If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.” [79] Mahkamah ini merujuk kes Public Prosecutor v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436, di mana Mahkamah Rayuan telah menyentuh tentang tanggungjawab Mahkamah di akhir kes pembelaan seperti berikut: “[20] Under. S. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of the court to consider all the evidence before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. This is a mandatory requirement as evident by the use of the word ‘shall’ in that section. What it entails is that, at the end of the defence, it is incumbent on the court to evaluate the entire evidence placed before it including the prosecution evidence. This was exactly what the learned judge had undertaken at the end of the defence case having considered the case of Jaafar Ali v. PP [1999] 1 CLJ 410...” [80] Adalah merupakan prinsip undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes pembelaan, pihak pendakwaan masih menanggung beban untuk membuktikan kes terhadap Tertuduh melampaui keraguan yang munasabah. Manakala pihak pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap versi pendakwaan (rujuk kes PP v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705). [81] Intipati pembelaan Tertuduh bahawa dia tidak memegang atau membuang apa-apa bungkusan plastik yang mengandungi dadah seperti yang didakwa. Plastik biru tersebut dijumpai oleh pihak polis di kawasan semak di hadapan rumah, dan bukannya dalam milikan Tertuduh atau sesiapa di antara mereka dan ianya dijumpai selepas pemeriksaan ke atas rumah Tertuduh. ALASAN PENGHAKIMAN PP vs SHAFIRUZ ROSELAI / Page 25 of 38 [82] Mahkamah ini telah meneliti keterangan kesemua saksi-saksi pembelaan dalam konteks keseluruhan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah. [83] Untuk membuktikan pemilikan, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP2 dan SP4, manakala pihak pembelaan menafikan sebarang pengetahuan mengenai kandungan beg plastic biru tersebut. [84] Adalah jelas bahawa keterangan pembelaan bertentangan dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan khususnya keterangan SP2. Pembelaan berhujah bahawa wujud dua versi kejadian, iaitu versi pendakwaan yang menyatakan Tertuduh melepaskan bungkusan dadah dari tangan kiri ke atas tanah, dan versi pembelaan yang menyatakan dadah dijumpai sendiri oleh pihak polis di kawasan semak. [85] Dalam menilai keterangan pendakwaan khususnya SP2, Mahkamah ini merujuk kepada kes Wong Swee Chin v. PP [1980] CLJU 138, di mana Zulkefli Makinuddin FCJ (pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed. (See the cases of PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129; [1962] 1 LNS 129 and PP v. Teh Cheng Poh [1979] CLJU 82; [1979] 1 LNS 82). ... It is also to be noted that there is no challenge by the defence on the evidence of SP2 of any ulterior motive that he might have to concoct evidence against the appellant. On this point there is a principle of law which states that ALASAN PENGHAKIMAN PP vs SHAFIRUZ ROSELAI / Page 26 of 38 failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness' testimony.” [86] Selanjutnya di dalam kes Liam Heng Boon v. PP [2012] 5 MLJ 259, Abdul Malik Ishak HMR (pada ketika itu) menyatakan: “Here was a case where the learned High Court Judge was confronted with two versions. One version from the prosecution and the other version was from the appellant. His Lordship preferred the prosecution’s version and he made a finding that the appellant's version was not probable having viewed the Yamaha motorcycle himself and after considering the demonstration by the appellant of placing those exhibits in the compartment of the Yamaha motorcycle. Confronted with two divergent versions as to the recovery of the offending drugs, we recalled to mind the sage words of Thomson CJ in PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129; [1962] 1 LNS 129: When a police witness says something that is not inherently improbable his evidence must be in the first instance be accepted. If his evidence is contradicted by other evidence or it shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted”. [87] Dalam menangani isu dua versi keterangan, Mahkamah ini menerima keterangan versi pendakwaan dan mendapati versi pembelaan adalah tidak munasabah selepas Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan SP2 dan SP4 yang tidak tergugat semasa di soal balas oleh pihak pembelaan. ALASAN PENGHAKIMAN PP vs SHAFIRUZ ROSELAI / Page 27 of 38 Percakapan saksi di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah [88] Di dalam kes ini, pihak pembelaan tidak mempertikaikan bahawa SD2 dan SD3 telah memberi percakapan mereka kepada pihak polis dan direkodkan di bawah seksyen 112 KPJ. [89] Pihak pendakwaan telah mengemukakan rakaman percakapan tersebut untuk mencabar kebolehpercayaan SD2 dan SD3, kerana wujud percanggahan di dalam percakapan tersebut dengan keterangan mereka di Mahkamah. Memandangkan pihak pembelaan tidak mempertikaikan bahawa percakapan tersebut telah dirakamkan, maka Mahkamah telah menerima masuk percakapan tersebut sebagai (ekshibit P19 dan P20). [90] Penelitian Mahkamah terhadap pernyataan tersebut mendapati wujudnya percanggahan yang material dengan keterangan lisan mereka di Mahkamah. SD2 dan SD3 perlu memberi penjelasan mengenai percanggahan tersebut kepada Mahkamah. [91] Mahkamah ini membandingkan percakapan dalam P19 dan P20 dengan keterangan lisan mereka di Mahkamah seperti berikut:- [92] Di dalam P19, SD 2 menyatakan :- “lepas dia perasan polis datang, dia campak sesuatu yang dia pegang atas tanah sebelah dia berdiri. Masa tu saya tak perasan barang apa” [93] Sebaliknya semasa pemeriksaan utama SD2 menyatakan “saya tidak nampak Shafiruz pegang apa-apa plastic dan tidak nampak dia buang apa-apa plastic”. ALASAN PENGHAKIMAN PP vs SHAFIRUZ ROSELAI / Page 28 of 38 [94] Di dalam percakapan P20, SD3 menyatakan seperti berikut:- “S: Adakah kamu nampak B1 Shafiruz mencampakkan satu bungkusan plastik ke atas tanah sebelum kamu ditahan? Ya, saya nampak B1 buang plastik atas tanah sebab perasan polis datang. Apakah warna bungkusan plastik tersebut? Plastik itu warna biru. Tangan manakah B1 mencampakkan plastik tersebut? Tangan kiri dia saya tengok. Adakah kamu tahu kandungan dalam plastik itu? Saya tidak tahu apa dalam plastik itu, tapi saya memang nampak dia campak plastik itu ke tanah. Berapakah jarak bungkusan yang dicampak oleh B1 dengannya? Jarak lebih kurang 1 – 2 kaki sahaja saya rasa. Sebab saya nampak betul-betul dekat tepi B1. Saya memang nampak jelas bungkusan itu B1 yang campak atas tanah. Adakah kamu tahu dari mana B1 ambil bungkusan atau dadah itu? SD3; Saya tak tahu, memang dari awal lagi saya tengok ada kat tangan dia.” [95] Manakala keterangan lisan SD3 di Mahkamah menyatakan “sepanjang masa Shafiruz tidak pegang plastic dan tidak ALASAN PENGHAKIMAN PP vs SHAFIRUZ ROSELAI / Page 29 of 38 campak plastic. Semasa kejadian tiada ahli keluarga Shafiruz yang nampak”. [96] Mahkamah mendapati SD2 dan SD3 telah gagal menjelaskan dengan munasabah mengapa keterangan mereka di dalam ekshibit P19 dan ekshibit P20 berbeza dengan keterangan lisan semasa perbicaraan. Keterangan mereka mengenainya bukanlah penjelasan malahan merupakan penafian semata-mata. [97] Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa keterangan oleh SD2 dan SD3 berkaitan plastic biru yang berisi dadah dalam rakaman percakapan mereka adalah contradictory and irreconcilable dengan keterangan lisan yang diberikan dalam perbicaraan. [98] Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman Suffian LP dalam kes Khoo Siew Bee & Anor v. Ketua Polis, Kuala Lumpur [1978] CLJU 80; [1978] 1 LNS 80 dipetik sebagai berkata: "... the statements have been signed by the accused (s. 112(5), Criminal Procedure Code), and so it will be difficult for them to depart radically from what has been recorded". [99] Setelah meneliti semua keterangan saksi-saksi pendakwaan dan saksi-saksi pembelaan, Mahkamah mendapati bahawa keterangan saksi pendakwaan adalah kukuh [100] Keterangan SP2 dan SP4 bahawa mereka melihat Tertuduh memegang plastik biru dan melepaskannya ke tanah adalah tidak tercabar. Demonstrasi yang ditunjukkan oleh jelas ALASAN PENGHAKIMAN PP vs SHAFIRUZ ROSELAI / Page 30 of 38 menunjukkan keterangannya bukanlah rekaan atau sengaja di ada-adakan. [101] Mahkamah juga mendapati sepertimana yang dibincangkan di awal tadi bahawa rantaian keterangan mengenai pengendalian barang kes adalah terpelihara dan tidak terputus. [102] Mahkamah juga mendapati saksi-saksi pembelaan, khususnya SD4 dan SD5, merupakan saudara dan kawan kepada Tertuduh dan Mahkamah percaya sedikit sebanyak mereka mempunyai kepentingan atau membantu Tertuduh dalam kes ini. Mereka bukanlah saksi bebas. Mahkamah haruslah berhati-hati dan tidak menerima keterangan mereka tanpa sokongan yang bebas dan objektif. Pembelaan mereka bahawa dadah dijumpai di semak tidak disokong oleh satu bukti yang bebas. [103] Mahkamah juga mendapati keterangan kesemua saksi pembelaan berkaitan perkara tersebut dalam rakaman percakapannya adalah contradictory and irreconcilable dengan keterangan lisan dalam perbicaraan ini, maka Mahkamah memutuskan bahawa keterangan lisan semua saksi pembelaan mengenainya adalah dikeluarkan (expunged) dari rekod Mahkamah. [104] Sehubungan itu Mahkamah ini tidak menerima keterangan SD2 dan SD3 yang menyatakan tiada siapa memegang atau membuang plastic berisi dadah. Mahkamah juga mendapati keterangan SD4 tidak konsisten apabila SD4 mengakui bahawa plastik biru itu berada “di sebelah kaki Shafiruz” apabila dipanggil ke kawasan ALASAN PENGHAKIMAN PP vs SHAFIRUZ ROSELAI / Page 31 of 38 tersebut oleh polis — satu pengakuan yang melemahkan naratif pembelaan. [105] SP2 dan SP4 adalah konsisten, khususnya dalam mengenal pasti tindakan Tertuduh yang memegang dan melepaskan bungkusan tersebut dalam jarak yang sangat dekat dengan Tertuduh. Pemerhatian dibuat dalam keadaan terang dan dari jarak yang tidak menghalang penglihatan. Mahkamah mendapati tidak terdapat percanggahan material dalam keterangan mereka yang boleh menjejaskan kredibiliti mereka. [106] Dalam konteks kes ini, Mahkamah dapat membuat inferens bahawa Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan berkenaan barang kes dadah tersebut berdasarkan keterangan SP2. SP2 telah bertindak atas maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah oleh seorang lelaki Melayu di rumah beralamat no. 307, Permatang Pasir, 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang. Mahkamah dapati penahanan Tertuduh bukanlah suatu tindakan melulu oleh pihak polis yang diketuai oleh SP2. [107] Sepanjang perbicaraan dijalankan, Mahkamah ini dapat melihat dan mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan. Secara keseluruhannya saksi-saksi pendakwaan khasnya SP2 telah memberi keterangan yang konsisten semasa pemeriksaan balas. Tiada sebab yang munasabah bagi Mahkamah ini tidak mempercayai keterangannya. [108] Selain itu, Mahkamah mendapati bahawa SD5 mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Tertuduh. Walaupun keterangan ALASAN PENGHAKIMAN PP vs SHAFIRUZ ROSELAI / Page 32 of 38 beliau tidak boleh ditolak semata-mata atas sebab ada hubungan kekeluargaan, Mahkamah mengambil kira bahawa kredibiliti saksi ini tetap perlu dinilai dengan teliti. Dalam kes ini, keterangan beliau tidak dapat mengatasi keterangan SP2 dan SP4 yang konsisten. [109] Pada pandangan Mahkamah, keterangan pembelaan adalah rekaan semata-mata. Mahkamah juga tidak mendapati sebarang penjelasan munasabah yang boleh mematahkan inferens pemilikan dan pengetahuan yang telah timbul daripada fakta bahawa Tertuduh dilihat memegang dan melepaskan barang kes. Pembelaan yang dikemukakan bahawa dadah bukan milik Tertuduh dan dijumpai secara terpisah di kawasan semak tidak menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [110] Selanjutnya Mahkamah ini mendapati keterangan pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap pemilikan dadah tersebut. Pihak pembelaan juga telah gagal mematahkan anggapan statutory di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB 1952 yang terpakai terhadapnya. Akhirnya pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. Oleh itu Mahkamah ini mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan kesalahannya sebagaimana pertuduhan. ALASAN PENGHAKIMAN PP vs SHAFIRUZ ROSELAI / Page 33 of 38 KEPUTUSAN MAHKAMAH DAN HUKUMAN [111] Setelah menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan semua elemen pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap Tertuduh melampaui keraguan munasabah. [112] Keterangan langsung daripada SP2 dan SP4 bahawa Tertuduh memegang dan melepaskan plastik biru yang mengandungi Methamphetamine adalah jelas dan konsisten. [113] Pencahayaan di tempat kejadian pada waktu serbuan dilakukan adalah terang yang membolehkan SP2 melihat bagaimana Tertuduh melepaskan beg plastic biru di dalam Mahkamah. SP 2 telah membuat demonstrasi di Mahkamah bagaimana beg plastic biru dipegang dan dilepaskan oleh Tertuduh. [114] Sebaliknya, versi pembelaan bahawa dadah dijumpai oleh polis di semak adalah satu rekaan semata-mata dan tidak menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [115] Mahkamah tidak menolak bahawa wujud dua versi kejadian, namun setelah menimbang kredibiliti, konsistensi dan logik keterangan kedua-dua pihak, Mahkamah lebih cenderung menerima versi pendakwaan. Keterangan pembelaan, meskipun bersumpah, tidak cukup kuat untuk menggugat kes pendakwaan yang telah terbukti melampaui keraguan munasabah. ALASAN PENGHAKIMAN PP vs SHAFIRUZ ROSELAI / Page 34 of 38 [116] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa: i. Dadah jenis Methamphetamine seberat 129.8 gram adalah dalam milikan, jagaan dan kawalan Tertuduh; ii. Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan mengenai dadah tersebut; iii. Kuantiti dadah melebihi 50 gram, maka anggapan pengedaran di bawah Seksyen 37(da)(xvi) ADB 1952 adalah terpakai dan tidak berjaya dipatahkan oleh pembelaan. [117] Maka, Mahkamah mensabitkan Tertuduh atas kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukum Tertuduh di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama. Hukuman [118] Dalam rayuan mitigasi, pihak pembelaan memohon Mahkamah mempertimbangkan hukuman alternatif pemenjaraan seumur hidup berikutan dengan pindaan yang dibuat kepada seksyen 39B. [119] Setelah mendengar hujah dari kedua-dua beiah pihak, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkapan dan dua belas (12) kali sebatan terhadap Tertuduh. [120] Akta 846 mula berkuatkuasa pada 4.7.2023. Kini Mahkamah mempunyai budibicara sepenuhnya untuk mengenakan hukuman gantung sampai mati atau hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 12 sebatan untuk kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB. ALASAN PENGHAKIMAN PP vs SHAFIRUZ ROSELAI / Page 35 of 38 [121] Mahkamah ini merujuk kes PP v. Umapathi Ganesan [2023] 9 CLJ 625, di mana Mohd Radzi Abdul Hamid J telah menyatakan “Taking those views into consideration, the role of a convicted accused in the spectrum of trafficking activities and the mitigating reasons for them must now be considered by the court in determining whether the passing of a death sentence is commensurate with the type of act of trafficking as defined under s. 2 of the DDA. That definition cannot now be taken as all-encompassing and one that fits all. In addition to that, the weight or volume of the dangerous drugs found in the possession of the convicted accused will be another key consideration. A distinction should now be made between cases where the amounts of dangerous drugs involved barely meets the minimum threshold for a presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA and those that are greatly in excess of that minimum. An amount that barely meets the minimum threshold or thereabouts should not, in the absence of any heavy aggravating factor, prima facie justifies the death sentence. Thus, having considered all the possible aggravating and mitigating factors and keeping in mind the spirit and intent of the Act 846, in this court's view, the death sentence should only be reserved for exceptionally serious cases where the convicted accused: (i) served a major role in the act of trafficking (see Letitia Bosman (supra); Mohamad Fauzi Ridzwan & Anor v. PP [2006] 1 CLJ 478; [2006] 2 MLJ 15); (ii) trafficked in large amounts or quantity of dangerous drugs or greatly in excess of the minimum threshold for the presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA (see: Ong Ah Chuan v. PP [1980] CLJU 181; [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64; Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524; [2021] MLJU 1015; PP v. Saifulzainizam Mat Nasir v. PP [2021] CLJU 1074; [2021] 1 LNS 1074; [2021] 5 MLJ 265); (iii) was caught in the act of processing or manufacturing dangerous drugs (see: Chan Wei Loon v. PP & Another Appeal [2021] 6 CLJ 623; [2021] 4 MLJ 660); (iv) trafficked dangerous drugs that were found individually packed in large amounts, that raises the inference they were meant for selling or distribution (see: PP v. ALASAN PENGHAKIMAN PP vs SHAFIRUZ ROSELAI / Page 36 of 38 Mohd Fazelan Md Khuzeh [2015] 9 CLJ 221; [2015] 6 MLJ 688); (v) was caught in the act of selling large amounts of dangerous drugs; (vi) had in his possession large quantity of paraphernalia for the processing, manufacturing or administration of dangerous drugs (see: Saifulnizam Mat Nasir (supra); (vii) was caught giving instructions to others, in particular minors, in the act of processing, manufacturing, selling or distributing dangerous drugs; (viii) used sophisticated methods to conceal, hide or transport dangerous drugs (see: Wjchai Onprom v. PP [2006] 3 CLJ 724; [2006] 5 MLJ 415; Bebou Akpo Bouraima Iwn. PP [2017] CLJU 511; [2017] 1 LNS 511; [2017] MLJU 477); (ix) trafficked in large quantities of chemically processed dangerous drugs or designer drugs (see: Khairil Anwar Abdul Rahim (supra); Obiequo Emmanuel Chukwunanu v. PP [2018] CLJU 1089; [2018] 1 LNS 1089; [2018] MLRHU 849); (x) had in his possession illegal arms or weapons when he was caught; (xi) took life-threatening measures to resist arrest; (xii) had multiple prior convictions; and/or