Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-63-04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
BA-45A-63-04/2021
High Court of Malaysia13 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“lan memanggil saksi yang relevan boleh menimbulkan anggapan bertentangan (presumption of adverse inference) di bawah seksyen 114 misalan (g) Akta Keterangan 1950. [53] Kes Pendakwa Raya v Abou Conde [2016] MLJU 565 telah menegaskan bahawa dalam situasi di mana seseorang hanya bertindak sebagai penghantar atau penerima,”
“seorang saksi yang kredibel adalah mencukupi untuk membuktikan kes selaras dengan prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam kes Selvam a/l Arjunan v. PP [2012] 4 MLJ 755 dan PP v. Hassan Jafarpour [2019] MLJU 281. Dalam kes ini, walaupun anggota serbuan lain tidak dipanggil, keterangan SP3 tetap mencukupi kerana tida”
“Kes-kes menunjukkan bahawa ketiadaan sebab untuk mencurigai kandungan barangan adalah faktor utama dalam menilai kejujuran pembelaan "innocent carrier". Mahkamah Rayuan dalam Luke Nnaemeka Ugwu v PP [2019] MLJU 472 dan Mahkamah Persekutuan dalam Maria Elvira Pinto Exposto v PP [2020] 3 MLJ 21 menegaskan bahawa jika tia”
“lindness" tidak terpakai. Ini berbeza dengan kes di mana tertuduh sepatutnya menyedari keadaan mencurigakan dan memilih untuk tidak bertanya seperti dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia v Tan Kok Bin [2021] MLJU 2216. [59] Mahkamah ini juga diminta mempertimbangkan latar belakang Tertuduh Kedua, termasuk tahap pendidik”
“tertuduh untuk memberikan butiran penuh mengenai individu yang didakwa memiliki barang kes boleh menjejaskan kebolehpercayaan pembelaan. Prinsip ini turut dirujuk dalam kes Vijendran Balakrisnan v PP [2024] CLJU 1892 dan Lee Wai Ping v PP [2022] 1 LNS 337, di mana mahkamah menolak pembelaan yang bergantung kepada kewuj”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-63-04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
2
HARMAN AWAEKUECHEH (NO. PASPOT: AB 2553062) ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Dalam kes ini, terdapat dua tertuduh yang didakwa atas kesalahan mengedar dadah mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”). Izin dibawah 39(B)(3) ADB telah dikeluarkan seperti ekshibit P1 dan P2. Berdasarkan kertas pertuduhan terpinda (ekshibit P3A dan P4A) kedua-dua tertuduh didakwa membawa heroin dan monoacetylmorphine. Melainkan dinyatakan sebaliknya dan untuk memudahkan rujukan, kedua-dua heroin dan monoacetylmorphine akan dikenali sebagai "Dadah": Pertuduhan Pindaan Pertama 'Bahawa kamu bersama-sama pada 1 Mac 2020, jam lebih kurang 1230 hrs, di Tepi Jalan Berdekatan Parkir Kenderaan S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg Bazar Taman Melawati, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati memperedarkan dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 14,520.6 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan' Pertuduhan Pindaan Kedua 'Bahawa kamu bersama-sama pada 1 Mac 2020, jam lebih kurang 1230 hrs, di Tepi Jalan Berdekatan Parkir Kenderaan Bazar Taman Melawati, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati memperedarkan dadah berbahaya iaitu Monoacetylmorphine seberat 361.5 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan' [2] Bagi membuktikan pertuduhan tersebut terhadap kedua-dua tertuduh, pihak pendakwaan telah mengemukakan 4 orang saksi dan mereka ialah: • SP 1: Jurugambar • SP 2: Ahli Kimia • SP 3: Pegawai Serbuan • SP 4: Pegawai Penyiasat S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg [3] Setelah Mahkamah mendengar keterangan 4 orang saksi Pendakwaan pada 19.9.2024 Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh dibawah pertuduhan didalam P3A dan P4A dan Mahkamah menggunapakai anggapan dibawah seksyen 37(d) ADB dan dibaca bersama seksyen 2 untuk pengedaran dan Mahkamah telah memanggil kedua-dua tertuduh membela diri. Alasan ringkas Mahkamah di akhir kes Pendakwaan adalah seperti berikut:- • Identiti Dadah: Mahkamah berpuas hati dengan keterangan Ahli Kimia (SP2) yang mengesahkan bahawa dadah yang ditemui adalah heroin dan monoacetylmorphine ( ekshibit P15). Elemen ini juga tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan. • Milikan dan Kawalan Dadah: Mahkamah menolak pembelaan kedua-dua tertuduh yang mendakwa mereka adalah "innocent carriers". Kedua-dua tertuduh gagal memberikan penjelasan munasabah mengenai mengapa mereka bersetuju membawa dadah tersebut dan mengapa mereka tidak memeriksa kandungan guni-guni tersebut. Tindakan mereka dianggap sebagai “wilful blindness” kerana mereka sengaja menutup mata terhadap kemungkinan dadah tersebut. Kedua-dua tertuduh memiliki custody and control keatas 3 guni putih berlogo buaya yang mengandugi dadah tersebut (P16(1), P17(1) dan P18(1). Kenderaan yang mengandungi S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg dadah tersebut berada dalam jagaan, kawalan dan pemilikan kedua-dua tertuduh pada setiap masa yang material. Ini dijelaskan dengan bukti berikut:- i) Kedua-dua tertuduh telah turun dari kereta Toyota Hilux no pendaftaran DBR6575(“kenderaan tersebut”).(P9 (5)hingga P9(12) tersebut. ii) Pendakwaan telah membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh telah turun dari kenderaan tersebut. iii) Tertuduh Pertama dilihat mengunci kenderaan tersebut dengan menggunakan alat kawalan jauh dan kunci dirampas daripada Tertuduh Pertama. iv) Tiada orang lain bersama kedua-dua tertuduh semasa serbuan. v) Perbuatan kedua-dua tertuduh yang terkejut dan cuba melawan ketika SP3 memperkenalkan diri sebagai Polis adalah relevan bagi menunjukkan pengetahuan kedua-dua Tertuduh terhadap dadah-dadah yang berada dalam kereta tersebut. • Kuantiti Dadah dan Tujuan Pengedaran: Dadah yang dirampas adalah dalam kuantiti yang sangat besar, dimana jumlah berat adalah 14,520.6 gram heroin dan 361.5 gram monoacetylmorphine. Adalah tidak munasabah untuk kegunaan sendiri. Ini menunjukkan kemungkinan untuk tujuan pengedaran. S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg • Rantaian Jagaan dan Berat Dadah: Mahkamah mendapati tiada isu mengenai rantaian jagaan dadah dan percanggahan dalam berat dadah. Keterangan saksi SP2, SP3 dan SP4 telah menunjukkan dadah tersebut ditanda dengan betul dan jelas serta dikenal pasti secara positif. Oleh itu, tiada keraguan mengenai identiti dan berat dadah. • Siasatan Tidak Lengkap: Mahkamah menilai hujahan pembelaan mengenai siasatan yang tidak lengkap dan mendapati bahawa kebanyakkan dakwaan yang cuba dibangkitkan oleh pihak pembelaan hanya merupakan keterangan yang bersifat sokongan kepada fakta-fakta yang telahpun dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Seperti yang boleh dilihat dalam kes ini, dimana keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah berdasarkan bukti langsung (direct evidence). Lebih-lebih lagi pada masa serbuan pada 1.3.2020 tersebut tiada orang lain selain kedua-dua tertuduh. • Niat Bersama: Berdasarkan tindakan kedua-dua tertuduh dan keterangan yang ada, Mahkamah berpuas hati bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah tersebut. S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg [4] Semasa kes pembelaan, tertuduh-tertuduh telah mengemukakan saksi seperti berikut: • SD1: Tertuduh Pertama • SD2: Tertuduh Kedua • SD3: Pegawai JPJ • SD4: Pegawai Penyiasat Ganti • SD5: Kakak Tertuduh Kedua Fakta kes [5] Pada 1.3.2020 @ 12.30 tengahari, SP3 (Pegawai Serbuan) dan pasukannya telah menyerbu sebuah kenderaan Toyota Hilux (DBR 6575) (“kenderaan tersebut”) yang dilihat memasuki kawasan parkir Taman Melawati. Selepas itu, pemandu (iaitu Tertuduh Pertama) dan penumpang (iaitu Tertuduh Kedua) Kenderaan itu keluar dari Kenderaan dan menuju ke arah sebuah kedai makanan yang terletak di kawasan berhampiran. [6] Pada masa tersebut, Pegawai Serbuan melihat Tertuduh Pertama menggunakan alat kawalan jauh untuk mengunci Kenderaan itu. Selepas itu, Pegawai Serbuan dan pasukannya mengambil keputusan untuk mendekati kedua-dua tertuduh. Pada masa material, tiada barang salah ditemui pada badan kedua-dua tertuduh, tetapi kedua-dua tertuduh terkejut apabila Pegawai Serbuan dan pasukannya mendekati mereka. [7] Pegawai Serbuan juga memberitahu Mahkamah bahawa dia menjumpai alat kawalan jauh Kenderaan tersebut di sebelah kiri S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg poket Tertuduh Pertama, dan setelah memeriksa Kenderaan itu, Pegawai Serbuan mendapati: • 2 guni putih (dengan logo buaya tertera padanya) terletak di tempat duduk belakang Kenderaan; dan • 1 guni putih (dengan logo buaya tertera padanya) terletak di kawasan rehat kaki penumpang hadapan Kenderaan. [8] Kesemua 3 guni itu dipercayai adalah dadah berbahaya dan dengan itu, guni-guni tersebut telah dirampas. Cautioned statement juga telah dinyatakan dan kedua-dua tertuduh kemudiannya ditangkap. Semasa berada di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ampang Jaya, Pegawai Serbuan memberi keterangan bahawa 3 guni putih tersebut didapati mengandungi barang-barang berikut: Guni dilabel sebagai "A" (P16(1)) • mengandungi 20 peket plastik kecil heroin • seberat 10,248 gram Guni dilabel sebagai "B" (P17(1)) • mengandungi 13 peket plastik kecil heroin • seberat 10,251 gram Guni dilabel sebagai "C" (P18(1)) • mengandungi 10 peket plastik kecil heroin • seberat 5,103 gram **Gambar guni-guni tersebut seperti P9(1) [9] Susulan penemuan di atas, Pegawai Serbuan membuat beberapa laporan polis (P22 – P26) dan menghasilkan borang serah menyerah (P27, P29 dan P30) sebelum menyerahkan semua barang S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg tersebut kepada Pegawai Penyiasat (SP4). Proses penyerahan barangan juga direkodkan melalui P28. [10] Pegawai Penyiasat kemudiannya menyimpan semua barang tersebut dalam tong plastik yang ditanda sebagai P16, P17, P18 sebelum menyerahkannya kepada Ahli Kimia (SP2) untuk analisis forensik. Selepas menjalankan analisis forensik, SP2 dalam laporannya (P15) mendapati bahawa barang-barang yang dirampas itu terdiri daripada 14,520.6g heroin (seperti dalam Pertuduhan Pindaan Pertama) dan 361.5g monoacetylmorphine (seperti dalam Pertuduhan Pindaan Kedua). Pembelaan yang dibangkitkan oleh Tertuduh Pertama apabila kes pembelaan dipanggil Versi Cerita Tertuduh Pertama [11] Tertuduh Pertama dalam kes ini telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah di kandang saksi dan memanggil tiga saksi pembelaan selain dirinya. Tertuduh Pertama juga mengemukakan beberapa saksi lain yang memberi keterangan mengenai latar belakang dan perniagaannya. [12] Tertuduh Pertama menjelaskan bahawa beliau bekerja sebagai pekebun, pengangkut, dan pemborong, serta mempunyai beberapa syarikat yang beroperasi di bawah nama Merapoh Gemilang Enterprise dan Sri Rantau Enterprise. Menurut keterangan saksi pembelaan, termasuk Tertuduh Kedua dan kakak Tertuduh Kedua, Tertuduh Pertama dikenal ramai di kalangan penduduk kampung sebagai seorang yang menjalankan perniagaan pengangkutan. Saksi S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg juga mengesahkan bahawa Tertuduh Pertama memiliki sebuah lori yang didaftarkan di bawah syarikat Merapoh Gemilang Enterprise. Lori tersebut telah dijual pada tahun 2015 dan selepas penjualan lori tersebut, Tertuduh Pertama menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Hilux (Pendaftaran DBR6575) (iaitu Kenderaan dalam kes ini) untuk urusan penghantaran barang. [13] Pada 29.2.2020, Tertuduh Pertama telah dihubungi oleh seorang lelaki bernama Tolib, atau Abdul Mutalib, yang meminta beliau untuk menghantar sebuah barang ke Kuala Lumpur. Tolib mendakwa bahawa beliau tidak dapat menghantar barang tersebut kerana anaknya sedang sakit. Tertuduh Pertama dan Tolib telah beberapa kali menjalankan urusan penghantaran mercun sebelum kejadian ini, dan oleh itu, Tertuduh Pertama tidak merasa curiga dengan permintaan tersebut. Tolib juga berjanji untuk memberikan upah sebanyak RM1,000 untuk penghantaran itu dan Tertuduh Pertama tidak meminta wang pendahuluan kerana sudah biasa berurusan dengan Tolib. Tertuduh Pertama percaya bahawa barang yang dihantar itu adalah urusan biasa, tanpa mengetahui bahawa barang tersebut sebenarnya mengandungi dadah. Tertuduh Pertama juga mengakui tidak membuka guni yang berisi barang tersebut kerana guni itu berada dalam keadaan dijahit rapat dan beliau tidak pernah memeriksa isinya. [14] Seterusnya, Tertuduh Pertama memandu dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur dan singgah di Medan Makan di Bazar Taman Melawati. Selepas makan, ketika beliau keluar untuk merokok, sekumpulan lelaki dan wanita berpakaian biasa, yang tidak dikenali, S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg datang menghampirinya. Tertuduh Pertama tidak melawan dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa walaupun beliau dalam keadaan terkejut kerana tidak mengetahui apa kesalahan yang telah dilakukannya. Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua kemudiannya ditangkap dan dibawa ke pejabat BSJ Narkotik IPD Ampang Jaya, Selangor. Semasa ditangkap, kedua-dua tertuduh tidak mengetahui isi kandungan guni tersebut kerana guni itu tidak pernah dibuka di depan mereka, sama ada di tempat kejadian atau semasa di balai polis. [15] Semasa disoal siasat, Tertuduh Pertama menegaskan bahawa beliau tidak tahu bahawa barang dalam guni itu mengandungi dadah. Beliau menjelaskan bahawa guni itu adalah milik Tolib dan memberikan nombor telefon Tolib kepada pihak polis. Tertuduh Pertama juga memberi maklumat lanjut kepada Pegawai Penyiasat, termasuk lokasi rumah Tolib, namun tiada sebarang siasatan lanjut dilakukan terhadap individu tersebut. Tertuduh Pertama mendakwa bahawa beliau dipaksa mengaku bahawa barang tersebut adalah kepunyaannya. Beliau menyatakan bahawa semasa sesi soal siasat, mata beliau telah ditutup dengan pita pelekat dan apabila beliau enggan mengaku, beliau telah dipukul di bahagian tapak kaki berulang kali. Setelah itu, kaki beliau direndam dengan air sejuk. Tertuduh Pertama juga membuat laporan polis pada 6.1.2023 mengenai penyeksaan tersebut (rujuk ekshibit D42) dan surat representasi kepada pihak berkuasa bertarikh 20.1.2023 (ekshibit D43) memohon agar siasatan lanjut dilakukan. Walau bagaimanapun, tiada siasatan lanjut terhadap aduan tersebut dilakukan oleh Pegawai Penyiasat yang terlibat. S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg Hujahan Tertuduh Pertama [16] Pertama, pihak pembelaan menegaskan bahawa hujahan yang dikemukakan oleh Tertuduh Pertama bukanlah suatu pembelaan terkemudian (afterthought defence). Pembelaan ini telah dikemukakan sejak awal lagi, dengan Tertuduh Pertama secara konsisten menyatakan bahawa beliau tidak tahu mengenai isi kandungan guni yang mengandungi dadah. Pembelaan ini juga disokong oleh saksi pendakwaan, terutamanya SP3, yang mengesahkan bahawa guni tersebut kelihatan kemas dan tiada yang mencurigakan. Tertuduh Pertama juga telah memberi maklumat awal mengenai individu bernama Tolib, namun tiada siasatan lanjut dibuat mengenai individu ini walaupun maklumat tersebut diserahkan kepada pihak polis melalui laporan polis dan surat representasi. [17] Pihak pembelaan berhujah bahawa kegagalan untuk menyiasat Tolib dan kegagalan untuk menyemak telefon bimbit Tertuduh Pertama untuk mengesahkan maklumat ini menunjukkan kelemahan dalam penyiasatan. Pihak pembelaan juga menyatakan bahawa tindakan Tertuduh Pertama membuat laporan polis dan menghantar surat representasi adalah langkah yang menunjukkan kesungguhan untuk membersihkan tuduhan terhadapnya dan bukan suatu pembelaan terkemudian. [18] Versi kewujudan Tolib juga disokong oleh saksi Tertuduh Kedua dan SD5 yang berjaya menemui rumah Tolib dan membuktikan kewujudan individu tersebut, namun perkara ini tidak disiasat oleh Pegawai Penyiasat. Pihak pembelaan berpendapat S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg bahawa Mahkamah perlu memberi perhatian kepada kegagalan penyiasatan yang serius ini. [19] Selain itu, pihak pembelaan merujuk kepada kes-kes seperti Al Bakhtiar Ab Samat v. PP [2012] 7 CLJ 458 dan Chai Tee Keiong v. PP [2013] 1 LNS 975, di mana Mahkamah tersebut menegaskan bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh bukanlah suatu penafian kosong atau pembelaan terkemudian, tetapi merupakan usaha yang sah dan wajar dalam sistem perundangan adversarial. Pihak pembelaan memohon agar Mahkamah ini mempertimbangkan hujah-hujah ini dalam menilai kes keseluruhan dan menentukan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. [20] Kedua, Tertuduh Pertama membangkitkan hujahan bahawa pembelaannya bukanlah penafian kosong (bare denial). Tertuduh Pertama mengakui bahawa dia telah membawa barang kes dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan tugasnya adalah sebagai penghantar barang. Tertuduh Pertama juga menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui isi kandungan dalam guni tersebut. Ini disokong oleh saksi pendakwaan yang menyatakan bahawa guni tersebut dalam keadaan baik, berseal, dan berjahit, yang secara munasabah menunjukkan seorang penghantar barang tidak akan membuka guni tersebut untuk memeriksa kandungannya. [21] Pembelaan Tertuduh Pertama tidak sekadar menafikan tanpa memberikan penjelasan yang munasabah. Dalam kes ini, Tertuduh Pertama tidak menafikan bahawa dia membawa barang tersebut, S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg tetapi hanya tidak mengetahui apa kandungan dalam guni tersebut. Keadaan ini mengingatkan kepada kes D.A. Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195, di mana penafian kosong hanya wujud jika keterangan pembelaan tidak disertakan dengan sebarang penjelasan. [22] Tiada bukti dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk menunjukkan bahawa Tertuduh Pertama mengendalikan atau memiliki barang-barang kes tersebut secara fizikal. Sebagai tambahan, tiada cap jari Tertuduh Pertama dijumpai pada barang-barang kes, walaupun pemeriksaan cap jari dilakukan. Mahkamah dalam beberapa kes terdahulu, seperti dalam kes Chan King Yu v. PP [2009] 1 CLJ 601, telah menekankan kepentingan untuk melakukan ujian cap jari pada barang kes sebagai bukti milikan. Mahkamah itu juga telah menetapkan bahawa ketiadaan ujian DNA pada barang kes dan kegagalan pihak penyiasat untuk mengambil sampel DNA Tertuduh Pertama juga melemahkan kes pendakwaan. [23] Selain itu, dalam kes ini, tiada bukti transaksi kewangan yang mencurigakan atau penyitaan aset Tertuduh Pertama yang boleh mengaitkannya dengan aktiviti pengedaran dadah yang menunjukkan bahawa Tertuduh Pertama bukan terlibat dalam urusan jual beli dadah. [24] Hujahan Ketiga yang dibangkitkan oleh Tertuduh Pertama ialah bahawa pembelaannya berkemungkinan benar dan mampu menimbulkan keraguan yang munasabah. Menurut Tertuduh Pertama, Mahkamah ini perlu menilai semula keterangan pembelaannya berbanding dengan keterangan pendakwaan, dan jika S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg pembelaan tersebut menimbulkan keraguan munasabah, Tertuduh Pertama boleh dibebaskan. [25] Tertuduh Pertama ada dalam keterangan bersumpahnya menjelaskan bahawa tugasnya adalah sebagai pengangkut barang. Hal ini disokong oleh bukti yang menunjukkan Tertuduh Pertama memiliki perniagaan pengangkutan yang sah, termasuk dokumen SSM dan rekod lori. Saksi pembelaan juga mengesahkan bahawa di kawasan kampung Tertuduh Pertama, perniagaan pengangkutan adalah perkara biasa. [26] Penama Tolib, yang dikaitkan dengan barang kes, juga berjaya dikesan, termasuk kad perkahwinannya, yang membuktikan kewujudan Tolib. Namun, siasatan lanjut berkenaan Tolib tidak dilakukan oleh pihak penyiasat, walaupun Tertuduh Pertama sudah memberikan maklumat mengenainya. [27] Tambahan pula, pembelaan Tertuduh Pertama adalah konsisten dari awal hingga akhir. Versi pembelaannya bahawa barang yang dibawa bukan miliknya, tetapi milik Tolib, dan bahawa dia tidak mengetahui kandungan dalam guni tersebut, tidak berubah. Tertuduh Pertama juga memberikan kerjasama dengan pihak polis sepanjang siasatan. Tiada bukti menunjukkan bahawa Tertuduh Pertama terlibat dalam pengedaran dadah, seperti tiada ujian urin atau bukti pemilikan dadah. [28] Prinsip undang-undang menegaskan bahawa Mahkamah harus mempertimbangkan pembelaan tertuduh, tanpa mengira kelemahan S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg atau ketidakmunasabahannya. Pembelaan Tertuduh Pertama telah memberi notis awal kepada pihak pendakwaan mengenai siasatan yang tidak lengkap, terutamanya berkaitan telefon bimbit Tertuduh Pertama yang mengandungi nombor Tolib yang tidak disiasat lebih lanjut. Pembelaan juga menunjukkan bahawa Tertuduh Pertama dipaksa untuk mengaku sebagai pengantar dadah dan telah dipukul, tetapi siasatan berkenaan perkara ini tidak dilakukan oleh pihak pendakwaan. [29] Maka, kegagalan Pegawai Penyiasat untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dalam kes ini tidak boleh dikenakan kepada Tertuduh Pertama. Berdasarkan kes-kes terdahulu, seperti dalam Rahmani Ali Mohamed v. PP [2014] 7 CLJ 405 dan Alcontara a/l Ambross Anthony v. PP [1996] 1 CLJ 705, kegagalan siasatan memberi manfaat kepada pembelaan tertuduh dan seharusnya dijadikan asas untuk meragui kes pendakwaan. [30] Hujahan terakhir oleh Tertuduh Pertama adalah bahawa beliau tidak mengetahui kandungan guni-guni yang mengandungi dadah dan menjelaskan bahawa tindakan beliau hanya berdasarkan kepercayaan terhadap Tolib. Tertuduh Pertama tidak merasa syak wasangka terhadap barang yang dihantar kerana sebelumnya tiada masalah dalam penghantaran barangan lain seperti mercun. Selain itu, beliau tidak mendapati apa-apa yang mencurigakan mengenai guni-guni yang telah diseal rapat dan tidak berpendapat perlu membuka guni-guni tersebut untuk memeriksa kandungannya. Pembelaan ini disokong oleh saksi yang mengesahkan tiada keraguan atau kecurigaan terhadap guni-guni tersebut. S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg [31] Pembelaan mengenai "innocent carrier" juga dibangkitkan dengan merujuk kepada kes-kes terdahulu yang membezakan antara pembelaan yang sah dan kes-kes yang melibatkan "willful blindness". Dalam kes ini, tidak terdapat sebarang petunjuk yang menunjukkan Tertuduh Pertama sengaja mengelakkan diri daripada mengetahui kandungan guni-guni tersebut dan pembelaan beliau boleh diterima berdasarkan fakta kes yang ada. [32] Oleh itu, pihak pembelaan berhujah bahawa keterangan Tertuduh Pertama telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan memohon agar Tertuduh Pertama dibebaskan kerana kegagalan pendakwaan untuk membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah. Pembelaan dibangkitkan oleh Tertuduh Kedua apabila kes pembelaan dipanggil. Versi Cerita Tertuduh Kedua [33] Pembelaan Tertuduh Kedua boleh diringkaskan seperti berikut. [34] Tertuduh Kedua mengenali seorang lelaki bernama Tolib dan Malek disebabkan mereka adalah pelanggan bengkel Pokche Motorsport. Tertuduh memanggil mereka pakcik sebab tidak mengetahui nama mereka sebelum kejadian pada 29.2.2020 dan 1.3.2020 tetapi hanya kenal muka mereka sahaja kerana mereka berurusan terus dengan bapanya. Pada 29.2.2020, Tolib telah datang ke bengkel dan meminta Tertuduh Kedua untuk menemani seseorang ke Kuala Lumpur bagi menghantar barang pada keesokan S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg harinya. Walaupun tidak mempunyai lesen memandu dan hanya biasa memandu di kawasan kampung, Tertuduh Kedua bersetuju kerana ingin mengambil peluang untuk mencari barangan kereta di Kuala Lumpur. [35] Tolib memberitahu bahawa barang yang dihantar adalah barangan keperluan untuk pelanggannya sebagai persiapan Hari Raya 2020. Tertuduh Kedua dijanjikan upah RM200 selepas kembali dari Kuala Lumpur. Dari jumlah tersebut Tolib memberi RM50 sebagai wang pendahuluan untuk perbelanjaan semasa perjalanan tersebut. [36] Pada 1.3.2020, seorang lelaki bernama Jimmy menjemput Tertuduh Kedua dari rumahnya dan membawanya ke rumah keluarga Tolib yang beralamat di Tanah Merah menggunakan motorsikal. Dalam perjalanan, baru Tertuduh Kedua dimaklumkan bahawa dia akan menemani seorang lelaki bernama Malik, iaitu Tertuduh Pertama. Setibanya di lokasi, Tertuduh Kedua melihat Tertuduh Pertama telah sampai dan kereta Hilux beliau sedang diisi dengan guni putih oleh dua orang lelaki Melayu yang beliau tidak kenal. Guni dalam keadaan diikat dengan jahitan. Sebelum bertolak, Tolib telah memberitahu kedua-dua tertuduh untuk menuju ke kawasan Melawati Mall di Taman Melawati dan beliau akan berhubung dengan Tertuduh Kedua untuk memberikan lokasi pelanggannya kerana pelangganya agak sibuk. [37] Dalam perjalanan, hujan mula turun yang menyebabkan Tertuduh Pertama menghentikan kenderaan untuk memindahkan S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg guni-guni tersebut ke dalam kenderaan mereka. Tertuduh Kedua yang sedang tidur ketika itu dikejutkan oleh Tertuduh Pertama dan membantu memindahkan guni tersebut. Tanpa berfikir panjang, Tertuduh Kedua meletakkan guni paling kecil di ruangan kakinya. [38] Setibanya di destinasi, mereka berhenti makan sebelum duduk di kawasan gerai yang ditutup di mana Tertuduh Kedua menemani Tertuduh Pertama merokok. Tidak lama kemudian, mereka dikepung oleh sekumpulan individu berpakaian biasa. Tertuduh Kedua tidak sempat melawan kerana terus direbahkan ke lantai dan digari. Hujahan Tertuduh Kedua [39] Hujahan pertama adalah mengenai kewujudan Tolib. Keterangan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua menunjukkan bahawa Tolib benar-benar wujud dan bukan sekadar rekaan. Menurut Tertuduh Kedua, Tolib merupakan seorang peniaga yang memiliki beberapa jentolak dan berasal dari Kampung Gual Tok Din. Keterangan ini turut disokong oleh kakak Tertuduh Kedua, SD5. [40] Bukti kewujudan Tolib diperkuatkan dengan pengecaman melalui gambar yang ditandakan sebagai D51(1) hingga D51(5). Tertuduh Pertama, Tertuduh Kedua, dan SD5 telah mengesahkan bahawa Tolib berkahwin dengan seorang bernama Atiey Malik. SD5 sendiri telah membuat carian di Facebook dan menemui profil Atiey Malik, di mana beliau dapat mengecam wajah Tolib sebagai individu yang pernah dilihatnya di bengkel Pokche Motorsport. S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg [41] Selain itu, dokumen D51(3) menunjukkan kad perkahwinan yang mencatatkan nama penuh Tolib sebagai Abd Talib bin Abdullah, dengan nombor nikah yang jelas tertera. Tertuduh Kedua juga mengesahkan bahawa Tolib tinggal di sebuah rumah di Kampung Gual Periok yang telah dilawatinya sendiri pada 29.2.2020 ketika menghantar Tolib pulang. SD5, walaupun tidak pernah ke rumah tersebut sebelum ini, berjaya menjejakinya dengan bertanya kepada penduduk kampung menggunakan gambar Tolib yang diperoleh daripada profil Facebook Atiey Malik. [42] Pihak pendakwaan sendiri tidak menafikan kewujudan Tolib atau peranannya dalam meminta Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua menghantar barang ke Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, hujahan pihak pembelaan adalah bahawa kewujudan Tolib dan keterlibatannya dalam kes ini telah dibuktikan dan tidak dapat dinafikan. [43] Hujahan kedua yang dibangkitkan oleh Tertuduh Kedua adalah bahawa kegagalan Pegawai Penyiasat menyiasat pembelaannya telah menyebabkan prejudis yang serius terhadap haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil. [44] Keterangan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua menunjukkan bahawa mereka telah memaklumkan kepada pegawai penyiasat mengenai peranan yang dimainkan oleh Tolib, iaitu sebagai individu yang mengarahkan mereka menghantar barang ke Kuala Lumpur dengan janji bayaran tertentu. Tolib juga telah memberitahu Tertuduh Kedua bahawa barang yang dibawa adalah S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg barangan keperluan yang membawa kepada kesimpulan bahawa Tertuduh Kedua telah diperdaya untuk membawa dadah tanpa pengetahuannya. [45] Tertuduh Kedua telah diarahkan oleh Tolib untuk menghubunginya setelah tiba di Melawati Mall bagi mendapatkan lokasi penghantaran yang khusus. Ini menunjukkan bahawa peranan Tolib adalah sebagai pihak yang menguruskan penghantaran tersebut, manakala Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua hanyalah pembawa yang tidak menyedari kandungan sebenar barang yang mereka bawa. [46] Peguambela berhujah bahawa situasi ini menimbulkan tanggungjawab ke atas pihak pendakwaan dan Pegawai Penyiasat untuk menyiasat secara menyeluruh bagi mengesahkan pembelaan Tertuduh Kedua. Namun, akibat kegagalan tersebut, Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua terpaksa sendiri mencari dan mengemukakan bukti mengenai kewujudan serta peranan Tolib dalam kes ini. [47] Mahkamah Rayuan dalam kes Rahmani Ali Mohamad v Public Prosecutor [2014] 7 CLJ 405 telah memutuskan bahawa kegagalan Pegawai Penyiasat untuk menyiasat pembelaan tertuduh sehingga menjejaskan hak pembelaan adalah sesuatu yang “fatal” kepada kes pendakwaan. Prinsip ini diperkuatkan dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Alcontara Ambross Anthony (supra), yang menegaskan bahawa beban S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg adalah pada pihak pendakwaan untuk menyiasat sama ada versi fakta yang dikemukakan oleh tertuduh adalah benar atau sebaliknya. [48] Dalam kes ini, keterangan Tertuduh Pertama, Tertuduh Kedua dan SD5 menunjukkan secara konklusif bahawa Tolib adalah seorang yang wujud dan boleh dijejaki tanpa kesukaran. Oleh itu, persoalan timbul sama ada Tertuduh Kedua perlu membuktikan dirinya tidak bersalah dengan mencari dan memanggil Tolib sendiri. Mahkamah Rayuan dalam kes Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v Public Prosecutor [2014] 5 MLJ 433 turut menekankan bahawa tanggungjawab pihak polis bukan sekadar untuk membuktikan kes terhadap seseorang, tetapi juga untuk menjalankan siasatan secara adil dan menyeluruh termasuk menyiasat pembelaan yang dikemukakan. [49] Dalam kes ini, Pegawai Penyiasat sendiri mengakui bahawa beliau tidak menyiasat nombor telefon yang diberikan oleh tertuduh bagi menjejaki individu yang dikatakan terlibat dan tindakan tersebut jelas menjejaskan hak tertuduh untuk mendapatkan perbicaraan yang adil. [50] Oleh kerana kegagalan Pegawai Penyiasat untuk menyiasat peranan Tolib dalam perkara ini serta implikasi undang-undang yang telah dinyatakan dalam kes-kes terdahulu, pembelaan berhujah bahawa Tertuduh Kedua telah diprejudiskan secara serius. Justeru, dia harus dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg [51] Hujahan ketiga yang dikemukakan adalah bahawa dalam kes ini, Tolib sebenarnya telah memainkan peranan yang aktif. Keterangan menunjukkan bahawa beliau bukan sekadar individu yang dikenali oleh kedua-dua tertuduh, tetapi juga orang yang menugaskan mereka untuk membawa barang ke Kuala Lumpur dengan janji bayaran tertentu. Tindakan Tolib yang mengatur perjalanan, memberi arahan lokasi penghantaran, serta menjelaskan kepada Tertuduh Kedua bahawa barangan yang dibawa hanyalah barangan keperluan, menunjukkan penglibatan langsung beliau dalam urusan tersebut. [52] Kewujudan Tolib tidak pernah dinafikan oleh pihak Pendakwaan, tetapi kegagalan mereka untuk memanggilnya sebagai saksi menimbulkan persoalan yang serius. Dalam keadaan di mana beliau mempunyai pengetahuan eksklusif mengenai penghantaran barang tersebut dan telah dikenal pasti oleh beberapa saksi, seharusnya pihak berkuasa menyiasat dan mengesahkan keterangannya. Prinsip undang-undang yang terpakai dalam situasi ini jelas bahawa kegagalan memanggil saksi yang relevan boleh menimbulkan anggapan bertentangan (presumption of adverse inference) di bawah seksyen 114 misalan (g) Akta Keterangan 1950. [53] Kes Pendakwa Raya v Abou Conde [2016] MLJU 565 telah menegaskan bahawa dalam situasi di mana seseorang hanya bertindak sebagai penghantar atau penerima, pihak Pendakwaan perlu membawa keterangan langsung daripada individu yang menghantar barangan tersebut bagi membuktikan pengetahuan terhadap kandungan bungkusan. Jika dalam kes ini Pendakwaan S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg gagal untuk memanggil Tolib, ini bermakna terdapat satu kelompangan material dalam kes mereka. Tambahan pula, keterangan saksi-saksi seperti SD5 membuktikan bahawa Tolib bukan sahaja wujud tetapi juga boleh dijejaki dengan mudah. Oleh itu, tindakan pihak polis untuk tidak menyiasat beliau menimbulkan persoalan sama ada keadilan telah ditegakkan dengan sewajarnya. [54] Kegagalan untuk menutup kelompangan ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia menyebabkan prejudis yang serius kepada Tertuduh Kedua. Dalam keadaan di mana pembelaan telah dikemukakan dan tidak dipatahkan dengan keterangan yang lebih kukuh, maka keraguan yang munasabah telah timbul. Oleh itu, berdasarkan prinsip keadilan dan beban pembuktian yang terletak pada pihak Pendakwaan, Tertuduh Kedua sewajarnya dilepaskan dan dibebaskan. [55] Mahkamah ini juga diminta untuk mempertimbangkan bahawa kes terhadap Tertuduh Kedua semata-mata bergantung kepada kedekatannya dengan dadah dan dakwaan reaksi dia ada melawan semasa ditangkap. Kedekatan sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan pengetahuan tanpa fakta tambahan yang menyokong inferens bahawa beliau mengetahui kandungan barangan tersebut. Prinsip ini ditegaskan dalam kes Public Prosecutor v Lin Lian Chen [1992] 2 MLJ 561. [56] Keterangan Tertuduh Kedua menunjukkan bahawa beliau hanya menemani pemandu Tolib ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan tentang kandungan sebenar guni putih yang dibawa. S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg Beliau menerima bayaran RM200 sebagai saguhati kerana menutup bengkel pada hari perjalanan, satu jumlah yang tidak mencurigakan. Tiada keterangan menunjukkan beliau mengetahui bayaran RM1,000 kepada Tertuduh Pertama. Semasa perjalanan, beliau membantu mengalihkan guni kecil ke tempat letak kaki akibat hujan dan tidak menyedari apa-apa yang mencurigakan. [57] Apabila ditangkap, Tertuduh Kedua tidak melawan tetapi terkejut kerana direbahkan ke lantai tanpa amaran. Keterangan mengenai kepercayaannya terhadap Tolib sebagai kawan ayahnya, latar belakangnya yang buta huruf, dan ketidaktahuannya tentang Kuala Lumpur menyokong hujahan bahawa Tertuduh Kedua tidak mempunyai alasan atau sebarang reasonable awareness untuk mensyaki kandungan guni tersebut. [58] Kes-kes menunjukkan bahawa ketiadaan sebab untuk mencurigai kandungan barangan adalah faktor utama dalam menilai kejujuran pembelaan "innocent carrier". Mahkamah Rayuan dalam Luke Nnaemeka Ugwu v PP [2019] MLJU 472 dan Mahkamah Persekutuan dalam Maria Elvira Pinto Exposto v PP [2020] 3 MLJ 21 menegaskan bahawa jika tiada sebab untuk menimbulkan syak, prinsip "willful blindness" tidak terpakai. Ini berbeza dengan kes di mana tertuduh sepatutnya menyedari keadaan mencurigakan dan memilih untuk tidak bertanya seperti dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia v Tan Kok Bin [2021] MLJU 2216. [59] Mahkamah ini juga diminta mempertimbangkan latar belakang Tertuduh Kedua, termasuk tahap pendidikan dan kehidupannya di S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg kampung yang relevan dalam menilai kebolehpercayaannya. Dalam keadaan di mana dia tidak mempunyai alasan untuk mencurigai guni tersebut, hujahan bahawa dia seharusnya bertanya lebih lanjut tidak munasabah, selaras dengan prinsip yang ditetapkan dalam Ubaka v PP [1995] 1 SLR 267 dan Baharudeen Mohamed Yusoff Ghaney v PP [2013] 2 MLJ 425. [60] Maka, berdasarkan hujahan yang telah dikemukakan, pihak pembelaan dengan rendah diri memohon agar Mahkamah ini melepaskan dan membebaskan Tertuduh Kedua daripada pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Hujahan pihak Pendakwaan sewaktu kes pembelaan Hujahan (i): Doktrin ‘willful blindness’ adalah terpakai [61] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa pembelaan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan berpendapat bahawa doktrin ‘wilful blindness’ terpakai kerana kedua-dua tertuduh menerima guni-guni tersebut tanpa memeriksa isi kandungannya. Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua telah dimaklumkan oleh Tolib bahawa guni-guni tersebut mengandungi pakaian, mercun dan barang keperluan lain, namun mereka tidak mengambil sebarang langkah untuk membuka dan menyemak kandungannya sepanjang perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur sehinggalah mereka ditangkap. [62] Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Hla Win [1995] 2 SLR 424, di mana Mahkamah Singapura S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg menetapkan bahawa seseorang yang sengaja "menutup mata" terhadap kebenaran yang jelas boleh dianggap sebagai mengetahui perkara tersebut. Dalam kes Pendakwa Raya v. Herlina Purnama Sari [2016] 1 LNS 1855, Mahkamah Persekutuan Malaysia juga mengesahkan bahawa seseorang yang menerima barangan dalam keadaan yang sepatutnya menimbulkan syak perlu membuat siasatan lanjut. Sekiranya individu tersebut gagal berbuat demikian, maka doktrin ‘wilful blindness’ terpakai, dan mereka dianggap mengetahui kandungan sebenar barangan yang diterima. [63] Seterusnya, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa alasan Tertuduh Pertama untuk tidak membuka guni-guni atas dasar amanah adalah tidak munasabah kerana mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk berbuat demikian sepanjang perjalanan. Selain itu, keterangan SP3 yang merupakan anggota polis yang terlibat dalam serbuan adalah konsisten dan tidak tercabar. Pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan seorang saksi yang kredibel adalah mencukupi untuk membuktikan kes selaras dengan prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam kes Selvam a/l Arjunan v. PP [2012] 4 MLJ 755 dan PP v. Hassan Jafarpour [2019] MLJU 281. Dalam kes ini, walaupun anggota serbuan lain tidak dipanggil, keterangan SP3 tetap mencukupi kerana tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa beliau mempunyai motif untuk mereka-reka keterangan terhadap Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua. [64] Akhirnya, pihak pendakwaan menegaskan bahawa tindakan kedua-dua tertuduh yang tidak mengambil langkah untuk menyemak S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg kandungan guni-guni membolehkan inferens dibuat bahawa mereka mengetahui bahawa dadah terdapat dalam guni-guni tersebut. Oleh itu, pembelaan mereka tidak dapat menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Hujahan (ii): Pembelaan tertuduh-tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata [65] Pihak pendakwaan seterusnya berhujah bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua adalah sekadar penafian kosong (bare denial). Kedua-dua tertuduh menafikan sebarang pengetahuan mengenai kewujudan dadah dalam guni-guni yang ditemui, meskipun keterangan SP3 menunjukkan sebaliknya. [66] Penafian mereka turut meliputi kejadian pergelutan dengan pihak polis ketika tangkapan dibuat, sedangkan keterangan SP3 secara konsisten menyatakan bahawa kedua-dua tertuduh cuba melarikan diri, dalam keadaan terkejut dan agresif, sehingga terpaksa direbahkan. Begitu juga, Tertuduh Pertama dan Kedua menafikan bahawa SP3 ada membuka dan memeriksa guni-guni tersebut di hadapan mereka, meskipun keterangan SP3 disokong dengan bukti bergambar (ID41(3)). [67] Dalam keadaan ini, pendakwaan menegaskan bahawa pembelaan berbentuk penafian semata-mata adalah tidak mencukupi untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Prinsip ini telah ditegaskan dalam kes D.A. Duncan (supra), di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg penafian tanpa asas yang munasabah tidak boleh mengatasi keterangan pendakwaan yang kukuh. Prinsip yang sama turut dirujuk dalam kes Loo Ting Meng v PP [2014] 1 CLJ 188 dan Sia Pang Liong v PP [2011] 6 CLJ 759, yang memperjelaskan bahawa penafian kosong tidak mencukupi untuk membuktikan pembelaan. [68] Tambahan pula, jawapan oleh SD2 (iaitu Tertuduh Kedua sendiri) yang bersetuju bahawa penangkapan Tertuduh Pertama dan Kedua hanya boleh berlaku jika polis menemui dadah, secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka sebenarnya mengetahui kewujudan dadah dalam guni tersebut. Oleh itu, pembelaan yang dikemukakan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. Hujahan (iii): Butiran Tolib hanya dikemukakan di peringkat kes pembelaan [69] Berkenaan isu ini, pembelaan mengatakan bahawa guni-guni yang mengandungi dadah adalah milik seorang individu bernama Tolib hanya timbul di peringkat pembelaan. Identiti Tolib dikatakan juga dikenali sebagai Malik atau Abdul Mutalib, namun maklumat penuh mengenai individu ini tidak pernah dikemukakan kepada pihak polis semasa siasatan. Semakan terhadap telefon yang dirampas juga tidak menemui sebarang butiran mengenai Tolib. [70] Semasa perbicaraan, keterangan Pegawai Penyiasat menunjukkan bahawa tertuduh hanya menyebut nama Tolib tanpa memberikan maklumat lain yang boleh membantu siasatan. Malah, Tertuduh Kedua dalam pemeriksaan balas bersetuju bahawa dia hanya mengenali individu itu sebagai Tolib dan tidak pernah S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg menyebut nama Malik semasa siasatan. Kegagalan memberikan maklumat terperinci dan tepat tentang individu ini telah menyukarkan siasatan pihak polis. [71] Mahkamah Persekutuan dalam kes Teng Howe Sing v PP [2009] 3 MLJ 46 telah menegaskan bahawa kegagalan tertuduh untuk memberikan butiran penuh mengenai individu yang didakwa memiliki barang kes boleh menjejaskan kebolehpercayaan pembelaan. Prinsip ini turut dirujuk dalam kes Vijendran Balakrisnan v PP [2024] CLJU 1892 dan Lee Wai Ping v PP [2022] 1 LNS 337, di mana mahkamah menolak pembelaan yang bergantung kepada kewujudan pihak ketiga tanpa butiran yang mencukupi. [72] Dalam kes ini, pihak pendakwaan berhujah bahawa kemunculan nama Tolib, Malik, Abdul Mutalib atau Abdul Talib ditimbulkan pada peringkat pembelaan adalah satu fikiran kemudian (afterthought). Oleh itu, pembelaan ini wajar dinilai dengan berhati-hati kerana kegagalan tertuduh memberikan maklumat yang lengkap telah menyebabkan Tolib dan nama-nama tersebut kekal sebagai watak yang tidak wujud dalam siasatan polis. Hujahan (iv): Terdapat percanggahan yang material di dalam keterangan Tertuduh Pertama dan Kedua yang menjejaskan kredibiliti [73] Pihak pendakwaan berhujah bahawa terdapat percanggahan yang material dalam keterangan Tertuduh Pertama dan Kedua yang menjejaskan kredibiliti mereka serta melemahkan pembelaan S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg mereka. Percanggahan ini melibatkan tiga isu utama, iaitu lokasi guni dalam kenderaan, sama ada guni tersebut dipegang atau tidak, serta lokasi kedai di mana mereka berada sebelum ditangkap: • Keterangan Tertuduh Pertama menyatakan bahawa guni-guni diletakkan di atas kusyen belakang kenderaan atas arahan Tolib, manakala Tertuduh Kedua menyatakan bahawa guni-guni tersebut dialihkan dari belakang ke bahagian tertutup dalam kenderaan kerana hujan renyai. • Begitu juga, Tertuduh Pertama menafikan memegang guni itu, sedangkan Tertuduh Kedua mengakui membantu mengalihkan guni ke dalam kenderaan. • Percanggahan juga timbul mengenai lokasi mereka sebelum ditangkap, di mana Tertuduh Pertama menyatakan dia duduk di sebuah kedai yang masih beroperasi, manakala Tertuduh Kedua bersetuju bahawa mereka duduk di hadapan sebuah kedai yang telah ditutup. [74] Selain itu, keterangan Tertuduh Pertama bercanggah dengan keterangannya sendiri mengenai nama yang disimpan bagi nombor telefon Tolib. Ketika disoal balas oleh pihak pendakwaan, Tertuduh Pertama menyatakan bahawa nombor itu disimpan sebagai "Tolib", tetapi semasa disoal balas oleh peguambela Tertuduh Kedua, dia menyatakan bahawa nombor itu disimpan sebagai "Malik". [75] Menurut pihak pendakwaan, percanggahan ini menunjukkan bahawa keterangan Tertuduh Pertama dan Kedua tidak boleh dipercayai. Malah, keterangan Tertuduh Kedua bahawa mereka duduk di sebuah kedai yang telah ditutup adalah selari dengan S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg keterangan SP3 yang membuktikan bahawa SP3 adalah saksi yang jujur. Oleh itu, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa pembelaan tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Hujahan (v): Kegagalan pihak pendakwaan untuk mengarahkan SD4 menyiasat [76] Pihak pendakwaan berhujah bahawa kegagalan SD4 untuk menyiasat D42 dan D43 tidak memprejudiskan pembelaan Tertuduh Pertama. Ini kerana dokumen-dokumen tersebut tidak mengandungi sebarang butiran lengkap mengenai Abdul Mutalib. [77] SD4 sendiri mengakui bahawa ketiadaan maklumat penuh dan lengkap tentang Abdul Mutalib dalam D43 menghalang siasatan lanjut. Oleh itu, pihak pendakwaan menegaskan bahawa ketiadaan siasatan ke atas D42 dan D43 tidak memberi kesan kepada pembelaan Tertuduh Pertama kerana tertuduh sendiri yang gagal memberikan butiran penuh dan lengkap mengenai individu yang didakwa terlibat. Hujahan (vi): SD5 adalah saksi yang berkepentingan [78] Pihak pendakwaan berhujah bahawa SD5, kakak kepada Tertuduh Kedua, adalah saksi yang berkepentingan. SD5 dipanggil untuk mengemukakan dokumen D51(1-5), yang mengandungi gambar individu yang didakwa sebagai Tolib, bersama dengan nama penuh dan rumahnya. S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg [79] Walau bagaimanapun, semasa pemeriksaan balas, SD5 mengakui bahawa beliau tidak pernah melihat Tolib di rumah yang didakwa miliknya dan tidak dapat memastikan rumah tersebut benar-benar kepunyaan Tolib. SD5 juga bersetuju bahawa pagar rumah dalam gambar D51(4) adalah reka bentuk lazim di Kelantan. Ketika pemeriksaan semula, SD5 menyatakan beliau hanya mengenal pasti rumah itu melalui gambar yang dilihat di Facebook isteri Tolib. [80] Pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan SD5 harus dinilai dengan berhati-hati kerana ia hanya berdasarkan carian di Facebook serta maklumat tidak disahkan dari orang kampung. Tambahan pula, gambar-gambar D51(1-5) hanya muncul pada peringkat pembelaan, sedangkan maklumat sebegini sepatutnya dikemukakan lebih awal untuk membolehkan siasatan dilakukan terhadap individu yang dinamakan sebagai Tolib. [81] Sebagai kesimpulan, pihak pendakwaan menegaskan bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh-tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh itu, pendakwaan memohon agar kedua-dua tertuduh disabitkan seperti dalam pertuduhan. Analisis dan Dapatan Mahkamah [82] Dalam kes ini, Mahkamah perlu menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah terhadap pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg Analisis Kes Tertuduh Pertama [83] Pada pandangan Mahkamah, Tertuduh Pertama memainkan peranan yang aktif dalam pengendalian dan pengangkutan guni-guni yang didapati mengandungi dadah. Keterangan-keterangan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan menunjukkan bahawa beliau secara konsisten menerima dan mengendalikan barang-barang kes tersebut. Fakta bahawa guni-guni tersebut berada dalam keadaan dijahit rapat mengukuhkan hujahan bahawa Tertuduh Pertama telah menerima dan membawa dadah dengan pengetahuan yang wajar, lebih-lebih lagi apabila kuantiti yang mencapai 14,520.6 gram heroin dan 361.5 gram monoacetylmorphine. [84] Mahkamah juga perlu meneliti hujahan berkenaan doktrin "wilful blindness" dan pemakaian prinsip ini terhadap Tertuduh Pertama. Pada hemat Mahkamah, dari keterangan Tertuduh Pertama yang tidak memeriksa kandungan guni-guni tersebut, walaupun terdapat beberapa faktor yang jelas seharusnya menimbulkan kecurigaan, menunjukkan sikap sengaja menutup mata terhadap kebenaran. [85] Dalam kes ini, Tertuduh Pertama kononnya telahpun dimaklumkan oleh Tolib bahawa guni-guni tersebut mengandungi barang-barang seperti pakaian, mercun, dan keperluan lain, namun tidak ada usaha dipihak Tertuduh Pertama untuk menyemak kandungannya sepanjang perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Sebagai individu yang terlibat dalam pengangkutan barang tersebut dan dengan mengambil kira jumlah berat yang begitu tinggi dan agak mencurigakan, tindakan tidak memeriksa guni-guni tersebut S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg menampakkan unsur pengabaian yang sengaja terhadap kemungkinan adanya kandungan dadah. [86] Tambahan pula, kuantiti dadah yang begitu besar ditemui dalam kes ini jelas melebihi jumlah yang dibenarkan untuk kegunaan sendiri dan memberi implikasi yang kuat bahawa Tertuduh Pertama seharusnya menyedari bahawa guni tersebut mengandungi bahan yang tidak sah. Kesanggupan untuk menerima guni-guni tersebut tanpa sebarang pemeriksaan lanjut, walaupun ada peluang dan masa yang cukup sepanjang perjalanan, membuktikan bahawa Tertuduh Pertama sengaja memilih untuk tidak tahu akan kandungan sebenar, yang menjurus kepada kesimpulan bahawa dia terlibat dalam pengedaran dadah. [87] Keterangan saksi pendakwaan, terutamanya daripada SP3, turut memberikan sokongan yang kukuh terhadap kes pendakwaan. SP3 telah menyatakan dengan konsisten bahawa guni-guni tersebut ditemui dalam keadaan berjahit dan tanpa sebarang pemeriksaan menunjukkan bahawa Tertuduh Pertama tidak mengambil langkah proaktif untuk memastikan kandungan guni-guni tersebut. Walaupun terdapat kekurangan bukti seperti cap jari atau DNA yang boleh mengaitkan beliau secara langsung dengan dadah, keseluruhan keterangan fizikal dan dokumentar tetap kukuh dan meyakinkan. [88] Mahkamah juga merujuk kepada PSD1 iaitu Pernyataan Bertulis Tertuduh Pertama yang menimbulkan tandatanya Mahkamah diperenggan 11 dan 12 seperti berikut:- S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg “11. Tolib janjikan saya pembayaran upah sebanyak RM1000. Saya tidak ambil wang pendahuluan kerana saya percayakan Tolib dan telah beberapa kali berurus niaga dengan Tolib dan saya tahu dimana rumah Tolib. Tiada ada apa-apa dokumen saya keluarkan dan bayaran RM1000 saya akan minta setelah selesai penghantaran dibuat. Saya percaya saya tidak bawa barang yang salah sebab itu saya tidak minta wang upah terlebih dahulu dan saya juga meminta upah harga biasa kerana tidak tahu risiko yang saya ambil bawa barang salah. Tolib juga memberitahu saya barang adalah seperti biasa iaitu mercun dan bukan barang salah yang lain.
12
Tolib meminta saya untuk mengambil barang dirumah keluarga Tolib di Tanah Merah dimana ada orang yang temani saya telah tunggu disana. Tugas saya sebagai pemandu sahaja. Keesokkan harinya saya telah ke Tanah Merah dan saya nampak beberapa guni beras dimasukkan dalam kereta dan saya percaya guni itu mengandungi mercun. Tolib juga menyakinkan saya barang ini adalah mercun dan bukan barang salah mahupun dadah. Saya tidak buka dan tidak lihat isi kandungan dalam guni tersebut kerana percaya ia bukan barang salah sepertimana kata Tolib. Guni itu tidak saya usik mahupun pegang dan ia dalam keadaan berjahit sepertimana sewaktu dirampas oleh pihak polis.” [89] Dari perenggan di atas jelas menunjukkan bahawa perbualan di antara Tertuduh Pertama dan Tolib berkisar kepada bukan barang salah dan bukan barang salah mahupun dadah. Perbualan S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg seumpama ini menunjukkan terdapatnya pengetahuan di pihak Tertuduh Pertama tentang dadah tersebut. Mahkamah berpandangan jika benar Tertuduh Pertama merasakan bahawa dia was-was akan barang yang berada dalam guni-guni tersebut, sepatutnya sebagai orang yang munasabah dia akan meminta Tolib membuka guni-guni tersebut terutamanya guni-guni tersebut berada dalam keadaan berjahit. Tindakan tidak membuka guni-guni tersebut oleh Tertuduh Pertama untuk memuashatinya sebelum memasukkan guni-guni beras tersebut ke dalam kenderaan beliau membangkitkan persoalan sama ada benar Tertuduh Pertama tiada pengetahuan tentang dadah tersebut? [90] Kalau dirujuk kepada P19 iaitu Dokumen Kata-Kata Amaran Pegawai Serbuan yang ditandatangani oleh Kedua-dua Tertuduh, tiada dalam keterangan tersebut menyebut bahawa mereka membawa mercun. Bila ditanya oleh SP3 jawapan adalah seperti berikut:- S: Ada apa simpan dalam kereta itu? J: Ada barang S: Barang apa? J: Ado guni putih, tapi tok tau gapo. S: Boleh tunjuk kereta Hilux tu? J: Buleh. [91] Mahkamah juga ingin merujuk soal balas oleh Timbalan Pendakwaraya terhadap Tertuduh Pertama seperti berikut:- S: Kamu tak beritahu ada mercun sebab keterangan kamu bawa mercun adalah tidak betul, setuju? S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg J: Setuju [92] Secara keseluruhan, apabila menilai semua keterangan yang dikemukakan, terdapat alasan yang kukuh untuk mensabitkan Tertuduh Pertama atas kesalahan mengedar dadah di bawah seksyen 39B ADB. Inferens yang diperoleh daripada tindakan tidak memeriksa kandungan guni-guni tersebut serta bukti forensik dan dokumentar yang lengkap menyokong kes pendakwaan bahawa beliau telah menunjukkan unsur "wilful blindness" dan niat yang tersirat untuk terlibat dalam pengedaran. [93] Tertuduh Pertama juga membawa pembelaan bahawa alcontara notice telah wujud seawal Tertuduh Pertama ditahan. Sejak awal lagi Tertuduh Pertama telah menyatakan guni-guni tersebut adalah milik Tolib. Tolib ini dinyatakan mempunyai nama panggilan sebagai Malik dan Abdul Mutalib. Berdasarkan gambar D51(2) nama yang tertera adalah Abd Talib bin Abdullah. Namun nama Tolib dan nama samarannya sebagai Malik hanya timbul diperingkat kes pembelaan. Pembelaan menyatakan bahawa tiada siasatan dibuat oleh mana-mana pegawai penyiasat berhubung penama Tolib. SP4 ketika disoal balas oleh peguam menyatakan kedua-dua tertuduh hanya menyatakan nama Tolib sahaja dan tidak pernah mendengar nama Abd Mutalib. [94] Walaubagaimanapun, SP4 juga cuba mendapatkan maklumat lengkap dari kedua-dua Tertuduh tetapi tiada apa-apa butiran yang dikemukakan atau diberikan oleh kedua-dua Tertuduh berkenaan Tolib. SP4 juga menyatakan bahawa semakan terhadap telefon-S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg telefon yang dirampas juga tiada penama Tolib disimpan. Dalam report bertarikh 6.1.2023 (ekshibit D42) apa yang dinyatakan hanya nama Abdul Mutalib dan tiada sebarang butiran lengkap tentang Abdul Mutalib diberikan. Perlu juga diambilkira bahawa report D42 telah dibuat oleh Tertuduh Pertama hampir 3 tahun selepas kejadian berlaku dan isu ini hanya ditimbulkan sewaktu kes pembelaan. [95] Mahkamah merujuk kes Mahkamah Persekutuan Teng Howe Sing v Public Prosecutor [2009] 3MLJ 46, YAA Zulkefli HMP (ketika itu) membuat dapatan seperti berikut:- “ [32] Applying the principle in Badrulsham’s case to the facts of the instant case, the learned trial judge was correct to conclude that the appellant had two opportunities to provide information about “Ho Seng”, ie at the time of the arrest and five days later during recording of his cautioned statement but failed to do so. We are therefore of the view that in the circumstances, the appellant’s failure to provide relevant information about a “Ho Seng” for the police to carry out a thorough investigation into the probability ogf his defence, entitled the learned trial judge to disbelieve him.” [96] Mahkamah juga merujuk kepada kes Vijendran Balakrisnan v PP [2024] CLJU 1892 dimana YA Azman Abdullah HMR membuat dapatan seperti berikut:- “ [41] Berbalik kepada kes Perayu ini, pembelaan utama Perayu adalah berpaksikan kepada pernyataan bahawa segala barang-barang termasuk dadah yang ditemui didalam premis tersebut adalah kepunyaan “Ah Ee” . justeru Perayu pastinya S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg berusaha memastikan “Ah Ee” ini dapat dikesan oleh pihak polis, bagi melepaskan dirinya daripada pertuduhan. Namun, apa yang terjadi dalam kes ini, baik Perayu mahupun SD2 bersikap acuh tak acuh dan gagal memberikan walau satu pun butiran mengenai “Ah Ee” kepada pihak polis. Kegagalan Perayu memberikan butiran kepada Mahkamah hanya membawa kepada satu kesimpulan, bahawa kewujudan “Ah Ee” ini sebenarnya tidak dapat dibuktikan oleh Perayu.” [97] Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Tertuduh Pertama. Analisis Kes Tertuduh Kedua [98] Bagi Tertuduh Kedua, dia mengaku telah turut serta dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur bersama Tertuduh Pertama. Namun, sepanjang perjalanan yang panjang itu, tiadalah beliau mengambil langkah walau sekadar menjenguk atau memeriksa isi kandungan guni-guni tersebut. [99] Katanya, beliau percaya bahawa guni itu mengandungi barangan keperluan Hari Raya, konon atas kata-kata seorang lelaki bernama Tolib. Akan tetapi, tidaklah seorang yang waras menerima begitu sahaja pernyataan sedemikian tanpa memeriksanya. [100] Undang-undang adalah jelas bahawa seseorang yang sengaja memejamkan mata terhadap kebenaran, walhal dia ada sebab untuk S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg berwaspada, adalah dianggap sebagai telah mengetahui hakikat tersebut. Keengganan untuk tahu bukanlah alasan, bahkan itulah tanda niat bersubahat. Inilah yang dinamakan willful blindness yang diterima pakai dalam kes Hla Win (supra) dan Herlina Purnama Sari (supra). [101] Selain itu, Mahkamah ini juga mendapati tiada naratif dalam pembelaan Tertuduh Kedua yang bersifat kukuh dan konsisten. • Pertama, dia mendakwa hanya mengenali Tolib sehari sebelumnya, namun turut menyatakan bahawa beliau pernah ke rumah Tolib dan menyerahkan kereta kepadanya. Pada pandangan Mahkamah, bagaimanakah seseorang yang baru dikenali sehari boleh begitu mesra dipercayai sehingga dibawa ke rumah dan diberi tugasan membawa “barang-barang keperluan” ke Kuala Lumpur? Naratif ini tidak masuk akal jika diukur dengan akal manusia biasa. • Kedua, keterangannya tidak sejajar dengan keterangannya Tertuduh Pertama tentang kedudukan guni dalam kenderaan, kedai mana yang mereka duduk di hadapannya dan sama ada mereka memegang guni atau tidak. Jika keterangan mereka bercanggah antara satu sama lain, maka kemungkinan besar salah satu (atau kedua-duanya sekali) adalah rekaan semata-mata. [102] Dalam keadaan ini, bagaimanakah dapat diterima bahawa pembelaan Tertuduh Kedua itu suatu yang benar dan boleh dipercayai? Kebenaran itu tidak boleh bercanggah dengan dirinya (self-contradicting). Sesuatu pembelaan itu yang boleh dipercayai S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg mestilah kukuh dari 2 aspek: pertama, ia hendaklah konsisten di dalam dirinya sendiri, dan kedua, ia hendaklah serasi dengan keterangan-keterangan lain yang dibawa ke Mahkamah. Akan tetapi, cerita Tertuduh Kedua gagal memenuhi kedua-dua syarat ini. [103] Selanjutnya, Tertuduh Kedua ada mendakwa dibayar RM200 kerana menemani perjalanan ke Kuala Lumpur. Namun, upah itu sangat kecil untuk bebanan kerja yang besar, iaitu perjalanan jauh sambil membawa barang yang berat dan tidak diketahui kandungan sebenarnya. Tambahan pula, beliau tiada lesen memandu dan tidak kenal Kuala Lumpur. Maka, wajarkah seorang seperti ini dipercayakan dengan tugas sedemikian rupa, melainkan memang ia telah dirancang agar kelihatan seolah-olah naif? [104] Mahkamah berpendapat pembelaan Tertuduh Kedua bahawa dia sekadar “menemani” dan “tidak tahu apa-apa” adalah rekaan semata-mata. Kesemua ini menunjukkan bahawa cerita ini bukan pembelaan tulen, tetapi satu rekaan yang dirancang untuk memberi gambaran seolah-olah Tertuduh Kedua hanyalah ‘pengikut yang tidak tahu’. Akan tetapi, seseorang yang waras tidak akan menurut suruhan membawa guni berat tanpa memastikan apa isinya, melainkan memang dia telah memilih untuk menutup matanya. [105] Berkenaan watak Tolib, atau Malik, atau Abdul Mutalib atau apa sahaja namanya, dia hanya muncul semasa kes pembelaan. Dalam siasatan awal, tiada sebarang butiran yang lengkap, jelas atau munasabah diberikan kepada polis. Pegawai Penyiasat juga S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg mengesahkan bahawa nombor telefon Tolib pun tidak disahkan atau disusuli dengan maklumat tambahan. [106] Yang lebih menghairankan, pembelaan cuba membawa saksi SD5, iaitu kakak sendiri, yang menyatakan bahawa rumah Tolib dikenali berdasarkan gambar dari Facebook. Mahkamah mendapati hujahan sebegini adalah tidak kukuh dan tidak berlandaskan fakta yang sahih. Mahkamah tidak boleh menerima carian Facebook dan cakap-cakap orang sebagai suatu yang mampu menimbulkan keraguan munasabah. [107] Mahkamah juga berpendapat bahawa bukankah lebih masuk akal jika maklumat tentang individu sepenting ini diberi seawal mungkin? Hakikat bahawa watak Tolib ini hanya timbul terkemudian menimbulkan anggapan kuat bahawa ia hanyalah satu afterthought. [108] Di sebaliknya, Mahkamah juga mendapati Pegawai polis yang menangkap (SP3) tertuduh-tertuduh pada waktu kejadian telah memberikan keterangan yang konsisten dan tidak digugat dalam pemeriksaan balas. Tiada alasan untuk percaya bahawa beliau berbohong. Bahkan, SP3 menyatakan dengan terang bahawa kedua-dua tertuduh bertindak secara agresif sewaktu ditahan. [109] Maka, setelah mempertimbangkan semua keterangan serta hujahan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dibawa oleh Tertuduh Kedua tidak cukup untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Pembelaan yang baik seharusnya boleh berdiri dengan sendirinya, iaitu jelas dan logik. S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg Akan tetapi, pembelaan Tertuduh Kedua dalam kes ini bergantung sepenuhnya pada watak yang samar, naratif yang tidak konsisten dan keengganan untuk mengambil tahu. Maka tiadalah sebarang keraguan munasabah yang timbul dalam kes ini. Kesimpulan [110] Mahkamah mendapati pembelaan yang dibawa oleh kedua-dua Tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [111] Berdasarkan analisis di atas, Mahkamah mendapati bahawa terdapat asas kukuh untuk mensabitkan Tertuduh Pertama dan Kedua atas pertuduhan pindaan pertama dan kedua di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. [112] Setelah mendengar pihak-pihak berhujah mengenai faktor pemberatan dan peringanan hukuman terhadap tertuduh-tertuduh dan selepas mengambilkira mitigasi yang dibuat oleh tertuduh-tertuduh sendiri, Mahkamah mengenakan hukuman seperti berikut:
a
Bagi Tertuduh Pertama
i
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga puluh
30
tahun bermula dari tarikh tangkap iaitu 1.3.2020 bagi kedua-dua pertuduhan pindaan; dan
II
(ii) Hukuman pemenjaraan berjalan serentak bagi kedua-dua pertuduhan pindaan; [Tertuduh Pertama dikecualikan hukuman sebatan disebabkan faktor umur melebihi 50 S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg tahun seperti peruntukan di bawah Akta ADB.]
b
Bagi Tertuduh Kedua
i
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga puluh
30
tahun bermula dari tarikh tangkap iaitu 1.3.2020 dan dua belas (12) kali sebatan bagi kedua-dua pertuduhan pindaan;
II
(ii) Hukuman pemenjaraan berjalan serentak bagi kedua-dua pertuduhan pindaan; dan
III
(iii) Hukuman sebatan hendaklah berjalan berasingan bagi kedua-dua pertuduhan pindaan. Bertarikh 13 Julai 2025 …………………t.t…………........... LATIFAH HJ MOHD TAHAR HAKIM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg Timbalan Pendakwa Raya: YM Puan Tengku Intan Suraya binti Tengku Ismail Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor Level 11-13 Corporate Tower Ideal Convention (IDCC) Shah Alam Jalan Pahat 15/L Seksyen 15 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Peguam Tertuduh Pertama: Puan Nur Aida Binti Md Zainuddin Tetuan Aida Zainuddin & Co Peguam Bela & Peguam Cara No. 23A Jalan Bayu Tinggi 1A, Taman Batu Unjur, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. Peguam Tertuduh Kedua: Encik Farhan Read Tetuan Read & Co. Peguam Bela & Peguam Cara B-13a-2 Vista Kiara Jalan Kiara 3 50480 Kuala Lumpur. S/N h2763C7Rc0ai6qw0aJbPxg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.