Content
1
BA-45A-68-04/2022
High Court of Malaysia22 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“earn an **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted”
“ned trial judge properly directed himself, he would nonetheless have come to the same finding. In the circumstances, the Court of Appeal ought to have applied the proviso to s. 60(1) of the Courts of Judicature Act 1964 that no substantial injustice had occurred **Note : Serial number will be used to verify the origina”
“defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; (iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.” [27] Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di”
“P13 yang dikemukakan secara fizikal di hadapan Mahkamah yang Mulia ini. Seterusnya, pihak pembelaan juga merujuk kepada keputusan kes Mahkamah Tinggi PP v Jeffery Wong Chow Chuen dan lain-lain lagi [2023] CLJU 2512. [54] Pihak Pendakwaan tidak mengemukakan sebarang keterangan dan/atau penjelasan mengenai barang kes yan”
“ang (statistik setakat Mei 2025) tanpa maklumat asas lain selain nama Robert yang dipetik oleh OKT. Mahkamah ini merujuk keputusan Mahkamah Rayuan atas isu yang sama iaitu Bavithran Paramasivan v. PP [2023] CLJU 934 yang mana Mohd Nazlan Mohd Ghazali JCA membuat dapatan bahawa: **Note : Serial number will be used to ve”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Pertuduhan ke atas OKT (Orang Kena Tuduh) adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 19 Ogos 2021 jam lebih kurang 12.10 pagi, bertempat di hadapan sebuah rumah yang bernombor EF30, Lorong Aman 1A, Townhouse Taman Kajang Utama, dalam Daerah Kajang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 65.6 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
OKT tidak mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan dan mohon untuk dibicarakan. 20/05/2025 14:05:45 Kand. 85
3
Pada 4.12.2024, di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan suatu kes prima facie terhadap OKT dan OKT dipanggil untuk membela diri.
4
OKT memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah di kandang saksi. Hanya OKT merupakan saksi pembelaan.
5
Pada 22.4.2025, di akhir kes pembelaan, Mahkamah memutuskan bahawa OKT bersalah dan mensabitkan OKT atas pertuduhan tersebut. Mahkamah ini menjatuhkan hukuman pemenjaraan seumur hidup (30 tahun) dari tarikh ditangkap dan 12 kali sebatan.
6
Tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah, OKT telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan.
7
Berikut adalah keputusan muktamad Mahkamah.
8
Bagi membuktikan pertuduhan tersebut, pihak pendakwaan telah memanggil saksi-saksi seperti berikut: SAKSI NAMA PERANAN SP1 Dr Nur Nazihah binti Md Shahari Ahli Kimia SP2 Sjn Mohamad Kamarulzaman bin Mohd Suki Pegawai Tangkapan SP3 Sjn Rokidin bin Arshad Jurustor SP4 Sjn Mohamad Zaki bin Hussin Jurufoto SP5 Insp Muhammad Amyriul Naufa bin Mohd Yusof Pegawai Penyiasat
9
Pada 19 Ogos 2021 jam lebih kurang 12.10 pagi, SP2 menyatakan bahawa SP2 telah melihat OKT di dalam keadaan mencurigakan semasa OKT hendak naik ke alamat EF30, Lorong Aman 1A, Townhouse Taman Kajang Utama.
10
SP2 menyatakan pada ketika itu, SP2 melihat OKT berseorangan dan memandang kiri, kanan dan belakang sebelum naik tangga untuk ke alamat tersebut dan melihat OKT ada memegang kotak putih P7.
11
SP2 kemudian bertindak untuk menahan OKT di hadapan pintu kediaman alamat tersebut dan hasil pemeriksaan terhadap kotak putih P7 yang berada ditangan OKT, SP2 telah menjumpai 31 peket lutsinar yang mengandungi bahan hablur Kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine (ab: 100.7 gram). SP2 juga mendapati setiap peket plastik dibungkus dengan sempurna dan kemas. SP2 kemudian telah menangkap OKT dan membawa OKT ke balai polis IPD Kajang untuk siasatan lanjut.
12
Di IPD Kajang, SP2 telah membuat timbangan dan tandaan terhadap setiap barang kes dihadapan OKT dan SP3 kemudiannya membuat laporan polis seperti mana Repot Kajang 24308/2021 (P14).
13
SP2 kemudian telah serahkan barang-barang rampasan, OKT, laporan polis P14 , borang bongkar P15 beserta borang serah menyerah P16 kepada Pegawai Penyiasat bertugas iaitu SP5.
14
SP1 di dalam keterangannya menyatakan telah menerima 1 sampul bertanda “AN” daripada SP5 pada 2.9.2021 dan satu resit rasmi nombor makmal 20- FR-B-15784 (P4) telah dikeluarkan oleh SP1.
15
SP1 telah memeriksa sampul “AN” tersebut dan mendapati di dalamnya 31 peket plastik bertanda "AK1" hingga "AK31" yang mengandungi bahan Kristal jernih. Setelah dianalisis SP1 mendapati berat bersih bahan tersebut ialah sejumlah 93.7gram yang mengandungi 65.6gram methamphetamine dan ianya adalah dadah yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
16
Barang kes yang telah selesai dianalisa berserta Laporan Kimia nombor makmal 20-FR-B-15784 (P5) telah diserahkan kepada Insp Nor Nadia binti Jamalullai pada 1.10.2021 dan kemudian didaftarkan ke dalam buku stor (P17) dengan no siri DK 340/2021 oleh SP3.
17
Elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah: 5 a. Bahan-bahan yang dijumpai di dalam 31 peket plastik tersebut adalah merupakan dadah yang tersenarai dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; b. OKT mempunyai pemilikan terhadap dadah-dadah yang terkandung di dalam kesemua peket plastik yang dirampas oleh SP2; c. Dadah tersebut bertujuan untuk pengedaran. [18] Elemen (i) Bahan-bahan yang dijumpai di dalam peket-peket plastik tersebut adalah merupakan dadah yang tersenarai dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 [19] SP1 di dalam keterangannya jelas menyatakan bahawa Methamphetamine disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Elemen ini tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan. [20] Elemen (ii) OKT mempunyai pemilikan terhadap dadah-dadah yang terkandung di dalam kesemua peket plastik yang dirampas oleh SP2. [21] Di dalam kes ini, SP2 dengan jelas menyatakan SP2 melihat kotak putih P7 yang mengandungi 31 peket dadah itu adalah dipegang oleh OKT dan ketika itu OKT adalah berseorangan. OKT juga kelihatan mencurigakan dan menggelabah. [22] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa memandangkan kotak putih P7 itu berada di tangan OKT, maka OKT seorang sahaja yang mempunyai kawalan/jagaan terhadap kotak putih P7 tersebut. Dengan terbuktinya ada kawalan/jagaan terhadap kotak putih P7 tersebut, pihak pendakwaan menghujahkan anggapan pengetahuan di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 juga terpakai. [23] Elemen (iii) Dadah tersebut bertujuan untuk pengedaran. Pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada definisi pengedaran di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Adalah dihujahkan bahawa perbuatan OKT ini adalah merupakan satu ‘direct trafficking di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. [24] Adalah dihujahkan bahawa perbuatan OKT memegang kotak putih P7 adalah termasuk dibawah definisi pengedaran iaitu “carrying”. Pihak pendakwaan merujuk kepada prinsip undang-undang mantap yang diputuskan di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu PP v. Abdul Manaf bin Muhamad Hassan [2006] 2 CLJ 129 dan PP v Herlina Purnama Sari [2016] 1 LNS 1855 untuk menyokong hujahannya. [25] Di dalam kes ini, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa 31 peket plastik lutsinar yang mengandungi dadah tersebut membolehkan inferen dibuat bahawa peket-peket kecil tersebut telah tersedia untuk diedarkan dan merupakan satu ‘over act’. HUJAHAN PEMBELAAN [26] Secara ringkasnya, hujahan pembelaan adalah berasaskan kepada dua isu pokok seperti berikut: a. Rantaian keterangan barang kes telah putus; dan b. Wujudnya “gap” antara keterangan saksi-saksi pendakwaan. [27] Pihak Pembelaan berhujah bahawa Pengadu (SP2) telah membuat Laporan Polis bertarikh 19.08.2021 (P14). Beliau dengan jelas menerusi P14 dan Pernyataan Saksi (PSP2) menyatakan bahawa OKT telah ditangkap pada 19.08.2021 jam lebih kurang 0010 hours. SP2 juga telah mengaku dalam perenggan 4 dan 5 PSP2 dan juga semasa pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula bahawa borang bongkar (P15) dan timbangan hanya telah dibuat di Balai Polis Kajang. [28] Pihak Pembelaan merujuk kepada PSP5, iaitu Pernyataan Saksi Pegawai Penyiasat Muhammad Amyriul Naufa B. Mohd Yusoff, perenggan 4 di mana SP5 telah menyatakan bahawa beliau telah menerima barang-barang kes berserta dengan borang bongkar pada 0210 hrs. Pihak Pembelaan berhujah bahawa terdapatnya rantaian keterangan barang-barang kes terputus kerana pihak Pendakwaan telah gagal mengemukakan keterangan di mana dan bagaimana barang kes dikendalikan pada masa 0010 hours sehingga 0210 hours. [29] Selain itu, pihak Pembelaan menegaskan bahawa masa juga tidak dinyatakan dalam Borang Serah Menyerah OKT/Barang Kes di P16. [30] Selain itu, SP2 juga telah mengakui bahawa tiada tandatangan beliau pada P13 dalam gambar barang kes di P18(2) tetapi ada pada P13 yang dikemukakan secara fizikal di hadapan Mahkamah yang Mulia ini. Seterusnya, pihak pembelaan juga merujuk kepada keputusan kes Mahkamah Tinggi PP v Jeffery Wong Chow Chuen dan lain-lain lagi [2023] CLJU 2512. [54] Pihak Pendakwaan tidak mengemukakan sebarang keterangan dan/atau penjelasan mengenai barang kes yang diterima dan didaftar pada 21.09.2021 jam 1530 di Buku Daftar Jurustor (P17) oleh Launceston Dave AK Michael Tipok (SJN 138794). Pihak Pembelaan juga menegaskan bahawa Launceston Dave AK Michael Tipok (SJN 138794) tidak dipanggil oleh pihak Pendakwaan bagi menjelaskan perkara ini. [31] Pihak Pembelaan berhujah bahawa terdapat percanggahan yang amat ketara antara keterangan-keterangan yang diberi oleh Pegawai Tangkapan (SP2) dan Pegawai Penyiasat (SP5). [32] Pihak Pembelaan juga dengan sesungguh-sungguhnya berhujah bahawa pihak Pendakwaan langsung tidak mengemukakan gambar yang betul-betul menunjukkan tempat OKT ditahan. Pihak Pembelaan merujuk kepada keputusan kes Mahkamah Tinggi PP v Wong Moy [1988] 2 CLJ (Rep) 352 untuk menyokong hujahannya. [33] Seterusnya, SP2 telah memberi keterangan bahawa beliau bersama empat (4) anggota polis yang lain telah berhenti di hadapan rumah OKT selama tiga puluh (30) minit. Akan tetapi, SP2 juga memberi keterangan bahawa beliau bersama empat (4) anggota polis berada di sekitar kawasan rumah OKT dan adalah di luar gambar P11(2). Oleh yang demikian, persoalan yang timbul adalah di manakah sebenarnya SP2 bersama empat (4) anggota-anggota polis pada malam itu dan apa sebenarnya yang telah berlaku. [34] Pihak Pembelaan juga berhujah bahawa seorang bernama Robert telah dibangkit oleh OKT pada tempoh siasatan kepada pihak polis. Perkara ini juga telah diakui oleh SP5 tetapi tiada tindakan yang lanjut diambil oleh pihak polis atas alasan bahawa tidak ada maklumat yang mencukupi. [35] Selain itu, reaksi OKT, yang kononnya, curiga dan gelabah langsung tidak pernah dibangkitkan di mana-mana sehingga perbicaraan di hadapan Mahkamah Yang Mulia ini. [36] Semasa pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula SP5, beliau memberi keterangan bahawa laporan DNA tidak dikeluarkan dan alasannya adalah bahawa SP5 diberitahu oleh pihak ketiga bahawa tiada cap jari yang elok di atas kotak tersebut (P7) dan kesemua cap jari yang ada adalah rosak dan oleh sebab ujian DNA adalah negatif, laporan DNA tidak dapat dikeluarkan. [37] Pihak Pembelaan berhujah bahawa keterangan yang diberi oleh SP5 mengenai laporan DNA adalah kenyataan dengar cakap (hearsay) dan tidak boleh diterima serta diberi sebarang pemberat memandangkan pihak yang berkaitan tidak dipanggil oleh pihak Pendakwaan sebagai salah satu saksi dalam kes ini. [38] Sijil Kaliberasi tidak dikemukakan pihak Pembelaan berhujah bahawa pihak Pendakwaan telah gagal mengemukakan Sijil Kaliberasi bagi alat timbang yang digunakan oleh SP1. [39] Oleh sebab masih wujud kekaburan yang amat ketara dalam kes Pendakwaan, pihak pembelaan berhujah bahawa Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie. Oleh yang demikian, adalah dipohon kepada Mahkamah Yang Mulia ini agar OKT dibebaskan tanpa diperintahkan untuk memasuki pembelaan. TUGAS MAHKAMAH [21] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan satu kes prima facie di bawah s.180 Kanun Tatacara Jenayah sebelum tertuduh dipanggil membela diri bagi menjawab pertuduhan tersebut. [22] Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah membuat suatu pertimbangan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan: “Procedure after conclusion of case for prosecution. 180. (1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. (2) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal. (3) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence. (4) For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [23] Di dalam kes Mohamad Radhi Bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311, Mahkamah Agong telah memutuskan: "It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v. PP). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt". [24] Menyentuh isu yang sama, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) di dalam kes Looi Kow Chai & Anor V. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menyatakan: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question : If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal". [25] Dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 Mahkamah Persekutuan memutuskan: "[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ' prima facie case ' in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase 'prima facie case ' is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary 11th Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. [22]...Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case". [26] Selanjutnya di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[8] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case: (i) the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused; (ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted; (iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; (iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.” [27] Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan, kredibiliti saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH Rantaian barang kes [40] Berdasarkan naratif kes ini, OKT telah ditangkap sedang membawa kotak berisi dadah. Pembelaan OKT di peringkat ini hanya membangkitkan isu mengenai rantaian keterangan barang kes dadah. [41] Pihak pembelaan memulakan hujahannya dengan membangkitkan isu mengenai rantaian keterangan barang kes dadah telah putus. Iaitu borang bongkar (eksibit P15) dan timbangan hanya dibuat di Balai Polis. Pihak pembelaan mendakwa SP2 gagal memberikan penjelasan di mana dan bagaimana barang kes dadah dikendalikan antara 0010 hours sehingga 0210 hours. Masa juga tidak dinyatakan dalam eksibit Borang serah menyerah (eksibit P16). Oleh itu, atas alasan tersebut, pihak pembelaan menghujahkan wujudnya satu kelompangan serius berlaku dan rantaian barang kes adalah terputus. [42] Selanjutnya, pihak pembelaan juga berhujah bahawa wujud keraguan yang munasabah kerana pegawai yang menguruskan pendaftaran barang kes di dalam Buku Daftar Jurustor (P17) telah gagal dipanggil oleh pihak pendakwaan. Pihak pembelaan meneruskan penghujahannya dengan membangkitkan percanggahan keterangan SP2 dan SP5. Isu dibangkitkan mengenai di mana sebenarnya OKT ditahan, sama ada di hadapan pintu rumah atau di tangga menuju rumah OKT (townhouse). Selain itu, isu dibangkitkan ialah keterangan SP5 wajar ditolak kerana kenyataan dengar cakap (hearsay) berhubung lapaoran DNA tidak dikeluarkan. Pihak pembelaan juga membangkitkan mengenai identiti Robert semasa menyoal balas SP2. [43] Bagi isu mengenai rantaian barang kes, Mahkamah membuat dapatan bahawa rantaian barang kes tidak pernah terputus setelah mengambil kira tandaan-tandaan yang dibuat ke atas barang kes dan pergerakan barang kes itu sendiri daripada SP2 kepada SP5 dan SP1. [44] Isu mengenai SP2 gagal memberikan penjelasan di mana dan bagaimana barang kes dadah dikendalikan antara 0010 hours sehingga 0210 hours dibangkitkan oleh pihak pembelaan adalah tidak berasas. Berdasarkan Nota Keterangan, Mahkamah mendapati SP2 tidak disoal mengenai kelompangan yang dikatakan oleh pihak pembelaan semasa menyoal balas SP2. Walau apa pun, Mahkamah ini berpuas hati bahawa setelah SP2 merampas barang kes dadah, beliau telah menyerahkan P15 kepada pegawai penyiasat SP5. Menurut keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Lew Wai Loon v PP [2014] 2 CLJ di muka surat 669, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “[52] As regards the gap periods (18-24 June 2008 and 24-26 June 2008) highlighted by learned counsel for the appellant we note that learned trial judge had considered and made a factual finding that there was no break in the chain of evidence. SP1 said that after marking the drug exhibit and other items seized from the appellant he handed the same to SP7 (the investigating officer) on 18 June 2008 at around 11 - 11.30pm. In turn SP7 said that he kept the drug exhibit inside a locked steel cabinet in his room. On 24 June 2008 he brought the exhibits for fingerprint tracing. He said that he kept watch on them while being dusted for fingerprint and after that he took them back with him. Then on 26 June 2008 at around 11.16am he gave the drug exhibit to SP3 for chemical analysis. [53] It is therefore obvious that the drug exhibit was within the custody and care of SP7 during those dates. Anyway, there was no challenge by the defence during the trial that SP7 had left the drug exhibit outside his locked steel cabinet after taking them out for photographs and dusting for fingerprint. Such absence of challenge had deprived the prosecution the opportunity of rebuttal by way of police diaries and other relevant documents. To raise therefore the issue at the appeal stage in our view is a little late in the day.” [45] Isu mengenai tandaan dan timbangan dibuat di Balai Polis telah dijelaskan oleh SP2 semasa disoal balas oleh peguambela dan keterangan SP2 proses tersebut disaksikan oleh OKT sendiri di Balai. Semasa pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan mengenai kenapa tandaan dan timbangan di buat di Balai, SP2 memberi keterangan sebab tandaan tidak dibuat di tempat kejadian kerana “sebab tidak bawa borang dan timbangan semasa operasi.” [46] Isu mengenai Borang geledah dan tandaan tidak dibuat di tempat kejadian telah juga dibangkitkan di dalam kes Mahkamah Rayuan Damodran Premkumar Vigia Kumarian v Pendakwa Raya [2023] 1 LNS 240 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “[25] Kami telah meneliti keterangan SP4 berkaitan borang geledah tidak dibuat di tempat kejadian. Kami mendapati SP4 telah menjelaskan bahawa borang geledah tidak sesuai dibuat di tempat kejadian. Namun demikian, SP4 telah secara terperinci menyatakan apa barang kes yang dirampas daripada Perayu dan di mana dirampas (rujuk Borang Senarai Geledah ekshibit P23). Sementara itu, kami berpendapat kegagalan pegawai penyiasat untuk menyiasat siapa pemilik kad “Touch n Go” tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana jika sekalipun kad “Touch n Go” itu milik orang lain, isu kawalan dan jagaan ke atas beg pinggang P15 daripada keterangan SP4 dan SP5 telah jelas menunjukkan ianya adalah milik Perayu. [26] Seterusnya kami berpendapat Hakim Bicara telah membuat dapatan fakta yang betul berdasarkan keterangan yang ada di hadapannya. Oleh itu, tiada sebab untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan fakta tersebut (rujuk kes PP v. Reza Mohd Shah Ahmad Shah [2002] 1 LNS 157; [2002] 4 MLJ 13 (MT)).” [47] Oleh itu, dengan menerimapakai keputusan di atas kepada kes ini, jawapan SP2 diterima oleh Mahkamah dan tidak ada sebarang keraguan dapat ditimbulkan oleh pihak peguambela berkaitan dengan proses tandaan dan timbangan yang dibuat di Balai. [48] Seterusnya pergerakan barang kes daripada Jabatan Kimia kepada Ins Nor Nadia binti Jamalullai pada 1.10.2021 dan kemudiannya didaftarkan ke dalam buku stor (eksibit P17) sehinggalah ia dikemukakan semasa dalam perbicaraan di Mahkamah tidak langsung dipertikaikan oleh pihak pembelaan. [49] Keterangan saksi-saksi SP2 dan SP5 juga jelas menyatakan di mana masing-masing telah mengecam barang kes melalui penandaan-penandaan yang dibuat ke atas eksibit tersebut dan tidak terdapat apa-apa kekeliruan mengenai pengecamannya. [50] SP1 juga telah memberikan keterangan bahawa beliau telah membuat analisa bagi keseluruhan barang kes yang dirampas oleh SP2. Adalah disahkan juga oleh SP1, bahawa dadah barang kes itu dikategorikan sebagai jenis dadah berbahaya yang terjatuh di bawah Seksyen 2 dan disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta tersebut. Dalam keadaan ini, Mahkamah tiada keraguan sedikitpun bahawa SP1 adalah seorang yang berkelayakan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang diiktiraf dan dipercayai dan mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi untuk menganalisis dadah tersebut. Kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2004] 4 CLJ 551; [2004] 4 MLJ 489; [2004] 6 AMR 189 dirujuk. Abdul Hamid Mohamed, HMR (ketika itu), menyatakan seperti berikut: “[41] First, by way of a general observation, I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is the substance that was recovered that was sent to the chemist for analysis and it is that same substance that is found to be heroin or cannabis etc and it is in respect of that substance that an accused is charged with trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handing over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case falls. There should be no confusion between what has to be proved and the method of proving it. What has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc, and it is for the trafficking of that same substance that the accused is charged with. [42] The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is ‘a gap’, does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that ‘gap’ the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tempering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact. [43] The second period is from the time that it was received back from the chemist until it is produced in court. In my view, the chain of evidence is less important during this second period. This is because, as far as I am aware, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court and if not the prosecution’s case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Even in a murder trial, the dead body is not produced in court. In Sunny Ang v Public Prosecutor [1966] 2 MLJ 195 (FC) the body of the victim was not even recovered, yet the accused was convicted of murder. What the prosecution has to prove is that a particular person had died and the accused had caused his death. The death of the victim is not proved by looking at his remains in court, but by evidence of witnesses, the medical report, the identity card, the photographs and so on. Similarly, in a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist, there may be a gap in the chain of the people keeping custody of it subsequent to it having been analysed by the chemist until the date of trial, but so long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist was the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution’s case should fall.” [51] Mengenai En. Launceston Dave AK Michael Tipok (SJN 138794) yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan mengenai buku daftar stor, Mahkamah berpuas hati bahawa ketiadaan keterangan saksi tersebut di peringkat ini tidak menjejaskan kes pendakwaan. Tambahan pula, pihak pendakwaan telah menawarkan saksi tersebut kepada pihak pembelaan sekiranya OKT dipanggil untuk membela diri. [52] Seterusnya, Mahkamah membuat penilaian mengenai identiti Robert yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa menyoal balas SP2. Peguambela telah bertali arus mengatakan barang kes adalah milik Robert. Namun, SP2 di dalam keterangannya menafikan mengenai kewujudan Robert. Keterangan SP2 juga disokong oleh SP5 yang mana SP5 juga tidak bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan mengenai barang kes kepunyaan Robert. [53] Pada peringkat ini, Mahkamah mendapati bahawa Robert tidak wujud. Tidak ada keterangan atau bukti (contoh, rakaman percakapan seksyen 112) yang boleh menyokong pembelaan OKT mengenai barang kes adalah milik Robert. Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Sri Ganesh Jaya Balan v PP & another appeals [2022] 2 CLJ 546 yang dirujuk oleh pihak pendakwaan untuk menyokong dapatan Mahkamah. [54] Justeru, berpandukan nas undang-undang di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa, daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan, tidak wujud sama sekali keraguan dalam pengendalian atau kawalan barang kes yang dirampas oleh SP1, bermula dari masa serbuan tersebut sehinggalah pengemukaan barang kes di Mahkamah ini yang boleh membuatkan rantaian barang kes terputus. Dengan itu, rantaian barang kes adalah mantap dan tiada keraguan terhadap analisa kimia yang telah dijalankan terhadap barang kes tersebut. Mahkamah berpendapat bahawa elemen pertama bagi kesalahan ini telah dibuktikan di tahap penilaian maksima oleh pihak pendakwaan. Elemen Pemilikan [55] Di dalam kes ini, SP2 dengan jelas menyatakan SP2 melihat kotak putih P7 yang mengandungi 31 peket dadah itu itu dipegang oleh OKT dan ketika itu OKT berseorangan. OKT juga kelihatan mencurigakan dan menggelabah. [56] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa memandangkan kotak putih P7 itu berada di tangan OKT, maka OKT seorang sahaja yang mempunyai kawalan/jagaan terhadap kotak putih P7 tersebut. Dengan terbuktinya ada kawalan/jagaan terhadap kotak putih P7 tersebut, sepertimana dihujahkan oleh pihak pendakwaan anggapan pengetahuan di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 juga terpakai. Elemen pengedaran [57] Pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada definisi pengedaran di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah bersetuju dengan hujahan TPR bahawa perbuatan OKT ini adalah merupakan satu ‘direct trafficking’ di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Perbuatan OKT memegang kotak putih P7 adalah termasuk dibawah definisi pengedaran iaitu ‘carrying’. [58] Walaubagaimanapun, adalah tidak memadai untuk hanya menggunakan definisi pengedaran tersebut. Di dalam kes PP v. Abdul Manaf bin Muhamad Hassan [2006] 2 CLJ 129 yang mana Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada kes Ong Ah Chuan v PP [1981] 1 MLJ 64 dan kes Mohamad Yazri bin Minhat v PP [2008] 2 MLJ 241 yang mana memerlukan ‘over act’ untuk menunjukkan bahawa dadah-dadah itu adalah sedia untuk diedarkan. Mahkamah Persekutuan memutuskan: “(2) The mere act of carrying the drugs it not sufficient to constitute the offence of trafficking (see para 20); Ong Ah Chuan v. Public Prosecutor Koh Chai Cheng v. Public Prosecutor [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64 and Mohamad Yazri bin Minhat v. Public Prosecutor [2003] 2 CLJ 65; [2008] 2 MLJ 241 followed. In the present case, judging from the manner the drug was being carried, it in small plastic packets and taking into account the total amount of the drug involved, the reasonable inference was that the respondent was in fact carrying it for the purpose of trafficking. The respondent was not just a passive carrier. Armed with these facts, had the learned trial judge properly directed himself, he would nonetheless have come to the same finding. In the circumstances, the Court of Appeal ought to have applied the proviso to s. 60(1) of the Courts of Judicature Act 1964 that no substantial injustice had occurred and uphold the conviction and sentence notwithstanding the misdirection by the learned trial judge (see page 21).” [59] Mahkamah Persekutuan juga mengambil pendekatan yang sama di dalam PP v Herlina Purnama Sari [2016] 1 LNS 1855 [TAB-17] dan membuat dapatan: “[37] The second error of the trial judge’s finding that to constitute trafficking, the mens rea possession must be accompanied by some overt act by the respondent. It is unfortunate that the Court of Appeal had also committed similar error in agreeing with the finding of fact of the trial judge by holding “ without any evidence that would show an overt act of one or other of the kind specified in the definition of trafficking in s 2 of Act 234 or specifically of conveying, transporting, carrying, moving or promoting from one place to another in the sense of doing so to promote the distribution of the drug to another”, the respondent could not be a trafficker but merely had passive possession of the impugned drugs. With respect, the proposition that there must be in all cases an overt act in order to constitute trafficking is misconceived. It would be contrary to the definition of trafficking as provided for under s. 2 of the Act… We are of the view that whether or not a person is a trafficker within the definition of s. 2 of the Act is dependent of the facts and circumstances of a given case. In this case, it is not in dispute that when the respondent was arrested she was carrying the luggage bag which amongst other things contained the impugned drugs. The respondent was apprehended in the act of carrying from one place to another a large amount of dangerous drugs. It is in evidence that the respondent was unaccompanied by any person when she carried the luggage bag. The luggage bag was registered in the respondent’s name when she checked in at the Air Asia check-in counter. The impugned drugs were found hidden in the two boxes. In fact, the drugs were neatly and securely concealed from view in both the boxes. We are of the view that the manner in which the impugned drugs were concealed in the luggage bag showed that the respondent knew the existence of the drugs there, and evinced the intention of the careful planning by the respondent to conceal the impugned drugs to avoid and escape detection” (PP v. Abdul Rahman Aktif [2007] 1 MLRA 568 and Teh Hock Leong v. PP [2008] 1 MLRA 548)” [60] Di dalam kes ini, 31 peket plastik lutsinar yang mengandungi dadah tersebut membolehkan inferen dibuat bahawa peket-peket kecil tersebut telah tersedia untuk diedarkan dan merupakan satu ‘over act’. [50] Setelah meneliti segala keterangan dan setelah membuat pertimbangan secara maksimum ke atas keterangan saksi pendakwaan dan krebiliti saksi-saksi pendakwaan, adalah didapati dan diputuskan bahawa Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan kes prima facie dan OKT dipanggil untuk membela diri. [51] OKT telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah di kandang saksi. Hanya OKT sahaja merupakan saksi pembelaan. PEMBELAAN [52] Adalah mustahak untuk Mahkamah ini memberi penekanan bahawa di peringkat ini, untuk membuktikan bahawa OKT bersalah sepertimana pertuduhan, beban pembuktian masih terletak di bahu pihak pendakwaan membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah. VERSI PEMBELAAN [53] OKT menyatakan bahawa pada 19.8.2021 jam 12.10 pagi, OKT berada di dalam rumahnya yang beralamat di EF30, Lorong Aman 1A, Townhouse Taman Kajang Utama 43000 Kajang, Selangor. [54] Pada malam tersebut, OKT telah mendengar cubaan untuk membuka pintu rumah dan apabila OKT bertanya, orang tersebut beritahu bahawa OKT menyimpan seorang perempuan Melayu di dalam rumah OKT. OKT menjawab OKT tidak ada menyimpan perempuan Melayu dan rumah tersebut adalah merupakan rumah keluarga. [55] Walaubagaimanapun, OKT telah diarahkan untuk membuka pintu dan apabila pintu dibuka, beberapa orang yang berpakaian biasa telah perkenalkan diri sebagai anggota poils dan telah masuk ke dalam rumah OKT. [56] Anggota-anggota polis itu memberitahu seorang bernama Robert telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa OKT ada menyimpan barang di dalam rumah dan OKT disuruh untuk mengemukakan barang itu kepada pihak polis. [57] OKT memberitahu Robert ada memberikan satu kotak putih untuk disimpan pada 18.8.2021 di mana OKT telah menyimpannya di dalam stor. [58] Salah seorang anggota polis kemudiannya terus masuk ke stor rumah OKT dan mengambil kotak putih diberikan oleh Robert kepada OKT. Anggota polis telah buka kotak tersebut dan beritahu ada dadah di dalamnya. OKT menyatakan OKT hanya tahu di dalam kotak tersebut mempunyai dadah pada masa tersebut. [59] OKT menyatakan bahawa Robert telah menyuruh OKT menyimpan kotak putih tersebut dan Robert akan mengambilnya kembali beberapa hari kemudian. Pada hari Robert memberikan kotak putih tersebut, OKT sedang bergegas untuk bertolak ke rumah kakaknya. Jadi, OKT ambil sahaja kotak tersebut dan simpan di dalam stor. OKT juga tidak membuka kotak putih tersebut. DAPATAN MAHKAMAH KE ATAS VERSI PEMBELAAN OKT [60] Isu dibangkitkan oleh pihak pembelaan di peringkat ini dapatlah dirumuskan kepada berikut: (a) jurang (gap) dalam rantaian pergerakan barang kes pada 20.8.2021 jam 900 sehingga 2.9.2021 jam 1000. (b) Percanggahan keterangan SP2 dan SP5 mengenai kedudukan sebenar tangkapan dibuat. (c) Kegagalan pegawai penyiasat menyiasat individu bernama “Robert”. [61] Namun, tunjang pembelaan OKT adalah berpaksikan kepada kegagalan polis membuat siasatan lengkap dan menyeluruh mengenai individu bernama Robert a/l Nyanapragasham (Robert). [62] Mahkamah ini telah memperhalusi pembelaaan OKT sepertimana subperenggan 60(a) sehingga 60(c) di atas. Mengenai jurang yang berkaitan rantaian pergerakan barang kes antara 20.8.2021 jam 900 sehingga 2.9.2021 jam 1000, Mahkamah ini telah meneliti nota keterangan kes dan mendapati bahawa SP5 menyatakan pada sepanjang masa barang kes dadah disimpan di dalam peti besi berkunci di dalam biliknya. Manakala mengenai jurang masa yang diambil untuk menghantar barang kes ke Jabatan Kimia selama lebih kurang 12 hari, SP5 telah menjawab bahawa saksi terlupa untuk menghantar barang kes sehinggalah beliau mengeluarkan barang kes dari peti besi berkunci dan memasukkannya ke dalam sampul ditanda “AN” untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisa. Tidak ada keraguan mengenai kewalan memandangkan jagaan SP5 ke atas barang kes dadah yang disimpan tidak meragukan kerana ia disimpan sepanjang masa di dalam peti besi SP5 di dalam biliknya. [63] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa tidak ada keraguan dapat ditimbulkan oleh pihak pembelaan mengenai rantaian barang kes yang dikatakan terputus kerana SP1, SP2 dan SP5 telah membuat pengecaman terhadap barang kes berdasarkan tandaan dibuat. Oleh itu, dadah barang kes yang dicamkan di Mahkamah adalah merupakan dadah yang sama dirampas daripada OKT semasa tarikh kejadian dan dianalisa oleh SP1. Rujuk Hasbala Mohd Sarong v PP [2013] 6 CLJ 945. [64] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan kes Mahkamah Agong di dalam Mohd Osman bin Pawan v PP [1989] 2 MLJ 110 yang disandarkan oleh pihak pembelaan. Setelah meneliti fakta kes tersebut dan fakta kes di hadapan Mahkamah ini jelas bahawa prinsip undang-undang yang diputuskan di dalam kes tersebut adalah berdasarkan kepada konteks mengenai barang kes yang dirampas tidak sama dengan barang kes yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. Ini adalah fakta kritikal yang membezakan fakta kes tersebut dengan kes di hadapan Mahkamah ini. Menurut fakta kes tersebut, Mahkamah Agong telah mengenepikan sabitan dan hukuman mati ke atas tertuduh kerana terdapat keraguan mengenai barang kes dadah yang dirampas dengan yang dihantar ke Jabatan Kimia seperti berikut: “The main ground of appeal was that the prosecution had failed to establish a continuous chain of evidence relating to the exhibits, the subject matter of the charge, and in that event the learned judge has erred in law in calling for the defence of the appellant. Counsel for the appellant, though not disputing that the exhibits were cannabis, argued that both prosecution witnesses, PW3 and PW7, were quite emphatic that they found 30, rolls in exh P6 and 4,000 rolls in exh P3 on 17 March 1983, but when they reached the chemist on 21 March 1983 the packages were found to contain 299 rolls and 3,997 rolls of cannabis respectively. With the four missing rolls received by the chemist, it was argued that possibility different exhibits were sent to him. ... For these reasons, it was argued that the exhibits recovered were not necessarily the same drugs that were sent to the chemist. We feel that the point was correctly taken by the appellant. In a serious case, such as this, it is pertinent to emphasize again that investigation officers should not treat the custody of exhibits lightly so as to leave a gap in the chain to the exhibits before their production in court.” [65] Dalam hal ini, keputusan Mahkamah Agong yang dirujuk tidak relevan di dalam konteks fakta kes ini. Yang pasti di dalam kes ini tidak ada isu dibangkitkan mengenai barang kes dadah yang dianalisa oleh saksi pendakwaan. [66] Berhubung dengan isu kedua mengenai percanggahan yang dihujahkan pihak pembelaan antara SP2 dan SP5, kewujudan dua versi borang bongkar dan ketiadaan dokumentasi yang jelas mengenai pemindahan barang kes sepanjang tempoh kawalan polis. [67] Mahkamah ini telah meneliti nota keterangan kes ini dan mendapati SP2 di dalam keterangannya telah menyatakan OKT telah ditahan di hadapan pintu tempat kediaman OKT dan SP2 telah buat tandaan ‘B’ di gambar eksibit P11(4) sebagai tempat di mana OKT ditahan. [68] SP5 telah buat tandaan ‘X’ di rajah kasar P21 sebagai tempat di mana OKT ditahan namun kemudiannya SP5 telah menjelaskan SP5 telah tersilap buat tandaan dan tandaan sebenar telah dibuat sebagai ‘Y’. Kedudukan yang sama sepertimana ditandakan oleh SP2 di dalam gambar eksibit P11(4). Manakala, OKT pula semasa pembelaannnya menyatakan bahawa beliau ditahan di dalam rumah. Pihak pembelaan semasa kes pendakwaan juga telah mengajukan soalan yang sama mengenai tempat di mana OKT ditangkap kepada SP2 dan SP5 yang mana kedua-dua saksi pendakwaan tidak bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan. [69] Mahkamah ini berpandangan bahawa apa yang dicadangkan oleh pihak pembelaan mengenai tangkapan OKT di rumah hanyalah merupakan satu cadangan yang tidak disokong oleh keterangan dan telah berjaya disangkal oleh pihak pendakwaan melalui keterangan SP2 dan SP5. Rujuk kes Mirza Murtala v PP [2010] 4 CLJ 150. [70] Mengenai isu dua (2) versi borang bongkar, adalah jelas keterangan SP2 bahawa hanya terdapat satu (1) sahaja versi borang bongkar yang tidak disangkal oleh pihak pembelaan. [71] Berkaitan isu tiadanya dokumentasi jelas berkenaan pemindahan barang kes sepanjang tempoh kawalan polis, Mahkamah ini membuat dapatan tiada merit atas isu dibangkitkan kerana terdapat dokumen disediakan oleh SP2 dari awal barang kes dirampas sehinggalah barang kes diserahkan kepada SP5. Siasatan ke atas penama “Robert” [72] Berbalik kepada tunjang pembelaan OKT berkenaan kegagalan pihak polis menyiasat seorang individu bernama Robert. Pihak pembelaan menghujahkan OKT telah menamakan Robert pada peluang pertama melalui Notis Alcontara dan juga keterangan bersumpah OKT di Mahkamah. Dalam keterangan pembelaan dan semasa pemeriksaan balas, pihak pembelaan menghujahkan OKT secara konsisten menyatakan bahawa: a. Kotak putih yang mengandungi dadah diberikan oleh Robert pada 18 Ogos 2021; b. OKT tidak mengetahui kandungan kotak tersebut; c. OKT telah memaklumkan kepada polis mengenai peranan Robert sebaik sahaja ditangkap; d. OKT bersedia untuk membantu pihak polis mengesan Robert tetapi pihak polis tidak mempedulikannya; dan e. Polis tidak mengambil sebarang langkah untuk mengesan Robert walaupun OKT bersedia untuk membantu. [73] Mahkamah ini mendapati OKT menggelabah ketika SP2 menahannya. Menurut SP2, nama Robert baharu disebut oleh pihak pembelaan semasa soal balas SP2 apabila beliau ditanya mengenai Robert semasa di dalam Mahkamah. Oleh itu, dakwaan nama Robert dibangkitkan seawal OKT ditangkap adalah disangkal oleh pihak pendakwaan. [74] Manakala fakta bahawa OKT pernah beritahu polis nombor telefon Robert ada di dalam telefon OKT kepada SP5 sepertimana dihujahkan oleh pihak pembelaan, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa ia merupakan satu fakta yang berfikiran kemudian (an afterthought) kerana tidak pernah dibangkitkan semasa SP5 memberi keterangan. Oleh itu, pendekatan yang perlu diambil oleh Mahkamah adalah berhati-hati di dalam menilai pembelaan OKT. [75] Mahkamah ini mendapati pihak pembelaan hanya menanyakan SP5 mengenai barang kes dadah dikatakan kepunyaan Robert dan kotak putih diberikan oleh Robert kepada OKT sehari sebelum tarikh kejadian yang mana kesemua soalan tersebut dinafikan oleh SP5. Apa yang jelas tidak ada soalan berkaitan maklumat telefon nombor Robert dikatakan berada di dalam telefon bimbit dirampas SP2 sepertimana keterangan OKT semasa pembelaannya. [76] Penama Robert pernah dimaklumkan oleh OKT kepada SP5 semasa siasatan. Walau bagaimanapun SP5 memaklumkan tidak ada maklumat lengkap mengenai Robert diberikan dan ini menyebabkan Notis Alcontara yang diberikan OKT adalah tidak lengkap bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan terhadap penama Robert. [77] OKT tidak dapat memberikan maklumat selain nama individu Robert untuk membantu polis menyiasat mengenai penama Robert. Maklumat-maklumat lain seperti alamat rumah atau tempat Robert bekerja sebagai asas kepada pihak polis menjalankan siasatan tidak diberikan. [78] Mahkamah ini telah meneliti keterangan OKT dan beliau sendiri tidak dapat memberikan keterangan alamat kediaman Robert dan hanya menyatakan bahawa Robert tinggal berhampiran tempat kediamannya. Oleh itu, agak mustahil untuk pihak polis menyiasat penama Robert tersebut dengan jumlah rakyat Malaysia seramai lebih kurang 35 juta orang (statistik setakat Mei 2025) tanpa maklumat asas lain selain nama Robert yang dipetik oleh OKT. Mahkamah ini merujuk keputusan Mahkamah Rayuan atas isu yang sama iaitu Bavithran Paramasivan v. PP [2023] CLJU 934 yang mana Mohd Nazlan Mohd Ghazali JCA membuat dapatan bahawa: “[74] In his statement to the police, the appellant merely mentioned the name Fong, and described him as a Chinese man who is not too thin, about 170 cm tall, and whom the appellant had known for about six months at Pub VIP Sentosa. That was all. PW8, when re-examined, explained that she did visit Pub VIP Sentosa as part of the investigation but could not identify the Fong in question (even if he existed) based on the limited information given especially since she discovered that there were many who were known or named Fong at Pub VIP Sentosa. [75] In addition, despite the appellant maintaining that even at the additional session of statement taking the name Fong was mentioned again in the context of the alleged communication between the two, it was also telling that the appellant did not see it fit for more information to be given to the police on Fong to enable the police to conduct proper and meaningful investigation of whatever leads given by the appellant. [76] The appellant gave evidence that Fong contacted him on the appellant's handphone when he arrived at the McDonald's restaurant and it appeared that the appellant was suggesting (but never stated clearly in his testimony as DW1) that it could have been Fong who placed the impugned drugs in the Toyota VIOS. [77] We however found this narrative lacking in credibility. Despite claiming to have known Fong for about a year (as testified in Court but six months as stated in his cautioned statement), and met him regularly for about four or five times a week, the appellant was not able to give any further relevant information beyond the name 'Fong', such as his address, place of work, or other information that would give the police some foundational basis to investigate on the existence let alone involvement of this character in the placing of the impugned drugs in the Toyota VIOS. [78] We therefore were of the view that the learned trial judge was not wrong in holding that if Fong had existed as claimed, proper investigations would have been able to be carried out had the appellant provided more information to the police. Simply stated, the information proffered by the appellant was patently insufficient and therefore Fong could not be located. We thus found no flaws in the following analysis and findings of the learned trial judge ... [98] Founded on the cases above, and applying the principles from those cases to the facts of this case, this court finds that the Alcontara notice in this case wanting. It did not have the requisite information such as the full name and address of Fong. The information given was vague and insufficient. It would have been unfeasible for the police to locate Fong based on the information given by the accused. For these reasons, this court finds that Fong is a fictitious person". [79] Oleh itu, mengambil pendekatan yang sama sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa OKT bukanlah seorang saksi kredible dan mendapati penama Robert tidak wujud. [80] Mahkamah juga mendapati bahawa tidak ada rakaman percakapan OKT dikemukakan oleh pihak pembelaan untuk menyokong pembelaan OKT bahawa nombor telefon penama Robert ada di dalam telefon bimbit OKT sepertimana dikatakan oleh OKT dalam keterangannya. [81] Berdasarkan keterangan melimpah ruah yang mengaitkan OKT dengan barang kes dadah yang dirampas dari kotak putih tidak bersil yang dipegang oleh OKT, adalah jelas bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang dibawanya. Untuk mengatakan bahawa OKT tidak tahu mengenai kandungan di dalam kotak putih tersebut adalah satu penafian semata-mata. [82] Perlakuan OKT yang menggelabah dan tidak melarikan diri menunjukkan bahawa OKT tidak mengetahui kandungan kotak putih tersebut tidak dapat diterima oleh Mahkamah. [83] Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT tidak dapat melarikan diri tidak bermaksud bahawa OKT tidak ada pengetahuan mengenai barang kes dadah yang beliau miliki kerana keadaan persekitaran tempat yang mana OKT ditahan di hadapan rumah dengan laluan yang sempit sepertimana eksibit P11(4) dan P11(5) serta keberadaan anggota serbuan di tempat kejadian. [76] Berdasarkan kepada dapatan Mahkamah seperti di atas, Mahkamah telah menilai keseluruhan kes ini bersama dengan konteks pembelaan OKT dan mendapati bahawa pembelaan OKT hanya bersifat penafian semata-mata. Mahkamah ini mengulangi prinsip undang-undang mantap oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal [2015] 2 CLJ 145 yang memutuskan: “While it is true that it is within the appellant’s right to give a statement from the dock, that statement must however amount to a credible defence. A mere denial does not amount to a credible defence” KESIMPULAN [84] Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan OKT serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa mengikut prinsip yang diputuskan di dalam Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan mengenai pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. OKT disabitkan dengan kesalahan atas pertuduhan pengedaran di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. [85] OKT bernasib baik susulan pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, hukuman gantung sampai mati bukanlah hukuman mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan selama 30 tahun dan tidak kurang 12 sebatan. Bagi Mahkamah ini menggunakan budi bicaranya dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT1, OKT2 dan OKT3 telah diberikan peluang untuk membuat mitigasi. [86] Peguambela OKT membuat mitigasi bagi pihak OKT dengan memulakan hujahannya dengan menyatakan OKT berumur 38 tahun. Sebelum ditangkap, OKT bekerja sebagai pemasang kabel TNB. Pendapatan beliau RM3000. Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh. OKT sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Isteri OKT bekerja dengan pendapatan sebanyak RM1500. OKT Insaf dan sedar atas perbuatannya dan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan. OKT memohon beliau diberikan peluang kembali kepada keluarga. [87] Manakala pihak pendakwaan telah menghujahkan bahawa tertuduh pertama telah disabitkan dengan pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Faktor kepentingan awam mengatasi faktor peribadi tertuduh pertama. Walaupun dadah adalah 65 gram. Mempunyai keluarga dan anak yang masih kecil, sepatutnya tidak terlibat dengan pengedaran dadah. Hukuman yang sewajarnya hendaklah dibuat Mahkamah ini bagi menunjukkan keseriusan kesalahan kerana dadah adalah musuh nombor satu negara. [88] Setelah menimbangkan mitigasi OKT dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, sepertimana trend semasa hukuman bagi kesalahan yang sama (rujuk kes terkini Mahkamah Rayuan di dalam kes Lim Zhen Qiang & 5 yang lain v Pendakwa Raya, Rayuan Jenayah No. B-05(SH)-344-07/2024), Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat setelah selesai menjalani hukuman penjara. Oleh hal yang demikian, Mahkamah ini memerintahkan hukuman penjara 30 tahun penjara dari tarikh ditangkap dan 12 kali sebatan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.