Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR WA-45SO-11-10/2025 MOHD ZAIRUL BIN MAHMUD …PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN
WA-45SO-11-10/2025
High Court of Malaysia16 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“15. Di dalam kes Ngeranter Ripai v Public Prosecutor [1990] 2 CLJ Rep 530, Chong Siew Fai J atas isu ketinggalan menyatakan dalam pertuduhan, perbuatan yang dikatakan menjadi kesalahan di bawah Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 namun tertuduh mengaku salah, beliau menyatakan seperti berikut: “As regards the”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR WA-45SO-11-10/2025 MOHD ZAIRUL BIN MAHMUD …PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN
1
Latarbelakang Perayu telah mengaku salah dan disabitkan dengan 2 kesalahan di bawah seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan mengendalikan secara tidak langsung harta pengganas bernama Mohd Najib bin Husen dengan cara memasukkan wang masing-masing sebanyak RM5,000.00 dan mengeluarkan wang masing-masing RM5,000.00 dan RM1,000.00 dari akaun Maybank pada 2 tarikh berbeza untuk manfaat pengganas tersebut.
2
Pertuduhan ke atas Perayu adalah seperti berikut: PERTUDUHAN PERTAMA: “Bahawa kamu pada 25 Februari 2015 di Maybank yang beralamat di No. 17, Jalan Suria 3, Bandar Seri Alam, 81750, Masai, dalam daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor melalui akaun Maybank nombor 151146545519, dengan pengetahuan, telah mengendalikan secara tidak langsung harta pengganas yang bernama Mohd Najib bin Husen (No. Kad Pengenalan: 781031-01-6051), dengan cara membenarkan kemasukan wang sebanyak RM5,000.00 dan pengeluaran wang sebanyak RM5,000.00 di akaun Maybank berkenaan untuk manfaat pengganas tersebut yang merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama”. PERTUDUHAN KEDUA: “Bahawa kamu di antara 3 Mei 2015 hingga 8 Mei 2015 di Maybank yang beralamat di No. 17, Jalan Suria 3, Bandar Seri Alam, 81750, Masai, dalam daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor melalui akaun Maybank nombor 151146545519, dengan pengetahuan, telah mengendalikan secara tidak langsung harta pengganas yang bernama Mohd Najib bin Husen (No. Kad Pengenalan: 781031-01-6051), dengan cara membenarkan kemasukan wang sebanyak RM5,000.00 dan pengeluaran wang sebanyak RM1,000.00 di akaun Maybank berkenaan untuk manfaat pengganas tersebut yang merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama”.
3
Kedua-dua pertuduhan mengandungi hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah iaitu pemenjaraan yang boleh sampai tempoh dua puluh (20) tahun atau dengan denda dan bolehlah dirampas apa-apa harta yang dikendalikan itu.
4
Tertuduh Perayu telah mengaku salah atas kedua-dua pertuduhan dan faham sifat dan akibat pengakuan. Mahkamah telah menyatakan dengan jelas kepada tertuduh bahawa atas pengakuan salah terhadap pertuduhan, kes tidak akan dibicarakan. Mahkamah akan menjatuhkan hukuman setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak di mana pendakwaan lazimnya atas hujahan untuk memberatkan hukuman dan tertuduh atas mitigasi untuk meringankan hukuman. Tertuduh faham penjelasan yang diberikan Mahkamah.
5
Fakta kes dikemukakan sebagai eksibit P5 dan mengandungi perincian fakta bahawa tangkapan ke atas tertuduh pada 8.9.2023 jam lebih kurang 6.10pagi di alamat kediaman tertuduh No.73, Town House Vista Seri Alam, Masai, Johor adalah hasil risikan Bahagian Counter-Terrorism. Hasil siasatan menunjukkan tertuduh telah mengendalikan harta pengganas iaitu Mohd Najib bin Husen melalui beberapa transaksi kemasukan dan pengeluaran wang, sebagaimana dalam pertuduhan. Penyata akaun tertuduh bagi kemasukan dan pengeluaran sejumlah wang sebagaimana pertuduhan dikemukakan sebagai eksibit P9 dan P10.
6
Mohd Najib bin Husen terlibat dengan Kumpulan pengganas Islamic State (IS) dan ini telah diwartakan menurut seksyen 66B dan 66D Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil dari Aktiviti Haram 2001 (selepas ini dirujuk sebagai “Akta”) melalui warta Kerajaan Persekutuan P.U.(A)3011/2014 (sepatutnya dibaca sebagai 301/2014) pada 12.11.2014. Gazet ini mengandungi “Pengisytiharan Entiti Ditentukan dan Kehendak untuk Melapor” dilampirkan sebagai eksibit P12 yang menyatakan “Mohd Najib bin Husen” dengan maklumat tercatat “memudahkan pelakuan suatu perbuatan keganasan”.
7
Tertuduh pada asalnya ditangkap pada 8.9.2023 hasil maklumat risikan, sebagaimana laporan polis Serialam 6841/23 eksibit P6. Daripada laporan polis yang dikemukakan seterusnya laporan polis Gelangpatah 5833/25 eksibit P8, tertuduh ditangkap semula pada 23.7.2025.
8
Kesemua eksibit yang dikemukakan oleh pendakwaan termasuk fakta kes yang menyatakan “Islamic States” diwartakan sebagai “Kumpulan Pengganas” telah dibacakan dan dirujuk kepada tertuduh dan diakui.
9
Seksyen 66B memperuntukkan seperti berikut: Seksyen 66B. Pengisytiharan entiti ditentukan.
1
Jika Menteri Dalam Negeri berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seorang pegawai polis bahawa—
a
suatu entiti telah dengan disedarinya melakukan, mencuba untuk melakukan, mengambil bahagian dalam pelakuan atau memudahkan pelakuan, suatu perbuatan keganasan;
b
suatu entiti sedang dengan disedarinya bertindak bagi pihak, mengikut arahan, atau dengan bersekutu dengan, suatu entiti yang disebut dalam perenggan (a), Menteri Dalam Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan entiti itu sebagai entiti ditentukan. …
10
Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan pula menyatakan: Section 130Q. Dealing with terrorist property.
1
Whoever knowingly deals, directly or indirectly, in any terrorist property shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, or with fine and shall also be liable to forfeiture of any property so dealt with.
2
For the purposes of subsection (1), "deals in" includes--
a
acquiring or possessing any terrorist property;
b
entering into or facilitating, directly or indirectly, any transaction in respect of terrorist property;
c
converting, concealing or disguising terrorist property; or
d
providing any financial or other services in respect of any terrorist property to or for the benefit of, or at the direction or order of, any terrorist, terrorist entity or terrorist group.
11
Dalam rayuan mitigasinya, tertuduh memohon hukuman ringan dan menyatakan kesal dengan perbuatannya. Tertuduh juga menyatakan menanggung 4 ahli keluarga dan menghadapi kesukaran bebanan hutang menyelesaikan bayaran rumah dan bayaran kenderaan motorsikal.
12
Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman 3 tahun atas setiap pertuduhan dan diperintahkan berjalan serentak mengambil pendekatan bahawa kedua-dua kejadian yang dipertuduhkan, dicerminkan melalui eksibit P10. Pengakuan tertuduh atas fakta serta eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pendakwaan memenuhi seksyen 130Q berlakunya kesalahan tersebut.
13
Meskipun pada pandangan Mahkamah ini, kronologi apa yang berlaku tidak jelas kenapa tertuduh bebas selepas ditangkap pada awalnya pada 8.9.2023 sebelum ditangkap semula pada 23.7.2025 sebagaimana laporan polis P6 dan P8, mana kala eksibit P10 tidak lengkap sekadar menunjukkan terdapat kemasukan dan pengeluaran. Namun, dari mana puncanya dan ke mana perginya wang tersebut tidak jelas daripada eksibit P10 ini.
14
Walau bagaimanapun, Mahkamah berpendapat kemungkinan sebahagian fakta adalah atas maklumat risikan, namun atas pengakuan salah tertuduh, tiada beban atas pihak pendakwaan untuk membuktikan kes melampui keraguan munasabah, memadai terdapat keterangan atau bukti yang kredibel yang diakui tertuduh. Elemen pertuduhan seksyen 130Q telahpun dibuktikan melalui eksibit-eksibit yang dikemukakan khususnya fakta kes yang menunjukkan berlakunya pengiriman wang melalui perkhidmatan ejen pengiriman wang kepada Mohd Najib Bin Husen.
15
Di dalam kes Ngeranter Ripai v Public Prosecutor [1990] 2 CLJ Rep 530, Chong Siew Fai J atas isu ketinggalan menyatakan dalam pertuduhan, perbuatan yang dikatakan menjadi kesalahan di bawah Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 namun tertuduh mengaku salah, beliau menyatakan seperti berikut: “As regards the omission to mention in the charge the commission of the offence, it was not shown how the appellant had been misled by the omission. The charge contained all the necessary ingredients of the offence alleged and the facts of the case advanced by the prosecution and admitted by the appellant clearly showed that the offence had been committed”.
16
Atas alasan-alasan ini, Mahkamah menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara berjalan serentak atas pengakuan salah tertuduh. Tertuduh telah ditangkap kemudiannya dan telah mengaku salah seawal pada tarikh pertama tertuduh dikemukakan dan pertuduhan dibacakan.
17
Dalam kes PP v. Mohd Shaiful Mohd Jaafar [2019] 3 CLJ 838, tertuduh mengaku salah atas satu pertuduhan alternative di bawah seksyen 130Q melibatkan pemindahan sejumlah RM890.00 kepada ahli keluarga pengganas dengan menggunakan akauan tertuduh. Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman 2 tahun 6 bulan penjara setelah tertuduh mengaku salah atas pertuduhan alternative yang ditawarkan oleh pendakwaan.
18
Pada masa yang sama, mitigasi oleh tertuduh juga perlu dilihat. Dalam kes PP v. Shahrul Azuwan Adanan & Anor [2013] 2 CLJ 686; [2013] 8 MLJ 70, Abdul Rahman Sebli J menyatakan seperti berikut: “[14] The sentencing court must only consider circumstances that mitigate the crime and not those that are personal to the offender and unconnected to the crime such as hardship to the offender and his family if he is sent to prison. These are matters that the offender should have thought of before committing the offence. If he was brave enough to tempt fate and got caught he must be brave enough to face the natural and probable consequences of his act. But if for any valid reason there is a need to temper justice with mercy a proper balance has to be struck between sympathy for the offender and the pain and suffering that he had inflicted on his victim or the damage that his criminal activity had done to society”.
19
Mahkamah telah meneliti pertuduhan, fakta kes dan eksibit-eksibit yang dikemukakan dan mendapati kejadian berlaku pada tahun 2015 Februari dan Mei. Tiada apa-apa fakta bagi menunjukkan tertuduh berterusan melakukan perbuatan yang sama dengan melakukan kesalahan ini berterusan, selepas daripada tarikh dalam pertuduhan. Dalam erti kata lain, tertuduh telah insaf di atas kesalahannya.
20
Oleh itu, Mahkamah menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara berjalan secara serentak bermula daripada tarikh tangkap 23.7.2025 adalah wajar dan munasabah. Bertarikh 16 Disember 2025 -t.t.- (NURULHUDA NURAINI BTE MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Johor Bahru Perayu hadir sendiri (SMPP:51-25-00436 BKJ) d/a Pengarah Penjara Penjara Kajang 43000 Kajang Selangor Bagi pihak Responden
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.