Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-12-06/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-12-06/2022
High Court of Malaysia17 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-12-06/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
MOHD NOR KHAIRI BIN NOSOHA
2
AZIZAN BIN ABU KASIM (NO. K/P: 810323-06-5103)
1
Orang Kena Tuduh Pertama (OKT 1) dan Orang Kena Tuduh Kedua (OKT 2) telah dipertuduhkan dengan pertuduhan-pertuduhan seperti yang berikut: S/N EpqfgJF7w0SgNp7bdctYuQ PERTUDUHAN PERTAMA “BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 28HB SEPTEMBER 2021, JAM LEBIH KURANG 1.40 PAGI, BERTEMPAT DI DALAM SEBUAH KERETA PROTON SATRIA NOMBOR PDP 3117 (NOMBOR SEBENAR WKT 5498) DI TEPI JALAN LORONG MK 8 PERUMAHAN MAT KILAU 2, DI DALAM DAERAH JERANTUT, DI DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, DALAM MENCAPAI NIAT BERSAMA KAMU TELAH DI DAPATI MENGEDAR DADAH BERBAHAYA BERAT BERSIH 53.2 GRAM METHAMPHETAMINE DAN DENGAN ITU KAMU TELAH
1
(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39B(2) AKTA YANG SAMA DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN.” PERTUDUHAN KEDUA “BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 28HB SEPTEMBER 2021, JAM LEBIH KURANG 1.40 PAGI, BERTEMPAT DI DALAM SEBUAH KERETA PROTON SATRIA NOMBOR PDP 3117 (NOMBOR SEBENAR WKT 5498) DI TEPI JALAN LORONG MK 8 PERUMAHAN MAT KILAU 2, DI DALAM DAERAH JERANTUT, DI DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, DALAM MENCAPAI NIAT BERSAMA, TELAH DI DAPATI DALAM MILIKAN KAMU DADAH BERBAHAYA BERAT BERSIH 5.33 GRAM HEROIN DAN MONOACETYLMORPHINES (HEROIN S/N EpqfgJF7w0SgNp7bdctYuQ
4
4.10 GRAM DAN MONOACETYLMORPHINES 1.23 GRAM) DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 12(2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39A(1) AKTA YANG SAMA DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN.”
2
Pendakwa Raya telah mengemukakan 9 orang saksi sebelum menutup kes pendakwaan. Pendakwa Raya telah menawarkan saksi-saksi anggota polis seperti yang dinyatakan dalam Laporan Polis (P21) dan saksi awam Abdul Aziz bin Noh Singah dan Alif Amri bin Nosoha.
3
Keterangan Pegawai Serbuan (SP 8) telah menyatakan bahawa dia dan pasukan telah membuat pemerhatian di kawasan tempat kejadian dan mendapati sebuah motokar Proton Satria warna hitam itu bernombor pendaftaran PDP 3117. Setelah serbuan dibuat oleh SP 8 dan anggota telah menemui satu beg warna hitam berzip bertulis “ANT” di atas pemijak kaki di bahagian penumpang hadapan. Di dalam beg tersebut telah dijumpai dadah-dadah tersebut.
4
SP 8 telah merampas dua peket plastik lutsinar yang ditandakan sebagai P15(A1) dan P15(A2). SP 8 mengesahkan bahawa terdapat tandaan B1 dan B2 yang telah dinyatakan di dalam borang serah terima barang kes. Namun SP 8 telah mengesahkan sebenarnya tandaan yang betul adalah C1 dan C2. S/N EpqfgJF7w0SgNp7bdctYuQ Namun apabila ditunjukkan P15(B1), P15(B2) dan P15(B3), SP 8 menyatakan bahawa tandaan pada barang kes adalah D1, D2 dan D3. Sementara itu bagi beg itu telah dinyatakan oleh SP 8 ditandakan sebagai A.
5
Saksi-saksi awam juga telah dipanggil untuk mengesahkan bahawa kenderaan Proton Satria nombor pendaftaran PDP 3117 bukannya nombor pendaftaran yang sebenar. Ia dapat dilihat melalui keterangan pemilik asal kenderaan tersebut, tuan punya bengkel membaiki kereta dan sijil pendaftaran kenderaan tersebut.
6
Pegawai Penyiasat (SP 9) telah melakukan siasatan dan mendapati OKT 1 dan OKT 2 berada di dalam kenderaan semasa serbuan itu bersama-sama dengan beg hitam tersebut. Siasatan juga mendapati bahawa kenderaan Proton Satria PDP 3117 telah menggunakan nombor pendaftaran palsu.
7
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas dan nyata bahawa pada akhir kes pendakwaan, pihak pendakwaan hendaklah menunjukkan terdapatnya satu kes prima facie. Frasa prima facie telah diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti yang berikut: S/N EpqfgJF7w0SgNp7bdctYuQ “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
II
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). [43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) S/N EpqfgJF7w0SgNp7bdctYuQ At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof.”
8
Pada hemat Mahkamah bagi kes ini Pendakwa Raya perlu menunjukkan bahawa dadah-dadah yang dirampas itu adalah dadah berbahaya seperti yang dinyatakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, OKT 1 dan OKT 2 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut dan OKT 1 dan OKT 2 mengedar dadah tersebut sama ada dengan menggunakan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 atau pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952. Adakah dadah-dadah yang dirampas itu adalah dadah berbahaya?
9
Laporan kimia yang disediakan oleh ahli kimia mengesahkan bahawa dadah-dadah adalah seperti yang diserahkan oleh SP 9 untuk analisa. Ini bermakna dadah tersebut adalah dadah berbahaya di bawah ADB 1952.
10
Apa yang menjadi isu dalam kes ini adakah dadah-dadah yang dianalisa oleh ahli kimia adalah dadah yang dirampas oleh SP 8 dari kenderaan Proton Satria hitam nombor pendaftaran PDP 3117 tersebut.
11
Pendakwa Raya berhujah bahawa di sebalik pengesahan SP 8 bahawa terdapat kesilapan di dalam catatan penandaan pada borang serah terima barang kes (P22), ia tidak menjejaskan rantaian keterangan barang kes. Ini adalah disebabkan SP 8 dan SP 9 telah telah mengecamkan barang-barang kes itu secara fizikal di Mahkamah semasa perbicaraan. Malahan tulisan yang terdapat di eksibit-eksibit tersebut telah disediakan oleh SP 8 dan SP 9. Tandaan-tandaan itu adalah seperti yang terdapat di dalam laporan kimia (P10). Ini ditambah bula dengan bentuk barang-barang kes telah dapat dikenalpasti secara jelas oleh SP 8 dan SP 9. Oleh itu tidak timbul isu barang kes yang dikemukakan kepada Jabatan Kimia bukannya barang kes yang dirampas dari kenderaan di mana OKT 1 dan OKT 2 berada dengan dadah-dadah tersebut.
12
Sebaliknya, peguam OKT 1 dan peguam OKT 2 menegaskan bahawa penjelasan SP 8 berkenaan dengan kesilapan tersebut di Mahkamah adalah satu pengakuan bahawa terdapat kesilapan. Ia tidak wajar diambilkira oleh Mahkamah untuk menyatakan bahawa OKT 1 dan OKT 2 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut dan OKT 1 dan OKT 2 mengedar dadah-dadah tersebut sama ada dengan S/N EpqfgJF7w0SgNp7bdctYuQ menggunakan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 atau pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952.
13
Mahkamah ini telah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP 8 dan SP 9 yang menunjukkan bahawa terdapat kekeliruan berkenaan dengan penandaan pada barang kes. Jika diteliti kepada P22, telah didapati bahawa peket plastik lutsinar yang disyaki sebagai syabu telah ditandakan sebagai A1 dan A2. Sementara bagi plastik yang berisi serbuk dan ketulan yang disyaki heroin telah ditandakan sebagai B1 dan B2. Sementara itu dalam senarai geledah (P20) tiada sebarang penandaan dibuat kepada barang-barang kes tersebut. Ia seperti dinyatakan di perenggan 11 di atas telah diakui kesilapannya oleh SP 8. Persoalan dalam kes ini ialah adakah kesilapan di dalam penandaan eksibit-eksibit tersebut telah menyebabkan timbul keraguan berkenaan dengan sama ada barang kes yang dirampas dari tempat ianya ditemui di dalam kenderaan Proton Satria PDP 3117 adalah dadah-dadah yang diperiksa oleh ahli kimia sehingga mengeluarkan laporan kimia.
14
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa kepastian barang kes yang dirampas dari tempat kejadian adalah barang kes yang sama dengan barang kes yang diperiksa oleh ahli kimia sehingga mengeluarkan laporan kimia adalah penting dalam memastikan bahawa dadah-dadah yang diperiksa itu adalah dadah yang ditemui dalam kes ini. Namun demikian Mahkamah juga perlu memastikan bahawa adakah pengesahan dari SP 8 dan SP 9 S/N EpqfgJF7w0SgNp7bdctYuQ berkenaan dengan barang-barang kes tersebut sudah melenyapkan keraguan bahawa dadah-dadah yang dirampas itu adalah dadah-dadah yang sebenarnya dilakukan analisa oleh ahli kimia. Pada hemat Mahkamah ini rantaian keterangan berkenaan dengan barang kes adalah amat penting untuk dipelihara. Ia bukannya suatu prosedur yang boleh dikesampingkan kepentingannya. Ini adalah disebabkan barang kes dalam kes ini adalah menjadi asas utama kepada pertuduhan yang dikemukakan kepada OKT-OKT. Sekiranya barang kes tersebut tidak dapat dipastikan sebagai barang kes yang sebenarnya dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia maka timbullah persoalan adakah dadah-dadah tersebut yang dirampas tersebut adalah dadah berbahaya.
15
Penelitian kepada keterangan ahli kimia tidak syak lagi bahawa bahan-bahan yang dianalisa tersebut adalah merupakan dadah-dadah berbahaya. Ini dapat dilihat melalui laporan kimia yang dikemukakan di Mahkamah. Namun Mahkamah ini berpendapat penjelasan SP 8 dan SP 9 berkenaan dengan kesilapan penandaan barang kes tersebut tidak memadai untuk menghilangkan keraguan berkenaan dengan sama ada dadah-dadah yang dianalisa oleh ahli kimia adalah dadah-dadah yang dirampas daripada OKT 1 dan OKT 2 dari dalam kenderaan tersebut. Pengecaman SP 8 dan SP 9 di Mahkamah berkenaan dengan barang-barang kes tersebut adalah sesuatu yang tidak dapat menenepikan fakta bahawa tiada kepastian sama ada dadah-dadah tersebut adalah dadah yang sama.
16
Oleh yang demikian adalah molek untuk dadah-dadah yang dirampas dipastikan rantaian keterangannya tidak terputus. Saksi-saksi pendakwaan tidak boleh pada hemat Mahkamah ini mengambil enteng kepada perjalanan barang kes kerana ia menjadi nadi utama kepada tugas Pendakwa Raya untuk menunjukkan bahawa dadah-dadah yang dirampas daripada tempat kejadian adalah dadah-dadah berbahaya yang disahkan oleh ahli kimia.
17
Mahkamah berpendapat dalam kes ini dadah yang dirampas daripada kenderaan tersebut tersebut tidak dapat ditunjukkan melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah dadah yang dianalisa oleh ahli kimia. Ini bermakna elemen pertama kesalahan yang dipertuduhan kepada OKT 1 dan OKT 2 tidak dapat ditunjukkan oleh Pendakwa Raya.
18
Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu mengambil kira bahawa adakah kegagalan mengesahkan dadah-dadah tersebut adalah dadah berbahaya membolehkan Mahkamah ini menutup mata kepada keterangan-keterangan yang lain berkenaan dengan di mana dadah-dadah itu dijumpai, OKT 1 dan OKT 2 berada di dalam kenderaan tersebut, dan beg yang ditemui itu juga dikemukakan di Mahkamah yang disahkan oleh saksi-saksi pendakwaan. Jika ini dilakukan adakah ia meletakkan beban yang lebih kepada Pendakwa Raya dalam menunjukkan satu kes prima facie.
19
Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu menimbangkan bahawa tiada alasan yang dapat dilihat melalui keterangan-keterangan bahawa SP 8 dan SP 9 mempunyai sebab untuk mereka-palsu keterangan berkenaan dengan barang-barang kes tersebut. SP 8 dan SP 9 tiada mempunyai kepentingan untuk hadir ke Mahkamah dan mengesahkan bahawa dadah-dadah tersebut adalah dadah-dadah yang dirampas di tempat kejadian dan dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa. Oleh itu adakah Mahkamah bersandarkan kepada perkara tersebut boleh memutuskan bahawa kegagalan untuk mencatatkan barang kes secara teratur adalah sesuatu yang tidak menjejaskan kes pendakwaan?
20
Pada sudut yang lain adakah kepatuhan kepada ketiadaan pemutusan keterangan mengatasi keterangan-keterangan lain yang telah diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan. Adakah pemutusan rantaian keterangan berkenaan dengan barang kes lebih diutamakan daripada keterangan saksi-saksi berkenaan dengan barang kes tersebut. Mahkamah ini berpendapat di dalam kes ini pemutusan rantaian keterangan tersebut telah meruntuhkan kes Pendakwa Raya. Ini adalah disebabkan identiti barang kes itu menjadi persoalan yang tidak dapat dijelaskan dengan memuaskan oleh saksi-saksi Pendakwa Raya.
21
Sesungguhnya perjalanan barang kes secara teratur adalah penting bagi memastikan barang kes tersebut adalah barang kes yang sama dengan barang kes yang dirampas daripada tempat S/N EpqfgJF7w0SgNp7bdctYuQ kejadian. Mahkamah berpendapat ia bukannya semata-mata satu prosedur yang boleh dipandang ringan. Ia adalah penting bagi memastikan keadilan kepada Tertuduh dan Pendakwa Raya dapat ditegakkan. Oleh itu adalah amat penting untuk pihak-pihak yang berwajib untuk memastikan pergerakan barang kes dilakukan dengan memuaskan bagi mengelakkan timbul kesulitan semasa kes dibicarakan di Mahkamah sehingga menjejaskan tanggungjawab Pendakwa Raya untuk menunjukkan satu kes prima facie seperti yang berlaku dalam kes ini.
22
Setelah Mahkamah berpendapat bahawa terdapat pemutusan rantaian barang kes dan keraguan bahawa barang kes yang dianalisa oleh ahli kimia itu bukannya barang kes yang ditemui bersama-sama ada dengan OKT 1 dan OKT 2, maka kesan langsungnya adalah pihak Pendakwa Raya tidak dapat menunjukkan bahawa OKT 1 dan OKT 2 memiliki, mengawal dan mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Ini ditambah pula tiada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapatnya kesan cap jari atau kesan DNA OKT 1 dan OKT 2 pada dadah-dadah tersebut atau beg di mana dadah-dadah tersebut dikatakan telah ditemui oleh pihak polis.
23
Selanjutnya, Mahkamah juga mendapati bahawa di atas kegagalan untuk menunjukkan bahawa dadah-dadah itu berada dalam kawalan, pengetahuan dan milikan OKT 1 dan OKT 2, Mahkamah tidak dapat menggunakan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952.
24
Akhirnya, Mahkamah berpendapat pihak Pendakwa Raya gagal menunjukkan satu kes prima facie terhadap OKT 1 dan OKT 2 bagi pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan terhadap mereka. Oleh itu OKT 1 dan OKT 2 dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh: 04 hb. Disember 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR S/N EpqfgJF7w0SgNp7bdctYuQ Bagi Pihak Pendakwa Raya - TPR Nur Syafiqah binti Noorinda Pejabat Pendakwaan Cawangan Temerloh Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT 1 - Ibrahim bin Kamaruddin dan Noor Zakilah binti Mohamad Isa Tetuan Ibrahim Kamaruddin & Associates Kuantan, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT 2 - Mohamad Hamizey bin Mat Taib Tetuan Jasmadi, Izhan & Azwani Temerloh, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.