Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO:
BA-45-22-02/2022
High Court of Malaysia6 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“cutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property. Once po”
“kan di dalam keputusan kes tersebut yang mana YAA Abdul Hamid (LP) memutuskan: “(3) The defence of personal consumption is available to a person accused of trafficking in dangerous drugs under the Dangerous Drugs Act but whether it will succeed would depend on the facts of the case.” [50] Di dalam kes Cohen Lorraine Ph”
“mething in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained”
“i bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. "The inadmissibility of the information supplied by the appellant does not affect the admissibility of the evidence of her subsequent conduct under s.8 of the Evidence Act 1950 irrespective of s.27. As Chinnapa Reddy J in Prakash Chand v State AIR 1979 SC 400 at pg 404: **Note :”
“nted out by Gordon-Smith Ag. C.J. in the case of Toh Ah Loh and **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 Mak Thim v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] MLJ 54, supra, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If th”
“] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg [1955] 1 LNS 53; [1956] MLJ 28: '... It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be excl”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO:
1
OKT di dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan BA-45A-31-2/2022 Bahawa kamu pada 18.5.2020 jam lebih kurang 12.50 tengah hari bertempat di No. 1012, Jalan 18, Kampung Baru Ampang, 68000 Ampang, di dalam Negeri Selangor, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 423.29 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan. Pertuduhan BA-45-22-2/2022 Bahawa kamu pada 18.5.2020 jam lebih kurang 12.50 tengah hari bertempat di No. 1012, Jalan 18, Kampung Baru Ampang, 68000 Ampang, di dalam Negeri Selangor, telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis Ketamine berat bersih 26.2gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama Hukuman: Denda tidak lebih RM 100,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali
2
OKT tidak mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa Mandarin dan mohon dibicarakan.
3
Pada 16 Jan 2025, berasaskan penilaian maksima ke atas keterangan saksi-saksi pendakwaan, eksibit-eksibit yang dikemukakan dan juga kredibiliti saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie ke atas OKT. Dengan itu, OKT diperintahkan untuk membela diri terhadap kesemua pertuduhan. OKT membuat pilihan kedua memberi keterangan tidak bersumpah dari kendang tertuduh.
4
Pada 6.3.2025, di akhir pembelaan, Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan mengenai pengedaran dadah berbahaya dan mensabitkan OKT atas kesemua pertuduhan.
5
Terkilan dengan keputusan Mahkamah ini, OKT telah memfailkan notis rayuan bertarikh 12 Mac 2025.
6
Berikut adalah alasan lengkap Mahkamah ini.
7
Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT iaitu seperti berikut: SP1 Insp Muhd Izuan bin Razali (Pegawai Serbuan) SP2 Jurustor SP3 Tai Siew Len (Ibu OKT/Pemilik rumah) SP4 Wong Lai Hong (Ahli Kimia DNA) SP5 Dr. Nur Nazihah bt Md Shahari (Ahli Kimia Dadah SP6 Insp Mohamad Khairie Ridhwan bin Azmi (Pegawai Penyiasat)
8
Pada 25.8.2020, jam lebih kurang 12.50 tengah hari, pengadu bersama anggota serbuan telah membuat serbuan di sebuah rumah 4 beralamat No. 1012, Jalan 18, Kampung Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor.
9
Sampai di tempat kejadian pengadu mendapati pintu gril tutup berkunci manakala pintu masuk dalam keadaan terbuka. Pengadu telah memperkenalkan diri kepada seorang perempuan Cina (ibu OKT) yang berada di ruang tamu rumah tersebut dan mengarahkan wanita tersebut untuk membuka gril tersebut.
10
Setelah pintu gril dibuka, pengadu dan anggota serbuan telah masuk ke rumah tersebut dan terus ke bilik ketiga rumah itu. Pengadu mendapati OKT sedang cuba untuk melarikan diri dengan memanjat dinding papan di bilik tersebut.
11
OKT telah berjaya ditahan oleh anggota serbuan. Pemeriksaan dalam bilik tersebut telah menjumpai 1 kotak plastic bertutup berpelekat TESCO yang berada di atas tempat tidur dalam bilik tersebut. Hasil pemeriksaan dalam kotak tersebut pengadu telah menjumpai: a) 1 kotak bertulis Tai Fong Cordyceps Plus Essence dan di dalamnya terdapat 1 bungkus plastik Guanyinwang Refined Chinese Tea dan terdapat 6 bungkus plastik yang mengandungi bahan disyaki dadah Syabu anggaran berat 589.5 gram) b) 1 kotak hitam berzip jenama IDEAL yang mengandungi: i) 1 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah Ketamine (a/b: 36.3 gram) 5 ii) 1 paket plastik lutsinar berisi bahan dadah disyaki Syabu (a/b: 1.05 gram) iii) 1 paket plastik lutsinar berisi 1 biji pil disyaki dadah pil ecstasy (a/b: 0.4 gram) c) 1 helai seluar jeans panjang jenama Levis 501 d) 1 helai T-shirt jenama Supreme e) 1 helai T-shirt berkolar jenama PDI f) 1 helai T-shirt jenama Vigour
12
Pengadu telah menahan OKT dan kesemua barang kes yang dirampas telah dibawa balik ke IPD Ampang untuk tindakan lanjut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat.
13
Barang kes dadah yang dirampas telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh ahli kimia (SP3). Hasil analisa barang kes dadah adalah sepertimana pertuduhan-pertuduhan yang dihadapkan ke atas OKT.
14
Kesemua barang kes telah dicamkan oleh saksi-saksi pendakwaan. Rantaian keterangan serta rantaian barang kes tidak pernah terputus. INTIPATI PERTUDUHAN YANG PERLU DIBUKTIKAN ELEMEN PERTAMA: IDENTITI DADAH [15] Dalam kes ini, tidak dinafikan bahawa dadah-dadah yang dirampas oleh SP5 adalah dadah berbahaya. Merujuk kepada kes Gunalan Ramachandran & Ors V. Public Prosecutor [2004] 4 CLJ 551; [2004] 4 MLJ 489; [2004] 6 AMR 189 yang mana telah diputuskan seperti berikut: "[41] First, by way of a general observation, I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is the substance that was recovered that was sent to the chemist for analysis and it is that same substance that is found to be heroin or cannabis etc., and it is in respect of that substance that an accused is charged with trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handing over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case falls. There should be no confusion between what has to be proved and the method of proving it. What has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc, and it is for the trafficking of that same substance that the accused is charged with.
16
Barang rampasan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh SP3 dan hasil analisa adalah sebagaimana yang terkandung dalam laporan kimia nombor makmal 20-FR-B-16548 (P28).
17
Keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Tarmizi Bin Yaacob Dan Satu Lagi V. PP [2006] 4 CLJ 472; [2006] 6 Mlj 197 dirujuk yang mana Mahkamah memutuskan: "Bagi maksud itu, Mahkamah perbicaraan seperti juga Mahkamah ini seharusnya mengambil pendekatan yang disarankan oleh Mahkamah Agong dalam kes Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 MLJ 492 (diikuti) yang diikuti dalam kes PP v. Lam San v [1991] 1 CLJ Rep 391; [1991] 3 MLJ 426 (diikuti) dalam menangani keterangan ahli kimia. Panduan pertama yang ditetapkan dalam kes-kes itu ialah supaya Mahkamah pebicaraan menerima prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. Keduanya, selagi keterangan itu boleh dipercayai ahli kimia tidak perlu menunjukkan secara terperinci apa yang dibuat di dalam makmalnya."
18
Mahkamah ini berpuas hati bahawa elemen pertama telah dipenuhi. ELEMEN KEDUA: OKT MEMPUNYAI KAWALAN, JAGAAN DAN MILIKAN TERHADAP DADAH YANG DIRAMPAS
19
Merujuk kepada kes Chan Pean Leon V. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237 yang telah memutuskan seperti berikut: "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edition, page 304):- "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property. Once possession is proved then before the accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was pointed out by Gordon-Smith Ag. C.J. in the case of Toh Ah Loh and Mak Thim v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] MLJ 54, supra, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh's case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as in Lee's case, it was a lottery document it must be proved that he knew it was a lottery document. Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused's behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say "he must have known what it was" or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence."
20
Nas undang-undang adalah jelas bahawa milikan terhadap dadah tidak semestinya bersifat eksklusif. Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendakwa Raya V. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 FC; [2009] 2 MLJ 194; [2008] 3 MLRA 116; [2009] 2 AMR 757 telah memutuskan bahawa: "[17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg [1955] 1 LNS 53; [1956] MLJ 28: '... It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or 10 possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.' Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions".
21
Dalam kes yang dibicarakan ini, keterangan berkenaan pemilikan dadah tersebut oleh OKT adalah berdasarkan kepada keterangan SP1 dan SP3.
22
SP1 menyatakan bahawa semasa serbuan dijalankan di tempat kejadian, SP1 dan anggota serbuan telah membuat pemerhatian selama lebih kurang 10 minit di tempat kejadian iaitu sebuah rumah yang didiami oleh OKT dan ibunya, SP3.
23
Berdasarkan pemerhatian SP1 pada ketika itu, tiada pergerakan keluar masuk dari dalam dan luar rumah tersebut. Seterusnya, SP1 mendapati bahawa pintu pagar dalam keadaan bertutup tetapi tidak berkunci, pintu gril bertutup dan berkunci manakala pintu hadapan dalam keadaan terbuka.
24
SP1 telah masuk ke rumah tersebut melalui pintu pagar hadapan. Disebabkan SP1 mendapati bahawa pintu gril dalam keadaan berkunci, SP1 telah melihat SP3 yang pada masa tersebut sedang duduk di ruang tamu rumah. SP1 telah memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta SP3 untuk membuka pintu gril tersebut. Selepas 11 pintu gril dibuka, SP1 dan anggota serbuan terus ke bilik ketiga dalam rumah tersebut. Pintu bilik tersebut tertutup tetapi tidak berkunci. Maka, SP1 dan anggota serbuan terus masuk ke bilik tersebut dan mendapati bahawa OKT sedang memanjat dinding bilik tersebut.
25
SP1 lantas mengarahkan OKT untuk turun dari dinding tersebut dan menahan OKT. Pemeriksaan dalam bilik tersebut telah menjumpai 1 kotak plastik bertutup berpelekat TESCO (P9) dan di dalam P9 mengandungi 1 kotak bertulis Tai Fong Cordyceps Plus Essence (P14) dan di dalam P14 terdapat 1 bungkus plastik Guanyinwang Refined Chinese Tea (P14(1)). Dalam P14(1) pula terdapat 6 bungkus plastik (P14 (1)(A – F)) yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine.
26
Selain itu, SP1 juga telah menjumpai 1 kotak hitam berzip jenama IDEAL (P15) dan dalam P15 mengandungi 1 paket plastik (P11(1)) yang mengandungi dadah berbahaya jenis Ketamine. Dalam P15 juga terdapat 1 paket plastik (P12(1)) yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan 1 paket plastik (P13(1)) yang mengandungi dadah berbahaya jenis 3,4 methlynedioxymethamphetamine (MDMA).
27
Keterangan daripada SP3 mengesahkan bahawa bilik ketiga di rumah tersebut di mana tempat dadah dijumpai adalah bilik OKT. Semasa kejadian serbuan berlaku, SP3 menyatakan yang beliau 12 ada di rumah tersebut dan OKT berada dalam bilik ketiga itu namun SP3 tidak pasti apa yang sedang dilakukan oleh OKT.
28
SP3 sahkan bahawa OKT hanya akan duduk di biliknya seharian dan hanya akan keluar ke ruang makan apabila tiba waktu makan. SP3 tidak pernah masuk ke dalam bilik tersebut kerana OKT sentiasa mengunci biliknya dan berada di biliknya sepanjang hari.
29
Oleh hal yang demikian, keterangan SP3 membuktikan bahawa hanya OKT sahaja yang mempunyai akses sepenuhnya terhadap bilik tersebut. Bilik itu digunakan sepenuhnya oleh OKT dan SP3 sendiri tidak pernah masuk ke dalam bilik tersebut kerana sentiasa dikunci oleh OKT.
30
Tambahan pula, berdasarkan keterangan SP4, melalui penemuan pakaian dalam P9 juga telah menunjukkan bahawa terdapat DNA OKT pada P17(1) dan P18(1). Hal ini menunjukkan bahawa OKT mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap dadah-dadah yang dijumpai dalam bilik tersebut.
31
Mahkamah ini berpuas hati elemen kedua telah dipenuhi.
32
Pihak pendakwaan merujuk kepada kes prosecution refers to the case of PP v Parlan Dadeh [2009] 1 CLJ 717 where the Court held: "Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case by case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had necessary knowledge...”
33
Dalam kes yang dibicarakan ini, terdapat dadah-dadah yang dijumpai adalah dalam keadaan terbuka yang boleh dilihat dengan mata kasar dan dalam kuantiti yang sangat banyak. Maka, adalah mustahil untuk menyatakan bahawa OKT tidak mengetahui berkenaan dadah-dadah yang terdapat dalam rumah tersebut.
34
Tambahan pula, keterangan SP1 menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbuatan OKT yang terjumlah kepada keterangan yang relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 untuk memberi inferen bahawa OKT tahu berkenaan dadah-dadah yang terdapat dalam biliknya.
35
Pihak pendakwaan merujuk kes Amathevelli A/P P Ramasamy v PP [2009] 2 MLJ 367 yang mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan bahawa perbuatan OKT yang menunjukkan dan membawa pihak polis kepada terjumpanya barang kes adalah relevan dan boleh diterima di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. "The inadmissibility of the information supplied by the appellant does not affect the admissibility of the evidence of her subsequent conduct under s.8 of the Evidence Act 1950 irrespective of s.27. As Chinnapa Reddy J in Prakash Chand v State AIR 1979 SC 400 at pg 404: The evidence of the circumstances, simpliciter, that an accused person led a police officer and pointed out the place where stolen articles or weapon which might have been used in the commission of the offence were found hidden, would be admissible as conduct, under s.8 of the Evidence Act, irrespective of whether any statement by the accused contemporaneously will or antecedent to such conduct falls within the purview of s.27 of the Evidence Act (vide Himachal Pradesh Administration v Om Prakash AIR 1972 SC 975)."
36
Dalam kes yang dibicarakan ini, punca utama SP1 dan anggota serbuan terus ke bilik ketiga iaitu bilik OKT selepas masuk ke rumah tersebut adalah kerana terdapat bunyi bising dari bilik tersebut.
37
Kemudian, apabila SP1 masuk ke bilik tersebut, SP1 mendapati bahawa OKT sedang memanjat dinding dalam bilik tersebut. OKT cuba untuk melarikan diri dan pergi ke sebalik dinding tersebut yang merupakan bilik stor dalam rumah tersebut. Malah, OKT juga kelihatan cemas dan kelam kabut apabila diarahkan untuk turun dari dinding tersebut.
38
Inferens yang boleh dibuat berdasarkan keterangan SP1 adalah OKT tahu yang pada masa tersebut polis sedang membuat serbuan di rumah tersebut membuatkan OKT berusaha untuk melarikan diri maka sebab itulah SP1 mendengar bunyi bising datang dari arah bilik tersebut. Dan apabila SP1 sampai di bilik tersebut, ternyata OKT sedang memanjat dinding untuk ke bilik stor di sebelah biliknya. Selain itu juga, terdapat pakaian OKT sendiri yang ditemui dalam bekas yang sama yang mana dadah ditemui.
39
Oleh hal yang demikian, OKT sebenarnya tahu berkenaan dadah-dadah yang terdapat dalam P9.
40
Pihak pendakwaan berhujah bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa OKT mempunyai milikan dan pengetahuan sebenar terhadap dadah yang dimiliki dalam bilik tersebut. Oleh hal yang demikian bagi elemen mengedar, pihak pendakwaan mengguna pakai anggapan undang-undang di bawah seksyen 37(da)(iiia) Akta bagi berat bersih dadah yang dijumpai untuk menunjukkan OKT memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran. Maka, disebabkan berat bersih dadah yang dijumpai bersama OKT adalah 423.29gram Methamphetamine iaitu 8 kali ganda dari berat statuori undang-undang dalam Akta menunjukkan bahawa tujuan OKT memiliki dadah tersebut untuk tujuan pengedaran. ISU-ISU YANG DIPERTIKAIKAN [41] Dadah yang dimiliki oleh OKT adalah untuk kegunaan sendiri. Sejak peringkat awal lagi pihak pembelaan cuba membangkitkan pembelaan bahawa dadah yang dimiliki tersebut adalah untuk kegunaan OKT sendiri bagi mangakas anggapan statuori pengedaran yang digunakan oleh pihak pendakwaan.
42
Pihak pembelaan juga merujuk kepada kes Cohen Lorraine Philis & Anor V Public Prosecutor And Another Appeal [1989] 3 Mlj 289 untuk menyatakan bahawa dadah yang dijumpai dengan OKT dalam kes yang dibicarakan ini adalah bertujuan untuk penggunaannya sendiri dan bukan untuk tujuan pengedaran.
43
Kes tersebut menyatakan bahawa pembelaan untuk kegunaan sendiri tersebut boleh dipakai sekiranya melibatkan kes pengedaran di bawah seksyen 39B Akta namun pemakaian pembelaan tersebut mestilah tergantung kepada fakta dan keadaan sesuatu kes begitu juga pembuktikan yang boleh dibuktikan. Dalam kes yang dirujuk oleh peguam bela ini, Mahkamah memtuskan bahawa tertuduh dalam kes tersebut hanyalah mempunyai milikan dan bukan pengedaran adalah kerana terdapat kesan suntikan yang banyak di bahagian lengan dan peha tertuduh di samping pihak pembelaan dalam kes tersebut telah memanggil SD4 iaitu doctor psikiatrik yang merawat ketagihan tertuduh semasa di Australia. Walau bagaimanapun, sebelum penghakiman kes itu dimuktamadkan, Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: We would however immediately add that we do indeed appreciate that the quantity of heroin found on the person of Cohen Lorraine Philis was not inconsiderable but we have substituted a conviction for possession under s. 39A of the Act only in the wholly exceptional circumstances of this case for the reasons we have given in respect of the learned judge’s consideration of the matter and in the light of the appellant’s sordid history of addiction and background borne out by the medical evidence adduced. We would therefore like to make it very clear that our decision here rests wholly on the particular circumstances of this particular case and must be takes as a license for the general contention of personal consumption irrespective of the quantity of drugs involved.
44
Jumlah berat bersih dadah yang 8 kali ganda dari berat statutori yang ditetapkan di bawah Akta dan dadah yang dipaketkan dalam 6 paket yang sama saiznya menunjukkan bahawa dadah tersebut 17 bukanlah untuk kegunaan OKT sendiri. Dadah yang dijumpai dalam peket-peket kecil jelas adalah bertujuan untuk pengedaran.
45
Pihak pembelaan tidak mempertikaikan elemen berkaitan identiti dadah barang kes yang merupakan dadah berbahaya di bawah
Schedule
Jadual Pertama ADB 1952. Berhubung dengan elemen milikan juga tidak dipertikaikan. Apa yang dipertikaikan oleh peguambela ialah berhubung elemen pengedaran. [46] Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang bijaksana menghujahkan bahawa anggapan di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB 1952 terpakai memandangkan berat bersih dadah yang dijumpai bersama OKT adalah 423.29gram Methamphetamine iaitu 8 kali ganda daripada berat statutori di bawah ADB 1952. [47] Persoalannya sama ada OKT berjaya dapat mematahkan anggapan pengedaran di bawah peruntukan tersebut. Menurut hujahan peguambela, dadah barang kes adalah digunakan untuk kegunaan OKT. Peguambela merujuk kepada keterangan SP3 (ibu OKT). Namun begitu, keterangan SP3 tidak dapat menyakinkan Mahkamah ini bahawa kuantiti dadah yang banyak adalah untuk kegunaan peribadi OKT yang digunakan bersama kawan-kawan OKT. Tambahan pula, hanya OKT dan SP3 yang berada di tempat kejadian semasa OKT ditangkap. [48] Peguambela merujuk kepada keputusan Mahkamah Agong di dalam kes Cohen Lorraine Philis & Anor v PP and another appeal [1989] 3 MLJ 289 untuk menyokong hujahannya. Setelah meneliti keputusan tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa fakta kes tersebut dapat dibezakan dengan kes di hadapan Mahkamah. [49] Pembelaan bahawa dadah yang banyak adalah untuk kegunaan sendiri adalah bergantung kepada fakta sesuatu kes sepertimana yang ditekankan di dalam keputusan kes tersebut yang mana YAA Abdul Hamid (LP) memutuskan: “(3) The defence of personal consumption is available to a person accused of trafficking in dangerous drugs under the Dangerous Drugs Act but whether it will succeed would depend on the facts of the case.” [50] Di dalam kes Cohen Lorraine Philis & Anor (supra), Mahkamah Agong telah mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa perayu bersalah dan mensabitkan perayu dengan pertuduhan keatasnya. Mahkamah Agong telah memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah gagal mempertimbangkan keterangan dan bukti yang kukuh mengenai ketagihan perayu yang juga disokong oleh laporan perubatan. [51] Namun begitu, pada peringkat ini, pembelaan OKT hanyalah dadah dalam kuantiti yang banyak adalah kegunaan peribadi tanpa apa-apa bukti sokongan atau keterangan. [52] Secara kesimpulannya, Mahkamah ini berasaskan kepada penilaian maksima keterangan saksi pendakwaan dan bukti yang dikemukakan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie ke atas OKT. Elemen-elemen berikut telah berjaya dibuktikan- (a) Dadah barang kes adalah “methamphetamine” seberat 423.29gram sepertimana dapatan ahli kimia (SP3) dan laporan kimia (eksibit “P28). (b) Rantaian keterangan barang kes dadah adalah utuh dan tidak terputus. (c) OKT mempunyai milikan fizikal ke atas dadah tersebut. (d) Berdasarkan berat dadah yang dirampas, anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB 1952 terpakai terhadap OKT. [53] Dengan demikian, OKT dipanggil untuk membela diri atas kesemua pertuduhan terhadapnya. PEMBELAAN OKT [54] OKT telah membuat pilihan kedua untuk memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh. OKT telah menyediakan kenyataan bertulis melalui peguambelanya yang telah diterjemahkan oleh Jurubahasa Mahkamah ke dalam Bahasa Mandarin dan disahkan oleh OKT dan ditandakan sebagai WSD1. [55] Berdasarkan kepada prinsip undang-undang yang mantap, walaupun OKT telah membuat pilihan kedua yang mana OKT tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas dan juga tidak disoal oleh Mahkamah, Mahkamah masih perlu membuat analisa secara keseluruhan kes ini berasaskan kepada WSD1 dan menilai sama ada keterangan OKT melalui WSD1 disokong oleh keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan. [56] Prinsip undang-undang mantap tersebut adalah sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Anor Appeal [2015] 2 CLJ 145, yang mana antara keputusan diberikan Mahkamah Persekutuan adalah berkaitan kenyataan tidak bersumpah yang mana YAA Ariffin Zakaria (KHN) telah manyatakan seperti berikut: [204] We hold that the Court of Appeal had adopted the right principle in assessing the appellant’s statement from the dock. As such we find no merit on the appellant’s complaint that the Court of Appeal had seriously misdirected itself in making adverse comments on the appellant’s decision to give his statement from the dock. While it is true that it is within the appellant’s right to give a statement from the dock, that statement must however amount to a credible defence. A mere denial does not amount to a credible defence. We hold that the defence of political conspiracy remains a mere allegation unsubstantiated by any credible evidence. (penekanan diberikan) [57] Bersandarkan kepada prinsip undang-undang yang mantap di atas, persoalannya ialah sama ada pembelaan OKT sepertimana di dalam WSD1 merupakan pembelaan yang boleh dipercayai dan ini bergantung kepada keadaan tertentu sesuatu case/depend upon the particular circumstances of each case. Rujuk keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Chow Kok Keong v PP [1998] 2 MLJ 337 yang mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: “(2) In considering and rejecting the defence of the Appellant, the Judge had relied on the definition of trafficking in s 2 of the Act. The Judge appears to have overlooked the decision that in a prosecution for trafficking in dangerous drugs, a defence of self-consumption might be available even where the quantity of drugs involved was in excess of the statutory minimum prescribed under s 37(da) of the Act, but whether it could succeed would depend upon the particular circumstances of each case.” (penekanan diberikan) [58] Peguambela menghujahkan bahawa pembelaan OKT boleh dipercayai kerana ia disokong oleh keterangan SP6 dan juga dokumen rakaman percakapan OKT yang ditandakan sebagai eksibit D40 melalui SP6. [59] Walau bagaimanapun, apabila Mahkamah meneliti keterangan SP6, adalah jelas bahawa SP6 semasa pemeriksaan semula menyatakan bahawa tidak ada rekod lampau yang menunjukkan OKT pernah disabitkan dengan kesalahan menagih dadah. Oleh itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa pembelaan OKT bahawa OKT adalah seorang penagih tegar tidak dapat diterima Mahkamah. [60] Selain itu, peguambela menghujahkan bahawa berdasarkan kepada sumber dalam talian (online), berat dadah dalam kes ini adalah untuk kegunaan peribadi OKT dan empat orang kawannya. (sumber dalam talian tersebut tidak dilampirkan bersama hujahan peguambela ketika keputusan ini diberikan). [61] Berhubung dengan 3 atau 4 orang kawan OKT yang dikatakan datang 4 kali seminggu untuk menghisap dadah sepertimana perenggan 4(ii) WSD1, Mahkamah ini mendapati bahawa kenyataan tersebut jelas tidak disokong oleh mana-mana saksi pendakwaan. [62] Tambahan pula keterangan SP3 (ibu OKT) juga tidak membantu untuk menyokong pembelaan OKT kerana SP3 sendiri tidak pernah melihat OKT menghisap dadah. Ini kan pula menghisap dadah bersama kawan-kawan OKT seperti yang dikatakan oleh OKT. KESIMPULAN [63] Sehubungan itu, berdasarkan analisa secara keseluruhan kes ini, Mahkamah berpandangan bahawa pembelaan OKT hanya bersifat penafian semata-mata. [64] Mahkamah mensabitkan OKT seperti berikut: (a) Bagi pertuduhan sepertimana eksibit P4, OKT didapati bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (b) Bagi pertuduhan sepertimana eksibit P5 dan P6, OKT didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952. MITIGASI ATAS PERTUDUHAN PENGEDARAN DADAH BERBAHAYA [65] Berdasarkan kepada hujahan bertulis, peguamela OKT menyatakan bahawa OKT berumur 46 tahun. Mitigasi OKT ialah ibu OKT berumur 75 tahun dan menghadapi masalah kesihatan berpanjangan seperti diabetes. Ibu OKT bergantung kepada OKT. OKT mempunyai 4 orang kakak dan seorang adik perempuan yang mana kesemuanya telah berkahwin. Peguambela memohon hukuman penjara. [66] Pihak Pendakwa Raya menghujahkan kepentingan awam dan kebanjiran kes-kes seperti ini dan terutamanya dadah adalah musuh negara yang membawa keburukan kepada Masyarakat. TPR mohon hukuman gantung dijatuhkan. [67] Setelah mempertimbangkan mitigasi OKT untuk pertuduhan eksibit P4 dan berdasarkan kepada Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, hukuman gantung sampai mati bukanlah hukuman mandatori. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan selama 30 tahun dan tidak kurang 12 sebatan. Berdasarkan mitigasi OKT dan faktor pemberat oleh TPR, Mahkamah memutuskan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh ditangkap dan 12 sebatan. [68] Manakala untuk pertuduhan pemilikan dadah sepertimana eksibit P5, Mahkamah memutuskan hukuman empat tahun penjara dari tarikh ditangkap. [69] Untuk pertuduhan pemilikan dadah sepertimana eksibit P6, Mahkamah memutuskan hukuman empat tahun penjara dari tarikh ditangkap. [70] Kesemua hukuman penjara berjalan serentak.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.