Mendapatkan imej pegun yang lebih jelas seperti dalam lampiran gambar pegun. [19] Laporan Pemeriksaan / Analisa telah dikeluarkan oleh SP16 bersama Lampiran Gambar (P31), di samping satu (1) DVD-R POLIS DIRAJA MALAYSIA bertanda 'NI' (eksibit P48). Keterangan SP12 mengatakan bahawa beliau telah menjalankan pemerhatian terhadap rakaman CCTV tersebut dan mendapati resolusi kamera CCTV adalah 704 x 576 pixels (25 FPS) yang mana rakaman adalah dalam keadaan resolusi kamera CCTV yang baik. Hasil pemeriksaan terhadap kandungan CCTV itu mendapati terdapat empat (4) Channel / kamera CCTV (ch01, ch02, ch03 & ch04). Beliau juga telah berjaya mengeluarkan sebanyak (90) fail rakaman CCTV seperti dalam P48. Beliau juga telah capture imej daripada rakaman CCTV seperti permohonan yang dimohon oleh pegawai penyiasat. Imej-imej tersebut kemudiannya telah di besarkan (zoom in) dan dijalankan proses 'enhancement' dengan menggunakan perisian IKENA Forensics. Hasil analisis berjaya mengeluarkan sebanyak LAPAN (8) imej. Laporan bersama imej-imej tersebut terdapat di P31. [20] SP8 (sepupu tertuduh) telah ditunjukkan gambar / imej-imej tersebut dan SP8 telah mengecamkan bahawa Gambar 3 dalam P31 adalah tertuduh iaitu Khairulizwan yang juga dikenali sebagai Ali / Yop. Saya telah memberi amaran kepada diri saya dan meneliti keterangan SP8 dengan berhati-hati bagi memastikan pengecaman yang dibuat oleh SP8 adalah tepat dan betul. Saya mendapati keterangan pengecaman beliau terhadap imej yang terdapat pada P31, Gambar 3 adalah meyakinkan dan boleh dipercayai. Keterangan SP8 semasa disoal oleh TPR adalah seperti berikut:_ Rujuk 1 laporan pemeriksaan analisis kepada SP8. Rujuk dengan gambar m/s 1-8, gambar lelaki dan soalan saya, dan gambar individu pakai topi kuning boleh kamu camkan itu siapa? Gambar 3 iaitu Ali. LAPORAN PEMERIKSAAN ANALISIS DITANDAKAN SEBAGAI ID31 Ali itu siapa? Khairulizwan. Ali ini nama panggilan dia. S: Ali ini siapa panggil dia? Kata Yop? Kawan kawan. Orang yang sama? Ya orang yang sama. Kamu kata gambar 3 itu ialah Yop dan Ali, macam mana camkan? Raut wajah dan fizikal dia. [21] Keterangan SP8 berkenaan pengecaman tertuduh melalui Gambar 3, P31, kekal utuh walaupun beliau telah disoal balas oleh pihak peguambela. Beliau tetap mengatakan bahawa orang yang dicamkan itu adalah tertuduh dan bukan orang yang menyerupai tertuduh. Ini adalah keterangan SP8 berkenaan pengecaman tersebut semasa disoal balas:- Pohon rujuk ID31. Kamu kata cam gambar ketiga setuju? Ya betul. Saya cadangkan gambar ini adalah menyerupai Ali betul? Ya betul. Ini memang Ali. Jadi masa gambar ini diambil kamu tiada ditempat kejadian? Saya tiada. Setuju saya cadangkan dalam gambar 3 ini, gambar ini hanya menyerupai OKT? Tidak ini memang gambar dia. Khairulizwan. PB: Itu sahaja soalan [22] Saya meyakini keterangan pengecaman oleh SP8 memandangkan imej-imej yang telah dianalisa oleh SP9 adalah dari kamera CCTV yang mempunyai resolusi yang baik. Apatah lagi imej tersebut telah menjalani proses enhancement bagi menghasilkan imej yang lebih terang dan jelas. Ini dapat dilihat oleh saya sendiri pada imej-imej yang terdapat dalam P31. Saya juga mendapati Gambar 3 yang telah dicamkan oleh SP8 sebagai tertuduh, telah memaparkan hampir keseluruhan wajah individu tersebut dan bentuk fizikalnya. Maka tidak menghairankan untuk SP8 konsisten dengan keterangannya bahawa individu dalam Gambar 3 adalah tertuduh iaitu sepupunya sendiri. Pengecaman melalui gambar bagi mengenalpasti identiti penjenayah, boleh diterima bawah seksyen 9 Akta Keterangan 1950. Saya merujuk kepada kes R v Cook (1987) 1 All ER 1049, 1054 (CA) yang memutuskan seperti berikut: There is no doubt that photograph taken for example, of a suspect during the commission of an offence is admissible. In a bigamy case namely R v Tolson (1864) 4 F 103 at 104, 176 ER 488, Willes J said: The photograph was admissible because it is only a visible representation of the image or impression made upon the minds of the witnesses by sight or the object it represents; and, therefore, is, in reality, only another species of the evidence which persons give of identity, when they speak merely from memory. ' That ruling has never since been doubted and is applied with regularity to photographs. including those taken nowadays automatically in banks during a robbery. Such photographs are invaluable aids to the identification of criminals. It has never been suggested of them that they are subject to the rule against hearsay. [23] Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan rakaman CCTV (P48) dimana ia telah dimainkan di mahkamah dan ditunjukkan kepada SP8. Selepas rakaman tersebut dimainkan, SP8 sekali lagi kekal dengan keterangannya dengan mengatakan individu yang memakai baju warna kuning, jaket hitam dan topi warna hitam tersebut adalah tertuduh. Melalui rakaman tersebut dapat dilihat, seorang lelaki yang memakai baju T kuning, jaket hitam/coklat, topi hitam telah masuk ke dalam premis 7-Eleven tersebut pada kali pertama dengan pelitup muka diturunkan ke bawah dagu dan mendedahkan hampir keseluruhan wajahnya. Saya merujuk P48 rakaman cctv 20200229_23h15m_ch02_01. Pada kemasukan kali pertama, lelaki ini dilihat ke kaunter, membayar barangan yang dibelinya dan keluar dari premis itu. Lelaki ini telah dicamkan sebagai tertuduh oleh SP8. Keterangan beliau semasa disoal oleh TPR adalah seperti berikut: PEMERIKSAAN UTAMA SEMULA SP8 OLEH TPR Pada tarikh lepas masa bicara dah beri keterangan bila dirujuk gambar rakaman CCTV dari forensik iaitu P31. Pada gambar tersebut, kamu kata telah cam gambar P31(3) adalah sepupu kamu. Betul? Betul. Sepupu dari gambar P31(3) itu siapa? Khairul Izwan. Gambar ini telah diekstrak dari rakaman CCTV. Saya pohon mainkan rakaman CCTV. Dalam gambar P31(3) itu apakah pakaian yang dipakai oleh Khairul Izwan tersebut? Baju warna kuning, berjaket dan bertopi warna hitam. Itu dalam gambar P31(3) betul, hari ini rujuk rakaman CCTV dari awal. Apakah pakaian yang dipakai oleh individu yang masuk premis tersebut? Masuk pakai baju warna kuning, jacket hitam dan topi warna hitam. (23:30:46) Rujuk CCTV kedua, lihat rakaman ini. (23:31:59) rakaman cctv menunjukkan apa? Tadi telah cam individu pakai baju kuning, jaket hitam topi hitam adalah OKT. Betul. Sekarang in adakah individu yang sama? Yang dicamkan itu? Mahk: Ini ke yang dia camkan itu? Saya terus rujuk (23:32:57) Adakah ini rakaman orang yang sama dalam gambar? Betul. Mahk: Gambar 3 ini yang mana? Ini selepas? Rujuk (23:15:34) adakah individu yang sama kamu cam dalam P31(3) Betul. Siapa beliau? Khairul Izwan. Macam mana kenal? Paras rupa. Dah berapa lama kenal? 8-9 tahun. Itu sahaja soalan. [24] Keterangan SP8 semasa disoal balas terhadap pengemukaan rakaman CCTV tersebut adalah seperti berikut:- PEMERIKSAAN BALAS SP8 OLEH PEGUAMBELA Khairulizwan sepupu kamu dan kenal 8-9 tahun? Betul. Kalau sepupu mesti dah kenal dia 30 tahun lalu? Saya baru rapat dengan dia 8 9 tahun. Soalan kenal dia, kamu kenal dia bila? Rapat lain. Dah kenal berapa lama? Itu anggaran rapat berjumpa dengan dia 8-9. [25] Keterangan SP8 berkenaan pengecaman identiti tertuduh dalam rakaman CCTV tersebut adalah boleh diterima bawah seksyen 9 Akta Keterangan 1950. Saya merujuk kepada kes Taylor v Chief Constable of Cheshire (1987) 1 All ER, 225, 229 (QBD), oleh Ralph Gibson LJ: I go next to the last authority to which we were referred. which is R v Grimer (1982) CrimLR 674. In that case-The theft of a bottle of spray cologne from a shop was recorded on video tape. This was seen later by a security officer who recognised the thief as the appellant, a man he had known socially for a numbers of years. The appellant was arrested and charged with theft. The judge at the trial ruled that the security evidence was admissible, The jury also saw the video tape. The appellant was convicted. He appealed on the ground that the judge erred in admitting the security officer's evidence The report reads that the Court of Appeal. Criminal Division in its judgment, held 'that there was no distinction between the evidence of a man who looked at a video tape (provided there was no challenge to the validity of the tape itself) from that of a bystander who observed the primary facts with whom in the past he was acquainted and could say so to the jury. [26] SP8 telah memberikan alasannya mengapa beliau dapat mengecamkan tertuduh. Tertuduh bukan orang lain kepada SP8 tetapi adalah sepupu beliau sendiri. Beliau juga rapat dengan tertuduh semenjak 8 hingga 9 tahun. Ini menunjukkan bahawa pengecaman SP8 terhadap tertuduh adalah kerana tertuduh dikenali oleh SP8. Beliau dapat mengecamkan tertuduh di Gambar 3 dan di rakaman CCTV, memandangkan pelitup muka yang dipakainya diturunkan ke bawah dagu sehingga mendedahkan mukanya. Selain dari rupa paras tertuduh, SP8 juga dapat mengecamkan bentuk fizikal tertuduh. Justeru, pengecaman oleh SP8 bahawa tertuduh adalah individu yang memakai baju T kuning, berjaket hitam / coklat dan bertopi hitam dalam rakaman CCTV itu adalah selamat, kredibel dan dipercayai. Saya merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Basar [1964] CLJU 140 [1964] 1 LNS 140 yang diputuskan oleh Gill J (ACRJ) :- Notwithstanding all the evidence for the prosecution, which was not contradicted by other evidence and remained unshaken by cross-examination, the learned magistrate acquitted the respondent at the end of the case for the prosecution, his ground for such acquittal being that PW1's evidence could not be relied on in so far as identification alone was concerned. He stated in his grounds of judgment that a Court should scrutinise very carefully any evidence relating to the identification of an accused person. I had no reason to quarrel with his general statement on that point but what he, in my opinion, failed to appreciate was that there was positive evidence about the identity of the respondent by PW1 who admittedly had known him for some time and had seen his face by the flashes of lightning. [27] Saya juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Dato' Mokhtar Hashim & Ors. [1983] CLJ Rep 721; [1983] 1 CLJ 138 yang memutuskan bahawa pengenalan seseorang yang dikenali oleh saksi adalah lebih boleh dipercayai berbanding pengecaman oleh saksi terhadap orang yang tidak dikenali. Kes tersebut menyatakan seperti berikut:- As regards all these three witnesses, it is important in my opinion to draw a distinction between recognition and identification. Recognition is more reliable than mere identification. Recognition of a person known to the witness would be more reliable than identification by a witness of a stranger. Some pertinent questions were put by the Lord Chief Justice in the judgment of the Court of Appeal in Raymond Turnbull and Ors. [1976] 63 Cr App R 132 appearing at p. 137 as follows: Secondly, the Judge should direct the jury to examine closely the circumstances in which the identification by each witness came to be made. How long did the witness have the accused under observation? At what distance? In what light? Was the observation impeded in any way, as far example, by passing traffic or a press of people? Had the witness ever seen the accused before? How often? If only occasionally, had he any special reason for remembering the accused? How long elapsed between the original observation and the subsequent identification to the police? [28] Saya menerima keterangan dari rakaman CCTV iaitu Laporan Analisis CCTV - P31 dan DVD-R - P48 sebagai keterangan yang kredibel daripada pihak pendakwaan. Rakaman CCTV itu adalah satu bentuk dokumen dalam erti kata seksyen 3 Akta Keterangan