Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO : BA-45B-26-08/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD HAIRIL IZZUAN BIN A SAMAD (No. K/P : 790528-14-5005) PENDAHULUAN [ 1 ] Talian MERS 999 adalah talian untuk panggilan semua jenis kecemasan seperti kebakaran, perubatan, jenayah dan lain-lain. Apabila terdapat panggilan, operator akan menyambung panggilan tersebut kepada pusat kawalan agensi-agensi yang berkaitan untuk tindakan lanjut. Bagi kes jenayah, panggilan akan disambung ke pusat kawalan di balai polis mengikut daerah yang berkaitan. [ 2 ] Pada 30.7.2020, 1.04 pagi, Koperal Mohd Nazri bin Mohammad kecemasan dari seorang lelaki Melayu yang kedengaran panik S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw memaklumkan isterinya tidak sedarkan diri di dalam kereta berhampiran Tasik PKNS, Cyber Jaya. SP1 telah menyalurkan makluman itu kepada SP4 yang bertugas meronda menaiki kereta MPV untuk ke lokasi. Sampai di lokasi SP4 memeriksa kereta berkenaan dan mendapati seorang wanita duduk di kerusi pemandu berpakaian lengkap bertudung dan dengan mata tertutup. Wanita itu tiada tindak balas walaupun dipanggil beberapa kali. [ 3 ] Penolong Pegawai Perubatan (SP7) yang sampai bersama ambulans kemudiannya telah membuat pemeriksaan ke atas wanita tersebut dan mengesahkan kematiannya. Bedah siasat yang dijalankan oleh pakar Patologi, Doktor Khairul Anuar Bin Zainun (SP16) mendapati sebab kematian simati ialah compression of the neck. [ 4 ] Hasil siasatan membawa kepada pertuduhan terhadap Tertuduh seperti berikut 30 Julai 2020 jam lebih kurang 1.04 pagi bertempat Tasik Cyber Valley Park, Jalan Persiaran Sepang, di dalam daerah Sepang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Maizatulnisa Binti Othman (No. K/P: 800326-07-5340) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun [ 5 ] Setelah perbicaraan penuh, mahkamah telah mensabitkan Tertuduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan seperti S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun dari tarikh tangkap dan 12 sebatan rotan. Tertuduh telah memfailkan rayuan terhadap keseluruhan keputusan mahkamah. KES PENDAKWAAN [ 6 ] Pihak pendakwaan telah memanggil 20 orang saksi untuk membuktikan pertuduhan terhadap Tertuduh. Saksi yang memberikan keterangan ialah a. SP1 - Kpl Mohd Rozaidi bin Hasan b. SP2 - SM Mohamad Shaffei Bin Jaafar c. SP3 - Kpl Mohd Nazri Bin Mohamad d. SP4 - L/Kpl Mohd Fareed Bin Zailaini e. SP5 - Sjn Nor Hafiz Bin Muhamad Nor f. SP6 - DSP Chua Hong Lom g. SP7 - Saldatulshamira Binti Abdul Aziz h. SP8 - L/KPL Wan Muhammad Amin i. SP9 - ASP Mohd Zaidi Bin Abu Hassan (Forensik Maktab Cheras) j. SP10 - ASP Sugendran A/L Krishnan (Forensik tempat kejadian) k. SP11 - Asmahani Binti Ramah (Peguam syariah) l. SP12 - Chandra Bin Jamaluddin@ Munir (Pemandu m. SP13 - Hana Sofiya Binti Mohd Hairil Izuan (anak simati) n. SP14 - Siti Hajar Binti Hussin (Ahli Kimia) o. SP15 - Shamsuriza Binti Othman (waris simati) S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw p. SP16 - Doktor Khairul Anuar Bin Zainun (Pathologist) q. SP17 - Insp Muhammad Hafiz Bin Rosali (Pegawai rampasan) r. SP18 - SM Syed Anuar Bin Syed Sagof (Pegawai tangkapan) s. SP19 - ASP Nur Azam Shah Bin Mohd Aziz (Pegawai rampasan) t. SP20 - DSP Annuar Bin Hamim (Pegawai Penyiasat) u. SP21 - Doktor Mohd Hamdan Bin Saparwan (Pegawai Perubatan yang mengambil darah Tertuduh) [ 7 ] Pada hari kejadian simati iaitu seorang Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, telah keluar daripada rumahnya di kawasan Taman Putra Perdana pada sebelah pagi kerana mempunyai urusan di Mahkamah Syariah bersama peguam syariahnya (SP11) untuk pengesahan penceraian simati dengan suaminya - Tertuduh. Simati kemudiannya telah tidak dapat dihubungi. [ 8 ] Sekitar jam 4.00 petang hari itu, Tertuduh telah pergi ke rumah simati dan anak mereka SP13 membukakan pintu rumah. Malam itu, SP13 telah mengajak Tertuduh untuk mencari simati yang tidak pulang dan tidak dapat dihubungi. Pada jam 11.00 malam, Tertuduh telah memesan Grab dan meletak lokasi destinasi sebagai Cyberjaya . SP13 dan Tertuduh telah menaiki kereta Grab yang dipandu oleh SP12 dan telah melakukan pencarian di sekitar Cyberjaya setelah memaklumkan SP12 tujuannya mencari simati. S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw [ 9 ] Setelah memandu sekitar Cyberjaya hampir sejam, SP12 ingin menamatkan khidmatnya dan menghantar Tertuduh dan SP13 pulang. Semasa melalui jalan yang bertentangan dengan tasik PKNS, Tertuduh telah meminta SP12 pergi ke tepi tasik tersebut yang dikatakannya terlihat kereta simati. Di situ, mereka mendapati simati berada di dalam kereta di kerusi pemandu dalam keadaan tidak sedar. Tertuduh seterusnya telah membuat panggilan kecemasan kepada polis dan ambulans. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG DI AKHIR KES PENDAKWAAN [ 10 ] Mahkamah perlu membuat penilaian maksima ke atas semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan untuk menentukan sama ada pertuduhan terhadap Tertuduh telah dibuktikan secara prima facie seperti diputuskan dalam kes-kes seperti PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 2 MLJ 65 dan Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85. [ 11 ] Pembuktian suatu pertuduhan di akhir kes pendakwaan seumpama penyelesaian suatu teka-teki dari petunjuk yang diberikan melalui keterangan secara langsung atau mengikut keadaan daripada saksi-saksi pendakwaan dan eksibit yang dikemukakan di mahkamah. Segala bentuk keterangan ini akan diteliti oleh mahkamah dalam menentukan sama ada semua elemen pertuduhan ada petunjuk dan jawapan daripada keterangan tersebut yang akan membuktikan pertuduhan lalu menyelesaikan teka-teki itu. S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw [ 12 ] Elemen-elemen yang perlu dibuktikan di bawah pertuduhan terhadap Tertuduh di akhir kes pendakwaan ialah a. Kematian simati; b. Kematian simati disebabkan kecederaan dalam mana-mana keadaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 300 Kanun Keseksaan; dan c. Kecederaan itu dilakukan oleh Tertuduh. Elemen Pertama - Kematian simati Maizatulnisa Binti Othman (No. K/P: 800326-07-5340) [ 13 ] Identiti si mati telah dibuktikan melalui keterangan anaknya SP13, kakak simati SP15 dan SP20 iaitu Pegawai Penyiasat. [ 14 ] Kematian simati telah disahkan secara rasmi oleh SP7 iaitu Penolong Pegawai Perubatan, Bahagian Kecemasan Hospital Putrajaya yang telah pergi memeriksa keadaan simati di tempat kejadian pada 30 Julai 2020 jam 1.36 pagi. Setelah sampai, SP7 telah menutup enjin kereta lalu melakukan pemeriksaan ke atas simati untuk memastikan response dan circulation simati iaitu sama ada masih ada nadi atau respon yang lain S : Hasil pemeriksaan? : Hasil pemeriksaan, memang tiada nadi yang dapat dirasa sama ada di bahagian leher ataupun di bahagian celah kangkang S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw ataupun di bahagian nadi di tangan. Salah satu sebabnya, keadaan mangsa sangat keras. Daging-dagingnya sudah keras. : Setelah puan melihat ada kesan darah di tepi bibir, apa tindakan lanjut puan? : Selanjutnya saya meminta pembantu saya untuk datang membawa mesin untuk check. Kita akan letak satu mesin Spo2 untuk letak oksigen dan memang unrecordable, bacaan tak ada langsung di mesin tersebut. : Ketika pemeriksaan mesin ini, mangsa ada di mana? : Masih di tempat duduk pemandu. : Setelah puan menggunakan mesin Spo2 ini, apa hasil pemeriksaan? : Hasilnya tiada bacaan langsung diterima. : Maksud tiada bacaan adalah bacaan apa? : Bacaan itu ditunjukkan searching dan ia kosong peratus (0%). Maksudnya tiada bacaan lain. Sekiranya orang yang masih hidup, ia akan dapat baca kandungan oksigen dalam badan. : Maksudnya mangsa tiada bacaan oksigen? : Tiada. Elemen Kedua: Kematian simati disebabkan kecederaan dalam mana-mana keadaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 300 Kanun Keseksaan. [ 15 ] Keterangan SP16 Pakar Patologi Forensik, Hospital Serdang yang menjalankan bedah siasat ke atas simati mengesahkan punca S/N 3hT9zGOabkWEAe1kck0Mhw kematian simati ialah (jerutan pada leher) . Jerutan pada leher ini telah menutup saluran pernafasan simati dan menghalang pergerakan darah kembali ke jantung. Mengambil dapatan bedah siasat secara keseluruhan, SP16 berpendapat tutupan saluran pernafasan juga berlaku di bahagian leher simati. [ 16 ] SP16 juga berpendapat kecederaan yang didapati pada jasad yang merujuk kepada tekanan akibat jerutan di leher serta kecederaan yang bersifat pergelutan, di dalam kes ini tidak sesuai dihasilkan oleh diri sendiri (not self-inflicted). SP16 menjelaskan, apabila jerutan berlaku di leher oleh diri sendiri, ia tidak membawa kepada kematian kerana sebarang jerutan atau cekikan di leher hanya akan membawa kepada koma atau tidak sedarkan diri. Apabila hampir ke peringkat tidak sedarkan diri, sebarang jerutan atau cekikan diri sendiri akan terlerai. Maka, salur pernafasan akan terbuka semula, termasuk juga salur darah. Lalu, keadaan ini tidak akan menyebabkan kematian. Hanya apabila jerutan mahu pun cekikan berlaku akibat perbuatan bukan diri sendiri, daya jerutan atau cekikan boleh berterusan sehingga koma dan kematian. [ 17 ]