Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-124-10/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN LIM BOON SENG ALASAN PENGHAKIMAN
BA-45A-124-10/2021
High Court of Malaysia16 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“for the purpose of trafficking in them would, in the absence of any plausible explanation by him, be irresistible-even if there were no statutory presumption such as in contained in section 15 of the Drugs Act. As a matter of common sense, the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they w”
“54. Mahkamah Rayuan dalam kes Ong Hooi Beng v PP [2015] MLJU 22 telah memutuskan berkaitan dengan penafian semata-mata seperti berikut; “[22] In our opinion whether or not a defence amounts to a mere denial is to be determined not by the fact that it is coupled”
“68. Berhubung berat dadah yang terlibat dalam kes ini, Mahkamah ingin menarik perhatian kepada kes Pendakwa Raya v Law Heng Mun dan satu lagi kes [2021] MLJU 119 dimana di dalam kes tersebut jumlah ketamine yang terlibat adalah sebanyak 82.29 gram (berat bersih). Mahkamah dalam kes **Note : Serial number will be used t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-124-10/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN LIM BOON SENG ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh dalam kes ini telah dituduh atas dua kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama bila disabit kesalahannya dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
2
Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti dalam eksibit P3 dan P4 seperti berikut: - Pertuduhan Pertama Bahawa kamu bersama-sama seorang yang telah meninggal dunia iaitu Yap Chin Boon (kp: 750606-10-5599) pada 24.7.2020 jam lebih kurang 2.50 petang di kawasan tempat letak kereta berhadapan Restoran Taj Curry House, jalan SS 12/1B, Subang Jaya, Selangor, di dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar 14,363.3-gram dadah berbahaya jenis methamphetamine. oleh dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu bersama-sama seorang yang telah meninggal dunia iaitu Yap Chin Boon (kp: 750606-10-5599) pada 24.7.2020 jam lebih kurang 2.50 petang di kawasan tempat letak kereta berhadapan Restoran Taj Curry House, Jalan SS 12/1B, Subang Jaya, Selangor, di dalam daerah petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar 7,170-gram dadah berbahaya jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA). oleh dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 kanun keseksaan.
3
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Untuk kesempurnaan, adalah wajar Mahkamah ini menyatakan semula secara ringkas alasan-alasan tertuduh diarah membela diri.
4
Kes telah dijalankan dengan 6 orang saksi pendakwaan dipanggil seperti berikut: - • SP1 – Kpl Hafiz bin Matbi (Jurustor) • SP2 – Sjn Abdul Hafiz bin Abd Majid (Jurustor) • SP3 – Nor Ummiza bt Kamaruzzaman (Ahli Kimia) • SP4 – Abdul Rahim bin Ismail (Ahli Kimia) • SP5 – DSP Mohd Suffian bin Hj Saari (Pengadu /Pegawai Serbuan) • SP6–Insp Sharifah Liyana bt Syed Sadair (Pegawai Penyiasat)
5
Secara ringkas, bertindak atas maklumat pada 24.7.2020 jam 2.50 petang. Pengadu (SP5) telah mengetuai sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya untuk membuat serbuan. Setelah tiba di lokasi, SP5 dan pasukannya telah membuat pemerhatian di sekitar tempat letak kereta berhadapan Restoran Taj Curry House, Subang Jaya, Selangor. Maklumat turut mendedahkan bahawa suspek menggunakan kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam no pendaftaran WA 7703S.
6
Sekitar 20 minit kemudian, SP5 telah melihat sebuah kereta jenis Toyota Camry warna hitam bernombor pendaftaran WA 7703S dan kereta tersebut berhenti di kawasan tempat letak kereta tersebut. SP5 nampak tertuduh keluar dari bahagian penumpang hadapan lalu pergi ke bahagian belakang dan membuka bonet kereta tersebut. SP5 nampak tertuduh mengeluarkan (1) beg dari dalam bonet kereta tersebut.
7
Pada masa yang sama SP5 menghampiri tertuduh sambil memperkenalkan diri seabagai polis dan sejurus itu, SP5 nampak tertuduh telah melepaskan beg tersebut kembali ke dalam bonet Toyota Camry dan telah melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh Insp. Muhammad Zaini dan D/SI Yusuf 118329.
8
SP5, pada masa yang sama beliau mengarahkan pasukan (1) yang menaiki Toyota Hilux dan pasukan (2) yang menaiki kereta Toyota Wish menghalang bahagian hadapan dan belakang kereta Toyota Camry tersebut. Semasa halangan dijalankan si mati yang memandu Toyota Camry cuba melarikan diri lalu melanggar bahagian pintu hadapan sebelah kiri Toyota Hilux yang menyebabkan bahagian bumper hadapan sebelah kanan Toyota Camry mengalami kerosakan ( rujuk eksibit P45 D dan P45 K).
9
SP5 kemudian memperkenalkan diri sebagai polis dengan menunjukkan kad kuasa kepada tertuduh dan simati yang merupakan pemandu Toyota Camry dan mengarahkan tertuduh dan simati untuk keluar dari kereta tersebut.
10
Kemudian, setelah SP5 memeriksa Toyota Camry tersebut, dia menemui satu beg kanvas berwarna hitam bintik putih (P1 / P47-A) yang mengandungi 50 paket dadah. Ketika itu, SP5 mengesyaki 50 paket dadah itu adalah ecstasy dengan anggaran berat 20,250g.
11
Selain itu, SP5 juga menemui 1 kotak ungu dengan perkataan “PHILLIPS” (P9 / P47-E) yang mengandungi 20 paket teh cina GUANYINWANG. Teh cina ini disyaki mengandungi syabu seberat 21,200g.
12
Selepas itu, SP5 membuat tangkapan dan merampas barang-barang kes yang kemudiannya dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia dan disahkan sebagai dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat seperti pertuduhan.
13
Seperti yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan yang disebut di atas, tertuduh si mati (iaitu Yap Chin Boon) telah ditangkap bersama tertuduh pada 24.7.2020 tetapi dia telah meninggal dunia pada 2.1.2021 akibat COVID-19.
14
Undang-undang adalah jelas bahawa pihak pendakwaan mesti membuktikan elemen-elemen dibawah seksyen 39B ADB 1952, bahawa barang yang dirampas adalah dadah berbahaya, bahawa tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atasnya, bahawa dia mempunyai pengetahuan terhadap dadah tersebut dan bahawa dia berkongsi niat yang sama dengan si mati untuk mengedarnya.
15
Tidak ada pertikaian bahawa bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya. Analisa telah dijalankan oleh SP4 iaitu Ahli Kimia yang mengesahkan barang kes tersebut adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA).
16
Berkaitan dengan elemen jagaan, milikan, kawalan dan pengetahuan. Bukti menunjukkan bahawa tertuduh dan Yap Chin Boon (“si mati”) iaitu pemandu kereta Toyota Camry tersebut yang telah meninggal dunia semasa dalam tahanan reman akibat Covic-19. telah ditangkap red-handed pada hari kejadian dan kedua-duanya cuba melarikan diri. SP5 dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau nampak tertuduh mengeluarkan (1) beg dari dalam bonet Toyota Camry berwarna hitam no. pendaftaran WA7703S (“Toyota Camry”) tersebut dan pada masa yang sama beliau arahkan pasukan
1
yang menaiki Toyota Hilux dan pasukan (2) yang menaiki kereta Toyota Wish menghalang bahagian hadapan dan belakang kereta Toyota Camry tersebut. Semasa halangan tersebut dilakukan si mati yang memandu Toyota Camry cuba melarikan diri lalu melanggar bahagian pintu hadapan sebelah kiri Toyota Hilux. SP5 pada masa yang sama menghampiri tertuduh sambil memperkenalkan diri sebagai polis dan SP5 nampak tertuduh telah melepaskan beg tersebut kembali ke dalam bonet Toyota Camry dan melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh Insp. Muhammad Zaini dan D/SI Yusuf 118329.
17
Mahkamah mendapati kelakuan tertuduh dan simati semasa kejadian serbuan tersebut telah menunjukkan mens rea dan dadah telah disembunyikan didalam beg kanvas hitam berbintik putih (P47-A) yang didalamnya mengandungi 50 paket plastik lutsinar berisi dadah anggaran berat 20,250 gram dan dalam 1 kotak ungu bertulisan Philips ( P47-E) berisi teh cina guanyingwang yang mana setiap bungkusan itu didalamnya terdapat 1 bungkusan plastik lutsinar yang berisi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 21,200 gram (ekshibit P44, P32 hingga P40 dirujuk). Melihat kepada lokasi dadah dijumpai dan juga fakta bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai akses kepada Toyota Camry tersebut, adalah tidak masuk akal bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan akan kewujudan dadah tersebut. Perlu juga diambil kira hanya tertuduh berdua sahaja berada dalam di Toyota Camry dan tiada orang lain yang berada di persekitaran tempat kejadian.
18
Berdasarkan keterangan Mahkamah mendapati bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai milikan dan kawalan terhadap dadah-dadah yang dirampas dari Toyota Camry tersebut. Cara dadah disembunyikan dan cara pembungkusan bagi mengelakkan pengesanan menunjukkan tertuduh ada pengetahuan tentang dadah-dadah tersebut. [Rujukan kes Teh Hock Leong v PP [2008] 4CLJ 764 dan Zulfikar bin Mustaffah v PP [2001] 1 SLR 633.]
19
Dakwaan pembelaan bahawa tiada kunci dikemukakan dan tertuduh bukan pemandu kenderaan adalah tidak material kerana kedua-duanya hadir di tempat kejadian bersama Toyota Camry dan mempunyai akses kepada kereta tersebut. Juga mengikut ekshibit P45(A-P) gambar-gambar jelas menunjukkan terdapatnya kesan-kesan kerosakan terhadap kereta Toyota Hilux yang dipandu oleh polis dan juga Toyota Camry yang dipandu oleh simati yang mana menyokong keterangan pihak pendakwaan bahawa kedua-dua tertuduh memang berada ditempat kejadian pada masa tersebut.
20
Tindakan kedua-dua tertuduh cuba melarikan diri dan dadah telah dijumpai dalam keadaan tersembunyi di dalam satu bahagian kereta dan dibungkus dalam bungkusan teh cina merupakan modus operandi dalam kes ini dan kedua-dua tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai di dalam Toyota Camry tersebut.
21
Berkenaan elemen pengedaran, Mahkamah juga mendapati bahawa cara dadah tersebut diselindung dan dalam jumlah yang sangat banyak menunjukkan bahawa kedua-dua tertuduh sememangnya berniat untuk mengedarkan dadah berbahaya seperti takrifan dibawah seksyen 2 ADB 1952.
22
Pihak pembelaan menimbulkan pelbagai hujahan dari segi prosedur, termasuk ketiadaan rakaman CCTV, kegagalan untuk menyiasat identiti orang ketiga yang DNA-nya ditemui pada item tertentu, dan dakwaan ketidakkonsistenan dalam keterangan saksi pendakwaan. Bagaimanapun, isu-isu ini tidak menjejaskan bukti langsung yang mengaitkan kedua-dua tertuduh dengan dadah. Tertuduh tidak pernah menegaskan bahawa dadah itu diletakkan oleh pihak lain dan kehadiran DNA yang tidak dikenal pasti sahaja tidak cukup untuk membebaskannya dari tuduhan tersebut.
23
Mahkamah mendapati bahawa kredibiliti dan keterangan saksi SP1, SP2, SP3, SP4, SP5 dan SP6 adalah konsisten sepanjang perbicaraan dan tiadanya rantaian barang kes adalah tidak terputus.
24
Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai dalam kereta Toyota Camry tersebut. Tertuduh juga mempunyai niat bersama dan terdapatnya keterangan langsung yang menunjukkan kedua-dua tertuduh melakukan perbuatan pengedaran dadah.
25
Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dibawah seksyen yang dipertuduhkan dalam P3 dan P4 dan Mahkamah menggunapakai anggapan dibawah seksyen 37(d) ADB 1952 dan dibaca bersama seksyen 2. Oleh itu, tertuduh dipanggil untuk membela diri dengan 3 pilihan yang mana tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. PERINGKAT PEMBELAAN Hujahan pihak pembelaan
26
Peguam terpelajar bagi tertuduh berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen milikan, kawalan dan pengetahuan mengenai dadah yang terdapat dalam kenderaan yang dinaiki oleh tertuduh. Pihak pembelaan menegaskan bahawa tertuduh hanyalah seorang penumpang dan tidak mempunyai milikan atau kawalan ke atas kenderaan itu. Keterangan pegawai penyiasat sendiri juga menyokong pendirian tertuduh yang mengesahkan Toyota Camry itu bukan milik tertuduh dan kunci kereta tiada dalam simpanan tertuduh ketika ditahan.
27
Tambahan pula, kes pendakwaan bergantung kepada keterangan bersandarkan keadaan (circumstantial evidence) dan anggapan berkanun (statutory presumptions) yang mesti disangkal atas imbangan kebarangkalian (must be rebutted on a balance of probabilities). Peguam cuba memberi penekanan kepada ketidakkonsistenan dalam keterangan pihak pendakwaan dan mempersoalkan kredibiliti saksi utama, khususnya pegawai polis yang menjalankan serbuan. Seperti yang dijelaskan dalam perenggan [47] – [58] hujahan bertulis, peguambela berhujah: • pelbagai ketidakkonsistenan dalam kes pendakwaan, terutamanya percanggahan antara pengadu (SP5) dan pegawai penyiasat (SP6), dimana Pengadu (SP5) mendakwa tertuduh mengakses dadah dari bonet kereta, manakala pegawai penyiasat (SP6) pula mengesahkan bonet itu tidak boleh dibuka tanpa kunci (yang mana kunci itu memang bukan dalam simpanan tertuduh). • Percanggahan juga timbul berhubung rampasan telefon bimbit di mana keterangan adalah bercanggah sama ada ia diserahkan sebagai bukti. • Tambahan pula, keterangan yang berbeza mengenai bilangan kenderaan yang terlibat dalam serbuan itu juga menimbulkan keraguan sama ada tertuduh boleh mengakses dadah itu dari bonet kereta sama sekali. • Pihak pembelaan juga berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal mengemukakan saksi penting, termasuk tiga individu lain yang ditahan berkaitan kes itu, sekali gus menghalang pemeriksaan penuh dan adil terhadap kejadian. Kes-kes terdahulu termasuk Kesavan Krishnan lwn PP [2015] 6 CLJ 163 dan Loo See Lee lwn PP [2018] 5 CLJ 385 ada menekankan bahawa percanggahan material dalam keterangan saksi melemahkan kes pendakwaan. Memandangkan terdapatnya ketidakkonsistenan dan jurang dalam keterangan ini, pihak pembelaan menegaskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan milikan atau pengetahuan mengenai dadah di luar keraguan munasabah.
28
Satu lagi isu penting yang dibangkitkan oleh peguambela ialah dadah itu ditemui di dalam bonet kenderaan milik dan dipandu si mati. Pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk mengecualikan kemungkinan bahawa si mati atau individu lain mempunyai kawalan eksklusif ke atas dadah. Memandangkan bonet itu bukan tempat yang sulit atau ruang yang dibina khas, maka seperti yang diputuskan dalam Pendakwa Raya lwn Muhamad Pudzi bin Ab Rahman [2008] 7 MLJ 137, tidak boleh diandaikan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah di dalamnya.
29
Selain itu, peguambela tertuduh juga berhujah bahawa tiada bukti forensik seperti cap jari atau DNA yang mengaitkan tertuduh secara langsung dengan dadah. Tambahan pula, pihak pembelaan menegaskan bahawa tertuduh tidak cuba melarikan diri dan sebaliknya mematuhi semua arahan polis. Pihak pembelaan juga berhujah bahawa tiada bukti transaksi dadah berlaku pada masa penahanan (seperti yang disahkan oleh pegawai penyiasat) yang memberi keterangan bahawa tiada pihak ketiga hadir untuk sebarang pemindahan atau penjualan dadah yang didakwa).
30
Peguam terpelajar seterusnya berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pengetahuan tertuduh tentang dadah. Dalam Public Prosecutor lwn Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209, Mahkamah tersebut berpendapat bahawa milikan memerlukan kawalan fizikal dan pengetahuan tentang sifat barang tersebut. Begitu juga, dalam Ghasem Hozouri Hassan lwn. Public Prosecutor [2018] 6 CLJ 133, Mahkamah Persekutuan menegaskan semula bahawa tertuduh mesti mempunyai kedua-dua jagaan dan niat untuk berurusan dengan dadah itu seolah-olah ia milik mereka sendiri. Lebih-lebih lagi, Pendakwa Raya lwn Ibrahim Mohamad & Anor [2011] 4 CLJ 113 memberi amaran supaya tidak bergantung semata-mata pada maklumat tip-offs kerana ia boleh membawa kepada tangkapan yang salah.
31
Selain itu, peguambela ada menimbulkan isu bahawa kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil saksi penting, termasuk individu yang didakwa terlibat dalam kes itu. Dalam Husin Sitorus lwn. Public Prosecutor [2012] 7 CLJ 205, mahkamah tersebut memutuskan bahawa pihak pendakwaan mesti mengecualikan akses oleh individu lain untuk membuktikan elemen “milikan”. Dalam kes ini, pihak pendakwaan gagal mengemukakan sebarang bukti daripada Yap Chin Boon sebelum kematiannya dan mereka juga tidak menjelaskan peranan si mati dalam kes ini walaupun dia ada sewaktu tangkapan. Ketiadaan saksi utama menimbulkan inferens bertentangan terhadap pihak pendakwaan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950.
32
Kesimpulannya, peguambela berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh (Lim Boon Seng) mempunyai milikan, kawalan atau pengetahuan mengenai dadah tersebut. Memandangkan wujudnya ketidakkonsistenan dalam kes pendakwaan, kekurangan bukti forensik langsung, hakikat bahawa si mati adalah pemilik kereta dan hadir pada masa itu dan kegagalan untuk mengecualikan kemungkinan dadah itu miliknya, peguambela berhujah bahawa tertuduh harus dibebaskan. Hujahan pihak pendakwaan
33
Pihak pendakwaan berhujah bahawa beban terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. Bagaimanapun, di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 yang dibacakan bersama seksyen 2 Akta yang sama, apabila milikan itu berjaya dibuktikan, beban pembuktian itu beralih kepada tertuduh untuk menyangkal anggapan pengedaran dadah.
34
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai milikan, jagaan dan kawalan ke atas dadah yang ditemui dalam Toyota Camry itu. Semasa serbuan tertuduh dilihat memegang beg kanvas hitam yang mengandungi dadah berkenaan. [Rujukan dibuat kepada kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4CLJ 337 / Tan ah Tee & Anor v PP [1980]1 MLJ 49 dimana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa;
35
Kedua-dua tertuduh sememangnya mempunyai milikan, kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah tersebut berdasarkan perkara berikut: - • Setelah pemerhatian oleh SP5 dan pasukannya, beliau telah melihat sebuah kereta jenis Toyota Camry warna hitam “ Even if there were no statutory presumptions available to the prosecution, once the prosecution had proved the fact of physical control or possession of the plastic bag and the circumstances in which this was acquired by and remained with the second appellant, the trial judges would be justified in finding she had possession of the contents of the plastic bag within the meaning of the Act unless she gave an explanation of the physical fact which the trial judges accepted or which raised a doubt in the minds that she had possession of the contents within the meaning of the Act.” bernombor pendaftaran WA 7703S berhenti dikawasan tempat letak kereta tersebut. • Pendakwaan mengatakan bahawa tertuduh keluar dari bahagian penumpang hadapan lalu pergi ke bahagian belakang dan membuka bonet kereta tersebut. Kemudian SP5 nampak tertuduh mengeluarkan (1) beg kanvas dari dalam bonet kereta tersebut. • Versi pembelaan pula menyatakan bahawa tertuduh berada dihadapan tempat duduk penumpang semasa kejadian dan adalah tidak berasas jika tertuduh kebelakang bonet kereta dan cuba mengeluarkan beg yang beratnya 20kg dari bonet yang mana kereta Toyota Camry tersebut telah dihalang rapat dalam jarak 20 kaki dan cuba mengeluarkan beg seberat 20kg. Pendakwaan menyatakan bahawa tiada sebab untuk SP5 atau mana-mana anggota untuk membuat cerita bahawa tertuduh berada diluar kereta. • SP5 telah arahkan pasukannya untuk membuat halangan dihadapan dan belakang Toyota Camry. Semasa halangan tertuduh (simati) yang memandu kereta tersebut cuba melarikan diri dan telah melanggar kereta pasukan jenis Toyota Hilux yang menyebabkan bahagian pintu hadapan sebelah kiri Toyota Hilux yang menyebabkan bahagian bumper hadapan sebelah kanan Toyota Camry mengalami kerosakan. (rujuk P45) • Tindakan kedua-dua tertuduh cuba melarikan diri membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh terlibat dengan kesalahan yang mereka dipertuduhkan. • Setelah pemeriksaan dibuat terhadap kereta Toyota Camry tersebut, SP5 telah menjumpai 1 beg kanvas warna hitam berbintik putih didalamnya mengandungi 50 paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki pil ecstacy yang mana pada pandangan mata kasar dan anggaran berat 20,250 gram. • Selain itu SP5 turut menjumpai 1 kotak unggu bertulisan PHILLIPS didalamnya mengandungi 20 bungkusan teh cina bertulisan Guanyinwang dimana setiap bungkusan itu di dalamnya terdapat 1 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu yang mana anggaran berat semua 20 paket adalah 21,200 gram. • Dari waktu pemeriksaan sehinggalah tangkapan berjaya dibuat keatas kedua-dua tertuduh, tiada orang lain yang berada bersama mereka semasa kejadian berlaku.
36
Pihak pendakwaan seterusnya berhujah bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang ditemui di dalam kenderaan itu. Percubaan tertuduh untuk melarikan diri dan cara penyembunyian dadah menguatkan inferens pengetahuan. Rujukan dibuat kepada PP v Yuvaraj [1969] 2
37
Berhubung anggapan untuk mengedar, pihak pendakwaan menekankan bahawa kuantiti dadah yang ditemui adalah sangat besar. Mahkamah Rayuan dalam Low Kai Gie lwn PP [2020] 1 MLJ 476 memutuskan bahawa sebaik sahaja statutory presumption itu dibangkitkan, beban pembuktian akan beralih kepada tertuduh untuk menyangkalnya atas imbangan kebarangkalian.
38
Pihak pendakwaan berhujah bahawa pembelaan tertuduh hanyalah penafian kosong dalam kes ini yang tidak mencukupi untuk mematahkan anggapan itu. Kes DA Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195 adalah dirujuk di mana mahkamah tersebut berpendapat bahawa penafian semata-mata tidak sama dengan menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pihak pendakwaan juga merujuk Mahkamah ini kepada kes Thavanathan Balasubramaniam v PP [1997] 3 CLJ 150 di mana tertuduh mesti memberikan penjelasan yang munasabah untuk mematahkan anggapan undang-undang terhadapnya. Pihak pendakwaan berhujah bahawa kuantiti besar dadah yang dirampas menolak kemungkinan penggunaan peribadi dan lebih kepada pengedaran.
39
Berkenaan dengan pelbagai pertikaian yang ditimbulkan oleh tertuduh semasa perbicaraan, jawapan pihak pendakwaan adalah seperti berikut; i. Mengenai isu tertuduh yang mendakwa bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang dadah dan hanya menemani si mati, pihak pendakwaan menyangkal dakwaan ini dengan menegaskan bahawa kejahilan bukanlah pembelaan yang bermerit dalam kes dadah. Dalam PP v Yuvaraj (supra), Privy Council berpendapat bahawa tertuduh mesti memberikan penjelasan yang munasabah untuk mematahkan anggapan tersebut. ii. Keterangan yang dibawa oleh tertuduh ke mahkamah ini sangat mudah iaitu hanya menafikan pengetahuan dan keterlibatan tertuduh dengan barang-barang salah yang ditemui dan menyangkal versi SP5 tentang fakta kejadian. iii. Mengenai isu dakwaan bahawa siasatan itu cacat akibat ketidakpatuhan prosedur, percanggahan keterangan SP5 dan SP6, termasuk kegagalan memanggil saksi tertentu dan ketiadaan bukti forensik, pihak pendakwaan menegaskan bahawa isu ini tidak menjejaskan keterangan langsung (direct evidence) yang membuktikan penglibatan tertuduh dalam kes ini. iv. Isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan ialah dakwaan tidak konsisten dalam keterangan saksi. Pihak pendakwaan berhujah bahawa percanggahan kecil tidak menjejaskan kredibiliti keterangan keseluruhan. Mahkamah Persekutuan dalam Ali Tan bin Abdullah v PP [2013] 2 MLJ 676 ada menekankan bahawa percanggahan mesti bersifat material yang mampu mencabar intipati kes pendakwaan. v. Pihak pembelaan juga menimbulkan isu terhadap rantaian jagaan dadah tersebut. Pihak pendakwaan membantah hujahan ini dengan menyatakan bahawa bukti telah dikendalikan dan didokumenkan dengan betul dari semasa ke semasa.
40
Justeru, pihak pendakwaan berhujah bahawa semua elemen pertuduhan telah dibuktikan tanpa keraguan munasabah. Pembelaan tertuduh hanyalah penafian kosong, tidak disokong oleh bukti yang boleh dipercayai. Pihak pendakwaan menggesa Mahkamah ini mensabitkan tertuduh seperti yang didakwa mengikut seksyen 39B ADB 1952. Analisis dan dapatan Mahkamah di peringkat Pembelaan
41
Kes ini melibatkan pertuduhan mengedar dadah di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952. Di akhir kes pembelaan, Mahkamah ini mesti menentukan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan pertuduhan melampaui keraguan munasabah. Isu utama untuk penentuan adalah:
i
sama ada tertuduh mempunyai milikan, jagaan dan kawalan dadah;
II
(ii) sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah; dan
III
(iii) sama ada anggapan pengedaran berjaya disangkal / dipatahkan oleh tertuduh. Milikan, jagaan dan kawalan
42
Pihak pendakwaan berhujah tertuduh memiliki dadah itu kerana dilihat mengendalikan beg kanvas hitam (P10) yang mengandungi dadah tersebut. Bukti utama yang dikemukakan ialah pemerhatian saksi polis iaitu SP5 yang menyaksikan tertuduh keluar dari bahagian penumpang hadapan lalau pergi ke bahagian belakang dan membuka bonet kereta tersebut. Kemudian SP5 nampak tertuduh mengeluarkan (1) beg dari dalam bonet kereta tersebut. SP5 telah mengarahkan pasukan serbuan yang menaiki kereta Toyota Hilux supaya menghalang bahagian hadapan Toyota Camry dan satu lagi pasukan yang memandu Toyota Wish menghalang bahagian belakang Toyota Camry tersebut. Pada masa yang sama, SP5 menghampiri tertuduh dan memperkenalkan diri sebagai polis dan SP5 nampak tertuduh telah melepaskan beg tersebut kembali ke dalam bonet kereta dan melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh anggota. Pihak pembelaan pula berhujah bahawa tertuduh hanyalah penumpang dan berada di tempat penumpang bahagian hadapan semasa kejadian dan tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan beg tersebut.
43
Berdasarkan keterangan tersebut adalah dihujahkan bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah-dadah yang dirampas dari kereta tersebut. Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 FC dimana di dalam kes tersebut menyebut; “It is clear that what is important in the elements to constitute possession is that “once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession.”
44
Berkaitan isu kenderaan tersebut tidak didaftarkan atas nama si mati dan tertuduh tidak memiliki kunci kereta tersebut secara fizikal, berdasarkan keterangan dihadapan Mahkamah tertuduh diperhatikan telah mengambil dan mengendalikan beg kanvas hitam tersebut dari bonet belakang Toyota Camry. Ini menunjukkan satu bentuk kawalan fizikal yang mencukupi.
45
Berdasarkan keterangan tersebut adalah dihujahkan bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah-dadah yang dirampas dari kereta tersebut.
46
Mahkamah mendapati bahawa tertuduh dalam kes ini telah gagal untuk menyangkal anggapan yang terpakai. Tertuduh perlu memberi penjelasan yang jujur dan bukannya penafian semata-mata tanpa keterangan yang menyokong. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Thavanathan Balasubramaniam v PP [1997] 3 CLJ 150; “…and it was for the accused to give an innocent explanation which the court considered more likely than not that it was true, ie on a balance of probabilities, the test applied in civil proceedings. PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 PC”
47
Tahap untuk mematahkan anggapan tersebut adalah diatas pertimbangan kebarangkalian dan adalah lebih berat dari menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan seperti yang diputuskan dalam kes Ku Yahya Ku Bahari & Anor [2002] 1 CLJ 113: “When the Prosecution is minded in invoking the presumption then the particular burden of proof, as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumption on a balance of probabilities. This from a defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt”
48
Oleh itu, Mahkamah perlu menilai keterangan kedua-dua pihak diatas imbangan secara berhati-hati. Beban pembuktian diletakkan diatas tertuduh untuk menyangkal anggapan tersebut diatas imbangan keberangkalian yang mana dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa pembelaan telah gagal berbuat demikian.
49
Mahkamah juga mengambil kira bahawa semasa perbicaraan, keterangan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa tertuduh tidak kenal dengan mana-mana anggota yang mengepung kenderaan yang dinaiki beliau. Ini menambah kuat lagi inferens bahawa pihak polis tiada sebab untuk menganiaya tertuduh apatah lagi untuk mereka-reka cerita bahawa tertuduh membuka bonet dan mengeluarkan beg berisi dadah-dadah tersebut.
50
Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh SP5 semasa insiden tangkapan kes ini, tertuduh/simati turut merempuh kenderaan pasukan polis yang digunakan untuk menghalang Toyota Camry dari bergerak. Mahkamah berpuas hati bahawa keterangan yang dibawa oleh SP5 dalam kes ini bukan sekadar keterangan mulut beliau, malah disokong oleh keterangan dokumentar seperti P45 iaitu gambar-gambar kerosakan pada kereta tertuduh/simati dan kereta pasukan akibat daripada cubaan melarikan diri. Kereta pasukan telah dirempuh oleh tertuduh/simati bagi mengelakkan diri dari ditangkap oleh pihak polis.
51
Terdapatnya fakta-fakta/isu-isu lain yang dibangkitkan yang meragukan seperti keterangan berikut: - • Tertuduh menyatakan bahawa pada hari kejadian, beliau diajak oleh rakan (si mati) ke Subang Jaya untuk berjumpa kawan; • Tertuduh adalah seorang pemandu teksi dan di masa yang sama, dia sendiri mengaku bahawa dia sakit mata dan tidak nampak sebelah mata; • Berkaitan salah laku polis ke atas tertuduh, iaitu tindakan polis memukul dan memaksa tertuduh memberi keterangan yang tidak benar. Tertuduh sendiri mengakui bahawa selama 4 tahun dan 4 bulan beliau berada dalam reman sepanjang masa, tiada laporan polis dibuat. Selain itu, tiada bukti bahawa polis ada memukul tertuduh sepanjang siasatan dijalankan, manakala pegawai penyiasat kes ini adalah seorang wanita (SP6).
52
Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa keterangan yang diberikan oleh tertuduh perlu dinilai oleh Mahkamah ini dengan berhati-hati. Persoalan yang timbul adalah sama ada fakta-fakta sampingan yang ditimbulkan tanpa keterangan yang menyokong dapat menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan? Penafian semata-mata tanpa sebarang keterangan sokongan
53
Sepertimana yang diputuskan dalam banyak kes, penafian semata-mata tanpa sebarang keterangan sokongan tidak boleh menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dan tidak seharusnya diterima oleh Mahkamah. Kes D.A. DUNCAN v PP [1980] 2 MLJ 195 adalah dirujuk; “Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to establish a prima facie case against the appellant. The High Court at Alor Star accepted it and called on the defence. The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in or view, to the correct conclusion that his denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant”.
54
Mahkamah Rayuan dalam kes Ong Hooi Beng v PP [2015] MLJU 22 telah memutuskan berkaitan dengan penafian semata-mata seperti berikut; “[22] In our opinion whether or not a defence amounts to a mere denial is to be determined not by the fact that it is coupled with an explanation but by the nature of the explanation. A denial may well be coupled with an explanation but if the explanation is merely to deflect the prosecution’s evidence without answering the real qusetions in controversy to reasonably dislodge the prosecution’s evidence it remains a mere denial for what it is worth”
55
Juga dalam kes Ali Tan bin Abdullah v PP [2013] 2 MLJ 676, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa; “(5) Mere denial or presenting a bare story of innocence, such as in the circumstances of the present case, cannot amount to reasonable doubt. The court’s acceptance of the explanation offered by an accused person must be based upon reason and common sense, and cannot be illogical or irrational. The existence of reasonable doubt is dependent upon the totality of the evidence and on an examination of all the evidence in a fair and reasonable manner and not in isolation. In the present case, the appellant had failed to cast any reasonable doubt on the prosecution’s case and the charges were proved beyond reasonable doubt (see para 25).”
56
Mengambil kira prinsip-prinsip kes di atas, Mahkamah mendapati bahawa adalah terbukti keterangan tertuduh dalam kes ini hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah.
57
Tahap pembuktian pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan ialah untuk membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. Mahkamah merujuk kepada kes PP v SAIMIN & ORS [1971] 2 MLJ 16 di muka surat 17 sepertimana berikut: - a reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence”.
58
Pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan sesuatu kes pada tahap melampaui segala keraguan (beyond any shadow of doubt). Kes PP v FOO JUA ENG [1966] 1 MLJ 197 jelas menyatakan bahawa adalah memadai untuk pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah ( beyond reasonable doubt ) dan bukan pada tahap melampaui segala keraguan.
59
Mahkamah juga merujuk kes diatas yang telah memetik penghakiman Denning J. dalam kes Miller V Minister Of Pension [1947] All Er 372 sepertimana berikut:- “Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice”.
60
Anggapan statutori di bawah seksyen 37(d) ADB1952 terpakai sebaik sahaja elemen milikan berjaya dibuktikan. Selepas pertimbangan Mahkamah terhadap fakta, bukti dan hujahan yang dibangkitkan, Mahkamah ini memutuskan bahawa tertuduh telah gagal untuk menyangkal anggapan ini atas imbangan kebarangkalian. Tiada keterangan yang boleh dipercayai dikemukakan bagi menunjukkan bahawa tertuduh tidak mengetahui tentang kewujudan dadah dalam beg hitam tersebut. Oleh itu, elemen milikan, kawalan dan jagaan telah terbukti dalam kes ini. Pengetahuan berkenaan dadah
61
Pengetahuan tertuduh mengenai dadah itu boleh disimpulkan daripada keterangan bersandarkan keadaan (circumstantial evidence) seperti cubaan melarikan diri selepas kehadiran polis di tempat kejadian. Selain itu, lokasi dan pembungkusan dadah yang disimpan dalam beg kanvas hitam yang tertuduh memegangnya sendiri adalah faktor yang menolak kemungkinan bahawa tertuduh tidak menyedari akan kandungan beg tersebut. Kuantiti dadah yang ditemui adalah sangat banyak dan adalah tidak munasabah bahawa tertuduh tidak mengetahui / tahu tentang identiti sebenar barang-barang yang berada dalam beg kanvas hitam tersebut.
62
Hujahan pembelaan bahawa tiada bukti forensik langsung mengaitkan tertuduh dengan dadah itu tidak menimbulkan keraguan munasabah. Seperti yang diputuskan dalam Denish Madhavan (supra), milikan memerlukan kedua-dua jagaan dan pengetahuan yang telah dibuktikan dengan secukupnya oleh pihak pendakwaan. Undang-undang tidak mensyaratkan bukti forensik sebagai satu-satunya asas/syarat wajib untuk membuktikan elemen milikan.
63
Mahkamah juga mendapati walaupun tertuduh menafikan pengetahuan berkenaan dadah-dadah yang ditemui, tetapi keterangan yang dibawa oleh tertuduh ke Mahkamah tidak memadai dengan hanya menafikan pengetahuan dan keterlibatan tertuduh dengan barang-barang salah yang ditemui.
64
Pengetahuan tertuduh mengenai dadah itu boleh disimpulkan daripada keterangan bersandarkan keadaan (circumstantial evidence) seperti cubaan melarikan diri selepas kehadiran polis di tempat kejadian. Selain itu, lokasi dan pembungkusan dadah yang disimpan di dalam beg kanvas hitam yang tertuduh pegang sendiri adalah faktor yang menolak kemungkinan bahawa tertuduh tidak menyedari apa yang berada di dalam beg tersebut. Kuantiti dadah yang ditemui adalah terlalu banyak dan adalah tidak munasabah bahawa tertuduh tidak mengetahui/ tahu tentang identiti sebenar barang-barang yang berada di dalam beg kanvas hitam tersebut.
65
Hujahan pembelaan bahawa tiada bukti forensik langsung mengaitkan tertuduh dengan dadah itu tidak menimbulkan keraguan munasabah. Seperti yang diputuskan dalam Denish Madhavan (supra), milikan memerlukan kedua-dua jagaan dan pengetahuan yang telah dibuktikan dengan secukupnya oleh pihak pendakwaan. Undang-undang tidak mensyaratkan bukti forensik sebagai satu-satunya asas / syarat wajib untuk membuktikan elemen milikan. Anggapan pengedaran
66
Memiliki kuantiti dadah tertentu mencetuskan anggapan pengedaran. Berat dadah dalam kes ini jauh melebihi piawaian yang ditetapkan di bawah Akta Dadah Bahaya 1950 dan dengan itu membangkitkan pemakaian statutory presumption.
67
Dalam kes ini, tertuduh tidak memberikan penjelasan yang boleh dipercayai untuk menyangkal anggapan ini. Sekadar menafikan pengetahuan atau kawalan ke atas dadah bukanlah satu penyangkalan yang mencukupi seperti yang diputuskan dalam Thavanathan Balasubramaniam lwn PP (supra). Tertuduh mesti mengemukakan penjelasan alternatif yang munasabah dan yang disokong oleh keterangan yang kredibel (rujuk kes DA Duncan v PP, supra). Pada pandangan Mahkamah, tertuduh dalam kes ini telah gagal berbuat sedemikian.
68
Berhubung berat dadah yang terlibat dalam kes ini, Mahkamah ingin menarik perhatian kepada kes Pendakwa Raya v Law Heng Mun dan satu lagi kes [2021] MLJU 119 dimana di dalam kes tersebut jumlah ketamine yang terlibat adalah sebanyak 82.29 gram (berat bersih). Mahkamah dalam kes tersebut telah mendapati jumlah dadah yang dijumpai adalah tidak munasabah untuk kegunaan sendiri.
69
Bagi kes ini, Mahkamah juga bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dadah yang dijumpai adalah suatu jumlah yang besar seperti pertuduhan P3 dan P4. Mahkamah membuat rujukan terhadap kes Mahkamah Rayuan dalam kes Mohamad Yazri Minhat v. PP [2003] 2 CLJ 65 yang telah menerimapakai prinsip dalam kes Ong Ah Chuan v. PP [1981] 1 MLJ 64, di muka surat 69, menyatakan seperti berikut:- “Proof of the purpose for which an act is done, where such purpose is a necessary ingredient of the offence with which an accused is charged, presents a problem with which criminal courts are very familiar. Generally, in the absence of an expressed admission by the accused, the purpose with which he did an act is a matter of inference from what he did. Thus, in the case of an accused caught in the act on conveying from one place to another controlled drugs in a quantity much larger than is likely to be needed for his own consumption the inference that he was transporting them for the purpose of trafficking in them would, in the absence of any plausible explanation by him, be irresistible-even if there were no statutory presumption such as in contained in section 15 of the Drugs Act. As a matter of common sense, the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they were not intended for the personal consumption of the person carrying them, and the more convincing the evidence needed to rebut it.”
70
Dalam kes semasa, jumlah dadah Methamphetamine dan 3-4 Methylenedioxymethamphetamine yang terlibat masing-masing seberat 14,363.3 gram dan 7,170 gram iaitu jauh lebih tinggi beratnya dari dari kes di atas mengambil kira dadah dalam kes ini adalah dadah yang sukar didapati. Ini bermaksud Mahkamah ini, boleh mengambil judicial notice bahawa secara amnya, dadah yang mana beratnya sepertimana diatas adalah mustahil untuk kegunaan sendiri dan oleh itu dianggap untuk tujuan pengedaran. Adverse Inference terhadap pihak pendakwaan
71
Pihak pembelaan membangkitkan isu kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi tertentu termasuk yang ditahan bersama tertuduh dan si mati. Setelah Mahkamah ini mengambil kira prinsip di bawah seksyen 114 misalan (g) Akta Keterangan 1950, Mahkamah ini berpendapat ketiadaan saksi ini tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana keterangan utama mengenai milikan dan pengetahuan diperoleh daripada saksi yang boleh dipercayai dan bukti fizikal. Kegagalan memanggil beberapa saksi dan ketiadaan rakaman CCTV boleh menjadi kelemahan, tetapi ia tidak menafikan keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
72
Tambahan pula, bagi sesuatu inferens buruk dibuat terhadap pendakwaan, tertuduh mesti menunjukkan bahawa keterangan saksi yang tidak dipanggil itu adalah material dan berpotensi menjejaskan kes pendakwaan, yang tidak dibuktikan dalam kes ini.
73
Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa percanggahan kecil dalam keterangan saksi tidak menimbulkan keraguan munasabah seperti yang diputuskan dalam kes Ali Tan bin Abdullah v PP (supra). Lebih-lebih lagi, dalam kes ini, rantaian jagaan bahan bukti kekal utuh dan tiada bukti bahawa dadah tersebut telah diubah atau dicemari. Oleh itu, Mahkamah mendapati kes pendakwaan tidak terjejas oleh isu yang dibangkitkan oleh pembelaan.
74
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh. Sehubungan itu, tertuduh didapati bersalah mengedar dadah di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 dan disabitkan seperti dalam pertuduhan ekshibit P3 dan P4.
75
Susulan pemansuhan hukuman mati mandatori di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (“Akta 846”) dan setelah mendengar pihak-pihak berhujah mengenai faktor pemberatan dan peringanan hukuman serta selepas mengambilkira mitigasi yang dibuat oleh tertuduh sendiri, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 30 tahun dari tarikh tangkap 24.7.2020 dan hukuman berjalan serentak untuk kedua-dua pertuduhan. Mengambilkira umur tertuduh tiada hukuman sebatan dikenakan. Bertarikh pada 10 Ogos 2025 LATIFAH HJ MOHD TAHAR HAKIM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN Peguam bagi pihak Perayu : Jeyendran A/L Ramachandran Tetuan Deva & Jayen Peguam bagi pihak Responden : Mohammed Heikal bin Ismail Timbalan Pendakwa Raya Selangor Senarai rujukan kes/Akta;
1
PP v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 FC
2
Teh Hock Leong v PP [2008] 4CLJ 764
3
Zulfikar bin Mustaffah v PP [2001] 1 SLR 633.
4
Thavanathan Balasubramaniam v PP [1997] 3 CLJ 150;
5
Ku Yahya Ku Bahari & Anor [2002] 1 CLJ 113:
6
D.A. Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195
7
Ong Hooi Beng v PP [2015] MLJU 22
8
Ali Tan bin Abdullah v PP [2013] 2 MLJ 676
9
PP v Saimin & ORS [1971] 2 MLJ 16
10
PP v Foo Jua Eng [1966] 1 MLJ 197
11
Miller V Minister Of Pension [1947] All Er 372
12
Pendakwa Raya v Law Heng Mun dan satu lagi kes [2021]
13
13.
14
Mohamad Yazri Minhat v. PP [2003] 2 CLJ 65
15
Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952
16
Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.