapati bahawa OKT tidak menghadapi penyakit mental. [85] Mahkamah ini tidak mengambilkira kesimpulan Eksibit P186 berkenaan kedudukan mental OKT semasa kejadian, memandangkan Pendakwaan sendiri tidak pernah memanggil Dr Ian Lloyd Anthony bagi tujuan mengesahkan penemuan beliau dlm eksibit P186 tersebut. [86] Namun begitu, berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan terutamanya keadaan sebelum, semasa dan selepas kejadian, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pembelaan telah gagal mengemukakan sebarang bukti bagi membuktikan kedudukan kesihatan mental OKT dalam pembelaan ‘insanity’ yang diketengahkan. Dalam hal ini Mahkamah ini berpendapat bahawa pembelaan telah gagal dalam membuktikan pembelaan mereka pada tahap imbangan kebarangkalian. Sehubungan itu, Mahk dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kedua-dua pertuduhan terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan dengan itu mensabitkan OKT atas pertuduhan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Akta 574 bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman [87] Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada mengenakan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. [88] Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah] [89] Namun begitu, dalam kes Public Prosecutor v Muhammad Khairuanuar bin Baharuddin and another appeal [2024] 6 MLJ 397 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[58] As on the sentence, and having considered the new amendment of the Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023 and submission by parties, we find the murder of the deceased, a child at the age of two years and two months is an exceptional case that refrains us from exercising our discretion to order an imprisonment sentence under the new Act. As such, the death sentence is maintained.” [penekanan ditambah] [90] Setelah mendengar hujahan mitigasi OKT dan hujahan pemberatan hukuman oleh pendakwaan, dan juga setelah Mahkamah mempertimbangkan keseluruhan fakta kes ini, iaitu bahawa fakta kedua-dua si mati merupakan kanak-kanak kecil yang tidak berdosa yang dalam keadaan tidak mampu mempertahankan diri sendiri (defenceless), juga fakta bahawa senjata yang digunakan iaitu pedang merupakan senjata berbahaya, serta bahagian badan di mana kecederaan diakibatkan iaitu di bahagian leher kedua-dua kanak-kanak kecil tersebut, dan punca kejadian adalah disebabkan dendam OKT terhadap SP21, pada pendapat Mahkamah ini merupakan suatu kes berkecuali (exceptional case) yang mewajarkan suatu hukuman mati dijatuhkan. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap OKT bagi setiap pertuduhan. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 29 Jun 2025. Timbalan Pendakwa Raya: Fatin Farahiyah binti Nadzri Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguambela OKT: B. Murthy Tetuan B. Murthy & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.