Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-8-11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN NIK ABDUL AZIZ BIN AB RAHMAN (NO. K/P: 880122-06-5581) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
CB-45A-8-11/2021
High Court of Malaysia29 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“was approved by the Court of Criminal Appeal in R v. Carr-Briant [1943] KB 607 a case upon a provision in an English statute in similar terms to that contained in s 14 of the Malaysian Prevention of Corruption Act 1961. For the reasons already indicated their Lordships do not think that, at any rate where such a provis”
“n yang menarik berkenaan dengan tanggungjawab hakim bicara di akhir kes pendakwaan seperti yang berikut: “[26] In deciding this issue, it is apposite to refer to the requirement of the law under the Criminal Procedure Code (CPC ) concerning the duty of a trial judge at the end of the prosecution case and at the end of”
“duct of one suspected of an offence is a relevant fact which may be considered and evaluated by the court in coming to a conclusion on whether the suspect perpetrated the offence. Section 8(2) of the Evidence Act 1950 states that: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILIN”
“961. For the reasons already indicated their Lordships do not think that, at any rate where such a provision is contained in an enactment, the definitions of "proved" and "disproved" contained in the Evidence Ordinance make any difference between Malaysian law and English law in this respect."”
“undang-undang untuk menolak keterangan saksi-saksi semata-mata kerana mereka ialah saksi-saksi yang berkepentingan. Sehubungan dengan ini, MT telah dengan betulnya merujuk kepada kes Balasingam v. PP [1959] CLJU 8; [1959] 1 LNS 8; [1959] MLJ 193 yang dengan betulnya menyatakan: After all there is no legal presumption t”
“erangan saksi-saksi semata-mata kerana mereka ialah saksi-saksi yang berkepentingan. Sehubungan dengan ini, MT telah dengan betulnya merujuk kepada kes Balasingam v. PP [1959] CLJU 8; [1959] 1 LNS 8; [1959] MLJ 193 yang dengan betulnya menyatakan: After all there is no legal presumption that an interested witness shoul”
“ses, eg, they are either partisans of the complainant or are in any way inimical to the accused, then their testimony is tainted and requires corroboration if to be acted upon." (Liow Siow Long v. PP [1969] CLJU 98; [1969] 1 LNS 98; [1970] 1 MLJ 40 referred to by this court in Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805; [2”
“d witnesses assumes a greater significance and it may not be prudent to base a conviction on their sole evidence without corroboration. (Per Raja Azlan Shah FJ in PP v. Datuk Hj Harun Hj Idris (No 2) [1976] CLJU 184; [1976] 1 LNS 184; [1977] 1 MLJ 15 referred to by this court in Puganeswaran Ganesan & Ors v. PP & Other”
“37; [2004] 3 MLJ 405; Kumaran Sappani v. PP [2011] 3 CLJ 251; [2012] 6 MLJ 153; Wong Joo Sen v. PP [2010] 8 CLJ 392; [2011] 1 MLJ 581; Suthakar Sivakumar lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2024] 10 CLJ 335; [2024] MLJU 2538). [116] And when a person is found as an interested witness through the testimony given that he/she has”
“fact does not exist. The test is the same as that applied in civil proceedings: the balance of probabilities. This was the test which was approved by the Court of Criminal Appeal in R v. Carr-Briant [1943] KB 607 a case upon a provision in an English statute in similar terms to that contained in s 14 of the Malaysian P”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-8-11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN NIK ABDUL AZIZ BIN AB RAHMAN (NO. K/P: 880122-06-5581) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Dalam kes ini Orang Kena Tuduh (OKT) telah dikemukakan dengan tiga pertuduhan seperti yang berikut: Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada 29 April 2021, jam lebih kurang 2300 hrs, bertempat di luar rumah Lot 7641, Jalan Kampung Mempateh, Kampung Mempateh, dalam Daerah Temerloh, dalam Negeri Pahang, kamu telah didapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 76.4 gram heroin dan monoacetylmorphines (72.2 gram heroin dan 4.2 gram monoacetylmorphines), oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 29 April 2021, jam lebih kurang 2300 hrs, bertempat di luar rumah Lot 7641, Jalan Kampung Mempateh, Kampung Mempateh, dalam Daerah Temerloh, dalam Negeri Pahang, kamu telah didapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 73.5 gram methamphetamine, oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan Ketiga Bahawa kamu pada 29 April 2021, jam lebih kurang 2300 hrs, bertempat di luar rumah Lot 7641, Jalan Kampung Mempateh, Kampung Mempateh, dalam Daerah Temerloh, dalam Negeri Pahang, kamu telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya berat bersih 4.38 gram heroin dan monoacetylmorphine (4.09 gram heroin dan 0.29 monoacetylmorphines), oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama.
2
Pihak pendakwaan telah memanggil enam orang saksi yang terdiri daripada ahli kimia, jurustor, isteri kepada OKT, pegawai serbuan dan pegawai penyiasat.
3
Pada 29.04.2021 lebih kurang jam 11.00 malam, pegawai serbuan (SP 5) dan pasukan telah melakukan serbuan di Lot 7641, Jalan Kampung Mempateh, Lanchang, Temerloh, Pahang. Ia dilakukan berdasarkan satu maklumat pengedaran dadah.
4
Semasa serbuan tersebut, seorang lelaki melayu telah lari keluar dari pintu belakang rumah tersebut sejurus selepas itu.
5
SP 5 telah menjumpai bungkusan hitam yang kemudiannya didapati mengandungi dadah yang dipertuduhkan bagi pertuduhan pertama dan kedua.
6
SP 5 juga dalam keterangannya menyatakan bahawa turut ditemui adalah kunci kereta di dalam rumah tersebut dan kemudian digunakan untuk membuka motokar CDE 5660.
7
SP 5 telah membuka kereta tersebut dengan menggunakan alat kawalan jauh pada kunci tersebut. SP 5 menjumpai dadah di bahagian steering kereta tersebut yang menjadi asas kepada pertuduhan ketiga.
8
SP 5 juga menyatakan di dalam keterangannya bahawa SP 3 dan OKT telah menandatangani penyataan di bawah seksyen 37B (1)
b
ADB 1952 seperti yang berikut:
9
SP 5 telah mengecam SP 3 dan OKT adalah dua individu yang ditangkap pada hari kejadian tersebut.
10
SP 5 telah mengecamkan barang kes dan menyerahkan barang kes tersebut kepada pegawai penyiasat (SP 6) yang kemudiannya dikemukakan kepada ahli kimia (SP 2). Hasil daripada analisa yang dilakukan laporan kimia (P12) telah disediakan oleh SP 2.
11
SP 3 iaitu isteri OKT menyatakan bahawa pada hari kejadian tersebut SP 3 telah dikejutkan oleh anggota polis wanita lebih kurang jam 11.00 malam. SP 3 telah masuk tidur pada jam 8.00 malam. Oleh itu apa yang berlaku di antara jam 8.00 malam hingga 11.00 malam hari itu tidak dapat diperihalkan oleh SP 3.
12
SP 3 menyatakan bahawa dia dan OKT tidak pernah memaklumkan mempunyai maklumat berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. SP3 menyatakan: : Ada tak, tengok dokumen itu balik di balai polis dokumen itu dibacakan yang sama seperti ini, betul tak apa yang dibacakan daripada awal sampai akhir kamu dibacakan kamu tandatangan di balai? : Saya tak diberi peluang untuk baca apa-apa dokumen pada waktu itu. : Kamu belajar sampai tingkatan berapa? : Tingkatan 5. : SPM tulis Bahasa Melayu wajibkan? : Betul. : Kenapa tak baca? Saya tak marah puan, saya tanya. Kenapa tak baca? Jadi orang bagi apa-apa dokumen nak pindah milik harta rumah puan, kereta puan pun sign je macam itu. Kenapa tak baca? : Saya tak beri peluang untuk baca. : Apa maksud puan tidak diberi peluang? Saya tak faham, Bahasa Melayu melayu saya, saya tak pandai Bahasa Melayu. Apa maksud tidak diberi peluang? Puan apa maksud tidak diberi peluang? Tak dapat chance? : Mungkin pada waktu itu saya dalam keadaan gelabah dan tidak boleh memberi focus untuk baca dokumen dalam surat tersebut.
13
Semasa pemeriksaan balas SP 3 menyatakan seperti yang berikut: : Tapi puan sahkan ID15 ini puan telah turunkan tandatangan ya? Betul ya? : Betul.
14
SP 3 menyatakan bahawa pada hari itu OKT telah menjalankan kerja-kerja membaiki mozek di rumah ibunya yang berdekatan dengan rumah mereka bersama-sama dengan dua orang pekerja. Di samping itu SP 3 juga menyatakan terdapat seorang yang bernama Nik Ramadhan iaitu adik OKT. SP 3 nyatakan bahawa kali terakhir SP 3 bertemu dengan Nik Ramadhan adalah pada siang hari sebelum kejadian.
15
Keterangan juga menunjukkan bahawa kejadian ini berlaku pada bulan Ramadan al-mubarak. Namun SP 3 tidak dapat sahkan sama ada Nik Ramadhan ada berbuka puasa bersama pada hari kejadian tersebut.
16
Sementara itu SP 6 menyatakan hasil soal siasat dengan ibu OKT disahkan bahawa OKT telah bersama-sama dengan rakan-rakannya membuat kerja-kerja pemasangan mozek di rumah ibunya. Ini dinyatakan semasa pemeriksaan balas seperti yang berikut: : Dan ibu dia setuju dengan saya dalam rakaman percakapan terhadap ibu dia, ibu dia telah memaklumkan bahawa pada hari tangkapan tersebut Tertuduh telah bersama dengan rakan-rakannya telah membuat mozek di rumah ibunya betul? : Ya betul. : Dan seketika polis hadir ke tempat kejadian dua rakannya yang lain yang telah melakukan kerja-kerja pemasangan mozek itu telah melarikan diri. Itu yang ibu dia cakap betul? : Yang itu tak ada. : Ibu dia tak cakap? : Tak ada yang itu.
17
Selain daripada itu Mahkamah juga mendapati SP 5 dan SP 6 mengesahkan bahawa OKT telah dituduh di bawah seksyen 15 ADB 1952 atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badannya. Dia telahpun mengaku salah dan disabitkan serta dijatuhkan hukuman. SP 5 dan SP 6 bersetuju dengan cadangan peguam OKT bahawa tindakan OKT melarikan diri semasa serbuan polis mungkin disebabkan OKT takut kerana terlibat di dalam kesalahan di bawah seksyen 15 ADB 1952 tersebut.
18
SP 6 di akhir pemeriksaan utamanya telah menjelaskan kesimpulan daripada penyiasatan beliau seperti yang berikut: Soalan terakhir saya berdasarkan kepada siasatan yang telah Inspektor buat boleh Inspektor beritahu Mahkamah apa hasil siasatan Inspektor? Hasil siasatan untuk kes ini dalam kes ini melibatkan tangkapan subjek iaitu ada elemen melarikan diri dan juga barang kes dirampas di luar rumah dan juga dalam kenderaan. Jadi hasil siasatan saya telah dapatkan semasa serbuan juga ada elemen melarikan diri, kemudian hasil keterangan juga telah ada penglibatan Tertuduh sendiri berkaitan barang kes yang dirampas. Kemudian saya telah cuba dapatkan juga keterangan daripada jiran berdekatan dengan rumah tempat kejadian iaitu rumah keluarga Tertuduh dan hasil keterangan telah dapatkan iaitu hanya Tertuduh tinggal di rumah tersebut. Dan juga untuk barang kes tersebut yang dijumpai dalam kenderaan tersebut kita telah dapatkan maklumat keterangan kenderaan tersebut iaitu juga atas nama Tertuduh, kemudian siasatan lanjut juga telah dapatkan rumah tersebut ketika di tempat kejadian tersebut rumah tersebut adalah yang terakhir di bahagian belakang. Jadi tiada akses daripada lain-lainlah. Itu sahaja.
19
Timbalan Pendakwa Raya dalam hujahan bertulisnya menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan sepatutnya OKT dipanggil membela diri. Ia berasaskan kejayaan Pendakwa Raya membuktikan elemen kesalahan bagi pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan. Berkenaan dengan barang-barang kes tersebut adalah dadah pihak pendakwaan berhujah bahawa barang-barang kes yang ditemui dalam peket plastik hitam tersebut telah diperolehi oleh SP 5 diserahkan kepada SP 6, dikemukakan untuk pemeriksaan oleh SP 2 dan SP 2 telah mengeluarkan laporan kimia. Adalah dihujahkan juga bahawa tiada sebarang keterangan yang mencadangkan terdapatnya pemutusan rangkaian pergerakan eksibit-eksibit tersebut sehingga menyebabkan terdapat kecurangan di dalam pengendalian eksibit-eksibit tersebut sehinggalah keputusan dikeluarkan oleh makmal Jabatan Kimia.
20
Seterusnya berkenaan dengan dengan elemen pemilikan, pihak pendakwaan menyatakan bahawa pemilikan telah dibuktikan. Ini adalah disebabkan OKT telah melarikan diri ke arah semak di belakang rumah apabila setibanya anggota serbuan sampai di hadapan rumah tempat kejadian. Seterusnya anggota serbuan telah mengejar OKT dan berjaya menangkap OKT. Pihak pendakwaan berhujah bahawa tindakan OKT melarikan diri menunjukkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan terhadap barang-barang kes tersebut. Pendakwaan bersandarkan kepada kes Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717.
21
Bersandarkan kepada kes Marlan Marpaung v PP [2012] 8 CLJ 41 pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan yang menunjukkan bahawa OKT melarikan diri adalah relevan untuk menunjukkan pengetahuan OKT berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Seterusnya pihak pendakwaan juga menyatakan bahawa setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan pemilikan dan kawalan seperti yang dihujahkan maka elemen pengedaran telah dibuktikan dengan penggunaan anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Ini disokong dengan kes Sathya Vello v PP [2022] 5 CLJ 659.
22
Peguam OKT berhujah bahawa berkenaan dengan elemen pertama pertuduhan iaitu dadah-dadah tersebut adalah merupakan dadah-dadah berbahaya pihak pembelaan akur bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ini.
23
Seterusnya berkenaan dengan elemen kedua sama ada dadah-dadah tersebut adalah di bawah jagaan, kawalan dan milikan OKT pihak pembelaan berhujah bahawa keterangan dadah tersebut dijumpai di luar hadapan rumah seperti yang dipersetujui oleh SP 5 serta SP 6. Selain daripada itu keterangan SP 6 juga mengikut pembelaan mengesahkan bahawa ibu OKT menyatakan pada hari kejadian OKT telah membuat kerja-kerja mozek di rumah ibunya. Selain daripada itu keterangan SP 3 juga menyatakan bahawa OKT dan SP 3 tidak diberi peluang untuk memahami kenyataan yang ditandatangani oleh mereka berkaitan dadah-dadah tersebut malahan kedua-dua SP 3 dan OKT menyatakan mereka tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut.
24
Sementara itu berkenaan dengan dadah-dadah yang dijumpai di dalam kenderaan CDE 5660 pihak pembelaan menyatakan kewujudan permit PKPB atas nama OKT tidak dapat mengaitkan dadah-dadah tersebut dengan OKT. Selain daripada itu tiada keterangan saintifik sama ada kesan cap jari atau DNA pada barang-barang kes dan pada kenderaan tersebut seperti yang disahkan oleh SP 6 serta keterangan SP 6 yang menyatakan bahawa kereta tersebut adalah milik OKT tetapi ada digunakan oleh adik-beradik yang lain menunjukkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Oleh itu pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie. OKT mengikut hujahan pihak pembelaan tidak wajar dipanggil untuk membela diri. Analisa Pada akhir kes pendakwaan
25
Adalah menjadi prinsip undang-undang jenayah yang jelas di bawah kerangka Kanun Prosedur Jenayah bahawa di akhir kes pendakwaan Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah menimbulkan satu kes prima facie. Perbincangan dan keputusan Mahkamah berkenaan dengan apakah yang dimaksudkan dengan prima facie sudah jelas dan nyata. Malahan ia telah dikanunkan di bawah seksyen 180 KPJ berkaitan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Ia tidak perlu dipanjangkan lagi. Namun mencukupi untuk memetik pandangan yang dikemukakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Sanderasegaran Nithenanham [2024] 4 CLJ 823 di mana Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman YA Hakim Nordin Hassan memberi rumusan yang menarik berkenaan dengan tanggungjawab hakim bicara di akhir kes pendakwaan seperti yang berikut: “[26] In deciding this issue, it is apposite to refer to the requirement of the law under the Criminal Procedure Code (CPC ) concerning the duty of a trial judge at the end of the prosecution case and at the end of the trial. Section 180 of the CPC states: Procedure after conclusion of case for prosecution 180 (1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. (emphasis added) [27] The provision of s. 180 of the CPC is plain and unambiguous that at the end of the prosecution case, the duty of the trial judge is to determine whether the prosecution has made out a prima facie case as required under sub-s. 180(1). If the prosecution fails to do so, an order of acquittal shall be made according to sub-s. 180(2) and if a prima facie case has been established, the accused shall be called to enter his defence under sub-s. 180(3). Sub-section 180(4) then explained that a prima facie case is made out if the prosecution has adduced credible evidence proving each element of the offence.”
26
Di samping itu Mahkamah juga tidak terlepas pandang kepada perkara-perkara yang perlu diteliti oleh Mahkamah semasa meneliti kes pendakwaan bagi menentukan sama ada terdapatnya kes prima facie ataupun sebaliknya seperti yang diutarakan dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti berikut: “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
II
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). [43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof.”
27
Persoalannya dalam kes ini apakah keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah menunjukkan satu kes prima facie seperti yang dikehendaki di bawah seksyen 180
4
KPJ dan kes-kes yang dinyatakan di atas. Adakah keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah keterangan yang kredibel yang membuktikan intipati kesalahan terhadap OKT.
28
Dalam hal ini Mahkamah mendapati bahawa keterangan pihak pendakwaan adalah menunjukkan bahawa berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pihak polis seperti yang dinyatakan oleh SP 5 akan terdapat kegiatan pengedaran di alamat di mana OKT ditahan. Apabila serbuan dilakukan telah ditemui dadah-dadah di dalam plastik hitam di hadapan rumah sewa OKT dan dadah-dadah di dalam kenderaan yang didaftarkan atas nama OKT.
29
Dalam hal ini Mahkamah perlu meneliti keterangan bahawa dadah-dadah di dalam plastik hitam tersebut ditemui di hadapan rumah. Berdasarkan kepada keterangan saksi ia berada di kawasan yang bersempadan dengan kawasan kejiranan rumah sewa OKT. Pada masa kejadian itu keterangan SP 3 menyatakan kawasan itu adalah gelap. Walau bagaimanapun SP 5 menyatakan keadaan di tempat kejadian adalah cerah dan dapat dengan jelas melihat bungkusan plastik hitam tersebut. Pada masa yang sama Mahkamah juga mendapati bahawa fakta bahawa OKT telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 15 ADB 1952 juga telah tidak disangkal oleh SP 5 dan SP 6. Hal tersebut yang dikatakan menjadi salah satu alasan untuk OKT melarikan diri ketika serbuan dibuat tidak juga dinafikan oleh SP 5 dan SP 6.
30
Selain daripada itu keterangan SP 3 yang menyatakan kehadiran Nik Ramadhan di rumah ibunya pada hari kejadian juga tidak dapat diakaskan oleh keterangan SP 5 dan SP 6 yang hanya dapat menyatakan bahawa ibu kepada Nik Ramadhan dan OKT menyatakan bahawa Nik Ramadhan telah lama tidak pulang ke rumahnya. Ini bermakna bahawa keterangan SP 3 tersebut adalah bercanggah dengan keterangan SP 5 dan SP 6. Percanggahan tersebut dapat dirungkaikan sekiranya ibu kepada Nik Ramadhan dan OKT dipanggil ke Mahkamah untuk menjelaskan fakta sama ada benarkan Nik Ramadhan sebenarnya berada di rumah tersebut pada hari kejadian atau memang tidak kembali ke rumah tersebut dalam tempoh masa yang lama.
31
Mahkamah ini mendapati tiada sebarang penjelasan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan berkenaan dengan mengapakan ibu Nik Ramadhan dan OKT tidak dapat dikemukakan di Mahkamah. Mahkamah berpendapat ini telah menimbulkan persoalan berkenaan dengan dengan kewujudan Nik Ramadhan dan ia menjejaskan tugas pendakwaan untuk menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut adalah dimiliki, dikawal dan dalam pengetahuan OKT.
32
Apa yang lebih menarik lagi dalam kes ini ialah apabila laporan DNA dan cap jari adalah negatif. Ia tidak dapat mengaitkan mana-mana orang termasuk OKT dengan dadah-dadah tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa keterangan-keterangan laporan DNA dan laporan cap jari bukannya keterangan konklusif bagi maksud untuk pihak pendakwaan membutikan kes prima facie. Ketiadaan laporan-laporan tersebut di dalam kewujudan keterangan-keterangan fizikal dan saksi mata sudah menyebabkan ketiadaan keterangan tersebut tidak boleh menghalang Mahkamah untuk memutuskan bahawa terdapatnya kes prima facie.
33
Sebaliknya di dalam kes ini disebabkan barang-barang kes dijumpai di dalam plastik hitam di luar rumah, OKT pula melarikan diri kerana dikatakan berkemungkinan bimbang dengan tindakan yang akan diambil terhadapnya kerana memasukkan dadah ke dalam badannya, kenderaan yang mana dijumpai dadah-dadah bagi pertuduhan ketiga itu pula dinyatakan digunakan oleh orang lain juga selain daripada OKT dalam kes ini maka sebarang keputusan positif bagi laporan DNA dan laporan cap jari amat diperlukan. Ini tiada di dalam kes ini.
34
Adalah tidak dapat dinafikan di dalam pembuktian sesuatu kes jenayah tanggungjawab pihak pendakwaan adalah untuk membuktikan kes yang dikenali sebagai beban perundangan (legal burden) adalah terletak kepada pihak pendakwaan. Ia tidak sekali-kali akan berpindah kepada pembelaan. Tatacara pembuktian yang perlu dilakukan oleh pihak pendakwaan telah dinyatakan di bawah undang-undang prosedur jenayah yang tidak perlu dihuraikan secara mendalam di dalam kes ini. Ini adalah disebabkan prinsipnya telah mantap tanpa perlu kepada perbahasan lanjut.
35
Apakah dengan berdasarkan kepada keterangan yang ada setakat ini oleh pihak pendakwaan apakah dengan sepintas lalu Mahkamah boleh menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie. Adakah sekiranya pihak pembelaan memilih untuk tidak memberikan keterangan bersumpah sebaliknya memilih untuk berdiam diri, adakah berdasarkan keterangan-keterangan di peringkat pendakwaan ini ia sudah mencukupi untuk mensabitkan OKT dengan pertuduhan.
36
Sesungguhnya tanggungjawab pihak pendakwaan adalah berat untuk membuktikan satu kes prima facie di dalam satu kes jenayah. Ia perlu dilakukan dengan keterangan-keterangan yang dikemukakan di Mahkamah. Adalah tidak memadai dengan spekulasi fakta. Sebaliknya ia hendaklah disokong dengan keterangan-keterangan.
37
Dalam kes ini Mahkamah juga mendapati bahawa kewujudan individu yang bernama Nik Ramadhan tidak dapat dinafikan oleh saksi-saksi pendakwaan. Namun apa yang penting dalam kes ini keberadaan Nik Ramadhan pada hari kejadian atau beberapa hari sebelum kejadian telah tidak dapat disahkan oleh saksi-saksi pendakwaan. Ada saksi yang menyatakan dia ada di rumah ibu OKT pada atau sebelum kejadian. Di samping itu ada juga saksi yang menyatakan Nik Ramadhan sudah tidak pulang ke rumah. Nik Ramadhan juga tidak dikemukakan sebagai saksi pendakwaan.
38
Adakah kegagalan pengemukaan Nik Ramadhan itu membolehkan pemakaian seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan adalah bebas untuk memanggil mana-mana orang sebagai saksi bagi membuktikan kes. Kegagalan memanggil mana-mana saksi tidak menyebabkan seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terpakai kepada Pendakwa Raya. Jika saksi itu bukannya saksi material atau penting, tiada keterangan yang menunjukkan saksi itu telah dihalang, diselindungi atau keterangan disembunyikan oleh pendakwaan bagi tujuan tidak terzahirnya keterangan yang akan menjejaskan kes pendakwaan, maka seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 barulah terpakai.
39
Dalam kes ini Mahkamah berpendapat kegagalan Pendakwa Raya memanggil Nik Ramadhan tanpa keterangan bahawa Pendakwa Raya ingin menghalang keterangannya ditampilkan di Mahkamah tidak membolehkan seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terpakai terhadap Pendakwa Raya. Mahkamah ini berpendapat ketiadaan keterangan Nik Ramadhan tidak menyebabkan kes pendakwaan terjejas dalam tanggungjawab menunjukkan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
40
Keterangan yang ada ialah pada masa serbuan dadah-dadah itu ditemui di dalam plastik hitam di luar kawasan rumah, OKT cuba lari melalui pintu belakang rumah tapi dapat ditangkap oleh pegawai serbuan dan anggota. Kelakuan OKT sedemikian pada hemat Mahkamah adalah kelakuan yang menunjukkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah di dalam plastik hitam tersebut. Keterangan berkenaan dengan kelakuan melarikan diri tersebut boleh diterima oleh Mahkamah ini seperti yang dinyatakan dalam kes Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717 seperti yang berikut: [36] The law relating to evidence of conduct is thus patent. If there is no evidence to show that the conduct is influenced by any fact in issue or relevant fact as required by s. 8 then it is not admissible as it would then be an equivocal act justifying inferences favourable to the accused being drawn. If it satisfies the requirement of s. 8 it is admissible. It must be observed that the degree of proof required to establish evidence of conduct would depend on the nature of the conduct. Conduct like the flight of an accused is a more positive act and is easily established. On the other hand conduct like the accused looking stunned, nervous, scared or frightened is very often a matter of perception and more detailed evidence may be required. Once admitted the court cannot resort to any other explanation for the conduct or draw inferences on its own accord to render it inadmissible. The onus is on the accused to explain his conduct pursuant to s. 9. Such explanation must not be in their barest possible form, but with a reasonable fullness of detail and circumstance (see R v. Stephenson [1904] 68 JP 524). The onus may be discharged even in the course of the case for the prosecution, for example, by way of cross-examination of relevant witnesses. If not so done it can be discharged only at the defence stage. However, the evidence admissible under the section must be confined to what is necessary for the purposes enumerated. Illustration (c) to s. 9 explains the operation of this principle. It provides that when A is accused of a crime the fact that soon after the commission of the crime he absconded from his house is relevant. But the fact that at the time when he left home he had sudden and urgent business at the place to which he went, is relevant, as tending to explain the fact that he left home suddenly. The details of the business on which he left, however, are not relevant, except in so far as they are necessary to show that the business was sudden and urgent. If the explanation is accepted by the court then the inference arising from the conduct is rebutted. If it is not accepted or if the accused does not explain his conduct the inference remains unrebutted. [37] It is now appropriate to consider the rationale of the court in explaining the conduct of the accused in running away in Abdullah Zawawi Yusoff v. PP [1993] 4 CLJ 1 which formed the basis of the submission of the appellant. In that case the drugs were found in a house occupied by the accused, his wife and a third person. The court considered the evidence of possible access to the house by others, and in distinguishing the case from DPP v. Brooks [1974] 2 All ER 840, held that the conduct of the accused in running away was equally consistent with him having been in a state of pure panic even though he did not offer any explanation himself. On the other hand in DPP v. Brooks [1974] 2 All ER 840 the accused was in the driver's seat of a stationary van with several others. There were drugs in the van. When the police approached the van all of them ran. The conduct of the accused in running away was held against him. The difference in both the cases is that in Abdullah Zawawi Yusoff v. PP [1993] 4 CLJ 1 there was no evidence to show that the act of the accused in running away was influenced by any fact in issue or relevant fact within the meaning of s. 8 in view of the possibility of access to the house by others. It is therefore not admissible on this ground as it is equivocal thereby justifying an inference in favour of the accused being drawn and ought to have been so ruled at an earlier stage of the trial. The case of Abdullah Zawawi Yusoff v. PP [1993] 4 CLJ 1 is therefore authority only to this extent. On the other hand in DPP v. Brooks [1974] 2 All ER 840 there was evidence to show that the drugs were in the physical custody and control of the accused and his conduct of running away thus comes, in the Malaysian context, within the meaning of s. 8. It is therefore admissible and cannot be explained away by the court itself by offering an explanation which is consistent with the innocence of the accused. The explanation must be offered by the accused himself as required by s. 9. [38] In this case the reaction of the appellant in looking stunned or shocked upon being approached by the police is clearly admissible under s. 8 since it has a direct bearing on the fact in issue as the drugs found were tucked away in the front of the jeans worn by him. The explanation for his reaction must therefore be offered by he himself as required by s. 9. The court cannot, on its own, offer an explanation for his reaction. However, in his defence the appellant did not offer any explanation at all for his reaction upon being approached by the police. It can therefore be validly used as evidence against him. The inference to be drawn from the evidence of conduct of the appellant against the background of the other evidence is that he knew what he was carrying (see DPP v. Brooks [1974] 2 All ER 840). It follows that the stand taken by the appellant in relation to the evidence of conduct is not sustainable. Be that as it may, the evidence of conduct in this case is not very significant in view of the manner in which the appellant carried the drugs on his person from which it can reasonably be inferred that he had knowledge of the drugs in his possession (see the cases referred to earlier, and, in particular, Tunde Apatira & Ors v. PP [2001] 1 CLJ 381 and PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337).”
41
Mahkamah ini berpendapat keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan menunjukkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan dan pemilikan dadah-dadah tersebut. Ini dapat dilihat melalui tindakan OKT melarikan diri setelah serbuan atau semasa serbuan sedang dilakukan. Ini ditambah pula dengan keterangan OKT ada menggunakan kereta yang turut ditemui dadah di dalam kereta tersebut.
42
Setelah Mahkamah mendapati bahawa OKT mempunyai kawalan, pengetahuan dan pemilikan dadah-dadah tersebut yang tergolong di dalam dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 maka Mahkamah ini menggunakan anggapan di bawah seksyen 37(da) bagi pengedaran dadah-dadah tersebut. Mahkamah ini berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya menunjukkan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
43
Sementara itu bagi pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A (1) Akta yang sama berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan Mahkamah berpendapat anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB 19520 dipakai terhadap OKT iaitu OKT dianggap memiliki dadah-dadah berbahaya tersebut dan mempunyai pengetahuan mengenai dadah-dadah tersebut seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 37 (d) seperti yang berikut:
d
any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug.”
44
Oleh itu Mahkamah ini berpendapat pihak pendakwaan telah dapat menunjukkan satu kes prima facie terhadap pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A
1
ADB 1952 terhadap OKT. Pembelaan OKT
45
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas di akhir kes pembelaan Mahkamah perlu meneliti semua keterangan yang telah dikemukakan semasa perbicaraan. Perkara ini telah dinyatakan dalam seksyen 182A KPJ seperti berikut: "182A. Procedure at the conclusion of the trial
1
At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal."
46
Malahan apabila terdapat penggunaan anggapan seperti dalam kes ini Mahkamah perlu menjalankan dua tugas iaitu untuk meneliti sama ada pihak pembelaan telah berjaya menyanggah anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 tersebut dan adakah pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap keseluruhan kes pendakwaan. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Agong dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 MLJ 169 seperti yang berikut: "It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy Vengadasalam v. PP [1986] 1 MLRA 292; [1987] 1 MLJ 492; [1987] CLJ (Rep) 221). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt."
46
Apa yang penting dalam kes ini ialah adakah keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan telah berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 pada tahap perimbangan kebarangkalian seperti yang dinyatakan dalam kes PP v. Yuvaraj [1968] 1 MLJ 238 di mana Majlis Privy melalui Lord Diplock menyatakan seperti yang berikut: "Generally speaking, no onus lies upon a defendant in criminal proceedings to prove or disprove any fact: it is sufficient for his acquittal if any of the facts which if they existed would constititute the offence with which he is charged are "not proved". But exceptionally, as in the present case, an enactment creating an offence expressly provides that if other facts are proved, a particular fact, the existence of which is a necessary factual ingredient of the offence, shall be presumed or deemed to exist "unless the contrary is proved". In such a case the consequence of finding that that particular fact is "disproved" will be an acquittal, whereas the absence of such a finding will have the consequence of a conviction. Where this is the consequence of a fact's being "disproved" there can be no grounds in public policy for requiring that exceptional degree of certainty as excludes all reasonable doubt that that fact does not exist. In their Lordships' opinion the general rule applies in such a case and it is sufficient if the court considers that upon the evidence before it it is more likely than not that the fact does not exist. The test is the same as that applied in civil proceedings: the balance of probabilities. This was the test which was approved by the Court of Criminal Appeal in R v. Carr-Briant [1943] KB 607 a case upon a provision in an English statute in similar terms to that contained in s 14 of the Malaysian Prevention of Corruption Act 1961. For the reasons already indicated their Lordships do not think that, at any rate where such a provision is contained in an enactment, the definitions of "proved" and "disproved" contained in the Evidence Ordinance make any difference between Malaysian law and English law in this respect."
47
Perimbangan kebarangkalian dalam kes sivil telah dinyatakan dalam kes Selvaduray v. Chinniah [1939] 1 MLJ 253 seperti yang berikut: "In my opinion this line of reasoning cannot be supported. In a case such as the present the position has been clearly stated in the judgment of Brett MR in Abrath v. North Eastern Railway Co 11 QBD p 440 at p 452: "But then it is contended (I think fallaciously), that if the plaintiff has given prima facie evidence, which, unless it be answered, will entitle him to have the question decided in his favour, the burden of proof is shifted on to the defendant as to the decision of the question itself. This contention seems to be the real ground of the decision in the Queen's Bench Division. I cannot assent to it. It seems to me that the propositions ought to be stated thus: the plaintiff may give prima facie evidence which, unless it be answered either by contradictory evidence or by the evidence of additional facts, ought to lead the jury to find the question in his favour: the defendant may give evidence either by contradicting the plaintiff's evidence or by proving other facts: the jury have to consider upon the evidence given upon both sides, whether they are satisfied in favour of the plaintiff with respect to the question which he calls upon them to answer; if they are, they must find for the plaintiff; but if upon consideration of the facts they come clearly to the opinion that the question ought to be answered against the plaintiff, they must find for the defendant. Then comes this difficulty-suppose that the jury, after considering the evidence, are left in real doubt as to which way they are to answer the question put to them on behalf of the plaintiff: in that case also the burden of proof lies upon the plaintiff, and if the defendant has been able by the additional facts which he has adduced to bring the minds of the whole jury to a real state of doubt, the plaintiff has failed to satisfy the burden of proof which lies upon him". Applying the principles laid down by the Court of Appeal in the above case, it is clear that the onus is on the plaintiff to prove his case. After the conclusion of the whole case there must be some preponderance in his favour. It may be true that the plaintiff established a prima facie case, but at the conclusion of the trial the learned Judge has found that the position was exactly even, ie that any preponderance in the plaintiff's favour had disappeared. That being the case the plaintiff must necessarily fail, as he has not discharged the onus which is upon him. No doubt the defendant would equally have failed if he had been the claimant and had tried to establish, as a substantive part of his case, the alternative version which he tried to prove in answer to that of the plaintiff. But as he was not the claimant, that consideration is quite immaterial. It is quite sufficient for his purpose if he can satisfy the Court that the plaintiff has not established his case and the learned Judge has so found."
48
OKT semasa pembelaan telah memanggil tiga orang saksi iaitu OKT sendiri, Nik Ramadhan (SD 2) iaitu adik OKT dan ibu OKT (SD 3). Keterangan OKT menyatakan bahawa pada masa kejadian tersebut iaitu pada waktu siangnya OKT sedang membantu membetulkan mozek di rumah ibunya. Pada masa itu adiknya iaitu Nik Ramadhan juga berada di rumah ibunya tersebut. Kerja-kerja mozek itu juga telah dibantu oleh dua orang pekerja yang dikenali sebagai Adi.
49
OKT juga menyatakan bahawa kenderaan di mana dadah-dadah itu dijumpai digunakan oleh Nik Ramadhan dan ahli keluarga yang lain. Malahan Nik Ramadhan mengesahkan bahawa pada masa kejadian tersebut kenderaan tersebut telah digunakan oleh salah seorang pekerja mozek tersebut. Malahan, Nik Ramadhan dalam keterangannya, menyatakan seperti yang berikut dalam keterangan semasa pemeriksaan balas: S : “Pada masa tu dan saya pakai kereta abang saya.” Kereta Nik Abdul Saga tu? J : Betul. S : Kemudian kunci pendua juga, ada dengan Encik Ramadhanlah? J : Saya. S : Kunci pendua ni diserahkan tadi tahun 2020 lagi? J : Ya, betul. S : Encik Ramadhan yang mintaklah? J : Betul. S : Sebab nak pakai kereta? J : Ya.
50
OKT juga dalam keterangan pembelaan menyatakan bahawa dia melarikan diri semasa serbuan polis tersebut disebabkan bimbang akan dikenakan tindakan pertuduhan atas kesalahan menggunakan dadah. Ini adalah disebabkan dia pernah ditangkap oleh polis atas kesalahan rekod urine sebanyak 3 kali.
51
Penelitian kepada keterangan SD2 mengesahkan bahawa pada hari kejadian tersebut, OKT berada di rumah emak mereka untuk menolong kerja-kerja mozek. SD2 juga menyatakan dia ada memakai kereta CDE 5660 dan kunci pendua kereta itu ada bersama SD 2. SD 2 juga mengesahkan bahawa kereta tersebut ada dibawa oleh seorang bernama Adi untuk membeli barang untuk buat mozek. SD 2 juga mengesahkan juga bahawa pada hari kejadian kali terakhir dia menggunakan kereta tersebut ialah pada pukul 7.00 petang. Pada malam kejadian itu SD2 tidak berada di rumah. Dia tidak pulang sejak kejadian tersebut dan berada di Kuala Lumpur. Kini SD2 telah ditahan bagi kesalahan di bawah seksyen 39A(2) ADB 1952.
52
Sementara itu ibu OKT iaitu SD3, mengesahkan pada masa tersebut ada seorang yang bernama Adi juga membantu penyediaan membuat mozek di rumahnya bersama-sama dengan
53
Seterusnya OKT menyatakan di dalam keterangannya bahawa dia melarikan diri setelah diserbu oleh polis kerana bimbang dengan kemungkinan akan ditangkap polis untuk kesalahan penyalahgunaan dadah di bawah seksyen 15 (1) ADB 1952. Ini adalah disebabkan dia pernah ditangkap beberapa kali oleh pihak polis atas kesalahan tersebut. OKT menyatakan seperti yang berikut dalam keterangannya: : Apa kamu buat ketika itu? : Ketika itu saya pun larikan diri juga. : Kenapa? : Sebab saya urine sangkut. : Kamu ambil dadah? : Ya : Urine? : Urine : Jadi kamu ambil dadah jenis apa? : Syabu. : Jadi, kamu takut pada polis ke? : Saya takut sebab saya akan kena 39C. : Kena apa? : 39C. : Kenapa 39C bukan 15(1)? : Sebab saya sudah ada rekod urine 3 kali. : Sebab itu kamu lari? : Sebab tu saya lari.
54
Mahkamah juga mendapati bahawa hubung kait di antara plastik hitam dengan OKT itu hanya dapat ditunjukkan melalui pernyataan di bawah seksyen 37B (1) (b) ADB 1952 seperti yang tertera di para 8 di atas. OKT semasa memperihalkan berkenaan dengan bagaimana dokumen tersebut ditandatangani oleh dia menyatakan seperti yang berikut: : Kamu tengok soalan-soalan dalam tu, Yang Arif saya pohon untuk kemudahan Mahkamah, saya pohon saksi dirujuk dengan dokumen ini juga pada bahagian soalannya. Saya membantu Mahkamah dengan membacakan soalan sahaja. Soalan: Adakah kamu berdua faham dengan kata-kata amaran di atas. Jawapan: Ya, kami faham. Soalan: Adakah kamu berdua ada menyimpan atau tahu apa-apa barang yang menyalahi undang-undang? Ya (B1). Soalan-soalan ini sampai ke bawah jawapan tidak (B1 & B2). Adakah soalan-soalan ini telah ditanya kepada kamu ditempat serbuan sama ada di rumah sewa ataupun di rumah ibu kamu? Ada tak soalan-soalan ini ditanya? : Tak ada.
55
Semasa pemeriksaan balas berkenaan dengan perkara ini OKT menyatakan seperti yang berikut: : Dan saya kata kepada kamu, selepas kamu ditahan dibawa ke dalam rumah kamu, polis ada bacakan P15 tadi kepada kamu. Polis ada baca ni? : Tak ada. : Tak setuju? : Tak setuju. : Dan polis ada tanya kepada kamu sebagaimana yang tercatat dalam P15 ini? : Tak setuju. : Kemudian, selepas polis tanya kamu ada beritahu polis di mana dadah tu? : Tak setuju. : Kemudian kamu di bawa keluar rumah. Setuju? : Tak setuju.
56
Sementara itu berkenaan dengan penemuan dadah di dalam plastik hitam tersebut OKT menyatakan seperti yang berikut: Lepas tu apa berlaku, kamu tahu tak? Lepas tu saya dapati polis menjumpai barang. Teruskan. Menjumpai barang di tepi pagar. Di tepi pagar di mana? Di depan rumah. Macam mana kamu tahu? Kamu duduk di belakang sini. Sebab saya nampak diorang tengah main kat tepi pagar tu. Dan macam mana kamu tahu yang mereka jumpa barang? Sebab dia cakap ini plastik hitam sudah ada. Siapa cakap? Anggota polis. Adakah polis yang bercakap itu telah memberi keterangan dalam Mahkamah sebelum ini? Tuan Polis. Tuan Inspektor. Ha? Belum. Tak ada orang yang memberi keterangan tu yang cakap dah jumpa plastik hitam tu? Belum. Tak pernah. Baik. Sila lihat mana-mana gambar tempat kejadian rumah tu, yang boleh kamu tunjukkan sebagai tempat di mana mereka telah menjumpai. Ada tak? Ada.
57
Penelitian kepada keterangan pembelaan OKT menunjukkan bahawa kenderaan di mana dadah-dadah itu dijumpai telah digunakan oleh ramai orang iaitu SD 2 yang menyatakan melalui keterangannya dan juga seorang pekerja bernama Adi. Ini menunjukkan bahawa kenderaan tersebut tidak digunakan oleh OKT sahaja. Malahan pada hari kejadian tersebut terdapat keterangan yang menyatakan SD 2 menggunakan kenderaan tersebut. Pada masa yang sama Adi juga dikatakan oleh SD 2 menggunakan kenderaan untuk membeli barang binaan.
58
Seterusnya keterangan OKT menjelaskan bahawa tindakan dia melarikan diri adalah ekoran daripada kebimbangan akan ditangkap oleh pihak polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah di bawah seksyen 15 ADB 1952 dan menyatakan bahawa pernyataan di bawah seksyen 37B (1) (b) ADB 1952 tanpa diterangkan isi kandungan dokumen tersebut. OKT juga menyatakan dia tidak mempunyai maklumat berkenaan dengan plastik hitam itu sehingga ditunjukkan kepadanya oleh polis.
59
Persoalannya ialah adakah penjelasan-penjelasan yang diberikan oleh OKT berkenaan dengan tindakannya melarikan diri itu adalah sesuatu yang boleh diterima oleh Mahkamah. Ini adalah disebabkan Mahkamah telah pada akhir kes pendakwaan menggunakan seksyen 8 Akta Keterangan 1950 dan mengaitkan tindakan OKT melarikan diri adalah menunjukkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan berkenaan dengan dadah di dalam plastik hitam tersebut. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa Mahkamah boleh menimbangkan penjelasan yang diberikan terhadap kelakuan OKT seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 9 Akta Keterangan 1950 dan pada masa menilaikan penjelasan tersebut ia perlu dilihat secara menyeluruh keterangan-keterangan yang dikemukakan. Ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Khairuddin bin Hassan v PP [2010] 6 MLJ 145 seperti yang berikut: “The conduct of one suspected of an offence is a relevant fact which may be considered and evaluated by the court in coming to a conclusion on whether the suspect perpetrated the offence. Section 8(2) of the Evidence Act 1950 states that:
2
The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto. The act of running away from the scene of an offence is certainly a relevant fact as can be seen from this illustration under that subsection:
f
(f)The question is whether A robbed B. The facts that after B was robbed, C said in A’s presence: ‘The police are coming to look for the man who robbed B’ and that immediately afterwards A ran away are relevant. Since the appellant’s act of flight had a direct bearing on the offence he faced, he must satisfy the trial court why he reacted in that manner. The trial court, having had the advantage of seeing and hearing the appellant’s explanation is the best forum for determining whether such an explanation is credible or believable. This explanation to rebut any inference detrimental to his defence becomes a relevant fact under s 9 of the Evidence Act, and necessary for the trial court in its evaluation of the case in totality. Section 9 of the Evidence Act states that: Facts necessary to explain or introduce a fact in issue or relevant fact, or which support or rebut an inference suggested by a fact in issue or relevant fact, or which establish the identity of any thing or person whose identity is relevant, or fix the time or place at which any fact in issue or relevant fact happened or which show the relation of parties by whom any such fact was transacted, are relevant so far as they are necessary for that purpose. (Emphasis added.) In Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19, the Federal Court explains the need for this explanation of an accused person’s conduct in this manner: In this case the reaction of the appellant in looking stunned or shocked upon being approached by the police is clearly admissible under s 8 since it has a direct bearing on the fact in issue as the drugs found were tucked away in the front of the jeans worn by him. The explanation for his reaction must therefore be offered by he himself as required bys 9. The court cannot, on its own, offer an explanation for his reaction … (Emphasis added.)”
60
Namun demikian Mahkamah perlu berhati-hati dengan tidak sewenang-wenangnya menerima penjelasan OKT berkenaan dengan kelakuannya melarikan diri tersebut. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Ogujiofor Frank Chike v Public Prosecutor [2015] 2 MLJ 100 seperti yang berikut: “[44] With respect, we were not able to agree with learned counsel on that interpretation of s 9 of the Evidence Act 1950. Granted that the appellant had given an explanation, as required under the law, for his conduct, it does not mean that the trial court must of necessity accept whatever explanation that the appellant has proffered. The court will have to consider the explanation given, in the light of the other available evidence before deciding whether to accept or reject that explanation. In this case, we noted that the learned trial judge had considered the explanation and had this to say: When the drugs were first shown to him at the CP’s office, he was surprised and shocked to see the drugs and denied any knowledge of the drugs in the said luggage. The accused testified that at all times he was led by Ifeanyi to believe that he was smuggling diamonds and precious stones to settle his debts to the syndicate. The accused maintained throughout the case that he believed that he was smuggling diamonds and precious stones and that he had informed both PW- 4 and PW- 5 that he did not know about the drugs when PW- 5 showed him the drugs.”
61
Mahkamah Rayuan dalam kes Ogujiofor Frank Chike (supra) telah menganalisa fakta dalam kes tersebut seperti di para [47] seperti yang berikut: “[47] With respect, we agreed with the approach taken by the learned trial judge in dealing with this issue on conduct of the appellant at the material time in that in essence, such conduct was not consistent with one that is indicative or reflective of one’s innocence. We were also of the considered view that his conclusion was supported by evidence that was led before him. The appellant had indeed been inconsistent, to say the least, on a material fact as regards the contents of his bag (P19) when at one point during inspection of the bag at the KLIA, he said the bag had contained only his clothes and shoes while at another time, he told the court that he knew he had carried diamonds inside the said bag. In the circumstance, the learned trial judge was therefore entitled to treat the appellant’s explanation on being shocked, the way he did. Learned counsel had submitted before us that on the authority of Parlan bin Dadeh case it was for the appellant to offer an explanation and that would suffice and that then it became incumbent on the prosecution to rebut the explanation. To our mind, while the Parlen bin Dadeh case interprets s 9 of the Evidence Act 1950 as requiring an explanation from the accused person, we are of the respectful view that the explanation could be subject to scrutiny by the court. It could be accepted as being credible or it could in itself be incredible, in the light of other evidence already before the court, including the evidence given by the accused person himself, even without the presence of any rebuttal evidence coming from any prosecution witness, and the court will be at liberty to attach proper weight to the explanation accordingly. In other words, the explanation offered by the accused for his conduct may be rebutted in more ways than one. It may, depending on the circumstances of the case be rebutted by the conflicting evidence emanating from the accused himself, as had happened in this case. If the situation so warrants, a rebuttal coming from the adverse party may indeed become imminently imperative. But in the circumstances of the present case, the need to call the so-called ‘Lokman’ by the prosecution, as was submitted by learned counsel, had been rendered unnecessary.”
62
Mahkamah ini berpendapat dalam kes ini penjelasan yang diberikan oleh OKT berkenaan dengan mengapa dia melarikan diri ekoran daripada serbuan polis tersebut wajar dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. Ini ditambah pula dengan tiada keterangan yang dikemukakan bagi mengesahkan kewujudan cap jari OKT di plastik hitam tersebut. Begitu juga ketiadaan kesan DNA di plastik hitam di mana dadah-dadah itu ditemui. Ini bermakna penjelasan OKT berkenaan dengan tindakannya melarikan diri dilihat bersama-sama dengan keterangan berkenaan dengan ketiadaan cap jari dan kesan DNA pada plastik hitam tersebut menunjukkan bahawa penjelasan OKT berkenaan dengan kelakuannya itu adalah satu yang munasabah. Ini bermakna berdasarkan kepada penjelasan tersebut, pemakaian seksyen 9 Akta Keterangan 1950 boleh digunakan bagi mengakaskan keterangan berkenaan dengan kelakuan OKT yang telah diterima di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 semasa di peringkat pendakwaan yang lalu.
63
Mahkamah dalam kes ini juga perlu berhati-hati dalam meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh SD 2 dan SD 3. Ini adalah disebabkan SD 3 adalah ibu kepada OKT, sementara SD 2 adalah adik kepada OKT. Ini bermakna mereka mempunyai pertalian darah dengan OKT. Pendakwa Raya berhujah bahawa SD 2 dan SD 3 sudah pasti memberikan keterangan yang memihak kepada OKT bagi menyelamatkan OKT daripada hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Mahkamah sekiranya OKT disabitkan dengan pertuduhan.
64
Adalah menjadi khazanah undang-undang prinsip bahawa tiada anggapan saksi yang berkepentingan tidak boleh dipercayai. Ini dinyatakan dalam kes Balasingham v Public Prosecutor [1959] 1 MLJ 93 seperti yang berikut: “After all there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances.”
65
Ia juga turut dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Suthakar Sivakumar lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2024] 10 CLJ 335 seperti yang berikut: “[77] Kami juga mendapati dan bersetuju bahawa tiada alasan undang-undang untuk menolak keterangan saksi-saksi semata-mata kerana mereka ialah saksi-saksi yang berkepentingan. Sehubungan dengan ini, MT telah dengan betulnya merujuk kepada kes Balasingam v. PP [1959] CLJU 8; [1959] 1 LNS 8; [1959] MLJ 193 yang dengan betulnya menyatakan: After all there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances. (penekanan ditambah)
66
Ia turut ditegaskan juga oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Teoh Kiang Hong v. Theow Say Kow & Other Appeals [2025] 2 CLJ 683 seperti yang berikut: “[113] Generally, at law, all persons shall be competent to testify unless they come under any of the exceptions in s. 118 of the EA
1950
In all civil proceedings, the parties to the suit shall be competent witnesses (s. 120(1) ). Thus, a plaintiff or a defendant is not, in as much as he/she is interested in the outcome of the case, to be regarded as an interested witness, merely on the label he/she is wearing as a party to the suit. [114] There ought to be proof obtained through the examination of witnesses that a witness is an interested witness. One cannot be considered an interested witness merely on speculation based on his status as being a party to the suit, or the kind of relationship to any party to the suit. Even the "testimony of close relation is not tainted if it is otherwise reliable in the sense that the witnesses and competent witnesses who were at the scene of the occurrence and could have seen what had happened. But if it is proved that they are not entirely disinterested witnesses, eg, they are either partisans of the complainant or are in any way inimical to the accused, then their testimony is tainted and requires corroboration if to be acted upon." (Liow Siow Long v. PP [1969] CLJU 98; [1969] 1 LNS 98; [1970] 1 MLJ 40 referred to by this court in Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805; [2011] 6 MLJ 1). [115] In fact, even when a person is considered an interested witness in any capacity or to any extent, this court has been consistent in holding that "there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances." (Balasingham v. PP [1959] CLJU 8; [1959] 1 LNS 8; [1959] 1 MLJ 193 referred to by this court in Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737; [2004] 3 MLJ 405; Kumaran Sappani v. PP [2011] 3 CLJ 251; [2012] 6 MLJ 153; Wong Joo Sen v. PP [2010] 8 CLJ 392; [2011] 1 MLJ 581; Suthakar Sivakumar lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2024] 10 CLJ 335; [2024] MLJU 2538). [116] And when a person is found as an interested witness through the testimony given that he/she has a grudge against the accused and has an own purpose to serve, such evidence is to be treated with caution and requires corroboration, particularly in a criminal case that rested entirely on circumstantial evidence (Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805; [2011] 6 MLJ 1). Any such "testimonies are not to be rejected in toto as tainted without adequate justification, without meticulous scrutiny. The further circumstance that they are interested witnesses assumes a greater significance and it may not be prudent to base a conviction on their sole evidence without corroboration. (Per Raja Azlan Shah FJ in PP v. Datuk Hj Harun Hj Idris (No 2) [1976] CLJU 184; [1976] 1 LNS 184; [1977] 1 MLJ 15 referred to by this court in Puganeswaran Ganesan & Ors v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 326; [2020] 12 MLJ 165). [117] That said, a rejection of evidence of witnesses on ground of being interested witness alone is not justifiable, if evidence on record was otherwise trustworthy (Munshi Prasad v. State Of Bihar AIR 2001 SC 3031); or consistent and corroborated (Abdul Rashid Abdul Rahiman Patel v. State Of Maharashtra, [2007] 9 SCC 1 (7)). Thus, "they may be related to each other but that does not mean and imply total rejection of the evidence: interested they may be but in the event they are so - it is the predominant duty of court to be more careful in the matter of scrutiny of the evidence of these interested witnesses and if on such a scrutiny it is found that the evidence on record is otherwise trustworthy, question of rejection of the same on the ground of being interested witnesses would not arise. As noticed above, it is the totality of the evidence, which matters and if the same creates a confidence of acceptably (sic) of such an evidence, question of rejection on being ascribed as 'interested witness' would not be justifiable." (Munshi Prasad v. State Of Bihar AIR 2001 SC 3031). [118] In some cases, the evidence of interested witness can be safely relied on and accepted without corroboration where his evidence had a ring of truth (Jaisy v. State Rep By Inspector Of Police, AIR 2012 SC 478); or intrinsically good (Ashok Rai v. State of UP, AIR 2014 SC (Supp) 1007).”
67
Mahkamah ini telah meneliti keterangan SD 2 dan SD 3 dan mengambil perhatian berkenaan dengan perhubungan darah mereka dengan OKT serta mengambil perhatian kepada pendekatan Mahkamah yang perlu dilakukan semasa meneliti keterangan saksi-saksi yang berkepentingan. Namun berpendapat keterangan yang dikemukakan oleh SD 2 dan SD 3 adalah berkenaan dengan fakta yang berlaku pada hari kejadian. Ia tidak ditunjukkan sebagai keterangan yang diada-adakan oleh SD 2 dan SD 3. Di samping itu tiada keterangan yang mencadangkan bahawa pengemukaan keterangan oleh SD 2 dan SD 3 itu dibuat dengan harapan OKT akan terlepas daripada pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah.
68
Seterusnya berkenaan dengan dadah-dadah yang ditemui dalam kenderaan tersebut Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan-keterangan tersebut telah dapat pada tahap perimbangan kebarangkalian telah berjaya menyanggah anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (d) ADB 1952.
69
Seterusnya adakah keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
70
Mahkamah ini berpendapat berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah seperti yang dikehendaki bagi satu pertuduhan jenayah.
71
Berdasarkan kepada penilaian keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan penilaian kepada keterangan pihak pembelaan Mahkamah ini tiada pilihan melainkan membebas dan melepaskan OKT daripada kesemua pertuduhan yang dikenakan ke atas OKT. Bertarikh: 07 hb. Ogos 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR Peguam Bagi Pihak Pendakwa Raya - TPR Intan Nor Hilwani binti Mat Rifin Pejabat Pendakwaan Negeri Pahang Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT - T. Jayaraj Tetuan T Jayaraj & Company Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.