Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-8-10/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-8-10/2020
High Court of Malaysia2 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“approved by the Court of Criminal Appeal in R v Carr-Briant [1943] KB 607 a case upon a provision in an English statute in similar terms to that contained in section 14 of the Malaysian Prevention of Corruption Act 1961. For the reasons already indicated their Lordships do not think that, at any rate where such a provi”
“seksyen 259 KPJ ini telah dijelaskan oleh Mahkamah melalui penghakiman YAA Hakim Raja Azlan Shah dalam kes Tan Foo Su v Public Prosecutor [1967] 2 MLJ 19 seperti yang berikut: “Section 259(i) of the Criminal Procedure Code gives a magistrate an unfettered discretion to postpone or adjourn a criminal trial where a witne”
“u jarang-jarang berlaku (rarest of the rare). Ini dinyatakan dalam kes Khairul Azizi Abdul Jalil v. PP [2024] CLJU 1447 seperti yang berikut: “[48] As regards sentence, in light of the Abolition of Death Penalty Act (Act 846), it is now no longer mandatory on the Court to impose the death penalty to everyone convicted”
“(6) Notwithstanding the provisions of the Evidence Act 1950, all matters that have been reduced into writing and duly signed by the accused, his advocate and the prosecution under subsection **Note : Serial number will be used to verify the originality of th”
“961. For the reasons already indicated their Lordships do not think that, at any rate where such a provision is contained in an enactment, the definitions of “proved” and “disproved” contained in the Evidence Ordinance make any difference between Malaysian law and English law in this respect.” [47] Perimbangan kebarang”
“imprisonment, and considering the submission of learned DPP who did not object to the substitution as prayed for, we arrived at the decision that in light of the coming into force of the Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023, which was subsequent to the order made by the High Court on both the conviction and se”
“ecause a witness has been proved a liar on one or two points then the whole of his evidence “must in law be rejected” is to go too far and is wrong.” Ia turut diterima pakai dalam kes De Silva v. PP [1964] MLJ 81. [58] Pada hemat Mahkamah perbezaan keterangan di antara laporan polis P42 dan keterangan lisan SP 7 semasa”
“) …” [70] Mahkamah ini mendapati bahawa doktrin langka atau jarang-jarang berlaku (rarest of the rare) telah diperkenalkan di India melalui penghakiman dalam kes Bachan Singh vs. State of Punjab AIR [1980] SC 898. Dalam kes tersebut telah timbul isu berkenaan dengan sama ada hukuman mati di India adalah berperlembagaan”
“dilakukan. Peguam Tertuduh yang bijaksana telah memetik kes Pendakwa Raya v Ibrahim bin Mahmud **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 [2001] MLJU 197, Toh Su Kuan v PP [2002] 2 MLRA 526 dan Loo Kia Meng v PP [1998] 2 MLRA 480 bagi menyokong hujahan pembelaan”
“the originality of this document via eFILING portal 44 hukuman pemenjaraan, doktrin langka atau jarang-jarang berlaku (rarest of the rare). Ini dinyatakan dalam kes Khairul Azizi Abdul Jalil v. PP [2024] CLJU 1447 seperti yang berikut: “[48] As regards sentence, in light of the Abolition of Death Penalty Act (Act 846),”
“e fact does not exist. The test is the same as that applied in civil proceedings: the balance of probabilities. This was the test which was approved by the Court of Criminal Appeal in R v Carr-Briant [1943] KB 607 a case upon a provision in an English statute in similar terms to that contained in section 14 of the Mala”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-8-10/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Dalam kes ini Wesley Loh Chee You (Tertuduh) telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: “Bahawa kamu pada 16 Mac 2020, jam lebih kurang 11.05 malam, bertempat di lobi Hotel Indigo, beralamat di No. 60-63, Taman Raub Jaya, di dalam Daerah Raub, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, telah didapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 769.9 gram jenis methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta
2
Pihak pendakwaan telah mengemukakan 10 orang saksi sebelum menutup kes pendakwaan.
3
Sekiranya ditelusuri kes ini telah bermula pada 25.11.2020 apabila pertuduhan dibacakan kepada Tertuduh. Nota keterangan menunjukkan bahawa perbicaraan hanya bermula pada 30.11.2023. Ia setelah kes ini ditangguhkan beberapa kali atas alasan pengemukaan representasi yang dinyatakan telah dikemukakan kepada pihak pendakwaan melalui prosiding pada 15.03.2021.
4
Selain daripada itu pada 23.06.2021 kes ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan telah diisytiharkan di seluruh Malaysia. Jabatan Penjara memaklumkan bahawa Tertuduh tidak boleh dikemukakan ke Mahkamah. Hal yang sama juga berlaku pada 02.09.2021. Pada 29.09.2021 Mahkamah telah dimaklumkan representasi telah dikemukakan kepada pihak pendakwaan dan masih di dalam pertimbangan. Pada 16.12.2021 Mahkamah dimaklumkan bahawa representasi tersebut telah ditolak.
5
Kes ini telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 09.05.2022 hingga 12.05.2022 namun ia ditangguhkan disebabkan terdapatnya kes tahun 2019. Ia telah ditetapkan pada 12.12.2022 hingga 15.12.2022 untuk perbicaraan.
6
Pada 12.12.2022 Mahkamah telah dimaklumkan bahawa Tertuduh telah mengarahkan agar peguamnya memasukkan representasi kepada pihak pendakwaan. Pada tarikh tersebut Mahkamah telah menzahirkan ketidakselesaan untuk kes ini terus ditangguhkan disebabkan kes ini masih belum dimulakan perbicaraan semenjak kali pertama Tertuduh dikemukakan di Mahkamah ini pada 25.11.2020. Kes ini mula dibicarakan dengan saksi pendakwaan pertama pada 30.11.2023. Ia berakhir dengan saksi terakhir pendakwaan pada 22.05.2024 sebelum Timbalan Pendakwa Raya menutup kes pendakwaan.
7
Pada hemat Mahkamah ini apabila satu tarikh perbicaraan telah ditetapkan maka Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam serta Mahkamah hendaklah bersedia untuk mengendalikan perbicaraan kes tersebut. Penangguhan yang tidak beralasan kukuh wajar tidak dibenarkan. Ini bagi membolehkan kelicinan perbicaraan serta keadilan tidak dilengahkan kepada pihak-pihak. Walau bagaimanapun Mahkamah perlu mengambil perhatian berkenaan dengan peruntukan di bawah seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang memberi budi bicara kepada Mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan dalam ketidakhadiran saksi-saksi atau sebab-sebab lain yang munasabah. Seksyen 259 KPJ memperuntukkan seperti yang berikut: “259 Power to postpone or adjourn proceedings
1
If, from the absence of a witness or any other reasonable cause, it becomes necessary or advisable to postpone the commencement of or adjourn any inquiry or trial the Court may, by order in writing, from time to time, postpone or adjourn the same on such terms as it thinks fit for such time as it considers reasonable and may, by warrant, remand the accused if in custody: Provided that no Magistrate shall remand an accused person to custody under this section for a term exceeding eight days at a time: Provided further that where a Government Medical Officer has certified that the complainant will not be able to give evidence before a certain date the accused may be remanded until such date notwithstanding that the term of remand may exceed eight days.
2
Every order made under this section by the Court of a Magistrate shall be in writing, signed by the presiding Magistrate, and shall state the reasons for it. Explanation - If sufficient evidence has been obtained to raise a suspicion that the accused may have committed an offence and it appears likely that further evidence may be obtained by a remand, this is a reasonable cause for a remand.” [8] Pemakaian seksyen 259 KPJ ini telah dijelaskan oleh Mahkamah melalui penghakiman YAA Hakim Raja Azlan Shah dalam kes Tan Foo Su v Public Prosecutor [1967] 2 MLJ 19 seperti yang berikut: “Section 259(i) of the Criminal Procedure Code gives a magistrate an unfettered discretion to postpone or adjourn a criminal trial where a witness is absent or for any other reasonable cause. Reasonable cause is a term of art for lawyers and no definite ruling can be laid down; each case must be dealt with according to its own peculiar circumstances. It is no doubt an important adjunct to the administration of justice that there will be the least possible delay in trying a criminal case. However, considerations may occur when a postponement or adjournment of a trial becomes desirable, namely, that a witness who has been named by an accused person is absent on the date of trial. It has been held in a similar case that the absence of a witness affords a reasonable cause for adjourning a criminal trial (see R Virasami (1896) ILR 19 Mad 375). Every latitude must be given to an accused person to defend his case and to call witnesses, more so when the accused person is not represented. In my view, the circumstances of this case warranted an adjournment so that the witness named by the appellant may be called.” [9] Ia juga turut dijelaskan oleh YA Hakim Sharma dalam kes Public Prosecutor v Tanggaah [1972] 1 MLJ 207 seperti yang berikut: “… The object of section 259 appears to be that the hardship to the parties should be avoided. If the accused is in custody, frequent adjournments will be a harassment to him and from the point of view of the prosecution, time will efface the recollection of facts. The longer the period is allowed to elapse from the time of arrest to the time the witnesses give evidence, the greater are the chances of confusion and of truth veiled in obscurity. The section consequently provides that a postponement or adjournment can be given only in two cases:–
1
where witnesses are absent, or
2
for any other reasonable cause. The question of adjournment of a trial is a matter for the discretion of the court. That discretion, however, is not an arbitrary one but has to be exercised judicially and only in cases which come within the terms of this section. The discretion as to adjournment is entirely that of the trial magistrate and is unfettered by any outside authority, however high such authority be, irrespective of whether it is the Public Prosecutor or a distinguished counsel. The rank or status of the accused is an irrelevant consideration. Unless the matter comes up in revision even the appellate court acts in excess of its jurisdiction if it tells the trial magistrate to postpone a particular case. The discretion is that of the magistrate and of the magistrate alone.” [10] Pemakaian seksyen 259 KPJ dalam memutuskan penangguhan kes adalah amat penting dilaksanakan dengan sewajarnya. Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam serta Mahkamah tidak sewajarnya memohon penangguhan atau menangguhkan kes dengan alasan yang remeh. Jika ini dilakukan ia akan menyebabkan kelicinan perjalanan kes jenayah akan terjejas. Ia juga akan menyebabkan Tertuduh yang berada di dalam tahanan tertangguh mendapatkan keadilan. Pada masa yang sama mangsa dalam satu kejadian jenayah pula tidak dapat memperolehi keadilan yang sewajarnya. Alasan-alasan yang tidak kukuh di dalam penangguhan sesuatu kes hendaklah dielakkan. Penangguhan perbicaraan sesuatu kes adalah sesuatu yang merupakan pengecualian bagi satu perbicaraan jenayah. Ia membawa maksud apabila tarikh ditetapkan untuk perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya, Peguam dan Mahkamah hendaklah menjalankan perbicaraan tersebut melainkan terdapat kedudukan di bawah seksyen 259 KPJ tersebut yang boleh dipertimbangkan bagi penangguhan kes tersebut. Pada hemat Mahkamah keseriusan dalam pengendalian perbicaraan kes jenayah dan kurangnya jumlah penangguhan kes tanpa alasan yang munasabah adalah teras utama bagi membolehkan kes-kes jenayah diselesaikan dalam tempoh yang munasabah sejajar dengan prinsip perbicaraan yang adil. [11] Perjalanan kes ini dicerakinkan bagi menjelaskan bahawa kes ini telah mengambil masa yang lama untuk dimulakan perbicaraan. Kepelbagaian faktor telah menyumbang kepada kelewatan perjalanan kes ini. Ia telah menyebabkan keadilan yang sepatutnya dilaksanakan kepada Tertuduh dan Pendakwa Raya tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh yang munasabah. Ia menjadi ikhtibar bahawa adalah menjadi amalan yang baik untuk kes-kes perbicaraan jenayah dijalankan dalam tempoh yang cepat. Permohonan-permohonan representasi sepatutnya tidak sewajarnya menjadi alasan untuk penangguhan perbicaraan kes jenayah. Ini adalah disebabkan pendakwa raya semasa memutuskan untuk mengemukakan suatu pertuduhan sudah barang tentu mempunyai keterangan yang mencukupi untuk dikemukakan di Mahkamah. Sementara itu peguam juga sudah barang tentu mendapatkan arahan yang sewajarnya daripada anak guam dan mempertimbangkan pembelaan yang sewajarnya untuk dikemukakan kepada Mahkamah. Oleh itu tiada alasan untuk kes ditangguhkan bagi menyediakan representasi. Pada masa yang sama Mahkamah juga tidak sewajarnya menangguhkan perbicaraan jenayah disebabkan terdapat aktiviti-aktiviti lain yang tidak berkaitan. Ini adalah disebabkan tanggungjawab dan amanah utama Mahkamah ialah untuk mendengar perbicaraan dan memutuskan kes-kes dan aktiviti-aktiviti lain adalah bukannya keutamaannya. [12] Bagi memastikan perjalanan perbicaraan kes jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih licin dan teratur maka badan perundangan telah memperkenalkan pengurusan kes jenayah. Ini dapat dilihat dalam seksyen 172B KPJ seperti yang berikut: “172B Case management
1
A Magistrate, Sessions Court Judge or Judge of the High Court, as the case may be, shall commence a case management process within sixty days from the date of the accused being charged and claims to be tried.
2
At the case management, the Magistrate, Sessions Court Judge or Judge shall-
i
take into consideration all matters that have been considered and agreed to by the accused and his advocate and the prosecution during the pre-trial conference; and where a plea bargaining has been agreed between the accused and his advocate and the prosecution during the pre-trial conference, the Magistrate or the Sessions Court Judge or the Judge trying the case shall decide on the voluntariness of the accused in the plea bargaining according to the provisions of section 172C;
II
(ii) where no pre-trial conference has been held on the ground that the accused is unrepresented, discuss with the accused and the prosecution any matter which would have been considered under section 172A;
III
(iii) assist an accused who is unrepresented to appoint an advocate to represent the accused;
IV
(iv) determine the duration of the trial;
v
subject to subsection (3), fix a date for the commencement of the trial;
VI
(vi) subject to the consent of the accused and his advocate, and the prosecution, admit any exhibits; and
VII
(vii) give directions on any other matter as will promote a fair and expeditious trial.
3
A subsequent case management, if necessary, may be held not less than two weeks before the commencement of the trial.
4
The trial shall commence not later than ninety days from the date of the accused being charged.
5
Notwithstanding subsections (1) and (4), a failure for the case management or the trial to commence according to the time period specified in the subsections shall not-
a
render the charge or prosecution against the accused as defective or invalid; or
b
be considered as a ground for appeal, review or revision.
6
Notwithstanding the provisions of the Evidence Act 1950, all matters that have been reduced into writing and duly signed by the accused, his advocate and the prosecution under subsection 172A(5) shall be admissible in evidence at the trial of the accused.” [13] Namun demikian, kerjasama dan komitmen Pendakwa Raya, Peguam serta Mahkamah adalah penting untuk memastikan perbicaraan dapat berjalan dengan cepat tanpa membelakangkan prinsip undang-undang dan keadilan. Jika ini dilakukan ia akan menyebabkan kelewatan yang melampau dalam penyelesaian kes-kes jenayah dapat dielakkan. Ia adalah sejajar dengan prinsip perbicaraan adil. [14] Pada masa yang sama sekiranya penangguhan tersebut adalah disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dikawal seperti Perintah Kawalan Pergerakan maka ia boleh menjadi alasan penangguhan kes namun ia tidak boleh ditangguhkan kepada tempoh yang lama. Bagi sesuatu perbicaraan jenayah, seseorang yang dipertuduhkan dengan pertuduhan jenayah tidak wajar dibiar berada dalam tahanan dan perbicaraannya masih belum dimulakan dengan alasan-alasan yang remeh. Kelewatan itu amat dikesali dan tidak sepatutnya diulangi dalam kes-kes yang lain. Kes Pendakwaan [15] Penelitian kepada keterangan saksi pendakwaan menunjukkan bahawa pada 17.03.2020 SP 7 telah diarahkan untuk membuat satu tangkapan berdasarkan maklumat yang diperolehi. SP 7 adalah merupakan ketua pasukan serbuan tersebut. Sebelum tangkapan itu dilakukan SP 7 dan anggotanya telah membuat pemerhatian dan pemantauan dalam tempoh 10 hingga 15 minit. Ketika itu SP 7 berada di hujung Hotel Indigo. Pada masa itu SP 7 telah dimakluman oleh SP 8 bahawa seorang lelaki sedang berjalan masuk ke dalam hotel tersebut. SP 7 telah mengarahkan SP 8 membuat tangkapan. Tangkapan telah dilakukan oleh SP 8. [16] SP 8 dalam keterangannya menyatakan seperti berikut berkenaan dengan tangkapan berikut: S : Boleh kamu terangkan siapa yang, bagaimana tangkapan, apakah persediaan polis berhubung dengan tangapan ini? J : Berkaitan dengan tangkapan ini pada mulanya kita telah terima maklumat bahawa akan adanya satu transaksi pengedaran dadah di kawasan Hotel Indigo. Kami telah membuat pemantauan di kawasan hotel tersebut. Kemudian pada jam lebih kurang 11.05 malam tarikh tangkapan telah kelihatan suspek iaitu OKT hadir menaiki sebuah kereta Mini Cooper nombor pendaftaran VAV 1720 tak silap saya, 1721 tak silap saya, minta maaf Yang Arif telah turun dari kereta dan berjalan menuju memasuki lobi hotel Hotel Indigo. Kemudian saya telah menerima arahan daripada ASP Izzuddin. Setelah memaklumkan kepada dia tentang kehadiran OKT dan dia telah memberi arahan supaya membuat tangkapan. Saya bersama serbuan dari IPK Pahang telah buat tangkapan terhadap OKT di lobi Hotel Indigo iaitu berhadapan dengan lift di dalam hotel tersebut. [17] Setelah serbuan dilakukan pemeriksaan telah dilakukan terhadap Tertuduh dan dijumpai Tertuduh sedang membawa sebuah beg menuju ke arah lift hotel tersebut. SP 8 menyatakan semasa Tertuduh ditangkap Tertuduh kelihatan terkejut. Tangkapan dilakukan dalam tempoh 1 minit. SP 8 telah merampas beg tersebut dan membuat pemeriksaan beg tersebut. SP 8 telah menjumpai di dalam beg tersebut satu bungkusan plastik berwarna hitam. Dalam bungkusan plastik hitam tersebut terdapat satu bungkusan berwarna hijau di dalamnya mengandungi plastik lutsinar yang disyaki mengandungi dadah yang disyaki syabu. [18] SP 8 dalam keterangannya menyatakan bahawa beg tersebut tidak bertutup, sama ada berzip atau berseal. SP 8 boleh melihat dengan jelas dalam beg tersebut. SP 8 telah menyatakan kandungan pemeriksaan beg tersebut seperti yang berikut: S : Boleh dekat dengan mic tak, saya pun tak berapa .. J : Minta maaf Yang Arif. Plastik yang berwarna hitam iaitu bungkusan berwarna hitam ada di dalam beg yang berwarna hijau bertulis Pothys manakala plastik lutsinar yang berisi dadah disyaki syabu berada di dalam bungkusan plastik berwarna hijau yang bertulis Guanyinwang yang dibungkus di dalam plastik berwarna hitam. [19] Barang kes yang dirampas daripada Tertuduh telah dikemukakan kepada pegawai penyiasat (SP 9). Ia telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian oleh ahli kimia (SP 1). Analisa Elemen Kesalahan [20] Secara umumnya dalam kes ini bagi membolehkan pihak pendakwaan melunaskan tanggungjawabnya bagi menunjukkan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan, elemen-elemen kesalahan perlu dipenuhi oleh Pendakwa Raya. Hal ini telah dinyatakan dalam kes Abdullah Atan v PP [2020] 9 CLJ 151 seperti berikut: “[43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase ‘credible evidence proving each ingredient of the offence’ in s 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
a
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
b
by drawing inferences of fact, ie adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
c
by invoking presumptions of law, ie adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes ‘a prima facie’ case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in Public Prosecutor v Ong Cheng Heong [1998] 6 MLJ 678; [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship’s views, at p 691 (MLJ); p 225 (CLJ): What then constitutes a ‘prima facie case’? ‘Prima facie’ means on the face of it or at first glance. … perhaps the most appropriate definition of ‘a prima facie case’ could be found in the Oxford Companion of Law (p 987), which has it as: ‘A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive’. It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (Emphasis added.) At p 691 (MLJ); p 224 (CLJ), His Lordship said: … to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof. [45] The only basis of learned counsel’s contention that the presumption in s 37(da) cannot be invoked to establish a prima facie case under s 180 of the CPC, is that presumption is not evidence. Hence, it was argued that in relying on such presumption, it cannot be said that the prosecution has ‘adduced credible evidence proving each ingredient of the offence’ under s 180(4) of the CPC. The argument is premised purely on semantics. [46] Indeed, a presumption is not evidence; rather, it is a rule of evidence stating how a particular fact can be proved, as supported by the following authorities: A presumption has no probative value and is not evidence, being nothing more than a rule of law which assists a party in making out a prima facie case’ (see Michigan Law Review, ‘Presumptions as Evidence in Criminal Cases’ at 504); Presumptions are a special mode of proving facts which must otherwise be proved by evidence. Where there is direct evidence to prove the presumed facts, the presumptions do not need to be applied (see Public Prosecutor v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705; [2000] 4 CLJ 649 at 668). [47] Presumptions of fact and law operate in every legal system. The use of presumptions has always been standard judicial practice. This court has endorsed the use of the presumption in s 37(da) of the DDA by the prosecution to establish a prima facie case of drug trafficking. What is required of the prosecution is to adduce credible evidence of the basic facts (ie the nature and amount of the drug and, possession), in order to rely on the presumption of trafficking in s 37(da).” [21] Elemen-elemen kesalahan yang perlu dinyatakan dalam kes ini ialah:
a
Barang yang dirampas daripada Tertuduh adalah dadah berbahaya seperti dalam Jadual Pertama ADB 1952.
b
Tertuduh mempunyai pemilikan, kawalan dan pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut.
c
Tertuduh telah melakukan aktiviti pengedaran sama ada pengedaran terus di bawah seksyen 2 ADB 1952 ataupun anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Adakah dadah-dadah tersebut merupakan dadah berbahaya? [22] Peguam Tertuduh telah berhujah bahawa dadah tersebut bukannya dadah berbahaya disebabkan ujian yang dijalankan oleh ahli kimia (SP 1) adalah tidak teratur. Ia dihujahkan daripada dua aspek iaitu barang kes yang dirampas daripada Tertuduh telah terdapat keraguan sama ada barang kes tersebut yang dihantar kepada ahli kimia untuk tujuan ujian. Ini adalah disebabkan terdapatnya keadaan yang tidak jelas berkenaan rekod barang kes yang dimasukkan ke dalam rekod buku stor. Ini ditambah pula dengan tiada sebarang rekod yang dicatatkan bahawa barang kes tersebut telah dikeluarkan bagi tujuan analisa Jabatan Kimia Malaysia pada 19.05.2020. Ini disahkan oleh SP 6 iaitu jurustor seperti yang tercatat di P23. Dalam erti kata lain pihak pembelaan menyatakan terdapatnya isu berkenaan dengan identiti barang kes sama ada barang kes yang dihantar kepada ahli kimia tersebut adalah merupakan barang kes yang dirampas daripada Tertuduh pada tarikh kejadian. [23] Dalam erti kata lain pihak Tertuduh menyatakan terdapatnya kesenjangan dan pemutusan rantaian keterangan berkenaan barang kes tersebut. Disebabkan barang kes tersebut terdapat keraguan berkenaannya maka hasil ujian ahli kimia (SP 1) tersebut bukannya sesuatu yang konklusif untuk menunjukkan bahawa barang kes yang dirampas daripada Tertuduh mengandungi dadah berbahaya seperti yang dicerminkan dalam laporan kimia (P9) yang dikeluarkan oleh ahli kimia. [24] Seterusnya pihak pembelaan merujuk kepada Resit Rasmi Jabatan Kimia Malaysia (P7) yang menyatakan bahawa barang kes yang diterima ialah pada jam 0906 dan bukannya 1034 seperti yang tercatat di laporan kimia (P9). Oleh itu Tertuduh berhujah bahawa kesilapan-kesilapan di P7 tersebut iaitu menunjukkan bahawa bahan yang dianalisa oleh SP 1 adalah bukannya dadah berbahaya yang dirampas daripada Tertuduh. Sebaliknya Timbalan Pendakwa Raya dan keterangan-keterangan yang dikemukakan menunjukkan bahawa SP 1 telah menjelaskan bahawa terdapat nombor catatan masa yang berbeza di dalam P7 adalah disebabkan ketika itu terdapat gangguan komputer sehingga resit kimia perlu dikeluarkan secara manual dan setelah gangguan tersebut dapat diatasi maka catatan di dalam resit tersebut telah menunjukkan masa yang berbeza dengan masa yang terdapat di dalam resit kimia yang dikeluarkan secara manual. Namun demikian SP 1 mengesahkan bahawa bahan yang diterima daripada pegawai penyiasat (SP 9) adalah merupakan bahan yang sama yang diperiksa oleh beliau sehingga menatijahkan laporan kimia (P9) yang disediakan oleh SP 1. [25] Sementara itu jurustor (SP 6) dalam keterangan pula menyatakan bahawa tidak menyanggah keterangan bahawa terdapat ketinggalan catatan berkenaan dengan pengeluaran barang kes untuk tujuan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. Namun pegawai penyiasat (SP 9) mengesahkan bahawa barang itu diambil daripada stor sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. Apa yang lebih menarik dalam kes ini ialah terdapatnya dakwaan yang menyatakan wujudnya kelompangan masa di antara waktu Tertuduh ditangkap bersama barang kes dan tindakan SP 7 yang membawa Tertuduh ke Solaris Dutamas, Kuala Lumpur dengan masa dadah-dadah itu ditandakan di IPD Raub. Pihak Tertuduh berhujah bahawa tiada terdapat keterangan yang jelas berkenaan dengan keberadaan barang kes yang dirampas daripada Tertuduh semasa tempoh Tertuduh dibawa ke Kuala Lumpur sehingga dibawa balik ke IPD Raub di mana barang-barang dadah itu ditandakan. [26] Peguam Tertuduh juga mempertikaikan tatacara analisa yang dilakukan oleh SP 1. Di antaranya ialah tiada sebarang dokumentasi atau keterangan yang dibuat oleh SP 1 berkenaan kebarangkalian kekhilafan sebanyak 1.2 % dalam ujian menggunakan gas chromatography. Peguam Tertuduh menyatakan ia telah memprejudiskan Tertuduh. Ia juga ditambah dengan dakwaan bahawa SP 1 telah gagal untuk menjalankan ujian yang konklusif terhadap barang-barang kes yang dikemukakan untuk ujian oleh SP 1. [27] Seterusnya peguam Tertuduh juga menyatakan bahawa SP 1 tidak dapat menunjukkan bahawa SP 1 telah menggunakan persampelan dalam ujian yang dilakukan. Sebaliknya menyatakan bahawa dia telah menggunakan 100 % barang kes dalam ujian kuantitatif. Ia dinyatakan oleh SP 1 bahawa tiada keperluan untuk membuat ujian berdasarkan persampelan dan menyatakan secara terperinci terhadap apa yang telah dilakukan. Peguam Tertuduh yang bijaksana telah memetik kes Pendakwa Raya v Ibrahim bin Mahmud [2001] MLJU 197, Toh Su Kuan v PP [2002] 2 MLRA 526 dan Loo Kia Meng v PP [1998] 2 MLRA 480 bagi menyokong hujahan pembelaan. [28] Timbalan Pendakwa Raya dalam hujahan balasanya berkenaan isu ini telah menyatakan bahawa adalah bukan tugas Mahkamah untuk melihat bagaimana ujian dilakukan oleh SP 1 di dalam makmal dan tidak timbul isu berkenaan dengan keperluan untuk mengambil sampel bagi ujian dalam maksud pematuhan kepada seksyen 37 (j) ADB 1952. Ini bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Chu Tak Fai v PP [2006] 4 CLJ 931. Oleh yang demikian pihak pendakwaan berhujah bahawa isu berkenaan penganalisaan yang dilakukan oleh SP 1 yang dikatakan tidak teratur tidak wajar dipertimbangkan oleh Mahkamah. [29] Penelitian kepada keterangan-keterangan dan hujahan pihak-pihak berkenaan isu ini menunjukkan bahawa pihak Tertuduh ingin menyatakan bahawa ujian yang dilakukan oleh SP 1 sehingga mengeluarkan laporan kimia (P9) adalah suatu yang tidak boleh diterima oleh Mahkamah. Jika ini berlaku maka sudah jelas dan nyata bahawa laporan kimia (P9) tidak boleh boleh dijadikan asas kepada pertuduhan terhadap Tertuduh. Tertuduh melalui peguamnya berhujah bahawa elemen pertama kesalahan telah tidak dapat ditunjukkan oleh pihak pendakwaan bagi melunaskan tanggungjawab untuk menunjukkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. [30] Apakah ini benar dalam kes ini. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa setiap ujian yang dilakukan oleh ahli kimia tidak wajar untuk diteliti tatacara penggunaan radas dan sebagainya untuk Mahkamah mengetahui perihal yang berlaku di dalam makmal ahli kimia. Jika ini dilakukan ia bermakna Mahkamah telah campur tangan di dalam tugasan ahli kimia yang dilakukan secara professional dan mengikut kaedah ujian yang diterima pakai di dalam makmal tersebut. Hal ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Agong dalam kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 yang menyatakan seperti berikut: “As a rule, a chemist in drug cases does not give any opinion as to ownership, control or possession of the substance sent for analysis, but he merely reports the result of the chemical examination of the substance. The only reason for sending the exhibits to the chemist is to determine their identity and to confirm what other witnesses have suspected. This type of opinion must in our view be distinguished from opinions which are of very technical or complicated nature, such as those given by handwriting, trade mark, copy right or ballistic experts. Without being derogatory it is common knowledge that even animals, such as snuff dogs when sufficiently trained, are able to detect certain dangerous drugs. We are therefore of the view, that is this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of substance, the court is entitled to accept the opinion of the expert on its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.” [31] Keputusan di dalam kes Munusamy (supra) telah dirumuskan dengan menarik oleh Mahkamah Agong dalam kes PP v Lam Sam [1991] 3 MLJ 426 seperti yang berikut: “Two things are implicit in that passage. First, unless the evidence is so inherently incredible that no reasonable person can believe it to be true, it should be accepted as prima facie evidence. Secondly, so long as the evidence is credible, there is no necessity for the chemist to show in detail what he did in his laboratory.” [32] Dalam kes ini Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan yang dikemukakan oleh saksi pendakwaan iaitu SP 1 berkenaan kesilapan penggunaan prosedur ujian dadah tersebut dapat ditimbulkan melalui pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula saksi tersebut. Mahkamah mendapati penjelasan SP 1 tersebut tidak mencalarkan keterangannya berkenaan dengan ujian yang dilakukan. Sementara itu penjelasan telah diberikan berkenaan dengan perbezaan masa yang dicatatkan di dalam penerimaan eksibit-eksibit tersebut semasa catatan dibuat secara manual dan melalui cetakan komputer. Kesemua perkara tersebut tidak mencacatkan hasil ujian yang dilakukan oleh SP 1 bagi membolehkan Mahkamah ini menolak keterangan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Oleh itu Mahkamah ini berpuas hati bahawa tiada sebarang pemutusan keterangan barang kes dari masa tangkapan sehingga dianalisa oleh SP 1 dan mengemukakan laporan kimia (P9). Ia adalah dadah-dadah yang dirampas dari Tertuduh di tempat kejadian dan dadah-dadah tersebut adalah dadah berbahaya. [33] Oleh itu elemen pertama kesalahan yang dipertuduhkan terhadap Tertuduh telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Adakah Tertuduh mempunyai pemilikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut [34] Penelitian kepada keterangan menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut telah berada di dalam beg yang sedang dibawa oleh Tertuduh. Ia dapat dilihat melalui keterangan saksi-saksi SP 7, SP 8 dan SP 9 yang merupakan pegawai serbuan dan pegawai penyiasat. Hakikat bahawa dadah itu ditemui di dalam beg yang dibawa oleh Tertuduh telah disokong dengan keterangan petikan rakaman CCTV berkenaan dengan kejadian tersebut. Rakaman CCTV tersebut telah dipertontonkan di Mahkamah dengan kehadiran Tertuduh. Mahkamah meneliti rakaman CCTV tersebut semasa ianya dikemukakan dan dipertontonkan di Mahkamah. [35] Mahkamah juga mendapati saksi-saksi pendakwaan iaitu pegawai tangkapan mengesahkan identiti Tertuduh di dalam CCTV tersebut serta kelihatan di dalam CCTV tersebut Tertuduh sedang membawa sebuah beg yang disahkan sebagai beg yang dirampas daripada Tertuduh di mana akhirnya ditemui dadah tersebut dalam beg itu. Mahkamah juga dapat melihat dalam rakaman CCTV tersebut Tertuduh sedang ditahan ketika berada hampir dengan lift dan terdapat sedikit tindakan menghalang yang dilakukan oleh Tertuduh sebelum tangkapan dilakukan oleh pegawai tangkapan. Ini bermakna bahawa semasa kejadian tersebut Tertuduh sedang memegang beg tersebut. Pada masa yang sama dadah tersebut juga menurut keterangan pegawai penyiasat telah ditemui di dalam beg tersebut. Semua keterangan tersebut tidak dapat digoyah oleh Tertuduh semasa pemeriksaan balas ke atas saksi-saksi pendakwaan. [36] Persoalannya ialah, adakah dalam kes ini pihak pendakwaan boleh menggunakan pengedaran terus seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB 1952 ataupun menggunakan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952. [37] Mahkamah ini berpendapat keterangan yang menunjukkan Tertuduh membawa beg tersebut bersama-samanya dan telah dirampas oleh polis di hadapan lift tersebut dan tindakan Tertuduh yang dilihat cuba melepaskan diri dapat membantu Mahkamah memutuskan bahawa pada masa yang matan beg yang mengandungi dadah tersebut berada di dalam milikan dan kawalan Tertuduh. Mahkamah ini mendapati tiada dapatan yang lain yang boleh dibuat berdasarkan kepada keterangan tersebut. Keterangan tersebut menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa beg yang berada di dalam kawalan dan milikannya itu mengandungi dadah. Ini dapat dilihat di dalam tindakan dia cuba menghalang daripada beg tersebut diambil darinya. [38] Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu menimbangkan bahawa tindakan Tertuduh menghalang pasukan polis yang berpakaian preman itu adalah disebabkan bimbang dia akan dirompak. Namun demikian kejadian yang berlaku di kawasan lobi hotel yang merupakan kawasan awam serta segala perlakuan yang dibuat oleh individu yang berada di kawasan tersebut boleh diperhatikan oleh orang awam tidak menyokong naratif tersebut. Ini bermakna tindakan Tertuduh sedemikian adalah sejajar dan konsisten dengan pengetahuan dia berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan tersebut Mahkamah berpendapat Tertuduh mempunyai pemilikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Adakah pengedaran dadah ditunjukkan oleh pihak pendakwaan [39] Setelah Mahkamah berpendapat bahawa Tertuduh mempunyai pemilikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut ia menyebabkan Mahkamah ini menggunakan anggapan berkenaan dengan pengedaran seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Laporan kimia (P9) menunjukkan berat dadah adalah sebanyak 769.9 gram methamphetamine. Oleh yang demikian anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 adalah terpakai dalam kes ini. Seksyen 37 (da) ADB 1952 yang berkaitan adalah seperti yang berikut: “(da) any person who is found in possession of- …
XVI
(xvi) 50 grammes or more in weight of Methamphetamine.” [40] Ini bermakna Tertuduh dianggap mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B ADB 1952. Oleh itu Mahkamah berpendapat Pendakwa Raya telah berjaya menunjukkan satu kes prima facie terhadap Tertuduh seperti pertuduhan. Tertuduh dipanggil membela diri. Pembelaan [41] Tertuduh telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Semasa memberikan keterangan pembelaan Tertuduh menyatakan bahawa dia telah diajak oleh seorang kawannya bernama Deborah Teoh dan teman lelakinya untuk bergerak daripada Kuala Lumpur ke Raub untuk makan durian. Mereka telah datang ke Raub dengan menaiki kenderaan sewa daripada agensi kereta sewa. Tertuduh menyatakan tiada rancangan awal untuk bermalam di Raub. Setelah sampai di Raub, Deborah Teoh dan teman lelakinya dikatakan telah bercadang untuk menginap di Raub sehingga mereka pergi ke Hotel Indigo iaitu tempat kejadian. [42] Tertuduh menyatakan beg tersebut telah dibawa oleh teman lelaki Deborah Teoh. Pada masa kejadian tersebut Tertuduh diminta membawa beg tersebut oleh teman lelaki Deborah Teoh. Beg tersebut bukan kepunyaan Tertuduh. Tertuduh juga menegaskan dia tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. [43] Tertuduh juga menyatakan tiada rancangan asal untuk bermalam di Raub. Ketika Tertuduh memegang beg tersebut dia telah diserbu oleh beberapa orang lelaki yang kemudiannya dikenalpasti sebagai pihak polis. [44] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas di akhir kes pembelaan Mahkamah perlu meneliti semua keterangan yang telah dikemukakan semasa perbicaraan. Perkara ini telah dinyatakan dalam seksyen 182A KPJ seperti berikut: “182A Procedure at the conclusion of the trial
1
At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.” [45] Malahan apabila terdapat penggunaan anggapan seperti dalam kes ini Mahkamah perlu menjalankan dua tugas iaitu untuk meneliti sama ada pihak pembelaan telah berjaya menyanggah anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 tersebut dan adakah pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap keseluruhan kes pendakwaan. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Agong dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169 seperti yang berikut: “It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt.” [46] Apa yang penting dalam kes ini ialah adakah keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan telah berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 pada tahap perimbangan kebarangkalian seperti yang dinyatakan dalam kes PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 di mana Majlis Privy melalui Lord Diplock menyatakan seperti yang berikut: “Generally speaking, no onus lies upon a defendant in criminal proceedings to prove or disprove any fact: it is sufficient for his acquittal if any of the facts which if they existed would constititute the offence with which he is charged are “not proved”. But exceptionally, as in the present case, an enactment creating an offence expressly provides that if other facts are proved, a particular fact, the existence of which is a necessary factual ingredient of the offence, shall be presumed or deemed to exist “unless the contrary is proved”. In such a case the consequence of finding that that particular fact is “disproved” will be an acquittal, whereas the absence of such a finding will have the consequence of a conviction. Where this is the consequence of a fact's being “disproved” there can be no grounds in public policy for requiring that exceptional degree of certainty as excludes all reasonable doubt that that fact does not exist. In their Lordships' opinion the general rule applies in such a case and it is sufficient if the court considers that upon the evidence before it it is more likely than not that the fact does not exist. The test is the same as that applied in civil proceedings: the balance of probabilities. This was the test which was approved by the Court of Criminal Appeal in R v Carr-Briant [1943] KB 607 a case upon a provision in an English statute in similar terms to that contained in section 14 of the Malaysian Prevention of Corruption Act 1961. For the reasons already indicated their Lordships do not think that, at any rate where such a provision is contained in an enactment, the definitions of “proved” and “disproved” contained in the Evidence Ordinance make any difference between Malaysian law and English law in this respect.” [47] Perimbangan kebarangkalian dalam kes sivil telah dinyatakan dalam kes Selvaduray v Chinniah [1939] 1 MLJ 253 seperti yang berikut: “In my opinion this line of reasoning cannot be supported. In a case such as the present the position has been clearly stated in the judgment of Brett M. R. in Abrath v North Eastern Railway Co 11 QBD page 440 at p 452:– “But then it is contended (I think fallaciously), that if the plaintiff has given prima facie evidence, which, unless it be answered, will entitle him to have the question decided in his favour, the burden of proof is shifted on to the defendant as to the decision of the question itself. This contention seems to be the real ground of the decision in the Queen's Bench Division. I cannot assent to it. It seems to me that the propositions ought to be stated thus: the plaintiff may give prima facie evidence which, unless it be answered either by contradictory evidence or by the evidence of additional facts, ought to lead the jury to find the question in his favour: the defendant may give evidence either by contradicting the plaintiff's evidence or by proving other facts: the jury have to consider upon the evidence given upon both sides, whether they are satisfied in favour of the plaintiff with respect to the question which he calls upon them to answer; if they are, they must find for the plaintiff; but if upon consideration of the facts they come clearly to the opinion that the question ought to be answered against the plaintiff, they must find for the defendant. Then comes this difficulty–suppose that the jury, after considering the evidence, are left in real doubt as to which way they are to answer the question put to them on behalf of the plaintiff: in that case also the burden of proof lies upon the plaintiff, and if the defendant has been able by the additional facts which he has adduced to bring the minds of the whole jury to a real state of doubt, the plaintiff has failed to satisfy the burden of proof which lies upon him”. Applying the principles laid down by the Court of Appeal in the above case, it is clear that the onus is on the plaintiff to prove his case. After the conclusion of the whole case there must be some preponderance in his favour. It may be true that the plaintiff established a prima facie case, but at the conclusion of the trial the learned Judge has found that the position was exactly even, i.e. that any preponderance in the plaintiff's favour had disappeared. That being the case the plaintiff must necessarily fail, as he has not discharged the onus which is upon him. No doubt the defendant would equally have failed if he had been the claimant and had tried to establish, as a substantive part of his case, the alternative version which he tried to prove in answer to that of the plaintiff. But as he was not the claimant, that consideration is quite immaterial. It is quite sufficient for his purpose if he can satisfy the Court that the plaintiff has not established his case and the learned Judge has so found.” [48] Penelitian kepada pembelaan yang dikemukakan oleh Tertuduh mencadangkan bahawa Tertuduh tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan kandungan beg yang dibawanya tersebut. Pada masa yang sama beg tersebut juga adalah diberikan oleh teman lelaki Deborah Teoh. Tertuduh pada asalnya tidak berusan dengan beg tersebut. Ini bermakna hubungan di antara Tertuduh dengan beg tersebut hanya wujud setelah teman lelaki Deborah Teoh menyerahkan beg tersebut kepada Tertuduh. Oleh itu telah dihujahkan bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah. [49] Mahkamah juga mendapati bahawa penama Deborah Teoh dan teman lelakinya tidak dikemukakan sebagai saksi pembelaan. Dalam hal ini Mahkamah perlu mengambil perhatian bahawa bukanlah menjadi tugas pihak pembelaan membuktikan ketidakbersalahan Tertuduh. Mahkamah Persekutuan dalam kes Rosli bin Yusof v PP [2021] 4 MLJ 479 menyatakan seperti yang berikut: “[45] It is trite law that it is not the duty of the appellant to prove his innocence or to call a particular witness to support his defence (see Tan Foo Su v Public Prosecutor [1967] 2 MLJ 19; Sandra Margaret Birch v Public Prosecutor [1978] 1 MLJ 72). The law places upon the prosecution the burden to prove guilt of the appellant beyond reasonable doubt and not on the appellant to prove his innocence. Well-entrenched in jurisprudence is the rule that the conviction of the appellant must rest not on the weakness of the defence but on the strength of the prosecution. This principle is the corner stone of our criminal law.” [50] Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu mengambil perhatian bahawa pembelaan perlu diberikan peluang untuk memanggil saksi-saksi bagi membolehkan pembelaan dilakukan dengan sewajarnya. Ia adalah sejajar dengan prinsip perbicaraan adil. Ini juga turut dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Rosli bin Yusof (supra) seperti berikut: “[46] Before parting, we consider it apposite to emphasise that a person’s right to defend himself or herself against a criminal charge includes the right to obtain and adduce other evidence in support of his or her defence. It is desirable in the interest of justice for the defence to obtain the fullest possible access to the facts relevant to the issue in the case. In this regard, the prosecution has a duty to make available to the defence witnesses who had been investigated by the police and from whom the statements have been recorded. This is, as we alluded to earlier, an important or vital corollary or element of an accused’s right to a fair trial.” [51] Dalam kes Rosli bin Yusof (supra) Mahkamah Persekutuan telah mengenepikan sabitan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 atas alasan pihak pendakwaan tidak mengemukakan seorang saksi bernama Kamarul Hisham yang merupakan individu yang mengawal sepenuhnya kenderaan di mana dadah itu ditemui. Dia juga terlibat dalam rundingan dengan warganegara Thai bagi urusan dadah tersebut. Mahkamah Persekutuan juga menyatakan tiada sebarang usaha yang ditunjukkan telah dilakukan oleh pihak pendakwaan untuk memastikan kehadiran saksi tersebut. Apa yang lebih penting ialah dapatan Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang meletakkan tanggungjawab Tertuduh untuk membawa saksi bagi menunjukkan ketidakbersalahannya. Ini dapat dilihat di perenggan [44] seperti berikut: “[44] We agree with the submission of the learned counsel for the appellant that the learned trial judge and the Court of Appeal had committed serious misdirection in placing the burden on the appellant to call these witnesses to establish his defence that Kamarul Hisham was the actual trafficker and the failure to do so was a decisive factor in the assessment of the defence case.” [52] Sebaliknya dalam kes ini Deborah Teoh telah tersenarai di dalam senarai saksi pendakwaan dan telah ditawarkan sebagai saksi kepada pembelaan. Namun tiada penyataan bahawa saksi itu akan dipanggil oleh pihak pembelaan. Sementara itu kakitangan syarikat Socar Mobility Malaysia Sdn Bhd yang memberikan sewaan kenderaan nombor pendaftaran VAV 1721 kepada Deborah Teoh seperti di P33 itu juga telah dimohon sepina untuk dikemukakan sebagai saksi tetapi tidak dapat diserahkan sepina tersebut. Mahkamah ini berpend ketiadaan saksi dari syarikat Socar tersebut tidak akan menjejaskan pembelaan Tertuduh. Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu menitikberatkan bahawa pembelaan tidak boleh dihalang daripada memanggil mana-mana saksi bagi memberikan pembelaannya kepada kes ini. Persoalan sama ada saksi tersebut akan boleh menunjukkan suatu pembelaan adalah di luar daripada pertimbangan Mahkamah untuk saksi-saksi tersebut dikemukakan atau dipanggil oleh pembelaan. [53] Walau bagaimanapun di dalam kes ini Mahkamah berpendapat berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan saksi pembelaan ketidakhadiran kedua-dua orang saksi tersebut tidak dapat menolak hakikat seperti yang dinyatakan di atas bahawa Tertuduh telah ditangkap di Hotel Indigo semasa memegang beg yang di dalamnya terdapat dadah-dadah berbahaya. [54] Apa yang perlu dilakukan oleh Tertuduh hanyalah menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Persoalannya ialah adakah dengan menyatakan bahawa beg tersebut diserahkan oleh teman lelaki Deborah Teoh dan Tertuduh hanya mempunyai kaitan dengan beg tersebut setelah diberikan oleh teman lelaki Deborah Teoh mencukupi untuk menyatakan bahawa pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah? [55] Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu menimbangkan hujahan pembelaan yang menyatakan dengan kegagalan pengemukaan saksi yang menguruskan kereta sewa iaitu Syarikat Socar oleh pihak pembelaan dan ketiadaan saksi tersebut untuk dipanggil sebagai saksi pembelaan telah menjejaskan pembelaan Tertuduh. Oleh itu berdasarkan kepada kegagalan tersebut sahaja Mahkamah ini sewajarnya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. [56] Di samping itu Mahkamah juga perlu menimbangkan hujahan yang menyatakan bahawa dengan terdapatnya laporan polis berkenaan dengan keberadaan SP 7 di S21-10 Robertson Residence Suite, Bukit Bintang, Kuala Lumpur melalui laporan polis THSL 006872/20 (P42) yang bercanggah dengan dakwaan SP 7 semasa keterangannya yang menafikan ada pergi ke Kuala Lumpur pada tarikh kejadian menyebabkan kebolehpercayaan SP 7 menjadi persoalan. Laporan polis tersebut iaitu P 42 hanya dikemukakan di peringkat kes pembelaan. Ini menyebabkan terdapatnya dua set keterangan yang bercanggah di antara P 42 dengan keterangan SP 7. Apakah ini menyebabkan keterangan SP 7 tidak boleh diterima dan ia telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [57] Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Khoon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] 1 MLJ 105 berkenaan dengan bagaimanakah pendekatan Mahkamah dalam meneliti keterangan saksi yang dikatakan telah memberi keterangan tidak benar dalam sesuatu prosiding. Apakah keterangan saksi-saksi tersebut perlu ditolak sepenuhnya. Ini telah dinyatakan oleh Thomson CJ di halaman 107 seperti yang berikut: “… If a witness demonstrably tells lies on one or two points then it is clear that he is not a reliable witness and as a matter of prudence the rest of his evidence must be scrutinised with great care and indeed with suspicion. To say, however, that because a witness has been proved a liar on one or two points then the whole of his evidence “must in law be rejected” is to go too far and is wrong.” Ia turut diterima pakai dalam kes De Silva v. PP [1964] MLJ 81. [58] Pada hemat Mahkamah perbezaan keterangan di antara laporan polis P42 dan keterangan lisan SP 7 semasa di peringkat kes pendakwaan tidak dapat menolak hakikat bahawa pada masa kejadian Tertuduh telah memegang beg yang mana di dalamnya mengandungi dadah-dadah berbahaya. Keterangan saksi-saksi yang terlibat dalam serbuan mengesahkan perkara tersebut. Ini dapat dilihat juga melalui paparan CCTV yang dipertontonkan di hadapan Mahkamah. Oleh itu hatta keterangan SP 7 itu terdapat percanggahan ia tidak dapat menyanggah keterangan berkenaan dengan kejadian tersebut yang menunjukkan Tertuduh sedang memegang beg yang mengandungi dadah-dadah tersebut. [59] Ianya adalah berbeza sekiranya terdapat keterangan-keterangan lain yang tidak dengan jelas menunjukkan pada masa kejadian Tertuduh bersama beg yang mengandungi dadah tersebut. Oleh itu sebarang percanggahan keterangan di dalam P42 dan SP 7 pada hemat Mahkamah tidak akan menjejaskan kes pendakwaan. [60] Pada masa yang sama percanggahan di antara P 42 dan SP 7 itu tidak dapat menyebabkan Mahkamah ini menolak sepenuhnya keterangan SP 7. Keterangan bahawa SP 7 dan pasukannya telah membuat serbuan di Hotel Indigo tersebut telah disokong oleh keterangan saksi-saksi lain dan rakaman CCTV. Oleh itu adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa disebabkan percanggahan tersebut maka keterangan saksi tersebut perlu ditolak semuanya. [61] Mahkamah ini telah meneliti dan mempertimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan ini. Keterangan-keterangan tersebut menunjukkan bahawa pada tarikh kejadian Tertuduh telah membawa sebuah beg yang mengandungi dadah. Serbuan telah dilakukan oleh SP 7 dan pasukannya di depan lift hotel tersebut. Keterangan juga menunjukkan tiada orang lain berada bersama-sama Tertuduh semasa serbuan itu dilakukan. Beg tersebut telah diperiksa dan ditemui dadah dalam beg tersebut. Dadah-dadah tersebut telah dirampas dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisa. Ahli kimia telah mengeluarkan laporan kimia dan mengesahkan berat dadah tersebut adalah sebanyak 769.9 gram methamphetamine. [62] Tertuduh pula dalam pembelaannya menyatakan bahawa beg tersebut telah diberikan oleh teman lelaki seorang bernama Deborah Teoh. Deborah Teoh dan teman lelakinya tidak dikemukakan sebagai saksi di Mahkamah. Penelitian mendalam kepada keterangan-keterangan tersebut telah membawa kepada satu kesimpulan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan yang munasabah. Tertuduh disabitkan dengan pertuduhan. Hukuman [63] Peguam Tertuduh yang bijaksana telah mengemukakan rayuan agar Mahkamah mempertimbangkan hukuman yang sewajarnya. Tertuduh telah membangkitkan isu-isu peribadi berkenaan dengan bapanya yang hidup sebatang kara, anggota keluarganya yang berada di luar negara dan umurnya yang masih muda iaitu 35 tahun. [64] Peguam Tertuduh juga menyatakan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh tidak menyebabkan kerosakan dan kecederaan kepada individu yang lain. Sebaliknya Timbalan Pendakwa Raya memohon Mahkamah mengenakan hukuman maksimum bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB 1952 iaitu hukuman gantung sampai mati. Timbalan Pendakwa Raya juga berhujah bahawa Mahkamah ini perlu mengambil perhatian kepada kepentingan awam dan jumlah kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan dadah yang kini berleluasa di kalangan masyarakat. [65] Seksyen 39B ADB 1952 kini memperuntukkan hukuman setelah disabitkan dengan pertuduhan seperti yang berikut: “(1) No person shall, on his own behalf or on behalf of any other person, whether or not such other person is in Malaysia-
a
traffic in a dangerous drug;
b
offer to traffic in a dangerous drug; or
c
do or offer to do an act preparatory to or for the purpose of trafficking in a dangerous drug.
2
Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall be guilty of an offence against this Act and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, be punished with whipping of not less than twelve strokes.
3
A prosecution under this section shall not be instituted except by or with the consent of the Public Prosecutor: Provided that a person may be arrested, or a warrant for his arrest may be issued and executed, and any such person may be remanded in custody notwithstanding that the consent of the Public Prosecutor to the institution of a prosecution for the offence has not been obtained, but the case shall not be further prosecuted until the consent has been obtained.
4
When a person is brought before a Court under this section before the Public Prosecutor has consented to the prosecution the charge shall be explained to him but he shall not be called upon to plead, and the provisions of the law for the time being in force relating to criminal procedure shall be modified accordingly.” [66] Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu mengambil kira pemansuhan hukuman mati seperti yang dinyatakan dalam Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023. Kini Mahkamah mempunyai pilihan sama ada menjatuhkan hukuman mati atau hukuman pemenjaraan. Persoalan yang timbul dalam kes ini apakah pendekatan yang wajar diambil oleh Mahkamah ini dalam menentukan sama ada hukuman mati wajar diberikan atau hukuman pemenjaraan. Salah satu pendekatan yang ada ialah seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Loh Hock Seng & Anor v PP [1980] 2 MLJ 13. YAA Hakim Raja Azlan Shah, Hakim Besar Malaya menyatakan seperti yang berikut: “Sentencing in a criminal case must of course bear relation to the particular circumstances of the offender as well as the particular circumstances of the offence. The legislature has in its wisdom and in the implementation of its plenary powers in this respect enacted the imposition of the alternative penalties of death or imprisonment for life under section 39B of the Ordinance with the option and discretion in this regard to be no doubt judicially and judiciously exercised according to the facts and circumstances of a particular case, and we can see no reason whatsoever why the statutory enactment of the option for punishment by death cannot and should not be made functionally operative and exercised and applied proprio vigore if the circumstances and facts of the case so warrant, justify, require and perhaps even demand.” [67] YAA Hakim Besar Malaya juga mengingatkan berkenaan dengan hukuman mati yang dijatuhkan oleh hakim-hakim seperti yang berikut: “We would like to take this occasion to reaffirm expressly, unequivocably and unanimously that where the case justifies it, judges should not develop a phobia against inflicting the death penalty. In our view, the prescribing of a maximum penalty in respect of an offence not only marks the limits of the court's discretionary power as to sentence, it also ordinarily prescribes what the penalty should be in the more serious type of cases falling within the relevant class of the offence meriting the maximum punishment prescribed.” Penelitian kepada fakta kes dalam kes tersebut menunjukkan bahawa berat dadah adalah sebanyak 1550.1 gram heroin. [68] Kini apabila terdapatnya pemansuhan hukuman mati semasa menimbangkan sama ada hukuman mati wajar dijatuhkan atau hukuman pemenjaraan, doktrin langka atau jarang-jarang berlaku (rarest of the rare). Ini dinyatakan dalam kes Khairul Azizi Abdul Jalil v. PP [2024] CLJU 1447 seperti yang berikut: “[48] As regards sentence, in light of the Abolition of Death Penalty Act (Act 846), it is now no longer mandatory on the Court to impose the death penalty to everyone convicted of murder. The death sentence should only be imposed in the most extreme and exceptional murders which are the 'worst of the worst' or the 'rarest of the rare' and only after determining the question of the accused' s possibility of reform. Counsel for the appellant urged the court to commute the death sentence to a sentence of imprisonment of 30 years as the murder committed by appellant did not fall within the category of 'the worst of the worst' or 'the rarest of the rare'. The learned deputy did not press for the death sentence to be maintained and left it to the court but submitted that any imprisonment imposed should not be less than 35 years.” [69] Namun demikian terdapat pandangan Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa tidak berkeinginan untuk menerima pakai doktrin langka atau jarang-jarang berlaku (rarest of the rare). Ini dinyatakan dalam kes Robin Radjaini Saih v PP [2024] 9 CLJ 238. Asas kepada penolakan pemakaian prinsip tersebut telah dinyatakan yang antara lain adalah disebabkan sekiranya doktrin itu digunakan ia akan menyekat budi bicara kehakiman dalam menjatuhkan hukuman. Ini dinyatakan seperti yang berikut: “[31] With respect, we are not in favour of adopting the "rarest of the rare" doctrine in Malaysia. Our reasons are as follows:
i
…
II
(ii) our Legislature did not impose any restriction or condition to curtail the wide judicial discretion (s. 302 of the PC ). In other words, the wide judicial discretion (s. 302 of the PC ) is unfettered. If we have applied the "rarest of the rare" doctrine, this will be tantamount to an unlawful curtailment of the wide judicial discretion (s. 302 of the PC );
III
(iii) …” [70] Mahkamah ini mendapati bahawa doktrin langka atau jarang-jarang berlaku (rarest of the rare) telah diperkenalkan di India melalui penghakiman dalam kes Bachan Singh vs. State of Punjab AIR [1980] SC 898. Dalam kes tersebut telah timbul isu berkenaan dengan sama ada hukuman mati di India adalah berperlembagaan atau sebaliknya. Mahkamah Agong di India dalam kes tersebut telah melalui keputusan majoriti menjelaskan berkenaan dengan pendekatan yang perlu diambil dalam menentukan sama ada sesuatu hukuman mati wajar dikenakan atau hukuman pemenjaraan boleh dikenakan. Ini dapat dilihat di perenggan 207 seperti yang berikut: “207. There are numerous other circumstances justifying the passing of the lighter sentence; as there are countervailing circumstances of aggravation. "We cannot obviously feed into a judicial computer all such situations since they are astrological imponderables in an imperfect and undulating society." Nonetheless, it cannot be over-emphasised that the scope and concept of mitigating factors in the area of death penalty must receive a liberal and expansive construction by the courts in accord with the sentencing policy writ large in Section 354(3). Judges should never be bloodthirsty. Hanging of murderers has never been too good for them. Facts and figures albeit incomplete, furnished by the Union of India, show that in the past Courts have inflicted the extreme penalty with extreme infrequency - a fact which attests to the caution and compassion which they have always brought to bear on the exercise of their sentencing discretion in so grave a matter. It is, therefore, imperative to voice the concern that courts, aided by the broad illustrative guidelines indicated by us, will discharge the onerous function with evermore scrupulous care and humane concern, directed along the highroad of legislative policy outlined in Section 354(3), viz., that for persons convicted of murder, life imprisonment is the rule and death sentence an exception. A real and abiding concern for the dignity of human life postulates resistance to taking a life through law's instrumentality. That ought not to be done save in the rarest of rare cases when the alternative option is unquestionably foreclosed.” [71] Perincian berkenaan dengan ujian yang perlu dilakukan oleh Mahkamah semasa menimbangkan untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan seperti yang dinyatakan dalam kes Bachan Singh vs. State of Punjab (supra) telah dinyatakan oleh Mahkamah Agong di India dalam kes Machhi Singh and others vs State of Punjab [1984] 1 MLJ (Crl) 95 seperti yang berikut: “31. Having dealt with the appeals on merits from the standpoint of proof of guilt and validity or otherwise of the order of conviction, we now come face to face with the problem indicated when the curtain was lifted, namely, the application of the rarest of rare cases rule to the facts of individual cases in the context of the relevant guidelines. Some reflections on the question of death penalty may appropriately be made before we tackle the said question in the perspective of the present group of appeals.
32
The reasons why the community as a whole does not endorse the humanistic approach reflected in “death sentence in no case” doctrine are not far to seek. In the first place, the very humanistic edifice is constructed on the foundation of “reverence for life” principle. When a member of the community violates this very principle by killing another member, the society may not feel itself bound by the shackles of this doctrine. Secondly, it has to be realised that every member of the community is able to live with safety without his or her own life being endangered because of the protective arm of the community and on account of the rule of law enforced by it. The very existence of the rule of law and the fear of being brought to book operates as a deterrent to those who have no scruples in killing others if it suits their ends. Every member of the commuuity owes a debt to the community for this protection. When ingratitude is shown instead of gratitude by ‘killing’ a member of the community which protects the murderer himself from being killed, or when the community feels that for the sake of self preservation the killer has to be killed, the community may well withdraw the protection by sanctioning the death penalty. But the community will not do so in every case. It may do so (in rarest of rare cases) when its collective conscience is so shocked that it will expect the holders of the judicial power cent re to inflict death penalty irrespective of their personal opinion as regards desirability or otherwise of retaining death penalty. The community may entertain such a sentiment when the crime is viewed from the platform of the motive for, or the manner of commission of the crime, or the anti-social or abhorrent nature of the crime, such as for instance: I Manner of Commission of Murder When the murder is committed in an extremely brutal, grotesque, diabolical, revolting, or dastardly manner so as to arouse intense and extreme indignation of the community. For instance,
i
When the house of the victim is set aflame with the end in view to roast him a live in the house.
II
(ii) When the victim is subjected to inhuman acts of torture or cruelty in order to bring about his or her death.
III
(iii) When the body of the victim is cut into pieces or his body is dismembered in a fiendish manner. II Motive for commission of murder When the murder is committed for a motive which evinces total depravity and meanness. For instance when: (a) a hired assassin commits murder for the sake of money or reward; (b) a coldblooded murder is committed with a deliberate design in order to inherit property or to gain control over property of a ward or a person under the control of the murderer or vis-a-sis whom the murderer is in a dominating position or in a position of trust; ( c) a murder is committed in the course for betrayal of the motherland. III Anti-social or socially abhorrent nature of the crime.
a
When murder of a member of a Scheduled Caste or minority community etc., is committed not for personal reasons but in circumstances which arouse social wrath. For instance when such a crime is committed in order to terrorize such persons and frighten them into fleeing from a place or in order to deprive them of, or make them surrender, lands or benefits conferred on them with a view to reverse past in justices and in order to restore the social balance.
b
In cases of ‘bride burning’ and what are known as ‘dowry-deaths’ or when murder is committed in order to remarry for the sake of extracting dowry once again or to marry another woman on account of in fatuation. IV Magnitude of crime When the crime is enormous in propertion. For instance when multiple murders say of all or almost all the members of a family or a large number of persons of a particular caste, community, or locality, are committed. V Personality of victim of murder When the victim of murder is: (a) an innocent child who could not have or has not provided even an excuse, much less a provocation, for murder; (b) a helpless: woman or a person rendered helpless by old age or infirmity; ( c) when the victim is a person vis-a-vis whom the murderer is in a position of domination or trust; ( d) when the victim is a public figure generally loved and respected by the community for the services rendered try him and the murder is committed for political or similar reasons other then personal reasons.
33
In this background the guidelines indicated in Bachan Singh's easel, will have to be culled but and applied to the facts of each individual case where the question of imposing of death sentence arises. The following propositions emerge from Bachan Singh's case
i
The extreme penalty of death need, not be inflicted except in gravest cases of extreme culpability:
II
(ii) Before opting for the death penalty the circumstances of the ‘offender’ also require to be taken into consideration along with the circumstances of the ‘crime’:
III
(iii) Life imprisonment is the rule and death sentence is an exception. In other words death sentence must be imposed only when life imprisonment appears to be an altogether inadequate punishment having regard to the relevant circumstances of the crime, and provided, and only provided, the option to impose sentence of imprisonment for life cannot be conscientiously exercised having regard to the nature and circumstances of the crime and all the relevant circumstances;
IV
(iv) A balance-sheet of aggravating and mitigating circumstances has to be drawn up and in doing so the mitigating circumstances has to be accorded fullweightage and a just balance has to be struck between the aggravating and the mitigating circumstances before the option is exercised.” [72] Seterusnya Mahkamah Agong di India menyatakan seperti yang berikut: “34. In order to apply these guidelines inter alia the following questions may be asked and answered:
a
Is there something uncommon about the crime which renders sentence of imprisonment for life inadequate and calls or a death sentence?
b
Are the circumstances of the crime such that there is no alternative but to purpose death sentence even after according maximum weightage to the mitigating circumstances which speak in favour of the offender?
35
If upon taking an overall global view of all the circumstances in the light of the aforesaid proposition and taking into account are answers to the questions posed herein above, the circumstances of the case are such that death sentence is warranted, the Court would proceed to do so.” [73] Penelitian kepada kes-kes berkaitan dengan doktrin langka atau jarang-jarang berlaku (rarest of the rare) adalah jelas menunjukkan bahawa pertimbangan yang diperlu diberikan oleh Mahkamah dalam memutuskan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan adalah bergantung kepada keadaan dan fakta sesuatu kes. Ia juga tidak membelakangkan kepentingan awam. Kes-kes tersebut adalah berkaitan dengan kesalahan membunuh. Mahkamah juga perlu meneliti berkenaan dengan bagaimana jenayah itu dilakukan dan kesannya kepada masyarakat. Malahan yang penting dalam perkara ini ialah penekanan kepada hukuman pemenjaraan adalah merupakan perkara yang perlu diutamakan. Sementara hukuman mati adalah satu pengecualian. [74] Kes-kes yang diputuskan oleh Mahkamah India berkaitan dengan prinsip tersebut sebenarnya pada hemat Mahkamah tidak mempunyai banyak perbezaan dengan pendekatan yang dinyatakan dalam kes Loh Hock Seng & Anor (supra) ia masih bergantung kepada keadaan sesuatu kes. Ini menunjukkan bahawa Mahkamah perlu menimbangkan secara terperinci keadaan bagaimana kesalahan itu dilakukan dan kesan kesalahan tersebut kepada kepentingan awam. [75] Pada masa yang sama Mahkamah tidak wajar untuk menjadikan peruntukan hukuman pemenjaraan sebagai jalan keluar untuk tidak menjatuhkan hukuman mati sekiranya kesalahan yang dilakukan tersebut adalah wajar untuk dihukum dengan hukuman mati. Pada hemat Mahkamah, ini menunjukkan bahawa Mahkamah perlu membuat penelitian yang mendalam sebelum memutuskan sama ada menjatuhkan hukuman mati ataupun hukuman pemenjaraan. Ini bagi membolehkan matlamat undang-undang jenayah dan hukumannya dapat terlaksana. Pada masa yang sama ia juga dapat mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan. [76] Walau bagaimanapun Mahkamah ini juga perlu meneliti dan terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan dengan dengan perkara ini. Misalnya, dalam kes Nia Wai Kong lwn. PP [2025] CLJU 538 Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut telah mengesahkan sabitan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 tetapi menggantikan hukuman mati dengan pemenjaraan selama 30 tahun dari tarikh tangkap dan 12 sebatan dan menyatakan asas kepada hukuman tersebut seperti yang berikut: “[83] Bagi hukuman pula, kami telah mengambil pertimbangan faktor kepentingan awam. Kami juga turut memberi perhatian mendalam terhadap segala rayuan mitigasi tertuduh, jumlah dadah yang terlibat, serta lain-lain faktor peringanan yang berkaitan. Dengan ini kami memerintah seperti yang berikut: [84] Rayuan tertuduh terhadap hukuman dibenarkan. [85] Hukuman gantung sampai mati diketepikan dan digantikan dengan hukuman pemenjaraan selama tiga puluh (30) tahun puluh tahun dari tarikh tangkap 8 Mei 2019 dan dua belas (12) kali sebatan.” [77] Begitu juga dalam kes Ng Mee Yee & Anor v PP [2025] 6 CLJ 343 apabila Mahkamah Rayuan telah mengesahkan sabitan oleh Mahkamah Tinggi namun telah menggantikan hukuman kepada pemenjaraan 30 tahun daripada tarikh tangkap dan 12 sebatan. Ia berasaskan kepada alasan berikut: “[122] After hearing the mitigation submissions made by counsel for both the appellants who requested for the death sentence ordered against them to be substituted with life imprisonment, and considering the submission of learned DPP who did not object to the substitution as prayed for, we arrived at the decision that in light of the coming into force of the Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023, which was subsequent to the order made by the High Court on both the conviction and sentence of the appellants, and taking into account the principles of sentencing and the applicable case law authorities, a commensurate, fair and reasonable sentence is to substitute the death sentence against the two appellants with life imprisonment, specifically for the period of 30 years from the date of their arrests (as not objected to by learned DPP), and additionally, for the second appellant (but not the first appellant, being a female) to be whipped with the minimum 12 strokes.” [78] Berdasarkan kepada prinsip-prinsip di atas dan penelitian kepada keterangan dalam kes ini menunjukkan bahawa semasa kesalahan itu dilakukan Tertuduh berseorangan. Dadah-dadah yang ditemui adalah sebanyak 769.9 gram methamphetamine. Keterangan saksi-saksi juga tidak menunjukkan sebarang tindakan ganas daripada Tertuduh semasa tangkapan dilakukan. Pada masa yang sama juga tiada keterangan yang menunjukkan bahawa Tertuduh terlibat di dalam aktiviti pengedaran dadah secara besar-besaran atau terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang melibatkan jenayah serius yang lain. Apa yang ada di hadapan Mahkamah ini ialah keterangan berkenaan dengan serbuan dan tangkapan Tertuduh bersama-sama dengan dadah-dadah di Hotel Indigo. Berdasarkan kepada keterangan yang ada dan keadaan kes ini Mahkamah berpendapat hukuman mati tidak sesuai dalam kes ini. Oleh itu Mahkamah berpendapat hukuman yang lebih sesuai ialah pemenjaraan selama 30 tahun penjara dari tarikh tangkap dan 12 kali sebatan. Bertarikh: 04 hb. Julai 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwaan Nur Syafiqah binti Noorinda Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak Tertuduh Jason Wee Chuan Yuan dan Muhammad Faris Abrar bin Othman Tetuan Asyraf, Vivek & Wee
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.