1
OKT telah dituduh di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) kerana mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 961.7 gram.
KA-45A-29-06/2023
High Court of Malaysia19 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149, Ahmad Maarop FCJ at p. 167, speaking for this court said: [28] In the light of the authorities referred to, we hold that information admissible under s. 27 of the Evidence Act includes accused's statement, or his act or conduct such as pointing out which leads distinctly to the discov”
“OKT. Bagi perkara ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v. PP[1956] CLJU 17; [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870.”
“ra ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v. PP[1956] CLJU 17; [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870. [17] Isu utama”
“ending on the facts and the circumstances of each S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 case. Sunny Ang v. PP [1965] CLJU 171; [1966] 2 MLJ 195 (FC) (fold). In a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent t”
“an hukuman mati, dihukum sebat tidak kurang daripada dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk: Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195). [84] Budi bicara mahkamah ini di”
“dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk: Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195). [84] Budi bicara mahkamah ini di dalam menjatuhkan hukuman telah dibincangkan oleh Mah”
“alah terdapat ramai orang di rumah kedua tersebut dan ditambah lagi dengan keadaan bilik tersebut yang tidak berkunci. Peguam OKT merujuk mahkamah ini kepada keputusan di dalam kes PP v Vasugi Samuel [2020] MLRHU 1464 yang melibatkan dadah telah ditemui di dalam bilik dan boleh ditemui jika pemeriksaan dijalankan di da”
“CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195). [84] Budi bicara mahkamah ini di dalam menjatuhkan hukuman telah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Robin Radjnaini Saih @ Amjan Patta [2024] 9 CLJ 224; [2024] CLJU 1597 melalui penghakiman Hakim Wong Kian Kheong HMR yang telah menyatakan pandangan bahawa doktrin “rarest of”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
OKT telah dituduh di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) kerana mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 961.7 gram.
2
Pertuduhan ke atas OKT adalah seperti berikut; “Bahawa kamu pada 16 Mac 2019, jam lebih kurang 1.15 pagi, di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Kuala Temoyong, Mukim Kedawang, di dalam daerah Langkawi, di dalam negeri Kedah, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 961.7 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama”
3
Pihak Pendakwa Raya (PR) telah memanggil seramai 5 orang saksi dan fakta kes pendakwaan adalah seperti berikut; a) pada 16/3/2029, SP3 dan SP4 serta pasukan serbuan, telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah beralamat di 890, Kg Lubok Buaya, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah (rumah pertama); S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 b) SP3 dan SP4 telah menyerbu rumah pertama dan mendapati terdapat 2 orang lelaki sedang duduk di atas lantai berhadapan televisyen. Kedua-dua lelaki tersebut kemudiannya bertindak agresif dan cuba melarikan diri dengan merempuh pasukan serbuan tetapi berjaya ditahan setelah berlaku sedikit pergelutan; c) SP3 kemudiannya telah memeriksa fizikal kedua-dua lelaki tersebut namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. SP3 telah menjalankan pemeriksaan lanjut di hadapan kedua-dua lelaki tersebut telah menjumpai barang-barang kes seperti (1) beg plastik berwarna merah di dalamnya mengandungi (1) lipatan surat khabar Bahasa Malaysia berikat getah, (1) pisau, (1) papan pemotong dan (1) botol plastik yang diubahsuai menjadi alat menghisap dadah jenis ganja di atas lantai tempat di mana kedua-dua lelaki tersebut berada sebelum ditahan; d) kedua-dua lelaki tersebut kemudiannya dikenali sebagai OKT dan seorang yang bernama Amzanie bin Che Ani; e) SP3 telah menjalankan soal siasat ke atas kedua-dua mereka di hadapan bilik tersebut. Semasa soal siasat dijalankan, OKT telah memberitahu kepada SP3 “dekat rumah ada lagi sebata ganja. saya simpan di dalam bilik. saya boleh tunjuk dekat tuan.”. SP3 telah mencatit maklumat daripada OKT berserta tarikh dan masa maklumat itu diberikan di atas sekeping kertas (P15); S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 f) SP3 telah arahkan OKT untuk memandu arah SP3, SP4 dan pasukan serbuan ke rumah OKT dengan menunjukkan jalan ke rumahnya. SP3, SP4, OKT dan Amzanie bin Che Ani serta Kpl. 145402 Nazree telah menaiki kereta Proton Waja untuk ke rumah OKT. Pada jam lebih kurang 1.15 pagi, SP3, SP4 dan pasukan serbuan yang dipandu arah oleh OKT telah sampai ke sebuah rumah tidak bernombor beralamat di Kg. Kuala Temoyong, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah (rumah kedua); g) OKT telah membawa SP3 dan SP4 masuk ke rumah tersebut melalui pintu belakang yang terbuka dan OKT telah memandu arah SP3 dan SP4 ke sebuah bilik di dalam rumah tersebut di mana pintu bilik tersebut adalah tertutup tetapi tidak berkunci. Rumah tersebut hanya terdapat 1 bilik sahaja dan menurut SP3 dan SP4, terdapat bau ganja; h) semasa berada di dalam bilik tersebut, OKT telah menunjukkan kepada SP3 dan SP4 dengan tangan kanannya satu beg silang berwarna hitam (P27) yang terletak di penjuru sebelah kanan bilik tersebut iaitu di celahan antara beg pakaian berwarna hitam dan almari warna biru sepertimana tandaan X ke atas gambar di P18(6). SP3 telah membuat pemeriksaan sambil disaksikan oleh SP4 dan OKT di mana SP3 telah menjumpai di dalam P27 tersebut, 1 balutan plastik lutsinar yang dipita pelekat (P28). SP3 telah membuka balutan plastik lutsinar tersebut dan mendapati terdapat kertas warna keemasan (P29). SP3 telah buka balutan kertas keemasan tersebut dan S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 mendapati terdapat 1 ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja; i) SP3 telah menahan OKT serta telah merampas P27 tersebut; dan j) SP1 yang telah menjalankan analisis ke atas barang kes dan hasil analisis telah dinyatakan sepertimana Laporan Kimia 19-FR-K-02095 (P13) yang melaporkan bahawa 1 ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja yang dijumpai di dalam P27 merupakan dadah berbahaya jenis Cannabis yang mempunyai berat bersih 961.7 gram.
4
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) iaitu untuk menentukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang kredibel wujudnya satu kes prima facie.
5
Mahkamah telah berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Mahkamah dengan ini merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan bermakna mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah sedar jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat, maka S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada OKT.
6
Berpandukan kepada kes Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524, elemen yang perlu dipenuhi bagi membuktikan sesuatu kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B Akta 234 adalah seperti berikut;
a
dadah yang dirampas oleh SP3 adalah merupakan dadah berbahaya sepertimana yang disenaraikan di bawah Akta 234;
b
dadah tersebut berada di dalam pemilikan OKT; dan
c
OKT mengedar dadah tersebut. Analisis dan dapatan Mahkamah di akhir kes pendakwaan [7] Bagi elemen yang pertama iaitu berkaitan identiti barang kes, secara amnya pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa dadah yang ditemui oleh SP3 telah diserahkan kepada SP5 yang kemudiannya telah diserahkan kepada SP1 untuk dianalisis. Kesemua saksi-saksi ini telah membuat pengecaman secara fizikal ke atas barang-barang kes serta ianya disokong oleh keterangan-keterangan dokumen. Peguam OKT turut tidak mengemukakan cabaran serius ke atas rantaian keterangan barang kes. S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ [8] Namun di peringkat hujahan di akhir pendakwaan, peguam OKT telah menghujahkan bahawa SP1 iaitu Ahli Kimia, telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 berhubung bungkusan barang kes yang sama iaitu bertanda SAA dan SAB. Ia berkaitan kes yang melibatkan OKT dan Amzanie bin Che Ani. [9] Peguam OKT menghujahkan bahawa keterangan SP1 menunjukkan bahawa SP1 telah meleraikan dan mencampurkan kandungan ketulan mampat daripada bungkusan bertanda E1 dan E2 yang diterima melalui bungkusan bertanda SAA dan SAB. SP1 dikatakan telah mengambil sampel perwakilan dari campuran kedua-dua kandungan ketulan mampat tersebut untuk dibuat analisis. Peguam OKT menghujahkan bahawa SP1 tidak menjelaskan bagaimana SP1 mengasingkan kedua-dua dadah dan ini menjejaskan keterangan SP1 berkaitan rantaian keterangan dadah yang dipertuduhkan ke atas OKT. [10] Mahkamah telah meneliti keterangan SP5 dan mendapati bahawa dadah yang menjadi pertikaian di dalam kes ini diletakkan secara berasingan di dalam satu plastik bertanda E2 iaitu P25 yang kemudiannya telah diletakkan di dalam kotak berasingan yang bertanda SAB iaitu P24. Ia kemudiannya telah dihantar kepada SP1 untuk dianalisis. [11] Di dalam keterangannya, SP1 telah menjelaskan P24 telah diterima di dalam keadaan baik pada 20/3/2019 jam 10.50 pagi dan diserahkan semula kepada SP5 di dalam kotak yang sama dan dimeterai dengan pelekat Jabatan Kimia Malaysia. Isu berkaitan terdapat satu kotak lagi yang bertanda SAA telah diperiksa balas S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ oleh peguam OKT kepada SP1 dan penjelasan SP1 adalah jelas seperti berikut; “Di para 18 – kesemua bahan tumbuhan dimaksudkan kesemua bahan adalah keseluruhan bahan tumbuhan dari kotak SAB yang saya jalankan secara berasingan dengan kotak SAA” [12] Oleh itu, apa yang berlaku adalah, kedua-dua kotak tersebut adalah dianalisis secara berasingan. Maka tidak langsung timbul isu bahawa ianya mungkin bercampur dan oleh itu hujahan peguam OKT bahawa tiadanya penjelasan SP1 berkaitan dadah tersebut dianalisis atau diambil sampelnya bersekali adalah jelas tersasar dan tidak bermerit. [13] Mahkamah merumuskan bahawa tiada sebarang pecahan ke atas rantaian keterangan barang kes sejak ianya dirampas oleh SP3 sehinggalah ianya diserahkan kepada SP5 dan kemudiannya diserahkan kepada SP1. Ia adalah merupakan barang kes yang sama dan ia juga merupakan barang kes yang sama yang dikemukakan di Mahkamah ini. [14] Mahkamah berpandukan dapatan Mahkamah ini kepada kes Gunalan Ramachandran & ors v PP [2004] 4 CLJ 551 yang memutuskan; “This is because, as far as I am aware, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court failing which the prosecution's case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ case. Sunny Ang v. PP [1965] CLJU 171; [1966] 2 MLJ 195 (FC) (fold). In a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist. So long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist is the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution's case should fall. In the instant case, there was no break in the chain of evidence whatsoever, from the day it was seized until the date of trial. The missing exhibits did not contain any drugs. They were empty plastik packets and a weighing machine. Their existence could be seen from the photographs, not to mention oral evidence.” [15] Di dalam masa yang sama, mahkamah tidak mendapati sebarang perkara di mana keterangan SP1 boleh diputuskan sebagai secara nyata adalah luar biasa (inherently incredible). Mahkamah di peringkat ini berhak untuk menerima keterangan SP1 sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221 seperti berikut; “We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ opinion, there is no necessity for him to go into the details of what he did in the laboratory, step by step.” [16] Elemen selanjutnya yang perlu dibuktikan adalah sama ada dadah yang dipersoalkan adalah berada di dalam milikan OKT. Bagi perkara ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v. PP[1956] CLJU 17; [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870. [17] Isu utama yang dibangkitkan oleh Peguam OKT adalah dadah tersebut dijumpai di rumah kedua sedangkan OKT ditangkap di tempat yang lain iaitu di rumah pertama. Ini bagi hujahan Peguam menjejaskan pembuktian pihak PR ke atas elemen pemilikan. [18] Pihak PR sebaliknya menghujahkan bahawa pembuktian milikan adalah berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh OKT kepada SP3 yang membawa kepada penemuan dadah tersebut di dalam sebuah bilik di rumah kedua. Keterangan ini adalah bagi hujahan Puan TPR sebagai relevan dan boleh diterima masuk di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 (Akta 56). [19] Apabila pihak PR bergantung kepada seksyen 27 Akta 56 maka ia membuktikan bukan sahaja pengetahuan OKT tetapi juga ke atas jagaan serta milikan OKT. Ia berpaksikan kepada kes Faisal Abd Aziz v PP [2011] 9 CLJ 285 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan; S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ “A quick look at the grounds of judgment, will indicate that the trial judge had in fact made an affirmative finding of possession of the drugs by the appellant. In his judgment, the judge (at p. 55 of the record of appeal) wrote: It is also pertinent to stress that the manner of the packaging in small packets and the circumstances relating to the accused conduct of handing the two packets P8A and P8B and the act of pointing and picking the Old Spice bag P9 and handing it to SP3 to my mind not only established custody and control over P8A and P8B and P9 but also knowledge as to the contents of the cannabis in P8A and P8B and the cannabis content of P9. The manner and the place where P9 was found namely concealed in the bushes clearly establishes that it was only the accused who knew of its placement and concealment. It cannot have been found without the accused conduct of pointing to P9 and the plastic packets P8A and P8B was taken from the same place where P9 was found. Based on the available evidence, we find that the learned trial judge has not erred in law or on facts in making such a finding.” [20] Berkaitan prinsip penggunaan seksyen 27 Akta 56, ia telah dijelaskan oleh beberapa keputusan duluan dan Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Pathmanabhan Nalliannen v PP & other appeals [2017] 4 CLJ 137 seperti berikut; S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ “[109] Section 27 of the EA reads as follows: When any fact is deposed to as discovered in consequence of information received from a person accused of any offence in the custody of a police officer, so much of that information, whether the information amounts to a confession or not, as relates distinctly to the fact thereby discovered may be proved. [110] In Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149, Ahmad Maarop FCJ at p. 167, speaking for this court said: [28] In the light of the authorities referred to, we hold that information admissible under s. 27 of the Evidence Act includes accused's statement, or his act or conduct such as pointing out which leads distinctly to the discovery of a fact. For such information to be admissible in evidence, there is no duty on the prosecution to prove the voluntariness of the information. Hence it is not necessary to conduct a trial within a trial to determine the voluntariness of the information. [111] We have no reason to depart from the above principle of law. The act of the learned trial judge in undertaking the TWT exercise was unnecessary and a waste of judicial time. [112] Further, as to the approach in dealing with the evidence under s. 27 of the EA, we are of the considered view that the correct test was applied in Public Prosecutor v. Krishna Rao a/l Gurumurthi & Ors (supra), and adopted in PP v. Azilah Hadri & Anor (supra), as propounded in Chong Soon Koy v. Public Prosecutor [1977] S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ CLJU 20; [1977] 1 LNS 20; [1977] 2 MLJ 78. Suffian LP had formulated the twin tests which read as follows: ... What was the fact discovered? The fact discovered embraces the place from which the pistol and ammunition were produced and the knowledge of the accused as to this. What was the information supplied by the accused relating distinctly to the facts thereby discovered? It was "information with regard to a firearm and some ammunition which he had hidden in the Berapit Hills in Bukit Mertajam" in the words of Mr. Ong. All that evidence is admissible... [113] In the present case, the fact discovered embraces the area near the farm where the items were discovered by the police. The information given by the second and fourth accused persons indicates their knowledge of the place and the items.” [21] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan, mahkamah membuat dapatan dan merumuskan seperti berikut: a) SP2 iaitu isteri OKT semasa kejadian, telah sahkan bahawa rumah kedua adalah rumah di atas nama bapa SP2 dan rumah tersebut dihuni oleh SP2, OKT 1 dan 2 orang anak mereka; b) SP2 juga sahkan bilik di mana barang kes ditemui adalah bilik pakaian dan mereka semua tidak tidur dalam bilik tersebut tapi tidur di ruang tamu; S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ c) SP2 dan anak-anaknya berada di rumah ibunya yang berada berhadapan dengan rumah kedua di mana anggaran jaraknya hanya 2 meter sejak petang 15/3/2019 untuk memasak bagi majlis kenduri; d) kedua-dua pintu hadapan dan belakang rumah kedua tersebut berada dalam keadaan terbuka; e) SP2 telah menafikan pengetahuan mengenai barang kes. SP2 turut mengesahkan semasa malam kejadian, hanya ada budak-budak yang berlari serta bermain di dalam rumah kedua tersebut; f) OKT yang menunjukkan dengan tangan kanannya pada SP3 dan SP4 di mana P25 berada iaitu di celahan antara beg pakaian berwarna hitam dan almari pakaian; g) dadah tersebut berada dalam keadaan tersorok dan tersembunyi kerana berbalut dengan P28 dan P29 serta berada di dalam P27 yang bertutup dan isi kandungan di dalam P27 tidak boleh dilihat melalui mata kasar; dan h) SP3 dan SP4 juga sahkan semasa kejadian tiada orang lain selain SP3, SP4 dan OKT 1 di dalam bilik tersebut. [22] Berdasarkan kes Mustapha Awang Besar v. PP [2015] 1 LNS 52 terdapat 4 intipati yang menjadi asas bagi seksyen 27 Akta 56 terpakai iaitu: S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ a) OKT berada dalam tahanan polis semasa memberi maklumat; b) OKT yang memberi maklumat di mana dadah berbahaya tersebut berada; c) dadah yang ditemui mempunyai sifat-sifat disorokkan; dan d) SP3 dan pasukan tidak sedia mengetahui tempat dadah itu tanpa maklumat daripada OKT [23] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan, mahkamah mendapati OKT telah ditahan dan digari semasa di tempat tangkapan awal di rumah pertama. Oleh itu, tidak timbul OKT tidak berada di dalam tahanan pihak polis. Oleh itu, intipati
a
adalah dipatuhi. [24] Mahkamah turut mendapati OKT telah memberikan maklumat secara lisan mengenai dadah yang disimpannya di rumahnya iaitu di rumah kedua dan OKT telah memandu arah SP3 dan SP4 ke rumah tersebut dengan menunjukkan jalan sehingga sampai di rumahnya. Kemudian OKT sendiri yang memandu arah SP3 dan SP4 ke ke dalam bilik di rumah kedua tersebut dan menunjukkan P27 kepada SP3 dan SP4 dengan tangan kanannya. Keterangan ini memenuhi keperluan intipati (b). [25] Walaupun tempat kejadian semasa serbuan adalah terbuka dan boleh diakses oleh mana-mana orang memandangkan pintu rumah terbuka dan pintu bilik tidak berkunci, namun dadah tersebut pada pandangan mahkamah berada dalam keadaan S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ tersorok dan tersembunyi. Dadah tersebut berada dalam keadaan berbalut dengan P28 dan P29 serta berada dalam P27. Ia bertutup dan isi kandungan dalam beg tersebut tidak boleh dilihat melalui mata kasar. [26] Selain itu, mahkamah berpandangan bahawa mana-mana orang tidak akan tahu atau menyedari kedudukan dadah di dalam P27 yang berada di celahan antara beg pakaian berwarna hitam dan almari pakaian berwarna biru melainkan orang yang menyorokkan atau menyembunyikan barang kes tersebut menunjukkannya sendiri. [27] Selain itu, SP3 dan SP4 telah mengesahkan semasa kejadian tiada orang lain selain SP3, SP4 dan OKT di dalam bilik tersebut. SP2 yang merupakan isteri OKT ketika itu yang ada akses dalam bilik tersebut juga tidak pernah nampak P27. Ini jelas menunjukkan bahawa P27 berada di dalam keadaan tersorok dan tersembunyi daripada mata kasar yang memenuhi keperluan intipati (c). Tambahan pula, P27 berwarna hitam dan diletak bersebelahan beg pakaian berwarna hitam dan saiz P27 juga agak kecil untuk dilihat dengan mata kasar. [28] Akhir sekali, maklumat secara lisan yang diberikan oleh OKT berkenaan tempat di mana dadah adalah hanya diketahui oleh OKT. Sekiranya OKT tidak memberitahu di mana tempat P27 disembunyikan, adalah mustahil untuk SP3 dan SP4 mengetahui ada dadah yang disimpan oleh OKT di dalam bilik di rumahnya kerana tempat tangkapan awal adalah di tempat yang berbeza. S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ [29] Mahkamah turut mengambilkira bahawa SP3 serta SP4 tidak pernah tahu di mana rumah OKT sebelum ini dan jaraknya dari tempat tangkapan pertama di rumah pertama agak juga adalah jauh dan untuk sampai ke tempat kejadian di rumah kedua tersebut, ia perlu menaiki kenderaan di mana OKT perlu menunjukkan jalan-jalan dan simpang-simpang mana yang perlu diambil untuk sampai ke rumah kedua tersebut. Ini sekaligus menepati kehendak intipati (d). [30] Sehubungan itu, Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua keperluan di bawah seksyen 27 Akta 56 telah dipenuhi. Oleh itu, mahkamah memutuskan untuk menerima keterangan OKT melalui maklumat secara lisan berkenaan fakta bahawa terdapat dadah disimpan di rumah OKT dan maklumat melalui perbuatan (conduct) yang berikan oleh OKT yang memandu arah SP3 dan SP4 ke bilik di rumahnya iaitu tempat dimana dadah tersebut disembunyikan. [31] Peguam OKT di dalam hujahannya mempertikaikan keterangan SP3 dan SP4 berkaitan kedudukan P27 berada di dalam keadaan yang tidak boleh dilihat sebaliknya menghujahkan bahawa keterangan SP3 dan SP4 sebenarnya menunjukkan bahawa P27 tersebut adalah ditemui di atas lantai dan oleh yang demikian ianya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang memasuki bilik tersebut. Oleh itu, menurut peguam OKT, penggunaan seksyen 27 Akta 56 adalah tidak dibolehkan. [32] Mahkamah bagaimanapun mendapati bahawa keterangan SP3 dan SP4 adalah konsisten sama ada semasa di peringkat pemeriksaan utama mahu pun semasa diperiksa balas bahawa P27 tidak berada di dalam keadaan terbuka. Malahan menurut S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ SP3 dan SP4, P27 tidak akan ditemui hanya sekadar pemeriksaan biasa dijalankan. [33] Mahkamah telah menilai keterangan kedua-dua saksi ini dan Mahkamah mendapati bahawa selain dari keterangan mereka adalah konsisten, Mahkamah turut berpandangan bahawa tiada sebab bagi mereka untuk mereka-rekakan keterangan. Apatah lagi, P27 ditemui di rumah kedua sedangkan OKT ditangkap semasa berada di rumah pertama. Penemuan P27 di rumah kedua tersebut adalah semata-mata di atas maklumat yang diberikan oleh OKT. [34] Selain itu, peguam OKT turut membangkitkan isu berkaitan akses ke atas rumah kedua tersebut termasuk ke atas bilik di mana P27 ditemui. Menurut peguam OKT, keterangan menunjukkan bahawa semasa serbuan, terdapat majlis kenduri yang berlangsung di rumah mentua OKT iaitu di sebelah rumah kedua. Keadaan semasa itu adalah terdapat ramai orang di rumah kedua tersebut dan ditambah lagi dengan keadaan bilik tersebut yang tidak berkunci. Peguam OKT merujuk mahkamah ini kepada keputusan di dalam kes PP v Vasugi Samuel [2020] MLRHU 1464 yang melibatkan dadah telah ditemui di dalam bilik dan boleh ditemui jika pemeriksaan dijalankan di dalam bilik tersebut. [35] Mahkamah bagaimanapun berpandangan bahawa fakta di dalam kes ini adalah berbeza. Walaupun adalah suatu fakta yang tidak dinafikan bahawa terdapat majlis kenduri yang sedang berlangsung dan terdapat ramai orang berada di rumah kedua tersebut atau di rumah mentua OKT, namun P27 tersebut di temui di dalam bilik yang telah disahkan oleh SP2 sebagai bilik kegunaan S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ OKT dan SP2. Walaupun ianya tidak berkunci, namun ini tidak bermaksud sesiapa sahaja boleh memasuki bilik tersebut. Ia adalah bilik pasangan suami isteri iaitu SP2 dan OKT. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan bahawa ia diakses oleh orang lain. [36] Selain itu, mahkamah berpandangan bahawa penemuan P27 tersebut bukanlah berdasarkan kepada pemeriksaan biasa ke atas bilik tersebut, tetapi berpaksikan kepada maklumat yang diberikan oleh OKT kepada SP3. Adalah tidak wajar untuk merumuskan bahawa P27 tersebut tidak berada di dalam milikan OKT hanya semata-mata kewujudan orang ramai di majlis kenduri tersebut sedangkan penemuan P27 adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh OKT dan kedudukannya yang tersembunyi di celahan antara beg pakaian serta almari pakaian. [37] Peguam OKT turut mempertikaikan berkenaan kebolehterimaan maklumat yang dicatitkan di P15 kerana tiada sebarang bukti bahawa kata-kata amaran di bawah seksyen 37B(1) Akta 234 telah diterangkan kepada OKT ke tahap yang OKT boleh memahaminya. Apatah lagi OKT bukanlah merupakan seorang warganegara Malaysia sebaliknya warganegara Thailand. [38] Berkaitan isu ini, pertamanya mahkamah merakamkan bahawa P15 hanya diterima masuk oleh mahkamah sebagai catatan yang dibuat oleh SP3 berkaitan maklumat yang diterima daripada OKT. Mahkamah telah merekodkan dengan jelas semasa perbicaraan bahawa ia tidak boleh dijadikan keterangan bagi membuktikan pengakuan OKT bahawa P27 tersebut berada di dalam milikannya. Oleh itu, persoalan berkaitan OKT telah dimaklumkan berkaitan S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ seksyen 37B(1) Akta 234 maupun sama ada OKT memahami kata-kata amaran di bawah seksyen tersebut adalah bagi pandangan mahkamah adalah tidak relevan. [39] Sesuatu keterangan diterima masuk di bawah seksyen 27 Akta 56, adalah berkaitan dengan penemuan fakta dan maklumat yang diberikan oleh OKT yang telah membawa kepada penemuan fakta tersebut. Ia adalah relevan sekalipun maklumat yang diberikan oleh OKT tersebut tidak terjumlah kepada pengakuan, serta ia juga tidak perlu melalui ujian kerelaan. [40] Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Khairul Anuar Musa lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2025] 1 CLJ 909 telah merujuk kepada keputusan di dalam kes Sulaiman Hamat v. PP [2013] 3 CLJ 1027 dan menyatakan; “[73] Seksyen 27 AK adalah berkaitan dengan “discovery of facts” dan maklumat-maklumat yang diberikan oleh kedua-dua OKT2 dan OKT1 telah membawa kepada penemuan fakta iaitu kenderaan yang digunakan untuk melarikan SP17, tempat di mana SP17 dibawa dan ditahan secara salah serta ke mana wang tebusan telah digunakan oleh OKT1. [74] Mahkamah Rayuan dalam kes Sulaiman Hamat v. PP [2013] 3 CLJ 1027 telah menerangkan mengenai s. 27 AK ini dengan jelas seperti berikut: [13]... In the Evidence Act 1950, the legislature had made a policy decision. In the plain language of s. 27, it is clear that the legislature intends that s. 27 is applicable whether the S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ information from a person who is accused of an offence and given while in custody, amounts to a confession or not. Section 27, therefore cannot be dismissed as not artistically worded. The question whether it is unfair or not is no longer the issue. Hence, while it is right and proper that the courts must be cautious in its application, and the courts have been vigilant, it means the court must be cautious about the information and therefore examine its reliability. In the scope encompassed by s. 27, the fact discovered from the information so provided by itself proves the reliability of the information provided, and the true issue is whether the information was provided by the accused and while he is in custody, or not. [14] The information provided by the appellant in this case led to the discovery of the following facts:
a
the place where the body of the deceased was thrown into and the body itself (exh. P16 & exh. P17),
b
the shop where the appellant sold the gold "barang kemas" belonging to the deceased to (exh. P81 & exh. P82),
c
the TV & DVD that the appellant bought, and the shirt, trousers and shoes he wore at the time of the alleged offence (exh. P98 & exh. P99), S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ
d
the public telephones he used and the places he picked up the money paid (exh. P164 & exh. P165). [15] The impugned parts of the statements were clearly necessary part and parcel of the information given, linking the fact to the offence being investigated. We observe that except in the case of exh. P165, it was not submitted before us that the information was not provided by the appellant. [16] In the case of exh. P165, it was suggested in submissions that maybe the words were not from the appellant. Examination of the record of evidence does not show that the accusation that the appellant did not provide this information was not put to P/ASP Shafee bin Samad 1/11200. A suggestion in submission founded upon a mere speculation cannot lead anywhere. It can only be dismissed. [17] We examined exh. P166. It did not lead to the discovery of any evidence, but the information recorded in exh. P166 clearly relates to the discovery of the facts contained in the information. This is within the meaning and intent of s. 27 because it refers to discovery of the fact, not discovery of the evidence. It is erroneous to read s. 27 as pertaining to the discovery of evidence.” [41] Berdasarkan analisis mahkamah ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan, mahkamah berpuas hati bahawa maklumat yang diberikan oleh OKT tersebut adalah relevan dan boleh diterima masuk di bawah seksyen 27 Akta 56. Ia sekaligus S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ membuktikan bahawa P27 tersebut berada di dalam pemilikan OKT. Sehubungan itu, mahkamah merumuskan bahawa PR telah berjaya membuktikan elemen pemilikan OKT ke atas dadah tersebut. [42] Berdasarkan dapatan berkaitan pemilikan, pihak PR dibolehkan untuk menggunapakai anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 37(da) Akta 234 berdasarkan berat dadah jenis Cannabis yang disahkan oleh SP1 yang mengandungi berat bersih 961.7 gram. Ini berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Nasaruddin Daud & Anor v. PP [2020] 8 CLJ 21 yang menyatakan; “To prove the offence of trafficking the prosecution could prove affirmatively that an accused was in possession of the proscribed drugs and then invoke the presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA, or it could establish its case of trafficking by proving any of acts of trafficking as defined under s. 2 of the DDA.”. [43] Berdasarkan kepada seksyen 37(da) Akta 234, maka mahkamah merumuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan elemen terakhir iaitu OKT adalah mengedar dadah tersebut. Keputusan di akhir kes pendakwaan [44] Sehubungan dengan itu, di atas pertimbangan maksimum, mahkamah ini memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT. Mahkamah dengan ini memerintahkan OKT untuk membela diri. S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ Kes pembelaan [45] Di peringkat kes pembelaan, OKT telah memberi keterangan sebagai SD1 dan turut memanggil ibunya, SD2, untuk memberi keterangan. [46] Teras keterangan OKT adalah, pada hari kejadian, memang terdapat kenduri di rumah mentuanya, iaitu bersebelahan dengan rumah yang OKT tinggal bersama-sama isteri dan anak-anaknya iaitu rumah kedua. Namun, pada pagi tersebut, OKT telah menerima panggilan telefon daripada Ismail Shaaban (Ismail) berkaitan hutang sebanyak RM200 yang ingin dibayar oleh Ismail kepadanya. Ismail meminta OKT untuk datang ke rumah Amzanie bin Che Ani (Amzanie) di Kampung Lubuk Buaya iaitu rumah pertama bagi maksud pembayaran hutang tersebut. [47] Walaupun pada masa tersebut keadaan di rumah mentuanya adalah kesibukan majlis kenduri, OKT tetap pergi ke rumah Amzanie dan apabila sampai OKT mendapati Amzanie berada di rumah tersebut. [48]
Preamble
Menurut OKT, selepas 5 minit berada di rumah Amzanie, mereka telah diserbu oleh pihak polis dan mereka telah ditangkap. Pemeriksaan pihak polis di rumah Amzanie telah menemukan dadah. Kedua-dua mereka ditahan dan apabila dibawa keluar, OKT melihat Ismail berada di dalam sebuah van yang dikelilingi polis. Pihak polis kemudiannya telah membawa OKT ke rumahnya iaitu di rumah kedua. S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ [49] Apabila sampai di rumahnya, OKT dan Amzanie dikatakan telah diheret masuk ke dalam rumah tersebut. Polis kemudiannya telah bertanya OKT di mana rak bajunya dan kemudian masuk ke dalam rumah meninggalkkan OKT dan Amzanie bersama polis lain di luar bilik. [50]
Preamble
Menurut OKT, bilik tersebut adalah tidak berkunci dan boleh diakses oleh orang lain dan menurutnya, Ismail dan Amzanie juga pernah masuk ke bilik tersebut. Ketika serbuan tersebut, ibunya (SD2) dan beberapa anggota keluarga berada di dalam rumah tersebut. [51] OKT menafikan pihak polis telah menjalankan soal siasat kepadanya serta menafikan pernah memberi apa-apa maklumat termasuk catatan sepertimana di P15. [52] OKT turut menegaskan bahawa semasa mereka sampai di rumah kedua, keadaannya masih terdapat ramai orang disebabkan kenduri yang berlangsung di sebelah siangnya. [53] OKT menegaskan bahawa OKT tidak mengetahui apa yang berlaku di dalam bilik tersebut dan hanya dimaklumkan kononnya pihak polis telah menemui dadah sepertimana yang menjadi sabjek kepada pertuduhan ke atasnya. [54]
Preamble
Menurut OKT, pada ketika itu, ibunya iaitu SD2 berada di luar bilik namun telah dihalang untuk menghampirinya. Selepas itu, OKT dan kesemua tangkapan telah dibawa ke balai polis. S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ [55] Keterangan OKT ini disokong oleh SD2 terutamanya berkaitan keadaan rumah tersebut yang ramai orang dan OKT pada setiap masa yang material semasa serbuan pihak polis tidak berada di dalam bilik tersebut. [56] Teras pembelaan OKT adalah menafikan naratif pihak PR secara khususnya bahawa penemuan dadah di dalam bilik tersebut adalah berdasarkan maklumat yang diberikan olehnya. Malahan OKT menegaskan bahawa keadaan rumah tersebut yang mempunyai ramai tetamu di samping bilik yang tidak berkunci dan boleh diakses oleh orang lain, membolehkan satu inferens bahawa wujud kemungkinan akses oleh pihak ketiga termasuk Ismail dan Amzanie. Analisis dan dapatan Mahkamah di akhir kes pembelaan [57] Di dalam menimbang pembelaan OKT ini, mahkamah perlu membuat penilaian secara maksimum keterangan-keterangan OKT dan SD2 serta membandingkannya dengan keterangan saksi-saksi PR. Mahkamah akur, OKT tidak mempunyai beban untuk membuktikan kesnya namun sekadar membangkitkan apa-apa keraguan yang munasabah. Ini kerana, beban masih ditanggung oleh PR untuk membuktikan kes tanpa keraguan munasabah. [58] Mahkamah memulai penilaian mahkamah dengan terlebih dahulu menilai keterangan SD2. Secara amnya, prinsip undang-undang berkaitan saksi adalah mantap iaitu setiap saksi mempunyai nilai kredibiliti yang sama tarafnya tidak mengira hubungannya dengan OKT. Namun, apabila saksi tersebut mempunyai hubungan S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ dengan OKT, maka mahkamah harus berhati-hati kerana berkemungkinan saksi tersebut mempunyai kepentingan. [59] Di dalam kes ini, SD2 adalah merupakan ibu kepada OKT. Malahan semasa disoal balas oleh Puan TPR, SD2 mengakui memberi keterangan bagi membantu OKT sebagai anaknya. SD2 menyatakan SD2 menyayangi anaknya dan mahu OKT dilepaskan kerana OKT adalah anaknya. [60] Di dalam masa yang sama, mahkamah mendapati SD2 sendiri tidak nampak sepenuhnya apa yang berlaku semasa serbuan tersebut. Malahan SD2 sendiri mengakui telah dihalang untuk menghampiri OKT semasa di rumah tersebut. Mahkamah turut dimaklumkan keadaan rumah tersebut yang ramai tetamu yang masih giat berkenduri. [61] Oleh itu, mahkamah berpandangan, SD2 bukan sahaja seorang saksi yang mempunyai kepentingan, namun mempunyai pengetahuan yang sangat terhad berkaitan apa yang berlaku semasa serbuan tersebut. Ini kerana, SD2 sendiri mengakui dihalang dari menghampiri OKT. Pemerhatian SD2 ke atas apa yang berlaku pada malam tersebut adalah sangat terhad dan mungkin direka-reka. [62] Mahkamah merumuskan bahawa keterangan SD2 mempunyai nilai kredibiliti yang sangat rendah dan tidak dapat membantu keterangan OKT termasuk menyanggah keterangan SP3 dan SP4 berhubung apa yang sebenarnya berlaku semasa serbuan tersebut. Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa keterangan SD2 tidak sewajarnya diterima bagi menyokong keterangan OKT. S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ [63] Selanjutnya mahkamah menilai keterangan OKT secara khususnya berkaitan seorang yang bernama Ismail dan kenapa OKT pergi ke rumah Amzanie. Puan TPR di dalam hujahannya, mempertikaikan aspek keterangan ini yang dihujahkan sebagai keterangan afterthought. Ini kerana, ianya tidak pernah dibangkitkan oleh OKT semasa memeriksa balas saksi-saksi PR. [64] Mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan saksi PR dan bersetuju dengan Puan TPR bahawa perkara ini tidak pernah disoal balas kepada mana-mana saksi PR secara khususnya SP2 iaitu bekas isteri OKT. Tidak mungkin OKT boleh terlepas pandang keterangan sepenting ini semasa kes di peringkat PR. Ia tidak lain pada mahkamah adalah satu ciptaan baru OKT apabila mahkamah memerintahkan OKT membela diri. [65] Mahkamah turut berpandangan bahawa keterangan OKT turut diselaputi oleh tanda tanya dan menimbulkan kesangsian. Di waktu rumah mentua OKT sedang sibuk dengan majlis kenduri kahwin, OKT sanggup meninggalkan rumah hanya semata-mata untuk berjumpa dengan Ismail bagi mendapatkan kembali hutangnya sebanyak RM200. Lebih mencurigakan apabila OKT tidak langsung meletakkan fakta ini semasa mana-mana saksi PR termasuk SP2 memberi keterangan. [66] Di samping itu, watak Ismail ini juga tidak pernah dibangkitkan semasa SP5 memberi keterangan dan OKT juga tidak pernah memaklumkan kewujudan Ismail semasa SP5 menjalankan siasatan ke atasnya. Ia tidak memungkinkan siasatan dapat S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ dijalankan oleh SP5 dan oleh itu tidak berbangkit isu berkaitan kegagalan siasatan ke atas penama ini. [67] Keseluruhan keterangan ini telah dinilai secara maksimum oleh mahkamah dan mahkamah merumuskan bahawa keterangan OKT berkaitan Ismail ini, tidak lebih selain untuk mencipta satu pembelaan ke atasnya. OKT dilihat mencuba untuk mencipta watak baru dan meletakkan kesalahan ini di bahu Ismail yang tidak dibuktikan wujud. [68] Ini membawa kepada satu aspek lagi di dalam pembelaan OKT iaitu berkaitan akses oleh pihak ketiga ke atas bilik tersebut. Peguam OKT telah membawa perhatian Mahkamah ini kepada beberapa autoriti berkaitan isu ini terutamanya ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Abdullah Zawawi bin Yusuf v PP [1993] 4 CLJ 1. Teras hujahan peguam OKT adalah terdapat kemungkinan yang tidak dinafikan oleh PR bahawa mungkin wujud akses oleh pihak ketiga yang masih merupakan beban yang perlu dibuktikan oleh PR. [69] Mahkamah berpandangan bahawa autoriti duluan yang dirujuk oleh peguam OKT adalah sangat berbeza dari segi fakta dengan apa yang berlaku di dalam kes ini. Di dalam kes ini, serbuan adalah dijalankan oleh pihak polis berdasarkan maklumat yang diberikan oleh OKT dan bukannya melibatkan satu maklumat yang telah diterima oleh polis dari sumber. Malahan, OKT yang membawa pasukan polis ke rumahnya dan membawa kepada pemeriksaan dijalankan ke atas biliknya. S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ [70] Selain itu, bilik di mana dadah tersebut ditemui adalah disahkan oleh SP2 dan OKT sebagai bilik mereka. Ia walaupun tidak digunakan untuk tidur, namun disahkan sebagai bilik menyimpan pakaian mereka. Ia merupakan bilik yang dikhususkan untuk kegunaan peribadi OKT dan SP2. [71] Semasa kes di peringkat PR mahupun semasa kes masih disiasat oleh SP5, OKT tidak pernah membangkitkan cadangan bahawa bilik tersebut pernah dimasuki oleh pihak ketiga termasuklah Ismail ataupun Asmiezan. Perkara ini tidak pernah dibangkitkannya semasa SP2 memberi keterangan. [72] Namun dalam apa jua keadaan, telahan OKT ini nampak dangkal dan tidak lojik. Bilik tersebut ternyata sebuah bilik kegunaan peribadi SP2 dan OKT. Tidak lojik ianya sewenang-wenangnya dimasuki oleh orang lain. Jika itupun berlaku, semestinyalah SP2 maklum dan timbul persoalan kenapa semasa SP2 memberi keterangan, perkara ini tidak diajukan kepadanya. [73] Bagi mahkamah, ia bukannya persoalan sama ada ianya satu kemungkinan tetapi adakah ianya satu yang boleh diterima serta munasabah. Pihak PR tidak sepatutnya dibeban untuk menafikan kemungkinan akses pihak ketiga tersebut, jika ianya suatu yang tidak wajar diterima dan tidak munasabah untuk berlaku. [74] Pertimbangan maksimum mahkamah ke atas keseluruhan keterangan membolehkan mahkamah ini merumuskan secara positif bahawa mahkamah tidak diyakinkan bahawa terdapat sebarang kemungkinan bilik tersebut telah dan boleh diakses oleh S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ pihak ketiga yang meletakkan beban kepada pihak PR utk menafikan kemungkinan tersebut. [75] Perkara terakhir yang menjadi isu di dalam hujahan peguam OKT adalah berhubung seksyen 27 Akta 56 iaitu berhubung maklumat yang diberikan oleh OKT kepada SP3 dan catitan di P15. Peguam OKT menegaskan bahawa ianya tidak mematuhi dengan ketat pra syarat seksyen 27 Akta 56 dan sewajarnya ditolak. [76] Perkara ini telah diulas oleh mahkamah ini semasa keputusan di peringkat PR. Malahan semasa menerima masuk P15 sebagai keterangan, mahkamah telah menyatakan bahawa keterangan ini diterima sekadar membuktikan bahawa ia adalah catitan SP3 ke atas maklumat oleh OKT berkaitan kewujudan dadah di biliknya tanpa membuktikan bahawa ia dalam milikan OKT. [77] Mahkamah menegaskan sekali lagi bahawa SP3 dan SP4 adalah merupakan Pegawai Polis. Tiada sebarang keterangan yang dikemukakan bagi menunjukkan apa-apa motif bagi SP3 ataupun mana-mana saksi PR yang lain untuk mereka-rekakan keterangan apatah lagi menganiayai OKT. Keterangan SP3 dan SP4 turut tidak goyah semasa diperiksa balas. Oleh itu, mahkamah sekali lagi menegaskan bahawa keterangan SP3 dan SP4 adalah utuh dan diterima. [78] Sepertimana yang telah ditegaskan di awal penghakiman ini, maklumat yang diperolehi oleh SP3 daripada OKT adalah mematuhi garis panduan yang telah diberikan oleh autoriti-autoriti duluan berkaitan seksyen 27 Akta 56. Tiada alasan bagi mahkamah untuk menolak keterangan ini kini. S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ Keputusan di akhir kes [79] Sehubungan dengan itu, mahkamah merumuskan bahawa OKT telah gagal untuk membangkitkan apa-apa keraguan ke atas kes pihak PR. OKT turut gagal untuk mengakaskan anggapan di bawah seksyen 37(da) Akta 234 yang telah dibuat oleh mahkamah di akhir kes pendakwaan. [80] Oleh yang demikian, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan satu kes tanpa keraguan munasabah dan OKT adalah dengan ini disabitkan bagi pertuduhan yang telah dikenakan ke atasnya. Hukuman [81] Peguam OKT telah memohon mahkamah untuk tidak mengenakan hukuman mati dan menyatakan bagi pihak OKT perkara-perkara berikut: a) OKT adalah berusia 47 tahun; b) OKT berkerja sebagai seorang nelayan dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap; c) OKT merupakan seorang duda dan mempunyai 2 orang anak yang berusia 16 tahun dan 9 tahun; d) bapa OKT telah meninggal dunia pada tahun lepas (bulan Ogos) manakala ibu OKT (SD2) telah berusia 70 tahun dan uzur; S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ e) OKT telah berada di dalam tahanan mencecah 6 tahun dan ini memberi pengajaran kepada OKT; dan h) OKT memohon hukuman penjara yang paling ringan dan memohon ia bermula dari tarikh OKT ditangkap [82] Puan TPR seperti kebiasaannya telah menegaskan bahawa mahkamah perlu menjatuhkan hukuman bagi menunjukkan ketegasan mahkamah dengan memberi pertimbangan utama ke atas kepentingan awam. Tiada desakan dikemukakan oleh Puan TPR bagi mahkamah ini mengenakan hukuman mati. [83] Menerusi Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta 234 telah dipinda iaitu hendaklah dihukum apabila disabitkan dengan mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum sebat tidak kurang daripada dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk: Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195). [84] Budi bicara mahkamah ini di dalam menjatuhkan hukuman telah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Robin Radjnaini Saih @ Amjan Patta [2024] 9 CLJ 224; [2024] CLJU 1597 melalui penghakiman Hakim Wong Kian Kheong HMR yang telah menyatakan pandangan bahawa doktrin “rarest of the rare” sepertimana di dalam jurispudens India tidak sewajarnya S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ digunapakai tetapi sebaliknya mahkamah sepatutnya menggunapakai doktrin “Wide Judicial Discretion”. [85] Bagi maksud tersebut, mahkamah telah menimbangkan bahawa ini kesalahan pertama OKT dan oleh itu wajar OKT diberi peluang kedua. Keterangan kes turut menunjukkan bahawa kes ini tidak melibatkan keterangan secara langsung pengedaran namun sebaliknya berdasarkan andaian pengedaran. Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam OKT agar OKT diberi pertimbangan untuk tidak dikenakan hukuman mati. Di dalam nada yang sama, mahkamah menegaskan betapa OKT sangat bernasib baik apabila hanya dihakimi selepas Akta 846 berkuatkuasa di mana hukuman sudah berubah dan mahkamah mempunyai pilihan di dalam menjatuhkan hukuman. [86] Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan sebanyak 12 sebatan. Bertarikh: hb. April 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : Aisyah Al Humayrah binti Kamaruzaman Wisma Darul Aman Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Jalan Tengku Bendahara 05250 Alor setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Saidina Khatijah Zaharah Khairulnisak binti haji Mohd Noor Tetuan M. Thanakumaran & Shan Peguambela & Peguamcara No.51 A, Lorong BLM 1/4 Bandar Laguna Merbok Taman Wira Mergong 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman Tarikh Bicara : 13hb. Januari, 2025 Tarikh Keputusan : 19hb. Februari, 2025 S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Dadah Berbahaya 1952 ➢ Akta Keterangan 1950 ➢ Kanun Tatacara Jenayah ➢ Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 ➢ PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 ➢ Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524 ➢ Gunalan Ramachandran & ors v PP [2004] 4 CLJ 551 ➢ Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221 ➢ Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] MLJ 237 ➢ Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 ➢ Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870 ➢ Faisal Abd Aziz v PP [2011] 9 CLJ 285 ➢ Pathmanabhan Nalliannen v PP & other appeals [2017] 4 CLJ 137 ➢ Mustapha Awang Besar v. PP [2015] 1 LNS 52 ➢ PP v Vasugi Samuel [2020] MLRHU 1464 ➢ Mohd Khairul Anuar Musa lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2025] 1 CLJ 909 ➢ Sulaiman Hamat v. PP [2013] 3 CLJ 1027 ➢ Nasaruddin Daud & Anor v. PP [2020] 8 CLJ 21 ➢ Abdullah Zawawi bin Yusuf v PP [1993] 4 CLJ 1 ➢ Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 ➢ DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195 ➢ PP v. Robin Radjnaini Saih @ Amjan Patta [2024] 9 CLJ 224; [2024] CLJU 1597 S/N mlp2zFr/qEaa1KonZgIptQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.