Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-49-08/2023
WA-45A-49-08/2023
High Court of Malaysia6 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [48] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai seba”
“24] Keseluruhan keterangan di atas menunjukkan bahawa OKT tinggal di rumah tersebut dan mempunyai kawalan/jagaan serta pengetahuan terhadap Cannabis yang ditemui. Rujuk kes Ghasem Hozouri Hassan v PP [2018] MLJU 601 dan kes Chan King Yu v PP (supra). S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg **Note : Serial number will be used to verif”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-49-08/2023
1
Tertuduh (OKT) di tahan sebuah rumah di alamat No. 2, Jalan 5 off Jalan Sungai Baru, Kampung Baru Kuala Lumpur oleh SP6 yang membuat serbuan bersama sepasukan polis hasil dari maklumat aktiviti penyalahangunaan dan penjualan dadah ganja.
2
Dalam serbuan tersebut, SP6 telah menjumpai 3 paket lutsinar besar yang masing-masing mengandungi ketulan mampat daun kering disyaki ganja dan 9 paket kecil plastik lutsinar yang masing-masing mengandungi ketulan mampat daun kering disyaki ganja. S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
3
Bahawa kamu, pada 27.12.2022 jam lebih kurang 8.30 malam di alamat No. 5, off Jalan Sungai Baru, Kampung Baru dalam Daerah Dang Wangi, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya iaitu 2,934.7 gram Cannabis, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
4
Bagi membuktikan kesnya, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa: i. Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya; ii. OKT mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut; dan iii. OKT telah mengedar dadah berbahaya tersebut.
5
Selain daripada itu, pihak pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa dadah berbahaya yang dikemukakan di Mahkamah ketika perbicaraan adalah merupakan dadah berbahaya yang sama yang dirampas daripada OKT di tempat kejadian dan disahkan adalah dadah berbahaya oleh Ahli Kimia yang menjalankan analisis. S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
6
Bagi membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan bergantung penuh kepada keterangan Ahli Kimia (SP2) yang mengesahkan bahawa, selepas analisis yang beliau jalankan, 12 paket plastik bertanda H1-H12 (P13(1-12)) yang diterima daripada Pegawai Penyiasat (SP8) adalah Cannabis seberat 2,934.7 gram. Beliau juga ada menyediakan laporan kimia (P11).
7
Cannabis adalah seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952.
8
Hasil analisis daripada Ahli Kimia (SP2) ini tidak dicabar oleh pihak pembelaan. Oleh itu, adalah suatu prinsip undang-undang yang jitu bila mana keterangan seseorang saksi tidak dicabar, maka ini bermakna keterangan berkenaan telah diakui dan diterima. (kes Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212 adalah dirujuk).
9
Selain daripada itu, Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 telah memutuskan: “Ït has been held by the trilogy of the (then) Supreme Court cases of Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 429, Lam San [1991] 3 MLJ 426 and Khoo Hi Chiang v PP [1994 1 MLJ 265 that the court is entitled to accept the evidence on its face value without the S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert.”
10
Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan jenis dan berat dadah berbahaya yang merupakan perkara pokok (subject matter) dalam pertuduhan terhadap OKT kes ini.
11
Berdasarkan kepada kombinasi keterangan SP6, SP8 dan SP2 yang telah membuat pengecaman pada tanda-tanda yang dibuat pada barang kes (P13(1-12)) serta keterangan dokumentar yang dikemukakan, menunjukkan penjagaan dan perjalanan eksibit-eksibit ini dari masa dirampas sehinggalah dikemukakan di hadapan Mahkamah ini tidak pernah terputus. Keterangan ini juga tidak dicabar oleh pihak pembelaan.
12
Mahkamah dengan ini mendapati bahawa Cannabis (P13(1-12)) yang dirampas ketika serbuan adalah merupakan dadah berbahaya yang telah dianalisis oleh SP2, dan sama seperti yang dikemukakan ketika perbicaraan di Mahkamah ini bagi kes ini. Oleh itu, rantaian keterangan berkaitan dadah yang dirampas tidak terputus. (there was no break in the chain of exhibits). Lihat kes Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345; Gunalan a/l Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 489.
13
Milikan boleh dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung ataupun dengan menggunapakai andaian di bawah seksyen 37(d) Akta dengan membuktikan jagaan atau kawalan. Selain daripada jagaan atau S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 kawalan, untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai milikan, elemen pengetahuan (knowledge) juga perlu ditunjukkan.
14
Berdasarkan daripada petikan-petikan kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, Toh Ah Lok And Mak Thiam v Rex [1949] 1 MLJ 54, milikan adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam kedudukan yang membolehkan beliau berupaya untuk mengambil sebarang tindakan yang beliau fikirkan bersesuaian terhadap sesuatu barangan, bila perlu, dengan menyingkirkan peranan orang lain.
15
Selain daripada itu, YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853 turut memperkenalkan pendekatan common-sense approach, di mana dinyatakan: “Whether the prosecution has established means rea possession in a given case is a question of fact depending on the facts and circumstances of each case. Proof of knowledge in a criminal case is, short of a voluntary confession by an accused, like many other states of a guilty mind in a criminal case, a fact to be gathered inferentially from proved facts and surrounding circumstances. In particular the acts done by an accused and other circumstances provide valuable assistance to a court in determining whether that accused had the requisite means rea. It is in reality a common-sense approach.”
16
Dalam kes ini, keterangan SP6 menunjukkan bahawa selepas pemerhatian selama lebih kurang 4-5 minit, beliau dan pasukan telah menyerbu masuk ke rumah tempat kejadian dan menahan OKT yang ketika itu berada di ruang dapur. (Gambar S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 tempat kejadian (P19(1-14)). Selain daripada itu, SP5 yang berada dalam rumah tersebut juga telah ditahan.
17
Hasil pemeriksaan, SP6 telah menjumpai:
16
16.1 (P25): 1 beg tahan panas yang di dalamnya mengandungi 12 paket plastik Cannabis P13(1-12);
16
16.2 (P26): 1 alat penimbang digital;
16
16.3 (P27): 1 alas pemotong;
16
16.4 (P28): 1 pisau tolak; dan 16.5 (P29): 1 bungkusan paket plastik lutsinar yang mengandungi paket-paket plastik lutsinar. (P20(1-5)) gambar barangan yang dirampas) [18] SP5 mengesahkan yang dia ada di dalam rumah tersebut ketika serbuan dan turut ditangkap. Menurutnya, dia telah berjumpa OKT yang ketika itu sedang menyiram pokok bunga di luar rumah sebelum sama-sama masuk ke dalam rumah tersebut. [19] Menurut SP5 lagi, dia telah beberapa kali berjumpa OKT di rumah tersebut dan pada hari kejadian telah singgah ketika dalam perjalanan balik dari bersukan di Kg. Baru. SP5 mendakwa tidak mempunyai pengetahuan tentang Cannabis yang dijumpai dan hanya diberitahu oleh pihak polis tentang penemuan Cannabis tersebut. S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg [20] SP4 iaitu jiran yang berniaga di sekitar kawasan rumah tersebut mengenali OKT dengan panggilan Black dan dalam keterangannya menyatakan biasa nampak OKT menyiram pokok bunga di situ dan tidak nampak individu lain berada di situ. [21] Selain daripada keterangan saksi-saksi ini, Pegawai Forensik tempat kejadian (SP5) mengesahkan ada merampas sehelai tuala (P17a) dan 1 topi (P18a) dari rumah tempat kejadian (P33(1-2)) gambar di mana (P17a & P18a) dirampas. (P17a) kemudiannya disahkan mempunyai DNA OKT melalui keterangan Ahli Kimia (SP3) dan laporan kimia (P16) yang disediakan olehnya. [22] SP6 dalam keterangannya juga menyatakan bahawa OKT telah menyerahkan kunci rumah tersebut (P30) kepadanya selepas selesai serbuan bagi tujuan untuk mengunci pintu rumah tersebut. [23] Siasatan oleh SP8 mengenai status pemilikan tanah di mana rumah ini terletak menunjukkan ia adalah tanah kerajaan yang tiada nombor lot dan merupakan simpanan jalan iaitu Jalan Sungai Baru. [24] Keseluruhan keterangan di atas menunjukkan bahawa OKT tinggal di rumah tersebut dan mempunyai kawalan/jagaan serta pengetahuan terhadap Cannabis yang ditemui. Rujuk kes Ghasem Hozouri Hassan v PP [2018] MLJU 601 dan kes Chan King Yu v PP (supra). S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg [25] Keterangan SP4 & SP5 serta laporan kimia (P16) yang mengesahkan kehadiran DNA OKT pada (P17a) yang dirampas tergantung dalam rumah tersebut kesemuanya menunjukkan bahawa OKT tinggal bersendirian di rumah tersebut dan tiada sebarang keterangan yang dikemukakan di peringkat ini yang menunjukkan ada individu lain turut tinggal di situ ataupun mempunyai akses terhadap rumah tersebut. [26] Keterangan-keterangan ini secara keseluruhannya (as a whole) menunjukkan bahawa OKT sememangnya mendiami premis tersebut dan mempunyai kawalan serta jagaan terhadap barang-barang kes dadah yang ditemui. [27] Inferens bahawa OKT mempunyai pengetahuan tentang dadah yang ditemui boleh dibuat berdasarkan kepada fakta bahawa barang-barang ini ditemui di ruang terbuka dan bukannya dalam keadaan tersorok. Tambahan pula, penemuan eksibit-eksibit (P25-P29) juga dalam keadaan terbuka. Pendekatan Common sense yang dinyatakan oleh YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP (supra) adalah terpakai dalam kes ini. [28] Adalah agak mustahil untuk OKT mendakwa tidak mengetahui kehadiran dan kewujudan dadah seperti yang ditemui dalam premis yang didiami olehnya walaupun ia disimpan dalam beg. rujuk kes Zulfikar bin Mustaffah v PP [2001] 1 SLR 633. [29] Berdasarkan keterangan sepertimana yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa elemen milikan bagi pertuduhan ini telah berjaya dibuktikan melalui keterangan langsung. S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg OKT telah mengedar dadah berbahaya tersebut [30] Berdasarkan kepada berat dadah berbahaya yang telah disahkan oleh SP2, maka andaian statutori bagi pengedaran dadah bagi pertuduhan ini adalah terpakai. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [31] Di peringkat ini, seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) telah menggariskan prosedur yang perlu diambil oleh Mahkamah iaitu Mahkamah perlu menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di tahap maksimum dan memutuskan adakah keterangan yang telah dikemukakan ini mencukupi untuk mensabitkan OKT sekiranya OKT memilih untuk berdiam diri. Sekiranya ya, maka satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. (Kes Ahmad Najib bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, adalah dirujuk). KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [32] Hasil daripada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, setelah memberikan penilaian di tahap maksimum sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, Mahkamah ini memutuskan bahawa semua elemen bagi pertuduhan terhadap OKT telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg [33] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan OKT dengan ini diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan. [34] OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah setelah hak untuk membela diri diterangkan. Tiada saksi pembelaan lain yang dikemukakan. PEMBELAAN OKT [35] Secara ringkas pembelaan OKT adalah seperti berikut: a. Rumah tempat kejadian adalah milik individu bernama Ali dan OKT telah tinggal di situ mulai dari pertengahan tahun 2022 selepas bercerai dengan isterinya. b. Pada petang hari kejadian, iaitu sekitar jam 6-7 petang sebelum waktu maghrib, Ali telah datang ke rumah itu dengan membawa P25 sebelum keluar semula tidak lama selepas itu. c. Selepas daripada itu, OKT telah keluar menyiram pokok bunga di bahagian hadapan rumah tersebut dan ketika itu telah didatangi SP5. Kedua-dua mereka kemudiannya telah masuk ke dalam rumah dan ketika OKT berada di bahagian dapur sedang mengisi air ke dalam bekas yang digunakan untuk menyiram pokok, sekumpulan orang berpakaian preman yang kemudiannya diketahui adalah polis, telah menyerbu masuk dan menangkap OKT dan SP5. S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg d.
Preamble
Menurut OKT, Ali bekerja sebagai penghantar makanan dengan GRAB dan LALAMOVE. e. OKT mendakwa di sepanjang dia tinggal di situ, ramai kawan-kawan Ali masuk ke rumah itu untuk menggunakan tandas melalui pintu bahagian belakang rumah yang tidak berkunci. f. OKT turut mendakwa telah memberitahu SP8 tentang Ali dan cuba merujuk nombor telefon Ali kepada SP8 tetapi tidak diendahkan. Telefon bimbitnya, menurut OKT telah hilang ketika dia berada dalam tahanan reman di penjara Sungai Buloh. ANALISA KES PEMBELAAN [36] Nama Ali telah dicadangkan kepada SP5, SP6 Dan SP8. [37] SP5 menafikan sebarang pengetahuan tentang Ali dan tidak mengetahui jika pihak polis menyangkanya sebagai Ali ataupun jika dadah yang ditemui adalah milik Ali. [38] SP6 pula menafikan yang serbuan tersebut bertujuan untuk menangkap individu bernama Ali, sebaliknya maklumat yang diterima daripada anggota polis sendiri menjurus kepada premis itu sendiri. [39] SP8 pula selaku Pegawai Penyiasat menegaskan, nama Ali tidak pernah dimaklumkan kepadanya oleh OKT sebaliknya mendakwa OKT ada menyebut nama Man tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut. SP8 juga menafikan ada menerima sebarang telefon bimbit dari SP6. S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg [40] Selain daripada itu, keterangan SP4 juga mengesahkan yang dia biasa nampak OKT menyiram pokok bunga di situ dan tidak nampak individu lain berada di situ. Kewujudan dan keberadaan Ali tidak pernah dicadangkan kepada SP4. [41] Meneliti keterangan yang ada di hadapan Mahkamah, didapati bahawa wujudnya percanggahan dalam keterangan OKT sendiri bila mana pada awalnya OKT mendakwa nampak Ali membawa P25 masuk ke dalam rumah namun, versi ini kemudiannya bertukar kepada OKT tidak perasan P25 tersebut kerana keadaan gelap dan ketika itu adalah waktu malam. [42] OKT juga ketika disoal balas bersetuju yang dia hanya menimbulkan nama Man kepada SP6 dan SP8. Manakala nama Ali hanya timbul sewaktu perbicaraan berlangsung. [43] Dalam kes PP v Lin Lian Chen [1992] 4 CLJ 2086, Mahkamah Agung dengan jelas menyatakan pembelaan oleh OKT sewajarnya diketengahkan seawal mungkin dan sekiranya hanya ditimbulkan ketika pembelaan OKT, ia akan dianggap sebagai ‘recent invention’. [44] Begitu juga dalam kes PP v Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ 49 dan Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154, perkara yang sama dinyatakan. S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg [45] Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236 memutuskan: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the Plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross-examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed by the defence it becomes the defence’s duty to, in whatever way, to put the Plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the Plaintiff’s or prosecution’s witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the Plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross-examination of those facts statements made by the Plaintiff’s or prosecution’s witnesses must be accepted as true. Even if the Plaintiff’s or prosecution’s does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during the Plaintiff’s or prosecution’s case.” TANGGUNGJAWAB MAHKAMAH DI AKHIR PERBICARAAN [46] Adalah menjadi tugas Mahkamah, selepas pihak pembelaan menutup kes untuk memberi pertimbangan kepada keseluruhan keterangan yang ada di hadapannya untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui batasan S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg kemungkinan yang munasabah (beyond reasonable doubt).(rujuk seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah, kes Olier Sheikh Awoyal Shekh v PP [2017] 2 CLJ 141, Balachandran v PP (supra), Mat v PP [1963] 263, Ganapathy Regasamy v PP [1998] 2 CLJ 1, Nenggani Asmo v PP [2014] 1 MLJ 501, Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282 & Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773. [47] Apa yang dimaksudkan dengan keraguan yang munasabah hendaklah suatu pembelaan yang bukannya berbentuk rekaan (fictitious), penafian semata-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [48] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai sebagaimana dalam kes ini, maka tertuduh bertanggungan untuk mematahkan (rebut) andaian tersebut di atas imbangan kebarangkalian (on a balance of probabilities). Lihat PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89. [49] Meneliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT hanyalah suatu penafian. Versi pembelaan ini sama sekali bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh SP4, SP5 dan SP6 ketika memberi keterangan. Mahkamah ini tidak ada sebab ataupun alasan yang munasabah untuk menolak keterangan ketiga-tiga saksi ini. Ketiga-tiga saksi ini khususnya SP4 telah dengan tegas dan tidak goyah dalam S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg memberi keterangan. Rujuk kes Marimuthu Seringan v Public Prosecutor [2016] 1 LNS 64 (Mahkamah Rayuan). [50] Dalam keadaan seperti yang dibincangkan di atas, setelah memberi pertimbangan di tahap maksimum terhadap keseluruhan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati tiada sebarang keraguan yang munasabah telah berjaya ditimbulkan oleh OKT dan OKT juga gagal menyangkal ataupun mematahkan andaian statutori yang digunapakai bagi elemen pengedaran di dalam pertuduhan. [51] Oleh yang demikian, adalah diputuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap OKT tanpa keraguan yang munasabah. KEPUTUSAN [52] OKT dengan ini didapati bersalah terhadap pertuduhan di bawah seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dikenakan terhadapnya. MITIGASI [53] Dalam hujahan mitigasi, OKT yang berusia 60 tahun memohon untuk dikenakan hukuman penjara sahaja memandangkan telah berusia melebihi 50 tahun. [54] Pihak pendakwan pula menghujahkan yang ini adalah kesalahan serius memandangkan jumlah Cannabis yanag terlibat adalah besar dan kepentingan awam mesti diberikan keutamaan. S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg HUKUMAN [55] Setelah menimbangkan rayuan daripada kedua-dua pihak, OKT dengan ini dikenakan hukuman penjara seumur hidup berkuat kuasa dari tarikh tangkap. [56] Tiada hukuman sebatan rotan dikenakan memandangkan OKT telah berusia lebih dari 50 tahun pada hari ini. Rujuk seksyen 289 (c) Kanun Tatacara Jenayah. Bertarikh : 18 Mei 2026 (AZHAR BIN ABDUL HAMID) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (7) Kuala Lumpur S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg Pihak-Pihak:- Bagi pihak Pendakwaan : Wan Ahmad Hijrah bin Wan Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Tertuduh : Nik Mohamed Ikhwan bin Nik Mahamud Tetuan Nik Ikhwan & Co. S/N IVeyy8h9EiynhA9G0heg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.