Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-23-11/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-23-11/2022
High Court of Malaysia15 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-23-11/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
SYED URFAN AL-KHAIDIR BIN SYED ZAINAL ABIDIN
2
KHATIJAH BINTI IBRAHIM
3
MUHAMMAD AIZAT BIN ABD. KARIM (NO. K/P: 960128-06-5515)
1
Ketiga-tiga Orang Kena Tuduh (OKT) dikemukakan dengan pertuduhan seperti yang berikut: “BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 4 APRIL 2022, JAM LEBIH KURANG 2200 HRS DI DALAM MOTOKAR JENIS PROTON WIRA WARNA BIRU GELAP BERNOMBOR PENDAFTARAN WJN 3919, DI HADAPAN PASAR MINI NOR SYAZLIN BINTI MOHD SABRI MR 13 BATU 3, PAYA PULAI JALAN MARAN, 28000 TEMERLOH, DALAM DAERAH TEMERLOH, DALAM NEGERI PAHANG, KAMU TELAH DIDAPATI MENGEDAR DADAH BERBAHAYA JENIS HEROIN DAN MONOACETYLMORPHINES BERAT BERSIH 72.10 GRAM. OLEH YANG DEMIKIAN, KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 39B(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39B (2) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN.”
2
Pendakwa Raya telah mengemukakan tujuh orang saksi di akhir kes pendakwaan. Ia terdiri daripada saksi-saksi awam, ahli kimia dan para pegawai polis.
3
Keterangan saksi Pendakwa Raya menunjukkan bahawa pada 04.04.2022, Pegawai Serbuan (SP 6) telah menjalankan serbuan di tempat kejadian. Ia berdasarkan kepada maklumat pengedaran dadah. SP6 menyatakan maklumat itu menyatakan bahawa ia melibatkan dua orang iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki. SP6 di alam keterangan semasa pemeriksaan utama menyatakan pada hari kejadian terdapat tiga orang. SP6 memperihalkan kejadian seperti yang berikut: Kemudian selepas itu? Kemudian saya bersama pasukan masih membuat pemerhatian. Lebih kurang dalam 10 minit, kemudian telah tiba satu motosikal yang mana dia parking di bahagian sebelah pemandu kenderaan tertuduh, Proton Wira. Yang mana penunggang tersebut merupakan seorang lelaki dan lelaki tersebut telah turun daripada motor dengan mematikan enjin motosikal. Kemudian lelaki tersebut telah masuk ke dalam Proton Wira.
4
Seterusnya SP6 menyatakan: Kemudian tadi lelaki tersebut masuk ke dalam kereta Proton Wira. Di bahagian mana? Masuk dari arah mana? Daripada bahagian penumpang belakang sebelah kanan, sebelah pemandulah. Lepas itu? Untuk makluman Yang Arif, pada pemerhatian yang kami buat pada waktu itu juga sewaktu seorang lelaki daripada motosikal itu hendak masuk ke dalam kenderaan, telah lihat lelaki tersebut ada memegang satu objek di tangan kiri bersama-sama masuk ke dalam kenderaan Proton Wira tersebut. Memegang satu objek menggunakan tangan kiri. Objek apa? Objek nampak warna hitamlah pada waktu tersebut. Waktu pemerhatian dibuat. … Seterusnya tadi Encik Taufiq kata beg hitam dijumpai di bahagian mana? Di bahagian belakang sebelah kiri di atas kerusi penumpang.
5
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam OKT3 menyatakan seperti yang berikut: Peguam OKT 3 : Saya katakan semasa serbuan ataupun semasa tangkapan terhadap OKT 3 ini tiada barang kes dijumpai dengan OKT 3 yang dikatakan barang kes tersebut di dalam sebuah beg warna hitam? Tiada barang kes dijumpai dengan OKT 3 semasa serbuan dijalankan? SP 6 : Setuju.
6
SP6 juga menyatakan bahawa semasa serbuan itu dilakukan beg hitam telah ditemui di dalamnya terdapat bungkusan plastik yang mengandungi dadah. Apa yang jelas daripada keterangan saksi pendakwaan bahawa semasa serbuan dilakukan tiga orang ditemui berada di dalam kereta tersebut.
7
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas dan nyata pada akhir kes pendakwaan, Pendakwa Raya hendaklah menunjukkan bahawa terdapat satu kes prima facie. Seksyen 180 (4) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) telah mentakrifkan prima facie seperti berikut: “180 Procedure after conclusion of case for prosecution
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”
8
Mahkamah ini berpendapat Pendakwa Raya melalui keterangan saksi-saksi menunjukkan bahawa dadah yang dirampas dari beg di dalam kereta itu adalah dadah berbahaya. Adalah tidak syak lagi dadah-dadah itu telah disahkan oleh Ahli Kimia (SP5) yang mengeluarkan laporan kimia (P13).
9
Mahkamah juga telah meneliti pemeriksaan balas terhadap SP5 berkenaan dengan ujian yang dilakukan SP5 berkaitan dengan persampelan yang diambil untuk ujian dadah tersebut. Begitu juga berkenaan dengan alat radas yang digunakan. Penelitian kepada keterangan SP5 tidak dapat menunjukkan bahawa ujian dan laporan kimia (P13) yang disediakan oleh SP5 tidak boleh diterima oleh Mahkamah. Mahkamah ini berpuas hati ujian kimia yang dilakukan oleh SP5 adalah teratur dan tiada keraguan terhadap ketepatan hasil ujian tersebut. Mahkamah ini berpendapat SP5 telah memberikan penjelasan yang memuaskan berkenaan dengan ujian kimia tersebut. Ini bermakna elemen pertama pertuduhan adalah berjaya ditunjukkan oleh Pendakwa Raya. Adakah OKT1, OKT2 dan OKT3 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut
10
Keterangan saksi pendakwaan menunjukkan bahawa pada hari kejadian ketika serbuan dibuat oleh SP6, OKT1, OKT2 dan OKT3 dikatakan berada di dalam kereta tersebut. Dadah-dadah itu ditemui dalam kereta tersebut. Pemilik kereta tersebut telah dipanggil sebagai saksi pendakwaan (SP2) dan mengesahkan bahawa kereta tersebut adalah milik SP2 iaitu abang kepada OKT1. SP2 mengatakan kereta itu digunakan oleh ibu bapa OKT1 dan SP2 sendiri. Kunci kereta diletakkan di kawasan yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Berdasarkan kepada keterangan SP2 menunjukkan bahawa pada masa kejadian SP2 tidak menggunakan kenderaan tersebut. Begitu juga tiada keterangan yang menunjukkan ia digunakan oleh ibu bapa mereka. Apa yang jelas kenderaan tersebut adalah dikendalikan oleh OKT1 pada masa kejadian. Ia adalah konsisten dengan keterangan bahawa OKT1 boleh membawa kenderaan tersebut.
11
Berdasarkan kepada keterangan SP6 dan SP7 dikatakan dadah-dadah itu dibawa oleh seorang lelaki melayu (OKT3) ke dalam kereta sebelum serbuan dibuat. Adakah ini menyebabkan dadah-dadah itu tiada kaitan dengan OKT1 dan OKT2? Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu mengambil kira keterangan SP6 yang menyatakan penelitian dibuat lebih kurang 5 minit selepas lelaki itu masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang belakang sebelah kanan di sebelah bahagian pemandu. SP6 juga menyatakan lelaki itu membawa satu objek berwarna hitam.
12
Adakah dalam tempoh 5 minit tersebut boleh dikatakan OKT1, OKT2 dan OKT3 telah mempunyai niat bersama untuk memiliki, mengawal dan mempunyai pengetahuan terhadap dadah tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan dalam pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi maksud niat bersama ia boleh berlaku secara spontan. Ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Namasiyiam Doraisamy v PP & Other Cases [1987] 2 MLJ 336, [1987] CLJ Rep 241. Ia adalah bergantung kepada keadaan fakta dan kelakuan pihak-pihak yang dikatakan mempunyai niat bersama tersebut. Ini dapat dilihat melalui penganalisaan fakta di dalam kes Namasiyiam Doraisamy (supra) oleh Mahkamah Persekutuan seperti yang berikut: “In our considered judgment, the facts and circumstances of the case including the conduct of the fourth appellant which raise the inference of common intention may be summed up as follows. First, after the arrival of the fourth appellant at Butterworth on February 20, 1981, all the appellants including P.W.1 and Francis gathered together at the meeting place at Butterworth. Then the third appellant informed P.W.1 that the fourth appellant wanted P.W.1 to move his car to the front of the coffee house because they had decided that the exchange of drugs and money was to be made from car to car. P.W.1 accordingly complied with the request and parked his car at the place as requested. Secondly, on their request, P.W.1 took the third and fourth appellants to see the money in the boot of his car. The fourth appellant counted the money in the briefcase and appeared to be satisfied with it. Thirdly, it was rather strange that the fourth appellant, who had just been introduced to Francis on that day by the third appellant, acted on the instruction of Francis to drive the first appellant's Volvo to fetch the third appellant's father instead of the third appellant himself doing it. The fourth appellant had to walk to the main road to stop the first appellant who was then driving the Volvo back to the meeting place. Fourthly, the fourth appellant was alone driving the car for some time until he came back to inform the rest that the car had broken down. According to the defence evidence, the first appellant went to repair the gear and thereafter drove the fourth appellant to the pier to meet someone but returned subsequently to the meeting place where the first appellant remained in the car. It would have been more appropriate for the fourth appellant to ask the first appellant to drive him to the pier instead of taking over the car on his own, if at all the story of fetching the third appellant's father was true. Fifthly, when both P.W.1's car and the first appellant's Volvo had been parked in their respective places, the fourth appellant took up position where he could see the two stationary vehicles and give a signal for the exchange of the heroin which was then in the boot of the first appellant's Volvo with the cash which was in the briefcase in the boot of P.W.1's car. Lastly, what transpired after that has already been dealt with earlier showing that all the four appellants were caught red-handed in a police trap in broad daylight after the police had made observation of their movements until they approached the two stationary cars to complete their transaction. The action of the second appellant in accompanying P.W.1 to the Volvo to enable P.W.1 to take possession of the heroin in the boot, the action of the first appellant who was seated at the driver's seat in coming out to open the boot for them, the part played by the third appellant and Francis in going to P.W.1's car and opening the boot for the purpose of taking delivery of the money and, last but not least, the participation of the fourth appellant in giving a signal to him to finalise the transaction, lead to one and only one inference viz. that there was a common intention to commit the very offence with which the appellants are convicted of and the commission of the intended offence was done in furtherance of that common intention.”
13
Penilaian keterangan pendakwaan mendapati bahawa keberadaan OKT1, OKT2 dan OKT3 di dalam kenderaan tersebut di mana dadah itu ditemui adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Namun adakah keberadaan tersebut semata-mata boleh menyebabkan pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi menunjukkan mereka mempunyai niat bersama memiliki, mengawal dan mempunyai pengetahuan dadah-dadah tersebut? Dalam erti kata lain adakah mereka telah ditunjukkan oleh pendakwaan mempunyai niat bersama untuk melakukan pengedaran dadah-dadah tersebut?
14
Pada hemat Mahkamah fakta dan keadaan di dalam kes ini serta ketiadaan keterangan-keterangan yang mencukupi oleh pihak pendakwaan yang boleh menjadi asas kepada Mahkamah ini untuk membuat dapatan bahawa terdapatnya niat bersama OKT1, OKT2 dan OKT3 maka Mahkamah berpendapat ia tidak mewajarkan pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan terhadap OKT1, OKT2 dan OKT3. Tempoh masa yang singkat ketiga-tiga mereka berada dalam kereta tidak dapat menunjukkan bahawa mereka mempunyai niat bersama bagi maksud seksyen 34 Kanun Keseksaan tersebut.
15
Keterangan saksi-saksi pendakwaan yang ringkas berkenaan dengan keberadaan mereka dalam kenderaan tersebut dalam tempoh yang singkat pada hemat Mahkamah menjadikan pihak pendakwaan tidak berjaya menunjukkan satu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2 dalam kes ini.
16
Namun demikian keterangan saksi pendakwaan terutamanya pegawai serbuan mengesahkan bahawa pada masa itu OKT3 telah dilihat membawa satu beg hitam memasuki kereta tersebut. Oleh itu Mahkamah ini berpendapat dadah-dadah tersebut tidak dapat dikaitkan dengan OKT1 dan OKT2 melainkan hanya keterangan menunjukkan bahawa ia berkaitan dengan OKT3 sahaja.
17
Ini ditambah pula dengan tiada keterangan yang menunjukkan cap jari OKT1 dan OKT2 berada pada mana-mana barang kes bagi menyokong hubung kait OKT1 dan OKT2 dengan dadah-dadah tersebut. Begitu juga tiada kesan DNA ditemui daripada dadah-dadah tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan keterangan kesan cap jari dan DNA adalah hanya merupakan keterangan sokongan. Ketiadaan keterangan tersebut tidak akan menjejaskan kes pendakwaan sekiranya keterangan-keterangan langsung telah dapat menunjukkan elemen-elemen kesalahan yang dipertuduhkan kepada OKT1 dan OKT2. Namun dengan ketiadaan keterangan langsung tersebut, keterangan sokongan daripada laporan cap jari dan DNA adalah diperlukan. Ianya tiada dalam kes ini. Ini menjejaskan kes pendakwaan terhadap OKT1 dan OKT2.
18
Mahkamah ini juga berpendapat disebabkan Mahkamah memutuskan OKT1 dan OKT2 tidak dapat ditunjukkan mempunyai kawalan, pengetahuan dan milikan dadah-dadah tersebut maka OKT1 dan OKT2 tidak boleh digunakan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952. Begitu juga tiada keterangan yang dapat menunjukkan OKT1 dan OKT2 melakukan pengedaran dadah seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta yang sama.
19
Mahkamah ini berpendapat dengan keterangan-keterangan yang dikemukakan berkaitan dengan OKT1 dan OKT2 adalah tidak mencukupi untuk Mahkamah ini mensabitkan OKT1 dan OKT2 sekiranya OKT1 dan OKT2 berdiam diri semasa pembelaan kelak. Oleh itu Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah tidak berjaya menunjukkan satu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2.
20
Sebaliknya, Mahkamah ini berpendapat keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya telah berjaya menunjukkan satu kes prima facie terhadap OKT3. OKT3 dipanggil membela diri. Bertarikh: 14 hb. Januari 2026 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR Bagi Pihak Pendakwa Raya - TPR Intan Nor Hilwani binti Mat Rifin Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Cawangan Temerloh Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT1 - Richard Bong dan Ivan Bong Tetuan Bong & Co. Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT2 - Dato’ Bob Arumugam a/l Subramaniam Tetuan Bob S. Arumugam & Co. Kuantan, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT3 - Haris Salleh bin Hamzah Tetuan Haris Salleh & Co. Jerantut, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.