Lampiran
Lampiran A untuk 200 bungkusan plastik lutsinar yang disyaki mengandungi dadah ganja berserta barang-barang peribadi OKT (eksibit P452A-F); dan b) Lampiran B untuk serahan kereta Proton Preve bernombor pendaftaran VAH5273 (eksibit P453A-B). Kesemua barang kes kemudiannya telah diserahkan kepada SP2 untuk disimpan selamat di Stor Penguatkuasaan JKDM, Bukit Kayu Hitam, Kedah. 20. Pada 11.8.2017, SP9 telah mengeluarkan barang kes dadah dari Stor Penguatkuasaan JKDM bagi tujuan penyediaan dokumentasi dan pembungkusan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (“JKM”). Kesemua 200 bungkusan telah SP9 masukkan ke dalam 20 kotak yang dibalut dengan bungkusan kertas yang setiap satunya ditanda dengan tandaan A1 sehingga A20. Bungkusan kertas A1 – A20 mempunyai 10 bungkusan plastik lutsinar setiap satu seperti yang berikut: a) Kotak bungkusan kertas bertanda A1 (eksibit P6 – P7) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E1 – E10 (eksibit P8 – P17); b) Kotak bungkusan kertas bertanda A2 (eksibit P28 – P29) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E11 – E20 (eksibit P30 – P39); c) Kotak bungkusan kertas bertanda A3 (eksibit P50 – P51) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E21 – E30 (eksibit P52 – P61); d) Kotak bungkusan kertas bertanda A4 (eksibit P72 – P73) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E31 – E40 (eksibit P74 – P83); e) Kotak bungkusan kertas bertanda A5 (eksibit P94 – P95) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E41 – E50 (eksibit P96 – P105); f) Kotak bungkusan kertas bertanda A6 (eksibit P116 – P117) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E51 – E60 (eksibit P118 – P127); g) Kotak bungkusan kertas bertanda A7 (eksibit P138 – P139) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E61 – E70 (eksibit P140 – P149); h) Kotak bungkusan kertas bertanda A8 (eksibit P160 – P161) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E71 – E80 (eksibit P162 – P171); i) Kotak bungkusan kertas bertanda A9 (eksibit P182 – P183) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E81 – E90 (eksibit P184 – P193); j) Kotak bungkusan kertas bertanda A10 (eksibit P204 – P205) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E91 – E100 (eksibit P206 – P215); k) Kotak bungkusan kertas bertanda A11 (eksibit P226 – P227) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E101 – E110 (eksibit P228 – P237); l) Kotak bungkusan kertas bertanda A12 (eksibit P248 – P249) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E111 – E120 (eksibit P250 – P259); m) Kotak bungkusan kertas bertanda A13 (eksibit P270 – P271) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E121 – E130 (eksibit P272 – P281); n) Kotak bungkusan kertas bertanda A14 (eksibit P292 – P293) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E131 – E140 (eksibit P294 – P303); o) Kotak bungkusan kertas bertanda A15 (eksibit P314 – P315) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E141 – E150 (eksibit P316 – P325); p) Kotak bungkusan kertas bertanda A16 (eksibit P236 – P237) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E151 – E160 (eksibit P338 – P347); q) Kotak bungkusan kertas bertanda A17 (eksibit P358 – P359) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E161 – E170 (eksibit P360 – P369); r) Kotak bungkusan kertas bertanda A18 (eksibit P380 – P381) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E171 – E180 (eksibit P382 – P391); s) Kotak bungkusan kertas bertanda A19 (eksibit P402 – P403) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E181 – E190 (eksibit P404 – P413); dan t) Kotak bungkusan kertas bertanda A20 (eksibit P424 – P425) – mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar bertanda E191 – E200 (eksibit P426 – P435). 21. Setelah proses pembungkusan semula selesai, SP9 telah menyerahkan semula kesemua kotak bungkusan barang kes kepada pegawai stor (SP2). 22. Pada 13.8.2017, lebih kurang pukul 4.29 petang, SP9 telah menyerahkan kesemua 20 kotak bungkusan kertas bertanda A1 – A20 kepada ahli kimia, Puan Haslinda binti Ismail (SP1) di Jabatan Kimia Malaysia (“JKM”), Negeri Kedah. SP1 kemudiannya telah menyerahkan resit rasmi JKM dengan nombor rujukan makmal 17-FR-K-04083 (eksibit P5) sebagai bukti penyerahan dan penerimaan. 23. Selanjutnya, pada 16.8.2017, lebih kurang pukul 11 pagi, SP9 telah menyerahkan kereta proton Preve bernombor pendaftaran VAH5273 kepada ahli kimia yang sama (SP1) bagi tujuan pemeriksaan nombor casis dan nombor enjin. SP1 telah mengeluarkan resit rasmi JKM Negeri Kedah dengan nombor makmal 17-FR-K-04129 sebagai bukti penyerahan dan penerimaan. Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 12 tengahari, SP9 telah menerima semula kereta tersebut, setelah selesai pemeriksaan dijalankan oleh SP1. Pada 22.8.2017, SP9 telah menerima laporan kimia (eksibit P450) bagi hasil pemeriksaan kereta tersebut oleh SP1. 24. Pada 11.4.2019, lebih kurang pukul 3 petang, SP9 telah menerima semula kesemua 20 kotak bungkusan kertas bertanda A1 – A20 yang mengandungi barang kes dadah yang telah bermeterai JKM daripada SP1. SP9 turut menerima laporan kimia dengan nombor makmal 17-FR-K-04083 (eksibit P446) daripada SP1. 25. Keterangan ahli kimia (SP1) mengesahkan bahawa pada 13.8.2017, lebih kurang pukul 4.29 petang, beliau telah menerima 20 bungkusan kertas bertanda A1 – A20 yang kesemuanya bermeterai ‘KASTAM DIRAJA MALAYSIA’ daripada SP9. Kesemua 20 bungkusan kertas tersebut masing-masing didapati mengandungi 10 balutan plastik ketulan mampat bahan tumbuhan, menjadikan keseluruhan bungkusan pastik ketulan mampat adalah sebanyak 200 bungkusan. Setelah dianalisis, SP1 mendapati bahawa kesemua ketulan mampat bahan tumbuhan tersebut adalah Cannabis keseluruhannya seberat 190,323.3 gram. 26. SP1 yang telah memeriksa kereta Proton Preve bernombor pendaftaran VAH5273 telah turut mengesahkan bahawa nombor casis dan nombor enjin bagi kereta tersebut adalah nombor casis asal dan nombor enjin asal bagi kereta tersebut (rujuk laporan kimia eksibit 450). 27. Hasil siasatan SP9 turut mendapati bahawa kereta Proton Preve tersebut telah didaftarkan atas nama Zahidi bin Mohamed (SP10). Namun begitu, kereta tersebut telah dipajakkan kepada Syarikat IBH Partners HLD (M) Sdn Bhd melalui Perjanjian Pemajakan Kereta Sewa Dengan Opsyen Untuk Membeli (eksibit P514). 28. Pengurus di Syarikat IBH Partners HLD (M) Sdn Bhd iaitu Mohd Hasnizam bin Md Daud (SP11) dalam keterangannya mengesahkan bahawa kereta tersebut telah diterima daripada SP10 bagi tujuan pajakan melalui Perjanjian Pemajakan eksibit P514. Seterusnya pada 10.7.2017, SP11 sebagai wakil syarikat telah menandatangani Perjanjian Penyewaan Kereta Sewa Dengan Opsyen Untuk Membeli (eksibit P507) bagi kereta yang sama dengan penyewa iaitu OKT. 29. Namun begitu, urusan sewaan kereta tersebut telah dikendalikan oleh broker sambilan pihak syarikat iaitu Raja Shahriful Azmi bin Raja Mohamad (SP12). SP12 pula mengesahkan bahawa beliau telah menjalankan urusan sewaan kereta tersebut bersama Siti Nur Rahimah binti Remli (SP13) yang mana setelah Perjanjian Penyewaan eksibit P507 ditandatangani oleh kesemua pihak, kereta tersebut telah diserahkan kepada OKT oleh beliau dan SP13 di Restoran Kayu Nasi Kandar Kota Damansara. SP12 dan SP13 mengesahkan bahawa semasa kereta tersebut diserahkan kepada OKT, ianya berada dalam keadaan yang baik dan baharu. SP12 turut mengesahkan bahawa beliau telah membuat pemeriksaan keseluruhan kereta tersebut sebelum diserahkan kepada OKT dan tiada apa-apa barang yang ditinggalkan di dalam kereta tersebut, dan bahawa juga tiada sebarang pengubahsuaian telah dibuat di bahagian bonet belakang kereta tersebut. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN KES PRIMA FACIE 30. Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ. 31. Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah] Intipati Kesalahan 32. Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a) bahawa dadah jenis Cannabis adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut; c) bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah jenis Cannabis adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952 33. SP1 (ahli kimia) telah mengesahkan bahawa kesemua 20 bungkusan kertas bertanda ‘A1 – A20’ yang beliau terima mengandungi keseluruhan 200 ketulan mampat bahan tumbuhan yang mana setelah dianalisis didapati adalah dadah berbahaya jenis Cannabis dengan berat keseluruhan adalah 190,323.3 gram sebagaimana dalam pertuduhan. 34. Pihak Pembelaan juga tidak mempertikaikan jenis mahupun berat dadah yang dirampas. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ini melalui keterangan SP1 dan juga laporan kimia eksibit P446. Elemen (b): bahawa OKT mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut 35. Dalam membuktikan pemilikan, pihak Pendakwaan perlu membuktikan bahawa pertamanya, OKT mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah berbahaya tersebut, dan juga mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah terbabit. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman bin Akif Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah] 36. Dadah yang dirampas telah ditemui di dalam ruangan tersembunyi di bahagian bonet belakang kereta Proton Preve tersebut yang mana semasa ditahan oleh SP4, hanya OKT seorang sahaja yang berada di dalamnya sebagai pemandu kereta. Berdasarkan keterangan SP4, daripada kali pertama beliau nampak kereta tersebut di checkpoint PGA, kereta tersebut tidak berhenti di mana-mana dan terus berhenti di lorong pemeriksaan 2 (lokasi kejadian). 37. Pihak Pembelaan mempertikaikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan ke atas kereta tersebut dan menegaskan bahawa kereta tersebut sebenarnya dipandu oleh teman wanita OKT bernama Saliza yang mana Saliza yang telah memandu kereta tersebut sebelum Saliza keluar untuk ke tandas semasa mereka berhenti di checkpoint Imigresen. OKT hanya memandu kereta tersebut dari checkpoint Imigresen sehinggalah ke lorong pemeriksaan 2 kastam pada hari kejadian. 38. Pembelaan selanjutnya menghujahkan bahawa OKT juga tiada pengetahuan ke atas dadah yang ditemui dalam ruang pembesar suara di bahagian bonet belakang kereta tersebut kerana kereta tersebut dipandu oleh Saliza. 39. Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah] 40. Berkenaan isu pemilikan ini, Pembelaan mengetengahkan isu kegagalan pihak Pendakwaan mengemukakan satu lagi Kad Pengenalan yang ditemui di dalam dompet (eksibit P483). Berdasarkan gambar P462(3) dan (4), jelas kelihatan dua Kad Pengenalan yang bertanda F6(2) (eksibit P485) dan F6(3). Namun begitu, hanya Kad Pengenalan bertanda F6(2) (eksibit P485) telah dikemukakan di Mahkamah, manakala berdasarkan keterangan SP4, Kad Pengenalan bertanda F6(3) telah diserahkan oleh SP9 kepada pihak penjara. 41. Isu lain yang dikemukakan oleh Pembelaan berkenaan pemilikan OKT ke atas kereta tersebut melibatkan rakaman cctv daripada pihak PLUS yang tidak dikemukakan oleh SP9 sebagai keterangan. Pembelaan menghujahkan bahawa sekiranya rakaman panjang daripada PLUS ditonton oleh SP9 dan diperolehi daripada PLUS, akan menunjukkan bahawa semasa di checkpoint pemeriksaan Imigresen, Saliza telah keluar dari kereta tersebut. 42. Mahkamah telah meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak Pembelaan ini. Berkenaan kereta tersebut, berdasarkan rekod maklumat kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (“JPJ”), kereta Proton Preve tersebut didaftarkan atas nama pemilik Zahidi bin Mohamed (SP10). Ini disahkan melalui maklumbalas daripada JPJ Negeri Kedah melalui eksibit P524. Namun begitu, kereta tersebut telah dipajakkan oleh SP10 kepada Syarikat IBH Partners HLD (M) Sdn Bhd melalui Perjanjian Pemajakan eksibit P514. Kereta tersebut kemudiannya telah disewakan kepada OKT melalui Perjanjian Penyewaan eksibit P507. Semua urusan sewaan telah dilakukan oleh SP12 dan SP13, dan penyerahan kereta tersebut telah dibuat sendiri oleh mereka kepada OKT pada sebelah malam pada tarikh 10.7.2017. 43. Berkenaan keadaan kereta tersebut pula, SP8 dalam keterangannya telah menjelaskan perbezaan kereta tersebut berbanding kereta model yang sama di mana spesifikasi kilang tidak mempunyai speaker di bahagian bonet belakang kereta sebagaimana yang ada pada kereta tersebut. SP8 turut menjelaskan bahawa pada kereta model yang sama, terdapatnya ruangan untuk tayar simpanan di bahagian bawah bonet yang akan ditutupi dengan floorboard, namun begitu pada kereta tersebut, tidak terdapat floorboard yang menutupi ruangan tayar simpanan. SP8 turut menjelaskan bahawa pada spesifikasi kilang, bonet belakang kereta tersebut sepatutnya mempunyai ruang kosong bagi tujuan penyimpanan barang (luggage) dan boleh meletakkan sehingga tiga set golf. Akan tetapi pada kereta tersebut satu set golf juga tidak boleh dimuatkan pada bahagian bonet belakang kereta. 44. Berdasarkan keterangan SP8 ini dan juga berdasarkan pemerhatian Mahkamah ini sendiri ke atas keadaan fizikal kereta tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa bahagian bonet belakang kereta tersebut telah diubahsuai dengan mewujudkan ruang khas yang luas antara tempat duduk belakang dengan papan pembesar suara yang menutupi hampir seluruh ruangan penyimpanan bonet belakang kereta tersebut, bagi tujuan penyimpanan yang disembunyikan. 45. Fakta bahawa kereta tersebut telah disewa (dengan opsyen untuk membeli) oleh OKT daripada syarikat SP11 ini adalah tidak dinafikan oleh pihak Pembelaan. Namun begitu, pihak Pembelaan menegaskan bahawa walaupun OKT yang menyewa kereta tersebut, tetapi kereta tersebut sebenarnya digunakan dan dipandu oleh Saliza sebelum OKT ditangkap di lokasi kejadian. 46. Berkenaan isu Kad Pengenalan bertanda F6(3) yang dikatakan tidak dikemukakan oleh pihak Pendakwaan ke Mahkamah dan mewajarkan Mahkamah menggunapakai anggapan inferens bertentangan (adverse inference) di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 [Akta 56], Mahkamah telah meneliti keterangan serta eksibit-eksibit yang berkaitan. Adalah tidak dinafikan bahawa terdapat dua kad pengenalan yang telah dirampas yang mana satu daripadanya telah dikemukakan di Mahkamah sebagai eksibit P485 iaitu Kad Pengenalan atas nama OKT. Walaupun gambar eksibit P462(3) dan (4) menunjukkan terdapatnya dua kad pengenalan yang dirampas, tetapi hanya kelihatan bahagian belakang kedua-dua kad pengenalan tersebut. Namun begitu, berdasarkan keterangan SP4, beliau membuat pembongkaran barang-barang peribadi pemandu (OKT) yang ditemui di dalam satu beg silang berwarna hitam (eksibit P476). Di dalam beg silang hitam tersebut ditemui dua telefon bimbit (eksibit P478 dan 479), cermin mata hitam (eksibit P480), kunci bilik bertanda 510 (eksibit P481), pas sempadan atas nama OKT (eksibit P482) dan satu dompet berwarna coklat (eksibit P483). Di dalam dompet duit tersebut ditemui antaranya dua kad pengenalan yang menjadi isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan. 47. Mahkamah telah meneliti isu ini, dan mendapati bahawa walaupun kad pengenalan bertanda F6(3) tidak dikemukakan di Mahkamah tetapi berdasarkan keterangan SP4, kad pengenalan tersebut telah diserahkan oleh pegawai penyiasat (SP9) kepada pihak penjara. Pihak Pembelaan tidak pernah menyoal balas SP4 mengenai keterangan beliau berkaitan kewujudan dua kad pengenalan ini. Malahan pihak Pembelaan juga tidak menyoal balas SP4 mengenai keterangan beliau tentang penyerahan kad pengenalan bertanda F6(3) kepada pihak penjara oleh SP9. Selanjutnya, semasa SP9 memberikan keterangan, isu ini juga tidak disoal balas oleh pihak Pembelaan. Hanya semasa peringkat hujahan, Pembelaan menimbulkan isu tentang dua kad pengenalan dan hanya satu kad pengenalan sahaja yang dikemukakan di Mahkamah. 48. Dalam hal ini, Pembelaan menghujahkan bahawa satu lagi kad pengenalan bertanda F6(3) sebenarnya adalah milik Saliza. Mengenai perkara ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan oleh SP4 yang menyatakan bahawa kad pengenalan bertanda F6(3) telah diserahkan kepada pihak penjara adalah keterangan yang tidak dibantah mahupun dicabar oleh pihak Pembelaan. Ini kerana Pembelaan tidak langsung menyoal balas SP4 dan SP9 mengenainya. Fakta bahawa terdapatnya dua kad pengenalan di dalam dompet yang berada di dalam beg silang yang mengandungi barang-barang OKT, memungkinkan bahawa kad pengenalan tersebut juga adalah atas nama OKT. Namun begitu, seseorang warganegara Malaysia hanya boleh mempunyai satu kad pengenalan pada satu masa, melainkan ianya kad pengenalan palsu. Tanpa sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa satu lagi kad pengenalan bertanda F6(3) adalah kad pengenalan palsu, maka satu lagi kemungkinan yang wujud adalah bahawa kad pengenalan tersebut mungkin merupakan kad pengenalan atas nama orang lain. Dalam keadaan terdapat dua inferens yang berkemungkinan, adalah prinsip undang-undang jenayah di negara ini, bahawa inferens yang memihak kepada OKT diterima iaitu berkemungkinan kad pengenalan F6(3) adalah milik orang lain. Namun begitu, hanya dengan bersandarkan kepada fakta bahawa kad pengenalan bertanda F6(3) mungkin adalah milik orang lain, tidak secara automatik menjadikan OKT tiada jagaan atau kawalan ke atas kereta tersebut. Mahkamah perlu menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan bagi memastikan sama ada OKT sememangnya tiada jagaan atau kawalan ke atas kereta tersebut sebagaimana dihujahkan oleh pihak Pembelaan. 49. Selanjutnya berkenaan isu cctv daripada pihak PLUS yang tidak dikemukakan di Mahkamah, SP9 telah menjelaskan bahawa beliau telah memohon mendapatkan rakaman cctv tersebut daripada pihak PLUS. Namun begitu hanya rakaman gambar sahaja yang diberikan oleh pihak PLUS yang menunjukkan bahawa semasa melalui checkpoint pemeriksaan Imigresen, hanya kelihatan gambar OKT seorang sahaja pemandu yang memandu kereta tersebut. SP9 juga selanjutnya telah menegaskan bahawa beliau ada melihat rakaman cctv terbabit yang berdurasi lebih kurang satu minit dan mendapati bahawa rakaman tersebut turut menunjukkan bahawa hanya OKT sahaja yang memandu kereta tersebut semasa di checkpoint pemeriksaan Imigresen. 50. Walaupun pihak Pembelaan menghujahkan bahawa sekiranya SP9 telah meneliti rakaman cctv yang lebih panjang sebelum OKT sampai di checkpoint pemeriksaan Imigresen, SP9 akan dapat melihat bahawa sebenarnya Saliza yang memandu kereta tersebut dan semasa sampai di checkpoint tersebut, Saliza telah keluar untuk ke tandas dan seterusnya OKT telah mengambilalih pemanduan kereta sehinggalah ke lokasi kejadian. 51. Berkenaan isu rakaman cctv yang panjang yang ditimbulkan oleh Pembelaan ini, Mahkamah berpendapat bahawa SP9 tidak pernah menafikan bahawa beliau telah melihat sendiri rakaman berkaitan di pejabat PLUS dan mendapati bahawa semasa di checkpoint pemeriksaan Imigresen, hanya didapati OKT sahaja yang memandu kereta tersebut. SP9 tidak pernah menafikan tentang kewujudan rakaman cctv tersebut, tetapi hanya diberikan gambar (still photo) oleh pihak PLUS. 52. Pada pendapat Mahkamah ini, isu berkenaan rakaman cctv ini perlu dilihat secara menyeluruh. Walaupun rakaman yang ditonton oleh SP9 hanyalah lebih kurang satu minit, tetapi rakaman tersebut jelas menunjukkan hanya OKT sahaja yang memandu kereta tersebut semasa melalui checkpoint pemeriksaan Imigresen. Di samping itu, keterangan-keterangan lain yang dikemukakan oleh Pendakwaan menunjukkan fakta-fakta berikut: a) OKT merupakan penyewa (dengan opsyen untuk membeli) kereta tersebut dan kereta tersebut telah diserahkan oleh SP13 kepada OKT sendiri pada 10.7.2017; b) SP12 dan SP13 mengesahkan bahawa semasa serahan kereta tersebut dibuat kepada OKT, kereta tersebut berada dalam keadaan yang baik dan baharu (kerana plastik di dalam kereta masih ada); c) SP12 dan SP13 turut mengesahkan bahawa kereta tersebut telah diperiksa sebelum diserahkan dan dalam keadaan asal dan tiada sebarang pengubahsuaian; d) Pengesahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (eksibit P527) menunjukkan bahawa OKT telah keluar daripada Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam pada 8.8.2017 iaitu sehari sebelum tarikh kejadian; e) Keadaan belakang bonet kereta yang jelas telah diubahsuai; f) Semasa OKT ditahan di lokasi kejadian, hanya OKT sahaja yang berada di dalam kereta tersebut. 53. Berdasarkan fakta-fakta dinyatakan di atas dan juga fakta bahawa tempoh masa kereta tersebut berada dalam milikan OKT bermula daripada 10.7.2017 sehingga tarikh ditahan iaitu 9.8.2017, tanpa sebarang keterangan yang menunjukkan sebaliknya, Mahkamah ini mendapati bahawa keseluruhan keterangan dinyatakan menunjukkan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan ke atas kereta tersebut semasa OKT ditahan di lokasi kejadian. 54. Dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman bin Akif Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif (supra), Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “It is trite that what constitutes ‘possession’ under s 37 of the Act is a question of law (see Yee Ya Mang v Public Prosecutor [1972] 1 MLJ 120 and Public Prosecutor v Badrulsham bin Baharom [1988] 2 MLJ 585). It is however a question of fact whether in a given case a person can be said to be in possession of something. And in relation to drug found in a vehicle Shankar J in Pendakwa Raya v Kang Ho Soh [1992] 1 MLJ 360, after considering a number of authorities, at p 371 stated: …those cases do not decide that in all cases a person who is in sole charge of a vehicle cannot be found to be in possession of articles being carried in it. As Thomson J himself said in Tong Peng Hong v PP at p 233: If something be found, for example, in a bag which I am carrying or in a box to which I hold the key it is extremely reasonable to suppose, unless I produce some satisfactory evidence to the contrary, that I know all about it … Again, at p 234: I am not saying for one moment that a drug may not be found in a vehicle in such circumstances as would in the absence of disproof or explanation lead the court to the conclusion, quite independently of any statutory presumption, that it was in the possession of the person in control of the vehicle. Therefore, the presence of the three packages in the car without a plausible explanation from the respondent could give rise to a strong inference that he had knowledge that the packages contained drug or things of similar nature (see also Lim Beng Soon v Public Prosecutor [2000] 4 SLR 589). We further agree with the prosecution that the fact that the drug was found wrapped in newspaper is no ground for saying that an inference could not be drawn against the respondent that he had the requisite knowledge.”. [penekanan ditambah] 55. Selanjutnya berkenaan isu pengetahuan, Mahkamah ini turut berpendapat bahawa kewujudan ruangan yang luas di bawah pembesar suara yang diubahsuai secara tersorok di belakang bonet kereta tersebut telah mewujudkan satu ruangan khas pada kereta tersebut, yang mana berdasarkan peruntukan subseksyen 37(h) ADB 1952, maka anggapan pengetahuan OKT ke atas barang kes dadah yang disorokkan tersebut adalah terpakai. 56. Selanjutnya, jikapun wujud penama Saliza sebagaimana dihujahkan oleh Pembelaan, berdasarkan fakta-fakta dan dapatan oleh Mahkamah ini sebagaimana dinyatakan di atas, hanya menunjukkan bahawa berkemungkinan OKT dan Saliza mempunyai milikan bersama ke atas kereta tersebut dan juga dadah-dadah yang disorok di bahagian bonet belakang kereta. 57. Mahkamah ini juga telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP4, SP5, SP6 dan SP9. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. Saksi-saksi Pendakwaan tersebut semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh Pembelaan. Saksi-saksi tersebut juga bukanlah saksi-saksi yang berkepentingan. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] 58. Berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan dan dapatan yang diputuskan oleh Mahkamah ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak Pendakwaan juga telah berjaya membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan ke atas kenderaan tersebut dan berpandukan kepada keterangan yang menunjukkan kewujudan ruangan khas pada kenderaan tersebut, maka berdasarkan peruntukan subseksyen 37(h) ADB 1952, maka anggapan pengetahuan OKT ke atas dadah-dadah berbahaya tersebut adalah terpakai. Elemen (c): bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut 59. Bagi elemen pengedaran, fakta bahawa kereta tersebut didapati mempunyai ruangan khas di bahagian bonet belakang kereta di mana didapati kesemua ketulan mampat dadah berbahaya tersebut ditemui, dengan penyamaran seolah-olah ruangan tersebut adalah kotak speaker kereta, menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut disorok di dalam ruangan khas tersebut. Pada pendapat Mahkamah ini, pembinaan ruangan speaker yang luas di belakang bonet kereta tersebut adalah bertujuan sebagai penyamaran tentang wujudnya ruangan khas yang kosong yang besar di sebaliknya. 60. Di samping itu juga, OKT telah ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam dengan memandu kereta tersebut masuk dari Thailand ke Malaysia. Fakta tersebut turut menunjukkan bahawa OKT ‘mengangkut’ dadah berbahaya terlibat dalam kereta tersebut dan juga cuba untuk membawa masuk dadah berbahaya tersebut ke dalam Malaysia. 61. Berdasarkan fakta-fakta di atas, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa pihak Pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen pengedaran OKT terhadap dadah berbahaya tersebut, berdasarkan kepada tafsiran ‘pengedaran’ di bawah seksyen 2 ADB 1952 iaitu melalui perlakuan menyorok (concealing) dan juga mengangkut (transporting). KEPUTUSAN PADA AKHIR KES PENDAKWAAN 62. Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT iaitu: a) dadah berbahaya sebagaimana dalam pertuduhan adalah dadah berbahaya jenis Cannabis sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) pihak Pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen pemilikan iaitu jagaan atau kawalan OKT ke atas kereta dan dadah berbahaya tersebut, dan menggunapakai subseksyen 37(h) ADB 1952 pula telah membangkitkan anggapan pengetahuan OKT ke atas dadah berbahaya tersebut; c) pihak Pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen pengedaran OKT terhadap dadah berbahaya tersebut, berdasarkan kepada tafsiran ‘pengedaran’ di bawah seksyen 2 ADB 1952 iaitu melalui perlakuan menyorok (concealing) dan juga mengangkut (transporting); 63. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas pertuduhan terhadapnya. NARATIF KES PEMBELAAN 64. Pada peringkat Pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan tiada saksi pembelaan lain yang dipanggil. 65. Keterangan OKT secara umumnya menyatakan bahawa OKT dan Saliza telah pergi ke Satun Thailand menaiki kereta tersebut. Apabila sampai di Satun, Thailand, OKT telah ditinggalkan di sebuah hotel di sana, dan Saliza telah pergi memandu kereta tersebut bersendirian ke rumah saudaranya di sana. OKT tidak mengikuti Saliza ke rumah saudaranya semasa di sana. 66. Pada keesokan harinya, Saliza telah datang mengambil OKT dari hotel terbabit, dan mereka telah sama-sama bergerak menaiki kereta tersebut balik ke Malaysia. Sepanjang masa dari Satun Thailand ke sempadan Malaysia – Thailand, kereta tersebut dipandu oleh Saliza. 67. Apabila sampai di ICQS Bukit Kayu Hitam, semasa mereka sampai di checkpoint pemeriksaan Imigresen, Saliza telah turun dari kereta kerana hendak ke tandas dan OKT telah mengambilalih pemanduan kereta tersebut sehinggalah ke lokasi kejadian di mana OKT telah ditahan. 68. OKT menafikan pemilikan atas barang kes dadah tersebut dan menafikan mempunyai pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dijumpai. OKT turut menegaskan bahawa pada hari kereta tersebut diserahkan kepadanya oleh SP13, penama Botak yang telah memandu kereta tersebut dari tempat penyerahan. Malahan OKT juga menegaskan bahawa sepanjang lebih kurang sebulan selepas OKT menyewa kereta tersebut, OKT tidak memandu kereta tersebut, sebaliknya kereta tersebut digunakan oleh Botak dan Saliza. ANALISIS DAN DAPATAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN 69. Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. 70. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah] 71. Berkenaan anggapan pengetahuan pula, beban pembuktian pada pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1) 72. Pembelaan OKT secara ringkasnya menafikan jagaan atau kawalan serta pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang telah dirampas. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh Pembelaan, dan juga keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah ini mendapati bahawa fakta yang menunjukkan bahawa semasa ditahan di lorong pemeriksaan kenderaan 2, Kompleks ICQS BKH, OKT sedang memandu kereta Proton Preve bernombor pendaftaran VAH5273 adalah tidak dinafikan. Malahan Pembelaan juga tidak menafikan bahawa semasa ditahan di lorong pemeriksaan tersebut, hanya OKT seorang sahaja berada di dalam kereta tersebut 73. Selanjutnya Pembelaan yang dikemukakan adalah bahawa sebenarnya terdapat seorang penama lain iaitu Saliza yang ada bersama-sama OKT sebelum OKT ditahan. Pembelaan OKT menyatakan bahawa Saliza sebenarnya yang memandu kereta tersebut sehinggalah ke checkpoint pemeriksaan Imigresen di mana semasa di laluan Imigresen, Saliza telah keluar dari kereta untuk ke tandas dan OKT telah mengambil alih pemanduan kereta tersebut sehinggalah ke lorong pemeriksaan kastam di mana OKT ditahan. 74. Di samping itu juga, OKT menafikan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dijumpai di bahagian belakang kereta tersebut yang berdasarkan keterangan, hanya boleh dilihat sekiranya tempat duduk penumpang bahagian belakang dibuka. Secara umumnya, keseluruhan keterangan OKT adalah menafikan yang OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas kereta dan barang kes dadah yang ditemui dalam ruangan khas belakang kereta tersebut dan OKT tiada pengetahuan mengenai dadah-dadah terbabit. 75. Setelah Mahkamah ini meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh Pembelaan, dan juga keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi Pendakwaan, Mahkamah mendapati bahawa semasa di peringkat Pendakwaan, Pembelaan telahpun mengemukakan dakwaan yang sama iaitu sebenarnya dadah tersebut milik Saliza dan kereta sebenarnya dipandu Saliza sebelum Saliza keluar ke tandas di checkpoint pemeriksaan Imigresen. Pada peringkat Pendakwaan, Pembelaan menyatakan bahawa setelah Saliza keluar di checkpoint pemeriksaan Imigresen, OKT yang telah memandu kereta tersebut sehinggalah ke lorong pemeriksaan penumpang 2 di mana OKT ditahan. OKT menegaskan bahawa dia telah memasuki Satun, Thailand bersama Saliza, dan kemudiannya OKT telah ditinggalkan di sebuah hotel di Satun, dan Saliza kemudiannya telah membawa kereta tersebut ke kampungnya di sana tanpa OKT. 76. Dalam penelitian Mahkamah ini, tidak dinafikan bahawa Pembelaan OKT telah diketengahkan dari peringkat Pendakwaan lagi. Namun begitu, Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan bahawa keterangan mengenai penama Saliza, malahan Botak dan Rosmawar, hanya diberikan secara umum. Jika Saliza adalah teman wanita OKT, adalah tidak munasabah alamat tempat tinggal penama tersebut tidak diketahui OKT. 77. Mengenai penama Botak yang dikatakan OKT telah mengambil kenderaan tersebut setelah ianya diserahkan oleh wakit syarikat IBH Partners kepada OKT, OKT juga gagal memberikan maklumat yang lebih jelas tentang penama tersebut. Pada pendapat Mahkamah ini, kewujudan penama-penama yang dinyatakan OKT adalah merupakan fictitious character yang tiada keterangan sokongan bagi menunjukkan kewujudan mereka. Keterangan SP13 jelas menyatakan bahawa semasa penyerahan kereta tersebut di buat, hanya OKT seorang sahaja yang hadir dan tidak wujud mana-mana penama lain yang dinyatakan OKT. Walaupun keterangan SP12 ada menyatakan bahawa pada semasa OKT datang bertemu beliau bertujuan untuk menyewa kereta tersebut, terdapat seorang lelaki bersama OKT yang beliau panggil ‘Botak’ kerana keadaan lelaki tersebut yang botak. Namun begitu, SP12 tidak tahu nama lelaki tersebut dan ‘Botak’ adalah panggilan yang SP12 berikan sendiri. Adalah pendapat Mahkamah ini bahawa jikapun wujud penama ‘Botak’ tetapi penama tersebut hanya hadir semasa OKT berjumpa SP12 pada masa OKT berhasrat menyewa kereta tersebut. Namun begitu, berdasarkan keterangan SP13, tiada penama Botak mahupun orang lain yang bersama OKT semasa serahan kereta tersebut dibuat. 78. Keterangan SP9 pula dengan jelas menyatakan bahawa semasa siasatan beliau, nama Saliza tidak pernah timbul. Malahan pihak Pembelaan tidak pernah menimbulkan siasatan ke atas penama Botak mahupun Rosmawar semasa soal balas terhadap SP9 dijalankan. Dalam hal ini juga, Mahkamah berpendapat bahawa pembelaan telah gagal memenuhi kehendak Alcontara Notice sebagaimana diputuskan dalam kes Alcontara Ambross Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 CLJ 705, yang mana maklumat yang diberikan hendaklah maklumat yang jelas dan spesifik, perlulah diperolehi daripada OKT dan hendaklah diberikan dalam tempoh seawal yang munasabah setelah kejadian. 79. Berkenaan isu OKT tiada pengetahuan kerana dadah tersebut ditemui di tempat yang tersorok, memandangkan Mahkamah ini telah mendapati pada peringkat akhir kes Pendakwaan bahawa subseksyen 37(h) ADB 1952 adalah terpakai, maka anggapan pengetahuan OKT ke atas keseluruhan barang kes adalah terpakai. Berdasarkan keseluruhan fakta kes yang menunjukkan OKT mempunyai jagaan dan kawalan bermula daripada tarikh kereta tersebut diserahkan kepadanya, sehinggalah OKT ditangkap berseorangan dengan memandu kereta tersebut pada tarikh kejadian, ditambah dengan kewujudan ruangan khas yang dapat dilihat dengan jelas di bahagian belakang kereta tersebut, dan juga dengan keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang melihat sendiri kenderaan kereta tersebut yang dalam keadaan melendut ke bawah di bahagian belakang kereta semasa kereta tersebut melalui lorong pemeriksaan penumpang 2 tersebut, maka anggapan pengetahuan tersebut, pada pendapat Mahkamah ini telah gagal dipatahkan oleh OKT. 80. Di samping itu juga, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pendakwaan bahawa doktrin wilful blindness juga terpakai kepada OKT dalam kes ini di mana jikapun dikatakan bahawa Saliza, Botak dan Rozmawar yang menggunakan ataupun memandu kereta tersebut, fakta bahawa OKT telah menyewa secara pajakan kereta tersebut melalui syarikat IBH Partners menggunakan nama OKT sendiri, OKT sendiri yang telah memandu kereta tersebut semasa ditahan, keadaan kereta yang diubahsuai, dengan jelas menunjukkan bahawa jika benar OKT merupakan innocent carrier, doktrin wilful blindness adalah terpakai. Adalah tidak munasabah untuk seseorang membeli kereta dan kemudiannya dibiarkan sahaja penggunaannya oleh orang lain, lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa ditahan OKT sedang memandu kereta tersebut. Jika benar OKT tidak mempunyai jagaan atau kawalan ke atas kereta tersebut, bagaimana pula OKT boleh memandu atau menggunakan kereta tersebut semasa masuk ke Thailand dan pulang semula ke Malaysia dan ditahan di Bukit Kayu Hitam. Seorang yang munasabah juga akan berasa curiga dengan keadaan bahagian belakang kereta yang diubahsuai oleh orang lain sedangkan kereta tersebut dimiliki atas nama OKT. 81. Berdasarkan fakta-fakta ini Mahkamah ini mendapati bahawa doktrin ‘wilful blindness’ juga boleh terpakai terhadap OKT yang mana doktrin ini mensiratkan bahawa wujudnya pengetahuan. Dalam kes Terumurugan a/l Kolandai Gounder lwn Pendakwa Raya [2024] MLJU 1231, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[90] Pada hemat kami juga, pembelaan ini dibuat semata-mata bertujuan untuk mengelak daripada Tertuduh dikatakan mengetahui kandungan yang terdapat di dalam ekshibit P14 dan hanya mempunyai penjagaan sementara (momentary custody) sahaja terhadap beg plastik tersebut. Justeru itu, membuta yang disengajakan atau ‘wilful blindness’ terpakai terhadap Tertuduh. Beliau dengan sengaja telah menutup matanya terhadap sesuatu perkara yang amat nyata iaitu beg plastik ekshibit P14 yang dibawanya mengandungi dadah. Namun sekiranya Tertuduh tidak mahu tahu akan kandungan di dalam beg plastik tersebut, maka beliau akan dianggap sebagai tahu tentang kandungannya. [91] Di dalam kes Hoh Bon Tong v. PP [2010] 5 CLJ 240, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Abdul Malik Ishak HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “The defence of innocent carrier must necessarily bring into the picture the concept of wilful blindness. And according to Yong Pung How CJ (Singapore) in Public Prosecutor v. Hla Win (supra) at p. 438, “the concept of wilful blindness qualifies the requirement of knowledge”. And his Lordship continued further by saying (at the same page): As Professor Glanville Williams aptly remarked in his Textbook on Criminal Law, at p. 125: ... the strict requirement of knowledge is qualified by the doctrine of wilful blindness. This is meant to deal with those whose philosophy is: ‘Where ignorance is bliss, ‘tis folly to be wise.’ To argue away inconvenient truths is a human failing. If a person deliberately ‘shuts his eyes’ to the obvious, because he ‘doesn’t want to know,’ he is taken to know’.”. [penekanan ditambah] 82. Juga di dalam Public Prosecutor v. Herlina Purnama Sari [2017] 1 MLRA 499, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohd Raus Shariff PCA (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “The doctrine of ‘wilful blindness’ can be summarised to be applicable to a situation where the circumstances are such as to raise suspicion sufficient for a reasonable person to be put on inquiry as to the legitimacy of a particular transaction. To put it another way, if the circumstances are such as to arouse suspicion, then it is incumbent on a person to make the necessary inquiries in order to satisfy himself as to the genuineness of what was informed to him. Should he fail to embark upon this course of action, then he will be guilty of ‘wilful blindness’. In other words, he is then taken to know the true situation. He then cannot be said to have either rebutted the presumption of knowledge or have raised a reasonable doubt as to his knowledge of the situation.”. [penekanan ditambah] 83. Jikapun Pembelaan hendak menimbulkan pembelaan innocent carrier, tetapi Pembelaan sendiri tidak mengemukakan sebarang keterangan bagi menyokong dakwaan tersebut. Pembelaan tersebut wajar diketengahkan dari awal iaitu sejurus selepas tangkapan, dan juga semasa rakaman percakapan beramaran OKT dirakam. Pihak pembelaan tidak mengemukakan rakaman percakapan beramaran OKT sebagai sokongan dan dengan itu Mahkamah ini berpendapat bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT hanyalah satu penafian semata-mata. 84. Di samping itu juga, Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan Pendakwaan bahawa jikapun dadah tidak dapat dilihat secara jelas tanpa membuka tempat duduk bahagian belakang kereta, tetapi berat dadah terlibat adalah terlalu banyak iaitu lebih daripada 190 kilogram yang adalah munasabah untuk seseorang yang memandu mahupun berada di dalam kereta tersebut untuk merasai keadaan bahagian belakang kereta yang lebih berat. Ditambah pula dengan keadaan bahawa dadah terlibat adalah jenis Cannabis yang mana bau dadah yang dirampas dapat dibau dengan jelas dalam Mahkamah semasa prosiding dijalankan. Mahkamah ini mendapati bahawa ruang dalam Mahkamah adalah jauh lebih besar daripada ruang dalam kereta Proton Preve tersebut. Jika di dalam Mahkamah dengan keadaan barang kes dadah diseal dalam plastik JKM dan diletakkan dalam kotak-kotak besar juga masih boleh dibau dengan ketara, apatah lagi jika dadah-dadah tersebut diletakkan dalam kereta Proton Preve yang ruangnya adalah jauh lebih kecil daripada ruang dalam Mahkamah. Berdasarkan fakta ini juga, Mahkamah ini mendapati bahawa versi Pembelaan ini juga adalah suatu penafian dan rekaan semata-mata. 85. Selain itu, Mahkamah ini turut berpendapat bahawa versi OKT ini tidak disokong oleh sebarang keterangan sokongan seperti rakaman percakapan beramaran OKT sendiri. Dlm hal ini, berdasarkan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu-isu yang dinyatakan sebentar tadi, maka kegagalan mengemukakan keterangan sokongan seperti rakaman percakapan OKT sendiri menunjukkan bahawa versi Pembelaan sebenarnya adalah tidak benar. Sebagaimana di putuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.”. [penekanan ditambah] 86. Secara keseluruhan, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah bersifat penafian dan rekaan (afterthought) semata-mata dan dengan itu telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap elemen jagaan dan kawalan OKT terhadap kereta tersebut dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas di bawah subseksyen 37(h) ADB 1952 yang telah dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian. 87. Fakta bahawa jumlah dadah yang terlibat adalah sangat banyak, dan telah disorokkan serta telah cuba dibawa masuk ke dalam Malaysia dari negara jiran juga menunjukkan bahawa dadah-dadah berbahaya tersebut adalah dibawa masuk bertujuan untuk diedarkan, dan dengan itu Mahkamah ini turut mendapati bahawa OKT juga telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap elemen pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952. 88. Berdasarkan keseluruhan keterangan Pembelaan dibandingkan dengan keterangan-keterangan pada peringkat Pendakwaan, Mahkamah ini turut mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT tidak boleh dipercayai dan adalah satu penafian semata-mata. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v Public Prosecutor and another appeal [2015] 2 MLJ 293: “…A mere denial does not amount to a credible defence…”. 89. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT pada tahap melampaui keraguan yang munasabah, dan Mahkamah dengan itu mensabitkan OKT bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama sebagaimana dalam pertuduhan. Hukuman 90. Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. 91. Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle.”. [penekanan ditambah] 92. Walaupun autoriti kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 KK, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B ADB 1952. 93. Hujahan mitigasi OKT secara ringkasnya memohon pertimbangan Mahkamah ini untuk menilai kedudukan peribadi OKT yang ketika ditahan hanya berumur 22 tahun, bahawa sebelum ditangkap OKT bertanggungjawab menjaga ibunya, OKT bekerja sambilan melibatkan pemasangan elektrik dan kerja-kerja kontrak, di samping alasan-alasan peribadi yang lain. OKT juga merupakan pesalah kali pertama. Pembelaan turut menghujahkan bahawa OKT telah ditahan reman sejak tahun 2017 iaitu telah ditahan selama lebih kurang lapan tahun yang merupakan satu tempoh yang lama sebelum kes diputuskan. Pembelaan turut memohon supaya Mahkamah mempertimbangkan fakta kes yang mana kewujudan penama Saliza adalah berkemungkinan wujud. Turut dihujahkan juga bahawa kes ini bukanlah satu kes yang melibatkan keganasan ataupun kehilangan nyawa, dan memohon supaya OKT hanya dijatuhkan hukuman penjara, berbanding hukuman mati. 94. Pihak Pendakwaan pula menghujahkan bahawa walaupun trend hukuman kes pengedaran dadah sekarang ini adalah tidak menjatuhkan hukuman mati, sebaliknya hanya dijatuhkan hukuman penjara, namun begitu, Pendakwaan menghujahkan bahawa kes ini adalah berbeza dari segi fakta kerana ianya melibatkan jumlah berat dadah yang sangat besar. OKT telah disabitkan dengan kesalahan mengedar Cannabis seberat 190,323.3 gram (lebih daripada 190 kilogram), yang berdasarkan semakan Pendakwaan, adalah melebihi berat seekor ikan paus yang secara umumnya seberat 180 kilogram. Di samping itu pihak Pendakwaan menegaskan bahawa hujahan mitigasi Pembelaan adalah berbentuk mitigasi textbook iaitu tiada satu mitigasi yang luar biasa atau unik yang mewajarkan simpati berlebihan diberikan kepada OKT. 95. Selain itu juga, pihak Pendakwaan turut merujuk kepada berita yang dilaporkan pada 23/8/2017 di mana kes ini telah mendapat liputan akhbar utama (sesalinan dikemukakan) yang mana dalam liputan berita tersebut berat dadah yang terlibat telah dirujuk. Pendakwaan berhujah bahawa apabila berita penangkapan OKT dilaporkan ia telah menjadi national interest di mana berita penangkapan OKT telah berlegar di platform berita negara ini sejak tahun 2017. Sehubungan itu, Pendakwaan turut menghujahkan bahawa dalam situasi dunia kini, hanya dalam tempoh lima atau 10 minit, maka keputusan dan hukuman kes ini juga akan tersebar dengan mudah. 96. Pihak Pendakwaan turut menegaskan bahawa sebarang hukuman yang lebih rendah akan dilihat sebagai kegagalan melindungi kepentingan awam, kerana jumlah berat dadah yang besar ini akan dilihat dan diketahui oleh masyarakat umum. Sekiranya hukuman yang diberikan adalah rendah, maka masyarakat umum akan menganggap bahawa walaupun melibatkan berat dadah yang banyak tetapi jika hukuman yang rendah dikenakan, hukuman tersebut akan dipandang remeh. Pendakwaan menghujahkan bahawa hukuman yang wajar dijatuhkan mestilah bersifat membalas dan cukup atas kesalahan, serta bersifat mencegah, pada mana apabila masyarakat membaca hukuman yang dijatuhkan, mereka akan berasa takut untuk melakukan kesalahan sama seperti dilakukan OKT. Pendakwaan bersetuju bahawa kes melibatkan pengedaran dadah berbeza dengan kes-kes bunuh atau kes-kes lain yang melibatkan keganasan. Namun begitu, bagi kes pengedaran dadah, faktor utama yang perlu dilihat adalah jumlah berat dadah itu sendiri. Pendakwaan memohon supaya hukuman mati dijatuhkan ke atas OKT. 97. Budibicara Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati ataupun hukuman alternatif yang diperuntukkan undang-undang telah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Robin Radjaini Saih @ Amjan Patta v Public Prosecutor [2024] 6 MLJ 773. Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan telah membincangkan kes Khairul Azizi Bin Abdul Jalil v Public Prosecutor [2024] MLJU 1463 seperti yang berikut: “[27] In the Court of Appeal case of Khairul Azizi bin Abdul Jalil v Public Prosecutor [2024] MLJU 1463, at [48], SM Komathy JCA has explained the application of the ‘rarest of the rare’ doctrine as follows: [48] As regards sentence, in light of [AMDP], it is now no longer mandatory on the Court to impose the death penalty to everyone convicted of murder. The death sentence should only be imposed in the most extreme and exceptional murders which are the ‘worst of the worst’ or the ‘rarest of the rare’ and only after determining the question of the accused’s possibility of reform. Counsel for the appellant urged the court to commute the death sentence to a sentence of imprisonment of 30 years as the murder committed by appellant did not fall within the category of ‘the worst of the worst’ or ‘the rarest of the rare’. The learned deputy did not press for the death sentence to be maintained and left it to the court but submitted that any imprisonment imposed should not be less than 35 years. (Emphasis added.)”. 98. Selanjutnya, Mahkamah Rayuan dalam kes Robin Radjaini Saih (supra) di atas telah turut memperjelaskan perkembangan pemakaian doktrin ‘rarest of the rare’ sebagaimana yang terpakai di India. Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut: “[29] The ‘rarest of the rare’ doctrine is now firmly established in India. In Bachan Singh v State of Punjab (1980) 1 MLJ (Crl) 827, at [195], in delivering the 4-1 majority decision of the Indian Supreme Court, RS Sarkaria J held that in view of, among others, s 354(3) of the Indian Criminal Procedure Code (‘CPC (India)’), the ‘extreme penalty [of death penalty] can be inflicted only in gravest cases of extreme culpability’. We reproduce below s 354(3) of the CPC (India): When the conviction is for an offence punishable with death, or, in the alternative, with imprisonment for life or imprisonment for a term of years, the judgment shall state the reasons for the sentence awarded, and, in the case of sentence of death, the special reasons for such sentence. (Emphasis added.)”. 99. Namun begitu, Mahkamah Rayuan telah turut memutuskan dalam kes yang sama bahawa doktrin ‘rarest of the rare’ tidak sesuai untuk digunapakai di Malaysia, dan telah merujuk kepada keputusan-keputusan di Singapura yang mempunyai peruntukan yang serupa dengan Malaysia: “[30] With respect, we are not in favour of adopting the ‘rarest of the rare’ doctrine in Malaysia. Our reasons are as follows: (1) in s 302 of the PC read with ss 34 and 39 of the AMDP, Parliament has conferred a wide discretion on our courts to mete out the following punishment on a person who has committed a murder offence under s 302 of the PC: (a)death penalty; or (b)imprisonment for a term of not less than 30 years but not exceeding 40 years and whipping of not less than 12 strokes (‘wide judicial discretion (s 302 of the PC)’); (2) our legislature did not impose any restriction or condition to curtail the wide judicial discretion (s 302 of the PC). In other words, the wide judicial discretion (s 302 of the PC) is unfettered. If we have applied the ‘rarest of the rare’ doctrine, this will be tantamount to an unlawful curtailment of the wide judicial discretion (s 302 of the PC); (3) in the exercise of the wide judicial discretion (s 302 of the PC): (a) public interest should be the primary consideration. We rely on the following judgment of the Federal Court delivered by Raja Azlan Shah Ag LP (as his Majesty then was) in Bhandulananda Jayatilake v Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 83 at 84: I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That Is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v Jamieson [1952] AC 525, 549). It Is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentences; [2024] 6 MLJ 773 at 789 whilst others equally conscientious have thought it their duty to view the same crimes with leniency. Therefore sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for that reason also that this court has said it again and again that it will not normally Interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court’s interference. For a discretionary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge was embarking on some unauthorised or extraneous or irrelevant exercise of discretion. We are far from convinced that any criticism of the learned judge is warranted. He took the course he did, in outweighing the plea of mitigation in favour of the public interest with a desire to uphold the dignity and authority of the law as administered in this country. We agree. That must receive the greatest weight. (Emphasis added.) It is to be noted that when Bhandulananda was decided, Parliament had abolished appeals to Privy Council for constitutional and criminal matters. In other words, when the Federal Court delivered the judgment in Bhandulananda, the Federal Court was our apex court for criminal matters at that time; (b) all the relevant facts and circumstances of the case should be taken into account, including: (i) mitigating factors; and (ii) aggravating factors. As explained in the above sub-para (a), public interest should override mitigating factors; and (c) the court should also consider the following four objects of sentencing: (i) deterrence, both specific and general deterrence. Specific deterrence of an offender has also been described as ‘incapacitation’ of the offender (to render the offender incapable of committing any offence in the future); (ii) rehabilitation, reformation or restoration of the offender; (iii) retribution; and (iv) restitution; (4) due to the enforcement of s 354(3) of the CPC (India) (the judgments of Indian courts shall state ‘special reasons’ for imposing a death sentence), the application of the ‘rarest of the rare’ doctrine in India is understandable. Our CPC has no provision which is equipollent to s 354(3) of the CPC (India); and (5) s 302 of Singapore’s Penal Code (‘PC (Singapore)’) states as follows: s 302 Punishment for murder (1) Whoever commits murder within the meaning of section 300(a) shall be punished with death. (2) Whoever commits murder within the meaning of section 300(b), (c) or (d) shall be punished with death or imprisonment for life and shall, if he is not punished with death, also be liable to caning. (Emphasis added.) As s 302(2) of the PC (Singapore) is similar to our present s 302 of the PC (after amendment by AMDP), Singapore cases on this matter, are persuasive.”. [penekanan ditambah] 100. Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan Singapura dalam kes Public Prosecutor v Kho Jabing [2015] 2 SLR 112 yang telah memutuskan seperti yang berikut: “The first judgment was delivered by Chao Hick Tin JA (concurred by Andrew Phang Boon Leong JA and Chan Seng Onn J), at [8], [37], [38] and [41] to [45], as follows: [8] At the very heart of this appeal lies a critical legal question — for an offence of murder where the mandatory death penalty does not apply, in what circumstances would the death penalty still be warranted? … [37] It is our judgment that the trite and well established sentencing principle that all the circumstances and factors of the case must be taken into consideration in meting out an appropriate sentence continues to apply, and this is supported by the fact that the Minister for Law had stated the three factors in broad terms and specifically mentioned that they were to be considered in totality. As we see it, these three factors were highlighted because they will very likely surface in any evaluation of a case involving the discretionary death penalty. [38] Second, the leading principle in other jurisdictions, as the survey above touching on the positions in India, St Vincent and Grenadines, and the United States shows, is that the death penalty should only be imposed for the ‘rarest of rare’ or the ‘worst of the worst’ cases. To follow this principle would mean that it is only in the most extreme of circumstances and the narrowest of cases that the death penalty would be imposed. [41] In our respectful opinion, we do not find that the ‘rarest of rare’ principle is appropriate for Singapore. To adopt this principle would be to artificially confine and sequester the death penalty to the narrowest of regions and to restrict the imposition of the death penalty based on whether the actions of the offender are ‘rare’ in comparison with other offenders. This should not be the case in our context. Admittedly, the often cited sentencing principle is that the maximum penalty is only intended for the worst form of cases (see for example, Sim Gek Yong v PP [1995] 1 SLR(R) 185 at [13], which was cited with approval in the re-sentencing judge’s decision ([6] supra) at [12]). [42] However, the context in which this principle was laid down is different in the sense that in the normal case the sentencing judge has a much wider discretion and a range of penalties from which to choose from. In such a scenario, given that there is a range of penalties reflecting differing degrees of moral culpability, it would make sense that it is only in the worst form of cases that the maximum penalty should be meted out. However, this is not the case with the discretionary death penalty. To quote the Court of Appeal in Sia Ah Kew ([32] supra) at [5], the ‘discretion given to the courts as regards the sentence is ... very limited in scope’; the court does not have the luxury to choose from a range of penalties. [43] Given the fact that the discretion is confined to only the imposition of either the death sentence or life imprisonment with caning, we do not find that the ‘rarest of the rare’ principle effectively meets the objective of having the discretionary death penalty in our sentencing regime. As explained by the Minister for Law in the parliamentary debates, the objective behind introducing the discretionary death penalty was to balance ‘the various objectives; justice to the victim, justice to society, justice to the accused, and mercy in appropriate cases’. All these considerations must be taken into account, and we do not think that they would be properly reflected if we should adopt the ‘rarest of the rare’ principle. [44] In our judgment, a more appropriate principle to follow would be that laid down by the Court of Appeal in Sia Ah Kew, which is, whether the actions of the offender would outrage the feelings of the community. Undoubtedly, capital punishment is an expression of society’s indignation towards particularly offensive conduct, and the fact that the death penalty continues to be part of our sentencing regime is an expression of society’s belief that certain actions are so grievous an affront to humanity and so abhorrent that the death penalty may, in the face of such circumstances, be the appropriate, if not the only, adequate sentence. It would therefore, in our judgment, be correct to consider the strong feelings of the community in deciding whether or not to impose the death penalty. [45] In determining whether the actions of the offender would outrage the feelings of the community, we find that the death penalty would be the appropriate sentence when the offender has acted in a way which exhibits viciousness or a blatant disregard for human life. Viewed in this light, it is the manner in which the offender acted which takes centre stage. For example, in the case of a violent act leading to death, the savagery of the attack would be indicative of the offender’s regard for human life. The number of stabs or blows, the area of the injury, the duration of the attack and the force used would all be pertinent factors to be considered. (Emphasis added.) In Kho Jabing, at [86], Lee Seiu Kin J gave the following judgment in support of Chao Hick Tin JA’s judgment: [86] The key issue in this appeal is whether the death penalty should be imposed on Jabing under s 302(2) of the PC. I should state at the outset that I respectfully agree with the analysis in the majority judgment of the law in relation to the imposition of the death penalty on a charge under s 300(c), and punishable under s 302(2), of the PC. In particular, I agree that the ‘rarest of rare’ principle is not appropriate for Singapore (see [43] above). I agree with the formulation of the test set out in the Majority Judgment at [44] above, ie, it is a question of whether the offender’s acts are ‘so grievous an affront to humanity and so abhorrent’ that the death penalty is the only adequate sentence. I also am further in complete agreement that, in the context of the present case, capital punishment would be appropriate where the offender had ‘acted in a way which exhibits viciousness or a blatant disregard for human life’ (see the majority judgment at [45] above). (Emphasis added.) We hasten to add that the tests propounded in Kho Jabing, namely ‘whether the actions of the offender would outrage the feelings of the community’, ‘whether the offender’s acts are so grievous an affront to humanity and so abhorrent that the death penalty is the only adequate sentence’ and whether ‘capital punishment would be appropriate where the offender had acted in a way which exhibits viciousness or a blatant disregard for human life’ would be relevant factors in the exercise of the wide judicial discretion (s 302 of the PC) (with public interest as the primary consideration). [31] Needless to say, a sentence meted out by a court in a particular case will necessarily depend on the particular facts and circumstances of that case. From the view point of the doctrine of stare decisis, a court’s sentence cannot constitute a binding precedent. Having said that, a sentence imposed by a court provides a useful ‘sentencing guideline’ for other courts in the future.”. [penekanan ditambah] 101. Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Robin Radjaini Saih @ Amjan Patta (supra) di atas, dalam menjalankan budibicara Mahkamah bagi menentukan sama ada hukuman mati ataupun hukuman alternatif yang diperuntukkan undang-undang, faktor utama yang perlu dipertimbangkan adalah kepentingan awam (public interest). Dalam menentukan faktor kepentingan awam pula, tindakan atau kesalahan yang dilakukan mestilah suatu tindakan di mana ‘the actions of the offender would outrage the feelings of the community’, ‘the offender’s acts are so grievous an affront to humanity and so abhorrent that the death penalty is the only adequate sentence’, dan sama ada ‘capital punishment would be appropriate where the offender had acted in a way which exhibits viciousness or a blatant disregard for human life’. 102. Dalam mempertimbangkan faktor kepentingan awam bagi kesalahan-kesalahan pengedaran dadah berbahaya, sebagaimana dalam kes terhadap OKT ini, faktor-faktor sebagaimana diketengahkan dalam kes Robin Radjaini Saih @ Amjan Patta (supra) di atas perlu dilihat daripada perspektif yang sedikit berbeza jika dibandingkan dengan kesalahan bunuh ataupun kesalahan-kesalahan lain yang memperuntukkan hukuman mati sebagai salah satu hukuman alternatif. 103. Kesalahan pengedaran dadah berbahaya, kebiasaannya tidak melibatkan sebarang tindakan atau perlakuan ganas mahupun perlakuan yang melibatkan sebarang kecederaan atau kematian. Kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah ADB 1952 melibatkan perlakuan sebagaimana ditafsirkan di bawah seksyen 2 ADB 1952 (seperti jual beli, mengangkut, membawa, menyorok dan sebagainya) atau berdasarkan kepada anggapan berat dadah berbahaya yang terlibat sebagaimana di bawah subseksyen 37(da) ADB 1952. Oleh itu, apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan bagi penentuan hukuman yang bersesuaian perlulah dikaitkan dengan perlakuan pengedaran dadah itu sahaja. 104. Mahkamah ini berpendapat bahawa persoalan sama ada ‘capital punishment would be appropriate where the offender had acted in a way which exhibits viciousness or a blatant disregard for human life’ kurang sesuai untuk digunapakai dalam kes melibatkan pengedaran dadah berbahaya memandangkan jarang sekali perlakuan pengedaran dadah berbahaya tersebut melibatkan ancaman terus/langsung kepada nyawa atau tubuh badan. 105. Oleh itu, faktor kepentingan awam yang perlu dinilai adalah adakah tindakan tersebut ‘would outrage the feelings of the community’ ataupun ‘the offender’s acts are so grievous an affront to humanity and so abhorrent that the death penalty is the only adequate sentence’? Dalam menilai persoalan ini, Mahkamah perlu mengaplikasikan fakta kes selaras dengan tindakan atau perlakuan kesalahan pengedaran dadah berbahaya itu sahaja. 106. Berdasarkan kepada fakta kes terhadap OKT ini, penemuan dadah telah dibuat oleh anggota kastam di lokasi kejadian di ICQS Bukit Kayu Hitam yang merupakan salah satu pintu masuk ke negara ini. Jelas bahawa perlakuan menyorok dadah berbahaya tersebut di dalam kereta dan mengangkutnya ke dalam Malaysia adalah satu usaha untuk mengelakkan daripada dikesan oleh pihak berkuasa. Fakta bahawa dadah berbahaya tersebut telah cuba dibawa masuk ke dalam Malaysia dari negara jiran, turut dipertimbangkan oleh Mahkamah ini kerana sebarang kegiatan penyeludupan, terutamanya yang melibatkan dadah berbahaya adalah kegiatan yang mengancam keselamatan negara. 107. Di samping itu, aktiviti pengedaran dadah berbahaya akan membawa kepada jenayah sekunder seperti perlakuan jenayah curi, ragut, mencederakan dan pecah rumah. Bukan itu sahaja, aktiviti pengedaran dadah ini juga turut memberikan kesan kepada sosio ekonomi penduduk dan juga memecah belahkan institusi keluarga. 108. Berdasarkan laporan akhbar New Straits Times bertarikh 22.8.2024, daerah Pendang, Kedah merupakan daerah yang mempunyai aktiviti penyalahgunaan dadah tertinggi di Malaysia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menyatakan seperti yang berikut: “Data on drug abuse nationwide has revealed a troubling pattern in districts toward the north and east coast, said Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. He said data gathered by four agencies showed that the Pendang district in Kedah had the highest number of drug abuse cases at 1,333 people per 100,000 residents. "This is troubling as the national average is 432 people per 100,000 residents. "The data gathered is the result of mapping carried out by the police, National Anti-Drug Agency (AADK), Health Ministry as well as private narcotic rehabilitation centres," he said at a press conference after launching the 2024 Police Special Dialogue on Thursday.”. [penekanan ditambah] 109. Juga berdasarkan laporan berita Bernama dalam talian pada 13 September 2025, telah melaporkan bahawa setakat 20 Jun 2025, seramai 135,000 orang direkodkan sebagai penagih di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menyatakan seperti yang berikut: “Saifuddin Nasution berkata menurut rekod daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, AADK dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Kelantan merekodkan jumlah penyalahgunaan dadah yang tertinggi diikuti Terengganu, Perlis dan Kedah. Beliau berkata lokasi yang bersempadan dengan negara jiran Thailand dikenal pasti sebagai faktor utama keempat-empat negeri berkenaan mempunyai bilangan penagih dadah paling banyak.” [penekanan ditambah] 110. Berdasarkan laporan akhbar dan berita tersebut, aktiviti berkaitan dadah semakin menjadi-jadi di negeri-negeri di sebelah utara dan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia pada tahun 2024 dan 2025. Lebih menyedihkan, pada tahun 2024, daerah tertinggi dengan aktiviti penyalahgunaan dadah merupakan salah satu daerah dalam negeri Kedah. Selain itu fakta bahawa negeri Kedah merupakan salah satu negeri yang bersempadanan dengan negara jiran Thailand merupakan salah satu faktor mengapa aktiviti dadah semakin berleluasa. 111. Melihat kepada peningkatan aktiviti berkaitan dadah yang semakin menjadi-jadi, terutamanya di negeri Kedah ini, Mahkamah ini berpendapat tindakan OKT mengedar dadah berbahaya merupakan satu tindakan yang mampu menimbulkan kemarahan masyarakat (would outrage the feelings of the community). 112. Selain itu juga, berat dadah yang terlibat dalam kes terhadap OKT ini adalah sangat banyak iaitu melebihi 190 kilogram. Berat dadah terlibat merupakan satu faktor utama dalam penentuan sama ada wajar hukuman mati dijatuhkan atau tidak. Ini kerana jumlah berat dadah yang banyak dalam kes ini adalah lebih daripada 950 kali ganda daripada berat minima anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952. Dalam kes Public Prosecutor v Mahir Affandi bin Mohamad [2024] MLJU 1445, telah diputuskan seperti yang berikut: “[63] After considering the plea of mitigation and the submissions by the learned deputy public prosecutor, and after taking into account the recent cases emanating from the Court of Appeal after the coming into force of the Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023 Act 846 which in the vast majority of cases steer away from imposing the death penalty unless the amount involved is large, I sentence the accused to a sentence of imprisonment for life and whipping of 15 strokes. The additional three strokes above the statutory minimum of 12 strokes is because of the large amount of dangerous drugs of 2,828.6 grams of Methamphetamine in this case. This amount is 56.5 times more than the minimum amount of 50 grams of Methamphetamine sufficient for the statutory presumption of trafficking to be invoked with the accused facing the possibility of a death penalty.” 113. Mahkamah ini turut berpendapat bahawa suatu hukuman berbentuk deteren wajar dijatuhkan terhadap OKT agar menjadi pengajaran kepada OKT dan juga masyarakat umum supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah, lebih-lebih lagi aktiviti pengedaran dadah berbahaya. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini untuk memberikan peringatan kepada masyarakat umum bahawa kesalahan pengedaran dadah adalah kesalahan yang serius dan ini hanya dapat dilakukan dengan menjatuhkan hukuman yang mampu memberikan kesan dan kesedaran kepada semua pihak. 114. Sehubungan itu, berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Robin Radjaini Saih (supra) di atas dan jumlah dadah dalam kes ini yang sangat banyak serta alasan-alasan kepentingan awam yang diperjelaskan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa ini adalah satu kes yang mana ‘wide judicial discretion’ mewajarkan satu hukuman mati dijatuhkan. 115. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap OKT. Bertarikh 11 Mac 2026. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi 2 Alor Setar, Kedah Timbalan Pendakwa Raya: Ahmad Nazneen bin Zulkifli Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Peguam bagi pihak OKT: R. Nethaji Rayer Arvind a/l Santhanam Tetuan R. Nethaji Rayer & Co.